Bikash Nur Idris's Blog, page 7
January 25, 2014
PRINCESS-reborn | Bab 2

BNI menyibuk:
Jumpa balik lepas 2 minggu ya. BNI nak hibernasi dalam kotak kaca. Muahs semua!
Published on January 25, 2014 05:01
Princess-reborn | Bab 2

BNI menyibuk:
Jumpa balik lepas 2 minggu ya. BNI nak hibernasi dalam kotak kaca. Muahs semua!
Published on January 25, 2014 05:01
January 19, 2014
PRINCESS-reborn | Bab 1

“APA nak jadi dengan kamu ni, Izat? Teruk mummy pujuk budak-budak perempuan tu, tau tak! Kalau ya pun, satu sudahlah. Ini, rembat sampai lima orang sekali gus tu buat apa? Muat pulak pinggang tak besar mana tu…” Puan Zefrina menggeleng-geleng. Kamu lebih hebat daripada papa kamu! Tapi… kerana kehebatan papa kamu jugalah mummy tertawan.“Bukan salah Izat, mummy. Dia orang tu yang tergila-gilakan Izat. Izat nak buat apa?”“Yalah… Tapi kenapa sampai ada yang menangis-nangis, meraung-raung macam orang kena histeria?”“Entah, mana Izat tahu.” Izat cebik. Selamba itu mottonya!
“IZAT nak makan tak?” pekik Puan Zefrina.Tapi yang pasti, aku masih hebat hingga kini. Kesian aku tengok perempuan-perempuan tu. Tapi salah dia orang jugak. Tuhan beri akal suruh fikir, tak nak guna. Bodoh. Mudah sangat percaya pada cinta yang baru diucap! Tambah yang diucap dengan tak seikhlas hati!“Izat! Kamu dengar apa mummy cakap tak?!” pekik Puan Zefrina lantang. Tahap anak tekak boleh jatuh keluar dan terus lari. Tak tahan!Izat yang sedang mengelamun tersentak. Terkejut gaban sekejap sampai nak pelanting jatuh dari katil. Mujur sebelah kaki sempat parkir. Aiseh… mummy marah tu! Nahas aku kalau tak turun.“Mummy, Izat datanglah ni!” Izat pantas lompat turun dari katil dan berlari ke bawah. Terus ke ruang makan. Gerun punya pasal.Di ruang makan, Izam dan Encik Shafei sudah siap menunggu dengan senyum. Lucu dengan gelagat Izat lari pegang kain pelekat gaya baru kena sunat. “Ya Allah… kenapa dengan kamu ni, Izat? Berapa kali mummy kena panggil baru nak turun makan?” soal Puan Zefrina setelah terpandangkan anak terunanya.“Sorry, mummy.” Izat sengih seraya capai kerusi di sebelah Izam, terus letak punggung.“Hmm, yalah… Makan,” arah Puan Zefrina melihat anak terunanya itu yang tersengih seperti kerang busuk. Izat menyenduk nasi ke dalam pinggan. Dia makan dengan lahap sekali. Begitu juga dengan Izam. Puan Zefrina sekadar geleng kepala melihat telatah kedua-dua anak terunanya. Anak terunanya yang dua orang ini memang tidak boleh berenggang, walaupun sekali-sekala gemar bertekak. Adatlah tu. Air dicincang tak akan putus. Kalau bergaduh pun sekejap saja. Sudah hampir dua tahun kedua-dua beradik itu tidak bertemu kerana Izam bertugas sebagai seorang doktor di salah sebuah hospital di Pulau Pinang. Kini, Izam telah berjaya menempatkan diri di hospital di sini dan akan melapor diri esok. Syukurlah kedua-dua anaknya itu sudah bersama. Riuh-rendahlah nanti suasana rumah teres dua tingkat yang didiami mereka empat beranak.Sempat Puan Zefrina mengerling suaminya, berkongsi senyum kemudian melihat semula dua anak bujangnya makan. Suka melihat. Lapang hati dan dada.
Dan, Encik Shafei tidak menegur kerana sudah biasa dengan keadaan itu. Terpisah dengan anak, begitulah isterinya untuk lima hari. Kemudian, tahulah isterinya hendak makan dulu sebelum anak. Terus makan, sempat lagi Encik Shafei menyengih.
BNI menyibuk;
Don't expect Facebook atau apa2 laman sosial popping out okay. Sebab Princess ni latar masanya adalam hujung 1990-an. Yang mana zaman tu saya siapkan Princess asal menggunakan typewriter. Bukan hadap PC atau laptop macam sekarang ni. Hehehe. Jadi, enjoylah yek. Like for support. Comment for improvements. Luv y'alls, cayunk2
Published on January 19, 2014 04:00
PRINCESS-reborn | Prolog

KERETA Toyota Celica merah yang dipandu Izat meluncur laju tanpa tahu destinasi hendak dituju. Dia hanya hendak keluar seketika tadi. Berada di dalam kotak yang dipanggil bilik tidur itu buat dia rasa sesak. Lemas menghimpit, membujuk perasaan untuk jadi hiba apabila mengenang segala yang telah berlalu.Walaupun ada pepatah menyatakan masa pengubat segalanya, namun yang sakit itu tetap ada rasanya. Kalau dipertonton hati yang satu ini, mungkin luka berdarah sudah tidak nampak dek mata kasar. Tapi, hakikat, ada parut luka yang boleh ditangkap mata kasar itu. Tambah apabila jahitannya tidak sempurna.Sakitnya perasaan. Peritnya kenyataan.Hmm, nak ke mana ya? Isy, berkeroncong pulak perut aku ni! Itulah, tadi mummy panggil makan, tak hendak! Izat menggerutu dirinya sendiri. Baik aku pergi makan kat KFC dekat selekoh sana tu. Sebab Izat sedar, dia masih perlu makan walaupun ikut hati tak hendak, ikut jiwa tak mahu. Dia perlu makan untuk keluarganya. Terutama mummy. Itu dia perlu buat.Terus kereta dilajukan ke restoran KFC terdekat dengan jalan dilalui. Dia meletak kereta di tempat parkir lalu keluar dari perut kereta. Hendak tak hendak, dia menolak pintu restoran makanan segera tersebut. Ah, kenapa ramai sangat? Namun, memikirkan perut yang menagih isi, dia beratur saja, menanti giliran memesan makanan.“Makan, encik?” Seorang gadis tersenyum manis apabila giliran Izat tiba.Dia membalas, walaupun senyum itu dipaksa-paksa. “Zinger one, Coke and fries.”“Makan sini, bawa balik?” soal gadis itu lagi.“Makan sini.”Gadis itu segera menyediakan pesanan. Lincah jemarinya melaksanakan tugas. Mungkin sudah biasa.Izat memerhati sahaja, sampailah dulang berisi pesanan ditolak elok ke depannya sebaik dia membayar harga makanan. Izat mengambil dulang yang diserah lalu dibawa ke sebuah meja yang agak tersorok. Dia duduk, bersandar malas pada kerusi, melihat isi dulangnya.Tanpa endahkan dulang yang masih menampung pesanan, terus seketul kentang goreng dicapai. Mengunyah. Makan. Perlahan. Mata Izat melihat ke arah cermin luar. Melihat, melihat dan melihat. Namun, entah apa yang dia nampak. Kerana melihat tanpa arah, tanpa tahu apa. Kosong.
“LIA, pakwe kat sana tu cunlah. Tapi nampak lembik aje. Tengoklah cara dia makan… lemah aje. Longlai. Macam tak bermaya nak pegang fries tu. Gaya beratlah sangat.” Atika menuding ke arah pemuda yang dimaksudkan.Pakwe yang mungkin mengharapkan diri tersorok daripada pandangan orang, tapi bukan dari mata helang Atika. Soroklah kat mana pun. Kalau ada aura kacak lagi tampan, sampai saja kepada Atika. Sama ada deria pandang atau bau!Razliana sekadar mengerling. Walaupun perlu lawan bangau apabila mengerling kerana dia perlu juga menjenguk-jenguk. Dia tak ada aura pengesan si kacak lagi tampan sebagaimana Atika. Sudahnya, dia angguk. Mengakui kata-kata temannya.“Ada problemlah tu,” sampuk Erin.“Pandailah kau!” getus Razliana senyum dengar pandangan teman yang seorang lagi itu. Memang becok. Boleh saja tahu semua benda.Agaknya kalau mata Atika boleh nampak pakwe kacak lagi tampan berbatu jauhnya, Erin pula mampu mengimbas guna mata untuk tahu makhluk itu ada masalah ataupun tak.“Biasalah… I kan memang pakar pasal bab-bab macam ni. Macamlah you all tak tau!” Menggedik Erin dengan aksi patah tangan. Kemudian tayang sengih sakan.Atika mencebik. “Pirah…!”“Hei, tak mau kutuk na…” Erin membela diri, jari telunjuk tegak di depan Razliana dan Atika, kuit kiri kanan, kiri kanan. Sebelah tangan lagi siap cekak pinggang.Razliana senyum kemudian terus tampar jari telunjuk Erin yang menggedik macam tuannya. Lucu melihat gelagat teman yang suka berkeletah itu. Tapi, Erin bukan spesies boleh dilayan. Kian menjadi nanti. Kang kerja ke mana, Erin ke mana.“Ha… sudah, sudah! Pergi ke kaunter tu, ada orang. Karang aku cakap kat Kak Chah, suruh potong gaji baru tau,” arah Razliana menggertak dengan mata sengaja dibesarkan.“Baik, buyung…” Erin berlalu dengan sengih. Sempat kenyit mata.Razliana geleng kepala. Nakal! Kemudian, dia sengetkan sedikit kepala dari tempat dia berdiri, untuk lebih mudah merenung pemuda di meja yang disebut Atika tadi. Kasihan… Memang seperti orang putus kasih. Lembik segala tulang dan sendi saja gayanya. Kalau jadi pakwe akulah, aku tak tinggal punya. Bertuah gadis yang bertaktha di hati dia. Yang sampai kini masih ada di ruang yang itu.Aik, aku ni apasal pulak fikir yang tak perlu? Ah, jiwang karat pulak kang.Terus Razliana hilang daripada cegatnya. Kembali aktif dengan apa yang perlu. Masa ini masa bekerja buat diri, bukan berfalsafah soal hati!
BARU separuh kentang goreng di dalam mulut, Izat letak kembali ia. Rasa pahit bila dikunyah. Kesat di kerongkong. Tak berdaya rasanya. Hilang segala mampu diri, sudah dibawa bersama. Habis tu, macam mana aku nak hidup tanpa kau?Ira, kenapa begitu cepat tinggalkan Izat? Kehadiran Ira telah mengubah hidup Izat, mengubah diri Izat. Segala detik suka dan duka masih segar dalam ingatan. Segalanya seperti baru semalam berlalu. Seperti baru sebentar tadi kita bermesra. Izat… Hati merintih lagi. Izat tak dapat lupakan Ira, sayang…
Di ruang yang jauh dari mata orang itu, Izat tunduk dengan sebelah tangan menutup muka. Hiba hati terlalu menjunam. Menginjak diri. Menyentuh perasaan. Ya Allah, kenapa hukuman seberat ini yang aku terima? Kenapa, Tuhan-ku…?
