Mawar Safei's Blog, page 105

April 5, 2017

Mencintai al-Qur'anAntara kesyukuran saya apabila AM mend...

Mencintai al-Qur'an
Antara kesyukuran saya apabila AM mendapat asuhan al-Qur'an yang sangat baik daripada Ustaz Luqman (pastinya lebih awal AM dituntun mengenal huruf oleh Ustazah Zafariah). Melalui Ustaz Luqman, AM juga ternyata diminta untuk hafaz surah yang dibaca. Semalam usai Maghrib, AM mengajak saya bertalaqqi. Allah ya Allah. Hanya baru-baru ini saja saya tahu tentang talaqqi. Aduhai dungunya saya. "Mummy baca, AM ikut. Lepas tiga minit, mummy dengar AM baca. Lepas Isya' AM cuba hafal." O Allah. Saya menahan airmata saat kami duduk bertentangan menjalani sesi bertalaqqi. Subhanallah. Bukankah saya masih tidak putus putus berdoa agar AM mencintai Allah dan Rasulullah. AM mencintai solah dan al-Qur'an. Allah ya Allah. Apalagi yang saya tidak mahu atau tahu bersyukur dengan segala nikmat-Mu!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 05, 2017 13:47

April 4, 2017

Selalu AdaSeperti yang pernah diakui sebelum ini, berpula...

Selalu Ada
Seperti yang pernah diakui sebelum ini, berpulangnya A dan A, banyak yang akan mengubah kehidupan saya. Ternyata kata Z dan AM, saya menjadi lebih gembeng. Pantang ada yang menjentik. Keduanya, menu saya sangat merunsingkan ahli rumah. Ikan yang merupakan pilihan utama sebelum ini, sudah tidak boleh saya lihat. Apatah lagi untuk saya memasak sebarang juadah menggunakan ikan. Allah ya Allah. Saya tidak boleh melihat ikan digoreng atau apa saja kaedah masakannya. Kasihannya Z yang harus menggoreng sendiri baki ikan yang masih banyak di aras beku peti dingin. Malah amaran saya, jangan goreng apabila saya ada di rumah! Sedang AM masih membuat saya mengenang-ngenang A dan A, Z pula bersungguh-sungguh berdoa agar kami dapat bersama-sama kembali seperti dahulu, mempunyai kesukaan yang sama dalam memilih resepi atau menu. Pusara A dan A yang dihias AM dengan karangan laut dari Pantai Laut China Selatan sering membuat saya mahu duduk lama di taman kecil kami. Anak-anak saya itu akan selalu ada di mata kalbu.  
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 04, 2017 13:41

April 3, 2017

Si PutihkuFakulti sangat sunyi bermula Jumaat lepas. Cuti...

Si Putihku

Fakulti sangat sunyi bermula Jumaat lepas. Cuti singkat pertengahan semester masih digunakan mahasiwa untuk pulang ke kampung halaman. Aneh. Perkara yang jarang saya lakukan semasa bergelar mahasiswa lebih 25 tahun lalu. Biasanya seminggu begini saya gunakan sepenuhnya untuk banyak kerja yang tertangguh. Dan saya jarang mengambil cuti. Mengapa? Selain kedamaian yang luar biasa, waktu inilah pelbagai unggas akan hinggap di luar jendela saya. Dan Sdr tahu, termasuk si Putih yang mula kerap melayah malah dengan mesranya singgah. Pernah, saat azan Asar begitu indah dibawa angin, saya melihat si Putih berdiam seperti turut meraikan suara sang Bilal. Ketika itu saya dengan seluruh keasyikan menerima dia sebagai sahabat yang selalu saya tunggu. Dialah sahabat yang memahami detik saya memerlukan teduhan dan perhatian. Sekian panjangnya masa saya sering tidak mahu menitip harap di sayap cantiknya. Kerana saya tahu sebentar dia akan pergi lagi dan apa yang berbaki hanyalah kesendirian kembali. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 03, 2017 13:27

April 2, 2017

Sejak dulu, antara guru agama yang saya senang ikuti bica...



Sejak dulu, antara guru agama yang saya senang ikuti bicaranya adalah Ustaz Roslan Mohamed. Alhamdulillah, semalam mengikuti kuliah dhuhanya lagi secara langsung. Merujuk bukunya, Akhirat First (walaupun saya kurang senang dengan judul popular sebegini), beliau membahaskan antaranya tentang kita sebagai pendosa. Allah ya Allah. Sehingga ada ulama mencipta slogan, dosa adalah kawan manusia; dosa adalah musuh orang beriman. Dan dosa disusuli dengan pertaubatan. Syarat bertaubat adalah: berazam untuk tidak mengulang; membuang akar kejahatan dan diikuti penyesalan.  Di situlah terletak manisnya hidup, iaitu melalui jalan pertaubatan. Saya mahu segera menyelak bab Taubat dalam Ihya', dan menekuninya; kerja rumah yang diberikan Ustaz Roslan. Saya pasti tangan saya akan terketar-ketar saat menyelak halaman al Ghazali itu.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 02, 2017 13:44

April 1, 2017

Saya pernah mempunyai tetangga di kampus yang merupakan s...




