Bikash Nur Idris's Blog, page 15

December 1, 2012

.: Entah Apa-Apa :.

Hurm... lama tak menulis. Mood karam di lautan, berenang tak sampai ke tepian.  http://www.emocutez.com
Kalut sungguh la kehidupan yang serba simple ni. Haisy!!! Antara SDSS dan CPK... antara curang dalam belajar setia. Haisy!!!Harap ada la hasilnya. Tak larat dah menulis tanpa sudah, menggarap tak pernah habis. 
Semangat baru ambang 2012. Jai you!
http://www.emocutez.com
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 01, 2012 18:42

.: Sayang Dia Suam-Suam [Bab 1] :.


Suasana di Lapangan Terbang Bayan Lepas ketika ini sedikit sunyi berbanding beberapa minit tadi. Bersama Gucci luggage bag yang kejap di tangan, disorong, dia mencepatkan langkah apabila dilihat tiada sebarang muka yang dikenali di balai menanti. Untuk terus menunggu, dia tidak betah pula. Menanti tanpa buat apa-apa, itu bukan dia.
Tambahan pula beberapa orang penumpang yang sama-sama baru tiba dengannya sudah lama beransur. Berpelukan bersama sanak saudara yang datang menjemput kepulangan mereka lantas berlalu bersama senyuman, yang basah terkuntum pada kelopak bibir masing-masing. Kegembiraan jelas terpancar pada setiap wajah.Dan dia pula tidak mengharapkan semua itu. Dia hanya hendak hilangkan kepenatan yang menghambat diri selepas separuh hari dibendung ia. Bukan menginginkan pelukan mesra atau senyum gembira menyambut kehadirannya di sini. Yang mana dia yakin tak mungkin diperoleh. Dia sudah lama ajar diri untuk tak menghendaki itu semua. Cukup-cukuplah.

Dia meneruskan langkah kaki tanpa peduli siapa pun di sekitar. Dia pasti orang yang sepatutnya datang menjemput masih belum sampai. Kalau tidak, sudah lama tubuh yang sarat letih ini tiada di sini lagi. Daripada duduk menanti macam orang dungu, ada baiknya dia buat sesuatu untuk isi masa. Taklah bosan sangat jadi penunggu. Tak pasal jadi penunggu balai menanti pula. Lebih baik cari bahan bacaan untuk isi waktu.
Gucci luggage bag yang tak seberat mana, yang sejak tadi disorong, akhirnya diletak bersebelahan kaki, yang terhenti di hadapan kios yang menjual pelbagai bahan bacaan daripada pelbagai kategori. Tersusun naskhah akhbar harian. Sayang sekali dia paling tak suka baca akhbar. Dia jenis habiskan masa tengok berita, bukan baca berita. Sibuk hendak cari bahan bacaan bukan akhbar, matanya terus nampak naskhah-naskhah novel yang terpamer di satu sudut kios itu. Tertera tag ‘Terbaru’ di situ. Kalau dia dan novel, memang lajulah mata nak nampak.
Dia capai semula Gucci luggage bag seraya dapatkan sudut ‘Terbaru’. Kemudian Gucci luggage bag kembali di sebelah kaki. Mata melilau sakan pada novel-novel terpamer. Novel Melayu. Dah dituliskan terbaru, saja sangatlah kalau novel Inggeris diletak.
Dia belek-belek novel Melayu di situ. Daripada penulis pelbagai, penerbit berbagai. Dan kebanyakan daripadanya sudah pun dia miliki. Bukan dia sendiri yang membelinya kerana kesemua novel ini tidak dijual di UK. Namun, rindunya pada novel-novel Melayu, yang menjadi kegemarannya semenjak mula berada di sekolah menengah, terubat juga. Semuanya sebab setiap bulan, beberapa naskhah novel akan tiba untuknya. Dari Malaysia.
Dua buah novel, yang nyata tidak tersusun di rak novel rumah sewanya sesudah diterima lebih dua minggu lalu, memancing perhatiannya. Dicapai kedua-dua novel tersebut lalu dibelek kulitnya. Kedua-duanya adalah novel daripada penulis baru. Perhatian dialih pula pada sinopsis novel tersebut. Tertariklah perhatian.
Bagi dia, secara tidak sengaja setiap rentetan dalam sesebuah novel membawa pengajaran serta informasi. Berkarya sambil menyampaikan ilmu, kerja luar sedar penulis yang dia selalu perasan. Dalam setiap novel ada saja mesej disumbat masuk. Ada cinta yang sarat. Bukan cinta kekasih saja. Ada cinta ibu, cinta ayah, cinta keluarga dan cinta sahabat. Malah, ada sama cinta musuh.
Hmm, nampaknya hari ini, buat pertama kalinya, sesudah dekat lima tahun, dia akhirnya membeli novel Melayu. Maklumlah, selama ini orang yang belikan. Tapi hari ini dia sendiri akan keluarkan duit poketnya, beli dengan tangan sendiri.
“Hello, miss. Any book you’re interested with?”
Soalan penuh kemesraan itu buat perhatiannya yang sejak tadi leka dengan novel di tangan beralih. Matanya menentang wajah manis bertudung yang ramah senyum kepadanya. Sudah pun berada di sisinya.
“Ya. Saya nak dua novel ni…” Dia mengangguk lalu mengunjuk novel di tangan.
“Boleh. Akak bawa ke kaunter bayaran. Kalau ada lagi yang adik nak, pilihlah…” Bersama senyuman terkuncup yang kembali mekar, pekerja kios itu capai novel dari tangan gadis berambut perang dan agak keemasan itu. Hi-lite agaknya, tebak pekerja kios itu, sempat juga kerling si gadis berkulit keperangan itu sekali lagi.
Sangkanya orang luar. Itu pasal dia speaking bagai. Rupanya orang dalam. Kalau tak, takkan beli novel Melayu kan…
“Tak apa. Saya ambil dua tu aje,” ucap dia lalu mengekor pekerja kios itu ke kaunter bayaran.
Dia sua jumlah wang yang tertera pada skrin di hadapan lalu mencapai beg plastik yang berisi novel pilihannya. Senyum tipis mengolahi ulas bibir. Balas senyum gadis di kaunter bayaran. Kaki lekas dipanjangkan. Tapi sempat dia lihat gadis kaunter bayaran dan pekerja kios tadi saling berbisik sambil tengok-tengok dia. Dia buat biasa saja. Selepas lima tahun lebih di UK, baru dia teringat betapa lamanya tak ada yang tengok-tengok dia begitu lagi. Senyum nipis saja, terus dia ke sudut ‘Terbaru’ untuk dapatkan Gucci luggage bag yang tertinggal di situ.
Namun, belum sempat dia capai, lebih dulu satu tangan memaut pemegang bagasi sederhana itu.
“Assalamualaikum.”
Suara itu alih terus tumpuannya dari tubuh kurus berkemeja hitam berserta tali leher hitam yang dipadankan dengan slek hitam di hadapannya. Seorang lelaki, yang sedang pegang kejap pemegang bagasi pakaiannya dengan kedua-dua tangan. Walhal bukan berat pun. Agaknya bimbang dia rentap semula beg itu.
Kini, matanya melekap kemas kepada pemilik suara yang memberi salam tadi. Satu perasaan menyelinap masuk ke dalam hati. Argh, bukankah ia boleh dijangka!
“Waalaikumussalam, Abang Syam,” jawab dia akhirnya. Merendahkan sedikit kepala, tanda hormat.
Syamsul tidak lepas tenung wajah di hadapannya. Akhirnya bunga-bunga senyum mula beriak. Kian melebar pada bibir. Hmm, berbeza, tapi tak berbeza langsung!
“Kita jumpa selepas lima tahun kan, Sirin Hassan?” Syamsul cuba-cuba nak mulakan perbualan.
Dia, Sirin binti Hassan, angguk. Itu saja yang mampu dia buat. Walaupun Sirin kenal Syamsul semenjak usianya 13 tahun, namun apa yang telah berlaku buat dia jadi kekok dengan pemuda berketurunan anak mami ini. Mengundang rasa tak selesa pada keramahan dan kemesraan lelaki yang ada rupa macam pelakon Hindi itu. Mungkin Syamsul adalah pemuda yang sama, yang pernah Sirin kenal. Tapi dia bukan Sirin yang Syamsul kenal. Tak serupa dah.
“Abang Im tak dapat datang. Ada kerja sikit yang perlukan perhatian dia. Sebab tu Abang Syam jemput Rin,” terang Syamsul tanpa diminta. Masih cuba-cuba cari peluang untuk berbual.
Mata Syamsul pula terus pandang tubuh lampai Sirin. Tubuh lebih 170 sentimeter. Berjean hitam muat sepasang kaki yang panjang, berbaju melintang hitam putih dan di atasnya kardigan ala kot warna hitam, terbuka saja, tak dibutangkan. Rambut berombaknya diikat ringkas, sanggul kecil di belakang manakala rambut hadapan menutup dahi. Gaya Sirin tiada gaya budak yang dia kenal dulu lagi. Ada gaya model pula sekali pandang, ditambah pula dengan kelampaiannya.
Senyum sinis Sirin tersua. “Saya tahu dia tak akan pernah ada masa untuk saya. Dia memang manusia yang paling sibuk. Tak apa, saya tak kisah. Boleh kita gerak sekarang?”
Hmm, gaya dan rupa mungkin berubah jauh, lebih cantik, tambah matang. Tapi perangai serupa gadis 16 tahun itu juga. Syamsul terus senyum.
“Okey aje. Rin mesti letih. Perjalanan yang begitu lama kan…” ujar Syamsul, sambung senyum.
Sirin membisu saja. Tak angguk. Tak geleng.
Syamsul terus ukir senyum, sekalipun Sirin terus-menerus dingin begitu. Ah, dia hanya kena tempias. Lagi pula, dia faham atas sebab apa Sirin begini. Jadi, Syamsul tak akan tala jari kepada Sirin. Sudahnya, Syamsul tengok pemuda di depan Sirin, yang masih berdiri dengan beg pakaian Sirin di tangan. Hmm, satu beg aje? Masaklah kau, Im. Sungguh!
“Fahmi, jom kita balik. Cik Sirin kita ni dah penat. Dia perlukan rehat…”
Fahmi goncang kepala lalu terus berlalu dari kios itu. Syamsul dan Sirin ikut dari belakang. Diam saja.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 01, 2012 07:58

