Bikash Nur Idris's Blog, page 18
July 19, 2012
.: salam ramadan :.

Published on July 19, 2012 10:52
.: sayang dia suam-suam [3] :.
Sunyi dan sepi. Begitulah keadaan bilik bacaan Vila Fatih ketika ini. Ruang bilik yang luas di tingkat satu banglo mewah tiga tingkat itu sudah lama dijadikan bilik bacaan oleh pemiliknya. Sejak arwah Tuan Azamuddin masih ada lagi. Malahan hingga kini tiada sebarang perubahan dapat dilihat di situ. Melainkan banglo itu sudah naik satu tingkat lagi.
Di dalam bilik bacaan, masih susun atur yang serupa, masih pilihan perabot yang sama. Sekalipun sudah tujuh tahun Tuan Azamuddin tidak lagi memenuhi ruang bilik itu. Bahkan ketika itu, bukan tubuh lelaki itu yang duduk di atas kerusi empuk di meja empat segi yang diperbuat daripada kayu jati itu. Sebaliknya tubuh lampai dan tegap milik anak tunggal lelaki itu—Azaim Azamuddin.
Ruang bilik bacaan itu seperti dahulu, penuh dengan pelbagai bahan bacaan. Memenuhi rak-rak buku yang mengambil ruang bilik itu. Di satu sudut pula terletak sofa tiga berangkai berwarna coklat gelap berserta dua buah kerusi daripada kayu jati. Di tengah-tengah antara kerusi tersebut ada sebuah meja kopi, juga diperbuat daripada kayu jati. Di satu sudut bertentangan pula sebuah meja sederhana besar dan kerusi yang amat selesa mengambil ruang bilik bacaan tersebut. Sering digunakan oleh Tuan Azamuddin dan kini Azaim. Rak kabinet setinggi lapan kaki, diperbuat daripada kayu jati, terletak di belakang meja tersebut, rapat ke dinding. Sarat dengan fail-fail dan bahan bacaan.
Ketukan perlahan pada daun pintu membuatkan Azaim mengalih kepala ke situ. Pintu itu sendiri diperbuat daripada kayu jati.
Ya, bilik itu memang serba kayu jati, pelbagai. Sebab itu Syamsul letak nama bilik jati. Namun, itulah pilihan arwah ibu. Dan arwah ayah, yang amat mengasihi isterinya, tidak mungkin menghampakan kehendak ibu kerana segala usahanya memajukan syarikat mereka adalah demi si isteri serta anak tunggal mereka. Malah, berkat kesabaran dan kesungguhan ibu membantu ayahlah akhirnya lelaki itu menjadi salah seorang lelaki yang disanjungi dalam bidang yang diceburi, yang dimulakan dari peringkat paling bawah.
Benarlah, di balik kejayaan seorang lelaki pasti ada seorang wanita di belakangnya. Yang begitu juga dengan Tuan Azamuddin. Di belakangnya berdiri Puan Nurfatih. Tak pernah jemu. Tuan Azamuddin lemah ke belakang, Puan Nurfatih tukang tolak supaya lelaki itu maju. Tuan Azamuddin terkaku tak dapat bergerak, Puan Nurfatih pimpin lembut dari belakang, mengajar lelaki itu melangkah. Atas itu, maka lahirlah Fatih Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat pengangkutan yang berdiri kerana titik peluh Tuan Azamuddin dan berkat sokongan tak putus Puan Nurfatih. Fatih, bermaksud pembuka atau perintis, nama pilihan Tuan Azamuddin, daripada nama isteri tercinta tentunya.
Kini Fatih Sdn Bhd berkembang pesat dan mempunyai lebih 100 bas pengangkutan, sama ada bas ekspres, bas sekolah, bas pekerja mahupun bas pengangkutan awam yang lain. Merangkumi hampir kesemua negeri utara, terutama sekali Pulau Pinang sendiri.
Seiring dengan naiknya nama Fatih Sdn Bhd, begitulah memuncak jadinya nama Tuan Azamuddin dan Puan Nurfatih. Syarikat tersebut bukan saja ketekunan mereka sebaliknya ikut jadi kebangaan mereka. Kini, Azaim pula menjulang lagi nama Fatih Sdn Bhd, lebih tinggi lagi, sesudah menerajuinya lebih tujuh tahun sudah.
Ketukan yang kedengaran sekali lagi buat perhatian Azaim kembali ke bilik bacaan. Ah, dia mengelamun jauh rupanya. Sempat Azaim menggeleng kecil atas sikapnya itu.
Hmm, siapa pula di balik pintu sana ketika ini? Hendak dikatakan Syamsul dan Sirin sudah tiba bersama Fahmi, tak mungkin. Sejak tadi dia memanjangkan leher ke luar jendela bilik itu, yang sengaja dibiar ternganga luas. Tiada sebarang tanda menunjukkan Sirin atau Syamsul sudah tiba. Malahan, telinga Azaim sendiri tidak menangkap bunyi kereta diparkir di halaman rumah atau nun di garaj sana.
Pendek kata, Azaim yakin bukan tubuh Sirin atau Syamsul di luar sana ketika ini, yang masih masih mengetuk pintu. Demi menagih perhatiannya yang asyik sasar semenjak tadi.
“Masuk,” kata Azaim sudahnya, melihat daun pintu tanpa jemu dengan aura Tuan Azaim.
Pintu bilik bacaan terkuak lalu seorang wanita bertubuh rendah dan gempal, melebihi usia 60 tahun namun comel macam arwah pelakon Yusni Jaafar, melangkah masuk ke dalam bilik bacaan. Bersama sebuah dulang di tangan.
Terus punah aura Tuan Azaim. Azaim sakan senyum.
“Mak Tua? Apa pulak yang Mak Tua bawa tu? Kan Im dah makan tengah hari tadi? Mak Tua sendiri duduk sebelah Im dan pastikan Im habiskan setiap butir nasi dalam pinggan Im. Dah lupa?” Azaim menjongket kening. Nakal, menggiat.
“Kalau Mak Tua tak buat gitu, mesti Im hanya akan jamah makan tengah hari tu. Bukan makan.” Mak Tua mencebik mulut.
“Ada beza ke jamah dengan makan?”
“Ya, ada,” cakap Mak Tua tegas. “Jamah, apa yang selalu Im buat. Sentuh sikit, tak habiskan, lepas tu terkejar-kejar ke sini semula. Hadap kerja, macamlah kenyang dengan kerja. Makan, apa yang Im buat tadi. Licin pinggan nasi tu. Tu kenyang yang betul. Bukan kenyang tak betul macam makan kerja. Faham!”
Mak Tua mendekati meja kerja Azaim, yang diduduki Azaim semenjak selesai makan tengah hari tadi. Sudah berjam-jam, Azaim di situ juga. Dengan kerja pejabatnya. Mangkuk putih di atas dulang di tangan Mak Tua tadinya diletak di atas meja sebaik pelapiknya lebih awal singgih ke situ. Berhati-hati, agar tidak mengotori meja itu mahupun kertas-kertas putih bertaip kemas yang bertaburan di situ. Membuatkan dia menjegil mata kepada Azaim kerana anak muda itu kembali memporak-perandakan meja itu. Sedang baru pagi tadi Mak Tua mengemasnya.
Sudah menjadi satu peraturan, bilik bacaan itu tidak pernah dibenarkan Azaim dikemas orang lain. Selain Mak Tua atau Azaim sendiri. Bab bila Azaim sendiri hanya akan berlaku apabila penyakit rajin Azaim singgah. Sedap jugalah mata memandang masa itu. Kalau masa rajin Azaim asyik pada suis tutup, heh! Sila bayangkan sendiri bagaimana rupa meja itu. Macam meja karam tak lepas-lepas.
Azaim menggaru telinga kiri. Sesuatu yang sering dilakukannya semenjak kecil tiap kali ditangkap kerana melakukan sebarang kesalahan. Akhirnya Azaim tayang gigi. Kerana itu sahajalah cara yang mampu elakkan dirinya daripada dimarah atau dibebel.
Mak Tua cuba-cuba berlagak serius. Tapi sengih manja mengada penuh gula-gula Azaim itu mengusir usahanya terus. Kalah lagi. Mak Tua menggeleng sambil senyum. “Tak berubah. Asal buat salah aje, mesti senyum manis gitu.”
“Selalunya, sebab senyumnya macam nilah Im dapat lepaskan diri kan…” Azaim kenyit mata pula.
Tawa Mak Tua meletus. Alahai, anak bujang yang seorang ini… Makin besar makin comel. Tambah pula dengan rupa fotokopi Kim Jae Wook itu.
“Hmm, kali ni pun sebab senyum yang ginilah Im terlepas,” ucap Mak Tua sambil usap rambut Azaim yang panjang. Lurus ke bahu. Lagilah nampak macam Kim Jae Wook, semacam sangat dengan pelakon Korea dalam drama Coffee Prince itu. Mata pun sepet begitu.
