Mawar Safei's Blog, page 167

December 6, 2012

masjid putrajayaAda beberapa acara yang akan diikuti pela...

masjid putrajaya Ada beberapa acara yang akan diikuti pelajar Penulisan Kreatif saya; sebahagian kerja pemerhatian mereka sebelum berakhirnya kuliah semester ini.  10 disember: ke Masjid Putrajaya untuk
  meneroka penciptaan hari (7.30 malam) 12 disember: diundang ke Hari Persuratan Melayu di auditorium siswa (8.30 pagi) 21 disember:  menyaksikan tayangan filem di Balai Busana Melayu (2 petang)  
 semoga mereka menanggap dengan mata dan fikiran yang berbeza.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 06, 2012 01:10

December 4, 2012

Menyalin  puisi sahabat saya, Rahimidin Zahari, "maw...

Menyalin  puisi sahabat saya, Rahimidin Zahari, "mawar" (dewan sastera, disember 2012). Sewaktu sekolah rendahkegemarankumenanam mawarsehingga berbungadan berkembang mawardi lembah hatiku. Sewaktusekolah menengahseorang teman baikmenghadiahperfume mawardan berbekaskanmawarsehingga tubuhku berbau mawar.  Setelah menjadi bapaseorang teman pelukisAbu Bakar Idrismenghadiahcatansekuntum mawar hitamyang disamarkan putihdengan judul puitis'Bisikan Misteri'dan setiap hariaku sepertimendengarbisik misteri itu. Dari KLIAke Ghuangzauaku menghabiskan tiga jam 50 minitdengan membaca'Mawar yang Hilang'karya Serdar Ozkanterbitan ITNMdi Beijing Lusatu malamaku tertarikpada headgeardan kostum penjualaku membelisebentukcincin perakberbungakan mawartanpa menawarnya. Di tengahsesak manusiaaku menyusur pulang ke hotelmemasuki metromenukar subwaydan terpijak sekuntum mawar. 1305, Paco Business-Hotel Ghuangzau, China16 Oktober 2011
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 04, 2012 21:03

December 1, 2012

Sejak konflik menjadi tua dengan tiba-tiba, minyak zaitun...

Sejak konflik menjadi tua dengan tiba-tiba, minyak zaitun  menjadi  begitu istimewa. bukankah ia juga disebut-sebut dalam al Qur'an.
at- tin: 1: demi buah tin dan zaitun.
 al-mukminun: 20: dan pohon kayu keluar dari Thursina (pohon zaitun) yang menghasilkan minyak dan pemakan makanan bagi orang-orang yang makan.
an-nur: 35: Allah adalah cahaya seluruh langit dan bumi. perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah tempat pelita di dalamnya ada pelita besar. pelita itu berada dalam kaca dan kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara yang dinyalakan dengan minyak dari sepohon yang penuh barakah (pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak di sebelah barat), minyaknya hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api lantaran minyak itu sangat bening berkilau. cahaya di atas cahaya berlapis-lapis. Allah membimbing kepada cahaya-Nya yang Dia kehendaki dan Allah membuat perumpamaan  bagi manusia. dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. 


Maha Suci Allah!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 01, 2012 14:47

November 29, 2012

Siapa antara susuk peribadi yang mengesankan di mata saud...

Siapa antara susuk peribadi yang mengesankan di mata saudara? ini antara soalan saya untuk mahasiswa penulisan kreatif kami. mereka harus membentang susuk itu dengan kewajaran. dan tidak semestinya dia nama yang masyhur. mungkin sahaja dia anak kecil yang pernah mengungkap doa buat seluruh alam. barangkali memang dia seorang negarawan yang mempertimbangkan banyak sisi. saya terbaca ini tentang tujuh dosa besar pembawa kehancuran oleh Gandhi ~ kekayaan tanpa bekerja ~ kesenangan tanpa hati nurani ~ ilmu tanpa watak ~ perniagaan tanpa etika ~ sains tanpa kemanusiaan ~ agama tanpa pengorbanan ~ politik tanpa prinsip. saya meneka-neka siapa pilihan mahasiswa saya yang berjumlah empat puluh enam orang itu. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 29, 2012 21:22

Blog ini, selepas takdir gelapnya, masih terus dibaiki. g...

Blog ini, selepas takdir gelapnya, masih terus dibaiki. gambar-gambar lama masih dalam kerja menampal semula. sehingga hari ini baru selesai untuk tahun 2012... memang ia bukan kerja mudah :-(
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 29, 2012 00:09

November 26, 2012

Saya tidak menulis pengalaman melihat pokok besar yang tu...

