Bikash Nur Idris's Blog, page 8

October 14, 2013

Salam Lebaran

Untuk semua yang berugama Islam dan untuk semua yang masih singgah ke blog BNI yang kurang aktif ni. Salam lebaran
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 14, 2013 03:49

:. salam lebaran :.

Untuk semua yang berugama Islam dan untuk semua yang masih singgah ke blog BNI yang kurang aktif ni. Salam lebaran
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 14, 2013 03:49

September 6, 2013

Jumpa Nanti-Nanti

Jumpa nanti-nanti sebab untuk masa-masa ini BNI nak berehat lama daripada blogging.Up-date di Maia Frenzy pun kalau ada, adalah. Kalau tak ada, tak adalah.Insya-Allah, bila diri dah stabil, bila story-mory dah terlebih STABIL, BNI akan kembali.Sampai jumpa lagi...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 06, 2013 08:16

.: Jumpa nanti-nanti :.

Jumpa nanti-nanti sebab untuk masa-masa ini BNI nak berehat lama daripada blogging.Up-date di Maia Frenzy pun kalau ada, adalah. Kalau tak ada, tak adalah.Insya-Allah, bila diri dah stabil, bila story-mory dah terlebih STABIL, BNI akan kembali.Sampai jumpa lagi...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 06, 2013 08:16

August 26, 2013

.: Simpan Rindu Ketat-Ketat [Bab 6] :.

Alhamdulillah... bab seterusnya SRKK.
Sekarang makin sibuk sangat dengan kerja jadi, menulis hanya sempat dicuri-curi buat saja. Jadi, inilah yang termampu untuk SRKK. Enjoy