Kalau tak kerana muka yang sama itu, mungkin dia tak melayan habis drama tersebut. Yalah, Kim Jae Wook bukan hero utama kan. Tapi, sebabkan ada imbasan Azaim pada lelaki itu, atau sebaliknya, dia layan sakan drama itu malah Azaim siap belikan dia DVD drama tersebut untuk layanan semula demi cemburukan suaminya. Anak ini…
Berbalik pada rambut Azaim, memang semenjak dulu Azaim gemar sangat berambut panjang. Beberapa kali pernah ditangkap guru disiplin sekolah. Malah selalu sangat dapat potongan rambut secara percuma di khalayak ramai, di depan ruang perhimpunan sekolah. Tapi kini, tiada lagi guru disiplin untuk beri amaran atau percuma-percuma potong rambutnya ikut stail tak pernah diiktiraf. Azaim yang selesa berambut panjang, terus berambut panjang sepertimana dia hendak. Sebagaimana ketika ini Azaim selamba ikat separuh rambutnya. Mode bekerja.
Sekalipun usia Azaim sudah menginjak ke angka 30, namun untuk Mak Tua, Azaim masih anak kecil yang membesar di bawah perhatiannya. Walaupun Azaim sudah besar panjang begini, sangat-sangat tinggi daripadanya, namun Mak Tua tetap anggap diri pengasuh Azaim. Malahan, Azaim sendiri masih anggap dia begitu. Kerana itulah Azaim masih mahu bermanja dengannya dan tak pernah penat mengusiknya.
Tapi semua itu hanyalah ketika mereka berduaan atau di hadapan suaminya. Kalau ada orang lain bersama, Azaim tidak pernah jadi anak kecil Mak Tua. Sebaliknya memegang peranan tuan rumah dalam kalangan penghuni Vila Fatih. Bangkit aura Tuan Azaim. Namun, setiap ahli vila itu tahu perasaan sebenar Azaim kepada Mak Tua. Azaim menyayangi dia dan Pak Tua, suaminya, selayak keluarga sendiri. Jadi, jangan cuba-cuba buat pasal dengan mereka berdua. Buruk padahnya.
“Apa ni, Mak Tua?”
Perhatian Mak Tua jadi pegangan Azaim sepenuhnya. Tersenyum dia lihat gelagat Azaim menghidu hidangan di hadapannya. Kembang kepis hidung yang memang mancung itu. Mujur dapat ia daripada darah Pakistan belah arwah ayahnya. Kalau daripada arwah ibunya, tak adalah sebegitu mancung. Seadanya saja. Namun, cerita pasal rupa, Azaim memang lebih banyak ada darah Cina daripada Pakistan.
“Bubur kacang?” Azaim menggaul bubur kacang itu dengan sudu. Masih panas dan baunya sungguh menyelerakan. Walau perutnya sudah sedia kenyang dengan hidangan tengah hari tadi, namun kewangian bubur itu mampu mengundang seleranya semula. Masakan Mak Tua, apa sahaja, mampu menggodanya.
“Hmm, bubur kacang. Mak Tua baru masak tadi.”
Azaim senyum tipis. “Mak Tua ingat lagi…”
“Tentulah Mak Tua ingat. Mesti Rin sendiri rindukan bubur kacang ni. Kegemaran dia sejak dulu. Mak Tua tak mungkin lupa macam mana kita semua pujuk dia supaya jamah nasi masa dia mula-mula ke sini. Tapi sikit pun tak nak. Bila Mak Tua hidang bubur kacang ni, bukan main lahap dia makan. Sejak tu, bubur kacang ni jadi kemestian kat Vila Fatih. Dimasak setiap hari. Tak ada bubur kacang, tak makanlah budak tu.” Mak Tua macamnya hanyut. Mungkin kembali pada sepuluh tahun sudah.
Azaim angguk. “Bubur kacang memang segalanya untuk Rin. Dan, jangan lupa… tengah malam pun raid dapur nak makan bubur kacang punya pasal.”
Ketawa kecil Mak Tua terletus, mengenang. Kemudiannya, tawa Mak Tua berpadu dengan gelak Azaim. Ceria, lanjut. Namun, tawanya itu putus dulu. Ada keluh, ada sedar. Membuatkan Azaim diam. Disapa berat perasaan. Azaim boleh selam perasaan bergulung bagaimana yang ada dalam hati wanita yang bersamanya semenjak usianya sepuluh tahun.
“Tapi, sejak Rin masuk asrama, Rin dah tak nak bubur kacang. Dah pergi luar negara ni… mungkin tekak Rin dah tak boleh terima lagi. Tapi Mak Tua tak boleh nak halang diri. Tahu aje Rin akan balik, Mak Tua terus masak. Sebab Mak Tua tahu macam mana sukanya Rin dengan bubur kacang.” Mak Tua mengeluh kecil. Wajah tuanya mula digarisi kemurungan.
Azaim bangkit dari kerusi yang diduduki. Dia kaut tangan Mak Tua, yang hanya tahu membelainya semenjak kecil. Dia tidak kisah pada kata-kata mahupun tanggapan orang lain terhadapnya. Paling penting selepas arwah ibu adalah wanita ini, yang menjadi ibu keduanya semenjak dulu, mampu memahami apa yang telah dia lakukan lewat masa lalu. Pengertian wanita ini begitu penting buat Azaim.
“Mak Tua, bukan niat Im untuk ubah hati Sirin jadi macam tu. Mak Tua faham kan kenapa Im buat macam tu dulu? Kenapa Im nak Sirin keluar dari sini waktu tu?”
Soalan yang sarat dengan harapan agar diri difahami dan tak disalah erti itu buat Mak Tua memaniskan muka kembali. Tidak mahu Azaim menyangka dia menuding jari kepada anak muda itu. Mungkin Sirin berubah kerana Azaim, namun jauh di sudut hati Mak Tua, dia tahu bukan itu mahunya Azaim. Mak Tua tahu apa yang cuba dilakukan oleh Azaim ketika itu. Faham mengapa adanya tindakan sedemikian, walau diakui ia terlalu kejam untuk diterima oleh anak gadis 16 tahun. Sirin terlalu mentah untuk tangkap niat sebenar Azaim hinggakan hati kecil itu begitu terluka. Keputusan Sirin pula buat Azaim tutup terus pintu hati. Tak ada ruang.
Wajarkah dia menyalahkan Azaim untuk semua itu?
Tidak, ucap hati Mak Tua sendiri sudahnya.
“Im,” ujar Mak Tua, mengelus telapak tangan Azaim yang ada dalam tangannya. Demi menenangkan debaran yang dirasai oleh pemuda itu, yang tersua pada air mukanya saat ini. Mak Tua sambung bicara. “Mak Tua faham semua tu. Im buat semua tu untuk masa depan Rin. Tapi… Rin tak faham, Im…”
Azaim mengeluh perlahan. Membalas semula elusan tangan Mak Tua, Azaim buka peti suara. “Im tahu. Dia masih tak nak maafkan Im untuk tu. Masih marah dan benci Im. Kalau tak, dia takkan buat keputusan untuk ke UK lepas habis SPM dulu. Dia memang sengaja nak lari daripada Im. Im tahu…”
Mak Tua angguk-angguk. Faham sangat pada dilema Azaim itu. Dia masih dongak muka pandang Azaim yang menggalah. “Im, Mak Tua rasa dah sampai masanya…”
Dalam hati, Mak Tua panjatkan doa yang tak pernah henti dipanjatkan ke hadrat-Nya selama tahun berganjak ini. Berharap sangat agar Azaim tak memilih untuk terus bersembunyi di balik kisah silam itu. Azaim perlu depani Sirin, juga perasaan benci serta marah Sirin. Itu sahaja yang akan kembalikan Sirin kepada mereka. Kepada Azaim.
Azaim menggoyang kepala. Setuju dengan cakap-cakap wanita itu. “Memang dah sampai…”
Bunyi enjin kereta di halaman Vila Fatih menerjah kuping Azaim dan Mak Tua ketika itu juga. Membuatkan mereka menoleh ke arah jendela bilik itu. Dari situ, terus nampak tubuh Honda City yang selalu dipandu Fahmi.
Dari pintu belakang sebelah kiri kereta, keluar tubuh kurus setinggi 177 sentimeter, milik Sirin. Bersama pakaian serba hitam serta rambut berombak yang diikat ala-ala sanggul kontot. Malahan jelas beberapa helai rambut perang dengan sentuhan keemasan itu sudah mula longgar daripada ikatan, jatuh sentuh bahu. Ketidaksempurnaan yang mengindahkan mata melihat. Mata Azaim bicara begitulah.
“Memang dah sampai. Dan masih macam dulu…” Azaim mengenyit mata kepada Mak Tua yang tersengih mendengar kata-katanya.
“Mari,” ajak Mak Tua dengan wajah ceria. Masakan tidak, sudah hampir lima tahun dia menanti saat ini. Menunggu kepulangan Sirin, kembali ke Vila Fatih.
Sekalipun Sirin marahkan Azaim atas apa yang berlaku, Sirin tetap ahli keluarga Tuan Azamuddin dan Puan Nurfatih. Sebahagian daripada penghuni Vila Fatih. Semua itu termaktub semenjak Sirin mula jejakkan kaki ke rumah ini sepuluh tahun lalu.
“Mak Tua pergilah dulu. Pastikan dia selesa dengan bilik dia. Sebab Im tahu betapa bermaknanya bilik tu untuk dialah Im tak benarkan sesiapa pun ubah apa-apa kat situ. Melainkan satu. Itu pun sebab perlu.”
“Dia akan melenting.”
Azaim sengih. “Tu yang Im nak. Barulah dia akan cari Im, tak mengelak.”
Mak Tua senyum, mengangguk. “Yalah. Mak Tua pergi sambut Rin dulu.”