BNI menyibuk;
I purposely choose that picture because my Izat Effy look smocking sexy. Hahaha. Silakan bayang dia sambil baca ;)
Doakan semuanya mengenai PRINCESS-reborn baik2 saja & bakal terbit tahun ini juga, secepatnya. Amin. Read & enjoy. Like to support. Baru BNI senang hati masukkan bab baru. Ahaks!
Published on January 19, 2014 00:30
December 21, 2013
Cinta Biasa-Biasa | Bab 7

Lagu Satu Labah-Labah yang Zharif belajar di tadika. Cukup girang dan seronok Zharif lagukan. Siap dengan gaya tangannya, turun naik labah-labah. Zahrah pula selamba mencangkung depan Zharif, ikat tali kasut adiknya itu. Bila Zharif sebut “Labah cepat lari”, Zahrah dengan gediknya buat adegan goyang pinggul sambil mencangkung begitu. Tergelak kecil Eslina jadinya.Terus Zahrah dan Zharif alih kepala, pandang Eslina.“Umi!” jerit Zharif girang, gaya baru dapat tengok uminya. Walhal sejak bangun pagi gosok gigi tadi lagi dia asyik nak berkepit dengan uminya. Dah hampir hendak jadi anak kaola dah pun.“Seronoknya anak-anak umi...” Eslina terus senyum senang hati, bergerak turun satu tangga dari muka pintu, ke halaman rumah. Menyarung selipar, terus dia ke sudut kiri halaman rumah yang menempatkan basikal mini Zahrah kebiasaannya.“Umi, lagu Labah-Labah. Zharif dah pandai sekarang...” ujar Zharif bangga siap dengan lenggok tangan gaya labah panjat perigi lagi.Eslina senyum luas sambil belai rambut hitam halus anaknya itu. Dia angguk, tunjuk muka bangga dengan pencapaian Zharif itu. “Pandainya dia...” puji Zahrah lalu kucup-kucup gaya nak makan pipi Zharif.Zharif gelak-gelak, suka dengan perhatian Eslina.Zahrah yang lihat saja terus ikat tali kasut Zharif sebelah lagi lalu bangun, berdiri pandang Eslina dan Zharif. Senang hati. Semalam Zharif hampir-hampir rajuk dengan lebih tiada daripada adanya umi dengan mereka. Namun, sebaik nampak bayang umi pagi tadi, Zahrah tahu Zharif lupa habis dengan walang yang cuit hatinya semalam. Zharif terus ceria bagai biasa. Alhamdulillah. Zahrah sungguh tak sanggup lihat adiknya itu berwajah lesu dan hilang girang. Zahrah tahu, serapat dan sesayang mana pun dia kepada Zharif, Zahrah bukanlah ibu untuk adiknya itu. Zharif memang sangat sayang dia, malah dia tahu lebih daripada umi, namun bila datang pasang surut hati dan perasaan, adiknya itu akan rindu separuh mati kepada umi. Dan masa itu, dia sebagai kakak yang lebih disayangi pun tak mampu berbuat apa selain memujuk dan menenang hati itu. Kuasa sakti seorang ibu, sekuat itulah!Zahrah terus pandang saja Zharif yang bercerita itu ini tentang tadika nurserinya kepada Eslina. Tercuit masuk juga si pelajar baru bernama Ihah. Eslina sempat kongsi pandangan nakal dengan Eslina kala nama itu meluncur dari bibir Zharif. Zahrah senyum. Uminya ini, sporting sangat. Anak cerita pasal bakal menantu, dia relaks saja. Restulah tu...Terus ingatan Zahrah singgah kepada wajah comel dengan rambut keriting Maggi keperangan itu. Aduhlah... Memang sungguh comel anak orang itu! Kalau adik perempuannya, memang dah lama jadi bahan gomol. Adik perempuan... Mengidam ajelah, Zara oi! Mau umi kau kasi pelangkung Melayu kalau cuba nak minta adik lagi. Umi kan dah tekad nak terus membujang sampai ke anak cucunya!“Zara... Hei, Zahrah Aiyani Ahmad!” Sedikit kuat suara Eslina singgah telinga Zahrah. Bila sebut nama penuh dia, barulah dia dapat dengar. Fungsi telinga kembali elok. Zahrah pandang Eslina, kebil-kebil.“Hisy! Berangan apa pagi-pagi ni! Eloklah anak dara berangan sebelum mula hari,” ujar Eslina cuit pipi Zahrah.Zahrah tunjuk gigi. “Berangan tengah hari sikit bolehlah ek...?”Eslina jegil mata dengan loyar buruk anak daranya. “Berangan... Beranganlah pagi-pagi, nanti kena kahwin dengan orang tua!” Eslina gertak dengan raut serius.Zahrah tunjuk muka ada aku kisah. “Tu kalau nyanyi kat dapurlah, umi. Ingat orang tak tau ke?”“Cakap banyak. Umi kahwinkan dengan Abang Majid tu baru tau.”“Eii, umi ni...” Zahrah menggedik-gedik hentak kaki tak puas perasaan. Sebut nama lain Zahrah boleh terima lagi. Kalau sebut Atuk Sopi pun dia boleh nak hadap lagi, tapi kalau yang namanya Majid itu... memang dia tak boleh. Terus jiwa kacau! Konflik dalaman membuak-buak!Gila kentang sungguhlah Abdul Majid itu! Umur dah bertingkat-tingkat, ada hati nakkan dia. Dengan muka confidential pula tu hantar wakil pinangnya. Wakil tu pula bekas isteri orang tu. Boleh pula bekas isteri dia melangit puji Abang Majidnya. Pendek kata, Abang Majid itu orangnya pijak pijat pun tak pernah. Baik tahap manusia paling suci. Muka gaya pecah rumah, boleh pula si bekas isteri promo gaya Abang Majid tu jelmaan Ustaz Don. Eii, kalau dah gaya malaikat sangat orangnya, apa hal awak tinggal dia, puan bekas isteri oi?! Memang dah hujung lidah dah soalan itu. Tapi umi yang bijak pandai baca hati Zahrah lebih dulu sepit mulut Zahrah guna dua jari. Bantut habis!Abdul Majid tu pinang dia sebab apa? Sebab terdengar topik alahai umi nak kahwinkan dia kalau tak sambung belajar di warung cendol milik lelaki itu!Lepas Abdul Majid pandai-pandai masuk meminang dia, haram Zahrah nak jenguk warung itu walaupun cendol Abdul Majid memang terbaik punya. Sorry-morry!“Apa salahnya kahwin dengan dia? Hari-hari boleh makan cendol dia apa. Kan awak suka gila tahap gila bayang dengan cendol dia...” sakat Mahay belum sudah sambil belai rambut Zharif.“Umi, tu cendol ya. Bukan tuan warung itu cendol. Lagipun orang dah tak pergi dah warung dia tu sekarang. Seram.”“Apasal pulak? Bukan awak gila bayang sangat dengan cendol dia?” Eslina pelik.“Tak maulah orang. Kang dia mandrem ke apa cendol dia kasi orang, kang lebih kasih sayang pulak orang kat dia. Eii, tak naklah. Gerun!” Zahrah goyang badan gaya tak-sanggup-mak.Eslina ketawa. Lucu dengan aksi goyang badan anaknya. “Zharif tak mau kakak kahwin dengan pak cik tu, umi,” sampuk Zharif tiba-tiba. Tak padan kecil, nak turut serta.Tapi Zahrah tumpang suka. Sebab Zharif sokong dia kan. Zahrah jongket-jongket kening dengan muka riak kepada Eslina.“Kakak kahwinlah dengan abang Ihah. Nanti Zharif boleh kahwin dengan Ihah...” Zharif menyeringai suka.“Amboi, budak kecet ni! Tak padan dengan umur. Dah cakap pasal kahwin ya.” Zahrah cekap pinggang gaya mak tiri kepada Zharif yang masih duduk di kerusi belakang basikal mininya, santai goyang kaki.Zharif sikit pun tak gerun. Ketawa-ketawa goyang badan goyang kaki sekali gus adalah.“Eh, apa salahnya. Elok apa cadangan Zharif tu. Awak kan tak boleh berpisah dengan chenta hati awak ni... elok sangatlah tu. Boleh duk serumah. Dapat anak boleh jadi besan.” Eslina setuju sambil bagi cadangan baik punya.“Umi!” Zahrah terjerit kecil kemudian pegang kepala. “Ya Allah... Umi aku, adik aku... punah!” sambung Zahrah dengan tangan masih pada kepala, menggeleng dramatik.Zharif dan Eslina ketawa sakan.“Eh, okey apa dapat abang Ihah... daripada Abang Majid. Ya tak?” Eslina menyiku lembut perut Zahrah yang kempis.Zahrah terdiam dengan tangan masih pada kepala. Kemudian Zahrah terus angkat kepala, pandang Zharif. “Berapa umur abang Ihah tu? Abang Ihah pun abang Ihahlah. Asal bukan Pak Cik Majid perasan Abang Majid!”Serius raut Zahrah ketika soal Zharif. Eslina tahan gelak. Zharif yang suci lagi polos selayak usia, dengan serius bendulnya kembangkan lima jari tangan kanan dan tiga jari tangan kiri.Eslina gelak lepas.“Lapan?” Zahrah jerit kecil, kurang percaya. “Adehlah... yang umi nak jodohkan orang dengan pangkat umi, yang Zharif pulak... cari pangkat-pangkat dia pulak...”“La... apa salahnya. Kan ke trend sekarang, laki muda daripada bini...” ujar Eslina antara ketawa. “Hisy! Tu trend sekarang. 20 tahun lagi entahkan trend kahwin sama umur ke pulak. Mana orang ada can dengan abang Ihah yang lagi muda 10 tahun daripada orang tu!”Eslina terus ketawa. Zahrah sengih. Suka sebab dapat buat uminya gelak begini. Barulah uminya nampak umurnya yang sebenar. Bukan nampak lebih berusia gara-gara penat dan lesu bagai semalam.“Ada-ada ajelah awak ni…” Eslina paut bahu Zahrah yang rendah sikit daripadanya lalu dikucup sayang pipi Zahrah. Eslina bukan tak tahu mengapa Zahrah bergurau luar alam pagi-pagi begini. Hendak dia senyum ceria, girang hati selalu. Zahrah kalau boleh memang tak nak lihat mukanya kerut masam sikit pun. Runsing apatah pula. Tak hendak sentuh hati dia kalau ikut daya Zahrah.Zahrah anaknya yang sentiasa hendak senangkan hatinya, lapangkan perasaannya. Zahrah benar-benar mewarisi sikap arwah ayahnya dalam hal itu. Lelaki itu juga, semenjak mula mereka bernikah, sampai jodoh mereka tiada, hatinya dan perasaannyalah yang jadi keutamaan.“Hah, awak dengan Zharif ni tak nak pergi sekolah ke? Selalunya bukan main lambat, lambat…” Eslina sindir dalam mengingat. Anaknya ini sah sudah lupa sudah pukul berapa masa ini. Kalau tak, takkanlah nak pong-pang, pong-pang gaya banyak mulut begini.“Aaa!” Zahrah menjerit kecil sambil lihat jam yang lilit tangan. Jam tangan arwah ayah. Dah usang talinya namun masih boleh dipakai elok. Sudah berganti bateri beberapa kali namun Zahrah sungguh sayang nak berpisah daripadanya. Walaupun Norma sudah berkali-kali bilang jam tangan yang melilit pergelangan tangan kirinya itu terlalu besar untuk tangan kurusnya. Lantaklah. Dia bukan pakai sebab nak bergaya. Dia pakai sebab dia perlukan jam tangan dan sebab itu peninggalan arwah bapanya kepadanya.