Bikash Nur Idris's Blog, page 2
March 7, 2016
Suami Selepas Deadline - #SeriZa'ba Part 1

Published on March 07, 2016 04:59
#SeriZa'ba - Part 1
"Dah tu, terima ajelah. Apa yang opah mintak tu bukan tak boleh pun kau nak buat, kan? Pejam mata aje boleh terima apa." Hafidz kemudian gelak-gelak perlahan dengan kata-katanya. Tambah bila Seri jegilkan mata macam nak terkeluar kepadanya atas pilihan ayatnya tadi."Nak kena sekeh jugak kau ni kan. Kahwin tu perkara pejam mata aje boleh terima ke?" Seri bersuara geram. Hafidz ni kalau bercakap, mulut lupa tol! Aci langgar aje tanpa bayar. Nasiblah Genelia tahan.Hafidz gelak lagi. Puas gelak, dia seriuskan pula muka. "Okeylah, bukan pejam mata aje boleh terima. Tapi, bukak hati aje mesti boleh terima punya. Kau aje yang tak nak bukak. Tutup. Mangga. Gari. Macam mana hati tu nak bukak?"
Za'ba Mohd Said sudah kembali!

Published on March 07, 2016 04:59
KYBS2 - Part 1

July 5, 2015
Sayang Dia Suam-Suam | Satu
SUASANA di Lapangan Terbang Bayan Lepas ketika ini sedikit sunyi berbanding beberapa minit tadi. Bersama Gucci luggage bag yang kejap di tangan, disorong, dia mencepatkan langkah apabila dilihat tiada sebarang muka yang dikenali di balai menanti. Untuk terus menunggu, dia tidak betah pula. Menanti tanpa buat apa-apa, itu bukan dia.
| the hero |
Tambahan pula beberapa orang penumpang yang sama-sama baru tiba dengannya sudah lama beransur. Berpelukan bersama sanak saudara yang datang menjemput kepulangan mereka lantas berlalu bersama senyuman, yang basah terkuntum pada kelopak bibir masing-masing. Kegembiraan jelas terpancar pada setiap wajah.Dan dia pula tidak mengharapkan semua itu. Dia hanya hendak hilangkan kepenatan yang menghambat diri selepas separuh hari dibendung ia. Bukan menginginkan pelukan mesra atau senyum gembira menyambut kehadirannya di sini. Yang mana dia yakin tak mungkin diperoleh. Dia sudah lama ajar diri untuk tak menghendaki itu semua. Cukup-cukuplah.Dia meneruskan langkah kaki tanpa peduli siapa pun di sekitar. Dia pasti orang yang sepatutnya datang menjemput masih belum sampai. Kalau tidak, sudah lama tubuh yang sarat letih ini tiada di sini lagi. Daripada duduk menanti macam orang dungu, ada baiknya dia buat sesuatu untuk isi masa. Taklah bosan sangat jadi penunggu. Tak pasal jadi penunggu balai menanti pula. Lebih baik cari bahan bacaan untuk isi waktu.Gucci luggage bag yang tak seberat mana, yang sejak tadi disorong, akhirnya diletak bersebelahan kaki, yang terhenti di hadapan kios yang menjual pelbagai bahan bacaan daripada pelbagai kategori. Tersusun naskhah akhbar harian. Sayang sekali dia paling tak suka baca akhbar. Dia jenis habiskan masa tengok berita, bukan baca berita. Sibuk hendak cari bahan bacaan bukan akhbar, matanya terus nampak naskhah-naskhah novel yang terpamer di satu sudut kios itu. Tertera tag ‘Terbaru’ di situ. Kalau dia dan novel, memang lajulah mata nak nampak.Dia capai semula Gucci luggage bag seraya dapatkan sudut ‘Terbaru’. Kemudian Gucci luggage bag kembali di sebelah kaki. Mata melilau sakan pada novel-novel terpamer. Novel Melayu. Dah dituliskan terbaru, saja sangatlah kalau novel Inggeris diletak.Dia belek-belek novel Melayu di situ. Daripada penulis pelbagai, penerbit berbagai. Dan kebanyakan daripadanya sudah pun dia miliki. Bukan dia sendiri yang membelinya kerana kesemua novel ini tidak dijual di UK. Namun, rindunya pada novel-novel Melayu, yang menjadi kegemarannya semenjak mula berada di sekolah menengah, terubat juga. Semuanya sebab setiap bulan, beberapa naskhah novel akan tiba untuknya. Dari Malaysia.Dua buah novel, yang nyata tidak tersusun di rak novel rumah sewanya sesudah diterima lebih dua minggu lalu, memancing perhatiannya. Dicapai kedua-dua novel tersebut lalu dibelek kulitnya. Kedua-duanya adalah novel daripada penulis baru. Perhatian dialih pula pada sinopsis novel tersebut. Tertariklah perhatian.Bagi dia, secara tidak sengaja setiap rentetan dalam sesebuah novel membawa pengajaran serta informasi. Berkarya sambil menyampaikan ilmu, kerja luar sedar penulis yang dia selalu perasan. Dalam setiap novel ada saja mesej disumbat masuk. Ada cinta yang sarat. Bukan cinta kekasih saja. Ada cinta ibu, cinta ayah, cinta keluarga dan cinta sahabat. Malah, ada sama cinta musuh.Hmm, nampaknya hari ini, buat pertama kalinya, sesudah dekat lima tahun, dia akhirnya membeli novel Melayu. Maklumlah, selama ini orang yang belikan. Tapi hari ini dia sendiri akan keluarkan duit poketnya, beli dengan tangan sendiri.