Bikash Nur Idris's Blog, page 5
October 18, 2014
Princess-reborn | Prolog

“IZAT nak ke mana tu?” soal Puan Zefrina setelah terpandangkan anak terunanya yang baru turun dari anak-anak tangga.“Keluar. Nak ambil angin,” ujar Izat sepatah lalu segera mencapai kunci kereta Toyota Celicanya. Izat pantas masuk ke dalam perut kereta. Tidak endah akan si ibu yang terus melihat dari muka pintu apabila dia mengundur kereta, keluar dari pekarangan rumah banglo dua tingkat itu. Apabila daya tiada, apa mampu dia untuk memujuk hati si ibu yang rawan? Sebab Izat juga begitu. Sama rawan.Puan Zefrina sekadar menggeleng. Begitulah keadaan anak bongsunya itu semenjak kehilangan Nazira, insan yang paling disayanginya. Maafkan mummy, Izat, mummy tak berdaya nak buat apa-apa. Kasih kamu terlalu utuh buat gadis tu hinggakan tak ada siapa dapat menggantinya. Kasihan anak mummy… Satu keluhan panjang dilepaskan. Puan Zefrina berlalu dari muka pintu. Kerana dia tidak ada kuasa membantah tindakan anak itu. Tindakan yang lahir kerana hati sendiri tidak terurus, sebagaimana diri.* * *Kereta Toyota Celica merah yang dipandu Izat meluncur laju tanpa tahu destinasi hendak dituju. Dia hanya hendak keluar seketika tadi. Berada di dalam kotak yang dipanggil bilik tidur itu buat dia rasa sesak. Lemas menghimpit, membujuk perasaan untuk jadi hiba apabila mengenang segala yang telah berlalu. Walaupun ada pepatah menyatakan masa pengubat segalanya, namun yang sakit itu tetap ada rasanya. Kalau dipertonton hati yang satu ini, mungkin luka berdarah sudah tidak nampak dek mata kasar. Tapi, hakikatnya ada parut luka yang boleh ditangkap mata kasar itu. Tambah apabila jahitannya tak sempurna. Sakitnya perasaan. Peritnya kenyataan.Hmm, nak ke mana ya? Isy, berkeroncong pulak perut aku ni! Itulah, tadi mummy panggil makan, tak nak! Izat menggerutu dirinya sendiri. Baik aku pergi makan kat KFC dekat selekoh sana tu. Sebab Izat sedar, dia masih perlu makan walaupun ikut hati tak hendak, ikut jiwa tak mahu. Dia perlu makan untuk keluarganya. Terutama mummy. Itu dia perlu buat.Terus kereta dilajukan ke restoran KFC terdekat dengan jalan dilalui. Dia meletak kereta di tempat parkir lalu keluar dari perut kereta. Hendak tak hendak, dia menolak pintu restoran makanan segera tersebut. Ah! Kenapa ramai sangat? Namun, memikirkan perut yang menagih isi, dia beratur saja, menanti giliran memesan makanan.“Makan, encik?” Seorang gadis tersenyum manis apabila giliran Izat tiba. Dia membalas, walaupun senyum itu dipaksa-paksa. “Zinger one, Coke and fries.”“Makan sini, bawa balik?” soal gadis itu lagi.“Makan sini.”Gadis itu segera menyediakan pesanan. Lincah jemarinya melaksanakan tugas. Mungkin sudah biasa. Izat memerhati sahaja, sampailah dulang berisi pesanan ditolak elok ke depannya sebaik dia membayar harga makanan. Izat ambil dulang yang diserah lalu dibawa ke sebuah meja yang agak tersorok. Dia duduk, bersandar malas pada kerusi, melihat isi dulangnya. Tanpa endahkan dulang yang masih menampung pesanan, terus seketul kentang goreng dicapai. Mengunyah. Makan. Perlahan. Mata Izat melihat ke arah cermin luar. Melihat, melihat dan melihat. Namun, entah apa yang dia nampak. Kerana melihat tanpa arah, tanpa tahu apa. Kosong.* * *“Lia, pakwe kat sana tu cunlah. Tapi, nampak lembik aje. Tengoklah cara dia makan… lemah aje. Longlai. Macam tak bermaya nak pegang fries tu. Gaya beratlah sangat.” Atika menuding ke arah pemuda yang dimaksudkan. Pakwe yang mungkin mengharapkan diri tersorok daripada pandangan orang, tapi bukan dari mata helang Atika. Soroklah kat mana pun. Kalau ada aura kacak lagi tampan, sampai saja kepada Atika. Sama ada deria pandang atau bau!Razliana sekadar mengerling. Walaupun perlu lawan bangau apabila mengerling kerana dia perlu juga menjenguk-jenguk. Dia tak ada aura pengesan si kacak lagi tampan sebagaimana Atika. Sudahnya, dia angguk. Mengakui kata-kata temannya.“Ada problemlah tu,” sampuk Erin.“Pandailah kau,” getus Razliana senyum dengar pandangan teman yang seorang lagi itu. Memang becok. Boleh saja tahu semua benda. Agaknya kalau mata Atika boleh nampak pakwe kacak lagi tampan berbatu jauhnya, Erin pula mampu mengimbas guna mata untuk tahu makhluk itu ada masalah ataupun tak.“Biasalah… I kan memang pakar pasal bab-bab macam ni. Macamlah you all tak tau.” Menggedik Erin dengan aksi patah tangan. Kemudian tayang sengih sakan.Atika mencebik. “Pirah…!”“Hei, tak mau kutuk na…” Erin membela diri, jari telunjuk tegak di depan Razliana dan Atika, kuit kiri kanan, kiri kanan. Sebelah tangan lagi siap cekak pinggang.Razliana senyum kemudian terus tampar jari telunjuk Erin yang menggedik macam tuannya. Lucu melihat gelagat teman yang suka berkeletah itu. Tapi, Erin bukan spesies boleh dilayan. Kian menjadi nanti. Kang kerja ke mana, Erin ke mana.“Ha, sudah, sudah. Pergi ke kaunter tu, ada orang. Karang aku cakap kat Kak Chah, suruh potong gaji baru tau,” arah Razliana menggertak dengan mata sengaja dibesarkan.“Baik, buyung.” Erin berlalu dengan sengih. Sempat kenyit mata.Razliana geleng kepala. Nakal. Kemudian, dia sengetkan sedikit kepala dari tempat dia berdiri, untuk lebih mudah merenung pemuda di meja yang disebut Atika tadi. Kasihan. Memang seperti orang putus kasih. Lembik segala tulang dan sendi saja gayanya. Kalau jadi pakwe akulah, aku tak tinggal punya. Bertuah gadis yang bertaktha di hati dia. Yang sampai kini masih ada di ruang yang itu. Aik, aku ni apasal pulak fikir yang tak perlu? Ah, jiwang karat pulak kang.Terus Razliana hilang daripada cegatnya. Kembali aktif dengan apa yang perlu. Masa ini masa bekerja buat diri, bukan berfalsafah soal hati!* * *Baru separuh kentang goreng di dalam mulut, Izat letak kembali ia. Rasa pahit bila dikunyah. Kesat di kerongkong. Tak berdaya rasanya. Hilang segala mampu diri, sudah dibawa bersama. Habis tu, macam mana aku nak hidup tanpa kau? Ira, kenapa begitu cepat tinggalkan Izat? Kehadiran Ira telah mengubah hidup Izat, mengubah diri Izat. Segala detik suka dan duka masih segar dalam ingatan. Segalanya seperti baru semalam berlalu. Seperti baru sebentar tadi kita bermesra. Izat… Hati merintih lagi. Izat tak dapat lupakan Ira, sayang. You’ll always be the princess of my heart… Di ruang yang jauh dari mata orang itu, Izat tunduk dengan sebelah tangan menutup muka. Hiba hati terlalu menjunam. Menginjak diri. Menyentuh perasaan. Ya Allah, kenapa hukuman seberat ini yang aku terima? Kenapa, Tuhan-ku?