.: Sayang Dia Suam-Suam I Bab 1 :.


Suasana di Lapangan Terbang Bayan Lepas ketika ini sedikit sunyi berbanding beberapa minit tadi. Bersama Gucci luggage bag yang kejap di tangan, disorong, dia mencepatkan langkah apabila dilihat tiada sebarang muka yang dikenali di balai menanti. Untuk terus menunggu, dia tidak betah pula. Menanti tanpa buat apa-apa, itu bukan dia.
Tambahan pula beberapa orang penumpang yang sama-sama baru tiba sudah lama beransur. Berpelukan bersama sanak saudara yang datang menjemput kepulangan mereka lantas berlalu bersama senyuman, yang basah terkuntum pada kelopak bibir masing-masing. Kegembiraan jelas terpancar pada setiap wajah.
Dan dia pula tidak mengharapkan semua itu. Dia hanya hendak hilangkan kepenatan yang menghambat diri selepas separuh hari dibendung ia. Bukan menginginkan pelukan mesra atau senyum gembira menyambut kehadirannya di sini. Yang mana dia yakin tak mungkin diperoleh. Dia sudah lama ajar diri untuk tak menghendaki itu semua. Cukup-cukuplah.
Dia meneruskan langkah kaki tanpa peduli siapa pun di sekitar. Dia pasti orang yang sepatutnya datang menjemput masih belum sampai. Kalau tidak, sudah lama tubuh yang sarat letih ini tiada di sini lagi. Daripada duduk menanti macam orang dungu, ada baiknya dia buat sesuatu untuk isi masa. Taklah bosan sangat jadi penunggu. Tak pasal jadi penunggu balai menanti pula. Lebih baik cari bahan bacaan untuk isi waktu.
Gucci luggage bag yang tak seberat mana, yang sejak tadi disorong, akhirnya diletak bersebelahan kaki, yang terhenti di hadapan kios yang menjual pelbagai bahan bacaan daripada pelbagai kategori. Tersusun naskhah akhbar harian. Sayang sekali dia paling tak suka baca akhbar. Dia jenis habiskan masa tengok berita, bukan baca berita. Sibuk hendak cari bahan bacaan bukan akhbar, mata dia terus nampak naskhah-naskhah novel yang terpamer di satu sudut kios itu. Tertera tag ‘Terbaru’ di situ. Kalau dia dan novel, memang lajulah mata nak nampak.
Dia capai semula Gucci luggage bag seraya dapatkan sudut ‘Terbaru’. Kemudian Gucci luggage bag kembali di sebelah kaki. Mata melilau sakan pada novel-novel terpamer. Novel Melayu. Dah dituliskan terbaru, saja sangatlah kalau novel Inggeris diletak.
Dia belek-belek novel Melayu di situ. Daripada penulis pelbagai, penerbit berbagai. Dan kebanyakan daripadanya sudah pun dia miliki. Bukan dia sendiri yang membelinya kerana kesemua novel ini tidak dijual di UK. Namun, rindunya pada novel-novel Melayu, yang menjadi kegemarannya semenjak mula berada di sekolah menengah, terubat juga. Semuanya sebab setiap bulan, beberapa naskhah novel akan tiba untuknya. Dari Malaysia.
Dua buah novel, yang nyata tidak tersusun di rak novel rumah sewanya sesudah diterima lebih dua minggu lalu, memancing perhatiannya. Dicapai kedua-dua novel tersebut lalu dibelek kulitnya. Kedua-duanya adalah novel daripada penulis baru. Perhatian dialih pula pada sinopsis novel tersebut. Tertariklah perhatian.
Bagi dia, secara tidak sengaja setiap rentetan dalam sesebuah novel membawa pengajaran serta informasi. Berkarya sambil menyampaikan ilmu, kerja luar sedar penulis yang dia selalu perasan. Dalam setiap novel ada saja mesej disumbat masuk. Ada cinta yang sarat. Bukan cinta kekasih saja. Ada cinta ibu, cinta ayah, cinta keluarga dan cinta sahabat. Malah, ada sama cinta musuh.
Hmm, nampaknya hari ini, buat pertama kalinya, sesudah dekat lima tahun, dia akhirnya membeli novel Melayu. Maklumlah, selama ini orang yang belikan. Tapi hari ini dia sendiri akan keluarkan duit poketnya, beli dengan tangan sendiri.
“Hello, miss. Any book you’re interested with?”
Soalan penuh kemesraan itu buat perhatiannya yang sejak tadi leka dengan novel di tangan beralih. Matanya menentang wajah manis bertudung yang ramah senyum kepadanya. Sudah pun berada di sisinya.
“Ya. Saya nak dua novel ni…” Dia mengangguk lalu mengunjuk novel di tangan.
“Boleh. Akak bawa ke kaunter bayaran. Kalau ada lagi yang adik nak, pilihlah…” Bersama senyuman terkuncup yang kembali mekar, pekerja kios itu capai novel dari tangan gadis berambut perang dan agak keemasan itu. Hi-lite agaknya, tebak pekerja kios itu, sempat juga kerling si gadis berkulit keperangan itu sekali lagi. Sangkanya orang luar. Itu pasal dia speaking bagai. Rupanya orang dalam. Kalau tak, takkan beli novel Melayu kan…
“Tak apa. Saya ambil dua tu aje,” ucap dia seraya mengekor pekerja kios itu ke kaunter bayaran.
Dia sua jumlah wang yang tertera pada skrin di hadapan lalu mencapai beg plastik yang berisi novel pilihannya. Senyum tipis mengolahi ulas bibir. Balas senyum gadis di kaunter bayaran. Kaki lekas dipanjangkan. Tapi sempat dia lihat gadis kaunter bayaran dan pekerja kios tadi saling berbisik sambil tengok-tengok dia. Dia buat biasa saja. Selepas lima tahun lebih di UK, dia baru teringat betapa lamanya tak ada yang tengok-tengok dia begitu lagi. Senyum nipis saja, terus dia ke sudut ‘Terbaru’ untuk dapatkan Gucci luggage bag yang tertinggal di situ.

