Bikash Nur Idris's Blog, page 19
July 5, 2012
.: SDSS [sedut 2] :.

Dan dia pula tidak mengharapkan semua itu. Dia hanya hendak hilangkan kepenatan yang menghambat diri selepas separuh hari dibendung ia. Bukan menginginkan pelukan mesra atau senyum gembira menyambut kehadirannya di sini. Yang mana dia yakin tak mungkin diperoleh. Dia sudah lama ajar diri untuk tak menghendaki itu semua. Cukup-cukuplah.
Dia meneruskan langkah kaki tanpa peduli siapa pun di sekitar. Dia pasti orang yang sepatutnya datang menjemput masih belum sampai. Kalau tidak, sudah lama tubuh yang sarat letih ini tiada di sini lagi. Daripada duduk menanti macam orang dungu, ada baiknya dia buat sesuatu untuk isi masa. Taklah bosan sangat jadi penunggu. Tak pasal jadi penunggu balai menanti pula. Lebih baik cari bahan bacaan untuk isi waktu.
Gucci luggage bag yang tak seberat mana, yang sejak tadi disorong, akhirnya diletak bersebelahan kaki, yang terhenti di hadapan kios yang menjual pelbagai bahan bacaan daripada pelbagai kategori. Tersusun naskhah akhbar harian. Sayang sekali dia paling tak suka baca akhbar. Dia jenis habiskan masa tengok berita, bukan baca berita.
Published on July 05, 2012 08:11
July 4, 2012
.: SDSS [sedut 1] :.

Suara itu alih terus tumpuannya dari tubuh kurus berkemeja hitam berserta tali leher hitam yang dipadankan dengan slek hitam di hadapannya. Seorang lelaki, yang sedang pegang kejap pemegang bagasi pakaiannya dengan kedua-dua tangan. Walhal bukan berat pun. Agaknya bimbang dia rentap semula beg itu. Kini, matanya melekap kemas kepada pemilik suara yang memberi salam tadi. Satu perasaan menyelinap masuk ke dalam hati. Argh, bukankah ia boleh dijangka!
“Waalaikumussalam, Abang Syam,” jawab dia akhirnya. Merendahkan sedikit kepala, tanda hormat.
Syamsul tidak lepas tenung wajah di hadapannya. Akhirnya bunga-bunga senyum mula beriak. Kian melebar pada bibir. Hmm, berbeza, tapi tak berbeza langsung!
“Kita jumpa selepas lima tahun kan, Sirin Hassan?” Syamsul cuba-cuba nak mulakan perbualan.

“Abang Im tak dapat datang. Ada kerja sikit yang perlukan perhatian dia. Sebab tu Abang Syam jemput Rin,” terang Syamsul tanpa diminta. Masih cuba-cuba cari peluang untuk berbual.
Mata Syamsul pula terus pandang tubuh lampai Sirin. Tubuh lebih 170 sentimeter. Berjean hitam muat sepasang kaki yang panjang, berbaju melintang hitam putih dan di atasnya kardigan ala kot terbuka saja. Rambut berombaknya diikat ringkas, sanggul kecil di belakang manakala rambut hadapan menutup dahi. Gaya Sirin tiada gaya budak yang dia kenal dulu lagi. Ada gaya model pula sekali pandang, ditambah pula dengan kelampaiannya.
Senyum sinis Sirin tersua. “Saya tahu dia tak akan pernah ada masa untuk saya. He’s really a busy man. Tak apa, saya tak kisah. Boleh kita gerak sekarang?”
Published on July 04, 2012 03:17
July 2, 2012
.: makluman :.
Saya hanya kekalkan 10 bab daripada e-karya di sini. Bab-bab lain saya mansuhkan dulu. Manakala bab DSR untuk minggu ni saya 'matikan' dulu. Saya minta maaf kepada pembacanya. Saya terganggu sangat dengan isu ciplak & plagiat yang saya dengar-dengar belakangan ni. Jadi, saya nak hilangkan dulu gangguan yang saya rasa. Dalam masa tu mungkin elok saya tumpukan saja pada penulisan dulu. Sebab editor dah bertanya dan dia pun dah penat bertanya.
Jadi... BNI, jom siapkan manuksrip!
Untuk kawan-kawan yang sudi membaca dan mengikut blog BNI, harapnya tak merajuk ya...
Jadi... BNI, jom siapkan manuksrip!

Published on July 02, 2012 14:48
.: novel online :.

