Bikash Nur Idris's Blog, page 17
August 4, 2012
.: sayang dia suam-suam [8] :.
“I nak Milo ais, boleh?” Sirin bersuara, gedik manja. Tapi sudahnya, “Eii, geram!” Dia masih di atas katil, dengan bantal di tangan, yang diramas geram untuk menjelaskan perasaan sebenarnya. Panas membahang dari hujung kaki sampai hujung rambut.
“Yang sorang nak Milo ais, yang sorang lagi nak Nescafe ais. Ingat aku apa? Maid in Manhattan? J Lo celup? Tak guna sungguh!” Sirin masih terus mengomel geram.
Kalau diikutkan hati, nak saja Sirin hentak bantal di tangan ke muka salah seorang daripada dua makhluk di bilik bacaan tadi. Bukan cik Milo ais atau pak cik Nescafe ais. Tapi Azaim atau Syamsul. Balun sekali gus kut jadi Neslo ais! Tapi, pilihan utama Sirin mestilah yang satu itu—Azaim Haji Azamuddin. Manusia paling hebat dalam kontrol riak muka.
Sirin terus rela mengurung diri di dalam biliknya ini, semenjak sepuluh minit yang lalu, sejak dia keluar dari bilik bacaan selepas Azaim membuka mulut dan bersuara, “Hmm, ni bukan maid I, Sal, Encik Burhan!”
Lepas itu, Sirin tak dengar apa-apa. Sebagaimana dia masuk bilik bacaan tadi—merempuh—begitu jugalah dia keluar. Tapi kali itu terempuh dinding. Sebab tergesa-gesa nak larikan diri dari bilik bacaan, luar kawalan, dia hentam dinding. Salah aim. Pesek tiga minit jugalah hidung. Tapi nak cover malu dan geram cemerlang punya, kerana diri ditanggap pramusaji, dia aci belah saja sambil gosok hidung sendiri.
Dah sampai sini, baru sedar, seluarnya tertinggal. Tapi, takkanlah nak patah balik dan kutip semula seluar tu kan…
“Uh, memalukan! Kau ni, Rin, kalau tak malukan diri sendiri tak reti nak hidup ke!” marah Sirin kepada diri sendiri.
Yalah, takkan nak marah dinding kat bawah tu kut. Benda tu memanglah, tak ada mata atau kaki. Yang aku ni, lengkap segalanya pun tersasar lagi. Kut dinding tu ada kaki, dah lamalah pandai nak lari daripada cium aku. Tak ada seleranya. Sirin terus muncung-muncung mulut. Salahkan diri sendiri. Juga Azaim. Mamat tu tetap bersalah jugak!
Pintu bilik tidur serba putih itu berbunyi. Berulang.
Mata Sirin memicing. Telinga cuba-cuba raih title telinga lintah. Berjaya. Mana tak berjayanya. Sikit punya kuat suara Azaim singgah telinga. Jangankan lintah, pacat pun boleh dengar.
“Sirin?” panggil Azaim untuk kali ketiga, bersama ketuk-ketuk tak putus. Dia mengerling sekilas muka Salmiha di sebelah, yang nampak gelisah dan serba salah.
“Ya. Masuklah. Pintu tu tak kunci pun,” ucap Sirin seraya angkat punggung dari katil. Tidak mahu menghadap Azaim dengan duduk di atas katil. Rimas.
Lebih betul, Sirin rimas untuk menerima kehadiran Azaim di biliknya. Sebolehnya dia tidak mahu Azaim ke sini kerana inilah satu-satunya tempat yang mampu sembunyikan dia daripada renungan mata kecil yang akan tambah mengecil tiap kali memandang sesuatu tanpa jemu. Seperti yang dilakukan oleh Azaim tadi, di dalam bilik bacaan.
Azaim melangkah masuk sebaik sahaja membuka daun pintu. Salmiha di sisinya, mengikut.
Sirin berdiri tidak jauh dari katil. Terpacak macam tiang letrik malah kembali bermuka dingin. Tak mahu Azaim mahupun Salmiha—buat apa entah minah ni masuk bilik aku!—tahu apa yang ada dalam hatinya. “Ya?”
“Mmm, actually Sal has something to say to you.” Azaim kuak rambut hadapan yang cuba menutup pandangan. Rambutnya masih separuh berikat.
Dahi Sirin berkerut dengar kenyataan itu. Dan tambah berkerut apabila Salmiha menghampirinya. Gadis itu genit orangnya, bertubuh kecil molek. Orangnya sungguh cantik. Dengan skirt putih paras betis, dipadankan dengan blaus lengan panjang merah darah yang kemas melekap pada tubuh sedapnya, gadis itu nampak begitu anggun dan menarik. Rambut hitam lurus berkilat bawah telinga dengan fringe menutup dahi. Mata pula bercelak atas bawah. Dah boleh jadi Cleopatra timur dah. Bukan mengeji, namun memuji. Begitulah orangnya si genit ini, sekalipun tiada mekap tebal menempel muka.
Dengan kulit putih melepak, mulus, serta wajah yang cantik tertawan, segalanya tentang gadis yang hanya diketahuinya dengan nama Sal itu amat indah kejadiannya. Mampu meraih mata mana-mana pemuda untuk jatuh kepadanya. Malah mungkin sahaja Azaim sendiri salah seorang daripada mereka. Heh! Lantaklah kalau dia tertawan ke tergoda ke. Kau peduli apa! Antara kau dengan Azaim, tak ada sebarang hubungan. Jadi, tak payah nak jaga tepi seluar mamat tu atau tepi skirt minah nama Sal ni! Sirin mengutuk diri sendiri.
Sirin pandang muka Salmiha. Tidak lepas. Sesekali menjeling tangan putih melepak pada lengannya. Berbeza sekali dengan pakaiannya yang berwarna hitam. Malah tentu saja berbeza dengan kulitnya sendiri. Macam tahi cicak gamaknya—kalau ada cicak membuang warna peranglah kan! Dia lahir dengan kulit perang keemasan semula jadi, sesuatu yang dicemburui Marie-Elena dan Alena, serta beberapa teman satu kuliah berlainan bangsa. Yalah, mereka perlukan tanning untuk hasil seperti itu. Sesudah berada di UK barulah Sirin tahu bahawa warna kulit sepertinya jadi bahan hendak, bukan saja bahan keji. Sedang kecil-kecil dulu, warna kulitnya buat dia sangat rendah diri.
Warna kulitnya gelap. Itulah tanggapan Sirin dan itulah gelar dua ‘sepupunya’.
“I minta maaf, Sirin…”
Sirin. Entah kenapa dia tidak suka dengar Salmiha memanggilnya begitu. Sedang itulah nama dia. Nama pilihan arwah mama dan papa. Selain Azaim, tiada yang panggil nama penuhnya itu. Biasanya Rin. Semua panggilnya Rin. Kecuali Robert yang panggil dia B. Kesimpulan, dia hanya hendak Azaim panggil dia Sirin.
“Rin… Rin aje,” ujar Sirin tidak terus merenung dan menilik Salmiha. Hanya sebulat perhatian buat gadis berwajah gelisah itu—yang tetap maintain cantik.
“Okey, Rin.” Salmiha cuba-cuba senyum.
“Sebenarnya… I tak tahu pun you ni… saudara Azaim. I ingat you… maksud I, I sangka you…” Salmiha nampak serba salah. Tidak pasti perkataan apa yang sesuai untuk diguna.
“One of the maid?” bantu Sirin. Kesian pula tengok Salmiha macam cicak tertelan kapur barus. Tersentut-sentut nak bercakap. Tapi dalam gagap, cantik dan anggun tu maintain tahu. Macam pernah praktis depan cermin pulak. Hisy, aku ni! Kalau dah orangnya memang cantik, gitulah!
Pipi Salmiha merintik merah.
Mak ai, merahnya. Nak kata pemerah pipi, tadi tak ada pulak macam tu. Hmm, kalau dah kulit putih bersih dan cantik, komen hati Sirin terus.
“I tak sengaja. I’m so sorry for what happened back there, Sirin. It’s because…”
“Rin. Call her Rin,” pintas Azaim tiba-tiba.
Salmiha kejun. Sirin ikut sentak. Sama-sama peranjat dengan suara agak keras itu. Masih sedikit kaget, Salmiha sambung bicara.
“So sorry, Rin. Baju you, bila sekali pandang… Sebab tu I confused. I tak sengaja. Sorry sangat ya…”
“No, no. It’s okay. I tak simpan apa-apa dalam hati.” Sirin tunjuk gigi. Kut-kut lepas dipanggil senyum. Tak simpan apa-apa dalam hati? Habis yang tadi tu apa? Peram dalam hati?
Tadi tu sebab geram… Tapi sekarang sebab tak ditabur garam pada geram itu, sebaliknya datangnya meminta maaf, takkanlah dia nak geram garam lagi. Takkanlah dia nak kutuk bertong-tong dalam hati lagi, kan? Tambah pula si lemah gemalai bersuara lemak merdu ini sungguh ikhlas dalam memohon ia. Takkan nak piat telinga si cantik ini dan halau dia keluar dari biliknya pula. Kut Azaim adalah juga dia berani nak buat. Tapi ini… si cantik yang sedar salah diri.
“Betul ke? Betul you tak simpan apa-apa?” Salmiha nampak tidak terpujuk.
Sirin angguk-angguk, ia-ia. Manja dan lembutnya gadis ini bukan dibuat-buat. Dia sudah faham. Memang semula jadi dan lahiriah.
“Sudahlah tu, Sal. Kan Sirin dah kata tak simpan apa-apa. Dia tahu you tak sengaja. Janganlah nak salahkan diri you lagi,” ucap Azaim sambil melangkah menghampiri Sirin dan Salmiha, memberi senyuman untuk Salmiha. Demi meyakinkan hati itu.
“Sungguh?” Salmiha masih bertanya, kepada Azaim. Manja. Kemudian pandang Sirin. Harap.
Elok Salmiha pandang Sirin, sakan Sirin angguk laju-laju. Azaim ikut sama, kurang laju.
“Sal, you turunlah dulu. Papa you dengan Syam masih kat bilik bacaan tu. Tunggu I kat situ ya. Kejap lagi I akan turun. Boleh?”
Memicing mata Sirin tengok gaya cakap Azaim yang begitu. Demam chikungunya gamaknya mamat ni!
Salmiha mengangguk perlahan. Walaupun sedikit teragak, berkali-kali pula menoleh batang leher melihat Sirin dan Azaim, akhirnya dia keluar juga dari bilik agak besar yang dimiliki oleh Sirin, yang baru kini diketahui akan kewujudannya dalam hidup Azaim. Selama ini dia tidak pernah tahu arwah Tuan Azamuddin dan Puan Nurfatih punya seorang anak angkat, yang secara tidak rasmi menjadi adik angkat Azaim. Tanpa hubungan darah.
“Ada apa?” soal Sirin acuh tak acuh sebaik sahaja Azaim mengalih muka kepadanya. Tidak lagi mengekori langkah Salmiha. Berpeluk tubuh, dia buat muka sombong tengok Azaim. Mata, macam nak tercabut keluar tengok lenggok minah tu. Kalau takut berjauhan, tak sampai hati kena tinggal, apasal tak ngekor sama aje? Melengu kat sini buat apa entah. Sesakkan bilik aku aje!
“Tu… Salmiha. Dan dia salah sangka macam tadi, macam ayah dia sebab…” Azaim tunjuk baju Sirin. “Abang Im bukan saja-saja nak halang, tapi Abang Im cuma nak elak hal dah jadi daripada jadi lagi. So, please, no more black…”
“I like black!” Terteran Sirin menutur, mendongkol. Tahan rasa sebenar. Sakit jiwa!
“I know you like black, my dear, but all the maids are also wearing black. Abang Im tak nak apa jadi tadi jadi lagi. Yang lain, terserah kat Sirin…”
“You did this on purpose, right?” Sirin mencerun kepada Azaim. Sakit jiwa kuasa dua!
“Apa?” Azaim terkejut campur tak faham. Apa pulaklah yang telah dia buat? Dia tidak pernah dapat menangkap cara pemikiran kaum Hawa. Terutama sekali jika Hawa itu bernama Sirin Hassan.
Entah apa-apa minah tu boleh fikir. Kadang tu, tak pernah terjangkau dek fikirannya sendiri. Kreatif sangat. Jadi, daripada dia cuba memaksa fikirannya terjangkau ke situ, lebih baik dia tanya terus. Direct. Biar Sirin sendiri jelaskan.
“Black. Semua pekerja Vila Fatih pakai serba hitam sedangkan Abang Im tahu saya suka hitam. Sejak dulu saya suka hitam. Abang pilih warna tu untuk dia orang sebab nak cari alasan supaya saya tak pakai serba hitam lagi. Kan?”
“Tak.” Azaim senyum tipis. Oh ya, ini terjangkau jugalah dalam fikirannya. Yang tersasar adalah Sirin sendiri.“Tak?” Sirin pelik. Malah jelas ada ketidakpercayaan pada sebaris ayat itu.
“Ya, tak. Abang Im pilih warna hitam untuk staf Vila Fatih sebab hitam buat dia orang nampak bekeyakinan dan kemas. Susah nampak kotor. Sesuai. Tapi sebab utama…”
“Sebab utama?” soal Sirin tidak sabar apabila Azaim tidak menghabiskan kata. Malah sedikit terperanjat apabila lelaki itu bergerak menghampirinya, lebih dekat.
