Cinta Cuba Try Test | Prolog (i)

Mac 2007, Dewan SMSBFARIZ gelak-gelak lihat gaya Erwann yang duduk menopang dagu di sebuah meja. Ikut ada sama Midi dan Azan, dengan tambahan tubuh Zarif. Di meja itu, yang paling tua memanglah Zarif, namun lelaki itu tak nampak banyak beza pun dengan Erwann. Kalau dengan Fariz, Midi dan Azan memanglah ada nampak. Matang, bukan tua trang tang-tang! Maintain kacak tampan saja Cikgu Zarif mereka itu. Sungguh tak adil. Malas kisahkan Zarif yang duduk tenang saja sambil sesekali kerling arah meja cinta hatinya ada, Fariz lihat balik kepada Erwann. Lelaki yang di luar dia minta atau hendak, tiba-tiba sahaja jadi baik dan rapat dengannya. Mula-mula jadi pengapitnya, lepas itu diapit pula calon pengapit perempuan, adik iparnya sendiri. Kini, dah jadi isteri pun adik iparnya itu, kepada Erwann yang tak pandai mengenang! Walaupun Erwann tunjuk masam, Fariz tetap nak gelak-gelak terus lihat keadaan lelaki itu masa ini. Sendiri tempah bala, tanggunglah sampai bila! “Apa masalah kau ni, Fariz! Duk gelak dari tadi gaya puntianak jantan mengilai apa hal! Aku luku jugak mulut kau tu nanti, Fariz.” Midi hentak sebelah tangan ke muka meja dengan muka garang. Sakit jiwa bersaat-saat sungguh dia bila dengar lelaki sebelahnya ini tak habis-habis mengekek gaya terhidu bau gas ketawa. Orang lain makan duku, Fariz makan luku juga karang nanti!Fariz berhenti gelak. Tapi, tak henti senyum. Menyeringai sakan dia. Dia dah ikut pun hendak Midi yang stres dengar dia gelak mengilai gaya puntianak jantan. Tak mahulah jadi bahan luku Midi yang sejak datang tadi sampai masa ini asyik bermuka asam kecut. Pantang ada dia tak gemar, laju saja mulut Midi nak sembur, tangan nak naik. Lebih-lebih daripada samseng Kampung Dusun dah gayanya. “Sudah-sudahlah nak mulutkan dan tangankan orang, Midi hoi!” ujar Azan dengan gaya bersandar ke kerusi yang dihias dengan reben merah jambu. Malah, satu dewan ini dah jadi dewan merah jambu bergerak. Pusing mana arah pun nampak warna itu saja. Sudahlah warna ini paling Azan tak gemar, tapi ditahankan saja mata dengan banyak tutup daripada buka.“Kau jangan banyak bagi nasihat boleh tak? Kalau kemaruk sangat pun, sila bagi kat adik kesayangan kau tu dulu. Lepas dekat lima tahun kahwin, memanglah badan siapa pun akan naik. Itu pun dia nak bebelkan aku gaya emak-emak. Badan dia tu... hari-hari tak tengok cermin ke apa!” rengus Midi gaya mengata. “Bulat macam belon, tak sedar!” Midi sambung mengata.Dan, pap! Kepala Midi kena luku.“Sakitlah!” Midi mencerun muka sambil gosok tengah kepala.“Adik aku bulat macam belon sebabkan kau! Kau kerjakan dia sampai macam tu, lepas tu nak mengutuk. Depan abang dia pulak tu!” Azan cerlung mata.Midi menyeringai sembunyi silap. “Sorry, bang. Adik terlebih emo pulak.”“Adik hangguk kau!” Azan angkat tangan gaya nak meluku Midi lagi. Tapi, acah mak labu saja. “Anim pregnant, kau emo. Yang tersepitnya aku tau tak!” Azan juih mulut. Stres.Fariz gelak.“Yang kau ni pulak, Fariz, apa hal dari tadi asyik happy aje, huh? Kau datang sini guna Jalan Gembira ke tadi?” Azan tanya geram. Sorang bawa muka telan garam, sorang usung makan gula, dia pula yang rasa masin manisnya. Stres!Fariz angkat bahu. Gaya entah.“Dia happy sangat sebab berjaya kalahkan I lah,” sampuk Erwann. Boringlah jadi manusia kena plaster mulut dari tadi.“Kalah apa?” soal Midi tengok antara Erwann dengan Fariz ulang-ulang. Kemudian dia pandang Azan. Lelaki itu bagai tadi masih sandar badan pada kerusi, selamba dan selamba juga angkat kedua-dua bahu.“Ingat apa kita duk sembang pasal perjumpaan ni masa kita jumpa lima tahun sudah?” Erwann tanya balik.Midi kerut muka sekejap. Imbas balik dalam minda, cari balik scene lima tahun sudah.“Oh, pasal tu. Aku pun dah nak lupa. Tak sangka kau orang ingat lagi.” Midi ketawa-ketawa gaya mengenang hal tak tersangka pada tahun 2002 dulu, di dewan ini juga. “Pasal apa?” Zarif sampuk juga atas rasa ingin tahu.Erwann, fariz, Azan dan Midi saling balas tengok. Ada benda yang tak patut Zarif tahu. Takut-takut nanti ada jadi hijau dalam di dalam dewan bergerak serba merah jambu ini.