Bikash Nur Idris's Blog, page 6

September 6, 2014

Princess-reborn (teaser)

Izzat Imir kebil mata tak percaya. "Apa? Sila ulang?""Salinlah baju kat sini. Apasal pulak nak masuk bilik air." Intan Nazira sua muka selamba badak. "Bukan tu. Ayat lepas tu." Izzat Imir cakap gaya terteran-teran. Serius belum percaya."Buka butang baju, nak tengok dada?" Intan Nazira sua pula muka badak naif."Tak malu ke cakap macam tu?""Nak malu apa? Abang Izzat laki, Intan Nazira bini kut.""Yalah. Tapi, cuba berlapik sikit, bertapis sikit.""Sekejap." Intan Nazira sua telapak tangan depan muka. Telapak tangan dia dan bukan badak okey.Izzat Imir angguk dan tengok saja Intan Nazira bergerak keluar dari bilik tidur mereka kemudian kembali dengan penapis kopi di tangan. Intan Nazira letak depan mulut dan cakap, "Abang Izzat, Intan Nazira nak tengok dada boleh? Dah tapis dah ayat ni. Boleh, kan?"Izzat Imir pegang dahi. Bukan senang berbini muda trang-tang-tang rupanya. Tambah bini yang asyik bahasa diri dengan nama penuh dan panggil dia Abang Izzat. Datuk, perangkap samar jenis apakah ini!
Izzat Imir tengok Intan Nazira yang tengah hantar pandangan budak comel kepadanya. Muka Intan Nazira tayang sekarang, kalau disuruh tukar nama rumah ini kepada dia pun Izat Imir sanggup, inikan pula tunjuk dada.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 06, 2014 06:14

September 5, 2014

Princess-reborn | Prolog (ii)

[my izzat imir ~ ngee :D]
Intan Nazira namanya. Kata ibu, nama dia diambil sempena nama kawan baik ibu. Arwah kawan baik ibu. Ibu sayang sayang sangat kepada arwah laksana sayang kepada adik sendiri. Biarpun arwah dah tak ada, ibu tetap ingat dan kenang dan ibu hendak kenangan itu ada dalam satu bentuk ingatan. Lalu, nama dia ibu letak Intan Nazira. Intan Nazira itu ibu sayang dan Intan Nazira ini lagi-lagilah ibu sayang. Begitulah ibu cakap kepadanya setiap hari. Dan ibu tak omong kosong. Ibu maknakannya!Nazira nganga. Di manakah relevannya soalan ini dengan permohonannya masuk ke sekolah kejururawatan ini?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 05, 2014 07:45

Prolog (ii)

[my izzat imir ~ ngee :D]
Intan Nazira namanya. Kata ibu, nama dia diambil sempena nama kawan baik ibu. Arwah kawan baik ibu. Ibu sayang sayang sangat kepada arwah laksana sayang kepada adik sendiri. Biarpun arwah dah tak ada, ibu tetap ingat dan kenang dan ibu hendak kenangan itu ada dalam satu bentuk ingatan. Lalu, nama dia ibu letak Intan Nazira. Intan Nazira itu ibu sayang dan Intan Nazira ini lagi-lagilah ibu sayang. Begitulah ibu cakap kepadanya setiap hari. Dan ibu tak omong kosong. Ibu maknakannya!"Intan Nazira binti Shaheer?" Datuk Hamidi senyum mesra kepada gadis yang duduk di tengah-tengah, berdepan dengan dia dan tiga panel lain—Dr. Alvin, Hajah Salimah dan Izzat Imir.Intan Nazira angguk dan senyum. "Ya, saya."Alvin lihat maklumat diri di depannya. Diselak sehelai dua kemudian dia angkat muka, tengok Intan Nazira. Sentak sekejap nafasnya walaupun dari tadi dia sedar bagai siapa wajah itu, roman itu. Cepat-cepat dia cover diri dengan senyum. "Awak lambat setahun apply sini. Kenapa?""Ada masalah keluarga sikit." Begitu saja Intan Nazira jawab. Tak perlulah dia nak cerita hal dalam rumahnya kepada orang yang dia jumpa untuk 15 minit saja."Masalah apa?"Suara jantan itu buat mata Intan Nazira terus ke kerusi paling kanan ikut arahnya. Sejak tadi dia perasan lelaki itu asyik tengok dia. Dari dia mula langkah masuk sampai dia duduk, lelaki itu setia tengok dia. Pandangan pula macam sedang merungkai sesuatu. Gaya dia satu soalan matematik dan lelaki itu sedang cuba selesaikannya. Dan, soalan lelaki itu pula buat Intan Nazira makin tak senang dan tak faham. Reaksi lelaki ini kepadanya dan reaksi dia sendiri kepada lelaki ini adalah bak satu soalan matematik yang tak ada jawapannya untuk Intan Nazira. Intan Nazira, kau datang untuk interview, bukan jawab soalan matematik okey! Fokus, fokus!"Masalah keluarga yang buat saya tak dapat apply masuk sini. Ibu saya mintak saya tangguhkan dulu dan saya ikut," jawab Intan Nazira jujur. Takat itu saja. Tak payahlah tahu lebih."Jadi, awak ni anak yang baiklah. Dengar cakap ibu, patuh cakap ibu?""Insya-Allah." Intan Nazira senyum sedang dalam hati keliru juga kenapa hal keluarganya jadi soal.Izzat Imir angguk-angguk. "Jadi, kalau ibu awak suruh atau mintak sesuatu awak akan buat?"Intan Nazira kebil sekejap. "Mmm, apa kaitan soalan ni dengan saya apply masuk sini?" Polos dia tanya."Kalau nak dapat masuk ke sini, jawab soalannya, Intan." Izzat Imir bertegas. Sambil kebil-kebil mata lagi Intan Nazira jawab juga. "Insya-Allah, saya akan buat. Demi ibu, saya boleh buat."Izzat Imir angguk dan selak-selak fail di depannya kemudian pandang Intan Nazira balik. Dia renung sepasang mata itu, tunak. Dia nampak dengan jelas gadis yang kalau ikut failnya baru berusia 19 tahun itu keresahan. Tak senang terima renungannya. Kiri kanan Intan Nazira tengok, tapi bukan mukanya."Are you a virgin?" tanya Izzat Imir terus."What?!" Terkuat suara dan ternganga mulut jadinya Intan Nazira dengan soalan minta penampar lelaki bersuara jantan itu.Hajah Salimah tersenyum. Malu-malu. Alvin tergelak. Sungguh-sungguh. Datuk Hamidi pula sentuh dahi dan tunduk muka, geleng-geleng. "Are you a virgin? Answer the question if you want to pass this interview." Izzat Imir ulang tanya."Apa kaitan..." Intan Nazira hilang diksi. Jenis soalan mana ni? Nak masuk sambung belajar ke sekolah jururawatan kat sini wajib ke jawab soalan gaya 21SX tu?"Ada kaitan, sebab tu ditanya. Answer me!"Intan Nazira gigit bibir bawah dan tengok jantan itu, yang tanya dengan suara jantan. "Mmm!""Yes or no, Intan."Intan Nazira ketap bibir kemudian jawab juga. "Yes."Izzat Imir angguk-angguk, selak-selak fail, angkat kepala balik dan pandang Intan Nazira yang sudah merah muka. Pandangannya jatuh sekejap ke hidup Intan Nazira. Lain daripada lain. "Will you marry me, Intan Nazira?" soal Izzat Imir. Sekali lagi terus tanpa belok."What?" Nazira jerit kuat. Sebab terkejut amat."Will you marry me?"
Nazira nganga. Di manakah relevannya soalan ini dengan permohonannya masuk ke sekolah kejururawatan ini?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 05, 2014 07:45