Zarahin duduk di kerusi berdepan dengan meja studinya. Meja kaca lut sinar itu ada beberapa contengan daripada marker yang boleh dipadam. Memang tabiatnya semenjak dulu suka membuat contengan dan lakaran di atas meja itu. Kadang nak ingatkan sesuatu agar tak lupa, di situlah dia conteng. Aci lukis saja bila perlu dan aci warna saja bila mahu, dengan marker beberapa warna.Atas sebab itu jugalah semenjak Zarahin masuk sekolah menengah, sampai ke kini, meja studinya mesti meja kaca lut sinar gaya itu. Yang boleh diconteng bila mahu dan dipadam bila perlu. Tapi, taklah meja ini yang dulu sampai kini. Dah berubah mejalah kan. Dan saiznya pun dah makin besar dan besar banding sebelum.Zarahin tutup teks Pengajian Perniagaan lalu susun elok di sudut kiri meja kaca tersebut. Tersusun elok dengan teks pengajian tingkatan enam rendah yang lain. Esok aci sumbat saja di dalam begnya. Mudah. Kemudian Zarahin bangkit dari kerusi selesa lalu ditolak masuk ke dalam meja studinya. Zarahin bergerak ke rak pakaian terbukanya. Rak baju yang biasanya bersangkut pakaian sekolah serta baju-baju yang sudah siap diseterika. Baju nak pakai jalan memang selalu di situ. Main capai sahaja bila hendak pakai. Rak baju itu tingginya ke dagu Zarahin. Namun ketinggian atau kerendahannya boleh dilaraskan lagi. Kalau nak rak tersebut senget sebelah pun boleh. Kiri kanan rak itu berbentuk segi tiga dengan design kerawang ringkas. Not the girly type at all. Warna hitam. Rak baju itu berkaki, boleh ditolak dengan mudah ke mana mahu. Ngam-ngam atas roda pula ada jeriji-jeriji yang dijadikan tempat letak kasut. Pakaian yang Zarahin jarang pakai atau baju-baju yang biasanya diguna pakai di rumah, dilipat kemas di dalam kabinet laci lima pintu yang setinggi pinggangnya. Di atas kabinet tersebut adalah barang sedikit barang-barang penjagaan kulit serta wangiannya. Pada dinding pula tergantung elok cermin. Di sisi kabinet itu pula terletak katil kelamin. Ringkas dengan cadar satu warna sebagaimana Zarahin suka dan selesa. Warna hijau pujuk pisang, bukan pilihannya tapi dia terima saja. Sebab biliknya kurang penceriaan. Itu komen seseorang yang terlalu baru dalam hidupnya.Meja studi pula terletak di sudut kanan sekali bilik tidurnya, dari arah pintu bilik dibuka. Di sebelah itu pula rak tuala yang berisi tuala dan kain pelekat serta sejadah. Bersebelahan, ada sebuah pintu. Pintu yang selalu Zarahin hendak pastikan sentiasa berkunci namun jarang pula dia hendak kunci atas dasar tak sampai hati.Bilik tidurnya ada connecting door. Sunggah entah apa-apa.Zarahin ia-ia hendakkan bilik tidur lain, namun papa mintak sangat dia terima bilik tidur itu, termasuk connecting tersebut dan isi di balik pintu itu. Sudahnya, dia terima saja dengan hati yang separuh lapang. Sanggup gaya tak sudi penuh.Zarahin berdiri di depan rak pakaiannya, capai kemeja warna kuning cair yang bersih dan elok diseterika. Slek hitamnya pun ada di situ. Hanya satu yang kurang. Membuatkan Zarahin terus ketap bibir. Dia pandang ke kirinya, di atas laci kabinet bukan saja ada wangian serta barangan mukanya, namun ada satu hasil seni baru daripada seseorang yang Zarahin harap sangat dia takkan jumpa muka selepas ini.Zarahin bergerak ke situ, capai bahagian atas dan bahagian bawah, tali leher hitamnya! Terkoyak dua!Zarahin capai dengan sebelah tangan lalu genggam kuat kedua-dua bahagian itu. Bila apa yang berlaku pagi tadi di dalam kelas 6RK3 singgah ke minda dan ingatan, makin kuat dia genggam sampaikan kuku-kuku jarinya tertekan habis ke telapak tangan yang bogel. Tinggal kesan.