Bikash Nur Idris's Blog, page 10
June 20, 2013
.: Simpan Rindu Ketat-Ketat [Bab 1a] :.
re: changed CBB to SRKK at 3.23am 210613
BNI says:
Cinta Biasa-Biasa. It’s just a working title, cayunk2. Dan entri CBB ni bergantung yek pada kerajinan vs kemasalan I. Ces, kan!
Tapi, yup… Sebab nak commit sama SDSS, CBB ni kira kasi cayunk2 sume lepas rindu kat BNI la, walaupun ada yang tak rindu kan…
Enjoy dulu la yek… tanda menghargai BNI punya mood R = RAJINnya dia. Anak sape ni!![]()

I HOPE SOMEDAY YOU’LL ASK METHAT QUESTION BECAUSE I WILL SAY,“I DO.”Hari sekolah, terlewat. Bukan benda baru. Hari pertama sekolah, terlewat, Lagilah bukan benda baru. Kalau sekolah lama dulu, nampak muka Zahrah awal seminit sebelum loceng sekolah bunyi saja, satu kelas tunjuk muka kagum. Yang perempuan siap tepuk bahu dia, bangga sungguh dengan pencapaian Zahrah. Yang laki tunjuk bangga guna mulut sajalah. Sebab kalau dia orang tangankan dia, sahlah Zahrah pun naik tangan. Dush, dush, dush Zahrah kasi. No mercy!Zahrah kan tomboi sepanjang zaman. Diiktiraf! Walaupun kepala ada tudung setiap kali ke sekolah. Sekalipun rambut panjang kalah iklan syampu pada hari biasa.Zahrah bertudung ke sekolah saja. Cukup syarat yang sekolah letak. Kalau tak, memanglah Zahrah gaya bebaslah—ikat ekor kuda tinggi. Bukan nak bangga dia tak bertudung, cumanya... Zahrah belum ikhlas nak bertudung. Walaupun bertudung tak payah tunggu ikhlas kan. Tapi... hati ni...Bila bicara fasal hati, kan sulit. Jadi, bab dia akan bertudung, kita letak titiklah dulu ya, Sekarang kita cerita bab dia tengah bawa basikal dengan lajunya, sampai punggung ada lenggok kiri, kanan, kiri, kanan. Terangkat habis dari tempat duduk. Tinggi-tinggi punggung, tinggi-tinggi lagi kain baju kurung. Tapi, tak ada adegan seksi-meksi sedang berlaku ya. Sebab Zahrah jenisnya kalau ke sekolah mesti ada seluar trek dalam kain baju kurung. Makanya, tak pernah Zahrah nak kisah setinggi mana kain baju kurungnya itu terangkat.Masa ini, Zahrah manusia mengejar masa. Tak ada masa nak fikir hal kain baju kurung bagai. Sebab itu awal-awal Zahrah dah guna perisai sebelum tengah jalan nak gusarkan diri. Cuba macam sekarang. Kalut-kalut kayuh basikal laju-laju pun, dia tak payah nak fikir soal adegan seksi daripada diri yang cikeding tak ada isi! Zahrah hanya kena fikir sampai ke sekolah ngam-ngam waktunya dan tak terlewat daripada waktunya!7.20 pagi!Zahrah kerling jam tangan yang paut pergelangan tangan kiri. 7.15 pagi.Zahrah mendecit geram dan terus melajukan kayuhan basikal. Gaya melelong penuh dedikasi dah basikal mini warna merah dengan bakul di depan dan tempat duduk di belakang. Bakul depan Zahrah isi beg silang dia selalu bawa ke sekolah sebelum-sebelum ini manakala kerusi belakang isinya Zahrah dah campak ke tempat yang patut tadi.Campak? Sungguh tak. Penuh kasih sayang, sarat cinta hati, Zahrah turunkan si dia. Dan sekarang masa untuk Zahrah kejar waktu tiba ke sekolah sendiri. Dia, dia sanggup campak!Zahrah melajukan kayuhan terus apabila sudah tiba di depan sebatang lampu isyarat. Dia kena lepasi lampu isyarat itu untuk sampai ke Sekolah Menengah Jalan Atas tepat jam 7.19 pagi!Dengan semangat waja itulah Zahrah melajukan kayuhan dengan gaya separuh badan ke depan dan punggung terangkat habis kiri, kanan, kiri, kanan.Lampu isyarat hijau dengan gaya orang berjalan di depan sana tiba-tiba berkeli-kelip.Zahrah kayuh laju-laju lagi. Masuk upcara basikal pecut, sah Malaysia menang. Berani gigit basikal!Lampu isyarat hijau gaya orang berjalan tiba-tiba jadi merah gaya orang berdiri tegak setempat.“Tsstt!!” Zahrah mendesis kuat, penuh rasa, masih mengayuh. Roda basikal masih laju berpusing.Zahrah lihat jalan raya, cuba hendak agak dan kira kalau dia teruskan usaha jadi pengayuh basikal pecut Malaysia, mungkinkah akan berjaya. Ya, berjaya. Berjaya untuk mati katak pakai seluar trek dalam baju kurung!Nak tak nak, sudi tak sudi, Zahrah brek mengejut. Dan basikal merah itu tersenget di atas jalan raya, saat kereta-kereta mula bergerak kerana lampu isyarat bahagian mereka sudah hijau. Bunyi tayar basikal bergeser dengan jalan tar jelas kedengaran. Gaya stunt dah lama hidup daripada Zahrah membuatkan beberapa pejalan kaki yang menengok jerit kecil dengan pelbagai gaya. Satu mak cik yang tengah pimpin anak kecil siap tutup kedua-dua mata si kecil itu. Ada seorang pak cik dengan selambanya, lepas habis terkejut, hulur kad perniagaan kepada Zahrah.Zahrah yang sedang sibuk tengok kiri kanan, hendak cari jalan lain tanpa perlu tunggu lampu isyarat ini berubah kepada orang hijau berjalan, terkejut sesaat. Spontan, Zahrah capai kad perniagaan yang pak cik itu hulur. Dan menganga tiga saat dia tengok apa dicetak ringkas di atasnya.TEMPAHAN NISAN HAJI RASHIDLepas nganga tiga saat, Zahrah tengok depan. Tapi pak cik yang Zahrah yakin bernama Haji Rashid itu sudah tiada di depannya. Zahrah tengok kanan. Haji Rashid sedang berjalan sambil lihat ke arah Zahrah dengan isyarat tangan, unjuk ke telinga. Telefon jangan tak telefon punya gaya. Siap digoyang gedik telefon imaginasinya, kemudian Haji Rahisd (mungkin) lambai tangan dan berjalan terus.Terkebil-kebil Zahrah dengan aksi Haji Rashid yang kalau orang tak tahu apa isi cetak pada kana nama di tangannya, akan sangka lelaki tua selayak atuk itu sedang cuba mengurat dia. Kenyataan dan hakikatnya, tak. Haji Rashid sedang memberi nasihat dengan cara lembut. Subtle. Hati-hati di jalan raya atau...Zahrah tenung semula kad perniagaan Haji Rashid, sempat telan liur kesat sebelum sedar diri—Umi, cek dah lambat!Zahrah tengok tangan kanan sambil masukkan kad perniagaan Haji Rashid ke dalam poket baju kurung kuning cair. 7.17 pagi! Zahrah terus imbas kawasan sekitar dan ternampak sebuah taman yang selalu jadi port dia dan Zahmin melepak bila rasa nak berkasih sayang. Dari situ, ada jalan untuk ke Sekolah Menengah Jalan Atas. Kalau Sekolah Menengah Jalan Bawah, tak ada. Itu dah atas peta lain.Zahrah meneruskan kayuha, laju sambil ingat kad perniagaan Haji Rashid. Makanya, laju gaya pengayuh basikal pecut Malaysia yang boleh berjaya hidup lama! Insya-Allah, amin.Zahrah kayuh basikal ikut jalan taman kemudiannya keluar ke jalan utama dan beberapa saat selepas itu dia nampak jelas bangunan utama Sekolah Menengah Jalan Atas terbentang di depan sana. Sebagaimana terbentang gahnya kain rentang bertulis SELAMAT DATANG PELAJAR-PELAJAR PRA-U 2012.Zahrah menyengih suka. Tambah lebar sengihnya apabila jenguk jam dan angka yang tertera adalah 7.19. Yeay!Basikal terus laju Zahrah kayuh ke arah pintu pagar utama sekolah yang masih terbuka. Pintu pagar yang lebih tinggi daripada Zahrah dan sah-sahlah sungguh berat. Dan tiba-tiba Zahrah nampak pintu pagar besar gabak lagi berat itu pandai-pandai bergerak perlahan-lahan, mengecilkan ruang luas terbuka tadinya.Memicing mata Zahrah tengok. Kepala pun register. Pintu pagar itu hendak ditutup! Tidak!!!Mata Zahrah beralih ke kiri. Sebab pintu itu bergerak dari sebelah itu. Sah-sahlah ada orang tolak kan. Takkanlah pintu bergerak sendiri. Ni kan Sekolah Menengah Jalan Atas, bukan jalan sendiri. Di kiri, Zahrah nampak seorang lelaki 40-an, sedang menolak pagar sekolah. Daripada pakaian pada tubuhnya, dia yakin lelaki itu pak cik pengawal Sekolah Menengah Jalan Atas dan bukan jalan sendiri.Penuh semangat kayuh, Zahrah jerit kepada pak cik pengawal, “Pak cik!”Kali ketiga laung “Pak cik” bagai anak tekak lari nak ketuk telinga pak cik, barulah lelaki itu perasankan Zahrah yang bersemangat kayuh basikal. Zahrah lambai-lambai-lambai tangan, isyarat agar pak cik itu tak tutup pintu pagar utama. Sangka Zahrah naklah pak cik tu baik hati kan bagi can kat dia yang bersemangat waja terus berusaha ni. Tapi... hampeh, haram!Pak cik pengawal buat gaya tunjuk jam di tangan kemudian selamba silangkan tangan kanan dengan tangan kiri, tunjuk X besar punya. No! Kemudian pak cik pengawal sambung tolak pagar dengan gaya pekerja berhemah.“Kurang asam pedas punya pak cik!” Zahrah kejap kuat handle basikal dan bertindak berani mati. Walaupun ada terfikir kad nama Haji Rashid barang sedetik. Namun, dia nekad.Pintu makin mengecil, Zahrah makin melaju. Dan, ngam-ngam basikal mini merah itu, dengan kedua-dua kaki Zahrah letak pada badan basikal di tengah, dia berjaya lolos masuk ke Sekolah Menengah Jalan Atas tepat jam 7.20 pagi!Zahrah angkat kedua-dua tangan sambil jerit, “Yeay!” Di atas basikal masih bergerak!

Published on June 20, 2013 06:20
.: Simpan Rindu Ketat-Ketat [Bab 1] :.
re: changed CBB to SRKK at 3.23am 210613
Cinta Biasa-Biasa. It’s just a working title, cayunk2. Dan entri CBB ni bergantung yek pada kerajinan vs kemasalan I. Ces, kan!
Tapi, yup… Sebab nak commit sama SDSS, CBB ni kira kasi cayunk2 sume lepas rindu kat BNI la, walaupun ada yang tak rindu kan…
Enjoy dulu la yek… tanda menghargai BNI punya mood R = RAJINnya dia. Anak sape ni!
Oh ya, CBB is about Zahrah & Zarahin yang jadi musuh ketat yang sudahnya pandai simpan rindu ketat-ketat (Eh, boleh jadi tajuk ni! So, CBB ke Simpan Rindu Ketat-Ketat?). Cherish them eh... Muah!!!
+ + + + + + +