Hujung jari kaki Sirin bertemu hujung jari kaki Azaim. Itu membuktikan Azaim terlalu hampir dengannya. Selain itu, haruman tubuh Azaim menusuk masuk ke hidung tanpa dia mahu. Menggugat kedinginan yang cuba Sirin tampilkan. Gagalkan persona yang hendak dia tonjol. Kerana haruman tubuh Azaim itu tidak menyesakkan dia, sebaliknya membuai dia. Haruman ini, haruman yang sama dengan dulu. Haruman yang Sirin 13 tahun kata, “Wanginya Abang Im…” sambil peluk tubuh itu. Sirin lebih tidak kena.
“Sebelum Abang Im lupa, malam esok ada small party. Jadi, melaramlah kalau perlu. But please, my dear, no black. Kang ada yang ingat Sirin pramusaji lagi,” usik Azaim sambil menjauh. Sekalipun separuh daripada hatinya tidak memberi izin dia berbuat begitu.
Takkanlah nak berdiri begini untuk selama-lamanya? Walaupun dia sanggup sangat. Asal sahaja mampu jamah setiap inci wajah si manis yang bermuka kelat ini. Itu buat dia yakin Sirin tak ada kesanggupan serupa sebagaimana dia. Azaim mula atur kaki hendak berlalu.
Dan itu menyedarkan Sirin daripada sejuk bekunya. Sejuk beku dek renungan lembut sepasang mata kecil Azaim, juga tampannya lelaki itu. Masa nyata di pihak Azaim. Kacaknya wajah itu tiada hilang. Yang bertambah hanyalah raut matang yang mula tampak. Menjadikan Azaim Haji Azamuddin lelaki penuh godaan. Langkah kaki Azaimlah yang sedarkan Sirin lalu terus dia bersuara.
“Small party? How small is this party exactly?” tanya Sirin sambil laju-laju ikut langkah Azaim.
Azaim berhenti dan berpaling tiba-tiba. Cepat-cepat Sirin tekan brek kecemasan. Licinnya bahagian lantai tak berkarpet di ruang itu buat dia gelongsor lebih sikit ke hadapan. Terus kedua-dua tangan terangkat, tersentuh dada Azaim. Azaim sendiri cepat menangkap kedua-dua bahu Sirin. Tak mahu mereka sama-sama sembam. Mata saling merenung, sentuhan jadi menghangat. Berdiri begini, Azaim lebih jelas pada tingginya Sirin. Mujur saja Azaim tingginya cecah enam kaki. Tak adalah Sirin boleh tinggi diri dengannya. Dengan Ukasyah ialah kut.
Tiba-tiba Sirin melompat ke belakang macam kena api, serentak tangan terangkat dari dada Azaim. Hendak tak hendak Azaim ikut lepas bahu Sirin, senyum simpul.
“Just families. Makan malam famili kita-kita aje, untuk sambut kepulangan Sirin. Semua tunggu Sirin balik sekian lama kan…” ujar Azaim sambil kembali melangkah. Bimbang kalau-kalau terus tengok sipu-sipu malu tak cukup feminin Sirin, dia akan tak hendak keluar dari bilik ini.
Bilik anak dara kut. Mahunya Pak Tua ketuk kepalanya dan Mak Tua piat telinganya. Sambil heret keluar.
Kali ini Sirin lari-lari kecil, ikut Azaim yang macamnya dikejar geroda laju kakinya. Amboi! Dengan aku ni manalah ada masa nak sembang lama macam dengan minah gemalai nama Salmiha dipanggil Sal tu! Aku sedar diri, tak payah sedarkan!
“Families? Maksudnya semua akan ada?”
“Hmm, insya-Allah. Yang mana tak ada hal yang tak dapat dielakkan, akan datang, walaupun mereka semua jauh dari Penang. Kenapa?” Kali ini Azaim menghentikan kaki. Betul-betul di luar muka pintu bilik Sirin. Bersama kerut pada dahi, dia pandang Sirin yang mendengus mendengar katanya.
“Maksudnya, Adham dengan Afham pun ada?”
“Ya…” Senyuman kecil menyentuh bibir Azaim apabila nama dua sepupu paling nakalnya itu disebut. “Janganlah risau. Abang kan ada? Dia orang tak akan berani ganggu Sirin kalau Abang Im ada. I’m still your champion.”
“But you’re not. I can be my own champion. Tak perlu orang lain lagi.” Bersama senyuman sinis, gedegang! Terus Sirin hentam pintu ke tempatnya.
Tepat ke muka Azaim yang nampak terkejut sangat dengan cakap Sirin serta tindakan Sirin. Lalu dia kaku.
Sirin menyandar tubuh pada pintu bilik. Selain terperanjat dengan sikap agak kurang ajarnya, yang dia sendiri tak sangka, ada rasa-rasa lain dalam hati. Betul. Kenyataan. I don’t have any champion anymore. Dah lama tak ada. Sejak lebih tujuh tahun dulu. Sekarang, dah sampai masanya untuk aku jaga diri sendiri, tak harapkan sesiapa lagi. Cukuplah aku makan budi. Dah sampai waktu untuk aku tuai setiap budi itu—dengan keluar dari rumah ini. Terus. Selamanya.
*****

Published on August 04, 2012 12:15
August 3, 2012
.: sayang dia suam-suam [7] :.
Gelak ketawa yang kedengaran dari bilik bacaan di tingkat dua banglo itu membuatkan hati Sirin kian hangat. Sesuka hati betul mamat ni. Dahlah ikut suka dia aje tambah barang dalam almari baju aku, sekarang ni duk mengekek macam katak pisang. Banyak handsome! Sumpahnya terus berpanjangan. Rasanya sepanjang keluar dari biliknya tadi, itulah kerjanya. Menyumpah Azaim seingin hati.
Ketawa yang sekali lagi menghambur menerjah pelupuk telinga Sirin, lebih kuat daripada sebelumnya, membuatkan Sirin dibakar rasa marah. Grr sakan! Terus dirempuh bilik bacaan itu tanpa mengetuk pintu. Itulah cara yang dipilihnya untuk memberitahu kedatangannya kepada Azaim dan Syamsul yang santai duduk di atas sofa bersama gelas di tangan. Selain itu, mahu memuntahkan perasaan sebenarnya. Hangin satu badan tahu!
Ketawa Azaim dan Syamsul termati. Serentak. Dan serentak juga sama melongo melihat muka pintu. Tengah bagus punya bantai gelak, tiba-tiba pintu bilik dirempuh. Mahu tak terkejut sesumpah. Namun sekejap saja, kerana apa yang menyapa mata mereka membuatkan ketawa kembali mengisi ruang bilik bacaan itu. Memang jelas di mata mereka, Sirin yang nampak tegang dengan dada turun naik. Menunjuk perasaan sebenarnya.
Tapi yang kelakarnya…
Gelak Syamsul tambah galak dan lanjut. Namun Azaim tak mampu berlagak hilang akal bak temannya itu kerana dia yakin jika dia tidak berhati-hati sekarang, dia bakal terima pelangkung wanita. Renungan maha tajam ke muka Syamsul sudah menunjukkan keinginan hati Sirin, namun kerana hormat, gadis itu masih menahan diri. Tapi kalau dialah yang hentam gelak begitu, Azaim yakin Sirin tak akan teragak. Segala kungfu panda dan pelbagai seni pertahan diri akan jadi bahan praktis ke atas tubuhnya. Jadi, dia sudah buat keputusan, tidak mahu mengundang peluang dan sebab untuk Sirin merealisasikan impian hatinya itu.
Namun, hati… kala ini… aduh! Sirin sudah pulang ke sampingnya…
“Assalamualaikum, Sirin.” Azaim bangkit daripada duduknya. Mengukir senyuman nipis kepada gadis yang masih berada di muka pintu. Gadis yang lima tahun dia rindu bagai nak gila dan bagai nak gila pula gadis itu bencikan dia.
Wajah Azaim serius, tanpa rasa. Bibir Sirin sedikit memuncung sebagai tanda geram dan tidak puas hati. Sikap Sirin yang sudah dihafal Azaim semenjak dulu lagi. Ah, segalanya mengenai Sirin sudah dia khatam. Termasuklah bahagian degil serta keras kepala si gadis. Kerana itulah untuk lima tahun itu dia menjauh saja, sebagaimana mahunya Sirin.
“Waalaikumussalam. Saya nak cakap sikit.” Sirin mencerlangkan mata kepada Syamsul yang masih ketawa. Tak agak-agak.
Namun apabila mata mereka bertentangan—matanya tajam menikam, mata Syamsul galak dengan rasa lucu—pemuda itu menutup mulut dengan tangan kiri manakala tangan kanan diangkat bak polis trafik pencen. Namun raut mukanya jelas menunjukkan dia mahu ketawa lagi, selantang mungkin kalau diizin.
“Cakaplah, Abang Im dengar, Sirin. Tapi… seluar tu, untuk Abang Im ke?” tanya Azaim menyembunyikan senyuman.
“Seluar?” Sirin pelik. Dan panggilan Sirin daripada Azaim buat ada rasa bernada dalam hati. Kupu-kupu pandai pula berterbangan tiba-tiba. Dalam hati ada taman ke?
“Ya, Sirin. Seluar-seluar kat tangan Sirin tu.”
Sirin pandang tangan kanannya. Longgokan seluar jean—kesemuanya hitam—miliknya terlipat kemas di situ. Ya Allah, macam mana boleh tak sedar? Memang seketika tadi dia mahu letakkan seluar-seluar ini ke dalam almari pakaiannya. Dan kala itulah dia sedar akan aksesori tambahan di situ. Kerana terlalu marah, dia bingkas ke sini tanpa sedar akan seluar yang masih di tangan. Tidak beralih tempat semenjak tadi. Uh, memalukan!
Di mata Azaim dan Syamsul kini, dia bukanlah seorang gadis yang sedang marah, sebaliknya seorang gadis yang sedang mencuba bakat semula jadinya untuk menjadi seorang badut. Uh, malu-malu!
Wajah Sirin yang merona, bersama kedua-dua pipi seperti disapu pemerah pipi merah jambu membuatkan kulit perang keemasan seperti pelakon Hindi kesukaan Syamsul, Priyanka Chopra, milik si gadis jadi lebih menggoda di mata Azaim. Paling mahal pada Sirin adalah kulit yang nampak keemasan itu, yang sepertinya ditabur serpihan gold-dust, membuatkan Sirin nampak bersinar sentiasa. Malahan warna kulit yang sebegitu dengan paras yang jauh daripada muka Melayu, buat ramai menyangka Sirin bukan Islam. Hakikatnya, Sirin Islam dan separuh Melayu.
Senyum Azaim tersimpul. Yakin kali ini merah pada pipi gadis itu bukan kerana perasaan marah atau geram kepadanya, sebaliknya kerana malu. Dan dia suka lihat Sirin yang malu-malu ini. Tertunduk dan nampak serba tidak kena. Seperti sekarang. Ah, betapa rindunya dia kepada Sirin ini. Pendek kata, segalanya mengenai Sirin dirindui selama ini. Namun perasaan benci Sirin kepadanya menghalang dia daripada menunjukkan perasaan itu. Tapi kali ini, dia sudah tekad. Dia tak akan sembunyi, sebaliknya akan tunjukkan segala macam perasaannya.
Mata Azaim terus menatap setiap inci paras Sirin. Jelas kacukan Inggeris-Thai pada wajah itu, diwarisi daripada bapanya. Dan darah Melayu, tak mengena sedikit pun pada Sirin, kecuali mata kecil biji badam ibunya. Azaim masih ingat kepada arwah Hassan dan Haidah, yang menjadi staf arwah ayahnya. Sepasang mata Sirin memang sejernih renungan arwah Haidah, walaupun warna anak matanya tidak seperi Haidah. Mata kecil bak biji badam dengan bulu mata pendek, melentik. Bezanya, bulu mata Sirin perang keemasan dan tidak hitam. Kening Sirin pula sedikit tebal namun elok terbentuk, perang keemasan. Rambut berombak-ombak, gabungan sedikit keriting sedikit lurus, perang keemasan. Ini memang sah-sah menurun daripada arwah Hassan, sebagaimana yang lain-lainnya. Seperti hidung mancung kecil dan bibir tipis comel itu.
Alahai, sangat kissable. Tapi, hanya untuk dia saja ya. Sekian, terima kasih!
Renungan Azaim mula buat Sirin hilang selesa. Memalukan! bentaknya memarahi diri sendiri. Akhirnya dia sembunyikan seluar-seluar di tangan ke belakang tubuh. Tak apalah jika Azaim tahu, asal Azaim tidak nampak. Dia merengus apabila tawa Syamsul yang mula teratur kembali tercetus. Menggemparkan suasana bilik bacaan yang senyap sekejap tadinya.
“Saya nak cakap!” Sirin memulakan bicara. Sengaja menekankan setiap patah katanya. Mahu Azaim tahu yang dia tidak main-main, walaupun baru seketika tadi tanpa sedar dia telah menghiburkan Azaim dan Syamsul, yang masih gagal menahan tawanya.