“Mak Tua, jangan bagi tahu Sirin Im kat situ. Biar dia ingat Im masih kat pejabat. Dan… tolong bawa bubur kacang ni keluar. Im nak makan dengan Sirin.”
Mak Tua turut saja. Dia kembali mencapai mangkuk putih di atas meja lalu melenggang keluar dari bilik bacaan, sambil menyanyi kecil. Menggambarkan apa yang ada di hatinya ketika ini. Sirin sudah pulang dan dia tak perlu menunggu lagi. Jika Azaim anak bujangnya, Sirin pula tak ubah seperti anak gadisnya. Sekalipun Azaim tak pernah mahukan sebarang hubungan kekeluargaan dengan Sirin—melainkan satu sahaja, yang akan Azaim usahakan sampai berjaya. Dan Mak Tua yakin, Azaim akan berjaya. Kerana darah Tuan Azamuddin dan Puan Nurfatih turut mengalir dalam tubuh Azaim. Darah yang tidak tahu apa itu erti putus asa, juga tidak pernah mengaku kalah sebelum memulakan perjuangan.
Azaim pandang Mak Tua sehinggalah wanita itu hilang dari bilik bacaan. Sebaik daun pintu terkatup kemas, bingkas Azaim melangkah menghampiri jendela. Mencuri peluang untuk melihat Sirin tanpa gadis itu sedar.
Itulah yang dilakukan Azaim semenjak Sirin nekad buang dia daripada hidupnya. Sirin tak pernah sudi untuk menentang mukanya. Sirin sering mencari alasan untuk mengelak daripadanya. Dia pula selalu menurut, kerana tidak mahu membantah kemahuan Sirin yang nyata tiba-tiba sahaja pandai degil yang sangat. Selain itu, tidak mahu menambah benci di hati Sirin, buatnya.
Mata Azaim lembut menyapa tubuh berpakaian serba hitam itu, hanya sedikit putih melintang saja pada tee di balik kardigan ala kotnya. Tanpa jemu, merenung semuanya, dari atas ke bawah. Mencari sebarang perubahan. Namun, Sirin ini tetap Sirin itu. Masih serupa pada kasarnya mata. Dan dia yakin tahi lalat di atas hidung mancung itu juga masih di situ, walau tidak boleh dilihat dari jaraknya. Malahan, warna kulit Sirin masih keperangan begitu, punya sentuhan keemasan sepertinya. Dan sinar yang menyelesakan mata Azaim itu buat dia tak hendak lepas melihat langsung. Indahnya ciptaan Tuhan itu.
Itu baru jarak jauh, kalau jarak dekat… ah, betapa lebih indah!
Tiba-tiba, Syamsul yang masih setia di samping Sirin, menoleh kepala. Tepat ke wajah Azaim yang tersua di balik jendela bilik bacaan. Seolah-olah tahu Azaim akan berdiri di situ. Sahabatnya itu sempat mengerdip mata kepadanya sambil tersengih.
Azaim ikut sengih, kemudian tumpuan Azaim semula kepada Sirin. Sudah sampai masanya, Sirin. Sudah sampai…
*****
Muka sombong seorang Sirin.Sirin yang hanya mahu menjaga hati sendiri.

Published on July 19, 2012 07:31
.: sayang dia suam-suam [2] :.
Sirin terus tumpukan perhatian pada novel di tangan. Novel yang baru tadi dia beli. Novel yang tak berbalut lagi. Semuanya sebab tak mahu bagi peluang Syamsul rajin-rajin nak buka mulut, ajak sembang. Walau sebetulnya perhatian Sirin tak sepenuhnya pada novel itu pun. Namun dia terus berpura-pura. Tak naklah pemuda di sampingnya perasankan rasa tak selesa yang hurung dirinya. Sirin mesti bijak sembunyikan semua itu dari mata Syamsul. Syamsul ini jenisnya pemerhati yang tak lepas. Tak kenal orang, boleh dianggap mata keranjang.
Sirin tak pernah selesa hendak kembali ke dunia ini sesudah apa yang terjadi. Sesudah dunia ini sendiri membuang dia. Tak kisahlah kalau ada yang kata dia mahu larikan diri. Sejujurnya, itu memang benar. Itulah yang sedang dilakukannya. Melarikan diri daripada mendepani ini semua. Dia tak sekuat mana pun. Cukuplah dia dicampak keluar dari istana impiannya. Yang disangka akan jadi tempat dia berteduh untuk selama-selamanya. Yang disangka akan jadi rumah terakhirnya sampai ke sudah.
Dia yang bermimpi dan lelaki itu sedarkan. Jadi dia tak ada hak untuk salahkan lelaki itu. Sememangnya Vila Fatih itu bukan rumahnya, tidak istana impiannya. Tapi…
Mengapa hatinya masih sakit sedang semua ini sudah terlalu lama dilalui? Mengapa perasaan marah masih menggebu sedang semua ini pernah berulang kali berlaku kepadanya? Mengapa ada perih yang amat, jauh di sudut hati, sedang sekian lama dia cuba ajar diri untuk jauhkan rasa tercarik luka itu?
Ah!
Sirin memang tak punya jawapan untuk semua soalan-soalan itu sekalipun selama ini dia teraba-raba mencari. Malah dia yakin, dia tak mungkin menemui jawapan bagi setiap soalan yang berlegar-legar dalam benaknya, semenjak usianya 16 tahun lagi. Melainkan kalau Sirin berani-berani nak soal lelaki itu, yang jadi penyebab dia rasai semua kegalauan ini. Pasti setiap persoalan bakal berjawab, malah mungkin saja akan turut mengakhirkan penantiannya. Namun, Sirin tak punya kekuatan sedemikian. Bukan spesies Power Rangers bagai, boleh bertukar dengan sekali jerit. Jadi, adalah lebih elok jika dia terus teraba-raba, daripada mendepani kenyataan yang mungkin saja bakal menghancurlumatkan sekeping hati miliknya, yang sudah sekian lama ditoreh-toreh sampai luka.
Itulah pilihan Sirin. Jadi penakut!
Sirin goncang lembut kepalanya. Hendak jauhkan semua perkara yang menyakitkan itu daripada sekeping hati. Juga kotak fikiran. Mata Sirin kembali menerpa bait kata pada dada kertas putih novel. Masih di halaman yang sama semenjak Sirin mula-mula masuk ke perut Honda City ini, 15 minit yang lalu. Masih tetap kembali pada ayat serupa.
Biasanya lelaki memberikan cinta untuk mendapatkan segalanya, sedang wanita memberikan segalanya untuk mendapatkan cinta.
Keluhan kecil terhambur keluar dari kerongkong Sirin. Luar kuasa, tak sempat halang. Tapi takkanlah nak brek tengah jalan kan. Sah-sah brek dah tak makan. Kalau makan pun lain macam bunyinya kut. Makanya, lepas sajalah. Dia terlalu tenggelam dengan permasalahan jiwa yang meragut ketenangan. Bahana jiwa kacau!
“Kenapa, Rin?”
Soalan yang kedengaran daripada pemuda di sebelahnya buat Sirin mengeluh sekali lagi. Penuh perasaan sebab kali ini memang sungguh-sungguh nak lepas tanpa brek. Nak tunjuk terang-terang kepada makhluk penyibuk ini, yang buat dia rasa nak makan orang saja. Sirin katup novel lebih 500 muka surat di tangan. Aci hentak saja. Sampaikan Syamsul yang senget kepala tengok dia, angkat kening. Sirin tak peduli semua itu. Tatkala fikiran sendiri tak mampu dikuasai oleh diri, tak ada masalah nak berusaha untuk tenangkan lelaki ini.
Sirin menoleh muka. Menumpah pandang ke muka anak mami jejaka bernama Syamsulbahri Abdulsalam yang ada bulu-bulu halus di atas bibir dan pada dagu. Tajam mata Sirin tujah paras yang manis melempar senyum buatnya. Walau seketika tadi senyum itu sumbing sikit sebab terkejut kalah kucing. Syamsul dengan senyuman, memanglah tak mampu dipisah sejak dulu. Sebagaimana kemesraan dan keramahan milik Syamsul, begitu juga senyuman. Ramah mesra sepanjang zaman. Sekalipun yang berdiri di depannya adalah seorang musuh.
“Tak ada apa-apa, Abang Syam.” Sirin jawab juga sudahnya. Dengan senyum plastik ajuk senyum ori cik abang sebelah. Sambil itu dia betul-betulkan tee melintang hitam putih yang hampir terselak pada bahagian perut sebab sejak tadi asyik alih punggung. Nasib tak nampak apa-apa yang tak patut.
Dia, Sirin binti Hassan, memang sejak dulu selesa dengan tee. Biasanya berlengan panjang dengan padanan jean. Cuma yang ini berlengan pendek lalu dia padankan dengan kardigan ala kotnya itu. Hadiah daripada salah satu tempat ‘kerjanya’. Dan selalunya, yang sangat selalu, pakaian pilihannya serba hitam. Bagi Sirin, apa saja yang berwarna hitam adalah sesuai dengan warna kulitnya yang coklat keseluruhan. Pilihan pakaiannya banyaknya daripada gender-bender clothing. Pakaian yang sesuai untuk lelaki atau perempuan. Kerana ia sesuai untuk bentuk tubuhnya yang sangat kurus dan cukup tinggi.