Saya pernah mempunyai tetangga di kampus yang merupakan seorang yang taat. Pernah saya menyertainya berpuasa bermula Rejab hingga Ramadhan. Juga tetangga saya yang satu lagi, sangat setia dengan rutinitas berpuasa setiap Isnin dan Khamis. Begitu juga dengan ketua saya yang mahu sekali saya menyertai bacaan al Qur'annya yang tekal. Ada juga yang walau tidak pernah diberitahu akan cintanya pada solah malam, mahu sekali saya jadi seperti dia. Di kuliah dhuha, saya bertemu dengan dia yang sangat pemurah tanpa berkira-kira untuk memberi dan memberi. Di jalan takdir yang lain, saya mengenali susuk yang sangat mencintai anak-anak yatim. Dalam keluarga sendiri, saya melihat keindahan iman untuk berhijab setelah bertahun-tahun terasa jauhnya. Ini semua asuhan yang Allah perlihatkan di hadapan saya. Ia sangat menuntun dan mendidik jiwa keras saya. Syukur ya Allah. Jadi, haruskah saya tidak berbuat? 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 01, 2017 14:46

March 31, 2017

Bulan dan pohon sukmaSaya baru menyudahkan sebuah cerpen ...


Bulan dan pohon sukma
Saya baru menyudahkan sebuah cerpen perihal bulan. Membaca draf akhirnya membawa saya kepada kesepian dan kesendirian. Namun semua itu hanya yang dipandang dengan mata fisik. Watak Qamar yang sering menyitir bahawa segala sepi dan sendiri itu sebenarnya terpenuh apabila mata kalbu yang diajak untuk melihat. Saya masih tidak pasti walau sudah menoktahkan cerpen remaja saya itu. Jarang sekali saya menceritakan cerpen yang belum terbit. Nanti saja saya khabarkan lagi apabila diterima pihak editornya. Insya-Allah. Foto: bulan dan pohon sukma antara watak yang saya tampilkan juga.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 31, 2017 14:20

March 30, 2017

Muhd.Nasruddin Dasuki, nama lama dalam dunia prosa Melayu...


Muhd.Nasruddin Dasuki, nama lama dalam dunia prosa Melayu. Saya fikir nama ini sebaris dengan almarhum Mohd. Ismail Sarbini (guru penulisan saya) dan Khairuddin Ayip. Membaca catatan terkini entri blognya, saya baru tahu bahawa Cikgu Khairuddin Ayip, novelis remaja masyhur itu adalah guru penulisannya. Subhanallah. Pembacaan zaman remaja saya banyak dipenuhi dengan novel-novel Mohd Ismail Sarbini dan Khairuddin Ayip. Saya mengenali Muhd. Nasruddin Dasuki lebih sebagai penulis cerpen. Kami pernah bekerjasama dalam buku Bagaimana Saya Menulis, DBP  - sedang diulang cetak. Membaca cerpennya, saya selalu melihat kecenderungan yang senang bereksperimen walau dalam nada yang sederhana. Baru juga saya tahu, beliaulah Editor Mingguan Famili 1986, ketika cerpen pertama saya disiarkan, sewaktu saya berada di tingkatan tiga. Begitulah lorong takdir yang Allah tentukan, sehingga saya akhirnya diminta menulis kata pengantar buku terbarunya ini, Cara Mudah Menulis Novel (dari buku-e kepada versi cetakan). Subhanallah.   
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2017 14:48

March 29, 2017

Saya fikir antara penjuru solah yang paling tulus permoho...


Saya fikir antara penjuru solah yang paling tulus permohonan doanya adalah di rumah sakit. Sama ada yang berdoa itu doktor yang mohon perawatannya sukses; atau yang membuat permintaan itu merupakan ahli keluarga pesakit yang menahan sebak atau si pesakit sendiri yang dalam penyerahan paling seluruh akan lorong takdirnya sebentar lagi. Beberapa pengalaman bersujud di sajadah rumah sakit menemukan saya dengan pendoa-pendoa yang mukhlis itu. Dalam luruh airmata yang tekun menyertai setiap rintih. Dalam menahan getar dada yang tidak tahu untung nasibnya. Dalam kepatuhan yang genap. Hasbunallah wa ni'mal wakil, ni'mal maula wani'man nasir. Itu kalimah yang sangat ampuh.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 29, 2017 14:11

March 27, 2017

Kita kian menghampiri pintu Rejab. Begitulah cepat masa m...


Kita kian menghampiri pintu Rejab. Begitulah cepat masa meninggalkan dan apa sahaja yang sudah kita perbuat. Sedang saya didatangi banyaknya susuk mulia yang menuntun jiwa, ternyata saya turut dibayangi sangsi dan betapa curiganya akan ta'arif kebenaran. Membantu seorang sahabat yang menemukan cerita sedih di satu penjuru rumah tahfiz. Bagaimana al-Qur'an diletakkan pada kondisi yang sangat tidak terhormat. Aneh dan tragis, bukan? Saat saya, si orang kecil ini mahu sekali meletakkan al-Qur'an di tempat yang paling tinggi, rupa-rupanya susuk yang saya percaya lebih tahu, tidak menyedari apa yang mereka perbuat itu sangat menyalahi. Allahu akbar. Ini isu yang terkait dengan pelupusan al-Qur'an. Nasibnya ternyata lebih malang daripada koran buangan. Sedihnya saya. Mahunya saya berlari di hujung jalan ini (dalam foto) dan mena'akul apa yang harus saya lakukan. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 27, 2017 21:55

March 26, 2017

Hujan petang menuju dingin, saya mendongak ke langit mala...


Hujan petang menuju dingin, saya mendongak ke langit malam. Saya teringat lagi baris puisinya, ketika malam kulihat matamu pada bintang (Dari Bintang ke Bintang). Ternyata saya masih dungu dan terkial-kial mencari di mana titik saya berdiri. Sering berasa tidak selayaknya saya menyertai. Bintang itu selalu menunjuk arah (cerpen lama saya berjudul, "Di Langit Tursina, Ada Bintang yang Menunjuk Arah", 22 November 2009, Mingguan Malaysia). Dan saya masih terngadah. 


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 26, 2017 07:41

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.