“Hello, miss. Any book you’re interested with?”Soalan penuh kemesraan itu buat perhatiannya yang sejak tadi leka dengan novel di tangan beralih. Matanya menentang wajah manis bertudung yang ramah senyum kepadanya. Sudah pun berada di sisinya.“Ya. Saya nak dua novel ni…” Dia mengangguk lalu mengunjuk novel di tangan.“Boleh. Akak bawa ke kaunter bayaran. Kalau ada lagi yang adik nak, pilihlah…” Bersama senyuman terkuncup yang kembali mekar, pekerja kios itu capai novel dari tangan gadis berambut perang dan agak keemasan itu. Hi-lite agaknya, tebak pekerja kios itu, sempat juga kerling si gadis berkulit keperangan itu sekali lagi.Sangkanya orang luar. Itu pasal dia speaking bagai. Rupanya orang dalam. Kalau tak, takkan beli novel Melayu kan…“Tak apa. Saya ambil dua tu aje,” ucap dia lalu mengekor pekerja kios itu ke kaunter bayaran.Dia sua jumlah wang yang tertera pada skrin di hadapan lalu mencapai beg plastik yang berisi novel pilihannya. Senyum tipis mengolahi ulas bibir. Balas senyum gadis di kaunter bayaran. Kaki lekas dipanjangkan. Tapi sempat dia lihat gadis kaunter bayaran dan pekerja kios tadi saling berbisik sambil tengok-tengok dia. Dia buat biasa saja. Selepas lima tahun lebih di UK, baru dia teringat betapa lamanya tak ada yang tengok-tengok dia begitu lagi. Senyum nipis saja, terus dia ke sudut ‘Terbaru’ untuk dapatkan Gucci luggage bag yang tertinggal di situ.Namun, belum sempat dia capai, lebih dulu satu tangan memaut pemegang bagasi sederhana itu.“Assalamualaikum.”Suara itu alih terus tumpuannya dari tubuh kurus berkemeja hitam berserta tali leher hitam yang dipadankan dengan slek hitam di hadapannya. Seorang lelaki, yang sedang pegang kejap pemegang bagasi pakaiannya dengan kedua-dua tangan. Walhal bukan berat pun. Agaknya bimbang dia rentap semula beg itu.Kini, matanya melekap kemas kepada pemilik suara yang memberi salam tadi. Satu perasaan menyelinap masuk ke dalam hati. Argh, bukankah ia boleh dijangka!“Waalaikumussalam, Abang Syam,” jawab dia akhirnya. Merendahkan sedikit kepala, tanda hormat.Syamsul tidak lepas tenung wajah di hadapannya. Akhirnya bunga-bunga senyum mula beriak. Kian melebar pada bibir. Hmm, berbeza, tapi tak berbeza langsung!“Kita jumpa selepas lima tahun kan, Sirin Hassan?” Syamsul cuba-cuba nak mulakan perbualan.
| the heroin |
Dia, Sirin binti Hassan, angguk. Itu saja yang mampu dia buat. Walaupun Sirin kenal Syamsul semenjak usianya 13 tahun, namun apa yang telah berlaku buat dia jadi kekok dengan pemuda berketurunan anak mami ini. Mengundang rasa tak selesa pada keramahan dan kemesraan lelaki yang ada rupa macam pelakon Hindi itu. Mungkin Syamsul adalah pemuda yang sama, yang pernah Sirin kenal. Tapi dia bukan Sirin yang Syamsul kenal. Tak serupa dah.“Abang Im tak dapat datang. Ada kerja sikit yang perlukan perhatian dia. Sebab tu Abang Syam jemput Rin,” terang Syamsul tanpa diminta. Masih cuba-cuba cari peluang untuk berbual.Mata Syamsul pula terus pandang tubuh lampai Sirin. Tubuh lebih 170 sentimeter. Berjean hitam muat sepasang kaki yang panjang, berbaju melintang hitam putih dan di atasnya kardigan ala kot warna hitam, terbuka saja, tak dibutangkan. Rambut berombaknya diikat ringkas, sanggul kecil di belakang manakala rambut hadapan menutup dahi. Gaya Sirin tiada gaya budak yang dia kenal dulu lagi. Ada gaya model pula sekali pandang, ditambah pula dengan kelampaiannya.Senyum sinis Sirin tersua. “Saya tahu dia tak akan pernah ada masa untuk saya. Dia memang manusia yang paling sibuk. Tak apa, saya tak kisah. Boleh kita gerak sekarang?”Hmm, gaya dan rupa mungkin berubah jauh, lebih cantik, tambah matang. Tapi perangai serupa gadis 16 tahun itu juga. Syamsul terus senyum.“Okey aje. Rin mesti letih. Perjalanan yang begitu lama kan…” ujar Syamsul, sambung senyum.Sirin membisu saja. Tak angguk. Tak geleng. Syamsul terus ukir senyum, sekalipun Sirin terus-menerus dingin begitu. Ah, dia hanya kena tempias. Lagi pula, dia faham atas sebab apa Sirin begini. Jadi, Syamsul tak akan tala jari kepada Sirin. Sudahnya, Syamsul tengok pemuda di depan Sirin, yang masih berdiri dengan beg pakaian Sirin di tangan. Hmm, satu beg aje? Masaklah kau, Im. Sungguh!“Fahmi, jom kita balik. Cik Sirin kita ni dah penat. Dia perlukan rehat…”Fahmi goncang kepala lalu terus berlalu dari kios itu. Syamsul dan Sirin ikut dari belakang. Diam saja.
| the author|
kekeke... nak jugak tu!