Published on October 18, 2014 06:22
October 4, 2014
Ingin Hati Melukis Kata | Spesial

Published on October 04, 2014 07:49
Ingin Hati Melukis Kata *spesial

Raimi elus lembut tangan kanan Ainsya dalam genggamannya. Matanya tunak tengok Ainsya yang berwajah pucat, terbaring di atas katil serba hijau itu dengan IV drip masuk ke tangan kiri. Gebar berwarna hijau lembut pula ditarik sampai ke dada isterinya itu. Raimi bawa tangan kanan Ainsya ke bibirnya, dikucup sayang. Sayang sangat!Walaupun sudah masuk hari ketiga, hatinya masih dapat rasa takut yang sama, gentar yang serupa. Dia hampir hilang nyawa malam itu apabila Ainsya lembik dalam pelukannya, dengan nafas tak sempurna. Sesudah tiba di hospital pula, sekali lagi dia hampir putus nyawa apabila mendapat tahu bahawa isterinya itu sebenarnya sedang dalam kesakitan amat. Kesakitan yang hanya seorang wanita tahu!Ainsya mengandung luar rahim. Ectopic pregnancy.Dan, selama ini, Ainsya menjauhinya kerana Ainsya keliru dengan apa sedang berlaku kepadanya. Ainsya takut dengan apa sedang jadi kepadanya. Dan, menjauhi dia dan Awatif adalah cara Ainsya menjaga dirinya. Defense mechanism gaya Ainsya. Cuma, Raimi yang tak faham dan tak difahamkan. Raimi kucup lagi tangan kanan Ainsya. “Abang minta maaf, sayang. Minta maaf...” Dia kucup lagi tangan itu.Sentuhan lembut yang Raimi rasa pada belakang badannya buat dia aloh sedikit kepala. Terus nampak ibunya, Sujiah, sedang mengusap-usap belakang badannya gaya memujuk. Raimi kesat air mata yang jatuh ke pipi sambil senyum tipis. “Everything will be fine, Imi. Pembedahan laparoskopi tu kan jalan dengan lancar. Ainsya dah boleh keluar dah pun. Imi yang tahan dia, mintak dia bedrest lebih masa.”“Dia perlukan. Ibu tak tengok macam mana dia menggeletar tahan sakit malam tu, berpeluh-peluh. Tapi, Imi... salah sangka aje, fikir bukan-bukan. Dia tanggung semua sorang-sorang, ibu...” Raimi letak dua-dua tangan ke dahi kemudian raup muka. Rasa bersalahnya masih tak hilang. Dia rasa sangat.“Tapi, sekarang abang boleh kongsi dengan ayang, kan?”Pertanyaan itu buat Raimi terus paling muka dan pandang Ainsya yang sudah buka mata pandang dia. Ada senyum nipis mengolahi ulas bibir yang agak kering itu. Raimi terus angkat badan dan meluru ke arah Ainsya dan peluk kuat badan itu. Gaya macamlah sebelum ini Ainsya tak sedar diri. Malah, dicium tak henti-henti bibir Ainsya tanpa kisah kepada Sujiah yang ada sama di situ.Ainsya tampar-tampar bahu kiri Raimi dengan tangan kanannya. Tangan kiri dia tak boleh nak angkat. Kalau tak, memang kepeluk-kelepuk dia kerjakan Raimi dengan kedua-dua tangan. Sebab geram sangat, sudahnya dia selamba ketuk kepala Raimi yang pagut bibirnya gaya entah apa.“Auch! Sayang!” Raimi usap kepala. Bibir Ainsya, memanglah terlepas daripada jadi mangsa dia. Boleh sengal otak dia dengan gaya ketuk Ainsya itu. “Bergegar tau otak abang!”“Padan muka. Nak buat hal pun tengok masa dan orang yang terlibatlah!” Ainsya jegil mata sambil perlahan-lahan angkat badan.Sujiah yang perasan cepat-cepat bantu Ainsya bangun dan duduk di belakang kepala katil. Dia selesakan bantal pada belakang katil supaya Ainsya boleh bersandar dengan baik. Dia nampak Ainsya berhati-hati engsot dan betulkan kedudukan badannya kerana kesan pembedahan laparoskopi masih menantunya itu rasa. Tiga tebukan pada perut Ainsya adalah bukti.“Awatif, ibu?” tanya Ainsya balas paut tangan ibu mertuanya yang genggam kuat jemari tangan kanannya.“Ada dengan atuk-atuk, mak cik, pak cik dia kat rumah Sheeqa. Tak payah dia nak berangan princess dah, kat sana memang dapat layanan princess. Asyik gaya ini aje tangan.” Sujiah angkat sebelah tangan dengan gaya lentik dan buat gaya pergi-pergi macam Awatif suka nak buat.Ainsya gelak perlahan sekejap sebelum sentuh perut.Raimi cepat-cepat duduk di atas katil Ainsya dan sentuh wajah manis isterinya itu. Masih manis walaupun pucat. “Abang sayang... sayang sangat...”Ainsya senyum. Matanya perlahan-lahan mula basah. “Ayang minta maaf. Ayang tak tau ayang mengandung. Walaupun luar rahim, dia tetap...” Dia kemam bibir.“Anak, kita dah ada. Tambah ataupun tak, abang tak kisah. Asalkan ayang...” Raimi paut kedua-dua pipi Ainsya dan dekatkan wajah ke wajah manis itu, bersentuh dahi. “Asal ayang dengan abang, bersama abang. Just don’t ever frighten me like that. Jangan...”Masih saling melekap dahi, Ainsya angguk-angguk. Mata terus berat dengan air mata. “Ayang takut sangat masa tu. Ayang tak tau apa tengah jadi. Ayang keliru sangat dan... tak tau nak cakap macam mana kat abang. Sebab tu bila abang...” Ainsya diam, kerling Sujiah yang sudah duduk di sofa yang terdapat di ruang wad kelas satu itu. Dia nampak Sujiah saja-saja tengok semua arah, namun bukan arah katil. Nak bagi masa kepada dia dan Raimilah tu. Sebab ibu mertuanya itu tahu sangat dengan sikap Raimi yang suka aci sentuh dan pegang dia tanpa hirau masa dan orang. Sebab itu cara Raimi tunjuk sayang dalam hati yang membuak-buak kepadanya, Ainsya Najma.“Abang nak dekat, ayang jauh, kan?” tanya Raimi selamba. Ainsya dah pemalu sangat, kalau dia pun ikut malu, memang tak ada wujudnyalah si Awatif kesayangan mereka itu.Ainsya kemam bibir lalu angguk perlahan. “Lepas ni, macam mana kalau ayang tak dapat nak...” Dia kemam bibir lagi dan tarik nafas. “Ayang takut...”“Abang nak ayang. Ayang sihat, ayang sayang abang, sayang Awatif dan bersama-sama abang besarkan Awatif. Sampai dia besar, kahwin dan tinggal kita berdua untuk kita honeymoon sentiasa.”Ainsya gelak kecil, dia hentak perlahan dahinya ke dahi Raimi. “Fikir nak honeymoon aje!”“Bila ayang depan mata, macam-macam abang fikir. Tapi, semua tu sebab abang sayang dan tunjuk sayang. Sayang sangat...” Raimi kucup bibir Ainsya tanpa alih dahi mereka yang masing bersentuh.“Sayang sangat jugak...” Ainsya senyum kepada Raimi. Bahagia kerana dikurnia lelaki ini dalam hidupnya. Walaupun perjalanan perkahwinan mereka tak selalu putih, ada kelabu dan beberapa hari sudah dalam gelap, namun warna ceria penuh warna-warni selalu saja memadam warna tak ceria itu. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang. Dia beri ujian, namun Dia balas dengan keindahan.