August 21, 2014

#princess-reborn 1

“Assalamualaikum,” ucap Izat terus menyengih tak henti. Sejak dia keluar rumah tadi lagi dia asyik tayang gigi tak henti. Serius tak boleh nak berhenti daripada senyum, senyum dan senyum. Kalaulah dia boleh buat lagu, sah tajuknya Senyum Tak Payah Kata Apa.“Aunty, dah gila orang sangat sebenarnya,” perbetul Izat.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 21, 2014 05:58

July 25, 2014

Ingin Hati Melukis Kata versi Ramadan #2

“Ayang…” panggil Raimi lembut sambil sentuh lengan Ainsya dan goyang perlahan tubuh itu. Tubuh yang di matanya nampak makin susut belakangan ini. Tapi, isterinya suka amat. Sebab nampak solid-molid gaya muda remaja dulu katanya.“Mmm…” Ainsya bersuara sambil tolak-tolak tangan Raimi pada lengannya. Apabila tiada tanda genggaman itu akan longgar, dia tampar-tampar pula gaya nak halau langau.Raimi gelak kecil dengan kerenah isterinya yang comel amatlah di mata. Namun, apabila matanya kerling jam pada dinding yang sudah menghampiri pukul 5.00 hilang terus rasa lucu nak ketawa itu. Masa sudah makin suntuk untuk mereka bersahur. “Ayang, bangunlah. Takkan tak nak sahur? Dekat 5.00 dah ni…” Kali ini Raimi tak bagi muka dah. Dia paut kedua-dua lengan Ainsya lalu diangkat tubuh itu. Dia pula duduk di hujung katil tempat Ainsya tidur, membuatkan tubuh Ainsya terus berdepan dengan badannya yang diiring ke arah isterinya itu. Ainsya buka mata, kelipok-kelipok mata pandang Raimi yang sedang paut lengannya kuat, tampung badannya agar dia duduk tegak begitu. Kemudian dia pejam mata dan lembikkan badan ke arah Raimi. Terus kepalanya jatuh ke dada bidang Raimi.Raimi melepas keluhan. “Ayang, tak naklah macam ni… Abang dah masak dah pun, dah hidang dah pun. Semua abang dah buat, tinggal ayang aje tak bangun lagi. Anak dara kita yang kecik tu pun pandai nak bangun sendiri tau.”Ainsya angkat badan, duduk sambil mencerun pandang kepada Raimi yang masih pegang kedua-dua lengannya, tampung badannya yang sekejap lembik kiri kanan. Meluruskan badan, dia tolak kedua-dua tangan Raimi dengan kedua-dua siku. “Nak mengungkitlah ni?” tanya Ainsya sengit sambil tolak lagi tangan Raimi apabila suaminya cuba tolong dia yang hendak bangun dari katil. Sebab dia bangun gaya menyenget satu macam.“Tak nak sentuhlah. Tak payah tolong!” Suara Ainsya naik satu oktaf sambil pegang dinding cuba imbang badan.“Ayang ni kenapa? Apasal yang mood asyik hangin satu badan aje sejak kebelakangan ni? Tak cukup dengan abang, Awatif pun kena sama. Budak tu kejut ayang sahur kan semalam tu. Bukan kacau tidur awak saja-saja.” Raimi cekak pinggang sambil pandang garang Ainsya. Dia sungguh tak faham dengan tahap degil lain macam Ainsya semenjak beberapa minggu ini. Orang lain bila bulan puasa makin tenang dia nampak. Namun, isteri kesayangannya ini, lain macam barannya, marahnya. Dia memanglah sudah banyak kali kena sound dengan Ainsya gaya dia budak kecil mana entah dan bukan suaminya. Awatif tak payah cakaplah. Mujur sangatlah Awatif senang makan pujukannya. Nak harap Ainsya, baik jangan harap.Mood berubah lain macam satu hal. Hendak ajak bermesra bermanja bagai selalu-selalu pun Ainsya tak ingin. Baru dia sentuh, Ainsya dah jauh. Baru dia mula, Ainsya dah tamatkan. Gaya macam dia adalah manusia paling jijik tak layak disentuh saja Ainsya buat. Sebagai suami, manalah dia tak makan hati dan kecil perasaan. Dia pun nak juga dimanja dan memanjakan. Macam sebelum-sebelum ini…“Abang nak makan sahur pergilah makan. Ayang tak larat. Ayang letihlah…” rengek Ainsya.Namun, di telinga Raimi ia tak manja langsung bagai sebelum-sebelum ini. Suara Ainsya masih tinggi, makanya rengek Ainsya jadi lain macam. Tak sedap di telinga, di hati lagi-lagilah!“Ainsya ni kenapa, hah? Orang puasa kan kena sahur. Sahur tak nak, berbuka pun main-main. Sejak mula puasa sampai sekarang, satu pun pasal abang, pasal Awatif, pasal rumah kita, Ainsya tak kisahkan. Yang Ainsya sibukkan, butik tu jugak. Sana ada masa pulak, sini tak ada langsung. Butik tu lagi penting daripada abang, daripada Awatif?” Raimi meluah rasa. Apa yang dia diamkan dan pendamkan sekian masa, dia lepas semua. Perangai Ainsya sendiri yang buat dia begini dan degil Ainsya sendiri yang buat panggilan manja mereka jadi hilang. Ayang dah tak ada. Mujur juga dia tak layang Ainsya. Dipanggil juga dengan nama isterinya itu.Ainsya yang bersandar pada dinding perlahan-lahan turunkan badan sambil memeluk bahagian perut dengan kedua-dua tangan. “Ayang tak nak gaduhlah…”“Kita tak gaduh. Abang cuma nak tahu, apa masalah ayang? Apa aje yang abang buat, yang Awatif buat, semua tak kena kat mata ayang. Kenapa? Dah tak sayang abang? Dah tak sayang Awatif?”Ainsya kemam bibir sambil duduk mencangkung di atas lantai dengan badan sudah mengerekot ke depan. “Abang tak faham…”Raimi mengeluh, panjang dan perlahan. Melihat keadaan Ainsya masa ini Raimi rasa kasihan. Perlahan-lahan dia hampiri Ainsya dan duduk di hadapan isterinya itu. Apabila Ainsya angkat muka tengoknya, dahinya berkerut. Wajah isterinya itu dibasahi peluh. Merenik tak henti sedang bilik mereke berpenghawa dingin. Dia cuba sentuh jemari tangan Ainsya yang masih peluk badannya sendiri. Namun, Ainsya menolak. Sekali lagi dia terasa hati.“Abang tak faham… jadi, fahamkanlah abang,” ujar Raimi cuba berlembut.Ainsya ketap bibir dan sesekali matanya terkatup-katup. “Ainsya!” Naik sedikit suara Raimi kerana dilihat Ainsya bagai sengaja tak hendak kisah dia.“Sakit…” Mata Ainsya mula hangat. “Ayang sakit, abang…” ujarnya dengan muka tahan sakit, terus peluk perut.Raimi pelik. Namun, melihat Ainsya yang makin menangis sampai teresak dan berkerut muka tahan sakit balik wajah yang makin berpeluh, dia mula tidak senang hati. Kerisauannya makin menhenyak jiwa. Cepat-cepat dia engsot badan mendekati Ainsya, cuba angkat badan Ainsya yang sudah tunduk sampai dahi Ainsya hendak sentuh paha Raimi. Namun, belum sempat dia buat begitu, tubuh Ainsya jatuh lembik ke pahanya.Raimi tergamam.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 25, 2014 07:56