Published on July 05, 2015 13:36
June 2, 2015
Terima kasih!
Setiap komen anda adalah punca dan sebab yang membina saya menjadi Bikash Nur Idris.Sungguh saya hargai ( ˊ̱˂˃ˋ̱ )Terima kasih tak terhingga, banyak-banyak!
Love y'alls ketat-ketat, BNI ヽ༼⊙_⊙༽ノ
[klik gambar untuk baca dengan jelas]
Love y'alls ketat-ketat, BNI ヽ༼⊙_⊙༽ノ
[klik gambar untuk baca dengan jelas]

Published on June 02, 2015 06:58
April 18, 2015
Princess Reborn | PBAKL

Yang bergaris merah tu adalah waktu saya bertugas. Jadi, dengan rendah hati dan besar hati saya harap adalah yang dapat datang. Tak jumpa saya takpe, asal dapat singgah booth Penerbitan Fajar Pakeer HL12 & HL13 (sebelah Bilik Melaka) untuk dapatkan Princess Reborn. Beli banyak-banyak tau :D
Untuk setiap pembeli Princess Reborn yang jumpa saya akan dapat TT bersama special gift ini. Jadi, janganlah segan-segan datang jumpa saya ya =)

Published on April 18, 2015 05:18
April 16, 2015
Dr. Frost | Webtoon

Jangan baca kalau tak nak terjangkiti. Hehehe. Sebenarnya saya terminat dengan Dr. Frost ni bila baca sinopsis dramanya. Menarik giler! memang tertarik nak tengok dan melayan. Walaupun pelakonnya saya rasa macam kurang suka. Ahaks. Makanya, cubalah layan 1 episod dan... Adoi! Kenapa tak boleh nak pergi? Huhuhu.
Inilah poster drama Korea bertajuk Dr. Frost yang menggoda saya melalui sinopsinya. Dr. Frost, seorang pakar psikologi genius, tapi dia tak boleh rasa simpati kepada manusia lain sebab pernah kemalangan kecil dulu. Pendek kata, dia macam tak ada emosi dan tak pandai langsung tunjuk emosi.
Malangnya, bila saya tengok dramanya watak Dr. Frost ni rasa saya tak cukup 'kaku'. Huhuhu. Itu salahku =(

Makanya, saya pun tinggallah episode 1 drama tu dan terjumpa Dr. Frost versi Webtoon. Melekat habis! Suka giler! Rupanya di web manga, manhwa ni dah banyak epi banding di Webtoon. Memang jatuh wajib terjahlah =)
Sekarang sedang menjinakkan diri cuba layan dramanya secara 'paksa' sambil tunggu sambungan Webtoon yang daebak ;)
You've been warn. Jangan baca kalau tak nak terjangkiti. Kikiki.