“Dasar tikus!” Zarahin teran cakap sendiri, marah gila.Terus Zarahin bergerak ke meja studinya lalu campak masuk tali leher yang sudah jadi rupa tali jerut untuknya ke dalam tong sampah. Malas hendak fikir banyak lagi, Zarahin terus bergerak ke katil king miliknya. Terpaksa ambil saiz king sebab dia memanglah saiz king! Tinggi menggalah sangat bilang papa, yang mana rendah satu sentimeter saja daripadanya yang berketinggian 187 sentimeter. Keturunan lelaki itu sendiri, pandai pula dia nak mengata mengutuk depan-depan. Papanya yang sudah dapat mulut sekarang, memanglah dah jadi orang. Bukan serupa orang-orang gaya dulu. Dan papa harapkan yang sama daripadanya sebab rumah baru mereka ini rumah orang dan bukan orang-orang!Hai... angin monsun jatuh cinta berguling-guling sudah kena lelaki itu dan dia pula jadi mangsa tempiasnya. Mujur papa sendiri. Kalau papa orang lain, lama dah... dia orang-orangkan itu orang!Zarahin duduk di atas katil, tarik nafas panjang lalu lepas. Demi untuk tenangkan perasaannya agar tidak hangat terbakar sampai hangit. Hati ada satu saja kut. Bukan ada galang ganti dah. Dah tu dia nak hangitkan semata-mata sebab perempuan kurang akal gaya itu. Untuk apa entah datang ke sekolah kalau sampainya lambat dan di dalam kelas pun duduk gaya hendak tak hendak! Orang melengu tengok depan, dia melengu tengok sisi. Tak sudah-sudah lihat ke luar kelas balik jendela yang terbuka. Bengang Zarahin rasa dengan manusia bersikap gaya itu! Datang sekolah buatlah gaya hendak belajar, bukan gaya orang hendak tunjuk bakat badut!Zarahin sejak kecil sampai kini jenisnya sukakan kesempurnaan. Apa sahaja yang dia buat, dia akan pastikan ia langsung dengan sempurna. Sebagaimana pagi tadi, ketika dia ditugaskan untuk memberi ucapan aluan sebagai wakil pelajar baru untuk Tingkatan 6 Rendah. Tiba-tiba sahaja guru besarnya mendekatinya dengan cadangan itu, sesudah bersalaman dengannya dan peluk dia bagai nak kasi patah tulang-temulang yang ada. Gaya cikgu besar dapat budak main saja lelaki berbadan besar itu. Bangga gaya taksub habis lelaki bernama Sayuthi itu. Sebab Zarahin kan pelajar terbaik sekolah lamanya dan dia mendapat straight A’s untuk keputusan SPM yang lalu. Dan cikgu besar itu seronok gila dapat dia sebagai pelajar di SMJA.Jadi, apabila cikgu besar dah meminta gaya memohon yang sangat, tinggal tak merayu, Zarahin turutkan saja. Dalam masa beberapa minit dia sudah ada rangka apa hendak diucap. Dan ketika dia dengan sempurnanya berucap di atas pentas itu, tiba-tiba suasana jadi kecoh dan hingar-bingar. Kemudian tiba-tiba ada seorang perempuan dengan gaya perasan comel, kedua-dua tangan sentuh bawah telinga balik tudung, berujar, “Cikgu… saya, cikgu. Tikus kepala kuning. Teehee…”Teehee? Zarahin rasa nak baling tahi saja ke muka itu! Sudahlah memalukan dia yang sedang berucap di atas pentas, 15 minit selepas itu malukan dia di dalam kelas sendiri! Buat dia hampir dicop peraba, pencabul!“Tchhh!” Zarahin mendesis, masih ada amuk marah. “Macam manalah perempuan tu boleh satu kelas dengan aku pulak! Memang bawak malang sungguh!”Zarahin sudahnya baring di atas katil dengan kedua-dua tangan di atas bantal, menopang kepalanya. Mata tepat pada siling. Seketika saja apabila Zarahin dengar bunyi pintu connecting door dibuka. Terus matanya ke situ, menentang sepasang mata yang tersenyum seperti wajahnya juga. Paras itu memanglah tak pernah habis senyum. Kalau nak guna untuk iklan senyum atau jadikan model video klip Senyum, inilah calon yang sesuai.Namun Zarahin tak ada mood hendak beramah mesra waktu ini. Tak ada masa hendak ikut senyum berjangkit senyum gaya paras itu. Makanya, Zarahin terpaksa jadi kejam gaya manusia tak ada perasaan. Manusia tak berperasaan, itu memang nama keduanya. Lelaki beku tak rasa apa, kaku tak tunjuk apa. Zarahin membesar menjadi lelaki yang begitu. Kerana itulah dia sedikit pun tak rasa berdosa atau bersalah apabila dia terus sahaja pandang tajam wajah manis di depannya itu lalu tutup mata dan mengiring ke arah bertentangan, supaya tak tentang mata itu, tak tengok senyum manis menggula itu.Maka, Zarahin tak nampak kuncupnya senyum itu dan betapa berubahnya raut itu. Jelas sembilu beku dan jarum kaku mencucuk segenap perasaan. Lalu, pintu connecting door kembali kaku ke tempatnya.Zarahin buka mata. Perempuan dan dia, tak pernah berjodoh! Perempuan dan dia, tak pernah ada peluang bersama. Bukankah itu sebabnya ibu kandungnya sendiri pergi... tinggal dia...Zarahin lepas nafas mangkar dan lelap mata semula. Perasaannya sudah lama tidur, kini giliran mata.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 26, 2013 04:01