June 15, 2013
.: Sayang Dia Suam-Suam [Bab 25] ~ entri akhir fasa 1 :.
Entri akhir fasa 1? Yup! Sebab, bila dah siap dan SDSS diterima penerbit nantinya, saya ingat nak up-date beberapa bab tambahan lagi. Tapi untuk masa ni, SDSS sampai sini saja yek. Jom bai-bai SDSS sama-sama
Sekarang giliran BNI untuk meneruskan perjuangan sampai jumpa TAMAT untuk SDSS. Jiayou!
***
AZAIM pandang Syamsul yang duduk dengan menyandar badan pada kepala katil dengan comforter sampai ke paras pinggang. Memang ada gaya orang kurang sihat. Sampailah mata yang menengok singgah pada raut hitam manis itu. Senyum berkelopak-kelopak. Sikit lagi mahunya rahang jatuh ke bawah sebab lebar bukan main senyum lelaki berusia 31 tahun itu. Alahai, Kassim... dah tak selamat!
“You’re serious, serious...?” tanya Azaim hendakkan kepastian. Bukan tak percaya. Cuma... kurang hendak boleh terima hakikat yang baru Syamsul sumbat masuk ke telinganya.
Yalah, Syamsul ni kan rabun. Sebab tu ke mana saja bermata empat. Masa tidur mata dua. Makanya mungkin saja wajah dalam mimpi itu serupa lain dek rabun lelaki itu. Dan di alam nyata ini, Syamsul tak boleh hendak kenal sangat. Takkanlah pi mai tang tu! Rasanya Syam ni salah oranglah, bisik hati Azaim masih waswas.
“Betullah, Im... Apa hal pulak aku nak tipu kau?”
“Mana tau kau nak cilok dobist aku. Sejak sebelum ni kau ada mata kat dia kan. Nak sangat tengok. Sekali dah tengok, hah... ni pulak kisahnya. Kau nak curi dobist aku, kan?” tanya Azaim peluk tubuh sambil bertongkat sebelah kaki di atas kerusi yang diletak hampir dengan katil. Berlagak serius gaya Tuan Azaim.
Tapi tak lama sebab bantal kecil yang melayang ke mukanya buat Azaim ketawa sendiri.
“Kalau aku nak dobist, maid in Japan kat rumah aku tu ada. Tak ada susah kerja pun pakai dia. Tekan aje, pandailah dia. Aku tak main-main, Im. Mayang orangnya. Perempuan dalam mimpi aku tu, cik adik aku tu... Mayang!” tekan Syamsul hendak diambil serius. Tak ada masa dia hendak reka-reka cerita.
Kalau bukan sebab Mayang, tak ada juga dia terpengsan semalaman dan perlu direhatkan di bilik ini. Bilik yang memang Azaim khaskan untuk dia kalau-kalau dia rasa hendak bermalam di Vila Fatih. Dan inilah kali kedua dia bermalam sesudah lebih satu tahun sudah.
Semalam, bila diingat-ingat semula, memanglah sungguh memalukan. Kalau boleh, Syamsul hendak menyorok dalam gebar terus. Tak keluar-keluar. Malu nak sua muka kepada Sirin dan Jihan. Dan paling-paling sekali kepada Mayang!
Penyelamat jadi tukang selamat atas jalan kut!
Azaim diam, peluk bantal kecil yang Syamsul lempar ke mukanya tadi, terus tunak tengok Syamsul. Syamsul tidak main-main. Dia tahu sangat. Syamsul yang dia kenal bukan begitu. Cuma... takkanlah...
“Masa kau tidur dan mimpi tu kau pakai spek tak?” Azaim bermuka serius hendak tahu.
Syamsul tunjuk muka serius sambil jawab, “Takut aku rabun dalam mimpi...”
Syamsul angguk-angguk apabila Azaim angguk-angguk. Kemudian Syamsul sua tangan minta bantal kecil sambil betul-betulkan kedudukan separuh badan pada kepala katil saiz king itu.
| Sahabat tahi cicak ♥ |
Azaim yang sangka Syamsul hendak selesakan badan guna bantal kecil itu, serah begitu saja. Azaim hanya tahu dia seorang yang sangat naif apabila bantal kecil itu kembali ke mukanya sekali lagi. Jadi bahan main Syamsul yang geram kepadanya.
“Kau nak melawak pun, agak-agaklah, Im. Aku belum patah riuk sampai tak boleh kerjakan kau. Kut kejap lagi, bukan bantal yang melayang, tapi ni...” Syamsul mengujar geram sambil aju penumbuk.
Azaim tunjuk gigi dengan ugutan Syamsul. Memang sungguh ugut, bukan main-main. Kerana untuk Syamsul topik ini bukan untuk dibuat main. Bantal di pahanya saja yang boleh.
“Aku macam tak boleh nak percaya, Syam...” akui Azaim sudahnya, tulus ikhlas.
“Jangan kata kau, Im. Aku ni... Tengok ni, aku terlentang kat mana,” ujar Syamsul ia-ia. “Kalau tak sebab elok Mayang alih muka aje aku nampak muka dalam mimpi aku, bukan aku kat sini, tapi...”
Azaim angguk faham apabila Syamsul diam tak sambung bicara. Faham dah. Mungkin saja Zaheed bukan di atas katil di ruang ini, sebaliknya di wad hospital. Bukan jenis Syamsul hendak bagi muka kepada lelaki yang senang-senang naik tangan kepada wanita. Syamsul sungguh benci lelaki begitu. Terang-terang dia tak mengaku kaum.
“Ni kes polis sekarang, Syam. Kita serahkan kepada pihak berwajib aje. Melainkan...”
“Kalau dia cari pasal lagi kat sini,” sambung Syamsul boleh tebak. Faham perangai Azaim. Takkan kacau hal orang, sampailah orang mula nak kacau hal dalam seluarnya.
Dan Azaim sejak dulu anggap setiap isi Vila Fatih adalah hal dalam seluarnya. Tanggungjawab Azaim.
Zaheed pernah jadi tanggungjawab Azaim, sampailah semalam. Mengasari Mayang satu hal, memukul Syamsul satu hal lagi, namun cubaan untuk mengasari dan memukul Sirin jadi berhal-hal kepada Azaim. Walaupun yang sebenarnya Sirin yang menyelamatkan Syamsul daripada jadi bahan punching bag Zaheed semalam, namun tak sepatah pun ucap terima kasih keluar dari mulut Azaim. Untuk 45 minit Azaim ceramahkan Sirin sebaik pulang ke vila, di bilik bacaan—selepas doktor menyatakan Syamsul tidak cedera parah.
Kini Zaheed bukan tanggungjawab Azaim lagi. Zaheed tanggungjawab Zaheed sendiri dalam menyelamatkan diri daripada Azaim.
“Jadi, berbalik pada kes asal. Sebabkan Mayang gadis dalam mimpi kaulah kau terus tayang muka orang sakit paling berseri waktu ni?” Walaupun muka berseri Syamsul ada kesan calar-balar sedikit.
Lain daripada itu, menurut Doktor Azam, Syamsul tak ada lebam luka. Sihat sangat!
Syamsul tunjuk gigi. Lalu senyum itu jadi lebih luas apabila pintu bilik itu dibuka dan melangkah masuk Mak Tua bersama dulang berisi mangkuk bubur nasi panas. Namun, sebaik saja melangkah satu lagi tubuh genit yang membuntuti tubuh rendang Mak Tua, langsung mati senyum paling berseri pada muka pesakit itu. Terus saja jadi pesakit tenat serupa mahu mati raut itu.
Azaim yang tak lepas tengok perubahan muka Syamsul, dipagut hairan. Tapi, apabila berpaling dan terus nampak tubuh genit Mayang yang tinggi sedikit saja daripada Mak Tua, menatang jag air masak bersama gelas dan bekas ubatan, terus Azaim faham. Faham sangat-sangat yang ulat bulu dah naik daunnya...