“Umilah ni!” Zahrah terus turunkan tongkat basikal mininya sesudah umi turunkan Zharif dan pusing basikal mengarah ke pagar depan yang sedikit ternganga.“Umi pulak! Dia yang serupa orang jumpa mulut lebih. Cakap bohong, umi kahwinkan dengan abang Ihah!” sakat Eslina.Zharif gelak suka dengar ayat itu.Zahrah cengil muka kepada Zharif kemudian Eslina. “Orang tak nak kahwinlah. Orang nak bukak tadika nursery dulu.”“Yalah, yalah, Cikgu Zara. Umi tak ada dua hari ya. Jaga diri, jaga Zharif. Apa-apa terus call…” Eslina pandang Zahrah atas bawah. Kemudian terus pandang muka anak daranya itu. “Telefon awak mana?”Zahrah mula pukul-pukul kocek baju kurungnya kemudian selongkar beg selempangnya yang sudah diletak di dalam bakul depan basikal mini. Sudahnya dia menyeringai tunjuk gigi. “Teehee…”“Teeheelah sangat! Lupa aje! Cepat amek!” Eslina naik suara satu oktaf dengan sikap Zahrah. Selalu sangat anak daranya itu lupa telefon tersebut. Padahal dia beli untuk kemudahan mereka. Zahrah suka-suki saja tinggal sini sana.Zahrah berlari masuk ke dalam rumah, sambil pasang telinga. Yalah, umi masih duk nasihat kut.“Apa-apa umi akan call awak. Jadi, pastikan telefon dengan awak selalu. Gantung kat leher tu kalau asyik lupa aje!”Zahrah sudah berlari keluar semula, berdiri di depan Eslina dengan senyum tipis sambil angguk-angguk dan goncang-goncang telefon bimbit Nokia 101 di tangannya. Telefon bimbit yang umi beli untuk kemudahan berhubung dengannya atau untuk apa saja urusan kecemasan memandangkan rumah mereka tiada talian telefon. Telefon yang sudah berusia empat tahun itu masih elok dan nampak baru sebab Zahrah selalu tak guna daripada guna. Mana taknya, asyik tertinggal di rumah saja daripada dibawa keluar bersamanya-sebagaimana umi arahkan sejak mula umi letak telefon bimbit itu ke atas telapak tangannya.“Telefon tu kalau ada dengan awak pun, jangan pulak telefon tak ada fungsi. Bateri pastikan ada. Caj, jangan asyik lupa!” Eslina masih hendak menasihati. Geram sangat dengan sikap lalai anaknya yang satu ini. Telefon bimbit itu macamlah berat gaya batu-bata, susah hendak dibawa bersama. Kalau tak tinggal di rumah, selalu tak ada bateri.Zahrah cek bar bateri pada telefon bimbitnya, sengih sambil tunjuk skrin kepada Eslina. “Ada. Penuh.”“Ada. Penuh. Memang bagus. Cuma mulai sekarang, pastikan ada dekat awak, dengan awak untuk dua hari ni.”“Okey, mem!” Zahrah bagi tabik hormat dengan telefon di dahi, siap hentak sebelah kaki gaya kawad tak jadi.Eslina senyum, cuit hujung hidung Zahrah kemudian tunduk dan berbisik lembut kepada Zharif yang mengangguk-angguk mendengarnya, dengan muka jatuh ke bawah. Zahrah ikut tunduk muka jenguk raut Zharif yang sedikit keruh. Faham adiknya itu sedih hati hendak berpisah dengan umi untuk dua hari. Sebab itulah umi sedang pujuk lembut, bisik manja ke telinga adiknya. Gaya orang bercinta sajalah mereka ini. Senyum nipis sentuh bunga bibir Zahrah. Zahrah lihat Zharif cium lembut kura tangan kanan umi, sudah pandai hendak ketawa-ketawa apabila umi balas dengan peluk erat kucup tak ingat pada kedua-dua pipi Zharif. Terpujuklah tu…Zahrah ikut tunduk dan cium tangan Eslina. Tak cukup dengan itu dia cium pula pipi umi dan umi balas kembali. Eslina pegang kuat kedua-dua pipi Zahrah. “Take care eh. Ingat telefon tu. Umi akan rindu kalau tak dengar suara dua anak kesayangan umi ni…”Zahrah pegang kedua-dua tangan Eslina pada pipinya, dikucup jemari tangan kurus. “Umi pun. Jaga diri.”Wajah Eslina sedikit mengeruh, namun ditahan rasa hati. “Dah, dah… Cepat gerak. Lambat nanti, kena denda lagi.”“Denda dengan orang kan kawan baik. Kamceng punya.” Zahrah kenyit mata dan sebaik Zharif duduk di kerusi besi yang dia lapik kemas dengan kain berkusyen agar punggung kecil itu selesa, Zahrah mula mengayuh basikal mininya, berlalu dari rumah sambil melambai kepada Eslina.Zharif di belakang menjerit, “Bye-bye, umi!” sambil ligat melambai dan lepaskan flying kiss sesuka hati.Dan sesuka hati juga Eslina main tangkap flying kiss itu lalu balas cium dan simpan dalam hati. Gayanya membuatkan Zharif ketawa-ketawa lalu lambai terus Eslina. Eslina lihat saja sampai dua anaknya, cinta hatinya, hilang daripada pandangan mata.Eslina yang tadinya letak kedua-dua tangan ke atas pagar rumah sambil melihat, alih tangan dan tubuh, hendak tutup pintu pagar rumah itu. Namun, aksinya termati sebaik lihat wanita yang muda sedikit daripadanya, berdiri di depan rumahnya dengan muka sombong bongkak gaya biasa. Malah, senyum sinis yang memang dikhaskan untuk dia, ikut menjengah ulas bibir itu.
Bilang BNI: Alhamdulillah, entri akhir untuk 2013. Harapnya 2014 adalah tahun BNI memandangkan BNI nak sudahkan hutang-hutang yang perlu, termasuklah CBB ni. Bab 8 onward, tunggu 2014 ya. Salam sayang ya, cayunk-cayunk BNI![]()
Published on December 21, 2013 12:25
November 30, 2013
Cinta Biasa-Biasa | Bab 6
Zarahin duduk di kerusi berdepan dengan meja studinya. Meja kaca lut sinar itu ada beberapa contengan daripada marker yang boleh dipadam. Memang tabiatnya semenjak dulu suka membuat contengan dan lakaran di atas meja itu. Kadang nak ingatkan sesuatu agar tak lupa, di situlah dia conteng. Aci lukis saja bila perlu dan aci warna saja bila mahu, dengan marker beberapa warna.
Atas sebab itu jugalah semenjak Zarahin masuk sekolah menengah, sampai ke kini, meja studinya mesti meja kaca lut sinar gaya itu. Yang boleh diconteng bila mahu dan dipadam bila perlu. Tapi, taklah meja ini yang dulu sampai kini. Dah berubah mejalah kan. Dan saiznya pun dah makin besar dan besar banding sebelum.Zarahin tutup teks Pengajian Perniagaan lalu susun elok di sudut kiri meja kaca tersebut. Tersusun elok dengan teks pengajian tingkatan enam rendah yang lain. Esok aci sumbat saja di dalam begnya. Mudah. Kemudian Zarahin bangkit dari kerusi selesa lalu ditolak masuk ke dalam meja studinya. Zarahin bergerak ke rak pakaian terbukanya. Rak baju yang biasanya bersangkut pakaian sekolah serta baju-baju yang sudah siap diseterika. Baju nak pakai jalan memang selalu di situ. Main capai sahaja bila hendak pakai. Rak baju itu tingginya ke dagu Zarahin. Namun ketinggian atau kerendahannya boleh dilaraskan lagi. Kalau nak rak tersebut senget sebelah pun boleh. Kiri kanan rak itu berbentuk segi tiga dengan design kerawang ringkas. Not the girly type at all. Warna hitam. Rak baju itu berkaki, boleh ditolak dengan mudah ke mana mahu. Ngam-ngam atas roda pula ada jeriji-jeriji yang dijadikan tempat letak kasut. Pakaian yang Zarahin jarang pakai atau baju-baju yang biasanya diguna pakai di rumah, dilipat kemas di dalam kabinet laci lima pintu yang setinggi pinggangnya. Di atas kabinet tersebut adalah barang sedikit barang-barang penjagaan kulit serta wangiannya. Pada dinding pula tergantung elok cermin. Di sisi kabinet itu pula terletak katil kelamin. Ringkas dengan cadar satu warna sebagaimana Zarahin suka dan selesa. Warna hijau pujuk pisang, bukan pilihannya tapi dia terima saja. Sebab biliknya kurang penceriaan. Itu komen seseorang yang terlalu baru dalam hidupnya.Meja studi pula terletak di sudut kanan sekali bilik tidurnya, dari arah pintu bilik dibuka. Di sebelah itu pula rak tuala yang berisi tuala dan kain pelekat serta sejadah. Bersebelahan, ada sebuah pintu. Pintu yang selalu Zarahin hendak pastikan sentiasa berkunci namun jarang pula dia hendak kunci atas dasar tak sampai hati.Bilik tidurnya ada connecting door. Sunggah entah apa-apa.Zarahin ia-ia hendakkan bilik tidur lain, namun papa mintak sangat dia terima bilik tidur itu, termasuk connecting tersebut dan isi di balik pintu itu. Sudahnya, dia terima saja dengan hati yang separuh lapang. Sanggup gaya tak sudi penuh.Zarahin berdiri di depan rak pakaiannya, capai kemeja warna kuning cair yang bersih dan elok diseterika. Slek hitamnya pun ada di situ. Hanya satu yang kurang. Membuatkan Zarahin terus ketap bibir. Dia pandang ke kirinya, di atas laci kabinet bukan saja ada wangian serta barangan mukanya, namun ada satu hasil seni baru daripada seseorang yang Zarahin harap sangat dia takkan jumpa muka selepas ini.Zarahin bergerak ke situ, capai bahagian atas dan bahagian bawah, tali leher hitamnya! Terkoyak dua!Zarahin capai dengan sebelah tangan lalu genggam kuat kedua-dua bahagian itu. Bila apa yang berlaku pagi tadi di dalam kelas 6RK3 singgah ke minda dan ingatan, makin kuat dia genggam sampaikan kuku-kuku jarinya tertekan habis ke telapak tangan yang bogel. Tinggal kesan.