July 12, 2014

Ingin Hati Melukis Kata versi Ramadan #1

13 Jun 2014, AhadSudah dua minggu umat Islam berada di bulan Ramadan, menikmati keindahan dan kemurniaannya. Raimi senang hati dengan kehadiran Ramadan kali ini. Tahun ini, sudah tujuh tahun dia berpuasa sebagai suami kepada Ainsya Najma. Kekasih hatinya yang jadi racun dan penawar. Masa ini, dia rasakan Ainsya adalah racun dalam jiwanya. Tak, bukan masa ini saja. Sebaliknya sejak mereka mula berpuasa pada hari pertama lagi dia rasakan Ainsya itu racun dan makin lama racun itu makin menguasai perasaannya. Raimi takut satu saja—mati diri ditelan racun dalam hati!
“Babah…”
Awatif angkat sebelah tangan paras bahu dan gedik-gedikkan gaya pergi-pergi. Tergelak Raimi sambil tinggalkan ruang dapur, hendak dapatkan bilik tidur dia dan Ainsya di atas sana. Sedarkan isterinya yang entah mengapa tahun ini lain macam ragamnya bila berpuasa. Alahai, isteri… Siapa budak ni? Siapa lagi kalau bukan anak dara Raimi & Ainsya -- Awatif Najwa 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 12, 2014 11:36

June 20, 2014

Princess-reborn teaser #2


Someone is here to grab Izat Effy from Intan Nazira. Huh?!
“Aunty harap Izat faham apa aunty kata semalam. Aunty terpaksa guna cara tu untuk pastikan Izat tak lepas tangan lepas apa dah jadi pada Amelia. She’s like this because of you. Perempuan tu menggila sebab Izat.”
“Kita tunggu sampai Ame sihat dulu, aunty. Nanti kita bincangkan hal ni. Buat masa sekarang… kita dulukan kesihatan Ame.
“Dah macam ni… takkan Izat nak lepas tangan? Dia perlukan Izat. Sepenuh perhatian Izat dan perasaan Izat. Izat kena bertanggungjawab atas apa dah jadi. Izat kena kahwin dengan Amelia!"
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2014 09:27

June 7, 2014

Princess-reborn teaser

"Bila nak kahwin dengan Izat?"
Apabila Nazira terus diam, Izat sambung cakap, "Kalau tak nak tak apa. Jangan nak marah kalau Izat kahwin dengan…" Sengaja Izat berhenti. Dia buat muka budak baik apabila pandangan malu Nazira berganti raut tak suka. Cop cemburu nampak sangat pada dahi itu.
"Dengan jiran depan rumah?" Sinis Nazira soal.
Izat mendecit. "Haip! Izat hanya Ira punya, okey…" Izat besarkan mata gaya hendak menggertak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 07, 2014 13:09