August 6, 2013

Salam Aidilfitri

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 06, 2013 14:25

.: Salam Aidilfitri :.

1 like ·   •  1 comment  •  flag
Share on Twitter
Published on August 06, 2013 14:25

August 5, 2013

.: Simpan Rindu Ketat-Ketat [#5] :.

Okey, mood BNI baik sikit kut. Makanya, ni entri akhir la untuk Ramadan tahun ni. Cite ni tak banyak gerak sebab BNI malas. Kuat tidur. Anak sapa la buat pengakuan tanpa malu ni...

Selamat membaca yek kepada yang sudi ikut SRKK ni. Dan, di kesempatan ni saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua pengunjung blog ni & pembaca yang ikuti blog BNI yang entah apa-apa & jarang post entry ni.

Selamat hari raya kepada semua yang beragama Islam dan akan menyambut Aidilfitri. Maaf zahir batin daripada BNI sekeluarga untuk semua. MUAH!!!

RINDU UMI…
“Umi…” ujar Zahrah lembut, memujuk. Punggung diengsot agar hampir dengan meja tulis Zahfran lalu belakang badan Eslina diurut perlahan. Dia faham gelojak hati wanita itu. Eslina seorang ibu. Hatinya sungguh rapuh sebagai ibu kalau libatkan anak-anak, namun kerana anak-anak jugalah wanita ini kuatkan semangat dan keraskan hati. Demi bahagia anak-anak, uminya ini berlelah sakan. Dulu sampai kini, umi bagai lupa makna penat demi dia, demi Zahfran. Tapi dalam masa yang sama, Zahrah faham juga perasaan adiknya. Si kecil itu manalah mengerti sibuk umi sebetul-betulnya demi kesenangan mereka juga. Umi ke hulu ke hilir mencari ruang untuk mereka adik-beradik juga. Zahrah faham kesunyian dan kekosongan hati Zahfran tanpa adanya umi di samping sedang anak kecil lain sebaya Zahfran, pergi dan balik tadika mak yang temankan. Zahfran pasti mahukan yang sama untuk diri sendiri, namun peluang itu sungguh jarang singgah. Tapi Zahfran adiknya yang kuat semangat dan sungguh pemaham. Cuma ada waktu tergadah, macam tadi. Ah… dia dulu pun banyak kecundang dengan hati. Desakan hati, tak ada siapa mampu pujuk dan bujuk. Hati, ada jenis fikirnya sendiri! Kenyataan, bukan cobaan…Eslina terus belai lukisan dan tulisan RINDU UMI… pada kertas lukisan di depannya. Laksana membelai anak kecilnya yang lebih banyak dibelai si kakak daripada ibu kandung sendiri. Sesungguhnya, Eslina selalu rasa dia ibu yang gagal kerana dia selalu terabai menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu. Masanya lebih banyak di luar rumah daripada di dalam rumah. Tapi dia bukan keluar untuk suka ria atau poya-poya. Dia keluar demi mereka sekeluarga. Demi perut dua anak-anaknya ini!Zahfran, maafkan umi… rintih Eslina dalam hati sambil dakap pad lukisan Zahfran dan sebelah tangan lagi letak Sembilan butir bintang itu ke dalam telapak tangan. Air mata menitis jatuh ke pipi. Dan di belakangnya terus ada usapan jemari runcing anak gadisnya. Hati itu sungguh faham dia, kecil sampai kini. “Umi...” Eslina paling muka ke kiri dan matanya yang masih berbalam dengan air mata terus nampak raut manis Zahrah. Anak suntinya yang sudah 18 tahun kini. Anak daranya yang kuat azam dan cekal semangat. Kadang, lebih daripada dia sendiri. Tapi, si manis itu masa ini memanglah habis azam dan hilang semangat. Mana taknya. Zahrah sedang sebek muka, penuh perasaan tahan tangis yang hampir hendak pecah. Tangisan yang mahu ikut keluar melihat dia menangis. Eslina terus kesat air matanya yang jatuh menitis ke pipi. Dilap sampai kering kemudian dia menyeringai lucu pandang Zahrah yang masih sebek muka. Sungguh-sungguh punya nak tahan. Sebab, air mata Zahrah atau Zahfran akan buat dia banjir air mata. Makanya, si sunti ini duklah menahan. Eslina cuba berwajah ceria dan senyum menyakat Zahrah. Eslina senyum seluas mungkin. Pad lukisan dan Sembilan butir bintang 900 kali rindunya diletak di atas meja semula. “Berjangkit...” ujar Eslina sambil hujung jari telunjuk kanannya mencuit hujung hidung mancung Zahrah. Muka yang mencebik tadi mula berubah perlahan-lahan. Bunga bibir itu disentuh senyum tipis, tetap menahan perasaan. Tidak mahu menangis di depannya. Eslina senyum kemudian betulkan rambut depan Zahrah lalu tangannya turun ke pipi kiri Zahrah, menepuk lembut. “Dah, dah...”Zahrah gigit bibir bawah lalu mengangguk-angguk. Dia lihat saja uminya belek semula pad lukisan Zahfran. “Umi rasa bersalah kat Zahfran, kat awak...” ucap Eslina terus belek lukisan kemudian pandang Zahrah yang duduk bersila di kirinya. Terkelip-kelip mata Zahrah seketika. Kemudian anak daranya itu sengih ada makna. Eslina mula berjaga-jaga. Adalah makna yang nak disampaikan si manis 18 ini.“Tulah, umi...” Zahrah buat suara yakin jitu. “Orang dah cakap kan dulu. Orang tak nak sambung belajar. Orang nak kerja. Cikgu Seri tu dah penuh semangat nak amek orang kerja tau. Ia-ia dah nak orang tetap kat situ. Alih-alih...” Zahrah mencebik sambil kerling Eslina. Nak kasi uminya serba tak kena sikit. Yalah, dia memang dah penuh semangat nak berhenti belajar dan bekerja saja. Sambil ringankan beban uminya barang sedikit, beri ruang masa untuk umi bersama Zahfran barang selalu, bolehlah dia bekerja sambil belajar perihal tadika nurseri. Kerana itulah cita-citanya. Zahrah mahu buka tadika nurserinya sendiri!Eslina pandang Zahrah, jongket sebelah kening. Amboi! Tadi bukan main tercebik-cebik budak ni sebab nak ternangis, sekarang tercebik-cebik nak terkata dia pula. Nak lap garam ke atas luka dia kononnya. Sebabkan dia tak nak terima bulat keputusan Zahrah hendak berhenti belajar dan bekerja di tadika nurseri milik Seri itulah hal ini semua jadi. Tak ada masa untuk Zahfran…Hakikatnya, memang pun dia akan ada lebih masa sedikit dengan Zahfran kalau Zahrah bekerja dan berhenti belajar. Zahrah sedikit sebanyak akan kurangkan masa kerjanya lalu akan adalah lebih masa kualiti antara dia dengan Zahrah, dengan Zahfran. Namun, Eslina tak hendak pentingkan diri. Eslina tak mahu di masa akan datang nanti Zahrah perlu bersusah payah seperti dia hanya kerana Zahrah berhenti belajar dan keluar bekerja.Tambahan pula dalam dunia yang kini. Di mana-mana pun ada persaingan. Tak payah ke tempat kerja lagi, nak masuk universiti pun dah kena bersaing. Walaupun sudah banyak universiti swasta di luar sana, namun Eslina lebih senang kalau Zahrah dapat sambung ke universiti awam sahaja. Kerajaan sudah peruntukkan macam-macam untuk anak bangsa ke peringkat lebih tinggi, takkanlah dia nak anak gadisnya ini di takuk dia yang dulu saja.