Bikash Nur Idris's Blog, page 3

April 10, 2015

Princess Reborn | random #1

Berdiri di depan bilik itu, Izam merenung tanda nama yang tertera. DR. MOHD FAHMI HJ. ABBAS. Hmm, jadi inilah bilik Fahmi? Izam ketuk pintu.“Ya, masuk.” Terdengar suara dari dalam. Izam pulas tombol lalu segera masuk.Di balik dinding sana, jauh dua bilik dari bilik Fahmi, terbongkok-bongkok dua orang gadis. Nazira sudah stunt elok di atas lantai manakala Aiza sedap saja melepak di atas belakang badan Nazira. Ops hendap kecil-kecilan.“Dia dah masuklah, Aiza,” ujar Nazira masih terbongkok separuh badan di balik dinding dengan kedua-dua lutut dan telapak tangan melekap elok ke atas lantai.“La... Tak dapatlah aku nak tengok dia.” Aiza terkilan. Terus dia tegakkan tubuh dan bersandar pada dinding.Aiza tak ada semangat. Nak sangat dia usyar doktor baru yang diperkatakan oleh kawan-kawannya sejak tadi. Kalau tak sebab ramai mengacum-acumnya rugi dan Nazira penuh ia kata mamat itu kacak kalahkan Tom Cruise dan Michael J. Fox, kedua-dua pelakon dia sangat suka, tak adanyalah Aiza nak terlibat dengan operasi menghendap ini. Ajaran Nazira. Ajaran sesat. Dah tahu sesat pun buat juga! Jadi, Aizalah yang sesat! Nazira dah malas nak bangun sesudah terkelepek sejak tadi. Gara-gara nak tunjuk betapa kacak dan tampannya jejaka yang baru melapor diri ke hospital mereka. Doktor baru yang buat dia bulat mata melihat sewaktu terhendap-hendap di bilik pentadbiran, apabila terdengar ayat, “Saya datang nak lapor diri. Saya Doktor Izam, akan mula bertugas di sini mulai hari ini.”Bila dah terpagut rasa saya-hendak-tahu-siapa-anda, terus Nazira menempek di balik dinding di bahagian pentadbiran. Separuh badan balik dinding, satu mata balik dinding. Selebihnya luar dindinglah kan. Jadi, dia mulakan adegan sekodeng. Ternganga mulut tengok Doktor Izam sampai separuh mulut yang balik dinding tercium dinding. Tak pasal-pasal ada kesan merah jambu di situ. Dia sangat kagum melihat doktor baru itu. Sebabnya hanya dua. Cutenya lebih daripada Michael J. Fox (tak termasuk tinggi). Kacaknya lebih daripada Tom Cruise (termasuk tinggi). Bila Nazira kagum begitu, sebab doktor muda itu melepasi dua manusia yang kawan baiknya bangga dan gila sangat, terus dia ikut langkah lelaki itu (sesudah kalut-kalut lap comot lipstik merah jambu pada dinding dengan tangan). Sebab waktu itu rasa nak tahu Nazira sangat terpancing. Lagipun, Nazira nak jadi orang pertama yang tahu hal itu dan sebarkan kepada kawan-kawannya yang lain. Nak terus pegang title telinga lintah serta minah busybody kena tempat yang diletak ke atasnya. Maintain busybody, babe!Sudahnya, Nazira mengekor terus lelaki tinggi lampai itu. Melihat dan menilik terus. Dengan fail pesakit di tangan, dia buat-buat rajin melihat sambil berjalan. Kadang di belakang doktor tampan itu, ada waktu dia potong doktor itu, jalan di depan. Ada sekali dia brek tanpa bagi signal. Dah ada perlanggaran apabila doktor tersebut tidak perasan. Menjegil mata Kak Hazimah, salah seorang staf pentadbiran yang membawa doktor itu ke bilik pengerusi dengan gelagatnya. Kak Hazimah tahu dia sengaja nak begitu. Dilanggar dan terlanggar. Supaya boleh bersua muka dengan doktor muda itu.Memang berjaya! Doktor itu terus pegang bahunya, tolong imbangkan tubuh Nazira yang genit dan kecil, daripada terhumban ke dinding. Mujurlah tak jatuh cinta masa itu. Dan, dua kali mujur tak jual hati kepada doktor itu apabila bertentang mata dan bermain pandang. Gila handsome sangat! Sudahnya, Nazira hanya terangguk-angguk tanda okey kepada doktor yang sah-sah berdarah kacukan itu. Malah, bila Kak Hazimah berlalu bersama si dia dan Kak Hazimah sengaja menjegil garang kepadanya yang terlekat pada dinding, dia lupa terus nak balas dengan sengih tak ingat. Nazira terpukau sangat. Tapi, bila sedar daripada pukauan itu, laju Nazira lari di kaki lima itu, ke bilik rehat jururawat. Nak menyampai punya hal. Kata nak maintain busybody!Dan, sebabkan itulah Nazira terduduk di atas lantai waktu ini lepas penat dengan operasi menghendap yang tak berjaya. Hampa tiada dalam hati Nazira, tapi dia tahu di hati Aiza ada. Tengok muka sebek itu pun dia sudah tahu. Nazira juga tahu Aiza bukan hendak tengok sangat pun doktor baru itu sebab dia tampan atau kacak. Sebaliknya Aiza nak tengok betulkah doktor baru itu lebih tampan dan kacak daripada pelakon-pelakon kesukaannya itu. Nak nilai dengan mata sendiri!“Alah...” Aiza mengeluh lagi dengan adegan mulut juih-juih ke depan.Nazira yang melihat dengan leher meninggi ke atas, memandangkan Aiza berdiri dan dia duduk, sembunyi sengih. Kemudian berkata, “Itulah... Lambat lagi! Nasib baik aku sempat tengok dia tadi. Fuh, handsome gila! Kalah Tom Cruise. Muka dia... lagi cute daripada J. Fox tu. Alah, memang lagi hebatlah daripada dia orang!” Nazira seronok menyakat. Tahu Aiza terkilan sebab tak sempat melihat wajah doktor baru itu. Dan, dia sengaja api-apikan rasa itu. Biar Aiza terbakar sampai sanggup buat apa saja untuk dapat lihat. Sebab dia baru dapat idea baik punya!“Kau ni, Ira... Aku sedih tau!” Aiza cubit geram bahu temannya yang selamba menyilang kaki, bersila di atas lantai. Menyenget dia cuba dapatkan bahu Nazira sebab gadis itu sengaja larikan bahu.Hai, Ira, nampak dek Kak Pipah kau tengah buat kenduri duduk macam ni kat sini, mahunya dia denda kau cuci tandas. Kalau tandas staf okey lagi, ini tandas awam yang digunakan oleh pengunjung hospital tersebut. Kak Pipah memanglah sangat suka buat denda kalau mereka pandai-pandai langgar peraturan. Memang wanita yang berusia 41 tahun itu garang. Tapi, bertempat. Sebab, walaupun kuota kena denda Nazira paling tinggi, namun kuota sayang kamu untuk gadis itu juga sama tinggi daripada wanita itu. Marah-marah sayang. Dengan Nazira, belum ada siapa pun boleh marah-marah sungguh.Nazira tak ambil kisah walaupun dicubit dengan penuh perasaan oleh Aiza. Gosok-gosok macam buang benda atas bahu, dia terus berdiri di samping Aiza. Menyengih-nyengih sambil angkat kening. “Aku tau... Sebab tulah aku nak bagi tau kau satu idea.” “Apa ideanya?” Beria-ia pula Aiza soal. Siap tolong sapu-sapu bahu Nazira. Bahu yang dia cubit tadinya, walaupun dia tak rasa dia ada sakitkan Nazira yang lebih tulang daripada isi. Kurus keding.“Kau nak tengok dia, kan?”“Ya. Tapi, kan dia dah masuk? Nak tengok macam mana? Takkan nak ngendap balik bilik tu kut!”“Betul. Tepat sekali. Tulah yang akan kita buat sekarang!” Itulah idea yang difikirkan Nazira tadi. “Bernas tak?” Nazira mengerdip mata suka.“Gila kau! Tu dah bernas tahap nanas!” Aiza melopong.“Alah... Kata nak tengok! Kalau nak, jom!” Nazira buat muka tak kisah dan tak peduli. Terus dia tarik lengan temannya. Mahu Aiza mengikut saja tanpa mula fikir segala kemungkinan yang boleh atau mungkin berlaku.Memanglah apa-apa boleh berlaku. Yang penting, jangan fikir dulu. Gaya pemikiran Nazira yang selalu Aiza tak setuju. Tapi, dah dalam keadaan begini, Aiza turutkan saja bila Nazira tarik pergelangan tangannya, berdua melangkah perlahan-lahan ke bilik Doktor Fahmi. Langkah Nazira penuh yakin. Langkah Aiza sarat agak-agak.“Boleh percaya ke ni? Aku takutlah, Ira.” Aiza tiba-tiba genggam erat tangan Nazira apabila ia mahu pegang tombol pintu yang tertera nama DR. MOHD FAHMI HJ. ABBAS. Dia telan liur. Gulp!“Relaks... Jadi punya!” Nazira buat tak kisah dengan gemuruh Aiza. Gila gemuruh sampaikan tangannya yang dipaut oleh tangan Aiza ikut bergoyang. Ketar macam Aiza juga. Menolak tangan Aiza, perlahan-lahan pintu bilik Doktor Fahmi dibuka. Nazira pastikan tiada bunyi terdengar. “Nah, tengoklah...” bisik Nazira tahap di dalam kelambu malam pengantin.“Macam mana?” soal Aiza macam orang bodoh. Sama perlahan. “Menghendaplah!”“Tapi... nanti Doktor Fahmi...”“Tak ada hallah. Aku kan ada? Kau tengok, biar aku berjaga-jaga sebagai mak jaga.” Aiza kemam bibir. Takkan aku nak buat macam tu? Tapi, kalau aku tak buat, macam mana aku nak tengok muka dia, yang dikata lebih cute daripada Michael J. Fox, lebih kacak daripada Tom Cruise tu? Lantaklah! Apa nak jadi pun jadilah! Aiza tunduk membongkok, melihat di balik celahan pintu yang terbuka agak-agak ngam sebelah mata nak sekodeng.“Nampak tak?” soal Nazira perlahan. Dia berdiri di hadapan pintu, tegak, sedikit depan daripada Aiza. Memeluk tubuh dengan muka saya-tak-buat-salah-pun, melihat sekelilingnya. Kalau-kalau ada yang lalu-lalang.Aiza tutup pintu kembali. Hati-hati. Kemudian dia tegak badan di sebelah Nazira, yang terus menyerbu pandang kepadanya.“Nampak tak?” Nazira ulang soalannya.“Nampak... Tapi belakang aje.”“La... Buat teruk aku aje tau.” Memuncung mulut Nazira tunjuk perasaan teruknya. Aiza tayang muka kebajikan. Minta dihulur simpati.Dan, dalam aksi yang begitulah tiba-tiba pintu bilik itu dibuka. Nazira dan Aiza kaku di muka pintu. Tak sempat hendak buat apa-apa. Sudahnya, perlahan-lahan kepala dipaling ke muka pintu. Daun pintu luas terkuak, tubuh agak lampai milik Fahmi di situ, berpeluk tubuh, menjongket kening. Tersenyum kepada mereka. Mereka pula hanya boleh membalas senyum itu.“Ha, Ira, Aiza. Tak ada kerja?” soal Fahmi merenung kedua-dua gadis itu, terus dengan senyum. Lucu tengok senyum kejung macam kena sepit pipi kiri dan kanan dengan sepit baju daripada dua gadis beruniform merah jambu itu. Dah tahu buat salah dan kantoi punya pasallah tu.“Ada. Mmm... kami tengah buat kerjalah ni,” ujar Nazira tersenyum. Ke atas ke bawah tangannya diayun. Aksi I tak ada buat salahlah...Aiza terus pandang Nazira. Biar betul minah ni. Takkan dia nak cakap kut? Mampus dia kalau Nazira cakap. Dengan Nazira sekali dua kali mampus sebab Nazira otai ops yang gagal ni!“Sebenarnya...” Nazira kumam ayat. Sebenarnya apa, hah? “Hah!” Penuh semangat tangan Nazira yang menggoyang tadinya melekap. Menepuk elok di depan muka Fahmi sampai muka lelaki itu sedikit terkebelakang. Terkejut atau nak jaga muka yang agak kacak, Nazira tak boleh tebak.“Hah, kami tengah jaga-jaga kat sini. Manalah tau kalau ada pesakit yang pengsan. Ha, nanti glamorlah hospital kita. Dapat masuk paper ke, TV ke. Sebab kita pro dalam bekerja. Tu kan dapat naikkan nama baik hospital kita. Berkhidmat sebelum ada yang parah. AMC jugak yang glamor,” sambung Nazira menyengih tanpa kena sepit.Fuh, selamat! Aiza lega dalam diam. Pandai jugak si Ira ni kelentong. Tak apalah, tipu sunat. Walaupun alasan tu agak... Mmm, kira bolehlah daripada tak ada.Fahmi senyum. Kedua-dua gadis itu memang nakal dan banyak akal. Terutama sekali Nazira, gadis yang peramah dan sentiasa riang ke sana ke mari. Payah benar nak lihat wajah ceria itu mencuka, kecuali kalau dia marah atau merajuk. Itu pun sekejap saja. Kata Nazira, merajuk atau marah dengan dia, sangatlah tidak sinonim. Dan, Fahmi mengakuinya.“Mmm... yang kat dalam tu doc yang baru ditukarkan ke sini ke, Doktor Fahmi?” soal Nazira mencuri pandang ke dalam bilik. Menjengket-jengket hendak lepasi ketinggian Fahmi yang masih berdiri di muka pintu biliknya.Aiza ikut curi tengok. Manalah tahu kalau-kalau boleh nampak wajah doktor baru itu. Lagipun, dia lebih boleh curi tengok banding Nazira yang ketot. Dah dapat lihat, tidaklah dia dikata ketinggalan lagi. Malangnya, lebih sikit tinggi daripada Nazira pun tak ada gunanya. Dia hanya nampak kelibat lelaki itu sahaja. Tapi, hmm... dari belakang pun nampak maco!“Eh, mana Ira tau?” soal Fahmi agak hairan. Setahunya berita itu tak disebarkan. Hanya bahagian pentadbiran saja yang tahu.Namun, seketika saja hairannya itu kerana Fahmi dapat mengagak bagaimana gadis itu tahu. Ini sah kes menghendap si Izam dari tadi. Kalau Nazira dah tahu, teruslah dia akan ambil tahu sampai ke sudah. Busybody hospital ini kan. Tapi busybody spesies baik punya. Hal yang perlu dan Nazira mahu tahu saja. Sah, Izam sejak awal tiba sudah jadi mangsa sekodeng gadis lincah ini. Ira, Ira...“Biasalah...” Nazira menyeringai. Siap keluarkan bunyi hehehe lagi kemudiannya.“Pantas sungguhlah Ira ni.” Fahmi ketawa kecil.“Takkanlah tak nak kenalkan kami dengan dia?” Nazira masih tak mengalah untuk bersemuka dengan doktor baru itu. Yalah, jengket asyik tak lepas. Kut dia rajin nak kerabat Doktor Fahmi, nampaklah. Tapi, kang heboh satu AMC pula. Tak pasallah!“Yalah, yalah. Saya tau Ira tak akan puas hati selagi tak jumpa dia sendiri.” Fahmi menembus tubuh melalui celahan pintu. Masukkan separuh tubuh lalu Izam digamit. “Mari aku kenalkan kau dengan dua orang cik adik manis ni.” Temannya itu hampiri Fahmi. Dia tersenyum mesra kepada Nazira. Gadis genit ini. Dia ingat sebab orangnya rendah, hanya paras dadanya. Dan, sebab mereka berlanggar gaya filem Hindustan tadi. Yang seorang lagi pula...Eh, rasanya macam kenal saja awak tu. Matanya tertumpu terus ke wajah Aiza. Menilik dan mengkaji. Sah, memang dia! Kalau aku taulah dia kerja kat sini, dah lama aku mintak tukar. Kut sekarang dah ada anak dua. Hisy, gatalnya aku. Baru Izam sedar, dia pun ada gen ulat bulu naik daun macam Izat.Nazira melambai-lambai tangan di hadapan wajah Izam. “Helo... helo... Masih kat sini lagi?”Kemudian sengaja pula Nazira mengelip-ngelipkan mata betul-betul depan muka Izam. Siap letak kedua-dua tangan yang dikepal di bawah dagu.“Ah... Ya, ya. Kenapa?” Izam sedikit sentak. Baru sedar diri.“Ops... Sorry kalau ganggu doktor layan perasaan. Hmm, sebenarnya nak pesan. Jangan pandang lama-lama, nanti saling jatuh cinta.” Nazira selamba nyanyi ikut rentak lagu Sweet Charity. Terkenyit-kenyit mata menyakat.Aiza cubit halus lengan temannya. Geram. Malu. Kalau bukan doktor pujaan hati, satu hal. Ini doktor ‘pojaan’ hatiku, berhal-hallah. Malu memuncak, geram memarak. Nazira mengaduh, gosok-gosok lengannya yang terasa sengal. Nak bunuh orang ke minah ni? Tadi cubit, sekarang cubit. Asyik dia saja terbabit!“Sakitlah!” Mencerun Nazira kepada Aiza. Siap buat bunyi menderam lagi.“Tahu pun! Yang kau memandai tu pasal apa?” marah Aiza geram.Nazira cebik bibir. “Eleh, orang cakap yang betul pun nak cubit. Aku bagi tau rahsia tadi baru tau,” ugut Nazira tersengih.Sudah... Jangan! Malu aku kang depan dia! Nanti mesti dia bagi tau kat adik dia dengan Aunty Rina. Eii, tak sanggup aku! “Eh, tak, tak... Aku tak marah...” Luas sengih Aiza sambil gosok-gosok lengan Nazira yang tadi jadi mangsa ketam batunya.Tersenyum Nazira dengan gelagat Aiza. Nak tutup lubang punya pasal, manja kemain. “Tau takut.” Nazira berbisik kepada teman itu seraya kenyit mata. Suka nak kenakan Aiza.“Hei, tak baik berbisik depan kami tau. Apa pun... Hah, Izam, aku kenalkan pada kau gadis paling nakal dan bermulut becok kat hospital ni.”“Ooo... Aaa... Yang mana satu?” soal Izam pandang Nazira dan Aiza selang-seli. Namun, dia dapat agak. Sekejapan bersama pun dah boleh buat dia meneka.“Tu... yang dari tadi cakap tak berhenti tulah. Mulut tak pernah ada brek.” Fahmi memuncungkan bibir ke arah Nazira. Selamba. Nazira jelir lidah. Fahmi sengih, tak ambil hati. Dah memang gaya itu Nazira yang dia kenal.“Okeylah, aku nak buat rounds. Aku pergi dulu ya, Izam.” Fahmi menutup daun pintu biliknya seraya angkat tangan kepada Izam. Junior satu tempat belajar dengannya. Dan kini, mereka punya pertemuan semula.Kemudian Fahmi lihat Nazira dan Aiza. Kedua-dua gadis yang elok dengan pakaian seragam hospital mereka. Sut skirt berwarna merah jambu lembut bawah lutut dengan stoking kaki tutup penuh sepasang kaki. Uniform rasmi para jururawat AMC. Pada kepala masing-masing pula nurse cap elok terpin, juga warna merah jambu lembut. Aiza dengan rambut pendek gaya potongan Cleopatra paras telinga, disisir elok. Manakala rambut hitam berkilat Nazira disanggul kemas dengan rambut depan menutup dahi.“Mmm, kau orang ni pulak, jangan nak curi tulang tau,” ujar Fahmi menunjuk-nunjuk jari telunjuk ke arah kawan baik berdua itu.“Yes, doc!” Nazira angguk dengan dua jari pada kening kanan. Saluting!Fahmi senyum dengan telatah gadis itu. Nazira jika dilihat mata, taklah secantik Aiza. Antara teman berdua ini, rupa tentulah menang Aiza. Kalau ada lelaki yang lihat mereka jalan bersama, pasti mata akan menyerbu terus kepada Aiza. Namun, wajah biasa-biasa Nazira itu penuh kelembutan. Wajah itu wajah keibuan. Dan, takkan ada siapa sangka di balik wajah itu tersembunyi kenakalan yang begitu menghiburkan. Kelembutan wajah itu dan kenakalan gadis itu boleh tambat hati siapa saja dengan senang. Nazira kalau dikenal, memang ramai lelaki beratur untuk jatuh suka. Malah, diam-diam Fahmi sendiri selalu jatuh suka kepada Nazira. Tak boleh nak tidakkan rasa itu. Namun, Fahmi tak jatuh cinta, kerana cintanya sudah diraih gadis lain lebih awal. Dan, kekasihnya sendiri tahu dia jatuh suka kepada Nazira berulang-ulang, kerana Anna ikut jatuh suka dengan keletah Nazira di balik pertemuan tak seberapa dalam hubungan jarak jauh mereka. Perangai Nazira yang keanak-anakan dan happy go lucky menyebabkan Fahmi menyayangi gadis itu seperti adik sendiri. Nazira adalah peran yang menghiburkan isi hospital ini. Terus senyum, Fahmi berlalu.“Jomlah, Aiza. Nanti merungut pulak member-member lain sebab kita tak ada kat nurse-station.” Nazira tarik lengan Aiza.“Mmm, cik pergilah dulu. Saya ada sesuatu nak cakapkan dengan kawan cik ni,” ujar Izam seperti menghalang Aiza daripada berlalu.“Ada apa-apa ke?” usik Nazira melihat antara Aiza dengan Izam. Dia menyiku Aiza yang diam sedari tadi sebab ikut terkejut dengan halangan Izam. Sudahnya Nazira jongket kedua-dua bahu. “Anyway, I’m Intan Nazira. Panggil aje Ira.” Nazira tegakkan kelima-lima jari tangan kanan setinggi bahu, gedik-gedikkan ia serupa lambaian salam kenal.“Hai, Ira.” Izam senyum mesra, menanti gadis itu pergi. Tapi, si manis itu tak ganjak dari tempatnya. Berdiri saja dengan kedua-dua tangan saling bersilang di belakang badan, merenungnya seolah-olah sedang menanti. Tunggu apa pulak ni?“Mmm, ya...?” Izam soal terus.“Takkanlah saya aje nak kenalkan diri. Macam mana dengan doktor?”“Ooo... sorry, sorry. Saya Mohd Izam Effy, tapi panggil saya...”“Doktor Izam,” potong Nazira mengerdip mata. “Okeylah. Jangan sampai hilang kata bila berdepan dengan cik adik ni ya.” Nazira selamba menyiku manja Aiza. “Okay, bai-bai.” Melambai mesra, Nazira meninggalkan Izam dan Aiza berdua di situ. Berlari anak sambil menjingkit-jingkit gaya skipping dan menyanyi kecil suka hati. Tersenyum Izam dan Aiza memerhati. Kemudian, mata Izam dan Aiza bertembung. Spontan Izam mengeluarkan suara. “Dia memang macam tu?”Aiza angguk cuma. Terkulat-kulat lihat segala arah, tapi bukan hadapannya. Sebab di depannya sedang berdiri tubuh lampai yang mula buat hatinya tahu main dram semenjak kali pertama melihat paras itu. Terintai-intai dia curi tengok apabila Izam punggah barang dari dalam kereta, ketika hari pertama berpindah kembali ke rumah keluarganya. Lepas itu, sekali lagi sekodeng cik abang ini basuh keretanya.Bisu. Begitulah suasana antara mereka seketika. Akhirnya Izam mengalah. Tahu tanggungjawab buka mulut dan bersuara jatuh ke bahunya. Lagipun, sampai bila nak berdiam diri begini? Salah seorang perlu mengalah. “Rasanya saya pernah tengok cik...” Sengaja Izam bungkam di situ.“Aiza.”Wajah yang sama, nama yang serupa. Tak mungkin pelanduk dua serupa. Kut ya pun pelanduk dua serupa, takkanlah dengan nama dan rupa sekali gus. “Cik Aiza tinggal di Taman Cahaya Purnama, kan?” Akhirnya Izam tanya soalan yang nak sangat dia tanya sejak awal tadi. Aiza angguk kemudian selamba berkata, “Kat sebelah rumah doktorlah.”Itu pun tak tahu ke? Yang hari-hari kau duk usyar tu akulah! Takkan anak katak kut?!Bercahaya sakan mata Izam, kalah Taman Cahaya Purnama. Jadi, dialah... Memang dia! Ada peluanglah ni!Kalau tak nak cakap, jangan bazirkan masa aku! Apa punya lelakilah! Kat rumah pun dia tak berani nak tegur. Asyik buat kepala bangau aje. Hah, dah tumpang ada peluang ni, gunalah! Itu pun tak! Soal entah apa-apa punya soalan. Heh! Aiza masukkan kedua-dua tangan ke dalam poket baju seragam. “Tak apalah ya. Saya ada kerja. Mintak diri dululah.” Terus Aiza nak berlalu. Namun, terhenti dengan tegahan tegas daripada lelaki di hadapannya.“Sekejap!”“Ada apa, doktor?” Aiza kembali berhadapan dengan lelaki itu. Kedua-dua tangan masih di dalam poket kanan dan kiri uniform. Malas-malas mahu.“Izam. Panggil saya Izam aje. Boleh saya panggil awak Aiza?”“Ikut suka Izamlah. Ada apa-apa lagi, dok... mmm, Izam?” Aiza cuba untuk tunjuk selamba. Sedang tangan di dalam poket sibuk tergenggam dan terbuka ulang-ulang untuk jauhkan gemuruh. Kasi siuh jauh-jauh! “Mmm... bila kita boleh jumpa lagi?” Izam melurut-lurut belakang kepala. Terkebil sekejap, Aiza sudahnya senyum. Rasa comel pula aksi serba tak kena Izam yang melurut-lurut rambut belakang begitu. Rambut yang keperangan sebagaimana adiknya. Cuma adik lelaki itu sudah tukar stail rambut sejak-sejak kebelakangan ini. Membela. Dan, Izam nampak kacukan, sedang adiknya nampak lebih kepada mat salih.“Kita kan satu hospital. Bila-bila pun boleh. Okeylah, saya mintak diri dulu.” Aiza terus berlalu tanpa menunggu balas kata. Malu...Izam tutup mulut, tapi bukan mata. Membesar tengok Aiza berlalu begitu saja. Bila-bila pun boleh? Apa maksud dia? Ah, lantaklah! Asal aku dapat tengok muka dia tiap hari sudah. Kat rumah dapat, kat sini pun dapat! Wau, rezeki, rezeki! Izam berlalu pergi dari situ, bersama sengih yang tak boleh nak putus. Joker pun boleh kalah tau!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 10, 2015 05:43

