Mawar Safei's Blog, page 163
March 23, 2013
Saya akan menziarahi nenda lagi. kali ini ia sama se...
Saya akan menziarahi nenda lagi. kali ini ia sama sekali ziarah yang berbeza. nenda tidak akan berdiri menyambut saya di bingkai pintu rumah pangsa tingkat lima itu. saya tidak dapat mendakap bahu nenda lagi. saya tidak tahu pula di mana harus saya duduk, sedang penjuru pembaringan nenda pasti sudah berubah kedudukannya. ya, kali ini ziarah nenda akan saya lanjutkan ke Pusara Abadi, kebetulan sahaja di jalan masuk yang sama ke kampus Nanyang tempat saya menyiapkan ijazah ketiga hampir sepuluh tahun lalu. semoga saya tidak menangis lagi. semoga saya kuat saat tiba di pintu rumah nenda nanti ...
Published on March 23, 2013 00:58
March 21, 2013
Saya memanggil nama untuk semakan kehadiran dalam ku...
Saya memanggil nama untuk semakan kehadiran dalam kuliah. ia peluang untuk saya lebih mengenali setiap pelajar yang mendaftar kursus saya; sekurang-kurangnya tahu dan ingat nama mereka. dalam kuliah minggu ini saya mengejutkan mahasiswa dengan susulan soalan selepas memanggil nama, bilakah kali terakhir mereka melakukan sujud syukur. maka saya dapat mengumpulkan lebih tiga puluh jawapan. dua daripada mereka tidak pernah melakukan sujud syukur sama sekali. dua daripada mereka melakukannya kurang daripada tiga bulan. dan selebihnya melebihi enam bulan lalu. kebanyakan mereka, mahasiswa tahun satu, merakam rasa syukur setelah lulus peperiksaan dan mendapat tempat di universiti. saya bertanya sendiri, apakah makna bersyukur dalam hati mahasiswa saya. adakah hanya dengan makna kegembiraan mendapat keputusan peperiksaan. adakah bersyukur itu kerana beroleh suatu yang menggembirakan hati. seperti yang pernah saya tanya diri sendiri, adakah juga saya berterima kasih kepada Allah saat malapetaka menimpa maruah saya; kerana dengan itu saya tahu Allah mahu saya lebih dekat dengan-Nya. saya melakukan sujud syukur ketika saya difitnah; kerana ketika itulah Allah membuka seluas-luas sempadan. sehingga hadis Rasulullah (salawat dan salam): hindarilah doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tidak ada antara doanya itu dan antara Allah sebarang yang mendinding. maka, wajarlah saya memanjangkan sujud saya untuk berterima kasih, oleh kerana Allah membenarkan doa-doa saya. foto kanan, saya simpan sekian lama. sangat mengesankan hati dan rasa hamba saya ....
Published on March 21, 2013 02:45
March 15, 2013
Zahar sudah lama khatam Syamail. rupa-rupanya saya terhen...
Zahar sudah lama khatam Syamail. rupa-rupanya saya terhenti lama di halaman kewafatan Rasulullah. pilunya apabila membaca saat terakhir Anas Malik memandang wajah Rasulullah seperti melihat lembaran mashaf. dan bagaimana mereka tidak mahu membuang debu kubur Rasulullah sehingga mereka mengingkari hati mereka. Allah. saya mahu menyambung Syamail dengan Empat Puluh Hadis Penawar Hati. mudah-mudahan hati saya menjadi sihat. mudah-mudahan semakin dalam cinta yang datang ini. in sya Allah. terima kasih kanda Majura yang menghadiahkan Penawar Hati.
Published on March 15, 2013 14:58
March 13, 2013
Aneh membuka rujukan biologi untuk kuliah sastera? kerja ...
Aneh membuka rujukan biologi untuk kuliah sastera? kerja ini mengimbas sewaktu duduk di bangku tinggi makmal sains sekolah menengah. biologi antara mata pelajaran kegemaran saya. hari ini dalam kuliah sastera bandingan, saya membawa mahasiswa kembali merenung asal kejadian. dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati yang (berasal) dari tanah. kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami balut dengan daging. kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. maka Mahasucilah Allah, Pencipta yang paling baik (al mu'minun: 12-14).
dari janin menjadi kanak-kanak. kami membincangkan kanak-kanak, kreativiti dan penciptaan karya. Allah Allah Allah, dan apakah manusia tidak memerhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang amat nyata! (yasiin: 77). ampuni kami ya Allah.
dari janin menjadi kanak-kanak. kami membincangkan kanak-kanak, kreativiti dan penciptaan karya. Allah Allah Allah, dan apakah manusia tidak memerhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang amat nyata! (yasiin: 77). ampuni kami ya Allah.
Published on March 13, 2013 14:40
March 12, 2013
Benar, kata seorang sahabat saya, antara cara Allah mengi...
Benar, kata seorang sahabat saya, antara cara Allah mengingatkan adalah dengan mengambil kembali haknya. misalnya soal kesihatan. kita mula menghargai sihat apabila ia dikeluarkan dari ruangnya. maka bermulalah riwayat sakit. saya baru sahaja pulang dari sesi pertama program wellness. bermula dengan ujian darah, jantung dan air seni :-) dan saya menanti penuh debar dalam seminggu ini keputusannya! dengan sekian banyak isyarat menjadi sakit dan tua, saya insaf masanya sudah kian dekat. ya Allah kekalkan kami dalam nikmat islam dan iman. rahmati kami dengan ehsan-Mu, ya Allah.
pulang
Kebetulan juga, saya baru mendapat warta belasungkawa, kekanda saya, Asmah Bee Mohd Nor baru kehilangan suami tercintanya, Iran Herman. kedua-duanya pensyarah psikologi yang saling menyayangi. kekanda Iran meninggal dalam ihram di pusingan tawaf wajib umrahnya yang ketiga. Allah, Allah, Allah. semoga perjalanan pulangnya disambut para malaikat dengan tenteram. al fatehah ...
pulang
Kebetulan juga, saya baru mendapat warta belasungkawa, kekanda saya, Asmah Bee Mohd Nor baru kehilangan suami tercintanya, Iran Herman. kedua-duanya pensyarah psikologi yang saling menyayangi. kekanda Iran meninggal dalam ihram di pusingan tawaf wajib umrahnya yang ketiga. Allah, Allah, Allah. semoga perjalanan pulangnya disambut para malaikat dengan tenteram. al fatehah ...
