Mawar Safei's Blog, page 161

May 8, 2013

Ini antara petikan pada slide penutup tentang SN Abdullah...

Ini antara petikan pada slide penutup tentang SN Abdullah Hussain yang diperaga mahasiswa tahun satu saya dalam kelas tuorial siang tadi. baris-baris yang tajam, menghunus saat kesan pemilihan tempohari masih berbekas...
Kemerdekaan yang sudah dicapai  seperti sebuah gelas kosong lalu semua pihak mahu mengisi gelas tersebut dengan minuman yang disukainya...   
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 08, 2013 22:45

May 6, 2013

Debar memilih calon pemimpin hampir reda. sekali lagi say...

Debar memilih calon pemimpin hampir reda. sekali lagi saya mengundi di kawasan parlimen/dun omak mertuo den. ini musim yang keempat. semakin banyak yang aneh. saya melihat bagaimana manusia berubah angkuh. manusia menggantung impian seperti dia tidak akan pernah mati. manusia munafik. manusia berdusta. manusia jadi begitu bila kuasa merupakan raja. ya, ternyata ia sangat menjengkelkan juga,  kali ini melihat kuku jari telunjuk kiri yang kotor. Alif Matiin yang merajuk kerana tidak boleh mengundi, mengejek saya, jari mummy macam hantu! dan menggesa saya membersihkannya segera.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 06, 2013 15:28

May 3, 2013

  Dua buah buku, hadiah saya buat si peminat ba...

  Dua buah buku, hadiah saya buat si peminat bacaan biografi di rumah kami!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 03, 2013 17:29

April 27, 2013

Zahar dan Alif Matiin, antara yang sangat tahu betapa say...

Zahar dan Alif Matiin, antara yang sangat tahu betapa saya ini seorang penyedih. saya akan selalu mencari-cari bahu Zahar untuk saya sandarkan pilu atau terharunya saya akan sesuatu rasa yang tiba-tiba menghenyak. saya pernah menangis melihat sebuah rancangan dokumentari anak-anak penyu yang mungil; keluar dari ruang penetasan, membuka kaki pendayungnya yang kecil dan dengan cepat mencari garis air laut. ya Allah, kecilnya dia untuk berada di segara yang sangat luas merentas benua dan pulau.  

atau saya selalu melihat bagaimana anak-anak (pastinya termasuk Alif Matiin) mahu berhadapan dengan keangkuhan, kebencian, haloba, kemunafikan atau fitnah yang datang dari sahabat sendiri nanti. tebalkah semangat anak-anak ini  menjadikan Allah dan Muhammad sebagai sumbu kehidupan? ya Allah, cepat saya mengangkat tangan mendoakan semua anak yang ada, ya semua, agar mereka dikasihani dan dilindungi selalu. ah, betapa kasihannya saya terhadap mereka!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 27, 2013 10:07

April 26, 2013

Siapa duga, Alif Matiin mengadu isnin petang usai pulang ...

Siapa duga, Alif Matiin mengadu isnin petang usai pulang dari sekolah, sakit  di bahagian atas perut. keesokan petangnya juga. hari ketiga mula diserang demam panas. hasil pemeriksaan dua orang doktor, bahagian bawah kanan perutnya sangat sakit walau disentuh perlahan. menjelang senja hari yang sama, anak saya selamat menjalani pembedahan.  siapa sangka, dengan hanya diberi ubat angin awalnya,  Alif Matiin mengalami acute appendicitisalhamdulillahi rabbil alamin. terima kasih Dr Hassan yang membantu kami dan teman-teman yang turut mendoakan!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 26, 2013 02:36

April 22, 2013

Buku baru kami disunting ketua penyelikan yang saya serta...

Buku baru kami disunting ketua penyelikan yang saya sertai, Gender dalam Sastera Melayu. turut sama, buku yang yang asalnya dari buku hijau. boleh didapati dari kedai Penerbit UKM dengan harga yang berpatutan!

  RM38                                   RM35
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 22, 2013 00:38

April 19, 2013

Alhamdulillahi rabbil alamin, kami menyudahkan hari perta...

Alhamdulillahi rabbil alamin, kami menyudahkan hari pertama bengkel penulisan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. saya menyenangi para peserta  kali ini yang datang dari pelbagai bidang; dari  matematik, komunikasi,  sains, fizik, seni bina dan kejuruteraan. lewat sujud panjang saya sangat mengharapkan Allah mengikhlaskan hati setiap kami. saya mohon kami akan menulis dengan nama-Nya yang mulia. kami  merakam syukur betapa menerusi penulisan, banyak jalan kebaikan yang Allah juruskan. besok kami akan bertemu lagi dan semoga ada ikrar dari semua peserta untuk menulis selepas ini. sebenarnya ini impian yang belum termakbul; saya mahu kumpulan kecil di kampus, nantinya yang selalu berjumpa lewat secangkir kopi, bercerita tentang karya yang sedang ditangani. dan kumpulan ini datang dari pelbagai penjuru fakulti. tiada batas rasmi, hanya kami menjadi sahabat.  mungkinkah?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 19, 2013 06:42

April 16, 2013

perempuan dan jalan pulangMasih ingat dengan susuk pere...

 perempuan dan jalan pulang Masih ingat dengan susuk perempuan tua yang banyak kehilangan dalam seluruh hidupnya? ya entri mac 9, 2013. awal dinihari ini saya melihat pesanan bertulis menyampaikan kawat dukacita. dia kehilangan lagi! Allah Allah Allah. kali ini anak sulung yang amat dicintainya pula menjalani lorong itu. o Allah. masih saya ingat antara usikan mereka berdua beranak itu kepada saya, kami adalah kawan baik (best friends). al fatehah buat kekanda Rusihana Ruslan. semoga ia perjalanan pulang yang paling sejahtera... sedang saya sejak semalam berhasrat untuk menziarahi mereka hari ini. saya sangat ingin mendakap perempuan tua itu. dan beginilah takdir kami. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 16, 2013 14:09

April 13, 2013

 Jemputlah sekiranya berkelapangan!


 Jemputlah sekiranya berkelapangan!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 13, 2013 15:01

April 12, 2013

Ada beberapa keluk yang dilalui sepanjang tidak menulis d...

Ada beberapa keluk yang dilalui sepanjang tidak menulis di sini. keluar daripada laluan rutin, saya berada di beberapa tempat yang  berlainan. menghadiri acara rasmi, separuh rasmi atau santai. bertemu dengan pelbagai rona wajah manusia.  saya merentasi juga keluk di layar media dengan menonton beberapa filem dan dokumentasi. begitu juga dengan keluk kesihatan yang turun naik. begitu sama menemui kejutan,  kesedihan, kecewa dan masih ada banyak yang memujuk. Zahar bijak memilih filem untuk saya tonton. menggemari genre seram dengan ada masukkan sastera. kali ini 1920: Evil Returns, penyair dengan lapisan kisah cinta bersama kekasih yang belum pernah ditemui. dan akhirnya penyair itu berhubung dengan roh si mati yang rupa-rupanya menyimpan kesumat dan iri.  begitukah, manusia membawa sejauh sebuah kematian, perasaan yang tidak putus-putus mahukan kemenangan? saya demam panas keesokan harinya.  
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 12, 2013 22:03

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.