.: Simpan Rindu Ketat-Ketat [#1a] :.

re: changed CBB to SRKK at 3.23am 210613

BNI says:
Cinta Biasa-Biasa. It’s just a working title, cayunk2. Dan entri CBB ni bergantung yek pada kerajinan vs kemasalan I. Ces, kan!
Tapi, yup… Sebab nak commit sama SDSS, CBB ni kira kasi cayunk2 sume lepas rindu kat BNI la, walaupun ada yang tak rindu kan…
Enjoy dulu la yek… tanda menghargai BNI punya mood R = RAJINnya dia. Anak sape ni! 

THAT QUESTION BECAUSE I WILL SAY,“I DO.”

Hari sekolah, terlewat. Bukan benda baru. Hari pertama sekolah, terlewat, lagilah bukan benda baru. Kalau sekolah lama dulu, nampak muka Zahrah awal seminit sebelum loceng sekolah bunyi saja, satu kelas tunjuk muka kagum. Yang perempuan siap tepuk bahu dia, bangga sungguh dengan pencapaian Zahrah. Yang laki tunjuk bangga guna mulut sajalah. Sebab kalau dia orang tangankan dia, sahlah Zahrah pun naik tangan. Dush, dush, dush Zahrah kasi. No mercy!Zahrah kan tomboi sepanjang zaman. Diiktiraf! Walaupun kepala ada tudung setiap kali ke sekolah. Sekalipun rambut panjang kalah iklan syampu pada hari biasa.Zahrah bertudung ke sekolah saja. Cukup syarat yang sekolah letak. Kalau tak, memang Zahrah gaya bebaslah—ikat tinggi ekor kuda. Bukan nak bangga dia tak bertudung, cumanya... Zahrah belum ikhlas nak bertudung. Walaupun bertudung tak payah tunggu ikhlas kan. Tapi... hati ni...Bila bicara fasal hati, kan sulit. Jadi, bab dia akan bertudung, kita letak titiklah dulu ya. Sekarang kita cerita bab dia tengah bawa basikal dengan lajunya, sampai punggung ada lenggok kiri, kanan, kiri, kanan. Terangkat habis dari tempat duduk. Tinggi-tinggi punggung, tinggi-tinggi lagi kain baju kurung. Tapi, tak ada adegan seksi-meksi sedang berlaku ya. Sebab Zahrah jenisnya kalau ke sekolah mesti ada seluar trek dalam kain baju kurung. Makanya, tak pernah Zahrah nak kisah setinggi mana kain baju kurungnya itu terangkat.Masa ini, Zahrah manusia mengejar masa. Tak ada masa nak fikir hal kain baju kurung bagai. Sebab itu awal-awal Zahrah dah guna perisai sebelum tengah jalan nak gusarkan diri. Cuba macam sekarang. Kalut-kalut kayuh basikal laju-laju pun, dia tak payah nak fikir soal adegan seksi daripada diri yang cikeding tak ada isi! Zahrah hanya kena fikir sampai ke sekolah ngam-ngam waktunya dan tak terlewat daripada waktunya!7.30 pagi!Zahrah kerling jam tangan yang paut pergelangan tangan kiri. 7.25 pagi.Zahrah mendecit geram dan terus melajukan kayuhan basikal. Gaya melelong kanan kiri penuh dedikasi dah basikal mini warna merah dengan bakul di depan dan tempat duduk di belakang itu. Bakul depan Zahrah isi beg silang dia selalu bawa ke sekolah sebelum-sebelum ini manakala kerusi belakang isinya Zahrah dah campak ke tempat yang patut tadi.Campak? Sungguh tak. Penuh kasih sayang, sarat cinta hati, Zahrah turunkan si dia. Dan sekarang masa untuk Zahrah kejar waktu tiba ke sekolah sendiri. Kalau diri sendiri, dia sanggup campak!Zahrah melajukan kayuhan terus apabila sudah tiba di depan sebatang lampu isyarat. Dia kena lepasi lampu isyarat itu untuk sampai ke Sekolah Menengah Jalan Atas tepat jam 7.29 pagi!Dengan semangat waja itulah Zahrah melajukan kayuhan dengan gaya separuh badan ke depan dan punggung terangkat habis kiri, kanan, kiri, kanan.Lampu isyarat hijau dengan gaya orang berjalan di depan sana tiba-tiba berkelip-kelip.Zahrah kayuh laju-laju lagi. Masuk upcara basikal pecut, sah Malaysia menang. Berani gigit basikal!Lampu isyarat hijau gaya orang berjalan tiba-tiba jadi merah gaya orang berdiri tegak setempat.“Tchhh!!!” Zahrah mendesis kuat, penuh rasa, masih mengayuh. Roda basikal masih laju berpusing.Zahrah lihat kiri kanan jalan raya, cuba hendak agak dan kira kalau dia teruskan usaha jadi pengayuh basikal pecut Malaysia, mungkinkah akan berjaya. Ya, berjaya. Berjaya untuk mati katak pakai seluar trek dalam baju kurung!Nak tak nak, sudi tak sudi, Zahrah brek mengejut. Dan basikal merah itu tersenget di atas jalan raya, saat kereta-kereta mula bergerak kerana lampu isyarat bahagian mereka sudah hijau. Bunyi tayar basikal bergeser dengan jalan tar jelas kedengaran. Gaya stunt dah lama hidup daripada Zahrah membuatkan beberapa pejalan kaki yang menengok jerit kecil dengan pelbagai gaya. Satu mak cik yang tengah pimpin anak kecil siap tutup kedua-dua mata si kecil itu. Ada seorang pak cik dengan selambanya, lepas habis terkejut, hulur