Mawar Safei's Blog, page 104

April 19, 2017

Hujan menuju senja, bersamanya si debu berterbangan yang ...




Hujan menuju senja, bersamanya si debu berterbangan yang larut menjauh dan menghilang  ...



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 19, 2017 01:07

Hujan menuju senja, bersamanya debu berterbangan yang lar...




Hujan menuju senja, bersamanya debu berterbangan yang larut dan menghilang  ...



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 19, 2017 01:07

April 15, 2017

Masih bekerja di luar rutinitas. Sabar dan syukur terus m...



Masih bekerja di luar rutinitas. Sabar dan syukur terus mengiringi kaki kecil dan lemah dan tua saya. Masya-Allah tabarakallah. Penuh ta'azim saya disapa anak murid yang sekarang merupakan Timbalan Pendaftar sebuah institusi terhormat. Subhanallah. Zahrullail Ahmad. Saya mengingat akhirnya kumpulan awal mahasiswa yang saya bimbing. Subhanallah. Sekali lagi perihal masa yang sangat berdenting. Antara hilang dengan sepi. Antara pelanggaran dengan mendepani. Antara ketaatan dengan merapuh. Allah ya Allah.  Betapa waktu saya semakin mendekat. Ya, dia selalu ada.  
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 15, 2017 15:33

April 14, 2017

Saya jarang mahu ikut acara rasmi pada hujung minggu. Tap...


Saya jarang mahu ikut acara rasmi pada hujung minggu. Tapi kali ini saya harus bekerja dari minggu ke minggu tanpa henti. Dan saya pula bukanlah boleh berjaga lewat melainkan untuk membaca atau menulis. Dan ia sangat melelahkan. Kemudian, berselisih jalan dengan cuaca dan ragam pawana yang canggung ini, mengheret saya ke wilayah yang sulit dan rahsia. Namun masih dituntun sabar dan syukur, saat lari daripada rutinitas begini saya tahu ilham sering mahu bersahabat. Sedang saya ingin terus merakam dan menyimpan hasrat. Nantinya, ketika tiba detik itu saya tahu semuanya akan menggenap. Ya, ia sukar sekali untuk dilakar. Saya seperti mahu terus dalam sujud panjang, rasa begitu sekali dirangkul dengan seluruh perlindungan. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 14, 2017 15:34

April 13, 2017

SendiriApa pantulan kematian pada Sdr? Suatu ya...

Sendiri
Apa pantulan kematian pada Sdr? Suatu yang lumrah. Suatu yang akan datang setiap hari. Dan ia akan pergi dan berlalu begitu sahaja. Dada saya menjadi sangat penuh sejak mulanya minggu baru ini. Seorang sahabat dengan tiba-tiba sahaja menjenguk dan duduk di ruang kerja saya pagi itu seraya di tangannya ada kain putih yang seperti mahu didodoi. Subhanallah. Sambil berkali-kali bertakbir lirih, rupanya dia sedang memujuk kucing kecilnya yang sedang menghitung nafas-nafas akhir. Allah ya Allah. Sekejap itu sahabat saya menutup  tubuh yang elok itu, menjadi seluruh putih bersih. Saya memahami lantas menghubungi seorang pembantu yang boleh bersama-sama kami menguruskan ruang peristirehatan terakhirnya. Kami memilih satu penjuru di hujung fakulti. Segera saya mengingat A n A. Allah, bukankah mereka akan menjadi perhiasan tercantik di syurga-Mu. Lalu pagi ini pula Makcik Siti menyambut saya di ruang kerja dengan mengkhabarkan Zainal Abidin yang baru kelmarin merapikan pintu ruang kerja saya yang bermasalah liang kuncinya, berpulang malam tadi. Allah ya Alah. Bukankah baru sangat dia meyakinkan saya bahawa pintu saya selamat. Dan saya sangat ingat senyumnya memastikan. Antara pintu, kunci, keyakinan dan keselamatan, saya jadi nanar menerima khabar, dia sudah tiada! Pagi ini juga suami pembantu Jurnal Melayu kami, turut berpulang usai Fajar. Allah ya Allah. Kesedihan yang saya himpun dan tanggung tanpa kami punya apa-apa ikatan, merupakan perasaan luar biasa yang mengasak. Kematian bukan suatu yang lumrah. Kematian bukan suatu yang datang dan pergi dan berlalu begitu sahaja. Kematian adalah kebenaran yang sedang memanggil. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 13, 2017 02:40

April 11, 2017

Si Unggas ini jugaSaya pernah diminta ketua agar memastik...


Si Unggas ini juga
Saya pernah diminta ketua agar memastikan mahasiswa sentiasa dahagakan ilmu dalam kuliah. Juakkan semangat mereka untuk membaca, menggeledah dan terus tumbuh dengan ilmu. Ya, saya cuba dan saya seakan melihat cahaya itu dalam kuliah kami petang tadi. Saya memulakan perbincangan dengan foto dan penggalan video Shahnon Ahmad terkini yang kelihatan jauh uzurnya dengan simptom myasthenia gravis. Saya menyitir tentang rahmat usia. Betapa anak-anak mahasiswa saya itu masih panjang perjalanan dan sangat luas peluang untuk berbuat kebaikan. Saya mengambil beberapa wajah Shahnon Ahmad sewaktu mula bergelar Sasterawan Negara dan minta mereka melihat pula wajah pikunnya sekarang. Saya lihat ada yang mengalirkan airmata saat saya memujuk hati saya sendiri sebenarnya, berbuatlah kebaikan. Hargai perih payah ibu ayah yang menyimpan harap dan pinta agar anaknya berjaya hingga ke syurga. Sdr tahu apa yang berlaku sebaik kami tiba di puncak keharuan, tiba-tiba seekor anak tikus yang comel berlari-lari dengan gembira di hadapan dewan kuliah. Saya dan semua yang ada khususnya mereka yang di baris pertama menjerit dan melompat. Allah ya Allah, kian diusir keluar si mungil itu masih mahu menyertai kuliah kami. Subhanallah. Saya teringat kata-kata ketua kami dulu, kampus Bangi ini seperti taman haiwan yang meriah. Ada saja yang tiba-tiba akan menjengah di jendela saat kami sedang asyik mengetik atau menelaah. Aduhai! Anti klimaks sekali!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 11, 2017 02:32

