Bikash Nur Idris's Blog, page 9
July 13, 2013
Cinta Biasa-Biasa | Bab 3
Zahrah tuntun basikal dengan muka hilang semangat dan mood. Disedut habis sesudah beberapa kali asyik papas pandang dengan Zarahin, secara tak sengaja seharian ini. Walhal kalau ikutkan dia patut nampak Ghazal untuk Ghazli yang duduk betul-betul di sebelahnya kalau dia paling muka ke kiri.
Ghazal tu pula bukanlah duk betul-betul sebelah Zahrah. Sebaliknya dipisahkan ruang satu orang saiz Cikgu Syarah. Tapi itu lagi logik dia nampak kut, banding Zarahin yang jauh gila tu. Boleh pula matanya tembus habis ruang satu Cikgu Syarah boleh lalu, dua buah meja susunan memanjang, dua ruang Cikgu Fared boleh lalu, dua buah meja kemudian corner ke depan pula, lepas dua meja lalu sampai ke meja yang dihuni Yuzan terus ke sebelahnya, di mana diisi tubuh lampai Zarahin! Hah, kan ke jauh gila dan sungguh tak logik tu! Tapi hakikatnya, Zahrah tetap nampak lelaki itu dan lelaki itu tetap tertengok Zahrah. Setiap kali ternampak mukanya, langsung jadi muka Zarahin ada gaya muka meneran tak lepas. Cop marah masih menggebu terang-terang Zahrah boleh lihat. Kepadanya! Uwaaa…Norma yang ikut berjalan di sebelah Zahrah kerling-kerling saja gelagat Zahrah itu. Satu hari ini, memanglah Zahrah bagai tak ada semangat. Ajak makan pun tak hendak. Ajak makan dan dia belanja pun tak nak. Luar biasa tu! Zahrah mana pernah tolak makan percuma. Zahrah tak pernah tolak rezeki gaya bantal disorong depan muka. Itu hilang akal namanya. Namun hari ini, Zahrah jelas hilang akal. Sebab tolak belanjanya. “Sudah-sudahlah tu. Kau buat muka hilang nyawa gaya gitu pun, benda dah jadi kut...” ujar Norma beriring sama dengan Zahrah yang sengaja tolak basikal sendiri, ikutnya mendapatkan perhentian bas. Sedangkan kalau ikut biasanya, Zahrah mana baik hati nak teman dia gaya begini. Selalunya dulu-dulu, selama Norma kenal Zahrah dari tingkatan tiga sampailah sudah tingkatan lima, tak ada maknanya Zahrah hendak seiring dan sejalan dengannya gaya ini. Kedekut tahi ayam semedang! Bunyi loceng saja, terus Zahrah berlari gaya nak kalahkan Usain Bolt. Pecut sakan ke kawasan parkir basikal dan tuntun basikal gaya racewalking. Itu kalau Zahrah baik hati dan masa tak mencemburui Zahrah. Kalau datang masa Zahrah memang kejar masa sangat, dari kawasan parkir basikal itu Zahrah dah panjat naik basikal dan pecut basikal gaya nak saing pelumba basikal pecut Josiah Ng. Tak peduli pun diri bakal kena tindakan disiplin sebab terang-terang sudah dinyatakan bahawa pelajar-pelajar tidak dibenarkan berbasikal di kawasan sekolah, inikan pula pecut basikal di dalam kawasan sekolah.Itulah Zahrah Aiyani Ahmad yang Norma kenal semenjak mereka sama-sama dalam tingkatan tiga dulu. Tak pernah hendak buang masa sebaik tamat waktu sekolah. Tak ada maknanya nak ajak Zahrah lepak sana lepak sini gaya anak muda lain suka buat. Zahrah memang ada masa 24 jam sebagaimana anak muda lain yang suka guna sebahagian daripadanya untuk diri sendiri. Mencari peluang untuk berseronok demi diri sendiri. Release tension sebab penat belajar adalah alasan klisenya. Namun, bukan Zahrah Aiyani Ahmad!24 jam Zahrah, sebahagiannya hanya untuk umi dan sebahagian lagi khas buat Zharif. Untuk diri sendiri, itu tempat yang entah ke berapa!“Kau yang salah kan...” sambung Norma kerling Zahrah sekali lagi.Zahrah mengeluh kecil kemudian angguk-angguk. “Tapi bukan sengaja kut... Tiba-tiba kan dia pegang aku gaya gitu. Terus terkejut, aku jeritlah gitu.”“Dia pegang mengejut. Bahagian mananya yang dia raba mengejut sampaikan kau jerit peraba. Satu kelas dengar! Malulah dia. Dahlah kes dalam dewan sebelum tu, lepas tu buat kes dalam kelas pulak.” Norma menggeleng-geleng. “Kalau aku pun radang habis!” akui Norma, ada cuit hendak sokong Zarahin sikit.Zahrah berhenti melangkah. Handle basikal dia pegang kejap. Mukanya teralih tengok Norma, yang terjalan dua tapak ke depan kemudian terberhenti apabila perasankan dia mati langkah dan basikal. Norma pandang dia dan selamba jenguk muka ke arahnya. Gaya tak buat salah dan dosa!“Kau ni kawan aku ke kawan dia!” serang Zahrah tanpa kasih sayang. “Taulah dia handsome, menganga kau tengok. Tapi... aku kan kawan kau. Apasal nak sokong dia!”Norma gelak kecil lihat Zahrah yang tunjuk tak puas hati dengan mengembungkan pipi kanan dan kiri. Nak marah orang, nak merajuk manja, tapi buat muka kasi orang gelak! Apakah!“Memanglah kau kawan baik aku sikit lagi nak sejati, tapi tak bermakna kalau kau buat salah aku kena kata betul. Sokong bagai nak kabinet! Kau buat salah kut! Macam biasa, buat dulu baru fikir!” balas Norma sengit, perli habis. Mencuka lagi muka Zahrah.Norma undur kaki dua langkah ke belakang dan berdiri balik di sebelah Zahrah. Langsung Norma tak hirau pelajar berbaju putih yang lain atau yang berbaju kuning sebagaimana dia dan Zahrah, curi tengok ke arah mereka gaya mahu tahu apa sudah jadi.