Bikash Nur Idris's Blog, page 12

March 8, 2013

.: Sayang Dia Suam-Suam [Bab 11*2] :.

SYAMSUL menjenguk kepala ke arah pintu yang terbuka luas itu. Rumah dobi dibahagi kepada dua bahagian. Bilik dobi dan bilik seterika. Dari pintu masuk utama, dia dapat lihat terus bilik seterika. Mungkin bilik dobi yang jadi tempat mencuci dan mengering pakaian, lengkap dengan mesin-mesinnya, di balik sebuah lagi pintu yang nampak terbuka dari muka pintu utama.
Syamsul melangkah satu langkah ke hadapan, lebih mendekat dengan pintu masuk ke rumah dobi. Kepala terus menjenguk dan mata pandai melingas-lingas. Tergantung tinggi tiga palang besi dan beberapa pakaian yang kemas diseterika, berbalut kemas dengan plastik. Di satu sudut pula terhuni rak dengan lipatan kain putih.
Dan ketika itulah mata Syamsul disapa satu batang tubuh genit, dengan ketinggian yang mungkin saja tidak lebih 160 sentimeter, bertubuh kurus namun masih tidak hilang bentuk tubuhnya. Membuatkan mata Syamsul, sebagai seorang lelaki, sangat sedar akannya.
Seperti pembantu Vila Fatih yang lain, gadis itu juga dengan baju serba hitam dan apron hitam terikat kemas pada pinggangnya yang ramping. Rambut lurus dipotong layered, sentuh bahu ngam-ngam. Dan gadis itu nampak terlalu asyik dengan kerjanya untuk berpaling, memberi peluang kepada Syamsul melihat wajah itu. Gadis yang digelarnya Mayang si gadis dobi.
Tiba-tiba pandangan Syamsul terhalang. Bukan kerana apa yang berdiri di hadapannya lebih tinggi daripadanya, sebaliknya si gadis dobi yang terlalu rendah. Mata Syamsul mula buat baik pulih. Adjustment. Hilang susuk tubuh genit kena tempat pada bentuknya, diganti badan sasa ala bouncer di hadapan. Walaupun bertubuh tegap, lelaki di hadapannya ini tidaklah setingginya mahupun Azaim. Lebih 160 sentimeter tapi tidak 170 sentimeter. Masih boleh dipandang rendah dari aras matanya.
Syamsul perhatikan letak tubuh pemuda itu, yang diyakini dalam usia pertengahan 20-an. Berdiri tegak, berpeluk tubuh, membuatkan baju hitam pada tubuhnya nampak terlekat pada otot-otot badannya yang timbul. Raut muka itu, putih kemerahan, tegang. Tertempek tanda tidak puas hati pada dahi itu. Berkerut sakan, manalah mata kasar Syamsul tak kesan. Tak perlu soal lanjut, Syamsul tahu siapa yang berdiri di hadapannya ini dengan kedudukan sedia-sangat-nak-cari-pasal.
Zaheed!
“Ada apa boleh saya tolong?” tanya Zaheed terteran.
Syamsul senyum nipis. Faham dengan dilema Zaheed. Itu pasal ayat terteran macam itu. Hendak kurang ajar, dia tetamu tertinggi Azaim, juga Vila Fatih. Sungguh dilema moral.
“Mayang… Saya nak jumpa dia sekejap.”
Mata Zaheed pula terteran. Menyimpan geram.
“Dia…” Berdeham, mengawal rasa tertumpah garam ke atas luka, Zaheed menyambung, “Dia sibuk. Kami sama-sama sibuk. Malam ni ada majlis, jadi kami banyak kerja. Jadi, harap Tuan Syamsul tak ganggu kami!”Tegas pada patah ayat akhir Zaheed dicam telinga. Syamsul tersenyum, mengangguk-angguk. “Baiklah. Selamat bekerja.”
Sengaja Syamsul senyum kemudian berpaling. Tidak lama, dia kembali mengalih batang leher ke arah muka pintu. Pandangan melepasi Zaheed yang masih tayang muka bouncer.
“Bye, Mayang!” jeritnya sakan, meneruskan langkah. Langsung tidak peduli bagaimana penerimaan Zaheed dengan tindakan spontannya.
“Siapa tu, Zaheed?” tanya Mayang berpaling, menarik keluar ear-phone dari kedua-dua telinganya. MP3 di dalam poket apron dimatikan.
Rasa-rasa Mayang ada dia dengar suara menyebut namanya tadi. Asyik melayan lagu, sekuat telinga boleh terima, Mayang langsung tidak perasan.
“Tak ada sesiapa yang penting pun.” Zaheed cepat-cepat menarik daun pintu yang ternganga, mahu mengatupnya apabila dilihat Mayang mengatur kaki ke arahnya. Kerut pada dahi mulus berwajah kecinaan itu menunjukkan bahawa tiada percaya pada jawapannya.
“Jangan tutup pintu. Berapa kali kakak nak cakap, Zaheed. Jangan sesekali tutup pintu tu kalau kita berdua aje dalam ni. Tak manis!” Suara Mayang jadi meninggi. Geram sungguh dengan Zaheed yang sengaja tidak mahu faham dengan syarat utamanya itu.
Zaheed hentak daun pintu lalu meninggalkan rumah dobi dengan langkah geram.
Dan Mayang hanya boleh menggeleng. Sudah boleh faham dengan protes yang mahu ditunjuk Zaheed. Tak boleh ditegur sedikit. Malah pantang betul dengar dia bahasakan diri sebagai kakak apabila bercakap dengannya. Sedang memang itu hakikatnya. Dia tua tujuh tahun daripada Zaheed, jadi takkan nak bahasakan diri adik pula!
Sebetulnya, Mayang sangat sedar akan perasaan Zaheed kepadanya. Mana taknya, boleh dikata setiap hari Zaheed menutur ia, di hadapannya atau di hadapan rakan sekerja mereka yang lain. Malah Zaheed dan rakan sekerja mereka juga tahu dia tidak membalas perasaan Zaheed itu, tidak juga berniat membalasnya suatu hari nanti. Bukan kerana Zaheed lebih muda atau Zaheed terlalu keanak-anakan sikapnya, selain suka mendesak. Tapi kerana Mayang sendiri tidak mahu. Mayang terlalu sedar akan keadaan dirinya. Rahsia dirinya terlalu besar untuk dilibatkan pula dengan hal hati dan perasaan.
Mayang menghampiri daun pintu yang telah kembali nganga. Dibawa kepala ke sebelah kiri, tidak jauh dari ruang menyidai. Senyum kecil menyentuh bibir apabila terpandangkan Zaheed sedang duduk bersandar pada sebatang pokok yang merendang. Jelas wajah rajuk itu.
Begitulah Zaheed selalunya. Kuat betul rajuknya dan mudah pula pujuknya. Bukan olehnya, tapi oleh anak muda itu sendiri.
Mayang tidak pernah melayan rajuk Zaheed. Bimbang Zaheed akan anggap ada harapan dalamnya. Pandai Zaheed bawa diri, bijak jugalah datang kembali. Selalunya.
Perlahan-lahan menjauh dari muka pintu, kepala dialihkan. Dan ketika itulah Mayang terpandangkan susuk tubuh lampai yang sudah pun masuk ke pintu belakang ke ruang dapur. Lelaki itukah… tadi?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 08, 2013 03:17

.: Sayang Dia Suam-Suam [11*2] :.

Sebetulnya, Syamsul main agak saja sebab tak pernah pun dia ringan-ringankan kaki ke rumah dobi itu. Dia bukan Syamsul si pemuda dobi. Hehehe.

March 7, 2013

.: Sayang Dia Suam-Suam [Bab 11] :.

