Ada beberapa keluk yang dilalui sepanjang tidak menulis d...

Ada beberapa keluk yang dilalui sepanjang tidak menulis di sini. keluar daripada laluan rutin, saya berada di beberapa tempat yang  berlainan. menghadiri acara rasmi, separuh rasmi atau santai. bertemu dengan pelbagai rona wajah manusia.  saya merentasi juga keluk di layar media dengan menonton beberapa filem dan dokumentasi. begitu juga dengan keluk kesihatan yang turun naik. begitu sama menemui kejutan,  kesedihan, kecewa dan masih ada banyak yang memujuk. Zahar bijak memilih filem untuk saya tonton. menggemari genre seram dengan ada masukkan sastera. kali ini 1920: Evil Returns, penyair dengan lapisan kisah cinta bersama kekasih yang belum pernah ditemui. dan akhirnya penyair itu berhubung dengan roh si mati yang rupa-rupanya menyimpan kesumat dan iri.  begitukah, manusia membawa sejauh sebuah kematian, perasaan yang tidak putus-putus mahukan kemenangan? saya demam panas keesokan harinya.  
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 12, 2013 22:03
No comments have been added yet.


Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.