Bikash Nur Idris's Blog, page 4

March 8, 2015

Princess-reborn | lima

Kereta Charade Aura milik Nazira meluncur laju masuk ke kawasan parkir hospital yang dikhaskan untuk tetamu dan staf. Memandangkan Nazira bukan siapa-siapa yang ada pangkat atau kepentingan besar di hospital ini, hanya jururawat biasa-biasa yang kekal comel (nak masuk juga tu!), makanya tiadalah parkir khas untuk dia. Malah, yang kurang comel lebih cantik macam Aiza, Fauziah, Widuri dan Chawi pun tak ada. Kut Kak Pipah mereka yang comel lagi cantik pada usia 40-an itu, adalah. Hehehe.Nazira terus pandu perlahan, ke kiri kanan arah batang leher. Misi mencari kotak kosong. Isy! Kenapalah parking lot penuh sangat hari ni? Agaknya hari ni ramai yang sakit tak? Tapi, kalau ramai yang sakit, aku jugak yang susah. Mesti banyak kerja. Dah tu, kena parking jauh-jauh pulak. Isy, leceh betul. Bilalah aku nak ada kotak parking sendiri ni? Hmm, kena mula ushar cucu pengarah hospital ni. Sah bukan satu, tapi 10 pun aku dapat. Cewah, Ira, tak agak-agak tamak haloba!Kereta terus dipandu perlahan. Manalah tahu kalau ada yang masih kosong. Kiri kanannya dipandang. Tercangak-cangak cari petak yang masih tak berisi. Emak burung kasawari pun kalah. Ha, ada pun! Gear dimasukkan, signal diberi. Tiba-tiba sebuah Toyota Celica merah berhenti di situ. Masuk elok ke kawasan parkir yang Nazira cop dulu!Nazira terus brek mengejut, terkebil sendiri telan lega tak berlanggar. Tapi, sekejap saja. Hilang terkejut, memuncak marah Nazira. Cis, tak guna! Bukannya senang nak dapat tempat parking masa ni. Ingat aku bakal cucu menantu pengarah hospital ke. No way! Kali ini aku mesti tuntut hak aku. Aku yang nak masuk dulu tau. Dah siap cop pakai signal pun! Grr!!!Kelihatan seorang pemuda kacak keluar dari perut kereta merah tersebut. Muka tak ada dosa saja di mata Nazira yang angin satu badan. Nazira terus keluar, hentak pintu kereta sendiri lalu hampiri pemuda tersebut, yang sedang bergerak ke arah dia. “Sorry ya, saudara. Saya baru aje nak letak kereta saya kat situ, tiba-tiba pulak saudara masuk.” Marah-marah pun, Nazira masih ajar diri untuk sabar dan menegur seelok yang mungkin. Dia jururawat kut... Ni hospital kut...Izat tengok gadis di depan. Balik kaca mata Ray Ban yang dipakai, dia dapat lihat wajah itu dengan jelas. Okeylah. Nampak lembut saja. Kemudian mata merendah, ke bawah perlahan-lahan. Gadis itu sepertinya berseragam merah jambu, ditutup dengan kardigan ringkas berwarna putih. Rambutnya panjang melepasi bahu, tidak diikat atau disepit. Dibiar begitu sahaja, beralun-alun. Dan setiap kali rambut itu beralun sentuh muka sebab angin, setiap kali itulah si manis berwajah mencuka itu tak agak-agak tolak sakan rambut sendiri daripada tutup muka. Izat angkat pandangan akhirnya. Amboi, princess mana yang sesat kat Melaka ni? Dia akui wajah itu tampak menarik dengan keayuan yang asli, tanpa secalit solekan mencemar. Tapi, sesudah belek dan tiliklah, baru nampak ayu itu. Nampaklah muka ala princess di mata. “Oi, saudara! Saya cakap dengan saudaralah!” ujar Nazira mula hilang sabar. Sebagaimana garangnya bercakap, segarang itu juga dia menolak rambutnya yang beralun nak tutup wajah. Rambut ni pun, tak tahu ke dia tengah marah. Gigit kang!Izat senyum. Amboi, garang jugak. Nampak saja lembut, tapi boleh tahan menyinga.“Eh, senyum pulak dia! Hei, saya cakap dengan awaklah, bukan tiang letrik tau.” Tertuding-tuding dia ke arah tiang elektrik terdekat. Izat pandang tiang elektrik kemudian Nazira.“Awak ni bisu ke apa, hah?” marah Nazira terus, geram menjulang-julang. Dah tak boleh nak tunjuk muka jururawat dah. Sakit tahap tak boleh rawat dah ni!Amboi, minah ni! Kurang diajar pulak dengan aku. “Maaf, cik, rasanya tak ada tertulis nama awak kat sini.” Izat tertinjau-tinjau ke petak parkir yang dia sudah isi. “Dan, siapa cepat, dia dapat. Understand?” Izat tarik kaca mata, sengih nakal lalu kerdip mata.Nazira ketap bibir bawah, geram. Ingat comel sangatlah muka tu! Bertambah-tambah panas hati Nazira di bawah terik matahari. Terus dia bentak apa dia rasa. “Awak tak patut buat macam tu. Saya ada kerja tau tak. Saya yang nak masuk dulu tadi. Tiba-tiba saja awak parking kat situ.”“Saya malas nak layan awaklah. Ada kerja yang lebih penting nak saya selesaikan.” Izat terus berlalu. Apa punya perempuan daa!Nazira hentak-hentak kaki geram. Setan, tak guna! “Woi, harapkan muka aje handsome. Perangai hampeh! Pirah!” Sakan dia angkat-angkat kaki gayang menendang. Tendang angin pun jadilah.Izat paling. Minah ni gila ke hapeh! Sayang, muka nampak okey, tapi mental rupanya. Dia terus melangkah, kembali pakai kaca mata. Malas nak layan orang gila. Buang masa. Dia terus ke bilik Izam. Tujuan asal.
Pintu dengan nama DR. MOHD IZAM EFFY Izat ketuk.“Masuk.”Izat pulas tombol. “Hoi. Buat apa?”Izam segera panggung kepala pandang adiknya. Pemuda itu sengih seperti kerang busuk. “Cubalah bagi salam dulu, Izam. Ni tak. Hoi-hoi.”Izat menyeringai. “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.”“Waalaikumussalam,” jawab Izam seraya menutup fail pesakit di atas meja.Izat terus labuh punggung bertentangan dengan Izam. “Abang, ada tak orang gila terlepas keluar dari sini?”“Orang gila? Wad untuk orang gila pun tak ada kat sini, Izat, inikan pulak orang gila. Tapi, kenapa pulak Izat tanya macam tu?” Izam sedikit hairan dengan adiknya. Masuk-masuk terus tanya pasal orang gila. Kena sampuk gila ke apa adik aku ni?“Tadi Izat ada jumpa seorang awek. Orangnya boleh tahan tertarik jugaklah Izat nak tengok. Tapi sayang, otak tak betul. Mental rupanya.” Izat selamba pusing-pusing jari telunjuk di tepi kepala.Izam ketawa geli hati. Ini sah ada yang tak kena. Jerat tak mengena kut, itu yang geram sangat sampai kata gadis itu gila. “Ada-ada ajelah Izat ni.”“Banyak kerja ke? Izat ingat nak ajak abang makan.”“Sorrylah, Izat. Abang dah makan pun tadi. Lagipun abang tengah sibuk ni. Banyak kerja pulak hari ni. Abang kena cover member. Bagi tau mummy yek. Mmm, Izat ajelah yang pergi makan. Okey?”Izat buat muka budak merajuk. “Ingatkan nak makan dengan abang hari ni...”“Lain kalilah.” Izam senyum. Tahu sangat adiknya itu saja nak umpan dia supaya dipujuk. Kecil sampai besar, asyik dengan taktik itu. “Ha, kalau Izat lapar sangat, Izat boleh makan kat kantin atau gerai dekat-dekat sini aje. Kantin sini makanan dia sedap-sedap. Orang datang melawat pun tak rasa nak balik. Ha, macam mana?” umpan Izam, juga faham macam mana nak kawal adiknya itu.“Izat makan kat kantin ajelah kalau gitu. Malas nak keluar pulak. Lagipun, dah abang kata sedap kan. Hurm, kat mana kantinnya?”“Amek lif, keluar aje, terus sebelah kiri. Kemudian kanan dan kiri. Akhir sekali ke sebelah kanan.”“Tunggu, tunggu! Keluar lif, kiri, kanan, kiri?” Izat meminta kepastian. Takut-takut tersesat pula dia.“Ya, cepat tangkap!” Izam angguk. “Tapi jangan ikut jalan tu. Keluar lif, terus aje. Depan tu adalah.” Izam ketawa-ketawa. Suka dapat kenakan adiknya yang selalu suka kenakan dia. Tukar giliran.“Hisy, orang tua ni!” Mencerun Izat sambil angkat punggung. “Dahlah. Izat pergi dululah. Malas nak kacau orang sibuk.” Izat bangkit daripada duduknya, sempat buat muka kepada Izam yang masih gelak-gelak suka.
“Hai, Ira. Apasal lambat?” soal Chawi, gadis keturunan Siam yang fasih berbahasa Melayu. Dia renung Nazira yang hempas punggung di sisi Widuri. Dengan rambut serabai dan kardigan putih masih pada tubuh. Memang selalunya Chawi tengok Nazira lepas rambut begitu. Masuk bilik rehat jururawat barulah Nazira akan sanggul kemas. Cumanya, tak pernah pula dia tengok Nazira berambut serabai begini. Terkebil sekejap dia pandang muka nak makan orang ditunjuk Nazira kepadanya.“Aku jumpa orang tiga suku tadi!” Nazira kepal kedua-dua tangan di atas meja. “Eii, menyusahkan hidup akulah!” Tak guna punya mamat. Sebab dia aku terpaksa parking kereta jauh-jauh. Eii, sakitnya hati aku. Membara ni! Terus Nazira buka kardigan dan capai sekeping kertas dari beg galas belakangnya. Entah kertas apa jadi mangsa. Lantaklah. Dijadikan kipas sementara untuk surutkan panas dalam dan luar. Sesekali rambut dikirai-kirai untuk hilangkan panas dirasa.“Kenapa? Orang tiga suku tu buat apa kat kau?” Fauziah berminat.“Argh, malas nak cerita. Menyakitkan hati aku aje! Meluatnya! Perangai macam set... Tak, macam syaiton... Eii!” Nazira menggigit-gigit bibir tahan geram, sebelah tangan kipas diri, sebelah lagi kirai rambut. “Okeylah, okeylah. Tak paksa dah. Aiza mana? Tak nampak pun.” Fauziah masih ajukan soalan.“Syif pagi.”“Ooo... Hei, apa kata kalau kita pergi shopping? Awal lagi ni. Lagipun, sekarang ada sales,” cadang Fauziah.“Idea yang baik tu. Jom,” ujar Widuri yang senyap sedari tadi mula uja.“Kita pergi nak?” Chawi tenung wajah Nazira. Bercahaya-cahaya mata dengar perkataan sales.Nazira pandang wajah temannya satu per satu. Kipas sementara dia letak di atas meja lalu getah rambut hitam pada pergelangan tangan dikeluarkan dan mula ikat longgar rambut panjangnya sambil menysoal, “Kau orang nak pergi ni ada duit ke tak?”“Alah, kita window shopping aje,” kata Widuri.“Hah, yalah. Mula-mula window shopping, lepas tu I nak tengok windowlah. Dah tengok-tengok window, sudahnya beli. Lepas tu, bila dah rabak baru nak menyesal. Mula nak buat kira-kira bulanan.” Nazira mendengus lembut, biar sahaja rambut tebalnya diikat satu ke sisi kanan bahu. Dia faham sangat dengan perangai teman-temannya itu. Tiga-tiga kaki shopping. Hantu. Tak boleh percaya punya!“Yalah, yalah. Kau menang.” Chawi angkat kedua-dua tangan, mengalah akhirnya. Malas nak bertekak dengan gadis yang paling muda antara mereka itu. Lagipun, apa yang dikata Nazira itu ada benarnya.“Mmm, Ira, malam ni aku tumpang kau ya. Boleh, kan?” ujar Widuri.“Aku pun,” sampuk Chawi.“Okey aje. Tapi, hulur-hulurlah,” ujar Nazira dengan nada bergurau sambil gamit-gamit tangan. Minta hulur, mengacah. Teman-teman Nazira sekadar senyum. Tahu sangat mereka dengan perangai gadis itu. Kononnya hendakkan huluran. Bila disua, Nazira dulu-dulu tarik muka sebab mereka berkira dengannya.“Ha, Gee, kau tak nak tumpang sekali ke?” Nazira kerling Fauziah. Sengaja soal walaupun sudah ada jawapan.“Tak payahlah. Azman datang ambik aku malam ni.” Fauziah sedikit malu-malu, tunjuk gigi.“Ini yang boring bila dah ada boyfriend. Mesti tak ingat kawan punya.” Nazira jebik-jebik mulut, simptom rajuk-rajuk.“Ira, takkan tu pun kau nak merajuk kut? Kau tak suka ke aku ada boyfriend?” Fauziah mula gusar-gusar. Nazira gelak-gelak. “Taklah. Hisy, kau ni... Main-main ajelah. Bahagia tengok kawan-kawan ada boyfriend. Dulu aku dengan Aiza aje kosong. Sekarang Aiza dah satu, aku jugak kosong. Tapi, aku gembira untuk kau orang.”“Habis, kenapa cakap macam tu?” soal Fauziah. Ada nada terasa dalam soalannya itu.“Dia merajuk dah, merajuk dah...” Nazira sengih. Dia menyelesakan duduk pada kerusi panjang yang boleh isi tiga tubuh. Di bahagiannya duduk Widuri dan di sebelah Widuri kosong. Manakala Fauziah dan Chawi duduk berhadapan dengan mereka.Widuri dan Chawi senyum. Sudah biasa sangat dengan kenakalan Nazira. Ada saja modal nak mengusik. “Sekejap ya.” Nazira menegakkan duduk, berdeham. “Aku mendoakan agar kau bahagia, di samping si dia, insan yang kau suka...” Nazira menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Kumpulan Lestari, penuh perasaan.“Kau ni jahatlah!” Ke depan tubuh Fauziah cuba memukul lembut lengan gadis itu.“La... Cuba kau orang tengok. Orang mintak yang elok pun dia nak pukul.” Nazira mengelak daripada dipukul manja Fauziah lalu ketawa-ketawa lagi.Widuri dan Chawi ketawa perlahan sedangkan Fauziah sudah duduk kembali dan hanya senyum malu.“Wo... merah muka dia...” Nazira masih mengusik, acu-acu jari telunjuk ke arah Fauziah di depannya.Ketawa mereka terburai. Hingar-bingar suasana kantin itu seketika. Fauziah sendiri ikut tergelak dengan sikap Nazira. Nazira duduk, senyum lalu kerling tiga teman rapatnya sesudah Aiza. Fauziah renung wajah manis Nazira. Tenang. Hatinya selalu tenang bila tengok raut itu. Sejak kali pertama jumpa muka lagi. Mereka mula baik semenjak Nazira mula bertugas di hospital ini. Sebelum itu, dia, Aiza, Chawi dan Widuri hanyalah rakan setugas. Kenal biasa, tegur biasa. Tak rapat mana pun. Namun, selepas datangnya Nazira, hubungan yang tiada, jadi wujud. Mereka berlima jadi geng lima belangkas. Itulah kata Kak Pipah yang sudah pandai main mata dengan Nazira sejak awal kali jumpa. Sebab Nazira ada saja nak buat nakal. Kata Kak Pipah lagi, Nazira ni ada gaya otai buat jahat sangat. Lepas itu mandrem Kak Pipah guna muka naifnya, minta dimaafkan.“Wau!” Tiba-tiba Widuri jerit kecil, terkeli-kelip mata lihat ke satu arah.“Hoi. Apa halnya dengan kau ni? Tiba-tiba aje jerit. Kena sawan ke?” Nazira terus sentuh dahi temannya itu. Manalah tahu kena demam panas tiba-tiba. “Tak panas pun. Kau sakit kat dalam ke?”Widuri angguk-angguk, masih pandang arah yang sama. “Jantung aku nak terjatuhlah!”“Jatuh? Mana? Mana? Biar aku tolong tahan.” Nazira mula buat aksi hendak tahan benda jatuh.Widuri tampar-tampar geram tangan Nazira yang mengenai dadanya. Konon nak tahan jantungnyalah tu! Padahal ambil kesempatan!“Tulah.” Widuri sudahnya menuding ke arah dia tengok sejak tadi. Kepada seorang pemuda kacak yang sudah pun melangkah masuk ke ruang kantin. Nazira, Chawi dan Fauziah alih pandang serentak ke arah yang ditunjuk Widuri.“Wau!” Chawi dan Fauziah turut terjerit kecil. Tak boleh kata lebih. Terus Chawi, Widuri dan Fauziah wau menengok si kacak tampan yang kian ke hadapan langkahnya. Berkemeja kosong warna ungu pastel, dua butang atas terbuka, tali leher yang macam direnyuk masuk ke dalam poket seluar (kerana isinya terjelir sedikit), kaca mata hitam tersangkut pada poket baju dan lengan baju panjang yang disingsing ke siku. Gaya pejabat yang jadi kasual. Mengancam habis! Ditambah pula lelaki itu ada darah Inggeris yang sangat ketara. Kalau dikata saudara kepada Doktor Izam, hero terbaru hospital yang tampan dan baru berpunya itu pun mereka percaya. Sekali pandang, semacam. Berkali pandang, tambah-tambah mengancam sampaikan hati jadi terancam. Nasib tak jatuh cinta! Nazira ikut pandang dan tak sempat-sempat, tak tahan-tahan, dia lepas rengus kasar. Budak tiga suku ni rupanya! Heh, buang masa saja kau orang berwau-wau! Main wau lagi bagus!“Dia ni Melayu ke mat salih?” soal Chawi spontan.“Entahlah,” jawab Widuri dan Fauziah serentak dengan gaya tengah termimpi-mimpi.“Yang kau orang semua tengok dia macam tu, kenapa? Macam tak biasa tengok orang,” gerutu Nazira.“Handsome!” ujar mereka bertiga serentak dan serentak kepala terteleng satu macam. Tergoda yang sangat.“Handsome?” Nazira tengok Chawi, Widuri dan Fauziah serupa mereka sudah hilang akal kemudian pandang pula pemuda tersebut, yang semakin mengatur langkah ke hadapan, mendekati meja yang mereka duduki. Eh, memang pun. Sangat kut. Tak perasan pulak aku lepas sakit hati tadi. Tapi... “Heh! Kalau muka handsome, tapi otaknya tak betul, buat apa?”“Otak tak betul?” soal Fauziah kebil-kebil peranjat.Angguk.“Maksud kau dialah orang tiga suku yang kau...” Widuri tak sempat sudahkan kata bila Nazira pantas angguk-angguk.“Kesiannya dia. Muka cukup siap, otak pulak tak cukup siap. Aduhai...” Wajah Chawi berubah, jatuh kasihan ke atas nasib yang menimpa pemuda itu.
Izat terus melangkah kemudian arahkan mata ke sekitar kantin itu. Kiri kanan. Mak oi, ramai juga orang kat sini ya. Masih melihat-lihat, mata Izat akhir sekali terarah kepada sekelompok gadis-gadis yang memakai pakaian jururawat, serba merah jambu. Itu pun dia tahu selepas perasan pada jururawat-jururawat yang berpapasan dengannya sepanjang dia hendak ke sini tadi.Izat perasan sangat, sesekali mata-mata yang mengisi meja itu terarah kepadanya. Izat sekadar senyum. Sudah biasa dengan situasi begini. Dia kan barang panas. Mmm, cun-cun juga dia orang. Kalau dapat tangkap satu, kenyang wa cakap lu! Izat atur kaki semula. Tanpa ragu, terus tuju ke meja itu. Apabila tambah hampir barulah Izat perasan akan satu daripada emapat tubuh di situ, dia baru saja lihat seketika tadi. Eh, kalau tak salah aku, tu budak perempuan tadi. Eh, yalah! Orang gila tadilah! Apa dia buat kat situ? Ah, lantak! Bukan minah tu pun heroin ini cerita. Aku sebagai hero, tak iktiraf! Izat kerling tiga gadis cantik manis yang lain sambil teruskan langkah. Mmm... sambil menyelam minum air. Sambil-sambil aku nak jamu selera, baik aku ayat salah seorang daripada yang ada. Cantik-cantik apa. Izat hampiri gadis-gadis tersebut. “Assalamualaikum. Tak jawab berdosa.” Senyum manis Izat hulur. Senyum manis yang selalu goda gadis-gadis manis.“Waalaikumussalam. Mengurat lagi berdosa,” ujar Nazira bersahaja, tajam macam tusukan pisau. Mulutnya mengerekot kunyah karipap yang sejak tadi ada di atas meja. Aci balun tanpa oder.Izat mertenung gadis tersebut. Rasa marah menjalar dalam diri. Rasa dipermain. Dan, rasa diri kalah. “Cik adik, saya bukannya nak mengurat cik adik. Setakat muka cik adik ni, bila-bila saya nak saya boleh dapat tau. Lainlah kawan-kawan cik adik yang manis-manis dan cantik-cantik ni, yang mana satu peratus pun tak ada kat awak bahagian cantik manisnya,” sindir Izat kembali, senyum lagi. Namun, Nazira tak bodoh dalam menilai senyum manis menggoda tadi dengan senyum manis memerli yang ini. Dia tahu nak beza. Wajah Nazira merah. Tak guna! Kau ingat kau boleh terlepas daripada aku? Aku akan kenakan kau balik. Tengoklah! Terketap-ketap bibir Nazira sambil makan karipap.Izat terus berlalu tanpa peduli betapa merahnya raut Nazira. Dia sekadar jeling, lihat wajah gadis itu yang mencuka. Izat senyum. Perasan sangat kan!“Mmm, Ira, kau kata dia tiga suku. Tapi, aku tengok dia okey aje.” Chawi sedikit hairan. Terus pandang lelaki yang sudah berlalu itu. Jalan macam biasa, cakap pun macam biasa. Gaya muka siap, otak pun siap.“Dia memang tiga suku. Syaiton... Tak guna!” Nazira ketap bibir, renyuk kertas yang jadi kipas sementara tadinya. Lupa langsung pada budi ia. Hatinya sakit, jiwanya geram. Tambah pula dia dimalukan di hadapan teman-temannya. Dia yang sedia rendah, direndah-rendahkan begitu. Grr!!!“Mana kau tau?” soal Widuri pula, polos. Tiada niat lain selain hendak tahu.“Tak percaya sudah!” Sengit Nazira berkata lalu bangkit dan terus berlalu. Meninggalkan teman-temannya yang termangu. Jaga kau, mamat! Aku akan kenakan kau balik!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 08, 2015 08:48