Published on April 16, 2015 13:42
April 15, 2015
Untouchable | Webtoon
Kuketagihan webtoon. Boleh gitu?
Ni semua gara-gara pandai melayan LINE webtoon sebelum tidurlah. Dah stres nak nunggu sambungannya. Nak cer pasal unTOUCHable. Salah satu webtoon yang saya baru mula baca dan terus habis baca sampai 40 lebih episod (panggil epi ke? bolehlah!) dalam masa 1 malam. Adoi! Bila nak nulis ni?
Mula baca sinopsis, rasa macam... menarik ke? Sebab cerita vampire... LAGI!
Tapi, cuba-cubalah baca episod 1. Ai tersangkut!
Bukan cerita vampire biasa.1. Takde hisap darah.2. Takde masalah di panas terik. (kecuali tiba-tiba terpanas terik)3. Vampire ini hanya perlu TOUCH another person untuk 'makanan'nya.
The best part, our miss vampire, Sia Lee, model yang selama ini 'makan' dengan sentuh pasangan modelnya yang lelaki, tiba-tiba tak boleh sentuh 'makanan' paling 'enak' dia pernah rasa dan nak-lagi-nak-lagi, hero ini cerita, Jiho Shion.
Boleh bayang macam mana kisahnya?
[Sia Lee - Our heroin who's the vampire. Dia perlu sentuhan sebagai makanan. Makanan paling 'enak' untuk dia adalah Jiho Shion, our hero.]
[Jiho Shion - Our hero. Manusia biasa. A writer (ngee!). Ada OCD, yang mana buat dia a clean freak dan SANGAT TAK SUKA disentuh!]
Makanya, bermulalah kisah unTOUCHable.The story is too cute & I really hope it will be adapted into drama. Too cute to resist! (for me le...)
Q: Apa jadi bila tiba-tiba Jiho sentuh Sia?A: Sia kenyang le ;)
Okey, selain Sia dan Shio ada tiga watak berperanan utama dalam ini siri. Yang rambut kuning tu kawan baik Sia dari kecil, juga vampire. Namanya Baryu. Yang rambut hitam tu Shiwan, kawan Baryu yang juga satu grup idol dengan Baryu. Dia pun baik dengan Sia dan tahu Sia dan Baryu sama-sama vampire. Kakak pakai spek tu kakak Sia, Moran Lee, pakar psikologi yang akhirnya bantu Jiho untuk atasi OCD dia.
Cerita ni ada dalam manga tak salah. Tapi saya suka baca kat LINE Webtoon ni. Rasa macam best sebab viewing dia cukup besar dan cukup puas. Ngehehe.
Okies, siapa nak cuba baca sila le mencubanya di LINE webtoon. Kalau tersangkut, jangan salahkan daku yek :D
unTOUCHableSia Lee X Jiho Shion
Ni semua gara-gara pandai melayan LINE webtoon sebelum tidurlah. Dah stres nak nunggu sambungannya. Nak cer pasal unTOUCHable. Salah satu webtoon yang saya baru mula baca dan terus habis baca sampai 40 lebih episod (panggil epi ke? bolehlah!) dalam masa 1 malam. Adoi! Bila nak nulis ni?
Mula baca sinopsis, rasa macam... menarik ke? Sebab cerita vampire... LAGI!
Tapi, cuba-cubalah baca episod 1. Ai tersangkut!
Bukan cerita vampire biasa.1. Takde hisap darah.2. Takde masalah di panas terik. (kecuali tiba-tiba terpanas terik)3. Vampire ini hanya perlu TOUCH another person untuk 'makanan'nya.
The best part, our miss vampire, Sia Lee, model yang selama ini 'makan' dengan sentuh pasangan modelnya yang lelaki, tiba-tiba tak boleh sentuh 'makanan' paling 'enak' dia pernah rasa dan nak-lagi-nak-lagi, hero ini cerita, Jiho Shion.
Boleh bayang macam mana kisahnya?
[Sia Lee - Our heroin who's the vampire. Dia perlu sentuhan sebagai makanan. Makanan paling 'enak' untuk dia adalah Jiho Shion, our hero.]

Makanya, bermulalah kisah unTOUCHable.The story is too cute & I really hope it will be adapted into drama. Too cute to resist! (for me le...)

Cerita ni ada dalam manga tak salah. Tapi saya suka baca kat LINE Webtoon ni. Rasa macam best sebab viewing dia cukup besar dan cukup puas. Ngehehe.
Okies, siapa nak cuba baca sila le mencubanya di LINE webtoon. Kalau tersangkut, jangan salahkan daku yek :D

unTOUCHableSia Lee X Jiho Shion

Published on April 15, 2015 10:51
April 13, 2015
Oder untuk Princess Reborn dibuka!

Okies! PRINCESS REBORN is here!
Siapa yang tunggu dan sekian lama asyik tanya BNI, the good news is here. Yippie! /(=✪ x ✪=)\The theme of PRINCESS REBORN is pink. I loike. Tambah sebab pasangnya dipadan hitam. Suka giler! (๑˃̵ᴗ˂̵)وOleh itu, dengan besar hati dan gediks santainya BNI buka oder untuk PRINCESS REBORN dan Dengan Nama Cinta.
PRINCESS REBORNRM30 / RM33 | termasuk Poslaju
DENGAN NAMA CINTARM22 / RM25 | termasuk Poslaju
KOMBO - PR & DNCRM50 / RM53 | termasuk Poslaju
E-mel untuk oder - bikashnuridris@hotmail.com1. Subjek: PRINCESS REBORN2. Subjek: DENGAN NAMA CINTA3. KOMBO - PR & DNC
Special gift untuk y'alls. Muahsss banyaks! Terhad untuk 100 terawal [take note].
Kenapa BNI jual Dengan Nama Cinta sekali ek?Simple!
Dengan Nama Cinta, untuk yang tak tahu ada spin-off watak daripada Princess Reborn. Alah, kawan baik Nazira dan abang kepada Izat - IZAM & AIZA punya cerita ada masuk sini. Malah, ada sama Intan Nazira junior. Si kecik ni nanti akan jadi heroin ceritanya sendiri.
++ Insya-Allah, akan datang | Gadis Februari Lelaki September
Klik untuk sinopsis Princess Reborn & Dengan Nama Cinta
Published on April 13, 2015 15:50
Princess Reborn | random #2