February 11, 2014

PRINCESS-reborn | Bab 4

IZAM melempar diri ke atas katil. Penatnya. Tapi, yang menariknya, bila tengok wajah Aiza, semuanya jadi hilang. Aduh, seronoknya sebab dapat tenung wajah itu selalu. Akan terubatlah nanti rasa rindu di hati. Gundah-gulana akan hilang. Hmm… aku akan gunakan peluang ni untuk tawan hati kau. Aku akan pasti miliki hati kau, cik adik sayang. Sebab, nak cepat-cepat bawa balik rumah ni. Nanti bolehlah tengok selalu bila penat. Pengubat segala lara hati, 24/7 di samping, lagilah menarik!Tuk! Tuk! Tuk! Pintu biliknya dibuka dari luar.La… orang baru nak mula berangan. Dah ada pulak orang kacau. Potong stim betullah! “Hah, Izat, apanya? Kacau orang ajelah,” gerutu Izam geram setelah pintu biliknya dibuka. Terus dia bangun lalu duduk di atas katil. Adiknya ikut duduk tidak jauh.Izat tutup hidung. “Busuknya…”Izam memegang hujung bajunya yang masih belum bersalin. Dicium. Yaks! Bau hacum. Izam sengih seperti kerang busuk. Cover baik punya.“Abang tak mandi lagi ke?”Izam geleng. “Alah, abang ni sentiasa wangi. Tak payah nak mandi-mandi.”Izat mencebik. “Pirah! Bau wangi macam adik-beradik kambing adalah. Uwek!”“Yalah, yalah. Kejap lagi abang pergi mandilah. Yang Izat ni nak apa?”“Mummy panggil turun. Minum petang. Cepatlah. Izat tunggu kat bawah tau. Tapi mandi dulu ya, bagi wangi macam Izat ni.”“Pigi dah!” Izat bangun dan terus capai tuala lalu ke bilik air.Izat tersengih. Nasiblah, abang oi. Siapa suruh rajin belajar perubatan. Hari orang cuti pun dia kena kerja. Terus Izat keluar dari bilik Izam, segera mengatur kaki ke ruang makan semula. Perutnya berkeroncong minta diisi. Agaknya kuih apa yang mummy buat ya? Ah, kuih apa pun tak kisah. Kalau mummy yang buat, mesti best!“Izat, abang kamu mana? Macam putera raja pulak dia, nak dinantikan,” soal Encik Shafei setelah terpandangkan anak bongsunya.“Atas, baru nak mandi.” Izat tarik kerusi di sebelah Encik Shafei, yang mengepalai meja, lalu duduk.“Baru mandi? Apa ajelah yang dibuatnya dari tadi?” sampuk Puan Zefrina, menuang air teh O ke dalam cawan lalu diletak di hadapan Izat.“Entah. Ingatkan buah hati agaknya,” ujar Izat selamba mencapai cookies kegemaran dia dan abangnya yang terhidang.Encik Shafei dan Puan Zefrina hanya tersenyum. Kalau betul pun tak ada apa hendak dimarahkan. Anak teruna mereka itu bukannya muda lagi. Dah layak berbini pun. Cuma Izam saja tak mahu. Tak ada yang berkenan di hati, konon!“Hei, apa kutuk-kutuk abang ni, hah?” soal Izam menarik kerusi di sebelah adiknya seraya melabuh punggung.Encik Shafei hirup air teh yang disediakan lalu diletak kembali ke atas piring cawan. Dia merenung Izam. “Cepat kamu mandi?” “Mandi koboi, papa, mana tak cepat?” sampuk Izat rakus mengunyah cookies.“Hei, sorrylah. Abang tak mainlah mandi koboi.”“La… Siapa pulak main?” Izat cebik.“Isy, budak ni!” Izam mengetap bibir, geram. Bagi pandangan hendak makan Izat.“Sudah, sudah. Tak payah nak bertikam lidah lagi. Mummy buatkan cookies kegemaran kamu berdua tu, makanlah. Ambik lagi, Izam, Izat.”Izat dan Izam pantas mencapai lalu dikunyah rakus. Lawan siapa lebih cepat. Siapa paling hebat. Macamlah budak tak cukup umur lagi.Puan Zefrina sekadar menggeleng melihat telatah anak-anaknya itu. “Perlahan sikit. Karang tercekik siapa yang susah? Kamu berdua ni, macam tak makan sebulan.”Dua adik-beradik itu sekadar sengih. Suka buat aksi begitu sebab suka nak dengar mummy tegur begitu.“Ha, Izam, macam mana dengan kerja kamu?”“Aaa…” Mulut Izam masih penuh dengan cookies. “Abang ni pun. Biarlah budak tu habis makan dulu,” ujar Puan Zefrina, menampar lembut bahu suaminya. Lelaki itu sekadar angguk kepala, tersenyum.“Okey aje, papa,” jawab Izam setelah mulutnya kosong.Encik Shafei angguk.“Mana tak okey, papa. Buah hati sentiasa di sisi,” ujar Izat ketawa.Izam merenung adiknya. Macam mana budak ni tahu? Isy! Buatnya kalau diheboh, tak ke niaya aku.“Siapa orangnya, Izam? Boleh mummy tau?” Puan Zefrina ingin tahu. Sangat-sangat. Sebab Izam bukan macam Izat. Izat kawan perempuannya ramai. Tak ada nak rahsia-rahsia. Tapi, tak pernah seorang pun dibawa pulang ke rumah, diperkenal. Harap terjumpa di tengah jalan ketika mereka berdua atau budak-budak perempuan zaman sekolah dulu yang bertandang mengejut dengan adegan air mata duyung. Tapi, budak-budak perempuan yang pernah dia terserempak, memang waktu itu tanpa kompromi Izat kenalkan kepadanya. Itu tandanya gadis itu mangsa. Lagi!Tapi Izam, lain orangnya. Perwatakan serta cara Izam bawa diri juga tak sama. Sebagai anak sulung, Izam betul-betul layak dipanggil abang. Perangai semenjak kecil tak pernah memeningkan dia atau suaminya. Dengar kata, ikut cakap. Hendak melawan pun jarang sekali. Cukup mudah menjaga Izam, sampai ke dewasa. Namun, soal hati, cukup susah dijaga. Izam perahsia amat. Kalaupun Izam pernah ada kawan perempuan, dia tahu pun bila Izat buka cerita. Kalau tak, memang tak adalah telinga dengar. Pasal hati, Izam cukup tertutup dan sangat malu ungkap rahsianya. Mungkin perangai itu diperturun daripada dia. Kerana begitulah dia di zaman muda dulu. Izat sah sangat copycat papanya!“Mana ada, mummy. Izat ni… memandai aje!” Izam besarkan mata ke arah Izat. “Eleh, malu pulak! Janganlah malu-malu,” usik Izat, siap siku lengan Izam. Rasa syok pula tengok abangnya tenung dia bagai nak telan. Dia faham maksud renungan berupa amaran itu, tapi saja nak buang masa. Keh! Keh! Keh!“Mana ada. Memandai aje Izat ni!” Izam mengetap bibir. Budak ni saja buat tak faham pulak! Nanti abang kerjakan kau kat atas!“Cakaplah, Izam. Siapa gadis bertuah tu?” Puan Zefrina seolah-olah mendesak. Kalau boleh nak desak habis-habisan, bukan seolah-olah lagi. Hendak tahu sangat. Bukan setiap tahun anaknya jatuh kasih. Pembetulan, bukan setiap tahun Izam jatuh kasih. Kalau Izat, memang ya. Setiap tahun, lebih daripada himpunan sambutan hari raya semua bangsa!