MAK TUA mengalih kepala ke arah Jihan apabila mendengar tawa kecil gedik manja pembantunya itu. Tangan Jihan masih lincah mencuci pinggan mangkuk di dalam singki namun paras gadis awal 20-an itu sesekali terarah ke muka pintu utama masuk ke ruang dapur. Senyum tipis tak tinggal dari bibir Jihan.
Gelagat Jihan buat Mak Tua sama menguntum senyum. Tidak perlu memaling muka, Mak Tua sudah tahu siapa yang sedang main aci-lok-cak dengan Jihan.
“Syam…” panggil Mak Tua lanjut, seperti memanggil Azaim tiap kali Azaim cuba bernakal dengannya.
Syamsul juga saling tidak tumpah seperti keluarganya. Apatah pula Vila Fatih adalah rumah kedua anak muda itu.
“Oh, tertangkap.” Bersama gelak perlahan, Syamsul melangkah masuk ke ruang dapur. Hilang ketawa, beriring sengih, pemuda itu goyang jari telunjuk ke arah Jihan.
“Oh, Jihan bagi tahu yek…” sakat Syamsul tanpa kekok. Jelas sudah terlalu biasa dengan keluarga Vila Fatih.
“Taklah…” jawab Jihan beria-ia menggeleng kepala.
Syamsul ketawa lagi. “Ya, ya… Acah mak labu aje. Assalamualaikum, Mak Tua.”
Didekati tubuh Mak Tua yang rendang. Bahu wanita yang sedang membancuh minuman untuknya, dia yakin, dipaut mesra.
“Waalaikumussalam. Hmm, datang cari Im ke? Im tak ada. Baru keluar dengan Kasyah. Pasal majlis malam ni tak silap.”
“Syam tau, Mak Tua.” Syamsul menjauh daripada Mak Tua, mendapatkan kabinet dapur lalu mengangkat tubuh ke situ, duduk beralas punggung, selesa mengayun perlahan kedua-dua kaki.
Mak Tua mengerling cuma. Sudah biasa dengan kedatangan tiba-tiba Syamsul ke ruang dapur. Selalunya, beginilah. Dia dan Jihan sibuk dengan urusan dapur, Syamsul selamba bertenggek di atas kabinet dapur, santai menggoyang kaki. Ada waktu pula, Syamsul akan capai apron, sama turun membantu walaupun tidak perlu. Sebagaimana dia sudah biasa dengan dua gelagat—panjat kabinet dapur dan sarung apron untuk tunjuk bakat—dia juga sudah maklum kenapa Syamsul ada di Vila Fatih saat ini.
“Gaduh lagi?”
Pertanyaan Mak Tua buat Syamsul senyum. “Mak Tua selalu tau…”
“Sebab dari Syam tinggi ni…” Mak Tua tayang tangan ke arah dadanya. “Sampailah melangit macam sekarang, Mak Tua kenal Syam. Mak Tua dah boleh tahu. Hmm, pasal hal yang sama?”
Syamsul mengangguk.
“Kenapa tak cuba terima?”
“Entahlah, Mak Tua. Belum boleh rasanya. Sebelum jujur kepada orang lain, Syam kena jujur dengan diri sendiri dulu.”
“Yalah, tapi tak ada salahnya kalau cuba, Syam. Kalau betul tak ada apa rasa, jujurlah dengan pihak satu lagi.”
“Tapi Mak Tua rasa patut ke gitu? Sebab… Syam macam habiskan masa Syam, habiskan masa dia dalam satu tempoh, kemudian Syam kata tak boleh…”
Mak Tua senyum. “Ya, kalau Syam mulakan tempoh perkenalan tu dengan hati tertutup. Syam patut buka hati, kenal dia, biar dia kenal Syam. Bagi peluang untuk hati.”
“Na…” Menggeleng-geleng, Syamsul bersuara sesudah beberapa ketika diam, memikir cakap Mak Tua. “Bagi mak ayah Syam, ya untuk tempoh perkenalan bermakna ya sampai ke hujungnya. Mereka masih typical thinking. Masih nak Syam dengan tradisi yang sama, yang mereka ikut, yang sanak saudara ikut. Jadi, untuk mencuba pun Syam tak berani.”
“Macam mana dengan cik adik Syam tu? Ada ‘jumpa’ lagi?” Mak Tua menjongket sebelah kening, menyakat. Muk berisi teh O panas dihulur kepada Syamsul.
Menjebik mulut, tangan dipanjangkan mencapai muk huluran wanita itu lalu diletak di samping. “Cik adik Syam tu dah sombong, Mak Tua. Dah tak sudi ‘jumpa’ Syam lagi.”
“Itulah… jangan tunggu dia datang waktu tidur aje, bila dia nak datang. Cari yang nyata, bila masa pun boleh usik dan cuit…” sakat Mak Tua sebaik dekat dengan Syamsul, untuk telinga anak muda itu cuma. Siap usik dan cuit hujung hidung mancung anak muda berdarah anak Mami itu.
Syamsul paut jari Mak Tua sebelum ia lari dari hidungnya. Dipaut kemas jari telunjuk itu bersama jari-jari yang lain, dibawa ke bibir lalu dikucup lembut. Tanda terima kasih atas kesudian wanita itu walau sudah berulang waktu topik itu dijadikan hidangan telinga itu.
“Thanks, sweetheart…” ucap Syamsul terang lagi nyata.
“You’re welcome, my heart…” Mak Tua membalas sambil kerdip mata, cukup kuat untuk sampai ke telinga Jihan.
Jihan tertawa. Tiada sangkaan buruk mendengar panggilan manja Syamsul buat Mak Tua mahupun sebaliknya. Sebagaimana seisi vila tahu hubungan baik Mak Tua dengan Tuan Azaim, begitulah juga dengan hubungan Mak Tua dan Syamsul. Dan seisi vila sama tahu, hubungan intim Mak Tua dan Syamsul mendapat tentangan Pak Tua yang selalu berlagak cemburu apabila Syamsul mendekati isterinya. Membuatkan Syamsul selalu hendak berkepit dengan Mak Tua kalau Pak Tua dekat, walaupun hubungan itu tak ada restu.
Bersama senyuman, yang sudah ada sedikit lega dalamnya, Syamsul mencapai muk teh O panas yang diletak di samping tadi. Dihirup hati-hati minuman panas itu. Mak Tua memang tahu sangat dia hanya boleh minum teh O panas, bukan minuman panas lain. Tak pernah boleh diterima tekak. Sambil minum, mata mengekor aksi Mak Tua dan Jihan yang kembali dengan kerja dapur.
Entah mengapa, Syamsul tenang apabila berada di ruang dapur ini. Senang melihat perlakuan Mak Tua, juga Puan Nurfatih ketika arwah masih ada. Waktu itu, ruang dapur ini hanya diisi dua tubuh itu. Memang begitulah ketika itu. Segala hal berkaitan dengan memasak, Puan Nurfatih lakukan sendiri dengan bantuan Mak Tua. Wanita itu cukup suka menghabiskan masa di dapur selepas hanya masuk pejabat apabila diperlukan, sesudah Fatih Sdn Bhd menempah nama.
Puan Nurfatih cukup gemar memasak dan tubuh wanita itu selalu terlekat bau wangi apa sahaja masakan yang dimasaknya. Dan dia selalu dapat meneka hidangan yang akan terhidang, sebelum melihat ia tersusun di atas meja makan. Puan Nurfatih pula cukup suka buat kuiz teka-aunty-masak-apa dengan kebolehan deria baunya itu. Namun kini, semua itu sudah tiada. Tapi rindu Syamsul untuk wanita itu dan suaminya segar ada.Apa pun, hati Syamsul selalu terpujuk apabila berada di sini, hanya dengan melihat Mak Tua ke hulu ke hilir dengan kerjanya. Dan Jihan sendiri tidak pernah kekok dengan kehadirannya di situ, buat dia jadi relaks untuk melepak.
Mujur juga kebanyakan ahli baru Vila Fatih senang didekati dan dikenali. Malah Syamsul sedaya mungkin memastikan tiada jurang tersua antara mereka. Cumanya, bagai dinasihatkan Azaim, dia tahu waktu bila hendak bertegas sudahlah. Jangan terlalu beri muka, nanti hendakkan kepala. Dah hilang kepala… macam mana nak fikirlah sendiri!
Hmm, bercakap pasal ahli baru Vila Fatih, ada satu ahlinya yang belum pernah Syamsul jumpa atau kenal. Gadis itu sudah hampir enam bulan di sini. Namun, sampai saat ini wajah itu tidak pernah menyapa matanya. Dan itu buat rasa ingin tahu Syamsul membuak. Rasa mahu jumpa dan hendak kenal menjerut rasa. Sampaikan Azaim kata dia suka gila bayang dengan gadis misteri. Pertama, gadis dalam mimpinya dan kedua, Mayang si gadis dobi. Yang pertama tu Syamsul mengaku ada simptom-simptom gila bayang. Yang kedua lebih kepada gila bangang hendak tahu. Itu saja.
“Mak Tua…” Syamsul melompat turun dari kabinet dapur. Muk kosong di tangan diletak semula ke atas kabinet lalu didekati pintu belakang ruang dapur.
Sepasang mata Syamsul terus terpa rumah dobi yang diasingkan dari Vila Fatih. Di belakang bangunan sebesar 20 x 40 itu adalah kawasan menyidai pakaian. Rumah dobi itu dibina sesudah peninggalan Tuan Azamuddin dan Puan Nurfatih. Untuk kemudahan, kata Azaim. Sebagaimana rumah keluarga, yang Azaim bina tidak jauh dari rumah dobi, khas untuk pekerja yang susah hendak ulang-alik kerana memakan lebih masa. Rumah keluarga ala apartmen kompleks seperti di Jepun, dua tingkat.
“Hmm…” jawab Mak Tua, hanya mengerling Syamsul.
Mak Tua membantu Jihan mengelap pinggan mangkuk yang telah dicuci. Kalau ikut Azaim, dia hendak belikan dishwasher, namun Mak Tua menolak. Lebih selesa dengan cara lama. Lebih bersih begitu baginya. Lagipun, ada waktunya di dalam rumah sebesar itu pun tak banyak kerja perlu dilakukan. Contohnya malam ini. Mereka tak perlu menyediakan makan malam. Azaim sudah guna khidmat katerer sepenuhnya. Makanya, boleh lebih-lebih bersantai sajalah di dapur sementara menunggu malam.
“Mayang si gadis dobi tu ada ke kat sana tu?” soal Syamsul terjenguk-jenguk. Mengecil matanya cuba menangkap kalau-kalau ada batang tubuh seseorang.
Ada, tapi bukan Mayang si gadis dobi, sebaliknya seorang lelaki. Mungkin Zaheed si pemuda dobi.
“Syam! Mayang aje, tak adanya tambah-tambah kat nama dia. Kalau tak pun panggil nama penuh dia.” Mak Tua marah-marah sayang dengan gelaran Syamsul kepada Mayang.
Syamsul berkerut dahi sekejap. “Ingatkan nama dia Mayang aje…”
Mak Tua geleng. “Mayang Sri.”
Syamsul angguk-angguk sambil tengok rumah dobi terus.
“Tak pastilah dia ada ke tak. Mungkin ada, tengah seterika apa-apa yang patut kut. Budak tu jarang nak nampak dia jauh dari rumah dobi. Selalu kat situ. Tapi yang peliknya, tiap kali Syam nak jumpa, dia memang ghaib. Tak pernah ada jodoh Syam dengan dia, kan?”
Mak Tua sekali lagi mengerling Syamsul yang terangguk-angguk sambil buat aksi kepala bangau. Setia menghantar perhatian ke rumah dobi. “Cubalah pergi tengok. Kalau Syam ada nampak Zaheed, adalah dia kat situ. Susah betul nak tengok Zaheed jauh tiga kaki daripada Mayang.”
“Kenapa?” Syamsul berkerut dahi. Melihat antara Mak Tua dan Jihan yang saling berkongsi senyuman.
“Zaheed tu sebenarnya ada hati dengan Kak Mayang, tapi Kak Mayang tak pernah layan. Dia buat biasa aje, macam dengan kami semua. Kak Mayang tu tak banyak cakap orangnya, pendiam. Susah nak dengar suara dia. Tapi dia baik. Dia sebilik dengan Jihan kat rumah keluarga.”
Syamsul angguk faham. Dia tahu Jihan, Azi, Leha dan Mayang tinggal di rumah keluarga. Tiga bilik sederhana untuk dua orang duduk di tingkat bawah dan tiga lagi di tingkat atas. Ala-ala apartmen satu bilik di Jepun. Pintu asing-asing, siap ada tanda nama. Yang Syamsul tahu satu bilik apartmen di bawah diduduki oleh Zaheed sahaja. Dua lagi kosong. Manakala dua daripada tiga apartmen di atas jadi tempat tinggal empat pekerja wanita dan baru sekarang Syamsul tahu Jihan sebilik dengan Mayang.
“Tuan Syam nampak Zaheed tak?” tanya Jihan terus.
Syamsul mengangguk. “Ada…”
“Kalau macam tu, mesti Kak Mayang ada.” Selamba Jihan menyambung.
“Hmm, pergilah. Sebelum Mayang hilang lagi. Nanti kena tunggu enam bulan lagi pulak nak curi tengok muka dia,” suruh Mak Tua menyakat.
Tertawa perlahan, mengangkat tangan kanan ke arah Mak Tua, Syamsul akhirnya menyarungkan selipar Jepun yang sedia ada di luar pintu belakang itu. Berlalu.
“Mak Tua?” panggil Jihan sesudah pasti Syamsul sudah menjauh.
“Hmm…”
“Tuan Syam ada hati dengan Kak Mayang ke?”
Polos soalan Jihan buat Mak Tua senyum. “Kenapa Jihan tanya macam tu?”
“Taklah… Kalau betul, Jihan akan sokong dia. Dan Jihan akan pastikan Azi dengan Leha pun sama. Kami sama-sama tak suka Zaheed tu. Dia tu memaksa sangat. Lagipun, Kak Mayang lebih padan dengan Tuan Syam.”
“Kalau macam tu, bagilah sokongan. Kalau betul Tuan Syam tu ada hati kat Mayang. Mak Tua tengok Mayang pun elok orangnya. Tapi, jangan bagi tahu Azi dan Leha lagi. Atau Mayang sendiri. Kita tunggu dan lihat dulu.” Mak Tua mengatur komplot.
Jihan beria-ia mengangguk bersama senyum sepakat membawa berkat.
Mak Tua juga sama. Sebetulnya dia tahu Syamsul tidak punya sebarang perasaan berkait dengan hati apabila berkisarkan Mayang. Hanya perasaan ingin tahu. Yang jadi melampau-lampau selepas hampir enam bulan. Tapi, kalau ada perasaan mahu lebih tahu pun tak ada salahnya. Syamsul tidak punya kekasih atau tunang, apatah pula bergelar suami. Jadi, peluang Mayang atau mana-mana gadis, sentiasa ada.
Dan Mayang sendiri…
Entah mengapa Mak Tua rasa ada yang lebih pada gadis itu. Dan yang lebih itu sepertinya sesuatu yang biasa-biasa untuk Mak Tua. Cuma apa… belum boleh dia dapat.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 07, 2013 05:08

.: Sayang Dia Suam-Suam [11] :.