1 Oktober 2014AINSYA ketuk-ketuk bahu Raimi yang sedang tidur. Bukan main nyenyak dan lelap. “Abang!” Ainsya sudah kinja-kinja sambil terus tampar-tampar belakang badan Raimi. “Bangunlah! Kata nak puasa sunat. Ayang dah siap masak, Awatif dah siap tunggu kat meja. Abang...!” rengek Ainsya terus kinja-kinja setempat.“Hisy!” Raimi tolak gebar dengan perasaan geram dan suara menaik. Dia alih badan dan duduk sambil jegil mata kepada Ainsya. “Jangan bising boleh tak? Bingitlah!”“Abang ni dah kenapa? Nak mengamuk aje kenapa? Period?”“Eii, mulut!!!” Raimi berdiri dengan muka mencengil.“Kenapa? Nak cium? Nah, nah!” ujar Ainsya muncung-muncung mulut gaya minta cium depan muka Raimi.“Hisy! Gatallah!” Raimi tolak lembut badan Ainsya lalu hendak berlalu. Namun, langkahnya mati lagi apabila tiba-tiba saja dengan lajunya Ainsya berlari dah sudah berdiri di depannya. Hadang langkahnya.“Apa gatal-gatal? Sebelum ni, dia yang over gatal, gedik melampau. Sekarang kita pulak?”“Jangan kacau abang boleh tak? Kata nak sahur, kan? Kata Awatif tunggu, kan? Jomlah.” Raimi cuba jalan melepasi Ainsya sekali lagi. Namun, sekali lagi langkahnya dihadang Ainsya, siap dengan kedua-dua tangan mendepa.“Ayang tipu. Awatif tengah tidur lagi.” Ainsya Menyeringai nakal.“What?” Raimi terkejut. Tak sangka kena main dengan isteri sendiri. “Kalau tak, abang takkan bangun kan. Nak tergolek aje. Tapi, bahagian dah siap masak ayang tak bohong. Memang dah.”“Abang asyik tergolek sebab abang tidur lambat semalam.” Raimi tekan suaranya. Dia tidur semalam hampir jam 2.00 pagi dan sekarang... Dia kerling jam dinding di dalam bilik itu. 4.11 pagi. Dia hanya dapat tidur dalam dua jam saja.“Memang abang tidur lambat semalam. Bukan semalam aje. Sejak berminggu-minggu ni abang asyik tidur lambat. Selagi ayang tak tidur, abang tak masuk bilik. Belum ayang bangun tidur, abang dah kalut nak pergi kerja. Berminggu-minggu, okey. Kalau ikut bulan, dah lebih sebulan.” Ainsya bercakap gaya kompelin. Sebab memang pun dia tengah kompelin waktu ini. Kompelinkan perangai bukan Raimi suaminya. Paling ketara sebab Raimi tak gatal gedik dah macam dulu. Beku kaku aje. Dia nak balik suaminya yang panas hangat tu! Uwaa...“Abang sibuk. Kerja banyak. Dah cakap, kan? Dab banyak kali tanya, dah banyak kali jawab, kan?” Raimi buat gaya tak ada mende. “Alasan! Dah dekat empat bulan abang macam ni? Tak sentuh ayang, tak kasi ayang sentuh abang. Doktor kata masa dalam tiga bulan kalau nak cuba mengandung balik. Bukan tak boleh langsung nak...” Ainsya senyum gatal dan kenyit mata.“Stop that!” Raimi jegil mata lagi.“Eleh, taulah abang dah tak tergoda dah. Ayang jalan depan abang dalam birthday suit pun abang dah tak lalu dah, kan?” Ainsya menjuih bibir. “Tak nak sudah! Lepas ni jangan menyesal!”Ainsya alih badan, hendak berlalu. Suaminya ini memang dah tak makan godaan. Makan nasi saja. Semenjak kes dia mengandung luar rahim dulu, hampir empat bulan, Raimi langsung tak sentuh dia. Sentuh dalam erti kata yang semua suami isteri faham. Ringan-ringan saja. Ingat cukup ke setakat ringan-ringan?!“Menyesal?” Raimi laju-laju kejar Ainsya yang sudah laju-laju jalan tinggal dia balik pintu bilik yang menganga. Dia paut pergelangan tangan Ainsya dan tarik isterinya masuk bilik tidur mereka semula. “Menyesal apa? Apa maksud ayang?” Raimi pegang bahu kanan dan kiri Ainsya, goncang-goncang. Ainsya jongket bahu gaya entah dalam goncangan suaminya. Memek selamba, gaya tak ada benda. “Ayang, cakap kat abang...” ugut Raimi goncang-goncang lagi badan Ainsya.“Lepas dulu.” Suara Ainsya getar sedikit sebab masih kena goncang. “Tak nak!” Raimi cuba berdegil. Masih kuat genggam bahu kanan kiri Ainsya, tanpa menyakitkan, dah tak main goncang badan isterinya.“Kalau tak nak, tak ada jawapanlah.” Ainsya diam dengan mulut muncung. Siap peluk badan walaupun Raimi tak lepas bahunya lagi. Versi degil tak mau cakap.Raimi tengok isterinya dengan mata mengecil dan memicing. Cuba membaca dan memaham apa ada pada roman muka wanita kesayangannya itu. Muka degil adalah.“Fine!” Raimi lepas kedua-dua pautannya, angkat tangan paras atas bahu Ainsya.Ainsya cuit hujung hidung Raimi kemudian kenyit mata. “Good boy.” Ainsya selamba skipping manja gedik dengan dress putih berlengan pendek, berkolar V sampai ke dada dan hanya paras bawah lutut. Dan, apabila kena cahaya, dress itu memang menampakkan bentuk tubuh badannya yang kini sudah tak solid-molid gaya remaja macam hampir empat bulan lepas. Sudah mantap dan sedap sebagaimana biasa—sebagaimana Raimi suka dan gemar. Ainsya dengar Raimi meneran gaya tahan hati dengan sikapnya dan pilihan pakaiannya itu. Raimi terdera. Sebab Raimi sendiri yang belikan dress ini untuknya. Salah satu daripada koleksi asmaradana Raimi. Ini antara yang paling sopan untuk dia pakai depan Awatif dan Sujiah yang ada dengan mereka masa ini. Yang lain-lain, sendiri fahamlah. Ainsya buka laci kabinet yang terisi lampu tidur. Laci paling atas dia buka dan capai lima keping kad bersaiz A5. Skipping gaya perempuan gatal merenyam, Ainsya dapatkan balik Raimi yang sesekali kerling dan banyak kali cuba tak kerling ke dadanya. Kikiki. Ainsya seronok. Bukan selalu kan dia boleh kenakan suaminya. Biasanya, yang terkena dia. Dia yang jadi bahan sakat dan usik Raimi, sampai dia tertewas dengan setiap sentuhan dan kenakalan Raimi. Kali ini, apa salahnya dia ambil alih. Walaupun dia dah usahakan berminggu-minggu, namun Raimi tak ada tanda tergoda, namun Ainsya tetap teruskan. Sebab, Ainsya nampak tahap degil dan cuba kuat Raimi sudah hampir goyah. Ada dalam 30% saja lagi degilnya, lawannya. Dan, Ainsya akan buat apa saja supaya dapat balik Raiminya yang panas hangat itu! Meow...“Nah.” Ainsya berdiri sebelah Raimi dan sua lima keping kad bersampul warna-warni itu kepada Raimi.Raimi pandang kad-kad itu kemudian Ainsya. “Untuk abang?”“Daripada orang untuk ayang dan kalau abang nak tau maksud jangan menyesal, silalah baca supaya tak menyesal.” Ainsya unjuk-unjuk lagi lima keping kad itu.Kali ini Raimi capai dan buka sekeping daripadanya. Ainsya pula selamba paut sebelah lengan Raimi dan rapatkan tubuh ke situ. Raimi yang terkejut, pandang Ainsya. Ainsya senyum merenyam. Raimi yang faham sangat dia masih dalam proses cubaan digoda isteri sendiri, berdeham lalu dengan susah payah alih mata dari dada Ainsya, ke kad di tangan. Sungguh susah payah. Ainsya yang perasan terus, Yes! Yes! Yes! Dalam hati saja, berulang-ulang. Sengaja dia dekatkan lagi tubuhnya dan kali ini Raimi merengus. Sebab bau wangi tubuh badan Ainsya buat dia makin tak menahan.