“Ha, Aiza, Ira, nak makan apa?” Izam tengok Aiza kemudian beralih kepada Nazira. Aiza duduk di sebelah Izam manakala Nazira di sebelah Aiza.“Bagi saya nasi goreng dan Milo ais,” ujar Aiza.“Saya pulak mi goreng dan teh ais.” Nazira tersenyum ramah.“Nasi goreng dan Nescafe ais.” Izam angguk kepada gadis itu lalu si gadis pelayan itu berlalu.Suasana dibungkam kebisuan. Izam tengok Aiza, Aiza pandang depan.Nazira angkat kening pandang Aiza dan Izam yang macam laki bini lepas gaduh. Hai, apa hallah yang dua-dua senyap? Dah bisu ke hapeh! Yang si Izam pun, peluang dah ada depan mata masih nak biar. Leh, yang aku pula buat apa kat sini? Kacau daun aje. Dahlah dua-dua pemalu pahit.“Aiza, aku nak pergi kedai buah kejap ya.” Nazira bangkit seraya berlalu.Aiza sekadar angguk. Mulanya, dia saja nak buat beku. Saja nak diam saja dengan terus lihat Nazira yang sudah pun bergerak ke kedai buah yang hanya di sebelah gerai makan itu. Malahan, apabila Nazira sudah tiba ke gerai itu pun, sengaja Aiza nak pandang terus. Namun, hangat yang dia rasa, perasan sangat ada mata yang masih pandang dan sudah mula renung, buat Aiza tarik nafas lalu alih muka. Terus tenung wajah pemuda di sebelahnya. Ya, pemuda itu memang sedang merenungnya.Izam senyum. Akhirnya. Mata bertaut, pandangan bertemu. Perlahan-lahan bibir Aiza sendiri mula senyum. Hanya itu. Hanya senyum dan mereka terus diam seribu bahasa.Apa hal kau tak nak cakap? Bukan kau ke yang ajak aku lunch? Alih-alih, bila Ira dah bagi can sikit punya baik, tak nak jugak bukak mulut. Kalau betullah kau rasa apa yang aku rasa, berterus terang ajelah. Aku tak tahanlah dengan kemaruk perasaan ni. Rindu makin buak-buak. Gaya tunggu masa nak meletup. Takkanlah aku nak mulakan dengan letupan mendadak kut. Malulah!Isy, apasal lidah aku jadi kelu ni? Bukan ke aku ajak dia keluar sebab dah tekad nak luahkan isi hati aku kat dia? Habis tu, apa pulak yang perlu aku takutkan? Ira pun dah blah. Saja nak bagi peluang. Takkanlah nak sia-siakan peluang yang dia bagi? Tak ada alasan budak mulut kecoh mengganggu, jadi... Apakah!“Hmm, cuaca hari ni baik, kan?” soal Izam memecah kebisuan. Eh, kenapa soalan lain pulak yang keluar? Bukan aku nak tanya soalan lain ke? Bengong!“Ya.” Ni apa punya soalan ni? Nak jadi pengkaji cuaca ke mamat ni?“Mmm, Aiza tinggal kat mana?” Aiseh, tak keluar jugak!“Kat...” Kebil-kebil sekejap mata Aiza. “Sebelah rumah Izam kan...” Aiza jawab juga. Hairan dan terfikir-fikir. Takkanlah mamat ni takut sampai lalut?“Aaa... Ya kan...” Izam garu telinga. Double bengong!Suasana dicengkam kebisuan sekali lagi. Pelayan tadi datang kembali, letak pesanan mereka. Sempat senyum manis ke arah Izam sebelum berlalu. Pakwe handsome oi, siapa tak tergoda! Aiza sekadar jeling. Tercalit jugalah sedikit cemburu di hati. Tapi, cemburu yang dia boleh pendam sajalah. Sebab tak ada lampu hijau daripada lelaki yang buat dia rasa cemburu itu.“Aiza suka jadi nurse ke?” Warming-up punya soalan dululah.Aiza angguk. “Itu memang cita-cita Aiza dari dulu.”“Ooo...” Kuatkan semangat kau, Izam. Takkan kau nak digelakkan oleh Izat kut? Kata nak usahakan sendiri kan. Kalau kau nak dia jadi milik kau, kau kena berani. Jangan jadi penakut! “Sebenarnya... Izam ada benda nak tanya Aiza.” Dia renung wajah gadis itu tanpa takut. Tajam.Aiza tertunduk seketika. Kalah pula bila diberi tumpuan penuh yang sebegini. “Apa dia?” Nak tanya apa nama aku pulak? Atau... apa nama kucing peliharaan aku?