Published on June 15, 2013 09:00
.: Sayang Dia Suam-Suam [Bab 24] :.
Kalau anda suka, silalah suka... kerana SDSS akan bai2 tak lama lagi
***
JIHAN ikut duduk di atas kerusi yang tersusun di sudut luar dewan itu, di sebelah Mayang.
Bangunan yang boleh memuatkan 500 meja itu Berdiri di tengah-tengah dan sekitarnya ada ruang parkir. Malam ini ruang parkir itu sarat dengan kereta yang pelbagai. Semuanya staf Fatih Sdn Bhd. Tiada jemputan VVIP atau VIP. Majlis ini, sebagaimana setiap tahun, hanyalah untuk merai para pekerjanya. Khas sebagai tanda menghargai kesemuanya.
“Kak Mayang...”
Diam.
Jihan angkat punggung sedikit, jenguk muka Mayang yang teralih satu macam ke sebelah sana. Paling daripadanya. Hurm... tengah tidur rupanya. Hendak tergelak pun ada, namun Jihan tahan saja diri. Di diam duduk di sebelah Mayang sambil mendengung-dengung perlahan lagu yang dia dengar dari dalam dewan sana. Masih suara Adibah Noor.
Jihan sedikit pun tidak bosan dengan majlis di dalam sana. Terhibur dan rasa dihargai sangat. Satu hari ini semua staf di vila tak perlu turun padang untuk urusan di dalam dewan ini. Semua diselesaikan oleh katerer. Biasanya kalau ada sebarang majlis, memanglah begitu. Kata bos mereka, Tuan Azaim, yang bekerja di vila itu digajikan untuk menguruskan vila. Bukan majlis-majlis sebegitu. Kalau makan-makan biasa atau kecil-kecil atas urusan rasmi yang berlangsung di Vila Fatih, memang yalah masih bawah tanggungjawab mereka. Sebab masih urusan rasmi vila kan…
Keruh perlahan yang kedengaran buat Jihan yang terus mendengung paling muka tengok Mayang yang masih lelap. Entah bagaimanalah Mayang boleh tidur dengan meletak kepala pada belakang kerusi keras itu. Pasal Mayang, satu yang Jihan perasan sangat sejak lebih enam bulan kenal, Mayang memang jenis mudah tidur. Elok kerja mereka selesai pada pukul 10.00 malam, selesai Mayang mandi dan berpijama tidur, tepat jam 10.30 malam, Mayang sudah letak kepala ke atas bantal dan tak lama kemudian terlelap. Sekalipun lampu terpasang masa itu kerana Jihan ada tabiat membaca novel dan hanya akan tidur sekitar 11.00 malam lebih.
Jihan terus mendengung sambil menemani Mayang. Dan hampir tercabut jantung dari tempatnya apabila mendengar sergahan tak puas hati Zaheed, tiba-tiba.
“Apa kau biar Mayang tidur sini!”
Itulah kata Zaheed. Gaya orang marah sangat. Macamlah dia dodoikan Mayang sampai terlelap di sini dan begini. Jihan merengus. Malas hendak layan feel gila bayang Zaheed. Entah apa-apa.
“Tak ada hati perutlah kau ni, Jihan!” Zaheed masih marah. Kemudian tak agak-agak tolak Jihan agar menjauh daripada Mayang yang sudah mula menggeliat-menggeliat.
Terkejut punya pasal, Jihan ikut saja apabila badannya ditolak kuat dek Zaheed. Badan dahlah gabak macam ahli tinju, tak agak-agak pula dia ditolak. Dia tak apalah juga, boleh tahan tinggi dan ada isi. Kalau Mayanglah jadi isteri Zaheed, sebagaimana Zaheed nak dan idam-idam dalam uar-uarnya kepada isi Vila Fatih yang lain, mahunya hari-hari lebam-lebam badan Mayang. Dan tak pelik kalau satu hari jadi patah riuk.“Kau apa hal, hah! Kau ni...” Langsung tak jadi marah Jihan apabila tengok aksi luar biasa berani Zaheed yang sudah duduk rapat sebelah Mayang. Bulat mata Jihan apabila Zaheed dengan selambanya hendak cuba pangku tubuh Mayang.
Tapi Zaheed tak tahu satu benda pasal Mayang yang Jihan selaku rakan sebilik tahu sangat!
Mayang sungguh senang tidur, ya. Dan Mayang sangat mudah terjaga!
Dan, secepat Zaheed menyentuh jugalah Mayang terjaga. Luas mata tentang Zaheed yang macam melekat di sampingnya. Mayang hendak bangun, namun ditahan Zaheed. Tak beri peluang apabila sudah dapat duduk berkepit begini.
“Mayang mengantuk, kan? Tidurlah...” Zaheed bawa tangan kiri ke belakang badan Mayang dan paut kejap bahu Mayang. Kemudian tangan kanan menolak kepala Mayang ke dadanya.
“Apa ni, Zaheed! Lepaslah!” Mayang menolak kuat badan sasa Zaheed. Meronta sakan namun Zaheed tidak langsung longgarkan pautan. Diketatkan lagi adalah. Sampaikan bahunya rasa sakit yang sangat.
“Lepas, Zaheed. Bahu kakak sakitlah!” jerit Mayang lepas geram sambil tumbuk geram dada Zaheed apabila lelaki itu tak sudah-sudah cuba tolak kepalanya ke situ.
Apabila Zaheed terus tak lepas dan tak ada tanda hendak lepas dia, Mayang tak agak-agak hentakkan kepalanya ke dagu Zaheed. Keras dan kuat. Dan apabila Zaheed yang kesakitan lepas pautan pada bahunya mendadak, cepat-cepat Mayang bangun dan berlari menjauh. Tak hendak dekat langsung dengan Zaheed yang makin teruk gila bayangnya.
Zaheed gosok-gosok dagunya sambil pandang marah kepada Mayang yang berdiri di depan, agak jauh, bercekak pinggang dengan muka garang.
“Berapa kali kakak nak cakap jangan nak buat suka-suka dengan kakak. Jangan nak macam-macam dengan kakak!” Mayang bantai tanpa peduli muka garang ditunjuk Zaheed. Walaupun ada calit-calit gentar, cuba dijauhkan. Dia perlu berdiri untuk diri sendiri!
“Kenapa pulak!” Zaheed ikut radang, terus bangun dan menerpa ke arah Mayang, paut kedua-dua bahu Mayang. “Mayang Zaheed punya! Zaheed punya!”
Jeritan Zaheed yang bukan lagi tahap gila bayang tapi gila nak orang, cepat-cepat sedarkan Jihan yang berdiri dan tengok saja sejak tadi. Tak fikir panjang, terus Jihan panjangkan kaki, angkat tinggi baju kurung warna merah, berlari selaju boleh dibawa kasut bertumitnya, masuk semula ke dalam dewan. Hendak cari penyelamat untuk Mayang. Dan yang dia nampak depan mata hanya satu orang—Syamsul!
Mayang pula langsung tak sedar akan Jihan. Yalah, sebelum terlelap tadi kan dia sendirian. Sangka dia, dia masih sendirian. Berdua dengan mamat menggila tiba-tiba ini!
Bohonglah tak takut, tipulah tak gerun. Namun Mayang tahu dia tidak boleh menunduk dan terima saja bentuk penindasan sebegini ke atasnya. Dia bukannya penakut bagai dulu. Dia adalah wanita baru yang lahir atas masa silam yang salah dan silap. Dia sudah cuba membetulkannya dan kini Mayang harus terus cuba betulkannya. Bukankah itu tekad dia sebagai Mayang Sri!
Mayang pandang berani Zaheed yang masih dengan wajah menyinga. Baik!
Mayang tunjuk muka harimau sambil kata, “Aku bukan kau punya dan aku takkan jadi kau punya!”
Zaheed marah gila. Nafasnya jadi kencang dengar bicara dingin Mayang kepadanya. Tapi dia cuba juga sabarkan hati, diri. Kerana Mayang dia hendak sangat. Kerana Mayang tercipta hanya untuk dia!
“Mayang... kenapa Mayang tak nak faham perasaan Zaheed? Zaheed sayang Mayang, sangat-sangat. Zaheed tak kisah Mayang tua daripada Zaheed. Zaheed nak Mayang aje...” Zaheed cuba berlembut. Mana tahu hati yang keras sekian lama boleh jadi kurang keras. Paling tidak Mayang boleh menimbang-nimbang hal mereka.
“Dan kenapa pulak kau tak nak faham aku?” tanya Mayang semula. Masih dengan kau-aku. Malas sudah berlapik kata. Orang nak tunjuk samseng, baik dia pun berlagak samseng. Sudah bosan memberi muka. Kalau sejak dulu dia bertegas gaya samseng begini, mungkin saja hal tak sampai ke sini.
Dia berlembut, hendak hati dan pijak kepala pula jantan ini! Sudah, cukup sudah...
Mayang meronta terus apabila pautan Zaheed pada bahu kiri dan kanannya jadi semakin kuat. Sudahlah lelaki ini besar gabak dan dia kecil molek, boleh retak tulang kalau begini gayanya.
“Lepaslah!” pekik Mayang melepas rasa. Sakit badannya dan sakit hatinya, dia campak sama dalam jeritan itu.
“Mayang Zaheed punya!” Kali ini Zaheed lenting sambil goncang-goncang badan Mayang.
Mayang rasa bergegar otak. Namun dia tak putus asa. Tetap cuba menolak badan gabak Zaheed sehabis daya. Tak sudi dan tak ingin disentuh lelaki hilang waras ini!
“Apa halnya ni, Zaheed!”
Jerit marah itu buat Zaheed cepat paling dan secepat itu juga tarik Mayang ke dalam pelukannya. Muka Mayang dia tolak ke dada. Garang dia renung lelaki lampai yang sudah berdiri dan sedang bergerak ke arahnya waktu ini. Agak di belakang berdiri Sirin dan Jihan, sama-sama bermuka gusar. Zaheed pandang gaya nak telan orang kepada Jihan seketika sebelum pandang Syamsul yang sudah berdiri empat tapak di hadapannya. Rontaan Mayang yang tak putus, menolak dan memukul dada Zaheed agar mukanya tak terlekap pada dada itu, cuba Zaheed gagalkan terus. Ditekan sungguh muka itu ke dadanya.
“Tak ada apa hal. Masalah kami. Masalah rumah tangga kami!” tegas Zaheed berlagak.
“Rumah tangga? Setahu saya awak belum kahwin, Zaheed. Lepaskan dia…”
“Hei, boleh tak kau jangan nak sibuk hal aku dengan kekasih aku. Sibuk sangat nak ambil tau apa hal!” Zaheed mula mengamuk. Benci sungguh dengan lelaki yang sibuk-sibuk hendak campur urusannya ini. Sudahlah hari itu curi-curi hendak sekodeng Mayangnya!
“Kekasih apa yang patut dilayan macam awak layan dia sekarang ni…?” Syamsul masih bersuara tenang.
“Jangan sibuklah!” Zaheed menengking sakit hati. Kali ini dipegang kepala Mayang yang masih-masih cuba Mayang jauhkan, terus rapat-rapat ke dada.
“Lepas dia, Zaheed. Tak bernafas nanti!” Kali ini suara Syamsul jadi keras. Risau kalau-kalau hal tak patut terjadi apabila lihat lagak Zaheed.
Gaya Zaheed tekan kepala Mayang ke dada seerat itu membimbangkan Syamsul. Tambah apabila dia lihat rontaan Mayang kian menjadi-jadi. Mungkin antara marah dan hendak mencuri nafas yang disentutkan lelaki berbadan tegap dan sasa itu.
Apabila Syamsul mendekat, hendak capai bahu Mayang, terus Zaheed tolak lelaki itu. Syamsul terkebelakang, namun cepat imbangkan tubuh dengan lagak ngeri tiba-tiba Zaheed. Naik seh sudah lelaki itu! Syamsul tak putus, hendak mendekat lagi.
Namun tiba-tiba sahaja tubuh Zaheed yang terarah ke belakang. Semuanya kerana Mayang yang tiba-tiba boleh bernafas sempurna dan berjaya lepas diri apabila sebelah tangan besar Zaheed terlepas dari tubuhnya tak ingat-ingat pijak kuat kaki Zaheed. Walaupun berkasut tutup sempurna, tapi kalau sudah dipijak dengan kasut tinggi yang tajam tirus kemudian disepak ketingnya dengan bahagian tajam tirus yang sama, manalah Zaheed tidak menjerit sakit dan mengerang pilu bagai sekarang.
“Kekasih kepala hotak kau! Aku hilang otak pun aku takkan terima kau tau!” jerit Mayang lepas perasaan sakit jiwa, sakit hati dan sakit badan. Sekali gus! Bergema sungguh pekik perasaannya itu.
Zaheed yang terus mengaduh sakit, tiba-tiba angkat muka. Bukan muka garang telan orang atau muka singa nakkan orang. Sebaliknya muka psiko nak bunuh orang!
Syamsul lekas bertindak apabila dilihat Mayang macam kaku saja sedang Zaheed sudah hendak menerkam Mayang masa itu juga. Dipaut bahu Mayang lalu ditarik tubuh itu ke arahnya. Dan tubuh Mayang yang kejung terpusing ke arah Syamsul.
| Mayang Sri |
Mayang terhentak ke tubuh keras lelaki itu, terlalu kejut dengan tindakan pantas dan tiba-tiba Syamsul. Spontan Mayang angkat kepala, tengok lelaki dipanggil Tuan Syamsul yang dia selalu dengar nama dan kenal siapa dia di dalam Vila Fatih, namun tak pernah ada peluang bertemu muka, bertatap mata. Mata sepet Mayang bertemu mata berbulu mata lentik itu. Mata itu sungguh cantik untuk seorang lelaki!
“Awak?” ujar Syamsul sungguh peranjat melihat raut di hadapannya ini. Tak payah tenung lama atau berkali-kali, dia sudah cam orangnya!
“Kita pernah jumpa?” Kelip-kelip mata Mayang. Dia tak pernah jumpa. Yakin, pasti. Sebab, sepasang mata ini terlalu cantik untuk dia lupa!
“Pernah. Masa…”
Ting tong! Syamsul nampak bintang apabila badannya jatuh terus ke belakang, menampung tubuh kecil Mayang yang ikut jatuh.
Syamsul 0, Zaheed 1!

Published on June 15, 2013 06:21
June 13, 2013
.: Sayang Dia Suam-Suam [Bab 23] :.

* * *

Namun malam ini, sahlah semua percuma. Tiada bayaran dikenakan. Datang bawa diri, bawa famili dan makan sampai tak boleh berdiri.
Malam ini malam majlis anugerah apresiasi Fatih Sdn Bhd. Majlis khas untuk staf dan pekerja Fatih Sdn Bhd yang memberikan hasil terbaik mereka selama di bawah bumbung syarikat itu. Majlis yang dimulakan oleh arwah Tuan Azamuddin kini menjadi tradisi yang diikut anaknya.
Majlis itu berlangsung semenjak jam 8.00 malam tadi. Bermula dengan majlis yang penuh formaliti, kata aluan dan ucapan bos besar syarikat, diikuti majlis penyampaian anugerah apresiasi bersama hadiah khas untuk penerimanya. Sesudah itu acara makan-makan bermula dengan iringan penyampaian lagu-lagu daripada artis jemputan serta oleh staf-staf Fatih Sdn Bhd yang hendak tunjuk bakat.
Waktu ini pula muzik romantis yang melodinya mengalun jiwa dan perasaan sedang berkumandang, beriring suara mantap Adibah Noor. Ada beberapa pasangan yang berani-berani mengisi ruang hadapan yang kosong, dijadikan pentas tari. Itu pun ada staf khas buat pengimbas—hanya suami isteri boleh kepit dan peluk lebih, tunang atau kekasih sila kawal diri lebih-lebih.
Sirin berdiri saja sambil sandar pada dinding di sudut tepi. Tidak jauh dari pentas tari buatan tiba-tiba. Bukan teringin sangat hendak menari pun. Sebetulnya, teruja sangat hendak jumpa muka dengan Adibah Noor, dengar lunak suara wanita itu. Baginya Adibah Noor adalah artis yang sangat bagus vokalnya. Dan Adibah Noor menjadi bentuk perangsang kepada artis Malaysia, bahawa rupa bukan segalanya. Walaupun di Malaysia kebanyakan artis dinilai dari segi rupa banding suara, namun Adibah Noor menentang jenis penilaian sebegitu. Dan penyanyi itu bagi Sirin seorang yang cukup comel apabila lihat depan-depan. Rasa nak picit-picit. Ehe...

Namun, semangat suka girang dan ria itu jadi hilang arah apabila tiba-tiba saja nampak Azaim menuntun Salmiha ke pentas tari olok-olok itu. Menari bersama, ketawa berdua. Bagai pentas tari itu mereka yang punya.
Sirin memeluk tubuh sendiri, berdiri tegak sambil sandar dinding, mata tengok saja ke pentas tari, pada pasangan itu. Apabila ada yang lalu-lalang atau mendekat, cepat-cepat dia arah mata kepada Adibah Noor. Tak nak nak orang lain tahu siapa sedang jadi bahan matanya. Kang tak pasal-pasal dia jadi bahan gosip pula.
“Ehem...”
Suara dehaman yang dengarnya dekat sangat di samping buat Sirin ikut sedar. Sebetulnya, sejak tujuh minit tadi bukan dia saja yang berdiri bersandar di situ, membuang kasut tinggi lima inci warna merahnya. Sebaliknya ikut berdiri lelaki yang asyik menjadi bayangnya semenjak ditinggal pergi Azaim di meja lebih setengah jam sebelumnya atas alasan hendak beramah mesra dengan staf dan pekerjanya.

Sambil kepit Salmiha! Grr!
“Hmm...?” Itu balasan Sirin, buat-buat asyik tengok Kak Diba menyanyi.
“Dari tadi sebenarnya Abang Syam nak tanya. Apa perasaan jadi adik Im untuk hampir dua minggu ni?”
Sirin terang-terang juih bibir. Tak ada simpan-simpan, sembunyi-sembunyi. “Sakit jiwa!”
Syamsul sengih. “Rin yang nak sangat kan...”
“Kalau itu gaya abang layan adik... baiklah semua adik dalam dunia tak ada abang. Jumpa perempuan aje lupa sudah adik wujud. Abang jenis mana!”