Kata Robert, teman baik Sirin, kulit Sirin tanned. Macam brownies coklat yang sedap dimakan. Cumanya Sirin macam brownies coklat yang sedap dipandang. Mungkin sedap dimakan boleh masuk senarai kalau kena gaya, kata Robert lagi. Bahagian itu Sirin tak faham. Sebab tak faham, sudahnya dia tak kisah. Tak kisah juga Robert dan kawan sekuliah lain yang rapat, Jacob, Marie-Elena dan Alena, memanggilnya Brownies malah selalu ejek-ejek dia tak kenal warna lain selain hitam. Biarlah dia nak suka hitam, yang dia rasa satu-satunya warna yang padan dengan warna kulitnya.
Tapi Robert, kawan paling baik yang selalu cari pasal tapi sangat sayang dia itu, gemar sangat panggil dia B di khalayak ramai. Untuk sakitkan jiwanya sebab dia selalu marah Robert kalau Robert panggil begitu. Sirin cuma tak gemar dan tak nak orang lain anggap dia spesial untuk Robert. Kalau orang baru nak kenal, memanglah akan sangka B Robert itu untuk baby, gadis sayang-sayang Robert. Walaupun hakikat, memang dia gadis sayang-sayang pemuda itu, tapi taklah ke tahap baby, I love you. Sikit pun tak layak!
B Robert pendek untuk Brownieslah tentunya.
Sememangnya sejak Sirin mula-mula jejak kaki ke School of the Built Environment, kebanyakan rakan-rakannya adalah dalam kalangan bukan rakyat Malaysia. Bukan Sirin tak nak kawan dengan teman senegaranya sendiri. Dia nak. Tapi, dia jenisnya berat mulut selagi tak ditegur orang. Teman senegara pula tak pernah meneka yang Sirin dari tanah air yang sama kerana kulit dan wajahnya yang selalu dianggap orang gadis Siam. Malah, sebab itu jugalah Alena tegur dia dulu sebab sangka mereka berjiran saja. Rupanya Alena salah sangka. Malahan, yang menegur dia selepas itu hanyalah orang negara luar. Dah ditegur, retilah Sirin nak buka mulut membalas.
Bila geng satu kapal terbang dapat tahu Sirin orang Malaysia kemudiannya, tambah menjauh pula mereka jadinya. Tanggapan mereka, dia seorang gadis sombong kerana memilih untuk bergaul dengan pelajar bangsa asing sahaja. Dan tak sedar diri kerana mengubah penampilannya agar nampak lebih barat supaya boleh bergaul dengan lelaki-lelaki barat, terutamanya Robert dan Jacob, yang memanglah kacak lagi tampan orangnya. Sedang mereka tak tahu pun hakikat penampilannya atau sebab keakrabannya dengan Robert dan Jacob.
Rambutnya memang asli perang dan ada sentuhan keemasan. Bukan tempek warna. Kulitnya memang perang keemasan, seolah-olah dapat servis tanning. Bukan dia buat sesuatu untuk hasilkannya. Sepasang anak mata pula coklat cair. Bulu romanya memang perang emas yang kadang nampak lebih emas. Bukan dia sendiri cari penyakit untuk dapatkan hasil sebegitu. Pendek kata, satu sen pun tak keluar tahu! Panjang kata, setiap apa yang ada pada tubuh Sirin, fizikal Sirin, adalah asli lagi tulen. Tulen, bang, punya kes.
Apabila desas-desus ini bermula, Sirin hendak cuba terangkan pun tak guna. Tak seorang pun antara geng satu kapal terbang itu terasa mahu tanya atau selidik hal betul. Terus menghukum dengan teori tanpa asas. Dan Sirin, tak pernah ada kuasa mahu buka mulut dan jelaskan yang nyata kerana mereka-mereka itu tak adanya nak percaya. Tetap yakin dia mengubah ciptaan Tuhan. Jadi, baik dia jimatkan air liur.
Sudahnya, lantaklah!
Itulah perkataan yang berkali-kali diulang oleh Sirin demi memujuk hati sendiri. Mereka tak pernah cuba dekati, tapi sudah buat kesimpulan. Dia tak pernah elok dalam apa saja hal berkait dengan tanggapan pertama. Selalu disalah tebak orang. Jadi, dia diam tanpa betulkan persepsi teman-teman senegaranya itu.
Maka… lantaklah! Ayat pujuk hati dan diri kan, guna pakai selalulah!
“Betul Rin tak apa-apa?” Syamsul pecahkan bungkam ruang Honda City sesudah lama memandang saja raut Sirin. Walaupun terpaksa senget-senget badan menengok.
Wajah yang semenjak masuk ke perut kereta hanya pamerkan serius tiba-tiba disambar suram. Itulah yang pancing perhatian Syamsul. Membuatkan Syamsul menghadiahkan soalan tersebut di luar sedar. Namun kini, Syamsul sedar akan kesalahannya. Sebaik saja mendengar soalannya, Sirin kembali pada persona ciptaannya semula. Topeng kembali ke muka. Kembali pamerkan riak serius demi menutup apa yang ada dalam hatinya kerana Sirin tidak percaya dia perlu berkongsi hal perasannya dengan sesiapa.
Sirin ini hanya percaya kepada dirinya sendiri. Bukan orang lain.
Sirin menggeleng kepala. Menjawab soalan Syamsul yang masih setia merenung dia seolah-olah dia baru tumbuh telinga ketiga. Aku cuma ada dua telingalah. Macam kau jugak! Yang duk perhati macam tak pernah tengok rupa telinga, apa hal! Tapi Sirin sedar, Syamsul bukan memerhatinya sebegitu sebab tak pernah lihat rupa telinga sebelum ini, sebaliknya kerana pemuda itu sempat membaca apa yang tersua pada wajahnya seketika tadi. Dalam kegalauan minda, dia tersasar daripada menyekolahkan mukanya seperti selalu.
Ah, bodohnya dia! Bukankah selama ini dia bijak sembunyikan perasaan daripada terlihat pada raut? Kenapa pula sekejap tadi dia gagal? Syamsul lebih dulu menangkap itu semua sebelum dia sedar. Ah, tentu saja berita ini akan sampai ke telinga itu apabila mereka tiba di Vila Fatih nanti. Telinga Azaim.
Syamsul dan Azaim, tak pernahnya biarlah rahsia. Sungguh punah!
“Rin tak nak tahu apa-apa pasal Vila Fatih atau penghuni-penghuninya?” Berhati-hati Syamsul menghadiahkan soalan. Tidak mahu Sirin terus meradang dengan diri sendiri kerana tersasar topengnya, sehinggakan dia sempat menangkap suram wajah itu.
Sirin terlalu sensitif apabila libatkan itu semua. Sirin tak mahu sesiapa pun tahu akan apa yang dirasainya sekiranya dia tak mahukan ia. Kerana itulah Sirin memilih untuk bersembunyi di balik topeng buatannya itu. Sesuatu yang Sirin pandai buat semenjak pagi tujuh tahun yang sudah.
Sejak berada di dalam perut kereta, bersama senyum manis, Syamsul cuba ajak Sirin berbual. Mengeluarkan lebih daripada dua patah kata—ya dan tak saja, sambil angguk dan geleng saja. Dan, kegagalan jadi hadiah. Sirin, kalau dia nak jadi bisu buatan sehingga mereka tiba ke Vila Fatih, gadis itu pasti akan lakukannya. Akan begitu teruslah Sirin. Maksudnya, Syamsul kena tukar strategi. Dia perlu bijak eksploitasi keadaan.
Daripada menunggu Sirin buka mulut keluarkan suara, lebih baik dia saja bercakap. Tak kisahlah cakap seorang diri pun. Asalkan ruang kereta ini tidak disambar kebisuan dan kesepian, yang kian menghambat kebosanan Syamsul.
Ah! Ini bukan satu perkara baru, jadi mengapa dia masih rasa hampa? Bukankah Sirin sudah jauh berubah? Bukan lagi Sirin yang malu-malu tiap kali berdepan dengannya, menjawab setiap soalannya dengan wajah tunduk-tunduk segan.
Kini, Sirin sudah lain sama sekali. Hanya reti bersikap dingin dan serius. Namun ada dua perkara baru sudah berlaku. Inilah kali pertama dia nampak suram yang Sirin sembunyikan. Selama masa ini, sesudah tujuh tahun ini, inilah kali pertama Sirin tak mampu kaburi mata kasarnya. Silapnya hanya satu, menyoal di luar perasan. Dah Sirin sedar diri. Sepatutnya dia diamkan saja. Ini tidak, gatal mulut bertanya. Lebih tidak selesa jadinya Sirin sebab kantoi sudah…
“Tak.”
Jawapan singkat daripada Sirin, akhirnya, membuatkan Syamsul tayang gigi. Tidak terus melayan perasaan lagi. Sesudah sekian lama sengaja senyap kalah tunggul, jawapan Sirin adalah tak? Itu menandakan gadis itu tidak berminat untuk dengar apa-apa berita mengenai Vila Fatih atau penghuninya. Nampaknya Sirin sudah kembali pada topeng ciptaannya. Tapi Syamsul tak sebaik itu untuk menuruti kemahuan Sirin.