April 5, 2015

Grup Facebook BNI

Grup FB Bikash Nur Idris
CLICK to join!Kepada yang belum join, sila join grup Facebook BNI ni kalau sudi. Saya akan up-date bab-bab & teaser karya terbaru & akan datang di sini lebih dulu sebelum masuk ke blog ini.Silakan turut serta tanda sokong BNI о(ж>▽<)y ☆
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 05, 2015 07:48

March 28, 2015

Princess Reborn | lapan

“Ira, temankan aku pergi fon kejap.” Fauziah tarik lengan teman Nazira dengan lagak manja.“Kau nak call siapa, Gee?” soal Aiza jeling Fauziah sambil betulkan tulang-temulang. Siap silang dua tangan diangkat tinggi sambil goyang badan kiri kanan. Lepas lenguh.
Hari ini dia ganti syif Chawi yang ada hal kecemasan. Kecemasan bagaimana dia akan soal siasat nanti. Tapi, bila Chawi dah tahap menangis, meminta sangat kefahaman dia, Aiza ikutkan saja. Itu pasal penat sangat.“Buah hatilah tu, siapa lagi,” cebik Nazira. Faham sangat dengan teman-teman yang sedang lemas di medan percintaan. Sehari tak dengar suara, tak jumpa, boleh mati. Gayanyalah.“Jomlah...” Fauziah terus menarik lengan teman Nazira sambil lompat setempat.“Hisy! Yalah, yalah. Karang nangis kang, teruk pulak aku nak memujuk. Aku pergi ya, Aiza,” ujar Nazira sambil bagi ciuman terbang ke arah Aiza kemudian paut lengan Fauziah dan melangkah berdua. Fauziah melangkah, dia skipping. Aiza senyum tengok gaya jalan Nazira. Ira, Ira...
“Eh! Tu pakwe hari tu, kan? Yang kau kata tiga suku tu?” Fauziah menuding ke arah seorang pemuda di hadapan.Nazira tengok pemuda itu. Oh, kau rupa-rupanya. Well, well, well... Hehehe. Nilah peluang aku. Jagalah kau, mamat tiga suku. Aku akan kenakan kau balik. Dia sengih nakal.“Kenapa tiba-tiba aje kau sengih, Ira?” Fauziah hairan.“Hari tu kan dia kenakan aku. Hari ni aku akan kenakan dia balik.”“Jangan cari pasal, Ira.” Fauziah serba tak senang.Izat yang sedang berjalan lurus, kian hampir dengan Nazira. Gadis itu ditenung dari atas ke bawah. La... terlepas lagi ke orang gila ni?“Mmm, saudara, zip awak terbuka tu. Jaga-jaga, nanti barang awak jatuh pulak,” ujar Nazira selamba bila berselisih dengan pemuda tersebut. Pemuda yang hari ini berpakaian serba kasual banding hari dia jumpa sebelum ini.Wajah Izat bertukar merah. Spontan matikan kaki, tak fikir banyak, zip seluar jeannya diraba. Takkan aku terlupa tutup kut? Beberapa orang jururawat yang berselisih tersenyum melihat gelagatnya itu. Aiseh, malunya! Tapi zip seluar aku tertutup rapat kut. Sikit pun tak ada ruang angin masuk. Ni mesti saja nak kenakan aku! Tak guna!“Bukan zip tu, saudara. Zip porch kat pinggang tu.” Nazira ketawa geli hati. Seronok dapat kenakan orang tiga suku itu. Puas hati aku. Nazira dan Fauziah akhirnya beriringan. Nazira dengan muka riak, Fauziah muka tahan gelak.Tak guna punya budak gila. Dia kenakan aku rupanya. Menyimpan sumpah seranah yang hampir nak keluar dari mulut, Izat terus melangkah ke bilik Izam laju-laju. Tak tertahan rasanya malu yang ditanggung. Tambah bila ada mata-mata yang jeling-jeling. Dia pegang bahagian tak patut tengah-tengah laman kut.“Jahatlah kau ni, Ira. Kesian dia tau. Merah muka dia tahan malu,” ujar Fauziah antara tawa yang sudah tersembur sejak tadi.“Padan muka dia. Nak cari gaduh dengan aku konon. Baru puas hati aku. Hehehe.” Nazira senyum kemenangan. “Dah-dahlah gelak. Pergi telefon cepat. Nanti ramai pulak yang beratur nak call. Aku tunggu kau kat situ ya.” Nazira menuding ke arah kerusi berhampiran taman buatan dekat dengan lobi.Fauziah angguk seraya berlalu. Nazira labuh punggung di atas kerusi. Dia renung keliling. Cantik pemandangan di sini. Agaknya, orang sakit yang lihat pemandangan ciptaan Ilahi begini pasti akan baik. Ciptaan-Nya sungguh agung dan mengagumkan. Indah, tak pernah jemu mata memandang.“Hei, mengelamun jauh nampak?” Seorang pemuda duduk bersebelahan Nazira. Terus pancung mood Nazira menikmati pemandangan. Nazira alih kepala ke sebelah cepat-cepat.“Pak su ni... Terkejut Ira.” Nazira tunjuk muka cari pasal.Fahmi gelak. “Taulah marah. Tapi janganlah panggil pak su. Rasa macam tua pulak.” Fahmi buat muka kebajikan. Minta simpati. Sejak-sejak Nazira tahu pasal dia pak su Hanizatul, suka sangat gadis manis itu panggil begitu kalau geramkan sikapnya yang suka mengejutkan Nazira gaya ini.“Baiklah. Bakal anak buahmu yang baik hati ini ampunkan. Ya, Doktor Fahmi? Nak apa kasi orang terkejut?” Selamba Nazira hentam, sambil sengih.Fahmi ketawa. “Yalah, yalah. Sorry terkejutkan cik adik manis. Mmm, Ira buat apa kat sini? Nak telefon ke?”“Ira temankan Gee. Dia nak call. Ha, Doktor Fahmi pulak buat apa kat sini? Curi tulang?” Nazira jongket sebelah kening. “Saya nak call jugak. Tapi ramai sangat orang.” Fahmi muncung mulut ke depan. Kalau panggilan peribadi, dia memang tak suka guna pakai telefon biliknya. Rasa tak patut.Nazira alih pandangan ke dua telefon awam yang terletak di ruang hospital. Mak oi, berderet-deret. Tadi macam kosong. Siapa yang tengah guna tu? Dia menjenguk. La, lambat lagi ke si Gee ni?“Mmm, Doktor Fahmi nak call Kak Anna ya?” usik Nazira.Fahmi senyum. Sekadar angguk. “Belilah handphone. Zaman dah berubah. Bercinta pun kenalah berubah gaya. Baru senang sikit. Terubat habislah rasa rindu di hati tu.”“Nantilah. Saya kumpul duit banyak-banyak. Bolehlah saya beli. Jangankan satu, dua, tiga, semua jenis handphone dan pondok telefon di Malaysia ni saya akan beli.” Fahmi ketawa perlahan.Nazira turut ketawa senang. Dia senang dengan sikap Fahmi yang tak sombong dan mesra dengan semua orang. Lelaki ini tak pilih kawan. Itu yang membuatkan Nazira tak luak melayan Fahmi. Tambah-tambah bila tahu mereka bakal jadi saudara melalui perkahwinan nanti. “Tunggu doktor pakai tongkatlah tu...”Mereka ketawa lagi.“Hei, happy nampak?” Seorang pemuda dekati mereka.Nazira dan Fahmi memandang pemuda itu. La, orang tiga suku ni rupanya, bisik hati Nazira.“Ini makwe doktor ke?” soal pemuda itu.“Sebenarnya, ni...” Fahmi tak sempat sudahkan kata. Tak menyempat kut dicantas.“Sayang, sayang... Doktor ni kacak orangnya, tapi dapat makwe yang gila,” potong Izat. Siap buat gaya skrew longgar guna telunjuk di hujung kepala Nazira yang masih duduk.Nazira geram, tampar tangan Izat yang hampir dengan kepalanya lalu terus berdiri. Garang cerun mata kepada Izat. “Hei, mulut awak tu baik-baik sikit. Kerana mulut badan binasa, tau tak!” tengking Nazira marah. Mukanya tambah mencuka apabila Izat senyum gaya ada aku kisah.“Awak tu yang tiga suku, nak kata saya pulak. Hei, saya tahulah muka awak tebal 36 inci tadi. Awak sedar tak yang awak dah glamor sekarang ni. Cuba tengok cik adik-cik adik sekeliling awak sekarang ni, semua tengah tengok awak, perhati awak. Dan, ketawakan awak.” Nazira balas senyum gaya mamat depannya ini. Sebiji-sebiji. Izat perhati sekitarnya. Dapat dilihat jelas beberapa gadis berpakaian serba merah jambu sedang berbisik dan tertawa sambil lihatnya. Cis! Aku tak akan lepas kau! Izat mencerun pandang Nazira yang dah sedia kecil dan nampak makin kecil di depannya.Fahmi mula tak senang. Dia tengok Nazira dan mamat salih kacak gila itu. Saling lawan pandang. Ah, sudah. Macam ada percikan api nak mula saja.“Jadi, pengalaman yang menyeronok, kan? Enjoy it.” Nazira senyum menyindir. Dia pandang tajam sepasang mata yang layu itu. Mata yang menggoda habis. Tapi, bukan untuk masa ini. Sepasang anak mata nak ke coklat itu sedang marak dengan marah.“Lain kali, fikir dulu sebelum nak kenakan saya ya, encik tiga suka,” sindir Nazira tajam. Puas hati dapat kenakan balik. Ada hati konon nak kenakan aku. Heh! “Ira, dah, dah...” pujuk Fahmi sambil paut lengan Nazira yang berlapik uniform. Dia tarik agar ikutnya. “Jom kita pergi. Banyak kerja lagi yang kita nak buat kan...” pujuk Fahmi terus dan terus juga tarik lengan Nazira agar perbalahan mulut itu tak berterusan. Kang naik tangan ke kaki, sudah! Jadi lain cerita pula.Nazira turut. Dibiar saja Fahmi tariknya, namun mood balas dendam belum tamat. Dan lagi dia jelir lidah kepada Izat dan hadiahkan jelingan tanda kemenangan. Nazira ketawa dalam hati.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 28, 2015 15:59