February 1, 2015

Princess-reborn 2 | Bab 1

INTAN NAZIRA yang duduk di belakang kereta Nissan X-Trail itu memasamkan muka sambil peluk badan. Stres! Mana tak stres kalau ibu masih hendak gelakkan dia sampai sekarang sebab dia cerita pasal apa yang jadi di dalam bilik interviu masa itu. Dah tujuh hari benda itu jadi dan dah tujuh hari juga ibu asyik hendak gelak dan gelak bila mengingat. Orang lain buat kenduri tujuh hari tujuh malam, ibu dia ini pula buat gelak tujuh hari tujuh malam! Huh!Intan Nazira juih mulut, peluk badan sambil pandang arah lain. Tak sudi langsung tengok lelaki di depannya. Malah, sebab tak nak tengok lelaki bersuara jantan itu, dia ikut tak peduli kepada Datuk berpangkat di sebelah. Walau sekian lama Intan Nazira mengagumi Datuk Abdul Amin, tuan punya Amanah Medical Centre yang turut memiliki kolej kejururawatan yang dia nak masuk sangat sejak dulu. Namun, masa ini dia buat tak peduli. Langsung tak ambil kisah!Sebab, lelaki bersuara jantan yang namanya Izzat Imir, lelaki yang berani-berani tanya soalan minta penampar sekali gus lamarnya dengan gaya entah apa-apa tempoh hari rupanya adalah cucu kepada Datuk Abdul Amin. Cucu buat hal, datuk kena sama. Itu prinsip Intan Nazira. Tak ada kompromi!Intan Nazira buat tak pandang, tapi dalam masa yang sama dia curi tengok juga lelaki tinggi lampai itu. Dari tadi dia sekeluarga sampai, lelaki itu asyik tengok dia. Masih dengan pandangan dia soalan matematik belum terjawab. Intan Nazira tak selesa, tapi dia tak boleh buat apa. Sebab dia memang tak berani nak balas pandang lelaki itu masa ini. Dia rasa lain macam sangat bila asyik jadi bahan tengok begini. Dia mana pernah mendapat renungan gaya ini daripada mana-mana lelaki. Tambah lagi lelaki maco bersuara jantan macam Izzat Imir.Lelaki ini, Izzat Imir bin Ahmad Idrus, adalah lelaki yang ibu dan opah sedang timbang-timbang untuk jodohkan dengan dia. Walaupun dapat tentangan hebat abah sampai kini. Abah sungguh-sungguh tak kenan nak buat Izzat Imir ni sebagai menantu. Tak tahu kenapa. Padahal abah belum pun jumpa lelaki ini. Abah yang selalu nasihatkan dia jangan nilai orang selagi tak kenal betul, belum jumpa muka dengan Izzat Imir dah menilai dan membenci. Abah ni, cakap tak serupa bikinlah!Intan Nazira unjuk muka ke depan gaya cari gaduh kepada Izzat Imir yang tunak tengok dia. Tengok dan tengok, renung dan renung. Kenapalah lelaki ini begini? Cubalah buat baik dengan dia, beli hati dia, usik hati dia. Kata nak beristerikan dia, tapi tak pun tunjuk gaya macam itu. Selain lamaran gaya entah apa-apa di dalam Bilik Interviu sebelum ini, lelaki itu tak pernah cuba hubungi dia. Ajak kahwin macam ajak main pondok-pondok pula!Izzat Imir langsung tak beri respons apabila Intan Nazira sua muka gaya gengster. Selamba dia alih pandang, terus tengok wanita berusia yang sudah pun berpangkat nenek di sebelah Intan Nazira. Wanita itu sedang tengok dia macam menilai atas bawah, depan belakang. Sebelah wanita itu pula seorang lagi wanita lebih kurang baya emak Intan Nazira. Sedang tilik dia juga. Sambil tahan nafas, Izzat Imir tengok pula orang sebelah wanita itu. Sebab dia agak budak perempuan itu pasti juga sedang tilik dia.Salah! Budak perempuan itu langsung tak peduli dia! Budak perempuan itu sedang tilik apa ada di depan matanya. Makanan-makanan di atas meja makan! Hampir nak tersenyum Izzat Imir. Terbabas mengagak rupanya dia. Budak perempuan ini langsung tak sama dengan perempuan-perempuan lain yang datang samanya. Budak ini lagi berminat pada makanan banding dia!Akhirnya, Izzat Imir bawa muka ke depan, sebelah kanan sedikit. Terus dia jumpa muka dengan wanita yang datuk perkenal sebagai ibu kepada Intan Nazira. Dia senyum cukup syarat. Aiza balas senyum, kelip-kelip mata lihat Izzat Imir. Sungguh jauh berbeza lepas sekian lama tak jumpa. Izzat Imir kali akhir dia jumpa adalah ketika Intan Nazira masih kecil. Masa itu Intan Nazira dalam 10 atau 11 tahun rasanya. Manakala Izzat Imir sudah jadi anak bujang dan sedang belajar di universiti. Masa itu dia atau Datuk Abdul Amin tak tahu pun Intan Nazira adalah cucu kepada lelaki itu. Kebetulan saja terjumpa.Masa itu, orangnya memang tinggi, tapi Izzat Imir sekarang nampak lagi-lagi tinggi. Masa itu serasa Aiza, Izzat Imir lebih kurang tinggi Izam saja. Tapi, malam ini Izzat Imir nampak lebih tinggi. Lebih 180 sentimeter. Malah, badan Izzat Imir langsung tak gaya anak bujang dia jumpa dulu. Bukan lagi kurus sebaliknya dah nampak sasa dan tegap. Terasa timbul dan berketul lagi.Bunyi Intan Nazira berdeham gaya nak keluarkan anak tekak buat Aiza yang semacam hanyut dalam imbasan dulu dan kenyataan sekarang, sedar. Bila sedar, baru dia perasan telapak tangannya masa ini ada di atas dada bidang Izzat Imir. Rupanya, terasa timbul dan berketul itu bukan sebab mata Aiza tengok. Sebaliknya luar perasan dia dah sentuh dan raba lelaki muda itu. Alamak!Aiza terus pandang Intan Nazira. “Sorry, Ira, ibu dah pegang dulu. Teraba secara tak sengaja.”Muka maafkan mak, nak yang Aiza tunjuk buat Datuk Abdul Amin gelak. Lagi dia gelak apabila tengok muka Izzat Imir yang putih melepak merah bukan main dengan ayat aci lepas bakal mertua.“Ibu, cakap apa ni!” Naik suara Intan Nazira geramkan mulut lepas si ibu. Sejak-sejak dapat Ismaa, ibunya suka aci cakap saja. Bila dapat Imeel, lagilah tak berapa nak malu silu gaya dulu. Dia syak abah dia punya pasal! Rosak ibunya yang pernah suci murni suatu masa dulu!Puan Mawarni ketawa. Kelakar dengan gelat anak-beranak itu. Dia pandang Datuk Abdul Amin pula. Lelaki yang lebih tua beberapa tahun daripadanya itu berjalan pakai tongkat. Bukan sebab dia Datuk kaya nak bergaya, tapi memang lelaki itu perlukan tongkat itu untuk mudah berjalan. Faktor umur. Dia sendiri pun sudah tak boleh berdiri lama dalam usia sekarang. Dah tak kuat. Namun, dia bersyukur sangat umurnya panjang begini kerana dia menikmati gembira dan ria dalam sisa-sisa hidupnya yang ada ini. Alhamdulillah.“Rasanya, elok kita bincang hal budak-budak ni sekarang.” Puan Mawarni terus lihat Datuk Abdul Amin sambil beri cadangan.Datuk Abdul Amin lihat jam di tangan kemudian angguk. “Makan lewat sikitlah ya kita...”“Tak apa. Ni pun baru nak 12.00. Awal sangat nak makan tengah hari. Lepas semua selesailah...” Puan Mawarni tak kisah. Hal cucunya ini perlu diselesai dulu. Datuk Abdul Amin pandang Izzat Imir yang nampak kacak dengan baju-T berkolar dan Khakis. “Panggil umi dengan papa masuk bilik bacaan atuk. Biar semua ada sama.”Izzat Imir angguk kepala. Sempat dia pandang Intan Nazira yang tayang muka ketat kepadanya. Nampak sangat simpan tak puas hati. Haisy, macam budak-budak betullah. Tapi, memang budak pun kan. Baru 19 tahun. Dah dia kena buat bini. Izzat Imir mengeluh terang-terang di situ juga kemudian berlalu.“Why you...” Intan Nazira ketap bibir bawah. Ini memang kes saja cari pasal. Depan-depan dia lelaki itu mengeluh sambil tengok dia. Gaya macam... dia seseorang yang menghampakan. Geram punya pasal, sambil tengok Izzat Imir yang sedang melangkah pergi gaya nak telan, dia jerit. “Hei, saya pun huhlah dengan awak!” Intan Nazira mengeluh lebih-lebih kepada Izzat Imir yang terhenti kaki bila dia jerit. “Me too!” Intan Nazira jelir lidah.Izzat Imir jongket sebelah kening, gaya awak ada masalah mental ke? Kemudian terus jalan pergi.Intan Nazira nganga luas. Mamat ni memang tak sayang nyawa!“So sweet...” ujar Aiza sambil letak kedua-dua telapak tangan dilekap ke bawah pipi kanan. Mukanya menyenget dengan kedua-dua mata berkelip-kelip gedik.“So suwey okay!” Intan Nazira besar mata tak setuju.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 01, 2015 04:08

January 31, 2015

Princess-reborn 2 | Prolog (ii)

Intan Nazira namanya. Kata ibu, nama dia diambil sempena nama kawan baik ibu. Arwah kawan baik ibu. Ibu sayang sangat kepada arwah laksana sayang kepada adik sendiri. Biarpun arwah dah tak ada, ibu tetap ingat dan kenang arwah. Dan, ibu hendak kenangan itu ada dalam satu bentuk ingatan. Lalu, nama dia ibu letak Intan Nazira. Intan Nazira itu ibu sayang dan Intan Nazira ini lagi-lagilah ibu sayang. Begitulah ibu cakap kepadanya setiap hari.“Intan Nazira binti FAIZ Shaheer?” Datuk Abdul Amin senyum mesra kepada gadis yang duduk di tengah-tengah, berdepan dengan dia dan tiga panel lain—Profesor Doktor Alvin, Profesor Doktor Salimah dan Izzat Imir.Intan Nazira angguk dan senyum. “Ya, saya.”   Intan Nazira senyum terus. Bangga sebab yang temu bual dia adalah Datuk Abdul Amin, empunya Kolej Kejururawatan Amanah Medical Centre. Dengannya adalah Profesor Doktor Alvin yang memang sangat terkenal di hospital ini, malah semakin naik glamornya semenjak jadi tenaga pengajar di Kolej Kejururawatan AMC yang dia hendak sangat masuk. Daripada pembacaannya, lelaki ini banyak kali tercalon sebagai lelaki paling kacak Kolej Kejururawatan AMC. Malah, setahu Intan Nazira juga lelaki itu adalah menantu kepada Datuk Abdul Amin dan bakal ambil alih Amanah Medical Centre yang mempunyai kolej perubatan dan kolej kejururawatan sendiri kini.Alvin lihat maklumat diri di depannya. Diselak sehelai dua kemudian dia angkat muka, tengok Intan Nazira. Sentak sekejap nafasnya walaupun dari tadi dia sedar bagai siapa wajah itu, roman itu. Cepat-cepat dia cover diri dengan senyum. “Awak lambat setahun apply sini. Kenapa?”“Ada masalah keluarga sikit.” Begitu saja Intan Nazira jawab. Tak perlulah dia nak cerita hal dalam rumahnya kepada orang yang dia jumpa untuk 15 minit saja.“Masalah apa?”Suara jantan itu buat mata Intan Nazira terus ke kerusi paling kanan ikut arah matanya. Sejak tadi dia perasan lelaki itu asyik tengok dia. Dari dia mula langkah masuk sampai dia duduk, lelaki itu setia tengok dia. Pandangan pula macam sedang merungkai sesuatu. Gaya dia satu soalan matematik dan lelaki itu sedang cuba selesaikannya. Dan, soalan lelaki itu pula buat Intan Nazira makin tak senang dan tak faham. Reaksi lelaki ini kepadanya dan reaksi dia sendiri kepada lelaki ini adalah bak satu soalan matematik yang tak ada jawapannya untuk Intan Nazira. Intan Nazira, kau datang untuk interviu, bukan jawab soalan matematik, okey! Fokus, fokus!“Masalah keluarga yang buat saya tak dapat apply masuk sini. Ibu saya mintak saya tangguhkan dulu dan saya ikut,” jawab Intan Nazira jujur. Takat itu saja. Tak payahlah tahu lebih.“Jadi, awak ni anak yang baiklah? Dengar cakap ibu, patuh cakap ibu?” Lelaki bersuara jantan itu tanya lagi.“Insya-Allah.” Intan Nazira senyum sedang dalam hati keliru juga kenapa hal keluarganya jadi soal. Dia punyalah sengkang mata baca apa yang perlu pasal kejururawatan demi untuk interviu ini, namun setakat ini soalan-soalan ditanya langsung tak kait dengan apa dia hafal semalam. Tak mencabar sungguh!Izzat Imir angguk-angguk. “Jadi, kalau ibu awak suruh atau mintak sesuatu, awak akan buat?”Intan Nazira kebil mata sekejap. “Mmm, apa kaitan soalan ni dengan saya apply masuk sini?” Polos Intan Nazira tanya.“Kalau nak dapat masuk ke sini, jawab soalannya, Intan.” Izzat Imir bertegas.Sambil kebil-kebil mata lagi Intan Nazira jawab juga. “Insya-Allah, saya akan buat. Demi ibu, saya boleh buat.”Izzat Imir angguk dan selak-selak fail di depannya kemudian pandang Intan Nazira balik. Dia renung sepasang mata itu, tunak. Dia nampak dengan jelas gadis yang kalau ikut failnya baru berusia 19 tahun itu keresahan. Tak senang terima renungannya. Kiri kanan Intan Nazira tengok, tapi bukan mukanya.“Are you a virgin?” tanya Izzat Imir terus.“What?!” Terkuat suara dan ternganga mulut jadinya Intan Nazira dengar soalan minta penampar lelaki bersuara jantan itu.Profesor Doktor Salimah tersenyum. Malu-malu. Alvin tergelak. Sungguh-sungguh. Datuk Hamidi pula sentuh dahi dan tunduk muka, geleng-geleng.“Are you a virgin? Answer the question if you want to pass this interview.” Izzat Imir ulang tanya.“Apa kaitan...” Intan Nazira hilang diksi. Jenis soalan mana ni? Nak masuk sambung belajar ke kolej jururawatan kat sini wajib jawab soalan gaya 21SX tu?“Ada kaitan, sebab tu ditanya. Answer me!” Intan Nazira gigit bibir bawah dan tengok jantan itu, yang tanya dengan suara jantan. “Mmm!”“Yes or no, Intan?”Intan Nazira ketap bibir kemudian jawab juga. “Yes.”Izzat Imir angguk-angguk, selak-selak fail, angkat kepala balik dan pandang Intan Nazira yang sudah merah muka. Pandangannya jatuh sekejap ke hidung Intan Nazira. Lain. Tak sama.“Will you marry me, Intan Nazira?” soal Izzat Imir. Sekali lagi terus tanpa belok.“What?” Nazira jerit kuat. Sebab terkejut amat.“Will you marry me?”Nazira nganga. Di manakah relevannya soalan ini dengan permohonannya masuk ke kolej kejururawatan ini?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 31, 2015 11:47