“Eh, mana boleh tak…” Saja-saja Syamsul leretkan kata. “Rin kenalah tahu pasal Vila Fatih, penghuni Vila Fatih. Dah dekat lima tahun tak balik, mestilah ada banyak perubahan. Dan Rin perlu tahu tentangnya. Kalau tak semua, sikit pun tak apalah.”
Syamsul sengetkan tubuh sakan. Bersandar pada pintu kereta, ngam-ngam selesa. Terus Syamsul nampak jegilan mata coklat cair Sirin. Mata yang boleh patahkan mana-mana renungan. Dan dia juga boleh nampak tahi lalat kecil yang jelas pada sebelah kanan batang hidung mancung itu.
“Saya tak naklah!” Sirin sengaja bulatkan mata lebih-lebih. Gertak ekstra. Dengan harapan lelaki itu memahami maksudnya.
Tapi tak ada maknanya. Syamsul tiba-tiba jadi pekak. Selamba mengatur kata walaupun mata Sirin hampir terlolos keluar dari soket mata.
“Mak Tua sekarang ni dah jadi ketua maids Vila Fatih. Kalau dulu hanya ada Mak Tua dengan Pak Tua dan dua orang tukang kebun dengan dua pembantu rumah aje, kan?”
Sirin diam.
Syamsul tak kisah. Selamba pula meneruskan cerita terbaru Vila Fatih dan penghuni-penghuninya. Nak dengar ke tak nak ke, awak punya hal, Cik Sirin. Asalkan suaranya kedengaran.
“Now, we have six maids. Locals. Im senang tolong orang satu negara sebelum orang luar. Kebanyakan maid tu daripada keluarga kurang senang dan perlukan bantuan. Azi, Leha, Jija, Farah, Intan dan Zulfah. Zulfah yang paling tua antara dia orang, anak yatim piatu. Walaupun Abang Syam tak pernah jumpa dia. Which is remarkably weird.
“Azi dengan Leha bertugas kat tingkat satu. Pastikan setiap sudut sentiasa bersih dan kemas. Jugak bertugas untuk layan tetamu. Intan dengan Farah pulak kat tingkat dua dan tiga, bersihkan setiap bilik serta… apa yang patutlah agaknya. I don’t know their job’s spec that much. Kadang tu kalau ramai sangat tetamu kat Vila Fatih, dia orang tolong Azi dengan Leha. Jija pulak bertugas di dapur. Zulfah bahagian dobi, yang mana Abang Syam rasa tulah sebab Abang Syam belum jumpa dia. Mak Tua akan perhatikan kerja-kerja dia orang dan setakat ni semuanya memuaskan hati. Mak Tua masih pengasuh Im, sampai sekarang. Jugak Rin. Malah, Mak Tua masih memasak untuk Im yang nakkan air tangan dia. Tambah pulak dapur memang department Mak Tua kan. Jija tu pembantu Mak Tua.”
Sirin tayang muka bosan. Tanda setiap cerita terkini dan agak-agak sensasi yang dilagukan Syamsul tidak menarik perhatiannya. Namun, dalam tak sudi, telinganya tangkap juga bait-bait itu. Dah duduk sebelah-sebelah macam ini, mana boleh nak tahan-tahan telinga. Ingat pili air ke boleh buka tutup!
“Pak Tua sekarang ketua untuk semua pekerja lelaki. Kita ada lima pekerja bawah Pak Tua. Fahmi, yang tengah memandu ni…” Syamsul muncungkan mulut ke arah Fahmi yang sempat tayang gigi apabila namanya disebut. “Fahmi, pemandu kita. Tiga orang tukang kebun, Ali, Omar dan Saleh, yang ditugaskan untuk pastikan setiap tanaman arwah aunty dijaga dengan rapi. Rin sendiri tahu macam mana sayangnya aunty kat semua pokok-pokok dan bunga-bunga yang dia tanam tu. Fuad, bertugas kat bahagian dobi, dengan Zulfah.
“Pak Tua sekarang tak macam dulu lagi. Bukan main segak lagi. Siap pakai vest dengan tali leher bagai. Tugas dia, terima tetamu. Asal ada orang nak masuk Vila Fatih, hah… dari pintu luar lagi kena hadap dia. Lulus soal jawab dengan Pak Tua barulah dibenarkan masuk. Macam… apa masa zaman Inggeris dulu? Hmm?” Syamsul menggaru-garu dagu, berfikir.
“Butler.” Sirin gigit bibir. Gatal mulut! Dia menyumpah diri sendiri. Siapalah yang suruh jawab!
Syamsul mengangguk sambil memegang hidung dengan jari telunjuk dan ibu jari. Tiga jari lain mengembang ke bawah. Mencari peluang untuk sembunyikan senyuman yang melebar apabila mendengar jawapan Sirin. Mungkin Sirin tidak mahu tahu apa-apa perkembangan Vila Fatih mahupun penghuninya, namun gadis itu tetap beri perhatian pada setiap kata-katanya. Hehehe!
“Yeah, butler. Thanks, Rin. Abang Syam terlupa…” ujar Syamsul selepas mampu mengawal senyuman girang.
Sirin diam beku.
Im, ni semua salah kau. Walaupun niat kau baik, tapi cara yang kau guna adalah salah. Sampaikan jadi luka dan luka lagi hati Sirin. Luka itu amat dalam. Apalah yang mampu difahami gadis kecil yang belum pun sampai usia 16 tahun tu? Sudahnya, Sirin membesar dengan kelukaan itu. Membuatkan Sirin lebih berjaga-jaga agar hati itu tak sakit lagi. Sama ada dalam sedar atau luar sedar, Sirin akan pastikannya. Syamsul yakin.
Aku tak yakin kau akan berjaya, Im. Tapi aku akan tepati janji aku. Sebab kau nyata perlukan aku. Seperti dijanjikan, aku akan tolong kau. Aku akan sentiasa di belakang kau sebab aku jelas pada perkara yang Sirin tak pernah tahu sampai sekarang. Dalam diam, Syamsul hampar janji yang sudah berulang kali jadi halwa telinga Azaim, sahabat baiknya semenjak kecil lagi.
“Hmm, tak nak tahu perkembangan terbaru Abang Im Rin?” Sengaja Syamsul menggiat begitu, dengan senyum nakal.
Apabila laju nonong Sirin toleh kepada Syamsul, memandang geram serupa nak makan orang dengan pilihan ayat Syamsul, naik dua kali ganda Syamsul kerdip mata. Nakal kuasa dua.
“Dia bukan Abang Im saya!” Sirin menekan penuh perasaan tiap payat perkataan. Tegas dan sarat perasaan sebenarnya, yang dia hadiahkan khas untuk Azaim. Segala perasaan sangat tidak suka kepada Azaim dia sua pada sebaris ayat itu.
Bukankah Syamsul tidak pernah rahsiakan apa yang dia kata? Bukankah Syamsul akan sogok setiap yang dia kata ke telinga Azaim? Bagus. Keranan dia mahu Syamsul nyatakan ia kepada Azaim. Sebiji-sebiji, dengan tak suka sedebik-sedebik juga! Biar Azaim sedar betapa dia benci pemuda itu, yang pernah memberi peluang kemudiannya merampas ia secara kasar sebelum dia sempat nikmati ia.
Syamsul tayang gigi. Tersengih macam anak kambing tak cukup gigi. Hmm, Im, kau kena kerja lebih ni. Ni bukan tahap serpihan api dah. Ni… api menyala marak membara tahu. Kalau kau cuba nak dekat, sah-sah kau kena bakar punya. Tapi aku tahu kau sanggup sama terbakar. Lagipun, marak api, kawannya api. Hati Syamsul ada jugalah nak rasa simpati untuk Azaim. Tapi seketika saja rasa itu. Sengihnya kian melebar saat membayangkan Azaim terkial-kial memujuk hati yang pernah dilukainya ini. Bermain-main di hadapan mata.
Walaupun Azaim teman paling baik pernah Syamsul ada, benar-benar sahabat yang tiada dua, namun adegan sebaik itu, yang sekali seumur hidup, masakan dia hendak lepas. Dia belum pernah lihat Azaim berlutut di hadapan seorang perempuan. Jadi, janganlah salahkan dia kalau dia sudah tak sabar menunggu saat itu tiba.
Sirin menarik muka masam apabila Syamsul terus menjalankan upacara mengira batang-batang gigi daku. Ingat aku doktor gigi gamaknya. Duk tayang gigi-gigi putih dia macam tu, nak minta tolong cek kut. Kalau aku cek, aku gril kasi lubang bolehlah! Hati Sirin kian jelak. Syamsul pun sama dengan teman akrabnya. Reti menyakitkan hati orang saja. Sebab itulah jadi sahabat sehidup sejiwa kut! Uh!
Dengan muncung mulut mendepa sakan tunjuk sakit hati, Sirin kembali membuka novel di tangan dan membaca…

Uh! Sirin merengus tanpa pedulikan Syamsul di sisinya, yang sudah mula ketawa lanjut bak orang hilang akal, terlekap pada dinding kereta, tiada upaya tahan diri.
*****
bertukar!inilah hasilnya...

Published on July 19, 2012 01:00
July 14, 2012
.: sayang dia suam-suam [1] :.