“Aiza, mmm... Aiza dah ada boyfriend ke belum? Maksud Izam, yang spesial.” Mak oi, terkeluar juga akhirnya soalan wajib. Nasib tak lalut dah.Aiza sekali lagi tertunduk. Kalah dengan penangan mata Izam yang meliar, menjamah wajahnya. Aiseh. Aku pulak yang tak berani. Tadi bukan main mengata. Sekarang, dah tak terkata.“Dah ada yang punya ya? Diam aje. Mungkin Aiza dah ada yang punya. Melepaslah Izam kan...” Izam menduga. Kemudian tubuh yang ke hadapan tadinya disandarkan pada kerusi.“Tak... tak ada. Tak melepas! Maksud Aiza...” Hah! Lagi tak terkata! “Aiza ni tak cantik, tak ada yang nak...“Bukan tu yang jadi ukuran dalam hubungan. Untuk Izam, Aiza cukup cantik. Kalau cantik lagi, mahunya Izam kena serangan jantung. Bahaya tau...” Izam menyakat Aiza yang sipu senyum. “Mmm... tak berminat dengan siapa-siapa?” Izam menyoal. Berani mati punya.Aiza sekadar diam. Takkanlah aku nak mengaku yang aku minat dia? Tak dapat faham kea pa aku rasa, huh?Tiba-tiba Nazira labuh punggung di sisi Aiza. Gedebuk letak punggung. Kemudian dia ketuk dahi sendiri. “Punya lama aku tinggal, baru setakat ni. Masya-Allah. Izam, bukan payah sangat nak cakap. Izam suka Aiza!” Melayang-layang tangan Nazira tunjuk geram. Penuh perasaan. Dia dah tak ada buah nak dibeli lagi di gerai buah itu. Nak beralasan macam mana lagi?“Hah, kau pulak, Aiza. Kalau mamat doktor ni malu-malu, kau kan jururawat yang patutnya pandai merawat, tolong doktor. Tolonglah cakap I love you too, Izam.” Penuh perasaan Nazira berlagak Aiza, meluahkan perasaan kepada Izam. Kalah Juliet di pentas lakonan. “Ira!” Aiza cubit paha temannya. Geram dengan kelantangan Nazira berbicara. Nazira tak malu, dia yang malu.“Adui! Sakitlah!” Nazira mengaduh lantang. Siap terlompat dari kerusi sebab terkejut kena cubit.Kesemua mata di gerai tertumpu ke wajah Nazira. Tertanya-tanya kenapa gadis itu tiba-tiba menjerit. Nazira sengih, buat lambaian tangan Miss Universe untuk tutup malu sambil duduk semula. Tapi dalam hati, dia dan Tuhan saja yang tahu. Nazira buat selamba lalu kunyah mi goreng di hadapan dengan lahap.Izam dan Aiza ketawa geli hati melihat telatah gadis itu. Kemudian, pandangan mereka saling bertaut. Mata boleh membicarakan segalanya. Memang tepat. Itu pun selepas Nazira berjaya menjadi ‘Izam’ dan ‘Aiza’. Akhirnya, mereka menguntum senyuman paling manis. Masing-masing sudah faham isi hati masing-masing. Hanya kerana kenakalan Intan Nazira, semua terbongkar.
Memuncung-muncung mulut Nazira sambil berjalan sendirian dan kunyah buah yang dibelinya tadi. Mengunyah dalam muncung tak sudah. Protes. Tunjuk perasaan. Mulut muncung itulah sepanduk tayang tak puas hatinya.Malangnya, pihak yang buat Nazira rasa begitu tak dapat tengok aksi mulut muncungnya. Mana nak boleh tengoknya kalau dua makhluk itu sudah pandai nak rasa mi Cintan di gerai sana. Siapa? Siapa lagi kalau bukan dua makhluk paling pemalu sebelumnya. Shy-shy cat. Sudahnya... apabila isi hati dia dah cungkil, apabila dia dengan lagak ngerinya berani jadi ‘Izam’ dan ‘Aiza’, dia disisihkan begitu sahaja. Shy-shy cat jadi mau-mau kat... Izam mau kat Aiza, Aiza pun mau kat Izam. Hisy, gatalnya dua orang tu!Mengunyah dalam muncung, terus Nazira hentak-hentak kaki melalui lot parkir pelawat di situ, nak mulakan tugasan yang akan bermula 20 minit lagi. Namun, langkah kakinya terhenti sebaik saja perasankan tubuh seseorang. Seseorang yang dia baru kenal dan agak-agak tak cam mukanya.Berdiri sambil kunyah buah ciku dengan mulut juih-juih, Nazira tilik si gadis berseluar jean dan memakai blaus lengan panjang labuh ke lutut, terbelah kiri dan kanan. Sebaik gadis itu tutup pintu kereta Kancil itu lalu alih tubuh, melihat kepada Nazira, barulah Nazira bersuara. “Kak Hani?”Hanizatul yang tunduk saja pegang kuat beg tote pada bahu, kemaskan dan ketatkan pegangannya, sentak sekejap. Henti terus langkah kaki cepat-cepat yang dia nak atur. Tergam pada satu tempat sambil angkat muka lihat empunya suara yang berdiri tak jauh di belakang Kancil putihnya.