“Hmm... pergi interview bagai dengan Cikgu Seri, buat part-time bagai, sudahnya borang UPU semua tak isi kan. Mintak U tak, mintak kerja aje bukan main.” Serius suara Eslina. Tak ada maknanya dia nak serba tak kena dengan penangan cakap Zahrah tadi. Dia fire balik adalah!Zahrah menjuih-juih mulut. Eslina senyum dengan aksi anak daranya itu. Sampai sekarang Zahrah simpan tak puas hati dan tak suka hati kepadanya kerana dia memaksa Zahrah sambung belajar ke tahap tingkatan enam apabila dapat tahu Zahrah memang sengaja tak minta mana-mana universiti sebelumnya. Punyalah cekal hati Zahrah tak hendak masuk universiti. Sampai ke tahap itu degilnya anak itu.Zahrah paut lengan Eslina lalu goyang-goyang. “Umi... Umi tercinta lagi dikasihi... Orang berhenti eh? Eh?” Terus dia goncang-goncang badan Eslina sampaikan sekali dengan badan kurus itu ikut goyang-goyang.Eslina pandang tajam Zahrah sampaikan anaknya itu berhenti goncang-goncang lengannya. Zahrah buat muka comel sambil kelip-kelip mata dengan telapak tangan saling bertekap di bawah dagu. Kepala sekejap ke kanan sekejap ke kiri. Gaya dia rasa comellah...“Umi...” Zahrah mula lagi. “Orang boleh tolong umi. Kalau orang kerja, umi tak payah nak sibuk sampai ke malam macam ni kejar OT. Takkan terlepas nak tidurkan Zahfran, luangkan lebih masa dengan Zahfran.”Zahrah sambung dengan ayat cubaan beli jiwa Eslina. Siap senyum manis menggula kepada si ibu yang masih pandangnya dengan tajam. Tadi sentak jugalah dengan pandangan itu. Sekarang dah imun dah. Zahrah capai jemari tangan kiri Eslina yang diletak di atas pad lukisan. Kedua-dua tangannya genggam kuat bagai meminta dan memohon kepada uminya.“Betul, umi... Orang belajar pun tak guna. Orang tak ada mood langsung nak sambung belajar, umi. Dahlah kat sekolah tadi ada mamat poyo tahap datuk punya, buat orang gerun seram. Orang tak sukalah, umi, kelas gitu. Nak belajar pun tak best. Bolehlah, umi... Orang kerja, tolong umi, eh?” Zahrah main-main sama jari-jari tangan kiri Eslina yang masih dia genggam. Buat manja gaya anak kecil. Zaman bawah umur dia dulu kan selalu berjaya. Memang uminya mudah beralah. Sekarang...Eslina tepuk-tepuk tangan Zahrah yang kepung tangan kirinya. Tangan kanannya hentak-hentak lagi kura tangan Zahrah apabila anak gadis itu lambat hendak dapat maksudnya.Sekarang kena hentak? Uwaa!!! Zahrah ikut saja walaupun rasa nak raung. Zahrah alih kedua-dua tangannya perlahan-lahan. Gaya inginku peluk tangan tak sampai sebab umi hentak-hentak bagai nak kasi sepai. Eslina bingkas daripada duduknya, biar saja pad lukisan dan bintang merah berkilat di atas meja tulis Zahfran lalu melangkah bagai dikejar orang masuk ke dalam bilik tidurnya, tinggalkan Zahrah terkebil sendiri. Tak faham, tak dapat. Umi ni, kalaupun tak setuju cuba cakap tak boleh ke apa ke! getus hati Zahrah tak puas hati. Menonong aje masuk. Cuba kasi respons sikit. Tak kiralah membina ke menjatuh ke. Asal bagi. Asal dia tahu umi setuju ataupun tak. Ni... ces!Zahrah cepat panggung kepala dan campak jauh sok-sek dalam hati apabila kedengaran bunyi pintu bilik tidur umi tampar telinga. Terus besar matanya lihat adegan di depan mata. Eslina sedang berdiri di depan pintu bilik tidurnya dengan dua buah dulang berhiasa cantik di tangan kiri dan kanan. Dulang hantaran!“Umi...!” Zahrah rengek geram sambil kedua-dua tangan aci hentak lantai yang berlapik tikar getah.Eslina buat tak peduli kepada rengek Zahrah. Eslina imbang-imbang dulang di kiri dan kanannya gaya menari tarian lilin pula. Kemudian selamba cakap, “Umi dah sedia nak bermenantu. Awak dah sedia ke, orang?”Zahrah terus meloncat bangun dan hentak-hentak kaki. “Umi ni! Umi simpan lagi dulang tu!” Terus Zahrah dengan tarian hentak kaki, lawan tarian lilin uminya.“Mesti! Umi akan simpan dulang ni dan semua dulang lain yang berhias cantik dalam bilik umi tu. Amaran dan ingatan untuk awak. Setiap kali awak buka mulut pasal nak berhenti sekolah, tak nak sambung belajar... hah, dulang-dulang nilah jawapannya. Umi dah sedia. Awak tu sedia ke?”“Umi ni... bencilah!” Zahrah hentak kaki geram. “Orang tak nak sambung, nak suruh jugak...”Eslina senyum nakal pandang Zahrah masih dengan tarian hentak kaki. “Hah, tak nak sambung belajar... sambunglah jadi bini Abang Murad tu. Hari tu tak jadi, mana tau kali ni jadi,” sakat Eslina sengih tak ingat.“Abang Murad tu untuk umi,” serang Zahrah geram. “Untuk orang pak cik tau! Umi nak menantu sebaya umi ke!”“Dah awak tu nak kerja...”“Eii, benci!” Zahrah jerit kecil lepas perasaan, buat muka kepada Eslina lalu mula berjalan sambil hentak-hentak kaki hendak ke biliknya. Protes sambil merajuk. 2 in 1.Eslina senyum sakan dengan gelagat anak gadisnya itu. Sungguh pantanglah kalau bangkitkan topik kahwin. Beberapa bulan sebelumnya tak ada pun. Topik biasa saja. Sekarang, topik taboo. “Hah, dah solat isyak ke awak yang merajuk tu?”Sambil terus melangkah ke bilik tidurnya, Zahrah menjawab, “Belum. Orang merajuk ni tunggu nak jemaah dengan orang yang nak bermenantukan pak cik sama baya tu!”Berdiri di depan pintu bilik tidurnya yang terbuka sedikit, Zahrah tayang muka eksyen kepada umi dan cebik mulut kemudian masuk bilik. Eslina mula tertawa geli hati. Zara... Zara...  [ZARAHIN ZULHALMI] [ZAHRAH AIYANI]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 05, 2013 08:46