“Hmm, cakap. I’m listening.” Azaim berpeluk tubuh seraya menjongket sebelah kening. Seperti Sirin, dia cuba memekakkan telinga dengan gelak pelbagai nada dan gaya oleh Syamsul. Dah macam nak terlungkup ke bawah sofa pun ada lelaki itu.
“Almari baju saya! Apa dah jadi?!” Sirin meniru aksi Azaim. Tapi taklah berpeluk tubuh. Nanti Azaim nampaklah seluar-seluarnya. Angkat kening sajalah.
“Sirin perlukan baju-baju tu. Jadi, Abang Im sediakanlah. Tu aje.”
“Tu aje?” Sirin separuh menjerit. Terlupa akan seluarnya, bingkas dia mencekak pinggang rampingnya. Mahu Azaim tahu apa kesan ‘Itu aje’ Azaim tadi.
“Sirin, Abang Im tak nak Sirin terus pakai macam ni.” Azaim menunjuk jari-jari yang kembang ke tubuh Sirin, dari atas ke bawah. “Dah tak boleh. No more black, please. Abang takut kalau ada tetamu yang datang akan ingat Sirin salah seorang maid. Abang tak nak tu terjadi. Sebab tulah baju-baju tu… Tu aje.”
Tu aje lagi! Grr!!!
“Saya suka warna hitam, jadi saya akan pakai warna hitam. Saya tak kisah apa yang orang lain fikir. Saya akan pakai apa saya nak. Dan kalau saya nak hitam, hitam!” tegas Sirin besarkan mata badamnya. “Jadi, kalau tak nak rugikan baju-baju dalam almari tu, sila ambil dan sedekah kat sesiapa. Kalau tak, biar aje semua terperam kat situ, tumbuh lumut. Saya tak nak!”
“Sirin…” Azaim tidak sempat meneruskan perbualan mulut yang baru bermula itu. Semuanya kerana ketukan pintu kedengaran. Namun, Azaim tak kalih mata, terus kepada Sirin.
Raut muka Azi terjengul di balik muka pintu. “Tuan Azaim, Cik Salmiha dan Encik Burhan nak jumpa.”
Belum sempat Azaim arahkan Azi memberi keizinan, agar membenarkan kedua-duanya masuk, tubuh Burhan lebih dulu bersatu dengan bilik tersebut. Selamba menolak pintu yang terbuka sedikit, meluaskan ia. Dari belakang pula mengekor Salmiha, sama-sama terus atur langkah, seolah-olah Sirin tidak langsung berdiri sedikit ke hadapan dari pintu. Selamba dua beranak itu melepasi Sirin begitu saja.
Eh, dah jadi badut cendana ke aku kat sini? Sirin terkebil-kebil.
“Im?” panggil Salmiha lembut dan manja, menghampiri Azaim bersama senyuman tipis yang menggula-gula manisnya lalu meraih lengan pemuda itu tanpa teragak. Atau silu.
Mata Sirin yang terkebil-kebil jadi macam nak tergolek jatuh ke atas lantai. Terperanjat dengan adegan di hadapan mata. Hendak tahu sangat siapa gadis yang kini sudah memeluk lengan Azaim. Walaupun Sirin belum kenal gadis itu, dia sudah buat keputusan untuk membenci. Kerana apa, jangan tanya. Tak ada jawapan kerana belum kenal. Alasan pun tiada. Tapi, dah dia nak tak nak suka, tak suka hatilah kan!
“Hai, Sal.” Azaim tersenyum manis kepada Salmiha yang masih bertenggek di lengannya. Kemudian mengalih pandang ke muka Burhan, ayah kepada Salmiha.
“Encik Burhan,” sapa Azaim mengangguk kecil.
“Azaim.” Burhan sama mengangguk. Membetulkan sutnya seraya berdeham kecil. “Mmm, tak sihat ke? I ke pejabat tadi, tapi sekretari you kata you tak masuk…”
“I sihat, Encik Burhan. Saja ambil cuti. Sebenarnya… nak sambut kepulangan seseorang.”
“Oh, ia ke? Kenapa tak bagi tahu papa dulu, Im? Kesian papa. Risaukan you. Mujurlah tak ada benda buruk…” Salmiha pamerkan muka lega sangat.
“You tak risau ke?” Azaim mengerdip mata nakal. Membuatkan Salmiha tersipu malu.
Syamsul pula elok duduk di atas tangan sofa, tengok dinding. Macam ada benda baru melekat di situ.
Burhan nampak macam nak lompat suka, kalahkan katak.
Sirin… Yaks, I nak termuntah tahu!
“I penatlah, Im. Dahaga.” Salmiha angkat muka, mengadu manja. Tangannya masih setia memeluk lengan kekar pemuda itu.
“Alahai… I suruh maid I ambilkan minuman untuk you. You nak minum apa, Sal? Encik Burhan?” Dari paras anggun Salmiha, Azaim menoleh kepada Burhan pula.
“Hmm…” Salmiha diam memikir seketika. Akhirnya melontarkan mata ke muka Sirin. Bersama senyum kecil dia bersuara, “I nak Milo ais, boleh?”
Sirin terlongo. Tanpa sedar seluar-seluar di tangan kelepuk ke atas lantai berhias karpet mewah itu.
Syamsul sudah bangun dan makin galak menilik dinding, hampir bertemu hidung, bibir main jongkang-jongket spontan.
Azaim berdeham kecil.
Burhan pula berkata, “Saya nak Nescafe ais.”
*****
Syamsulbahri Abdulsalam ~ kawan baik Azaim (^^)

Published on August 03, 2012 13:16
.: sayang dia suam-suam [6] :.
Sirin terus berdiri di hadapan muka pintu biliknya. Biliknya? Tidak, ini cuma bilik singgahannya tiap kali dia pulang ke Vila Fatih, menghabiskan masa cutinya di sini ketika cuti sekolah dahulu. Namun, semenjak mendapat tempat di universiti, dia sering mencari alasan untuk tidak pulang tiap kali cuti menjelma. Pelbagai alasan diberikan semata-mata kerana tidak mahu menghabiskan waktunya di sini. Mujur, jarak waktu yang jauh antara UK dengan Malaysia membuatkan Azaim sering mengalah apabila dia bertegas tidak mahu pulang kala cuti. Pilihannya, menghabiskan masa di Oxford sahaja, dengan melakukan kerja sambilan, mencari bahan untuk tesis atau melancong ke mana-mana tempat menarik bersama teman-teman baiknya.
Robert, Jacob, Marie-Elena dan Alena adalah teman yang paling akrab dengannya selama dia menghabiskan pengajian di Oxford. Dari tahun pertama, sampailah ke tahun akhir dan sehingga kini. Dia menyewa sebuah apartmen yang berhampiran dengan universitinya bersama Robert dan Alena. Sama-sama berkongsi segala kos. Manakala Jacob dan Marie-Elena, pasangan kekasih yang sentiasa melekat ke mana pun, menyewa tiga pintu jauh daripada mereka.
Walaupun Azaim tak benarkan Sirin menyewa di luar, namun dia tetap berdegil dengan keputusannya. Apabila dia bekerja sambilan, Azaim orang pertama yang menentang. Namun Sirin terus dengan degilnya, yang memang Azaim selalu rasa. Sirin tahu Azaim lebih daripada sedia dengan kos dan tanggungannya selama di UK, namun Sirin tetap cuba untuk pastikan dia tidak terlalu banyak makan budi pemuda itu. Bukan takut tergadai body. Sebaliknya Sirin tahu, walaupun Azaim ada benci untuk dia, Azaim ikhlas dengan semua itu. Malah Sirin tahu, itu juga amanat kedua-dua orang tua lelaki itu sejak awal dulu.
Sebetulnya, Sirin mahu belajar berdikari. Juga sengaja sakitkan hati Azaim dengan melakukan apa yang Azaim tidak benarkan. Caranya sendiri untuk protes bagi proses berdikari. Selepas daripada itu, Azaim tidak lagi membantah apa pun hendaknya. Azaim mula belajar, lagi dia ditentang Azaim, lagi degillah dia dengan mahunya.
Cuma mahu yang akhir ini, protes yang akhir ini, Azaim seolah-olah benak. Lagi Sirin protes, lebih Azaim degil. Berpuluh kali ganda Azaim bantah dan tentang. Sampai ke tahap ugut! Kalau dia tak pulang, tak kembali ke Malaysia sebagaimana Azaim hendak kerana dia sudah pun lama tamat belajar, Azaim sendiri akan ke rumah sewanya di UK dan heret Sirin pulang. Personally. Sirin nak terus protes dan keras kepala, tapi bila fikir Azaim adalah lelaki yang akan lakukannya, tambah pula apabila Mak Tua sendiri memberitahu lelaki itu sudah tempah tiket kapal terbang, Sirin mengalah.
Mengalah! Bukan mengaku kalah! Sebuah beg pakaian buktinya!
Dan dia mendapat sokongan protes penuh teman-teman baiknya—Jacob dan Marie-Elena sama-sama dari Bath serta Alena dari Myanmar. Kecuali Robert. Pemuda yang berasal dari Singapura itu menentang protesnya. Sirin tak faham mengapa sedang Robertlah penyokong tegarnya selama ini, malah lelaki itu yang paling rapat dengannya berbanding Alena, Jacob dan Marie-Elena.
“Eh, Rin, kenapa berdiri kat sini aje? Masuklah…”
Sapaan lembut Mak Tua membuatkan Sirin kembali ke Malaysia. Tidak lagi kepada rakan-rakannya yang masih berada di Oxford, dengan agenda seterusnya.
Kehadiran Mak Tua membuatkan mata Sirin kembali terpaku ke bilik di hadapannya semula. Bilik yang diduduki semenjak usianya 13 tahun, ketika dia mula-mula berada di hadapan pintu rumah Vila Fatih sesudah saudaranya sendiri mencampak dia dari pintu ke pintu, seorang demi seorang. Masing-masing tidak mampu menerima dia sehinggalah akhirnya Sirin berdiri di hadapan pintu Vila Fatih, menagih belas ihsan Tuan Azamuddin dan Puan Nurfatih.
Tuan Azamuddin tidak pernah lupa kepada arwah orang tua Sirin, yang merupakan staf Tuan Azamuddin sendiri. Arwah Hassan dan Haidah bertemu dan jatuh cinta ketika Fatih Sdn Bhd baru-baru hendak membangun. Malahan, di hadapan Tuan Azamuddin dan Puan Nurfatih jugalah mereka bersatu. Kelahiran puteri sulung Hassan dan Hamidah, Sirin, turut disambut dengan penuh kegembiraan oleh pasangan suami isteri yang berhati mulia itu. Sesudah pemergian kedua-dua orang tua Sirin, setelah Sirin dicampak oleh sanak saudara sendiri, Sirin diambil oleh Tuan Azamuddin dan Puan Nurfatih.
“Kenapa, Rin?” soal Mak Tua lembut, menyentuh bahu Sirin, prihatin.
Gadis itu memang seorang yang tinggi. Mak Tua sendiri hanya paras bahu Sirin. Malahan, apabila berdiri dengan Azaim, yang membuatkan Mak Tua nampak hampir kerdil, Sirin masih kelihatan lampai. Diwarisi daripada abah Sirin pastinya.
“Hmm, tak ada apa-apa, MT. Tiba-tiba teringat masa Rin mula-mula ke sini. Waktu Rin mula-mula sampai Vila Fatih, lepas dibuang saudara sendiri.” Hambar senyum yang terlukis.
“Tak ada yang sanggup terima Rin. Tapi arwah uncle dengan aunty terima Sirin dengan hati terbuka. Tak langsung macam saudara Rin, yang sanggup campak darah daging sendiri. Rin diterima dengan baik oleh arwah uncle, arwah aunty. Malahan PT dan MT sendiri…” Sirin meraih tangan Mak Tua di bahunya. Digenggam erat.
“Arwah tuan dengan puan sayang sangat kat Rin, macam anak perempuan dia orang sendiri. Malahan Mak Tua dan Pak Tua pun macam tu. Kami semua sayangkan Rin, terima Rin sebagai ahli keluarga Vila Fatih,” ujar Mak Tua balas genggaman jari runcing Sirin. Walaupun gadis itu memanggilnya MT semenjak awal-awal di sini, dia masih membahasakan diri sebagai Mak Tua. Hanya suaminya saja suka jadi PT apabila berbahasa dengan Sirin serta memanggilnya MT sejak itu sampai kini.
Alasan Sirin memanggilnya MT, gelaran Mak Tua tidak ngam dengan muka comelnya yang tak tunjuk usia. Lalu, semenjak Sirin pandai senyum ketawa di dalam Vila Fatih, selepas berbulan juga di situ, gelaran MT dan PT jadi kebiasaan sangat untuk penghuninya.
Sirin senyum kecil. Tawar. “Semua, tapi bukan pemilik tunggal Vila Fatih serta Fatih Sdn Bhd sekarang, Tuan Azaim Haji Azamuddin. Dia tak pernah terima Rin kat sini. Walaupun sekejap dulu Rin pernah sangka dialah yang paling gembira dengan kedatangan Rin ke sini.”
“Rin…” Mak Tua mengekori langkah Sirin apabila gadis itu berlalu masuk ke dalam bilik tidur itu. Dia tengok saja Sirin meletak beg pakaian yang hanya sebuah dan tak sebesar mana ke atas katil bujang di dalam bilik itu.