“Abang jenis yang dah jatuh cintalah, cik adik sayang...” kata Syamsul selamba, jeling Sirin. Saja nak tengok muka sakit jiwa orang itu. Dalam hati sudah ketawa-ketawa apabila Sirin bagi pandangan macam hendak telan dia tanpa letak rempah rasa.
“Huh!” Sirin merengus dan ketatkan pelukan pada tubuh sendiri. Ni satu lagi orang yang galak nak buat dia sakit jiwa kuasa dua!
“Rin tahu kan Abang Syam ada dua perempuan...”
Sirin diam saja.
“Masa dia orang kecil, rapat sangat dengan Abang Syam. Bila dah besar ni...” Syamsul geleng-geleng kepala. “Tapi, Abang Syam ada adik sepupu yang selalu duduk dengan famili Abang Syam. Dia... sampai sekarang baik dengan Abang Syam. Rasa Abang Syamlah, sebab kami jarang-jarang nak jumpa. Dengan adik-adik tu, selalu tengok muka kan...”
“Jadi, Abang Syam nak cakap kalau hubungan adik dengan abang tu makin berjarak, makin baguslah?” Sirin kalih muka ke kanan. Syamsul sedang tengok dia, berkerut wajah.
“Ia? Itu eh maksud Abang Syam...?” Syamsul tunjuk gigi.
“Hisy!” Sirin geram. “Cakap apa entah orang tua ni!”
Syamsul sengih seketika. “Adik sepupu Abang Syam tu ada abang. Kata dia abang dia sejak-sejak ada awek, selalu lupa dia. Selalu kena tinggal. Awek diutamakan. Tapi dia tak kisah sebab dia pun ada pakwe. Jadi dia fahamlah perasaan abang dia tu.”
“Ni apa pulak...? Kalau saya ada pakwe baru faham perasaan dia tu yang dah ada awek dan asyik nak berkepit dengan awek?” Direct hit!
“Apasal? Jealous ke tengok Im baik sangat dengan Sal?” Double direct hit!
“Tak ada masa!” Laju Sirin jawab kemudian ketap bibir.
Syamsul senyum. Tak hendak Sirin geram terus kemudian naik marah kepadanya, dia ubah topik. “Mmm... budak-budak vila datang sama ke? Biasanya majlis macam ni semua staf terlibat. Termasuk staf vila...”
Sirin diam, angguk saja.
“Abang Syam tak nampak pun dia...” Syamsul kembali pandang-pandang sekitar.

Sirin curi tengok dengan ekor mata. “Abang Syam cari Kak Mayang eh...”
Sirin simpan senyum. Lucu pula rasa hati. Hilang lesap marah geram tadi. Sebab dia terfikirkan kisah yang Mak Tua canang ke telinganya sejak beberapa hari ini. Perihal ketidakpuasan hati Syamsul yang sudah enam bulan dua minggu masih tidak dapat tengok rupa Mayang si gadis dobi.
Memang tak boleh sangka. Sebab Sirin hari kedua di Vila Fatih sudah bertentang muka dengan gadia yang sungguh genit itu. Genit Salmiha, genit lagi Mayang dan kurus saja orangnya banding Salmiha yang berbadan sedap. Yang sama adalah kulit putih merah mereka. Tapi Salmiha bermuka campur sedang Mayang betul-betul muka Cina. Mata sepet, berkelopak. Kalau diletak sebelah Azaim, sah orang kata adik-beradik. Tapi kena pastikan Mayang tak pakai seragam kerjalah. Kalau tak sah-sah orang kata boss and maid.
“Rin dah jumpa?” Syamsul tak sangka. Ikut tak puas hati apabila Sirin mengangguk-angguk suka, menyakat dia. “Tak patut sungguhlah. Abang Syam tak jumpa lagi. Padahal Abang Syam dan lama kut...”
Sirin sengih sakan. “Kak Mayang ada kat sini. Semua ada kat sini. Cuba cari Jihan. Mesti Kak Mayang ada sama dengan dia. Tak pun...”
“Cari Zaheed,” pintas Syamsul juih mulut.
Sirin pandang reaksi Syamsul itu. Ketawa kecil, dia angguk-angguk.
“Mmm, satu lagi benda Abang Syam dah lama nak tanya... Apa jadi dengan baju-baju Im letak dalam almari Rin? Banyak kali dah Abang Syam tanya Abang Im awak, dia tak jawab-jawab jugak. Tunjuk muncung aje...” Syamsul yang berbaju serba putih dan tali leher merah yang dilonggarkan, berdiri sambil seluk kedua-dua tangan ke dalam poket seluar. Walaupun bercakap dengan Sirin, perhatiannya banyak ke sekitar dewan itu. Masih berusaha hendak dapat tangkap muka yang asing di matanya.
Sirin disentuh geli hati. Tercuit bibirnya dengan oles senyum. “Kenapa nak tau sangat?”
“Yalah. Abang Syam tengok kut baju warna-warni yang Im masukkan dalam almari Rin. Ada tiga pasang kut baju warna merah. Tapi, hari tu, masa kita nak pergi butik, Rin cakap dah pulangkan kat Im. Dah tu hari ni Rin datang dengan pakai...” Syamsul akhirnya alih kepala ke kiri, tengok Sirin yang berdiri pada ketinggian asalnya.
Bukan 182 sentimeter mendadak sampaikan Ukasyah berdiri sebelah pun nampak rendah. Dah berdiri dengan dia, dah nampak sama tinggi. Dengan Azaim sahaja Sirin tidak menang apabila sarung kasut merah menyala lima inci tinggi itu. Tapi tengok gaya Sirin, biasa saja. Tak ada gaya orang susah pakai. Lagak sudah biasa yang sangat. Namun ketika ini, Sirin sudah dirikan kasut tinggi merah menyala itu ke sampingnya, berdiri di sudut ini tanpa kasut. Hanya berstoking hitam tebal yang entah panjang ke mana sebab ia nyata melepasi paha Sirin di mana baju yang dipakainya jatuh.
Dress warna hitam!
Sirin tengok Syamsul seketika kemudian pandang pakaian pada tubuhnya. Dress longgar, labuh ke lutut daripada kain velvet, dengan corak timbul pada lengan baju yang panjangnya 3/4 lengan, dada dan bawah pinggang. Hitam seluruhnya. Dipadankan dengan stoking tebal warna hitam seluruhnya juga. Menentang sama sekali warna tema majlis iaitu merah-putih. Dia bagi muka sikit saja dengan memakai kasut merah menyala dan cluth bag sederhana warna merah menyala juga. Satu-satunya perhiasan hanyalah anting-anting ringkas bermata hitam.
Dress ini dia beli hari Azaim berjanji kepada Mak Tua namun yang sampai adalah Ukasyah. Hendak balas dendam sangat punya pasal, Sirin pilih serba hitam ini. Saja nak tunjuk sakit hatinya kepada Azaim yang mungkir janji. Tapi Azaim itu... heh, langsung tak peduli! Tengok dia atas bawah, senyum tipis, kerdip mata, terus tinggal Sirin begitu saja. Pandai-pandailah bawa diri dan buat hal sendiri.
Pernyataan tak buka mulut Azaim, begitulah!
“Saya letak dalam almari dia...” jawab Sirin akhirnya, tunjuk gigi kepada Syamsul yang terkejut.
Syamsul gelak kuat tiba-tiba. Jangankan beberapa orang di samping, Kak Diba di atas sana pun sentut peranjat sekejap. Mujur elok menyanyi balik muka mak-terperanjat-nyah. Manakala beberapa tukang tari di pentas tari sana pun ada yang tertengok-tengok.
Salah seorang antaranya tentulah Azaim, yang cepat saja nampak punca ketawa itu memandangkan lelaki itulah yang paling tinggi. Dan Syamsul sangat perasan aksi cilok tengok dia bersama Sirin daripada lelaki itu.“Shh...” Sirin yang tak senang jadi bahan pandang cepat saja tampar perlahan lengan Syamsul minta kawal suara. Mengangguk-angguk laki itu sambil tutup mulut dan cuba kawal diri.
Mujur saja berjaya. Namun senyum sumbing masih tersua-sua.
“Jadi...” Syamsul tarik nafas untuk tahan gelak yang macam nak singgah semula. Beberapa kali Syamsul tarik dan lepas nafas dalam mengawal ia.
“Baju Im semua Rin letak mana?” Bibirnya dicuit-cuit senyum tak sudah.
“Apa kata Abang Syam tanya sendiri kawan baik Abang Syam tu?” Sirin pandang ke kanan, senyum penuh rahsia.
Sekali lagi Syamsul lepas ketawa tanpa kisahkan sesiapa.
Kak Diba di atas sana keluarkan bunyi macam mendeham.
Dan Azaim di bawah sana pandang macam menelan.
Sirin di sebelah bawa clutch bag lalu tutup muka. Malu jadi bahan ushar orang bahana tak tahu malu Syamsul.
Published on June 13, 2013 07:35
June 10, 2013
.: Sayang Dia Suam-Suam [Bab 22] :.

“Hurm...” cakap Azaim sambil lambai-lambai tangan ke kerusi agar Ukasyah yang sedang kepit fail hitam duduk di depannya. “Ya, ya, Mak Tua. Okey...”
Azaim matikan talian telefon bimbitnya kemudian pandang Ukasyah terus. Kedua-dua tangan diletak di atas meja kerjanya. “I need your help.”
“Fail apa pulak kali ni...?” tanya dia sambil tolak perlahan fail hitam yang Azaim hendakkan tadi ke hadapan. Azaim tarik hampir kepadanya, namun tidak pula buka dan tengok. Maknanya, kategori minta tolong Azaim ini bukan tahap kerja ofis dah!
“Rin?” soal Ukasyah dapat tebak.
Azaim senyum tipis, angguk. “Mak Tua nak aku balik, bawak Sirin jalan-jalan...”
“Jadi?” Ukasyah selamba bersandar pada kerusi selesa itu.
“Kau pun tau jadual aku. Pukul 2.00 nanti aku ada meeting. Pukul 3.00 pulak ada dating.” Sengih Azaim dengan bait katanya. It rhymes.
“Dengan Sal lagi?”
Azaim angguk sekali kemudian bangun dari kerusi. Kot warna putih yang tersarung pada coat rack yang tinggi tidak jauh dicapai lalu disarung ke tubuh. Membetulkan kot putih itu, menyelesakan kedudukan vest hitam serta tali leher hitam, butang di hadapan kot dimatikan kemas pada tempatnya. Rambut lurus yang menyentuh bahu hanya dikirai-kirai dengan jari.
“Aku nak mintak tolong kau bawak Sirin ke mana dia nak pergi. Nanti aku akan call kau kalau ada benda lain. Boleh?”
Ukasyah angkat bahu. “Syam’s not around to boss me. Jadi, tak ada masalah kut. Cuma...” Ukasyah ikut bangun.
Azaim capai fail hitam yang diserah Ukasyah tadi lalu mula melangkah. Namun jadi henti apabila Ukasyah tiba-tiba menghalang langkahnya. Lelaki itu berdiri di depannya dengan muka serius. Azaim pandang saja.
“This has to stop, Im. Making your dear sister jealous is one thing. Tapi... bagi harapan kepada Sal adalah satu lagi hal yang lebih berbeza.”
Azaim senyum. Terus dia bawa tubuh ke belakang beberapa langkah lalu selamba letak punggung pada meja kerja. Tidak kisahkan seluar putih bakal kotor kerana yakin ia tak akan berlaku. Pekerja kebersihannya sering menjalankan tugas dengan cukup baik. Jangankan nak jumpa kotor, habuk pun tak ada.
“Kau rasa Sal fikir gitu? Yang aku bagi harapan kat dia? Sal? Siti Salmiha Ahmad Burhan?” Ada senyum mengiring antara soalan-soalan itu.
Ukasyah menarik nafas panjang, dihela. Tahu perlu begitu kerana hendak menahan sabar hati yang rasa dicucuk-cucuk dengan soalan demi soalan Azaim. Kerana dia tidak ada jawapan untuk setiap soalan-soalan tulus ikhlas Azaim. Sebab setiap soalan Azaim itu sungguh jelas, sebagaimana jelasnya jawapan untuk semuanya. Ukasyah mengeluh sekali lagi.
“Sal sepatutnya tau dekat aku tak memaknakan hati aku ikut dekat untuk dia. Aku kenal dia hampir dua tahun kut... Dia patutnya tau aku bukannya bagi harapan kat dia.”
“Tapi dia perempuan, Im. Hati perempuan kalau dibelai selalu, lembutnya lain macam. Mungkin dia tau ada sebab kau asyik nak jumpa dia. Tapi... kalau dia terjatuh cinta kat kau, macam mana? Kau nak bertanggungjawab?”
“Bertanggungjawab...” kata Azaim seolah-olah menyoal diri sendiri. Dia senyum, angkat punggung dari meja lalu berdiri di depan Ukasyah. Fail di tangan ditampar perlahan ke dada kiri Ukasyah. “Siapa yang kena bertanggungjawab... sini tau...”
Azaim mula hendak berlalu namun terhenti apabila Ukasyah kalut-kalut sambung bicara.
“Burhan dan Badlee. Dia orang anggap apa dah jadi ni satu peluang dan jalan terbuka luas untuk dia orang, Im. Kau tahu kan apa maknanya ke atas Sal nanti? Apa dia kena tanggung kalau-kalau jalan yang terbuka tu tiba-tiba tertutup? Selama mana Sal nak jadi lembu dia orang?”
“Kasyah, Sal manusia. Dan Sal sebagai manusia tau dia tak perlu jadi lembu siapa pun. Dia boleh memilih dan apa yang dia buat sekarang adalah pilihan dia. Dan aku dah pun berterus terang kepada dia. Dulu, sekarang, sampai bila pun... dia kawan aku. Jadi, Sal tak mungkin berharap. Sal tau aku macam mana...” Azaim pandang belakang kemudian sambung, “Kau pun tau aku macam mana. Sebagaimana aku tau kau macam mana...”
Azaim berlalu sambil angkat fail paras bahu, digoyang-goyang gaya lambai orang. “Thanks for your help with Sirin. And help yourself too, Kasyah. Jangan main tarik tali sampai sudah. Putus nanti... kau yang gigit jari. Bye.”
Ukasyah ketap bibir. Bukan dia tak faham atau tak boleh tangkap. Boleh. Jelas-jelas Azaim baru hentam dia. Sebetulnya, dia menegur Azaim bukan kerana menyangka Salmiha akan ada perasaan berharap kepada Azaim, atas layanan lelaki itu beberapa hari ini. Rasa-rasa dia, Salmiha boleh cerna dan faham. Azaim bukannya jatuh hati kepada Salmiha sebaliknya Azaim ada kes udang balik mi setiap kali mengajak Salmiha keluar berdua. Ya, Salmiha faham sangat Azaim tak adanya ada-ada hati kepadanya!
Cuma... bukan itu yang difaham oleh Burhan dan Badlee.
Hal baru jadi ini jadi satu tunjuk arah positif di mata Burhan dan Badlee. Dan kalau tiba-tiba ia berubah menjadi negatif, natijahnya... tak lain tak bukan ditanggung Salmiha. Ukasyah tak boleh bayang apa akan jadi. Apa yang mungkin Burhan dan Badlee buat kepada anak dan kakak sendiri. Mereka itu bukan tahap haruan makan anak lagi. Haruan bunuh anak!
Tapi... Salmiha itu jenis sanggup mati dibunuh bapa dan adik haruan itu daripada dengar sepatah cakapnya. Tahunya nak melenting saja kalau Ukasyah buka mulut.
“Tch!” Ukasyah lepas geram dengan tumbuk kerusi yang jadi bahan dia duduk tadi.
Published on June 10, 2013 05:20
June 7, 2013
.: Sayang Dia Suam-Suam [Bab 21] :.