“Do not distract me, Ainsya Najma.” Raimi jegil mata gertak Ainsya. Isteri itu jelir lidah. Memang cari pasal isterinya ini! “Okay, okay, Raimi Qahir.” Ainsya lepas lengan Raimi lalu mendapatkan katil dan duduk dengan kaki bersilang. Saja nak kasi dressnya tersebak dan sengaja hendak Raimi curi tengok. Memang Raimi curi tengok, tapi kemudian suaminya tutup mata dengan mulut gumam entah apa dan buka mata. Terus baca kad-kad di tangan.Ainsya tengok saja. Daripada kad pertama sampai kad kelima, dia nampak jelas betapa makin berubah dan makin berubahnya roman suaminya itu. Masa kad pertama, muka Raimi nampak sangat tengah tahan perasaan dan lawan godaan. Habis saja kad kelima, jelas sangat muka Raimi tengah tahan berang dan lawan amarah. Dengan rahang muka meninggi dan bergerak-gerak, suaminya itu akhirnya tengok dia dengan mata menyala-nyala satu perasaan yang jelas menghurung diri dan menghuni hati Raimi masa ini. Cemburu!Bagus! Ainsya dengan selamba senyum manis menggula-gula kepada Raimi yang sedang melangkah ke arahnya dengan gaya nak telan orang!Raimi terus melangkah sampai kakinya betul-betul kena tepi katil, dengan kaki saling bersilang Ainsya ada di celah-celah kakinya yang mengangkang. Badan pula terus menunduk sampai lutut kanan dan kiri atas katil dan makin dia tunduk muka sampaikan Ainsya nak tak nak terpaksa baring tubuh di atas katil. Terkelip-kelip mata isterinya itu tengoknya, ada rupa terkejut. Namun, sekejap saja rupa itu berganti senyum suka yang amat dengan reaksinya yang begini. Ainsya selamba peluk lehernya, membuatkan wajah mereka semakin rapat. Desah nafasnya dan desah nafas Ainsya jadi satu.“Siapa lelaki dah banyak umur hidup tu?” tanya Raimi dengan suara terketap-ketap tahan perasaan. Tak kisahlah isterinya ini sedang jinak tahap merpati gedik dengannya masa ini. Hatinya masih cemburu, perasaannya masih terbara. Ada mamat dah lama hidup nak kena ganyang dengannya! “Dia baru 30 tahun, abang. Ayang tak rasa dia banyak umur untuk hidup lagi...” Ainsya biar tangan kiri gantung pada belakang leher suaminya manakala jemari tangan kanan usap-usap pipi Raimi.“30?” Raimi terkejut. “Apa budak hingusan tu nak dengan ayang? Punya banyak perempuan kat luar sana, apa hal ayang jugak dia pilih untuk jadi bahan lepas miang?”“Agaknya sebab dia nampak suami ayang ni... tak jadikan ayang bahan lepas miang kut...” Ainsya usap-usap bibir Raimi dengan pandangan yang Raimi faham dan tahu maknanya. Sebab suaminya ini kan selalu kasi dia pandangan sama serupa begini dan dia, semenjak hampir empat bulan ini asyik praktis pandangan serupa ini depan cermin supaya kesannya ada ke atas Raimi. Mungkin sebelum ini dia agak gagal sebab tak kuasai pandangan ini sepenuhnya, namun bukan sekarang. Dia tahu dia berjaya. Sebab dia mula rasa hangat dan panasnya renungan suaminya, bagai dulu-dulu, seperti biasa-biasa. Dah tak beku, amat tak kaku!“Kita akan bincang balik pasal pendek atau panjangnya umur lelaki itu nanti!” tegas suara Raimi yang dah bernada lain.“Mmm...” Ainsya peluk balik leher Raimi dengan kedua-dua tangan. Senyum suka-suki, suki-suka! I like!Tangan Raimi mula menjalar. Sentuhan Raimi mula meliar. Yeay! Berjaya juga Ainsya menggedik dan menggoda sakan selama berminggu-minggu ini. Akhirnya, takkan ada ringan-ringan saja lagi!“Mama...”Pintu bilik tidur yang tidak tertutup tertolak.Ainsya yang sedar dulu cepat lagi pantas tolak Raimi yang sudah lupa dunia biasa. Tengah dalam dunia luar biasa lagi lakinya itu. Mungkin sebab tak menyangka, Raimi terpelantang ke bawah katil dikerjakannya. Jatuh terduduk suaminya yang sudah tak berbaju itu. Ainsya pula alih badan dan cepat-cepat betulkan dress bahagian atas yang tak duduk di tempat yang perlu tadi. Ainsya cepat-cepat bangun sambil tarik dress biar labuh ke bawah lutut balik dan dapatkan Awatif yang sedang gosok-gosok mata sebab masih mengantuk.“Mama dengan babah buat apa?” soal Awatif sebaik dalam dukungan Ainsya dan letak kepala ke bahu mamanya.“Mmm... mama... babah...” Ainsya mula gagap ayat. Serba tak kena dan tak tahu nak cakap macam mana.Raimi yang masih gosok-gosok punggung sebab masih rasa sakit ketawa. Gelak seronok lihat gelabah Ainsya. Konon nak goda dia dengan gaya tak malu langsung. Sudahnya, sendiri jadi gagap! Sambil angkat badan dari lantai tempat dia jadi bahan baling Ainsya, dia betulkan seluar pendeknya yang sudah melurut dengan aksi tak tahan kena godanya tadi, dicampur aksi kena tolak kaki dan kanan dengan Ainsya. Sah Ainsya tak sedar tadi Ainsya tolak dia guna tangan dan kaki sekali gus. Senak punggung dah ia, sneak perut pun ia. Nasiblah badan...“Awatif ni, kacaulah. Babah baru nak bagi adik kat awak...” ujar Raimi sambil capai teenya di atas katil. Kemudian dia nampak sesuatu dekat dengan teenya itu. Dia angkat dan tayang kepada Ainsya dengan senyum budak nakal.Ainsya terus pegang dada sendiri dengan sebelah tangan lalu memerah muka. “Abang ni, janganlah buat tayang macam tu!” marahnya malu sangat.Raimi ketawa suka. Seronok dapat sakat Ainsya. Lamanya dia tak buat perangai gaya ini. Rindunya dia nak tengok muka Ainsya memerah gaya itu.Awatif goncang-goncang kaki dalam dukungan Ainsya. Ainsya yang faham turunkan si kecil lima tahun itu. Tiba-tiba badannya ditolak sungguh-sungguh oleh Awatif ke arah babahnya. “Mama, pergilah cepat. Pergi buat adik dengan babah. Tif tunggu depan pintu, jaga pintu tak kasi nenek masuk.” Awatif goyang-goyang tangan go-go dengan gaya princess kemudian cepat-cepat lari keluar dari bilik tidur itu dan tutup pintu bilik, rapat ke tempatnya.Ainsya menganga terkejut. Bila dia pandang Raimi, lelaki itu sedang berjalan ke arahnya sambil buka tee yang dipakai balik tadi bersama sengih miang keladi dan dialah mangsa lepas miang keladi itu sekejap ini juga.“Abang, kita nak sahur...” Ainsya cepat lari ke daun pintu, namun badannya tertarik ke belakang, ke badan kekar suaminya yang sedang naik seh.“Salah siapa goda abang sampai macam ni...?” Raimi bisik ke telinga Ainsya dan gigit nakal. Kemudian dikucup leher Ainsya penuh menggoda.Ainsya lembik badan dan tergelongsor jatuh di situ juga.Raimi ketawa budak nakal, dapatkan tombol pintu. Bajunya diletak di atas bahu gaya model tengah menyeksi. Dia pandang Ainsya yang terduduk di atas lantai sambil nganga pandangnya. “To be continued. Malam nanti jangan salahkan abang kalau esok ada tak boleh jalan.”Raimi bersiul nakal, pulas tombol kemudian pakai balik tee. Awatif angkat kepala tengok Raimi. “Dah buat adik ke, papa?”Raimi gelak lepas dengan soalan polos anak daranya. Dia dukung Awatif sambil berlalu dari situ.Ainsya sudah tunduk dan sembunyi muka atas lantai. Malu amat! Dia nak goda, sudahnya dia yang kena goda sampai lembik lutut tak boleh bangun gaya ini. Suaminya yang hangat dan panas itu sudah kembali! Uwaa... Habislah dia kena usik dan sakat sampai lembik semua lepas ini!