“Dasar tikus!” Zarahin teran cakap sendiri, marah gila.Terus Zarahin bergerak ke meja studinya lalu campak masuk tali leher yang sudah jadi rupa tali jerut untuknya ke dalam tong sampah. Malas hendak fikir banyak lagi, Zarahin terus bergerak ke katil king miliknya. Terpaksa ambil saiz king sebab dia memanglah saiz king! Tinggi menggalah sangat bilang papa, yang mana rendah satu sentimeter saja daripadanya yang berketinggian 187 sentimeter. Keturunan lelaki itu sendiri, pandai pula dia nak mengata mengutuk depan-depan. Papanya yang sudah dapat mulut sekarang, memanglah dah jadi orang. Bukan serupa orang-orang gaya dulu. Dan papa harapkan yang sama daripadanya sebab rumah baru mereka ini rumah orang dan bukan orang-orang!Hai... angin monsun jatuh cinta berguling-guling sudah kena lelaki itu dan dia pula jadi mangsa tempiasnya. Mujur papa sendiri. Kalau papa orang lain, lama dah... dia orang-orangkan itu orang!Zarahin duduk di atas katil, tarik nafas panjang lalu lepas. Demi untuk tenangkan perasaannya agar tidak hangat terbakar sampai hangit. Hati ada satu saja kut. Bukan ada galang ganti dah. Dah tu dia nak hangitkan semata-mata sebab perempuan kurang akal gaya itu. Untuk apa entah datang ke sekolah kalau sampainya lambat dan di dalam kelas pun duduk gaya hendak tak hendak! Orang melengu tengok depan, dia melengu tengok sisi. Tak sudah-sudah lihat ke luar kelas balik jendela yang terbuka. Bengang Zarahin rasa dengan manusia bersikap gaya itu! Datang sekolah buatlah gaya hendak belajar, bukan gaya orang hendak tunjuk bakat badut!Zarahin sejak kecil sampai kini jenisnya sukakan kesempurnaan. Apa sahaja yang dia buat, dia akan pastikan ia langsung dengan sempurna. Sebagaimana pagi tadi, ketika dia ditugaskan untuk memberi ucapan aluan sebagai wakil pelajar baru untuk Tingkatan 6 Rendah. Tiba-tiba sahaja guru besarnya mendekatinya dengan cadangan itu, sesudah bersalaman dengannya dan peluk dia bagai nak kasi patah tulang-temulang yang ada. Gaya cikgu besar dapat budak main saja lelaki berbadan besar itu. Bangga gaya taksub habis lelaki bernama Sayuthi itu. Sebab Zarahin kan pelajar terbaik sekolah lamanya dan dia mendapat straight A’s untuk keputusan SPM yang lalu. Dan cikgu besar itu seronok gila dapat dia sebagai pelajar di SMJA.Jadi, apabila cikgu besar dah meminta gaya memohon yang sangat, tinggal tak merayu, Zarahin turutkan saja. Dalam masa beberapa minit dia sudah ada rangka apa hendak diucap. Dan ketika dia dengan sempurnanya berucap di atas pentas itu, tiba-tiba suasana jadi kecoh dan hingar-bingar. Kemudian tiba-tiba ada seorang perempuan dengan gaya perasan comel, kedua-dua tangan sentuh bawah telinga balik tudung, berujar, “Cikgu… saya, cikgu. Tikus kepala kuning. Teehee…”Teehee? Zarahin rasa nak baling tahi saja ke muka itu! Sudahlah memalukan dia yang sedang berucap di atas pentas, 15 minit selepas itu malukan dia di dalam kelas sendiri! Buat dia hampir dicop peraba, pencabul!“Tchhh!” Zarahin mendesis, masih ada amuk marah. “Macam manalah perempuan tu boleh satu kelas dengan aku pulak! Memang bawak malang sungguh!”Zarahin sudahnya baring di atas katil dengan kedua-dua tangan di atas bantal, menopang kepalanya. Mata tepat pada siling. Seketika saja apabila Zarahin dengar bunyi pintu connecting door dibuka. Terus matanya ke situ, menentang sepasang mata yang tersenyum seperti wajahnya juga. Paras itu memanglah tak pernah habis senyum. Kalau nak guna untuk iklan senyum atau jadikan model video klip Senyum, inilah calon yang sesuai.Namun Zarahin tak ada mood hendak beramah mesra waktu ini. Tak ada masa hendak ikut senyum berjangkit senyum gaya paras itu. Makanya, Zarahin terpaksa jadi kejam gaya manusia tak ada perasaan. Manusia tak berperasaan, itu memang nama keduanya. Lelaki beku tak rasa apa, kaku tak tunjuk apa. Zarahin membesar menjadi lelaki yang begitu. Kerana itulah dia sedikit pun tak rasa berdosa atau bersalah apabila dia terus sahaja pandang tajam wajah manis di depannya itu lalu tutup mata dan mengiring ke arah bertentangan, supaya tak tentang mata itu, tak tengok senyum manis menggula itu.Maka, Zarahin tak nampak kuncupnya senyum itu dan betapa berubahnya raut itu. Jelas sembilu beku dan jarum kaku mencucuk segenap perasaan. Lalu, pintu connecting door kembali kaku ke tempatnya.Zarahin buka mata. Perempuan dan dia, tak pernah berjodoh! Perempuan dan dia, tak pernah ada peluang bersama. Bukankah itu sebabnya ibu kandungnya sendiri pergi... tinggal dia...Zarahin lepas nafas mangkar dan lelap mata semula. Perasaannya sudah lama tidur, kini giliran mata.

Published on November 30, 2013 03:45
November 20, 2013
Cinta Biasa-Biasa | Bab 5
Zahrah susun elok dua biji pinggan dan dua biji gelas yang sudah dicuci bersih ke atas bakul biru jarang-jarang yang terletak di atas para singki itu. Tos dulu sebelum susun di atas para pinggan mangkuk yang sedia berdiri di sebelah para yang menempatkan dapur gas dua mata. Ajaran umi yang Zahrah tak pernah lupa. Sebab biasanya, apa yang umi harap, memang Zahrah akan tolong mudahkan. Sebab umi hanya ada dia dalam hendak ringankan apa-apa beban yang menghenyak ke bahu kurus itu.
Rumah murah. Begitulah panggilan biasa untuk kawasan tempat Zahrah tinggal ini. Tak kisahlah tak ada nama rumah mahal pun, sebab rumah ini adalah segala-galanya untuk umi. Dan yang jadi segala-galanya untuk wanita itu pastilah sungguh penting lagi berharga buat Zahrah. Sebagaimana berharga dan segala-galanya umi kepadanya. Kasih umi, sayang Zharif, itu yang paling mahal dan tak ada galang ganti buat Zahrah.Rumah murah ini memanglah tak sebesar mana pun. Keluasannya sendiri tak sampai 700 per segi. Ruang dapur paling ke belakang, kecil sahaja. Jangan masuk lebih tiga orang. Sah-sah bergusti di dapur jadinya. Bukan sama perkakas memasak, tapi sesama tukang masak. Dah masak entah apa-apa nanti.Di depan ruang dapur pula ada ruang kecil yang cukup-cukup untuk letak meja makan empat segi untuk empat orang duduk, rapat ke dinding. Ngam-ngam ruang tarik kerusi pula terletak sofa rotan tiga orang duduk. Sebelah kanan sofa tersebut diletak pula sofa rotan dua orang duduk, rapat ke dinding dan langkah lebih lima kaki adalah pintu hadapan rumah. Berdepan dengan sofa tiga orang duduk tadi adalah kabinet TV rendah yang ngam-ngam muatkan TV 19 inci. TV yang sudah sama umur dengan Zahrah. Astro Maestro, tak ada maknanya! Di sebelah kiri sofa rotan dua orang duduk pula ada pintu bilik tidur, sebelah-menyebelah. Yang betul-betul dekat dengan sofa adalah bilik utama yang lebih luas banding bilik satu lagi, di sebelahnya. Bilik utama itu menjadi bilik Zahrah dan Zharif. Manakala bilik sebelah yang kecil sedikit itu milik tuan rumah itu. Jalan terus dari sofa dua orang duduk, di bahagian belakang, sebelah para pinggan mangkuk ada pintu belakang rumah itu dan di situ juga ada tandas. Okey. Sekian sudah layout rumah murah yang mahal dengan kasih sayang, milik Zahrah sekeluarga. Rumah teres yang Zahrah mula huni semenjak usianya 15 tahun, bersama umi tercinta dan adik tersayang. Inilah syurga Zahrah Aiyani, Zharif Ahmas dan Zur Eslina.Sambil selamba kesat kedua-dua tangannya yang masih basah pada apron yang menutup depan badannya, tabiat buruk yang memanglah dia tak dapat tinggal dulu sampai kini, Zahrah bergerak ke meja makan. Dia berdiri di situ, melihat ke ruang tamu sederhana rumah itu. Ruang tengah antara sofa diisi karpet ringkas. Di situ ikut terletak meja Jepun boleh lipat milik Zharif. Meja kecil yang sesuai sangat dengan kedudukan badan Zharif apabila adiknya itu duduk di atas karpet dan membuat kerja tadikanya di situ. Sepertimana sekarang. Zharif sedang melukis sesuatu pada pad kertas lukisan yang terhampar di atas meja tulisnya, sambil sengguk-sengguk sekali-sekala. Zahrah senyum sambil cabut apron dari badannya kemudian letak apron bermuka beruang perempuan remaja (mengikut definisi uminya) yang siap ada reben life di kanan kepalanya, ke atas kerusi meja makan. Diletak elok dan sempurna agar basah pada apron itu boleh mengering begitu. Zahrah terus melangkah ke ruang tamu dan letak punggung di sofa dua orang duduk, menongkat dagu dengan kedua-dua siku bertampung paha. Badannya sedikit menunduk lihat Zharif di depannya. Zharif yang masih berusaha untuk berjaga dan melukis walaupun mata nampak sangat sudah kantuk. Tahap gam gajah dilekat ke mata saja. Tapi masih nak melawan!Zahrah sangat faham mengapa. Zahrah kerling jam dinding yang tergantung elok pada dinding depannya. 9.30 malam. Cukuplah. Adiknya ini perlu tidur. Zahrah bangun lalu duduk bersimpuh di depan Zharif.“Zharif...” panggil Zahrah senyum apabila adiknya itu dongak kepala pandangnya, dengan mata kuyu habis. Sudahlah matanya itu kecil, dah nampak macam buka tak buka. Tak tahan geram dengan tahap kecomelan adik sendiri, Zahrah cubit manja pipi Zharif yang tembam dan gebu. Kulit Zharif putih gebu. Langsung tak bagai dia. Muka Zharif pun tak banyak ikut umi, apatah lagi si kakak. Lebih mewarisi paras dan kulit arwah ayah mereka. Zahrah jamin sangat, Zharif besar nanti memanglah kacaknya sama dengan ayah mereka atau lebih daripada itu. Ala-ala hero Korea gitu. Kalau adiknya sekarang ini besar panjang, sah laku gaya pisang goreng panas. Kan sekarang ini hero-hero Korea itu satu trending. 