Macamlah Ukasyah minta dilahirkan dengan dua warna anak mata yang tidak sama. Walaupun sudah belajar untuk tak ambil kisah dan buat biasa, bohonglah jika tiada kesan ke atas sekeping hati. Ada juga rasa-rasa menjentik naluri.Walaupun Ukasyah tidak setuju dengan penerimaan sebulat hati Azaim, menerima masuk Burhan ke dalam Fatih Sdn Bhd, namun dia diamkan saja. Ukasyah boleh bersuara, memberi pandangan, cuma dia yang memilih untuk tidak. Azaim sudah memutuskan dan Syamsul sendiri bersetuju atas rasa perikemanusiaan, jadi diam saja sudahlah. Kedua-dua lelaki itu bertindak sebegitu kerana tidak mahu menjatuhkan lagi lelaki yang sudah hampir hilang kesemua usahanya sekian lama.
Kata Azaim, Burhan sudah hilang harta yang dia ada sekian lama, sudah hilang syarikat yang dibina sekian waktu, jadi Azaim tidak sanggup hendak merampas sedikit daripada apa yang lelaki itu punya. Maruah dan keyakinan yang mungkin saja di hujung tanduk. Dan Azaim percaya Burhan perlukan sokongan Fatih Sdn Bhd. Malah Azaim yakin jika arwah Tuan Azamuddin masih ada, itu jugalah yang akan lelaki itu lakukan. Membawa masuk Burhan ke Fatih Sdn Bhd kerana Burhan pastinya seorang lelaki yang banyak pengalaman dalam bidang kerja mereka. Bahagian itu akan menguntungkan Fatih Sdn Bhd sendiri.
Lalu Burhan menjadi salah seorang operation’s officer di situ.
Malangnya Burhan hanya pegang jawatan itu atas nama. Syarikat hendak dia memastikan operasi yang perlu dalam kelancaran pengangkutan mereka, tapi Burhan pula sibuk mengoperasikan agenda peribadi. Sungguh-sungguh hendak satukan Azaim dengan Salmiha walaupun sudah hampir dua tahun usaha dan operasi itu tiada tanda boleh berjaya. Sebagai operations’s officer yang betul ada pengalaman, pasti saja Burhan sedar diri. Namun, sebagaimana lelaki itu tak pandai beroperasi elok apabila libatkan syarikat, yang sama jugalah dia apabila libatkan operasi-acu-anakku-sama-bosku.
Tak cukup dengan Burhan gila ingat rancangannya bakal berjaya, boleh pula lelaki itu mengajak sama anak bujangnya ikut joint venture. Sah-sah kut Ukasyah nampak ops itu bakal jatuh. Namun sah-sah selalu dua anak-beranak itu nampak ia bakal jaya.
Entah apa-apa! dengus Ukasyah sambil peluk sebuah fail hitam yang diminta Azaim daripadanya. Sebabkan itulah dia singgah ke bahagian operasi. Kalau tidak, bukan dia rajin sangat hendak berjalan-jalan begini. Duduk menempel di kerusinya lebih baik. Tambah kalau dia hilang dari situ seketika, mulalah Azaim hilang arah mencari dan Syamsul jalan selalu menjejak. Dua bosnya itu, kalau tak ada dia bukan boleh lengkap kehidupan.
Ceh, ceh, ceh! Sungguh perah santan!
“Bad yakin, papa…”

Suara itu menyentuh kuping Ukasyah apabila dia melintasi pintu bilik Burhan. Ukasyah kerling pintu bilik yang tidak rapat ke tempatnya. Ruang kecil ngam-ngam mata nak sekodeng saja. Namun, disebabkan suara Badlee meninggi sedikit, Ukasyah boleh dengar elok.
“Papa pun rasa macam tu. Seminggu ni, boleh kata setiap hari kan Azaim ajak Sal keluar. Kalau dulu, mana ada dia nak lapangkan masa untuk orang lain. Tapi sekarang…”
Ukasyah tak tahu apa jadi sebab tiba-tiba senyap. Dia yakin Burhan pasti tengah tunjuk muka bangga lagi berjaya. Rancangan mereka jadi. Keakraban dan keintiman Azaim dengan Salmiha yang tiba-tiba dalam satu minggu ini bak satu petanda besar bahawa usaha dua tahun sudah tunjuk jaya. Tak fikir jauh betullah dua anak-beranak ini. Yang dua tahun usaha bagai nak rak dan asyik gagal bukan nak dijadikan pengajaran, sebaliknya pengalaman tiba-tiba yang seminggu ini pula jadi rujukan. Bahawa usaha mereka bakal berjaya!
Singkat akal! desis Ukasyah. Meluat. Tapi, nak dengar juga isi cakap dua orang di dalam sana.
“Tapi, papa, macam mana kalau Azaim main-main aje?”
Ukasyah sua telinga sedikit. Suara Badlee tadi itu dah menurun oktafnya.
“Maksud Bad?”
“Yalah, logiknya benda ni tiba-tiba sangat. Dekat dua tahun tak jadi, tiba-tiba jadi. Tiba-tiba sangat… Azaim ajak Sal keluar. Macam mana kalau dia nak mainkan Sal?”
Hmm, boleh tahan bijak juga anak bujang Burhan ini. Ada terfikir ke arah itu juga rupanya…
“Mainkan Sal? Kenapa pulak nak mainkan Sal? Azaim bukannya banyak masa nak habiskan dengan seorang perempuan kalau tak sebab dia sendiri nak. Azaim yang kita kenal tahunya kerja aje. Tapi sekarang… dia pandai nak luang masa untuk Sal. Bagi papa, itu satu jenis peluang.”
Ukasyah pegang tombol pintu, tubuhnya mampir dekat dengan daun pintu bilik itu. Mujur sangatlah sekarang ini waktu rehat belum sudah. Ada 10 minit lagi untuk habis. Pasti saja kebanyakan staf masih habiskan masa di kafeteria. Staf di syarikat ini memang tidak dibenarkan berehat di luar. Pihak kafe sudah menyediakan makan pagi dan makan tengah hari. Untuk staf syif pula makan malam dan supper disediakan. Supper disediakan percuma namun waktu lain, staf-staf hanya perlu unjuk kad identiti dan akan dapat diskaun separuh harga.
“Dan Sal kena pandai guna peluang yang Azaim dah sua ni. Azaim nak main-main ke apa, papa tak peduli. Yang papa tau dia kena pastikan hubungan dia dengan Azaim jadi. Azaim jadi suami dia, menantu papa. Kemudian syarikat ni...”
Diam.
“Kita yang punya kembali...” sambung Badlee dengan suara riak bangga satu macam.
Kedengaran ketawa Burhan dan Badlee. Ketawa orang jahat sungguh, kata Ukasyah dalam hati. Tinggal bukan tiga nada saja.
“Tapi, papa, macam mana kalau tak jadi? Papa tahu kan Sal tu macam mana,” ujar Badlee merengus mendadak. Hilang gelak seram tadi.
“Papa dah ada jalan...”
Cakap Burhan itu buat Ukasyah lebih tekapkan sebelah telinga pada pintu. Sungguh-sungguh hendak dengar jalan bagaimana yang Burhan maksudkan. Belum dengar pun Azaim yakin jalan itu bakal menyesatkan bos besarnya itu. Ukasyah cuba sedaya mungkin, namun suara Burhan dengar putus-putus, perlahan-lahan. Ukasyah ketap bibir.
Tiba-tiba Ukasyah rasa ada orang cuit belakangnya. Selamba, Ukasyah sapu jari di belakangnya guna fail hitam. Lebih galak hendak dengar isi-isi orang dalam cakap daripada tengok isi tubuh di belakang yang masih main cuit-cuit belakang tubuhnya. Tunjal-tunjal macamlah dia apa saja!
Terus Ukasyah tengok belakang dengan muka nak marah orang. “Tch! Ap...”
Tak sudah ayat apa itu. Terkaku Ukasyah dengan badan hadap daun pintu dan batang leher mengarah ke belakang, pandang tunak si genit Salmiha yang sedang berdiri sambil peluk tubuh, jongket sebelah kening kepadanya. Muka mengata dia terang-terang.
“What?” Ukasyah buat muka tak ada hal dan ada aku kisah.
Masih dengan lagak berpeluk tubuh dan sebelah kening terangkat-angkat, Salmiha sengaja ketuk-ketuk sebelah kaki ke lantai pula.
Ukasyah alih tubuh sudahnya. Namun tangan masih genggam tombol pintu memandangkan kalau-kalau dia lepas, kalau-kalau pula pintu itu terhentak ke tempatnya. Akan tahulah isi di dalam akan dia di luar. Walaupun dia agak isi di dalam sudah tahu akan dia yang jadi isi di luar. Hening memberitahu. Suara Burhan atau Badlee menghilang sudah.
“Tombol pintu ni... tak elok dah. I was just checking it.” Ukasyah tayang muka yakin jitu tanpa rasa bersalah. Sebab dia sungguh-sungguh rasa tak buat salah apabila curi hendap dengar perbualan dua anak-beranak di dalam sana. Mereka itu ular. Dipancung pun tumbuh semula kepalanya. Makanya, apa dia buat bukan satu kesalahan. Dia hanya hendak jaga kebajikan Azaim dengan cara agak tidak senonoh. Dah Burhan dan Badlee pun selalu guna cara sebegitu, apa salahnya dia tiru macam depa!
Salmiha tengok Ukasyah kemudian tengok pula tombol pintu yang masih Ukasyah pegang. Lama. Sudahnya angkat mata lihat Ukasyah semula, angkat kening lagi.
“Tak percaya? Fine!” Ukasyah goyang-goyang tombol.
Dan ia tercabut keluar dari tempatnya!

Menganga Salmiha. Sebelah kening masih menjongket.
Senyum puas pula Ukasyah, tutup rasa terperanjat dengan kekuatan sendiri. Kemudian selamba angkat tombol pintu dan tunjuk kepada Salmiha.
Menganga Salmiha. Dua-dua belah kening mengangkat.
“Apa yang dah jadi ni?!”
Pertanyaan kuat itu memaling perhatian Ukasyah dan Salmiha kepada Burhan dan Badlee yang berdiri di hadapan pintu yang sudah luas terbuka dan bahagian tombol lohong tanpa tombolnya. Burhan dan Badlee tengok Salmiha kemudian Ukasyah dan akhir sekali daun pintu tanpa tombol.
Oh, my tombol! Itulah tayangan muka dua anak-beranak itu waktu ini.
Published on June 07, 2013 07:19
May 29, 2013
.: Sayang Dia Suam-Suam [Bab 20] :.