“Sampai bila nak buat dulu baru fikir? Perangai yang satu ni, sampai bila nak melekat dengan kau?” tanya Norma tak bagi can pada perasaan Zahrah yang memang dah kena hempuk dengan perliannya tadi.Zahrah angkat muka, pandang Norma dengan muka welfare. Habis-habisan tayang muka kebajikan nak minta simpati.Norma jongket sebelah kening. Perli lagi.Zahrah buat muka kasihan gaya Puss in the Boots. Norma kan peminat kucing dan Norma cukup suka tengok Puss in the Boots beraksi dalam Shrek. Malah, Norma masuk panggung dari hari pertama sampai hari akhir untuk layan filem Puss in the Boots, meraikan watak itu sebagai hero filem—akhirnya! Jadi, takkanlah Norma tak terkesan kalau dia buat muka gaya itu kan...Norma jongket dua-dua kening. “Kau buat muka apa? Muka tikus mintak simpati?”Zahrah hentak-hentak kaki gaya bengang manja. Norma mula ketawa lucu sebab berjaya kenakan Zahrah. Bukan dia tak tahu gaya muka apa Zahrah cuba-cuba nak tiru tadi. Tapi haram tak comel. Ni Zahrah kut! Orang, bukan kucing!“Dah, dah... Jom!” Norma mula berjalan dan senyum tipis sembunyi-sembunyi apabila Zahrah kembali tuntun basikal dengan muka menunduk gaya pesalah.“Tak payah nak mengada-ada dengan aku, buat muka simpati bagai. Mulai sekarang, janji dengan diri sendiri. Sebelum nak buat apa-apa, fikir dulu. Jangan buat dulu baru fikir. Dah terlambat sangatlah kalau gitu. Lepas tu nak tayang muka monyok pulak!” sindir Norma belum sudah.“Kau ni memang dah tak sayang aku!” Zahrah hentak kaki, masih geram manja. “Pernah ke aku saying kau?” tanya Norma sengaja nak kasi kawan tu lebih panas hati.“Eii, tak mau kawan!” jerit Zahrah gaya budak tadika. Kemudian, terus Zahrah lajukan langkah dan sebaik melepasi pintu pagar sekolah yang luas bukaannya, hanya lima langkah di depan, Zahrah panjat naik basikal dan pandang Norma yang ketawa-ketawa dengan gelagatnya. Zahrah letak kedua-dua ibu jari di pipi kanan dan kiri, kembangkan empat jemari tangan lain lalu dikibar-kibar dengan lidah terjelir. Ejek Norma sebab nak lepas geram. Selepas itu Zahrah paling muka gaya orang merajuk, angkat tinggi kain baju kurung sampai nampak seluar trek, lalu kayuh basikal dengan gaya orang merajuk tak sudah.Norma yang melihat setiap aksi Zahrah tergelak sakan. Lucu dengan gaya budak belum membesar kawannya itu. Harap badan saja tinggi sikit daripadanya. Tapi perangai... adoyai! Kawan siapalah tu kan... “Apasal tu?”Soalan yang tiba-tiba daripada orang yang tiba-tiba di sebelahnya buat Norma sentut gelak. Terbatuk-batuk sekejap dia gaya tertelan gelak tak lepas. Kegeraman, dia hempuk kuat orang di sampingnya itu. “Kau ni, nak bunuh aku pun, cara lain boleh tak? Eii, jalan macam apa entah! Keturunan ninja ke apa kau ni!” sembur Norma sambil masih pukul-pukul lelaki di sebelah dengan buku di tangannya. Yuzan yang sedang ketawa-ketawa!“A’ah... Keturunan ninja Hatori,” ujar Yuzan sambil sambung gelak.Norma cebik mulut. “Cakap banyak eh. Sebelum ni, bila aku cakap Zahrah tak jadi sambung form six, bukan main lagi masamnya. Terus jadi pendiam. Ni... dah satu kelas dengan Zahrah, naik tocang ek!” sembur Norma gaya mulut ada insurans berjuta-juta.“Sorry, I takde tocang yek. Dan... I memang happy-mappy, Norma Jean!” Yuzan senyum luas kemudian tengok depan. Gaya macamlah Zahrah masih ada di situ!“Aih... Orang gila mambang kan, tak boleh nak cakap apa dah...” Norma menggeleng kecil lalu berjalan semula, disaing Yuzan. Malas dah nak ulas panggilan Yuzan kepadanya. Norma Jean. Emak si Mumble dalam animasi Happy Feet. Penguin kut! Dulu Norma bising dan marah selalu bila Yuzan mula-mula gelar begitu, tapi lama-lama dah malas nak ambil pusing. Sebabnya, selalu Yuzan panggil begitu kalau Yuzan geramkan dia atau tak puas hati dengan dia. Kalau perasaan Yuzan neutral saja, selamba kau-aku saja dengannya. Nasiblah kalau dah nama dia Norma dan nasib juga sebab dia selalu cari hal sama Yuzan. Terutama bab mengusik Yuzan dengan Zahrah. Dia sungguh suka. Gaya Mei Mei punya saya suka, saya suka!“Apasal tadi tu?” tanya Yuzan masih mahu tahu.“Anak orang tu merajuk main-main. Balik nanti taulah aku nak pujuk main-main.” Norma senyum luas. Zahrah, merajuk? Huh! Buat-buat merajuk adalah. Karang dia hantar mesej kasih sayang, minah tu buat-buatlah terpujuk sudah. Saja menggedik!Yuzan mengangguk-angguk.“Seronok ke sekelas dengan Zara?” sakat Norma kerdip mata kepada Yuzan.Yuzan senyum sambil garu kepala. Malu tapi suka! Namun dia tetap hendak coverline cemerlang punya. “Seronoklah. Budak satu sekolah dulu tu kan. Zara, kau dan hampir 50 peratus budak kelas kita sekarang, dari sekolah dulu jugak.” Yuzan berlagak selamba bagai tiada apa. Padahal dalam hati, macam-macam ada! Ngee!“Yalah sangat. Kau kisahkan satu daripada budak sekolah dulu kita aje, bukan yang 50 peratus tu. Macamlah aku tak tau!”Yuzan menyeringai. “Aku ingat dia tak sambung, sebab kau cakap dia nak berhenti belajar kan. Ke kau kenakan aku?”“Tak ada maknanya kenakan kau! Buang air liur aku aje!” Norma mencebik. “Minah tu memang nak berhenti. Siap dah cari kerja. Cumanya dia tak sanggup nak jadi isteri orang...”Yuzan terkejut sangat. Isteri orang? Isteri siapa? Zara jadi isteri? Yuzan baru hendak soal lanjut, tapi dia kalah apabila Norma menjerit nyaring.“Bas aku! Jumpa esok, Yuzan!” Norma terus berlari ke perhentian bas yang tidak jauh sebaik keluar dari pagar sekolah yang tinggi itu. Tak tunggu balasan daripada Yuzan langsung. Memang sengaja! Biar Yuzan tak tidur malam fikir apa dia cakap tadi. Terkejutkan dia kan tadi... Amek habuan spesial! Hutang terkejut dibalas terkejut! Ohohoh! Norma suka, Norma suka, gaya Norma.Yuzan berhenti berjalan mendadak-dadak, kebil-kebil lihat Norma yang sudah berlari anak ke arah sebuah bas putih yang berhenti di perhentian bas di depan SMJA itu. Dia langsung lupa yang dia pun hendak naik bas itu sebab otaknya hanya fikir satu. “Isteri?!”