Suasana di Lapangan Terbang Bayan Lepas ketika ini sedikit sunyi berbanding beberapa minit tadi. Bersama Gucci luggage bag yang kejap di tangan, disorong, dia mencepatkan langkah apabila dilihat tiada sebarang muka yang dikenalinya di balai menanti. Untuk terus menunggu, dia tidak betah pula. Menanti tanpa buat apa-apa, itu bukan dia. Tambahan pula beberapa orang penumpang yang sama-sama baru tiba sudah lama beransur. Berpelukan bersama sanak saudara yang datang menjemput kepulangan mereka lantas berlalu bersama senyuman, yang basah terkuntum pada sepasang bibir masing-masing. Kegembiraan jelas terpancar pada setiap wajah.
Dan dia pula tidak mengharapkan semua itu. Dia hanya hendak hilangkan kepenatan yang menghambat diri selepas separuh hari dibendung ia. Bukan menginginkan pelukan mesra atau senyum gembira menyambut kehadirannya di sini. Yang mana dia yakin tak mungkin diperoleh. Dia sudah lama ajar diri untuk tak menghendaki itu semua. Cukup-cukuplah.
Dia meneruskan langkah kaki tanpa peduli siapa pun di sekitar. Dia pasti orang yang sepatutnya datang menjemput masih belum sampai. Kalau tidak, sudah lama tubuh yang sarat letih ini tiada di sini lagi. Daripada duduk menanti macam orang dungu, ada baiknya dia buat sesuatu untuk isi masa. Taklah bosan sangat jadi penunggu. Tak pasal jadi penunggu balai menanti pula. Lebih baik cari bahan bacaan untuk isi waktu.
Gucci luggage bag yang tak seberat mana, yang sejak tadi disorong, akhirnya diletak bersebelahan kaki, yang terhenti di hadapan kios yang menjual pelbagai bahan bacaan daripada pelbagai kategori. Tersusun naskhah akhbar harian. Sayang sekali dia paling tak suka baca akhbar. Dia jenis habiskan masa tengok berita, bukan baca berita. Sibuk hendak cari bahan bacaan bukan akhbar, mata dia terus nampak naskhah-naskhah novel yang terpamer di satu sudut kios itu. Tertera tag Terbaru di situ. Kalau dia dan novel, memang lajulah mata nak nampak.
Dia capai semula Gucci luggage bag seraya dapatkan sudut Terbaru. Kemudian Gucci luggage bag kembali di sebelah kaki. Mata melilau sakan pada novel-novel terpamer. Novel Melayu. Dah dituliskan terbaru, saja sangatlah kalau novel Inggeris diletak. Dia belek-belek novel Melayu di situ. Daripada penulis pelbagai, penerbit berbagai. Dan kebanyakan daripadanya sudah pun dia miliki. Bukan dia sendiri yang membelinya kerana kesemua novel ini tidak dijual di UK. Namun, rindunya pada novel-novel Melayu, yang menjadi kegemarannya semenjak mula berada di sekolah menengah, terubat juga. Semuanya sebab setiap bulan, beberapa naskhah novel akan tiba untuknya. Dari Malaysia.
Dua buah novel, yang nyata tidak tersusun di rak novel rumah sewanya sesudah diterima lebih dua minggu lalu, memancing perhatiannya. Dicapai kedua-dua novel tersebut lalu dibelek kulitnya. Kedua-duanya adalah novel daripada penulis baru. Perhatian dialih pula pada sinopsis novel tersebut. Tertariklah perhatian. Bagi dia, secara tidak sengaja setiap rentetan dalam sesebuah novel membawa pengajaran serta informasi. Berkarya sambil menyampaikan ilmu, kerja luar sedar penulis yang dia selalu perasan. Dalam setiap novel ada saja mesej disumbat masuk. Ada cinta yang sarat. Bukan cinta kekasih saja. Ada cinta ibu, cinta ayah, cinta keluarga dan cinta sahabat. Malah, ada sama cinta musuh.
Hmm, nampaknya hari ini, buat pertama kalinya, sesudah lima tahun, dia akhirnya membeli novel Melayu. Maklumlah, selama ini orang yang belikan. Tapi hari ini dia sendiri akan keluarkan duit poketnya, beli dengan tangan sendiri.
“Hello, miss. Any book you’re interested with?”
Soalan penuh kemesraan itu buat perhatiannya yang sejak tadi leka dengan novel di tangan beralih. Matanya menentang wajah manis bertudung yang ramah senyum kepadanya. Sudah pun berada di sisinya.
“Ya. Saya nak dua novel ni…” Dia mengangguk lalu menunjuk novel di tangan.
“Boleh. Akak bawa ke kaunter bayaran. Kalau ada lagi yang adik nak, pilihlah…” Bersama senyuman terkuncup yang kembali mekar, pekerja kios itu capai novel dari tangan gadis berambut perang dan agak keemasan itu. Hi-lite agaknya, tebak pekerja kios itu, sempat juga kerling si gadis berkulit keperangan itu sekali lagi. Sangkanya orang luar. Itu pasal dia speaking bagai. Rupanya orang dalam. Kalau tak, takkan beli novel Melayu kan…
“Tak apa. Saya amek dua tu aje,” ucap dia seraya mengekor pekerja kios itu ke kaunter bayaran.
Dia sua jumlah wang yang tertera pada skrin di hadapan lalu mencapai beg plastik yang berisi novel pilihannya. Senyum tipis mengolahi ulas bibir. Balas senyum gadis di kaunter bayaran. Kaki lekas dipanjangkan. Tapi sempat dia lihat gadis kaunter bayaran dan pekerja kios tadi saling berbisik sambil tengok-tengok dia. Dia buat biasa saja. Selepas lima tahun lebih di UK, dia baru teringat betapa lamanya tak ada yang tengok-tengok dia begitu lagi. Senyum nipis saja, terus dia ke sudut Terbaru untuk dapatkan Gucci luggage bag yang tertinggal di situ. Namun, belum sempat dia capai, lebih dulu satu tangan mengaut pemegang bagasi sederhana itu.
“Assalamualaikum.”
Suara itu alih terus tumpuannya dari tubuh kurus berkemeja hitam berserta tali leher hitam yang dipadankan dengan slek hitam di hadapannya. Seorang lelaki, yang sedang pegang kejap pemegang bagasi pakaiannya dengan kedua-dua tangan. Walhal bukan berat pun. Agaknya bimbang dia rentap semula beg itu. Kini, matanya melekap kemas kepada pemilik suara yang memberi salam tadi. Satu perasaan menyelinap masuk ke dalam hati. Argh, bukankah ia boleh dijangka!
“Waalaikumussalam, Abang Syam,” jawab dia akhirnya. Merendahkan sedikit kepala, tanda hormat.
Syamsul tidak lepas tenung wajah di hadapannya. Akhirnya bunga-bunga senyum mula beriak. Kian melebar pada bibir. Hmm, berbeza, tapi tak berbeza langsung!
“Kita jumpa selepas lima tahun kan, Sirin Hassan?” Syamsul cuba-cuba nak mulakan perbualan.
Dia, Sirin Hassan, angguk. Itu saja yang mampu dia buat. Walaupun Sirin kenal Syamsul semenjak usianya 13 tahun, namun apa yang telah berlaku buat dia jadi kekok dengan pemuda berketurunan anak mami ini. Mengundang rasa tak selesa pada keramahan dan kemesraan lelaki yang ada rupa macam pelakon Hindi itu. Mungkin Syamsul adalah pemuda yang sama, yang pernah Sirin kenal. Tapi dia bukan Sirin yang Syamsul kenal. Tak serupa dah.
“Abang Im tak dapat datang. Ada kerja sikit yang perlukan perhatian dia. Sebab tu Abang Syam jemput Rin,” terang Syamsul tanpa diminta. Masih cuba-cuba cari peluang untuk berbual.
Mata Syamsul pula terus pandang tubuh lampai Sirin. Tubuh lebih 170 sentimeter. Berjean hitam muat sepasang kaki yang panjang, berbaju melintang hitam putih dan di atasnya kardigan ala kot terbuka saja. Rambut berombaknya diikat ringkas, sanggul kecil di belakang manakala rambut hadapan menutup dahi. Gaya Sirin tiada gaya budak yang dia kenal dulu lagi. Ada gaya model pula sekali pandang, ditambah pula dengan kelampaiannya.
Senyum sinis Sirin tersua. “Saya tahu dia tak akan pernah ada masa untuk saya. He’s really a busy man. Tak apa, saya tak kisah. Boleh kita gerak sekarang?”
Hmm, gaya dan rupa mungkin berubah jauh, lebih cantik, tambah matang, tapi perangai serupa gadis 16 tahun itu juga. Syamsul terus senyum. “Okey aje. Rin mesti letih. Perjalanan yang begitu lama kan…”
Sirin membisu saja. Tak angguk. Tak geleng.
Syamsul terus ukir senyum, sekalipun Sirin terus-menerus dingin begitu. Ah, dia hanya kena tempias. Lagipula, dia faham atas sebab apa Sirin begini. Jadi, Syamsul tak akan tala jari kepada Sirin. Sudahnya, Syamsul tengok pemuda di depan Sirin, yang masih berdiri dengan beg pakaian Sirin di tangan. Hmm, satu beg aje? Masaklah kau, Im. Sungguh!
“Fahmi, jom kita balik. Cik Sirin kita ni dah penat. Dia perlukan rehat…”
Fahmi goncang kepala lalu terus berlalu dari kios itu. Syamsul dan Sirin ikut dari belakang. Diam saja.