20 tahun lagi takut-takut K-Pop dah tak laku sebaliknya M-Pop naik bagai nak tembus carta. Siapa tahu!Zahrah kerling ke atas meja Zharif. Dia nampak susunan bintang-bintang kecil yang diperbuat daripada kertas di situ. Zahrah senyum. Faham dan dapat sangat dengan makna bintang-bintang kecil itu. Setiap kali rindu umi, Zharif akan buat bintang kecil itu. Satu bintang bersamaan dengan satu ratus kali rindu umi sangat-sangat. Dan di atas meja itu ada sembilan bintang daripada kertas merah berkilat. Amboi, 900 ratus kali banyak rindu umi! Zafhran, Zafhran…“Kita tidur ya, sayang kakak? Dah dekat 10.00 ni. Esok kan kita nak bangun awal, nak siap-siap pergi sekolah awal...” ujar Zahrah lembut memujuk sambil cuit-cuit rambut depan Zharif yang tutup dahi. Rambut lurus hitam berkilat, sebagaimana rambutnya. Bezanya, rambut dia agak berombak.Zharif genyeh mata sambil kata, “Zharif nak tunggu umi... Nak bagi ni…”Zharif angkat sebutir bintang merah berkilat di atas meja kemudian letak semula ia ke atas meja semula. Tapi tak dilepas pula. Digentel-gentel butir bintang itu sambil curi menguap. Tak hendak si kakak perasan.Zahrah tarik nafas lalu lepas. Faham rindu si kecil ini. Dapat tangkap betapa membuaknya perasaan mahu peluk cium umi sebelum tidur. Dia juga pernah ada pada frasa itu. Bezanya, dia pujuk hati dia untuk tidur masa itu sedang Zharif ada dia. Dia takkan benarkan Zharif rasa secuit kosong pun yang pernah mengisi hati yang Zahrah cuba-cuba kebalkan waktu seusia ini. Zahrah bangun lalu bergerak ke tempat Zharif duduk. Zahrah duduk bersila di belakang adiknya lalu pangku badan Zharif yang tak kurus atau gemuk itu, duduk di pangkuannya. Pensel warna yang masih ada di tangan Zharif Zahrah capai lalu letak atas meja belajar si kecil itu. Zahrah bawa badan Zharif rapat kepadanya, kedua-dua tangan peluk kemas tubuh Zahrah. Kepala Zharif ditolak lembut ke dadanya sambil Zahrah mula goyang badan ke kanan dan kiri, tepuk-tepuk punggung Zharif. Ini gaya dia buai Zharif untuk tidur semenjak adiknya ini tak tidur berbuai lagi.“Umi balik lambatlah, sayang...” ucap Zahrah terus tepuk punggung Zharif dengan badan ayun kanan kiri.Zharif genyeh sebelah mata kemudian angkat muka sambil biar kepala sandar selesa pada lengan Zahrah. “Kakak...”“Mmm...” Zahrah dengar sedih sebu dalam nada suara adiknya itu.Zharif terkelip-kelip pandang paras hitam manis kakaknya dengan muka sedikit sebek. “Umi sayang Zharif tak?” Zahrah terkejut, namun dia cuba sembunyikan. Terus dia pandang Zharif yang sudah berkaca mata antara kuapan curi-curinya. Entahkan mata itu berkaca gaya itu sebab adiknya itu tahan mengantuk terus-terusan atau sebab Zharif sedih sayu mengenang umi yang belum pulang-pulang. Zahrah senyum tipis, kucup hangat dahi Zharif.“Kenapa pulak tak sayang? Siapa yang berani cakap umi tak sayang anak bongsu kesayangan umi ni? Hmm...?” Zahrah ketatkan pelukan pada tubuh Zharif gaya geram.Zharif tunduk muka, letak pipi pada dada Zahrah. “Umi selalu balik lambat, selalu tak ada. Zharif selalu tunggu umi balik, tapi umi tak balik jugak...”Zahrah bermuka serius sambil angguk-angguk kemudian pandang Zharif yang sudah sebek-sebek dan sesekali genyeh mata. Zahrah capai tangan Zharif apabila tangan itu masih mahu tenyeh mata lagi. Zahrah genggam tangan kanan si kecil itu lalu kucup kepalan jemari tangan adiknya itu. “Zharif nak tau...”Zharif dongak muka, angguk kepala kemudian beri tumpuan. Pasang telinga sambil sebelah tangan mula capai hujung rambut panjang kakaknya yang ditocang satu. Rambut panjang yang jatuh pada bahu kanan Zahrah, hujungnya dipaut lalu digulung-gulung dengan jari telunjuknya.Zahrah simpan senyum dengan aksi biasa Zharif. Suka sungguhlah gulung hujung rambutnya gaya sekarang ini. Malah, adiknya itu pernah menangis apabila dia potong rambut pendek sampai Zharif tak boleh hendak main-main gulung gaya ini. Tapi, itu bukan hal penting sekarang. Yang penting sekarang adalah...Zahrah seriuskan muka dan sambung cakap. “Masa kakak kecik dulu, kakak selalu sorang-sorang. Kakak doa kat Allah...” Zahrah terus peluk Zharif dengan kedua-dua tangan diangkat gaya berdoa. “Ya Allah, kakak tak ada kawan. Kakak nak kawan sangat-sangat. Kakak nak adik yang comel, yang sayang kakak, sayang umi. Adik laki kakak. Tapi...”Zahrah diam. Sengaja. Dia pandang depan gaya memikir. Tapi sempat juga curi kerling Zharif yang tunak pandangnya dengan mata terkebil-kebil gaya menunggu. Namun, apabila dia senyap terus, Zharif mula bertindak.“Tapi apa, kakak?” tanya Zharif penuh perasaan ingin tahu. Siap tekup telapak tangan panasnya ke pipi kanan dan kiri Zahrah, alih muka kakaknya agar Zahrah pandang kepadanya.Zahrah senyum secuit kemudian lepas pelukan pada badan Zharif. Kedua-dua tangannya capai jemari-jemari kecil Zharif di pipinya lalu dialih dan digenggam kuat. “Kakak dapat adik laki ni. Comel, manja, cute, rasa nak picit-picit...” Zahrah cubit-cubit manja pipi Zharif. “Rasa nak cium-cium selalu...” Zahrah kucup pipi kanan dan kiri Zharif ulang-ulang sampaikan Zharif tergelak-gelak.Tiba-tiba, Zahrah berhentikan aksinya itu dan pandang serius Zharif. “Tapi... tak taulah adik kakak ni sayang kakak ke tak...”“Sayang!” ucap Zharif cepat. “Zharif sayang kakak!” ulangnya bersungguh-sungguh, siap angguk sungguh-sungguh juga.Kemudian menguap.Tergelak kecil Zahrah dengan aksi tiba-tiba Zharif itu. Nampak sangat mengantuk, tapi saja-saja tak hendak tidur. Zahrah terus peluk semula Zharif dan Zharif selamba letak pipi ke dadanya dan sebelah tangan sah-sahlah cari hujung rambutnya balik kan. Adik aku...“Adik laki kakak yang comel, yang sayang kakak ni, sayang umi tak...?” tanya Zahrah lembut.Zharif goncang kepala atas bawah dengan pipi masih lekap ke dada Zahrah. “Adik kakak yang sayang umi, mesti tau kan yang umi sangat-sangat sayang adik kakak ni. Umi sayang Zharif. Sangat-sangat sayang. Kalau tak, sebab apa umi siang malam kerja untuk Zharif, untuk kakak? Umi balik lambat, sebab...?”“Sebab umi sayang...” jawab Zharif dengan mulut nganga, menguap.“Pandainya! Wah, dah jadi tambah-tambah comellah adik kakak...” Zahrah cium-cium seluruh wajah Zharif sampaikan Zharif menjerit-jerit kegelian. Sudahnya, mereka sama-sama ketawa.Dan tiba-tiba Zharif menguap lagi.“Amboi! Besarnya mulut dia. Bukan lalat aje nak masuk, lalat dinosaur pun nak,” sakat Zahrah.Zharif gelak-gelak kemudian kedua-dua tangannya peluk pinggang kakaknya itu. Mukanya masih dia tempekkan ke dada Zahrah, mendengar denyut nadi si kakak. “Zharif sayang kakak... sayang umi...”“Mmm... kakak sayang Zharif. Umi pun sayang Zharif... Kita tidur eh, sayang?” ujar Zahrah sambil paut kuat tubuh Zharif dan perlahan-lahan bangun sambil dukung adiknya itu yang terus menguap-nguap dan makin memberat badan kepadanya.Zharif mengangguk dengan pipi masih tekap pada dada Zahrah dan mula menutup mata. Kantuk yang tadinya ditahan-tahan, direlakan menyelubung mata. Dan, sebaik saja Zahrah masuk ke bilik tidur mereka, baringkan Zharif di atas katil kelamin yang kanannya melekap ke dinding, Zharif sudah pun lena tidur dengan keruh kecil yang mula kedengaran. Sedarkan jemari tangan kecil Zharif yang masih simpul hujung rambutnya, Zahrah leraikan jari-jari kecil itu hati-hati, perlahan-lahan. Dan sepantas itu juga tangan kanan Zharif ke bibir, mula menghisap ibu jari tangan sendiri. Zahrah senyum lihat tenangnya wajah si kecil itu beradu. Sungguh, hatinya selalu boleh lapang dengan begini.Tunduk wajah mengucup lembut dahi itu, Zahrah perlahan-lahan bergerak turun dari katil. Ketika itulah dia terdengar bunyi bergemerincing dari luar sana. Zahrah terus hampiri tingkap bilik tidur itu, membuka tingkap kaca yang tertutup kemas semuanya. Sudah jadi kebiasaan dia pastikan tingkap-tingkap rumah itu ditutup elok apabila masa hampir ke maghrib. Sebaik terbuka sedikit tingkap kaca bilik itu, Zahrah nampak tubuh kurus seseorang sedang menutup semula pintu pagar utama di luar sana. Halaman rumah itu hanya muat-muat sebuah Kancil milik umi serta basikal mini merahnya dan tiga pasu bunga yang umi jadikan hiasan hampir dengan pagar besi yang mengelilingi rumah itu. Zahrah bingkas tutup tingkap dan bergerak laju-laju keluar dari bilik itu. Pintu bilik ditutup rapat ke tempatnya perlahan-lahan lalu dia terus mendapatkan pintu rumah itu.Sebaik buka daun pintu itu, terus mata Zahrah tembung mata umi. Besar seketika mata wanita berusia 39 tahun di depannya, terkejut mungkin. Kemudian keluhan kecil mengisi. Zahrah beri ruang wanita itu masuk lalu kunci kembali pintu rumah, termasuk dua picu yang uminya tambah pada pintu itu demi keselamatan. Segugus kunci dia gantung semula pada paku kecil pada dinding di belakang pintu. Di sebelahnya ada satu lagi paku kecil, berisi kunci basikalnya.Eslina humban badan ke atas sofa. Bantal sofa sebelah dia capai lalu letak atas tangan sofa rotan. Badan disengetkan lalu dia bersandar lelah dan lega di situ. Beg tote serta beg tangannya diletak saja di atas lantai. Nantilah dia fikir. Dia nak atur nafas dan perasaan dulu. Eslina tarik nafas dan lepas beberapa kali.Zahrah yang nampak dengan jelas aksi tarik nafas lepas nafas uminya, senyum dan bingkas dapatkan peti sejuk setinggi dadanya. Peti sejuk yang umi beli sewaktu mereka pindah masuk ke rumah ini. Zahrah ambil botol berisi air sejuk lalu dituang ke dalam gelas. Sebaik letak botol dan tutup peti ais, Zahrah terus ke ruang tamu semula.