Namun, belum sempat dia capai, lebih dulu satu tangan mengaut pemegang bagasi sederhana itu.
“Assalamualaikum.”
Suara itu alih terus tumpuannya dari tubuh kurus berkemeja hitam berserta tali leher hitam yang dipadankan dengan slek hitam di hadapannya. Seorang lelaki, yang sedang pegang kejap pemegang bagasi pakaiannya dengan kedua-dua tangan. Walhal bukan berat pun. Agaknya bimbang dia rentap semula beg itu.
Kini, matanya melekap kemas kepada pemilik suara yang memberi salam tadi. Satu perasaan menyelinap masuk ke dalam hati. Argh, bukankah ia boleh dijangka!
“Waalaikumussalam, Abang Syam,” jawab dia akhirnya. Merendahkan sedikit kepala, tanda hormat.
Syamsul tidak lepas tenung wajah di hadapannya. Akhirnya bunga-bunga senyum mula beriak. Kian melebar pada bibir. Hmm, berbeza, tapi tak berbeza langsung!
“Kita jumpa selepas lima tahun kan, Sirin Hassan?” Syamsul cuba-cuba nak mulakan perbualan.
 Dia, Sirin binti Hassan, angguk. Itu saja yang mampu dia buat. Walaupun Sirin kenal Syamsul semenjak usianya 13 tahun, namun apa yang telah berlaku buat dia jadi kekok dengan pemuda berketurunan anak mami ini. Mengundang rasa tak selesa pada keramahan dan kemesraan lelaki yang ada rupa macam pelakon Hindi itu. Mungkin Syamsul adalah pemuda yang sama, yang pernah Sirin kenal. Tapi dia bukan Sirin yang Syamsul kenal. Tak serupa dah.
“Abang Im tak dapat datang. Ada kerja sikit yang perlukan perhatian dia. Sebab tu Abang Syam jemput Rin,” terang Syamsul tanpa diminta. Masih cuba-cuba cari peluang untuk berbual.
Mata Syamsul pula terus pandang tubuh lampai Sirin. Tubuh lebih 170 sentimeter. Berjean hitam muat sepasang kaki yang panjang, berbaju melintang hitam putih dan di atasnya kardigan ala kot, terbuka saja tak dibutangkan. Rambut berombaknya diikat ringkas, sanggul kecil di belakang manakala rambut hadapan menutup dahi. Gaya Sirin tiada gaya budak yang dia kenal dulu lagi. Ada gaya model pula sekali pandang, ditambah pula dengan kelampaiannya.
Senyum sinis Sirin tersua. “Saya tahu dia tak akan pernah ada masa untuk saya. Dia memang manusia yang paling sibuk. Tak apa, saya tak kisah. Boleh kita gerak sekarang?”
Hmm, gaya dan rupa mungkin berubah jauh, lebih cantik, tambah matang. Tapi perangai serupa gadis 16 tahun itu juga. Syamsul terus senyum.
“Okey aje. Rin mesti letih. Perjalanan yang begitu lama kan…”
Sirin membisu saja. Tak angguk. Tak geleng.
Syamsul terus ukir senyum, sekalipun Sirin terus-menerus dingin begitu. Ah, dia hanya kena tempias. Lagi pula, dia faham atas sebab apa Sirin begini. Jadi, Syamsul tak akan tala jari kepada Sirin. Sudahnya, Syamsul tengok pemuda di depan Sirin, yang masih berdiri dengan beg pakaian Sirin di tangan. Hmm, satu beg aje? Masaklah kau, Im. Sungguh!
“Fahmi, jom kita balik. Cik Sirin kita ni dah penat. Dia perlukan rehat…”
Fahmi goncang kepala lalu terus berlalu dari kios itu. Syamsul dan Sirin ikut dari belakang. Diam saja.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 01, 2012 07:58

November 6, 2012

.: Drama Persona Sukma :.

Drama Persona Sukma. Idea & konsep asal BIKASH NUR IDRIS & Bright Network. Sabtu & Ahad, RTM1, 7pm.
Saya baru dimaklumkan. Dah masuk episod 2 dah. Moh layan ^.^
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 06, 2012 06:22

October 26, 2012

.: sayang dia suam-suam [1] :.

Suasana di Lapangan Terbang Bayan Lepas ketika ini sedikit sunyi berbanding beberapa minit tadi. Bersama Gucci luggage bagyang kejap di tangan, disorong, dia mencepatkan langkah apabila dilihat tiada sebarang muka yang dikenali di balai menanti. Untuk terus menunggu, dia tidak betah pula. Menanti tanpa buat apa-apa, itu bukan dia. Tambahan pula beberapa orang penumpang yang sama-sama baru tiba sudah lama beransur. Berpelukan bersama sanak saudara yang datang menjemput kepulangan mereka lantas berlalu bersama senyuman, yang basah terkuntum pada kelopak bibir masing-masing. Kegembiraan jelas terpancar pada setiap wajah.Dan dia pula tidak mengharapkan semua itu. Dia hanya hendak hilangkan kepenatan yang menghambat diri selepas separuh hari dibendung ia. Bukan menginginkan pelukan mesra atau senyum gembira menyambut kehadirannya di sini. Yang mana dia yakin tak mungkin diperoleh. Dia sudah lama ajar diri untuk tak menghendaki itu semua. Cukup-cukuplah.
Lebih kurang ni le gaya Sirin kali pertama Syamsul tengok sekarang. Tapi ini bukan Sirin, dijamin Sirim :P  Ada gaya rambut Sirin?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 26, 2012 06:00

October 25, 2012

.: CPK :.