“Rin tak apa-apa, MT.” Sirin angkat tangan, bak polis trafik. Tanda ia okey dan tak mengharapkan topik itu dipanjangkan oleh wanita yang menurutnya masuk ke bilik.
Mujur Mak Tua faham dengan kemahuan Sirin dan mengikut rentak Sirin. Akhirnya, Sirin melontar pandangan ke sekitar biliknya. Manakala Mak Tua menghantar pandangan ke raut Sirin. Walaupun Sirin sedar, namun dia pura-pura tak perasan. Itu lebih baik. Dia tak mahu bercerita mengenai Azaim. Topik taboo. Selama ini puas Sirin menghalang diri daripada menjadikan nama itu satu topik perbincangan. Jadi, dia tak mahu memulakannya. Sekalipun seketika tadi dia tersasar. Gatal mulut menyebut nama Azaim. Uh!
“Mmm, bilik ni masih serupa, MT. Tak ada perubahan.” Mata Sirin masih meliar.
Mak Tua duduk di atas katil bujang yang terletak di bilik Sirin. Sudahnya dia sama melontar mata ke sekitar ruang bilik yang sederhana besar itu. Bilik inilah yang dihuni oleh Sirin sejak kali pertama gadis itu berada di Vila Fatih.
Sebuah katil bujang di sebelah kanan bilik, manakala meja studi yang digunakan oleh Sirin untuk menelaah ketika kecil dahulu di sebelah kiri dinding serta sebuah alamari pakaian dua pintu. Rak tuala yang menempatkan tuala serta kain telekung dulunya kini kosong. Juga sebuah cermin berdiri yang lebih kurang tinggi Sirin di satu sudut. Betul-betul di sebelah cermin tinggi itu adalah pintu sebuah bilik closet—yang bukannya berisi pakaian. Itu sahaja. Semuanya serba hitam.
Sirin tidak suka barang yang terlalu banyak di dalam biliknya. Tidak mahu sesak-sesak dengan perabot sebaliknya selesa dengan ruang luas yang berbaki tanpa apa-apa perabot di situ. Walaupun awal dulu arwah Puan Nurfatih hendak letakkan sofa di ruang kosong itu sebab Sirin suka baring-baring di atas lantai berkarpet di situ, membaca novel. Semuanya sebab kalau dia sudah baring-baring baca novel-novel yang selalunya dihadiahkan Tuan Azamuddin atau Puan Nurfatih dan banyak kalinya adalah Azaim, selepas itu mesti dia tertidur di situ juga.
Dah tertidur, kecil-kecil dulu Azaimlah tukang angkat. Tapi selepas usia Sirin masuk 14 tahun, pada bulan November dan ‘cukup umur’, Azaim dilarang sama sekali berbuat begitu. Biasanya Puan Nurfatih atau Mak Tua kejut Sirin bangun, arah tidur di atas katil. Sebab mereka takkan laratlah angkat Sirin yang sudah memanjang itu. Meninggi sakan kata Puan Nurfatih dan Mak Tua. Dan Sirin terus meninggi sampai usianya 17 tahun, kemudian tak tinggi-tinggi. Tetap pada 177 sentimeter sampai kini.
Sirin mengorak kaki dekati pintu bilik closet. Bilik closet di situ awalnya Puan Nurfatih hendak jadikan closet terbuka pakaian Sirin. Tapi sebabkan Sirin terlalu gilakan novel, sudahnya bilik closet itu jadi perpustakaan mini. Dan semua buku selama tiga tahun tinggal dalam keluarga itu, masih tersusun rapi di situ. Semuanya masih kemas dan elok terjaga. Senyum tipis sentuh kelopak bibir Sirin.
Kemudian Sirin sentuh wallpaper biru lembut di situ. Pilihannya sendiri. Sebab, bila tutup lampu biliknya, akan terlihatlah bintang-bintang yang sembunyi apabila lampu dibuka. Dan selalunya, apabila dia tidur di atas katil, bintang-bintang itulah peneman tidurnya, yang dia suka-suka nak kira tapi tak pernah habis kira, sampailah terlelap.
Ah! Bilik ini masih bilik anak kecil 13 tahun, walaupun dia bakal 23 tahun November ini. Memikirkannya, tawa halus Sirin terlontar, membuatkan kening Mak Tua terjongket. Mahu tahu.
Sirin geleng sekejap. “Tak ada apa. Cuma… dah besar macam ni, Rin masih dalam bilik anak kecil yang sama. Itu yang rasa kelakar.”
“Kenapa? Rin rasa bilik ni perlu diubah ke? Im tak benarkan. Sebab dia tahu betapa bermaknanya bilik ni untuk Rin dan dia tak mahu apa-apa pun diubah tanpa kemahuan atau kehendak Rin.”
Sirin senyum, pandang sekitar bilik itu terus. Ya, bilik ini amat bermakna untuknya. Ini biliknya sendiri. Tidak perlu kongsi dengan sesiapa. Itulah kata arwah aunty kepadanya ketika dia mula-mula ditempatkan di sini. Dia yang biasanya perlu berkongsi bilik ketika berada di rumah saudara-saudaranya sebelum itu, malah ada ketikanya perlu tidur beralas tikar di dalam bilik stor yang sempit, tiba-tiba mendapat bilik sendiri. Yang sangat luas dan sungguh selesa. Hanya untuk dia. Semua itu buat Sirin teruja lalu bilik ini jadi begitu bermakna untuk seorang anak kecil berusia 13 tahun. Malah jauh di sudut hati, Sirin akui sehingga kini pun bilik ini punya makna sentimental untuknya. Sangat-sangat ada makna.
Masih senyum, Sirin berkata, “Rin suka semua macam ni, MT. Macam dulu…”
Sirin menghampiri katil lalu mencapai beg pakaiannya. Dibuka zip.
Mak Tua yang masih duduk di birai katil, kembali lihat paras muka gadis itu. Gadis yang sudah lima tahun dia tidak jumpa. Dan Sirin ini sudah kembali jadi anak gadis yang mula-mula menjejakkan ke Vila Fatih lewat sepuluh tahun yang lalu. Sirin yang amat menjaga diri dan hati kerana yakin ia bakal disakiti dan dilukai lagi. Bimbang akan dicampak keluar sekali lagi. Namun, akhirnya keyakinan yang Sirin terima di Vila Fatih mula bersama Sirin. Sirin bukan lagi anak kecil yang mudah ragu kepada penghuni Vila Fatih. Sirin mula mempercayai Tuan Azamuddin dan Puan Nurfatih. Yakin dia diterima oleh kedua-dua mereka.
Sirin mula berubah, daripada anak kecil yang pendiam menjadi anak kecil yang girang. Tidak menyembunyikan apa-apa perasaan hatinya. Namun, tiga tahun kemudian semua itu direnggut daripada Sirin. Sirin berubah lagi, menjadi anak kecil berusia 13 tahun itu semula. Sirin mula hilang kepercayaan kepada mana-mana penghuni Vila Fatih semenjak berusia 16 tahun. Mak Tua menghempas keluhan kecil. Harapan hatinya cuma satu, Azaim mampu kembalikan kepercayaan dan keyakinan hati Sirin yang telah hilang. Kembalikan Sirin yang hilang daripada mereka semenjak lebih tujuh tahun yang lalu.
“Nak Mak Tua tolong?” tanya Mak Tua sudahnya apabila Sirin kelihatan sibuk mengeluarkan isi-isi dari dalam beg pakaiannya.
Sirin menggeleng kepala. Menjawab soalan Mak Tua begitu.
Mak Tua terus lihat Sirin sibuk-sibuk dengan beg pakaian. Hanya sebuah beg pakaian yang dibawa bersama oleh gadis itu. Sedangkan melalui apa yang diketahuinya daripada Azaim, Sirin sudah tamat belajar dan akan pulang ke Vila Fatih untuk selama-lamanya. Namun apa yang dilihatnya menunjukkan pemikiran Sirin dan Azaim adalah berbeza. Sama sekali tidak sama. Bertentangan.
Mungkin Azaim menginginkan kehadiran Sirin di Vila Fatih, namun Sirin tidak mahu berada di sini. Sirin tidak mahu punya apa-apa hubungan dengan penghuni Vila Fatih. Lebih tepat, Sirin tidak mahu punya sebarang hubungan dengan Azaim. Apa yang telah dilakukan oleh Azaim membuatkan Sirin nekad memutuskan hubungan dengan ahli keluarga Tuan Azamuddin. Jika suatu ketika dahulu Sirin pernah memuja keluarga Tuan Azamuddin, terutama sekali Azaim, kini diyakini hanya ada perasaan benci sahaja kepada lelaki itu.
Sirin mengerling Mak Tua yang hanya melihat dia. Mak Tua, wanita yang sudah pun berusia lebih 60 tahun itu sudah lama berada di Vila Fatih. Semenjak dia mula-mula jejakkan kaki ke vila ini, yang ketika itu tidak berubah sampai begini, wanita itu terus meraih tubuhnya dalam pelukan. Cuba memberitahu kedatangannya ke sini amat dialu-alukan. Seerat dan sehangat pelukan tuan rumahnya, Puan Nurfatih.
Namun semua itu adalah kisah silam, yang tidak mungkin berulang kerana kini dia jelas kedatangannya mungkin dialukan oleh bekas tuannya dan penghuni Vila Fatih yang lain, tapi bukan Azaim Haji Azamuddin, yang kini menjadi pemilik penuh Vila Fatih serta Fatih Sdn Bhd dan beberapa syarikat kecil yang menjadi anak syarikat Fatih Sdn Bhd sesudah dibeli oleh syarikat itu. Fatih Sdn Bhd kini sudah berkembang pesat di negeri-negeri sebelah utara. Sudah masyhur banding dulu.
“Sikit aje barang yang Rin bawak. Kan Rin dah habis belajar kat sana? Im kata Rin akan tinggal kat sini. Tinggal kat Vila Fatih semula.” Mak Tua akhirnya meluahkan apa yang ada dalam benaknya semenjak tadi.
“Memang Rin dah habis belajar, tapi Rin tak akan tinggal kat sini. Rin cuma balik sekejap. Itu pun sebab nak jumpa MT dengan PT untuk kali terakhir. Rin tak akan lama. Rin kena balik UK semula.” Sirin mula mengasingkan pakaiannya, antara baju dan seluar lalu beg pakaian yang ternganga luas dikatup kemas. Sudahnya dia mengangkat muka, menentang Mak Tua, yang jelas peranjat dengan penjelasannya.
Maafkan Rin, MT. Rin tak boleh diam lagi sebab sampai waktu, MT perlu tahu juga. Rasanya, masa inilah yang terbaik. Daripada memberi harapan kosong, baik Rin berterus terang sebab Rin tahu apa rasanya menelan harapan kosong, MT…
“Tapi Im kata…”
Sirin lekas memotong, “Biar apa pun yang dia kata, Rin akan balik ke sana semula. Itu keputusan Rin. Dan… ni bukan tempat Rin, MT.” Merendah suara akhirnya.
“Tapi… Rin membesar kat sini. Malah arwah tuan sendiri nak Rin terus kat sini kalau apa-apa menimpa dia dan dia tak mampu jaga Rin lagi. Rin adalah sebahagian daripada keluarga arwah. Rin adalah anak perempuan arwah yang tak pernah lahir. Sanggup Rin hampakan arwah tuan?”
Mak Tua tahu mengapa Sirin tidak selesa di sini. Malah dia boleh mengagak Sirin tak akan berlama-lama di sini. Namun dia tak pernah sangka Sirin akan memilih untuk terus tinggal di luar negara. Sangkanya jika tidak tinggal di Vila Fatih pun, Sirin akan memilih untuk tinggal tidak jauh daripada mereka. Tapi kini, dia sudah tahu apakah keputusan Sirin. Sirin bukan sahaja mahu tinggalkan Vila Fatih tapi juga Malaysia. Memikirkan itu, hati Mak Tua jadi rusuh.
“Cukuplah selama mana Rin ada kat sini dulu. Rin dah tak harapkan apa-apa lagi. Tambahan pulak uncle dah lama tak ada. Maknanya Rin dah tak ada tempat kat sini lagi. Ni bukan rumah uncle lagi, MT. Rumah yang terima kedatangan Rin. Tempat Rin bukan kat sini lagi. Ni rumah Abang Im…”
“Rumah Im kan rumah Rin jugak? Im adalah sebahagian daripada keluarga ni. Im anak uncle dan aunty Rin, yang anggap Rin macam anak sendiri. Maksudnya Rin keluarga Im jugak.”
“Tak! Abang Im bukan keluarga Rin!” ucap Sirin tegas. Wajahnya tegang. Namun dia cuba untuk tenangkan hatinya yang mula berang. Tidak mahu melenting kepada wanita di hadapannya ini. Yang tak ubah bak seorang ibu untuknya.
Bukan salah Mak Tua semua ini berlaku, jadi dia tidak mahu melepaskan kemarahan di hati kepada Mak Tua. Dia menarik nafas panjang lalu bersuara lagi.