Published on July 13, 2013 04:40
.: Simpan Rindu Ketat-Ketat [#3] :.
Alhamdulillah, dah masuk bab 3. Saya memang lambat-lambat masukkan bab-bab SRKK sebab nak tumpu pada writing betul-betul dengan harapan ada la novel BNI siap tahun ni. Masukkan SRKK ni sebab tak mau my cayunk-cayunk lupa I. Gediks taks...?![]()

“Isteri?!”

Published on July 13, 2013 04:40
.: Simpan Rindu Ketat-Ketat [Bab 3] :.
Alhamdulillah, dah masuk bab 3. Saya memang lambat-lambat masukkan bab-bab SRKK sebab nak tumpu pada writing betul-betul dengan harapan ada la novel BNI siap tahun ni. Masukkan SRKK ni sebab tak mau my cayunk-cayunk lupa I. Gediks taks...?![]()

Zahrah tuntun basikal dengan muka hilang semangat dan mood. Disedut habis sesudah beberapa kali asyik papas pandang dengan Zarahin, secara tak sengaja seharian ini. Walaupun dari depan, dia duduk di sudut paling kiri kelas dan Zarahin di sudut paling kanan, hampir dengan pintu masuk kelas, entah bagaimana mereka asyik tertengok-tengok pula. Walhal kalau ikutkan dia patut nampak Ghazal untuk Ghazli yang duduk betul-betul di sebelahnya kalau dia paling muka ke kiri. Ghazal tu bukanlah duk sebelah dia, sebaliknya dipisahkan ruang dua orang saiz Cikgu Widelia. Tapi itu lagi logik dia nampak kut, banding Zarahin yang jauh gila tu. Boleh pula matanya tembus habis ruang dua Cikgu Widelia boleh lalu, dua buah meja susunan memanjang, tiga ruang Cikgu Fauzi boleh lalu, sebuah meja yang dihuni Yuzan lalu sampai terus ke meja diisi tubuh lampai Zarahin! Hah, kan ke jauh gila dan sungguh tak logik! Tapi hakikatnya, Zahrah tetap nampak lelaki itu dan lelaki itu tetap tertengok Zahrah. Setiap kali ternampak mukanya, langsung jadi muka Zarahin ada gaya muka meneran tak lepas. Cop marah masih menggebu terang-terang Zahrah boleh lihat. Kepadanya! Uwaaa…Hazma yang ikut berjalan di sebelah Zahrah kerling-kerling saja gelagat Zahrah itu. Satu hari ini, memanglah Zahrah bagai tak ada semangat. Ajak makan pun tak hendak. Ajak makan dan dia belanja pun tak nak. Luar biasa tu! Zahrah mana pernah tolak makan percuma. Zahrah tak pernah tolak rezeki gaya bantal disorong depan muka. Itu hilang akal namanya. Namun hari ini, Zahrah jelas hilang akal. Sebab tolak belanjanya. “Sudah-sudahlah tu. Kau buat muka hilang nyawa gaya gitu pun, benda dah jadi kut...” ujar Hazma beriring sama Zahrah yang sengaja tolak basikal sendiri, ikutnya mendapatkan perhentian bas. Sedangkan kalau ikut biasanya, Zahrah mana baik hati nak teman dia gaya begini. Selalunya dulu-dulu, selama dia kenal Zahrah dari tingkatan tiga sampailah sudah tingkatan lima, tak ada maknanya Zahrah hendak seiring dan sejalan dengannya gaya ini. Kedekut tahi ayam semedang! Bunyi loceng saja, terus Zahrah berlari gaya nak kalahkan Usain Bolt. Pecut sakan ke kawasan parkir basikal dan tuntun basikal gaya racewalking. Itu kalau Zahrah baik hati dan masa tak mencemburui Zahrah. Kalau datang masa Zahrah memang kejar masa sangat, dari kawasan parkir basikal itu Zahrah dah panjat naik basikal dan pecut basikal gaya nak saing pelumba basikal pecut Josiah Ng. Tak peduli pun diri bakal kena tindakan disiplin sebab terang-terang sudah dinyatakan bahawa pelajar-pelajar tidak dibenarkan berbasikal di kawasan sekolah, inikan pula pecut basikal di dalam kawasan sekolah.Itulah Zahrah Ahmad yang Hazma kenal semenjak mereka sama-sama dalam tingkatan tiga dulu. Tak pernah hendak buang masa sebaik tamat waktu sekolah. Tak ada maknanya nak ajak Zahrah lepak sana lepak sini gaya anak muda lain suka buat. Zahrah memang ada masa 24 jam sebagaimana anak muda lain yang suka guna sebagaian daripadanya untuk diri sendiri. Mencari peluang untuk berseronok demi diri sendiri. Release tension sebab penat belajar alasan klisenya. Namun, bukan Zahrah Ahmad!24 jam Zahrah, sebahagiannya hanya untuk umi dan sebahagian lagi khas buat Zahmin. Untuk diri sendiri, itu tempat yang entah ke berapa!“Kau yang salah kan...” sambung Hazma kerling Zahrah sekali lagi.Zahrah mengeluh kecil kemudian angguk-angguk. “Tapi bukan sengaja kut... Tiba-tiba kan dia pegang aku gaya gitu. Terus terkejut, aku jeritlah gitu.”“Dia pegang mengejut. Bahagian mananya yang dia raba mengejut sampaikan kau jerit peraba. Satu kelas dengar! Malulah dia. Dahlah kes dalam dewan sebelum tu, lepas tu buat kes dalam kelas pulak.” Hazma menggeleng-geleng. “Kalau aku pun radang habis!”Zahrah berhenti melangkah. Handle basikal dia pegang kejap. Mukanya teralih tengok Hazma, yang terjalan dua tapak ke depan kemudian terberhenti apabila perasankan dia mati langkah dan basikal. Hazma pandang dia dan selamba jenguk muka. Gaya tak buat salah dan dosa!“Kau ni kawan aku ke kawan dia!” serang Zahrah tanpa kasih sayang. “Taulah dia handsome, menganga kau tengok. Tapi... aku kan kawan kau. Apasal nak sokong dia!”Hazma gelak kecil lihat Zahrah yang tunjuk tak puas hati dengan mengembungkan pipi kanan dan kiri. Nak marah orang, nak merajuk manja, tapi buat muka kasi orang gelak! Apakah!“Memanglah kau kawan baik aku sikit lagi nak sejati, tapi tak bermakna kalau kau buat salah aku kena kata betul. Sokong bagai nak kabinet! Kau buat salah kut! Macam biasa, buat dulu baru fikir!” balas Hazma sengit, perli habis. Mencuka lagi muka Zahrah.Hazma undur kaki dua langkah ke belakang dan berdiri balik di sebelah Zahrah. Langsung Hazma tak hirau pelajar berbaju putih yang lain atau yang berbaju kuning cair sebagaimana dia dan Zahrah, yang curi tengok ke arah mereka gaya mahu tahu apa sudah jadi.“Sampai bila nak buat dulu baru fikir? Perangai yang satu ni, sampai bila nak melekat dengan kau?” tanya Hazma tak bagi can pada perasaan Zahrah yang memang dah kena hempuk dengan perliannya tadi.Zahrah angkat muka, pandang Hazma dengan muka welfare. Habis-habisan tayang muka kebajikan nak minta simpati.Hazma jongket sebelah kening. Perli lagi.Zahrah buat muka kasihan gaya Puss in the Boots. Hazma kan peminat kucing dan Hazma cukup suka tengok Puss in the Boots beraksi dalam Shrek. Malah, Hazma masuk panggung dari hari pertama sampai hari akhir untuk layan filem Puss in the Boots, meraikan watak itu sebagai hero filem—akhirnya! Jadi, takkanlah Hazma tak terkesan kalau dia buat muka gaya itu kan...Hazma jongket dua-dua kening. “Kau buat muka apa? Muka tikus mintak simpati?”Zahrah hentak-hentak kaki gaya bengang manja. Hazma mula ketawa lucu sebab berjaya kenakan Zahrah. Bukan dia tak tahu gaya muka apa Zahrah cuba-cuba nak tiru tadi. Tapi haram tak comel. Ni Zahrah kut! Orang, bukan kucing!“Dah, dah... Jom!” Hazma mula berjalan dan senyum tipis sembunyi-sembunyi apabila Zahrah kembali tuntun basikal dengan muka menunduk gaya pesalah.“Tak payah nak mengada-ada dengan aku, buat muka simpati bagai. Mulai sekarang, janji dengan diri sendiri. Sebelum nak buat apa-apa, fikir dulu. Jangan buat dulu baru fikir. Dah terlambat sangatlah kalau gitu. Lepas tu nak tayang muka monyok pulak!” sindir Hazma belum sudah.“Kau ni memang dah tak sayang aku!” Zahrah hentak kaki, masih geram manja. Kemudian, terus dia lajukan langkah dan sebaik melepasi pintu pagar sekolah yang luas bukaannya, hanya lima langkah di depan, Zahrah panjat naik basikal dan pandang Hazma yang ketawa-ketawa dengan gelagatnya. Zahrah letak kedua-dua ibu jari di pipi kanan dan kiri, kembangkan empat jemari tangan lain lalu dikibar-kibar dengan lidah terjelir. Ejek Hazma sebab nak lepas geram. Kemudian dia paling muka gaya orang merajuk, angkat tinggi kain baju kurung sampai nampak seluar trek, lalu kayuh basikal dengan gaya orang merajuk tak sudah.Hazma yang melihat setiap aksi Zahrah tergelak sakan. Lucu dengan gaya budak belum membesar kawannya itu. Harap badan saja tinggi sikit daripadanya. Tapi perangai... adoyai! Kawan siapalah tu kan... “Apasal tu?”Soalan yang tiba-tiba daripada orang yang tiba-tiba di sebelahnya buat Hazma sentut gelak. Terbatuk-batuk sekejap dia. Kemudian, geram, dia hempuk kuat orang di sampingnya itu. “Kau ni, nak bunuh aku pun, cara lain boleh tak? Eii, jalan macam apa entah! Keturunan ninja ke apa kau ni!” sembur Hazma sambil masih pukul-pukul lelaki di sebelah. Yuzan yang sedang ketawa-ketawa!“A’ah... Keturunan ninja Hatori,” ujar Yuzan sambil sambung gelak.Hazma cebik mulut. “Cakap banyak eh. Sebelum ni, bila aku cakap Zahrah tak jadi sambung form six, bukan main lagi masamnya. Terus jadi pendiam. Ni... dah satu kelas dengan Zahrah, naik tocang ek!”“Sorry, I takde tocang yek. Dan... I memang happy-mappy!” Yuzan senyum luas kemudian tengok depan. Gaya macamlah Zahrah masih ada di situ!“Aih... orang gila mambang kan, tak boleh nak cakap apa dah...” Hazma menggeleng kecil lalu berjalan semula, disaing Yuzan.“Apasal tadi tu?” tanya Yuzan masih mahu tahu.“Anak orang tu merajuk main-main. Balik nanti taulah aku nak pujuk.” Hazma senyum luas. Zahrah, merajuk? Huh! Buat-buat merajuk adalah. Karang dia hantar mesej kasih sayang, minah tu buat-buatlah terpujuk sudah. Saja menggedik!Yuzan mengangguk-angguk.“Seronok ke sekelas dengan Zara?” sakat Hazma kerdip mata kepada Yuzan.Yuzan senyum sambil garu kepala. Malu tapi suka! Namun dia tetap hendak coverline cemerlang punya. “Seronoklah. Budak satu sekolah dulu tu kan. Zara, kau dan hampir 50 peratus budak kelas kita sekarang, dari sekolah dulu jugak.” Yuzan berlagak selamba bagai tiada apa. Padahal dalam hati, macam-macam ada! Ngee!“Yalah sangat. Kau kisahkan satu daripada budak sekolah dulu kita aje, bukan yang 50 peratus tu. Macamlah aku tak tau!”Yuzan menyeringai. “Aku ingat dia tak sambung, sebab kau cakap dia nak berhenti belajar kan. Ke kau kenakan aku?”“Takde maknanya kenakan kau! Buang air liur aku aje!” Hazma mencebik. “Minah tu memang nak berhenti. Siap dah cari kerja. Cumanya dia tak sanggup nak jadi isteri orang...”Yuzan terkejut sangat. Isteri orang? Isteri siapa? Zara jadi isteri? Yuzan baru hendak soal lanjut, tapi dia kalah apabila Hazma menjerit nyaring.“Bas aku! Jumpa esok, Yuzan!” Hazma terus berlari ke perhentian bas yang tidak jauh sebaik keluar dari pagar sekolah yang tinggi itu. Tak tunggu balasan daripada Yuzan langsung. Memang sengaja! Biar Yuzan tak tidur malam fikir apa dia cakap tadi. Terkejutkan dia kan tadi... Amek habuan spesial! Hutang terkejut dibalas terkejut! Ohohoh!Yuzan berhenti berjalan mendadak-dadak, kebil-kebil lihat Hazma yang sudah berlari anak ke arah sebuah bas putih yang berhenti di perhentian bas di depan SMJA itu. Dia langsung lupa yang dia pun hendak naik bas itu sebab otaknya hanya fikir satu. “Isteri?!”