March 3, 2013

.: Sayang Dia Suam-Suam [Bab 10] :.

"Bukan tak sayang, sayang... Cuma sayang dia tu spesiesnya bukan hangat-hangat, suam-suam aje. Selalu kena kasi heat." ~ Azaim

SIRIN mengetuk pintu perlahan lalu terus membuka daun pintu bilik bacaan tersebut tanpa menunggu arahan daripada Azaim. Maklumlah, Azaim tahu akan kedatangannya. Bukannya dia sendiri yang merajinkan diri ke sini. Sebaliknya dia lebih rela menghabiskan masa di biliknya sendiri daripada berada di sini, barang 60 saat sekalipun. Tak teringin, tak terhegeh. Hidung memang memancung, pipi tak tersorong-sorong.
Namun untuk meyangkal, Sirin rasa tidak patut. Tambahan pula ini mungkin kali terakhir dia di Vila Fatih. Jadi, biarlah perpisahan kali ini, antaranya dengan Azaim, adalah secara baik. Dia tidak mahu ada sebarang perasaan benci dalam hati mereka lagi sesudah dia kembali ke UK untuk selama-lamanya. Kerana itu jugalah dia berada di sini, mengikut arahan Azaim yang disampaikan oleh Mak Tua seketika tadi.
Sebaik Sirin melangkah masuk ke bilik bacaan, kakinya terhenti apabila sedar renungan mata Azaim tidak lari dari mukanya. Lembut sekali sepasang mata kecil itu menyentuh parasnya. Membuatkan debaran melantun-lantun dalam dada, tanpa Sirin mahu. Dengan tangan yang masih kejap pada tombol pintu, Sirin terkaku.
“Masuklah. Abang Im tak makan orang…” Azaim tersenyum nipis lihat gelagat Sirin.
Mata Azaim tidak berkalih. Melihat sahaja Sirin yang mengatup daun pintu lalu perlahan-lahan mengatur diri mendekatinya, yang sudah lama duduk di sofa coklat gelap di situ. Memang bertujuan menunggu kehadiran Sirin. Mahu tahu sama ada Sirin akan menurut kemahuannya ataupun tidak. Azaim akui dia agak peranjat melihat Sirin di sini. Macam tak percaya. 
Masakan tidak, selama ini segala kehendaknya tidak pernah Sirin turuti. Ada sahaja alasan gadis itu demi menghampakan setiap keinginannya. Malah, melihat mukanya pun Sirin tidak pernah mahu. Nampaknya pemergian Sirin ke UK sedikit mengubah rentak permainan gadis itu. Mungkin kerana sudah lebih matang. Namun dia lebih yakin bahawa Sirin cuba bertolak ansur dengannya demi mahu mencapai niat hatinya. Walaupun Sirin tidak menyatakannya, Azaim sudah boleh menangkap.
Sebuah beg pakaian yang datang bersama Sirin menjawab kemusykilan Azaim sebelum Sirin sendiri membuka mulut memberi jawapan.
“Ya? Kenapa panggil saya?” Sirin bertanya sudahnya. Berdiri agak jauh dari sofa coklat gelap yang diduduki oleh Azaim ketika ini. Pemuda itu nampak selesa sekali.
“Duduklah. Ada ke pulak berdiri. Sini…” Azaim mengetuk-ngetuk tangan ke sofa, bersebelahan dengannya. Mahu Sirin duduk di situ.
Sirin menggeleng pantas. Nak cari pasal gamaknya! Ada ke nak duduk sebelah dia? Dari sini pun bila dia tengok, renung gitu, dah rasa macam kena kejutan elektrik. Inikan pula nak duduk sebelah. Mahu terkena kejutan sawan gamaknya.
“Tak apa, saya berdiri aje.” Begitu jawab Sirin, terus berdiri.
“Sirin, duduklah. Abang Im tak makan orang. Sungguh.” Azaim tersengih, angkat sebelah tangan seolah-olah bersumpah, nakal mengerdip mata.
Walaupun tidak suka Sirin membahasakan diri saya dengannya, namun Azaim terima saja. Selepas dia menghantar Sirin ke asrama waktu itu, begitulah Sirin membahasakan diri. Bukan lagi Rin atau adik, kala hendak manja-manja.
Sirin mencemik bibir. Akhirnya dia meletak punggung di sofa. Namun dia masih waras. Belum hilang akal untuk duduk di samping pemuda itu. Sebaliknya memilih kerusi tunggal di situ, tidak mahu berkongsi dengan sesiapa pun. Kang tak pasal-pasal Azaim buat perangai tak siuman, duduk sebelahnya, payah pula. Tak pasal-pasal kena sawan. Tak boleh, tak boleh.
Azaim menjongket sebelah kening kepada Sirin. Tahu mengapa Sirin memilih kerusi tunggal itu. Dia menurut sahaja walaupun lebih sanggup berkongsi sofa dengan Sirin. Malahan berkongsi benda lain pun lebih daripada rela. Kongsi apa? Apa-apa sajalah…
“Ya?” Sirin mendesak lembut. Tidak mampu terus melawan renungan mata kecil itu. Malah senyuman nakal yang menggayuti bibir Azaim turut buat Sirin rasa lain macam. Seolah-olah ada benda di dalam perut.
“Saja aje, nak ajak Sirin bersembang. Tak boleh ke?”

“Saya ada kerja.” Harap-harap fahamlah.
“Hmm, kerja?”
“Ia, kerja!” Sirin duduk berpeluk tubuh. Tayang muka tak ada perasaan.
“Kerja apa tu? Sampaikan tak ada masa nak berbual dengan Abang Im?” Azaim tayang muka pelik.
“Kerja tu perlukan tumpuan sepenuhnya dan mengharapkan tak ada sebarang gangguan. Tak boleh kalau ada orang datang ketuk pintu dan sampaikan arahan seseorang. Tersasar nanti.”
Azaim ketawa perlahan. “Tak apalah kalau sesekali tersasar. Lagipun bukan selalu ada peluang nak tersasar, kan?”
Sirin hanya merengus halus. “Abang Im nak apa sebenarnya ni?”
“Berbual. Kan Abang Im dah cakap…”
“Nak bualkan apa?” tanya Sirin acuh tak acuh. Tak ada mood nak berbual dengan Azaim, walau dia sendiri yang menurut kemahuan jejaka itu. Sangkanya Azaim mahu menemuinya sekejap sahaja, tapi lain pula halnya. Nak ajak beramah mesra pula. Banyak kacak!
“Pasal malam ni. Sirin pakai baju apa?”
“Baju sayalah. Takkan nak pakai baju orang lain kut.”
“Tapi, kan kebanyakan baju-baju Sirin warna hitam. Abang Im tak kisah kalau Sirin nak pakai jugak, tapi jangan marahkan sesiapa yang salah sangka. Macam semalam. Kesian Sal, tak tahu nak buat apa bila tengok Sirin rempuh keluar dari sini macam tu, walaupun mula-mula rempuh dinding.”
“Don’t worry about your dinding or your Sal. They will be save enough from my temper. Dan, tak perlu risau pasal ada yang salah sangka lagi malam ni. Saya ada baju selain hitam yang boleh dipakai.” Sirin menjeling. Hatinya tiba-tiba terasa hangat mendengar nama Salmiha. Kalau nama dinding tu, tak rasa apa-apa pula. Biasa aje. Tapi bila nama Salmiha yang meniti bibir Azaim, perasaannya disambar rasa marah.
Kenapa ni? Untuk apa pula dia rasa marah kepada Salmiha mahupun pada nama gadis itu sendiri? Suka hati Azaimlah nak sebut nama Salmiha berapa kali pun, malah kalau nak bercakap dalam bahasa baru yang diberi nama ‘bahasa Salmiha’—kalau Azaim mampulah—pun dia tiada hak untuk menghalang pemuda itu. Lagipun dia memang tak akan faham ‘bahasa’ itu.
“Baju selain hitam? Mmm, menarik ni. Dan… apa warnanya?”
“Hmm, that is my business, I think.”
Azaim ketawa sekali lagi.
“Ingat saya baru buat lawak ke?” Sirin mula rasa geram. Sepatah dia cakap, sepuluh kali Azaim gelak. Ingat dia masih nak jadi badut amatur ke?
“Tak tak…” Azaim menggeleng. “Cuma… accent Sirin. Abang Im suka dengar…”
“Mmm, terlekatlah jugak. Dah lima tahun kat sana kan…”
“Yalah, yalah. Hmm, baju apa Sirin nak pakai malam ni? Tell me, I’m very curious right now. It’s eating me.”
“Kenapa pulak nak tahu?”
“Come on, Sirin. Don’t be a killjoy. Tell me…”
Sirin menghempas keluhan kecil. “Fine. A chiffon tee. Kawan saya kat sana hadiahkan. To be precise, a blue chiffon tee. Dia teringin nak tengok saya pakai baju selain hitam, sebab tu dia kasi.”
“Kawan?”
“Hmm, Rob.”
“Rob?”
Perubahan wajah Azaim, yang berkerut serius tiba-tiba buat Sirin pelik. Apa hal mamat ni? Kena sembelit ke tetiba?
“Yeah, Rob. Robert.”
“Hmm…” Muka Azaim serius. “Dia hadiahkan baju yang warnanya selain warna hitam, warna kegemaran Sirin, terima pulak. Abang Im kasi satu almari punya baju, untuk Sirin, tak boleh terima. Kenapa tu?”
“Rob bagi hadiah birthday. Ada sebab untuk saya terima. Tapi Abang Im, saya tak nampak pun sebab untuk terimanya.” Selamba saja Sirin angkat-angkat bahu. “Lagipun, semua pakaian dalam almari tu, bukan selera saya. Rob bagi sesuatu yang saya suka. Dia tahu apa saya selesa pakai dan yang dia bagi tu chiffon tee. Bukan kebaya, kurung bagai!”
“Fine! Lets go…” Azaim bangkit tiba-tiba.
Mata Sirin buntang memerhati Azaim yang sudah berdiri dan menghadiahkan pandangan tajam untuknya, bersama muka masam mencuka. Dia blur. Tidak faham dengan perubahan sikap Azaim. Sekejap tadi gelak bukan main. Gelakkan dia pula tu! Macamlah dia duk buat lawak antara benua. Sekarang ni, sua muka tenat macam kena sembelit. Eii, peliklah mamat ni. Tak tahu pun dia Azaim dah ada penyakit begini. Sejak bilalah agaknya?
“Jom!” Sekali lagi Azaim mendesak. Siap hentak kaki dua macam.
“Nak ke mana pulak?” Sirin garu hidung. Masih blur. Tapi lucu juga lihat acara hentak kaki daripada Azaim. Dah macam Alena pula, bila perempuan itu tergedik mahu ditemani ke tandas setiap malam.
“Keluar. Abang Im nak belikan chiffon tee untuk Sirin.” Beria-ia Azaim tekan perkataan chiffon tee.
“Belikan chiffon tee?”
Azaim mengangguk.
“Oh, tak payah. Saya tak perlukannya. Kalau saya nak, saya boleh beli sendiri. Tak payahlah susah payah belikan apa-apa pun untuk saya. Saya dah tak perlukan apa-apa lagi. Terima kasih.” Sirin turut mengangkat buntut. Rasa tidak selesa untuk terus duduk dan membiarkan Azaim berdiri di hadapannya. Terasa seolah-olah Azaim mahu memonopoli suasana antara mereka, juga dirinya.
“Sirin, Abang Im nak…”
Kata-kata Azaim tidak mampu diteruskan apabila ketukan pintu bilik bacaan menagih perhatiannya. Membuatkan Azaim merengus kasar sebelum menjerit, “Masuk!”
Agak kuat, sehinggakan Sirin ternganga mendengar intonasi suara pemuda itu, yang jelas berang dengan sesuatu. Apa kenanyalah mamat ni? soal Sirin sendirian. Tambah-tambah tidak faham dengan sikap Azaim. Salji tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba Azaim beku. Ufh!
“Tuan Azaim, Encik Kasyah nak jumpa.”
Leha muncul di balik pintu yang ternganga luas, melemparkan senyuman kecil untuk Sirin, yang turut membalas walau pandangan Sirin sesekali arahnya pada muka Azaim. Penuh rasa pelik.
Azaim turut membalas pandangan Sirin. Namun bukan pandangan hairan yang dihadiahkan oleh Sirin, sebaliknya renungan tajam yang mungkin mampu menelan gadis itu hidup-hidup. Jika mampu.
“Suruh dia masuk, Leha,” arah Azaim, masih tidak mengalih pandang dari paras Sirin, yang berkerut-kerut dahi melihatnya.
“Kita belum selesai, Sirin. Kita akan bincangkannya semula nanti,” tekan Azaim. Terang-terang tunjuk tak puas hati.
“Maaf, Tuan Azaim, tak ada apa yang perlu dibincangkan. Dah habis! Saya nak balik bilik sekarang.”
“Sekejap,” ucap Azaim sebelum Sirin mengorak kaki, apabila dilihat Ukasyah sedang melangkah masuk ke bilik tersebut.
“Apa lagi?” Sirin mengetap bibir geram.
Kalau diikut hati, hendak sahaja Sirin melangkah tanpa pedulikan kehendak Azaim. Lantaklah Azaim nak tayang muka sembelit ke, muka senggugut ke. Namun, rasa hormat yang masih bersisa mengekang Sirin daripada bertindak sebegitu.
“Abang Im nak kenalkan dengan setiausaha Abang Im.” Azaim memaksa diri mengatur senyuman buat Ukasyah yang sudah hampir dengan mereka.
“Tuan Azaim.” Ukasyah mengangguk, sebagai tanda hormat, selain tambahan tuan pada pangkal nama lelaki itu.
“Kasyah, I kenalkan you dengan seseorang yang cukup istimewa untuk orang tua I dan I sendiri. Ini Sirin. Panggil dia Rin. Sirin, kenalkan setiausaha Abang Im, Ajmal Ukasyah.” Azaim memperkenalkan sambil mengerling saja Ukasyah yang sedang senyum penuh rahsia (yang difahaminya), bersalaman seketika dengan Sirin, yang menguntum senyum biasa (kerana tidak faham makna senyum rahsia Ukasyah).
“You’re his secretary?” Sirin menyoal tidak percaya.
“Sebernarnya saya sekretari Syamsul. Tapi secara tak rasmi jadi sekretari big boss sekali. On occasion. Tuan Azaim tak ada sekretari, tapi kalau perlukannya, I sentiasa ada…” Ukasyah masih tersenyum.
“Tapi… lelaki?” tanya Sirin lagi, kali ini tunak pada dua anak mata berbeza warna milik si lelaki. Dia tidak pelik kerana yakin pasti Ukasyah bukannya tersalah lensa mata, sebaliknya semula jadi begitu. Penyakit mata. Lebih tepat, iridium.
“Tak ada undang-undang yang nyatakan hanya perempuan boleh jadi sekretari, Cik… Rin.” Sempat Ukasyah pandang sekilas Azaim dan perasan senyum Azaim.
Ukasyah tahu Azaim perasan sangat apa dia hendak buat. Saja-saja hendak guna Sirin dan bukan Rin, sebagaimana ‘diarah’ Azaim. Hendak cuba try test, tapi Ukasyah tarik diri. Sebab Azaim sudah pun beri amaran apabila ‘mengarah’ dipanggil Rin tadi. Karang tak pasal dia makan kasut sebagai hidangan makan malam.
“Oh, save the cik, please. Panggil aje saya Rin atau Sirin.”
“Rin,” tekan Azaim tiba-tiba, masih melihat.
Sirin terus tengok Azaim, jelir lidah. Kemudian pandang Ukasyah semula, tayang gigi. Dan Ukasyah ketawa.