July 14, 2013

.: Simpan Rindu Ketat-Ketat [#4] :.

Wah, wah, wah... rajinnya ini anak orang kan. Tapi dah tumpang rajin ni BNI masukkan dulu la bab 4 ni untuk tatapan hangpa-hangpa yang ikut SRKK. Tapi, duk rasa macam ni bab last untuk bulan puasa ni. Tapi... tengoklah macam mana. Kut la BNI overdose vitamin R lagi kan. Teehee...

Oh ya, gambar laki yang so cute di mata I ni la gambaran hero kita dalam ini cerita. For one & only reason--he has Zarahin's smirk just like I want!!!
So, to SRKK readers, thanks for dropping & enjoy. Harap siok baca.

Seri senyum lucu. Terus paut sebelah tangan Zahrah dan goncang. “Tahniah, anda bakal dapat adik ipar nama Ihah.”
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 14, 2013 09:17

.: Simpan Rindu Ketat-Ketat [Bab 4] :.

Wah, wah, wah... rajinnya ini anak orang kan. Tapi dah tumpang rajin ni BNI masukkan dulu la bab 4 ni untuk tatapan hangpa-hangpa yang ikut SRKK. Tapi, duk rasa macam ni bab last untuk bulan puasa ni. Tapi... tengoklah macam mana. Kut la BNI overdose vitamin R lagi kan. Teehee...

Oh ya, gambar laki yang so cute di mata I ni la gambaran hero kita dalam ini cerita. For one & only reason--he has Zarahin's smirk just like I want!!!
So, to SRKK readers, thanks for dropping & enjoy. Harap siok baca.