Published on July 13, 2013 04:40
July 4, 2013
Cinta Biasa-Biasa | Bab 2
Zip kain baju kurung warna hitam itu dirapatkan ke tempatnya lalu kain yang tadinya selamba dia angkat sampai ke paha, dia betulkan kedudukannya supaya jatuh menyentuh kasut warna putih yang dipakai.
Sepatutnya Zahrah pakai kasut warna hitam sebagai pelajar tingkatan enam rendah SMJA, namun dia langsung terlupa hal itu. Makanya, sekejap tadi, selepas dia diceramah dan diceramah dan diceramah—ulang tiga kali sebab tiga orang yang ceramahkan dia, pada waktu berbeza di tempat yang sama—Zahrah dapat kelonggaran satu minggu sebelum Cikgu Syarah yang tak bertocang naik tocang sekali lagi lihat kasut putihnya tak bertukar jadi hitam. Kalau ada pewarna hitam, balik ini juga Zahrah rendam tujuh hari tujuh malam kasi hitam. Hmm, cemerlang juga kan idea. Zahrah dicuit senyum.“Ohoh! Berangan!” Jerit kecil itu mengalih perhatian Zahrah, terus dia tengok Norma yang sedang berdiri sambil lihat dia, berpeluk tubuh. Zahrah menyeringai. “Taklah… Cuma aku niat nak rendam kasut ni tujuh hari tujuh malam dengan pewarna hitam,” ujar Zahrah jujur.Norma angguk-angguk gaya tengah fikir idea Zahrah itu. Matanya jatuh ke kasut putih Zahrah. “Cuba 10 hari 10 malam,” cadang Norma dengan muka selenge.Zahrah besar mata tujuh saat pandang Norma yang bermuka serius dengan jari telunjuk dan ibu jari kembang bawah dagu, terus lihat kasut putihnya. Kemudian Norma angguk-angguk dan angkat muka tengok Zahrah lalu dengan muka selenge sambung cakap.“10 hari!” Norma angguk yakin gaya jawab soalan Who Wants to be A Millionaire.Terus gelak Zahrah tercetus dengan gelagat teman baik lagi agak sejatinya itu. Zahrah tak hirau siapa di dalam tandas, terus peluk kuat badan Norma yang sedap. “Aku happy sangat kau pun amek form six, Nor. Kalau tak, mesti aku tak ada kawan baik agak sejati gaya kau kat sini. Dahlah sekolah baru, hari first masuk dah kena bantai.” Zahrah lerai pelukan tapi sebelah tangan masih paut bahu kanan Norma manakala dagunya tumpang letak di bahu kiri Norma. Norma dengan dia, beza rendah sikit saja. Sebab itu dia boleh suka-suka nak parkir dagu gaya gini. Norma pun dah sebati sangat dengan tebiat sengal dia ni.“Ya Allah. Kurus sebelah kang bahu aku, wei!” jerit Norma gaya marah-marah kurang kasih sayang.Zahrah ketawa lucu. Siap dia gegarkan badan ada isi Norma dengan gelaknya. “Kita dalam tandaslah... Boleh ke sebut ya Allah gitu?” soal Zahrah polos.“Dah tu. Yang kau menyengal dalam ni buat apa? Dah sudah kan kau lipat trek kau tu kan... Jomlah keluar.”Zahrah goncang kepala setuju lalu angkat muka dari bahu Norma. Kemudian dia letak kedua-dua tangan di bahu Norma dan tuntun Norma keluar dari tandas gaya budak-budak main keretapi. Norma geleng kepala dengan gelagatnya. Tapi Norma layankan saja. Agaknya Norma faham kut skru kepala dia ada yang tak ketat hari ini. Bahana diceramah seawal pagi!Elok saja mereka keluar dari tandas yang pintunya ada gambar perempuan lidi pakai skirt tanpa baju, terus Norma paut sebelah tangan Zahrah lalu tarik badan Zahrah yang tinggi sikit bandingnya dan kurus sangat bandingnya. Zahrah orangnya boleh kata cikedinglah. Tapi cikeding ada bentuklah. Bukan yang kerempeng macam sakit aneroxia tu. Tinggi 160 sentimeter, berat 45 kilogram. Dia tinggi 156 sentimeter, berat 50 kilogram. “Kau ni sampai bila nak bergaya masuk hutan gitu?”“Hmm?” Zahrah kerling Norma dan terus beriringan ke kawasan bangunan yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar tingkatan enam sekolah itu. “Trek kau tulah. Orang berlari bertrek, kau berjalan bertrek,” ucap Norma selamba. Tak terfikir pun ia bakal sakitkan hati Zahrah. Sebab Zahrah ni bukan jenis makan dalam. Tak simpan dalam hati selalunya. Lainlah kalau hal dekat di hati. Kalau bangkit hal umi dia atau Zharif dia, yang tersangatlah dekat di hati Zahrah, memanglah kawannya itu mudah tersentuh hati perasaan bagai. Hal lain, tak ada maknanya!“Aku berbasikal bertrek yek. Sebabkan tulah aku sampai ngam-ngam waktu pagi tadi. Kalau tak pakai trek ni, sah buang masa atas jalan nak maintain kesucian betis kaki aku daripada pandangan orang tau. Singkap macam mana pun, yang nampaknya seluar. Bukan yang tak patut. Rugi ooo bakal suami.” Zahrah sengih nakal dan kerdip mata.Norma ikut tayang gigi. “Umi kau nak kahwinkan, tak nak!” sakat Norma menjuih bibir.Zahrah jegil mata. “Kahwin-kahwin sila jangan sebut eh. Aku tak cukup umur lagi!”“Eleh! Karang... kau jugak yang jadi isteri orang dulu. Tak menyempat.”Zahrah berdiri tegak satu tempat kemudian kembangkan kelima-lima jari dan kuncupkan gaya renjis-renjis pakai tangan pada mulut Norma. “Choi, choi...!”Seterusnya Zahrah angkat tangan gaya berdoa dan ujar, “Ya Allah, jauhkanlah jodoh aku daripada pak cik perasan abang tu. Amin, amin, amin.”Bersungguh-sungguh dan beria-ia pula Zahrah gosok-gosok muka gaya mengaminkan doa sendiri. Cop mak tak sanggup jadi bini dia jelas sangat!Norma ketawa. Dia paut lengan Zahrah yang sudah muncung-muncung gaya tak puas hati kepadanya. Topik kahwin memanglah dah jadi pantang Zahrah semenjak beberapa bulan ini. Dengar saja, berdesup naik aura hangin satu badan Zahrah. Gara-gara apa hampir nak jadi sebab Zahrah cuba-cuba berdegil sama umi sendiri. Umi Zahrah kalau mengugut, pergh…! Tikus pun pergi sekolah!Norma jenguk muka Zahrah yang masih masam-masam manis walaupun sudah mula beriringan dengannya. Dia jenguk muka pandang si manis itu kemudian cuit-cuit bawah dagu Zahrah. Zahrah yang memang Norma tahu tak tahan geli bila kena cuit situ, terus ketawa. Meletus tanpa boleh halang. Zahrah ketawa-ketawa sambil tolak jari telunjuk Norma di bawah dagunya. “Gedik!”Marah manja Zahrah itu buat Norma senyum. Dah tak main cuit dagu anak dara orang lagi dah. Namun pautannya pada lengan kiri Zahrah dia tak lepas. Mereka terus berjalan begitu, melewati koridor bangunan panjang satu tingkat yang terletak di belakang SMJA dan merupakan bangunan paling tua di sekolah itu. Bangunan panjang yang boleh memuatkan enam kelas untuk pelajar-pelajar tingkatan enam SMJA. Ada tiga kelas untuk tingkatan enam rendah yang baru mula mendaftar hari ini dan tiga lagi kelas tingkatan enam atas.Zahrah lihat sekeliling. Agak seram. Mungkin sebab bangunan itu agak tersorok dari bangunan pelajar tingkatan lain. Di depan bangunan pelajar-pelajar tingkatan enam itu ada sebuah kawasan lapang berumput hijau dan ada rimbunan pokok-pokok yang menghalang terik matahari. Lagilah buat kawasan itu nampak suram gelap kan. Kawasan lapang itu pula bukanlah besar mana pun. Tak adanya gaya padang bola ke apa. Kut padang badminton adalah. Dan melepasi kawasan lapang itu barulah dapat lihat bangunan-bangunan sekolah lain. Memanglah mereka jauh daripada pandangan cikgu-cikgu.“Apa hal seram sangat kawasan kelas kita ni, Nor? Ni dah boleh shooting cerita seram dah ni,” getus Zahrah tak sayang mulut.