Princess-reborn | lapan

“Ira, temankan aku pergi fon kejap.” Fauziah tarik lengan teman Nazira dengan lagak manja.“Kau nak call siapa, Gee?” soal Aiza jeling Fauziah sambil betulkan tulang-temulang. Siap silang dua tangan diangkat tinggi sambil goyang badan kiri kanan. Lepas lenguh.Hari ini dia ganti syif Chawi yang ada hal kecemasan. Kecemasan bagaimana dia akan soal siasat nanti. Tapi, bila Chawi dah tahap menangis, meminta sangat kefahaman dia, Aiza ikutkan saja. Itu pasal penat sangat.“Buah hatilah tu, siapa lagi,” cebik Nazira. Faham sangat dengan teman-teman yang sedang lemas di medan percintaan. Sehari tak dengar suara, tak jumpa, boleh mati. Gayanyalah.“Jomlah...” Fauziah terus menarik lengan teman Nazira sambil lompat setempat.“Hisy! Yalah, yalah. Karang nangis kang, teruk pulak aku nak memujuk. Aku pergi ya, Aiza,” ujar Nazira sambil bagi ciuman terbang ke arah Aiza kemudian paut lengan Fauziah dan melangkah berdua. Fauziah melangkah, dia skipping. Aiza senyum tengok gaya jalan Nazira. Ira, Ira...
“Eh! Tu pakwe hari tu, kan? Yang kau kata tiga suku tu?” Fauziah menuding ke arah seorang pemuda di hadapan.Nazira tengok pemuda itu. Oh, kau rupa-rupanya. Well, well, well... Hehehe. Nilah peluang aku. Jagalah kau, mamat tiga suku. Aku akan kenakan kau balik. Dia sengih nakal.“Kenapa tiba-tiba aje kau sengih, Ira?” Fauziah hairan.“Hari tu kan dia kenakan aku. Hari ni aku akan kenakan dia balik.”“Jangan cari pasal, Ira.” Fauziah serba tak senang.Izat yang sedang berjalan lurus, kian hampir dengan Nazira. Gadis itu ditenung dari atas ke bawah. La... terlepas lagi ke orang gila ni?“Mmm, saudara, zip awak terbuka tu. Jaga-jaga, nanti barang awak jatuh pulak,” ujar Nazira selamba bila berselisih dengan pemuda tersebut. Pemuda yang hari ini berpakaian serba kasual banding hari dia jumpa sebelum ini.Wajah Izat bertukar merah. Spontan matikan kaki, tak fikir banyak, zip seluar jeannya diraba. Takkan aku terlupa tutup kut? Beberapa orang jururawat yang berselisih tersenyum melihat gelagatnya itu. Aiseh, malunya! Tapi zip seluar aku tertutup rapat kut. Sikit pun tak ada ruang angin masuk. Ni mesti saja nak kenakan aku! Tak guna!“Bukan zip tu, saudara. Zip porch kat pinggang tu.” Nazira ketawa geli hati. Seronok dapat kenakan orang tiga suku itu. Puas hati aku. Nazira dan Fauziah akhirnya beriringan. Nazira dengan muka riak, Fauziah muka tahan gelak.Tak guna punya budak gila. Dia kenakan aku rupanya. Menyimpan sumpah seranah yang hampir nak keluar dari mulut, Izat terus melangkah ke bilik Izam laju-laju. Tak tertahan rasanya malu yang ditanggung. Tambah bila ada mata-mata yang jeling-jeling. Dia pegang bahagian tak patut tengah-tengah laman kut.“Jahatlah kau ni, Ira. Kesian dia tau. Merah muka dia tahan malu,” ujar Fauziah antara tawa yang sudah tersembur sejak tadi.“Padan muka dia. Nak cari gaduh dengan aku konon. Baru puas hati aku. Hehehe.” Nazira senyum kemenangan. “Dah-dahlah gelak. Pergi telefon cepat. Nanti ramai pulak yang beratur nak call. Aku tunggu kau kat situ ya.” Nazira menuding ke arah kerusi berhampiran taman buatan dekat dengan lobi.Fauziah angguk seraya berlalu. Nazira labuh punggung di atas kerusi. Dia renung keliling. Cantik pemandangan di sini. Agaknya, orang sakit yang lihat pemandangan ciptaan Ilahi begini pasti akan baik. Ciptaan-Nya sungguh agung dan mengagumkan. Indah, tak pernah jemu mata memandang.“Hei, mengelamun jauh nampak?” Seorang pemuda duduk bersebelahan Nazira. Terus pancung mood Nazira menikmati pemandangan. Nazira alih kepala ke sebelah cepat-cepat.“Pak su ni... Terkejut Ira.” Nazira tunjuk muka cari pasal.Fahmi gelak. “Taulah marah. Tapi janganlah panggil pak su. Rasa macam tua pulak.” Fahmi buat muka kebajikan. Minta simpati. Sejak-sejak Nazira tahu pasal dia pak su Hanizatul, suka sangat gadis manis itu panggil begitu kalau geramkan sikapnya yang suka mengejutkan Nazira gaya ini.“Baiklah. Bakal anak buahmu yang baik hati ini ampunkan. Ya, Doktor Fahmi? Nak apa kasi orang terkejut?” Selamba Nazira hentam, sambil sengih.Fahmi ketawa. “Yalah, yalah. Sorry terkejutkan cik adik manis. Mmm, Ira buat apa kat sini? Nak telefon ke?”“Ira temankan Gee. Dia nak call. Ha, Doktor Fahmi pulak buat apa kat sini? Curi tulang?” Nazira jongket sebelah kening. “Saya nak call jugak. Tapi ramai sangat orang.” Fahmi muncung mulut ke depan. Kalau panggilan peribadi, dia memang tak suka guna pakai telefon biliknya. Rasa tak patut.Nazira alih pandangan ke dua telefon awam yang terletak di ruang hospital. Mak oi, berderet-deret. Tadi macam kosong. Siapa yang tengah guna tu? Dia menjenguk. La, lambat lagi ke si Gee ni?“Mmm, Doktor Fahmi nak call Kak Anna ya?” usik Nazira.Fahmi senyum. Sekadar angguk. “Belilah handphone. Zaman dah berubah. Bercinta pun kenalah berubah gaya. Baru senang sikit. Terubat habislah rasa rindu di hati tu.”“Nantilah. Saya kumpul duit banyak-banyak. Bolehlah saya beli. Jangankan satu, dua, tiga, semua jenis handphone dan pondok telefon di Malaysia ni saya akan beli.” Fahmi ketawa perlahan.Nazira turut ketawa senang. Dia senang dengan sikap Fahmi yang tak sombong dan mesra dengan semua orang. Lelaki ini tak pilih kawan. Itu yang membuatkan Nazira tak luak melayan Fahmi. Tambah-tambah bila tahu mereka bakal jadi saudara melalui perkahwinan nanti. “Tunggu doktor pakai tongkatlah tu...”Mereka ketawa lagi.“Hei, happy nampak?” Seorang pemuda dekati mereka.Nazira dan Fahmi memandang pemuda itu. La, orang tiga suku ni rupanya, bisik hati Nazira.“Ini makwe doktor ke?” soal pemuda itu.“Sebenarnya, ni...” Fahmi tak sempat sudahkan kata. Tak menyempat kut dicantas.“Sayang, sayang... Doktor ni kacak orangnya, tapi dapat makwe yang gila,” potong Izat. Siap buat gaya skrew longgar guna telunjuk di hujung kepala Nazira yang masih duduk.Nazira geram, tampar tangan Izat yang hampir dengan kepalanya lalu terus berdiri. Garang cerun mata kepada Izat. “Hei, mulut awak tu baik-baik sikit. Kerana mulut badan binasa, tau tak!” tengking Nazira marah. Mukanya tambah mencuka apabila Izat senyum gaya ada aku kisah.“Awak tu yang tiga suku, nak kata saya pulak. Hei, saya tahulah muka awak tebal 36 inci tadi. Awak sedar tak yang awak dah glamor sekarang ni. Cuba tengok cik adik-cik adik sekeliling awak sekarang ni, semua tengah tengok awak, perhati awak. Dan, ketawakan awak.” Nazira balas senyum gaya mamat depannya ini. Sebiji-sebiji. Izat perhati sekitarnya. Dapat dilihat jelas beberapa gadis berpakaian serba merah jambu sedang berbisik dan tertawa sambil lihatnya. Cis! Aku tak akan lepas kau! Izat mencerun pandang Nazira yang dah sedia kecil dan nampak makin kecil di depannya.Fahmi mula tak senang. Dia tengok Nazira dan mamat salih kacak gila itu. Saling lawan pandang. Ah, sudah. Macam ada percikan api nak mula saja.“Jadi, pengalaman yang menyeronok, kan? Enjoy it.” Nazira senyum menyindir. Dia pandang tajam sepasang mata yang layu itu. Mata yang menggoda habis. Tapi, bukan untuk masa ini. Sepasang anak mata nak ke coklat itu sedang marak dengan marah.“Lain kali, fikir dulu sebelum nak kenakan saya ya, encik tiga suka,” sindir Nazira tajam. Puas hati dapat kenakan balik. Ada hati konon nak kenakan aku. Heh! “Ira, dah, dah...” pujuk Fahmi sambil paut lengan Nazira yang berlapik uniform. Dia tarik agar ikutnya. “Jom kita pergi. Banyak kerja lagi yang kita nak buat kan...” pujuk Fahmi terus dan terus juga tarik lengan Nazira agar perbalahan mulut itu tak berterusan. Kang naik tangan ke kaki, sudah! Jadi lain cerita pula.Nazira turut. Dibiar saja Fahmi tariknya, namun mood balas dendam belum tamat. Dan lagi dia jelir lidah kepada Izat dan hadiahkan jelingan tanda kemenangan. Nazira ketawa dalam hati.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 28, 2015 15:59

Princess-reborn | sembilan

“Ira, temankan aku pergi fon kejap.” Fauziah tarik lengan teman Nazira dengan lagak manja.“Kau nak call siapa, Gee?” soal Aiza jeling Fauziah sambil betulkan tulang-temulang. Siap silang dua tangan diangkat tinggi sambil goyang badan kiri kanan. Lepas lenguh.“Eh! Tu pakwe hari tu, kan? Yang kau kata tiga suku tu?” Fauziah menuding ke arah seorang pemuda di hadapan.Nazira tengok pemuda itu. Oh, kau rupa-rupanya. Well, well, well... Hehehe. Nilah peluang aku. Jagalah kau, mamat tiga suku. Aku akan kenakan kau balik. Dia sengih nakal.“Kenapa tiba-tiba aje kau sengih, Ira?” Fauziah hairan.“Hari tu kan dia kenakan aku. Hari ni aku akan kenakan dia balik.”“Jangan cari pasal, Ira.” Fauziah serba tak senang.Izat yang sedang berjalan lurus, kian hampir dengan Nazira. Gadis itu ditenung dari atas ke bawah. La... terlepas lagi ke orang gila ni?“Mmm, saudara, zip awak terbuka tu. Jaga-jaga, nanti barang awak jatuh pulak,” ujar Nazira selamba bila berselisih dengan pemuda tersebut. Pemuda yang hari ini berpakaian serba kasual banding hari dia jumpa sebelum ini.Wajah Izat bertukar merah. Spontan matikan kaki, tak fikir banyak, zip seluar jeannya diraba. Takkan aku terlupa tutup kut? Beberapa orang jururawat yang berselisih tersenyum melihat gelagatnya itu. Aiseh, malunya! Tapi zip seluar aku tertutup rapat kut. Sikit pun tak ada ruang angin masuk. Ni mesti saja nak kenakan aku! Tak guna!“Bukan zip tu, saudara. Zip porch kat pinggang tu.” Nazira ketawa geli hati. Seronok dapat kenakan orang tiga suku itu. Puas hati aku. Nazira dan Fauziah akhirnya beriringan. Nazira dengan muka riak, Fauziah muka tahan gelak.Tak guna punya budak gila. Dia kenakan aku rupanya. Menyimpan sumpah seranah yang hampir nak keluar dari mulut, Izat terus melangkah ke bilik Izam laju-laju. Tak tertahan rasanya malu yang ditanggung. Tambah bila ada mata-mata yang jeling-jeling. Dia pegang bahagian tak patut tengah-tengah laman kut.“Jahatlah kau ni, Ira. Kesian dia tau. Merah muka dia tahan malu,” ujar Fauziah antara tawa yang sudah tersembur sejak tadi.“Padan muka dia. Nak cari gaduh dengan aku konon. Baru puas hati aku. Hehehe.” Nazira senyum kemenangan. “Dah-dahlah gelak. Pergi telefon cepat. Nanti ramai pulak yang beratur nak call. Aku tunggu kau kat situ ya.” Nazira menuding ke arah kerusi berhampiran taman buatan dekat dengan lobi.Fauziah angguk seraya berlalu. Nazira labuh punggung di atas kerusi. Dia renung keliling. Cantik pemandangan di sini. Agaknya, orang sakit yang lihat pemandangan ciptaan Ilahi begini pasti akan baik. Ciptaan-Nya sungguh agung dan mengagumkan. Indah, tak pernah jemu mata memandang.“Hei, mengelamun jauh nampak?” Seorang pemuda duduk bersebelahan Nazira. Terus pancung mood Nazira menikmati pemandangan. Nazira alih kepala ke sebelah cepat-cepat.“Pak su ni... Terkejut Ira.” Nazira tunjuk muka cari pasal.Fahmi gelak. “Taulah marah. Tapi janganlah panggil pak su. Rasa macam tua pulak.” Fahmi buat muka kebajikan. Minta simpati. Sejak-sejak Nazira tahu pasal dia pak su Hanizatul, suka sangat gadis manis itu panggil begitu kalau geramkan sikapnya yang suka mengejutkan Nazira gaya ini.“Baiklah. Bakal anak buahmu yang baik hati ini ampunkan. Ya, Doktor Fahmi? Nak apa kasi orang terkejut?” Selamba Nazira hentam, sambil sengih.Fahmi ketawa. “Yalah, yalah. Sorry terkejutkan cik adik manis. Mmm, Ira buat apa kat sini? Nak telefon ke?”“Ira temankan Gee. Dia nak call. Ha, Doktor Fahmi pulak buat apa kat sini? Curi tulang?” Nazira jongket sebelah kening. “Saya nak call jugak. Tapi ramai sangat orang.” Fahmi muncung mulut ke depan. Kalau panggilan peribadi, dia memang tak suka guna pakai telefon biliknya. Rasa tak patut.Nazira alih pandangan ke dua telefon awam yang terletak di ruang hospital. Mak oi, berderet-deret. Tadi macam kosong. Siapa yang tengah guna tu? Dia menjenguk. La, lambat lagi ke si Gee ni?“Mmm, Doktor Fahmi nak call Kak Anna ya?” usik Nazira.Fahmi senyum. Sekadar angguk. “Belilah handphone. Zaman dah berubah. Bercinta pun kenalah berubah gaya. Baru senang sikit. Terubat habislah rasa rindu di hati tu.”“Nantilah. Saya kumpul duit banyak-banyak. Bolehlah saya beli. Jangankan satu, dua, tiga, semua jenis handphone dan pondok telefon di Malaysia ni saya akan beli.” Fahmi ketawa perlahan.Nazira turut ketawa senang. Dia senang dengan sikap Fahmi yang tak sombong dan mesra dengan semua orang. Lelaki ini tak pilih kawan. Itu yang membuatkan Nazira tak luak melayan Fahmi. Tambah-tambah bila tahu mereka bakal jadi saudara melalui perkahwinan nanti. “Tunggu doktor pakai tongkatlah tu...”Mereka ketawa lagi.“Hei, happy nampak?” Seorang pemuda dekati mereka.Nazira dan Fahmi memandang pemuda itu. La, orang tiga suku ni rupanya, bisik hati Nazira.“Ini makwe doktor ke?” soal pemuda itu.“Sebenarnya, ni...” Fahmi tak sempat sudahkan kata. Tak menyempat kut dicantas.“Sayang, sayang... Doktor ni kacak orangnya, tapi dapat makwe yang gila,” potong Izat. Siap buat gaya skrew longgar guna telunjuk di hujung kepala Nazira yang masih duduk.Nazira geram, tampar tangan Izat yang hampir dengan kepalanya lalu terus berdiri. Garang cerun mata kepada Izat. “Hei, mulut awak tu baik-baik sikit. Kerana mulut badan binasa, tau tak!” tengking Nazira marah. Mukanya tambah mencuka apabila Izat senyum gaya ada aku kisah.“Awak tu yang tiga suku, nak kata saya pulak. Hei, saya tahulah muka awak tebal 36 inci tadi. Awak sedar tak yang awak dah glamor sekarang ni. Cuba tengok cik adik-cik adik sekeliling awak sekarang ni, semua tengah tengok awak, perhati awak. Dan, ketawakan awak.” Nazira balas senyum gaya mamat depannya ini. Sebiji-sebiji. Izat perhati sekitarnya. Dapat dilihat jelas beberapa gadis berpakaian serba merah jambu sedang berbisik dan tertawa sambil lihatnya. Cis! Aku tak akan lepas kau! Izat mencerun pandang Nazira yang dah sedia kecil dan nampak makin kecil di depannya.Fahmi mula tak senang. Dia tengok Nazira dan mamat salih kacak gila itu. Saling lawan pandang. Ah, sudah. Macam ada percikan api nak mula saja.“Jadi, pengalaman yang menyeronok, kan? Enjoy it.” Nazira senyum menyindir. Dia pandang tajam sepasang mata yang layu itu. Mata yang menggoda habis. Tapi, bukan untuk masa ini. Sepasang anak mata nak ke coklat itu sedang marak dengan marah.“Lain kali, fikir dulu sebelum nak kenakan saya ya, encik tiga suka,” sindir Nazira tajam. Puas hati dapat kenakan balik. Ada hati konon nak kenakan aku. Heh! “Ira, dah, dah...” pujuk Fahmi sambil paut lengan Nazira yang berlapik uniform. Dia tarik agar ikutnya. “Jom kita pergi. Banyak kerja lagi yang kita nak buat kan...” pujuk Fahmi terus dan terus juga tarik lengan Nazira agar perbalahan mulut itu tak berterusan. Kang naik tangan ke kaki, sudah! Jadi lain cerita pula.Nazira turut. Dibiar saja Fahmi tariknya, namun mood balas dendam belum tamat. Dan lagi dia jelir lidah kepada Izat dan hadiahkan jelingan tanda kemenangan. Nazira ketawa dalam hati.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 28, 2015 15:59