April 10, 2017

Saya merapikan isi takwim di telefon tangan, bacaan al-Qu...

[image error]

Saya merapikan isi takwim di telefon tangan, bacaan al-Qur'an saya merentas tiga surah, ar Rum, al Luqman dan as Sajdah. Allah ya Allah. Surah-surah yang tidak berapa panjang. Saya teruja untuk memulakan Al Ahzab. Mahu menyertai bacaan orang soleh. Mahu sama-sama memaknakan baris tafsirnya juga. Saya tidak mahu ditinggalkan jauh, namun saya tidak diajar untuk tergesa-gesa dalam membaca al-Qur'an. Harus selalu tenang dan sangat menghormati. Bukankah sudah sangat sering saya bertemu dengan tepat saat Allah berbicara dengan saya menerusi ayat dan halaman surah-Nya. Saat saya memerlukan jawapan. Saat saya tidak tahu mana arah yang harus saya pertimbangkan. Dan ia akan membuat saya menangis sungguh-sungguh betapa bicara itu adalah dalil  Allah sentiasa Mengetahui sebarang lintasan di kalbu. Allah ya Allah. Bagaimanakah jika Allah meninggalkan. Pastinya perih, pedih dengan seluruh pautan kasih yang hilang. Sangat malang. Foto rakaman senja ini, mengheret saya memasuki wilayah yang sarat teka tekinya. Namun mudah mudahan saya menemui tiap satu sahutan menerusi surah suci-Nya selepas ini.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 10, 2017 02:29

April 8, 2017

Rahmat. Dia memang lelaki yang dirahmati. Saya menyenangi...


Rahmat. Dia memang lelaki yang dirahmati. Saya menyenangi air mukanya yang jernih dan senyuman yang sangat jelas terbit dari kalbu yang tulus. Membawa saya kepada wajah yang mengasuh saya menjadikan al-Qur'an sebagai sahabat sukma. Meraikan kami  dengan pemerihalan cerita perusahaannya di Cheras, saya merakam pena'akulan dalam diam. Hormatnya dia terhadap al-Qur'an sangat memberi kesan di mata kalbu. Subhanallah. Saya tidak dapat membayangkan seluruh rahmat Allah ke atas diri dan upayanya memelihara mukjizat surah firman Allah. Sesekali saya menjeling AM yang sudah masuk al-Qur'an ketiga kerana sebelumnya rosak dan koyak. Saya menoleh Z yang pasti akan lebih akrab dengan bacaan al-Qur'an di penjuru sofa merahnya. Allah ya Allah. Betapa bersyukurnya apabila sahabat saya, Dr R dan suami turut membawa kami menyertai projek kecil ini. Kami ternyata masih berusaha mengumpulkan baki biaya untuk tujuan penyempurnaan berpulangnya al-Qur'an ini. Mudah-mudahan Allah menuntun jalan.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 08, 2017 14:08

April 7, 2017

Mohon terus jadikan saya hamba-Mu yang sabar dan bersyuku...


Mohon terus jadikan saya hamba-Mu yang sabar dan bersyukur, ya Allah. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 07, 2017 13:52

April 6, 2017

al KahfiBacaan al Kahfi saya, insya-Allah, menjelang Juma...





al Kahfi
Bacaan al Kahfi saya, insya-Allah, menjelang Jumaat dipenggalkan kepada tiga. Mengikuti kisah Ashabul Kahfi (ayat 1-59). Biasanya saya membaca usai Maghrib Khamis. Selesai Isya' saya akan menyambung kisah Nabi Musa (ayat 60-82). Menjelang fajar Jumaat saya menyudahkan baki kisah Zulkarnain, Ya'juj dan Ma'juj (ayat 83-110). Cara bacaan ini saya kira yang paling baik saya boleh lakukan. Ampuni saya, ya Allah. Ia tidak terlalu tergesa-gesa dan sangat mengheret saya masuk ke pelbagai latar dan plot serta tokoh masing-masing. Begitu saya tiba di penggalan akhir, Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain) pada ayat 89 dan 92. Jalan yang selalu saya tempuh bertemu dengan banyaknya susuk. Daripada ahli keluarga yang sering bersama-sama mendukung kepada mereka yang tiada hubungan darah sama sekali. Namun persamaan antara mereka adalah dukungan untuk saya terus bersama kebaikan. Subhanallah. Betapa Allah munculkan tokoh-tokoh tertentu di capahan jalan lain untuk saya duduk mena'akul akan keindahan pada setiap pertemuan dan perkenalan. Allah ya Allah, pasti sahaja setiap susuk itu memberi harga yang berbeza, mereka dihadirkan pasti tidak sia-sia. Subhanallah. Bersyukurnya saya ya Allah. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 06, 2017 14:08

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.