PERSIS PUTERIISBN 978-967-365-124-5Sem. Malaysia RM18Sabah/Sarawak RM21
Pertunangan mereka bukan atas dasar suka sama suka. Malah bukan juga atas desakan keluarga. Pertunangan mereka adalah satu perjanjian yang memenuhi kepentingan dua insan.
Rizman diberi masa sebulan untuk memperkenalkan bakal isterinya kepada keluarganya. Jika tidak, hak pemuda itu ke atas syarikat milik keluarga akan dilucutkan. Diyana pula mencari sesiapa sahaja yang boleh menjadi kekasihnya, semata-mata untuk membalas dendam kepada Badrul, lelaki yang telah mempermainkan cintanya. Pertemuan yang tidak diduga menjadikan Diyana pilihan Rizman. Namun, syarat diletakkan dalam perjanjian itu.
“Hanya untuk setahun. Dalam masa setahun ini, tiada sesiapa boleh mengganggu hak peribadi masing-masing.”
Permainan bermula. Lakonan tanpa skrip terus berjalan. Strategi-strategi yang dirancang berjaya menyempurnakan hasrat mereka. Namun, dalam kegembiraan melakonkan watak masing-masing, tanpa sedar ada mata yang memerhati, ada insan lain yang ingin menggagalkan lakonan mereka. Kehadiran Normee yang berjaya mencuri hati Rizman membuatkan Diyana dilanda cemburu. Diyana terpaksa mengundur diri. Tambah apabila lakonan mereka yang selama ini dibongkar. Rizman mula resah.
Dalam kemelut itu, ada insan lain yang sedang tertawa. Gembira menyaksikan semuanya. Siapakan gerangan insan itu? Apakah yang akan terjadi pada kepentingan Rizman dan Diyana setelah rahsia mereka terbongkar? Dan berjayakah seorang putera mencari puteri hatinya yang sekian waktu mengingin diri persis puteri?
*****
TAKUT KAHWINISBN 978-967-365-123-8Sem. Malaysia RM20Sabah/Sarawak RM23
Jasmine Lee seorang wanita biasa yang memiliki fobia yang luar biasa. Tiada istilah pasangan hidup baginya. Seboleh-bolehnya, itulah yang cuba dia elakkan selama dia hidup. Setiap lelaki yang cuba diperkenal ibunya pasti ditolak tanpa sebab. Sehinggalah pada suatu hari, nama Ben Carl Fernandez muncul dalam hidupnya di atas sekeping business card.
“Untuk pengetahuan kau, aku ni bakal isteri direktor hotel ni. Next time, watch your way,” katanya dengan sombong sambil menanggalkan kaca mata hitam yang sejak tadi melindungi matanya.
Gila! Entah dari mana dia dapat idea untuk cakap begitu. Gara-gara tidak puas hati dengan gelaran puan, sanggup dia membohong untuk mempertahankan dirinya dan gelaran cik. Pada pertemuan pertama, Jasmine tanpa sengaja mencipta salah faham antara mereka. Salah faham itu berlarutan dan menyebabkan perkenalan mereka menjadi serba tak kena. Siri pertengkaran berlarutan antara mereka. Masing-masing tidak mahu mengaku kalah.
“Kau tu tak sedar-sedar diri lagi, kau tu pencuri.” Idea tiba-tiba datang dalam kesesakan. Tapi logik ke pencuri?“Pencuri? Tak masuk akal. Aku curi apa? Hati kau?” Ben tergelak lagi. Sempat lagi memalukan Jasmine.
Tidak menyangka permusuhan mereka akan berakhir, persahabatan mula terjalin antara Jasmine dan Ben. Tanpa sedar, perasaan hangat menyusup ke dalam hati masing-masing. Namun perasaan takut terhadap komitmen dan hubungan perkahwinan membuatkan Jasmine melupakan sahaja perasaan itu sementara Ben masih terluka hatinya kerana Natasha, si kekasih lama.
Adakah Ben akan membiarkan semua itu terjadi begitu sahaja? Bagaimana pula halnya dengan Jasmine dan ketakutan sofistikated yang mengekangnya selama ini?
