Mawar Safei's Blog, page 100

May 31, 2017

Ramadhan keenam. Subhanallah. Kita hampir seminggu memasu...



Ramadhan keenam. Subhanallah. Kita hampir seminggu memasuki Ramadhan. Apa yang sudah kita perbuat. Puasa yang jujur. Bacaan al-Qur'an yang tulus. Solah yang tunduk. Infaq yang ikhlas. Bersahabat dengan seluruh hormat. Atau banyak yang kita perbuat kerana selain Allah. Dan itu pastinya membuat saya tidak berani  untuk mengangkat muka hatta melihat kubah dan menara yang mendukung kepercayaan saya untuk lebih dekat dengan-Nya. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 31, 2017 13:51

May 30, 2017

Ramadhan kelima. Tadarus. Setahu saya maknanya adalah mem...




Ramadhan kelima. Tadarus. Setahu saya maknanya adalah membaca al-Qur'an secara bergilir-gilir dalam sesebuah kumpulan; tujuannya adalah untuk disemak ahli lain sewaktu seseorang ahli kumpulan itu membaca. Tidak dinamakan bertadarus jika hanya saya seorang yang membaca. Berbeza lagi dengan bertalaqi (seperti yang pernah AM beritahu). Alangkah bahagia sekali jika tadarus dapat dilakukan dalam kalangan ahli keluarga, bukan sahaja dalam bulan Ramadhan yang barakah ini. Namun dalam kekangan masa, Allah ya Allah, ia masih sukar untuk dilaksana. Begitu  juga dalam berjarak. Maka kita sendirilah membacanya dan seperti biasa perihal bersendiri ini merupakan pelajaran terbaik untuk kita berhadapan dengan saat itu nanti. Ya, saat akhirnya kita sendiri. Minggu ini saya berhadapan dengan beberapa perjalanan menjadi sendiri. Berpulangnya beberapa nama, seperti selalu sangat mengharukan namun ia seperti membaca al-Qur'an sendirian, ia amanat yang mengesankan. 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 30, 2017 13:56

May 29, 2017

Ramadhan Keempat. Kebahagian saya akhir-akhir ini ialah s...




Ramadhan Keempat. Kebahagian saya akhir-akhir ini ialah saya mencintai al-Qur'an. Apabila mengakui bahawa saya mencintai al-Qur'an, jauh sekali mahu mengatakan bahawa saya ini ahli al-Qur'an. Saya hanya bermaksud saya suka membaca, kerap membaca dan suka mendengar bacaan al-Qur'an. Berbanding dahulu, sayalah yang paling jauh daripada al-Qur'an. Semasa menjadi hujjaj, misi saya hanya membaca terjemahan. Allah ya Allah. Bertahun-tahun saya membaca terjemahan tanpa memperdengarkan ayatnya (takut tajweed yang salah dan bunyi bacaan saya yang buruk) sehingga suatu hari sahabat syurga saya, almarhum Wan Azreena menasihati saya. Katanya ayat al-Qur'an adalah syifa. Penyembuh. Bacalah. Saya seperti disergah Jibrail. Selepas itu Jibrail kedua saya adalah Zahar. Saya selalu mengintai bacaannya di penjuru sofa merah di rumah. Khatamnya berkali-kali. Saya sangat iri. Dan Ramadhan kali ini saya didatangi Jibrail lagi. Kami mahu bergandingan dalam membaca al-Qur'an. Tidak mahu tergesa tetapi lebih dengan rasa cinta dan bahagia menyatakan makna dan panjang pendek bunyi. Sesekali ditinggalkan atau mendahului, menjadikan saya sangat percaya, al-Qur'an adalah sahabat yang selalu ada. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 29, 2017 15:38

May 28, 2017

Antara kesukaan saya mengenakan mukena baru apabila memas...



Antara kesukaan saya mengenakan mukena baru apabila memasuki Ramadhan. Pernah saya mencatat dalam siri Ramadhan beberapa tahun lalu bahawa bukan hanya pakaian solah yang harus baru, sebaliknya pakaian taqwa yang harus selalu dipelihara. Saya jadi malu untuk minta dihadiahkan mukena baru tahun ini. Biarlah saya gunakan yang lama. Saya mahu belajar untuk membersihkan apa yang ada. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 28, 2017 16:55

May 27, 2017

Ramadhan kedua. Apa yang sudah dilalui semalam, menjalani...