*****
Lebih kurang ni le gaya Sirin kali pertama Syamsul tengok sekarang. Tapi ini bukan Sirin, dijamin Sirim :P
Ada gaya rambut Sirin?

Published on July 14, 2012 16:26
July 13, 2012
.: sirin hassan SDSS :.
Mata Azaim lembut menyapa tubuh berpakaian serba hitam itu, hanya sedikit putih melintang saja pada tee di balik kardigan ala kotnya. Tanpa jemu, merenung semuanya, dari atas ke bawah. Mencari sebarang perubahan. Namun, Sirin ini tetap Sirin itu. Masih serupa pada kasarnya mata. Dan dia yakin tahi lalat di atas hidung mancung itu juga masih di situ, walau tidak boleh dilihat dari jaraknya. Malahan, warna kulit Sirin masih keperangan begitu, punya sentuhan keemasan sepertinya. Dan sinar yang menyelesakan mata Azaim itu buat dia tak hendak lepas melihat langsung. Indahnya ciptaan Tuhan itu.
Misi mencari Sirin. Mana yang sesuai?
Sirin BNI tinggi orangnya. Sirin BNI kulitnya perang keemasan. Sirin BNI mukanya bukan muka Melayu. Sirin BNI selalu dianggap orang sombong. Sirin BNI hanya mahu menjaga hati sendiri.
Jadi, mana satu ek sesuai?

Published on July 13, 2012 10:19
.: SDSS [sedut 3] :.

“Sirin perlukan baju-baju tu. Jadi, Abang Im sediakanlah. Tu aje.”
“Tu aje?” Sirin separuh menjerit. Terlupa akan seluarnya, bingkas dia mencekak pinggang rampingnya. Mahu Azaim tahu apa kesan ‘Itu aje’ Azaim tadi.
“Sirin, Abang Im tak nak Sirin terus pakai macam ni.” Azaim menunjuk jari-jari yang kembang ke tubuh Sirin, dari atas ke bawah. “Dah tak boleh. No more black, please. Abang takut kalau ada tetamu yang datang akan ingat Sirin salah seorang maid. Abang tak nak tu terjadi. Sebab tulah baju-baju tu… Tu aje.”
Tu aje lagi! Grr!!!
“Saya suka warna hitam, jadi saya akan pakai warna hitam. Saya tak kisah apa yang orang lain fikir. Saya akan pakai apa saya nak. Dan kalau saya nak hitam, hitam!” tegas Sirin besarkan mata badamnya. “Jadi, kalau tak nak rugikan baju-baju dalam almari tu, sila ambik dan sedekah kat sesiapa. Kalau tak, biar aje semua terperam kat situ, tumbuh lumut. Saya tak nak!”

“Hai, Sal.” Azaim tersenyum manis kepada Salmiha yang masih bertenggek di lengannya. Kemudian mengalih pandang ke muka Burhan, ayah kepada Salmiha.
“Encik Burhan,” sapa Azaim mengangguk kecil.
“Azaim.” Burhan sama mengangguk. Membetulkan sutnya seraya berdeham kecil. “Mmm, tak sihat ke? I ke pejabat tadi, tapi sekretari you kata you tak masuk…”
“I sihat, Encik Burhan. Saja amek cuti. Sebenarnya… nak sambut kepulangan seseorang.”
“Oh, ia ke? Kenapa tak bagi tahu papa dulu, Im? Kesian papa. Risaukan you. Mujurlah tak ada benda buruk…” Salmiha pamerkan muka lega sangat.
“You tak risau ke?” Azaim mengerdip mata nakal. Membuatkan Salmiha tersipu malu.
Syamsul pula elok duduk di atas sofa, tengok dinding. Macam ada benda baru melekat di situ.
Burhan nampak macam nak lompat suka, kalahkan katak.
Sirin… Yaks, I nak termuntah tahu!
“I penatlah, Im. Dahaga.” Salmiha angkat muka, mengadu manja. Tangannya masih setia memeluk lengan kekar pemuda itu.
“Alahai… I suruh maid I ambilkan minuman untuk you. You nak minum apa, Sal? Encik Burhan?” Dari paras anggun Salmiha, Azaim menoleh kepada Burhan pula.
“Hmm…” Salmiha diam memikir seketika. Akhirnya melontarkan mata ke muka Sirin. Bersama senyum kecil dia bersuara, “I nak Milo ais, boleh?”
Sirin terlongo. Tanpa sedar seluar-seluar di tangan kelepuk atas lantai berhias karpet mewah itu.
Syamsul sudah bangun dan makin galak menilik dinding, hampir bertemu hidung, bibir main jongkang-jongket spontan.
Azaim berdeham kecil.
Burhan pula berkata, “Saya nak Nescafe ais.”
Published on July 13, 2012 06:14
July 8, 2012
Ingin Hati Melukis Kata | Bab 6

Published on July 08, 2012 16:19
.: Ingin Hati Melukis Kata [Bab 6] :.

Barulah Sujiah tahu, Ainsya sebenarnya tunangan orang dan perkahwinan gadis itu bakal dilangsungkan dalam tidak kurang dua minggu sahaja lagi. Ah, Raimi… tak cukup dengan simpulan pertama, satu lagi ditambah untuk ibu, detik hati Sujiah. Namun buat masa ini dia tidak akan membuat sebarang keputusan.
Kerana keputusan belum jadi haknya. Kalau sudah beralih ke tangannya, barulah bicara akan diungkap.
“Babah…”
Suara lembut, penuh hati-hati dan teragak-agak itu buat Sujiah memaling wajah, merenung Ainsya. Baru ini kali pertama dia benar-benar melihat rupa Ainsya. Orangnya genit, mungkin dalam lima kaki sahaja ketinggiannya. Tubuhnya montok, sedap. Di matanya tidak layak dikata gemuk, tapi mungkin bukan pandangan orang lain. Kulitnya kuning langsat, bersih.
Tubuh Ainsya berbalut seluar panjang kotak-kotak, diyakini milik anak bujangnya. Baju-T merah darah yang menghampiri lutut labuhnya itu juga diyakini pakaian Raimi. Rambut berombak itu dilepas begitu sahaja, sedikit serabai.
Mata Sujiah menyapa pula raut yang agak bulat dengan dagu meruncing dan berlekuk itu. Sempurna indah pada mata ibu sepertinya, cukup berkenan di hati. Mungkin bukan dalam kategori cantik atau jelita, namun ada keanggunan tersendiri kalau ditilik dan dibelek lama. Ada unsur eksotik di situ.
“Babah…” Ainsya bersuara lagi, memberanikan diri menghampiri babah yang merenungnya dalam, seolah mahu menyelami, bagaimana dia sanggup lakukan perbuatan terkutuk yang boleh jatuhkan seluruh maruah keluarga mereka.
Mata Ainsya bergenang. Dosa kepada Tuhan sudah lama menghurung hati dan kini dosa ke atas percaya babah yang dirobek pula menghuni. Malu kepada Tuhan akan dia tunduk sujud, memohon ampun. Tahu Allah tak akan jauhkan dia kalau dia meminta dengan hati yang ikhlas, hati yang sedar. Allah Maha Pengampun, Dia Maha Pemaaf.
Sedang babah dan umi… bagaimana pula? Hati yang ikhlas dan sama sedar, akan diterimakah manusia biasa?
Mereka adalah manusia berdarah, berdaging dan ada rasa. Juga tahu bagaimana sakitnya perasaan apabila maruah dan kehormatan diinjak-injak tanpa harga oleh anak kandung sendiri. Jadi, mungkinkah maaf yang dipinta, dengan hati paling dalam dan ikhlas bakal dipenuhi? Apakah babah dan umi akan maafkannya?
Berdiri dengan penuh rasa yang bertelagah, di hadapan babah dan umi, Ainsya menundukkan tubuh sudahnya, berlutut di hadapan kedua insan yang paling penting dalam hidupnya. “Babah… umi… maafkan Ainsya. Maafkan Ainsya…”
Tangis Ainsya pecah, mendesah setiap ruang luhur dalam diri. Dia benar-benar berdosa kepada kedua insan ini. Mereka percaya kepadanya, mereka yakin dengannya dan dia… sekelip waktu menarik percaya dan yakin itu daripada mereka.
“Babah, umi… ampunkan Ainsya. Maaf…” Titik air hangat pada pipi jadi bah. Kedua-dua bahu sama terenjut.
Dia hanya boleh berlutut di hadapan babah dan umi, tapi tidak punya daya menyentuh keduanya. Selagi ampun maaf keduanya tiada, selagi itulah ada jijik dalam diri, ada keji dalam hati. Seolah kelayakan sudah ditarik daripadanya. Dia hanya layak menyentuh babah dan umi kalau mereka mula menyentuhnya, sebagai tanda maafnya ada makna, ampunnya ada maksud.
Umi yang mula-mula menyentuhnya. Dengan tamparan kuat tepat ke pipi kanan Ainsya. Terjelepok dia di atas lantai rumah papan itu.
Raimi mahu mendekat, mahu campur mulut. Tidak sanggup lihat Ainsya diperlakukan sebegitu. Hatinya tidak gemar. Dia hilang tenteram. Namun pandangan tajam ibu menghalang. Amaran ada di situ. Jangan ikut campur. Ini urusan Ainsya dan keluarganya. Bukan mereka.