“Mana ada, mummy.” Izam mula melurut belakang kepala. “Apa salahnya kalau kamu cakap, Izam? Bukannya mummy kamu tu nak pergi pinang dia terus,” ujar Encik Shafei dengan nada bergurau. Padahal dia memang kenal sangat isterinya. Kalau tahu siapa gadis yang berdiam dan mendapat tempat di hati Izam, memang itulah hal pertama akan dilakukan. Mula kata saja nak kenal. Dua jam kemudian, saya pinang teruslah! Semangat nak dapat menantu punya pasal.“Okey. Kalau papa dan mummy nak tau, Izat boleh bagi tau.”Izam cubit paha adiknya dari bawah meja makan. Tak faham isyarat, meh kasi aksi terus. Aksi yang sangat thrill!“Auch…” Izat tenung abangnya. Mukanya berkerut menahan sakit.“Kenapa tu, Izat?” soal Puan Zefrina hairan. Lihat antara muka lurus Izam dan wajah kerut Izat.Izat ligat menggeleng. “Tak... Tak ada apa-apa, mummy. Mmm… Izat gurau aje tadi, mummy, papa. Bukannya betul. Abang tak ada siapa-siapa lagi. Belum ada. Sungguh tak ada.”Izam pandang Izat gaya muka abang-bangga-dik. Lepas itu baru tangan di paha kekar adiknya alih ke bahu adiknya. Tepuk-tepuk tunjuk bangga.Fuh, baru nak lepas. Izat gosok pahanya yang terasa sengal akibat cubitan Izam. Nak bunuh orang ke apa?! Doktor apa macam ni! Mencederakan orang!Puan Zefrina bangkit daripada duduknya. Dihampiri Izat. Bahu pemuda itu disentuh lembut. “Izat, mummy tau Izat sembunyikan sesuatu daripada mummy. Cakaplah pada mummy, siapa gadis tu, budak perempuan tu. Mummy bukannya apa… nak tau aje. Nak harap abang kamu cakap, baik jangan harap. Izat, cakap pada mummy ya?”Izat telan liur. Gulp! Fuh, menggodanya mummy aku bila cuba menggoda. Tahap dewa-dewi. Padanlah pun papa tertawan. Dia tenung abangnya yang tergeleng-geleng macam orang tiga suku. Ditenung pula mummy yang tersenyum manis setia menanti. “Izat tak tau, mummy.” Izat sengaja capai cookies lagi, penuhkan mulut supaya tak jadi mangsa goda dan soal lagi. Dahlah I spesies tak tahan godaan tau!Puan Zefrina mengeluh. Terus kembali ke kerusinya semula. Terjuih mulut. Tak boleh nak ajak join!“Siapa budak tu, Izam?” soal Encik Shafei setelah isterinya gagal memujuk Izat. Dia bukannya apa, memang kepingin sangat pun nak bermenantu. Cuma, anak sulungnya itu saja ada banyak alasan bila dibincangkan pasal kahwin. Dan, dia pula tak hendak terlalu memaksa. Tapi, andai benar Izam ada pilihan, hendak jugalah dia tahu. Turunkan ilmu kalau perlu. Dia kan Kasanova pencen! Dan, sekarang Izat pewaris gen Kasanova itu.Izam mengeluh dalam diam. La… Tak habis lagi ke? Tak jawab karang dikata kurang ajar pulak. Hmm, baik jangan cakap hal yang sebenar. Lagipun, benda ni tak pasti lagi. Bila dah dapat, aku tak tunggu dah. Rembat terus! Cececeh…“Tak adalah, papa, mummy. Izat gurau aje tu. Tak gitu, Izat?”Izat pantas mengangguk. Sokong terus sebab takut kena ketam lagi. Apalah abang ni. Tu pun nak takut!“Tak apalah kalau Izam tak nak bagi tau. Tapi, kalau dah ada pilihan, bagi tau mummy cepat-cepat. Bolehlah mummy masuk meminang gadis pilihan kamu tu. Lagi cepat kamu kahwin, lagi cepatlah mummy timang cucu.” Puan Zefrina tersenyum, berangan-angan.Mak eh, cucu? Mula pun belum, perayat pun tak sudah, kahwin pun tidak, ni dah fikir pasal cucu. Susah, susah! Apa mummy aku ingat kahwin ni macam pilih kuih kat Mak Cik Midah tu ke?“Apalah mummy ni. Abang tu kahwin pun tak lagi. Macam mana nak dapat cucu? Ingat jatuh dari langit ke?” Izat ketawa geli hati. Pandai jugak mummy aku ni buat lawak antarabangsa. Adoi, lawaknya!“Ha, yang kamu tu bila lagi, Izat? Tak ada lagi ke pujaan hati?” soal Encik Shafei renung anak bongsunya pula. Izat berhenti mengunyah. Takkan aku pulak mangsa seterusnya?“Keliling pinggang, bang. Tak ubah macam perangai abang masa muda-muda dulu.” Puan Zefrina menjeling Izat yang tersengih nakal kemudian suaminya yang sama sengih nakal. Kasanova pencen dengan Kasanova kini.“Eh, mestilah. Bapa borek anak rintik. Ke mana tumpahnya kuah laksa kalau tak ke dalam pinggan laksa, Rina sayang. Nanti bila dia dah jumpa dengan gadis yang benar-benar menawan hati, memikat diri, yang dicintai, ha, mesti setia habislah. Macam kita dulu-dululah, sayang, pengarang jantung abang. Sekali tangkap suka, suka sampai mati. Sekali jatuh cinta, tiap-tiap hari jatuh cinta lagi.” Encik Zhafei mengerdip mata. Selamba capai tangan isterinya lalu dikucup kura tangan wanita itu.“Abang ni, ke situ pulak dia.” Puan Zefrina menyiku lengan suaminya. Namun, senyum yang menjengah bibir tiada putus. Selesa dengan sikap romantis suami yang serupa dulu.Izat dan Izam tersenyum lihat gelagat pasangan itu. Walaupun papa dan mummy dah tua… eh, taklah tua sangat. Okey, walaupun papa dan mummy sudah terlebih matangnya, namun mereka masih romantik macam pasangan pengantin baru. Romantik gila. Tak percaya tengoklah…“Kamu nak tau cerita masa papa muda-muda dulu?” soal Encik Shafei.Izat dan Izam angguk ghairah. Mestilah nak tahu. Kisah dulu-dulu ni kalau dengar kadang-kadang jadi syok. Kalau selalu jadi kurang siok.“Dulu papa ni macam Izat jugak. Eh, tak seteruk Izat kut. Kurang sikitlah. Papa ni dulu playboy terkenal. Tapi, lepas jumpa mummy kamu, fuh, cair terus! Tak pandang perempuan lain.”“Macam mana papa kenal mummy?” soal Izam ingin tahu.“Sudah, sudah… Tu semua cerita lama, tak payah abang nak ungkitkan lagi.”“Alah, mummy ni tak sportinglah. Ceritalah, papa. Izat nak tau jugak macam mana papa dengan mummy bertemu kemudian bersatu sehingga lahirnya Mohd Izam Effy, jejaka yang tampan, tapi agak pemalu, eh, tak malu sangat. Dan, adiknya Mohd Izat Effy, jejaka yang kacak lagi tampan dan malu bertempat orangnya.” Kembang kempis hidung Izat memuji diri sendiri.