November 30, 2014

Princess Reborn | empat

Nazira menarik sebuah kerusi lalu duduk. Begitu juga abangnya. Duduk saling menghadap. Puan Mawarni di kepala meja manakala Nazira dan Naziman di kiri dan kanannya. Tak tunggu lama, Nazira pantas capai karipap lalu dikunyah rakus. Tunjuk perasaan sebab tadi kena halau.
Puan Mawarni senyum, sekadar menggeleng. “Ayang, cuba duduk elok-elok sikit. Tak baik duduk terkangkang macam tu masa makan. Dah berapa kali ibu larang?”“Yes, madam.” Nazira silang kaki sopan. Seluar pendek bawah lututnya jadi tersingkap sedikit.“Kenapa dengan lutut ayang tu?” soal Puan Mawarni baru menyedari lutut anaknya tertampal plaster. Disentuh lutut anak gadisnya, dibelek terus.Naziman bangun dari kerusi, berdiri di tempatnya, ikut menjenguk.Nazira menyelak sedikit seluar yang dipakai. Dia sengih. Ibu dengan abang memang cukup risau kalau lihat ada satu luka pun pada tubuhnya. Risau tak bertempat sebab semenjak dia kecil memang dia selalu tak sedar dengan persekitarannya. Berjalan, kalau tak langgar sesuatu, itu bukan dialah. Berlari, kalau tak bertemu sesuatu, bukanlah dia juga.Kata ibu, Nazira semenjak kecil tak pernah faham makna bahaya. Dia akan buat saja apa dia mahu, seolah-olahnya dia takkan dapat lakukan hal tersebut esok hari atau nanti-nanti. Full of energies and mischieves. Itulah moto hidup dia waktu kecil dulu, kata ibu. Juga sampai kini. Itu pun ibu yang kata.“Sikit aje, ibu. Ayang dah bubuh ubat kat hospital tadi,” terang Nazira mencapai jemari tangan ibu pada lututnya, digenggam seketika. Kemudian dilepas. Lalu seluar yang tersingkap itu dibetulkan supaya menutup lutut serta luka di situ.“Macam mana boleh luka?” soal Naziman mula duduk, menghirup teh O yang disediakan ibunya.“Dah nak luka,” jawab Nazira selamba.Naziman merenung Nazira, tajam. Dalam erti kata lain, sila beri penjelasan yang lanjut kalau tak nak abang lanjutkan ketajaman pandangan abang.Nazira sengih kepada Naziman, kemudian mengerdip mata. “Terkena benda tajam tadi. Tengah sibuk-sibuk, tak sedar pulak terkena. Ayang perasan pun bila member ayang tegur lutut ayang berdarah.”“Lain kali hati-hati sikit,” nasihat Puan Mawarni agak risau dengan anak gadisnya yang sedikit lalai itu.“Baiklah, ibuku sayang. Mulai hari ini, saya, Intan Nazira Ikmal, berjanji akan lebih berhati-hati lagi ketika menjalankan tugas-tugas saya.” Nazira angkat tangan seolah-olah bersumpah. Dengan jari telunjuk dan jari hantu kepit kuih karipap.Naziman dan Puan Mawarni ketawa kecil dengan sumpah kepit karipap Nazira. Orang hendak serius pun tak jadi dengan aksi angkat sumpah yang begitu.“Ibu, jadi ke ibu pergi rumah Aunty Zaharah?” soal Nazira setelah agak lama mereka dibungkam kebisuan. Sebab dia terus sibuk dengan karipap.Puan Mawarni angguk beri jawapan.“Abang dah tahu ke, ibu?” Nazira separuh berbisik. Tangan kanan tinggi saja mengepung mulut supaya bisiknya tak sampai ke telinga si abang. Tapi, karipap tak lepas juga dari tangan.Naziman merenung gadis itu penuh tanda tanya. Aksi bisik-bisik depan mata begitu, mana tak buat timbul rasa hendak tahu di hati. Nampak sangat ada rahsia.“Belum. Ibu belum bagi tau,” kata Puan Mawarni membalas bisik Nazira, kemudian dilihat anak bujangnya. Tanpa suara bisik-bisik dia kata, “Ha, abang. Ibu nak abang ambil cuti lusa. Ibu nak ajak ke rumah Aunty Zaharah.”“Untuk apa, ibu?” soal Naziman biarpun dia tahu maksud sebenar ibunya.Ini tak lain tak bukan hendak kenalkan aku dengan anak perempuan Aunty Zaharahlah. Ibu ni, ada ajelah rancangan dia nak kenalkan aku dengan anak dara orang. Sekejap Aunty Faridah, lepas tu Aunty Karimah, hah, sekarang, alih-alih Aunty Zaharah.“Yalah. Anak perempuan Aunty Faridah abang tolak dengan alasan badan dia berisi sangat. Takut beras cepat habis. Anak Aunty Karimah pulak mesra sangat. Takut pulak kalau dia lebih mesra dengan orang lain sama. Sekarang ibu nak dengar pulaklah alasan abang pasal anak Aunty Zaharah. Apa kurang lagi abang nak jumpa...”“Ibu, kenapa dengan ibu ni? Kan abang dah kata yang abang tak nak kahwin lagi. Abang nak mantapkan kerjaya abang dulu.” Naziman ea ra alasan.“Tulah yang ibu dengar dari dulu. Ibu teringin timang cucu, merasa ada menantu perempuan. Ibu tak paksa abang kahwin dengan budak ni, anak Aunty Zaharah ni. Tengok dulu, kenal dulu. Kalau abang berkenan, tak jumpa alasan, ikat tali pertunangan. Bila abang dah bersedia, barulah langsung.” Puan Mawarni jelas mengharap.Naziman mengeluh. Dia sebenarnya malas hendak fikirkan hal bertunang atau berkahwin buat masa ini. Tapi, ibu terlalu memikir, begitu mengharap.Nazira renung wajah abangnya yang dilanda kebuntuan. Dia faham keliru hati itu. Tak faham mananya kalau sudah selalu dengar kuit-kuit mulut abang berbunyi perihal yang itu.“Tengok aje, abang. Takkanlah ibu yang penyayang ni nak paksa abang terima secara paksa. Ya, abang?” pujuk Nazira main peranan.Naziman tengok muka Nazira. Berharap juga. Kemudian dia toleh tengok ibu apabila ibu sentuh bahunya.“Ya, abang. Budak tu baik budaknya. Baru habis pengajian kat ITM dalam bidang perbankan. Dia kerja kat bank. Orangnya cantik, manis, lemah lembut pulak tu. Taat perintah agama, bertudung litup dan pemalu orangnya. Abang tengok ya?” Puan Mawarni terus memujuk sambil tersenyum melirik.Naziman tenung ibunya dan beralih pula kepada Nazira. Tengok jenis ibu ni boleh percaya ke? Karang ke lain pulak.Nazira bangun dari kerusi, mendekati Naziman lalu memaut manja bahu abangnya. “Ayang tau abang akan pilih kakak ipar terbaik untuk ayang. Ikut ajelah. Siapa tau jodoh abang kat sana. Siapa tau anak Aunty Zaharah nilah orang paling sesuai untuk abang. Kalau tak, bila lagi nak jumpa cik adik idaman. Abang takkan cari, jadi biarlah si dia tu yang datang cari. Mungkin ni caranya...”Naziman senyum sambil dongak sikit kepala tengok Nazira. “Bercakap macamlah dia dah jumpa cik abang dia...”Naziman picit hidung comel Nazira dan tergelak kecil apabila Nazira tolak tangannya dan muncung mulut dengan penyataannya.“Yalah, yalah. Abang ikut aje kehendak ibu tu. Lusa abang mintak cuti.” Suara Naziman, bersetuju akhir sekali. Malas hendak tarik tali terus apabila lawannya lebih kali ganda ramai banding dia yang seorang. Dan, lebih-lebih lagi bila dia sayang kedua-dua lawannya ini.Dari ruang makan itu, tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kereta dimatikan di garaj. Sememangnya dari ruang makan atau ruang dapur, garaj tidak jauh. Permintaan Puan Mawarni sendiri supaya mudah untuk mengangkut masuk barangan dapur yang selalunya dibeli dalam kuantiti yang banyak. Mudah diangkat masuk dari pintu dapur terus.Nazira yang masih berdiri di samping Naziman memanjangkan leher, menjenguk ke luar. Abah sudah balik.“Ah. Mmm, ayang ada kerja. Ayang naik dulu ya, ibu, abang.” Tak tunggu lama, Nazira terus hendak berlalu. Namun, langkahnya terhenti apabila Naziman cekap meraih pergelangan tangannya, tidak membenarkan dia berbuat begitu.“Duduk, ayang,” arah Naziman. Ada tegas.“Tapi...” Nazira serba tidak kena. Sekejap lihat Naziman, sekejap pintu belakang yang boleh dilihat dari situ. Kalau-kalau abah melangkah masuk.“Duduk!” Suara Naziman sedikit keras, sehinggakan Nazira terpaksa akur.Nazira duduk di samping Naziman. Keras menegak. Nampak tidak berkutik bak patung cendana.Encik Ikmal yang baru pulang terus saja masuk dari pintu dapur, mendapatkan meja makan. Menonong saja tanpa peduli kepada Nazira mahupun Naziman. Dia nampak mereka, tapi sengaja buat tak nampak. Jelas sekali sengaja.Puan Mawarni yang sudah bangun mengambil beg kerja dari tangan suaminya. Lalu, disediakan minuman buat Encik Ikmal.“Awak tak minum sama?”“Saya dah minum dengan abang dan ayang. Awak minumlah dulu. Saya ada buat kuih karipap tu. Makanlah...” Mesra seperti biasa layanan Puan Mawarni. Sesekali dia menjeling ea rah Nazira yang tunduk membisu. Keluhan dilepaskan bersama angin lalu.“Tak apalah. Nanti saya makan. Saya naik ke atas dulu. Kat sini saya rasa panas.” Encik Ikmal terus berlalu sambil tangan mengibas tubuh. Sempat juga dia jeling Nazira yang duduk di sebelah anak terunanya nan seorang.Nazira angkat kepala, menampakkan matanya yang sudah bertakung. Air mata itu sedari tadi menanti masa untuk menyentuh pipi. Dingin si ayah mengundang ia.Naziman genggam jemari adiknya, kemudian kucup kasih dahi gadis itu lalu ditarik ke dalam pelukannya. Air mata yang sudahnya jatuh menjengah pipi si manis itu diseka. Biar kering pipi itu daripada kesan air hangat itu. Namun, tidak pula dia mampu halang apabila kelopak mata itu jadi banjir semula.“Sabar, ayang...” ujar Naziman menggosok belakang tubuh adiknya.Nazira menutup mata lalu terus menyeka air mata yang jengah pipi lagi. Tiada gunanya air mata ini jika tidak pernah difahami. Tiada faedah tumpahnya ia kalau hatinya tak pernah cuba diselami. Dingin itu selalu menyakitkan. Namun, dingin yang sengaja ditunjuk dan diunjuk apabila dia ada bersama terasa lebih menggores rasa.“Ayang naik dulu...” Nazira meminta diri dan terus melangkah longlai, tanpa menunggu kata abang mahupun ibu. Menghilang dari situ.“Abang hairan dengan sikap abah tu. Tak pernah ke dia rasa kesian dengan ayang? Tak pernah ke dia rasa apa-apa perasaan dekat ayang? Kesian ayang tau. Sangat-sangat harapkan abah dalam hidup dia,” luah Naziman mengasihani nasib yang menimpa adik kesayangannya.Bukan baru, sudah terlalu lama. Sudah terlalu panjang masa berlalu dan panjang juga sakit hati yang Nazira terima. Daripada tidak faham, sampai adiknya itu jadi faham dan terlebih faham. Sampaikan Naziman sendiri dijangkit sakit hati atas sikap bapanya itu.“Ibu tak tau apa lagi yang perlu ibu buat untuk ubah perangai abah abang tu. Ibu kesiankan ayang. Sejak kecik dia damba sangat sayang dan perhatian daripada abah abang, tapi asyik hampa aje. Walaupun dah 22 tahun...” Puan Mawarni melepaskan keluhan dengan sikap suaminya. Keluhan yang tak pernah putus selama tahun-tahun berlalu.Namun suaminya, sama saja sejak dulu sampai kini. Lelaki itu masih ada dendam dan benci buat anak sendiri dalam hati, dalam jiwa. Buat ia mengepung seluruh diri itu. Lupa diri bahawa dialah ayah kandung kepada gadis bernama Intan Nazira. Intan Nazira yang berbintikan Ikmal.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 30, 2014 07:11

Princess-reborn | empat

[ cover tipu aje ya ni... ]
Nazira menarik sebuah kerusi lalu duduk. Begitu juga abangnya. Duduk saling menghadap. Puan Mawarni di kepala meja manakala Nazira dan Naziman di kiri dan kanannya. Tak tunggu lama, Nazira pantas capai karipap lalu dikunyah rakus. Tunjuk perasaan sebab tadi kena halau.Puan Mawarni senyum, sekadar menggeleng. “Ayang, cuba duduk elok-elok sikit. Tak baik duduk terkangkang macam tu masa makan. Dah berapa kali ibu larang?”“Yes, madam.” Nazira silang kaki sopan. Seluar pendek bawah lututnya jadi tersingkap sedikit.“Kenapa dengan lutut ayang tu?” soal Puan Mawarni baru menyedari lutut anaknya tertampal plaster. Disentuh lutut anak gadisnya, dibelek terus. Naziman bangun dari kerusi, berdiri di tempatnya, ikut menjenguk. Nazira menyelak sedikit seluar yang dipakai. Dia sengih. Ibu dengan abang memang cukup risau kalau lihat ada satu luka pun pada tubuhnya. Risau tak bertempat sebab semenjak dia kecil memang dia selalu tak sedar dengan persekitarannya. Berjalan, kalau tak langgar sesuatu, itu bukan dialah. Berlari, kalau tak bertemu sesuatu, bukanlah dia juga. Kata ibu, Nazira semenjak kecil tak pernah faham makna bahaya. Dia akan buat saja apa dia mahu, seolah-olahnya dia takkan dapat lakukan hal tersebut esok hari atau nanti-nanti. Full of energies and mischieves. Itulah moto hidup dia waktu kecil dulu, kata ibu. Juga sampai kini. Itu pun ibu yang kata.“Sikit aje, ibu. Ayang dah bubuh ubat kat hospital tadi,” terang Nazira mencapai jemari tangan ibu pada lututnya, digenggam seketika. Kemudian dilepas. Lalu seluar yang tersingkap itu dibetulkan supaya menutup lutut serta luka di situ.“Macam mana boleh luka?” soal Naziman mula duduk, menghirup teh O yang disediakan ibunya.“Dah nak luka,” jawab Nazira selamba. Naziman merenung Nazira, tajam. Dalam erti kata lain, sila beri penjelasan yang lanjut kalau tak nak abang lanjutkan ketajaman pandangan abang. Nazira sengih kepada Naziman, kemudian mengerdip mata. “Terkena benda tajam tadi. Tengah sibuk-sibuk, tak sedar pulak terkena. Ayang perasan pun bila member ayang tegur lutut ayang berdarah.”“Lain kali hati-hati sikit,” nasihat Puan Mawarni agak risau dengan anak gadisnya yang sedikit lalai itu.“Baiklah, ibuku sayang. Mulai hari ini, saya, Intan Nazira Ikmal, berjanji akan lebih berhati-hati lagi ketika menjalankan tugas-tugas saya.” Nazira angkat tangan seolah-olah bersumpah. Dengan jari telunjuk dan jari hantu kepit kuih karipap. Naziman dan Puan Mawarni ketawa kecil dengan sumpah kepit karipap Nazira. Orang hendak serius pun tak jadi dengan aksi angkat sumpah yang begitu.“Ibu, jadi ke ibu pergi rumah Aunty Zaharah?” soal Nazira setelah agak lama mereka dibungkam kebisuan. Sebab dia terus sibuk dengan karipap.Puan Mawarni angguk beri jawapan.“Abang dah tahu ke, ibu?” Nazira separuh berbisik. Tangan kanan tinggi saja mengepung mulut supaya bisiknya tak sampai ke telinga si abang. Tapi, karipap tak lepas juga dari tangan.Naziman merenung gadis itu penuh tanda tanya. Aksi bisik-bisik depan mata begitu, mana tak buat timbul rasa hendak tahu di hati. Nampak sangat ada rahsia.“Belum. Ibu belum bagi tau,” kata Puan Mawarni membalas bisik Nazira, kemudian dilihat anak bujangnya. Tanpa suara bisik-bisik dia kata, “Ha, abang. Ibu nak abang ambil cuti lusa. Ibu nak ajak ke rumah Aunty Zaharah.”“Untuk apa, ibu?” soal Naziman biarpun dia tahu maksud sebenar ibunya. Ini tak lain tak bukan hendak kenalkan aku dengan anak perempuan Aunty Zaharahlah. Ibu ni, ada ajelah rancangan dia nak kenalkan aku dengan anak dara orang. Sekejap Aunty Faridah, lepas tu Aunty Karimah, hah, sekarang, alih-alih Aunty Zaharah.“Yalah. Anak perempuan Aunty Faridah abang tolak dengan alasan badan dia berisi sangat. Takut beras cepat habis. Anak Aunty Karimah pulak mesra sangat. Takut pulak kalau dia lebih mesra dengan orang lain sama. Sekarang ibu nak dengar pulaklah alasan abang pasal anak Aunty Zaharah. Apa kurang lagi abang nak jumpa...”“Ibu, kenapa dengan ibu ni? Kan abang dah kata yang abang tak nak kahwin lagi. Abang nak mantapkan kerjaya abang dulu.” Naziman ea ra alasan. “Tulah yang ibu dengar dari dulu. Ibu teringin timang cucu, merasa ada menantu perempuan. Ibu tak paksa abang kahwin dengan budak ni, anak Aunty Zaharah ni. Tengok dulu, kenal dulu. Kalau abang berkenan, tak jumpa alasan, ikat tali pertunangan. Bila abang dah bersedia, barulah langsung.” Puan Mawarni jelas mengharap. Naziman mengeluh. Dia sebenarnya malas hendak fikirkan hal bertunang atau berkahwin buat masa ini. Tapi, ibu terlalu memikir, begitu mengharap.Nazira renung wajah abangnya yang dilanda kebuntuan. Dia faham keliru hati itu. Tak faham mananya kalau sudah selalu dengar kuit-kuit mulut abang berbunyi perihal yang itu. “Tengok aje, abang. Takkanlah ibu yang penyayang ni nak paksa abang terima secara paksa. Ya, abang?” pujuk Nazira main peranan.Naziman tengok muka Nazira. Berharap juga. Kemudian dia toleh tengok ibu apabila ibu sentuh bahunya.“Ya, abang. Budak tu baik budaknya. Baru habis pengajian kat ITM dalam bidang perbankan. Dia kerja kat bank. Orangnya cantik, manis, lemah lembut pulak tu. Taat perintah agama, bertudung litup dan pemalu orangnya. Abang tengok ya?” Puan Mawarni terus memujuk sambil tersenyum melirik.Naziman tenung ibunya dan beralih pula kepada Nazira. Tengok jenis ibu ni boleh percaya ke? Karang ke lain pulak.Nazira bangun dari kerusi, mendekati Naziman lalu memaut manja bahu abangnya. “Ayang tau abang akan pilih kakak ipar terbaik untuk ayang. Ikut ajelah. Siapa tau jodoh abang kat sana. Siapa tau anak Aunty Zaharah nilah orang paling sesuai untuk abang. Kalau tak, bila lagi nak jumpa cik adik idaman. Abang takkan cari, jadi biarlah si dia tu yang datang cari. Mungkin ni caranya...”Naziman senyum sambil dongak sikit kepala tengok Nazira. “Bercakap macamlah dia dah jumpa cik abang dia...” Naziman picit hidung comel Nazira dan tergelak kecil apabila Nazira tolak tangannya dan muncung mulut dengan penyataannya. “Yalah, yalah. Abang ikut aje kehendak ibu tu. Lusa abang mintak cuti.” Suara Naziman, bersetuju akhir sekali. Malas hendak tarik tali terus apabila lawannya lebih kali ganda ramai banding dia yang seorang. Dan, lebih-lebih lagi bila dia sayang kedua-dua lawannya ini.Dari ruang makan itu, tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kereta dimatikan di garaj. Sememangnya dari ruang makan atau ruang dapur, garaj tidak jauh. Permintaan Puan Mawarni sendiri supaya mudah untuk mengangkut masuk barangan dapur yang selalunya dibeli dalam kuantiti yang banyak. Mudah diangkat masuk dari pintu dapur terus.Nazira yang masih berdiri di samping Naziman memanjangkan leher, menjenguk ke luar. Abah sudah balik. “Ah. Mmm, ayang ada kerja. Ayang naik dulu ya, ibu, abang.” Tak tunggu lama, Nazira terus hendak berlalu. Namun, langkahnya terhenti apabila Naziman cekap meraih pergelangan tangannya, tidak membenarkan dia berbuat begitu.“Duduk, ayang,” arah Naziman. Ada tegas.“Tapi...” Nazira serba tidak kena. Sekejap lihat Naziman, sekejap pintu belakang yang boleh dilihat dari situ. Kalau-kalau abah melangkah masuk.“Duduk!” Suara Naziman sedikit keras, sehinggakan Nazira terpaksa akur. Nazira duduk di samping Naziman. Keras menegak. Nampak tidak berkutik bak patung cendana.Encik Ikmal yang baru pulang terus saja masuk dari pintu dapur, mendapatkan meja makan. Menonong saja tanpa peduli kepada Nazira mahupun Naziman. Dia nampak mereka, tapi sengaja buat tak nampak. Jelas sekali sengaja.Puan Mawarni yang sudah bangun mengambil beg kerja dari tangan suaminya. Lalu, disediakan minuman buat Encik Ikmal. “Awak tak minum sama?”“Saya dah minum dengan abang dan ayang. Awak minumlah dulu. Saya ada buat kuih karipap tu. Makanlah...” Mesra seperti biasa layanan Puan Mawarni. Sesekali dia menjeling ea rah Nazira yang tunduk membisu. Keluhan dilepaskan bersama angin lalu.“Tak apalah. Nanti saya makan. Saya naik ke atas dulu. Kat sini saya rasa panas.” Encik Ikmal terus berlalu sambil tangan mengibas tubuh. Sempat juga dia jeling Nazira yang duduk di sebelah anak terunanya nan seorang.Nazira angkat kepala, menampakkan matanya yang sudah bertakung. Air mata itu sedari tadi menanti masa untuk menyentuh pipi. Dingin si ayah mengundang ia.Naziman genggam jemari adiknya, kemudian kucup kasih dahi gadis itu lalu ditarik ke dalam pelukannya. Air mata yang sudahnya jatuh menjengah pipi si manis itu diseka. Biar kering pipi itu daripada kesan air hangat itu. Namun, tidak pula dia mampu halang apabila kelopak mata itu jadi banjir semula. “Sabar, ayang...” ujar Naziman menggosok belakang tubuh adiknya.Nazira menutup mata lalu terus menyeka air mata yang jengah pipi lagi. Tiada gunanya air mata ini jika tidak pernah difahami. Tiada faedah tumpahnya ia kalau hatinya tak pernah cuba diselami. Dingin itu selalu menyakitkan. Namun, dingin yang sengaja ditunjuk dan diunjuk apabila dia ada bersama terasa lebih menggores rasa. “Ayang naik dulu...” Nazira meminta diri dan terus melangkah longlai, tanpa menunggu kata abang mahupun ibu. Menghilang dari situ.“Abang hairan dengan sikap abah tu. Tak pernah ke dia rasa kesian dengan ayang? Tak pernah ke dia rasa apa-apa perasaan dekat ayang? Kesian ayang tau. Sangat-sangat harapkan abah dalam hidup dia,” luah Naziman mengasihani nasib yang menimpa adik kesayangannya. Bukan baru, sudah terlalu lama. Sudah terlalu panjang masa berlalu dan panjang juga sakit hati yang Nazira terima. Daripada tidak faham, sampai adiknya itu jadi faham dan terlebih faham. Sampaikan Naziman sendiri dijangkit sakit hati atas sikap bapanya itu.“Ibu tak tau apa lagi yang perlu ibu buat untuk ubah perangai abah abang tu. Ibu kesiankan ayang. Sejak kecik dia damba sangat sayang dan perhatian daripada abah abang, tapi asyik hampa aje. Walaupun dah 22 tahun...” Puan Mawarni melepaskan keluhan dengan sikap suaminya. Keluhan yang tak pernah putus selama tahun-tahun berlalu.Namun suaminya, sama saja sejak dulu sampai kini. Lelaki itu masih ada dendam dan benci buat anak sendiri dalam hati, dalam jiwa. Buat ia mengepung seluruh diri itu. Lupa diri bahawa dialah ayah kandung kepada gadis bernama Intan Nazira. Intan Nazira yang berbintikan Ikmal.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 30, 2014 07:11