Sirin sudah buat keputusan, mahu sukakan Ukasyah. Pemuda ini, yang nampak beberapa tahun muda daripada Azaim jelas berbudi pekerti dan ramah orangnya. Walaupun baru beberapa minit bersama Ukasyah, Sirin sudah rasa selesa. Bukan macam bila berada dengan Azaim. Seram sejuk. Selain itu Ukasyah membuatkan ingatan Sirin tak putus singgah kepada Robert. Walau tidak dari segi fizikal, namun perasaan senang dan selesa itu sama. Ukasyah di mata Sirin kacaknya bukan kacak biasa. Ukasyah kacak cantik. Eerily beautiful. Itulah bilang mata Sirin.
“Kalau macam tu, Rin pun panggil saya Kasyah aje. Itulah panggilan kawan-kawan saya.”
“Okey, Kasyah. Sebab sekarang saya kawan Kasyah, kan?” Sirin tiba-tiba pandai hendak mesra. Bukan bagai selalu. Sahlah Ukasyah ada aura Robert. Aura ubat penenang!
Kasyah mengangguk, mengerdip mata.
“Hmm, that’s quite enough.” Azaim bersuara keras tiba-tiba. Sudah puas jadi pemerhati dan pihak yang terkecuali atau lebih tepat pihak yang tidak dipeduli.
Sirin dan Ukasyah sama-sama menoleh muka, menentang wajah Azaim yang masih serius. Malah nampak tidak puas hati.
Sirin mencerun kepada Azaim sebelum menarik muka.
Ukasyah pula tayang gigi melihat lagak Azaim dan Sirin ketika ini. Tak mampu bertikam lidah di hadapannya, saling bertingkah pandangan pula.
“Sirin boleh ke bilik sekarang. Tapi kita akan sambung apa yang kita bincangkan tadi. Abang Im belum habis bincangkannya. Okey?”
“Kita dah tak ada apa nak bincang. Habis! Selesai!” Sirin menghadiahkan jelingan paling tajam untuk Azaim lalu mengalih batang leher ke arah Ukasyah, yang jelas tersenyum lawa kepadanya.
“Kasyah, hope to meet you again and have a very long talk about our latest acquaintance. Jumpa lagi, Kasyah.” Bersama lambaian tangan serta senyuman manis sebagai balasan, Sirin mengorak kaki meninggalkan bilik bacaan tersebut.
Tahu bos dan setiausaha ini perlukan ruang peribadi. Sirin pun sama!
Azaim dan Ukasyah sama-sama menurut langkah Sirin sehinggalah gadis itu keluar dari bilik tersebut dan pintu terkatup rapat. “Sirin Hassan, I guess?” Ukasyah menjongket kening.
“An accurate one. How come you can memorize everything by heart?”
“Untuk jadi sekretari yang baik, untuk dua orang bos, itu yang diperlukan.” Ukasyah mengenyit mata, tersengih.
“Kau bukan sekretari sebenarnya…” Sengaja Azaim bercakap begitu.
Ukasyah senyum, tak ulas lanjut topik itu. Sebaliknya berkata, “Dia lain daripada perempuan-perempuan aku pernah jumpa.”
Azaim jongket kening saja.
“Dia komen kerja aku… tu aku dah biasa. Cuma tak pernah tak ada perempuan yang tak komen mata aku yang cantik ni. Tapi dia… buat macam biasa aje walaupun ni kali pertama kami jumpa muka.” Ukasyah kagum sungguh. Sebab ini hal baru untuknya.
Hal biasa-biasa, setiap gadis, malah lelaki, yang jumpa dia buat kali pertama, takkan tak tanya soal matanya yang berbeza warna. Hal paling biasa yang satu itu, hampir dua tahun sudah, apabila dia menerima reaksi paling gah sebaik matanya menentang sepasang mata yang baru dia kenal. Mata bulat Salmiha bersama jerit sakan Salmiha. Terkejut sungguh lihat anak matanya. Terkejut tahap takut sangat!
Azaim mengeluh kecil. “Apa kau buat kat sini, Kasyah? Aku tengah bincangkan satu topik penting dengan Sirin tadi.”
Jelas rasa tidak puas hati Azaim mengiring setiap patah kata itu. Walau Azaim sedar Ukasyah mampu menangkapnya, dia tak peduli. Geram dengan ketibaan Ukasyah yang tidak kena pada tempatnya.
“Tapi Sirin…” Pandangan keras dua macam Azaim buat Ukasyah betulkan ayat selepas tunjuk gigi. “Rin. Tapi Rin tak rasa macam tu, rasanya.”
“Nothing’s changed. The topic is still damned important to me. And you, what do you want?”
Ukasyah mengeluh kecil. Rupanya beginilah perangai orang patah separuh hati. “Actually, big boss, you asked me to be here precisely at 5.30 p.m.”
Azaim ketuk kepala sendiri. Mula mengutuk diri. Azaim tekad, lain kali tak akan campurkan urusan pejabat dengan hal ‘rumah tangga’. Kalau tak, jadi macam nilah. Sendiri buat janji, sendiri lupa diri. Ah!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 03, 2013 08:33

.: Sayang Dia Suam-Suam [10] :.

March 2, 2013

.: Sayang Dia Suam-Suam [Bab 9*2] :.