“Fahim dah makan ke belum ni? Abang Zuhair dengan Kak Miza baru sudah makan. Kalau nak Abang Zuhair boleh hidangkan…”Fahim menggeleng. “Belum makan. Tapi tak payahlah. Kami balik nanti kami makanlah kat rumah. Kang bising pulak Puan Hatiqah tu. Takut sangat anak dia tak cukup zat,” ujar Fahim kemudian tayang gigi.Zuhair ikut senyum. Tambah apabila dengar Fahim gelar ibu sendiri dengan panggilan Puan Hatiqah. Memang suka sungguh dia begitu kalau baru ada kes dengan ibunya. Tak ada maknanya ibu, ibu. Terus jadi Puan Hatiqah. Ini sah baru lepas kena cuci lumat dengan Puan Hatiqah itu.“Dah kenapa pulak ni…?” tanya Zuhair selepas minum teh O. Sejuk nanti tak kena dengan tekaknya pula.“Kami nak duk asing… Tapi ibu tu. Macamlah kami nak lari dari rumah gayanya.” Fahim menggeleng-geleng.Zuhair ketawa. Faham sangat dengan ayat tak siap Fahim itu. Bukan dia tidak kenal dengan Puan Hatiqah yang Fahim cakapkan itu. Wanita itu dengan ibunya ada kaitan. Begitulah kata mereka berdua walaupun bila ditanya, jawapan mereka adalah saudara jauh. Zuhair dan Fahim sudah malas ambil pusing hal kait yang bagaimananya mereka berdua. Cuma Zuhair memang kenal ibu Fahim. Ibu Fahim yang suka menggesa dan suka mendesak ada masa. Kadang kepala angin dia saja perlu diturut. Tapi semua itu sebab sayangkan anak-anak. Sebab itulah Fahim sampai sekarang dengar ikut telinga kanan dan cepat-cepat dicampak keluar ikut telinga kiri. Mana elok dia tak campak keluarlah. Dia simpan elok di dalam kepala selaku pesan. Mana yang entah apa-apa, lebih ikut perasaan saja, tak ada tapis-tapis dah, terus dia humban ikut telinga kiri, tanpa kompromi.Fahim itu anak kedua bongsu. Tapi selalu diadu oleh anak bongsu, adik perempuan Fahim, Faqihah Nur, abangnya itu semedang dapat layanan anak bongsu banding dia. Sebabnya, sebelum lahirnya Fahim Abdullah, ibunya tak pernah menjangka akan ada anak lain lagi. Malah memang mereka sudah merancang cukup saja dengan tiga di atas. Tapi, sewaktu kakak kedua Fahim berumur 11 tahun, tiba-tiba wanita itu boleh uwek-uwek dan disahkan mengandung lagi. Memang teruja sungguhlah si ibu. Tak sangka-sangka, ada rezeki lagi rupanya. Kemudian menyusul pula satu lagi rezeki dengan anak bongsu. Seterusnya, tutup kilang.Walaupun Faqihah yang bongsu, namun Faqihah tak pernah ada maknanya dapat layanan begitu. Fahim yang ditatang dan dijaga bagai si bongsu. Mungkin juga kerana Faqihah sudah lima tahun bergelar isteri orang. Semua anak-anak sudah berkahwin, kecuali Fahim. Itu pasal Puan Hatiqah itu selalu anggap Fahim si bongsu. Agaknyalah, telah Zuhair sendiri.“Assalamualaikum…”Salam itu sedarkan Zuhair daripada pemandangan sendiri perihal Fahim selaku si bongsu. Terus dia tengok Mizana yang ayu sungguh berjubah sama tudung menutup dada. Gaya ekspres isterinya itu buat hati Zuhair ekspres tersuka bagai selalu.“Waalaikumussalam, Kak Miza,” jawab Fahim membalas senyum Mizana yang melabuh duduk di sebelah Zuhair. “Kak Miza, tolong kami, Kak Miza…”“Hah?” Terkejut jadinya Mizana tengok muka serius mengharap Fahim. Bimbang pun ada. Kalau-kalau ada yang tak kena. Fahim ini bukan jenisnya suka meminta bantuan melainkan sebab betul-betul perlu sangat. Itu pun selalunya kepada Zuhair. Bukan dia.“Kenapa ni, Fahim?” Tubuh Mizana tak jadi diselesakan dengan menyandar pada badan sofa sebaliknya dikedepankan sedikit. Hendak Fahim tahu dia anggap serius dan mahu beri sepenuh tumpuan pada masalah anak muda itu.Fahim bagi Mizana dalam kategori ada rupa. Orangnya lebih manis daripada tampan. Sekali Fahim senyum, aduhai… Tambah apabila nampak gigi sebelah kiri berlapis Fahim. Gigi pemanis yang memaniskan senyum Fahim sekali gus memaniskan paras Fahim. Memang kes aduh, aduh, aduhlah kalau lihat lelaki ini senyum atau ketawa. Muka pula selalu mesra alam.Memang sungguh bertentanganlah dengan Anamaria!“Kami datang nak jumpa Mizana, matchmakeryang ramai cakap tu,” ujar Fahim ikut bawah tubuh ke hadapan. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 25, 2012 02:45

October 21, 2012

.: bai-bai :.

... Membai-baikan diri ...... Sampai jumpa lagi ... http://www.emocutez.com
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 21, 2012 11:05

October 11, 2012

.: cinta poket kiri [2] :.