“Apa ke bendanya jejaka yang pemalu, tapi tak malu sangat tu, Izat?” Izam hairan. Agaknya adik aku ni belajar daripada Pak Cik Din Beramboi.“Maksudnya…” Izat seolah-olah berfikir. “Pemalu, tapi tak malu sangatlah.”“Budak ni. Sama jugak jawapan yang dia bagi.” Izam ketap bibir.“Isy, abaikanlah benda tu. Ha, papa, ceritalah. Silakan.” Izat masih mendesak.Encik Shafei tenung isterinya. Wanita itu angkat bahu tanda tiada bantahan. Dia menarik nafas panjang. “Yang terperinci ke tak terperinci?”“Terperinci!” Izat dan Izam bersuara serentak.“Baiklah. Macam ni. Dulu… lepas papa habis studi, papa tak terus cari kerja. Yalah, dah lama perah otak studi itu ini, papa cadang nak enjoy puas-puas sebelum ambil alih syarikat datuk kamu. Datuk kamu pulak ikut ajelah. Tambah nenek kamu kuat menyokong. Hah, dapat peluang, enjoy mautlah. Masa nilah papa ambil peluang pikat satu, satu gadis. Tak taulah berapa ramai yang jadi mangsa, lupa nak kira. Sambil tu papa cuba-cuba jugak pikat mummy kamu ni. Tapi, susah sikitlah. Orang lawa, jual mahal dulu. “Tak lama lepas tu datuk kamu dapat tahu sebab gadis-gadis yang papa perangkap tu pakat-pakat jumpa dia. Apa lagi, mengamuklah dia. Dia paksa papa mula kerja kat syarikat, jadi terpaksalah papa ikut. Nah, tup-tup papa jumpa mummy kamu kat sana. Rupanya mummy kamu ni setiausaha datuk kamu kat ofis. Apa lagi, papa mulalah dengan strategi.”“Mummy mesti cun masa tu, kan?” soal Izat, menyampuk.“Isy, mestilah. Sekarang pun masih cun apa. Silap hari bulan orang kata kakak kita pulak, Izat.” Izam mengerdip mata lalu ketawa perlahan. Sempat pandang mummy yang memang ramai jangka kakak sulung mereka.Puan Zefrina sekadar menggeleng. Malas dilayan tiga beranak itu. Kalau sudah bekerjasama, ada saja cakap-cakapnya.“Lepas tu, papa?” Izat lanjut bertanya.“Mula-mula tu papa ingat nak jadikan mummy kamu koleksi, macam gadis-gadis lainlah. Mangsa buaya tembaga. Alih-alih papa pulak yang terkena. Kecantikan mummy kamu, kesabaran dan kelembutan dia, kewanitaan dia, benar-benar pukau papa. Walaupun masa tu mummy kamu belum peluk Islam, tapi nasihat dia banyak ke arah keislaman. Mummy kamu banyak sedarkan papa. Papa mula tertarik dengan mummy kamu dan lama-lama perkenalan tu buahkan bibit-bibit percintaan yang alhamdulillah mekar sampai hari ni.”“Fuh-fuh, romantisnya…” Izam feeling habis. Kalaulah aku dengan Aiza macam tu, mesti syok.“Feeling ke? Terbayang-bayang, terharap-harap?” usik Izat suka. Faham sangat dengan tangkap layan abangnya waktu itu.“Tapi…” Encik Shafei pandang Izat dan Izam silih berganti. Sila kembali pada topik asal. “Kamu nak dengar lagi tak?”“Nak, nak, nak!”“Hah, diam dan dengar. Dalam masa papa tengah cuba-cuba nak tawan hati mummy kamu, ada sorang lagi laki cuba tawan hati mummy kamu. Yang mummy kamu pulak melayan. Papa apa lagi, tak menyerah kalah. Satu hari tu, papa pergi rumah mummy kamu. Papa ikat surat pada batu dan buang ke tingkap bilik mummy. Hah, esoknya mummy kamu mengamuk dengan papa. Tayang batu depan muka papa. Jadi, papa pun curah isi hati papa. Sungguh-sungguh punya sebab mummy kamu ingat surat papa tu mainan aje. Hah, terdiam mummy kamu. Lepas tu malu nak tegur. Tapi, lama-lama mahu.” Encik Shafei tenung isterinya yang tersenyum malu. Izat dan Izam tersengih.“Malangnya percintaan kami dapat tentangan ayah mummy kamu. Yalah, waktu tu mummy kamu belum masuk Islam. Tapi, hati mummy kamu dah terbuka untuk dalami agama yang Esa ni. Menurut ayah mummy kamu, papa sengaja nak pengaruh mummy kamu agar berpaling daripada agamanya. Papa dilarang berjumpa dengan mummy kamu sampaikan mummy kamu tak dibenarkan bekerja lagi. Siap kena paksa tinggalkan Melaka. Mulanya memang papa patah hati sebab papa tak ada sebarang peluang untuk temui mummy kamu. Papa betul-betul sedih. “Mujur jodoh kami panjang. Mummy kamu jumpa papa, kata pada papa, dia bukan lagi Zefrina Donald, tapi Zefrina Abdullah. Jadi, ayah mummy kamu tak ada alasan untuk halang kami berkahwin. Tambahan pulak perhubungan kami dapat persetujuan nenek kamu, ibu mummy. Jadi, papa hantarlah pinangan dan akhirnya…”“Akhirnya papa dan mummy pun berkahwin dan hidup aman dan bahagia. Happily ever after. Tak nak cerita ke macam mana abang dan Izat dilahirkan?” soal Izat tenung wajah papanya.Encik Shafei, Puan Zefrina dan Izam tenung Izat tanpa berkelip. Izat telan liur. Aku salah cakap ke? Eh, yalah! “Izat tahu.” Izat ketawa.“Papa, kisah cinta papa dengan mummy kalau dibuat novel atau drama, mesti menarik,” sampuk Izam.Encik Shafei dan Puan Zefrina sekadar senyum. “Agaknya Izat pun akan jumpa dengan seorang gadis yang macam papa cerita. Mula-mula playboy, kemudian jadi Shah Jehan yang terus setia kepada Mumtaznya. Tak gitu, Izat?” Encik Shafei menyoal Izat. Izat senyum menggeleng. Rasa dia hanya papa dengan mama ada peluang rasa jadi Shah Jehan dan Mumtaz. Habis sampai situ saja. Sebab dia nak perempuan yang benar-benar perempuan. Bukan macam minah-minah yang menyendengnya sekarang ini. Dia orang semua low class. Itulah rasa hati Izat. Sebab mereka mencari hubungan nafsu dan bukan cinta.Izat geleng terus. Yakin, pasti hatinya bukan mudah terpaut sebegitu saja. Dalam suka melayan perempuan yang mendekat, dia sebetulnya terlalu memilih. Teramat!“Tak mungkinlah, papa…” ujar Izat perlahan, terus menggeleng-geleng.Encik Shafei dan Puan Zefrina saling memandang. Walaupun raut anak bongsu mereka itu nampak hampa satu macam, namun boleh pula mereka saling kongsi senyum. Izam saja tak perasan sebab sibuk nak qada’ balik cookies yang Izat makan dulu sebelum dia turun tadi.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 11, 2014 11:30