KETUKAN pada pintu biliknya mengalih perhatian Salmiha dari skrin Mac. Dia menggosok perlahan matanya sebelum mengalih muka ke arah daun pintu yang sudah terkuak. Dia tahu siapa yang melangkah masuk ke biliknya, sekalipun tanpa menoleh batang leher. Tentu sahaja mama. Hanya mama akan ke biliknya begitu.
Papa serta Badlee selalunya akan menunggu arahan masuk daripadanya. Namun ia adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku.
“Mama,” ucap Salmiha mengorak senyum tipis.
“Buat kerja apa ni?” Sarimah menghampiri anak gadisnya, yang amat rapat dengannya semenjak kecil lagi.
“Buku kanak-kanak. Kisah bagaimana ular hilang kakinya. Dongengnya, ular pernah ada kaki dulu…” Ketawa kecil Salmiha dengan dongeng itu. Lucu dan menarik sekali kisahnya.
“Dah nak siap dah. Tapi takut jugak kalau-kalau belum kena. Sal dah buat ikut apa dia orang minta. Harap-harap okeylah. Sebab selalunya dia orang puas hati dengan kerja Sal.” Salmiha raih tangan mama di bahunya, dikucup lembut. Lalu jemari tangan kanan itu digenggam erat dengan tangan kirinya.
Sarimah memandang seketika skrin Mac. Tercuit bibirnya untuk senyum apabila terlihat seekor ular bermahkota dan mempunyai kaki. Nanti dia akan minta Salmiha ceritakan kisah dongeng itu. Bukan sekarang. Matanya menjengah wajah anggun itu, yang tidak berkelip memandangnya.
“Kenapa, mama? Ada apa?” soal Salmiha sudahnya, tersenyum nipis. Mula meramas lembut tangan mama.
“Tak patut papa buat macam tu pada Sal. Mama minta maaf, Sal, sebab tak mampu buat apa-apa. Mama tak mampu pertahan anak gadis mama sendiri. Maafkan mama, sayang.” Mata Sarimah mula berair. Sedih hati mengenangkan Salmiha. Perlu melakukan sesuatu yang tidak diingini hanya kerana ketaksuban suaminya untuk mendapatkan semula apa yang telah hilang.
Sarimah tidak akan salahkan suaminya jika lelaki itu sendiri yang berusaha untuk mendapatkan semua itu, kerana lelaki itulah yang menghilangkannya. Tapi suaminya menggunakan Salmiha, memaksa Salmiha secara lembut. Dengan sayang ditunjuk-tunjuk.
“Mama, janganlah macam ni. Bukan salah mama, tapi papa yang terlalu gilakan semua tu. Papa nakkan semula hak dia, tapi papa lupa papa dah lama hilang hak tu. Apa yang ada pada Im sekarang, itu milik dia sendiri. Papa sendiri yang buat silap sampaikan semua yang kita ada dulu hilang macam tu aje, sekelip mata. Im beli syarikat papa agar papa tak diiktiraf bankrap. Tu pun dah satu bentuk pertolongan. Tapi, papa…” Salmiha geleng-geleng.
“Im beli Dlee Transport. Tentulah Im ada hak ke atas syarikat tu. Takkanlah papa pulak pemiliknya! Papa cuma tak dapat terima hakikat yang kita dah hilang semua. Apa yang kita ada sekarang ni, nilah hak kita. Bad pun sama macam papa, harapkan bulan jatuh ke riba. Entahlah, mama. Sal pulak yang kena tanggung semuanya.” Salmiha mengeluh.
“Sal tak kisah semua tu, mama. Tapi… rasa sakit sangat bila papa, ayah Sal sendiri kata… Sal kena kurangkan kain yang ada kat badan Sal. Sal tak sangka papa akan cakap macam tu. Hanya sebab nak perangkap Im, papa sanggup sampai macam tu sekali. Papa yang sepatutnya nasihatkan Sal jaga maruah diri… minta tu semua daripada Sal?” “Maafkan mama, Sal…” Sarimah menangis perlahan. Juraian air mata yang menyentuh lekuk pipi dibiarkan sahaja.
Biarlah dia menangis untuk Salmiha, yang tak akan menangis kerana mahu kuatkan semangat deminya. Salmiha tahu dia lemah melihat air mata anak-anak, kerana itulah Salmiha akan bekukan hati. Demi tidak menumpahkan air hangat itu di hadapan matanya. Sarimah menarik lembut kepala Salmiha, yang masih duduk di kerusi sedang dia berdiri di samping, dekat ke dadanya, lalu dipeluk rapat. Membelai rambut anak gadisnya itu dengan harapan usapannya mampu memujuk hati Salmiha yang diyakini amat terluka.
Sarimah jelas, permintaan untuk memikat Azaim, mampu lagi Salmiha terima, tetapi kemahuan suaminya yang mahukan Salmiha berpakaian seksi demi meraih mata Azaim, tidak mampu langsung diterima oleh hati kecil Salmiha. Papanya sendiri menginginkan yang begitu?
Ya Allah… Hati Sarimah sendiri terusik memikirkan semua itu, apatah pula hati Salmiha.
“Sejak dulu, perhatian papa hanya pada Bad. Sebab Bad yang bakal mewarisi syarikat papa, Bad yang bakal terajui syarikat papa. Untuk Sal, tak ada apa-apa. Sekilas pandang cukuplah. Sal tak pernah terasa hati, mama. Sebab mama ada. Tapi sekarang, papa pandang Sal, dengan satu maksud. Dapatkan semula syarikat yang papa sendiri hilangkan, untuk diberi kepada anak kesayangannya dengan apa cara sekalipun. Itu tanggungjawab yang papa berikan kepada Sal dan Sal akan cuba untuk tak hampakan papa. Papa tak pernah minta apa-apa daripada Sal, jadi tak ada salahnya kalau Sal cuba kotakannya. Kan, mama?”
“Ya Allah, Sal…”
“Untuk lakukan pengorbanan, perlu ada yang dikorbankan. Sal yang perlu dikorbankan…” Salmiha peluk kuat pinggang Sarimah. Cuba mencari kekuatan di balik pelukan hangat yang sarat dengan kasih sayang daripada wanita itu.
Papa, Sal akan cuba. Sal janji tak akan hampakan papa. Sal akan kotakan janji Sal kepada papa. Percayalah, papa, Sal akan kotakan. Hati kecil Salmiha menabur janji, kerana dia seorang anak yang baru mendapat perhatian papa, sedang lewat 20 tahun dia menagih itu.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 02, 2013 03:29

.: Sayang Dia Suam-Suam [9*2] :.

February 28, 2013

.: Sayang Dia Suam-Suam [Bab 9]