November 10, 2014

Princess Reborn | tiga

Izam melempar diri ke atas katil. Penatnya. Tapi, yang menariknya, bila tengok wajah Aiza, semuanya jadi hilang.
Aduh, seronoknya sebab dapat tenung wajah itu selalu. Akan terubatlah nanti rasa rindu di hati. Gundah-gulana akan hilang. Hmm... aku akan gunakan peluang ni untuk tawan hati kau. Aku akan pasti miliki hati kau, cik adik sayang. Sebab, nak cepat-cepat bawa balik rumah ni. Nanti bolehlah tengok selalu bila penat. Pengubat segala lara hati, 24/7 di samping, lagilah menarik!Tuk! Tuk! Tuk! Pintu biliknya dibuka dari luar.La... orang baru nak mula berangan. Dah ada pulak orang kacau. Potong stim betullah!“Hah, Izat, apanya? Kacau orang ajelah,” gerutu Izam geram setelah pintu biliknya dibuka. Terus dia bangun lalu duduk di atas katil. Adiknya ikut duduk tidak jauh.Izat tutup hidung. “Busuknya...”Izam memegang hujung bajunya yang masih belum bersalin. Dicium. Yaks! Bau hacum. Izam sengih seperti kerang busuk. Cover baik punya.“Abang tak mandi lagi ke?”Izam geleng. “Alah, abang ni sentiasa wangi. Tak payah nak mandi-mandi.”Izat mencebik. “Pirah! Bau wangi macam adik-beradik kambing adalah. Uwek!”“Yalah, yalah. Kejap lagi abang pergi mandilah. Yang Izat ni nak apa?”“Mummy panggil turun. Minum petang. Cepatlah. Izat tunggu kat bawah tau. Tapi mandi dulu ya, bagi wangi macam Izat ni.”“Pigi dah!” Izat bangun dan terus capai tuala lalu ke bilik air.Izat tersengih. Nasiblah, abang oi. Siapa suruh rajin belajar perubatan. Hari orang cuti pun dia kena kerja. Terus Izat keluar dari bilik Izam, segera mengatur kaki ke ruang makan semula. Perutnya berkeroncong minta diisi. Agaknya kuih apa yang mummy buat ya? Ah, kuih apa pun tak kisah. Kalau mummy yang buat, mesti best!“Izat, abang kamu mana? Macam putera raja pulak dia, nak dinantikan,” soal Encik Shafei setelah terpandangkan anak bongsunya.“Atas, baru nak mandi.” Izat tarik kerusi di sebelah Encik Shafei, yang mengepalai meja, lalu duduk.“Baru mandi? Apa ajelah yang dibuatnya dari tadi?” sampuk Puan Zefrina, menuang air teh O ke dalam cawan lalu diletak di hadapan Izat.“Entah. Ingatkan buah hati agaknya,” ujar Izat selamba mencapai cookies kegemaran dia dan abangnya yang terhidang.Encik Shafei dan Puan Zefrina hanya tersenyum. Kalau betul pun tak ada apa hendak dimarahkan. Anak teruna mereka itu bukannya muda lagi. Dah layak berbini pun. Cuma Izam saja tak mahu. Tak ada yang berkenan di hati, konon!“Hei, apa kutuk-kutuk abang ni, hah?” soal Izam menarik kerusi di sebelah adiknya seraya melabuh punggung.Encik Shafei hirup air teh yang disediakan lalu diletak kembali ke atas piring cawan. Dia merenung Izam. “Cepat kamu mandi?”“Mandi koboi, papa, mana tak cepat?” sampuk Izat rakus mengunyah cookies.“Hei, sorrylah. Abang tak mainlah mandi koboi.”“La... Siapa pulak main?” Izat cebik.“Isy, budak ni!” Izam mengetap bibir, geram. Bagi pandangan hendak makan Izat.“Sudah, sudah. Tak payah nak bertikam lidah lagi. Mummy buatkan cookies kegemaran kamu berdua tu, makanlah. Ambik lagi, Izam, Izat.”Izat dan Izam pantas mencapai lalu dikunyah rakus. Lawan siapa lebih cepat. Siapa paling hebat. Macamlah budak tak cukup umur lagi.Puan Zefrina sekadar menggeleng melihat telatah anak-anaknya itu. “Perlahan sikit. Karang tercekik siapa yang susah? Kamu berdua ni, macam tak makan sebulan.”Dua adik-beradik itu sekadar sengih. Suka buat aksi begitu sebab suka nak dengar mummy tegur begitu.“Ha, Izam, macam mana dengan kerja kamu?”“Aaa...” Mulut Izam masih penuh dengan cookies.“Abang ni pun. Biarlah budak tu habis makan dulu,” ujar Puan Zefrina, menampar lembut bahu suaminya.Lelaki itu sekadar angguk kepala, tersenyum.“Okey aje, papa,” jawab Izam setelah mulutnya kosong.Encik Shafei angguk.“Mana tak okey, papa. Buah hati sentiasa di sisi,” ujar Izat ketawa.Izam merenung adiknya. Macam mana budak ni tahu? Isy! Buatnya kalau diheboh, tak ke niaya aku.“Siapa orangnya, Izam? Boleh mummy tau?” Puan Zefrina ingin tahu. Sangat-sangat. Sebab Izam bukan macam Izat.Izat kawan perempuannya ramai. Tak ada nak rahsia-rahsia. Tapi, tak pernah seorang pun dibawa pulang ke rumah, diperkenal. Harap terjumpa di tengah jalan ketika mereka berdua atau budak-budak perempuan zaman sekolah dulu yang bertandang mengejut dengan adegan air mata duyung. Tapi, budak-budak perempuan yang pernah dia terserempak, memang waktu itu tanpa kompromi Izat kenalkan kepadanya. Itu tandanya gadis itu mangsa. Lagi!Tapi Izam, lain orangnya. Perwatakan serta cara Izam bawa diri juga tak sama. Sebagai anak sulung, Izam betul-betul layak dipanggil abang. Perangai semenjak kecil tak pernah memeningkan dia atau suaminya. Dengar kata, ikut cakap. Hendak melawan pun jarang sekali. Cukup mudah menjaga Izam, sampai ke dewasa. Namun, soal hati, cukup susah dijaga. Izam perahsia amat. Kalaupun Izam pernah ada kawan perempuan, dia tahu pun bila Izat buka cerita. Kalau tak, memang tak adalah telinga dengar.Pasal hati, Izam cukup tertutup dan sangat malu ungkap rahsianya. Mungkin perangai itu diperturun daripada dia. Kerana begitulah dia di zaman muda dulu. Izat sah sangat copycat papanya!“Mana ada, mummy. Izat ni... memandai aje!” Izam besarkan mata ke arah Izat.“Eleh, malu pulak! Janganlah malu-malu,” usik Izat, siap siku lengan Izam. Rasa syok pula tengok abangnya tenung dia bagai nak telan. Dia faham maksud renungan berupa amaran itu, tapi saja nak buang masa. Keh! Keh! Keh!“Mana ada. Memandai aje Izat ni!” Izam mengetap bibir. Budak ni saja buat tak faham pulak! Nanti abang kerjakan kau kat atas!“Cakaplah, Izam. Siapa gadis bertuah tu?” Puan Zefrina seolah-olah mendesak. Kalau boleh nak desak habis-habisan, bukan seolah-olah lagi. Hendak tahu sangat. Bukan setiap tahun anaknya jatuh kasih.Pembetulan, bukan setiap tahun Izam jatuh kasih. Kalau Izat, memang ya. Setiap tahun, lebih daripada himpunan sambutan hari raya semua bangsa!“Mana ada, mummy.” Izam mula melurut belakang kepala.“Apa salahnya kalau kamu cakap, Izam? Bukannya mummy kamu tu nak pergi pinang dia terus,” ujar Encik Shafei dengan nada bergurau.Padahal dia memang kenal sangat isterinya. Kalau tahu siapa gadis yang berdiam dan mendapat tempat di hati Izam, memang itulah hal pertama akan dilakukan. Mula kata saja nak kenal. Dua jam kemudian, saya pinang teruslah! Semangat nak dapat menantu punya pasal.“Okey. Kalau papa dan mummy nak tau, Izat boleh bagi tau.”Izam cubit paha adiknya dari bawah meja makan. Tak faham isyarat, meh kasi aksi terus. Aksi yang sangat thrill!“Auch...” Izat tenung abangnya. Mukanya berkerut menahan sakit.“Kenapa tu, Izat?” soal Puan Zefrina hairan. Lihat antara muka lurus Izam dan wajah kerut Izat.Izat ligat menggeleng. “Tak... Tak ada apa-apa, mummy. Mmm... Izat gurau aje tadi, mummy, papa. Bukannya betul. Abang tak ada siapa-siapa lagi. Belum ada. Sungguh tak ada.”Izam pandang Izat gaya muka abang-bangga-dik. Lepas itu baru tangan di paha kekar adiknya alih ke bahu adiknya. Tepuk-tepuk tunjuk bangga.Fuh, baru nak lepas. Izat gosok pahanya yang terasa sengal akibat cubitan Izam. Nak bunuh orang ke apa?! Doktor apa macam ni! Mencederakan orang!Puan Zefrina bangkit daripada duduknya. Dihampiri Izat. Bahu pemuda itu disentuh lembut.“Izat, mummy tau Izat sembunyikan sesuatu daripada mummy. Cakaplah pada mummy, siapa gadis tu, budak perempuan tu. Mummy bukannya apa... nak tau aje. Nak harap abang kamu cakap, baik jangan harap. Izat, cakap pada mummy ya?”Izat telan liur. Gulp! Fuh, menggodanya mummy aku bila cuba menggoda. Tahap dewa-dewi. Padanlah pun papa tertawan. Dia tenung abangnya yang tergeleng-geleng macam orang tiga suku. Ditenung pula mummy yang tersenyum manis setia menanti.“Izat tak tau, mummy.” Izat sengaja capai cookies lagi, penuhkan mulut supaya tak jadi mangsa goda dan soal lagi. Dahlah I spesies tak tahan godaan tau!Puan Zefrina mengeluh. Terus kembali ke kerusinya semula. Terjuih mulut. Tak boleh nak ajak join!“Siapa budak tu, Izam?” soal Encik Shafei setelah isterinya gagal memujuk Izat.Dia bukannya apa, memang kepingin sangat pun nak bermenantu. Cuma, anak sulungnya itu saja ada banyak alasan bila dibincangkan pasal kahwin. Dan, dia pula tak hendak terlalu memaksa. Tapi, andai benar Izam ada pilihan, hendak jugalah dia tahu. Turunkan ilmu kalau perlu. Dia kan Kasanova pencen! Dan, sekarang Izat pewaris gen Kasanova itu.Izam mengeluh dalam diam. La... Tak habis lagi ke? Tak jawab karang dikata kurang ajar pulak. Hmm, baik jangan cakap hal yang sebenar. Lagipun, benda ni tak pasti lagi. Bila dah dapat, aku tak tunggu dah. Rembat terus! Cececeh...“Tak adalah, papa, mummy. Izat gurau aje tu. Tak gitu, Izat?”Izat pantas mengangguk. Sokong terus sebab takut kena ketam lagi. Apalah abang ni. Tu pun nak takut!“Tak apalah kalau Izam tak nak bagi tau. Tapi, kalau dah ada pilihan, bagi tau mummy cepat-cepat. Bolehlah mummy masuk meminang gadis pilihan kamu tu. Lagi cepat kamu kahwin, lagi cepatlah mummy timang cucu.” Puan Zefrina tersenyum, berangan-angan.Mak eh, cucu? Mula pun belum, perayat pun tak sudah, kahwin pun tidak, ni dah fikir pasal cucu. Susah, susah! Apa mummy aku ingat kahwin ni macam pilih kuih kat Mak Cik Midah tu ke?“Apalah mummy ni. Abang tu kahwin pun tak lagi. Macam mana nak dapat cucu? Ingat jatuh dari langit ke?” Izat ketawa geli hati. Pandai jugak mummy aku ni buat lawak antarabangsa. Adoi, lawaknya!“Ha, yang kamu tu bila lagi, Izat? Tak ada lagi ke pujaan hati?” soal Encik Shafei renung anak bongsunya pula.Izat berhenti mengunyah. Takkan aku pulak mangsa seterusnya?“Keliling pinggang, bang. Tak ubah macam perangai abang masa muda-muda dulu.” Puan Zefrina menjeling Izat yang tersengih nakal kemudian suaminya yang sama sengih nakal. Kasanova pencen dengan Kasanova kini.“Eh, mestilah. Bapa borek anak rintik. Ke mana tumpahnya kuah laksa kalau tak ke dalam pinggan laksa, Rina sayang. Nanti bila dia dah jumpa dengan gadis yang benar-benar menawan hati, memikat diri, yang dicintai, ha, mesti setia habislah. Macam kita dulu-dululah, sayang, pengarang jantung abang. Sekali tangkap suka, suka sampai mati. Sekali jatuh cinta, tiap-tiap hari jatuh cinta lagi.” Encik Zhafei mengerdip mata. Selamba capai tangan isterinya lalu dikucup kura tangan wanita itu.“Abang ni, ke situ pulak dia.” Puan Zefrina menyiku lengan suaminya. Namun, senyum yang menjengah bibir tiada putus. Selesa dengan sikap romantis suami yang serupa dulu.Izat dan Izam tersenyum lihat gelagat pasangan itu. Walaupun papa dan mummy dah tua... eh, taklah tua sangat. Okey, walaupun papa dan mummy sudah terlebih matangnya, namun mereka masih romantik macam pasangan pengantin baru. Romantik gila. Tak percaya tengoklah...“Kamu nak tau cerita masa papa muda-muda dulu?” soal Encik Shafei.Izat dan Izam angguk ghairah. Mestilah nak tahu. Kisah dulu-dulu ni kalau dengar kadang-kadang jadi syok. Kalau selalu jadi kurang siok.“Dulu papa ni macam Izat jugak. Eh, tak seteruk Izat kut. Kurang sikitlah. Papa ni dulu playboy terkenal. Tapi, lepas jumpa mummy kamu, fuh, cair terus! Tak pandang perempuan lain.”“Macam mana papa kenal mummy?” soal Izam ingin tahu.“Sudah, sudah... Tu semua cerita lama, tak payah abang nak ungkitkan lagi.”“Alah, mummy ni tak sportinglah. Ceritalah, papa. Izat nak tau jugak macam mana papa dengan mummy bertemu kemudian bersatu sehingga lahirnya Mohd Izam Effy, jejaka yang tampan, tapi agak pemalu, eh, tak malu sangat. Dan, adiknya Mohd Izat Effy, jejaka yang kacak lagi tampan dan malu bertempat orangnya.” Kembang kempis hidung Izat memuji diri sendiri.“Apa ke bendanya jejaka yang pemalu, tapi tak malu sangat tu, Izat?” Izam hairan. Agaknya adik aku ni belajar daripada Pak Cik Din Beramboi.“Maksudnya...” Izat seolah-olah berfikir. “Pemalu, tapi tak malu sangatlah.”“Budak ni. Sama jugak jawapan yang dia bagi.” Izam ketap bibir.“Isy, abaikanlah benda tu. Ha, papa, ceritalah. Silakan.” Izat masih mendesak.Encik Shafei tenung isterinya. Wanita itu angkat bahu tanda tiada bantahan. Dia menarik nafas panjang. “Yang terperinci ke tak terperinci?”“Terperinci!” Izat dan Izam bersuara serentak.“Baiklah. Macam ni. Dulu... lepas papa habis studi, papa tak terus cari kerja. Yalah, dah lama perah otak studi itu ini, papa cadang nak enjoy puas-puas sebelum ambil alih syarikat datuk kamu. Datuk kamu pulak ikut ajelah. Tambah nenek kamu kuat menyokong. Hah, dapat peluang, enjoy mautlah. Masa nilah papa ambil peluang pikat satu, satu gadis. Tak taulah berapa ramai yang jadi mangsa, lupa nak kira. Sambil tu papa cuba-cuba jugak pikat mummy kamu ni. Tapi, susah sikitlah. Orang lawa, jual mahal dulu.“Tak lama lepas tu datuk kamu dapat tahu sebab gadis-gadis yang papa perangkap tu pakat-pakat jumpa dia. Apa lagi, mengamuklah dia. Dia paksa papa mula kerja kat syarikat, jadi terpaksalah papa ikut. Nah, tup-tup papa jumpa mummy kamu kat sana. Rupanya mummy kamu ni setiausaha datuk kamu kat ofis. Apa lagi, papa mulalah dengan strategi.”“Mummy mesti cun masa tu, kan?” soal Izat, menyampuk.“Isy, mestilah. Sekarang pun masih cun apa. Silap hari bulan orang kata kakak kita pulak, Izat.” Izam mengerdip mata lalu ketawa perlahan. Sempat pandang mummy yang memang ramai jangka kakak sulung mereka.Puan Zefrina sekadar menggeleng. Malas dilayan tiga beranak itu. Kalau sudah bekerjasama, ada saja cakap-cakapnya.“Lepas tu, papa?” Izat lanjut bertanya.“Mula-mula tu papa ingat nak jadikan mummy kamu koleksi, macam gadis-gadis lainlah. Mangsa buaya tembaga. Alih-alih papa pulak yang terkena. Kecantikan mummy kamu, kesabaran dan kelembutan dia, kewanitaan dia, benar-benar pukau papa. Walaupun masa tu mummy kamu belum peluk Islam, tapi nasihat dia banyak ke arah keislaman. Mummy kamu banyak sedarkan papa. Papa mula tertarik dengan mummy kamu dan lama-lama perkenalan tu buahkan bibit-bibit percintaan yang alhamdulillah mekar sampai hari ni.”“Fuh-fuh, romantisnya...” Izam feeling habis. Kalaulah aku dengan Aiza macam tu, mesti syok.“Feeling ke? Terbayang-bayang, terharap-harap?” usik Izat suka. Faham sangat dengan tangkap layan abangnya waktu itu.“Tapi...” Encik Shafei pandang Izat dan Izam silih berganti. Sila kembali pada topik asal. “Kamu nak dengar lagi tak?”“Nak, nak, nak!”“Hah, diam dan dengar. Dalam masa papa tengah cuba-cuba nak tawan hati mummy kamu, ada sorang lagi laki cuba tawan hati mummy kamu. Yang mummy kamu pulak melayan. Papa apa lagi, tak menyerah kalah. Satu hari tu, papa pergi rumah mummy kamu. Papa ikat surat pada batu dan buang ke tingkap bilik mummy. Hah, esoknya mummy kamu mengamuk dengan papa. Tayang batu depan muka papa. Jadi, papa pun curah isi hati papa. Sungguh-sungguh punya sebab mummy kamu ingat surat papa tu mainan aje. Hah, terdiam mummy kamu. Lepas tu malu nak tegur. Tapi, lama-lama mahu.” Encik Shafei tenung isterinya yang tersenyum malu.Izat dan Izam tersengih.“Malangnya percintaan kami dapat tentangan ayah mummy kamu. Yalah, waktu tu mummy kamu belum masuk Islam. Tapi, hati mummy kamu dah terbuka untuk dalami agama yang Esa ni. Menurut ayah mummy kamu, papa sengaja nak pengaruh mummy kamu agar berpaling daripada agamanya. Papa dilarang berjumpa dengan mummy kamu sampaikan mummy kamu tak dibenarkan bekerja lagi. Siap kena paksa tinggalkan Melaka. Mulanya memang papa patah hati sebab papa tak ada sebarang peluang untuk temui mummy kamu. Papa betul-betul sedih.“Mujur jodoh kami panjang. Mummy kamu jumpa papa, kata pada papa, dia bukan lagi Zefrina Donald, tapi Zefrina Abdullah. Jadi, ayah mummy kamu tak ada alasan untuk halang kami berkahwin. Tambahan pulak perhubungan kami dapat persetujuan nenek kamu, ibu mummy. Jadi, papa hantarlah pinangan dan akhirnya...”“Akhirnya papa dan mummy pun berkahwin dan hidup aman dan bahagia. Happily ever after. Tak nak cerita ke macam mana abang dan Izat dilahirkan?” soal Izat tenung wajah papanya.Encik Shafei, Puan Zefrina dan Izam tenung Izat tanpa berkelip.Izat telan liur. Aku salah cakap ke? Eh, yalah!“Izat tahu.” Izat ketawa.“Papa, kisah cinta papa dengan mummy kalau dibuat novel atau drama, mesti menarik,” sampuk Izam.Encik Shafei dan Puan Zefrina sekadar senyum.“Agaknya Izat pun akan jumpa dengan seorang gadis yang macam papa cerita. Mula-mula playboy, kemudian jadi Shah Jehan yang terus setia kepada Mumtaznya. Tak gitu, Izat?” Encik Shafei menyoal Izat.Izat senyum menggeleng. Rasa dia hanya papa dengan mama ada peluang rasa jadi Shah Jehan dan Mumtaz. Habis sampai situ saja. Sebab dia nak perempuan yang benar-benar perempuan. Bukan macam minah-minah yang menyendengnya sekarang ini. Dia orang semua low class. Itulah rasa hati Izat. Sebab mereka mencari hubungan nafsu dan bukan cinta.Izat geleng terus. Yakin, pasti hatinya bukan mudah terpaut sebegitu saja. Dalam suka melayan perempuan yang mendekat, dia sebetulnya terlalu memilih. Teramat!“Tak mungkinlah, papa...” ujar Izat perlahan, terus menggeleng-geleng.Encik Shafei dan Puan Zefrina saling memandang. Walaupun raut anak bongsu mereka itu nampak hampa satu macam, namun boleh pula mereka saling kongsi senyum. Izam saja tak perasan sebab sibuk nak qada’ balik cookies yang Izat makan dulu sebelum dia turun tadi.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 10, 2014 11:18