*****
DIA IDAMAN HATIISBN 978-967-365-125-2Sem. Malaysia RM21Sabah/Sarawak RM24
“Apa awak cakap? Sila ulang.”“Just acting. Berlakon saja. Pretend that you’re my wife... and I’m your husband. Simple, right?”Simple tengkorak kau. Ada yang kena baham dengan aku ni karang!“Berlakon ya? Senang kata awak ya?”“Yes.”“Awak nak saya berlakon jadi macam yang awak cakap tadi tu ya?”“Yes, dear.”Dia panggil aku dear, kan? Err... ke dia maksudkan deer?“Wayar bumi kat kepala awak tu terbakar ke? Kena panah petir semalam ek? Ke awak semalam mimpi bersilat dengan Rimau Bukit Putus.”Jeffrey ketawa kecil. “Saya minta tolong ni, awak. Tolonglah.”“Tak naklah, tak nak. T.A.K. N.A.K!!!”“Tolong, tolong. T.O.L.O.N.G!!!”
Apabila Jeffrey Iskandar diperangkap oleh bekas teman wanitanya, Lilac, untuk membawa isteri ke majlis makan malam, Asma, si pembantu rumah hujung minggu yang bekerja di kondo milik Jeffrey dijadikan sasaran untuk berlakon sebagai isteri. Asma bukanlah wanita idaman Jeffrey. Langsung tak masuk senarai apalagi mahu shortlisted. Pendek kata, bukan idaman hatilah. Tapi, Jeffrey tahu Asma pilihan terbaik untuk tugasan ini!
Asma, si jururawat pergigian yang terjerumus dalam misi balas dendam bekas teman wanita majikannya itu tiada pilihan. Kerana kesiankan Jeffrey, dia bersetuju. Namun tidak diduga, lakonan mereka tidak terhenti di situ. Mereka terseret ke kancah masalah yang lebih besar.
“Awak ni nakal dan kelakarlah. Sebab tu saya suka awak.”
Aduhai, bukan idaman hati sudah menjadi idaman hatikah? Baik Jeffrey mahupun Asma tidak berdaya menolak. Mampukah mereka berdua yang bagai langit dan bumi itu bersatu? Terbalaskah dendam Laila terhadap lelaki idamannya apabila Jeffrey nekad dengan keputusan yang tidak disangka-sangka!
Published on July 02, 2012 00:21
June 30, 2012
.: BNI & setia :.
Bercerita pasal BNI & setia. Di mana kunun-kununnya saya hendak belajar setia... hanya bertahan untuk 2 minggu aje. Saya dah pandai curang. Alahai...
Makanya... sekarang BNI akan setia atau curang dalam masa yang sama. Lantaklah kalau tak jujur pada yang 'satu' pun. Asalkan BNI akan tetap & terus menulis kan. Jadi, tunggu sajalah apa-apa hasil tangan gedik tembam ni. Dalam Satu Rasa, Secukup Rasa, Princess atau dll yang bebaru ke...
Untuk makluman juga, Secukup Rasa saya akan masukkan 2 bab lagi. Kendian tunggu terbitlah yek. Dalam Satu Rasa pun mungkin dalam bab 25 gitu aje saya akan masukkan. Tapi kalau rasa nak masukkan lebih sikit, nanti saya akan masukkan. Takde hal kut kan. Hehehe. Dan yang dll tu... tengoklah macam mana nanti ^.^
Oh ya, BNI curang harap dimaafkan... anda-anda yang mengikut, hendaknya taklah curang. Harap akan setia ikut tulisan-tulisan saya di sini atau yang akan terbit nanti. Begitulah hendaknya yek, cayunk-cayunk...

Published on June 30, 2012 19:04
June 27, 2012
.: dalam satu rasa [10] :.
“KAT sini,” jawab Zafifah bersandar pada kerusi yang diduduki, di dalam biliknya. “Sekarang. Dah sampai waktunya, adik…”
Mahirah yang baru hendak duduk berhadapan kakaknya, mencampak perlahan fail yang semenjak tadi kemas di tangan ke atas meja Zafifah. Membuatkan Zafifah menjongket sebelah kening kepadanya. Malahan Zahirah yang nampak hairan dengan perangainya turut tayang muka pelik. Mahirah tahu mereka sama-sama tidak faham mengapa dia berperangai takjub begini. Terlalu takjub sebenarnya kerana dia bukan sama sekali dirinya yang sebenar kini.
Hmm, nak kata bukan dirinya yang sebenar… tak berapa betul pula. Sebab memang ini dirinya apabila amukan perasaan bercanggah dengan pelbagai rasa yang saling mengasak hati dan diri. Bila tengah moody, dia memang akan begini. Dan, dia tahu Zafifah dan Zahirah amat jelas dengan itu. Namun, yang membuatkan mereka sama-sama hairan, mengapa timbul rasa itu. Untuk menerangkan tanda soal yang bermain dalam kepala otak kedua-dua kakaknya, dia memuncungkan mulut ke arah fail yang telah pun mengambil tempat di meja kakaknya.