“Mungkin ada bahagian kena censored kut,” ujar Azan jongket kedua-dua kening kepada Erwann. Sebab kalau Zarif tukar jadi hijau, Erwannlah yang akan ubah jadi warna pelangi!Erwann yang terlebih faham cepat-cepat angguk. Dia tak nak tidur luar rumah dengan muka warna-warni mala mini. Sudahlah dia tumpang rumah kakaknya mala mini. Rumah di mana Zarif pun duduk dan rumah yang sudah pun dimiliki oleh lelaki berpangkat Dr. Zarif itu.“Pasal pasangan.” Erwann beri jawapan selamat demi tak ambil can jadi Kasim Selamat.Zarif senyum senget. “Pasangan you dah salah, kan?” Terus dia senyum laksana mengerti.Erwann usap belakang leher.“Jangan risau, I takkan suruh you tidur luar rumah malam ni.” Zarif nampak Erwann hela nafas gaya lega. Saja nak sakat dan usik, dia sambung lagi. “Mungkin...” Zarif senyum jahat. “You patut tempah hotel.” Azan, Midi dan Fariz ketawa apabila Erwann sambung usap semua bahagian leher. Muka tak kena sangat. Dah bertahun jadi saudara pun Erwann masih ada takut dan gentar kepada Zarif. Tapi, bilang Erwann bukan takut atau gentar. Hormat katanya. Menggigil gaya nak terkucil sekarang, ada hati nak kata hormat! Cait!“Jadi, pasangan siapa yang betul?” tanya Zarif lagi, kali ini pandang ke beberapa meja di depan sana. Meja yang diisi isterinya, isteri Fariz dan isteri Midi.“Let me guess,” sambung Zarif tak tunggu jawab. “Midi. Midi aje yang tepat, kan?”Midi angkat kedua-dua ibu jari. Terbaik punya cikgu! “Masa tu saya teka dua anak, cikgu. Rupanya dah nak masuk tiga.” Bukan main Midi tayang gigi. Hidung saja tak boleh nak kembang sebab dah sedia kembang.“Saya, walaupun salah, sekurang-kurangnya datang jugak dengan isteri saya, cikgu,” ujar Fariz bela diri. Sungguh dia tak sama level dengan Erwann okey! Hilang isteri gaya hilang seluar dalam!“Sekurang-kurangnya I ada wife banding Azan, okey!” Erwann pun tak nak kalah.Azan kelip-kelip mata. Apa hal libat nama dia pula?“Baik takde bini daripada hilang bini, okey!” Fariz serang balas.Azan angguk-angguk kepala. Betul, betul. Setuju, setuju.“You hilang bini you, Wann?” Zarif terkejut. “Bukan you cakap dekat Qis...” Zarif terdiam dengan mata tunak ke depan sana. Tiba-tiba terus dia angkat punggung.“Excuse me.” Tak tunggu respons isi meja, Zarif terus berlalu ke meja yang menempatkan Qistina, Raisya dan Anim.Azan pandang ke meja itu. Dia nampak dengan jelas adiknya dan Raisya sedang tenangkan Qistina yang lebih banyak tunduk muka daripada tunjuk muka. “Qis tak sihat ke?”Azan perasan sejak 30 minit di dalam dewan merah jambu bergerak ini lagi Qistina nampak semacam. Ketawanya lebih kepada hendak tutup duka. Senyumnya banyak untuk tak nampak hiba. Apa sedang jadi?“Badan sihat,” jawab Erwann. “Hati tak sihat.”“Takkanlah sebab Cikgu Zarif!” Mida tak sangka.Erwann unjuk muka ke meja tiga isteri orang itu duduk. “Nampak gaya sebab dia ke?”Azan tengok. Memanglah tak. Masa ini Zarif sedang berdiri di belakang kerusi Qistina duduk, dongak kepala isterinya dan selamba kucup hujung hidung Qistina gaya mereka di dalam bilik tidur dan bukan di dalam dewan penuh orang. Simpan senyum Azan jadinya sebab setiap mata yang tengok dah termalu-malu, tapi tukang buat adegan tak malu-malu. Raisya dan Anim sendiri dah mula tilik jari—Raisya tilik jari Anim, Anim tilik jari Raisya.Azan alih kepala apabila terasa sikunya disiku seseorang. Matanya sapa sepasang mata mat salih tak celup di sebelah.“Cepat-cepat kahwin kalau nak mesra-mesra gaya tu dengan isteri. Rugi...”Midi sengih gaya faham makna, angguk-angguk.Fariz ikut angguk, tapi menyampuk, “Asal kau tak hilangkan isteri kaulah. Kalau tak, serupa rugi jugak.”Azan senyum. Mula dah dua besen ni! Haram tak gaya besan! Dia pekakkan telinga saja apabila Fariz dan Erwann dah mula lawan bahas. Matanya berpapasan dengan mata Midi di sebelah satu lagi, sedang tengoknya.“Apakah?”“Kahwinlah. Adik kau dah risau.”“Risau?” Azan kerut dahi.“Dia syak kau bengkang-bengkok.” Lurus saja Midi jawab.“Bengkang-beng...” Azan dapat tangkap. “Gila kea pa. Sampai masa, jumpa orangnya... aku nikah jugak.”“Bila nak jumpanya?” Midi balas soal.“Dah...”
Published on October 18, 2014 09:53
No comments have been added yet.
Bikash Nur Idris's Blog
- Bikash Nur Idris's profile
- 78 followers
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