Published on March 12, 2013 14:10
March 9, 2013
Beberapa hari lalu saya menziarahi perempuan tua itu. dia...
Beberapa hari lalu saya menziarahi perempuan tua itu. dia adalah perempuan yang hilang jalan pulang dalam cerpen saya Antara Tikungan yang Aneh. dia ternyata kian lupa bukan hanya beluk ke lorong rumah, tapi nama teman-teman dan akan mengulang-ulang soalan yang sama sedang ia baru dijawab. saya terpinga separuh mahu menangis. bukankah nenda juga dengan tanda yang sama. lupa. sebulan selepas itu nenda menuju jalan pulang. keesokan harinya, saya bertemu pula susuk lelaki tua yang akan masuk ke ruang kreativiti saya dalam sedikit masa lagi. dia adalah lelaki yang antara lain menyatakan, jika mahu punya hati yang aman, harus sering bersama al Qur'an dan tahajud. ini foto cantik dari taman kecil perempuan tua yang banyak kehilangan dalam hidupnya itu. o Allah, mereka merupakan tamsilan buat saya yang kononnya masih muda namun masa pulang saya sebenarnya bila-bila masa sahaja...ampuni saya ya Allah.
Published on March 09, 2013 05:58
March 7, 2013
DAN guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, demiki...
DAN guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, demikian pula malaikat kerana takut kepada-Nya dan Allah melepaskan halilintar lalu menimpakannya ke atas sesiapa yang Dia kehendaki dan mereka berbantah-bantah tentang Allah dan Dialah Tuhan yang Maha keras siksanya (ar Rad: 13). inilah ayat terakhir yang kami sempat baca sebelum nenda berangkat pulang. seperti yang saya catatkan sebelum ini, ketika saya sedang menyimak baris makna, saya melihat nenda berpindah ke ruang baru. rupanya, ia firman yang sangat mengesankan bila masa itu tiba...
Published on March 07, 2013 13:31
March 6, 2013
Saya bertanya kepada seorang dua sahabat penulis sam...
Saya bertanya kepada seorang dua sahabat penulis sama ada mereka menerima surat berdaftar, emel malah panggilan telefon dari Jordan. hanya untuk bertanyakan antara lain, apakah dan siapakah sumber ilham dalam menulis. The literary world has so many great authors as it does great characters. Whose legacy, author or character, inspired you to take up writing? saya tidak pasti berapa seriusnya pihak ini bertanya. namun dalam senyap saya mula mencatat jawapan... pernah suatu ketika, saya menjadikan beberapa sasterawan sebagai sumur ilham saya. tapi sejak akhir-akhir ini saya sedari bukan hanya hasil kerja beberapa nama itu yang menjuruskan lorong penukangan seni saya. ternyata saya semakin melihat susuk peribadinya juga yang menawarkan semangat. maka, catatan jawapan lama itu saya padam, dan mengubah ayatnya begini, bahawa kepercayaan saya dan al Quran akan selalu menjadi daya batin yang luar biasa bagi saya terus menulis, dengan izin-Nya ...
Published on March 06, 2013 21:04
March 4, 2013
Dalam sebulan ini saya menerima hadiah yang sangat ...
Dalam sebulan ini saya menerima hadiah yang sangat mengilhamkan. coklat! bukan sekali tetapi dua. dan bukan sekarung tapi lebih daripada itu! ya Allah. saya bertanya-tanya mengapakah si budiman ini terus memberi dan ia tidak menghentikan beberapa buah perenungan. saya mengibaratkan hadiah-hadiah ini sebagai rezeki Allah buat kita yang juga tidak putus-putus. seperti yang pernah saya luahkan kepada mahasiswa lewat kuliah semalam, kita terlalu banyak diberi nikmat dan anehnya kita ditenggelaminya; langsung lupa untuk berterima kasih. ya Allah, bilakah kali terakhir saudara berteleku dan benar-benar berterima kasih kepada Allah?
Published on March 04, 2013 12:42
February 28, 2013
Saya gemar membaca puisi, pasti sahaja puisi Melayu...
Saya gemar membaca puisi, pasti sahaja puisi Melayu sejak dari pantun, syair mahupun puisi moden yang dipanggil sajak. saya gembira mengutip susunan rangkap, pasangan kata atau sering tergoda dengan bijaksananya penyair menyaring bunyi. saya menyambung baca Syamail; dan Zahar juga membacanya kemudian kami saling bercerita tentang setiap hadis berkenaan keperibadian Rasulullah, kekasih Allah. ternyata Muhammad yang Mulia, turut bersyair dan ia adalah baris yang indah dirakam Jundub Sufyan al Bajali, saat darah mengalir keluar dari jemari Rasulullah, antara baris syair inilah yang bergema sama, engkau hanyalah jari-jemari yang berdarah, dan engkau terluka di jalan Allah. ya Rasulullah! salawat dan salam buat baginda.
Published on February 28, 2013 13:32
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