March 18, 2015

Princess Reborn | tujuh

Nazira tongkat dagu dengan kedua-dua siku sambil tengok ibu dan kakaknya, Intan Nazila, yang sedang conteng-conteng pada satu kertas yang sama dengan dua warna pen berbeza. Sekejap orang tu tulis-tulis kemudian orang ni potong-potong, tulis lain pula. Lepas itu boleh pula main tarik-tarik kertas, balah sambil geleng-geleng kepala lepas cakap mulut tak dapat kerjasama.Nazira mengeluh perlahan. Ini pasallah dia angkat bendera putih siap-siap apabila ibu dan kakak ajak dia bertiga-tiga dalam capai kata sepakat dalam jemputan untuk kenduri abangnya. Kenduri yang belum jumpa tarikh lagi pun. Yalah, minggu lepas baru jumpa tarikh untuk ditunangkan. Aduhai, ibu. Alahai, kakak. Over!
Tarikan rambut lurusnya yang ditocang tinggi sampai kepalanya tersentak ke belakang buat Nazira geram menyeru, “Abang!”Tak payah nak tengok-tengok ushar-ushar, tahu dah pun. Abang dia saja yang suka cari nahas dengannya gaya itu. Dia tampar-tampar kasar dan kuat-kuat tangan Naziman. Bibir terketap penuh semangat, dia cubit pula. Apabila abangnya alih tangan dan gelak-gelak, dia rampas tangan kekar abangnya itu dan gigit penuh geram jari tangan Naziman. Aci sempat, tapi penuh perasaan balas dendam.“Auch!” Naziman mengaduh kuat sambil goncang-goncang jari Nazira tokak gaya Drakula nak darah orang.Puan Mawarni dan Nazila yang duduk berdua dengan kepala macam nak melekat, terpisah dua kerusi daripada Nazira di meja makan itu sama-sama angkat kepala. Mereka pandang antara Nazira dan Naziman.“Ayang?” soal Puan Mawarni gaya mahu tahu apa telah jadi.Nazira sebek muka sambil sentuh kepala dan gosok-gosok. Ini gaya dia kena buli dan mahu dipujuk kecil-kecil dulu. “Ibu, abang buat...” adu Nazira dengan suara minta kasihan. Juring mata macam dah basah-basah.Naziman arahkan bola mata ke atas. Mula dah lakonan anak manja dia.Nazila kepung mulut dengan dua-dua tangan, sembunyi gelak. Sebab tahu sangat apa akan jadi kalau Nazira dah sua muka itu. Dia dan Naziman tahu sangat itu lakonan, namun ibu mereka, kecil sampailah umur Nazira dah 22 tahun kini, masih membeli.Memanglah terbeli!Puan Mawarni sudah angkat punggung, campak pen dan kertas dia lawan tarik sama Nazila tadinya. Terus Puan Mawarni dapatkan Nazira yang sedang duduk di kerusi sambil usap-usap kepala dengan mulut sebek, dongak muka tengok Puan Mawarni. Air mata masih acah-acah hujung mata.“Alah, sayang ibu...” Puan Mawarni paut pipi Nazira kiri kanan lalu tarik wajah Nazira rapat ke dadanya dan ditepuk-tepuk lembut ubun kepala anak daranya itu. Memujuk.Besar mata Naziman tak dapat terima kenyataan. Tambah tak dapat terima kenyataan bila balik dada ibu, Nazira jelir lidah kepadanya. Geram sebab ibu kena tipu siang-siang, Naziman sua jari hantunya saja ke depan muka Puan Mawarni yang terus pujuk Nazira yang sangatlah overdose dengan adegan mengada gediknya. Naziman pun nak juga mengada gedik. Lalu, dengan suara mengada gedik copy paste Nazira, tanpa air mata acah-acah dekat mata sebab dia tak tahap terror begitu, Naziman bersuara, “Ibu...”“Hisy! Apa mencarut depan muka ibu ni!” Naik dua darjah suara Puan Mawarni apabila Naziman sua jari tak patut di depan mukanya. Tak cukup dengan itu, dia gigit geram jari anak terunanya itu.“Ibu! Ibu, sakitlah. Sakit, ibu!” Menari-nari entah tarian apa Naziman di situ sambil cuba tarik-tarik manja jarinya. Tarik tak berapa nak manja karang dia juga yang sakit.Nama saja ada adik kerja jururawat, tapi bukan nak dirawat dia pun. Sebaliknya jadi sebab dia perlu terima rawatan—kalau ibu tak lepas-lepas juga jarinya yang ibu gigit gaya sosej masa ini. Tadi anak Drakula, ini emak Drakula. Confirm Nazira bukan anak tiri ibu. Dia kena tipu hidup-hidup selama ini rupanya!Nazira ketawa girang, duduk bersila, tepuk-tepuk tangan sambil lihat adegan kinja-kinja abangnya yang jarinya masih digigit si ibu. Gaya macam budak kecil dapat tengok Road Runner zaman kecil-kecil dulu. Ibu si Road Runner comel bijak sedang kenakan si anjing hutan tak berapa nak cerdik yang dipanggil Coyote. Ketawa Nazira semakin kuat, tambah seronok. Siap terangkat-angkat kiri kanan pahanya yang bersila. Tepuk tangan pun berkepuk-kepuk gaya sambut pengantin bunyinya.Puan Mawarni pandang Nazira yang sudah tunjuk muka ceria. Jeling saja sebab dia masih gigit jari hantu Naziman sambil secara tak langsung ikut tarian entah apa-apa Naziman. Terus Puan Mawarni lepas jari hantu Naziman dan seenak muka tak buat dosa, dihampiri balik Nazira. Bahu Nazira dipaut penuh sayang. Anak itu balas pandangannya dengan rasa yang berlipat ganda lagi.“Sekarang dah happy?” tanya Puan Mawarni kemudian tunduk kucup dahi Nazira.“Mmm...” Angguk-angguk dengan senyum kembang bak bunga di taman.“Ibu memang the bestlah!” sambung Nazira seraya peluk pinggang Puan Mawarni ketat-ketat, letak pipi ke perut itu. Perut yang tidak melahirkannya, namun beri dia kasih sayang yang mungkin ibu kandungnya sendiri tak daya beri.“Bukan macam abang! Wek!” Nazira lepas pinggang Puan Mawarni lalu jelir lidah kepada Naziman yang sedang hembus-hembus jari hantunya gaya cedera parahlah sangat. Gedik! gerutunya dalam hati.Puan Mawarni senyum lihat gelagat Nazira dan Naziman yang sedang bertelagah pandang masa ini. Lawan mata siapa boleh keluar soket mata gayanya. Kemudian dikerling Nazila yang masih gelak-gelak lucu dengan gelagat abang dan adiknya. Sungguh senang hati dapat hiburkan diri.Intan Nazila, walaupun anak keduanya, sudah empat tahun mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya sendiri. Sudah pun beranak satu dan dengar-dengar pula sedang berusaha keras untuk dapatkan anak kedua. Dengan gembiranya, tambah Nazila masa cerita kepadanya, di sebelah suaminya yang tersipu-sipu malu.Imad Naziman, anak bujangnya yang sulung, sesudah beria-ia tolak anak gadis itu, anak perempuan ini, sudahnya diikat hati oleh anak dara kawannya sendiri. Memanglah Hanizatul itu cantik dan lemah lembut orangnya, namun gadis-gadis sebelum ini pun tak kurang lawannya. Takkanlah dia nak kenalkan anak bujangnya dengan budak tak cukup sifat kut. Dia pilih yang terbaik—Muslimah, rupa, peribadi.Tapi, entah bagaimana Hanizatul binti Hamdan itu pula yang dekat di hati Imad Naziman. Mata dah kenan, hati dah gemar, jadi dia sebagai ibu nak apakan lagi. Tambah bila anak teruna yang ia-ia tak nak berkahwin selagi kerjayanya tak kukuh itu kini mula fikir pasal nak beristeri sambil kukuhkan kerjaya. Terima sajalah dengan hati dan dada terbuka. Sudah tu, Hanizatul bukan gadis biasa-biasa atau luar biasa dia tak kenan. Dua kali terima dengan hati dan dada terbukalah dia. Syoknya nak dapat menantu perempuan. Yippi!Puan Mawarni pandang Nazira lama. Giliran ayang dah tiba dan ibu akan carikan menantu akhir paling yummy untuk ayang. Sebab ayang kan anak ibu yang yummy! Hehehe.“Okeylah. Ayang dah happy-happy, ibu pun nak happy-happykan dirilah,” ujar Puan Mawarni melenggang ke arah singki.“Eh, ibu nak pergi mana? Tak siap lagi ni.” Nazila angkat kertas berconteng warna-warni gaya cakar ayam anaknya yang dua tahun lebih suka buat. Dikibar-kibar.“Kejaplah. Nak samak mulut ni.” Selamba Puan Mawarni tunduk dan kumur-kumur mulut di singki itu.Nazira dan Nazila saling berpandangan kemudian lihat Naziman yang sudah pegang dada kiri dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi pegang kerusi. Paut gaya akan terlurut jatuh kalau tak buat begitu. Punya terkesanlah dengan ibu sendiri. Nazira dan Nazira galak gelak.“Ibu, sampainya hati ibu. Oh, ibu...” Naziman pegang dada dengan gaya hatiku dihancurkan ibu, tunduk muka.Puan Mawarni yang sudah habis berkumur alih batang leher, pandang Naziman. “Abang kenapa? Nak masuk Exists?” Selamba dia tanya dan selamba pula dia kesat bibir. Belum sudah samak rupanya.“Ibu ni, tak patut tau. Dahlah jari abang cedera parah. Ni ibu cederakan hati abang pulak. How could you...” Naziman cebik-cebik mulut gaya saya-sedang-sungguh-kecil-hati-oh-ibu.“Eii, gedik sangatlah abang. Dah pandai mengada eh sekarang dia, ibu,” komen Nazila bangun daripada duduk lalu hampiri kerusi Nazira duduk. Dia berdiri di tempat ibunya berdiri tadi. Elok saja dia berdiri di situ, Nazira terus peluk pinggangnya dengan sebelah tangan. Nazila usup ubun kepala Nazira kemudian lihat Naziman.“Huh!” Naziman merengus, berdiri tegak. Tak tunjuk muka Devdas dah. Baju-T kasual pada tubuhnya dibetul-betulkan. Dia mencerun kepada Nazira dan Nazila, bergilir-gilir.Dua adiknya itu kongsi gelak rahsia kemudian buat gaya berbisik-bisik. Nazila bisik ke telinga Nazira, Nazira angguk-angguk. Lepas itu Nazira pula bisik-bisik lalu Nazila pula angguk-angguk. Sepanjang itu mata kedua-dua adiknya itu asyik curi-curi tengok dia. Ingat Naziman pendek akal akal ke nak termakan? Saja-saja aje adik-adiknya itu. Macamlah dia tak tahu. Taktik dari zaman Nazila tadika dan Nazira kecil tak faham benda. Dua orang itu berbisik kosong saja. Lepas angin! Konon-konon mereka ada rahsia dan Naziman tak akan tahu rahsia itu. Heh, ada dia kisah!“Abang tak gedik dan mengada sebelum ni sebab tau tak ada orang nak pujuk,” ujar Naziman sengit kemudian jeling Puan Mawarni yang sudah melenggang balik dekati mereka.Puan Mawarni buat muka naif saja, dapatkan kelompok anak dara dan tak. Dia pun ikut permainan soksek, soksek Nazira dan Nazila. Bisik-bisik kemudian jeling Naziman. Bisik lagi, jeling lagi.Naziman merengus kuat. “Hisy, malaslah nak layan orang suka anyam ketupat sebelum raya ni. Dahlah. Abang nak pergi kepada yang sudi... pujuk abang. Goodbye, my family!”Gaya Mr. Romeo nak jumpa Juliet, Naziman tundukkan sedikit badan lalu terus dapatkan pintu dapur untuk keluar.“Hei, hei, budak merajuk nak dipujuk. Jangan selalu sangat nak jumpa anak dara orang,” tegur Puan Mawarni membuntuti langkah Naziman.“Anak dara tu yang sanggup bayar denda kenakan abang kat hospital hari tu, ibu. Anak teruna ni terima ajelah.” Naziman kenyit mata nakal.“Dah seminggu kut abang suruh dia. Ibu dengan ayang pun komplot jugak. Lagipun, ibu yang jadi perancang utama. Apasal tak denda ibu dengan ayang jugak?”“Buat apa. Mana best.” Naziman ketawa-ketawa nakal pula.Puan Mawarni piat manja cuping telinga Naziman yang gelak-gelak saja. Puan Mawarni lepas lalu senyum. Lapang sangat hatinya melihat bahagian ini pada Naziman. “Sampai bilanya dia nak kena bayar tu?”“Ibu, ni hal rumah tanggalah. Mana boleh bilang.” Naziman berdiri di luar muka pintu sebaik sarungkan kasut lalu cium pipi ibunya geram. Hormon gedik dia masih overdose rupanya!Memang pun dia jadi lain macam sejak mula jumpa muka dengan Hanizatul. Dia sendiri perasan. Kata ibu, sebab dia dah jumpa sebahagian daripada dirinya. Bahagian yang lebih melengkapkan dia. Kata dia pula, alhamdulillah dan insya-Allah.Naziman lambai mesra Puan Mawarni yang masih setia berdiri di muka pintu dapur, lihat kereta yang dipandunya berundur keluar dari garaj dan menghilang pergi.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 18, 2015 05:46