ZAHRAHmemperlahankan kayuhan basikalnya apabila kian hampir dengan rumah teres satu tingkat lot tepi di Jalan 11, Taman Kenchana. Senyum Zahrah meluas bukan main apabila lebih nampak papan tanda cap tangan warna-warni dengan tulisan Tadika Nurseri Kenchana Sari. Papan tanda hasil buatan anak-anak buah dan anak-anak didik tadika nurseri itu. Malah, Zahrah pun ada bahagian cuit coet juga.                 Yalah, hampir lima bulan kut dia di sini. Takkanlah tak ada sumbang kasih barang sedikit kan. Oh! Dia bukan ikut tadika sebab enam tahun atau umi hantar masuk nurseri sini sebab bawah enam tahun yek. Sila betulkan pandangan. Zahrah 18 tahun. Tulen, kak, punya 18 tahun.                Tadika Nurseri Kenchana Sari terdiri daripada dua buah rumah teres satu tingkat yang digabung menjadi satu. Pintu masuk utamanya hanya satu. Dua pintu rumah berdepan dengan halaman untuk rumah teres 20 X 70 itu dipecahkan lalu didirikan dinding dengan susunan batu-bata. Pintu pagar tinggi dibina di bahagian kiri. Halaman samping rumah lot tepi itu dijadikan halaman masuk ke Tadika Nurseri Kenchana Sari. Manakala halaman lamanya dijadikan taman kecil untuk kanak-kanak di situ bermain.                Zahrah hentikan basikal di hadapan pintu pagar utama tadika nurseri itu. Sebelah kaki di atas jalan bertar dan sebelah lagi masih pada pedal basikal mini merahnya itu. Punggung masih pada basikal, membuatkan menyenget sedikit basikal tersebut. Zahrah jenguk antara separuh ruang pagar yang dua jengkal tinggi daripadanya. Dia tahu sebab dia pernah ukur dua bulan sebelum ini.                Baru Zahrah jenguk muka gaya senget basikal, terus dia nampak seseorang jenguk muka sedikit dari pintu pagar. Tergelak kecil dia apabila nampak separuh saja muka si dia. “Cikgu Sari!” laung Zahrah sambil sebelah tangan lambai-lambai kepada penunjuk separuh muka itu.“Cak! Cak! Cak!” ujar Sari sambil sua muka sembunyi muka tiga kali, senada dengan caknya. Zahrah ketawa senang dengan acah mak labu wanita lewat 30-an itu. Wanita yang minta dia panggil aunty. Sebabnya wanita itu kenalan uminya dan muda sedikit daripada uminya. Namun, entah mengapa, Zahrah tak boleh nak panggil wanita itu aunty. Rasa macam tak sanggup. Lihatkan gaya wanita ini, jangankan dia, orang lain pun takkan sangka usianya sudah ke angka 35 tahun. Tengok cara tak ikhlas, gaya lewat 20-an. Pandang gaya ikhlas sebab lama tenung pandang, nampak macam awal 30-an. Sebabnya, wanita ini sungguh bergaya orangnya. Dan sungguh ting-tong! Yalah, kalau tak ting-tong takkanlah nak ajak dia main cak-cak masa ini kan.“Masuklah, anak dara. Macam tak biasa pulak dia.” Sari mengujar sambil tolak sikit bukaan pintu pagar yang sudah terbuka separuh daripadanya. Pintu pagar warna hitam dan bertutup habis bawahnya dan separuh daripada bahagian atasnya pula dengan design menegak gaya jeriji jarang-jarang. Pernah Zahrah komen betapa tidak cantiknya pagar hitam gaya begitu. Sari selamba balas, “Cantik tak cantik, asal budak-budak dalam ni cantik tak luka jatuh panjat pagar, tak hilang balik pagar cantik tapi tak ada safety.” Rupanya pagar gaya itu dipilih sebab Sari fikir pasal keselamatan budak-budak dan bukan kecantikan orang luar. Lagipun, dinding sekolah itu yang dibina daripada susunan batu-bata warna-warni itu kan sudah sungguh cantik dan sangat ceria. Dari jauh mata dah tangkap. Dah tahu itu rumah budak-budak.Zahrah senyum pandang Sari yang sebelah tangan pegang pintu pagar, sebelah lagi melambai-lambai dia ajak masuk. Terus dia turun dari basikal dan tuntun basikal masuk ke dalam tadika nurseri itu. Diletak di dinding sebelah kanan lalu dia bantu Sari tarik pintu pagar agar lebih tertutup. Hanya ruang seorang boleh masuk saja yang tinggal.“Semua budak tadika dah balik ke, Cikgu Sari?” Zahrah pandang wanita di sebelahnya. Wanita yang sungguh cantik berbaju kurung moden hijau pucuk pisang. Wanita putih gebu ini sungguhlah tak sama dengan Zahrah yang berkulit hitam manis. Zahrah ada muka anak mami Penang. Itulah komen banyak orang. Bukan komen kosong sebab memang pun Zahrah campur belah sana. Umi tu lagi terang kut nampak Penang mai. Dia separuh saja sebab terlekat gen bapanya sama.“Balik dah budak tadikanya. Tinggal dua aje.”“Dua?” Zahrah pelik sedikit. Selalunya hanya seorang.“Hmm. Dapat kawan baru...” Sari berjalan ke bahagian kiri di mana halaman hadapan asal dua rumah teres dijadikan taman permainan mini. Kakinya berhenti lalu pandang ke depan, tuntas. “Mungkin belum kawan lagi...” Sari sengih-sengih.Zahrah yang turut ikut langkah Sari sama pandang ke depan. Terkelip-kelip matanya lihat apa yang jadi hidangan mata.Paling hampir dengan tempat Zahrah dan Sari berdiri adalah dua buah buaian yang sesuai untuk anak kecil tujuh tahun ke bawah. Dan di atas salah satu buai itu duduk seorang budak perempuan enam tahun. Sungguh comel dengan baju tadika pinafore kosong warna maroon Leher dan tangan bajunya, dijahit terus ke pinafore tersebut berwarna putih. Baju putih tersebut pula dibutang tiga sampai atas. Leher bajunya bergaya macam baju Melayu cekak musang. Rambut keriting keperangan gaya Maggi yang panjang, diikat sederhana di kiri dan kanan dengan reben putih maroon. Manakala di depan pula diketip dengan pin rambut strawberi yang sungguh comel. “Comelnya... Rasa nak picit-picit.” Zahrah buat gaya tangan nak picit-picit. “Kan...” Sari senyum, angguk. Kemudian tiba-tiba senyumnya mati dan dia pandang Zahrah serius. “Eh, Zara cakap adik kesayangan Zara ke budak perempuan tu?”Zahrah mendecit. Tadi geram nak picit anak orang, sekarang geram nak picit emak orang! “Cikgu Sari ni pun. Takkanlah. Kalau adik saya, tak payah rasa dah. Picit aje terus.”Zahrah senyum nakal dan Sari ikut senyum sambil angguk kepala. Seterusnya mereka sama-sama pandang depan semula. Zahrah bagai tercari-cari. Sudahnya dia nampak juga tubuh kecil yang dia hendak mata nampak agar hati jadi tenang yang sangat. Melihat dia, datanglah ribut taufan yang bagaimanapun, hati Zahrah selalu menang untuk rasa tenang. Inilah ubat penenang Zahrah!