February 5, 2014

PRINCESS-reborn | Bab 3

JAZMINE menolak kasar pintu kaca tersebut. Pintu kaca yang bakal membawa dia ke bilik lelaki itu. Lelaki yang memberi janji, kemudian sesedap rasa merentap ia. Tak ada minta izin sedikit pun. Sebagaimana masuk ke dalam hidupnya, tiba-tiba, begitu juga keluarnya. Tiba-tiba. Dah tu, dia sendiri pun tak tahu bila hal itu berlaku. Ada orang tolong beritahu, barulah dia pasti.Meluru terus tanpa kisahkan mata yang melihat atau mulut yang mengata, terus sahaja Jazmine ke bahagian kewangan sebab orang yang hendak dia jumpa ada di situ. Jumpa dan serang! Nak melepas rasa kan!“Encik Izat ada?” soal Jazmine sambil laju saja bawa kaki ke meja Zulaikha. Setiausaha kepada eksekutif kewangan di situ. Itulah pangkat yang dibawa lelaki itu, yang akan menerima marak perasaannya sekejap lagi. Zulaikha kelihatan tersentak dengan kedatangan tiba-tiba Jazmine. Tambah apabila Jazmine selamba badak mengetuk-ngetuk geram mejanya, hendak tahu juga-juga ada ataupun tidak bosnya itu.“Aaa… Dia ada di dalam. Tapi dia tak mahu diganggu orang,” terang Zulaikha mula sedar diri. Terus dia bangun dari kerusi, tegak berdiri. Adegan sebegini dia sudah biasa. Satu bahagian kewangan itu sudah imun. Sebab itulah semua staf kewangan yang ada sibuk menunduk saja buat kerja sesudah sekali jeling meja Zulaikha. Dah tak hangat atau sensasi lagi. Hanya basi sebab luput tarikh mati.“Tak mahu diganggu? Ah, sudah!” Jazmine gelak sinis kemudian terus mengalih arah kaki, ke bilik Izam. Zulaikha laju mengikut, cuba menghalang, namun gagal. Jazmine lebih awal pulas tombol pintu bilik yang bidainya tertutup elok semua, tidak memberi peluang siapa pun melihat tubuh di balik itu. Daun pintu menganga, sebagaima Zulaikha menganga.Izat panggung kepala melihat kedua-dua gadis di hadapannya. Dia letak pen dan menutup fail di hadapannya. Tenang.“Maafkan saya, Encik Izat. Saya…” Zulaikha mula nganga lagi sebab tak tahu nak susun ayat macam mana. Walaupun dia sudah terlalu biasa berdepan dengan hal begini, tapi dia masih tak biasa dengannya. Yalah, yang datang menyerang bukan seorang. Setiap orang ada kerenah dan perangai sendiri. Takkan boleh guna taktik yang sama bila berdepan dengan hal biasa apabila yang datang itu bukan orang biasa, bukan perempuan yang sama. Awal dulu, ada jugalah Zulaikha mengira berapa kali kes begini berulang. Tapi, lepas habis jari kaki dan tangan, Zulaikha sudah malas mencongak. Ambil posisi, jadi nanti, aku fikirlah balik!“Tak mengapa, Zulaikha. Awak boleh pergi,” ujar Izat tersenyum kepada Zulaikha kemudian merenung wajah Jazmine yang menyinga. Mukanya hilang senyum. Selamba saja melihat Jazmine yang merah padam muka, sama dengan pemerah pipi yang merah macam kena sepak.“Ya, Jaz? Ada apa hal?” soalnya setelah Zulaikha keluar.“Siapa betina semalam tu, hah?” soal Jazmine bengis. Muka yang sentiasa cantik dengan mekap tebal berubah hodoh di mata Izat. Yalah, harap lawa dengan tampal mekap tebal-tebal saja!“Semalam bila pulak?” Izat terus selamba. Malah, sudah bangun dari kerusi lalu berdiri dengan meletak separuh punggung pada meja. Kedua-dua tangan pula saling bersilang.“I nampak you berkepit dengan betina tu… di Butik Ayu semalam!” Jazmine seolah-olahnya hilang diksi. Berselirat habis ayat yang hendak keluar. Marah yang amat punya bahana.Izat tersenyum. “Oh… dia. Kawan aje.”“Oh… kawan…” Izat lihat saja marah yang tadinya menjadi-jadi dan hangat macam hendak bakar orang hilang bak baru dijirus air. Malahan badan lampai dan ramping tak cukup kain itu, yang awal tadinya tegang satu macam mula jadi lemah gemalai. Terliuk sana, terlentok sini. Izat juga diam apabila Jazmine mendekatinya dengan muka buat-buat malu malahan senyum pun senyum jemput-jemput macam orang miang. Jazmine berdiri di depann Izat, tangan gadis itu panjang saja ke dada Izat, bermain-main dengan tali lehernya. Dipusing-pusing arah sini, arah sana. Manja.“Malu I…” Mulut Jazmine menjuih-juih, jari telunjuk cucuk manja dada Izat. Tapi, tetap jaga ayu supaya nampak seksi. “Malu? Eh, kenapa pula you nak malu?” Izat hairan. Seterusnya tangan Jazmine pada dadanya dialih. Apabila Jazmine pelik dengan sikapnya, sengaja Izat arahkan muka ke luar bilik. Walaupun dia yakin, takkan ada yang boleh lihat dengan bidai menutup bilik itu, tapi sengaja dia memberi alasan. Dan Jazmine menelan ia, sebagaimana semua cakap-cakapnya. “Tentulah I malu,” kata Jazmine, masih berdiri di hadapan Izat, dalam jarak yang dekat. “I bagi tau semua kawan I yang you ni boyfriend I. Tapi bila dia orang nampak you dengan perempuan tu, dia orang sangka I sengaja ada-adakan cerita.”