Princess-reborn | tujuh

Nazira tongkat dagu dengan kedua-dua siku sambil tengok ibu dan kakaknya, Intan Nazila, yang sedang conteng-conteng pada satu kertas yang sama dengan dua warna pen berbeza. Sekejap orang tu tulis-tulis kemudian orang ni potong-potong, tulis lain pula. Lepas itu boleh pula main tarik-tarik kertas, balah sambil geleng-geleng kepala lepas cakap mulut tak dapat kerjasama.Nazira mengeluh perlahan. Ini pasallah dia angkat bendera putih siap-siap apabila ibu dan kakak ajak dia bertiga-tiga dalam capai kata sepakat dalam jemputan untuk kenduri abangnya. Kenduri yang belum jumpa tarikh lagi pun. Yalah, minggu lepas baru jumpa tarikh untuk ditunangkan. Aduhai, ibu. Alahai, kakak. Over!Tarikan rambut lurusnya yang ditocang tinggi sampai kepalanya tersentak ke belakang buat Nazira geram menyeru, “Abang!”Tak payah nak tengok-tengok ushar-ushar, tahu dah pun. Abang dia saja yang suka cari nahas dengannya gaya itu. Dia tampar-tampar kasar dan kuat-kuat tangan Naziman. Bibir terketap penuh semangat, dia cubit pula. Apabila abangnya alih tangan dan gelak-gelak, dia rampas tangan kekar abangnya itu dan gigit penuh geram jari tangan Naziman. Aci sempat, tapi penuh perasaan balas dendam.“Auch!” Naziman mengaduh kuat sambil goncang-goncang jari Nazira tokak gaya Drakula nak darah orang.Puan Mawarni dan Nazila yang duduk berdua dengan kepala macam nak melekat, terpisah dua kerusi daripada Nazira di meja makan itu sama-sama angkat kepala. Mereka pandang antara Nazira dan Naziman.“Ayang?” soal Puan Mawarni gaya mahu tahu apa telah jadi.Nazira sebek muka sambil sentuh kepala dan gosok-gosok. Ini gaya dia kena buli dan mahu dipujuk kecil-kecil dulu. “Ibu, abang buat...” adu Nazira dengan suara minta kasihan. Juring mata macam dah basah-basah.Naziman arahkan bola mata ke atas. Mula dah lakonan anak manja dia.Nazila kepung mulut dengan dua-dua tangan, sembunyi gelak. Sebab tahu sangat apa akan jadi kalau Nazira dah sua muka itu. Dia dan Naziman tahu sangat itu lakonan, namun ibu mereka, kecil sampailah umur Nazira dah 22 tahun kini, masih membeli.Memanglah terbeli!Puan Mawarni sudah angkat punggung, campak pen dan kertas dia lawan tarik sama Nazila tadinya. Terus Puan Mawarni dapatkan Nazira yang sedang duduk di kerusi sambil usap-usap kepala dengan mulut sebek, dongak muka tengok Puan Mawarni. Air mata masih acah-acah hujung mata.“Alah, sayang ibu...” Puan Mawarni paut pipi Nazira kiri kanan lalu tarik wajah Nazira rapat ke dadanya dan ditepuk-tepuk lembut ubun kepala anak daranya itu. Memujuk.Besar mata Naziman tak dapat terima kenyataan. Tambah tak dapat terima kenyataan bila balik dada ibu, Nazira jelir lidah kepadanya. Geram sebab ibu kena tipu siang-siang, Naziman sua jari hantunya saja ke depan muka Puan Mawarni yang terus pujuk Nazira yang sangatlah overdose dengan adegan mengada gediknya. Naziman pun nak juga mengada gedik. Lalu, dengan suara mengada gedik copy paste Nazira, tanpa air mata acah-acah dekat mata sebab dia tak tahap terror begitu, Naziman bersuara, “Ibu...”“Hisy! Apa mencarut depan muka ibu ni!” Naik dua darjah suara Puan Mawarni apabila Naziman sua jari tak patut di depan mukanya. Tak cukup dengan itu, dia gigit geram jari anak terunanya itu.“Ibu! Ibu, sakitlah. Sakit, ibu!” Menari-nari entah tarian apa Naziman di situ sambil cuba tarik-tarik manja jarinya. Tarik tak berapa nak manja karang dia juga yang sakit.Nama saja ada adik kerja jururawat, tapi bukan nak dirawat dia pun. Sebaliknya jadi sebab dia perlu terima rawatan—kalau ibu tak lepas-lepas juga jarinya yang ibu gigit gaya sosej masa ini. Tadi anak Drakula, ini emak Drakula. Confirm Nazira bukan anak tiri ibu. Dia kena tipu hidup-hidup selama ini rupanya!Nazira ketawa girang, duduk bersila, tepuk-tepuk tangan sambil lihat adegan kinja-kinja abangnya yang jarinya masih digigit si ibu. Gaya macam budak kecil dapat tengok Road Runner zaman kecil-kecil dulu. Ibu si Road Runner comel bijak sedang kenakan si anjing hutan tak berapa nak cerdik yang dipanggil Coyote. Ketawa Nazira semakin kuat, tambah seronok. Siap terangkat-angkat kiri kanan pahanya yang bersila. Tepuk tangan pun berkepuk-kepuk gaya sambut pengantin bunyinya.Puan Mawarni pandang Nazira yang sudah tunjuk muka ceria. Jeling saja sebab dia masih gigit jari hantu Naziman sambil secara tak langsung ikut tarian entah apa-apa Naziman. Terus Puan Mawarni lepas jari hantu Naziman dan seenak muka tak buat dosa, dihampiri balik Nazira. Bahu Nazira dipaut penuh sayang. Anak itu balas pandangannya dengan rasa yang berlipat ganda lagi.“Sekarang dah happy?” tanya Puan Mawarni kemudian tunduk kucup dahi Nazira.“Mmm...” Angguk-angguk dengan senyum kembang bak bunga di taman.“Ibu memang the bestlah!” sambung Nazira seraya peluk pinggang Puan Mawarni ketat-ketat, letak pipi ke perut itu. Perut yang tidak melahirkannya, namun beri dia kasih sayang yang mungkin ibu kandungnya sendiri tak daya beri.“Bukan macam abang! Wek!” Nazira lepas pinggang Puan Mawarni lalu jelir lidah kepada Naziman yang sedang hembus-hembus jari hantunya gaya cedera parahlah sangat. Gedik! gerutunya dalam hati.Puan Mawarni senyum lihat gelagat Nazira dan Naziman yang sedang bertelagah pandang masa ini. Lawan mata siapa boleh keluar soket mata gayanya. Kemudian dikerling Nazila yang masih gelak-gelak lucu dengan gelagat abang dan adiknya. Sungguh senang hati dapat hiburkan diri.Intan Nazila, walaupun anak keduanya, sudah empat tahun mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya sendiri. Sudah pun beranak satu dan dengar-dengar pula sedang berusaha keras untuk dapatkan anak kedua. Dengan gembiranya, tambah Nazila masa cerita kepadanya, di sebelah suaminya yang tersipu-sipu malu.Imad Naziman, anak bujangnya yang sulung, sesudah beria-ia tolak anak gadis itu, anak perempuan ini, sudahnya diikat hati oleh anak dara kawannya sendiri. Memanglah Hanizatul itu cantik dan lemah lembut orangnya, namun gadis-gadis sebelum ini pun tak kurang lawannya. Takkanlah dia nak kenalkan anak bujangnya dengan budak tak cukup sifat kut. Dia pilih yang terbaik—Muslimah, rupa, peribadi.Tapi, entah bagaimana Hanizatul binti Hamdan itu pula yang dekat di hati Imad Naziman. Mata dah kenan, hati dah gemar, jadi dia sebagai ibu nak apakan lagi. Tambah bila anak teruna yang ia-ia tak nak berkahwin selagi kerjayanya tak kukuh itu kini mula fikir pasal nak beristeri sambil kukuhkan kerjaya. Terima sajalah dengan hati dan dada terbuka. Sudah tu, Hanizatul bukan gadis biasa-biasa atau luar biasa dia tak kenan. Dua kali terima dengan hati dan dada terbukalah dia. Syoknya nak dapat menantu perempuan. Yippi!Puan Mawarni pandang Nazira lama. Giliran ayang dah tiba dan ibu akan carikan menantu akhir paling yummy untuk ayang. Sebab ayang kan anak ibu yang yummy! Hehehe.“Okeylah. Ayang dah happy-happy, ibu pun nak happy-happykan dirilah,” ujar Puan Mawarni melenggang ke arah singki.“Eh, ibu nak pergi mana? Tak siap lagi ni.” Nazila angkat kertas berconteng warna-warni gaya cakar ayam anaknya yang dua tahun lebih suka buat. Dikibar-kibar.“Kejaplah. Nak samak mulut ni.” Selamba Puan Mawarni tunduk dan kumur-kumur mulut di singki itu.Nazira dan Nazila saling berpandangan kemudian lihat Naziman yang sudah pegang dada kiri dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi pegang kerusi. Paut gaya akan terlurut jatuh kalau tak buat begitu. Punya terkesanlah dengan ibu sendiri. Nazira dan Nazira galak gelak.“Ibu, sampainya hati ibu. Oh, ibu...” Naziman pegang dada dengan gaya hatiku dihancurkan ibu, tunduk muka.Puan Mawarni yang sudah habis berkumur alih batang leher, pandang Naziman. “Abang kenapa? Nak masuk Exists?” Selamba dia tanya dan selamba pula dia kesat bibir. Belum sudah samak rupanya.“Ibu ni, tak patut tau. Dahlah jari abang cedera parah. Ni ibu cederakan hati abang pulak. How could you...” Naziman cebik-cebik mulut gaya saya-sedang-sungguh-kecil-hati-oh-ibu.“Eii, gedik sangatlah abang. Dah pandai mengada eh sekarang dia, ibu,” komen Nazila bangun daripada duduk lalu hampiri kerusi Nazira duduk. Dia berdiri di tempat ibunya berdiri tadi. Elok saja dia berdiri di situ, Nazira terus peluk pinggangnya dengan sebelah tangan. Nazila usup ubun kepala Nazira kemudian lihat Naziman.“Huh!” Naziman merengus, berdiri tegak. Tak tunjuk muka Devdas dah. Baju-T kasual pada tubuhnya dibetul-betulkan. Dia mencerun kepada Nazira dan Nazila, bergilir-gilir.Dua adiknya itu kongsi gelak rahsia kemudian buat gaya berbisik-bisik. Nazila bisik ke telinga Nazira, Nazira angguk-angguk. Lepas itu Nazira pula bisik-bisik lalu Nazila pula angguk-angguk. Sepanjang itu mata kedua-dua adiknya itu asyik curi-curi tengok dia. Ingat Naziman pendek akal akal ke nak termakan? Saja-saja aje adik-adiknya itu. Macamlah dia tak tahu. Taktik dari zaman Nazila tadika dan Nazira kecil tak faham benda. Dua orang itu berbisik kosong saja. Lepas angin! Konon-konon mereka ada rahsia dan Naziman tak akan tahu rahsia itu. Heh, ada dia kisah!“Abang tak gedik dan mengada sebelum ni sebab tau tak ada orang nak pujuk,” ujar Naziman sengit kemudian jeling Puan Mawarni yang sudah melenggang balik dekati mereka.Puan Mawarni buat muka naif saja, dapatkan kelompok anak dara dan tak. Dia pun ikut permainan soksek, soksek Nazira dan Nazila. Bisik-bisik kemudian jeling Naziman. Bisik lagi, jeling lagi.Naziman merengus kuat. “Hisy, malaslah nak layan orang suka anyam ketupat sebelum raya ni. Dahlah. Abang nak pergi kepada yang sudi... pujuk abang. Goodbye, my family!”Gaya Mr. Romeo nak jumpa Juliet, Naziman tundukkan sedikit badan lalu terus dapatkan pintu dapur untuk keluar.“Hei, hei, budak merajuk nak dipujuk. Jangan selalu sangat nak jumpa anak dara orang,” tegur Puan Mawarni membuntuti langkah Naziman.“Anak dara tu yang sanggup bayar denda kenakan abang kat hospital hari tu, ibu. Anak teruna ni terima ajelah.” Naziman kenyit mata nakal.“Dah seminggu kut abang suruh dia. Ibu dengan ayang pun komplot jugak. Lagipun, ibu yang jadi perancang utama. Apasal tak denda ibu dengan ayang jugak?”“Buat apa. Mana best.” Naziman ketawa-ketawa nakal pula.Puan Mawarni piat manja cuping telinga Naziman yang gelak-gelak saja. Puan Mawarni lepas lalu senyum. Lapang sangat hatinya melihat bahagian ini pada Naziman. “Sampai bilanya dia nak kena bayar tu?”“Ibu, ni hal rumah tanggalah. Mana boleh bilang.” Naziman berdiri di luar muka pintu sebaik sarungkan kasut lalu cium pipi ibunya geram. Hormon gedik dia masih overdose rupanya!Memang pun dia jadi lain macam sejak mula jumpa muka dengan Hanizatul. Dia sendiri perasan. Kata ibu, sebab dia dah jumpa sebahagian daripada dirinya. Bahagian yang lebih melengkapkan dia. Kata dia pula, alhamdulillah dan insya-Allah.Naziman lambai mesra Puan Mawarni yang masih setia berdiri di muka pintu dapur, lihat kereta yang dipandunya berundur keluar dari garaj dan menghilang pergi.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 18, 2015 05:46