“Budak form six semua kena campak sini. Sebab tu sunyi sikit. Memang seram pun, tapi nak buat macam mana kan. Dalam kawasan kita duduk ni, ni aje sekolah yang amek budak form six. Kalau tak, tak ada maknanya aku sanggup bersekolah kat sini tau. Dahlah jauh. Nasiblah ayah aku sanggup nak hantar. Balik ajelah aku kena balik sendiri.”Zahrah angguk. Faham. Kalau banding rumahnya dengan rumah Norma ke sekolah ini, memang jauh. Kena ambil dua bas. Kalau dengan sekolah lama dulu, secuit saja. Norma boleh pergi balik jalan kaki. Sebab itu agaknya waktu itu Norma kecil sikit badannya banding sekarang. Zahrah pula, sekolah ini ke sekolah dulu ke, jaraknya lebih kurang saja. Macamnya rumah Zahrah di tengah-tengah dan sekolah dulu dan sekolah kini di kiri dan kanan. Berbasikal gaya nak tempah nisan, jimat lima minit kalau dia ke sini dari rumahnya. Cuma jadi tak jimat sebabkan Zharif. Nasiblah dia sayang orang tu. Tak kisahlah lambat mana pun. Zahrah jenguk-jenguk kelas-kelas yang ada. Tiga yang awal tadi dia nampaklah pelajar-pelajar seniornya sedang tekun dengan pembelajaran yang sudah pun bermula. Cuma budak junior macam dia yang masih ada kelonggaran, sementara menunggu guru kelas mereka masuk. Dan guru kelas Zahrah adalah Cikgu Syarah. Cikgu Syarah yang Zahrah sudah kenal sebelum ini kerana umi seret dia jumpa wanita itu ke sekolah ini, berkenaan dengan kemasukan untuk tingkatan enam sesudah dia gagal menempah tempat ke mana-mana universiti awam. Sebab Zahrah tak isi borang UPU! Sesaja! Rata-rata pelajar memang sudah kenal dengan Cikgu Syarah. Tambah pula kawasan mereka ini bukanlah seluas mana pun. Yang ada cuma empat sekolah dan satu sekolah saja menyediakan kelas tingkatan enam. Jadi, pusing-pusing memanglah kes pi mai pi mai tang tu kan.Zahrah pandang Norma yang masih paut lengan kirinya. “Kita kelas mana eh? Tapi aku harap sangatlah tak sama kelas dengan mamat poyo tu. Datuk segala poyo!” cemuh Zahrah selamba. Bukan cebik mulut saja, dengan hidung-hidung sekali tercebik.Norma juih mulut ke kelas paling hujung di depan mereka apabila Zahrah paling pandang dia. “Datuk poyo mana kau cakap ni?”Zahrah pandang muka hairan Norma. “Mamat poyolah.”“Tadi kata datuk.” Norma geram.“Mamat poyo yang tahap poyonya paling tinggi. Datuk segala poyo,” terang Zahrah kasi faham. Mungkin kefahaman mental Norma pagi ini kurang sedikit. Sah kawannya ini terlepas sarapan pagi.Norma angguk-angguk. Faham sudah. “Siapa?” Norma soal yang dia tak faham.“Mamat podium tulah. Kat dalam dewan tadi. Aku rasa macam aku kena makan ngap-ngap dengan dia masa tu tau. Siap letak perasa bila ngap-ngap aku.” Zahrah buat gaya orang tengah makan burger.Norma gelak-gelak dengan aksi Zahrah.Tiba-tiba Zahrah berdiri tegak. Kemudian terus singkap lengan baju kurungnya, kiri dan kanan. “Hah, tengok ni! Cakap aje dah meremang!” Zahrah terus menggeliat badan gaya remang tak sudah.Norma ketawa terus lihat Zahrah yang berjalan di depannya, tengok dia dengan badan ke depan dan kaki berundur ke belakang sambil badan menggedik-gedik sebab masih meremang fikir mamat poyo podium ngap dia dengan perasa. Masih dengan gaya jalan yang sama, mereka berdua sampai ke muka pintu kelas yang akan mereka duduki untuk satu tahun setengah ini. “Aku rasa dia pun meremang jugaklah...”Zahrah baru hendak alih badan, berjalan gaya orang dan bukan berjalan gaya kereta reverse lagi. Namun ujaran Norma antara gelak-gelaknya buat Zahrah alih badan semula sebaik masuk ke muka kelasnya. Pandang balik Norma. “Hmm?” tanya Zahrah kurang dapat tangkap. Mamat poyo tu nak meremang apanya?“Meremang tengok tikus kepala kuning...” Norma ketawa sakan, siap tekan perut gaya buat lawak sangat.Zahrah ikut ketawa. Dan gelaknya jadi lebih gah bila bayangkan mamat poyo tu meremang. Kelakarlah pulak! Kui, kui, kui! Dan sambil kui, kui, kui itulah Zahrah hendak alih tubuh.Dan masa itu jugalah Norma sedar akan satu tubuh yang ikut bergerak ke arah Zahrah. Lelaki itu berjalan laju sambil pandang belakang, angkat tangan kepada seseorang. Lelaki lampai itu sendiri langsung tidak perasan atau sedar Zahrah yang sedang bergerak ke arah yang sama. Ini boleh ada perlanggaran badan pergeseran bahagian tak patut ni! Dalam otak fikir begitu, cepat-cepat Norma matikan ketawa lalu panjangkan tangan hendak capai tangan Zahrah supaya Zahrah tidak berlanggar dengan lelaki itu. Mamat poyo datuk punya poyo itu. Zarahin!Namun Norma tak sempat.Zahrah pandang depan dan elok-elok itu juga dia berlanggar sampai tertempek muka pada dada seseorang. Seseorang yang diyakini lelaki. Satu, dada itu... sendiri faham kan. Dua, dada itu maha keras. Habis terpesek hidung boleh tahan mancung Zahrah. Sakit memang sakit. Tapi dah salah dia jalan tak tengok depan, sebaliknya pandang belakang gaya mata ada di belakang kepala, Zahrah angkat muka, hendak minta maaf kepada lelaki yang jadi bahan langgarnya itu.Cepat-cepat hendak angkat muka punya pasal, Zahrah langsung tak sedar hujung tudungnya tersangkut pada klip tali leher hitam lelaki di depannya itu. Bila perasankan hujung tudungnya tersangkut pada klip itu, hilang habis niat hendak minta maaf Zahrah. Sebaliknya Zahrah bagi tumpuan pada tudungnya yang terselit pada klip tali leher lelaki itu. Bersungguh-sungguh Zahrah tarik. Langsung tak sedar bahawa setiap usaha sungguh-sungguhnya itu sebenarnya hampir buat lelaki yang berdiri di depannya, pemilik tali leher hitam itu, tercekik sakan. Serupa mau jerut kasi mati punya tarik kut!Zarahin pegang kejap bahagian atas tali leher hitam yang melingkari lehernya. Lagi Zahrah usaha tarik sebab nak cabut tudung gadis itu dari pin tali lehernya, lagi kuat Zarahin pegang. Kalau tak, memang sah dia mati tercekik tak sempat mengucap. Zahrah nak cabut tudung pada pin tali leher, tapi bahagian atas tali leher itu direntap-rentap sama pada masa itu juga. Sebab itulah Zarahin hampir hilang nyawa gaya sekarang.Bimbang lehernya bakal dijerut gaya orang kena hukuman mati, terus Zarahin sentuh kuat kedua-dua lengan bahagian atas Zahrah, hampir dengan bahu kurus itu. Kejap. Zarahin sebenarnya hendak sedarkan Zahrah dengan cara itu. Mana tahu minah ni akan berhenti rentap tali lehernya dalam usaha hendak cabut tudung kuning itu dari pin tali lehernya.Namun lain pula yang jadi!“Hoi, lepaslah!” jerit Zahrah sungguh-sungguh gaya ada pihak nak mencabul. “Lepas! Lepas! Apa pegang-pegang ni! Amek peluang ke! Aaa!!! Peraba! Peraba!” Penuh perasaan kena cabul Zahrah menjerit-jerit di depan kelas sendiri dengan mata terpejam dan tangan cuba hendak gawang ke sana ke mari walaupun yang diulang hentak dan hentak adalah dada seseorang di depannya.Pelajar kelas itu seramai 24 orang, termasuk ‘peraba’ dan ‘mangsa peraba’, serta Norma yang berdiri di belakang ‘mangsa peraba’, serta Yuzan yang berdiri di belakang ‘peraba’. Baki 20 orang yang sudah mengisi tempat masing-masing di dalam kelas itu, di tempat duduk masing-masing, tercengang sakan dengar aksi menjerit keluar anak tekak daripada Zahrah. Dan serentak itu 20 muka dan 40 mata terjah paras Zarahin yang putih melepak dan sudah merah membahang. Jelas sangat Zarahin sungguh malu dengan jeritan dan tuduhan Zahrah itu. Cakap tak ada insurans yang main tuduh Zarahin sampai maruah Zarahin dijatuhkan begitu saja! Buk, buk, gedebuk!!!Yuzan yang semenjak tadi terkaku dengan adegan depan mata, perlahan-lahan atur kaki ke depan, hendak tolong Zarahin yang sudah merah muka tahan perasaan. Dah malu sangatlah gamaknya kawan barunya itu. Namun, spontan Yuzan matikan langkah apabila Zarahin tiba-tiba arahkan mata ke mukanya. Gila seram nak mampus! Muka merah Zarahin sudah naik taraf. Bukan tahan malu sebaliknya tahan marah membahang-bahang. Bengang sangat-sangat, sakit perasaan gila-gila. Kalau Yuzan cuba berbudi, memanglah dia gadai body. Untuk jadi bahan pelangkung Zarahin. Mati terus niat suci murni Yuzan hendak tolong kawan baru dan kawan lamanya itu! Norma, dengan tangan masih terhulur gaya hendak bantu Zahrah tolong Zahrah, tengok dengan muka risau. Zahrah ni jenisnya buat dulu baru fikir. Dah buat langsai, baru reti risau tak sudah. Jadinya, selalunya, yang memang selalu sangatnya, Normalah tukang risau dulu. Macam sekarang! Tapi, bila Zarahin angkat pandang tengok dia dengan gaya sila-dekat-kalau-dah-lama-hidup, terus Norma reverse gear dengan tangan masih terhulur. Empat langkah ke belakang dengan senyum tak ikhlas kepada Zarahin yang pandang gaya nak bunuh dia kalau tak dapat bunuh Zahrah, Norma turunkan tangannya. Baru Norma sedar! Penangan mata Zarahin, pergh! Zarahin yang masih paut kedua-dua bahu kiri dan kanan Zahrah, yang masih hentak badan dia sambil jerit “Aaa!” ulang-ulang, diselit iklan “Peraba!”, kecup bibir tahan marah naik ke kepala. Kemudian terus dia genggam kuat kelima-lima jarinya pada bahagian lengan atas kanan dan kiri Zahrah. Picit sakan. Lantaklah kalau berbekas lima jarinya di situ akibat cengkaman tanpa belasnya itu! Peduli!