Bersama dulang di tangan, Mak Tua mengorak kaki mendapatkan meja makan yang mampu memuatkan seramai enam orang itu. Meja ini sering kali dipenuhi oleh pekerja-pekerja Vila Fatih. Untuk penghuninya, punya satu bilik khas yang dijadikan ruang makan. Sebuah meja daripada kayu jati yang boleh memuatkan 12 orang sekali gus. Namun bilik itu hanya digunakan oleh Azaim apabila makan berteman atau atas urusan. Biasanya kalau ada tetamu diundang atau kerana ada perjumpaan syarikat yang dilakukan di bilik bacaan Azaim.
Tanpa teman, Azaim sama sekali tidak akan menghabiskan masanya merenung kerusi, meja atau dinding sambil makan di bilik makan yang luas tersebut. Sebaliknya pemuda itu lebih selesa menikmati hidangan di ruang dapur ini sahaja. Penemannya, tak lain tak bukan Mak Tualah.
Sirin turut berkongsi pandangan yang serupa dengan Azaim. Selalunya dia akan makan di sini-tak kisahlah makan pagi, tengah hari hatta makan malam sekalipun. Sirin kekok menghabiskan masa bersama Azaim dan Syamsul, yang sering makan malam di Vila Fatih atas desakan Azaim dan Mak Tua sendiri. Maklumlah, Syamsul duduk bujang di apartmennya. Daripada duk mengunyah sensorang, baik berdua dengan Azaim. Boleh lawan kau tengok aku, aku tengok kau. Daripada tengok dinding!
Untuk Sirin, apabila berada di bilik makan yang luas itu, segalanya seolah-olah perlu ikut protokol. Harus formal. Nama pun dah formal. Bilik makan (macamlah orang tak tahu lepas lihat meja besar gabak yang didudukkan di dalamnya serta meja panjang untuk hidangan bufet bila perlu). Jadi, takkanlah nak aci kuak lentang saja di situ. Lainlah di ruang dapur ini, macam-macam gaya duduk dia boleh pertonton kepada Mak Tua. Inilah tempat yang buat Sirin selesa, sebagai dirinya.
Tambahan lagi, semenjak beberapa hari ini rasa tidak selesa di bilik makan terasa kian meningkat suhunya. Semuanya gara-gara kedatangan insan baru yang sepertinya sudah menjadi tetamu tetap Vila Fatih. Tetamu ini bukan Syamsul, yang dah boleh dikira separuh penghuni Vila Fatih. Sebahagian daripada keluarga ini.
Salmiha. Itulah nama tetamu dah mula hendak tetap Vila Fatih. Semenjak empat malam lalu wajah itu amat setia di Vila Fatih. Bukan main lagi. Malah ada sekali itu, papa Salmiha, Burhan, yang memang jelas sangat dah tak sabar nak bermenantukan Azaim, ikut turut. Join the club.
Kalau setakat makan malam, tak apa juga. Ini dahlah diusungnya minah itu dari mana entahlah, kononnya ofis, sampai ke Vila Fatih, lepas makan malam-jangan lupa, bergurau senda sekali sampaikan menyakitkan telinga pihak lain-boleh pulalah dihantarnya minah itu ke rumahnya. Dah tu, lamalah pula nak cari jalan pulang. Macamlah rumah Salmiha itu jauh sangat, sampaikan dua jam lebih baru nak nampak batang hidung Azaim di Vila Fatih semula. Entah apa kejadahnya yang dibuat di rumah Salmiha.
Sirin mencebik.
“Aik, tiba-tiba cebik mulut?” Mak Tua nampak terkejut. “Apa hal pulaknya ni, Rin? Masam macam asam expired aje Mak Tua tengok sejak kebelakangan ni?”
Sirin menggeleng kepala. “Tak ada apa.”
“Jangan tipu Mak Tua, Rin. Mak Tua tau ada yang tak kena dengan Rin. Jelas sangat, takkanlah Mak Tua tak perasan.”
“Betul… tak ada apa-apa,” ujar Sirin seraya menarik mangkuk berisi bubur kacang dekat dengannya. Sudu dicapai lalu dikacau-kacau isinya dengan sebelah tangan menongkat muka yang cuba diselambakan. Kata pro!
Mak Tua mengangkat bahu. Potongan puding jagung dicapai lalu digigit. Bibirnya bergerak mengunyah lalu bersuara, “Mak Tua tengok Im makin rapat dengan budak Sal tu. Perasan tak?”
“Hmm…” Itu sahaja yang Sirin ucap sebagai balasan.
Tangan yang menongkat muka diletak di atas meja makan lalu tangan sebelah lagi mula menyuap bubur kacang ke mulut. Terasa kosong dan pahit. Kali pertama Sirin rasa sedemikian, sedang apa yang terhidang di hadapan matanya kini adalah makanan kesukaannya. Bak kata Azaim dulu, makanan rujinya.
Keluhan kecil terluah apabila mengenangkan Azaim. Itu Azaim dahulu, yang dikenalinya kala Azaim masih menjadi Abang Imnya.
Tapi… bukankah sekarang Azaim sudah berjanji mahu menjadi abangnya semula? Betul-betul abang, bagai yang seorang adik perempuan hendak. Abang Imnya sudah bahasa diri abang dan dia sendiri sebagai adik. Itu pun dia yang nak. Namun, mengapa perasaan yang merantainya kini tidak serupa dengan apa yang dirasainya dulu? Kenapa rasa sakit dan pedih menyempitkan hati? Kenapa rasa marah dan geram menyenakkan jiwa?
Ya Allah, kenapa ni yang aku rasa sekarang? Lebih tepat, apakah sebenarnya perasaan yang bercampur bagai ni?
“Rin?”
Panggilan Mak Tua kembali menyedarkan Sirin. Dia renung wajah tua di sebelah, yang melihatnya dengan pandangan curiga. Nyata, tanpa sedar dia sudah menyampaikan keluh-kesah perasaan melalui raut mukanya tadi. Alahai, dah kenapalah dengan dia! Keluhan terhambur lagi.
“Apa yang tak kena, Rin? Mak Tua tau ada yang tak kena. Tak payah bohong lagi.” Mak Tua mendesak lembut. Walau dia mampu menangkap sedikit demi sedikit, namun dia masih mengharapkan ketulusan Sirin meluah segala.
Namun gelengan Sirin kini menunjukkan gadis itu belum bersedia. Walaupun hampa, Mak Tua hanya merelakan. Satu masa nanti, Sirin akan mengakuinya. Perlu mengakuinya. Kerana tidak semua rasa boleh dikepam diam dalam daging bernama hati. Sampai masa bibir menitip kata juga.
“Tak ada apa. Rin bosan duk rumah. Dah seminggu kat sini, tapi asyik memerap dalam rumah aje. Tak ke mana pun. I’m bored to tears! Bosan sangat!” Sirin memuncungkan mulut. Cuba berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kes tak ada hallah.
Mukanya tidak sampaikan apa-apa dan mata Mak Tua tidak membaca apa-apa. Biarlah begitu. Lebih baik. kerana Sirin sendiri tidak tahu apakah perasaan yang sedang bertelingkah dalam dirinya kini. Macam mana nak bercerita jika nama perasaannya sendiri dia tidak tahu, tidak kenal?
Elok sudah mengunyah puding jagung, Mak Tua bertanya, “Rin rasa… Sal tu sesuai tak jadi kakak ipar Rin?”
Sirin tak tahu kalau kes ini pernah jadi. Tapi hari ini ia terberlaku. Di depan matanya. Ke atas dirinya. Sirin tercekik bubur kacang! Dada jadi sesak yang sangat. Tak agak-agak Sirin terbatuk-batuk sambil hentam dada sendiri. Tak tahulah dia mendera diri sendiri dengan begitu atau menyenangkan saluran tersumbat yang dicekik bubur kacang itu.
“Ya Tuhan… Rin!” Mak Tua jadi cemas. Cepat sahaja tubuh rendah dan berisinya itu berlari mendapatkan air masak lalu dihampiri Sirin. Disua air kepada Sirin lalu dia mula menepuk lembut belakang tubuh kurus Sirin. Kasihan pula dia lihat Sirin bagai tersempit nafas antara batuk.
Sirin meneguk sedikit saja air di dalam gelas yang diserah Mak Tua. Kemudian dia cuba menarik nafas dan mengatur nafas sebaik yang boleh. Tangan Mak Tua yang masih mengurut lembut belakang tubuhnya ditarik, digenggam lalu dibawa menjauh. Dituntun tubuh Mak Tua agar kembali duduk di meja makan, di sebelahnya.
“MT, MT…” ucap Sirin lembut, memaut lebih erat jemari tangan gempal wanita yang sudah melabuh punggung di sebelahnya, masih dengan muka gusar.
“Rin okey. Rin tak ada apa, MT. Cuma…” Sirin telan liur.
“Cuma terkejut dengan soalan Mak Tua, kan?” Mak Tua meletak sebelah lagi tangan ke atas tangan mereka yang saling bersulam, ditepuk-tepuk lembut. “Ya Allah… Terkejut betul Mak Tua. Dahlah Rin ni kurus cekeding…”
Terkelip-kelip sekejap mata Sirin cuba mencerna. Kemudian dia ternganga bulat pandang Mak Tua. Mak Tua yang perasankan reaksinya ikut bulatkan mulut. Kemudian mula mengekek malu-malu.
“Alamak… terkatalah pulak…” Mak Tua ketawa terus.
“Rin tak cekedinglah, MT. Kurus aje, tapi taklah tahap cekeding bagai tau.” Sirin marah-marah manja.
“Ya, ya… Ada bentuknya lagi, elok sempurna.” Selamba Mak Tua rungkai tangan mereka. Sebelah hentak-hentak punggung Sirin pada kerusi, sebelah cuit-cuit bahagian dada Sirin yang berbalut tee lengan 3/4 longgar.
“MT! Apa raba-raba orang ni!” Terjerit kecil Sirin, melompat jauh dari kerusi, terus terbangun dengan kedua-dua tangan saling bersilang pada dada manakala punggung yang bentuknya elok sempurna ikut kata Mak Tua disorok balik dinding.
Terkebil sekejap Mak Tua sebelum mula ketawa dengan sikap Sirin itu.
“Alah… Macamlah Mak Tua tak tau saiz tu semua kalau Rin tutup gitu. Kecil dulu, siapa yang amek tau tu semua? Siapa yang pujuk Rin masa Rin nangis-nangis waktu kali pertama ‘kawan’ singgah? Mak Tua dengan arwah ibu Rin tau. Nak sorok pulak sekarang ni…” Menjuih bibir Mak Tua.
“Yalah… Tapi tu dulu kan. Masa tu Rin kecil lagi. Semua saiz lain lagi. Sekarang ni… Hisy, tak malulah MT ni!” Giliran Sirin pula mencebir mulut.
Mak Tua gelak seketika dengan sikap Sirin. Kecil dulu, saat pertama kali dewasa sebagai anak dara, begitulah malunya Sirin. Menangis-nangis takut dan malu bercerita kepada dia dan arwah puan.
“Yalah, yalah…” Mak Tua akur sudahnya. “Dah, sini…” Dia mengarah tangan ke kerusi yang Sirin duduk tadinya. Kepala meja makan itu.
Masih dengan tangan bersaling pada dada, punggung sembunyi balik dinding, Sirin mengecilkan mata tenung Mak Tua. Muka I-tak-percaya-you ditunjuk.
“La… budak ni. Betulnya. Tak ada nafsulah Mak Tua nak raba kamu yang sama bentuk badan…” Mak Tua gigit lidah sekejap, pandang badan kerempeng Sirin kemudian badang kembangnya.
“Maksud Mak Tua kita sama-sama perempuan kan. Tak ada nafsunya. Lainlah Pak Tua Rin…” Sua muka gatal, Mak Tua jongket-jongket kedua-dua kening.
“Eii, MT!” Sakan Sirin menjerit. Bukan setakat malu kucing dah dia, tahap malu singa sudah.
Mak Tua tertawa lagi. Gelak orang tua gatal. “Dah, dah. Duduk sini. Mak Tua nak cakap sikit.”
Sirin tunjuk muka I-masih-tak-percaya-you. Mengecil dan mengecil lagi sepasang matanya mencerun kepada Mak Tua.
“Ya Allah… Rin!” Lantang sikit Mak Tua tujah geram.
Sirin mendekati kerusinya, melabuh duduk. Tapi masih agak-agak, dia sengetkan sedikit tubuh, menjauh daripada Mak Tua yang bulat mata tengok aksinya, mula kurang sabar. Tertawa suka, Sirin betulkan tubuh dan mula menyuap bubur kacang. Menggeleng Mak Tua dengan sikapnya itu. Sempat acah-acah piat telinga Sirin.
“Jadi, apa pandangan Rin?”
Soalan Mak Tua itu sedikit mengelirukan Sirin. Terlupa pada topik mereka sebelum adegan kena raba oleh wanita itu. Mengerut dahi, mengingat semula, yang melintasi mulut Sirin hanyalah, “Oh…”
“A’ah… Apa pandangan Rin? Padan tak dengan Im?”
Sirin mula makan bubur kacang. Suap, suap, suap! Terus dia makan tanpa tengok kiri kanan. Makan sampai licin kemudian selamba pula atur kaki mencari periuk kecil berisi bubur kacang, diisi ke dalam mangkuknya, menonong dapatkan kerusi lalu sambung aksi makan dan suap. Tak agak-agak. Tak ada pause.
Mak Tua yang awalnya besar mata melihat adegan makan tak ingat Sirin akhirnya ketawa perlahan. “Rin ni macam tak suka aje Sal dengan Im…?”
Sirin angkat pandangan, terus tengok Mak Tua dengan mulut yang penuh. Dia angkat muka sedikit, tunjuk mulut yang mengunyah, mengunyah dan mengunyah. Tanda dia tak dapat buka mulut komen apa pun.
“Ia, ia… Rin tak cakap apa. Tapi aksi makan tak sudah untuk setahun ni…” Mak Tua arah telunjuk ke mulut kunyah tak ingat dan mangkuk bubur kacang yang sekali lagi menghaus. “Dah cakap, Rin.”
Sirin diam. Terus makan. Cuma tak lagi dengan lagak ngeri setahun tak makan. Tertib kunyahannya.
“Tapi kenapa pulak Rin tak suka Sal ya? Mak Tua tengok elok budaknya. Dah lama dia baik dengan Im tau. Dua tahun dah kut…”
Sirin sudu bubur kacang ke mulut. Kunyah.
“Tapi yalah… ayah dia tu lain sikit. Sal tu tak ada kuranglah kat mata Mak Tua. Cuma… apa kurangnya dia kat mata Rin ya?” tanya Mak Tua selamba, cubit sedikit puding jagung, dikunyah.
Sirin selamba jongket kedua-dua bahu kemudian menggeleng kepala. Masih mengunyah.
“Sirin ni macam cemburu aje…” tebak Mak Tua menundukkan sedikit wajah untuk nampak ukir muka Sirin waktu itu.
Laju Sirin angkat muka. “Mana ada!” Sedikit kuat suaranya menidakkan.
“Taklah. Bukan cemburu macam yang orang berkasih sayang tu rasa. Bukan macam yang Im dengan Sal akan rasa…” Mak Tua tilik-tilik wajah Sirin yang berubah dengar ayat pertamanya, kemudian terus kelat apabila dia sambung ayat seterusnya dengan mengaitkan nama Azaim dengan Salmiha.
Sirin berhenti makan, pandang ke arah kiri, mengelak daripada melihat Mak Tua yang duduk di kanannya. Sudu di tangan dimain-mainkan di dalam mangkuk bubur kacang yang tinggal sedikit saja itu.
“Maksud Mak Tua,” sambung Mak Tua masih curi renung Sirin. “Cemburu adik abang. Yalah kan… Im baru nak jadi abang Rin, macam yang Rin nak selama ni. Tapi, baru nak dapat abang, tiba-tiba abang dah ada kekasih. Tumpuan kat adik berkurang, kat kekasih jadi lebih. Sebab tu… Rin cemburu kut…”
Sirin pandang Mak Tua. Berkerut dahi. “Abang… adik…” ujarnya perlahan.
Mak Tua mengangguk. “Ya. Kan selama ni Rin nak sangat Im layan Rin macam adik… Bila Im kata okey, akan layan, ada Sal pulak yang perlu dilayan sebagai kekasih.” Masih ditekan hubungan adik-abang dan kekasih-kekasih itu.
“Ha!” Tiba-tiba Sirin berkata penuh semangat dengan sudu tegak meninggi.
“Betul kata MT tu. Abang Im baru nak jadi abang Rin, tapi tiba-tiba…” Dia kemam bibir, kemudian menyambung, “Tengoklah masa kat butik hari tu. Sudahnya, sampai sekarang Rin tak beli baju untuk majlis tu lagi! Sibuk melayan kekasih hati, lupa langsung kat adik!”
Mak Tua mengangguk-angguk. Ia-ia tayang muka I-sokong-you-nak. “Belum belilah lagi ni?”
Sirin geleng. “Dia nak bawa lepas balik dari butik hari tu, tapi mood Rin ke laut. Tak ada rasa nak shopping…”
“Tapi ni kan tinggal dua hari aje lagi? Tak boleh jadi ni. Im ni pun… dah janji nak jadi abang, kenalah tunaikan tanggungjawab abang. Kut ia pun Sal tu kekasih dia, mana boleh layan adik dia gini, kan…?” Meleret kan Mak Tua.
“Ha…” setuju Sirin, angguk-angguk sambil goncang sudu.
“Kejap Mak Tua call dia, suruh bawa Rin pergi cari baju. Ada ke tak cari lagi sedangkan majlis dua hari lagi. Hisy!” Laju sahaja Mak Tua capai keluar telefon bimbit dari apron yang tersarung pada tubuhnya yang berbaju kurung.
“Tapi, Mak Tua…”
Mak Tua lekas memotong dengan aksi jari telunjuk tegak ke kiri kanan. Gaya tak mau, tak mau, tak mau!
“Helo, Im…” ucap Mak Tua apabila panggilannya bersambut.
Sirin melepas keluhan. Memanglah kalau boleh dia hendak Azaim bawanya ke butik, dapatkan pakaian yang sesuai untuk majlis apresiasi Fatih Sdn Bhd. Tapi bukanlah begini. Sepertinya memaksa Azaim meluang masa untuk adik enam harinya ini. Sedang dia hendak Azaim seikhlasnya melayan dia sebagai adik. Bukan kau dipaksa kuterpaksa punya kes!
“Rin jangan risau. Abang Rin akan datang!” Mak Tua mengerdip mata suka.
Sirin angguk, senyum tipis, masukkan sudu bersisa bubur kacang ke dalam mulut. Mula menung dan mula merasa… gembira kerana Azaim akan meluangkan masa dengannya sedikit waktu lagi.
Published on May 29, 2013 14:01
May 26, 2013
.: Princess [Bab 1]