March 10, 2015

Princess Reborn | enam

Naziman betulkan duduk di atas kerusi yang diletak dekat dengan katil yang mengisi tubuh emak Hanizatul, Puan Zaharah. Wanita itu nampak sihat, namun wajahnya masih tunjukkan penat. Seterusnya Naziman pandang melepasi katil Puan Zaharah, di depannya. Di atas sofa di sana duduk gadis dia nak jumpa dan tengok sebenar-benarnya.Semuanya gara-gara penangan cakap Nazira lebih dua jam tadi. Dia yang elok saja buat kerja di ofis mulalah tak senang duduk. Sudahnya Naziman ‘dihalau’ pergi oleh anak-anak buahnya sendiri. Halau bos sendiri dengan cuti setengah hari gara-gara tak dapat beri tumpuan pada kerja masing-masing bila bos asyik ke hulu ke hilir di depan meja enam staf-stafnya, bergilir-gilir.
Sudahnya, sejak 10 minit tadi Naziman berada di wad kelas dua ini. Wad yang berada di AMC, tempat Nazira bertugas. Dalam banyak-banyak hospital di Melaka ni kan, boleh jadi pula di sini.“Mak cik betul-betul tak sangka mak cik boleh lelah sampai macam ni sekali.”Ujaran wanita yang nampak lebih kurang baya ibunya alih pandangan Naziman daripada terus curi tenung dan renung anak daranya. Tapi, sebelum itu, sempat jugalah Naziman jeling geram lelaki yang duduk di sebelah Hanizatul di sofa sana. Bukan main rapat. Gaya nak jadi kembar Siam saja mamat itu tempek bahagian kiri badan Hanizatul. Padahal sofa itu boleh muat tiga orang kut.“Tak ada apalah, mak cik. Benda nak jadi. Cuma...” Naziman termati ayat bila terdengar “Hisy!” agak kuat daripada Hanizatul. Naziman hampir beliak mata tengok hidangan mata yang dia tak lalu nak pandang.Puan Zaharah pandang sama Hanizatul yang duduk di sebelah kirinya, di atas sofa yang rapat ke dinding. Simpan senyum dia bila lihat tangan Hanizatul disulam rapat oleh kelima-lima jari tangan besar lelaki di samping anak gadisnya itu. Lelaki yang dah macam hendak penyekkan anak perempuan tunggalnya itu. Badan Hanizatul sudah senget ke tangan sofa jadinya.Puan Zaharah lihat balik Naziman yang masih gamam tak sambung-sambung cakap. Beliak tak beliak mata itu pandang tangan Hanizatul yang disulam, tanpa Hanizatul balas. Mengembang jari-jari Hanizatul tak genggam balas. Muka Hanizatul pun ada gaya tertelan buah rambutan dengan kulit-kulitnya sekali.Puan Zaharah tutup mulut dengan telapak tangan kiri kemudian berdeham. Dia buat muka selayak orang tengah sakit.Dan, itu menyedarkan Naziman. Terus Naziman pandang pandang Puan Zaharah yang sedang tengok dia dengan muka kau-di-sana-kumenunggu.“Ermm...” Naziman kebil-kebil pandang Puan Zaharah, gaya tengah fikir apa dia sedang cakap tadi.“Cuma...”Naziman pandang lelaki yang tolong ingatkan dia ayat akhirnya tadi. Lelaki yang duduk terlalu dekat dan rapat dengan bakal isterinya, di depan dia, bakal suami.“I was only helping,” ujar lelaki itu lagi dengan lenggok badan selamba. Kemudian selamba pula curi cium pipi Hanizatul.Besar mata Hanizatul tengok lelaki di sampingnya. Mentang-mentang emak bagi lampu hijau, bukan main overdosemamat ni. Hanizatul pandang emak, mahu pohon dan pinta dengan sangat melalui pandangan. Hentikanlah semua ini sebab awal tadi memanglah dia rasa nak gelak-gelak lihat roman muka Naziman bila perasan betapa rapatnya lelaki di sebelahnya ini menempel. Tapi sekarang, tak dah. Hanizatul rasa nak lempang-lempang lelaki sebelah dia ini, yang terus tersengih-sengih gaya budak dua tahun suka nak tunjuk giginya yang baru tumbuh.Namun, emak Hanizatul langsunglah tak tengok arah Hanizatul sebaliknya sedang pandang menantu entahkan jadi entahkan tidak wanita itu. Diam-diam simpan keluhan, Hanizatul tengok depan semula dan badannya jadi keras kejung bila mata bertentang mata dengan suami entahkan jadi entahkan tidak dia. Mak aih, baru hari ini Hanizatul tahu, sepasang mata yang boleh membuai-buai perasaannya dapat juga menghentam-hentam perasaannya.Hanizatul ia-ia tarik tangan kirinya yang digenggam kuat. Memang lelaki jiran tempat duduk dengannya ini sengaja. Takkan dilepas punyalah tangan Hanizatul. Huh!“Pa...” Hanizatul tak habiskan cakap apabila tiba-tiba lelaki itu memuncung bibir gaya hendak kucup bibirnya kalau dia cakap juga-juga. Terus Hanizatul kemam bibir dan lihat Naziman yang jelas merah muka sebab sedang tahan marah. Sudah!“Cuma,” ujar Naziman tiba-tiba dengan suara yang cukup tinggi sampaikan langsir yang menutup katil di belakangnya ikut tergoyang-goyang gaya terkejut. Luar biasalah sangat kan. Tapi, itulah yang jadi!Naziman tarik nafas dan lepas dua kali, kemudian cuba sedaya upaya senyum dalam muka yang tegang sambil kata, “Cuma saya tak selesa duduk kat kerusi ni. Jadi...”Tanpa hiraukan mata Puan Zaharah yang tak alih daripada tengok setiap aksinya, Naziman bangun dari kerusi dia duduk dan terus atur langkah ke sofa tiga orang duduk itu. Dia terus letak punggung secara paksa di antara Hanizatul dan lelaki penempel itu. Dan, lelaki penempel itu, lepas berasak-asak bahu dengan Naziman, sudahnya ganjak buntut ke sudut hujung sofa. Jauh daripada dia dan Hanizatul duduk.Naziman selesakan letak punggungnya di sebelah Hanizatul, bersandar pada sofa dengan tangan kanan di atas badan sofa. Tubuh Hanizatul ke depan dengan gaya duduk Naziman itu. Malah, seboleh mungkin juga Hanizatul letak badan agar tak tersentuh tubuhnya. Walaupun ada rasa tak puas hati, Naziman diamkan dulu. Naziman pandang Puan Zaharah dengan senyum tulus ikhlas tanpa muka tegang. “Sekarang saya dah selesa, mak cik.” Puan Zaharah gelak kecil. Dah tak boleh tahan diri. Dia tengok pula lelaki yang tadinya duk tempel anak daranya gaya lelaki miang. Adiknya, Mohd Fahmi, sedang pandang dia dengan senyuman masih nak buat nakal.“Tak syoklah macam ni...” ujar Fahmi meleret, bangun, sambil tengok Hanizatul. Langsung tak peduli pada gelengan sakan Hanizatul, Fahmi dekati juga anak buahnya itu lalu duduk di tangan sofa sekejap tadi Hanizatul tumpang tangan. Fahmi tarik bahu Hanizatul rapat dengannya. Dia cium dahi Hanizatul gaya lelaki paling gatal di dalam dunia kemudian mulut dimuncung-muncung gaya manusia paling miang, konon nak cium tempat lain pula.Tempat lain yang semua isi wad kelas dua itu tahu mana!Hanizatul tahu sangat apa pak ciknya nak buat. Bukan sehari dua dia kenal lelaki berusia 30 tahun ini. Kecil dulu, lelaki inilah pembulinya paling tegar. Tapi, lelaki ini jugalah penyelamatnya. Jangan siapa-siapa nak buli dia—melainkan pak sunya ini sendiri. Pak cik sengalnya ini sajalah nak cium dia waktu ini, untuk sakitkan hati dan perasaan Naziman. Gara-gara nak balas dendam. Kan hanya pak sunya ini saja yang boleh buli dia. Bakal suami entahkan jadi entahkan tidak ini diharamkan.Masa mula-mula rancangan luar alam ini diatur, memanglah Hanizatul rasa sangat mengarut dan takkan jaya. Rancangan dengan motif dua dalam satu bilang pak su. Motif pertama, bangkitkan perasaan cemburu dan bukan berahi Naziman—ayat pak su sebiji-sebiji okey. Motif kedua, biarkan perasaan cemburu bangkitkan perasaan Naziman untuk akui perasaannya kepada Hanizatul dengan penuh berahi—ayat pak sunya yang paling sengal. Kata emak, sebab pilihan ayat penuh ketidaksesuaian pada tempat dan waktu itulah pak ciknya ini jadi doktor. Jadi doktor kan guna ayat doktor banyaknya. Taklah pak cik selalu mengarut-ngarut sampai tercarut.Okey, pasal rancangan dengan motif dua dalam satu yang dirancang, sekarang, sumpah Hanizatul tak syak lagi keberkesanannya. Rancangan luar alam pak su berjaya kut!Hanizatul bukan saja nampak cemburu Naziman terpancar-pancar, malah dia boleh terasa-rasa ia. Sungguhlah membahang-bahang di sebelahnya. Lama sikit lagi dia pun boleh terbahang punya.Dua-dua telapak tangan Hanizatul tekap kuat dada Fahmi lalu ditolak sekuatnya. Sebagaimana Fahmi yang sudah letak telapak tangan besar lelaki itu di belakang kepalanya tarik-tarik ia ke arah lelaki itu.“Tak naklah!” Melenting Hanizatul dengan kedegilan pak su yang masih nak berlakon. Perasan pelakon punya pak cik tak sedar diri! Lupa diri dia tu doktor agaknya! gerutu Hanizatul sakit jiwa.“Apasal pulak tak nak? Sebelum-sebelum ni tak apa aje.” Saja-saja Fahmi cakap gaya dua makna.Dasar double meaning punya pak cik! dongkol Hanizatul kegeraman. Tapi, dalam geram-geram dia curi kerling juga Naziman yang sudah duduk tegak di sebelahnya. Naziman tengah tengok dia dengan renungan cemburu tahap seratus peratus. Tak boleh naik lagi dah tahap itu. Ada yang bakal kemalangan nanti. Tak pasal-pasal Doktor Fahmi masuk hospital sendiri dan perlu rawat diri sendiri!Sah, kalau Hanizatul tak hentikan bakat lakonan over melampau pak sunya, sikit masa lagi dia akan hilang bakal suami yang dia nak. Tak boleh, tak boleh. “Tu 20 tahun dulu kut!” jerit Hanizatul penuh emosi. Tapi...Alamak! Jawapan yang salah!Untuk Hanizatul dan Fahmi jawapan itu jawapan naif lagi suci. Tapi, untuk orang luar—dispesifikkan orang itu bernama Imad Naziman bin Ikhmal—jawapan itu tak ada bunyi naif apatah lagi suci. Ada gaya macam... Double meaning!“20 tahun dulu?” soal Naziman hampir dengan telinga kiri Hanizatul yang sembunyi elok balik tudung bawalnya yang diselempang sempurna tutup dada. Keras nada suaranya. “What kind of...” Naziman diam, terus berdiri.“Dah! Dah!” ujar Naziman lagi sambil picit kepala kemudian angkat dua-dua belah tangan gaya menyerah kalah.Dengan semangat geram Hanizatul tolak Fahmi yang macam lupa sekejap pada bakat lakonannya. Tak peduli langsung Hanizatul kepada pak su yang hampir tergolek sampai hentam kepala ke dinding gara-gara tiba-tiba dia. Malas kisah. Berlakon teruslah, pak su, sebagai orang sakit!Cepat-cepat Hanizatul berdiri dan main kaut saja apa yang sebelah tangannya sempat apabila Naziman sudah alih badan dan hendak berlalu pergi.“Abang! Abang!” panggil Hanizatul sambil kinja-kinja setempat. Bahagian entah mana yang dia kaut, ditarik-tarik. Matanya tegak pada belakang badan Naziman saja, yang mungkin akan terus atur kaki sambil heret dia dengan gaya itu.Naziman matikan kaki yang baru nak melangkah. Enjut-enjut tanda ada orang tarik-tarik bajunya di belakang buat Naziman senyum. Mengalih kepala ke belakang, dilihat tangan kanan Hanizatul yang genggam bulat kemeja kerjanya. Tertarik sampai baju bahagian belakang tercabut keluar dari slek hitamnya. Naziman angkat pandangan, renung Hanizatul dengan senyum lain macam.Hanizatul kelip-kelip mata. Dia tengok muka Naziman kemudian tangannya kemudian muka Naziman kemudian muka Naziman dan sedar diri.“Ah! Sorry, sorry!” ujar Hanizatul serba tak kena lalu kesat-kesat kemeja Naziman yang jadi renyuk sebab dia genggam penuh semangat. Siap beria-ia hendak masukkan balik kemeja biru lelaki itu ke dalam seluar slek lelaki itu.Hanizatul sedar diri lagi. “Ah! Sorry, sorry!”Hanizatul angkat kedua-dua belah tangan gaya pesalah. Matanya terus ke raut lampai Naziman, serba salah sangat-sangat. Tapi, sekejap saja. Kerana muka Hanizatul mula merah bila lihat gaya Naziman sedang senyum nakal sambil tunak tengok dia.Kedua-dua tangan Hanizatul yang terangkat paras bahu terus tepuk-tepuk kedua-dua pipi sendiri. Nak turunkan paras malu yang naik mendadak dengan gaya pandang Naziman yang macam sedang bercakap dengan pandangan—Awak saja nak goda saya eh? Dan, Hanizatul malu sangat dengan telatah luar sedarnya tadi. Sebab itulah pak cik selalu nasihatkan dia fikir banyak kali sebelum nak tunjuk perangai ‘tak senonohnya’ itu. Kini, Naziman dah nampak perangai ‘tak senonohnya’. Sah dia akan dibuang daripada senarai bakal isteri lelaki itu dengan alasan, “Anak Aunty Zaharah tu perangai entah apa-apalah, ibu. Tak senonoh, gedik!”Terus Hanizatul kalih badan dan pandang garang Fahmi yang masih duduk di tangan sofa—sambil Hanizatul terus tepuk-tepuk pipi. Pak ciknya itu sedang suka-suka gelakkan dia yang berperangai ‘tak senonoh.’“Pak sulah ni!” jerit Hanizatul lepas geram dan malu. Tangan kanan tegak dengan jari telunjuk ke arah Fahmi. Tangan kiri macam lupa, duk tepuk pipi kiri lagi.Fahmi angkat punggung dari tangan sofa dengan wajah patah hati. Gelak sakan tadi sudah mati. Kedua-dua bahu yang ikut gegar dengan tawanya tadi kini jatuh. Sebab kecewa. Gaya Fahmi sedarkan Hanizatul. Bersama kerut pada dahi dia lihat emaknya. Tergeleng-geleng kuciwa kalah Neng Yatimah sangat. Tambah berkerut-kerut dahi Hanizatul.Sampailah bunyi skreet langsir ditarik dari satu lagi katil yang turut ditempatkan di dalam wad kelas dua itu kedengaran.“Oh, Kak Hani. You ruined it...”Hanizatul pandang Nazira yang sudah keluar dari tempat persembunyiannya sejak tadi. Bersama Puan Mawarni. Anak dan ibu itu sedang tayang muka sedih. Puan Mawarni siap letak kura tangan pada dahi gaya heroin Bolly zamannya. “Ah! Sorry, sorry!” ujar Hanizatul gaya baru sedar dosa.Nazira, Puan Mawarni, Puan Zaharah dan Fahmi ketawa lucu. Kelakar habislah dengan siaran ulangan “Ah! Sorry, sorry!” Hanizatul yang jelas sudah gelabah habis.Kecuali Naziman. Berdiri dengan peluk badan sendiri, bersuara tegas, soalannya bergema di sekitar bilik wad kelas dua itu. “Apa halnya ni, hah?”Diam. Sepi.Kemudian, “Ah! Sorry, sorry!” daripada Hanizatul.Kali ini, Naziman pun tergelak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 10, 2015 06:42