kad perniagaan kepada Zahrah.Zahrah yang sedang sibuk tengok kiri kanan, hendak cari jalan lain tanpa perlu tunggu lampu isyarat ini berubah kepada orang hijau berjalan, terkejut sesaat. Tiba-tiba kut orang hulur kad perniagaan. Ajak jadi model ke apa. Spontan, Zahrah capai kad perniagaan yang pak cik itu hulur. Dan menganga tiga saat dia tengok apa dicetak ringkas di atasnya.TEMPAHAN NISAN HAJI RASHIDLepas nganga tiga saat, Zahrah tengok depan. Tapi pak cik yang Zahrah yakin bernama Haji Rashid itu sudah tiada di depannya. Zahrah tengok kanan. Haji Rashid sedang berjalan sambil lihat ke arah Zahrah dengan isyarat tangan, unjuk ke telinga. Telefon jangan tak telefon punya gaya. Siap digoyang gedik telefon imaginasinya, kemudian Haji Rashid (mungkin) lambai tangan dan berjalan terus.Terkebil-kebil Zahrah dengan aksi Haji Rashid yang kalau orang tak tahu apa isi cetak pada kana nama di tangannya, akan sangka lelaki tua selayak atuk itu sedang cuba mengurat dia. Kenyataan dan hakikatnya, tak. Haji Rashid sedang memberi nasihat dengan cara lembut. Subtle. Hati-hati di jalan raya atau...Zahrah tenung semula kad perniagaan Haji Rashid. Sempat telan liur kesat sebelum sedar diri. Umi, cek dah lambat!Zahrah tengok tangan kiri sambil masukkan kad perniagaan Haji Rashid ke dalam poket baju kurung kuning cair. 7.27 pagi! Zahrah terus imbas kawasan sekitar dan ternampak sebuah taman yang selalu jadi port dia dan Zahfran melepak bila rasa nak berkasih sayang. Dari situ, ada jalan untuk ke Sekolah Menengah Jalan Atas. Kalau Sekolah Menengah Jalan Bawah, tak ada. Itu dah atas peta lain.Zahrah meneruskan kayuha, laju sambil ingat kad perniagaan Haji Rashid. Makanya, laju gaya pengayuh basikal pecut Malaysia yang boleh berjaya hidup lama! Insya-Allah, amin.Zahrah kayuh basikal ikut jalan taman kemudiannya keluar ke jalan utama dan beberapa saat selepas itu dia nampak jelas bangunan utama Sekolah Menengah Jalan Atas terbentang di depan sana. Sebagaimana terbentang gahnya kain rentang bertulis SELAMAT DATANG PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 6 RENDAH 2011.Zahrah menyengih suka. Tambah lebar sengihnya apabila jenguk jam dan angka yang tertera adalah 7.29. Yeay!Basikal terus laju Zahrah kayuh ke arah pintu pagar utama sekolah yang masih terbuka. Pintu pagar yang lebih tinggi daripada Zahrah dan sah-sahlah sungguh berat. Dan tiba-tiba Zahrah nampak pintu pagar besar gabak lagi berat itu pandai-pandai bergerak perlahan-lahan, mengecilkan ruang luas terbuka tadinya.Memicing mata Zahrah tengok. Kepala pun register. Pintu pagar itu hendak ditutup! Tidak!!!Mata Zahrah beralih ke kiri. Sebab pintu itu bergerak dari sebelah itu. Sah-sahlah ada orang tolak kan. Takkanlah pintu bergerak sendiri. Ni kan Sekolah Menengah Jalan Atas, bukan jalan sendiri. Di kiri, Zahrah nampak seorang lelaki 40-an, sedang menolak pagar sekolah. Daripada pakaian pada tubuhnya, dia yakin lelaki itu pak cik pengawal Sekolah Menengah Jalan Atas dan bukan jalan sendiri.Penuh semangat kayuh, Zahrah jerit kepada pak cik pengawal, “Pak cik!”Kali ketiga laung “Pak cik” bagai anak tekak lari nak ketuk telinga pak cik, barulah lelaki itu perasankan Zahrah yang bersemangat kayuh basikal. Zahrah lambai-lambai-lambai tangan, isyarat agar pak cik itu tak tutup pintu pagar utama. Sangka Zahrah naklah pak cik tu baik hati kan bagi can kat dia yang bersemangat waja terus berusaha ni. Tapi... hampeh, haram!Pak cik pengawal buat gaya tunjuk jam di tangan kemudian selamba silangkan tangan kanan dengan tangan kiri, tunjuk X besar punya. No! Kemudian pak cik pengawal sambung tolak pagar dengan gaya pekerja berhemah.“Kurang asam pedas punya pak cik!” Zahrah kejap kuat handle basikal dan bertindak berani mati. Walaupun ada terfikir kad nama Haji Rashid barang sedetik. Namun, dia nekad.Pintu makin mengecil, Zahrah makin melaju. Dan, ngam-ngam basikal mini merah itu, dengan kedua-dua kaki Zahrah letak pada tengah badan basikal gaya duduk kepit paha, dia berjaya lolos masuk ke Sekolah Menengah Jalan Atas tepat jam 7.30 pagi!Zahrah angkat kedua-dua tangan sambil jerit, “Yeay!” Di atas basikal masih bergerak! 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2013 06:20
No comments have been added yet.


Bikash Nur Idris's Blog

Bikash Nur Idris
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Bikash Nur Idris's blog with rss.