Izam yang sedang asyik membaca sejak tadi berpaling ke arah adiknya. Majalah yang hampir terpelanting dari tangan cepat sahaja ditangkap semula. Lalu diletak di atas paha sambil mengurut dada dan sesekali menampar kiri dadanya. Pujuk jantung supaya diam elok semula. Tak duk-dak, duk-dak terus.
“Izat… terkejut abang tau. Kalau ada heart-attack, sahih gol!” Dia terus mengurut dada seraya menggeleng-geleng tahan rasa peranjat. Mujur adik aku, kalau adik orang, dah lama kena sekeh!
Izat sengih. Terus saja dia melangkah masuk ke bilik abangnya itu walaupun tidak dipelawa. Sebab Izam memang jenis tak akan pelawa dia. Sebab Izam tahu dia reti nak pelawa diri sendiri.
Izam pula menyambung kembali pembacaannya yang terhenti seketika tadi. Tak layan adiknya yang sudah jemput diri, masuk ke bilik tidurnya dan duduk di birai katilnya.
“Amboi… asyik nampak? Apa yang abang baca?”
“Ini!” Izam menghulur artikel di dalam majalah yang dibacanya. Geram apabila diganggu terus. Mulut Izat dengan diam, tak pernah kamceng. Macam cas yang sama. Kalau nak didekatkan, paksa bagai nak rak pun, tak adanya hendak.
Izat bangun, kemudian capai majalah tersebut. Berdiri terus dekat meja studi sayang separuh mati Izam, dia mula membaca. Hanya tajuk. “Kahwin lari?”
“Yup…” Izam angguk.
“Hei, ada apa-apa ke…?” Izat tertilik-tilik. Setiap sudut muka kacak lagi tampan abangnya itu jadi bahan mata. Muka yang masih tak dapat tandingi dia. Ceh!
“Takkan baca pun salah?” Izam membetulkan letak punggung dengan aksi jongket kening The Rock. Bukan what the rock is cooking dah, tapi Izat kena masak! Stim hidup-hidup!
“Manalah tahu kalau abang nak…” Izat ketawa mengekek tanpa menyudahkan kata-katanya.
“Kepala otak engkau! Abang debik baru tau!” marah Izam. Pelik mamat ni. Tak pasal-pasal aku pulak kena. Takkanlah baca pun salah. Tapi otak adik aku, mana pernah berjaya diselam orang. Semua lemas dalam perjalanan. Berlambak tol!
“Alah… takkan itu pun nak marah?” ujar Izat bersuara lembut. Abangnya didekati. Tangan main sentuh dan raba bahu serta belakang tubuh lelaki yang dua sentimeter lebih tinggi daripadanya itu.
Isy, ini yang buat aku panik! Lembut sangat ni!
“Hai, sudah… sudah… Meremang bulu roma abang.” Izam terus bangun mendadak dari kerusi, yang memang sudah bertukar beberapa kali. Kemudian menggeliat kegelian.
Izat sengih lagi. Dia tahu abangnya tidak marahkannya. Saja gatal buat-buat marah. Dia letak majalah dengan topik kahwin lari itu di atas meja abangnya. Meja yang penuh tersusun dengan buku tebal berkaitan bidang kedoktoran, bersandar pada dinding.
“Jadi, bila abang nak mula kerja?” Izat menukar topik perbualan, terus kembali ke katil Izam dan melabuh punggung. Bukan di birai katil lagi, sebaliknya terus angkat kaki duduk bersila elok. Macam dijemput makan lagaknya.
“Esok… Ha, yang Izat tanya-tanya abang ni, hari ni tak kerja ke? Curi tulang yek!”
“Hei, cik abang, hari ni hari minggulah. Takkan nak pergi kerja jugak! Izat bukan doktorlah. Abang tu yang doktor. Izat ni kerja ofis. 9.00 am to 6.00 pm, Monday to Friday only.”
“Aaa… betul jugak. Abang terlupalah.” Izam melurut belakang rambut, sembunyi malu, tunjuk gigi. Kemudian capai kerusi meja studi lalu duduk semula.
“Teringatkan siapa sampai terlupa? Aiza ya…?”
“Jangan nak mengarutlah,” sangkal Izam. Mula kalut letak punggungnya pada kerusi. Tukar sini, ubah sana.
Izat tersenyum. “Abang ingat Izat tak tahu ke? Izat tahulah abang ada hati dengan si Aiza tu.” Dia masih terus mengusik. Sebab dia tak tahu kosong. Tahu ada isi. Dengan mata sendiri dia nampak adegan dalam hati ada taman abangnya itu. Siaran langsung lagi!
“Tak adalah… Izat aje yang perasan tak.” Izam masih menyangkal sedang dalam hati… ya, ya, ya!
“Baik abang bertindak cepat-cepat. Nanti disambar dek orang baru tahu.” Sengaja Izat menakut-nakutkan.“Hah, ada orang tengah cuba nak sambar ke? Tapi, tapi… abang mana tau benda-benda ni semua,” ujar Izam mula gabra dalam takut. Siap buat pengakuan mengenai kurang kemampuan diri.
Hakikat. Memang kalau bab hendak memikat dia lemah sikit. Sikit? Tak, rasanya lebih daripada sikit. Banyak. Tapi kalau Izat… ha, dia memang expert. Susah nak terlepas daripada jeratnya. Sampaikan ketika mereka masih di sekolah menengah dulu ramai yang tidak percaya bahawa dia dan Izat adalah adik dan abang. Tapi kalau dah seorang nama Mohd Izat Effy dan seorang lagi Mohd Izam Effy, takkanlah tak percaya lagi. Angguklah terima dengan muka saya-macam-tak-percaya-jugalah.
“Ha… mengaku pun!” Bertenggek ke depan katil Izat dek seronok melampau. Terjerat juga akhirnya!
Izam senyum mengenangkan kebodohan sendiri. Sekarang kan Izat dah tau? Alamak, malunya! Kena sorok muka dalam peti ais ni!
“Abang taklah sekacak Izat. Izat lainlah… mat bunga, bukan abang. Kut bunga manggar adalah.”
Izat sengih merenung abangnya. Nak dikatakan tak kacak, kacak. Kalah jugalah Tom Cruise kalau letak sebelah. Cuma… mungkin sebab abang tak sepakar aku. Hehehe!
“Itulah… abang sepatutnya bersyukur sebab ada adik macam Izat. Tak susah nak cari orang bagi idea bernas untuk mengurat. Abang jangan risau… Izat akan tolong abang. Dia pasti milik abang!” Izat unjuk-unjuk ibu jari tangan yang menegak.
“Boys, turunlah. Kita makan sekali,” pekik Puan Zefrina dari bawah, dari dapur.
Mematikan terus mulut Izat yang baru dibuka untuk sesi menurunkan ilmu bunga-bungaan. Tak nak taman dalam hati abangnya rosak tanpa bunga yang segar. Sia-sia saja dalam hati ada taman kalau begitu!
“Jom, mummy dah buat adegan Panggilan Pulau.” Izam susun majalah elok di tempatnya. Tidak suka kalau meja studinya yang sudah naik pangkat ke meja kerja ada isi kalau dia tidak mengisi tempat itu. Selalu memang kosong dengan susunan buku tebal dan majalah rapat pada dinding.
“Alah, mummy ni kacaulah! Izat baru mula nak ajar abang cara-cara nak memikat. Baru nak perturun ilmu. Huh, ada saja yang nak kacau,” omel Izat mengherot-herotkan mulut.
“Tak apalah, Izat. Terima kasih sebab sudi nak tolong abang. Terima kasihlah sebab nak perturun ilmu-ilmu memikat Izat tu. Kali ni biar abang pikat dia dengan cara abang sendiri. Okey, kan?” Izam menolak dengan sengihan.
Dia pernah guna ilmu pikat Izat. Dan, memang Izam berjaya memikat gadis yang dia mahu itu. Malahan mereka pernah bersama, bercinta. Cumanya, dia tidak pernah rasa gadis itu mencintai dia yang sebenar. Sebaliknya mencintai pemuda yang dicipta Izat demi mendapatkannya. Akhirnya, Izam berlalu daripada hubungan itu apabila dia tidak pernah berjaya puaskan hati gadis tersebut sebagai diri sendiri. Izam yang betul dan bukan Izam ciptaan Izat.
Kali ini, Izam tidak mahu begitu. Dia mahu jadi Izam, dirinya sendiri, dalam mendekati Aiza. Bukan lagi Izam ciptaan Izat. Kerana, dia tidak mahu berlalu daripada hubungan yang bakal diciptanya bersama Aiza nanti. Dia mahu ia kekal. Seumur hayat. Kalau ada rezeki dan andai itulah jodoh.
“Abang pasti?” Izat masih tidak puas hati. Baru saja nak mula perturun ilmu, ada yang mengganggu. Dah tu, abangnya pula tak nak!
“Boys!”
“Ya, abang teramat pasti. Jomlah… Mummy tengah tunggu kita kat bawah tu. Karang lagi panjang bebelan dia,” ajak Izam seraya berlalu. Tak sanggup dia hendak dengar bebelan mummy itu. Boleh nipis kuping mendengar.
Izat angkat bahu sambil melihat abangnya yang berlalu itu. Lantak abanglah kalau tak nak. Jangan menyesal sudah. Setakat ni belum ada gadis yang menolak cinta aku. Ada juga yang separuh nyawa tergila-gilakan aku. Dia senyum mengingatkan zaman persekolahannya dahulu. Zaman penuh jiwa-jiwa.
“APA nak jadi dengan kamu ni, Izat? Teruk mummy pujuk budak-budak perempuan tu, tau tak! Kalau ya pun, satu sudahlah. Ini, rembat sampai lima orang sekali gus tu buat apa? Muat pulak pinggang tak besar mana tu…” Puan Zefrina menggeleng-geleng. Kamu lebih hebat daripada papa kamu! Tapi… kerana kehebatan papa kamu jugalah mummy tertawan.
“Bukan salah Izat, mummy. Dia orang tu yang tergila-gilakan Izat. Izat nak buat apa?”
“Yalah… Tapi kenapa sampai ada yang menangis-nangis, meraung-raung macam orang kena histeria?”
“Entah… mana Izat tahu.” Izat cebik. Selamba itu motonya!
“Izat nak makan tak?” pekik Puan Zefrina.
Tapi yang pasti, aku masih hebat hingga kini. Kesian aku tengok perempuan-perempuan tu. Tapi salah dia orang jugak. Tuhan beri akal suruh fikir… tak nak guna. Bodoh. Mudah sangat percaya pada cinta yang baru diucap! Tambah yang diucap dengan tak seikhlas hati!
“Izat! Kamu dengar apa mummy cakap tak?!” pekik Puan Zefrina lantang. Tahap anak tekak boleh jatuh keluar dan terus lari. Tak tahan!
Izat yang sedang mengelamun tersentak. Terkejut gaban sekejap sampai nak pelanting jatuh dari katil. Mujur sebelah kaki sempat parkir. Aiseh… mummy marah tu! Nahas aku kalau tak turun.
“Mummy, Izat datanglah ni!” Izat pantas lompat turun dari katil dan berlari ke bawah. Terus ke ruang makan. Gerun punya pasal.
Di ruang makan, Izam dan Encik Shafei sudah siap menunggu dengan senyum. Lucu dengan gelagat Izat lari pegang kain pelekat gaya baru kena sunat.
“Ya Allah… kenapa dengan kamu ni, Izat? Berapa kali mummy kena panggil baru nak turun makan?” soal Puan Zefrina setelah terpandangkan anak terunanya.
“Sorry, mummy.” Izat sengih seraya capai kerusi di sebelah Izam, terus letak punggung.
“Hmm, yalah… Makan,” arah Puan Zefrina melihat anak terunanya itu yang tersengih seperti kerang busuk.
Izat menyenduk nasi ke dalam pinggan. Dia makan dengan lahap sekali. Begitu juga dengan Izam.
Puan Zefrina sekadar geleng kepala melihat telatah kedua-dua anak terunanya. Anak terunanya yang dua orang ini memang tidak boleh berenggang, walaupun sekali-sekala gemar bertekak. Adatlah tu… air dicincang tidak akan putus! Kalau bergaduh pun sekejap saja.
Sudah hampir dua tahun kedua beradik itu tidak bertemu kerana Izam bertugas sebagai seorang doktor di salah sebuah hospital di Pulau Pinang. Kini, Izam telah berjaya menempatkan diri di hospital di sini dan akan melapor diri esok. Syukurlah kedua-dua anaknya itu sudah bersama. Riuh-rendahlah nanti suasana rumah teres dua tingkat yang didiami mereka empat beranak.
Sempat Puan Zefrina mengerling suaminya, berkongsi senyum kemudian melihat semula dua anak bujangnya makan. Suka melihat. Lapang hati dan dada.
Dan Encik Shafei tidak menegur kerana sudah biasa dengan keadaan itu. Terpisah dengan anak, begitulah isterinya untuk lima hari. Kemudian, tahulah isterinya hendak makan dulu sebelum anak. Terus makan, sempat lagi Encik Shafei menyengih.
Published on May 26, 2013 07:13
.: Princess [Prolog] :.