Raimi mengetap bibir. Namun tetap mengangguk kecil tanda menurut. Tetapi dia palingkan wajah daripada melihat Ainsya apabila ibu gadis itu terus menampar dan memukul setiap inci tubuh itu. Melepas marah, menghambur baran atas perbuatan anak gadis sendiri.
“Anak tak sedar diri, tak tahu malu! Kau ni nak jadi apa, hah? Malukan mak ayah sendiri!” marah Nuhaa lantang.
Tubuh Nuhaa sudah lama terangkat dari sofa. Tangan kanan dan kiri tak tentu arah mencari batang tubuh Ainsya yang sudah terbaring ke atas lantai. Bukan sahaja terbaring, malah sudah terlekat kemas.
“Kalau kau dah gatal sangat, kalau kau dah tak sabar sangat, kau bagi tau aku! Aku cepatkan perkahwinan kau. Aku kahwinkan kau cepat-cepat untuk hilangkan renyam kau tu. Tapi kau… kau malukan aku, malukan babah kau, seluruh keluarga kita!” bentak Nuhaa menampar kepala Ainsya sesuka hati.
Tiada perasaan mendengar tangis merintih Ainsya. Tiada juga rasa pada setiap sedu-sedan Ainsya, yang menerima sahaja setiap bentakannya, sama ada tangan atau mulut. Tidak menghalang, tega merelakan.
Awwal akhirnya bangun, menghalang. Malah Solehandin juga sama. Tidak boleh melihat Ainsya dibambu ibu sendiri.
“Sudah, Nuhaa, sudah!” Awwal memeluk kuat tubuh isterinya.
Apabila Nuhaa meronta, masih mahu panjangkan tangan, menghentam tubuh Ainsya yang sudah lembik menempek lantai, Awwal mencapai kedua-dua tangan itu. Diketatkan dalam pelukannya. Mengunci gerak tangan Nuhaa. Sudahnya Nuhaa bersandar sahaja ke dada suaminya. Tangisnya menghuni apabila marak perasaan itu terluah dengan perbuatan.
Hampanya sudah puas dihambur melalui hangat amarahnya, lebur dengan setiap pukulan. Tapi kesalnya, malunya dan kecewanya… takkan mungkin lebur selama hidupnya. Perbuatan memalukan oleh anak kandungnya sendiri akan mengejarnya, seluruh hayatnya.
Bagaimana harus dia depani sanak saudaranya nanti? Bagaimana pula dapat dia bersemuka dengan jiran tetanggannya? Apa kata mereka? Apa umpat keji mereka kepada dia dan keluarganya?
Ainsya meluru ke kaki Awwal dan Nuhaa, memeluk keempat-empat kaki itu sekali gus. “Ampunkan Ainsya, babah… maafkan Ainsya, umi…”
“Maaf?” bentak Nuhaa. Marak yang malap seketika tadi seolah dinyalakan semula apabila mendengar perkataan itu.
“Boleh maaf kau tu kembalikan maruah keluarga aku? Boleh ayat kau tu balikkan semua ke keadaan asal? Hilangkan arang yang kau conteng ke muka aku, muka babah kau!” Mencerlang mata Nuhaa. Maaf bukan harga yang dapat membetulkan semula semua salah silap yang sudah berlaku.
“Aku tak tahu pun kau ni gatal sangat nak disentuh jantan. Kalau aku tahu, dah lama aku kahwinkan kau dengan Solehan ni!” Nuhaa mengerling Solehandin yang berdiri di sampingnya. “Tak payah aku malu terima berita macam ni. Ditangkap khalwat! Bersekedudukan!”
Ainsya ligat menggeleng, masih memeluk kaki kedua orang tuanya. “Tak, umi, tak! Ainsya tak buat tu semua, umi. Ainsya tak buat, umi. Sumpah, umi!”
Sujiah melihat sekilas kepada Raimi. Anak muda itu seolah mahu menyokong. Namun dia lekas-lekas memaut jemari tangan Raimi, menghalang lagi.
“Betul, umi, Ainsya tak buat…” ucap Solehandin sudahnya. Sudah tidak lagi boleh diam melihat sandiwara yang berlangsung. Suaranya diperlukan.
Kesemua mata tunak pada tubuh sasa Solehandin. Paras tampan yang sering mencari tumpuan itu kali ini jadi perhatian mereka. Bukan kerana kacak wajah itu, sebaliknya kerana patah bicara anak muda itu sendiri.
“Han yakin dengan Ainsya, umi. Dia tak mungkin buat semua tu. Ainsya yang Han kenal bukan macam tu…” ujar Solehandin sambil perlahan-lahan mendapatkan Ainsya lalu meletak sebelah lutut ke atas lantai dan sebelah kaki menongkat duduknya. Selama itu matanya langsung tidak lari daripada menjamah paras Ainsya yang sudah sememeh dengan air mata.
Solehandin senyum manis. Sarat makna. Kalau sejak dua hari yang sudah dia bergelisahan mencari titik hubungannya dengan Ainsya, yang gadis itu sendiri mahukan kalau tidak mahu rahsianya dibongkar, hari ini dia sudah boleh ketawa sendiri. Mampu bergelak puas. Rahsianya akan tersimpan kemas sebagaimana rancangan awal. Perkahwinannya dengan Ainsya pula akan lebih mengatup kemas ia, khazanah yang hanya akan diketahui Ainsya, dia dan kekasihnya itu.
Ainsya sudah tidak punya sebab untuk menolak perkahwinan mereka. Malah, pengorbanannya tentu akan disanjung umi Ainsya, yang memang sudah tidak sabar mahu bermenantukannya. Mahu lihat dia kahwini anak gadis yang sudah terlajak bujang itu. Gembira wanita itu telah dicanang ke telinga seluruh tetangga dan sanak saudaranya, jadi tentu sahaja umi Ainsya akan dihurung lega mendengar beritanya.
Solehandin angkat tangan, mahu menyentuh helaian rambut Ainsya yang menggerbang tidak terurus. Namun gadis itu menjauh, bersama renungan tajam. Benci kepada sikap hipokritnya tersua dalam sepasang mata itu. Dia telan rasa marah yang menerjah kerana Ainsya gadis sombong yang tidak tahu bersyukur dengan pengorbanan yang bakal dilakukannya. Walaupun berwajah ketat, dia terus mengukir senyum.
“Kerana percaya dan yakin dengan Ainsya, Han masih terima Ainsya, umi. Han nak kahwini Ainsya sebagaimana kita rancang…”
Tutur Solehandin buat Nuhaa terlalu lega. Sangkanya perkahwinan itu tak akan berlaku. Anggapnya perhubungan itu akan terputus. Tapi tidak… Solehandin masih mahu menerima anak gadisnya walaupun tunangnya itu ditangkap khalwat dengan lelaki lain. Betapa baiknya peribadi Solehandin. Betapa luhurnya hati Solehandin.
Nyata dia tidak silap menerima Solehandin sebagai menantu, selaku bakal suami Ainsya. Bicara Solehandin seolah mengesat hilang arang pada mukanya. Sekali gus menjadikannya kemilau bercahaya. Membolehkan dia berhadapan dengan sanak saudara dan jiran tetangga dengan kepala terangkat tinggi, bukan menunduk malu.
Awwal sendiri kelegaan mendengar bicara Solehandin. Namun entah mengapa ada perasaan hairan terdetik. Solehandin terlalu tenang menerima perkhabaran ini. Dan, kesudian Solehandin menerima Ainsya, sekali gus meneruskan perkahwinan bagai direncana mengasak curiga berdiam.
Mahmudin dan Johanis, ibu bapa kepada Solehandin, jelas mempamerkan raut tidak puas hati. Mereka tidak mahu anak bujang mereka jadi bodoh dengan mengambil sisa orang. Kalau sudah sampai ditangkap pihak berkuasa kerana bersekedudukan sebegitu, tidak mungkinlah tiada apa-apa berlaku. Mereka tidak mahu Solehandin menerima buah yang lebih dulu ditebuk tupai lain.
Buah sudah jelas rosak, tupai sudah nampak di mata, mana mungkin tiada apa-apa berlaku!
Johanis mahu buka mulut, menentang keputusan anak lelaki bongsunya itu. Janganlah kerana sayangkan Ainsya, Solehandin menjadi dungu dalam memberi keputusan. Namun, pandangannya tidak diperlukan. Suara Ainsya lebih dulu kedengaran.
“Ainsya tak nak kahwin dengan Solehan!” Gema suara Ainsya mengisi. Semangat yang menghilang tiba-tiba mendatangi. Matanya menjegil Solehandin pula.
“Aku tak nak kahwin dengan kau, Solehandin!” Tubuh Ainsya menggigil. Terlalu diamuk rasa.
Menggenggam tangan Sujiah yang masih menyulami jemarinya, Raimi senyum.
Published on July 08, 2012 16:19
.: Ingin Hati Melukis Kata I 6 :.

RAUT wanita itu tegang. Lelaki di sampingnya pula masih ada tenang, di balik gelisah. Manakala sofa tiga rangkai itu pula diisi tiga tubuh lain, yang sama datang dengan pasangan suami isteri itu. Lelaki yang mungkin sebaya Raimi dan ibu bapanya, orang tua tunang kepada Ainsya.

.: ingin hati melukis kata [6] :.

16 Disember 2007

Bikash Nur Idris's Blog
- Bikash Nur Idris's profile
- 78 followers
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.