“This will explain your mood?” tanya Zafifah seraya mencapai fail selepas Mahirah mengangguk sambil menyelesakan tubuh ke kerusi berhadapan dengannya, di sebelah Zahirah. Sekilas dilihat Zahirah yang tenang memerhati wajah tegang Mahirah. Cermat dan teliti.
Zafifah terus memakukan perhatian pada fail di tangan. Diteliti isi kandungannya tanpa meninggalkan sebarang jejak. Cuba diingat segala yang terlukis dan tergambar di situ. Malahan foto-foto yang terselit di situ turut dirakam kemas dalam kotak ingatannya. Tidak mahu ketinggalan satu apa pun, demi memudahkan dia depani apa yang perlu. Sesuatu yang dirasakan terlalu payah dan sukar, namun harus juga didepani demi memberi kata putus sebelum satu tindakan dilambil. Bukan olehnya, sebaliknya Farina. Sama ada Farina rela menerima setiap bukti yang mereka persembahkan atau tega memperjudikan nasib demi cinta yang dirasakan sudah jadi miliknya sebelum ini, walaupun hanya satu pihak yang memberi dan satu pihak saja merasa.
Sudahnya, satu keluhan panjang dilepaskan. Sarat dan dalam. Menjelaskan apa yang dirasai Zafifah sesudah melihat dan mengkaji fail di tangan. Hendak tak hendak, dipanggungkan juga kepala lalu direnung Zahirah dan Mahirah silih berganti.
“That bad, uh?” Zahirah tersenyum hambar. “Kita kena terima jugak, along. Kalau dah tu yang mampu kita buktikan. Jika apa yang terkumpul tak sokong pihak tu, bukan kuasa kita untuk mengubahnya. Bagi tau dia yang betul aje.”
“Adik tak sampai hati…” ucap Mahirah di balik keluhan yang bertali-arus. Susah untuk dilafazkan satu ayat yang bakal menghancurlumatkan hati dan harapan Farina. Itu kenyataannya, yang dia ketahui harus diterima oleh Farina malahan Farina sendiri sudah bersiap sedia dari mula lagi untuk berdepan dengan apa saja kemungkinan.
Namun… mengapa begitu sukar untuk dia terima hakikat ini? Dan kiranya sepayah ini dia menerima kenyataan pahit ini, bagaimana pula dengan Farina yang menanam cinta dan memekarkannya di lubuk hati? Bolehkah dicantas pohon yang segar itu? Mampukah dibuang akar umbi pohon itu tanpa ada kesan di hari depan? Argh, sukarnya untuk dia lakukan semua ini!
“You’re not supposed to be so attached with our client, adik. Inilah yang akan jadi kalau adik terlalu turutkan hati,” tegur Zafifah selembut mungkin. Sudahlah hati itu cukup gusar dengan apa yang perlu didepani, takkanlah dia mahu tambah lagi. Sebabkan itulah dia cuba mengajar Mahirah untuk fikirkan ucapannya, secara lembut dan memujuk.
Mahirah sudah tidak boleh berganjak daripada bidang ini lagi apabila kedua-dua kaki berada di dalamnya. Perlu juga diteruskan walaupun hati tidak memberi keizinan. Kerana itulah dia cuba menasihati Mahirah agar tidak ulangi kesalahan yang serupa—terlalu akrab dengan klien mereka. Ia mungkin satu kebaikan jika dilihat dari satu sudut, namun sudut-sudut lain hanya akan menunjukkan keburukan apabila mula ia kaburi satu kebaikan.
“Adik tak faham…”
Zahirah membetulkan rambut depan Mahirah yang amat selesa mengikat satu rambutnya. Macam ekor kuda, dah tu tinggi pula. Membuatkan rambut keriting itu sering mengikut gerak tubuhnya, dalam apa saja perlakuannya.
“Apa yang along cuba nak sampaikan ialah…” ujar Zahirah memulakan kata dan hanya meneruskannya apabila Mahirah benar-benar menentang sepasang matanya. “Jangan terlalu rapat dengan klien kita. Siapa sekalipun. Sebelum kawan baru atau teman berbual, mereka adalah klien kita. Mereka bayar kita untuk lakukan pekerjaan. Hubungan pertama kita dengan mereka adalah majikan-pekerja, kemudian barulah teman atau kawan. Walau apa pun, jangan campur aduk ia. Know your boundaries, always. Clear?”