“Umi.” Zahrah hulur gelas berisi air sejuk kepada Eslina.Eslina buka mata. Senyum dia sambil capai gelas yang dihulur anak sulungnya itu. Anak sulung yang tidak pernah mahu menyusahkannya, dulu sampai kini. Zahrah, anak gadis suntinya ini sentiasa mahu dia mudah dan senang dalam apa saja yang mendepaninya. Walau bahu itu tidak sebesar mana, namun tetap mahu dikongsi dengannya sama rata. Separuh-separuh. Eslina teguk air sejuk di dalam gelas separuh. Lega sangat apabila air sejuk itu membasahi tekak. Rasa segar sedikit banding tadi. Tayar pancit bagai dianginkan semula pula. Sikit. Eslina pegang gelas berpangku paha, senyum lagi kepada Zahrah yang sudah mula duduk di atas lantai, di hadapannya. Kakinya ditarik ke depan sedikit oleh Zahrah lalu anak gadis itu mula memicit lembu betisnya. Tak payah buka mulut minta, Zahrah dah dengan senang hati nak hulur bantuan. Zara, Zara...Eslina belai lembut rambut depan Zahrah yang menutup dahi kemudian bergerak ke rambut ikal hitam itu yang diikat satu. Rambut Zahrah kalau dilepas hampir ke pinggang. Zahrah tak pernah potong pendek daripada itu kerana arwah ayah gadis itu pernah kata rambut Zahrah cantik sangat sepanjang itu. Zahrah nampak comel macam umi. Sejak itu, memang Zahrah tak pernah potong pendek. Sebab hendak nampak comel macam umi, di mata ayahnya, selalu. Eslina alih renungan dari wajah Zahrah yang tekun memicit betisnya. Melihat ke depan. Meja tulis Zharif masih di situ. Begitu juga dengan hasil kerja anak bujangnya. Eslina melepas keluhan panjang, sarat.Zahrah terus angkat kepala, pandang uminya. Wanita berusia 39 tahun itu nampak sangat letih dan lebih tua banding usianya. Wanita ini mengusung lemah sampai kini. Demi dia, demi Zharif. Hanya untuk anak-anak kerana menurut umi, selain Zahrah dan Zharif, umi sudah tidak tahu untuk apa lagi dia meneruskan apa yang dia ada di dunia ini. Zahrah penyuntik semangatnya. Zharif penguat semangatnya. “Kenapa?” tanya Zahrah melembutkan sikit picitnya. Mana tahu dia picit kuat sangat tadi. Menyakitkan umi.“Umi lambat lagi...” ujar Eslina dalam keluhan, masih melihat ke maja tulis Zharif. Gaya sesal dan kesal.Zahrah ikut lihat ke arah Eslina pandang. Masih ada lukisan yang Zharif usahakan tadi. Malah, bekas pensel warna serta bekas Crayonnya pun masih di situ. Hanya ada sebatang pensel warna dan dua batang Crayon di atas meja. Lainnya, elok tersusun di dalam kotak-kotaknya. Zharif memang tak pandai sepahkan barang. Semenjak kecil, Zharif mudah ditegur dan dilentur orangnya. Tak banyak kerenah. Lebih banyak dengar cakap daripada berlawan kata.Zahrah senyum, angguk kepala lalu pandang semula Eslina. “Dah tidur. Dia tunggu umi. Melukis sambil tersengguk-sengguk.” Zahrah siap tiru gaya adiknya tersengguk-sengguk sekejap tadi. Kemudian senyum sentuh bibirnya lagi. Lucu mengenang gelagat si adik yang hendak juga-juga menahan mata walhal mata sudah kuyu kalah Arjun Rampal.Eslina angguk-angguk sambil terus lihat meja tulis Zharif. Kemudian dia bangun daripada duduknya dari atas bantal sofa rotan itu. Zahrah yang duduk di depan Eslina lekas beralih duduk apabila lihat uminya bagai dipukau ke meja tulis Zharif. Zahrah ganjak punggung untuk beri ruang kepada wanita itu duduk bersimpuh gaya anak dara dahulu kala di depan meja tulis Zharif. Anak dara zaman sekarang jenis duduk gaya Zahrah. Bersila sakan.Eslina capai dan masukkan pensel warna dan crayon Zharif ke dalam bekas-bekasnya kemudian capai Sembilan bintang kecil yang merah berkilat di situ. Eslina senyum. 900? Senyum Eslina disentuh hiba. 900 kali banyaknya anak itu rindukan dia sedang dia…Eslina ketap bibir yang mula berketar-ketar. Ditahan habis rasa hati yang membuak sedih. Bintang-bintang merah berkilat itu Eslina longgokan di satu tempat di sisi tepi meja lalu tarik pad lukisan yang berisi kertas-kertas lukisan hasil kerja tangan anak bongsunya. Eslina selak helaian demi helaian pad lukisan yang berisi hasil karya anak kecilnya itu. Tersenyum dan tercuit dia melihat. Gambar dia paling banyak dan gambar dia kurus sentiasa. Orang lidilah katakan. Eslina berhenti pada lukisan akhir, yang diyakini baru sekejap tadi Zharif sudahkan sebab ada gaya pelukis sengguk-sengguk angguk-angguk pada kertas putih berwarna ceria itu. Tulisan di sudut bawah kertas lukisan itu, dengan crayon warna oren, Eslina sentuh. Matanya mula berkaca. Air hangat terus keluar melihat patah kata di situ. RINDU UMI…“Umi…” ujar Zahrah lembut, memujuk. Punggung diengsot agar hampir dengan meja tulis Zharif lalu belakang badan Eslina diurut perlahan. Dia faham gelojak hati wanita itu. Eslina seorang ibu. Hatinya sungguh rapuh sebagai ibu kalau libatkan anak-anak, namun kerana anak-anak jugalah wanita ini kuatkan semangat dan keraskan hati. Demi bahagia anak-anak, uminya ini berlelah sakan. Dulu sampai kini, umi bagai lupa makna penat demi dia, demi Zharif. Tapi dalam masa yang sama, Zahrah faham juga perasaan adiknya. Si kecil itu manalah mengerti sibuk umi sebetul-betulnya demi kesenangan mereka juga. Umi ke hulu ke hilir mencari ruang untuk mereka adik-beradik juga. Zahrah faham kesunyian dan kekosongan hati Zharif tanpa adanya umi di samping sedang anak kecil lain sebaya Zharif, pergi dan balik tadika mak yang temankan. Zharif pasti mahukan yang sama untuk diri sendiri, namun peluang itu sungguh jarang singgah. Tapi Zharif adiknya yang kuat semangat dan sungguh pemaham. Cuma ada waktu tergadah, macam tadi. Ah… dia dulu pun banyak kecundang dengan hati. Desakan hati, tak ada siapa mampu pujuk dan bujuk. Hati, ada jenis fikirnya sendiri! Kenyataan, bukan cobaan…Eslina terus belai lukisan dan tulisan RINDU UMI… pada kertas lukisan di depannya. Laksana membelai anak kecilnya yang lebih banyak dibelai si kakak daripada ibu kandung sendiri. Sesungguhnya, Eslina selalu rasa dia ibu yang gagal kerana dia selalu terabai menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu. Masanya lebih banyak di luar rumah daripada di dalam rumah. Tapi dia bukan keluar untuk suka ria atau poya-poya. Dia keluar demi mereka sekeluarga. Demi perut dua anak-anaknya ini!Zharif, maafkan umi… rintih Eslina dalam hati sambil dakap pad lukisan Zharif dan sebelah tangan lagi letak Sembilan butir bintang itu ke dalam telapak tangan. Air mata menitis jatuh ke pipi. Dan di belakangnya terus ada usapan jemari runcing anak gadisnya. Hati itu sungguh faham dia, kecil sampai kini. “Umi...” Eslina paling muka ke kiri dan matanya yang masih berbalam dengan air mata terus nampak raut manis Zahrah. Anak suntinya yang sudah 18 tahun kini. Anak daranya yang kuat azam dan cekal semangat. Kadang, lebih daripada dia sendiri. Tapi, si manis itu masa ini memanglah habis azam dan hilang semangat. Mana taknya. Zahrah sedang sebek muka, penuh perasaan tahan tangis yang hampir hendak pecah. Tangisan yang mahu ikut keluar melihat dia menangis. Eslina terus kesat air matanya yang jatuh menitis ke pipi. Dilap sampai kering kemudian dia menyeringai lucu pandang Zahrah yang masih sebek muka. Sungguh-sungguh punya nak tahan. Sebab, air mata Zahrah atau Zharif akan buat dia banjir air mata. Makanya, si sunti ini duklah menahan. Eslina cuba berwajah ceria dan senyum menyakat Zahrah. Eslina senyum seluas mungkin. Pad lukisan dan Sembilan butir bintang 900 kali rindunya diletak di atas meja semula. “Berjangkit...” ujar Eslina sambil hujung jari telunjuk kanannya mencuit hujung hidung mancung Zahrah. Muka yang mencebik tadi mula berubah perlahan-lahan. Bunga bibir itu disentuh senyum tipis, tetap menahan perasaan. Tidak mahu menangis di depannya. Eslina senyum kemudian betulkan rambut depan Zahrah lalu tangannya turun ke pipi kiri Zahrah, menepuk lembut. “Dah, dah...”Zahrah gigit bibir bawah lalu mengangguk-angguk. Dia lihat saja uminya belek semula pad lukisan Zharif. “Umi rasa bersalah kat Zharif, kat awak...” ucap Eslina terus belek lukisan kemudian pandang Zahrah yang duduk bersila di kirinya. Terkelip-kelip mata Zahrah seketika. Kemudian anak daranya itu sengih ada makna. Eslina mula berjaga-jaga. Adalah makna yang nak disampaikan si manis 18 ini.“Tulah, umi...” Zahrah buat suara yakin jitu. “Orang dah cakap kan dulu. Orang tak nak sambung belajar. Orang nak kerja. Cikgu Seri tu dah penuh semangat nak amek orang kerja tau. Ia-ia dah nak orang tetap kat situ. Alih-alih...” Zahrah mencebik sambil kerling Eslina. Nak kasi uminya serba tak kena sikit. Yalah, dia memang dah penuh semangat nak berhenti belajar dan bekerja saja. Sambil ringankan beban uminya barang sedikit, beri ruang masa untuk umi bersama Zharif barang selalu, bolehlah dia bekerja sambil belajar perihal tadika nurseri. Kerana itulah cita-citanya. Zahrah mahu buka tadika nurserinya sendiri!Eslina pandang Zahrah, jongket sebelah kening. Amboi! Tadi bukan main tercebik-cebik budak ni sebab nak ternangis, sekarang tercebik-cebik nak terkata dia pula. Nak lap garam ke atas luka dia kononnya. Sebabkan dia tak nak terima bulat keputusan Zahrah hendak berhenti belajar dan bekerja di tadika nurseri milik Seri itulah hal ini semua jadi. Tak ada masa untuk Zharif…Hakikatnya, memang pun dia akan ada lebih masa sedikit dengan Zharif kalau Zahrah bekerja dan berhenti belajar. Zahrah sedikit sebanyak akan kurangkan masa kerjanya lalu akan adalah lebih masa kualiti antara dia dengan Zahrah, dengan Zharif. Namun, Eslina tak hendak pentingkan diri. Eslina tak mahu di masa akan datang nanti Zahrah perlu bersusah payah seperti dia hanya kerana Zahrah berhenti belajar dan keluar bekerja.Tambahan pula dalam dunia yang kini. Di mana-mana pun ada persaingan. Tak payah ke tempat kerja lagi, nak masuk universiti pun dah kena bersaing. Walaupun sudah banyak universiti swasta di luar sana, namun Eslina lebih senang kalau Zahrah dapat sambung ke universiti awam sahaja. Kerajaan sudah peruntukkan macam-macam untuk anak bangsa ke peringkat lebih tinggi, takkanlah dia nak anak gadisnya ini di takuk dia yang dulu saja.