RUANG tamu rumah teres dua tingkat itu cukup menyelesakan. Namun untuk Burhan, ia amat menyesakkan. Dan kecil. Dia tidak pernah selesa tinggal di situ. Malahan, sebetulnya dia tidak pernah selesa dengan rumah ini. Rumah yang dihuni oleh dia, isterinya serta sepasang anak kembarnya sejak empat tahun yang lalu.
Tiap kali mengenangkan rumah ini, hati Burhan pasti pedih dan sakit. Rumah ini akan mengingatkan dia pada kejatuhannya sendiri. Rumah ini akan menjelaskan kepadanya apakah kesilapan yang telah dilakukannya lebih empat tahun yang lalu. Kerana itu dia tidak pernah selesa di rumah ini.Empat tahun yang sudah, ini bukan rumahnya. Sebaliknya empat tahun yang lalu, dia tinggal di sebuah banglo besar dan mewah, di kawasan elit. Itu yang menyelesakannya malah itulah kebanggaannya. Tapi kini, rumah banglo yang menjadi teduh dia sekeluarga bukan miliknya lagi. Terpaksa dijual demi membayar segala hutang-hutangnya. Malah bukan itu saja, segala yang diusahakan selama ini, dengan penuh daya dan ketekunan akhirnya pergi begitu sahaja. Punah di hadapan matanya atas dungu dan bodoh sendiri.
Dari situlah dia tercampak masuk ke rumah teres dua tingkat ini. Membawa bersama keluarganya yang menerima kesakitan yang sama melihat kejatuhannya. Isterinya, yang biasa memakai pakaian berjenama serta barang kemas mahal-mahal, akur dengan kesederhanaan mereka. Anak gadis serta anak bujangnya, yang disogok segala harta ringgit semenjak kecil, terpaksa menerima kehidupan serba biasa yang mengambil tempat. Tiada lagi bercuti ke luar negara. Malah dalam negara pun Burhan tak sudi.
Dia bukan orang yang biasa bersederhana!
Memikirkan semua itulah keinginan dan kemahuan Burhan kian meronta-ronta. Dia tekad akan lakukan apa saja demi mendapat segala wang ringgit, harta benda serta kemewahan yang telah lahir bersamanya dahulu. Burhan mahukan semula kehebatan silamnya, bukan kesederhanaan hari ini. Dia perlu pastikan hidup akan datangnya hanya bakal dilimpah mewah yang dia ada dulu dan akan ada nanti. Untuk seumur hidup. Dia mahu memiliki apa sahaja yang dikehendaki dengan memetik jari, bukan mengangkat satu jari pun. Istilah banting tulang tiadalah lagi.
Itulah impian Burhan. Itulah mahu Burhan.
Namun, untuk mencapai setiap impian serta mahu itu, ada harganya. Salmiha, anak gadisnya, itulah harga yang dipertaruh olehnya. Dia akan pastikan mereka berjaya. Pastikan mereka tidak mencium bau kegagalan sekalipun.
“Macam mana, Sal?” soal Burhan akhirnya, kembali ke masa kini demi memastikan masa depan yang diinginnya ada dalam genggaman tangan. Tubir matanya menerjah wajah anggun Salmiha.
Siti Salmiha, anak sulungnya itu sudah berusia 24 tahun. Sesudah tamat pengajian dalam bidang seni grafik, Salmiha memilih untuk menjadi freelancer dalam bidang tersebut. Kecenderungan Salmiha lebih kepada rekaan kulit muka bahan bacaan kanak-kanak serta ilustrasinya. Hasil idea serta kerja Salmiha kebanyakannya diterima baik malahan Salmiha pernah ditawarkan oleh beberapa syarikat untuk menjawat jawatan kekal, namun Salmiha menolak kerana lebih selesa bekerja dari rumah sahaja. Selain itu, Salmiha bukan jenis suka diikat dengan waktu pejabat atau protokol.
Salmiha seorang gadis yang cantik. Burhan tidak memuji kerana Salmiha adalah anak perempuannya, sebaliknya memang itu kenyataannya. Salmiha lebih mewarisi darah Indonesia-Perancis daripada ibunya. Salmiha cantiknya jadi perhatian mata dan bualan mulut. Buktinya, sudah banyak kali pihak-pihak tertentu datang membawa lamaran, hendak jadikan Salmiha menantu atau isteri. Semenjak Salmiha di zaman universiti lagi.
Namun Burhan tak pernah beri.
Satu, kerana Salmiha boleh dapat suami yang lebih baik daripada mereka yang datang mencuba. Dua, kerana dia sendiri sudah memilih calon suami untuk Salmiha, sekali gus bakal menjadikan impiannya satu kenyataan. Kerana itu dia amat menjaga Salmiha dan menasihati Salmiha agar tidak sekali-kali bermain cinta. Masa depan Salmiha sudah dia tetapkan dan Salmiha perlu menurut. Selaku ayah, Burhan mengarah dan selaku anak, Salmiha tiada pernah berkata tidak. Tiada membantah.
“Macam mana apa, papa?” Salmiha menyoal, mengejutkan Burhan daripada angan tak sudah.
Burhan tengok Salmiha. Masih dengan skirt putih dan blaus merah tadi. Sepertimana dia, Salmiha juga tidak sempat menukar pakaian kerana mereka baru sama-sama sampai ke rumah sesudah makan jam menghabiskan masa di Vila Fatih, bersama Azaim dan Syamsul. Juga Sirin.
Salmiha membalas pandangan Burhan yang tumpah ke mukanya.
Sarimah serta Badlee, adik kembar Salmiha, turut mengarahkan pandangan ke muka Burhan. Mereka sama-sama duduk di ruang tamu, menikmati hidangan minum petang ketika Burhan dan Salmiha pulang sekejap tadi. Apabila Sarimah menawarkan minum petang untuk suami serta anak perempuannya, mereka sama-sama menolak dengan alasan sudah minum petang bersama bubur kacang yang disediakan di Vila Fatih.
“Sal dengan Azaim. Macam mana usaha Sal? Dah ada tanda?” Suara Burhan kedengaran kurang sabar. Mungkin kerana merasakan Salmiha acuh tak acuh dengan pertanyaannya tadi.
Salmiha hempas keluhan kecil. Akhirnya dia menarik nafas panjang, lalu dihela. Seolah-olah memberanikan diri untuk berdepan dengan sesuatu yang amat menakutkan. Memang menakutkan. Baran serta marah papa adalah amat menggerunkan. Jadi, tak salah jika dia rasa begini dan cuba bersedia untuk menerima apa-apa juga kata kasar yang bakal meniti bibir papa apabila mendengar bicaranya.
“Papa,” ujar Salmiha memulakan. Walaupun terasa sedikit gentar, dia tetap teruskan kata. Perlu. “Sal rasa apa yang papa cuba buat ni sia-sia. Tak akan berlaku.”
“Apa maksud Sal?” soal Burhan sedikit keras. Namun dia cuba mengawal hati. Tidak mahu melenting kepada Salmiha, menyua marak yang dirasa.
Memang Salmiha anak yang mendengar kata. Turut saja dengan perintahnya. Namun Salmiha bukan anak kecil yang boleh dipaksa melakukan sesuatu yang tidak dikehendaki. Salmiha tidak boleh didesak, sebaliknya dipujuk lembut dalam rasional. Itu sahaja cara yang ada dalam memastikan Salmiha tidak berpaling tadah daripada perancangannya.
“Sal dah kenal Im dekat dua tahun dah sekarang, papa, dan selama tu Im cuma kawan untuk Sal. Malah untuk Im pun macam tu. Sal hanya kawan. Susah untuk Sal buat Im pandang Sal dengan pandangan lain. Pandangan yang papa harap tu. Im tak mungkin lihat Sal sebagai kekasih. Im tak akan fikir untuk ada sebarang perasaan pada Sal. Sal tak rasa apa yang papa nak tu mudah untuk Sal capai.”
“Jangan risau, papa yakin Sal boleh.” Itu sahaja yang diucapkan oleh Burhan. Hanya itu yang boleh kerana tiada percaya untuk menyatakan sesuatu yang lebih daripada itu.
Perasaan marah yang tiba-tiba meluru dan cuba menguasai diri buat Burhan tidak mampu berkata lebih. Bimbang jika di baliknya ada nada marah turut berbaur. Dia tidak mahu Salmiha menyangka dia rasa marah. Dia tidak mahu Salmiha tahu dia sedang marah.
“Betul kata papa tu, Sal. Aku yakin dengan kemampuan kau. Kau tak akan kalah. Percayalah kata aku.” Badlee menyampuk tiba-tiba. Tidak sahaja diam mendengar. Kerana dia tidak mahu kakaknya hilang keyakinan kepada diri sendiri. Tidak mahu kakaknya hilang kepercayaan pada kekuatan sendiri.
Seperti Burhan, Badlee juga yakin dengan cadangan papanya—kakaknya menawan hati Azaim demi mendapatkan semula hak mereka, haknya. Badlee perlu pastikan Salmiha tidak mengalah sebelum berjuang. Dia tidak mahu Salmiha mengundur diri sebelum berada dalam medan pertempuran itu. Dia perlukan Salmiha untuk mendapatkan semula segala yang pernah menjadi milik mereka suatu ketika dahulu. Dia mahukan Salmiha dapatkan semula apa yang sepatutnya dia warisi daripada papa. Malah mereka semua mengharapkannya, jadi dia tak mahu Salmiha menarik diri. Tidak mahu dihampakan hanya kerana Salmiha hilang keyakinan serta kepercayaan dengan rancangan papa.
Dia tak akan benarkannya!
Salmiha menggeleng-geleng perlahan. “Sal tak tahu kenapa papa dan Bad tak cuba lihat apa yang Sal lihat. Kenapa papa dan Bad berdegil kaburkan mata? Semua ni tak akan berjaya, papa. Im hanya anggap Sal sebagai kawan. Sal tak rasa Sal boleh buat Im nakkan Sal, sukakan Sal.”