Mahirah pandang Zahirah sekejap, kemudian dikalih muka ke arah Zafifah pula. Sekali lagi dia melakukan aksi yang sama. Akhirnya, menundukkan kepala dan merenung jari-jari tangannya. Dikuis tanpa tujuan. Dia hanya mendiamkan diri tanpa sebarang balasan mahupun bantahan pada nasihat dan teguran kedua-dua kakaknya, yang amat diketahui cuba mengajar dia agar bijak mengawal perasaan. Reti membezakan hal kerja dan peribadi. Tidak terlalu terjurumus dengan keperibadiaan, sehingga lupakan hal pertamanya—kerja.
Semua ini bermula kerana dia sendiri menghendaki tugasan ini. Dia tidak dipaksa Zafifah atau Zahirah. Jika nak dikata ada pihak yang dipaksa, orang itu adalah mereka berdua. Bukankah sedaya mungkin along cuba elakkan dia daripada menjerumuskan diri dalam hal ini? Along sebetulnya bukan saja menjaga kebajikannya, sebaliknya juga hatinya. Kerana along tahu betapa mudahnya dia tersentuh apabila melibatkan soal hati dan perasaan. Seperti kini, itulah yang berlaku. Apa yang along jangka dan cuba elakkan, secara tidak sengaja sudah berlaku. Dan semua ini adalah salahnya sendiri.
Bukankah sudah berkali-kali along ulangi? Walau dalam apa keadaan sekalipun, walau apa jua kesudahan kes ini, pastikan dia bijak bezakan hal peribadi dan kerja. Jangan libatkan hatinya, yang mudah ditagih simpati dengan tugasan pertamanya ini. Kerana ia bakal menyukarkan Mahirah di masa akan datang. Dari sekarang, asingkan peribadi dan kerja. Tapi dia… dalam mengangguk tanda akan lakukannya, tetap gagal pertahan janji tidak langsung itu. Betapa dia telah hampakan hati along dan angah.
Zafifah mengerling ke arah Zahirah, yang diam tidak berkutik di samping Mahirah. Tanpa disangka mata mereka saling bertembung. Pandangan penuh rasa gusar dan tanda tanya dihantar. Zahirah membalas dengan senyum kecil, tanda usah terlalu risaukan hal ini. Malahan sepasang mata itu turut terpejam sekejap, tanda segalanya akan kembali baik. Sepasang mata Zahirah turut memberitahunya, Mahirah bukan lagi anak kecil yang mampu mereka jaga hati dan perasaannya daripada tercalar. Adik mereka sudah cukup besar untuk tentukan hidup dan pastikan keputusan sendiri. Tiada gunanya untuk bimbangkan sesuatu yang tak bermakna. Mahirah sudah besar untuk tangani apa sahaja masalah yang didepani.
Diam-diam Zafifah mengeluh lega. Melalui matanya, diucapkan tanda terima kasih kepada Zahirah, yang tersenyum membalas. Hanya secalit senyum tipis, namun besar sekali maknanya. Zahirah, adiknya ini memang begini. Sering tampak tenang dan yakin dalam apa jua keadaan. Ada kalanya dia rasa geram kerana terlalu sukar dibaca apa yang ada di dasar hati itu sebenar-benarnya. Paras itu terlalu bijak sembunyikan apa Zahirah hendak. Namun, ada waktunya dia boleh baca. Tapi bukan raut itu, sebaliknya sepasang mata yang saling tidak tumpah dengannya itu. Mata itulah yang membuatkan ukiran kelegaan ada dalam hati dan dirinya kala ini.
“Along? Angah?”
Panggilan lembut Mahirah yang sudah pun mengangkat muka dan merenung Zafifah dan Zahirah membuatkan pandangan yang bertaut tadi sama-sama terlari. Tepat menerjah mata Mahirah pula. Menanti penuh sabar kerana mereka yakin masa yang Mahirah perlukan untuk tenangkan diri dan perasaannya sudah sampai ke hujung. Penuh tekun mereka menunggu.
“Boleh along dan angah temankan adik masa adik sampaikan berita ni kat Kak Rina?” Mahirah cuba meraih pengertian Zafifah dan Zahirah.