Fahim menjenguk ke dalam pintu hadapan bertanda ‘Buka’ itu. Ini kedai kedua yang jadi tempat jenguknya. Semuanya kerana agak keliru dengan bangunan dua tingkat yang nampak seperti rumah ini. Tidak memahamkan Fahim pelan bangunan ini. Dan tidak pula Fahim tahu akan kewujudan bangunan dengan pelan begini di kawasan Puchong sedang rumahnya tidaklah terlalu jauh untuk ke sini kalau tidak berlaku kesesakan. Kalau bukan sebab diajak teman yang mula baik dengannya itu, tak mungkinlah dia akan jejak kaki ke sini. Fahim jenguk-jenguk sekali lagi. Pandang berkali lagi pun dia tidak nampak pintu masuk Rumah Pastri yang disebut-sebut dan dipuji-puji oleh kenalannya itu. Keknya enak. Sangat enak sampaikan lelaki itu boleh termimpi-mimpi. Apa punya jenis mimpilah! Mimpi perempuan cantik manis itu kira normal. Mimpi kek-kek manis dikira sebagai apalah pula! Jenguk sekali lagi, yang sama juga Fahim nampak. Dari pintu, jalan lurus, ke satu lagi pintu. Di kanan susunan rak-rak buku, malah di kiri juga begitu. Cuma di hujungnya, hampir dengan pintu satu lagi di sana, ada semacam kaunter.Jadi, ini kedai bukukah? Bukan Rumah Pastri yang dicarinya? Aduhlah… berapa pintu ada di sini dan berapa kedai pula yang ada? Yang dijenguk tadi kedai cenderahati, yang ini kedai buku. Lepas ini kedai apa pula yang dia perlu jumpa sebelum temui Rumah Pastri yang dipenuhi kek-kek manis? Pahit akan manis akhirnyakah?Melekap terus dahi Fahim pada pintu kaca bertanda ‘Buka’ itu. Mata yang menunduk dipejam sekejap. Lepas perasaan pahit belum manis akhirnya.Elok Fahim buka mata, dengan kepala masih menunduk, terus dia diterkam sepasang lagi mata yang membuntang di sebelah sana. Ikut melekap pada dinding kaca pintu—dahi dan hidung sekali gus. Sakan mata itu besar tengok Fahim, sampaikan Fahim terkebelakang mendadak sebab terkejut. Dah macam cerita seram puntianak pula. Kalau puntianak harum sundal malam okeylah juga. Ini puntianak tak harum sesat! Mata di sebelah pintu sana akhirnya kembali ke saiz asal. Masih memandang Fahim, wanita itu mengangkat-angkat kening. Spontan Fahim tunjuk gigi. Cemerlang punya cover line.Pintu kedai itu dibuka wanita tersebut. Kedengaran bunyi loceng berdenting. Fahim baru perasan pada loceng di atas, yang akan berdenting setiap kali pintu dibuka atau ditutup.“Dahi penat ke tumpang rehat kat pintu masuk kedai orang?” tanya wanita 40-an yang bercekak pinggang sambil menahan pintu dengan belakang badannya. Fahim tunjuk gigi lagi sebelum menjawab, “Saya cari Rumah Pastri, kak.” Wanita itu tunjuk gigi, ikut salinan pemuda di hadapannya. Walaupun takkan mungkin semanis itu. Gigi bertindih yang begitu, tiada padanya.“Nilah Rumah Pastri,” jawabnya sambil toleh belakang, tengok cermin pintu yang tadinya jadi tempat dahi anak muda kacak tampan lagi manis itu parkir. Dia perhati dan tilik sakan cermin pintu itu sambil gosok-gosok tanda dahi dan bukan tanda ‘Buka’ dengan tuala putih yang tadinya dililit di pergelangan tangan. Fahim yang menengok gosok-gosok dada kiri. Akak ni, sindir tak agak-agak! Dan tiba-tiba kakak di depannya itu berpaling, terus nampak aksi gosok-gosok dada sendiri daripada Fahim. Wanita itu senyum. “Sebabkan dahi yang melekat sini, akak guna tuala ni. Kalau mulut kamu, akak guna…” Ayat tak sudah diiring tepuk-tepuk pada bawah bibir kemudian gelak seram penuh makna dengan gaya kucing mengiau daripada kakak itu mula buat Fahim gelisah berdiri. Memang sah puntianak tak harum sesat. Fahim mula meremang. Terus dia pada pokok pangkal yang perlu.“Mmm, tumpang tanya, kak. Pintu masuk Rumah Pastri…?” “Ikut sini pun boleh. Masuk, ada pintu kat kanan tu, ambil pintu tu.” Wanita itu mengarah dengan menahan pintu. Tapi tidak pula menjauh dari muka pintu yang menganga luas. Boleh pula parkir tubuh tahan pintu.Walaupun rasa takut nak ikut arah jalan diberi, namun Fahim turutkan saja. Tak sanggup rasanya menjenguk-jenguk pintu mencari. Sanggup lagi menjengket-jengket melepasi kakak penahan pintu itu. Mujur saja kakak ini orangnya genit dan kecil. Sambil mengiring tubuh, melangkah satu, satu, Fahim melalui pintu sambil pandang kakak itu, yang sedang tersenyum-senyum sambil kenyit-kenyit sebelah mata kepadanya.Cepat-cepat Fahim mengiring untuk masuk ke dalam kedai buku itu, hendak terus dapatkan pintu sebelah kanan yang dimaksudkan. Sebaik masuk ke dalam perut kedai, Fahim laju melangkah sambil melaung ucapan, “Terima kasih.” “Sama-sama, cik abang.” Kakak itu tengok sambil senyum kenyit mata, walaupun cik abangnya tidak lihat. Fahim menonong saja. Bimbang hendak pandang puntianak di siang hari yang macam dah bersedia sangat nak tokak dia. Apabila mendengar bunyi dentingan loceng, Fahim mengalih muka sedikit dan ternampak kakak menyeramkan itu sudah keluar. Eh, tak jaga kedai ke? Tadi orang tumpang dahi sakan dia perli. Fahim meneruskan langkah. Terus nampak pintu di hadapannya. Pintu berwarna putih.Tadi kata kakak itu kanan. Tapi… Fahim berdiri beberapa kaki dari pintu putih itu, mengiring ikut duduk tubuh wanita tadi sewaktu mengarahnya. Apabila menunjuk telunjuk memanglah pintu itu di kanan. Jadi, memang pintu inilah yang dimaksudkan kakak tadi. Terus Fahim panjangkan kaki dan capai tombol pintu tersebut, tidak teragak-agak membukanya. Dan apa yang menyapa mata Fahim buat dia terkaku di hadapan pintu putih itu. l Ihsan daripada Widelia Hanny. l
Di hadapannya ada sebuah meja putih sederhana dengan susunan rak kabinet putih di belakang, tersandar pada dinding. Berhadapan pula, di sudut kanan, betul-betul berhadapan dengan tempat Fahim berdiri adalah sebuah sofa tiga rangkai berwarna merah. Antara semua isi di dalam bilik sederhana besar itu, yang cepat menangkap perhatian Fahim adalah isi di atas sofa merah tersebut. Tubuh yang diyakini Fahim lampai. Kaki yang melunjur saling bertindanan, mengiring tubuh ke arah Fahim berdiri, wajahnya tersembunyi dengan sebelah tangan dan rambut lurus panjang mengurai menutup muka. Turut ada sebuah buku di situ. Di luar sedar, kaki Fahim melangkah tiga tapak ke hadapan. Ada satu jenis magnet menariknya untuk berbuat begitu walaupun sudah lama Fahim sedar ini bukan pintu masuk ke Rumah Pastri. Yakin sangat yang terhidang di depannya ini bukan spesies kek!Fahim terus merenung. Yang dia sangka buku rupanya sebuah manga. Sebahagian daripada muka itu, dahi dan pipi yang dia boleh nampak, putih pucat. Malah pergelangan tangan dan betisnya yang terdedah juga begitu. Putih pucat. Fahim cuba-cuba menjenguk muka putih pucat yang tidak terdedah untuk mata itu. Mana tahu boleh nampak lebih. Namun rambut lurus perang serta sebahagian tangan putih pucat itu tidak memberi izin.Dan ketika itulah Fahim mendengar bunyi derap kaki seperti mendatang ke arah bilik itu. Tak ingat-ingat Fahim berlari. Hendak keluar dari situ, dia yakin tidak sempat. Mahunya kena tangkap. Jadi Fahim cepat-cepat lari ke arah pintu dan menolaknya sedikit lalu berdiri di belakangnya. Dengan harapan apabila pintu ditolak (harapnya tak dihentak kuatlah dari luar), dia tersembunyi elok di belakangnya. Mujur, pintu tidak ditolak kuat. Mujur, Fahim tersembunyi elok. “Ma, mana perginya…” Suara lelaki yang sedang melangkah masuk itu terdiam.Fahim jenguk kepala sedikit dan ternampak seorang lelaki lampai mendekati gadis yang sedang lelap itu. Menunduk di hadapan si gadis yang lenanya pulas. Fahim nampak lelaki itu membelai ubun si gadis sambil menggeleng-geleng dalam senyuman. Kemudian lelaki itu mengucup ubun kepala gadis yang mengeluh apabila terganggu tidurnya. Dan entah mengapa, mendengar keluhan dalam lena itu, ada satu macam rasa menyusup masuk ke satu sudut hati Fahim. Berdiri sembunyi tubuh terus, Fahim mendengar saja tapak-tapak kaki melangkah keluar dan pintu putih itu ditarik, kembali rapat ke tempatnya. Sebaik daun pintu kemas terkatup, Fahim menunggu sekejap lalu capai tombol. Perlu pulang ke pangkal Rumah Pastri. Sebelum menarik daun pintu, sempat Fahim mengalih pandang ke belakang, melihat gadis yang masih nyedar itu. Dan masih mengharap kalau-kalau akan nampak raut putih pucat itu. Namun hampa. Tapi ada satu dia dapat lihat dengan jelas. Tanda lahir pada lutut kiri itu. Lalu rasa satu macam yang tadi menjengah semula. Rasa-rasa yang Fahim tahu hendak telah. Menarik pintu perlahan, melihat kiri dan kanan luar sana, Fahim keluar perlahan-lahan, bergerak laju-laju, mendapatkan pintu sebelah kanan yang betul. Kembali ke pangkal jalan. Sebaik membuka pintu kaca dan berloceng sebagaimana pintu hadapannya, dia disapa satu suara. “Selamat datang ke Rumah Pastri.” Begitu sambut seorang pelayan perempuan yang berskirt hitam bawah lutut dan kemeja ungu lembut, bersama senyum tulus ikhlas, sebaik sahaja Fahim masuk ke ruang yang agak luas itu. Fahim angguk kepada Shira, begitu menurut tanda namanya, seraya liarkan mata. Tak ada ingin hendak lihat pelan Rumah Pastri sebaliknya lebih bernafsu hendak mencari si teman yang tentu sahaja sudah sekian lama menunggu. Ruang restoran itu tidak diisi banyak tubuh. Jadi, mudah sahaja Fahim nampak lelaki berwajah mat salih yang sedang duduk sendirian, tengok jam, angkat mata, terus nampak dia.Pemuda itu besarkan mata lalu tegakkan pergelangan tangan ke arah Fahim yang sedang menghampiri. Diketuk-ketuk muka jam tangan berjenama itu. Fahim angkat kedua-dua tangan, saling melekap, digoncang-goncang. Sorry, sorry!“Where were you, bro?” tanya Erwann sebaik Fahim duduk berhadapan dengannya. “Aku sesat. Salah tanda arah,” ujar Fahim. Erwann ketawa. “Pelan sini memang confusing. Satu bangunan ni namanya Rumah Pastri. Ni tapak rumah lot sebenarnya. Rumah Pastri ada kedai buku, kedai cenderahati dengan kedai aksesori. Setiap pintu kedai-kedai tu akan masuk sini. Kau tak jumpa pintu masuk utama Rumah Pastri sebab kau salah pintulah tu.” Fahim angguk-angguk saja. Malas ambil pusing. “Hah, apa hal kau tak sabar-sabar sangat nak jumpa aku?” “Wann, aku rasa aku dah cukup umur nak kahwinlah.” Erwann yang baru hendak hisap jus orennya, berhenti dengan aksi mulut pada straw, mata kepada Fahim, membuntang. “Ya, dah sampai seru.” Serius Fahim bersuara. Serius juga Erwann tenung Fahim terus.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 11, 2012 17:26

.: Rania Obses Manik :.