“Ira?” Terkelip-kelip mata Hanizatul. “Eh, Ira buat apa kat...”Terdiam Hanizatul sebaik saja perasankan muka kelat-kelat muncung sambil kunyah buah oleh Nazira. Terus dia tergelak dengan gadis yang tiga tahun muda daripadanya itu. Berkat informasi emaknya, yang sejak awal dulu asyik sua hal salasilah keluarga Puan Mawarni ke telinganya. Semangat nak berbesan dengan kawannya itu dan berkenankan sangat anak lelaki kawannya itu. Untuk dia.Cuma sekarang...Spontan gelak-gelak Hanizatul menyepi. Memikir itu, hati yang jadi uja berubah jadi masam kelat. Sejak semalam, begitulah dia. Dan, disebabkan dia begitu, emak pula jadi begini. Begini yang berjangkit sama dengan begitu. Emak sangat terkesan dengan apa menimpa sampaikan emak yang dijangka keluar semalam, masih ditahan di wad di sini sesudah berpindah ke hospital ini atas keprihatinan pak ciknya. Kalau tak sebab adik bongsu emaknya memaksa, mungkin saja wanita itu mahu pulang dan berkeluh-kesah di rumah, sampai jatuh sakit semula.“Apa yang Kak Hani buat kat sini?” tanya Nazira kerut dahi sambil muncung mulut selepas kunyah buah.Hanizatul mula sedar. Dia sudah terlalu jauh melayang kenang hal semalam. Yang mungkin saja sudah jadi silam mula hari ini. Paling tak buat Naziman. Hanizatul pasti. Lalu, Hanizatul tumpu sepenuh perhatian kepada adik Naziman. Nazira yang belum jadi hal silam kerana Nazira masih menegurnya. Kalau Naziman, mahunya menonong saja blah serupa tak nampak dia. Walaupun nampak, buat-buat buta dengan mata yang celik.Aduhai, Hani, siuh jauh-jauhlah Naziman tu. Tumpukan kepada Nazira!“Mmm, mak Kak Hani pindah masuk sini semalam. Dia patutnya keluar semalam, tapi...” Hanizatul buat rupa tak ada hal sambil jongket dua-dua bahu. “Pak su Kak Hani kerja sini. Dia yang uruskan mak Kak Hani masuk sini semalam. Kak Hani balik sekejap tadi, ambik barang,” sambung Hanizatul, senyum sikit.Nazira angguk-angguk. Perasan sangat pada perubahan wajah Hanizatul sekejap tadi. Namun, gadis yang matang sikit daripadanya itu jelas cuba buat biasa, serupa tak ada apa. Disebabkan Hanizatul nak tunjuk tahan diri sebegitu, Nazira ikut saja rentaknya. Ikut buat tak ada hallah. Tangan sua buah ciku terakhir dalam paket ke mulut, mengunyah sambil muncung-muncung.Hanizatul ketawa spontan. Tak boleh tahan dengan muncung itik comel Nazira, sambil mengunyah. “Ira, apa hal yang muncung sangat dari tadi ni?”“Patah hati. Hatiku kuciwa.”“La... Siapa pulak dah kecewakan Ira sampai termuncung-muncung gini?” Hanizatul atur kaki hampiri Nazira yang terus berdiri di belakang Kancilnya.Nazira terus buat muncung-muncung itik.“La, anak dara ni. Duk merajuk kat tengah panas ni pulak.”Suara yang kedengaran buat Hanizatul alih sikit muka. Terus nampak empunyanya. Seorang lelaki kacak yang tinggi lampai serupa anak kacukan. Sungguh kacak. Kemudian mata beralih pula ke gadis di samping, yang ketika ini sedang terjenguk-jenguk nak curi tengok Nazira yang masih termuncung-muncung. Dah ada gaya orang merajuk tak sudah dah Nazira tu. Gadis di sisi lelaki itu, untuk mata Hanizatul, orangnya cukup cantik. Sangat padan. Jika mereka ini pasangan, memanglah sungguh bagai cincin dan permata.