“MT, tolonglah faham. Ni bukan rumah Rin lagi sejak Abang Im hantar Rin ke asrama penuh waktu tu. Bagi Rin, semenjak tu tak ada apa-apa antara Rin dan Vila Fatih. Rin sayang arwah uncle dengan aunty macam keluarga sendiri, tapi darah daging uncle dengan aunty tak inginkan Rin. Ni bukan tempat yang sesuai untuk Rin, MT. Rin datang pun sebab nak jelaskan kat dia dan semua, yang Rin balik sekejap aje. Rin akan ke UK semula, selama-lamanya.” Sirin tekad. Dia sudah buat keputusan dan tidak akan berganjak daripada keputusan itu. Tidak mahu terus-menerus makan budi.
Mak Tua terkaku di tempatnya. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan atau dilakukan. Sirin sudah membuat keputusan dan dia yakin walau apa pun yang dikatanya, keputusan gadis ini tak akan berubah. Sirin akan kotakan katanya.
Kini, hanya satu harapan Mak Tua—Azaim.
Sirin capai beberapa helai seluar yang terlipat kemas di atas katil lalu mendapatkan almari pakaian. Sebelah tangan memegang kemas seluarnya manakala sebelah lagi mencapai tombol, dibuka daun pintu.
“What the…!” Sirin terlongo melihat almari pakaiannya yang kini luas ternganga. Beberapa helaian pakaian tergantung di dalamnya.
Kalau pakaiannya sendiri, dia tak mungkin terkejut beruk begini. Namun bukan satu pun antara pakaian-pakaian di dalamnya adalah miliknya. Tentulah bukan miliknya. Mana pernah dia memakai baju kurung atau kebaya sebegini. Kebaya pendek pula tu! Tak cukup dengan itu, ada pula skirt labuh serta beberapa helai blaus perempuan—diulangi, perempuan—pun ada. Seumur hidupnya, hanya sekali dia berbaju kurung. Itu pun tahun terakhir dia menyambut Aidilfitri bersama arwah uncle dan aunty. Kerana kehendak aunty yang begitu teringin melihatnya memakai pakaian sebegitu, bukan jean atau baju-T yang sering jadi pilihannya sejak dulu. Malah, hingga saat ini. Kecuali masa… ehem!
“MT, kerja siapa…?” Sirin tidak mampu teruskan kata. Rasa tercekik. Tangannya masih terawang di hadapan almari pakaiannya, yang nyata bukan miliknya lagi.
“Sebenarnya…” Mak Tua nampak tidak kena. Sekejap garu telinga, sekejap garu tudung kepala hitam yang menutup kepala.
“MT?” Sirin mendesak lembut. Walau hatinya sudah terlebih dahulu memberikan jawapan, dia cuba menidakkannya.
“Im…”
“Kat mana dia sekarang, MT? Rin yakin dia tak ada di pejabat. Dia bukan pengecut untuk menyorok.”
“Bilik bacaan, tapi…”
Mak Tua tidak sempat menyudahkan kata apabila Sirin, bersama omelan dan kata-kata yang tidak enak didengar oleh mana-mana telinga di bawah 18 tahun, melangkah keluar dari bilik itu. Bersama helaian seluar yang masih berada di tangan.
Mak Tua tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Melihatkan Sirin dengan seluar di tangan, dia rasa mahu gelak kuat. Namun apabila kenangkan perbalahan mulut yang bakal berlaku antara Azaim dengan Sirin sekejap lagi, dia jadi risau. Tapi sekarang…
Mak Tua akhirnya tergelak sakan apabila pandai bijak membayangkan Sirin memarahi Azaim dengan seluar di tangan. Uhahaha!

Published on August 03, 2012 05:08
July 24, 2012
.: sayang dia suam-suam [5] :.
Syamsul mengetuk perlahan pintu bilik bacaan. Tanpa menanti sebarang jawapan dari dalam, dia bingkas pulas tombol lalu menyatukan tubuh ke dalam bilik tersebut. Bilik yang jadi pilihan Azaim untuk habiskan waktunya tiap kali pemuda itu berada di Vila Fatih. Bilik jati.
Tiada istilah rehat dalam kamus hidup Azaim. Pejabat atau rumah, kedua-duanya adalah tempat kerja Azaim. Kerana tanpa semua itu, Azaim tidak tahu apakah yang perlu dilakukan ketika berada di Vila Fatih. Maklumlah, dia belum punya isteri untuk diulit bagi menghabiskan masa atau anak-anak kecil miliknya untuk dimanja ketika di Vila Fatih. Selain itu, Azaim sering menekankan kepadanya, tanpa Fatih Sdn Bhd, Vila Fatih tak mungkin ada. Untuk itu, Azaim perlu menghabiskan setiap masanya untuk Fatih Sdn Bhd. Azaim harus pastikan Fatih Sdn Bhd terus berdiri teguh, sebagaimana yang diinginkan oleh arwah kedua-dua orang tuanya.
Sedang sudah berkali-kali Syamsul nyatakan, Azaim sudah lebih daripada berjaya melakukan ia. Fatih Sdn Bhd sudah berdiri teguh!
“Kenapa tak keluar?” Syamsul menghempas tubuh ke atas sofa berwarna coklat gelap di situ.
Jelas sangat jenama selalu melepak di situ pada gelagat lelaki yang cuma dua sentimeter rendah daripada teman baiknya itu. Syamsul 180 sentimeter dan Azaim 182 sentimeter. Syamsul dan Azaim sama-sama bertubuh tegap kerana mereka selalu habiskan masa di gim yang terdapat di Vila Fatih. Namun Syamsul orangnya lebih sasa banding Azaim yang nampak lebih kurus.
“Dia tahu aku kat sini?”
Syamsul menggeleng. “Rugi kau tak keluar, Im. She laughed. Sesuatu yang kau nak dengar sangat selama ni. Tapi sayang kau terlepas.”
Azaim sengih lalu membawa tubuh dari mejanya, mendekati Syamsul dan duduk di sebelah teman itu.
“I heard it,” ujar Azaim girang.
Syamsul tayang gigi.
Suasana dihurung kesunyian seketika. Tapi cepat-cepat dihalau oleh Azaim yang jadi tak turah dengan keadaan sebegitu. Bingkas buka mulut menyoal perkara yang ingin sangat dia tahu semenjak lihat Sirin turun dari perut kereta tadi.
“Macam mana?”
Syamsul menggeleng kecil. “Macam tu jugak aku rasa. Masih sakit hati dengan apa kau buat dulu. Dalam kereta, sikit pun tak bercakap. Lebih taksub dengan novel kat tangan dia, yang tak ubah-ubah muka surat.” Syamsul sengih kemudian sambung, “Dia masih Rin lima tahun lepas, masa kita sama-sama hantar dia ke UK.”
Azaim menghempas keluhan kecil. Disandar kepala pada sofa.
Syamsul talakan mata ke arah pemuda itu. Nampak relaks. Walaupun begitu, dia yakin ketika ini fikiran Azaim tidak serelaks itu. Azaim selalu nampak begitu tiap kali fikirannya tidak tenang. Kacau-balau dalam kotak fikirannya tidak pernah mampu dibaca sesiapa. Kerana tiap kali ada yang melihat Azaim dalam keadaan begini, pasti menyangka Azaim menerima apa sahaja kesusahan mahupun masalah dengan tenang.
Azaim, bab mengaburi mata orang memang bijak. Namun bukan mata Syamsul.
Mereka sama-sama membesar semenjak kecil lagi. Bermula sebagai jiran, akhirnya mereka sama-sama memasuki sekolah berasrama penuh ketika tingkatan satu. Saat dalam tingkatan empat, rezeki mereka sekali lagi, apabila kedua-dua teman rapat itu mendapat tempat di sekolah teknik, yang sama. Mengeratkan lagi hubungan persahatan mereka berdua. Lalu mereka menerima gelaran sahabat tahi cicak. Sebabnya, seorang muka Cina, seorang muka India. Sangat bertentangan rupa tapi sehati sejiwa, sefaham sekata.
Sekalipun semenjak usia sepuluh tahun Azaim tidak lagi menjadi jiran Syamsul kerana Azaim sekeluarga berpindah ke Vila Fatih, sedang Syamsul terus di rumah teres yang didiami bersama kedua-dua orang tuanya serta dua orang adik perempuannya, namun hubungan Syamsul dengan Azaim tiada cela. Ada ataupun tiada Vila Fatih, Azaim tetap kawan Syamsul yang sama. Tiada sebarang perubahan pada lelaki itu.
Sesudah tamat SPM, masing-masing membawa haluan lain-lain apabila mendapat tawaran ke universiti berbeza. Azaim menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan di UTM, Skudai. Manakala Syamsul pula mengambil jurusan pengurusan perniagaan di UIAM. Kemudiannya mereka sama-sama pulang dengan segulung ijazah, kembali ke Pulau Pinang. Pulang sahaja, Azaim terus berjinak-jinak dengan Fatih Sdn Bhd. Kerana Azaim tahu, akhirnya syarikat itu akan diwarisi oleh dia juga. Azaim mula serius dengan kerjanya dan ambil tahu selok-belok syarikat pengangkutan itu.
Syamsul pula turut membantu Azaim dalam urusan syarikat tersebut, terutama sekali berkaitan dengan sales and marketing. Kerana itu jugalah Syamsul bersetuju apabila arwah Tuan Azamuddin menawarkan dia peluang menjawat jawatan pengurus pemasaran di Fatih Sdn Bhd. Dari situlah dia membina kerjayanya perlahan-lahan, sehinggalah menjadi Timbalan Pengarah 1 di Fatih Sdn Bhd semenjak dua tahun lalu. Jawatan yang diraih atas usaha serta ketekunannya membantu Pengarahnya, Azaim, dalam menaikkan nama Fatih Sdn Bhd. Juga kerana Azaim meletak sepenuh percaya kepada Syamsul.
Tumpuan Syamsul kembali kepada Azaim, yang nampak hanyut sepertinya. Namun dia yakin apa yang ada dalam kotak fikiran Azaim ketika ini tidak sama dengannya. Setiap saat dan ketika otak Azaim akan berfungsi—sama ada fikirkan urusan pejabat atau sebarang projek baru Fatih Sdn Bhd. Otak Azaim, seperti tuannya juga, tak pernah nak tahu erti rehat. Dia yakin ketika tidur pun otak Azaim nak bekerja juga sebolehnya.
Namun, di kala ini, Syamsul pasti bukan urusan kerja bersama dengan pemuda itu. Sebaliknya gadis bernama Sirin Hassan yang mengganggu perasaan temannya itu. Sebagaimana semenjak usianya 20 tahun.
“Salah ke apa yang aku buat tu, Syam? Kenapa sampai macam tu sekali benci dia kat aku?” Akhirnya Azaim menguatkan semangat, menghadiahkan soalan yang kian mengganggunya.
“Tak salah, untuk aku. Sebab apa yang kau buat adalah satu perkara yang baik dan betul. Itulah sangka aku. Tapi, Im, kesalahan kau adalah melakukan semua tu tanpa penjelasan. Tanpa bagi tahu Rin kedudukan sebenar dan sebab apa kau bertindak macam tu. Tulah kesalahan kau, yang buat perasaan benci ada dalam hati Rin, untuk kau,” jelas Syamsul hati-hati. Tidak mahu kusutkan perasaan Azaim lagi.
“Bagi tahu kedudukan sebenar?” Azaim ketawa perlahan. Sedikit sinis. “Apa yang aku nak terang kat budak perempuan yang tak sampai 16 tahun, yang nak aku jadi abang dia dan anggap dia adik aku? Huh?”
Syamsul menjongket kedua-dua bahu. “Aku tahu, bunyinya pelik. Tapi kalau kau terangkan semuanya, lepas budak perempuan yang tak sampai 16 tahun tu matang sikit, mesti dia boleh faham. Malangnya, kau tak buat. Kau biar dia dengan apa saja yang dia nak fikir. She thought you tossed her out of this house, forever, that morning.”
“Bukan tu maksud aku, Syam. Kau sendiri tahu!”
“Rin tak tahu…” Syamsul angkat sebelah kening.
Azaim mengeluh kecil sudahnya. Tahu ke mana hala tuju perbualan ini. Saling tidak tumpah dengan apa yang baru dibualkan dengan Mak Tua seketika tadi. Kesimpulan pun serupa.
“Ya, aku tahu,” akui Azaim. “Dah sampai masanya. Dan aku akan lakukannya.”
Syamsul tunjuk gigi. “Syukur sangat. Sebab aku rasa Rin tak ke sini untuk bersama kita, Im. Dia balik dengan sebuah beg aje, yang tak besar mana. Dia balik untuk turut kehendak, tak… arahan kau. Dia ada niat nak ke UK semula. Dia dah biasa buat apa dia nak dan kau angguk aje, iakan, bolehkan.”
“Kali ni aku tak akan. Iakan, bolehkan. Aku beralah dengan dia selama ni, tapi tak bermakna akan terus beralah dengan semua kemahuan dia. Apa yang dia nak, aku dah tunaikan. Sekarang giliran aku pulak tunaikan kehendak hati aku. Aku akan pastikan Sirin terus kat sini. Terus kat Vila Fatih.”
“Oh ya…” Syamsul hempuk paha Azaim dengan tangan besarnya. Sedikit kuat sehinggakan temannya itu menyeringai sakit. Namun dia buat tak nampak pada jegilan mata Azaim mahupun tangan Azaim yang menggosok-gosok paha sendiri. Perit sangat agaknya.
“Oh ya, apa?”