“Diam!” ujar Zarahin tegas. Tak naik suara, tak tinggi oktaf. Gaya biasa, tapi tegas luar biasa. Sampaikan Zahrah yang mendesis sakit akibat lengan kena cengkam, terus angkat kepala.Malahan, 22 isi tubuh lain di luar sedar terangkat bahu. Ikut terkejut dengar tegasnya suara lelaki itu. Ghazal untuk Ghazali dengan selambanya angkat tangan gaya berdoa kemudian diaminkan dengan penuh perasaan. Dua tiga orang sebelah-menyebelah mengaminkan sama. Mohon sejahtera masih ada untuk Zahrah yang awal pagi dah cabut bulu rambut singa. Hah, menyingalah si singa!Zahrah pandang Zarahin, terkebil-kebil mata. Sumpah dia nak pura-pura pengsan masa ini juga. Ini mata manusia ke mata ular? Dia rasa gaya kena pukau pun ada juga. Meremang habis Zahrah! Ya Tuhan, selamatkanlah aku daripada ular kepala manusia yang macam dah sedia nak telan aku ni!“Mmm...” Zahrah cuba nak cakap, tapi termati apabila lelaki di depannya itu lepas sebelah tangan dan hentak bibir sendiri. Terkelip-kelip mata Zahrah sekejap. Tahan rasa sengal pada lengan yang sudah dilepas genggaman tangan kanan Zarahin. Lima jari tangan yang kalau dikembangkan boleh tutup seluruh muka Zahrah! Memang tangan jantan! Tapi sebelah tangan lagi... Fikir itu serta sakit yang dia masih rasa sebab tangan kiri lelaki itu masih cengkam bahagian atas lengan kanannya, Zahrah hendak bersuara semula. “Ta...”Sekali lagi cakap Zahrah termati dengan mata terkelip-kelip. Sebab kali ini jari telunjuk Zarahin bukan hentak bibir lelaki itu sebaliknya hentak bibir Zahrah. Isyarat sila diam. Dia cuba nak buka mulut juga bila Zarahin angkat sikit jari telunjuk itu, tapi sekali lagi bibirnya kena hentak gaya pisau tikam orang. Tahan sakit lagilah Zahrah. Kemudian Zarahin angkat jari telunjuk dan goncang sikit gaya sila jangan cakap.Zahrah angguk faham. Dah kena hentak mulut gaya tadi, sampai dua kali, takkanlah tak faham-faham. Dia dah form six kut!Zarahin alih tangan kirinya dari lengan kanan Zahrah lalu badannya ke depan sedikit. Zahrah baru perasan, dengan keadaan mereka berdiri tadi, cengkaman tali leher pada batang leher Zarahin nampak menegang saja. Maknanya, tadi, waktu dia tarik penuh perasaan gaya tak ingat orang depan, dia sebenarnya di luar sedar hampir membunuh Zarahin. Lelaki itu entah berapa kali hampir dicekik tali leher sendiri!Sekarang, Zahrah lihat saja Zarahin berusaha habis-habisan hendak tanggalkan tudung kuning cairnya yang tersangkut pada pin tali leher hitam lelaki itu. Macam-macam cara dan gaya Zarahin guna agar hujung tudungnya tak lagi ‘peluk’ pin tali leher lelaki itu, gaya tak hendak lepas. Gatal betullah tudung Zahrah ni!Serba salah dan kasihankan usaha tanpa jaya Zarahin, Zahrah sentuh hujung tudungnya, membuatkan Zarahin berhentikan usahanya dan angkat mata pandang Zahrah. Guna isyarat mata, Zahrah minta izin untuk mencuba.Zarahin berdiri tegak dengan muka tegang dan biar Zahrah usahakan jaya yang dia tak berjaya. Namun, sama tak jaya juga! Hentak sentak habis dah... tetap tiada jaya!Zahrah tengok Norma di belakang dengan muka minta tolong. Dah sebek-sebek gaya anak burung nak makanan.Kesiankan Zahrah, Norma menghampiri hati-hati, takut-takut sambil tilik muka Zarahin yang tegak badan sambil tengok depan. Norma pula cuba tolong sambil kisahkan tali leher yang jerut batang leher Zarahin. Tak hendak lelaki itu hampir tercekik gaya tadi. Kang sebelum Zarahin mati terbunuh, Zarahin bunuhan dia dulu pula. Tak mau cek!Sama tak jaya! Hujung tudung Zahrah tetap menggatal hendakkan pin tali leher Zarahin!Yuzan pula mendekati. Cuba nasib usahakan yang tak nampak nasib untuk jaya sampai kini. Ditarik, ditarik dan ditarik sambil ambil kisah Zarahin dan Zahrah. Tak hendak mereka terkesan dalam percubaan untuk jayanya.Zarahin pandang siling kelas gaya tahan sabar. Tapi bila mata elok turun dari situ, Zarahin habis sabar! Mana taknya, bukan setakat Yuzan dan Norma saja mengelilinginya, sebaliknya 20 budak-budak kelasnya yang lain pun sudah mengermuni mereka. Sudahlah Zarahin panas badan dan hati, ini dikepung gaya begitu, dah sudah! Luar dalam berbahang!Satu kampung nak tolong, desis hati Zarahin marah sangat. Terus dia tolak tangan Ghazal yang sedang cuba membantu. Bantu apakah! Ambil peluang sentuh cuit dan usap dadanya adalah! Terus Zarahin tolak tangan terlebih melentik Ghazal lalu pegang tali lehernya dan terus sentak kasar gaya habis sabar.Berjaya dengan jayanya!Tali leher Zarahin putus dua!Tudung Zahrah terkoyak!Zahrah menganga lihat hasil aci sentak ganas Zarahin. Dia tengok tali leher Zarahin, yang separuh masih jerut leher dan separuh lagi, bersama pin tali leher paling degil dalam dunia yang sudah bengkok dua macam. Kemudian Zahrah pandang pula tudung kuning cairnya yang sudah koyak di hujungnya dan ada lubang muat jari kelengkeng. Kalau ditimbang-timbang, nasib Zarahin lebih sadis banding dia. Tapi, bila Zahrah tengok muka Zarahin yang sedang tengok separuh tali leher di tangannya, kemudian tengok dia, Zahrah rasa dialah yang paling sadis. Zahrah mula sebek gaya nak nangis.Zarahin tarik nafas. Zahrah tambah-tambah sebek muka. Orang buta pun boleh nampak lelaki depannya ini marah sangat dan sedang belajar sabar. Gaya tarik nafas lepas nafas tu pun dah nampaklah. Zahrah bersedia saja untuk terima amukan lelaki bermata ular ini.Namun, Zarahin tidak lepas apa-apa pun. Bermuka tegang dengan rahang bergerak-gerak, tulang pipi macam nak tembus keluar, Zarahin berlalu ke kerusinya. Terus atur kaki ke sebelah kanan kelas dari muka depan kelas ini, baris kedua. Betul-betul dekat dengan jendela yang terbuka. Zarahin duduk dan kepal kuat separuh tali leher di tangannya.Suasana kelas sunyi. Sepi. 23 orang pelajar yang ada diam. Sentak dan sentap habis dengan gaya Zarahin itu. Ghazali yang perasan Ghazal sekian lama baru sedar dia lelaki sempurna, sebab halkumnya bergerak bila dia tertelan liur.Zahrah pandang Norma, masih dengan muka hendak menangis. Zahrah tunjuk hujung tudungnya yang koyak dan berlubang sedikit. Norma dekati Zahrah, tepuk-tepuk bahu Zahrah gaya sedang pujuk Zahrah yang masih sebek-sebek sambil unjuk-unjuk tudung. Sekurang-kurangnya tudung Zahrah masih ada rupa tudung, banding tali leher Zarahin yang hilang rupa tali leher! Tali jerut leher pun tak ada dah!Norma tayang muka sungguh memahami, tepuk-tepuk belakang Zahrah gaya pujuk sampai jalan sambil kata, “Ya, ya. Aku nampak... Aku nampak... Tikus kepala kuning kena barbeku hidup-hidup...”Zahrah terus huhuhu sambil peluk Norma yang masih tepuk belakang Zahrah gaya emak-emak. Sambil itu Norma curi pandang Zarahin. Lelaki yang buat dia menganga sakan di dalam dewan tadi ketika Zarahin berucap sebagai wakil pelajar Tingkatan 6 Rendah 2011 SMJA. Tapi sekarang, dia tak rasa nak nganga dah. Memanglah lelaki ini menyeramkan bak bilang Zahrah!

