Mawar Safei's Blog, page 165

January 24, 2013

 12 Rabiul awal, kami meraikan hari kelahiran N...

 12 Rabiul awal, kami meraikan hari kelahiran Nabi Muhammad  dengan memperbanyakkan salawat. saya memberi tugasan pagi kepada Alif Matiin untuk menulis nama "Muhammad Abdullah"  dan selalu menyebutnya agar Rasulullah juga tidak lupa pada nama Alif Matiin. saya juga mengirim kawat kepada beberapa sahabat, dengan rakaman ucapan agar kita memperoleh syafaat Rasulullah dengan menggandakan ingatan kepada baginda yang kita rindu dan cinta. saya turut membacakan sisipan bab Rubu' Ihya Ulumiddin tentang akhlak dan adab Rasulullah kepada Alif Matiin dan Zahar. mereka  ternyata teruja apabila saya bacakan, Rasulullah seorang yang pemalu, berhidung mancung dan kulitnya kemerahan. Rasulullah punya kerendahan hati. apabila ada yang gementar dengan kehebatannya, baginda akan menyapa, aku hanya seorang anak perempuan Quraisy yang makan daging kering.   
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 24, 2013 16:41

January 21, 2013

  Pak Samad Said akan kata, kulit buku ini sang...

  Pak Samad Said akan kata, kulit buku ini sangat memujuk. ya, besar kemungkinan begitu. judulnya, bagi saya juga begitu menyeru. tahniah buat adinda Dr Kamariah Kamarudin. terima kasih atas hadiah istimewa ini. Catatan Cinta Anakanda Bonda, terbitan ITBM 2013. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 21, 2013 16:52

January 19, 2013

 Saya sudah beralih tanggungjawab rasmi di pejabat. ...

 Saya sudah beralih tanggungjawab rasmi di pejabat. daripada menjaga hal ehwal akademik dan pentadbiran program, sekarang saya diberikan tugas menjaga jurnal. Jurnal Melayu. oh, ternyata ia bukan kerja mudah. saya menyelak buku panduan, kamus dan mencari perkakas sendiri, untuk memulakan kerja berat ini. ya, saya seperti pekerja baru di hari pertama. kepada sdr yang berminat, silalah mengirim makalah. antara panduan penulisannya ada di sini; sementara ia dikemaskinikan... semoga saya dikasihani Allah dengan sabar dan solat, untuk melunaskan amanah ini. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 19, 2013 15:15

January 14, 2013

Banyak rupa nikmat yang Allah berikan untuk setiap kita. ...


Banyak rupa nikmat yang Allah berikan untuk setiap kita. manusia selalu berfikir dalam rumus matematika atau logika. maksud saya, nikmat itu dilihat sering dilihat dalam susuk yang baik sahaja. sekiranya ditimpa musibah, datangnya sekali-kali tidak diraikan sebagai nikmat. saya dalam kesedihan apabila mengenangkan nenda yang saya kasihi mula mengalami sindrom lupa. saya sebak saat memperkenalkan diri, siapa saya kepadanya, kerana nenda sudah mula lupa banyak perkara. sekejap saya terjaga, mengapa nenda saya jadi begitu. alangkah jika dalam usia 83 tahun, diingatnya banyak peristiwa, mungkin sahaja ia merupakan satu petaka yang sangat mendera untuk si pikun sepertinya. maka saya pun menadah tangan, alhamdulillahi rabbil alamin. terima kasih Allah kerana ada yang terlupakan oleh nenda kami itu!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 14, 2013 22:04

January 10, 2013

Sekian banyak yang saya rakam dalam ruang blog ini, saya ...