Suara Azaim yang berbaur rasa tak puas hati itu buat ketawa Syamsul meletus. “Janganlah marah, kawan. Aku cuma nak bagi nasihat sikit. Pasal Rin…”
“Apa?” Hilang perit paha dengar nama itu.
“Rin mungkin cuba bersikap serius dan tayang muka kayu gitu, tapi dia tak mampu berselubung dengan topeng tu untuk selama-lamanya. Tugas pertama kau, lucutkan topeng tu dari muka dia. Ambil topeng tu, sama ada secara lembut atau paksa.”
“Paksa?” Azaim terlongo. Tak sangka nasihat sedemikian akan meniti bibir Syamsul, yang tak pernah mengasari perempuan.
Syamsul seorang gentleman. Syamsul amat menghormati kaum Hawa, walau yang paling degil dan keras kepala. Kalau melihat layanan Syamsul terhadap mana-mana perempuan, pasti ramai akan anggap perempuan itu adalah insan yang istimewa untuk Syamsul. Namun sebetulnya, sehingga kini Syamsul belum punya teman wanita yang istimewa. Masih menanti gadis dalam mimpinya muncul di hadapan mata.
“Oh, tak payah berlakonlah, Azaim Haji Azamuddin. You’re very good at intimidating people. Kau selalu berjaya. Kebolehan semula jadi.”
Azaim menyeringai nakal. “Jadi, aku kena gunakan kebolehan semula jadi aku tu?”
“Oh, definitely. Sebab kau perlukannya. Ada lagi nasihat aku…”
Azaim menjongket sebelah kening. Masih bersama senyuman pada bibir.
“Tingkatkan usaha dan yakin pada diri sendiri. Tulah dua lagi perkara yang amat-amat kau perlu untuk depani Cik Sirin kita tu. Dan ingat, walau apa pun, macam yang aku kata… aku sentiasa bersama kau. Di belakang kau.”
“Kenapa tak beriringan dengan aku?” Azaim membetulkan duduk. Agar lebih senang bersemuka dengan pemuda yang sebaya dengannya itu.
“Beriringan? Maksudnya aku pun nakkan apa yang kau nak. Memanglah aku suka Priyanka Chopra dan Rin tu tinggi dan bodynya macam Priyanka Chopra, tapi… Kau nak macam tu ke?”
“Hell, no! Rin is a problem enough to me. And I’m not that foolish to add another. Satu lagi, berhenti tengok apa yang tak patut kau tengok. Dia macam adik untuk kau. Ingat. Jadi, berdiri aje kat belakang. Lagipun, itu kan tempat pengapit. Kan?”
“You’re that sure, eh?”
“Aku perlu yakin dengan diri sendiri. Tak macam tu?”
Kata-kata Azaim buat Syamsul ketawa galak. Terbahak. Akhirnya dia mengangguk kepala sambil menampar lembut paha sahabatnya. Takut nak hentak macam tadi. Silap hari bulan, dia kena pelangkung Melayu-Cina-Pakistan. Azaim ini memanglah kurus banding dia yang tegap, tapi boleh tahan penangannya. Kalau tidak, masakan Azaim juara tae kwan do tiga tahun berturut semasa mereka di sekolah menengah. Malah, sebab itu juga pelajar lelaki yang suka ejek Azaim dengan panggilan Aza atas sebab muka jambu kacak gila dan gemar berambut panjangnya, terus tutup mulut selepas itu. Sebabnya, tiga hari sebelum tutup mulut, mereka memang tak boleh buka mulut sebab mulut masing-masing bengkak sakan.
“Oh, jangan lupa satu lagi. Tingkatkan usaha. Pakej kena lengkap,” kata Syamsul, mengingatkan di balik tawa.
“I’ll do that.” Aziam mengerdip mata.
Senyum seketika, Syamsul mengerutkan dahi pula. “By the way, why is she not there, receiving Rin like others?”
“She?” Dahi Azaim sama berlapis. “She who?”
“Your dobist. Zulfah tu…”
“Zulfah?” Azaim terkebil. “Again Zulfah? Kenapa eh kau curious sangat pasal dia? Ni kali keempat tak silap aku, kau tanya pasal dia…”
“Mana aku tak curious… Dah dekat enam bulan kut dia kat sini, tapi sampai sekarang aku belum jumpa dia. Tu yang buat aku nak sangat-sangat kenal dia, supaya aku tak tanya kau lagi untuk kali kelima dan Mak Tua untuk kali kesembilan.”
“Tulah… aku ajak kau duk sini, kau tak nak. Kalau dah sebumbung, nak jumpa dia awal enam bulan dulu pun boleh tahu. Tak payah tanya aku empat kali atau Mak Tua lapan kali!” sindir Azaim sakan. Itulah kenyataannya. Sejak awal dulu, Azaim sudah pelawa Syamsul, namun Syamsul hanya tahu menolak saja. Sanggup menyewa di sebuah apartmen sebelum satu tahun lalu, membeli, kemudian tinggal sendirian di kondominium miliknya.
Syamsul cemik saja.
“Kau tahu rumah dobi kat mana kan… Just go and have a look at her. I only hope curiousity won’t kill you…”
“It only kills cat. And I’m not cat-man.” Syamsul gelak dengan lawak sendiri.
Ketukan pada pintu kedengaran. Setelah menerima arahan masuk daripada Syamsul yang berlagak tuan punya rumah, seorang gadis berpakaian serba hitam bersama apron melangkah masuk. Di tangannya ada dulang berisi dua gelas Pepsi, yang menjadi kegemaran kedua-dua sahabat baik itu. Seisi rumah dah khatam.
“Minum, Tuan Azaim, Tuan Syam.” Gadis itu meletak dua buah gelas tersebut ke atas meja kopi berhampiran. Sempat kerling dua lelaki itu, yang sama kacak dan sama tampan. Seorang berwajah pelakon Korea manakala yang seorang lagi hero Bollywood. Masing-masing punya daya tarikan dan dia sendiri tak terkecuali daripada perasan.
“Terima kasih, Jija.” Azaim mengangguk kecil.
“Terima kasih jugak ek…” Syamsul mengerdip mata kepada gadis yang hanya berusia 20 tahun itu. Mengusik.
Jija senyum. Faham sangat dengan gelagat kedua-dua lelaki itu. Tuan Azaim seorang yang serius namun ramah dengan pekerja-pekerjanya. Tidak pernah melayan mereka seperti orang suruhan sebaliknya dihormati selaku manusia yang ditugaskan untuk melancarkan urusan vila itu. Malahan Tuan Azaim tidak pernah teragak-agak membantu mereka kala perlu. Hormat para pekerja dibalas dengan rasa yang sama. Begitu juga dengan teman akrabnya yang turut mengongsi pandangan yang serupa. Sahabat baiknya itu pula, sama juga orangnya. Cuma dalam ramah, Syamsul ada bahagian suka nak menyakat.
“Keluar dulu, Tuan Azaim, Tuan Syam.” Jija senyum lagi apabila Syamsul melambai-lambai kepadanya sebelum dia berlalu dari situ. Ah, sama-sama pengarang jantung hati gadis-gadis yang melihat. Termasuklah dia.
Sebaik pintu rapat ke tempatnya kembali, Azaim dan Syamsul mencapai gelas berisi minuman berkarbonat yang disediakan untuk mereka.
“Untuk usaha aku.” Azaim mendekatkan gelasnya ke gelas Syamsul. Berlaga perlahan.
“Yang perlu ditingkatkan…” Syamsul kenyit mata. Dia sudah tidak sabar hendak melihat adegan yang dinanti-nantikannya selama ini. Masanya sudah tiba.
Apabila Syamsul mahu meneguk, Azaim menahan. Gelasnya dirapatkan dengan gelas lelaki itu sekali lagi. “And also for your effort… to peek at my dobist.”
Seringai nakal lagi gatal Azaim menjemput tawa perlahan Syamsul. Pepsi diteguk sudahnya, bersama nawaitu yang mahu dilaksanakan nanti. Tak hendaklah soal Azaim kali kelima.
*****
/ sahabat tahi cicak /

Published on July 24, 2012 05:38
July 23, 2012
Cinta Datang Lagi | Bab 4

MASIH beralaskan lengan, Fariz membuka mata, terus menyambar bintang-bintang yang berkerlipan. Membawa sinar pada malam yang gelita itu. Keluhan panjang terhempas dengan sendirinya.Waktu itu, dua tahun yang lalu, dia langsung tidak mengerti makna yang cuba papa sampaikan melalui kisah silam papa dengan mama. Namun semenjak hubungannya dengan Shereen mula dilanda badai, dia selalu fikirkan cerita itu. Terngiang-ngiang di telinganya. Dan, hari demi hari, dia mula faham.Dua bulan lalu dia menghadiri majlis perkahwinan Shereen dengan Jaspal. Dua bulan lalu dia bertemu wajah dengan gadis bernama Raisya itu. Dua bulan lalu dua individu yang tidak pernah mengenal dan sama patah hati—dia dan Raisya—ditemukan dengan dua individu yang bersahabat baik dan terpaksa berkahwin atas pilihan keluarga—Jaspal dan Shereen. Dan, dua hari lalu Shereen menemuinya; terang-terang mengaku masih sayang kepadanya dan mahu kembali padanya.Malam ini dia benar-benar faham dengan maksud ‘Mungkin cukup, mungkin tak cukup’ papa! Dia akan gunakan kebetulan yang menyapa berulang-ulang, mengubahnya menjadi satu takdir. Dia akan pastikan Raisya menepati katanya. Dia akan perkenalkan gadis kecil molek itu kepada Neesa!Fariz kembali memejam mata bersama senyum penuh makna.
Published on July 23, 2012 03:01
.: Cinta Datang Lagi [Bab 5] :.

Raisya tidak menegur kelakuan Dona itu. Tidak juga mengarahkan Dona berhenti lakukan aksi yang membuatkan pangkal hatinya rasa digeletek. Lucu dan geli hati sebenarnya.
Namun dia tetap sekolahkan muka. Tidak mahu dianggap topik yang bakal dibincangkan—hanya akan dibincangkan sesudah Dona berhenti buat aksi mata gatal begini—hanyalah bualan kosong. Topik ini serius untuknya dan buat Dona. Lagipun, kan dia dah buat pengakuan ikhlas mengenai soalan yang dibangkitkan Dona semalam; “Who’s that Chinese guy?”
Sepasang kelopak mata Dona akhirnya berhenti berkejip.
Raisya mengucap syukur. Kini dia hanya perlu menanti respons Dona pada pengakuannya tadi; “That Chinese guy, yang kau kata tu, ada lagi semalam. Aku ternampak dia masa kita beli popcorn.”
“Kau nampak dia?”
“Ya.” Raisya menjawab dalam keluhan.
Dia sendiri tidak sangka dia boleh lakukannya. Mungkin lega kerana Dona sudah memberi tindak balas dan keinginan untuk menjawab soalan Dona cepat-cepat saling bertingkah. Sudahnya dia lakukan keduanya—bercakap dan mengeluh—sekali gus.
Sesudah membisu seketika, Dona bertanya lagi. “Dia nampak kita?”
“Ya.” Angguk Raisya dan serentak bibirnya disentuh senyuman apabila roman sawo matang Dona memerah. Dia tahu apa yang sahabatnya fikirkan. Jelas akan apa yang bermain di benak itu.
“Kau rasa dia dengar tak?” Dona menggigit bibir dengan wajah berkerut.
Raisya mengangguk lagi. Menawarkan muka simpati kepada Dona yang jelas mahu bersembunyi di dalam peti ais sekarang juga kalau boleh.
“Tentulah dia dengar. He was just like… what, ten feets from us. Kita pulak lama kat situ. Thanks to you. Muka budak cashier tu dah berubah gila. Aku rasa dia nak sangat letak jawatan waktu tu jugak. About fifteen people behind us and they moved to the other two counters. Again, thanks to you!”
Dona menjuih mulut. “Aku tengah marah dan geram sebab dia orang tak ambil Fanaa!”
“Dan, budak popcorn tu kena jadi mangsa? Don, twenty minutes with those two at Gold Class counter is not enough for you?”
“I was frustrated!” ucap Dona dengan memek muka yang masam. “Dahlah tak dapat tengok Fanaa, dia Nampak dan dengar aku! Patutlah kau asyik tarik baju aku macam budak kecik nakkan aiskrim daripada maknya!”
“Don, half of the theatre saw and heard you. Kenapa penting sangat dia nampak dan dengar kau semalam?” Raisya pelik.
Dia faham jika Dona rasa malu dengan apa yang berlaku. Bukan main dia ceramahkan budak di kaunter popcorn itu hanya kerana tidak puas hati bila mendapat tahu pihak GSC Mid Valley tidak mengambil filem Fanaa untuk ditayangkan di situ. Siap bercerita pada budak itu bahawa ini adalah filem kedua Kajol sesudah berkahwin dan mengapa Kajol berlakon dengan Aamir Khan dan bukan Shah Rukh Khan.
“Tentulah penting. Aku akan jumpa dia lagi,” balas Dona yakin.
“Kau jumpa dia lagi?”
Dona mengangguk tanpa sebarang penjelasan. Otaknya lebih ligat memikirkan bagaimana dia perlu selambakan diri bila bertemu dengan pemuda tanpa nama itu nanti.
