Mawar Safei's Blog, page 162
April 19, 2013
Alhamdulillahi rabbil alamin, kami menyudahkan hari perta...
Alhamdulillahi rabbil alamin, kami menyudahkan hari pertama bengkel penulisan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. saya menyenangi para peserta kali ini yang datang dari pelbagai bidang; dari matematik, komunikasi, sains, fizik, seni bina dan kejuruteraan. lewat sujud panjang saya sangat mengharapkan Allah mengikhlaskan hati setiap kami. saya mohon kami akan menulis dengan nama-Nya yang mulia. kami merakam syukur betapa menerusi penulisan, banyak jalan kebaikan yang Allah juruskan. besok kami akan bertemu lagi dan semoga ada ikrar dari semua peserta untuk menulis selepas ini. sebenarnya ini impian yang belum termakbul; saya mahu kumpulan kecil di kampus, nantinya yang selalu berjumpa lewat secangkir kopi, bercerita tentang karya yang sedang ditangani. dan kumpulan ini datang dari pelbagai penjuru fakulti. tiada batas rasmi, hanya kami menjadi sahabat. mungkinkah?
Published on April 19, 2013 06:42
April 16, 2013
perempuan dan jalan pulangMasih ingat dengan susuk pere...
perempuan dan jalan pulang
Masih ingat dengan susuk perempuan tua yang banyak kehilangan dalam seluruh hidupnya? ya entri mac 9, 2013. awal dinihari ini saya melihat pesanan bertulis menyampaikan kawat dukacita. dia kehilangan lagi! Allah Allah Allah. kali ini anak sulung yang amat dicintainya pula menjalani lorong itu. o Allah. masih saya ingat antara usikan mereka berdua beranak itu kepada saya, kami adalah kawan baik (best friends). al fatehah buat kekanda Rusihana Ruslan. semoga ia perjalanan pulang yang paling sejahtera... sedang saya sejak semalam berhasrat untuk menziarahi mereka hari ini. saya sangat ingin mendakap perempuan tua itu. dan beginilah takdir kami.
perempuan dan jalan pulang
Masih ingat dengan susuk perempuan tua yang banyak kehilangan dalam seluruh hidupnya? ya entri mac 9, 2013. awal dinihari ini saya melihat pesanan bertulis menyampaikan kawat dukacita. dia kehilangan lagi! Allah Allah Allah. kali ini anak sulung yang amat dicintainya pula menjalani lorong itu. o Allah. masih saya ingat antara usikan mereka berdua beranak itu kepada saya, kami adalah kawan baik (best friends). al fatehah buat kekanda Rusihana Ruslan. semoga ia perjalanan pulang yang paling sejahtera... sedang saya sejak semalam berhasrat untuk menziarahi mereka hari ini. saya sangat ingin mendakap perempuan tua itu. dan beginilah takdir kami.
Published on April 16, 2013 14:09
April 13, 2013
Jemputlah sekiranya berkelapangan!
Published on April 13, 2013 15:01
April 12, 2013
Ada beberapa keluk yang dilalui sepanjang tidak menulis d...
Ada beberapa keluk yang dilalui sepanjang tidak menulis di sini. keluar daripada laluan rutin, saya berada di beberapa tempat yang berlainan. menghadiri acara rasmi, separuh rasmi atau santai. bertemu dengan pelbagai rona wajah manusia. saya merentasi juga keluk di layar media dengan menonton beberapa filem dan dokumentasi. begitu juga dengan keluk kesihatan yang turun naik. begitu sama menemui kejutan, kesedihan, kecewa dan masih ada banyak yang memujuk. Zahar bijak memilih filem untuk saya tonton. menggemari genre seram dengan ada masukkan sastera. kali ini 1920: Evil Returns, penyair dengan lapisan kisah cinta bersama kekasih yang belum pernah ditemui. dan akhirnya penyair itu berhubung dengan roh si mati yang rupa-rupanya menyimpan kesumat dan iri. begitukah, manusia membawa sejauh sebuah kematian, perasaan yang tidak putus-putus mahukan kemenangan? saya demam panas keesokan harinya.
Published on April 12, 2013 22:03
April 6, 2013
Bukan sedikit kita belajar dari seorang anak ...
Bukan sedikit kita belajar dari seorang anak kecil. ya, beberapa hari ini suara Alif Matiin mendayu-dayu dalam sedikit serak melagukan doa tulus ini... ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha ini adalah waktu dhuha-Mu, keindahan dan kecantikan ini adalah keindahan dan kecantikan-Mu, kekuatan dan kekuasaan ini adalah kekuatan dan kekuasaan-Mu, pemeliharaan ini adalah pemeliharaan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku di langit, turunkanlah, jika rezekiku di bumi, keluarkanlah, jika ia di laut timbulkanlah, jika ia sukar permudahkanlah, jika ia sedikit perbanyakkanlah, jika ia banyak berkatilah, jika ia haram sucikanlah, dengan berkat waktu dhuha-Mu, keindahan, kecantikan, kekuatan, kekuasaan dan pemeliharaan-Mu. kurniakanlah aku apa yang engkau anugerahkan kepada hamba-Mu yang saleh dan beriman. bila kali terakhir kita berdoa begitu lewat solat dhuha?