Sekian banyak yang saya rakam dalam ruang blog ini, saya sedar saya tidak menyaring sama ada ia kisah yang menyukakan hati atau sebaliknya. kali ini termasuklah yang akan saya berbahagi juga adalah cerita pendek Alif Matiin dalam waktu kurang lebih seminggu memulakan persekolahannya. di sebalik kisah dia happy mendapat bilik darjah (sehingga tidak mahu pulang sewaktu menduduki ujian saringan), anak saya itu juga menyimpan sejarah sendiri. antaranya pipi kiri berparut kerana jatuh di kantin, seluar sekolah agama berlubang kerana diseret, kotak pensil patah (isinya entah di mana), tali beg sekolah yang mula haus kerana bergeser dengan roda, tertukar tali leher, tali botol air putus dan pulang dengan baju yang comot hampir setiap hari! ya, semua berlaku dalam seminggu ini. dan saya mahu bercerita kepada sdr kerana ia bukan rahasia untuk saya simpan sendiri.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 10, 2013 22:51

January 8, 2013

Alif Matiin atau ejaan sebenarnya Aliif Matiin, sudah mul...

Alif Matiin atau ejaan sebenarnya Aliif Matiin, sudah mula buat sujud syukur seusai solat. kami mengasuhnya untuk selalu berterima kasih kepada Allah atas segala yang diberikan melalui sujud syukur. sepatah kata bapaknya, walau dapat musibah pun kita harus buat sujud syukur kerana kita lebih dekat dengan-Nya. semalam selepas solat maghrib saya bertanya untuk apa sujud syukurnya kali ini. anak saya dengan riang menjawab sebab Alif happy, sebab Alif pandai buat kerja sekolah, sebab baju sekolah Alif tak kotor.... saya suka gambar ini. ia pernah saya gunakan dalam entri september 7, 2012.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 08, 2013 23:26

January 3, 2013

Cuti saya berakhir hari ini sempena anak mula persekolaha...

Cuti saya berakhir hari ini sempena anak mula persekolahan. hari pertama, kami perhatikan tiap masa: masuk darjah, waktu rehat dan waktu pulang. rupa-rupanya sangatlah meriah di pintu pagar sekolah waktu keluar masuk. pada masa-masanya, van dan bas sekolah menderu-deru! kami mendapatkan pemandu dan pengasuh Alif Matiin, seorang yang mengambil berat soal binaan peribadi dan ruhani. banyak yang dipelajarinya tiga hari ini. tidak putus-putus saya mendoakan khusus lewat sujud untuk Alif Matiin diterangkan hati belajar, disenangi, dikasihi dan diterima guru-guru dan teman-temannya. semoga Allah menggerakkan tutur kata dan tingkah laku yang terpuji dalam diri anak kami itu. amin!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 03, 2013 17:03

January 2, 2013

Kotak pintu baru rumah kami ini antara kehendak dan ...


Kotak pintu baru rumah kami ini antara kehendak dan impian Zahar yang banyak mengingat surau zaman anak-anaknya. saya juga suka dengan citarasa ini. namun masih ada yang belum lengkap, antaranya rangka jendela kaca yang mengapit. pintu separuh kaca dan kayu ini melatih Alif Matiin untuk hati-hati sama ada membuka atau merapatkannya kembali. begitu juga dengan sikap hati-hati yang setiap ketika saya ingatkan anak bujang saya yang baru mula ke sekolah. antara pesan neneknya juga, jalan hati-hati, jangan berlari di sekolah! saya terus berdoa semoga pintu ini juga lambang bukaan rezeki buat kami, buat kita di tahun baru!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 02, 2013 20:58

December 30, 2012

Hari terakhir 2012, saya masih bekerja dengan menyemak&nb...


Hari terakhir 2012, saya masih bekerja dengan menyemak  penulisan mahasiswa. ia juga hari terakhir mereka menghantar tugasan sebelum minggu ujian. saya teringatkan rumah yang masih perlu dibersihkan selepas kerja pengubahsuaian berjalan lebih sebulan. rasanya inilah kali pertama dan terakhir rumah kami digubah setelah lebih dua belas tahun dihuni. ia kerja yang sangat melelahkan dan memedihkan hati. semoga tahun baru masihi yang datang esok banyak memujuk saya yang semakin tua ini...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 30, 2012 19:07

December 29, 2012

  Hari ini, pertama kali Alif Matiin ke sekolah...

  Hari ini, pertama kali Alif Matiin ke sekolah untuk sesi orientasi. menghadiri perhimpunan, ujian saringan, mendapatkan buku teks dan membeli buku lainnya. aduhai, bersejarahnya!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 29, 2012 05:32

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.