Mungkin Zafifah takkan ada keberatan kerana selama ini tiap kali tugasan mana-mana penyiasat Agensi 3SAI sampai ke penghujung, tiba masa untuk sampaikan keputusan, sama ada baik ataupun buruk, wanita ini akan ada bersama. Mahirah pasti along takkan hampakannya, namun bagaimana dengan angah?
Zahirah hanya selesa di pejabatnya sendiri. Menghadap angka-angka dan komputernya. Itulah dunia Zahirah apabila berada di Agensi 3SAI. Malahan menjenguk bilik Zafifah pun jarang sekali. Melainkan jika Zafifah memerlukan bantuan atau perhatian Zahirah, maka gadis itu akan ringankan kaki. Kalau tak menempek kemas kat kerusi sendirilah. Malahan tika ini pun, Zahirah berada di bilik Zafifah atas kehendak dia yang menginginkan mereka tiga beradik sama-sama ada saat dia sampaikan berita ini—kes Farina bakal ditutup dengan satu perkhabaran buruk. Kalau dia tak inginkannya, tentu sahaja Zahirah akan duduk dengan selesa di biliknya. Bukan tanda tidak peduli, namun sudah jadi kebiasaan sendiri.
Matanya sekilas tumpah ke paras Zafifah. Apabila kakak sulungnya menggoyangkan kepala tanda setuju, bersama senyuman demi yakinkan dia, hati Mahirah dihambat rasa lega yang amat. Walaupun sudah tahu itu jawapan yang bakal diterima, kelegaan yang amat tetap terasa. Kali ini dia palingkan muka kepada Zahirah. Malahan Zafifah pun sama.
Nafas Mahirah terasa disekat apabila menentang mata Zahirah. Kekakuan dan kebekuan Zahirah turut sukarkan dia untuk memberi ruang bernafas dengan baik. Tersentut-sentut saja rasanya. Dalam debar dia menanti.
“Just promise me one thing…” Akhirnya Zahirah mengeluarkan suara. Tajam panahan matanya menjilat wajah pucat Mahirah.
“Apa?”
“Sentiasa ingat nasihat along dan angah bila adik ambil kes kedua adik. Jangan terlalu rapat dengan klien kita. Ingat hubungan majikan-pekerja. Boleh?”
Laju Mahirah mengangguk seraya menghumbankan tubuh ke arah Zahirah. Dipeluk erat bersama ungkapan terima kasih yang tak luak meniti bibir.
“Silly girl! Ingat angah akan hampakan satu-satunya adik angah ni?” Zahirah cuit hujung hidung Mahirah apabila gadis itu longgarkan pelukan.
“Thank you so much…” Mahirah genggam utuh tangan kiri Zahirah dengan tangan kanannya. Sulaman yang kemas sekali. Tangan kiri pula dipanjangkan ke arah Zafifah, meminta agar Zafifah mencapainya. Apabila dituruti, sama erat sulaman tangan itu. “Adik memanglah bertuah sangat sebab ada kakak macam along dan angah.”
“Of course!” ucap Zafifah dan Zahirah serentak seraya sama-sama ketawa. Turut dikongsi oleh Mahirah.
“Bila?” Itulah ayat yang mula-mula meniti bibir Zafifah apabila gelak mereka mula beransur.
Rasanya tidak perlu lagi mereka mengelak dariapa mendepani kenyataan. Lebih cepat, akan lebih senang untuk Farina memulakan satu langkah. Mungkin sukar, mungkin payah… Namun Zafifah amat berharap Farina akan laluinya. Tapi rasa bimbang turut terpalit. Rasa kecundang di jiwa mungkin akan menutup kebenaran yang mereka bongkarkan. Mungkin Farina akan pejamkan mata dan lalui sahaja jalan yang terdahulu. Bukan tidak pernah ada antara klien mereka yang begitu. Tapi Zafifah tahu satu. Takkan ada kuasa dan kudrat daripada dia dan adik-adiknya dalam menghalang jika itu pilihan Farina. Mereka hanya melaksanakan tanggungjawab sebuah tugasan. Yang bakal memutuskan, memuktamadkan, adalah empunya pemberi tugasan itu.
“Adik akan call Kak Rina sekarang. Lebih baik kita sudahkannya secepat mungkin…” Penuh yakin, bicara itu ditutur.
Anggukan daripada Zafifah dan Zahirah membuatkan Mahirah menarik nafas panjang sebelum membawa tangan ke arah telefon di meja kakaknya. Gagang dicapai.