Sinopsis:
Novelet Merah Cinta Kita 6 ini mengandungi 5 cerita pendek. Kisah kehidupan remaja pelajar sekolah yang penuh insiden ceria, nilai persahabatan yang sejati, kasih sayang dalam keluarga dan guru penyayang. Paparan kisah kehidupan remaja berusia belasan tahun digarap dengan bahasa santai dan terkini ini diselitkan dengan gambar hiasan berwarna sepenuhnya. Tidak rugi beli dan adik-adik pasti enjoy!
Kasutku Dari Itali, Awak Ada?Bila orang minta derma, tak pernah nak derma. Kedekut. Selalu dia beritahu aku kasut dia dari Itali, beg GUCCI, minyak wangi DIOR, cermin mata PRADA, pakaian sukan NIKE. Pendek kata semua dari luar negeri dan yang berjenama mahal-mahal. Aku dengar dia nak jadi model apabila lepas SPM nanti. Gila glamor agaknya dia tu...
Yeay, Kita Dapat Emak Baru!“Dia mahu peluang untuk menyayangi saya dan Eisya. Dia fikir saya tak tahu, dia hanya mahukan ayah. Apabila dia dan ayah sudah berkahwin, apa akan jadi dengan saya dan Eisya? Dia hanya mahukan ayah sebenarnya. Saya tahu.”
Kau Adik, Aku Abang!Pandai juga lelaki dari ‘Kutub Selatan’ itu memohon maaf! Ops…kini saya perlu belajar berlembut kepadanya. Dia kan abang saya! Frasa itu perlu saya terapkan dalam diri, supaya saya tidak akan menjadi seorang pembenci lagi. Yang paling penting saya tidak akan menganggap Kyril Rayyan sebagai pengembara dari ‘Kutub Selatan’ lagi.+ Seronok juga ada abang. Biarlah ‘angin-angin antartika’ itu berlalu pergi dan meninggalkan Kyril Rayyan di ‘Kutub Utara’ tanpa sebarang gangguan.
Shahira Diva SekolahSebenarnya aku amat suka menjadi tumpuan ramai! Aku nak semua orang sanjung aku. Aku yang paling bijak, paling cantik dan paling disayangki semua warga sekolah. Jangan ada orang lain cuba memintas aku!
Rania Obses Manik“Aku akan pastikan engkau tak berhak menyertai pertandingan ini. Kau curi karya orang lain!” Vincent bersuara hamper menjerit.“Aku layak, Vincent, dan sebab itu aku terpilih. Daripada lukisan yang tak sempurna berbanding dengan lukisan yang cantik di mata, aku yang terpilih. Aku, Rania, penyelamat Kelab Manik, terpilih!” sahut Rania.*****Sedikit sedutan  Rania Obses Manik  daripada BNI:Nama Jannah diubah kepada Rania mengikut budi bicara editor dan ia daripada penulis ;)
Tapi kat sini BNI malas nak ubah boleh...?MENGANGKAT kepala, Jan tenung. Tak cukup dengan itu, Jan senget-sengetkan sedikit kepala, mula telek. Setakat mana boleh deria pandang. Tak hendak paksa mata lebih daripada mampunya. Cukuplah dia pernah memalsa dan sampai sekarang menanggung rasa. Malah, sebabkan memaksa jugalah dia dipaksa berdiri di sini. Di hadapan bangunan sekolah yang gah berdiri ini.Ya, gah berdiri. Masih.Harap Jan sempatlah dia sudahkan PMR di sini tahun hadapan. Tak perlulah nak pindah sekolah lagi.Akhirnya, lepas adegan saya tenung kamu, saya telek kamu, keluhan diluah. Bahunya ikut jatuh.Papa yang berdiri sama di sebelah Jan, senyum. Bahu Jan yang merunduk untuk tunjuk perasaannya tika ini diraih lalu digenggam lembut.Jan angkat kepala, lihat papa. Papa yang semenjak awal memberi Jan semangat. Papa yang semenjak mula tak jauh daripada Jan apabila diperlukan. Setiap masalah yang Jan depani, papa yang ikut ada, sebagaimana mama. Dan dia, Jannah Iman binti Rasyhid, cukup bangga dengan kedua-duanya. Dengan mama. Dan dua kali ganda bangga dengan papa.Aznan bin Muhammad. Atau papa untuk Jan semenjak usianya lima tahun.Ya, papa bukanlah papa kandung Jan. Ya, papa bukanlah papa sebenar Jan. Tapi Jan tak pernah rasa sedemikian. Hanya atas sebab yang satu. Papa tidak pernah biar Jan rasa yang begitu. Kalau tidak kerana Jan berbinti lain, Jan tak ada sedar pun bahawa papa hanyalah seorang bapa tiri.Begitulah kuatnya papa di mata dan di hati Jan. Dan sesudah sembilan tahun, ia jadi utuh dan teguh dalam. Tak pernah Jan hendak rasa ragu. Langsung.Kalau pihak tak sayang mulut kata Jan anak tiri, belum Jan keluar bunyi, papa dah keluarkan mata. Menjegil bukan main kepada pihak yang tak ada salah itu. Sampaikan pihak itu mula rasa dia sudah buat salah. Bila maaf dihulur olehnya, keluar pula gigi papa. Sengih suka.Itulah papa Jannah Iman binti Rasyhid, Aznan bin Muhammad.Jan senyum kepada papa. Boleh luas, lebih manis. Kerana ia untuk papa.Tangan yang tadinya menggenggam bahu Jannah, papa gerak lagi. Menampar-nampar bahu kurus Jan. Sambil lihat depan kembali, papa bersuara, “Jangan tertipu dengan mata, Jan. Yakinlah, inilah tempat baru Jan. Insya-Allah, Jan tak akan hampa. Cuma Jan perlu bersikap lebih terbuka dalam terima kawan-kawan baru. Papa nak Jan berkawan dengan baik, belajar dengan baik. Mmm, cuma jangan baik sangat dengan kawan lelaki. Cukuplah seadanya, secukup rasa.”Dalam tawa ditahan Jan bertanya, “Kenapa?”Bukan apa, nasihat bab kawan baik sangat dengan lelaki, papa tak perlu nak beri pun. Sebab Jan memang tak pernah baik sangat dengan kawan lelaki. Memang seadanyanya dari. Secukup rasa selalu. Dan Jan memang lebih ramai kawan lelaki berbanding kawan perempuan. Tapi mereka semua hanya kawan. Tak baik sangat, tak kurang sangat. Memang cukup rasa.Papa buat muka sebek. “Sebab nanti papa akan cemburu.”Jan ketawa terus. Jan tahu papa berlelucon dengannya. Papa tak hendak tengok dia tak pasti atau teragak. Papa hendak dia melangkah masuk dengan penuh yakin, masuk ke dalam sekolah ini dan melalui hari pertamanya.Dan Jan berjanji akan akan merealisasikannya.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 11, 2012 03:40

September 30, 2012

.: cinta poket kiri [1] :.