5 Oktober 2014RAIMI juih-juih mulut tunjuk tak puas hati. Dia lihat Ainsya yang sedang ke hulu ke hilir sediakan minuman panas untuk tetamu lelaki mereka yang baru sampai. Lelaki berusia 30 tahun bernama Mohd Fikri. Lelaki yang dah panjang umur sangat berani hantar kad luahan hati dan perasaan kepada isterinya dan kini rasa dah cukup umur sangat sampai berani datang sendiri ke rumah mereka. Sudahlah itu, boleh pula demand Ainsya sediakan minuman panas untuknya sebab dia tak minum minuman sejuk bergas yang dihidang untuk tetamu yang datang beraya di luar sana.Ainsya yang sedang ke sana ke sini panaskan air dan keluarkan teko, cawan dan piring untuk Nescafe panas Fikri nampak dengan jelas Raimi sedang tunjuk tak puas hati dan rajuk melalui mulut muncungnya. Lepas itu, ada hati kata perangai siapalah Awatif ikut bila merajuk dan mula muncung mulut gaya itu. Alahai, suami... Aduhai, anak...Melihat cerek air yang belum panas, sebab Ainsya saja-saja letak air yang penuh dan bukan setakat satu teko, Ainsya dapatkan suaminya yang duduk di meja makan kecil untuk empat orang duduk di ruang dapur itu. Dia duduk di kerusi sebelah suaminya lalu paut jemari tangan Raimi.“Orang datang beraya, takkan ayang nak halau?” tanya Ainsya elus kura tangan suaminya. Matanya tunak merenung muka merajuk si suami. Dia senyum untuk memujuk.“Dia kacau isteri abang, pandai-pandai nak suka dan cinta isteri abang, berani pulak luah perasaan dalam lima kad dekat isteri abang, berjanji sumpah setia, akan jaga ayang dan anak ayang dan anak-anak akan datang!” Raimi cakap gaya tengah lepas mencarut kepada Fikri. Ainsya gelak kecil. “Ayang tak cakap pun akan janji sumpah setia dan lain-lain tu semua. Dia yang berangan lebih.”“Dah tu? Jangan menyesal tu makna apa?” ungkit Raimi.“Saja nak gertak.” Ainsya senyum nakal dan kerdip mata. Dia bangun dari kerusi didudukinya lalu duduk di atas paha Raimi. Dia senyum makin suka apabila Raimi paut pinggangnya dengan kedua-dua belah tangan dan rapatkan mereka. Raimi pandang tunak raut manis Ainsya yang lebih manis bertudung sempurna. Berbaju serba ungu sebagaimana dia, Awatif dan Sujiah. Baju yang Ainsya jahitkan sendiri untuk mereka berempat, sebagaimana setiap hari raya yang lalu. “Abang sayang ayang...”“Tahu... Abang pun tahu ayang sayang abang. Sampai bila-bila, insya-Allah, sayang ayang untuk abang. Untuk suami ayang yang suka menyeksi dan menyakat ni.”Raimi ketawa perlahan. “Isteri abang pun pandai menyeksi walaupun tak pandai menyakat.” Dia kenyit mata.Ainsya jelir lidah. “Dia datang sebab ayang kan tak masuk butik dari satu hari bulan tu. Dia ingat ayang tak sihat, jadi dia datanglah nak jenguk-jenguk sambil beraya. Lagipun... salah siapa ayang tak dapat masuk kerja beberapa hari ni?”“Nasiblah. Siapa suruh goda habis-habisan macam tu? Tanggunglah akibatnya.” Raimi menyeringai.“Tengah-tengah puasa pun boleh abang ni!” marah Ainsya menggeleng.“Malam tak ada siapa puasa okey. Terutama sekali malam Jumaat.”“Eleh, abang tu setiap malam malam Jumaat!” balas Ainsya cebik mulut.“Tau takpe...” Raimi kucup pipi kanan, pipi kiri dan bibir Ainsya. Ditarik wajah Ainsya ke dadanya lalu dikucup dahi isteri tersayang itu. Satu-satunya perempuan yang buat dia gila bayang sejak pertemuan pertama dan makin gila bayang bila hari makin berganjak. Hanya dengan Ainsya Najma dia rasa begini.“Abang takut sangat masa tu. Sebab tu abang...” Raimi tarik nafas dan lepas. “Cuba untuk tak sentuh ayang. Abang takut kalau-kalau...” Raimi tarik nafas sekali lagi.“Abang, Allah jadikan kita cukup kuat untuk harungi dugaan tu. Kita kehilangan, tapi kita tetap depaninya, kan? Kita kuat sebab kita reda dan reda kita akan ada hikmahnya. Ayang tau abang takut kalau-kalau benda dah jadi, jadi lagi. Sebab tu asyik ringan-ringan aje!” Ainsya menjuih mulut.Raimi gelak. “Tak cukup eh?”Ainsya pukul dada Raimi. “Gediklah! Sendiri tau, saja nak tanya!”Raimi pegang tangan Ainsya yang cuba pukul dadanya lagi. Dia paut kepalan tangan Ainsya lalu dibawa ke mulut dan kucup beberapa kali. Tiba-tiba Raimi dongak muka Ainsya dan kucup pipi dan dahi Ainsya berulang-ulang lalu mati pada bibir Ainsya. Cerek berbunyi.Ainsya cuba tolak badan Raimi. Tak tertolak. Dia pukul-pukul pula dada Raimi. Tak terkesan. Raimi asyik mengerjakan dia dan akhirnya dia pun jadi menyerah kalah, rela dikerjakan balik bunyi cerek yang makin bingit.“Ainsya, are you... Gulp!” Suara tertelan air liur dan pertanyaan sendiri itu menyedarkan Raimi. Dia akhirnya lepas bibir Ainsya. Matanya tentang mata Ainsya yang terkebil-kebil. Alahai, comelnya isterinya ini. Tak boleh hadang diri punya pasal, dia kucup seketika bibir itu lalu alih muka hadap manusia tertelan soalan itu. Dia tahu sangat siapa. Fikri perasan Romeo yang cuba nak ayat bininya!“Ya, dia okey. Apa hal?” tanya Raimi macam nak ajak gaduh. Apabila Ainsya yang sudah sedar apa sedang berlaku cuba angkat badan dari pangkuannya, dia sengaja ketatkan tangan ke pinggang Ainsya. Tak bagi.“You ni...” Ada soalan tak habis dalam cakap itu. Fikri keliru sangat.“Tengok warna bajulah. Padan, kan? Nampak jugak kan apa baru kami tengah buat tadi? Beromantika di dapur. Lagi mau tanya!” Masih suara nak cari gaduh Raimi hantar.“Abang, stop it!” Ainsya pukul manja geram bahu suaminya yang masih tak nak lepas dia. Malas nak berdegil dengan Raimi, dia duduk saja di pangkuan suaminya itu. Lagipun, boleh juga Fikri nak sedar diri. Dia ini isteri orang dan dia ini sayang sangat suaminya. Bukan macam Fikri sangka!“You... bukan dalam proses nak pisah...” Fikri nampak keliru pandang antara Raimi dengan Ainsya.“Ada jugak nak makan kain buruk dan bukan kuih raya hari ni!” gumam Raimi sakit jiwa. Nak terbangun juga dia kerjakan Fikri, namun berat Ainsya yang sengaja Ainsya lebih berat-beratkan ke pangkuannya, menghadang.Ainsya gelak kecil dengan cakap Raimi. Dia usap-usap dada suaminya minta sabar sambil tengok Fikri yang jelas sangat makin keliru. “Mulut cabul mana yang bawak cerita kat you tu, I tak tau, Fikri. You customer I. Tu aje untuk I. I dengan suami I bahagia dan insya-Allah jodoh kami sampai hubung nyawa kami. Jangankan nak ada peluang dalam hati I, hidup I pun takkan mungkin untuk you. I masih Puan Ainsya untuk you sampai bila pun. Now, be a good boy and wait for your kain buruk... Ehem, I mean your drink. Syuh, syuh...” Ainsya curi tiru gaya tangan princess Awatif selalu buat bila nak menghalau secara sopan.Sebaik Fikri yang masih blur berlalu dari dapur, Ainsya dan Raimi saling lekap dahi dan ketawa suka.“Abang sayang ayang sangat-sangat, sampai bila-bila,” ujar Raimi bahagia. “Ayang pun. Cuma... ayang tak kompelin, tapi kalau boleh malam ni kasilah ayang rehat. Penatlah dikerjakan...”Raimi gelak terus dan peluk kuat tubuh sedap Ainsya Najma, hadiah paling indah daripada Dia untuknya.“Ya Allah, emak dengan bapak orang ni! Bercengkerama dalam ni rupanya. Padanlah cerek tu tak tutup-tutup!” Suara kuat Sujiah bingitkan ruang dapur.“Nenek, janganlah kacau babah dengan umi. Dia orang tengah buat adik tu!” Awatif balas bingit.Ainsya dan Raimi ketawa lagi. Kerana setiap ketawa mereka adalah tanda syukur atas bahagia daripada Dia. Terima kasih, Allah...