“Boyfriend? Excuse me! Apa maksud you ni?” Izat buat muka terkejut gaban kemudian bergerak menjauhi Jazmine. Berdiri sempurna ketinggian 178 sentimeternya.“Yalah. Betul kan kata I?” Jazmine mula bermain-main dengan hujung rambut sendiri, manja jongket bahu sana sini.Izat tersenyum. Yaks! Tergedik-gedik gitu ada hati nak jadi girlfriend aku! Ah, sorry! Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan! Kirim salam!“Hei, bila masanya I kata I suka you? I tak pernah kata macam tu pun. Atau apa-apa pun yang boleh buat you perasan sampai macam ni. Tak pasal-pasal I kena jadi boyfriend pulak. Heh!”Jazmine bulat mata. Sangat tidak percaya!“Apa kenanya dengan you ni? Bukan ke selama ni you selalu kata yang you sayang I dan… I… I wanita paling cantik pernah you jumpa. Betul tak?” Hilang sayang manja Jazmine. Berang menyerang kembali. Tambah dua kali ganda daripada awal tadi, waktu dia rempuh masuk ke sini.Geram benar Jazmine dikata perasan oleh pemuda ini. Tahulah kau tu kacak, tampan, handsome. Serba-serbi sempurna sebagai lelaki dalam senarai wanted. Tapi jangan nak tinggi dirilah. Kalau kau tu muka macam tukang cat rumah aku dulu tu, haram aku nak pandang! Never!Izat senyum kemudian kembali duduk di kerusinya. Siap menyilang kaki. “Itulah you… jangan cepat perasan. I mengaku yang I pernah kata pada you yang I sayang you. Hmm, I pernah kata gitu kat Zulaikha. Tapi I bubuh koma, sebagai adik dan you… koma, sebagai kawan. Tak lebih daripada tu!”“You tipu!” bentak Jazmine.Izat angkat bahu. “Lain kali otak letak kat kepala, Jaz, bukan kepala lutut.”“You… you… I tak percaya apa yang you kata ni! Habis tu, kenapa you kata hanya I wanita paling cantik yang pernah you jumpa? You kata, kan?” Jazmine masih tidak puas hati.“Ya, I mengaku yang I pernah kata macam tu. You adalah wanita paling cantik yang I pernah jumpa, setakat I belum jumpa yang lebih cantik daripada you. Rasanya sekarang I dah jumpa, yang lebih cantik daripada you.”“Siapa?”“Dua hari lepas ada satu nenek tu pindah masuk rumah jiran I. Bila I tengok dia… Wah, nenek vogue tu sepuluh kali ganda lebih cantik daripada you.” Izat ketawa mengekek. Suka tengok muka masam-masam kelat Jazmine dengan mata terjojol.“You dah melampau, Izat! I tak sangka you seteruk ni! Jantan penipu! Buaya darat! I hate you, I hate you!” sumpah Jazmine terus menuju ke arah Izat, memukul-mukul dada bidang Izat.Izat genggam kedua-dua tangan gadis itu, perlahan-lahan bangun. Apa ingat tak sakit ke oi? Dia senyum merenung Jazmine yang menyinga. Perempuan, perempuan… Itulah, dah kena baru nak sedar. Mudah sangat jatuh cinta, tambah kalau lelaki itu kacak dan maco macam aku. Keh, keh, keh!Jazmine merentap tangannya lalu terus keluar dari bilik itu. Izat angkat bahu, selamba duduk lalu meneruskan kerja yang terganggu seketika tadi. Seolah-olahnya tiada apa. Baru dia buka fail semula tiba-tiba sekali lagi Jazmine melangkah masuk. Apa lagi yang minah ni nak? Tak habis-habis menyusahkan hidup aku!“Ada lagi yang you nak kata? Masih tak puas hati?” soal Izat menyindir.“Nah… Ambik balik hadiah yang you bagi kat I. I tak mahu simpan barang yang diberi oleh jantan macam you!” Jazmine melempar sepasang anting-anting ke atas meja Izat lalu terus berlalu. Namun, terhenti setelah Izat memanggilnya. “Apa?” soal Jazmine garang.“Err… kalau tak salah I, mini skirt yang you pakai tu pun I yang beli, kan? Kenapa you tak bagi balik kat I…?” Izat senyum nakal.Muka Jazmine merah padam. Marah ada, malu pun ada. “Nanti I bagilah! Takkan nak bagi sekarang kut!”“Tak payahlah, Jaz. I tak perlukannya pun.”Jazmine mendengus. Dia terus keluar. Pintu dihempas.Izat bersandar pada kepala kerusi, ketawa geli hati. Jahat jugak aku ni ya! Hmm… kalau semua perempuan gaya nilah, baik aku tak kahwin. Aku nakkan perempuan yang betul-betul perempuan. Yang boleh buat aku kenal harga hati, harga cinta. Tapi… bukan dah masuk kategori pupus ke yang macam tu? Terfikir-fikir Izat jadinya.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 05, 2014 03:26

Bikash Nur Idris's Blog

Bikash Nur Idris
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Bikash Nur Idris's blog with rss.