“Alah, Ira, janganlah merajuk. Si doktor nilah...” Aiza hampiri Nazira, berdiri di kanan dan terus paut bahu kiri Nazira dengan tangan kirinya. Tangan kanan pula cepat saja cuit mulut muncung sekejap ada sekejap tak ada kawan baiknya itu.Nazira peluk tubuh, terus dengan semangat merajuk, muka pandang ke kirinya.Aiza ketawa perlahan dengan gelagat merajuk manja penuh mengada Nazira. Selamba dia tunduk muka sedikit lalu cium pipi Nazira.Besar mata tak sebesar mana Izam tengok aksi itu. Hanizatul senyum tipis bila perasankan reaksi Izam yang begitu. Namun, akhirnya senyum berubah jadi ketawa bila lihat aksi Nazira.Selamba, hilang muncung sekejap ada sekejap tak ada, Nazira langsung lari tinggal Aiza dan berdiri di depan Izam yang masih peranjat. Nazira bawa kedua-dua ibu jari tangan ke pipinya kemudian dikembangkan ke atas ke bawah, siap menjelir lidah. ‘Menghina’ secara langsung. Kemudian selamba berjalan ceria sambil bersiul gembira.Izam nganga sambil pandang Aiza dan gadis yang tak diketahui namanya itu, yang sudah berkongsi ketawa. “Did she just insult me?”Aiza dan Hanizatul berkongsi pandang kemudian sama-sama tengok Izam, angguk-angguk.Muka Izam garang, tak percaya. Akhirnya, perlahan-lahan rautnya menjernih dan melembut. Ada tenang dan senyum mula menitip. Dia tertawa kecil. Lucu. Tambah apabila nampak Nazira yang sudah berjalan ke depan sambil melenggang lenggok dengan lagu Patahlah Hati, penuh klasik.Nazira jenguk belakang sekejap kemudian sengih suka. Dia masih menjuarai takhta hati Aiza. Cewah!Elok paling depan, terus Nazira nampak Fahmi, sedang berdiri tanpa kot putihnya, pandang antara dia dengan Izam di belakang Nazira. Dari arah lelaki itu berdiri, Aiza dan Hanizatul tersorok daripada pandangan dek pokok-pokok hiasan sekitar kawasan lot parkir, untuk tujuan mengindahkan dan meredupkan suasana.“Hi, doc.” Nazira menyapa sambil lambai mesra, terus tunjuk senyum cantiknya.“Hai.” Fahmi hampiri Nazira yang sedang berjalan ke arahnya. “Awak bergaduh dengan Doktor Izam ke?” soal Fahmi apabila dia dan Nazira bertembung dan berdiri di satu tempat.“Ada nampak rupa orang marah ke?” Nazira unjuk muka ke arah Izam yang sedang ketawa serupa orang suka kena kutuk. Fahmi ikut pandang. Terus dia sengih. Sebab Izam nampak macam orang hilang waras. “Habis, yang hangat satu macam tadi tu kenapa? Muka Doktor Izam macam nak cari gaduh dengan Ira. Macamlah Ira rampas Aiza...”“Lebih kuranglah. Hehehe.”Fahmi berkerut dahi. “Dah jadi ke dia orang?”Nazira jongket-jongket kening ikut giliran. “Berkat keberanian life saya.” Nazira mula bangga-bangga sambil kembangkan hidung mancung muncungnya. Mancung muncung, definisi abangnya. Sebab hujung hidungnya bulat gaya ada butang. Macam hidung Sofea Jane, kata Aiza pula.Fahmi angguk-angguk dan pandang semula Izam. Sudah habis gelak hilang waras, namun sengih gatal satu macam masih ada. Ke satu arah. Dan, ketika itulah Fahmi sedar ada orang lain di sudut kiri Izam. Fahmi arahkan leher ke situ. Terpandangkan Aiza, dia mula faham. Kawannya itu sudah single but not available. Terperasankan seorang lagi di samping Aiza, terus dia bersuara, “Hani?”Hanizatul ke hadapan sedikit, bersama Aiza. “Eh, pak su!”Nazira terkejut sambil pegang dada dengan paket buah, lihat Fahmi dan Hanizatul seketika. “Pak su?”“A’ah. Tak percaya, kan? Tapi tulah... saya ni pak cik Hani.”Nazira separuh nganga sambil fikir. Maknanya, kalau jadilah... kalau jadilah... Abang akan ada pak cik yang nak sama umur dengan dia? Nazira fikir, fikir dan sudahnya... Spontan dia mengekek macam orang tengah sakit perut sebab banyak makan ciku. Izam, Aiza, Hanizatul dan Fahmi hanya boleh lihat. Tak faham.
Published on April 13, 2015 06:24
Bikash Nur Idris's Blog
- Bikash Nur Idris's profile
- 78 followers
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.