- Selesai -
Published on October 04, 2014 07:49
October 1, 2014
Kasutku Dari Itali, Awak Ada?
Terbitan Buku Prima [2012]
ISBN : 9789670184845
Sem. Malaysia : RM18.00
Sabah/Sarawak : RM21.00
Novelet Merah Cinta Kita 6 ini mengandungi 5 cerita pendek. Kisah kehidupan remaja pelajar sekolah yang penuh insiden ceria, nilai persahabatan yang sejati, kasih sayang dalam keluarga dan guru penyayang.
Paparan kisah kehidupan remaja berusia belasan tahun digarap dengan bahasa santai dan terkini ini diselitkan dengan gambar hiasan berwarna sepenuhnya. Tidak rugi beli dan adik-adik pasti enjoy!
Kasutku Dari Itali, Awak Ada?Bila orang minta derma, tak pernah nak derma. Kedekut. Selalu dia beritahu aku kasut dia dari Itali, beg GUCCI, minyak wangi DIOR, cermin mata PRADA, pakaian sukan NIKE. Pendek kata semua dari luar negeri dan yang berjenama mahal-mahal. Aku dengar dia nak jadi model apabila lepas SPM nanti. Gila glamor agaknya dia tu...
Yeay, Kita Dapat Emak Baru!“Dia mahu peluang untuk menyayangi saya dan Eisya. Dia fikir saya tak tahu, dia hanya mahukan ayah. Apabila dia dan ayah sudah berkahwin, apa akan jadi dengan saya dan Eisya? Dia hanya mahukan ayah sebenarnya. Saya tahu.”
Kau Adik, Aku Abang!Pandai juga lelaki dari ‘Kutub Selatan’ itu memohon maaf! Ops…kini saya perlu belajar berlembut kepadanya. Dia kan abang saya! Frasa itu perlu saya terapkan dalam diri, supaya saya tidak akan menjadi seorang pembenci lagi. Yang paling penting saya tidak akan menganggap Kyril Rayyan sebagai pengembara dari ‘Kutub Selatan’ lagi.+ Seronok juga ada abang. Biarlah ‘angin-angin antartika’ itu berlalu pergi dan meninggalkan Kyril Rayyan di ‘Kutub Utara’ tanpa sebarang gangguan.
Shahira Diva SekolahSebenarnya aku amat suka menjadi tumpuan ramai! Aku nak semua orang sanjung aku. Aku yang paling bijak, paling cantik dan paling disayangki semua warga sekolah. Jangan ada orang lain cuba memintas aku!
Rania Obses Manik“Aku akan pastikan engkau tak berhak menyertai pertandingan ini. Engkau curi karya orang lain!” Vincent bersuara hamper menjerit.
“Aku layak, Vincent, dan sebab itu aku terpilih. Daripada lukisan yang tak sempurna berbanding dengan lukisan yang cantik di mata, aku yang terpilih. Aku, Rania, penyelamat Kelab Manik, terpilih!” sahut Rania.
ISBN : 9789670184845
Sem. Malaysia : RM18.00
Sabah/Sarawak : RM21.00

Novelet Merah Cinta Kita 6 ini mengandungi 5 cerita pendek. Kisah kehidupan remaja pelajar sekolah yang penuh insiden ceria, nilai persahabatan yang sejati, kasih sayang dalam keluarga dan guru penyayang.
Paparan kisah kehidupan remaja berusia belasan tahun digarap dengan bahasa santai dan terkini ini diselitkan dengan gambar hiasan berwarna sepenuhnya. Tidak rugi beli dan adik-adik pasti enjoy!
Kasutku Dari Itali, Awak Ada?Bila orang minta derma, tak pernah nak derma. Kedekut. Selalu dia beritahu aku kasut dia dari Itali, beg GUCCI, minyak wangi DIOR, cermin mata PRADA, pakaian sukan NIKE. Pendek kata semua dari luar negeri dan yang berjenama mahal-mahal. Aku dengar dia nak jadi model apabila lepas SPM nanti. Gila glamor agaknya dia tu...
Yeay, Kita Dapat Emak Baru!“Dia mahu peluang untuk menyayangi saya dan Eisya. Dia fikir saya tak tahu, dia hanya mahukan ayah. Apabila dia dan ayah sudah berkahwin, apa akan jadi dengan saya dan Eisya? Dia hanya mahukan ayah sebenarnya. Saya tahu.”
Kau Adik, Aku Abang!Pandai juga lelaki dari ‘Kutub Selatan’ itu memohon maaf! Ops…kini saya perlu belajar berlembut kepadanya. Dia kan abang saya! Frasa itu perlu saya terapkan dalam diri, supaya saya tidak akan menjadi seorang pembenci lagi. Yang paling penting saya tidak akan menganggap Kyril Rayyan sebagai pengembara dari ‘Kutub Selatan’ lagi.+ Seronok juga ada abang. Biarlah ‘angin-angin antartika’ itu berlalu pergi dan meninggalkan Kyril Rayyan di ‘Kutub Utara’ tanpa sebarang gangguan.
Shahira Diva SekolahSebenarnya aku amat suka menjadi tumpuan ramai! Aku nak semua orang sanjung aku. Aku yang paling bijak, paling cantik dan paling disayangki semua warga sekolah. Jangan ada orang lain cuba memintas aku!
Rania Obses Manik“Aku akan pastikan engkau tak berhak menyertai pertandingan ini. Engkau curi karya orang lain!” Vincent bersuara hamper menjerit.
“Aku layak, Vincent, dan sebab itu aku terpilih. Daripada lukisan yang tak sempurna berbanding dengan lukisan yang cantik di mata, aku yang terpilih. Aku, Rania, penyelamat Kelab Manik, terpilih!” sahut Rania.
Published on October 01, 2014 06:02
Go Tasneem Gwiyomi!
Terbitan Buku Prima [2013]
ISBN : 9789670535340
Sem. Malaysia : RM18.00
Sabah/Sarawak : RM21.00
Go Tasneem Gwiyomi!
“Maafkan aku Tasneem, lepas ini dahi kau bertanda. Semuanya gara-gara aku pernah bencikan kau yang rapat dengan kakakku yang buta...”
Rahsia Mimpi“Oh, kenapa Cikgu Oriana muncul dalam mimpi saya mama? Saya pun fikir dia sebenarnya guru di sini. Saya tak sangka dia bekas guru mama juga...”