Published on April 06, 2013 16:01
April 2, 2013
tangan yang menadahYa Allah, berapakah dalamnya cinta kit...
tangan yang menadah
Ya Allah, berapakah dalamnya cinta kita terhadap dunia? tamsilan yang mudah, pada suatu hari saya berkesempatan memasuki sebuah kawasan perumahan tertutup lagi peribadi. lenguhnya leher saya menoleh kiri, kanan, hadapan dan belakang deretan rumah-rumah gadang yang ada kala kelihatan bukan selayaknya sebuah rumah tetapi seperti bangunan sekolah atau dewan raya. ya Allah. ya Allah. ya Allah. sedang baru semalam saya berbincang dengan seorang teman penyelidikan, betapa banyak lagi penjuru di dunia ini yang memerlukan kemudahan teduhan daripada hujan, panas atau ribut taufan. senarai yang panjang memerlukan bangunan sekolah usai perang. sekian banyak yang menadah tangan untuk pendidikan dan tuntutan asas. di penghujung jalan keluar di kawasan perumahan mewah itu saya ternyata tidak lagi mampu menelengkan kepala. saya tunduk dan sangat malu, melihat tangan sendiri. kecilnya saya hingga tidak mungkin saya dapat berbuat apa-apa untuk menolak cinta dunia yang sangat-sangat penuh tipu daya. saya teringat cerita Rasulullah tentang wahn, cintakan dunia dan takut mati... ya Allah ampuni kami.
Published on April 02, 2013 14:41
March 31, 2013
Ini buku dari mahaguru sewaktu meraikan hari lahir kami, ...
Ini buku dari mahaguru sewaktu meraikan hari lahir kami, kebetulan dalam bulan yang sama. istimewanya kali ini Prof Madya Dr Hadijah Rahmat merakam kenangan kami dalam buku terbarunya ini, Kurnia Alam. sebelum ini sebuah kumpulan puisinya berjudul, Di Tengah Alam. saya tidak pasti bagaimana mahasiswa melihat saya. namun bertemu guru semula dan mengabadikan budi mereka lewat doa panjang, adalah satu babak yang mengesankan... terima kasih Dr Hadijah.
Published on March 31, 2013 13:20
March 29, 2013
Si pengirim karungan cokelat datang lagi. apa lagi ...
Si pengirim karungan cokelat datang lagi. apa lagi yang mampu saya lakukan selain terima kasih dan mendoakan kesejahteraannya dunia akhirat.
Published on March 29, 2013 14:26
March 28, 2013
Kaki bonda saya teragak-agak untuk melangkah masuk ...
Kaki bonda saya teragak-agak untuk melangkah masuk ke ruang tamu yang sepi. saya seperti mendengar suara hatinya. Zahar sempat menyatakan betapa ruang nenda ini tidak berseri lagi. saya tidak dapat menahan sebak apabila melintasi kamar tidur nenda yang sudah lapang. pembaringannya sudah dipindahkan. yang tinggal ialah pelbagai milik nenda yang mahu diagih-agihkan untuk memanjangkan sadaqah. usai acara mengingati nenda dengan yassin dan doa, kami bercerita kembali tentang nenda dan kenangan. saya akan selalu ingat betapa pemurahnya nenda. dan ia terus hidup dalam hati Matiin. sewaktu di pusara, Matiin mengeluarkan not sgd10 dari dompetnya seraya berbisik sendiri yang dia mahu memberikan kepada moyang. saya mengusap rambut lebat anak saya itu dan tahu ketika itu nenda tidak mahu apa-apa selain doa dan doa buat kehidupan barunya di bawah sana...al fatehah.
Published on March 28, 2013 14:32
March 25, 2013
Saya gayat. sama ada berdiri di paras paling atas sebuah ...
Saya gayat. sama ada berdiri di paras paling atas sebuah bangunan, apatah lagi berada dalam sebuah kereta yang bergantung hanya pada satu tali. tapi demi kenangan bersama almarhum nenda dan datuk, saya gagahi kaki memasuki kereta kabel ini. ya, saya masih sangat ingat kereta ini pernah tergantung agak lama di tengah-tengah laluan dan di bawah tapak kaki adalah air laut yang terbentang. Allah Allah Allah. itu kenangan bersama nenda lebih dua puluh tahun lalu... dan kebetulan sahaja malam itu lewat rancangan Terbit menyiarkan wawancara dengan mangsa tragedi kereta kabel yang pernah berlaku pada tahun 1983.
Published on March 25, 2013 14:41
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

