[image error]
sujudkuBerapa kali kita merakam syukur setiap hari? adakah makna syukur dalam sebutan
alhamdulillahi rabbil alamin? adakah dengan perlaksanaan solah? adakah dengan berbahagi rezeki dengan orang lain? adakah dengan memberi apa yang kita ada? adakah dengan sujud syukur? banyak nikmat yang saya terima tanpa saya perlu meminta kepada Allah. masya Allah. dan banyak pula yang saya tidak mengerti mengapa saya diberikan, sedangkan datangnya ia seperti gunung permata yang mahu dimiliki banyak orang. ternyata ia membuat saya berfikir. saya tidak mahu jadi manusia haloba dan tidak tahu di mana letak diri. akhirnya saya jadi malu sendiri dengan banyaknya tawaran dunia yang sebenarnya sangat memabukkan. Allahu Akhbar!
Published on September 04, 2012 13:32