“Hmm... pergi interview bagai dengan Cikgu Seri, buat part-time bagai, sudahnya borang UPU semua tak isi kan. Mintak U tak, mintak kerja aje bukan main.” Serius suara Eslina. Tak ada maknanya dia nak serba tak kena dengan penangan cakap Zahrah tadi. Dia fire balik adalah!Zahrah menjuih-juih mulut. Eslina senyum dengan aksi anak daranya itu. Sampai sekarang Zahrah simpan tak puas hati dan tak suka hati kepadanya kerana dia memaksa Zahrah sambung belajar ke tahap tingkatan enam apabila dapat tahu Zahrah memang sengaja tak minta mana-mana universiti sebelumnya. Punyalah cekal hati Zahrah tak hendak masuk universiti. Sampai ke tahap itu degilnya anak itu.Zahrah paut lengan Eslina lalu goyang-goyang. “Umi... Umi tercinta lagi dikasihi... Orang berhenti eh? Eh?” Terus dia goncang-goncang badan Eslina sampaikan sekali dengan badan kurus itu ikut goyang-goyang.Eslina pandang tajam Zahrah sampaikan anaknya itu berhenti goncang-goncang lengannya. Zahrah buat muka comel sambil kelip-kelip mata dengan telapak tangan saling bertekap di bawah dagu. Kepala sekejap ke kanan sekejap ke kiri. Gaya dia rasa comellah...“Umi...” Zahrah mula lagi. “Orang boleh tolong umi. Kalau orang kerja, umi tak payah nak sibuk sampai ke malam macam ni kejar OT. Takkan terlepas nak tidurkan Zharif, luangkan lebih masa dengan Zharif.”Zahrah sambung dengan ayat cubaan beli jiwa Eslina. Siap senyum manis menggula kepada si ibu yang masih pandangnya dengan tajam. Tadi sentak jugalah dengan pandangan itu. Sekarang dah imun dah. Zahrah capai jemari tangan kiri Eslina yang diletak di atas pad lukisan. Kedua-dua tangannya genggam kuat bagai meminta dan memohon kepada uminya.“Betul, umi... Orang belajar pun tak guna. Orang tak ada mood langsung nak sambung belajar, umi. Dahlah kat sekolah tadi ada mamat poyo tahap datuk punya, buat orang gerun seram. Orang tak sukalah, umi, kelas gitu. Nak belajar pun tak best. Bolehlah, umi... Orang kerja, tolong umi, eh?” Zahrah main-main sama jari-jari tangan kiri Eslina yang masih dia genggam. Buat manja gaya anak kecil. Zaman bawah umur dia dulu kan selalu berjaya. Memang uminya mudah beralah. Sekarang...Eslina tepuk-tepuk tangan Zahrah yang kepung tangan kirinya. Tangan kanannya hentak-hentak lagi kura tangan Zahrah apabila anak gadis itu lambat hendak dapat maksudnya.Sekarang kena hentak? Uwaa!!! Zahrah ikut saja walaupun rasa nak raung. Zahrah alih kedua-dua tangannya perlahan-lahan. Gaya inginku peluk tangan tak sampai sebab umi hentak-hentak bagai nak kasi sepai. Eslina bingkas daripada duduknya, biar saja pad lukisan dan bintang merah berkilat di atas meja tulis Zharif lalu melangkah bagai dikejar orang masuk ke dalam bilik tidurnya, tinggalkan Zahrah terkebil sendiri. Tak faham, tak dapat. Umi ni, kalaupun tak setuju cuba cakap tak boleh ke apa ke! getus hati Zahrah tak puas hati. Menonong aje masuk. Cuba kasi respons sikit. Tak kiralah membina ke menjatuh ke. Asal bagi. Asal dia tahu umi setuju ataupun tak. Ni... ces!Zahrah cepat panggung kepala dan campak jauh sok-sek dalam hati apabila kedengaran bunyi pintu bilik tidur umi tampar telinga. Terus besar matanya lihat adegan di depan mata. Eslina sedang berdiri di depan pintu bilik tidurnya dengan dua buah dulang berhiasa cantik di tangan kiri dan kanan. Dulang hantaran!“Umi...!” Zahrah rengek geram sambil kedua-dua tangan aci hentak lantai yang berlapik tikar getah.Eslina buat tak peduli kepada rengek Zahrah. Eslina imbang-imbang dulang di kiri dan kanannya gaya menari tarian lilin pula. Kemudian selamba cakap, “Umi dah sedia nak bermenantu. Awak dah sedia ke, orang?”Zahrah terus meloncat bangun dan hentak-hentak kaki. “Umi ni! Umi simpan lagi dulang tu!” Terus Zahrah dengan tarian hentak kaki, lawan tarian lilin uminya.“Mesti! Umi akan simpan dulang ni dan semua dulang lain yang berhias cantik dalam bilik umi tu. Amaran dan ingatan untuk awak. Setiap kali awak buka mulut pasal nak berhenti sekolah, tak nak sambung belajar... hah, dulang-dulang nilah jawapannya. Umi dah sedia. Awak tu sedia ke?”“Umi ni... bencilah!” Zahrah hentak kaki geram. “Orang tak nak sambung, nak suruh jugak...”Eslina senyum nakal pandang Zahrah masih dengan tarian hentak kaki. “Hah, tak nak sambung belajar... sambunglah jadi bini Abang Murad tu. Hari tu tak jadi, mana tau kali ni jadi,” sakat Eslina sengih tak ingat.“Abang Murad tu untuk umi,” serang Zahrah geram. “Untuk orang pak cik tau! Umi nak menantu sebaya umi ke!”“Dah awak tu nak kerja...”“Eii, benci!” Zahrah jerit kecil lepas perasaan, buat muka kepada Eslina lalu mula berjalan sambil hentak-hentak kaki hendak ke biliknya. Protes sambil merajuk. 2 in 1.Eslina senyum sakan dengan gelagat anak gadisnya itu. Sungguh pantanglah kalau bangkitkan topik kahwin. Beberapa bulan sebelumnya tak ada pun. Topik biasa saja. Sekarang, topik taboo. “Hah, dah solat isyak ke awak yang merajuk tu?”Sambil terus melangkah ke bilik tidurnya, Zahrah menjawab, “Belum. Orang merajuk ni tunggu nak jemaah dengan orang yang nak bermenantukan pak cik sama baya tu!”Berdiri di depan pintu bilik tidurnya yang terbuka sedikit, Zahrah tayang muka eksyen kepada umi dan cebik mulut kemudian masuk bilik. Eslina mula tertawa geli hati. Zara... Zara...

Published on November 20, 2013 05:51
November 17, 2013
Go Tasneem Gwiyomi!

Rahsia Mimpi“Oh, kenapa Cikgu Oriana muncul dalam mimpi saya mama? Saya pun fikir dia sebenarnya guru di sini. Saya tak sangka dia bekas guru mama juga...”
Awak Dah Tak Benci Saya?“Mak saya kan dah jadi mak awak dan papa awak dah jadi papa saya...”
Jom Kita Kawan“Wah, bagusnya awak, sudah pandai bocorkan rahsia ya?”
Alahai, Kesiannya Dia!“Maafkan Ayu mak, tapi sebenarnya...”
TERBARU! Jom dapatkannya di pasaran

Published on November 17, 2013 06:03
November 1, 2013
Cinta Biasa-Biasa | Bab 4
ZAHRAH memperlahankan kayuhan basikalnya apabila kian hampir dengan rumah teres satu tingkat lot tepi di Jalan 11, Taman Kenchana. Senyum Zahrah meluas bukan main apabila lebih nampak papan tanda cap telapak tangan warna-warni dengan tulisan Tadika Nurseri Seri Kenchana. Papan tanda hasil buatan anak-anak buah dan anak-anak didik tadika nurseri itu. Malah, Zahrah pun ada bahagian cuit coet juga.
Yalah, hampir lima bulan kut dia di sini. Takkanlah tak ada sumbang kasih barang sedikit pun kan. Oh! Dia bukan ikut tadika sebab enam tahun atau umi hantar masuk nurseri sini sebab bawah enam tahun yek. Sila betulkan pandangan. Zahrah 18 tahun. Tulen, kak, punya 18 tahun semenjak 8 Mac lepas.Tadika Nurseri Seri Kenchana terdiri daripada dua buah rumah teres satu tingkat yang digabung menjadi satu. Pintu masuk utamanya hanya satu. Dua pintu rumah berdepan dengan halaman untuk rumah teres 20 X 70 itu dipecahkan lalu didirikan dinding dengan susunan batu-bata. Pintu pagar tinggi dibina di bahagian kiri. Halaman samping rumah lot tepi itu dijadikan halaman masuk ke Tadika Nurseri Seri Kenchana. Manakala halaman lamanya dijadikan taman kecil untuk kanak-kanak di situ bermain.Zahrah hentikan basikal di hadapan pintu pagar utama tadika nurseri itu. Sebelah kaki di atas jalan bertar dan sebelah lagi masih pada pedal basikal mini merahnya itu. Punggung masih pada basikal, membuatkan menyenget sedikit basikal tersebut. Zahrah jenguk antara separuh ruang pagar yang dua jengkal tinggi daripadanya. Dia tahu sebab dia pernah ukur dua bulan sebelum ini.Baru Zahrah jenguk muka gaya senget basikal, terus dia nampak seseorang jenguk muka sedikit dari pintu pagar. Tergelak kecil dia apabila nampak separuh saja muka si dia.“Cikgu Seri!” laung Zahrah sambil sebelah tangan lambai-lambai kepada penunjuk separuh muka itu.“Cak! Cak! Cak!” ujar Seri sambil sua muka sembunyi muka tiga kali, senada dengan caknya.Zahrah ketawa senang dengan acah mak labu wanita itu. Wanita yang minta dia panggil aunty. Sebabnya wanita itu kenalan uminya dan muda sedikit daripada uminya. Muda sedikit? Banyak angka kut. Kalau Zahrah nak panggil aunty, rasa macam buat dosa saja. Makanya, Zahrah tak boleh nak panggil wanita itu aunty. Kalaupun nak dipanggil aunty, wanita itu patutnya ada anak lebih kurang baya dia. Kalau lebih kurang baya dia, maknanya wanita itu dapat anak pada usia lebih kurang 15 tahun.Hilang akal ke apa! Jadi, Zahrah pun belum hilang akal nak panggil wanita itu aunty! Tak patut… tak patut…Lihatkan gaya wanita ini, jangankan dia, orang lain pun takkan sangka usianya sudah ke angka 31 tahun. Tengok cara tak ikhlas, gaya pertengahan 20-an saja. Pandang gaya ikhlas sebab lama tenung pandang, nampaklah macam lewat 20-an. Sebabnya, wanita ini sungguh comel bergaya orangnya. Dan sungguh ting-tong!Yalah, kalau tak ting-tong takkanlah nak ajak dia main cak-cak masa ini kan.“Masuklah, anak dara. Macam tak biasa pulak dia.” Seri mengujar sambil tolak sikit bukaan pintu pagar yang sudah terbuka separuh daripadanya.Pintu pagar warna hitam dan bertutup habis bawahnya dan separuh daripada bahagian atasnya pula dengan design menegak gaya jeriji jarang-jarang. Pernah Zahrah komen betapa tidak cantiknya pagar hitam gaya begitu.Seri selamba balas, “Cantik tak cantik, asal budak-budak dalam ni cantik. Tak luka jatuh panjat pagar, tak hilang balik pagar cantik tapi tak ada safety.”Rupanya pagar gaya itu dipilih sebab Seri fikir pasal keselamatan budak-budak dan bukan kecantikan orang luar. Lagipun, dinding sekolah itu yang dibina daripada susunan batu-bata warna-warni itu kan sudah sungguh cantik dan sangat ceria. Dari jauh mata dah tangkap. Dah tahu itu rumah budak-budak.Zahrah senyum pandang Seri yang sebelah tangan pegang pintu pagar, sebelah lagi melambai-lambai dia ajak masuk. Terus dia turun dari basikal dan tuntun basikal masuk ke dalam tadika nurseri itu. Ditongkatkan basikal tersebut hampir dengan dinding sebelah kanan lalu dia bantu Seri tarik pintu pagar agar lebih tertutup. Hanya ruang seorang boleh masuk saja yang tinggal.