Raisya terlongo dengan perangai Dona. Selamba katak! Aku dah berdebar-debar macam nak kena bom atom, dia boleh tayang muka tak bersalah gitu.
Dia paut kedua-dua bahu Dona, digoncang. Tanda mahukan perhatian gadis itu dan mahu gadis itu berada di ruang tamu rumah mereka, bersamanya. Bukan berkhayal!
“Apa maksud kau? Jelaskan!”
Dahi Dona berkerut halus. Matanya memauti sepasang mata bulat dengan anak mata coklat jernih yang nampak lebih kepada keemasan itu. Dia sendiri tidak pasti nak kategorikan anak mata Raisya dalam kategori mana mulanya. Namun bila tengok kamus, perkataan yang dia jumpa untuk gambarkannya ialah amber—kuning keperangan bak kismis.
“Don?!” gesa Raisya mula tidak sabar.
“Apa nama dia?” Dona tunjuk muka keliru.
“Apa?!” Raisya separuh menjerit.
“Nama mamat yang dah tengok aku memalukan diri sendiri tu! Apa nama dia?”
“Fariz! Aku tahu apa yang kau tanya!” tekan Raisya geram. Sengaja dia mengecilkan mata, mencerun geram untuk sampaikan rasa tidak puas hati. Meniru aksi Kajol ketika geram kepada Shah Rukh Khan di dalam Kabhi Kushi Kabhi Gham.
Dona hanya mencebik selamba dengan lagak Raisya. Tahu sangat aksi apa yang ditunjuk dek Raisya. Dia kan dah hafal setiap filem Kajol. Terutama yang dilakonkan Kajol dengan Shah Rukh Khan—pasangan paling padan di layar filem.
“Hmm, kalau dah tahu buat apa tanya soalan gitu? Buat habis air liur aku aje bagi penerangan. By the way, Fariz? I thought he’s Chinese.” Dona mula menyelam sambil minum air—sambil marah sambil menyoal.
“Aku tak tahu. Yang aku tahu, dia seorang Muslim dan nama dia Fariz!” Raisya menjegilkan mata. Geram dengan sikap selamba Dona sedangkan dia serius.
“Fariz? Hmm… okey! Tapi, kau tak cakap pun kau orang pernah kenal. Jadi… kenapa mengelak? Tak bertegur sapa? Apa dah jadi sebenarnya sebelum ni?”
Raisya mula terlongo tidak percaya pada kemampuan mendengar kedua-dua telinganya sendiri. Tangan yang kemas di bahu Dona sejak tadi dialihkan ke paha. Nafas ditarik dan dihela. Menjana kesabaran diri.
Beberapa kali sedemikian, dia akhirnya memandang Dona. Tajam. “Satu soalan aku belum berjawab dan kau soal aku balik?”
Dona selamba menjelir lidah. Sedikit pun tidak gerun dengan memek ‘rasa-macam-nak-telan-kau-hidup-hidup-aje’ yang sedang dihadiahkan Raisya kepadanya.
“Aku janji akan jawab satu soalan kau tu lepas kau jawab soalan-soalan aku. Mula bagi penjelasan dari awal! Siapa Fariz dan di mana kau kenal dia? Kenapa pulak kau elakkan diri daripada dia?” Berwajah tenang, Dona capai Froggie Jr lalu dipeluk kemas dengan muka ‘aku-tengah-tunggu-ni’.
Raisya mencerun sekali lagi. Dona masih selamba dengan muka ‘aku-tengah-tunggu-ni’. Dia mengeluh keras sudahnya. Mengangkat kedua-dua tangan, tanda sudah tidak mahu bertanding lagi. Raisya mengaku kalah akhirnya.
“Okey! Aku akan mula jelaskan,” ucap Raisya keras. Nak sampaikan pada Dona yang dia tidak suka pada kekalahannya sendiri. Walau dia tahu penjelasan terperinci mengenai pemuda bernama Fariz itu adalah perlu.
Dona tersengih luas. Nampak segala batang giginya. Muka senang hati sungguh. Dia membawa kaki ke atas sofa, mula duduk bersila dengan selesa. “Okey, mula jelaskan daripada A ke D.”
“Aku jumpa…” Raisya terkebil seketika. Seolah baru sedar ada yang tak kena. Mulutnya memuncung. Apa yek? Hah!
“Jelaskan daripada A ke D? Kenapa D?”
“Nanti aku bagi tahulah. Cepatlah! Banyak songeh betullah kau ni!”
Raisya menggeleng sendiri. Cuba nyahkan huruf ‘D’ daripada mindanya. Dia mula tumpukan perhatian kepada Dona.
“Aku jumpa dia masa reception Jaspal. Aku tak tahan duduk dalam dewan tu lama-lama, jadi aku keluar. Masa itulah aku jumpa dia. Aku attend wedding ex aku dan dia pun sama!”
Dona nampak keliru. “Jaspal tu ex dia jugak?”
“No!” pekik Raisya geli hati. Antara tawa yang terletus dia berkata, “Of course not!”
Dia cuba mengawal tawa tapi tidak pula mampu mengawal senyuman yang tidak mahu hilang dari ulas bibirnya. Tidak dapat bayangkan Fariz punya ‘hubungan’ dengan Jaspal. Fariz nampak ‘sihat’ di matanya dan adalah satu kerugian jika jejaka sekacak itu adalah tidak normal. Sayang sangat!
“Jadi dia hadiri wedding ex mana pulak?” Sebaik mengajukan soalan itu, ada perubahan pada roman muka Dona. Faham sendiri.
“Shereen?”
Raisya mengangguk.
“Satu kebetulan yang… terlalu kebetulan!” simpul Dona seraya menggesa Raisya. “Bagi tahu aku semua. Semuanya, sepenuhnya!”
“Aku kat luar dewan, tengah nangis!” Raisya rasakan jemari tangannya hilang dalam genggaman tangan Dona. Itulah Dona—sentiasa mengambil berat akan dirinya.
“Tiba-tiba mamat ni tegur aku. Dalam sekelip mata aku menangis, aku marah, aku geram, aku menangis dan kemudian aku ketawa. Aku tak tahu macam mana dia lakukannya. It just happened. Dia kata dia kenal aku, sepejabat dengan Jaspal. Masa itulah aku nangis untuk kali kedua.”
“Depan dia? Hampir lima tahun kenal kau, duduk serumah dengan kau, aku sendiri tak pernah ada peluang tu. Dan dia, tiba-tiba aje dapat tiket VIP for the show?”
“Itu pasal aku kata it just happened. Malah aku sendiri terkejut dan aku turut buat pengakuan yang aku tak pernah nangis depan orang luar, tambah pula orang asing. Tengah aku huhuhu… dia buat aku gelak bila dia bercerita tentang adik perempuan dia. For your information, her name’s Neesa and she’s pregnant.” Raisya menarik nafas.
“Aku keluar dari dewan dengan perasaan sebak. Aku hanya nak peluang untuk duduk in a corner and cry my heart out. Tiba-tiba dia datang dan semuanya jadi terbalik, tak kena. Instead of crying, I started laughing. Kemudian kami berbual, tanpa kenal. Masa itulah dia ada cakap dia akan temukan aku dengan Neesa kalau ada pertemuan kedua antara kami.
“Mulut celopar aku jugak yang kata teringin nak jumpa adik dia tu. Berbalik kepada pertemuan kedua, aku kata aku harap takkan ada. Aku cuma nak ingat dia sebagai orang asing yang muncul dalam hidup aku pada hari perkahwinan bekas kekasih aku. Tapi tak termakbul.”
“Bila pulak kau tahu namanya Fariz?”
“Aku nak ceritalah ni. Masa kami tengah sembang, Shereen datang, kemudian Jaspal. Secara tak langsung mereka yang bagi tahu kami, nama kami masing-masing. Shereen sebut nama dia, Jaspal sebut nama aku. Kemudian, lepas beberapa minggu aku mula nampak dia kat panggung GSC. Aku elakkan diri, anggap dia sebagai virus, sebab aku tak nak ada pertemuan kedua antara kami dan hanya nak kenal dia sebagai Fariz, orang asing.”
Dona mengangguk. Mula faham jalan cerita kisah Raisya dengan pemuda bernama Fariz itu.
Suasana antara mereka bungkam seketika. Raisya mahu buka mulut, menghalang sepi yang cuba mengambil tempat namun hasratnya dimatikan apabila pintu utama apartmen tiga bilik itu dibuka.
Dua batang tubuh melangkah masuk. Seorang daripadanya kembali mengunci pintu manakala seorang lagi pula menonong sahaja mengatur kaki ke ruang tamu dan duduk di sofa bertentangan dengan sofa yang didudukinya dan Dona. Bulat matanya melihat batang tubuh yang terjelepok lesu ke sofa itu.
Dona turut memandang.
Gadis di hadapan mereka melepas lelah dan mula sedar pada sunyi yang menghurung. Matanya tertancap ke paras Raisya dan Dona. “Lia mengganggu ke?”
Raisya dan Dona menjawab dengan gelengan.
“Hmm. TV tak buka, radio tak bunyi. Kak Raisya dan Kak Dona tentu sedang berkongsi rahsia ni…” usik Fieda tersengih nakal.
“Tau takpe!” jawab Dona mengenyit mata pada kedua-dua gadis yang berada dalam lingkungan awal 20-an itu.
Kedua-duanya baru mula menyewa bersama mereka lebih lapan bulan yang lalu. Sama-sama menghuni bilik tidur utama.
Manakala dia dan Raisya mengisi dua bilik tidur lagi. Mereka mungkin selesa tinggal serumah, namun privasi masih perlu buat kedua mereka. Lagipun Raisya suka tidur mengeruh! Mana nak tahan! Hehehe…
Malia dan Fieda tayang gigi.
“Sama-sama syif petang ke hari ni?” aju Raisya kepada dua wajah yang masih nampak ceria di balik letih yang mengulit.
“Ha’ah. Seronok sikit. Bukan selalu ada peluang ni!” Malia menerangkan.
“Tapi Fieda syif pagi esok! Kena tidur awal. Lia bestlah, syif petang jugak.” Fieda memuncungkan mulut kepada Malia.
Raisya dan Dona tersenyum melihat gelagat kedua gadis itu. Walau Malia dan Fieda seusia—sama-sama 22 tahun—namun antara keduanya, Fieda lebih manja dan kepoh. Malia pula sedikit pendiam di balik kemesraannya.
“Fieda mandi dulu tau. Fieda kena tidur awal. Lia kemudian.” Fieda bangkit dari sofa.
Malia mengangguk. Sama bangkit. “Lia baring-baring dululah dalam bilik. Penat. Nite, Kak Raisya, Kak Dona!”
“Nite, kakak berdua,” sampuk Fieda pula.
Kedua mereka sama-sama memasuki bilik apabila ucapan selamat malam mereka berbalas.
Sempat juga telinga Raisya dan Dona menangkap kata, “Lia jangan nak tidur tau. Jangan tidur sebelah Fieda kalau tak mandi,” daripada Fieda sebelum Malia menutup daun pintu.
Mereka berdua sama-sama tergelak kecil.
Dona mengalihkan mata ke arah Raisya sebaik pintu bilik Malia dan Fieda rapat ke tempatnya. “Seronok tengok dia orang. Macam tak ada masalah. Happy aje!”
“Selagi tak pakai ‘kasut’ mereka, bolehlah nak agak gitu.”
Dona mengangguk setuju. “Mmm. D for destiny.”
Raisya terkebil dengan peralihan topik Dona. Terlalu mendadak untuk diikuti. “Apa?”
“Tadi kau tanya, kenapa A ke D. A to D because D stands for destiny. Destiny, itulah jawapan untuk soalan kau tentang pertemuan sekali lagi antara aku dan Fariz. It’s not my destiny, but yours. Kebetulan demi kebetulan yang asyik temukan kamu berdua akan jadi satu takdir. And that’s your destiny, my dearest friend. Either you embrace it or not. Tapi aku nak kau embrace it. Siapa tahu dia orangnya untuk kau.”
“Orangnya untuk aku?” Raisya ketawa sinis. Lebih untuk diri sendiri.
“Don, kita tak cakap tentang ni. Kau dah jauh daripada topik asal. Aku tak nak jumpa dia lagi. Aku hanya nak kenal dia sebagai orang asing!”
“Orang asing yang ada nama? Come on, Raisya. Dia dah tak asing untuk kau. Nama dia Fariz, nama adik perempuan dia Neesa dan sedang mengandung, pernah jalinkan hubungan dengan Shereen dan sama-sama patah hati macam kau. Dah cukup untuk jadi orang yang tidak asing dalam hidup kau. Hubungan kau orang pun unik.”
“Hubungan? Don, kau dah hilang akal ke? Kami tak ada apa-apa hubungan. Inikan pula hubungan unik!” bantah Raisya tegas.
“Ada! Bukan hanya kebetulan yang temukan kau dan Fariz. Kau, patah hati dengan Jaspal. Kau orang bercinta dekat empat tahun. Kau ingat dialah orangnya, sampailah dua minggu sebelum wedding tu. Dia hanya beritahu kau dia akan kahwin dua minggu sebelum tarikh perkahwinannya. Itu pun sebab kau dapat tahu dan soal. Dia tak jujur, kan?