Awak Dah Tak Benci Saya?“Mak saya kan dah jadi mak awak dan papa awak dah jadi papa saya...”
Jom Kita Kawan“Wah, bagusnya awak, sudah pandai bocorkan rahsia ya?”
Alahai, Kesiannya Dia!“Maafkan Ayu mak, tapi sebenarnya...”
ISBN : 9789670535340
Sem. Malaysia : RM18.00
Sabah/Sarawak : RM21.00

“Maafkan aku Tasneem, lepas ini dahi kau bertanda. Semuanya gara-gara aku pernah bencikan kau yang rapat dengan kakakku yang buta...”
Rahsia Mimpi“Oh, kenapa Cikgu Oriana muncul dalam mimpi saya mama? Saya pun fikir dia sebenarnya guru di sini. Saya tak sangka dia bekas guru mama juga...”
Awak Dah Tak Benci Saya?“Mak saya kan dah jadi mak awak dan papa awak dah jadi papa saya...”
Jom Kita Kawan“Wah, bagusnya awak, sudah pandai bocorkan rahsia ya?”
Alahai, Kesiannya Dia!“Maafkan Ayu mak, tapi sebenarnya...”
Published on October 01, 2014 06:02
Primadona Orang Muda
Terbitan Fajar Pakeer Sdn. Bhd. [2012]
ISBN : 9789673651146
Sem. Malaysia : RM18.00
Sabah/Sarawak : RM21.00
Primadona? Dia? Hilang akal ke apa Abang Kama si pengarah dengan Rose si tukang usung kipas itu. Bila masa pula dia pandai berlakon. Berladen ialah kut. Berladen itu berkait dengan melayan. Tahulah dia, sebab dia kan budak Penulisan. Jadi, takkanlah dia nak pandai berlakon macam budak Teater atau budak Filem itu—Mike He dia, Sanaa.
“Primadona. Itulah watak awak mulai sekarang, Sanaa Abdul Rahim.”
Jadi, Sanaa sangat tak boleh percaya apabila dengan cakap begitu, dia dipilih menjadi primadona Produksi Bangsawan tahun itu. Di samping orang muda yang semua tahu layak berlakon dan berladen, Mike He Sanaa, Muhammad Falah. Tambah bila orang muda itu tak suka Sanaa jadi primadona, tak layak. Kaku. Keras. Sebab itu Falah asyik nak hentak pintu sampai berganti baru. Alahai… patahnya hati…
“Walaupun awak berlakon dengan baik tadi, tapi belum cukup baik. Jadi, tak banyak manalah suka awak tu kan. Saya ingatkan awak paling suka saya…”
Alamak! Macam mana hati Sanaa lepas dengar ayat macam ini. Falah nak Sanaa tunjuk sukanya dalam lakonannya selaku primadona. Primadona kepada orang muda. Primadona kepada Falah. Tambah pula lepas itu Falah kata dia primadona Falah, primadona orang muda itu. Kemudian Falah kata suka dia, sayang dia…
ISBN : 9789673651146
Sem. Malaysia : RM18.00
Sabah/Sarawak : RM21.00

“Primadona. Itulah watak awak mulai sekarang, Sanaa Abdul Rahim.”
Jadi, Sanaa sangat tak boleh percaya apabila dengan cakap begitu, dia dipilih menjadi primadona Produksi Bangsawan tahun itu. Di samping orang muda yang semua tahu layak berlakon dan berladen, Mike He Sanaa, Muhammad Falah. Tambah bila orang muda itu tak suka Sanaa jadi primadona, tak layak. Kaku. Keras. Sebab itu Falah asyik nak hentak pintu sampai berganti baru. Alahai… patahnya hati…
“Walaupun awak berlakon dengan baik tadi, tapi belum cukup baik. Jadi, tak banyak manalah suka awak tu kan. Saya ingatkan awak paling suka saya…”
Alamak! Macam mana hati Sanaa lepas dengar ayat macam ini. Falah nak Sanaa tunjuk sukanya dalam lakonannya selaku primadona. Primadona kepada orang muda. Primadona kepada Falah. Tambah pula lepas itu Falah kata dia primadona Falah, primadona orang muda itu. Kemudian Falah kata suka dia, sayang dia…
Published on October 01, 2014 06:00
Tolonglah... Jangan Hukum Dia
Terbitan Buku Prima [2011]
ISBN : 9789670184845
Sem. Malaysia : RM18.00
Sabah/Sarawak : RM21.00
Siri Merah Cinta Kita merupakan himpunan novelet yang pasti adik-adik enjoy! Siri ini memaparkan kisah pelbagai konflik yang dialami gadis remaja masa kini. Setiap buku dalam siri ini adalah sangat istimewa kerana mempunyai 5 buah novelet, kesemua muka suratnya berwarna-warni dan mempunyai ilustrasi yang sangat menarik! Pastikan adik-adik mengumpul kesemua buku dalam siri ini. Semoga enjoy membaca!
Tolonglah... Jangan Hukum Dia - “Biarpun dia tidak jujur padaku, aku tidak sanggup melihat dia dihukum...”
Aqila Bukan Ratu Drama - “Huh, kenapa bas ini brek mengejut? Mukanya yang penuh jerawat batu itu melekap ke pipiku!”
Dekatlah... Jangan Menjauh - “Jangan dekat-dekat, walaupun kita berjiran!”
Sekarang Aku Kisah! - “Mei Hwa si pandai yang dibenci kawan-kawan. Sombong, tak mahu bergaul. Ada sesiapa ambil kisah?”
Da... Hostel? - “Huh! Tinggal di sekolah asrama? Oh, tidak? Macam dalam hutan...”
ISBN : 9789670184845
Sem. Malaysia : RM18.00
Sabah/Sarawak : RM21.00

Siri Merah Cinta Kita merupakan himpunan novelet yang pasti adik-adik enjoy! Siri ini memaparkan kisah pelbagai konflik yang dialami gadis remaja masa kini. Setiap buku dalam siri ini adalah sangat istimewa kerana mempunyai 5 buah novelet, kesemua muka suratnya berwarna-warni dan mempunyai ilustrasi yang sangat menarik! Pastikan adik-adik mengumpul kesemua buku dalam siri ini. Semoga enjoy membaca!
Tolonglah... Jangan Hukum Dia - “Biarpun dia tidak jujur padaku, aku tidak sanggup melihat dia dihukum...”
Aqila Bukan Ratu Drama - “Huh, kenapa bas ini brek mengejut? Mukanya yang penuh jerawat batu itu melekap ke pipiku!”
Dekatlah... Jangan Menjauh - “Jangan dekat-dekat, walaupun kita berjiran!”
Sekarang Aku Kisah! - “Mei Hwa si pandai yang dibenci kawan-kawan. Sombong, tak mahu bergaul. Ada sesiapa ambil kisah?”
Da... Hostel? - “Huh! Tinggal di sekolah asrama? Oh, tidak? Macam dalam hutan...”
Published on October 01, 2014 05:56
Suha Kuasa Tiga
Terbitan Fajar Pakeer Sdn. Bhd. [2010]
ISBN : 9789673650439
Sem. Malaysia : RM10.90
Sabah/Sarawak : RM13.90
"Bila bersedih, bila bermasalah, bila perlukan seseorang… kawanlah yang kita akan cari. Kawan akan faham. Kawan akan tenangkan. Kawan akan ada di sisi. Masa tu… awak akan sangat perlukan kawan. Awak kena rasa sesuatu, sebagai kawan, untuk buat apa saja yang perlu untuk kawan tu. Rasa tu… kena ada.”
Kebetulan, nama mereka ada dekatnya. Nasuha, Suhaid dan Suhail. Namun, nama yang dekat, bakalkah memungkinkan dekatnya hubungan sebagai kawan?
Tet! Salah sama sekali!
Nasuha sangat tidak sukakan Suhail, hanya kerana Suhail bersikap kurang diajar kepadanya pada hari pertama dia mendaftar di sekolah itu. Dia tidak benci, tapi dia sangat tidak suka. Jadi, Suhail musuh peribadinya. Sedang Suhaid, yang hampir nama adalah kawan tersayang. Walaupun dia hairan, bagaimana satu huruf belakang itu boleh ubah perasaannya, tapi itu hakikat.