“Keluar… nak ambil angin,” ujar Izat sepatah lalu segera mencapai kunci kereta sportnya.
Izat pantas masuk ke dalam perut kereta. Tidak endah akan si ibu yang terus melihat dari muka pintu apabila dia bergerak mengundur kereta, keluar dari pekarangan rumah teres dua tingkat itu. Apabila daya tiada, apa mampu dia untuk memujuk hati si ibu yang rawan itu. Sebab Izat juga begitu. Sama rawan.
Puan Zefrina sekadar menggeleng. Begitulah keadaan anak bongsunya itu semenjak kehilangan Nazira, insan yang paling disayanginya. Maafkan mummy, Izat, mummy tak berdaya nak buat apa-apa. Kasih kamu terlalu utuh buat gadis itu hinggakan tiada siapa dapat menggantinya. Kasihan anak mummy…
KERETA sport merah yang dipandu Izat meluncur laju tanpa tahu destinasi hendak dituju. Dia hanya hendak keluar seketika tadi. Berada di dalam kotak yang dipanggil bilik tidur itu buat dia rasa sesak. Lemas menghimpit, membujuk perasaan untuk jadi hiba mengenang segala yang berlalu.
Walaupun ada pepatah menyatakan masa pengubat segalanya, namun yang sakit itu tetap ada rasanya. Kalau dipertonton hati yang satu ini, mungkin luka berdarah sudah tidak nampak dek mata kasar. Tapi, hakikat, ada parut luka yang boleh ditangkap mata kasar itu. Tambah apabila jahitannya tidak sempurna.
Hmm, nak ke mana ya? Isy, berkeroncong pulak perut aku ni! Itulah, tadi mummy panggil makan, tak hendak! Dia menggerutu dirinya sendiri. Baik aku pergi makan kat KFC dekat selekoh sana tu! Sebab Izat sedar, dia masih perlu makan walaupun ikut hati tak hendak, ikut jiwa tak mahu. Dia perlu makan untuk keluarganya, terutama mummy. Itu dia perlu buat.
Terus kereta dilajukan ke Restoran KFC terdekat dengan jalan dilalui. Dia meletak kereta di tempat parkir lalu keluar dari perut kereta. Hendak tak hendak, dia menolak pintu restoran makanan segera tersebut. Ah, kenapa ramai sangat? Namun, memikirkan perut yang menagih isi, dia beratur saja, menanti giliran memesan makanan.
“Makan, encik?” Seorang gadis tersenyum manis apabila giliran Izat tiba.
Dia membalas, walaupun senyum itu dipaksa-paksa. “Zinger one, Coke regular and fries.”
“Makan sini, bawa balik?” soal gadis itu lagi.
“Makan sini.”
Gadis itu segera menyediakan pesanan. Lincah jemarinya melaksanakan tugas. Mungkin sudah biasa. Izat memerhati sahaja, sampailah dulang berisi pesanan ditolak elok ke depannya sebaik dia membayar harga makanan. Izat mengambil dulang yang diserah lalu dibawa ke sebuah meja yang agak tersorok. Dia duduk, bersandar malas pada kerusi, melihat isi dulangnya.
Tanpa endahkan dulang yang masih menampung pesanan, terus seketul kentang goreng dicapai, makan. Perlahan. Mengunyah. Mata Izat melihat ke arah cermin luar. Melihat, melihat dan melihat. Namun entah apa yang dia nampak. Kerana melihat tanpa arah, tanpa tahu apa. Kosong.
“LIA, pakwe kat sana tu cunlah. Tapi nampak lembik aje. Tengoklah cara dia makan… lemah aje, longlai. Macam tak bermaya nak pegang fries tu.” Atika menuding ke arah pemuda yang dimaksudkan.
Pakwe yang mungkin mengharapkan diri tersorok daripada pandangan orang, tapi bukan dari mata helang Atika. Soroklah kat mana pun. Kalau ada aura kacak lagi tampan, sampai saja kepadanya. Sama ada deria pandang atau bau!
Razliana sekadar mengerling. Walaupun perlu lawan bangau apabila mengerling kerana dia perlu juga menjenguk-jenguk. Dia tak ada aura pengesan si kacak lagi tampan sebagaimana Atika. Sudahnya, dia angguk. Mengakui kata-kata temannya.
“Ada problemlah tu,” sampuk Erin.
“Pandailah kau!” Razliana senyum mendengar pandangan temannya yang seorang lagi itu. Memang becok. Boleh saja tahu semua benda.
Agaknya kalau mata Atika boleh nampak pakwe kacak lagi tampan berbatu jauhnya, Erin pula ada mampu pengimbas guna mata untuk tahu makhluk itu ada masalah ataupun tak.
“Biasalah… I kan memang pakar pasal bab-bab macam ni. Macamlah you all tak tau!” Menggedik Erin dengan aksi patah tangan. Kemudian tayang sengih sakan.
Atika mencebik. “Pirah…!”
“Hei, jangan kutuk…” Erin membela diri, jari telunjuk tegak di depan Razliana dan Atika, kuit kiri kanan, kiri kanan. Sebelah tangan lagi siap cekak pinggang.
Razliana senyum kemudian terus tampar jari telunjuk Erin yang menggedik macam tuannya. Lucu melihat gelagat teman yang suka berkeletah itu. Tapi Erin bukan spesies boleh dilayan. Kian menjadi nanti. Kang kerja ke mana, Erin ke mana.
“Ha… sudah, sudah! Pergi ke kaunter tu, ada orang. Karang aku cakap kat Kak Chah, suruh potong gaji baru tau!” arah Razliana menggertak dengan mata sengaja dibesarkan.
“Baik, buyung…” Erin berlalu dengan sengih. Sempat kenyit mata.
Razliana geleng kepala. Nakal! Kemudian, dia sengetkan sedikit kepala dari tempat dia berdiri, untuk lebih mudah merenung pemuda di meja yang disebut Atika tadi. Kasihan… Memang seperti orang putus kasih. Lembik segala tulang dan sendi nampaknya. Kalau jadi pakwe akulah, aku tak tinggal punya. Bertuah gadis yang bertaktha di hati dia. Yang sampai kini masih ada di ruang yang itu.
Aik, aku ni apasal pulak fikir yang tak perlu? Ah, jiwang karat pulak kang.
Terus Razliana hilang daripada cegatnya. Kembali aktif dengan apa yang perlu. Masa ini masa bekerja buat diri, bukan berfalsafah soal hati!
BARU separuh kentang goreng di dalam mulut, Izat letak kembali ia. Rasa pahit bila dikunyah, kesat pada kerongkong. Tak berdaya rasanya! Hilang segala mampu diri, sudah dibawa bersama!
Habis tu… macam mana aku nak hidup tanpa kau? Ira, kenapa begitu cepat tinggalkan aku? Kehadiran kau telah mengubah hidup aku… mengubah diri aku! Segala detik suka dan duka masih segar dalam ingatan. Segalanya seperti baru semalam berlalu. Seperti baru sebentar tadi kita bermesra. Aku… aku tak dapat lupakan kau, Ira…
Di ruang yang jauh daripada mata orang itu, Izat tunduk dengan sebelah tangan menutup muka. Hiba hati terlalu menjunam. Menginjak diri. Menyentuh perasaan. Ya Allah, kenapa hukuman seberat ini yang aku terima…? Kenapa, Tuhan-ku…?
Published on May 26, 2013 07:10
Bikash Nur Idris's Blog
- Bikash Nur Idris's profile
- 78 followers
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.