“Perkahwinan tu dah diatur sekian lama, tapi dia tak pernah rasa nak cakap langsung. Dua minggu sebelum wedding dia kata pada kau dia terpaksa kahwin dengan gadis pilihan keluarganya tapi dia akan usahakan cara untuk bercerai dengan gadis tu. Kau hanya perlu tunggu sampai hari tu tiba!”
Raisya mengangguk lemah. Kali ini tidak boleh membangkang bicara Dona. Kerana tiap patah ayat yang keluar dari bibir gadis itu adalah kebenaran—satu kenyataan berasas.
“Sekarang, dia terus ganggu kau. Sebab dia nak gunakan kau sebagai alasan untuk berpisah dengan isteri dia. Dia masih terus kacau kau sekarang, kan?”
Raisya mengangguk lagi.
“Dia tetap cuba walaupun aku mengelak. Don, aku memang sedih dan kecewa dengan apa yang dia buat. Untuk empat tahun, sebagai kawan, kemudiannya hubungan kami berubah. Jadi lebih istimewa. Aku percaya pada dia, sangat-sangat. Tapi dia hancurkannya sekelip mata.
“Perkahwinan tu dah diatur hampir satu tahun, tapi… masa itulah dia nak bagi tahu aku. Dua minggu sebelum wedding tu! Alasannya mudah, dah tak boleh lari daripada perkahwinan yang diatur kedua-dua pihak keluarga. Alasan bodoh dan tak masuk akal.” Hambar senyum yang dititip.
“Aku setuju! Kau okey cakap pasal semua ni? Sejak wedding tu, kau tak pernah sebut pasal semua ni. Satu-satunya perkara yang aku tahu tentang kau dan Jaspal sekarang, dia asyik ganggu gugat hidup kau.”
Raisya mengeluh perlahan. “Aku okey. Tapi sangat kecewa dengan sikap Jaspal. Betul-betul sedih dan…”Nada suara Raisya sedikit berubah. Parau. “Sedih sangat!”
Tangan Dona utuh mengaut tangan kanan Raisya yang sengaja mengalihkan muka daripadanya. Melempar mata ke arah jendela yang sudah terkatup kemas di balik langsir berwarna lembut.
“Kenapa dia buat macam tu? Aku masih tak faham. Takkah dia rasa kalau dia beritahu awal-awal, kami boleh usahakan sesuatu? Cetek sangatkah kepercayaan dia kepada aku? Dia ingat aku tak boleh hadapi semuanya bersama dia?” sambung Raisya merenung langsir yang terbuai dek tiupan angin daripada kipas yang berpusing.
Dona mengelus kura tangan Raisya. Dia faham rasa hati temannya itu. Sedih yang berbaur dalam diri Raisya hadir seiring dengan kecewa yang mengejar. Rasa kecewa yang amat mendalam.
“Kau masih pegang kata dia lagi? Akan tunggu… untuk hari tu tiba?”
Berhati-hati Dona menghadiahkan pertanyaan yang masih bersarang di hatinya semenjak tarikh dua minggu sebelum perkahwinan Jaspal dan Shereen, saat Raisya pulang dengan muka berserabut dan penuh dengan masalah. Sebaik sahaja meluahkan segalanya, Raisya terus hilang dari rumah itu. Pulang ke Tanjong Karang malam itu juga!
“Aku dah jadi bodoh selama empat tahun. Kau rasa aku tak akan belajar dari situ?” Raisya kembali menyoal, sekali gus memberi penerangan. Matanya tidak lagi pada jendela, sebaliknya berkalih ke roman muka Dona. Tunak di situ.
Dona menyeringai.
“I thought so. Sebab tu aku kata Fariz bukan lagi orang asing dalam hidup kau. Both of you are destined together. Kalau ada pertemuan sekali lagi, dia tak akan berdiam diri. Dia akan dekati kau dan tuntut janji. Kau kena jumpa Neesa. The only thing you could do, at least, try to do, is embrace your destiny!”
“No! Jangan bergurau, Don!” Beria Raisya menggeleng. Memikirkannya pun dia sudah jadi gerun, inikan pula untuk menerimanya sebagai satu takdir, destiny.
“Aku tak bergurau. Percayalah, dia akan kenalkan kau dengan Neesa.” Dona senyum girang. Seolah sudah boleh bayangkan saat itu.
Seketika, Raisya nampak cemas dan tidak kena. Kemungkinan itu menakutkannya. Namun dia cuba jauhkannya, sembunyikan di sudut hati paling hujung dan belajar menenangkan diri dan hati. Senyum kecil berarak di bibir.
“Percayalah, aku akan mengelak daripada diperkenalkan dengan Neesa!”
Dona mengangkat bahu lalu mula ketawa seronok. Tenang sahaja riaknya malahan sarat dengan keyakinan bahawa apa yang dikatakannya bakal terjadi.
Dan Raisya, hanya boleh mencemik bibir apabila kata sumpahnya itu dianggap satu jenaka dek kawan baiknya sendiri. Ianya tidak mampu menghalau kegirangan Dona yang diuliti keyakinan pasti.
“Cinabeng punya kawan!” gumam Raisya sendirian.
Published on July 23, 2012 03:01
.: Cinta Datang Lagi I Bab 5 :.
MATA Dona terkelip-kelip seketika. Berhenti. Kembali terkelip semula. Membuatkan Raisya yang sedang merenungnya jadi Chipsmore. Sekejap ada, sekejap tak ada.

Raisya mengeluh perlahan. “Aku okey. Tapi sangat kecewa dengan sikap Jaspal. Betul-betul sedih dan…”
Nada suara Raisya sedikit berubah. Parau. “Sedih sangat!”

.: cinta datang lagi [5] :.

Fariz Daniel aka Jimmy The Crocodile

July 20, 2012
.: sayang dia suam-suam [4] :.
Suasana di hadapan Vila Fatih yang luas itu hingar. Vila Fatih yang dari luar saja sudah dapat nampak bezanya. Dan sangat-sangat berbeza di halamannya pula. Dari muka hadapan pintu utama, kelihatan lima orang gadis dalam lingkungan usia 20 hingga 25 tahun berbaris. Kemas dengan pakaian berwarna hitam daripada kemeja yang tersarung sehinggalah seluar yang membaluti tubuh masing-masing. Apron hitam ikut melekat pada tubuh masing-masing. Rambut empat daripada lima gadis tersanggul rapi, tanpa anak-anak rambut mencacatkan kekemasannya. Manakala seorang lagi bertudung hitam, sama rapi letak duduknya.
Di sebelah kiri, bertentang dengan lima gadis tersebut, kelihatan empat orang lelaki berbaris. Tiga daripadanya mendekati usia 40-an manakala seorang lagi pertengahan 20-an. Seluar hitam serta kemeja hitam, berserta tali leher hitam pada tubuh masing-masing. Saling tak tumpah seperti Fahmi. Tampil kemas dan rapi.
Sirin yang baru mengatur langkah hendak memasuki Vila Fatih, terhenti di muka pintu. Kaku tengok tubuh-tubuh di kiri kanannya, berbaris bak kadet diberi arahan sedia. Sedikit kaget Sirin terima sambut sebegini. Nampaknya, memang banyak yang berubah pada Vila Fatih selama ketiadaannya. Semua jadi teratur, begitu formal. Walau sekejap tadi Syamsul sudah pun memaklumkan kepada dia secara ‘paksa’, betapa berubahnya Vila Fatih, namun tak pula Sirin jangka sebegini sekali. Tapi, rasa terperanjat serta rasa terkejut Sirin hilang apabila lihat dua wajah yang amat dikenalinya, sedang menghampiri. Bersama senyum mesra serta sepasang mata yang sarat dengan kasih sayang. Membuatkan Sirin tertewas dengan rindunya sendiri. Kalah kepada dirinya sendiri.
Nyata di sini, ada yang tidak berubah.
“Selamat pulang, Rin.” Senyum pada bibir Pak Tua melebar apabila kakinya terhenti di hadapan Sirin.
Benar kata Syamsul seketika tadi. Pak Tua di depannya kini bukan Pak Tua yang dulu. Kemas sekali dan nampak berkeyakinan. Malah, nampak segak, sekalipun usia lelaki itu sudah melebihi 60 tahun. Pak Tua masih nampak sihat dan kuat.
“Bukan macam tu, bang.” Mak Tua menyiku lembut perut Pak Tua. “Macam ni… Selamat pulang, anakku…” Dia mendepakan tangan. Berharap Sirin tak menghampakannya.
“MT…” Tanpa rasa teragak, Sirin menerpa ke dalam pelukan tubuh gempal Mak Tua. Pelukan inilah yang sering dirinduinya. Tapi selama ini dia perlu kuatkan hati atas apa yang telah dilakukan oleh Azaim.
Namun kali ini Sirin mengalah dengan hatinya kerana mungkin saja ini kali terakhir dia memeluk tubuh Mak Tua begini. Merasai hangat dakapan yang sarat dengan kasih sayang untuknya semenjak dulu. Selepas ini, dia tidak akan punya peluang sebegini.
“Selamat pulang, Rin, selamat pulang. Rindunya Mak Tua kat Rin. Rindu sangat.” Mak Tua memeluk kuat tubuh kurus Sirin. Mahu memuntahkan segala perasaan rindu yang terhimpun dalam hatinya selama berjauhan dengan gadis itu.
Mak Tua akan pastikan Sirin tak tinggalkan mereka lagi. Dia akan tentukan Sirin terus tinggal di Vila Fatih, menjadi salah seorang ahli keluarga arwah Tuan Azamuddin dan Puan Nurfatih. Secara rasmi.
Mak Tua sudahnya meleraikan pelukan lalu memegang kedua-dua pipi Sirin, perlu menjingkit sedikit dek ketinggian gadis itu, kemudian menarik wajah itu dekat ke mukanya. Dikucup semahu-mahunya setiap inci paras yang dinantikan sekian waktu.
“MT!” Sirin menjerit kecil, namun tak pula tolak kucupan-kucupan yang singgah. Ciuman bertubi-tubi itu juga masih belum berhenti. Hilang rasa sedih Sirin mengenang perpisahan yang bakal ditempuh tidak lama lagi.
Tawa Sirin meletus tanpa dia mahu. Galak dan kuat. Berdekah-dekah sehinggakan beberapa senyuman yang semenjak tadi cuba disembunyikan, akhirnya tersungging tanpa waswas. Kiri dan kanan tunjuk gigi.
“Ya Allah… MT, lemas budak tu kang. Hei, awak ni!” Pak Tua akhirnya menarik tubuh isterinya jauh daripada Sirin. Menyelamatkan gadis itu sebelum digomol lebih-lebih lagi oleh isterinya. Kerana Pak Tua faham betapa dalamnya rindu wanita itu, yang tersimpan lima tahun lamanya untuk Sirin. Dia menanggung harga rindu yang serupa, namun bukan caranya meluahkan perasaan itu sebagaimana yang dilakukan oleh isterinya—walaupun dia mahu!
Kata-kata Pak Tua membuatkan tawa Sirin berderai lagi. Lanjut. Sehinggakan tawa kecil lain, dari kanan dan kiri, ikut meletus.
“Apa abang ni! Saya rindukan Rinlah! Biarlah saya peluk cium dia!” Mak Tua melarikan diri daripada suaminya lalu cuba meraih semula tubuh Sirin.
Namun Pak Tua lebih pantas menyambar lengan Mak Tua. Membawa tubuh si isteri dekat dengannya kembali. Masih mahu jadi penyelamat Sirin.
“Saya tak nak awak lemaskan Rin. Tak bernafas budak tu bila awak peluk dia sekuat tu. Awak bukan saiz S, tapi XXL. Budak tu baru baliklah. Bagilah dia bernafas. Kang dia lari balik UK sana, baru awak tahu!” Pak Tua mencerun.
“Saya nak peluk dia, cium dia, suka hatilah!” Mak Tua belum mengalah. Membalas dengan pandangan tajam, sengit. Mulut pun dah muncung ke depan. Kalah cencorot.
“Ya Allah… MT, PT, Rin rindu sangat dekat MT dengan PT. Rindu nak dengar MT dengan PT tikam lidah macam ni, panggil PT, MT macam ni.” Kali ini Sirin melontar tubuh kepada kedua-dua orang tua di hadapannya. Tangan kanan peluk Pak Tua dan tangan kiri rangkul Mak Tua.
Merekalah yang sering menjaganya, tidak ubah bak anak sendiri, sebagaimana arwah Tuan Azamuddin dan Puan Nurfatih. Pelukannya pada tubuh kedua-duanya dieratkan. Mahu menjelaskan kepada mereka, dia turut merasai perasaan yang sama. Rindu yang serupa selama tidak bertemu. Malah mungkin saja di masa akan datang nanti.
MT, PT… maafkan Rin. Rin tak boleh terus kat sini. Rin tak kembali untuk bersama MT dan PT, sebaliknya untuk tinggalkan semua yang pernah Rin ada kat sini—walau ada untuk seketika saja. Ini bukan tempat Rin. Rin tak punya ruang kat sini. Tuan Azaim telah pastikannya. MT, PT, maafkan Rin…

Published on July 20, 2012 10:23
July 19, 2012
.: Salam Ramadan :.

Published on July 19, 2012 10:52
Bikash Nur Idris's Blog
- Bikash Nur Idris's profile
- 78 followers
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.