Princess-reborn | enam

Naziman betulkan duduk di atas kerusi yang diletak dekat dengan katil yang mengisi tubuh emak Hanizatul, Puan Zaharah. Wanita itu nampak sihat, namun wajahnya masih tunjukkan penat. Seterusnya Naziman pandang melepasi katil Puan Zaharah, di depannya. Di atas sofa di sana duduk gadis dia nak jumpa dan tengok sebenar-benarnya.Semuanya gara-gara penangan cakap Nazira lebih dua jam tadi. Dia yang elok saja buat kerja di ofis mulalah tak senang duduk. Sudahnya Naziman ‘dihalau’ pergi oleh anak-anak buahnya sendiri. Halau bos sendiri dengan cuti setengah hari gara-gara tak dapat beri tumpuan pada kerja masing-masing bila bos asyik ke hulu ke hilir di depan meja enam staf-stafnya, bergilir-gilir.Sudahnya, sejak 10 minit tadi Naziman berada di wad kelas dua ini. Wad yang berada di AMC, tempat Nazira bertugas. Dalam banyak-banyak hospital di Melaka ni kan, boleh jadi pula di sini.“Mak cik betul-betul tak sangka mak cik boleh lelah sampai macam ni sekali.”Ujaran wanita yang nampak lebih kurang baya ibunya alih pandangan Naziman daripada terus curi tenung dan renung anak daranya. Tapi, sebelum itu, sempat jugalah Naziman jeling geram lelaki yang duduk di sebelah Hanizatul di sofa sana. Bukan main rapat. Gaya nak jadi kembar Siam saja mamat itu tempek bahagian kiri badan Hanizatul. Padahal sofa itu boleh muat tiga orang kut.“Tak ada apalah, mak cik. Benda nak jadi. Cuma...” Naziman termati ayat bila terdengar “Hisy!” agak kuat daripada Hanizatul. Naziman hampir beliak mata tengok hidangan mata yang dia tak lalu nak pandang.Puan Zaharah pandang sama Hanizatul yang duduk di sebelah kirinya, di atas sofa yang rapat ke dinding. Simpan senyum dia bila lihat tangan Hanizatul disulam rapat oleh kelima-lima jari tangan besar lelaki di samping anak gadisnya itu. Lelaki yang dah macam hendak penyekkan anak perempuan tunggalnya itu. Badan Hanizatul sudah senget ke tangan sofa jadinya.Puan Zaharah lihat balik Naziman yang masih gamam tak sambung-sambung cakap. Beliak tak beliak mata itu pandang tangan Hanizatul yang disulam, tanpa Hanizatul balas. Mengembang jari-jari Hanizatul tak genggam balas. Muka Hanizatul pun ada gaya tertelan buah rambutan dengan kulit-kulitnya sekali.Puan Zaharah tutup mulut dengan telapak tangan kiri kemudian berdeham. Dia buat muka selayak orang tengah sakit.Dan, itu menyedarkan Naziman. Terus Naziman pandang pandang Puan Zaharah yang sedang tengok dia dengan muka kau-di-sana-kumenunggu.“Ermm...” Naziman kebil-kebil pandang Puan Zaharah, gaya tengah fikir apa dia sedang cakap tadi.“Cuma...”Naziman pandang lelaki yang tolong ingatkan dia ayat akhirnya tadi. Lelaki yang duduk terlalu dekat dan rapat dengan bakal isterinya, di depan dia, bakal suami.“I was only helping,” ujar lelaki itu lagi dengan lenggok badan selamba. Kemudian selamba pula curi cium pipi Hanizatul.Besar mata Hanizatul tengok lelaki di sampingnya. Mentang-mentang emak bagi lampu hijau, bukan main overdosemamat ni. Hanizatul pandang emak, mahu pohon dan pinta dengan sangat melalui pandangan. Hentikanlah semua ini sebab awal tadi memanglah dia rasa nak gelak-gelak lihat roman muka Naziman bila perasan betapa rapatnya lelaki di sebelahnya ini menempel. Tapi sekarang, tak dah. Hanizatul rasa nak lempang-lempang lelaki sebelah dia ini, yang terus tersengih-sengih gaya budak dua tahun suka nak tunjuk giginya yang baru tumbuh.Namun, emak Hanizatul langsunglah tak tengok arah Hanizatul sebaliknya sedang pandang menantu entahkan jadi entahkan tidak wanita itu. Diam-diam simpan keluhan, Hanizatul tengok depan semula dan badannya jadi keras kejung bila mata bertentang mata dengan suami entahkan jadi entahkan tidak dia. Mak aih, baru hari ini Hanizatul tahu, sepasang mata yang boleh membuai-buai perasaannya dapat juga menghentam-hentam perasaannya.Hanizatul ia-ia tarik tangan kirinya yang digenggam kuat. Memang lelaki jiran tempat duduk dengannya ini sengaja. Takkan dilepas punyalah tangan Hanizatul. Huh!“Pa...” Hanizatul tak habiskan cakap apabila tiba-tiba lelaki itu memuncung bibir gaya hendak kucup bibirnya kalau dia cakap juga-juga. Terus Hanizatul kemam bibir dan lihat Naziman yang jelas merah muka sebab sedang tahan marah. Sudah!“Cuma,” ujar Naziman tiba-tiba dengan suara yang cukup tinggi sampaikan langsir yang menutup katil di belakangnya ikut tergoyang-goyang gaya terkejut. Luar biasalah sangat kan. Tapi, itulah yang jadi!Naziman tarik nafas dan lepas dua kali, kemudian cuba sedaya upaya senyum dalam muka yang tegang sambil kata, “Cuma saya tak selesa duduk kat kerusi ni. Jadi...”Tanpa hiraukan mata Puan Zaharah yang tak alih daripada tengok setiap aksinya, Naziman bangun dari kerusi dia duduk dan terus atur langkah ke sofa tiga orang duduk itu. Dia terus letak punggung secara paksa di antara Hanizatul dan lelaki penempel itu. Dan, lelaki penempel itu, lepas berasak-asak bahu dengan Naziman, sudahnya ganjak buntut ke sudut hujung sofa. Jauh daripada dia dan Hanizatul duduk.Naziman selesakan letak punggungnya di sebelah Hanizatul, bersandar pada sofa dengan tangan kanan di atas badan sofa. Tubuh Hanizatul ke depan dengan gaya duduk Naziman itu. Malah, seboleh mungkin juga Hanizatul letak badan agar tak tersentuh tubuhnya. Walaupun ada rasa tak puas hati, Naziman diamkan dulu. Naziman pandang Puan Zaharah dengan senyum tulus ikhlas tanpa muka tegang. “Sekarang saya dah selesa, mak cik.” Puan Zaharah gelak kecil. Dah tak boleh tahan diri. Dia tengok pula lelaki yang tadinya duk tempel anak daranya gaya lelaki miang. Adiknya, Mohd Fahmi, sedang pandang dia dengan senyuman masih nak buat nakal.“Tak syoklah macam ni...” ujar Fahmi meleret, bangun, sambil tengok Hanizatul. Langsung tak peduli pada gelengan sakan Hanizatul, Fahmi dekati juga anak buahnya itu lalu duduk di tangan sofa sekejap tadi Hanizatul tumpang tangan. Fahmi tarik bahu Hanizatul rapat dengannya. Dia cium dahi Hanizatul gaya lelaki paling gatal di dalam dunia kemudian mulut dimuncung-muncung gaya manusia paling miang, konon nak cium tempat lain pula.Tempat lain yang semua isi wad kelas dua itu tahu mana!Hanizatul tahu sangat apa pak ciknya nak buat. Bukan sehari dua dia kenal lelaki berusia 30 tahun ini. Kecil dulu, lelaki inilah pembulinya paling tegar. Tapi, lelaki ini jugalah penyelamatnya. Jangan siapa-siapa nak buli dia—melainkan pak sunya ini sendiri. Pak cik sengalnya ini sajalah nak cium dia waktu ini, untuk sakitkan hati dan perasaan Naziman. Gara-gara nak balas dendam. Kan hanya pak sunya ini saja yang boleh buli dia. Bakal suami entahkan jadi entahkan tidak ini diharamkan.Masa mula-mula rancangan luar alam ini diatur, memanglah Hanizatul rasa sangat mengarut dan takkan jaya. Rancangan dengan motif dua dalam satu bilang pak su. Motif pertama, bangkitkan perasaan cemburu dan bukan berahi Naziman—ayat pak su sebiji-sebiji okey. Motif kedua, biarkan perasaan cemburu bangkitkan perasaan Naziman untuk akui perasaannya kepada Hanizatul dengan penuh berahi—ayat pak sunya yang paling sengal. Kata emak, sebab pilihan ayat penuh ketidaksesuaian pada tempat dan waktu itulah pak ciknya ini jadi doktor. Jadi doktor kan guna ayat doktor banyaknya. Taklah pak cik selalu mengarut-ngarut sampai tercarut.Okey, pasal rancangan dengan motif dua dalam satu yang dirancang, sekarang, sumpah Hanizatul tak syak lagi keberkesanannya. Rancangan luar alam pak su berjaya kut!Hanizatul bukan saja nampak cemburu Naziman terpancar-pancar, malah dia boleh terasa-rasa ia. Sungguhlah membahang-bahang di sebelahnya. Lama sikit lagi dia pun boleh terbahang punya.Dua-dua telapak tangan Hanizatul tekap kuat dada Fahmi lalu ditolak sekuatnya. Sebagaimana Fahmi yang sudah letak telapak tangan besar lelaki itu di belakang kepalanya tarik-tarik ia ke arah lelaki itu.“Tak naklah!” Melenting Hanizatul dengan kedegilan pak su yang masih nak berlakon. Perasan pelakon punya pak cik tak sedar diri! Lupa diri dia tu doktor agaknya! gerutu Hanizatul sakit jiwa.“Apasal pulak tak nak? Sebelum-sebelum ni tak apa aje.” Saja-saja Fahmi cakap gaya dua makna.Dasar double meaning punya pak cik! dongkol Hanizatul kegeraman. Tapi, dalam geram-geram dia curi kerling juga Naziman yang sudah duduk tegak di sebelahnya. Naziman tengah tengok dia dengan renungan cemburu tahap seratus peratus. Tak boleh naik lagi dah tahap itu. Ada yang bakal kemalangan nanti. Tak pasal-pasal Doktor Fahmi masuk hospital sendiri dan perlu rawat diri sendiri!Sah, kalau Hanizatul tak hentikan bakat lakonan over melampau pak sunya, sikit masa lagi dia akan hilang bakal suami yang dia nak. Tak boleh, tak boleh. “Tu 20 tahun dulu kut!” jerit Hanizatul penuh emosi. Tapi...Alamak! Jawapan yang salah!Untuk Hanizatul dan Fahmi jawapan itu jawapan naif lagi suci. Tapi, untuk orang luar—dispesifikkan orang itu bernama Imad Naziman bin Ikhmal—jawapan itu tak ada bunyi naif apatah lagi suci. Ada gaya macam... Double meaning!“20 tahun dulu?” soal Naziman hampir dengan telinga kiri Hanizatul yang sembunyi elok balik tudung bawalnya yang diselempang sempurna tutup dada. Keras nada suaranya. “What kind of...” Naziman diam, terus berdiri.“Dah! Dah!” ujar Naziman lagi sambil picit kepala kemudian angkat dua-dua belah tangan gaya menyerah kalah.Dengan semangat geram Hanizatul tolak Fahmi yang macam lupa sekejap pada bakat lakonannya. Tak peduli langsung Hanizatul kepada pak su yang hampir tergolek sampai hentam kepala ke dinding gara-gara tiba-tiba dia. Malas kisah. Berlakon teruslah, pak su, sebagai orang sakit!Cepat-cepat Hanizatul berdiri dan main kaut saja apa yang sebelah tangannya sempat apabila Naziman sudah alih badan dan hendak berlalu pergi.“Abang! Abang!” panggil Hanizatul sambil kinja-kinja setempat. Bahagian entah mana yang dia kaut, ditarik-tarik. Matanya tegak pada belakang badan Naziman saja, yang mungkin akan terus atur kaki sambil heret dia dengan gaya itu.Naziman matikan kaki yang baru nak melangkah. Enjut-enjut tanda ada orang tarik-tarik bajunya di belakang buat Naziman senyum. Mengalih kepala ke belakang, dilihat tangan kanan Hanizatul yang genggam bulat kemeja kerjanya. Tertarik sampai baju bahagian belakang tercabut keluar dari slek hitamnya. Naziman angkat pandangan, renung Hanizatul dengan senyum lain macam.Hanizatul kelip-kelip mata. Dia tengok muka Naziman kemudian tangannya kemudian muka Naziman kemudian muka Naziman dan sedar diri.“Ah! Sorry, sorry!” ujar Hanizatul serba tak kena lalu kesat-kesat kemeja Naziman yang jadi renyuk sebab dia genggam penuh semangat. Siap beria-ia hendak masukkan balik kemeja biru lelaki itu ke dalam seluar slek lelaki itu.Hanizatul sedar diri lagi. “Ah! Sorry, sorry!”Hanizatul angkat kedua-dua belah tangan gaya pesalah. Matanya terus ke raut lampai Naziman, serba salah sangat-sangat. Tapi, sekejap saja. Kerana muka Hanizatul mula merah bila lihat gaya Naziman sedang senyum nakal sambil tunak tengok dia.Kedua-dua tangan Hanizatul yang terangkat paras bahu terus tepuk-tepuk kedua-dua pipi sendiri. Nak turunkan paras malu yang naik mendadak dengan gaya pandang Naziman yang macam sedang bercakap dengan pandangan—Awak saja nak goda saya eh? Dan, Hanizatul malu sangat dengan telatah luar sedarnya tadi. Sebab itulah pak cik selalu nasihatkan dia fikir banyak kali sebelum nak tunjuk perangai ‘tak senonohnya’ itu. Kini, Naziman dah nampak perangai ‘tak senonohnya’. Sah dia akan dibuang daripada senarai bakal isteri lelaki itu dengan alasan, “Anak Aunty Zaharah tu perangai entah apa-apalah, ibu. Tak senonoh, gedik!”Terus Hanizatul kalih badan dan pandang garang Fahmi yang masih duduk di tangan sofa—sambil Hanizatul terus tepuk-tepuk pipi. Pak ciknya itu sedang suka-suka gelakkan dia yang berperangai ‘tak senonoh.’“Pak sulah ni!” jerit Hanizatul lepas geram dan malu. Tangan kanan tegak dengan jari telunjuk ke arah Fahmi. Tangan kiri macam lupa, duk tepuk pipi kiri lagi.Fahmi angkat punggung dari tangan sofa dengan wajah patah hati. Gelak sakan tadi sudah mati. Kedua-dua bahu yang ikut gegar dengan tawanya tadi kini jatuh. Sebab kecewa. Gaya Fahmi sedarkan Hanizatul. Bersama kerut pada dahi dia lihat emaknya. Tergeleng-geleng kuciwa kalah Neng Yatimah sangat. Tambah berkerut-kerut dahi Hanizatul.Sampailah bunyi skreet langsir ditarik dari satu lagi katil yang turut ditempatkan di dalam wad kelas dua itu kedengaran.“Oh, Kak Hani. You ruined it...”Hanizatul pandang Nazira yang sudah keluar dari tempat persembunyiannya sejak tadi. Bersama Puan Mawarni. Anak dan ibu itu sedang tayang muka sedih. Puan Mawarni siap letak kura tangan pada dahi gaya heroin Bolly zamannya. “Ah! Sorry, sorry!” ujar Hanizatul gaya baru sedar dosa.Nazira, Puan Mawarni, Puan Zaharah dan Fahmi ketawa lucu. Kelakar habislah dengan siaran ulangan “Ah! Sorry, sorry!” Hanizatul yang jelas sudah gelabah habis.Kecuali Naziman. Berdiri dengan peluk badan sendiri, bersuara tegas, soalannya bergema di sekitar bilik wad kelas dua itu. “Apa halnya ni, hah?”Diam. Sepi.Kemudian, “Ah! Sorry, sorry!” daripada Hanizatul.Kali ini, Naziman pun tergelak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 10, 2015 06:42