“Semua budak tadika dah balik ke, Cikgu Seri?” Zahrah pandang wanita di sebelahnya. Wanita yang sungguh cantik berbaju kurung moden hitam putih.Wanita berkulit kuning langsat ini sungguhlah tak sama dengan Zahrah yang berkulit hitam manis. Zahrah ada muka anak mami Penang. Itulah komen banyak orang. Bukan komen kosong sebab memang pun Zahrah campur belah sana. Umi tu lagi terang kut nampak Penang mai. Dia separuh saja sebab terlekat gen bapanya sama.“Balik dah budak tadikanya. Tinggal dua aje.”“Dua?” Zahrah pelik sedikit. Selalunya hanya seorang. Budak tadika lain biasanya sudah diambil ibu bapa atau penjaga masing-masing awal lagi banding Zahrah.Semenjak tahun lepas, tadika nurseri ini dah macam rumah keduanya. Kerana semenjak tahun lepas barulah tadika nurseri ini dibuka. Walaupun hanya satu tahun lima bulan dia biasa-biasa ke sini, namun Zahrah selesa sangat dengan tempat ini, termasuklah dengan pemiliknya ini. Baginya Cikgu Seri seorang wanita yang mudah mesra dan senang dibawa berbual. Dan sangat menyokong Zahrah apabila Zahrah nyatakan impiannya. Bukan macam umi. Huh!“Hmm. Dapat kawan baru...”Zahrah sedar dan kembali ke tadika nurseri itu. Terus dia ekori Seri yang berjalan ke bahagian kiri di mana halaman hadapan asal dua rumah teres dijadikan taman permainan mini. Kakinya berhenti lalu pandang ke depan, tuntas.“Mungkin belum kawan lagi...” Seri sengih-sengih.Zahrah yang turut ikut langkah Seri sama pandang ke depan. Terkelip-kelip matanya lihat apa yang jadi hidangan mata.Paling hampir dengan tempat Zahrah dan Seri berdiri adalah dua buah buaian yang sesuai untuk anak kecil tujuh tahun ke bawah. Dan di atas salah satu buai itu duduk seorang budak perempuan enam tahun.Sungguh comel dengan baju tadika pinafore kosong warna maroon. Leher dan tangan bajunya, dijahit terus ke pinafore tersebut, berwarna putih. Baju putih tersebut pula dibutang tiga sampai atas. Leher bajunya bergaya macam baju Melayu cekak musang. Rambut keriting keperangan gaya Maggi yang panjang, diikat sederhana di kiri dan kanan dengan reben putih maroon. Manakala di depan pula diketip dengan pin rambut strawberi yang sungguh comel.“Comelnya... Rasa nak picit-picit.” Zahrah buat gaya tangan nak picit-picit.“Kan...” Seri senyum, angguk. Kemudian tiba-tiba senyumnya mati dan dia pandang Zahrah serius. “Eh, Zara cakap adik kesayangan Zara ke budak perempuan tu?”Zahrah mendecit. Tadi geram nak picit anak orang, sekarang geram nak picit bakal emak orang!“Cikgu Seri ni pun. Takkanlah. Kalau adik Zara, tak payah rasa dah. Picit aje terus. Live lagi.” Zahrah senyum nakal dan kenyit mata.Seri ikut senyum sambil angguk kepala. Seterusnya mereka sama-sama pandang depan semula.Zahrah bagai tercari-cari. Sudahnya dia nampak juga tubuh kecil yang dia hendak mata nampak agar hati jadi tenang yang sangat. Melihat dia, datanglah ribut taufan yang bagaimanapun, hati Zahrah selalu menang untuk rasa tenang. Inilah ubat penenang Zahrah!“Zharif...” getus bibir Zahrah di luar sedar, semakin luas senyum. Lalu, apa saja perasaan tak sedap yang berselirat sejak tadi, hilang pergi begitu saja.Seri menoleh. Dia jadi ikut luas senyum. Berjangkit. Melihat warna ceria bahagia pada muka Zahrah masa ini, takkanlah dia tak terjangkit kan. Sesungguhnya, dia tak pernah lihat hubungan macam Zahrah-Zharif ini. Kalau Zharif tu bukan enam tahun, sah-sah ada yang salah sangka. Ini ibu dan itu anak.“Tak jealous ke?” Seri berbisik hampir dengan telinga Zahrah dengan badan menyenget.Zahrah alih muka seketika.“Bagi canlah. Playboy in the making nak tunjuk bakat,” ucap Zahrah sambil jelir lidah nakal.Seri dan Zahrah hampir-hampir cetus ketawa. Namun, cepat-cepat mereka tutup mulut. Spontan sama-sama, waktu yang sama. Kemudian mereka saling pandang dengan mulut tertekup begitu dan gelak dalam tangan. Suara tak ada, badan lebih gegar ada.Seri awal dulu kontrol gelak dalam tangan. Berdeham tanpa bunyi, Seri kontrol diri habis-habisan kemudian tampar bahu Zahrah agar ikut ajaran tak sesatnya. Zahrah angguk dan ikut saja kelaku Seri yang tadi, kemudian jongket sebelah. Seri tunjuk tanda bagus. Berpeluk tubuh, mereka sama-sama lihat depan semula.Playboy in the making punya show!Di bahagian belakang buaian, terdapat binaan sederhana permainan papan gelongsor yang hanya sesuai untuk budak tujuh tahun dan ke bawah. Di balik papan salah satu daripada dua papan gelongsor itu berdiri Zharif, bermain dengan tic-tac-toe panel di situ. Main main-main saja sebab Zharif terang-terang kut sedang berpura-pura beri tumpuan sedang tumpuan sebenar Zharif adalah kepada budak perempuan berambut keperangan di depannya.Dari bahagian permainan papan gelongsor itu, Zharif bergerak satu langkah, satu langkah ke kiri, sampai pula ke jongkang-jongket yang tempat duduknya bentuk ikan paus di kiri dan kanan, penuh warna-warni.Budak perempuan itu toleh ke arah Zharif. Zharif buat-buat belek tempat duduk ikan paus. Budak perempuan rambut keperangan itu tengok depan semula sambil anjak badan ke depan, berbuai perlahan. Berkerut muka sekejap, budak perempuan itu toleh kepada Zharif semula. Zharif yang mulanya tengok, buat-buat tak tengok dan belek ikan paus lagi, sambil sesekali curi kerling cik adik di buaian sana.Tiga kali budak perempuan itu tengok depan kemudian cepat-cepat lihat Zharif dan secepat itu juga Zharif belek ikan paus, siap kuis-kuis gaya ikan paus itu kotor.Kali keempat, budak perempuan itu pandang Zharif, tunak, tak alih-alih muka lagi dan Zharif kuis-kuis ikan paus gaya nak makan sushi ikan paus malam ini.Zahrah dan Seri yang melihat sudah saling pegang bahu. Zahrah paut bahu Seri, Seri genggam bahu Zahrah. Tubuh masing-masing tertunduk separuh manakala sebelah lagi tangan kepam mulut sendiri daripada ketawa kuat semahu hati.Playboy in the making, BIG FAILURE!“Awak tengok kita, kan?”Soalan budak perempuan rambut keperangan itu buat Zahrah dan Seri sama-sama pandang semula ke depan, antara sentut gelak yang nak juga-juga curi keluar.Zharif menggeleng laju-laju sambil sungguh-sungguh kuis ikan paus. Sahlah malam ni sushi ikan paus.“Kita nampak awak nampak kita. Awak tengok kita, kan?” ulang budak perempuan tersebut sambil perlahankan buaian.Zharif menggeleng.Budak perempuan itu lompat turun cermat dari buaiannya lalu melangkah menghampiri ikan paus. Kini, dia dan budak laki itu dipisahkan oleh ikan paus warna merah jambu.“Awak nak tengok kita ke nak tengok ikan paus?” tanya budak perempuan itu polos.Zharif angkat muka, terus pandang budak perempuan yang baru pagi tadi jadi kawan satu kelasnya. Zharif besar mata lihat budak perempuan depannya kelip-kelipkan mata dengan senyum manis.Seri ia-ia siku perut Zahrah. Siku lembutlah. Bukan kuat pun. Manja-manja saja.Zahrah pula ia-ia mengangguk. Playgirl in the making, SUCCESS!“Siapa tu, Cikgu Seri?” tanya Zahrah nak tahu sangat. Dia yakin itu budak baru belajar.Selama hampir lima bulan dia di sini, tak pernah dia nampak budak itu. Dia cam sangat muka budak-budak di tadika nurseri ini. Lima bulan kut jadi bahan buli dia orang!“Dia baru mula hari ni. Mama papa dia baru pindah balik sini. Mama dia asal sini dulu. Aunty kenal mama dia gitu-gitulah sebelum ni. Kami keep in touch pakai FB...”“Cikgu Seri ada FB?” Terkeluar topik pula soalan.“Eh, mestilah! Nak promo...” Seri buat gaya muka dan bahasa badan nak promosi diri. “Oh my tadika nurseri.”Zahrah gigit bibir bawah kemudian buat muka ke depan gaya geram. “Saja nak pekena orang.”“Janganlah marah, anak dara...” Seri cuit hujung hidung kecil Zahrah yang mancung terletak.“Hisy! Mahal ni!” Zahrah jelir lidah kepada Seri kemudian pandang depan. Budak perempuan tadi masih main mata sama adiknya. Amboi!“Awak tengok kita, kan?”Soalan itu, Zahrah boleh terima lagi. Tapi gaya yang menyusul selepas soalan itu, pergh! Sah besar nanti playgirl!Budak perempuan itu sengetkan muka dan tersenyum semanis alam untuk Zharif, yang sudahnya berhenti kuis ikan paus dan mula kuis dada kiri dengan mata lupa nak kelip pandang depan.“Sudah...” Zahrah sentuh dahi.Seri senyum lucu. Terus paut sebelah tangan Zahrah dan goncang. “Tahniah, anda bakal dapat adik ipar nama Ihah.”

Published on November 01, 2013 07:27
October 30, 2013
Cinta Biasa-Biasa
Memandangkan saya sangat malas nak cari balik blog baru saya yang hilang selepas jumpa blog ni semula, makanya saya takde mood nak letak balik semua bab-bab CBB (macamlah banyak sangat!). Jadi saya tiru macam Miharu sajalah. Jadi, sila klik bab yang cayunk-cayunk BNI semua nak baca untuk bab 1 hingga bab 3.
Makhluk bernama BNI ketika ini sangat MALAS & MOODY!
[ Bab 1(a) ][ Bab 1(b) ][ Bab 2 ][ Bab 3 ]
Makhluk bernama BNI ketika ini sangat MALAS & MOODY!


Published on October 30, 2013 12:25
Bikash Nur Idris's Blog
- Bikash Nur Idris's profile
- 78 followers
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