Published on July 04, 2013 00:50
.: Simpan Rindu Ketat-Ketat [#2] :.
Okeih, masuk bab 2 sudah. Entri sebelum berpuasa. Rajin-rajin baca kalau sudi yek![]()

Zahrah terus huhuhu sambil peluk Norma yang masih tepuk belakang Zahrah gaya emak-emak. Sambil itu Norma curi pandang Zarahin. Lelaki yang buat dia menganga sakan di dalam dewan tadi ketika Zarahin berucap sebagai wakil pelajar Tingkatan 6 Rendah 2011 SMJA. Tapi sekarang, dia tak rasa nak nganga dah. Memanglah lelaki ini menyeramkan bak bilang Zahrah!

Published on July 04, 2013 00:50
.: Simpan Rindu Ketat-Ketat [Bab 2] :.
Okeih, masuk bab 2 sudah. Entri sebelum berpuasa. Rajin-rajin baca kalau sudi yek![]()

Published on July 04, 2013 00:50
June 22, 2013
Cinta Biasa-Biasa | bab 1*b
Dengan separuh badan menunduk, perlahan-lahan Zahrah tolak tombol pintu yang tertutup rapat dan agak berat untuk makhluk cikeding sepertinya. Usaha sungguh-sungguh dengan kedua-dua tangan, Zahrah genggam tombol dan pusing lalu tolak perlahan-lahan. Seterusnya, penuh hati-hati kalah orang hendak mencuri, Zahrah sua muka antara bukaan pintu dewan yang sungguhlah berat itu. Zahrah ushar habis ruang dewan Sekolah Menengah Jalan Atas, yang ketika ini sedang berlangsungnya upacara alu-aluan buat pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah 2011.
Hari ini, tanggal 9 Mei 2011, studen-studen tingkatan enam rendah diterima masuk ke sekolah ini. Satu-satunya sekolah dalam kawasan ini yang menerima pelajar tingkatan enam. Sekolah Menengah Jalan Bawah memang taklah. Sekolah Menengah Jalan Kiri dan Sekolah Menengah Jalan Kanan pun tak ada. Jalan lain, lagilah tak ada. Jalan Atas saja satu-satunya jalan yang untuk pelajar-pelajar yang berminat hendak sambung belajar dan ambil STPM.Disebabkan itulah Zahrah dipaksa dengan cara agak senonoh oleh umi, agar melanjutkan pelajaran ke sini walaupun Zahrah dah hentak kaki gaya kanggaru tak hendak tak hingin!Muka yang Zahrah kepit bagai burger paling ramping isinya, antara dua pintu, dia arahkan ke barisan-barisan panjang yang diletakkan di ruang tengah dewan. Tiga bahagian hadapan diisi tubuh-tubuh pelajar lelaki yang berbaju kuning dengan seluar slek hitam, berserta tali leher hitam. Manakala empat barisan di belakangnya pula diisi pelajar-pelajar perempuan yang berpakaian sepertinya—baju kurung kuning dengan tudung warna yang sama dan kain warna hitam. Bukan kuning terang striking ya. Kuning yang bukan tahap kuning diraja. Antara mereka di situ, ada juga pelajar perempuan yang tak bertudung. Pelajar bukan Islam. Namun tetap anggun berbaju kurung.Dan di barisan keempat, barisan pertama pelajar perempuan, Zahrah mulakan adegan pengimbasan. Dia yakin sahabat baik boleh tahan sejatinya ada di barisan itu. Norma binti Abu Ali tu memanglah kaki tempat paling depan dalam aktiviti gaya ini. Sebabnya senang hendak nampak apa yang patut nampak—lelaki kacak, handsome, tampan dan yang sama waktu dengannya. Antena bergerak saja kalau bab jantan jambu air! Menganga sakan…Macam sekarang!Dari sudut yang begini pun Zahrah boleh tahu mana satu Norma dalam barisan keempat itu. Makhluk yang paling luas ngangaan mulutnya tengok depan. Sebab di depan sana sekarang ini tak berdiri cikgu besar Sekolah Menengah Jalan Atas yang memang besar, sebaliknya berdirinya seorang pelajar lelaki yang jadi wakil pelajar baru untuk berucap. Sekalipun muka mamat itu suci bercahaya-cahaya dari atas pentas sana, Zahrah sikit pun tak ada rasa tertarik memang da’ bomb hendak pandang. Bukan dalam antena dia!Yang dalam antena Zahrah, Norma binti Abu Ali yang sedang menganga gaya nak bagi semua lalat satu Asia tumpang berteduh barang seketika. Tinggal tak ada air liur menitik-nitik saja. Zahrah pandang kerusi di kanan dan kiri Norma.Yes!Sebab inilah Zahrah kata Norma memang sahabat baik lagi boleh tahan sejati! Norma sentiasa kosongkan kerusi untuk dia dalam apa keadaan pun. Tak pernah sibuk tanya kenapa dia lambat. Tapi, asal sedar dia akan lambat, Norma dengan baik hatinya akan cop tempat untuk dia.Itu Norma binti Abu Ali yang Zahrah kenal sejak tingkatan tiga.Masih pegang tombol pintu dengan kedua-dua tangan, Zahrah tolak penuh perasaan pintu yang berat itu. Entah kayu jenis manalah dibuat pintu! Sambil tolak pintu, badannya kekal dalam keadaan separuh tunduk. Elok saja lepas pintu dan berjaya diam-diamkan pintu ke tempatnya, Zahrah terus buat gaya penguin miang. Kaki di atas lantai, badan merendah sehabis daya, Zahrah jalan gaya penguin. Kiri, kanan, kiri, kanan. Ni kalau umi tengok… sah umi kahwinkan jugak aku, bisik hati Zahrah. Tanpa belas kasihan dah.Dengan gaya jalan penguin begitu, Zahrah hati-hati bergerak ke barisan ketujuh di ruang tengah dewan itu. Mujur berjaya dengan cemerlang. Bila dia dah sampai ke barisan ketujuh baru ada yang perasan dan kebanyakan yang perasan adalah budak-budak satu sekolah lama dengannya. Budak-budak yang dah hafal sangat dengan masalah rumah tangganya—datang lambat!Mereka berbisik-bisik “Lambat lagi?” kepada Zahrah gaya menyakat dan dia membalas bagai sekolah lama dulu. Buat iklan ubat gigi! Sambil itu Zahrah terus ke baris keempat, untuk ambil tempat. Elok saja sampai ke barisan itu, dengan peluh memercik pada dahi walaupun ruang dewan itu kipas-kipasnya ligat berpusing, Zahrah dengan selambanya stunt di antara ruang yang ada. Tak ada maknanya dia nak berdiri tunjuk tak malu. Zahrah kan sungguh pemalu!Makanya Zahrah stunt gaya kucing merangkak sampaikan pelajar-pelajar barisan itu terangkat-angkat kaki, badan dan mula menceceh-ceceh sebab terganggu. Tak kurang pula yang ketawa semput. Di balik semua ini, bunyi latar masih ada. Bunyi suara memberi ucap yang terhenti sekejap, terteran seketika.Tapi, tu bukan hal Zahrah! Ada Zahrah kisah! Sorry-morry!Hal Zahrah adalah sampai dengan selamat dan berjaya duduk di sebelah Norma—yang masih menganga gaya terngiur habis tengok depan. Rupanya bukan Norma seorang kena sampuk gaya begitu. Ramai lagi minah-minah baju kuning yang bagainya nak jadi geng I will follow you. Pakai Digi beramai-ramai gamaknya!Ah, tu bukan masalah Zahrah! Sorry-morry again!Masa dan waktu ini, Zahrah sudah hendak sampai ke kerusi kosong di sebelah Norma, yang masih menganga sakan tak perasankan dia. Lebih perasankan mamat yang tengah berucap di podium tu lagi! Yalah, dia ni kan tak handsome, kacak atau sewaktu dengannya. Dia ni… jelita! Cis, sungguh masuk bakul sendiri angkat! Habis, dah Norma tak mahu tolong angkatkan kan…Zahrah meneruskan ‘perjalanan’ ke destinasi sambil merangkak-rangkak terus. Pedulilah pada bunyi-bunyi kecil serta desas-desus yang sepertinya semakin berleluasa di dalam ruang dewan itu. Asal sahaja tak ada yang perasan akan dia. Malangnya, keinginan Zahrah tak menjadi. Gagal. Digagalkan dek suara melengking satu macam dengan jeritan nyaring habis.“Aaa!!! Tikus!!!”Zahrah yang terkejut terus berhenti merangkak, tengok kiri kanan. Yalah, tikus kut. Bukan sugarglider ke hamster. Tikus! Tahap comel tikus tu… dia tak pernah nampak langsung! Tikus tu… tak comel! Titik!“Kenapa tu? Kenapa tu?” Suara dari atas pentas. Perempuan.Bukan tikus!“Tikus, tikus, tikus! Aaa… Gelilah!” Suara dari barisan ketiga, hampir dengan tempat Zahrah terberhenti dengan kedua-dua lutut dan telapak tangan di atas lantai. Lela… Lelaki ke?Terus Zahrah angkat muka sikit untuk pastikan jantina tukang jerit yang masih menjerit itu. Mak aih, dah di atas kerusi dengan gaya geli tak ingat dan tak sanggup. Siap kepit-kepit kaki dengan sebelah tangan pada dada dan sebelah lagi pada pipi. Ini Usop Wilcha pun kalah! Gemalai sei! Patutlah Zahrah ragu-ragu nak habiskan ayat lelaki tadi. Ghazal Untuk Ghazali rupanya! Bukan tikus!Jadi, mana pulak tikusnya? Terkebil sekejap Zahrah, sampailah dia boleh faham. Dialah tikus yang Ghazal untuk Ghazali maksudkan!Lalu, terkelip-kelip menggayakan mata gedik masuk habuk filem Hindustan dulu-dulu, buat muka tikus paling comel dalam alam semesta, Zahrah pun perlahan-lahan bangun, berdiri dengan memegang telinga, di atas tudung. Terus Zahrah terkam mata ke pentas sana. Di situ, berdiri cikgu besar, tiga guru kelas tingkatan enam bawah bersama guru kelas Zahrah, Cikgu Syarah bam-bam yang comel walaupun tembam!“Cikgu… saya, cikgu. Tikus kepala kuning. Teehee…” ujar Zahrah manja gedik buat-buat sambil pegang kedua-dua telinga, kepada Cikgu SyarahCikgu Syarah sentuh dahi dan dengan gaya ratu drama, sengetkan tubuh ke kiri sedikit lalu berkata dramatik, “Oh, anak muridku…”Ngam sungguh dengan tempat berdirinya Cikgu Faez, juga cikgu kelas tingkatan enam rendah, yang jadi bahan Cikgu Syarah main mata semenjak enam bulan sebelumnya, wanita bagai salinan Adibah Noor itu corner baring. Cikgu Faez pula seperti kena seru, paut terus bahu Cikgu Adibah, eh… Cikgu Syarah. Cikgu Syarah masih pegang dahi, tapi mata dah menggedik-gedik suka. Amboi, cikgu aku kan…Cikgu-cikgu lain nampak lega dan tergeleng-geleng bila lihat ‘tikus’ yang dimaksudkan. Cikgu besar yang sebelumnya panjat naik ke atas kerusinya baru sedar dan perasan cikgu-cikgu lain tak perasan aksinya, lalu perlahan-lahan turun dari kerusi. Kemudian cikgu besar buat selamba dan lihat ke depan, menggeleng sakan. Macamlah orang tak nampak apa awak buat, cikgu besar ohoi! Orang perasan sangat ya aksi awak tu! Tak agak-agak Zahrah kutuk dalam hati.Zahrah tunjuk muka bersalah sambil pegang telinga terus. Apabila bertembung pandangan dengan Norma, yang membulatkan mata kepadanya, Zahrah sengih dan jelir lidah. Buat muka I-tak-sengaja-you. Pandangan Zahrah kemudiannya terarah semula ke pentas dan di luar mahu, pandangan bertembung dengan mamat yang berucap di podium tadinya. Wakil pelajar Tingkatan 6 Rendah 2011.Dan Zahrah hampir tercekik ayat sendiri apabila nampak renungan makhluk Tuhan boleh tahan seksi itu. Padanlan kan Norma tenung macam nak makan. Cumanya, waktu ini si dia itu tengah renung Zahrah macam hendak makan. Hidup-hidup. Tak ada barbeku, goreng, stim atau sewaktu dengannya. Makan hidup-hidup!Terus hilang senyuman Zahrah.

Published on June 22, 2013 05:29
.: Simpan Rindu Ketat-Ketat [#1b] :.
Okeih, masuk sudah part 2 bab satu. Hero belum muncul. Hero kena lambat sikit. Kena ada aksi Hindi ke Korea... ENTAH![]()

Published on June 22, 2013 05:29
.: Simpan Rindu Ketat-Ketat [Bab 1b] :.
Okeih, masuk sudah part 2 bab satu. Hero belum muncul. Hero kena lambat sikit. Kena ada aksi Hindi ke Korea... ENTAH![]()

Terus hilang senyuman Zahrah.