2 Januari 2007
Wake up call! Begitulah rasanya apabila dia menerima jemputan daripada Mizana waktu itu. Penggera masa jenama Anamaria tiba-tiba membunyikan satu bunyi yang sangat nyaring. Dengan sendirinya. Sedang sebelum ini, bukan tak ada mulut-mulut tolong jadi penggera. Ada. Banyak. Jenama kepohci ada. Jenama simpati pun ada. Malah ada sama jenama rasa sayang hei rasa sayang. Yang kepohci dan simpati, sah-sahlah Anamaria balas sengit kan. Namun yang jenamanya rasa sayang hei rasa sayang, selalunya Anamaria ketawa-ketawa saja kalau mereka bangkitkan topik itu. 
Topik apa? K. A. H. W. I. N. Itu ejaan. Perkataan sempurnanya, kahwin. 
Anamaria pandang kad jemputan di tangan, yang sudah pun dia tanggal sampulnya dan sudah juga baca isinya. Lama dia renung kad kecil itu. Seterusnya, selepas merasa ada sentuhan pada lengannya, Anamaria angkat wajah. Terus matanya tentang mata Mizana. Mata Mizana yang sebening tasik, yang selalu saja buat apa-apa rasa tak enak Anamaria boleh lenyap. Sebab itu, selalu-selalu kalau Anamaria stres dengan kerja ofis atau kedai, dia sanggup cari Mizana sampai ke rumah. Walaupun dah malam. 
Mizana tak pernah marah. Zuhair tak ada larang. Marah dan larang hanya berlaku kalau Anamaria datang nak ‘aromaterapi’ sewaktu dah masuk masa tidur pasangan suami isteri itu. Marak dan garanglah jadinya mereka. Tinggal tak jadi hijau. 
“Ana, dah kenapa ni, Ana?” soal Mizana prihatin. Dia sangat perasan pada perubahan raut Anamaria sebaik baca bait kata pada kad kecil yang dia serah sekejap tadi. Anamaria kawan baiknya semenjak mereka berusia 16 tahun. Jadi dia cepat dapat apabila Anamaria jadi sangat lain. 
Anamaria yang selalu, kalau Mizana hulur kad itu, sesudah baca pasti Anamaria akan gembira untuknya. Berkongsi girang dan seronok yang dia rasa. Anamaria akan peluk dia ketat-ketat dan kucup pipinya laju-laju dan dia pula sepanjang itu akan ketawa kuat-kuat. Tercuit hati dengan reaksi Anamaria yang memang selalu pelupa bila masuk bab tarikh-tarikh istimewa. Kalau dah sampai tahap tarikh lahir sendiri boleh tak ingat, kalau bukan pelupa, takkanlah kelapa! 
Mizana diam tengok reaksi Anamaria yang bukan biasa-biasa. Tanpa beri sebarang penjelasan, tiba-tiba Anamaria letak kad kecil tersebut ke atas meja di restoran berpenghawa dingin yang selalu jadi pilihan mereka bertemu. Anamaria panjangkan tangan dan capai beg Seed di kirinya, menarik keluar sekeping kertas yang kusam kekuningan. Anamaria letak di atas meja, tolak ia ke arah Mizana yang duduk di hadapan. Mizana terus menengok, hairan. 
Namun, memikirkan kertas kusam kekuningan yang macam panjang usianya itu boleh beri jawapan, Mizana capai saja kertas kajang bersaiz A4 itu. Kertas berlipat empat kali itu dibuka. Spontan bibir Mizana dicuit senyum. Lalu senyum itu jadi melebar apabila lihat tahun dia bakal kahwin. 
Mula tergelak kecil, Mizana bertanya, “Ana simpan lagi benda ni? Ya Allah…” 
Mizana terus ketawa apabila terpandang senyum ikhlas dan manis mula ambil tempat pada wajah Anamaria yang tadinya pudar satu macam. Terus melonjak seri yang jarang dilihat pada paras putih pucat itu. Terlalu putih mulus. Walaupun senyum itu cacat pada pandangan Anamaria, namun tidak pula untuk Mizana yang selalu pingin hendak tengok ia. Senyum bintang tak berpagar kata Anamaria. Kerana Anamaria ada gigi tak serupa orang lain. Tak sama macam dia. Gigi depan Anamaria gigi arnab dan jarang pula tengahnya. Gap tooth. Kalau senyum memanglah orang boleh nampak dua gigi depan yang berjarak itu dengan jelas. Makanya, Anamaria selalu pilih untuk tak tunjuk gigi. Sedaya mungkin.
“Orang pun tak sangka tau. Orang terjumpa benda tu semalam masa kemas-kemas bilik stor kat rumah, masa kodek-kodek kotak-kotak lama yang penuh dalam tu.” Masih senyum di luar sedar, Anamaria menggeleng-geleng. 
“Ni masa kelas PA kita, kan?” Terus Mizana baca bait-bait pada kertas usang yang sudah berusia lebih 16 tahun itu. 
Ada dua warna pen yang berbeza. Ada dua gaya tulisan yang berbeza. Tulisan Mizana halus-halus dan kecil-kecil seperti orangnya—dulu, tidak kini. Tulisan Anamaria panjang-panjang dan tinggi-tinggi seperti orangnya—dulu, serta kini. 
“Eh? Sampai nak pecah otak orang fikir bila masanya kita sembang…” Anamaria angkat kedua-dua jari telunjuk dan jari hantu serentak, digedik-gedikkan sebagai tanda kononnya untuk perkataan sembang. Kemudian terus sambung, “But for the love of me, I just couldn’t get it.” 
Maybe because account was not your forte back thenBut now…” Mizana besarkan mata gaya mak-kagum-you! 
Dan Anamaria sakan sengih sumbing. Ya, siapa sangka sekarang dia certified accountant di Charisma Sdn Bhd. Namun, di balik siapa sangka itu… Anamaria tahu kenapa ia berlaku. Malah Mizana pun tahu. Sebab itulah Mizana capai dan genggam juga jemari tangannya di atas meja, walaupun bibir Anamaria menguntum senyum tak tunjuk gigi. Hal dalam hati… bibirnya pandai tipu diri. 
“Orang bangga dengan Ana. You did well.” Mizana elus pula kura tangan Anamaria, tunak tenung rakan itu. 
Anamaria angguk-angguk sambil tangan kanannya menepuk tangan Mizana yang sudah putus mengelus tangan kirinya. “Orang tau, Miza…” 
Tangan mereka dengan sendirinya terlerai dan senyum dengan sendirinya meluas. Mizana tunjuk gigi sedang Anamaria tak tayang gigi. Bab gigi, memanglah Anamaria selalu kurang confidential. Mizana dah lebih 15 tahun hafal. Namun senyum tak tunjuk gigi Anamaria mahal juga. Ia lebih menonjolkan kedua-dua lesung pipit Anamaria, juga lekuk pada dagu si teman.
Anamaria untuk Mizana cantiknya lain macam. Ditambah pula dengan kulit putih pucat itu. Gaya Anamaria pun tak pernah lebih-lebih. Sukanya berbaju kurung kapas. Rambutnya ditocang ekor kuda, rendah, guna rambut sendiri juga kemudian disepit pin kecil. Gaya serabai malas yang kemas. Rambut hadapan yang panjangnya paras bawah telinga, dibelah tengah, dikemaskan dengan cekak hitam berkilat yang Mizana hadiahkan untuk hari lahirnya tahun lepas, agar rambut hadapan itu duduk setempat, tak hadang pandang. Gaya rambut 60’s ponytail begitu cukup sesuai dengan rambut brunette Anamaria. Ditambah pula dengan celak gaya 60-an atas kelopak mata Anamaria. Memang nampak klasik muka berdarah Inggeris itu. Dah tu, Anamaria tak suka bermekap. Celak itulah dia suka, dengan sentuhan Lip Ice yang yang warna merah jambu. Lain daripada itu… haram nak sentuh muka!