Princess-reborn | tiga

[saya izat effy dan saya dalam mood membela rambut sekarang ni ;)]
Izam melempar diri ke atas katil. Penatnya. Tapi, yang menariknya, bila tengok wajah Aiza, semuanya jadi hilang. Aduh, seronoknya sebab dapat tenung wajah itu selalu. Akan terubatlah nanti rasa rindu di hati. Gundah-gulana akan hilang. Hmm... aku akan gunakan peluang ni untuk tawan hati kau. Aku akan pasti miliki hati kau, cik adik sayang. Sebab, nak cepat-cepat bawa balik rumah ni. Nanti bolehlah tengok selalu bila penat. Pengubat segala lara hati, 24/7 di samping, lagilah menarik!Tuk! Tuk! Tuk! Pintu biliknya dibuka dari luar.La... orang baru nak mula berangan. Dah ada pulak orang kacau. Potong stim betullah! “Hah, Izat, apanya? Kacau orang ajelah,” gerutu Izam geram setelah pintu biliknya dibuka. Terus dia bangun lalu duduk di atas katil. Adiknya ikut duduk tidak jauh.Izat tutup hidung. “Busuknya...”Izam memegang hujung bajunya yang masih belum bersalin. Dicium. Yaks! Bau hacum. Izam sengih seperti kerang busuk. Cover baik punya.“Abang tak mandi lagi ke?”Izam geleng. “Alah, abang ni sentiasa wangi. Tak payah nak mandi-mandi.”Izat mencebik. “Pirah! Bau wangi macam adik-beradik kambing adalah. Uwek!”“Yalah, yalah. Kejap lagi abang pergi mandilah. Yang Izat ni nak apa?”“Mummy panggil turun. Minum petang. Cepatlah. Izat tunggu kat bawah tau. Tapi mandi dulu ya, bagi wangi macam Izat ni.”“Pigi dah!” Izat bangun dan terus capai tuala lalu ke bilik air.Izat tersengih. Nasiblah, abang oi. Siapa suruh rajin belajar perubatan. Hari orang cuti pun dia kena kerja. Terus Izat keluar dari bilik Izam, segera mengatur kaki ke ruang makan semula. Perutnya berkeroncong minta diisi. Agaknya kuih apa yang mummy buat ya? Ah, kuih apa pun tak kisah. Kalau mummy yang buat, mesti best!“Izat, abang kamu mana? Macam putera raja pulak dia, nak dinantikan,” soal Encik Shafei setelah terpandangkan anak bongsunya.“Atas, baru nak mandi.” Izat tarik kerusi di sebelah Encik Shafei, yang mengepalai meja, lalu duduk.“Baru mandi? Apa ajelah yang dibuatnya dari tadi?” sampuk Puan Zefrina, menuang air teh O ke dalam cawan lalu diletak di hadapan Izat.“Entah. Ingatkan buah hati agaknya,” ujar Izat selamba mencapai cookies kegemaran dia dan abangnya yang terhidang.Encik Shafei dan Puan Zefrina hanya tersenyum. Kalau betul pun tak ada apa hendak dimarahkan. Anak teruna mereka itu bukannya muda lagi. Dah layak berbini pun. Cuma Izam saja tak mahu. Tak ada yang berkenan di hati, konon!“Hei, apa kutuk-kutuk abang ni, hah?” soal Izam menarik kerusi di sebelah adiknya seraya melabuh punggung.Encik Shafei hirup air teh yang disediakan lalu diletak kembali ke atas piring cawan. Dia merenung Izam. “Cepat kamu mandi?” “Mandi koboi, papa, mana tak cepat?” sampuk Izat rakus mengunyah cookies.“Hei, sorrylah. Abang tak mainlah mandi koboi.”“La... Siapa pulak main?” Izat cebik.“Isy, budak ni!” Izam mengetap bibir, geram. Bagi pandangan hendak makan Izat.“Sudah, sudah. Tak payah nak bertikam lidah lagi. Mummy buatkan cookies kegemaran kamu berdua tu, makanlah. Ambik lagi, Izam, Izat.”Izat dan Izam pantas mencapai lalu dikunyah rakus. Lawan siapa lebih cepat. Siapa paling hebat. Macamlah budak tak cukup umur lagi.Puan Zefrina sekadar menggeleng melihat telatah anak-anaknya itu. “Perlahan sikit. Karang tercekik siapa yang susah? Kamu berdua ni, macam tak makan sebulan.”Dua adik-beradik itu sekadar sengih. Suka buat aksi begitu sebab suka nak dengar mummy tegur begitu.“Ha, Izam, macam mana dengan kerja kamu?”“Aaa...” Mulut Izam masih penuh dengan cookies. “Abang ni pun. Biarlah budak tu habis makan dulu,” ujar Puan Zefrina, menampar lembut bahu suaminya. Lelaki itu sekadar angguk kepala, tersenyum.“Okey aje, papa,” jawab Izam setelah mulutnya kosong.Encik Shafei angguk.“Mana tak okey, papa. Buah hati sentiasa di sisi,” ujar Izat ketawa.Izam merenung adiknya. Macam mana budak ni tahu? Isy! Buatnya kalau diheboh, tak ke niaya aku.“Siapa orangnya, Izam? Boleh mummy tau?” Puan Zefrina ingin tahu. Sangat-sangat. Sebab Izam bukan macam Izat. Izat kawan perempuannya ramai. Tak ada nak rahsia-rahsia. Tapi, tak pernah seorang pun dibawa pulang ke rumah, diperkenal. Harap terjumpa di tengah jalan ketika mereka berdua atau budak-budak perempuan zaman sekolah dulu yang bertandang mengejut dengan adegan air mata duyung. Tapi, budak-budak perempuan yang pernah dia terserempak, memang waktu itu tanpa kompromi Izat kenalkan kepadanya. Itu tandanya gadis itu mangsa. Lagi!Tapi Izam, lain orangnya. Perwatakan serta cara Izam bawa diri juga tak sama. Sebagai anak sulung, Izam betul-betul layak dipanggil abang. Perangai semenjak kecil tak pernah memeningkan dia atau suaminya. Dengar kata, ikut cakap. Hendak melawan pun jarang sekali. Cukup mudah menjaga Izam, sampai ke dewasa. Namun, soal hati, cukup susah dijaga. Izam perahsia amat. Kalaupun Izam pernah ada kawan perempuan, dia tahu pun bila Izat buka cerita. Kalau tak, memang tak adalah telinga dengar. Pasal hati, Izam cukup tertutup dan sangat malu ungkap rahsianya. Mungkin perangai itu diperturun daripada dia. Kerana begitulah dia di zaman muda dulu. Izat sah sangat copycat papanya!“Mana ada, mummy. Izat ni... memandai aje!” Izam besarkan mata ke arah Izat. “Eleh, malu pulak! Janganlah malu-malu,” usik Izat, siap siku lengan Izam. Rasa syok pula tengok abangnya tenung dia bagai nak telan. Dia faham maksud renungan berupa amaran itu, tapi saja nak buang masa. Keh! Keh! Keh!“Mana ada. Memandai aje Izat ni!” Izam mengetap bibir. Budak ni saja buat tak faham pulak! Nanti abang kerjakan kau kat atas!“Cakaplah, Izam. Siapa gadis bertuah tu?” Puan Zefrina seolah-olah mendesak. Kalau boleh nak desak habis-habisan, bukan seolah-olah lagi. Hendak tahu sangat. Bukan setiap tahun anaknya jatuh kasih. Pembetulan, bukan setiap tahun Izam jatuh kasih. Kalau Izat, memang ya. Setiap tahun, lebih daripada himpunan sambutan hari raya semua bangsa!“Mana ada, mummy.” Izam mula melurut belakang kepala. “Apa salahnya kalau kamu cakap, Izam? Bukannya mummy kamu tu nak pergi pinang dia terus,” ujar Encik Shafei dengan nada bergurau. Padahal dia memang kenal sangat isterinya. Kalau tahu siapa gadis yang berdiam dan mendapat tempat di hati Izam, memang itulah hal pertama akan dilakukan. Mula kata saja nak kenal. Dua jam kemudian, saya pinang teruslah! Semangat nak dapat menantu punya pasal.“Okey. Kalau papa dan mummy nak tau, Izat boleh bagi tau.”Izam cubit paha adiknya dari bawah meja makan. Tak faham isyarat, meh kasi aksi terus. Aksi yang sangat thrill!“Auch...” Izat tenung abangnya. Mukanya berkerut menahan sakit.“Kenapa tu, Izat?” soal Puan Zefrina hairan. Lihat antara muka lurus Izam dan wajah kerut Izat.Izat ligat menggeleng. “Tak... Tak ada apa-apa, mummy. Mmm... Izat gurau aje tadi, mummy, papa. Bukannya betul. Abang tak ada siapa-siapa lagi. Belum ada. Sungguh tak ada.”Izam pandang Izat gaya muka abang-bangga-dik. Lepas itu baru tangan di paha kekar adiknya alih ke bahu adiknya. Tepuk-tepuk tunjuk bangga.Fuh, baru nak lepas. Izat gosok pahanya yang terasa sengal akibat cubitan Izam. Nak bunuh orang ke apa?! Doktor apa macam ni! Mencederakan orang!Puan Zefrina bangkit daripada duduknya. Dihampiri Izat. Bahu pemuda itu disentuh lembut. “Izat, mummy tau Izat sembunyikan sesuatu daripada mummy. Cakaplah pada mummy, siapa gadis tu, budak perempuan tu. Mummy bukannya apa... nak tau aje. Nak harap abang kamu cakap, baik jangan harap. Izat, cakap pada mummy ya?”Izat telan liur. Gulp! Fuh, menggodanya mummy aku bila cuba menggoda. Tahap dewa-dewi. Padanlah pun papa tertawan. Dia tenung abangnya yang tergeleng-geleng macam orang tiga suku. Ditenung pula mummy yang tersenyum manis setia menanti. “Izat tak tau, mummy.” Izat sengaja capai cookies lagi, penuhkan mulut supaya tak jadi mangsa goda dan soal lagi. Dahlah I spesies tak tahan godaan tau!Puan Zefrina mengeluh. Terus kembali ke kerusinya semula. Terjuih mulut. Tak boleh nak ajak join!“Siapa budak tu, Izam?” soal Encik Shafei setelah isterinya gagal memujuk Izat. Dia bukannya apa, memang kepingin sangat pun nak bermenantu. Cuma, anak sulungnya itu saja ada banyak alasan bila dibincangkan pasal kahwin. Dan, dia pula tak hendak terlalu memaksa. Tapi, andai benar Izam ada pilihan, hendak jugalah dia tahu. Turunkan ilmu kalau perlu. Dia kan Kasanova pencen! Dan, sekarang Izat pewaris gen Kasanova itu.Izam mengeluh dalam diam. La... Tak habis lagi ke? Tak jawab karang dikata kurang ajar pulak. Hmm, baik jangan cakap hal yang sebenar. Lagipun, benda ni tak pasti lagi. Bila dah dapat, aku tak tunggu dah. Rembat terus! Cececeh...“Tak adalah, papa, mummy. Izat gurau aje tu. Tak gitu, Izat?”Izat pantas mengangguk. Sokong terus sebab takut kena ketam lagi. Apalah abang ni. Tu pun nak takut!“Tak apalah kalau Izam tak nak bagi tau. Tapi, kalau dah ada pilihan, bagi tau mummy cepat-cepat. Bolehlah mummy masuk meminang gadis pilihan kamu tu. Lagi cepat kamu kahwin, lagi cepatlah mummy timang cucu.” Puan Zefrina tersenyum, berangan-angan.Mak eh, cucu? Mula pun belum, perayat pun tak sudah, kahwin pun tidak, ni dah fikir pasal cucu. Susah, susah! Apa mummy aku ingat kahwin ni macam pilih kuih kat Mak Cik Midah tu ke?“Apalah mummy ni. Abang tu kahwin pun tak lagi. Macam mana nak dapat cucu? Ingat jatuh dari langit ke?” Izat ketawa geli hati. Pandai jugak mummy aku ni buat lawak antarabangsa. Adoi, lawaknya!“Ha, yang kamu tu bila lagi, Izat? Tak ada lagi ke pujaan hati?” soal Encik Shafei renung anak bongsunya pula. Izat berhenti mengunyah. Takkan aku pulak mangsa seterusnya?“Keliling pinggang, bang. Tak ubah macam perangai abang masa muda-muda dulu.” Puan Zefrina menjeling Izat yang tersengih nakal kemudian suaminya yang sama sengih nakal. Kasanova pencen dengan Kasanova kini.“Eh, mestilah. Bapa borek anak rintik. Ke mana tumpahnya kuah laksa kalau tak ke dalam pinggan laksa, Rina sayang. Nanti bila dia dah jumpa dengan gadis yang benar-benar menawan hati, memikat diri, yang dicintai, ha, mesti setia habislah. Macam kita dulu-dululah, sayang, pengarang jantung abang. Sekali tangkap suka, suka sampai mati. Sekali jatuh cinta, tiap-tiap hari jatuh cinta lagi.” Encik Zhafei mengerdip mata. Selamba capai tangan isterinya lalu dikucup kura tangan wanita itu.“Abang ni, ke situ pulak dia.” Puan Zefrina menyiku lengan suaminya. Namun, senyum yang menjengah bibir tiada putus. Selesa dengan sikap romantis suami yang serupa dulu.Izat dan Izam tersenyum lihat gelagat pasangan itu. Walaupun papa dan mummy dah tua... eh, taklah tua sangat. Okey, walaupun papa dan mummy sudah terlebih matangnya, namun mereka masih romantik macam pasangan pengantin baru. Romantik gila. Tak percaya tengoklah...“Kamu nak tau cerita masa papa muda-muda dulu?” soal Encik Shafei.Izat dan Izam angguk ghairah. Mestilah nak tahu. Kisah dulu-dulu ni kalau dengar kadang-kadang jadi syok. Kalau selalu jadi kurang siok.“Dulu papa ni macam Izat jugak. Eh, tak seteruk Izat kut. Kurang sikitlah. Papa ni dulu playboy terkenal. Tapi, lepas jumpa mummy kamu, fuh, cair terus! Tak pandang perempuan lain.”“Macam mana papa kenal mummy?” soal Izam ingin tahu.“Sudah, sudah... Tu semua cerita lama, tak payah abang nak ungkitkan lagi.”“Alah, mummy ni tak sportinglah. Ceritalah, papa. Izat nak tau jugak macam mana papa dengan mummy bertemu kemudian bersatu sehingga lahirnya Mohd Izam Effy, jejaka yang tampan, tapi agak pemalu, eh, tak malu sangat. Dan, adiknya Mohd Izat Effy, jejaka yang kacak lagi tampan dan malu bertempat orangnya.” Kembang kempis hidung Izat memuji diri sendiri.“Apa ke bendanya jejaka yang pemalu, tapi tak malu sangat tu, Izat?” Izam hairan. Agaknya adik aku ni belajar daripada Pak Cik Din Beramboi.“Maksudnya...” Izat seolah-olah berfikir. “Pemalu, tapi tak malu sangatlah.”“Budak ni. Sama jugak jawapan yang dia bagi.” Izam ketap bibir.“Isy, abaikanlah benda tu. Ha, papa, ceritalah. Silakan.” Izat masih mendesak.Encik Shafei tenung isterinya. Wanita itu angkat bahu tanda tiada bantahan. Dia menarik nafas panjang. “Yang terperinci ke tak terperinci?”“Terperinci!” Izat dan Izam bersuara serentak.“Baiklah. Macam ni. Dulu... lepas papa habis studi, papa tak terus cari kerja. Yalah, dah lama perah otak studi itu ini, papa cadang nak enjoy puas-puas sebelum ambil alih syarikat datuk kamu. Datuk kamu pulak ikut ajelah. Tambah nenek kamu kuat menyokong. Hah, dapat peluang, enjoy mautlah. Masa nilah papa ambil peluang pikat satu, satu gadis. Tak taulah berapa ramai yang jadi mangsa, lupa nak kira. Sambil tu papa cuba-cuba jugak pikat mummy kamu ni. Tapi, susah sikitlah. Orang lawa, jual mahal dulu. “Tak lama lepas tu datuk kamu dapat tahu sebab gadis-gadis yang papa perangkap tu pakat-pakat jumpa dia. Apa lagi, mengamuklah dia. Dia paksa papa mula kerja kat syarikat, jadi terpaksalah papa ikut. Nah, tup-tup papa jumpa mummy kamu kat sana. Rupanya mummy kamu ni setiausaha datuk kamu kat ofis. Apa lagi, papa mulalah dengan strategi.”“Mummy mesti cun masa tu, kan?” soal Izat, menyampuk.“Isy, mestilah. Sekarang pun masih cun apa. Silap hari bulan orang kata kakak kita pulak, Izat.” Izam mengerdip mata lalu ketawa perlahan. Sempat pandang mummy yang memang ramai jangka kakak sulung mereka.Puan Zefrina sekadar menggeleng. Malas dilayan tiga beranak itu. Kalau sudah bekerjasama, ada saja cakap-cakapnya.“Lepas tu, papa?” Izat lanjut bertanya.“Mula-mula tu papa ingat nak jadikan mummy kamu koleksi, macam gadis-gadis lainlah. Mangsa buaya tembaga. Alih-alih papa pulak yang terkena. Kecantikan mummy kamu, kesabaran dan kelembutan dia, kewanitaan dia, benar-benar pukau papa. Walaupun masa tu mummy kamu belum peluk Islam, tapi nasihat dia banyak ke arah keislaman. Mummy kamu banyak sedarkan papa. Papa mula tertarik dengan mummy kamu dan lama-lama perkenalan tu buahkan bibit-bibit percintaan yang alhamdulillah mekar sampai hari ni.”“Fuh-fuh, romantisnya...” Izam feeling habis. Kalaulah aku dengan Aiza macam tu, mesti syok.“Feeling ke? Terbayang-bayang, terharap-harap?” usik Izat suka. Faham sangat dengan tangkap layan abangnya waktu itu.“Tapi...” Encik Shafei pandang Izat dan Izam silih berganti. Sila kembali pada topik asal. “Kamu nak dengar lagi tak?”“Nak, nak, nak!”“Hah, diam dan dengar. Dalam masa papa tengah cuba-cuba nak tawan hati mummy kamu, ada sorang lagi laki cuba tawan hati mummy kamu. Yang mummy kamu pulak melayan. Papa apa lagi, tak menyerah kalah. Satu hari tu, papa pergi rumah mummy kamu. Papa ikat surat pada batu dan buang ke tingkap bilik mummy. Hah, esoknya mummy kamu mengamuk dengan papa. Tayang batu depan muka papa. Jadi, papa pun curah isi hati papa. Sungguh-sungguh punya sebab mummy kamu ingat surat papa tu mainan aje. Hah, terdiam mummy kamu. Lepas tu malu nak tegur. Tapi, lama-lama mahu.” Encik Shafei tenung isterinya yang tersenyum malu. Izat dan Izam tersengih.“Malangnya percintaan kami dapat tentangan ayah mummy kamu. Yalah, waktu tu mummy kamu belum masuk Islam. Tapi, hati mummy kamu dah terbuka untuk dalami agama yang Esa ni. Menurut ayah mummy kamu, papa sengaja nak pengaruh mummy kamu agar berpaling daripada agamanya. Papa dilarang berjumpa dengan mummy kamu sampaikan mummy kamu tak dibenarkan bekerja lagi. Siap kena paksa tinggalkan Melaka. Mulanya memang papa patah hati sebab papa tak ada sebarang peluang untuk temui mummy kamu. Papa betul-betul sedih. “Mujur jodoh kami panjang. Mummy kamu jumpa papa, kata pada papa, dia bukan lagi Zefrina Donald, tapi Zefrina Abdullah. Jadi, ayah mummy kamu tak ada alasan untuk halang kami berkahwin. Tambahan pulak perhubungan kami dapat persetujuan nenek kamu, ibu mummy. Jadi, papa hantarlah pinangan dan akhirnya...”“Akhirnya papa dan mummy pun berkahwin dan hidup aman dan bahagia. Happily ever after. Tak nak cerita ke macam mana abang dan Izat dilahirkan?” soal Izat tenung wajah papanya.Encik Shafei, Puan Zefrina dan Izam tenung Izat tanpa berkelip. Izat telan liur. Aku salah cakap ke? Eh, yalah! “Izat tahu.” Izat ketawa.“Papa, kisah cinta papa dengan mummy kalau dibuat novel atau drama, mesti menarik,” sampuk Izam.Encik Shafei dan Puan Zefrina sekadar senyum. “Agaknya Izat pun akan jumpa dengan seorang gadis yang macam papa cerita. Mula-mula playboy, kemudian jadi Shah Jehan yang terus setia kepada Mumtaznya. Tak gitu, Izat?” Encik Shafei menyoal Izat. Izat senyum menggeleng. Rasa dia hanya papa dengan mama ada peluang rasa jadi Shah Jehan dan Mumtaz. Habis sampai situ saja. Sebab dia nak perempuan yang benar-benar perempuan. Bukan macam minah-minah yang menyendengnya sekarang ini. Dia orang semua low class. Itulah rasa hati Izat. Sebab mereka mencari hubungan nafsu dan bukan cinta.Izat geleng terus. Yakin, pasti hatinya bukan mudah terpaut sebegitu saja. Dalam suka melayan perempuan yang mendekat, dia sebetulnya terlalu memilih. Teramat!“Tak mungkinlah, papa...” ujar Izat perlahan, terus menggeleng-geleng.Encik Shafei dan Puan Zefrina saling memandang. Walaupun raut anak bongsu mereka itu nampak hampa satu macam, namun boleh pula mereka saling kongsi senyum. Izam saja tak perasan sebab sibuk nak qada’ balik cookies yang Izat makan dulu sebelum dia turun tadi.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 10, 2014 11:18