March 8, 2015

Princess Reborn | lima

Kereta Charade Aura milik Nazira meluncur laju masuk ke kawasan parkir hospital yang dikhaskan untuk tetamu dan staf. Memandangkan Nazira bukan siapa-siapa yang ada pangkat atau kepentingan besar di hospital ini, hanya jururawat biasa-biasa yang kekal comel (nak masuk juga tu!), makanya tiadalah parkir khas untuk dia. Malah, yang kurang comel lebih cantik macam Aiza, Fauziah, Widuri dan Chawi pun tak ada. Kut Kak Pipah mereka yang comel lagi cantik pada usia 40-an itu, adalah. Hehehe.Nazira terus pandu perlahan, ke kiri kanan arah batang leher. Misi mencari kotak kosong. Isy! Kenapalah parking lot penuh sangat hari ni? Agaknya hari ni ramai yang sakit tak? Tapi, kalau ramai yang sakit, aku jugak yang susah. Mesti banyak kerja. Dah tu, kena parking jauh-jauh pulak. Isy, leceh betul. Bilalah aku nak ada kotak parking sendiri ni? Hmm, kena mula ushar cucu pengarah hospital ni. Sah bukan satu, tapi 10 pun aku dapat. Cewah, Ira, tak agak-agak tamak haloba!
Kereta terus dipandu perlahan. Manalah tahu kalau ada yang masih kosong. Kiri kanannya dipandang. Tercangak-cangak cari petak yang masih tak berisi. Emak burung kasawari pun kalah. Ha, ada pun! Gear dimasukkan, signal diberi. Tiba-tiba sebuah Toyota Celica merah berhenti di situ. Masuk elok ke kawasan parkir yang Nazira cop dulu!Nazira terus brek mengejut, terkebil sendiri telan lega tak berlanggar. Tapi, sekejap saja. Hilang terkejut, memuncak marah Nazira. Cis, tak guna! Bukannya senang nak dapat tempat parking masa ni. Ingat aku bakal cucu menantu pengarah hospital ke. No way! Kali ini aku mesti tuntut hak aku. Aku yang nak masuk dulu tau. Dah siap cop pakai signal pun! Grr!!!Kelihatan seorang pemuda kacak keluar dari perut kereta merah tersebut. Muka tak ada dosa saja di mata Nazira yang angin satu badan. Nazira terus keluar, hentak pintu kereta sendiri lalu hampiri pemuda tersebut, yang sedang bergerak ke arah dia. “Sorry ya, saudara. Saya baru aje nak letak kereta saya kat situ, tiba-tiba pulak saudara masuk.” Marah-marah pun, Nazira masih ajar diri untuk sabar dan menegur seelok yang mungkin. Dia jururawat kut... Ni hospital kut...Izat tengok gadis di depan. Balik kaca mata Ray Ban yang dipakai, dia dapat lihat wajah itu dengan jelas. Okeylah. Nampak lembut saja. Kemudian mata merendah, ke bawah perlahan-lahan. Gadis itu sepertinya berseragam merah jambu, ditutup dengan kardigan ringkas berwarna putih. Rambutnya panjang melepasi bahu, tidak diikat atau disepit. Dibiar begitu sahaja, beralun-alun. Dan setiap kali rambut itu beralun sentuh muka sebab angin, setiap kali itulah si manis berwajah mencuka itu tak agak-agak tolak sakan rambut sendiri daripada tutup muka. Izat angkat pandangan akhirnya. Amboi, princess mana yang sesat kat Melaka ni? Dia akui wajah itu tampak menarik dengan keayuan yang asli, tanpa secalit solekan mencemar. Tapi, sesudah belek dan tiliklah, baru nampak ayu itu. Nampaklah muka ala princess di mata. “Oi, saudara! Saya cakap dengan saudaralah!” ujar Nazira mula hilang sabar. Sebagaimana garangnya bercakap, segarang itu juga dia menolak rambutnya yang beralun nak tutup wajah. Rambut ni pun, tak tahu ke dia tengah marah. Gigit kang!Izat senyum. Amboi, garang jugak. Nampak saja lembut, tapi boleh tahan menyinga.“Eh, senyum pulak dia! Hei, saya cakap dengan awaklah, bukan tiang letrik tau.” Tertuding-tuding dia ke arah tiang elektrik terdekat. Izat pandang tiang elektrik kemudian Nazira.“Awak ni bisu ke apa, hah?” marah Nazira terus, geram menjulang-julang. Dah tak boleh nak tunjuk muka jururawat dah. Sakit tahap tak boleh rawat dah ni!Amboi, minah ni! Kurang diajar pulak dengan aku. “Maaf, cik, rasanya tak ada tertulis nama awak kat sini.” Izat tertinjau-tinjau ke petak parkir yang dia sudah isi. “Dan, siapa cepat, dia dapat. Understand?” Izat tarik kaca mata, sengih nakal lalu kerdip mata.Nazira ketap bibir bawah, geram. Ingat comel sangatlah muka tu! Bertambah-tambah panas hati Nazira di bawah terik matahari. Terus dia bentak apa dia rasa. “Awak tak patut buat macam tu. Saya ada kerja tau tak. Saya yang nak masuk dulu tadi. Tiba-tiba saja awak parking kat situ.”“Saya malas nak layan awaklah. Ada kerja yang lebih penting nak saya selesaikan.” Izat terus berlalu. Apa punya perempuan daa!Nazira hentak-hentak kaki geram. Setan, tak guna! “Woi, harapkan muka aje handsome. Perangai hampeh! Pirah!” Sakan dia angkat-angkat kaki gayang menendang. Tendang angin pun jadilah.Izat paling. Minah ni gila ke hapeh! Sayang, muka nampak okey, tapi mental rupanya. Dia terus melangkah, kembali pakai kaca mata. Malas nak layan orang gila. Buang masa. Dia terus ke bilik Izam. Tujuan asal.
Pintu dengan nama DR. MOHD IZAM EFFY Izat ketuk.“Masuk.”Izat pulas tombol. “Hoi. Buat apa?”Izam segera panggung kepala pandang adiknya. Pemuda itu sengih seperti kerang busuk. “Cubalah bagi salam dulu, Izam. Ni tak. Hoi-hoi.”Izat menyeringai. “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.”“Waalaikumussalam,” jawab Izam seraya menutup fail pesakit di atas meja.Izat terus labuh punggung bertentangan dengan Izam. “Abang, ada tak orang gila terlepas keluar dari sini?”“Orang gila? Wad untuk orang gila pun tak ada kat sini, Izat, inikan pulak orang gila. Tapi, kenapa pulak Izat tanya macam tu?” Izam sedikit hairan dengan adiknya. Masuk-masuk terus tanya pasal orang gila. Kena sampuk gila ke apa adik aku ni?“Tadi Izat ada jumpa seorang awek. Orangnya boleh tahan tertarik jugaklah Izat nak tengok. Tapi sayang, otak tak betul. Mental rupanya.” Izat selamba pusing-pusing jari telunjuk di tepi kepala.Izam ketawa geli hati. Ini sah ada yang tak kena. Jerat tak mengena kut, itu yang geram sangat sampai kata gadis itu gila. “Ada-ada ajelah Izat ni.”“Banyak kerja ke? Izat ingat nak ajak abang makan.”“Sorrylah, Izat. Abang dah makan pun tadi. Lagipun abang tengah sibuk ni. Banyak kerja pulak hari ni. Abang kena cover member. Bagi tau mummy yek. Mmm, Izat ajelah yang pergi makan. Okey?”Izat buat muka budak merajuk. “Ingatkan nak makan dengan abang hari ni...”“Lain kalilah.” Izam senyum. Tahu sangat adiknya itu saja nak umpan dia supaya dipujuk. Kecil sampai besar, asyik dengan taktik itu. “Ha, kalau Izat lapar sangat, Izat boleh makan kat kantin atau gerai dekat-dekat sini aje. Kantin sini makanan dia sedap-sedap. Orang datang melawat pun tak rasa nak balik. Ha, macam mana?” umpan Izam, juga faham macam mana nak kawal adiknya itu.“Izat makan kat kantin ajelah kalau gitu. Malas nak keluar pulak. Lagipun, dah abang kata sedap kan. Hurm, kat mana kantinnya?”“Amek lif, keluar aje, terus sebelah kiri. Kemudian kanan dan kiri. Akhir sekali ke sebelah kanan.”“Tunggu, tunggu! Keluar lif, kiri, kanan, kiri?” Izat meminta kepastian. Takut-takut tersesat pula dia.“Ya, cepat tangkap!” Izam angguk. “Tapi jangan ikut jalan tu. Keluar lif, terus aje. Depan tu adalah.” Izam ketawa-ketawa. Suka dapat kenakan adiknya yang selalu suka kenakan dia. Tukar giliran.“Hisy, orang tua ni!” Mencerun Izat sambil angkat punggung. “Dahlah. Izat pergi dululah. Malas nak kacau orang sibuk.” Izat bangkit daripada duduknya, sempat buat muka kepada Izam yang masih gelak-gelak suka.
“Hai, Ira. Apasal lambat?” soal Chawi, gadis keturunan Siam yang fasih berbahasa Melayu. Dia renung Nazira yang hempas punggung di sisi Widuri. Dengan rambut serabai dan kardigan putih masih pada tubuh. Memang selalunya Chawi tengok Nazira lepas rambut begitu. Masuk bilik rehat jururawat barulah Nazira akan sanggul kemas. Cumanya, tak pernah pula dia tengok Nazira berambut serabai begini. Terkebil sekejap dia pandang muka nak makan orang ditunjuk Nazira kepadanya.“Aku jumpa orang tiga suku tadi!” Nazira kepal kedua-dua tangan di atas meja. “Eii, menyusahkan hidup akulah!” Tak guna punya mamat. Sebab dia aku terpaksa parking kereta jauh-jauh. Eii, sakitnya hati aku. Membara ni! Terus Nazira buka kardigan dan capai sekeping kertas dari beg galas belakangnya. Entah kertas apa jadi mangsa. Lantaklah. Dijadikan kipas sementara untuk surutkan panas dalam dan luar. Sesekali rambut dikirai-kirai untuk hilangkan panas dirasa.“Kenapa? Orang tiga suku tu buat apa kat kau?” Fauziah berminat.“Argh, malas nak cerita. Menyakitkan hati aku aje! Meluatnya! Perangai macam set... Tak, macam syaiton... Eii!” Nazira menggigit-gigit bibir tahan geram, sebelah tangan kipas diri, sebelah lagi kirai rambut. “Okeylah, okeylah. Tak paksa dah. Aiza mana? Tak nampak pun.” Fauziah masih ajukan soalan.“Syif pagi.”“Ooo... Hei, apa kata kalau kita pergi shopping? Awal lagi ni. Lagipun, sekarang ada sales,” cadang Fauziah.“Idea yang baik tu. Jom,” ujar Widuri yang senyap sedari tadi mula uja.“Kita pergi nak?” Chawi tenung wajah Nazira. Bercahaya-cahaya mata dengar perkataan sales.Nazira pandang wajah temannya satu per satu. Kipas sementara dia letak di atas meja lalu getah rambut hitam pada pergelangan tangan dikeluarkan dan mula ikat longgar rambut panjangnya sambil menysoal, “Kau orang nak pergi ni ada duit ke tak?”“Alah, kita window shopping aje,” kata Widuri.“Hah, yalah. Mula-mula window shopping, lepas tu I nak tengok windowlah. Dah tengok-tengok window, sudahnya beli. Lepas tu, bila dah rabak baru nak menyesal. Mula nak buat kira-kira bulanan.” Nazira mendengus lembut, biar sahaja rambut tebalnya diikat satu ke sisi kanan bahu. Dia faham sangat dengan perangai teman-temannya itu. Tiga-tiga kaki shopping. Hantu. Tak boleh percaya punya!“Yalah, yalah. Kau menang.” Chawi angkat kedua-dua tangan, mengalah akhirnya. Malas nak bertekak dengan gadis yang paling muda antara mereka itu. Lagipun, apa yang dikata Nazira itu ada benarnya.“Mmm, Ira, malam ni aku tumpang kau ya. Boleh, kan?” ujar Widuri.“Aku pun,” sampuk Chawi.“Okey aje. Tapi, hulur-hulurlah,” ujar Nazira dengan nada bergurau sambil gamit-gamit tangan. Minta hulur, mengacah. Teman-teman Nazira sekadar senyum. Tahu sangat mereka dengan perangai gadis itu. Kononnya hendakkan huluran. Bila disua, Nazira dulu-dulu tarik muka sebab mereka berkira dengannya.“Ha, Gee, kau tak nak tumpang sekali ke?” Nazira kerling Fauziah. Sengaja soal walaupun sudah ada jawapan.“Tak payahlah. Azman datang ambik aku malam ni.” Fauziah sedikit malu-malu, tunjuk gigi.“Ini yang boring bila dah ada boyfriend. Mesti tak ingat kawan punya.” Nazira jebik-jebik mulut, simptom rajuk-rajuk.“Ira, takkan tu pun kau nak merajuk kut? Kau tak suka ke aku ada boyfriend?” Fauziah mula gusar-gusar. Nazira gelak-gelak. “Taklah. Hisy, kau ni... Main-main ajelah. Bahagia tengok kawan-kawan ada boyfriend. Dulu aku dengan Aiza aje kosong. Sekarang Aiza dah satu, aku jugak kosong. Tapi, aku gembira untuk kau orang.”“Habis, kenapa cakap macam tu?” soal Fauziah. Ada nada terasa dalam soalannya itu.“Dia merajuk dah, merajuk dah...” Nazira sengih. Dia menyelesakan duduk pada kerusi panjang yang boleh isi tiga tubuh. Di bahagiannya duduk Widuri dan di sebelah Widuri kosong. Manakala Fauziah dan Chawi duduk berhadapan dengan mereka.Widuri dan Chawi senyum. Sudah biasa sangat dengan kenakalan Nazira. Ada saja modal nak mengusik. “Sekejap ya.” Nazira menegakkan duduk, berdeham. “Aku mendoakan agar kau bahagia, di samping si dia, insan yang kau suka...” Nazira menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Kumpulan Lestari, penuh perasaan.“Kau ni jahatlah!” Ke depan tubuh Fauziah cuba memukul lembut lengan gadis itu.“La... Cuba kau orang tengok. Orang mintak yang elok pun dia nak pukul.” Nazira mengelak daripada dipukul manja Fauziah lalu ketawa-ketawa lagi.Widuri dan Chawi ketawa perlahan sedangkan Fauziah sudah duduk kembali dan hanya senyum malu.“Wo... merah muka dia...” Nazira masih mengusik, acu-acu jari telunjuk ke arah Fauziah di depannya.Ketawa mereka terburai. Hingar-bingar suasana kantin itu seketika. Fauziah sendiri ikut tergelak dengan sikap Nazira. Nazira duduk, senyum lalu kerling tiga teman rapatnya sesudah Aiza. Fauziah renung wajah manis Nazira. Tenang. Hatinya selalu tenang bila tengok raut itu. Sejak kali pertama jumpa muka lagi. Mereka mula baik semenjak Nazira mula bertugas di hospital ini. Sebelum itu, dia, Aiza, Chawi dan Widuri hanyalah rakan setugas. Kenal biasa, tegur biasa. Tak rapat mana pun. Namun, selepas datangnya Nazira, hubungan yang tiada, jadi wujud. Mereka berlima jadi geng lima belangkas. Itulah kata Kak Pipah yang sudah pandai main mata dengan Nazira sejak awal kali jumpa. Sebab Nazira ada saja nak buat nakal. Kata Kak Pipah lagi, Nazira ni ada gaya otai buat jahat sangat. Lepas itu mandrem Kak Pipah guna muka naifnya, minta dimaafkan.“Wau!” Tiba-tiba Widuri jerit kecil, terkeli-kelip mata lihat ke satu arah.“Hoi. Apa halnya dengan kau ni? Tiba-tiba aje jerit. Kena sawan ke?” Nazira terus sentuh dahi temannya itu. Manalah tahu kena demam panas tiba-tiba. “Tak panas pun. Kau sakit kat dalam ke?”Widuri angguk-angguk, masih pandang arah yang sama. “Jantung aku nak terjatuhlah!”“Jatuh? Mana? Mana? Biar aku tolong tahan.” Nazira mula buat aksi hendak tahan benda jatuh.Widuri tampar-tampar geram tangan Nazira yang mengenai dadanya. Konon nak tahan jantungnyalah tu! Padahal ambil kesempatan!“Tulah.” Widuri sudahnya menuding ke arah dia tengok sejak tadi. Kepada seorang pemuda kacak yang sudah pun melangkah masuk ke ruang kantin. Nazira, Chawi dan Fauziah alih pandang serentak ke arah yang ditunjuk Widuri.“Wau!” Chawi dan Fauziah turut terjerit kecil. Tak boleh kata lebih. Terus Chawi, Widuri dan Fauziah wau menengok si kacak tampan yang kian ke hadapan langkahnya. Berkemeja kosong warna ungu pastel, dua butang atas terbuka, tali leher yang macam direnyuk masuk ke dalam poket seluar (kerana isinya terjelir sedikit), kaca mata hitam tersangkut pada poket baju dan lengan baju panjang yang disingsing ke siku. Gaya pejabat yang jadi kasual. Mengancam habis! Ditambah pula lelaki itu ada darah Inggeris yang sangat ketara. Kalau dikata saudara kepada Doktor Izam, hero terbaru hospital yang tampan dan baru berpunya itu pun mereka percaya. Sekali pandang, semacam. Berkali pandang, tambah-tambah mengancam sampaikan hati jadi terancam. Nasib tak jatuh cinta! Nazira ikut pandang dan tak sempat-sempat, tak tahan-tahan, dia lepas rengus kasar. Budak tiga suku ni rupanya! Heh, buang masa saja kau orang berwau-wau! Main wau lagi bagus!“Dia ni Melayu ke mat salih?” soal Chawi spontan.“Entahlah,” jawab Widuri dan Fauziah serentak dengan gaya tengah termimpi-mimpi.“Yang kau orang semua tengok dia macam tu, kenapa? Macam tak biasa tengok orang,” gerutu Nazira.“Handsome!” ujar mereka bertiga serentak dan serentak kepala terteleng satu macam. Tergoda yang sangat.“Handsome?” Nazira tengok Chawi, Widuri dan Fauziah serupa mereka sudah hilang akal kemudian pandang pula pemuda tersebut, yang semakin mengatur langkah ke hadapan, mendekati meja yang mereka duduki. Eh, memang pun. Sangat kut. Tak perasan pulak aku lepas sakit hati tadi. Tapi... “Heh! Kalau muka handsome, tapi otaknya tak betul, buat apa?”“Otak tak betul?” soal Fauziah kebil-kebil peranjat.Angguk.“Maksud kau dialah orang tiga suku yang kau...” Widuri tak sempat sudahkan kata bila Nazira pantas angguk-angguk.“Kesiannya dia. Muka cukup siap, otak pulak tak cukup siap. Aduhai...” Wajah Chawi berubah, jatuh kasihan ke atas nasib yang menimpa pemuda itu.
Izat terus melangkah kemudian arahkan mata ke sekitar kantin itu. Kiri kanan. Mak oi, ramai juga orang kat sini ya. Masih melihat-lihat, mata Izat akhir sekali terarah kepada sekelompok gadis-gadis yang memakai pakaian jururawat, serba merah jambu. Itu pun dia tahu selepas perasan pada jururawat-jururawat yang berpapasan dengannya sepanjang dia hendak ke sini tadi.Izat perasan sangat, sesekali mata-mata yang mengisi meja itu terarah kepadanya. Izat sekadar senyum. Sudah biasa dengan situasi begini. Dia kan barang panas. Mmm, cun-cun juga dia orang. Kalau dapat tangkap satu, kenyang wa cakap lu! Izat atur kaki semula. Tanpa ragu, terus tuju ke meja itu. Apabila tambah hampir barulah Izat perasan akan satu daripada emapat tubuh di situ, dia baru saja lihat seketika tadi. Eh, kalau tak salah aku, tu budak perempuan tadi. Eh, yalah! Orang gila tadilah! Apa dia buat kat situ? Ah, lantak! Bukan minah tu pun heroin ini cerita. Aku sebagai hero, tak iktiraf! Izat kerling tiga gadis cantik manis yang lain sambil teruskan langkah. Mmm... sambil menyelam minum air. Sambil-sambil aku nak jamu selera, baik aku ayat salah seorang daripada yang ada. Cantik-cantik apa. Izat hampiri gadis-gadis tersebut. “Assalamualaikum. Tak jawab berdosa.” Senyum manis Izat hulur. Senyum manis yang selalu goda gadis-gadis manis.“Waalaikumussalam. Mengurat lagi berdosa,” ujar Nazira bersahaja, tajam macam tusukan pisau. Mulutnya mengerekot kunyah karipap yang sejak tadi ada di atas meja. Aci balun tanpa oder.Izat mertenung gadis tersebut. Rasa marah menjalar dalam diri. Rasa dipermain. Dan, rasa diri kalah. “Cik adik, saya bukannya nak mengurat cik adik. Setakat muka cik adik ni, bila-bila saya nak saya boleh dapat tau. Lainlah kawan-kawan cik adik yang manis-manis dan cantik-cantik ni, yang mana satu peratus pun tak ada kat awak bahagian cantik manisnya,” sindir Izat kembali, senyum lagi. Namun, Nazira tak bodoh dalam menilai senyum manis menggoda tadi dengan senyum manis memerli yang ini. Dia tahu nak beza. Wajah Nazira merah. Tak guna! Kau ingat kau boleh terlepas daripada aku? Aku akan kenakan kau balik. Tengoklah! Terketap-ketap bibir Nazira sambil makan karipap.Izat terus berlalu tanpa peduli betapa merahnya raut Nazira. Dia sekadar jeling, lihat wajah gadis itu yang mencuka. Izat senyum. Perasan sangat kan!“Mmm, Ira, kau kata dia tiga suku. Tapi, aku tengok dia okey aje.” Chawi sedikit hairan. Terus pandang lelaki yang sudah berlalu itu. Jalan macam biasa, cakap pun macam biasa. Gaya muka siap, otak pun siap.“Dia memang tiga suku. Syaiton... Tak guna!” Nazira ketap bibir, renyuk kertas yang jadi kipas sementara tadinya. Lupa langsung pada budi ia. Hatinya sakit, jiwanya geram. Tambah pula dia dimalukan di hadapan teman-temannya. Dia yang sedia rendah, direndah-rendahkan begitu. Grr!!!“Mana kau tau?” soal Widuri pula, polos. Tiada niat lain selain hendak tahu.“Tak percaya sudah!” Sengit Nazira berkata lalu bangkit dan terus berlalu. Meninggalkan teman-temannya yang termangu. Jaga kau, mamat! Aku akan kenakan kau balik!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 08, 2015 08:48

Bikash Nur Idris's Blog

Bikash Nur Idris
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Bikash Nur Idris's blog with rss.