Published on June 27, 2012 05:37
June 20, 2012
.: dalam satu rasa [9] :.
RASYAD mengelip-ngelipkan matanya beberapa kali, sebelum kembali menumpahkan pandangan ke arah jalan raya. Jalan di situ agak gelap dan samar kerana jarak yang agak jauh antara satu tiang lampu jalan dengan lampu jalan lain. Keluhan lega terhambur keluar dari ruang dada. Lega kerana segala kerja yang dipertanggungjawab oleh papa kepadanya sudah diselesaikan. Sudah langsai!
Alhamdulillah, projek usahasama syarikat yang dimiliki oleh papa, Astana Holdings, dengan Kampung Setanggi akhirnya diterima baik oleh ketua kampung itu, Haji Ithnin. Memang pada awalnya dia sangsi dengan kebolehan dan kemampuannya mengendalikan tugas yang papa berikan kepadanya itu.
Masakan tidak, dua staf papa yang lebih senior dan jauh lebih berpengalaman telah dihantar ke Kampung Setanggi untuk membincangkan projek hotel kos sederhana dan calet yang dirancang oleh Astana Holdings, yang mahu dibina di pesisiran pantai Kampung Setanggi yang memang terkenal dengan keindahannya. Ia untuk tujuan mengkomersilkan Kampung Setanggi kepada pelancong di dalam mahupun luar negara. Demi menyahut seruan Tahun Melawat Malaysia yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia.
Mujur Haji Ithnin tidak menghalaunya sebagaimana yang dilakukan kepada Mustapha dan Ramli sebelum ini, yang dihantar oleh papa sebagai wakil Astana Holdings beberapa bulan yang lalu. Syukur kerana Haji Ithnin menerima kehadirannya dengan tangan yang terbuka, hati yang lapang. Malah dia merasakan Haji Ithnin dan lelaki yang diceritakan oleh Mustapha dan Ramli kepadanya adalah dua lelaki yang berbeza. Sedang hakikatnya mereka orang yang serupa. Tapi dengannnya… entahlah.
Alasan lelaki itu, dia menghormatinya dan menerima baik setiap kata mahupun cadangannya. Bukan menolak bulat-bulat. Itulah yang dikatakan oleh Haji Ithnin apabila dia menyoal lelaki itu kenapa kehadirannya diterima dengan baik sedang Mustapha dan Ramli tidak.
Apa maksud Haji Ithnin dengan kata-kata itu, Rasyad sendiri tidak tahu. Yang penting, kerjanya sudah selesai dan sekarang dia sudah boleh pulang ke KL semula. Mampu memenuhi kemahuan mama, yang semenjak dua minggu menanti kepulangannya. Semenjak hari pertama dia berada di Kampung Setanggi lagi. Pasti mama menanti dengan air mata dan kerisauan, walaupun tiada keperluan untuk kedua-duanya. Maklumlah, dia anak tunggal papa dan mama. Dialah racun buat mama, dia juga penawar untuk mama. Dialah segala-galanya buat mama.
“Bila Rasyad nak balik ni? Mama dah rindu sangat. Papa tu bukan nak faham, asyik suruh mama sabar aje. Baliklah cepat-cepat, Rasyad, mama rindukan Rasyad.”
Masih melekat kemas setiap bait kata mama dalam kotak fikirannya. Malah syahdu tangisan mama seolah-olah menerpa pelupuk telinga. Senyuman kecil menyentuh sepasang bibir Rasyad. Sedih mama macamnya sedih seniwati air mata pun ada.
“Mama, mama… tak habis-habis nak letak Rasyad bawah ketiak mama. Nak Rasyad dekat dengan mama saja,” ucap Rasyad perlahan. Sempat pula menggeleng-geleng mengenangkan sikap mama yang tidak berubah semenjak dia kecil hinggalah usianya kini menjangkau 24 tahun.
Saat itulah sekujur tubuh kelihatan berlari laju ke hadapan keretanya. Meluru tiba-tiba.
Mujur mata Rasyad masih cekap menangkap batang tubuh itu walaupun gelap malam sedikit menyukarkan. Kakinya cepat-cepat menekan pedal brek. Batang tubuh itu pula kelihatan tergamam apabila kereta Rasyad berhenti tiba-tiba. Beku di hadapan keretanya. Cahaya lampu keretanya memberi peluang kepada Rasyad untuk melihat dengan jelas wajah gadis di hadapannya.