October 27, 2014

Princess-reborn | dua

Jazmine menolak kasar pintu kaca tersebut. Pintu kaca yang bakal membawa dia ke bilik lelaki itu. Lelaki yang memberi janji, kemudian sesedap rasa merentap ia. Tak ada minta izin sedikit pun. Sebagaimana masuk ke dalam hidupnya, tiba-tiba, begitu juga keluarnya. Tiba-tiba. Dah tu, dia sendiri pun tak tahu bila hal itu berlaku. Ada orang tolong beritahu, barulah dia pasti.Meluru terus tanpa kisahkan mata yang melihat atau mulut yang mengata, Jazmine ke bahagian kewangan sebab orang yang dia hendak jumpa ada di situ. Jumpa dan serang! Nak melepas rasa kan!“Encik Izat ada?” soal Jazmine sambil laju saja bawa kaki ke meja Zulaika, setiausaha kepada eksekutif kewangan di situ. Itulah pangkat yang dibawa lelaki itu, yang akan menerima marak perasaannya sekejap lagi. Zulaika tersentak dengan kedatangan tiba-tiba Jazmine. Tambah apabila Jazmine selamba badak mengetuk-ngetuk geram mejanya, hendak tahu juga-juga ada ataupun tidak bosnya itu.“Aaa… Dia ada di dalam. Tapi dia tak mahu diganggu orang,” terang Zulaika mula sedar diri. Terus dia bangun dari kerusi, tegak berdiri. Adegan sebegini dia sudah biasa. Satu bahagian kewangan itu sudah imun. Sebab itulah semua staf kewangan yang ada sibuk menunduk saja buat kerja sesudah sekali jeling meja Zulaika. Dah tak hangat atau sensasi lagi. Hanya basi sebab luput tarikh mati. Sebagaimana kes Jazmine yang nampaknya dah dekat tarikh luputnya.“Tak mau diganggu? Ah, sudah!” Jazmine gelak sinis kemudian terus alih arah kaki, ke bilik Izam. Zulaika laju mengikut, cuba menghalang, namun gagal. Jazmine lebih awal pulas tombol pintu bilik yang bidainya tertutup elok semua, tidak memberi peluang siapa pun melihat tubuh di balik itu. Daun pintu menganga, sebagaima Zulaika menganga.Izat panggung kepala lihat kedua-dua gadis di hadapannya. Dia letak pen dan menutup fail di atas meja. Tenang.“Maafkan saya, Encik Izat. Saya…” Zulaika mula nganga lagi sebab tak tahu nak susun ayat macam mana. Walaupun dia sudah terlalu biasa berdepan dengan hal begini, tapi dia masih tak biasa dengannya. Yalah, yang datang menyerang bukan seorang. Setiap orang ada kerenah dan perangai sendiri. Takkan boleh guna taktik yang sama bila berdepan dengan hal biasa apabila yang datang itu bukan orang biasa, bukan perempuan yang sama. Awal dulu, ada jugalah Zulaika mengira berapa kali kes begini berulang. Tapi, lepas habis jari kaki dan tangan, Zulaika sudah malas mencongak. Ambil posisi, jadi nanti, aku fikirlah balik!“Tak mengapa, Zulaika. Awak boleh pergi,” ujar Izat tersenyum kepada Zulaika kemudian merenung wajah Jazmine yang menyinga. Mukanya hilang senyum. Selamba saja melihat Jazmine yang merah padam muka, sama dengan pemerah pipi yang merah macam kena sepak.“Ya, Jaz? Ada apa hal?” soalnya setelah Zulaika keluar.“Siapa betina semalam tu, hah?” soal Jazmine bengis. Muka yang sentiasa cantik dengan mekap tebal berubah hodoh di mata Izat. Yalah, harap lawa dengan tampal mekap tebal-tebal saja!“Semalam bila pulak?” Izat terus selamba. Malah, sudah bangun dari kerusi lalu berdiri dengan meletak separuh punggung pada hujung meja. Kedua-dua tangan pula saling bersilang.“I nampak you berkepit dengan betina tu. Kat Butik Ayu semalam!” Jazmine seolah-olahnya hilang diksi. Berselirat habis ayat yang hendak keluar. Marah yang amat punya bahana.Izat tersenyum. “Oh… dia. Kawan aje.”“Oh… kawan…” Izat lihat saja marah yang tadinya menjadi-jadi dan hangat macam hendak bakar orang hilang bak baru dijirus air. Malahan badan lampai dan ramping tak cukup kain itu, yang awal tadinya tegang satu macam mula jadi lemah gemalai. Terliuk sana, terlentok sini. Izat juga diam apabila Jazmine mendekatinya dengan muka buat-buat malu malahan senyum pun senyum jemput-jemput macam orang miang. Jazmine berdiri di depan Izat. Tangan gadis itu panjang saja ke dada Izat, bermain-main dengan tali lehernya. Dipusing-pusing arah sini, arah sana. Manja.“Malu I…” Mulut Jazmine menjuih-juih, jari telunjuk cucuk manja dada Izat. Tapi, tetap jaga ayu supaya nampak seksi. “Malu? Eh, kenapa pula you nak malu?” Izat hairan. Seterusnya tangan Jazmine pada dadanya dialih. Apabila Jazmine pelik dengan sikapnya, sengaja Izat arahkan muka ke luar bilik. Walaupun dia yakin, takkan ada yang boleh lihat dengan bidai menutup bilik itu, tapi sengaja dia memberi alasan. Dan, Jazmine menelan ia, sebagaimana semua cakap-cakapnya. “Tentulah I malu,” kata Jazmine, masih berdiri di hadapan Izat, dalam jarak yang dekat. “I bagi tau semua kawan I yang you ni boyfriend I. Tapi bila dia orang nampak you dengan perempuan tu, dia orang sangka I sengaja ada-adakan cerita.”“Boyfriend? Excuse me! Apa maksud you ni?” Izat buat muka terkejut Gaban kemudian bergerak menjauhi Jazmine. Berdiri sempurna ketinggian 178 sentimeternya.“Yalah. Betul kan kata I?” Jazmine mula bermain-main dengan hujung rambut sendiri, manja jongket bahu sana sini.Izat tersenyum. Yaks! Tergedik-gedik gitu ada hati nak jadi girlfriend aku! Ah, sorry! Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan! Kirim salam!“Hei, bila masanya I kata I suka you? I tak pernah kata macam tu pun. Atau apa-apa pun yang boleh buat you perasan sampai macam ni. Tak pasal-pasal I kena jadi boyfriend pulak. Heh!”Jazmine bulat mata. Sangat tak percaya!“Apa kenanya dengan you ni? Bukan ke selama ni you selalu kata yang you sayang I dan… I… I wanita paling cantik pernah you jumpa. Betul tak?” Hilang sayang manja Jazmine. Berang menyerang kembali. Tambah dua kali ganda daripada awal tadi, waktu dia rempuh masuk ke sini.Geram benar Jazmine dikata perasan oleh pemuda ini. Tahulah kau tu kacak, tampan, handsome. Serba-serbi sempurna sebagai lelaki dalam senarai wanted. Tapi jangan nak tinggi dirilah. Kalau kau tu muka macam tukang cat rumah aku dulu tu, haram aku nak pandang! Never!Izat senyum kemudian kembali duduk di kerusinya. Siap menyilang kaki. “Itulah you… Jangan cepat perasan. I mengaku yang I pernah kata pada you yang I sayang you. Hmm, I pernah kata gitu kat Zulaika. Tapi I bubuh koma, sebagai adik dan you… koma, sebagai kawan. Tak lebih daripada tu!”“You tipu!” bentak Jazmine.Izat angkat bahu. “Lain kali otak letak kat kepala, Jaz, bukan kepala lutut.”“You… you… I tak percaya apa yang you kata ni! Habis tu, kenapa you kata hanya I wanita paling cantik yang pernah you jumpa? You kata, kan?” Jazmine masih tak puas hati.“Ya, I mengaku yang I pernah kata macam tu. You adalah wanita paling cantik yang I pernah jumpa, setakat I belum jumpa yang lebih cantik daripada you. Rasanya sekarang I dah jumpa, yang lebih cantik daripada you.”“Siapa?”“Dua hari lepas ada satu nenek tu pindah masuk rumah jiran I. Bila I tengok dia… Wah, nenek vogue tu sepuluh kali ganda lebih cantik daripada you. Cantik asli. Tak ada tempek muka warna-warni macam you ni.” Izat ketawa mengekek. Suka tengok muka masam-masam kelat Jazmine dengan mata terjojol.“You dah melampau, Izat! I tak sangka you seteruk ni! Jantan penipu! Buaya darat! I hate you! I hate you so much!” sumpah Jazmine menjerit, terus menuju ke arah Izat, memukul-mukul dada bidang Izat.Izat genggam kedua-dua tangan gadis itu, perlahan-lahan bangun. Apa ingat tak sakit ke oi? Dia senyum renung Jazmine yang menyinga. Perempuan, perempuan… Itulah, dah kena baru nak sedar. Mudah sangat jatuh cinta. Tambah kalau lelaki itu kacak dan maco macam aku. Keh! Keh! Keh!Jazmine rentap tangannya lalu terus keluar dari bilik itu. Izat angkat bahu, selamba duduk lalu meneruskan kerja yang terganggu seketika tadi. Seolah-olahnya tiada apa berlaku. Baru dia buka fail semula tiba-tiba sekali lagi Jazmine melangkah masuk. Apa lagi yang minah ni nak? Tak habis-habis menyusahkan hidup aku!“Ada lagi yang you nak kata? Masih tak puas hati?” soal Izat menyindir.“Nah! Ambik balik hadiah yang you bagi kat I. I tak nak simpan barang yang diberi oleh jantan macam you!” Jazmine melempar sepasang anting-anting ke atas meja Izat lalu terus berlalu. Namun, terhenti setelah Izat memanggilnya. “Apa?” soal Jazmine garang.“Err… kalau tak salah I, mini skirt yang you pakai tu pun I yang beli, kan? Kenapa you tak bagi balik kat I…?” Izat senyum nakal.Muka Jazmine merah padam. Marah ada, malu pun ada. “Nanti I bagilah! Takkan nak bagi sekarang kut!”“Tak payahlah, Jaz. I tak perlukannya pun.”Jazmine mendengus. Dia terus keluar. Pintu dihempas.Izat bersandar pada kepala kerusi, ketawa geli hati. Jahat jugak aku ni ya! Hmm… kalau semua perempuan gaya nilah, baik aku tak kahwin. Aku nakkan gadis yang betul-betul gadis. Yang boleh buat aku kenal harga hati, harga cinta. Tapi… bukan dah masuk kategori pupus ke yang macam tu? Terfikir-fikir Izat jadinya.“Mmm, dah.” Izat jawab sendiri, angguk kemudian sambung kerja.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 27, 2014 14:27