“Jadi, Ana betul-betul lupa?” tanya Mizana hendak kembali pada sebab utama mereka bertemu di situ. Sebab dia mencuri masa rehat Anamaria. 
Mujur sangatlah restoran kegemaran mereka ini tidak jauh dari Charisma Sdn Bhd yang menjadi tempat kerja Anamaria semenjak empat tahun lalu. Mizana bukannya wanita bekerjaya seperti Anamaria, jadi dia tidak perlu sesak-sesak fikir hal kejar masa rehat. 
Yup.” Anamaria angguk. “Kalau Marha akan masuk sepuluh tahun, tu maknanya orang 32, kan? Hari ni…” Dia ketuk-ketuk jari telunjuk pada kad di atas meja. 
Mizana mengerut muka sekejap. Hendak cuba dapat arah agar tak sesat dalam memaham. 
“Orang dah nak masuk 32, Miza…” kata Anamaria lagi. 
Dan kali ini, muka tak sangka lagi tidak percaya Anamaria memberi Mizana tunjuk arah untuk sampai ke jalan yang betul. Ya, memang bagai dia sangka. Ada kesedaran pada diri Anamaria. Akhirnya! keluh Mizana di sudut hati paling dalam, kelegaan.
“Ana dah perasan ek?” 
“A’ah. Sebab kad Miza tu… Jemputan ke majlis hari jadi Marha dan orang. Anmarha dan Anamaria. Jugak…” Kali ini Anamaria hala telunjuk pada kertas kajang A4 yang dibuka sempurna di hadapan Mizana. 
Mizana ikut pandang walaupun jari telunjuk Anamaria tak tunjuk spesifik pun apa dimaknakannya. Tapi dia boleh tebak. Mata terus pada tulisan condong tinggi panjang warna merah. Milik Anamaria. 33! 
Topik ‘perbualan’ mereka 15 tahun lalu, ketika kelas Prinsip Akaun berlangsung. Melihat Anamaria asyik curi menguap ketika Cikgu Zolhijah mengajar di depan, Mizana tiba-tiba gatal tangan sua kertas itu, yang dulunya agak senonoh rupanya dan tak kusam langsung. Soalan yang membuatkan kertas itu penuh dengan contengan dan kreatviti tersendiri. Sebab soalan itu bermula dari tengah lalu membulat dari kecil sampai ke relung demi relung, membuat bulatan. Dah jadi ubat nyamuk tak boleh bakar.  
Kau rasa bila kau nak kahwin?  
Itulah soalan Mizana bangkitkan demi elak Anamaria kena sound direct dengan Cikgu Zolhijah. Lagi. Bukan tak ada jadinya. Kelas Prinsip Akaun minggu lepasnya, Cikgu Zolhijah sampai hentak sakan meja Anamaria sebab jadi kurang sabar dengan aksi menguap siap bunyi daripada Anamaria. Nak elak hal itu berulanglah Mizana bagi soalan mencabar minda. 
Isy, memanglah sangat tercabar. Hilang kantuk Anamaria. Bulat mata tumpu kertas kajang—ubat nyamuk buatan pen merah pen biru, I terus tumpu kat you. Entah apa saja yang Cikgu Zolhijah ajar hari itu, memang langsung tak tumpulah! 
Mengarut-ngarut atas kertas, sudahnya Anamaria tulis di situ Mizana akan kahwin pada usia awal 20-an. Entah-entah keluar U saja terus akad! Namun Anamaria agak tersasar. Bukan 20-an, sebaliknya elok usia 20 tahun, Mizana sudah bergelar isteri. Merenyam punya pasal. Hehehe. 
Sedang tebakan Mizana ke atas Anamaria, ada tanda-tanda hendak betul. Usia 33 tahun. Mizana letak angka itu sebab geram Anamaria tebak dia kahwin awal. Daripada letak usia… sudahnya topik kahwin umur berapa mula merapu-rapu membentuk lingkaran ubat nyamuk. 
Dan kini, sesudah lebih 15 tahun, topik itu kembali? Begitukah? fikir Mizana tenung Anamaria terus.
“Orang macam baru sedar tau, Miza…” ucap Anamaria, lebih kepada diri sendiri. “Orang bawak surat ni sebab nak tunjuk kat Miza aje. Betapa entah apa-apanya kita zaman muda remaja dulu. Tapi sudahnya…” Anamaria kelip-kelip mata, ikut renung Mizana, kawan baiknya semenjak zaman anak dara gadis itu, sampailah kini. 
“Kad birthday Ana dengan Marha ni sedarkan Ana? Dan angka 33 ni lebih sedarkan Ana?” Mizana cuba melengkapkan maksud yang cuba dihantar Anamaria, apabila teman itu terdiam dengan mata terkelip, mencari tutur yang enak untuk telinga sendiri. 
Perlahan-lahan, menerima ayat paling sopan Mizana yang memberitahu bahawa dia sudah dalam kategori yang orang lain iktiraf dan kini pula dapat pengiktirafan sendiri, Anamaria angguk-angguk. Dia sudah andartu! Sekian.
“Ana masih ada peluang,” ujar Mizana penuh yakin. 
“Ia ke?” 
“Ana belum 32, apatah pulak 33. Masih ada masa…” Mizana sua keyakinan dia rasa kepada Anamaria. 
Anamaria renung Mizana. Mizana yang rupanya biasa-biasa. Mizana yang zaman sekolahnya tidak bercinta malah tidak pernah terima surat cinta. Mizana yang masuk universiti mula pandai main mata lalu turun ke hati, melekat mati. Dek kerana itulah elok saja Zuhair yang dua tahun tua daripada mereka tamat belajar, terus dipinang dan dinikahnya Mizana. Mizana yang ramai kawan-kawan sekolah kata akan kahwin lambat kerana sikap pemalunya, kini dalam usia hendak ke 32 tahun sudah pun ada anak seorang.
Anamarha, yang mulanya hendak dinamakan Anamaria. Namun Anamaria menolak, jadi Mizana berdegil dengan menamakan Anamarha, unik dan tersendiri. Sebagaimana unik dan tersendirinya Anamaria untuk dia, bilang Mizana. Dan dalam enam bulan lagi, insya-Allah, akan ada anak kedua. 
Sedang dia, Anamaria, gadis cantik rupawan dengan gigi tak berpagar, yang boleh kata setiap hari terima surat cinta, seminggu sekali dapat pengakuan sayang, dijangka semua akan disunting menjadi suri dalam usia muda, dalam usia yang bakal jejak 32 tahun dalam dua bulan lagi, masih mengusung anak tekak yang tak beranak-anak sampai kini. Janganlah dikisahkan anak sudah lahir atau dalam kandungan, bersuami pun tidak lagi! 
Kali ini, penggera jenama Anamaria bersatu dengan penggera jenama Mizana, berbunyi lebih nyaring dalam membingit hati dan diri Anamaria. 
“Miza, orang setuju dengan cadangan lima tahun lepas Miza tu. Kenalkan orang dengan seseorang!” ungkap Anamaria tak agak-agak. 
Kebil sekejap Mizana dengan aksi separuh tubuh atas meja dalam hendak capai kedua-dua bahunya oleh Anamaria. Kemudiannya, senyum mengambil reaksi Mizana. Akhirnya! Sungguh akhirnya!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 30, 2012 05:30

Bikash Nur Idris's Blog

Bikash Nur Idris
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Bikash Nur Idris's blog with rss.