“Kau cantik, tak ada kekurangan. Takkanlah dia tak akan suka kau? Azaim lelaki, Sal, dia tak buta untuk lihat kecantikan kau.” Badlee masih mempertahankan pendapatnya.
“Tu yang salah, Bad. Im memang lelaki, memang tak buta lihat kecantikan Sal. Sal bersyukur dengan kecantikan ni malah Sal berharap agar tak perlu gunakannya untuk umpan cinta seorang lelaki. Percayalah kata Sal, kalau ada lelaki yang wujud, yang tak tergoda dengan kecantikan Sal atau seorang perempuan, orang tu Im. Be sensible, Bad. Sal dah kenal dia dekat dua tahun, tapi dia tak pernah jatuh hati kat Sal selama ni. Well, he likes me… a lot, which is certain, but never loves.”
“Apa kena-mengena cinta dalam semua ni? Aku tak rasa ia sesuatu yang diperlukan.” Badlee masih belum puas hati. Mula melenting.
Salmiha senyum kecil. Itulah Badlee, adik kembarnya yang tidak melihat dia sebagai kakak kerana mereka dilahirkan dalam jarak masa beberapa minit sahaja. Baran Badlee pula, sama meningkat dengan usianya. Dan Badlee adalah lelaki kacak yang yakin bahawa kecantikan adalah satu keperluan kepada pasangan serta ketampanan adalah satu bonus yang harus digunakan untuk dapatkan yang cantik dan berharta. Badlee tidak percaya pada hubungan hati yang wujud daripada cinta dan adik kembarnya itu mahu dia juga bertanggapan sebegitu.
“Sal?”
Panggilan lembut daripada papa membuatkan Salmiha melontar mata ke wajah itu. Sudah berusia 61 tahun, namun masih sihat dan kuat. Tapi sayang, kesihatan serta kekuatan yang masih berbaki itu, kurniaan Ilahi untuk papa, tidak papa gunakan ke jalan yang betul sebaliknya papa lebih sibuk merancang untuk mendapatkan sesuatu yang sudah lama dia hilang. Papa masih menjadi hamba harta dunia, kerana itulah papa mahu dia melakukan semua ini. Mahu dia menawan Azaim dan memikat pemuda itu, yang selama ini menjadi salah seorang temannya.
“Ya, papa,” sahut Salmiha sudahnya. Mencampak apa yang bermain dalam fikirannnya.
“Sal cantik, Sal baik hati. Sal tak kurang apa-apa. Sal ada segala-galanya yang diingini oleh mana-mana lelaki. Masakan Azaim tak akan pandang Sal?”
Salmiha diam cuma. Perkataan yang sama, ayat yang serupa. Cara pemikiran papa saling tak ubah dengan Badlee. Mentah. Kecantikan bukan segalanya yang dicari oleh seorang lelaki dalam diri seorang perempuan, namun papa tidak pernah terima hakikat itu. Mungkin untuk bermain-main, lelaki mencari wanita cantik, namun untuk dijadikan isteri, bukan cantik saja yang perlu ada. Lebih daripada itu dipandang, dilihat.
Kenapa papa tak faham? Kenapa papa taksub dengan keinginan dan kemahuan papa sahaja? Kenapa tak fikirkan apa yang dia inginkan? Kenapa tak fahami apa yang dia mahukan? rintih Salmiha dalam dada. Senak. Sesak.
“Selama ni, betul kata Sal, Azaim hanya anggap Sal sebagai kawan. Papa terima tu. Tapi, Sal, kalau Sal cuba dekati dan rapati Azaim lagi, papa yakin dia akan anggap Sal lebih daripada tu. Mungkin juga dia akan senang dan selesa dengan Sal. Masa tu, mesti dia jatuh sayang dengan kecantikan dan kelembutan Sal. Papa yakin Azaim akan sayangkan Sal. Tapi Sal pun kena berusaha sikit. Sal tak boleh macam ni aje. Sal kena tingkatkan usaha, kena cuba sedaya upaya untuk dapatkan Azaim. Lebih agresif. Pastikan dia dalam genggaman tangan Sal. Itu saja yang akan jamin masa depan kita, Sal. Papa amat harapkan Sal, malah mama dan Bad pun sama. Jangan hampakan kami, Sal. Sal aje harapan kami untuk dapatkan semula hak kita, masa depan kita.”
“Betul kata papa tu, Sal. Kau ni… tak usahakan apa-apa, terus mengalah. Terus kata tak boleh. Kau ada kecantikan, gunalah. Goda dia dengan kecantikan tu kalau perlu. Apa aje cara, asal kita dapat balik syarikat kita.” Beria-ia Badlee meyokong Burhan, sekali gus memberi cadangan. Dalam bentuk desakan.
“Hmm, betul jugak kata Bad tu. Sal… mmm, boleh ubah cara pakaian tu, bergaya seksi sikit macam budak-budak muda sekarang. Ni tak, skirt dengan baju tangan panjang gini. Tutup segalanya. Sal perempuan. Gunalah apa yang Sal ada untuk tawan hati Azaim, untuk goda kelakian Azaim, supaya Azaim nampak Sal aje. Boleh?”
“Betul tu. You’re too conservative, orthodox!” Lekas Badlee menyokong.
Mengangguk, Burhan tidak lepas merenung paras Salmiha yang masih tidak berubah. Kaku memandang jauh ke hadapan. Nampak hanyut. Tapi dia yakin Salmiha masih bersama mereka di ruang tamu ini. Salmiha mendengar setiap butir katanya, juga cadangan Badlee.
Burhan mengerling isterinya seketika. Sejak tadi hanya diam mendengar. Begitulah isterinya. Lebih senang menjadi pendengar daripada bersuara. Tidak begitu menonjol semenjak muda lagi. Malah Salmiha, ada mewarisi setiap sikap isterinya itu. Sebagaimana Salmiha mewarisi kecantikan Sarimah yang terus kekal sampai kini.
Akhirnya Burhan kembali talakan mata kepada Salmiha semula. Masih dengan dirinya sendiri. Entah apalah yang difikirkan oleh anak gadisnya itu. Hatinya sedikit tidak betah melihatkan keadaan Salmiha yang begitu. Tapi tidak lama. Kelegaan mengambil tempat apabila dilihat Salmiha mula mengangguk perlahan. Senyum Burhan terlukis luas.
“Papa nak Sal mantapkan usaha. Papa yakin Sal tak akan hampakan keluarga kita. Papa tahu papa boleh percayakan Sal. Sal kena buat sesuatu. Papa tak nak budak perempuan tadi tu cuba jadi pesaing Sal.”
Kerutan halus terlukis pada dahi Salmiha. “Rin?”
“Ya, budak tu. Papa tak percayakan dia. Papa takut dia ambil peluang, goda Azaim. Dahlah duduk serumah… Bahaya!” Tidak senang, itulah lukisan wajahnya kini.
“Papa, Rin tu adik Im. Takkanlah…” Salmiha menggeleng kecil. Dan entah mengapa tercetus soalan yang ada dalam benaknya sebelumnya, kembali semula. Mengapa Azaim tidak benarkan sangat dia panggil Sirin dengan nama itu? Bukan sekali dia tersasul memanggil Rin Sirin. Dan bukan sekali juga Azaim membetulkan panggilan itu.
Rin, Rin, Rin! Tidak Sirin, tapi Rin.
“Adik angkat,” tekan Burhan. “Papa tak percaya dia. Buat sesuatu, Sal. Jangan hampakan kami.”
Dengan lembut, ada arahan di baliknya. Yang mana mampu ditangkap oleh Salmiha. Sekali lagi Salmiha mengangguk lalu bangun dari tempatnya. Walau sofa itu empuk dan selesa, tiba-tiba saja dia rasa rimas dan sesak. Seolah-olah tidak mampu bernafas jika terus di situ.
“Sal nak naik ke bilik, penat. Lagipun Sal ada kerja nak disiapkan. Sal naik dulu…” Salmiha berlalu tanpa menanti balasan daripada papa, mama mahupun Badlee. Terus memanjat anak tangga dan mengatur kaki sepantas mungkin ke biliknya. Satu-satunya tempat yang mampu buat dia jadi dirinya sendiri.
Burhan lama mengekor langkah teratur Salmiha. Sebaik anak sulungnya hilang di anak tangga ke tingkat dua, matanya dialih, bertemu pandang dengan anak lelakinya. Dia faham makna renungan Badlee.
“Ma, ambilkan pa kopi. Rasa nak minum pulak…” pinta Burhan merenung Sarimah, bersama senyuman. Membalas ia, isterinya menurut. Berlalu ke dapur.
“Kita kena buat sesuatu, papa!” tekan Badlee dalam bisikan sebaik tubuh mamanya menghilang dari ruang tamu.
Burhan anggguk. “Bagi masa dulu pada Sal. Papa tahu dia boleh. Cumanya… yang papa bimbangkan sekarang budak perempuan tu. Dah dua tahun kita usahakan supaya Azaim akan suka Sal, tapi budak perempuan tu mungkin akan rosakkannya.”
“Maksud papa, adik angkat Azaim tu?”
“Dia bukan sekadar adik angkat Azaim. Papa tak pernah dengar Tuan Azamuddin ada anak angkat…”
“Papa rasa dia ada hubungan lain dengan Azaim?” Badlee keresahan. Hanya kakaknya layak jadi isteri pemilik Fatih Sdn Bhd itu. Bukan gadis lain! Tidak boleh perempuan lain!
“Papa tak pasti…” Burhan berfikir seketika sebelum menyambung, “Tapi kita memang kena buat sesuatu…”
“Apa papa nak buat?” Hilang resah, diganti ceria. Badlee percaya kepada papa.
Papa adalah lelaki yang akan kotakan janjinya, sebagaimana sejak Badlee kecil dulu. Janji papa kali ini, dia akan mewarisi Dlee Transport, syarikat mereka yang telah dibeli dan dimiliki Fatih Sdn Bhd sejak empat tahun lalu.
“Papa akan dekatkan lagi Sal dengan Azaim, lebih rapat.” Senyum berbunga, luas.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 28, 2013 13:08