Ramadhan kedua. Apa yang sudah dilalui semalam, menjalani Ramadhan pertama Sdr? Bermula dengan bangun waktu dini menuju iftar dan tarawikh. Bagaimana bacaan surah Sdr. Bagaimana amalan sunat lain. Adakah Sdr meletakkan hasrat satu hari satu infaq. Ada sahabat yang merencanakan agihan rezeki kepada beberapa keluarga asnaf sejak Sya'aban. Subhanallah, ia dititip pada hari pertama Ramadhan. Saya sangat sebak mengenang kecintaan pada memberi. Tidak semua bersedia dengan berikhlas hati dalam memberi. Banyak juga yang berkira-kira. Sementara ada pula yang menamakan memberi sebagai semboyan hidup. Malah dia selalu mencari-cari dan berkejar-kejar untuk memberi. Maka, persediaan Ramadhan juga adalah tentang memberi. Ya, sebelum tiba saat tidak ada yang mahu menerima sebarang pemberian. Allah ya Allah. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 27, 2017 16:17

May 26, 2017

Alhamdulillah syukur. Kita bertemu lagi dengan 1 Ramadhan...



Alhamdulillah syukur. Kita bertemu lagi dengan 1 Ramadhan. Antara jalan takdir berpergian lalu, dalam memanjat cerun dan gunung, membeluk tikungan yang perih dan sering juga keliru, saya melihat banyaknya belahan denai pena'akulan dan munajat. Ada ujian berikhlas hati dalam mencari. Atau betapa sendirinya di sepanjang lebuh juang dan ia sangat dirasakan sepi. Namun semakin panjang jalan takdir itu, kian banyak asuhan dari susuk yang ditemukan. Dan ia menjadi pengalaman pemula Ramadhan yang penuh ta'ajub. Taqab ballahu minna wa minkum. Ramadhan Kareem buat Sdr sekeluarga. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 26, 2017 20:57

May 24, 2017

(sumber: Eskandar Afiq)Ini teduhan nurani. Ini penjuru ke...

(sumber: Eskandar Afiq)
Ini teduhan nurani. Ini penjuru kesendirian yang sangat lirih rintihnya. Saat hasrat menghampiri nyata, keta'ajuban menjadi sang raja yang sangat menyilaukan mata kalbu. 


Tidak pernah siapa tahu, Ramadhan yang saya tunggu dan menghitung  detik tibanya, melibatkan dia yang jauh di keluk perbukitan ini. Betapa saya dipandu antara pohon renek, membelah batang air dan menuruni cerun kerikil untuk saya temukan keluhuran, pengabdian dan semuanya menggenap menjadi sebuah kecintaan. Subhanallah. Begini jauh saya dibawa berpergian, sejumlah pena'akulan yang saya jinjing untuk dibawa pulang bersama menuju Ramadhan lusa nanti, insya-Allah.                                                                                                                                                                                                                                                                                       
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 24, 2017 15:15

Pohon Sukma ternyata menyertai nurani walau di mana sahaj...


Pohon Sukma ternyata menyertai nurani walau di mana sahaja. Dia seperti rindu, yang saling menyapa antara angin, awan mahupun rinai yang hinggap antara ranting, antara khabar.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 24, 2017 03:05

May 21, 2017

Masih menghitung tibanya 1 Ramadhan. Malunya saya, masih ...



Masih menghitung tibanya 1 Ramadhan. Malunya saya, masih belum bersedia lagi dengan berkira-kira apa dan bagaimana harus saya bertingkah. Ya, daripada beberapa pemerihalan tentang persediaan dalam entri sebelum ini antaranya merapikan rumah,  al-Qur'an dan dekat dengan Allah, apalagi yang saya harus yakini. Sedang saya masih mengharap dan mahu terus meminta-minta agar inilah Ramadhan terbaik. Ya, malu sekali untuk saya meminta-minta, sedang saya  tidak cukup bercermin, melihat betapa debu dan debunya saya ini.  
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 21, 2017 16:45

May 20, 2017

Masih dengan nada menghitung detik 1 Ramadhan. Di samping...


Masih dengan nada menghitung detik 1 Ramadhan. Di samping perihal al-Qur'an dengan dekat dengan Allah, bagaimana jika suatu hari dalam seminggu ini Sdr didatangi Malaikat? Aneh. Bukankah Malaikat akan selalu berada di samping, bagi yang benar-benar meyakini paksi keimanan bahawa sebenarnya kita tidak sendiri. Pernah seorang teman berkata begini, Malaikat adalah sahabat yang selalu ada. Subhanallah. Ya, bagaimana jika dalam seminggu saat menanti Ramadhan ini, Sdr didatangi sang Malaikat dalam wajah seorang lelaki tua. Tiba-tiba dia datang dengan tuntunan kata tentang kesempurnaan ubudiah. Tentang mengenal Allah. Subhanallah. Bukankah ini yang sarat bertelingkah dalam kalbu saya bahawa Allah itu  sama sekali bersalahan dengan semua yang baru. Allah ya Allah. Saya teringat ketika menjadi hujjaj, Malaikat selalu kita jumpa di Multazam atau Raudah, memberi ruang sujud mahupun berdoa. Saya sangat sebak, dalam menghitung detik 1 Ramadhan kali ini, saya dipandu seorang lelaki tua perihal betapa Allah itu Maha Mentadbir.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 20, 2017 14:04

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.