“Zahmin...” getus bibir Zahrah di luar sedar, semakin luas senyum.Sari menoleh. Dia jadi ikut luas senyum. Berjangkit. Melihat warna ceria bahagia pada muka Zahrah masa ini, takkanlah dia tak terjangkit kan. Sesungguhnya, dia tak pernah lihat hubungan macam Zahrah-Zahmin ini. Kalau Zahmin tu bukan enam tahun, sah-sah ada yang salah sangka. Ini ibu dan itu anak. “Tak jealous ke?” Sari berbisik hampir dengan telinga Zahrah dengan badan menyenget.Zahrah alih muka seketika. “Bagi canlah. Playboy in the making nak tunjuk bakat,” ucap Zahrah sambil jelir lidah nakal.Sari dan Zahrah hampir-hampir cetus ketawa. Namun, cepat-cepat mereka tutup mulut. Spontan sama-sama, waktu yang sama. Kemudian mereka saling pandang dengan mulut tertekup begitu dan gelak dalam tangan. Suara tak ada, badan lebih gegar ada.Sari awal dulu kontrol gelak dalam tangan. Berdeham tanpa bunyi, Sari kontrol diri habis-habisan kemudian tampar bahu Zahrah agar ikut ajaran tak sesatnya. Zahrah angguk dan ikut saja kelaku Sari yang tadi, kemudian jongket sebelah. Sari tunjuk tanda bagus. Berpeluk tubuh, mereka sama-sama lihat depan semula. Playboy in the making punya show!Di bahagian belakang buaian, terdapat binaan sederhana permainan papan gelongsor yang hanya sesuai untuk budak tujuh tahun dan ke bawah. Di balik papan salah satu daripada dua papan gelongsor itu berdiri Zahmin, bermain dengan tic-tac-toe panel di situ. Main main-main saja sebab Zahmin terang-terang kut sedang berpura-pura beri tumpuan sedang tumpuan sebenar Zahmin adalah kepada budak perempuan berambut keperangan di depannya. Dari bahagian permainan papan gelongsor itu, Zahmin bergerak satu langkah, satu langkah ke kiri, sampai pula ke jongkang-jongket yang tempat duduknya bentuk ikan paus di kiri dan kanan, penuh warna-warni. Budak perempuan itu toleh ke arah Zahmin. Zahmin buat-buat belek tempat duduk ikan paus. Budak perempuan rambut keperangan itu tengok depan semula sambil anjak badan ke depan, berbuai perlahan. Berkerut muka sekejap, budak perempuan itu toleh kepada Zahmin semula. Zahmin yang mulanya tengok, buat-buat tak tengok dan belek ikan paus lagi, sambil sesekali curi kerling cik adik di buaian sana. Tiga kali budak perempuan itu tengok depan kemudian cepat-cepat lihat Zahmin dan secepat itu juga Zahmin belek ikan paus, siap kuis-kuis gaya ikan paus itu kotor.Kali keempat, budak perempuan itu pandang Zahmin, tunak, tak alih-alih muka lagi dan Zahmin kuis-kuis ikan paus gaya nak makan sushi ikan paus malam ini.Zahrah dan Sari yang melihat sudah saling pegang bahu. Zahrah paut bahu Sari, Sari genggam bahu Zahrah. Tubuh masing-masing tertunduk separuh manakala sebelah lagi tangan kepam mulut sendiri daripada ketawa kuat semahu hati. Playboy in the making, BIG FAILURE!“Awak tengok kita, kan?”Soalan budak perempuan rambut keperangan itu buat Zahrah dan Sari sama-sama pandang semula ke depan, antara sentut gelak yang nak juga-juga curi keluar.Zahmin menggeleng laju-laju sambil sungguh-sungguh kuis ikan paus. Sahlah malam ni sushi ikan paus.“Kita nampak awak nampak kita. Awak tengok kita, kan?” ulang budak perempuan tersebut sambil perlahankan buaian.Zahmin menggeleng.Budak perempuan itu lompat turun cermat dari buaiannya lalu melangkah menghampiri ikan paus. Kini, dia dan budak laki itu dipisahkan oleh ikan paus warna merah jambu. “Awak nak tengok kita ke nak tengok ikan paus?” tanya budak perempuan itu polos.Zahmin angkat muka, terus pandang budak perempuan yang baru pagi tadi jadi kawan satu kelasnya. Zahmin besar mata lihat budak perempuan depannya kelip-kelipkan mata dengan senyum manis.Sari ia-ia siku perut Zahrah. Siku lembutlah. Bukan kuat pun. Manja-manja saja. Zahrah pula ia-ia mengangguk. Playgirl in the making, SUCCESS!“Siapa tu, Cikgu Sari?” tanya Zahrah nak tahu sangat. Dia yakin itu budak baru belajar. Selama hampir lima bulan dia di sini, tak pernah dia nampak budak itu. Dia cam sangat muka budak-budak di tadika nurseri ini. Lima bulan kut jadi bahan buli dia orang!“Dia baru mula hari ni. Mama papa dia baru pindah balik sini. Mama dia asal sini dulu. Aunty kenal mama dia gitu-gitulah sebelum ni. Kami keep in touch pakai FB...”“Cikgu Sari ada FB?” Terluar topik pula soalan.“Eh, mestilah! Nak promo...” Sari buat gaya muka dan bahasa badan nak promosi diri. “Oh my tadika nurseri.”Zahrah gigit bibir bawah kemudian buat muka ke depan gaya geram. “Saja nak pekena orang.”“Janganlah marah, anak dara...” Sari cuit hujung hidung kecil Zahrah yang mancung terletak.“Hisy! Mahal ni!” Zahrah jelir lidah kepada Sari kemudian pandang depan. Budak perempuan tadi masih main mata sama adiknya. Amboi! “Awak tengok kita, kan?”Soalan itu, Zahrah boleh terima lagi. Tapi gaya yang menyusul selepas soalan itu, pergh! Sah besar nanti playgirl! Budak perempuan itu sengetkan muka dan tersenyum semanis alam untuk Zahmin, yang sudahnya berhenti kuis ikan paus dan mula kuis dada kiri dengan mata lupa nak kelip pandang depan.“Sudah...” Zahrah sentuh dahi.Sari senyum lucu. Terus paut sebelah tangan Zahrah dan goncang. “Tahniah, anda bakal dapat adik ipar nama Zana.”
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 14, 2013 09:17

Bikash Nur Idris's Blog

Bikash Nur Idris
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Bikash Nur Idris's blog with rss.