Saya tidak menulis pengalaman melihat pokok besar yang tumbang sejurus ribut menyerang kampus kami beberapa minggu lalu; sewaktu mahasiswa bercuti. saya berhampiran tapak takdir itu. begitu juga saya sempat melihat akar pokok selepas hujan lebat di muka jalan dekat lorong sekolah Mohican. sebahagiannya akar itu mirip arca yang sangat berseni. bagaimana pokok dan akar itu bercantum dalam tidur. dalam mimpi. saya melihat banyak sekali pohon besar yang tewas di tangan seorang lelaki yang persis susuk mahasiswa saya. ya, saya jadi kagum separuh hairan apabila begitu banyak pohon gergasi yang terbaring di sebuah hutan. oh mimpi rapsodik! adakah ia datang dari jalan siang yang akhir-akhir ini sering dengan hujan ribut  atau dari hati saya yang banyak angin taufannya...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 26, 2012 14:09

November 23, 2012

Tahu-tahu saja saya memberikan contoh drama bersiri lama ...

Tahu-tahu saja saya memberikan contoh drama bersiri lama ini dalam kuliah. kami membincangkan kerja eksperimen pengarang dalam garapan cerpen futuristik. Space 1999. ya, bagi yang hidup pada dekad 70-an, ini antara tontotan kita. sebuah cereka sains yang mengujakan waktu saya kanak-kanak, membayangkan bumi dalam dua dekad mendatang.  sebagai yang dicipta, tentunya banyak yang kita tidak tahu, apalagi untuk membayangkan apa yang belum berlaku. dan ia tentunya jauh daripada apa yang kita mampu bayangkan. Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 23, 2012 14:53

November 21, 2012

Sesungguhnya, menjelang tua, semakin banyak perkara baru ...


Sesungguhnya, menjelang tua, semakin banyak perkara baru menjadi pelajaran. daripada sekecil-kecil hal kepada mungkin sahaja yang melibatkan nama maruah. saya menganuti kepercayaan bahawa untuk belajar perkara baru setiap hari dan dengannya saya mahu menjadi manusia yang lebih baik, walau sering juga saya kandas. antara perkara kecil itu ialah cara mengenakan krim muka. ya, krim muka!  ini soal kesihatan wajah (sudah tua begini, makna kecantikan sudah sangat terpecah-pecah). rupanya kebanyakan krim muka, sangat tidak boleh menyentuh kawasan sekitar mata (sesekali kita akan berjumpa kenyataan amaran ini, namun dalam banyak suasana, ia dipadamkan). akibatnya, jika ia melewati kawasan halus itu, sejurus bangun tidur dan melihat cermin, saudara akan kelihatan menjadi tua dengan tiba-tiba. seribu kedutan dengan serangan ketakutan akan memecahkan sebuah pagi yang aman. benar! krim muka tidak harus memasuki daerah mata. waspada. cermat. kita boleh jadi tua tiba-tiba! dan ini pelajaran baru buat saya...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 21, 2012 17:31

November 16, 2012

Zahar jarang menyatakan kesedihannya. suami saya itu tida...

Zahar jarang menyatakan kesedihannya. suami saya itu tidak selalu menahan airmata di hadapan saya. semalam, pulang dari kedai membaiki tayar basikal Alif Matiin yang bocor, selalu bocor, inilah kisah yang dibawa. kedai baik pulih basikal itu tatausahanya adalah mereka yang istimewa. hampir semua tidak berkaki dan jika ada tangan juga masih dengan rupa yang kurang. ketiga-tiga pekerja itu dalam usia 40-an atau mungkin mencecah 50-an. Zahar membawa saya untuk mengenang sekian banyak tahun mereka meneruskan hidup. nah, kita melihat mereka sangat begitu diuji. sedang bagaimanakah dalam hati mereka? saya menekup muka menahan sedu. dan ketikanya saya sebenarnya menahan malu. saya juga diuji dengan bagaimana manusia lain melihat saya. apakah dalam fikiran dan hati orang lain melihat saya. adakah mereka melihat seperti mana saya mahu melihat mereka. ya Allah, kisah yang dibawa Zahar sangat memberi bekas. saya banyak bertanya diri sendiri, adakah saya malu, sedih dan kecewa dengan pandangan bersilang-silang manusia terhadap saya sedang saya tidak pernah menyangka begitu maksud hati mereka. begitu lamanya masa saya begitu peduli dengan pandangan manusia. dan tiba-tiba saya jadi begitu silau dengan pertanyaan hati saya sendiri. betapa saya lebih  malu, sedih dan kecewa apabila mengenang bagaimanakah pandangan Allah terhadap saya. si debu yang berterbangan ini. ampuni saya ya Allah!  
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 16, 2012 17:55

November 10, 2012

Alhamdulillahi rabbil alamin, akhirnya anak saya naik ke ...


Alhamdulillahi rabbil alamin, akhirnya anak saya naik ke pentas untuk acara graduasi! januari nanti, insya Allah Alif Matiin akan memasuki alam persekolahan sebenar. cepat masa berlalu dan cepat juga tahun baru tiba. terima kasih kepada guru-guru Nasyrah yang banyak bersabar dan sangat tulus mendidik anak-anak kami!semoga guru-guru terus dirahmati.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 10, 2012 16:43

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.