October 23, 2014

Princess-reborn | satu

[saya nazira. saya nurse. kata aiza, saya ni boleh tahan ting-tong. tapi kata izat, dia tetap sayang saya dan ting-tong saya. ngee.]  
Berdiri di depan bilik itu, Izam merenung tanda nama yang tertera. DR. MOHD FAHMI HJ. ABBAS. Hmm, jadi inilah bilik Fahmi? Izam mengetuk pintu.“Ya, masuk.” Terdengar suara dari dalam. Izam pulas tombol lalu segera masuk.Di balik dinding sana, jauh dua bilik dari bilik Doktor Fahmi, terbongkok-bongkok dua orang gadis. Nazira sudah stunt elok di atas lantai manakala Aiza sedap saja melepak di atas belakang tubuh Nazira. Ops hendap.“Dia dah masuklah, Aiza,” ujar Nazira masih terbongkok separuh tubuh di balik dinding dengan kedua-dua lutut dan telapak tangan melekap elok ke atas lantai.“La… Tak dapatlah aku nak tengok dia.” Aiza terkilan. Terus dia menegakkan tubuh dan bersandar pada dinding. Lembik badan. Hendak sangat Aiza melihat doktor baru yang diperkatakan oleh teman-temannya sejak tadi. Kalau tak sebab ramai mengacum-acumnya rugi dan Nazira penuh ia kata mamat itu kacak kalahkan Tom Cruise dan Michael J. Fox, kedua-dua pelakon dia sangat suka, tak adanyalah dia mahu terlibat dengan operasi menghendap ini. Ajaran Nazira. Ajaran sesat. Dah tahu sesat pun buat juga! Jadi, Aizalah yang sesat! Nazira sudah malas hendak bangun sesudah terkelepek sejak tadi. Gara-gara hendak tunjuk betapa kacak dan tampannya jejaka yang baru melapor diri ke hospital mereka. Doktor baru yang buat dia bulat mata melihat sewaktu terhendap-hendap di bilik pentadbiran, apabila terdengar ayat, “Saya datang hendak lapor diri. Saya Doktor Izam, akan mula bertugas di sini mulai hari ini.”Bila sudah terpagut rasa saya-hendak-tahu-siapa-anda, terus Nazira menempek di balik dinding di bahagian pentadbiran. Separuh tubuh balik dinding, satu mata balik dinding. Selebihnya luar dindinglah kan. Jadi, dia mulakan adegan sekodeng. Ternganga mulut tengok Doktor Izam sampai separuh mulut yang balik dinding tercium dinding. Tak pasal-pasal ada kesan merah jambu di situ. Dia sangat kagum melihat doktor baru itu. Sebabnya hanya dua. Cutenya lebih daripada Michael J. Fox (tak termasuk tinggi). Kacaknya lebih daripada Tom Cruise (termasuk tinggi). Bila Nazira kagum begitu, sebab doktor muda itu melepasi dua manusia yang teman baiknya bangga dan gila sangat, terus dia ikut langkah lelaki itu (sesudah kalut-kalut lap comot lipstik merah jambu pada dinding dengan tangan). Sebab waktu itu rasa hendak tahu Nazira sangat terpancing. Lagipun, Nazira hendak jadi orang pertama yang tahu hal itu dan sebarkan kepada kawan-kawannya yang lain. Nak terus pegang title telinga lintah serta minah busybody kena tempat yang diletak ke atasnya. Maintain busybody, babe!Nazira mengekor terus lelaki tinggi lampai itu. Melihat dan menilik terus. Dengan fail pesakit di tangan, dia buat-buat rajin melihat sambil berjalan. Kadang di belakang doktor tampan itu, ada waktu dia potong doktor itu, jalan di depan. Ada sekali dia brek tanpa bagi signal. Dah ada perlanggaran apabila doktor tersebut tidak perasan. Menjegil mata Kak Hamimah, salah seorang staf pentadbiran yang membawa doktor itu ke bilik dean dengan gelagatnya. Kak Hamimah tahu dia sengaja nak begitu. Dilanggar dan terlanggar. Supaya boleh bersua muka dengan doktor muda itu.Memang berjaya! Doktor itu terus pegang bahunya, tolong imbangkan tubuh Nazira yang genit dan kecil, daripada terhumban ke dinding. Mujurlah tak jatuh cinta masa itu. Dan, dua kali mujur tak jual hati kepada doktor itu apabila bertentang mata dan bermain pandang. Gila handsome sangat! Sudahnya, Nazira hanya terangguk-angguk tanda okey kepada doktor yang sah-sah berdarah kacukan itu. Malah, apabila Kak Hamimah berlalu bersama si dia dan Kak Hamimah sengaja menjegil garang kepadanya yang terlekat pada dinding, dia lupa hendak balas dengan sengih tak ingat. Dia terpukau sangat. Tapi, apabila sedar daripada pukauan itu, laju Nazira lari di kaki lima itu ke bilik rehat jururawat. Nak menyampai punya hal. Kata nak maintain busybody!Dan, sebabkan itulah Nazira terduduk di atas lantai waktu ini selepas penat dengan operasi menghendap yang tidak berjaya. Hampa tiada dalam hati Nazira, tapi dia tahu di hati Aiza ada. Tengok muka sebek itu pun dia sudah tahu. Nazira juga tahu Aiza bukan hendak tengok sangat pun doktor baru itu sebab dia tampan atau kacak. Sebaliknya Aiza hendak tengok betulkah doktor baru itu lebih tampan dan kacak daripada pelakon-pelakon kesukaannya itu. Hendak nilai dengan mata sendiri!“Alah…” Aiza mengeluh lagi dengan adegan mulut juih-juih ke depan.Nazira yang melihat dengan leher meninggi ke atas, memandangkan Aiza berdiri dan dia duduk, sembunyi sengih. Kemudian berkata, “Itulah… Lambat lagi! Nasib baik aku sempat tengok dia tadi. Fuh, handsome gila! Kalah Tom Cruise. Muka dia… lagi cute daripada J. Fox tu. Alah, memang lebih hebatlah daripada dia orang!” Nazira makin seronok menyakat. Tahu Aiza terkilan kerana tidak sempat melihat wajah doktor baru itu. Dan, dia sengaja api-apikan rasa itu. Biar Aiza terbakar sampai sanggup buat apa saja untuk dapat lihat. Sebab dia baru dapat idea baru!“Kau ni, Ira… Aku sedih tau!” Aiza cubit geram bahu temannya yang selamba menyilang kaki, bersila di atas lantai. Menyenget sedikit dia cuba dapatkan bahu Nazira kerana gadis itu sengaja larikan bahu.Hai, Ira, nampak dek Kak Pipah kau tengah buat kenduri duduk macam ni kat sini, mahunya dia denda kau cuci tandas. Kalau tandas staf okey lagi, ini tandas awam yang digunakan oleh pengunjung hospital tersebut. Kak Pipah memanglah sangat suka buat denda kalau mereka pandai-pandai langgar peraturan. Memang wanita yang berusia 40-an itu garang. Tapi, bertempat. Sebab, walaupun kuota kena denda Nazira paling tinggi, namun kuota sayang kamu untuk gadis itu juga sama tinggi daripada wanita itu. Marah-marah sayang.Nazira tak ambil kisah walaupun dicubit dengan penuh perasaan dek Aiza. Menggosok-gosok macam buang benda atas bahu, dia terus berdiri di samping Aiza. Menyengih-nyengih sambil angkat kening. “Aku tau… Sebab tulah aku nak bagi tau kau satu idea.” “Apa ideanya?” Beria-ia pula Aiza menyoal. Siap tolong sapu-sapu bahu Nazira. Bahu yang dicubitnya tadi. Walaupun dia tak rasa dia ada sakitkan Nazira yang lebih tulang daripada isi. Kurus keding orangnya.“Kau nak tengok dia, kan?”“Ya. Tapi kan dia dah masuk? Nak tengok macam mana? Takkan nak ngendap balik bilik tu kut!”“Betul. Tepat sekali. Tulah yang akan kita buat sekarang!” Itulah idea yang difikirkan Nazira tadi. “Bernas tak?” Nazira mengerdip mata suka.“Gila kau! Tu dah bernas tahap nanas!” Aiza melopong.“Alah… Kata nak tengok! Kalau nak, jom!” Nazira buat muka tak kisah dan tak peduli. Terus dia tarik lengan temannya. Mahu Aiza mengikut saja tanpa mula memikir segala kemungkinan yang boleh atau mungkin berlaku.Memanglah apa-apa boleh berlaku. Yang penting, jangan fikir dulu. Gaya pemikiran Nazira yang selalu Aiza tak setuju. Tapi, dah dalam keadaan begini, Aiza turutkan saja apabila Nazira tarik pergelangan tangannya, berdua melangkah perlahan-lahan ke bilik Doktor Fahmi. Langkah Nazira penuh yakin. Langkah Aiza sarat agak-agak.“Boleh percaya ke ni? Aku takutlah, Ira.” Aiza tiba-tiba genggam erat tangan Nazira apabila ia mahu pegang tombol pintu yang tertera nama DR. MOHD FAHMI HJ. ABBAS. Dia telan liur. Gulp!“Relaks… Jadi punya!” Nazira buat tak kisah dengan gemuruh Aiza. Gila gemuruh sampaikan tangannya yang dipaut oleh tangan Aiza ikut bergoyang. Menolak tangan Aiza, akhirnya, perlahan-lahan pintu bilik Doktor Fahmi dibuka. Nazira pastikan tiada bunyi terdengar. “Nah, tengoklah…” bisik Nazira tahap di dalam kelambu malam pengantin.“Macam mana?” soal Aiza seperti orang bodoh. Sama perlahan. “Menghendaplah!”“Tapi… nanti Doktor Fahmi…”“Itu bisa diatur. Aku kan ada? Kau tengok, biar aku berjaga-jaga sebagai mak jaga.” Aiza kemam bibir. Takkan aku nak buat macam tu? Tapi, kalau aku tak buat, macam mana aku nak tengok muka dia, yang dikata lebih cute daripada Michael J. Fox, lebih kacak daripada Tom Cruise tu? Lantaklah! Apa nak jadi pun jadilah! Aiza tunduk membongkok, melihat di balik celahan pintu yang terbuka agak-agak ngam mata nak sekodeng.“Nampak tak?” soal Nazira perlahan. Dia berdiri di hadapan pintu, tegak, sedikit depan daripada Aiza. Memeluk tubuh dengan muka saya-tak-buat-salah-pun, melihat sekelilingnya. Kalau-kalau ada yang lalu-lalang.Aiza menutup pintu kembali. Hati-hati. Kemudian dia tegak di sebelah Nazira, yang terus menyerbu pandang kepadanya.“Nampak tak?” Nazira mengulangi soalannya.“Nampak… Tapi belakang aje.”“La… Buat teruk aku aje tau.” Memuncung mulut Nazira tunjuk perasaan teruknya. Berdiri tegak dengan muka sedikit ke atas untuk tunjuk perasaan dia kepada Aiza yang lebih tinggi. Aiza tayang muka kebajikan. Minta dihulur simpati.Dan, dalam aksi yang begitulah tiba-tiba pintu bilik itu dibuka. Nazira dan Aiza kaku di muka pintu. Tak sempat hendak buat apa-apa. Sudahnya, perlahan-lahan kepala dipaling ke muka pintu. Daun pintu luas terkuak, tubuh agak lampai milik Doktor Fahmi di situ, berpeluk tubuh, menjongket kening. Tersenyum kepada mereka. Mereka pula hanya boleh membalas senyum itu.“Ha, Ira, Aiza. Tak ada kerja ke?” soal Fahmi merenung kedua-dua gadis itu, terus dengan senyuman. Lucu tengok senyum kejung macam kena sepit pipi kiri dan kanan dengan sepit baju daripada kedua-duanya. Dah tahu buat salah dan kantoi punya pasal.“Ada. Mmm… kami tengah buat kerjalah ni,” ujar Nazira tersenyum. Ke atas ke bawah tangannya diayun. Aksi I tak ada buat salahlah…Aiza tenung temannya. Biar betul minah ni. Takkan dia nak cakap kut? Mampus dia kalau Nazira cakap. Dengan Nazira sekali dua kali mampus sebab Nazira otai ops yang gagal ni!“Sebenarnya…” Nazira kumam ayat. Sebenarnya apa, hah? “Hah!” Penuh semangat tangan Nazira yang menggoyang tadinya melekap. Menepuk elok di depan muka Fahmi sampai lelaki itu sedikit terkebelakang mukanya. Terkejut atau nak jaga muka yang agak kacak, Nazira tak boleh tebak.“Hah, kami tengah jaga-jaga kat sini. Manalah tau kalau ada pesakit yang pengsan. Ha, nanti glamorlah hospital kita. Dapat masuk paper ke, TV ke. Itu kan dapat menaikkan nama baik hospital kita. Berkhidmat sebelum ada yang parah,” sambung Nazira menyengih tanpa kena sepit.Fuh, selamat! Aiza lega dalam diam. Pandai jugak si Ira ni kelentong. Tak apalah, tipu sunat. Walaupun alasan tu agak… Mmm, kira bolehlah daripada tak ada.Fahmi senyum. Kedua-dua gadis itu memang nakal dan banyak akal. Terutama sekali Nazira, gadis yang peramah dan sentiasa riang ke sana ke mari. Payah benar hendak lihat wajah ceria itu mencuka, kecuali kalau dia marah atau merajuk. Itu pun sekejap saja. Kata Nazira, merajuk atau marah dengan dia, sangatlah tidak sinonim. Dan, Fahmi mengakuinya.“Mmm… yang kat dalam tu doc yang baru ditukarkan ke sini ke, Doktor Fahmi?” soal Nazira mencuri pandang ke dalam bilik. Menjengket-jengket hendak lepasi ketinggian Doktor Fahmi yang masih berdiri di muka pintu biliknya.Aiza ikut mencuri pandang. Manalah tahu kalau-kalau dapat lihat wajah doktor baru itu. Lagipun, dia lebih boleh curi tengok banding Nazira yang ketot. Dah dapat lihat, tidaklah dia dikata ketinggalan lagi. Malangnya, lebih sikit tinggi daripada Nazira pun tak ada gunanya. Dia hanya dapat lihat kelibat lelaki itu sahaja. Tapi, hmm… dari belakang pun nampak maco saja!“Eh, mana Ira tau?” soal Fahmi agak hairan. Setahunya berita itu tidak disebarkan. Hanya bahagian pentadbiran saja yang tahu.Namun, seketika saja hairannya itu kerana Fahmi dapat mengagak bagaimana gadis itu tahu. Ini sah kes menghendap si Izam dari tadi. Kalau Nazira sudah tahu, teruslah dia akan ambil tahu sampai ke sudah. Busybody hospital ini kan. Tapi busybody spesies baik punya. Hal yang perlu dan dia mahu saja. Sah, Izam sejak awal tiba sudah jadi mangsa sekodeng gadis lincah ini. Ira, Ira…“Biasalah…” Nazira menyeringai. Siap keluarkan bunyi hehehe lagi kemudiannya.“Pantas sungguh Ira ni.” Fahmi ketawa kecil.“Takkanlah tak nak kenalkan kami dengan dia?” Nazira masih tidak mengalah untuk bersemuka dengan doktor baru itu. Yalah, jengket asyik tak lepas. Kut dia rajin nak kerabat Doktor Fahmi, nampaklah. Tapi, kang heboh satu hospital pula. Tak pasallah!“Yalah, yalah. Saya tau Ira tak akan puas hati selagi tak jumpa dia sendiri.” Fahmi menembus tubuh melalui celahan pintu. Masukkan separuh tubuh lalu Izam digamit. “Mari aku kenalkan kau dengan dua orang gadis manis ni.” Temannya itu menghampiri Fahmi. Dia tersenyum mesra kepada Nazira. Gadis genit ini. Dia ingat sebab orangnya rendah, hanya paras dadanya. Dan, sebab mereka berlanggar tadi. Yang seorang lagi pula…Eh, rasanya macam kenal saja awak tu. Matanya tertumpu terus ke wajah Aiza. Menilik dan mengkaji. Sah, memang dia! Kalau aku taulah dia kerja kat sini, dah lama aku mintak tukar. Kut sekarang dah ada anak dua. Hisy, gatalnya aku. Baru Izam tahu dia pun ada gen ulat bulu naik daun macam Izat.Nazira melambai-lambai tangan di hadapan wajah Izam. “Helo… helo… Masih kat sini lagi?” Kemudian sengaja pula Nazira mengelip-ngelipkan mata di depan muka Izam. Siap parkir kedua-dua tangan yang dikepal di bawah dagu.“Ah… Ya, ya. Kenapa?” Izam sedikit sentak. Baru sedar diri.“Ops… Sorry kalau ganggu doktor layan perasaan. Hmm, sebenarnya nak pesan. Jangan pandang lama-lama, nanti saling jatuh cinta.” Nazira selamba nyanyi ikut rentak lagu Sweet Charity. Terkenyit-kenyit mata menyakat.Aiza mencubit halus lengan temannya. Geram. Malu. Kalau bukan doktor pujaan hati, satu hal. Ini doktor ‘pojaan’ hati, berhal-hallah. Malu memuncak, geram memarak. Nazira mengaduh. Menggosok-gosok lengannya yang terasa sengal. Nak bunuh orang ke minah ni? Tadi cubit, sekarang cubit. Asyik dia saja terbabit!“Sakitlah!” Mencerun Nazira kepada Aiza. Siap buat bunyi menderam lagi.“Tahu pun! Yang kau memandai tu pasal apa?” marah Aiza geram.Nazira cebik bibir. “Eleh, orang cakap yang betul pun nak cubit. Aku bagi tau rahsia tadi baru tau,” ugut Nazira tersengih.Sudah… Jangan! Malu aku kang depan dia ni! Nanti mesti dia beritahu kat adik dia dengan Aunty Rina. Eii, tak sanggup aku! “Eh, tak, tak… Aku tak marah…” Luas sengih Aiza sambil gosok-gosok lengan Nazira yang tadi jadi mangsa ketam batunya.Tersenyum Nazira dengan gelagat Aiza. Nak tutup lubang punya pasal, manja kemain. “Tau takut.” Nazira berbisik kepada teman itu seraya mengenyit mata. Suka nak kenakan Aiza.“Hei, tak baik berbisik depan kami tau. Apa pun… Hah, Izam, aku kenalkan pada kau gadis paling nakal dan bermulut becok kat hospital ni.”“Ooo… Aaa… Yang mana satu?” soal Izam. Namun, dia dapat mengagak. Sekejapan bersama sudah boleh buat dia meneka.“Tu… yang dari tadi bercakap tak henti tu.” Fahmi memuncungkan bibir ke arah Nazira. Selamba. Gadis itu jelir lidah kepadanya. Fahmi tak ambil hati. Memang begitulah Nazira yang dia kenal.“Okeylah, aku nak buat rounds. Aku pergi dulu ya, Izam.” Fahmi menutup daun pintu biliknya seraya angkat tangan kepada Izam. Junior satu U dengannya. Dan kini, mereka punya pertemuan semula.Kemudian Fahmi melihat Nazira dan Aiza. Kedua-dua gadis yang elok dengan pakaian seragam hospital mereka. Sut skirt berwarna merah jambu lembut bawah lutut. Pada kepala masing-masing pula nurse cap elok terletak, juga warna merah jambu lembut. Aiza dengan rambut pendek gaya potongan Cleopatra paras telinga, disisir elok. Manakala rambut hitam berkilat Nazira disanggul kemas dengan rambut depan menutup dahi.“Mmm, kamu berdua pulak, jangan nak curi tulang ya,” ujar Fahmi menunjuk-nunjuk jari telunjuk ke arah kawan baik berdua itu.“Yes, doc!” Nazira angguk dengan dua jari pada kening kanan. Saluting!Fahmi sekadar senyum dengan telatah gadis itu. Nazira jika dilihat mata, tidaklah secantik Aiza. Antara teman berdua ini, menang rupa tentulah Aiza. Kalau ada lelaki yang melihat mereka jalan bersama, pasti mata akan menyerbu terus kepada Aiza. Namun, wajah biasa-biasa Nazira itu penuh kelembutan. Wajah itu wajah keibuan. Dan, takkan ada siapa sangka di balik wajah itu tersembunyi kenakalan yang begitu menghiburkan. Kelembutan wajah itu dan kenakalan gadis itu boleh menambat hati siapa saja. Nazira kalau dikenal, memang ramai lelaki beratur untuk jatuh suka. Malah, diam-diam dia sendiri selalu jatuh suka kepada Nazira. Tidak boleh hendak tidakkan rasa itu. Namun, dia tahu dia tidak jatuh cinta, kerana cintanya sudah diraih gadis lain lebih awal. Dan, kekasihnya sendiri tahu dia jatuh suka kepada Nazira berulang-ulang, kerana Anna ikut jatuh suka dengan keletah Nazira di balik pertemuan tak seberapa dalam hubungan jarak jauh mereka. Perangai Nazira yang keanak-anakan dan happy go lucky menyebabkan Fahmi menyayangi gadis itu seperti adiknya sendiri. Nazira adalah peran yang menghiburkan isi hospital ini. Tersenyum, Fahmi berlalu.“Jomlah, Aiza. Nanti merungut pulak member-member lain sebab kita tak ada kat nurse-station.” Nazira menarik lengan Aiza.“Mmm, cik pergilah dulu. Saya ada sesuatu nak cakapkan dengan kawan cik ni,” ujar Izam seperti menghalang Aiza daripada berlalu.“Ada apa-apa ke?” usik Nazira melihat antara Aiza dengan Izam. Dia menyiku Aiza yang diam sedari tadi, malah Aiza ikut jadi terkejut dengan halangan Izam. Sudahnya Nazira menjongket kedua-dua bahu. “Anyway, I’m Intan Nazira. Panggil aje Ira.” Nazira tegakkan kelima-lima jari tangan kanan setinggi bahu, menggedik-gedikkan ia serupa lambaian salam kenal.“Hai, Ira.” Izam senyum mesra. Izam menanti gadis itu berlalu, namun si manis itu tidak berganjak dari tempatnya. Berdiri saja dengan kedua-dua tangan saling bersilang di belakang tubuh, merenungnya seolah-olah sedang menanti. Tunggu apa pulak ni?“Mmm, ya…?” Izam soal terus.“Takkanlah saya aje nak kenalkan diri. Macam mana dengan doktor?”“Ooo… minta maaf. Saya Mohd Izam Effy, tapi panggil saya…”“Doktor Izam,” potong Nazira mengerdip mata. “Okeylah. Jangan sampai hilang kata bila berdepan dengan cik adik ni ya.” Nazira selamba menyiku manja Aiza. “Susah nanti. Okey, bai-bai.” Melambai mesra, Nazira meninggalkan Izam dan Aiza berdua di situ. Berlari sambil menjingkit-jingkit gaya skipping dan menyanyi kecil suka hati. Tersenyum Izam dan Aiza memerhati. Kemudian, mata Izam dan Aiza bertembung. Spontan Izam mengeluarkan suara. “Dia memang macam tu?”Aiza angguk cuma. Terkulat-kulat melihat segala arah, tapi bukan hadapannya. Sebab di depannya sedang berdiri tubuh lampai yang mula buat hatinya tahu main dram semenjak kali pertama melihat paras itu. Terintai-intai dia curi tengok apabila Izam memunggah barang dari dalam kereta, ketika hari pertama berpindah kembali ke rumah keluarganya. Lepas itu, sekali lagi sekodeng cik abang ini basuh keretanya.Bisu. Begitulah suasana antara mereka seketika. Akhirnya Izam mengalah. Tahu tanggungjawab buka mulut dan bersuara jatuh ke bahunya. Lagipun, sampai bila nak berdiam diri begini? Salah seorang perlu mengalah. “Rasanya saya pernah tengok cik…” Sengaja Izam bungkam di situ.“Aiza.”Wajah yang sama, nama yang serupa. Tak mungkin pelanduk dua serupa. Kut ya pun pelanduk dua serupa, takkanlah dengan nama dan rupa sekali gus. “Cik Aiza tinggal di Taman Cahaya Purnama?” Akhirnya Izam menanya soalan yang hendak sangat dia tanya sejak awal tadi. Aiza angguk kemudian selamba berkata, “Kat sebelah rumah doktorlah.”Itu pun tak tahu ke? Yang hari-hari kau duk ushar tu akulah! Takkan anak katak kut?!Bercahaya sakan mata Izam, kalah Taman Cahaya Purnama. Jadi, dialah… Memang dia! Ada peluanglah ni!Kalau tak nak cakap, jangan bazirkan masa aku! Apa punya lelakilah! Kat rumah pun dia tak berani nak tegur. Asyik buat kepala bangau aje. Hah, dah tumpang ada peluang ni, gunalah! Itu pun tak! Soal entah apa-apa punya soalan. Heh! Aiza masukkan kedua-dua tangan ke dalam poket baju seragam. “Tak apalah ya. Saya ada kerja. Saya minta diri dulu.” Terus Aiza hendak berlalu. Namun, terhenti dengan tegahan tegas daripada lelaki di hadapannya.“Sekejap!”“Ada apa, doktor?” Aiza kembali berhadapan dengan lelaki itu. Kedua-dua tangan masih di dalam poket kanan dan kiri uniform. Malas-malas mahu.“Izam. Panggil saya Izam aje. Boleh saya panggil awak Aiza?”“Ikut suka Izamlah. Ada apa-apa lagi, dok… mmm, Izam?” Aiza cuba untuk tunjuk selamba. Sedang tangan di dalam poket sibuk tergenggam dan terbuka berulang untuk jauhkan gemuruh. Kasi siuh jauh-jauh! “Mmm… bila kita boleh jumpa lagi?” Izam melurut-lurut belakang kepala. Terkebil sekejap, Aiza sudahnya senyum. Rasa comel pula aksi serba tak kena Izam yang melurut-lurut rambut belakang begitu. Rambut yang keperangan sebagaimana adiknya. Cuma adik lelaki itu sudah tukar stail rambut sejak-sejak kebelakangan ini. Membela. Dan, Izam nampak kacukan, sedang adiknya nampak lebih kepada mat salih.“Bila-bila saja. Okeylah, saya mintak diri dulu.” Aiza terus berlalu tanpa menunggu balas kata. Malu…Izam tutup mulut, tapi bukan mata. Membesar tengok Aiza berlalu begitu saja. Bila-bila saja? Apa maksud dia? Ah, lantaklah! Asal aku dapat tengok muka dia setiap hari sudahlah…Izam berlalu pergi dari situ, bersama sengih yang tak boleh hendak putus. Joker pun boleh kalah tau!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 23, 2014 06:17

