Ramadhan kedua. Apa yang sudah dilalui semalam, menjalani Ramadhan pertama Sdr? Bermula dengan bangun waktu dini menuju iftar dan tarawikh. Bagaimana bacaan surah Sdr. Bagaimana amalan sunat lain. Adakah Sdr meletakkan hasrat satu hari satu infaq. Ada sahabat yang merencanakan agihan rezeki kepada beberapa keluarga asnaf sejak Sya'aban. Subhanallah, ia dititip pada hari pertama Ramadhan. Saya sangat sebak mengenang kecintaan pada memberi. Tidak semua bersedia dengan berikhlas hati dalam memberi. Banyak juga yang berkira-kira. Sementara ada pula yang menamakan
memberi sebagai semboyan hidup. Malah dia selalu mencari-cari dan berkejar-kejar untuk memberi. Maka, persediaan Ramadhan juga adalah tentang memberi. Ya, sebelum tiba saat tidak ada yang mahu menerima sebarang pemberian. Allah ya Allah.
Published on May 27, 2017 16:17