February 27, 2013

.: Sayang Dia Suam-Suam [Bab 8] :.

# Untuk yang follow SDSS, ada sedikit remark eh. Zulfah --> Liliana --> Mayang. Watak yang sama tapi dah ubah lagi namanya. Mayang the dobist ya, sayang-sayangku yang mengikut (Ɔ ˘⌣˘)♥(˘⌣˘ C)¸.•♥•.¸¸.•♥• •♥•.¸¸.•♥•.¸.

“I nak Milo ais, boleh?” Sirin bersuara, gedik manja. Tapi sudahnya dia jerit, “Eii, geram!”
Sirin masih di atas katil, dengan bantal di tangan, yang diramas geram untuk menjelaskan perasaan sebenarnya. Panas membahang dari hujung kaki sampai hujung rambut.
“Yang sorang nak Milo ais, yang sorang lagi nak Nescafe ais. Ingat aku apa? Maid in Manhattan? J Lo celup? Tak guna sungguh!” Sirin masih terus mengomel geram.
Kalau diikutkan hati, nak saja Sirin hentak bantal di tangan ke muka salah seorang daripada dua makhluk di bilik bacaan tadi. Bukan cik Milo ais atau pak cik Nescafe ais. Tapi Azaim atau Syamsul. Balun sekali gus, kut jadi Neslo ais! Tapi, pilihan utama Sirin mestilah yang satu itu—Azaim Haji Azamuddin. Manusia paling hebat dalam kontrol riak muka.
Sirin terus rela mengurung diri di dalam biliknya ini, semenjak sepuluh minit yang lalu, sejak dia keluar dari bilik bacaan selepas Azaim membuka mulut dan bersuara, “Hmm, ni bukan maid I, Sal, Encik Burhan!”
Lepas itu, Sirin tak dengar apa-apa. Sebagaimana dia masuk bilik bacaan tadi-merempuh-begitu jugalah dia keluar. Tapi kali itu terempuh dinding. Sebab tergesa-gesa nak larikan diri dari bilik bacaan, luar kawalan, dia hentam dinding. Salah aim. Pesek tiga minit jugalah hidung. Tapi nak cover malu dan geram cemerlang punya, kerana diri ditanggap pramusaji, Sirin aci belah saja sambil gosok hidung sendiri.
Dah sampai sini, baru sedar, seluarnya tertinggal. Tapi, takkanlah nak patah balik dan kutip semula seluar tu kan…
“Uh, memalukan! Kau ni, Rin, kalau tak malukan diri sendiri tak reti nak hidup ke!” marah Sirin kepada diri sendiri.
Yalah, takkan nak marah dinding kat bawah tu kut. Benda tu memanglah, tak ada mata atau kaki. Yang aku ni, lengkap segalanya pun tersasar lagi. Kut dinding tu ada kaki, dah lamalah pandai nak lari daripada cium aku. Tak ada seleranya. Sirin terus muncung-muncung mulut. Salahkan diri sendiri. Juga Azaim. Mamat tu tetap bersalah jugak!
Pintu bilik tidur serba putih itu berbunyi. Berulang.
Mata Sirin memicing. Telinga cuba-cuba raih title telinga lintah. Berjaya. Mana tak berjayanya. Sikit punya kuat suara Azaim singgah telinga. Jangankan lintah, pacat pun boleh dengar.
“Sirin?” panggil Azaim untuk kali ketiga, bersama ketuk-ketuk tak putus. Dia mengerling sekilas muka Salmiha di sebelah, yang nampak gelisah dan serba salah.
“Ya. Masuklah. Pintu tu tak kunci pun,” ucap Sirin seraya angkat punggung dari katil. Tidak mahu menghadap Azaim dengan duduk di atas katil. Rimas.
Lebih betul, Sirin rimas untuk menerima kehadiran Azaim di biliknya. Sebolehnya dia tidak mahu Azaim ke sini kerana inilah satu-satunya tempat yang mampu sembunyikan dia daripada renungan mata kecil yang akan tambah mengecil tiap kali memandang sesuatu tanpa jemu. Seperti yang dilakukan oleh Azaim tadi, di dalam bilik bacaan.
Azaim melangkah masuk sebaik sahaja membuka daun pintu. Salmiha di sisinya, mengikut.
Sirin berdiri tidak jauh dari katil. Terpacak macam tiang letrik malah kembali bermuka dingin. Tak mahu Azaim mahupun Salmiha—buat apa entah minah ni masuk bilik aku!—tahu apa yang ada dalam hatinya.
“Ya?” tanya Sirin buat selamba.
“Mmm, actually Sal has something to say to you.” Azaim kuak rambut hadapan yang cuba menutup pandangan. Rambutnya masih separuh berikat.
Dahi Sirin berkerut dengar kenyataan itu. Dan tambah berkerut apabila Salmiha menghampirinya. Gadis itu genit orangnya, bertubuh kecil molek, padat. Orangnya sungguh cantik. Dengan skirt putih paras betis, dipadankan dengan blaus lengan panjang merah darah yang kemas melekap pada tubuh sedapnya, gadis itu nampak begitu anggun dan menarik. Rambut hitam lurus berkilat bawah telinga dengan fringe menutup dahi. Mata pula bercelak atas bawah. Dah boleh jadi Cleopatra timur dah. Bukan mengeji, namun memuji. Begitulah orangnya si genit ini, sekalipun tiada mekap tebal menempel muka.
Dengan kulit putih melepak, mulus, serta wajah yang cantik tertawan, segalanya tentang gadis yang hanya diketahuinya dengan nama Sal itu amat indah kejadiannya. Mampu meraih mata mana-mana pemuda untuk jatuh kepadanya. Malah mungkin sahaja Azaim sendiri salah seorang daripada mereka.
Heh! Lantaklah kalau dia tertawan ke tergoda ke. Kau peduli apa! Antara kau dengan Azaim, tak ada sebarang hubungan. Jadi, tak payah nak jaga tepi seluar mamat tu atau tepi skirt minah nama Sal ni! Sirin mengutuk diri sendiri.
Sirin pandang muka Salmiha. Tidak lepas. Sesekali menjeling tangan putih melepak pada lengannya. Berbeza sekali dengan pakaiannya yang berwarna hitam. Malah tentu saja berbeza dengan kulitnya sendiri. Macam tahi cicak gamaknya—kalau ada cicak membuang warna peranglah kan!
Dia lahir dengan kulit perang keemasan semula jadi, sesuatu yang dicemburui Marie-Elena dan Alena, serta beberapa teman satu kuliah berlainan bangsa. Yalah, mereka perlukan tanning untuk hasil seperti itu. Sesudah berada di UK barulah Sirin tahu bahawa warna kulit sepertinya jadi bahan hendak, bukan saja bahan keji. Sedang kecil-kecil dulu, warna kulitnya buat Sirin sangat rendah diri. Warna kulitnya gelap. Itulah tanggapan Sirin dan itulah gelar dua ‘sepupunya’.
“I minta maaf, Sirin…”
Sirin. Entah kenapa dia tidak suka dengar Salmiha memanggilnya begitu. Sedang itulah nama dia. Nama pilihan arwah mama dan papa. Selain Azaim, tiada yang panggil nama penuhnya itu. Biasanya Rin. Semua panggilnya Rin. Kecuali Robert yang panggil dia B. Kesimpulan, dia hanya hendak Azaim panggil dia Sirin.
“Rin… Rin aje,” ujar Sirin tidak terus merenung dan menilik Salmiha. Hanya sebulat perhatian buat gadis berwajah gelisah itu—yang tetap maintain cantik.
“Okey, Rin.” Salmiha cuba-cuba senyum.
“Sebenarnya… I tak tahu pun you ni… saudara Azaim. I ingat you… maksud I, I sangka you…” Salmiha nampak serba salah. Tidak pasti perkataan apa yang sesuai untuk diguna.
“One of the maid?” bantu Sirin. Kesian pula tengok Salmiha macam cicak tertelan kapur barus. Tersentut-sentut nak bercakap. Tapi dalam gagap, cantik dan anggun tu maintain tau. Macam pernah praktis depan cermin pulak. Hisy, aku ni! Kalau dah orangnya memang cantik, gitulah!
Pipi Salmiha merintik merah.
Mak ai, merahnya. Nak kata pemerah pipi, tadi tak ada pulak macam tu. Hmm, kalau dah kulit putih bersih dan cantik, komen hati Sirin terus.
“I tak sengaja. I’m so sorry for what happened back there, Sirin. It’s because…”
“Rin. Call her Rin,” pintas Azaim tiba-tiba.
Salmiha pegun. Sirin ikut sentak. Sama-sama peranjat dengan suara agak keras itu.
Masih sedikit kaget, terkelip-kelip tengok Azaim yang selamba seketika, Salmiha sambung bicara. “So sorry, Rin. Baju you, bila sekali pandang… Sebab tu I confused. I tak sengaja. Sorry sangat ya…”
“No, no. It’s okay. I tak simpan apa-apa dalam hati.” Sirin tunjuk gigi. Kut-kut lepas dipanggil senyum.
Tak simpan apa-apa dalam hati? Habis yang tadi tu apa? Peram dalam hati? Tadi tu sebab geram… Tapi sekarang, sebab tak ditabur garam pada geram itu, sebaliknya datangnya meminta maaf, takkanlah dia nak geram garam lagi. Takkanlah dia nak kutuk bertong-tong dalam hati lagi, kan? Tambah pula si lemah gemalai bersuara lemak merdu ini sungguh ikhlas dalam memohon ia. Takkan nak piat telinga si cantik ini dan halau dia keluar dari biliknya pula. Kut Azaim adalah juga dia berani nak buat. Tapi ini… si cantik yang sedar salah diri.
“Betul ke? Betul you tak simpan apa-apa?” Salmiha nampak tidak terpujuk.
Sirin angguk-angguk, ia-ia. Manja dan lembutnya gadis ini bukan dibuat-buat. Dia sudah faham. Memang semula jadi dan lahiriah.
“Sudahlah tu, Sal. Kan Sirin dah kata tak simpan apa-apa. Dia tahu you tak sengaja. Janganlah nak salahkan diri you lagi,” ucap Azaim sambil melangkah menghampiri Sirin dan Salmiha, memberi senyuman untuk Salmiha. Demi meyakinkan hati itu.
“Sungguh?” Salmiha masih bertanya, kepada Azaim. Manja. Kemudian pandang Sirin. Harap.
Elok Salmiha pandang Sirin, sakan Sirin angguk laju-laju.
Azaim ikut sama, kurang laju. “Sal, you turunlah dulu. Papa you dengan Syam masih kat bilik bacaan tu. Tunggu I kat situ ya. Kejap lagi I akan turun. Boleh?”
Memicing mata Sirin tengok gaya cakap Azaim yang begitu. Demam chikungunya gamaknya mamat ni!
Salmiha mengangguk perlahan. Walaupun sedikit teragak, berkali-kali pula menoleh batang leher melihat Sirin dan Azaim, akhirnya dia keluar juga dari bilik agak besar yang dimiliki oleh Sirin, yang baru kini diketahui akan kewujudannya dalam hidup Azaim. Selama ini dia tidak pernah tahu arwah Tuan Azamuddin dan Puan Nurfatih punya seorang anak angkat, yang secara tidak rasmi menjadi adik angkat Azaim. Tanpa hubungan darah.
“Ada apa?” soal Sirin acuh tak acuh sebaik sahaja Azaim mengalih muka kepadanya. Tidak lagi mengekori langkah Salmiha.
Berpeluk tubuh, Sirin buat muka sombong tengok Azaim. Mata, macam nak tercabut keluar tengok lenggok minah tu. Kalau takut berjauhan, tak sampai hati kena tinggal, apasal tak ngekor sama aje? Melengu kat sini buat apa entah. Sesakkan bilik aku aje! “Tu… Salmiha. Dan dia salah sangka macam tadi, macam ayah dia, sebab…” Azaim tunjuk baju Sirin. “Abang Im bukan saja-saja nak halang, tapi Abang Im cuma nak elak hal dah jadi daripada jadi lagi. So, please, no more black…”
“I like black!” Terteran Sirin menutur, mendongkol. Tahan rasa sebenar. Sakit jiwa!
“I know you like black, my dear, but all the maids are also wearing black. Abang Im tak nak apa jadi tadi jadi lagi. Yang lain, terserah kat Sirin…”
“You did this on purpose, right?” Sirin mencerun kepada Azaim. Sakit jiwa kuasa dua!
“Apa?” Azaim terkejut campur tak faham.
Apa pulaklah yang telah dia buat? Azaim tidak pernah dapat menangkap cara pemikiran kaum Hawa. Terutama sekali jika Hawa itu bernama Sirin Hassan. Entah apa-apa minah tu boleh fikir. Kadang tu, tak pernah terjangkau dek fikirannya sendiri. Kreatif sangat. Jadi, daripada dia cuba memaksa fikirannya terjangkau ke situ, lebih baik dia tanya terus. Direct. Biar Sirin sendiri jelaskan.
“Black. Semua pekerja Vila Fatih pakai serba hitam sedangkan Abang Im tahu saya suka hitam. Sejak dulu saya suka hitam. Abang pilih warna tu untuk dia orang sebab nak cari alasan supaya saya tak pakai serba hitam lagi. Kan?”
“Tak.” Azaim senyum tipis. Oh ya, ini terjangkau jugalah dalam fikirannya. Yang tersasar adalah Sirin sendiri.
“Saya dah agak…” Diam, kebil-kebil. “Tak?” Sirin pelik. Malah jelas ada ketidakpercayaan pada sebaris ayat itu.
“Ya, tak. Abang Im pilih warna hitam untuk staf Vila Fatih sebab hitam buat dia orang nampak bekeyakinan dan kemas. Susah nampak kotor. Sesuai. Tapi sebab utama…”
“Sebab utama?” soal Sirin tidak sabar apabila Azaim tidak menghabiskan kata. Malah sedikit terperanjat apabila lelaki itu bergerak menghampirinya, lebih dekat.
Hujung jari kaki Sirin bertemu hujung jari kaki Azaim. Itu membuktikan Azaim terlalu hampir dengannya. Selain itu, haruman tubuh Azaim menusuk masuk ke hidung tanpa dia mahu. Menggugat kedinginan yang cuba Sirin tampilkan. Gagalkan persona yang hendak dia tonjol. Kerana haruman tubuh Azaim itu tidak menyesakkan dia, sebaliknya membuai dia. Haruman ini, haruman yang sama dengan dulu. Haruman yang Sirin 13 tahun kata, “Wanginya Abang Im…” sambil peluk tubuh itu. Sirin lebih tidak kena.
“Sebelum Abang Im lupa, malam esok ada small party. Jadi, melaramlah kalau perlu. But please, my dear, no black. Kang ada yang ingat Sirin pramusaji lagi,” usik Azaim sambil menjauh. Sekalipun separuh daripada hatinya tidak memberi izin dia berbuat begitu.
Takkanlah nak berdiri begini untuk selama-lamanya? Walaupun dia sanggup sangat. Asal sahaja mampu jamah setiap inci wajah si manis yang bermuka kelat ini. Itu buat dia yakin Sirin tak ada kesanggupan serupa sebagaimana dia. Azaim mula atur kaki hendak berlalu.
Dan itu menyedarkan Sirin daripada sejuk bekunya. Sejuk beku dek renungan lembut sepasang mata kecil Azaim, juga tampannya lelaki itu. Masa nyata di pihak Azaim. Kacaknya wajah itu tiada hilang. Yang bertambah hanyalah raut matang yang mula tampak. Menjadikan Azaim Haji Azamuddin lelaki penuh godaan. Langkah kaki Azaimlah yang sedarkan Sirin lalu terus dia bersuara.
“Small party? How small is this party exactly?” tanya Sirin sambil laju-laju ikut langkah Azaim.
Azaim berhenti dan berpaling tiba-tiba. Cepat-cepat Sirin tekan brek kecemasan. Licinnya bahagian lantai tak berkarpet di ruang itu buat dia gelongsor lebih sikit ke hadapan. Terus kedua-dua tangan terangkat, tersentuh dada Azaim.
Azaim sendiri cepat menangkap kedua-dua bahu Sirin. Tak mahu mereka sama-sama sembam. Mata saling merenung, sentuhan jadi menghangat. Berdiri begini, Azaim lebih jelas pada tingginya Sirin. Mujur saja Azaim tingginya cecah enam kaki. Tak adalah Sirin boleh tinggi diri dengannya. Dengan Ukasyah ialah kut.
Tiba-tiba Sirin melompat ke belakang macam kena api, serentak tangan terangkat dari dada Azaim. Hendak tak hendak Azaim ikut lepas bahu Sirin, senyum simpul.
“Just families. Makan malam famili kita-kita aje, untuk sambut kepulangan Sirin. Semua tunggu Sirin balik sekian lama kan…” ujar Azaim sambil kembali melangkah. Bimbang kalau-kalau terus tengok sipu-sipu malu tak cukup feminin Sirin, dia akan tak hendak keluar dari bilik ini.
Bilik anak dara kut. Mahunya Pak Tua ketuk kepalanya dan Mak Tua piat telinganya. Sambil heret keluar.
Kali ini Sirin lari-lari kecil, ikut Azaim yang macamnya dikejar geroda laju kakinya. Amboi! Dengan aku ni manalah ada masa nak sembang lama macam dengan minah gemalai nama Salmiha dipanggil Sal tu! Aku sedar diri, tak payah sedarkan!
“Families? Maksudnya semua akan ada?”
“Hmm, insya-Allah. Yang mana tak ada hal yang tak dapat dielakkan, akan datang, walaupun mereka semua jauh dari Penang. Kenapa?” Kali ini Azaim menghentikan kaki. Betul-betul di luar muka pintu bilik Sirin. Bersama kerut pada dahi, dia pandang Sirin yang mendengus mendengar katanya.
“Maksudnya, Adham dengan Afham pun ada?”
“Ya…” Senyuman kecil menyentuh bibir Azaim apabila nama dua sepupu paling nakalnya itu disebut. 
“Janganlah risau. Abang kan ada? Dia orang tak akan berani ganggu Sirin kalau Abang Im ada. I’m still your champion.”
“But you’re not. I can be my own champion. Tak perlu orang lain lagi.” Bersama senyuman sinis, gedegang! Terus Sirin hentam pintu ke tempatnya.
Tepat ke muka Azaim yang nampak terkejut sangat dengan cakap Sirin serta tindakan Sirin. Lalu dia kaku.
Sirin menyandar tubuh pada pintu bilik. Selain terperanjat dengan sikap agak kurang ajarnya, yang dia sendiri tak sangka, ada rasa-rasa lain dalam hati. Betul. Kenyataan. I don’t have any champion anymore. Dah lama tak ada. Sejak lebih tujuh tahun dulu. Sekarang, dah sampai masanya untuk aku jaga diri sendiri, tak harapkan sesiapa lagi. Cukuplah aku makan budi. Dah sampai waktu untuk aku tuai setiap budi itu—dengan keluar dari rumah ini. Terus. Selamanya.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 27, 2013 10:14

Bikash Nur Idris's Blog

Bikash Nur Idris
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Bikash Nur Idris's blog with rss.