October 18, 2014

Cinta Cuba Try Test | Prolog (i)

[saya hero ini cerita. cuba teka siapa nama saya?]
Mac 2007, Dewan SMSBFARIZ gelak-gelak lihat gaya Erwann yang duduk menopang dagu di sebuah meja. Ikut ada sama Midi dan Azan, dengan tambahan tubuh Zarif. Di meja itu, yang paling tua memanglah Zarif, namun lelaki itu tak nampak banyak beza pun dengan Erwann. Kalau dengan Fariz, Midi dan Azan memanglah ada nampak. Matang, bukan tua trang tang-tang! Maintain kacak tampan saja Cikgu Zarif mereka itu. Sungguh tak adil. Malas kisahkan Zarif yang duduk tenang saja sambil sesekali kerling arah meja cinta hatinya ada, Fariz lihat balik kepada Erwann. Lelaki yang di luar dia minta atau hendak, tiba-tiba sahaja jadi baik dan rapat dengannya. Mula-mula jadi pengapitnya, lepas itu diapit pula calon pengapit perempuan, adik iparnya sendiri. Kini, dah jadi isteri pun adik iparnya itu, kepada Erwann yang tak pandai mengenang! Walaupun Erwann tunjuk masam, Fariz tetap nak gelak-gelak terus lihat keadaan lelaki itu masa ini. Sendiri tempah bala, tanggunglah sampai bila! “Apa masalah kau ni, Fariz! Duk gelak dari tadi gaya puntianak jantan mengilai apa hal! Aku luku jugak mulut kau tu nanti, Fariz.” Midi hentak sebelah tangan ke muka meja dengan muka garang. Sakit jiwa bersaat-saat sungguh dia bila dengar lelaki sebelahnya ini tak habis-habis mengekek gaya terhidu bau gas ketawa. Orang lain makan duku, Fariz makan luku juga karang nanti!Fariz berhenti gelak. Tapi, tak henti senyum. Menyeringai sakan dia. Dia dah ikut pun hendak Midi yang stres dengar dia gelak mengilai gaya puntianak jantan. Tak mahulah jadi bahan luku Midi yang sejak datang tadi sampai masa ini asyik bermuka asam kecut. Pantang ada dia tak gemar, laju saja mulut Midi nak sembur, tangan nak naik. Lebih-lebih daripada samseng Kampung Dusun dah gayanya. “Sudah-sudahlah nak mulutkan dan tangankan orang, Midi hoi!” ujar Azan dengan gaya bersandar ke kerusi yang dihias dengan reben merah jambu. Malah, satu dewan ini dah jadi dewan merah jambu bergerak. Pusing mana arah pun nampak warna itu saja. Sudahlah warna ini paling Azan tak gemar, tapi ditahankan saja mata dengan banyak tutup daripada buka.“Kau jangan banyak bagi nasihat boleh tak? Kalau kemaruk sangat pun, sila bagi kat adik kesayangan kau tu dulu. Lepas dekat lima tahun kahwin, memanglah badan siapa pun akan naik. Itu pun dia nak bebelkan aku gaya emak-emak. Badan dia tu... hari-hari tak tengok cermin ke apa!” rengus Midi gaya mengata. “Bulat macam belon, tak sedar!” Midi sambung mengata.Dan, pap! Kepala Midi kena luku.“Sakitlah!” Midi mencerun muka sambil gosok tengah kepala.“Adik aku bulat macam belon sebabkan kau! Kau kerjakan dia sampai macam tu, lepas tu nak mengutuk. Depan abang dia pulak tu!” Azan cerlung mata.Midi menyeringai sembunyi silap. “Sorry, bang. Adik terlebih emo pulak.”“Adik hangguk kau!” Azan angkat tangan gaya nak meluku Midi lagi. Tapi, acah mak labu saja. “Anim pregnant, kau emo. Yang tersepitnya aku tau tak!” Azan juih mulut. Stres.Fariz gelak.“Yang kau ni pulak, Fariz, apa hal dari tadi asyik happy aje, huh? Kau datang sini guna Jalan Gembira ke tadi?” Azan tanya geram. Sorang bawa muka telan garam, sorang usung makan gula, dia pula yang rasa masin manisnya. Stres!Fariz angkat bahu. Gaya entah.“Dia happy sangat sebab berjaya kalahkan I lah,” sampuk Erwann. Boringlah jadi manusia kena plaster mulut dari tadi.“Kalah apa?” soal Midi tengok antara Erwann dengan Fariz ulang-ulang. Kemudian dia pandang Azan. Lelaki itu bagai tadi masih sandar badan pada kerusi, selamba dan selamba juga angkat kedua-dua bahu.“Ingat apa kita duk sembang pasal perjumpaan ni masa kita jumpa lima tahun sudah?” Erwann tanya balik.Midi kerut muka sekejap. Imbas balik dalam minda, cari balik scene lima tahun sudah.“Oh, pasal tu. Aku pun dah nak lupa. Tak sangka kau orang ingat lagi.” Midi ketawa-ketawa gaya mengenang hal tak tersangka pada tahun 2002 dulu, di dewan ini juga. “Pasal apa?” Zarif sampuk juga atas rasa ingin tahu.Erwann, fariz, Azan dan Midi saling balas tengok. Ada benda yang tak patut Zarif tahu. Takut-takut nanti ada jadi hijau dalam di dalam dewan bergerak serba merah jambu ini.“Mungkin ada bahagian kena censored kut,” ujar Azan jongket kedua-dua kening kepada Erwann. Sebab kalau Zarif tukar jadi hijau, Erwannlah yang akan ubah jadi warna pelangi!Erwann yang terlebih faham cepat-cepat angguk. Dia tak nak tidur luar rumah dengan muka warna-warni mala mini. Sudahlah dia tumpang rumah kakaknya mala mini. Rumah di mana Zarif pun duduk dan rumah yang sudah pun dimiliki oleh lelaki berpangkat Dr. Zarif itu.“Pasal pasangan.” Erwann beri jawapan selamat demi tak ambil can jadi Kasim Selamat.Zarif senyum senget. “Pasangan you dah salah, kan?” Terus dia senyum laksana mengerti.Erwann usap belakang leher.“Jangan risau, I takkan suruh you tidur luar rumah malam ni.” Zarif nampak Erwann hela nafas gaya lega. Saja nak sakat dan usik, dia sambung lagi. “Mungkin...” Zarif senyum jahat. “You patut tempah hotel.”  Azan, Midi dan Fariz ketawa apabila Erwann sambung usap semua bahagian leher. Muka tak kena sangat. Dah bertahun jadi saudara pun Erwann masih ada takut dan gentar kepada Zarif. Tapi, bilang Erwann bukan takut atau gentar. Hormat katanya. Menggigil gaya nak terkucil sekarang, ada hati nak kata hormat! Cait!“Jadi, pasangan siapa yang betul?” tanya Zarif lagi, kali ini pandang ke beberapa meja di depan sana. Meja yang diisi isterinya, isteri Fariz dan isteri Midi.“Let me guess,” sambung Zarif tak tunggu jawab. “Midi. Midi aje yang tepat, kan?”Midi angkat kedua-dua ibu jari. Terbaik punya cikgu! “Masa tu saya teka dua anak, cikgu. Rupanya dah nak masuk tiga.” Bukan main Midi tayang gigi. Hidung saja tak boleh nak kembang sebab dah sedia kembang.“Saya, walaupun salah, sekurang-kurangnya datang jugak dengan isteri saya, cikgu,” ujar Fariz bela diri. Sungguh dia tak sama level dengan Erwann okey! Hilang isteri gaya hilang seluar dalam!“Sekurang-kurangnya I ada wife banding Azan, okey!” Erwann pun tak nak kalah.Azan kelip-kelip mata. Apa hal libat nama dia pula?“Baik takde bini daripada hilang bini, okey!” Fariz serang balas.Azan angguk-angguk kepala. Betul, betul. Setuju, setuju.“You hilang bini you, Wann?” Zarif terkejut. “Bukan you cakap dekat Qis...” Zarif terdiam dengan mata tunak ke depan sana. Tiba-tiba terus dia angkat punggung.“Excuse me.” Tak tunggu respons isi meja, Zarif terus berlalu ke meja yang menempatkan Qistina, Raisya dan Anim.Azan pandang ke meja itu. Dia nampak dengan jelas adiknya dan Raisya sedang tenangkan Qistina yang lebih banyak tunduk muka daripada tunjuk muka. “Qis tak sihat ke?”Azan perasan sejak 30 minit di dalam dewan merah jambu bergerak ini lagi Qistina nampak semacam. Ketawanya lebih kepada hendak tutup duka. Senyumnya banyak untuk tak nampak hiba. Apa sedang jadi?“Badan sihat,” jawab Erwann. “Hati tak sihat.”“Takkanlah sebab Cikgu Zarif!” Mida tak sangka.Erwann unjuk muka ke meja tiga isteri orang itu duduk. “Nampak gaya sebab dia ke?”Azan tengok. Memanglah tak. Masa ini Zarif sedang berdiri di belakang kerusi Qistina duduk, dongak kepala isterinya dan selamba kucup hujung hidung Qistina gaya mereka di dalam bilik tidur dan bukan di dalam dewan penuh orang. Simpan senyum Azan jadinya sebab setiap mata yang tengok dah termalu-malu, tapi tukang buat adegan tak malu-malu. Raisya dan Anim sendiri dah mula tilik jari—Raisya tilik jari Anim, Anim tilik jari Raisya.Azan alih kepala apabila terasa sikunya disiku seseorang. Matanya sapa sepasang mata mat salih tak celup di sebelah.“Cepat-cepat kahwin kalau nak mesra-mesra gaya tu dengan isteri. Rugi...”Midi sengih gaya faham makna, angguk-angguk.Fariz ikut angguk, tapi menyampuk, “Asal kau tak hilangkan isteri kaulah. Kalau tak, serupa rugi jugak.”Azan senyum. Mula dah dua besen ni! Haram tak gaya besan! Dia pekakkan telinga saja apabila Fariz dan Erwann dah mula lawan bahas. Matanya berpapasan dengan mata Midi di sebelah satu lagi, sedang tengoknya.“Apakah?”“Kahwinlah. Adik kau dah risau.”“Risau?” Azan kerut dahi.“Dia syak kau bengkang-bengkok.” Lurus saja Midi jawab.“Bengkang-beng...” Azan dapat tangkap. “Gila kea pa. Sampai masa, jumpa orangnya... aku nikah jugak.”“Bila nak jumpanya?” Midi balas soal.“Dah...”
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 18, 2014 09:53

Bikash Nur Idris's Blog

Bikash Nur Idris
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Bikash Nur Idris's blog with rss.