Jadi, macam mana nak jawab soalan yang musuh peribadi soal ini, “Kalau macam tu, awak sudi jadi kawan saya?” Tambah pula bila Suhail mula cuba berbaik dengan Nasuha dan Suhaid, sampai wujudnya satu jeritan yang sama dari kanopi sukaneka. “Suha Kuasa Tiga!”
Mahukah Nasuha terima Suhail sebagai kawan, apabila dia sudah ada Suhaid? Akan berubahkah satu huruf akhir di belakang nama itu?
ISBN : 9789673650439
Sem. Malaysia : RM10.90
Sabah/Sarawak : RM13.90

Kebetulan, nama mereka ada dekatnya. Nasuha, Suhaid dan Suhail. Namun, nama yang dekat, bakalkah memungkinkan dekatnya hubungan sebagai kawan?
Tet! Salah sama sekali!
Nasuha sangat tidak sukakan Suhail, hanya kerana Suhail bersikap kurang diajar kepadanya pada hari pertama dia mendaftar di sekolah itu. Dia tidak benci, tapi dia sangat tidak suka. Jadi, Suhail musuh peribadinya. Sedang Suhaid, yang hampir nama adalah kawan tersayang. Walaupun dia hairan, bagaimana satu huruf belakang itu boleh ubah perasaannya, tapi itu hakikat.
Jadi, macam mana nak jawab soalan yang musuh peribadi soal ini, “Kalau macam tu, awak sudi jadi kawan saya?” Tambah pula bila Suhail mula cuba berbaik dengan Nasuha dan Suhaid, sampai wujudnya satu jeritan yang sama dari kanopi sukaneka. “Suha Kuasa Tiga!”
Mahukah Nasuha terima Suhail sebagai kawan, apabila dia sudah ada Suhaid? Akan berubahkah satu huruf akhir di belakang nama itu?
Published on October 01, 2014 05:50
Ingin Hati Melukis Kata
Terbitan Fajar Pakeer Sdn. Bhd. [2010]
ISBN 9789833880911
Sem. Malaysia RM19.90
Sabah/Sarawak RM22.90

Menjangkau usia yang lewat membuatkan perkahwinan menjadi tuntutan. Hati mungkin belum dibuka namun hati keluarga yang sudah terlalu luas bukanya harus dijaga. Atas sebab itulah Ainsya Najma, gadis yang mendapat gelaran andartu diam menerima pilihan ibu. Begitu juga Ruzaiman, bujang terlajak akur saja dengan kehendak ibu. Namun tulisan takdir tidak seiring.
Ainsya Najma, gadis yang hanya tahu setuju, tiba-tiba menolak perkahwinan yang bakal berlangsung dua minggu lagi. Dia tidak boleh teruskannya! Dia cuba lari daripada kenyataan, namun kenyataan takkan pernah tinggalkannya. Dia perlu juga menjadi raja sehari dalam dua minggu itu—dengan pengantin lelaki berbeza! Dia kenal Solehandin sekian lama, namun lelaki itu memberi nanar dan kini Raimi hadir untuk cuba mengubati.
Ruzaiman, sukar untuk cinta mengulit hatinya walau dihidang berpuluh gadis cantik, termasuklah Jazshira, si model lampai terkenal. Namun, atas kemahuan mama, dia jalinkan juga hubungan, tanpa getaran dalam hati. Dia tahu tiada cinta untuk Jazshira namun dia terperangkap juga dalam kancah percintaan ciptaan sendiri, sehinggalah hadirnya Fadxiora, menggetar hati dan sukma.
Apakah Ainsya Najma akan membuka peluang kedua untuk Raimi? Adakah Ruzaiman akan mendapatkan cinta Fadxiora yang menggetar hati? Dan, mungkinkah peluang itu ada untuk insan asing menjadi dekat apabila hati sudah melukis kata, bahawa cinta sudah ada…?
ISBN 9789833880911
Sem. Malaysia RM19.90
Sabah/Sarawak RM22.90

Menjangkau usia yang lewat membuatkan perkahwinan menjadi tuntutan. Hati mungkin belum dibuka namun hati keluarga yang sudah terlalu luas bukanya harus dijaga. Atas sebab itulah Ainsya Najma, gadis yang mendapat gelaran andartu diam menerima pilihan ibu. Begitu juga Ruzaiman, bujang terlajak akur saja dengan kehendak ibu. Namun tulisan takdir tidak seiring.
Ainsya Najma, gadis yang hanya tahu setuju, tiba-tiba menolak perkahwinan yang bakal berlangsung dua minggu lagi. Dia tidak boleh teruskannya! Dia cuba lari daripada kenyataan, namun kenyataan takkan pernah tinggalkannya. Dia perlu juga menjadi raja sehari dalam dua minggu itu—dengan pengantin lelaki berbeza! Dia kenal Solehandin sekian lama, namun lelaki itu memberi nanar dan kini Raimi hadir untuk cuba mengubati.
Ruzaiman, sukar untuk cinta mengulit hatinya walau dihidang berpuluh gadis cantik, termasuklah Jazshira, si model lampai terkenal. Namun, atas kemahuan mama, dia jalinkan juga hubungan, tanpa getaran dalam hati. Dia tahu tiada cinta untuk Jazshira namun dia terperangkap juga dalam kancah percintaan ciptaan sendiri, sehinggalah hadirnya Fadxiora, menggetar hati dan sukma.
Apakah Ainsya Najma akan membuka peluang kedua untuk Raimi? Adakah Ruzaiman akan mendapatkan cinta Fadxiora yang menggetar hati? Dan, mungkinkah peluang itu ada untuk insan asing menjadi dekat apabila hati sudah melukis kata, bahawa cinta sudah ada…?
Published on October 01, 2014 05:49
Bukan Pilihan Hati
Terbitan Fajar Pakeer Sdn. Bhd. [2009]
ISBN 9789833880683
Sem. Malaysia RM8.90
Sabah/Sarawak RM11.90
Lelaki itu pilihan hati baba dan amma, bukan dia.
Lelaki itu pilihan hati Sera, bukan dia.
Jadi, bagaimana boleh dia mesrai hati seorang lelaki yang hatinya sendiri tidak berkehendak? Dia, Nur Raniaa, tidak tahu bagaimana mahu menggarap sayang untuk Fathi. Tidak juga tahu bagaimana mahu menerima suami sendiri apabila penerimaan itu mengakibatkan dia hilang kawan baik.
Jadi, salahkah kalau dia tidak mahu beri peluang hati menerima bukan pilihan hati? Silapkah kalau dia tidak boleh terus membenci apabila hati mula kenal cinta kepada Fathi sedang Sera lebih layak?
*Berkait: Cinta Datang Lagi ~ Dah tahu kisah adik, apa kata baca pula kisah kakaknya? ;)
ISBN 9789833880683
Sem. Malaysia RM8.90
Sabah/Sarawak RM11.90

Lelaki itu pilihan hati Sera, bukan dia.
Jadi, bagaimana boleh dia mesrai hati seorang lelaki yang hatinya sendiri tidak berkehendak? Dia, Nur Raniaa, tidak tahu bagaimana mahu menggarap sayang untuk Fathi. Tidak juga tahu bagaimana mahu menerima suami sendiri apabila penerimaan itu mengakibatkan dia hilang kawan baik.
Jadi, salahkah kalau dia tidak mahu beri peluang hati menerima bukan pilihan hati? Silapkah kalau dia tidak boleh terus membenci apabila hati mula kenal cinta kepada Fathi sedang Sera lebih layak?
*Berkait: Cinta Datang Lagi ~ Dah tahu kisah adik, apa kata baca pula kisah kakaknya? ;)
Published on October 01, 2014 05:48
Bikash Nur Idris's Blog
- Bikash Nur Idris's profile
- 78 followers
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