Published on June 22, 2013 05:29
June 20, 2013
.: Simpan Rindu Ketat-Ketat [#1a] :.
re: changed CBB to SRKK at 3.23am 210613
BNI says:
Cinta Biasa-Biasa. It’s just a working title, cayunk2. Dan entri CBB ni bergantung yek pada kerajinan vs kemasalan I. Ces, kan!
Tapi, yup… Sebab nak commit sama SDSS, CBB ni kira kasi cayunk2 sume lepas rindu kat BNI la, walaupun ada yang tak rindu kan…
Enjoy dulu la yek… tanda menghargai BNI punya mood R = RAJINnya dia. Anak sape ni!![]()

THAT QUESTION BECAUSE I WILL SAY,“I DO.”
Hari sekolah, terlewat. Bukan benda baru. Hari pertama sekolah, terlewat, lagilah bukan benda baru. Kalau sekolah lama dulu, nampak muka Zahrah awal seminit sebelum loceng sekolah bunyi saja, satu kelas tunjuk muka kagum. Yang perempuan siap tepuk bahu dia, bangga sungguh dengan pencapaian Zahrah. Yang laki tunjuk bangga guna mulut sajalah. Sebab kalau dia orang tangankan dia, sahlah Zahrah pun naik tangan. Dush, dush, dush Zahrah kasi. No mercy!Zahrah kan tomboi sepanjang zaman. Diiktiraf! Walaupun kepala ada tudung setiap kali ke sekolah. Sekalipun rambut panjang kalah iklan syampu pada hari biasa.Zahrah bertudung ke sekolah saja. Cukup syarat yang sekolah letak. Kalau tak, memang Zahrah gaya bebaslah—ikat tinggi ekor kuda. Bukan nak bangga dia tak bertudung, cumanya... Zahrah belum ikhlas nak bertudung. Walaupun bertudung tak payah tunggu ikhlas kan. Tapi... hati ni...Bila bicara fasal hati, kan sulit. Jadi, bab dia akan bertudung, kita letak titiklah dulu ya. Sekarang kita cerita bab dia tengah bawa basikal dengan lajunya, sampai punggung ada lenggok kiri, kanan, kiri, kanan. Terangkat habis dari tempat duduk. Tinggi-tinggi punggung, tinggi-tinggi lagi kain baju kurung. Tapi, tak ada adegan seksi-meksi sedang berlaku ya. Sebab Zahrah jenisnya kalau ke sekolah mesti ada seluar trek dalam kain baju kurung. Makanya, tak pernah Zahrah nak kisah setinggi mana kain baju kurungnya itu terangkat.Masa ini, Zahrah manusia mengejar masa. Tak ada masa nak fikir hal kain baju kurung bagai. Sebab itu awal-awal Zahrah dah guna perisai sebelum tengah jalan nak gusarkan diri. Cuba macam sekarang. Kalut-kalut kayuh basikal laju-laju pun, dia tak payah nak fikir soal adegan seksi daripada diri yang cikeding tak ada isi! Zahrah hanya kena fikir sampai ke sekolah ngam-ngam waktunya dan tak terlewat daripada waktunya!7.30 pagi!Zahrah kerling jam tangan yang paut pergelangan tangan kiri. 7.25 pagi.Zahrah mendecit geram dan terus melajukan kayuhan basikal. Gaya melelong kanan kiri penuh dedikasi dah basikal mini warna merah dengan bakul di depan dan tempat duduk di belakang itu. Bakul depan Zahrah isi beg silang dia selalu bawa ke sekolah sebelum-sebelum ini manakala kerusi belakang isinya Zahrah dah campak ke tempat yang patut tadi.Campak? Sungguh tak. Penuh kasih sayang, sarat cinta hati, Zahrah turunkan si dia. Dan sekarang masa untuk Zahrah kejar waktu tiba ke sekolah sendiri. Kalau diri sendiri, dia sanggup campak!Zahrah melajukan kayuhan terus apabila sudah tiba di depan sebatang lampu isyarat. Dia kena lepasi lampu isyarat itu untuk sampai ke Sekolah Menengah Jalan Atas tepat jam 7.29 pagi!Dengan semangat waja itulah Zahrah melajukan kayuhan dengan gaya separuh badan ke depan dan punggung terangkat habis kiri, kanan, kiri, kanan.Lampu isyarat hijau dengan gaya orang berjalan di depan sana tiba-tiba berkelip-kelip.Zahrah kayuh laju-laju lagi. Masuk upcara basikal pecut, sah Malaysia menang. Berani gigit basikal!Lampu isyarat hijau gaya orang berjalan tiba-tiba jadi merah gaya orang berdiri tegak setempat.“Tchhh!!!” Zahrah mendesis kuat, penuh rasa, masih mengayuh. Roda basikal masih laju berpusing.Zahrah lihat kiri kanan jalan raya, cuba hendak agak dan kira kalau dia teruskan usaha jadi pengayuh basikal pecut Malaysia, mungkinkah akan berjaya. Ya, berjaya. Berjaya untuk mati katak pakai seluar trek dalam baju kurung!Nak tak nak, sudi tak sudi, Zahrah brek mengejut. Dan basikal merah itu tersenget di atas jalan raya, saat kereta-kereta mula bergerak kerana lampu isyarat bahagian mereka sudah hijau. Bunyi tayar basikal bergeser dengan jalan tar jelas kedengaran. Gaya stunt dah lama hidup daripada Zahrah membuatkan beberapa pejalan kaki yang menengok jerit kecil dengan pelbagai gaya. Satu mak cik yang tengah pimpin anak kecil siap tutup kedua-dua mata si kecil itu. Ada seorang pak cik dengan selambanya, lepas habis terkejut, hulur kad perniagaan kepada Zahrah.Zahrah yang sedang sibuk tengok kiri kanan, hendak cari jalan lain tanpa perlu tunggu lampu isyarat ini berubah kepada orang hijau berjalan, terkejut sesaat. Tiba-tiba kut orang hulur kad perniagaan. Ajak jadi model ke apa. Spontan, Zahrah capai kad perniagaan yang pak cik itu hulur. Dan menganga tiga saat dia tengok apa dicetak ringkas di atasnya.TEMPAHAN NISAN HAJI RASHIDLepas nganga tiga saat, Zahrah tengok depan. Tapi pak cik yang Zahrah yakin bernama Haji Rashid itu sudah tiada di depannya. Zahrah tengok kanan. Haji Rashid sedang berjalan sambil lihat ke arah Zahrah dengan isyarat tangan, unjuk ke telinga. Telefon jangan tak telefon punya gaya. Siap digoyang gedik telefon imaginasinya, kemudian Haji Rashid (mungkin) lambai tangan dan berjalan terus.Terkebil-kebil Zahrah dengan aksi Haji Rashid yang kalau orang tak tahu apa isi cetak pada kana nama di tangannya, akan sangka lelaki tua selayak atuk itu sedang cuba mengurat dia. Kenyataan dan hakikatnya, tak. Haji Rashid sedang memberi nasihat dengan cara lembut. Subtle. Hati-hati di jalan raya atau...Zahrah tenung semula kad perniagaan Haji Rashid. Sempat telan liur kesat sebelum sedar diri. Umi, cek dah lambat!Zahrah tengok tangan kiri sambil masukkan kad perniagaan Haji Rashid ke dalam poket baju kurung kuning cair. 7.27 pagi! Zahrah terus imbas kawasan sekitar dan ternampak sebuah taman yang selalu jadi port dia dan Zahfran melepak bila rasa nak berkasih sayang. Dari situ, ada jalan untuk ke Sekolah Menengah Jalan Atas. Kalau Sekolah Menengah Jalan Bawah, tak ada. Itu dah atas peta lain.Zahrah meneruskan kayuha, laju sambil ingat kad perniagaan Haji Rashid. Makanya, laju gaya pengayuh basikal pecut Malaysia yang boleh berjaya hidup lama! Insya-Allah, amin.Zahrah kayuh basikal ikut jalan taman kemudiannya keluar ke jalan utama dan beberapa saat selepas itu dia nampak jelas bangunan utama Sekolah Menengah Jalan Atas terbentang di depan sana. Sebagaimana terbentang gahnya kain rentang bertulis SELAMAT DATANG PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 6 RENDAH 2011.Zahrah menyengih suka. Tambah lebar sengihnya apabila jenguk jam dan angka yang tertera adalah 7.29. Yeay!Basikal terus laju Zahrah kayuh ke arah pintu pagar utama sekolah yang masih terbuka. Pintu pagar yang lebih tinggi daripada Zahrah dan sah-sahlah sungguh berat. Dan tiba-tiba Zahrah nampak pintu pagar besar gabak lagi berat itu pandai-pandai bergerak perlahan-lahan, mengecilkan ruang luas terbuka tadinya.Memicing mata Zahrah tengok. Kepala pun register. Pintu pagar itu hendak ditutup! Tidak!!!Mata Zahrah beralih ke kiri. Sebab pintu itu bergerak dari sebelah itu. Sah-sahlah ada orang tolak kan. Takkanlah pintu bergerak sendiri. Ni kan Sekolah Menengah Jalan Atas, bukan jalan sendiri. Di kiri, Zahrah nampak seorang lelaki 40-an, sedang menolak pagar sekolah. Daripada pakaian pada tubuhnya, dia yakin lelaki itu pak cik pengawal Sekolah Menengah Jalan Atas dan bukan jalan sendiri.Penuh semangat kayuh, Zahrah jerit kepada pak cik pengawal, “Pak cik!”Kali ketiga laung “Pak cik” bagai anak tekak lari nak ketuk telinga pak cik, barulah lelaki itu perasankan Zahrah yang bersemangat kayuh basikal. Zahrah lambai-lambai-lambai tangan, isyarat agar pak cik itu tak tutup pintu pagar utama. Sangka Zahrah naklah pak cik tu baik hati kan bagi can kat dia yang bersemangat waja terus berusaha ni. Tapi... hampeh, haram!Pak cik pengawal buat gaya tunjuk jam di tangan kemudian selamba silangkan tangan kanan dengan tangan kiri, tunjuk X besar punya. No! Kemudian pak cik pengawal sambung tolak pagar dengan gaya pekerja berhemah.“Kurang asam pedas punya pak cik!” Zahrah kejap kuat handle basikal dan bertindak berani mati. Walaupun ada terfikir kad nama Haji Rashid barang sedetik. Namun, dia nekad.Pintu makin mengecil, Zahrah makin melaju. Dan, ngam-ngam basikal mini merah itu, dengan kedua-dua kaki Zahrah letak pada tengah badan basikal gaya duduk kepit paha, dia berjaya lolos masuk ke Sekolah Menengah Jalan Atas tepat jam 7.30 pagi!Zahrah angkat kedua-dua tangan sambil jerit, “Yeay!” Di atas basikal masih bergerak!

Published on June 20, 2013 06:20
Bikash Nur Idris's Blog
- Bikash Nur Idris's profile
- 78 followers
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