Gadis? Pada jam 4.00 pagi lebih begini?
Bingkas Rasyad keluar dari perut kereta seraya mendapatkan gadis yang masih beku di tempatnya.
“Awak dah gila ke? Tak nampak kereta saya? Mujur saya tak langgar awak tau!” ucap Rasyad, tiba-tiba geram. Seram sejuk tubuhnya memikirkan kemungkinan yang satu itu. Malah rasa marah menerpa apabila gadis itu kelihatan tidak langsung menyedari hakikat yang itu.
Apa akan berlaku kiranya dia melanggar gadis ini tadi? Mungkin dia tidak memandu terlalu laju namun dengan kelajuan tadi gadis itu mungkin tercedera kiranya dia tidak sempat menekan brek tepat pada waktunya. Kemungkinan yang satu itu buat wajah Rasyad pucat, tiada darah.
Rasyad kembali menumpahkan mata ke arah gadis di sisinya. Jika boleh dia mahu memuntahkan rasa geram dan marahnya atas tindakan bodoh gadis itu. Geram kerana menakutkannya begitu dan marah kerana gadis itu tidak memikirkan apa yang berlaku kiranya keretanya bertembung dengan tubuh genit itu. Bahawa tubuh itu mungkin saja terperosok di bawah keretanya andai dia tidak cekap menekan brek tadi!
Gadis itu punya rambut keriting yang lebat dan hitam warnanya, tapi sangat kusut. Malah pajama tidur yang dipakainya juga kelihatan tidak terurus. Pendek kata gadis itu nampak serabai, serba tidak kena. Kenapa keadaan gadis ini begini? Apa pula yang sebabkan dia berlari kencang seperti tadi? Seolah-olah sedang larikan diri daripada sesuatu. Sesuatu atau seseorang?
Rasyad terasa nafasnya tersekat apabila gadis itu tiba-tiba memaling muka, menentang paras wajahnya. Muka gadis itu basah dengan air mata yang masih bersisa pada pipi. Hiba wajah itu jelas tersua. Pandangannya? Ya, itulah yang menggamit Rasyad untuk menentang sepasang mata itu.
Mengapa pandangan itu seolah-olah mahu menyalahkan dia? Seolah-olah dia yang bersalah dalam kejadian seketika tadi. Renungan itu buat rasa geram kembali menggelupur dalam hati Rasyad. Turut diserbu perasaan marah. Marah kerana gadis itu menyalahkannya sedangkan kerana kepantasan dialah gadis itu terselamat daripada bertembung dengan keretanya lalu cedera. Tidakkah kau sedar, wahai gadis?
“Kenapa tak langgar saya?! Kenapa?!”
Soalan lantang yang dihadiahkan oleh gadis itu buat Rasyad terperanjat besar. Bukan kerana kelangsingan suaranya atau kelantangan katanya. Sebaliknya soalan yang dihadiahkan oleh gadis itu sendiri. Kenapa tak langgar dia?
“Apa?!” Terkebil-kebil Rasyad melihat gadis di hadapannya. Manalah tahu dia tersalah dengar. Tiba-tiba dia punya masalah pendengaran.
“Kenapa tak langgar saya?! Kenapa tak langgar?! Saya dah tak nak hidup, saya tak nak hidup lagi! Saya nak mati! Kenapa tak langgar?!”
Kali ini bukan sahaja gadis itu bertempik kuat kepada Rasyad, malah mula memukul kuat dada Rasyad. Bertubi-tubi, sehinggakan Rasyad terdorong ke belakang kerana sama sekali tidak menyangka si gadis akan bertindak demikian. Terkejut tau!
“What the hell…? Stop this at once! Stop it!” Rasyad cuba paut tangan gadis itu. Mujur berjaya. Kalau tidak, sah dadanya biru kerana lebam. Boleh tahan juga penangan tangan kecil itu.
“Kenapa…? Kenapa…?”
Sekali lagi Rasyad terperanjat. Gadis itu mula teresak halus lalu perlahan-lahan jatuh ke atas jalan. Kerana tangan Rasyad masih memaut lengan gadis itu, dia turut ditarik sama. Turut terduduk di atas jalan yang tidak bertar itu.
“Saya nak mati. Saya cuma nak mati. Kenapa biar saya terus hidup? Saya dah tak ada apa-apa. Tak ada guna lagi saya terus hidup macam ni. Dah tak ada gunanya… tak ada…”
Tangisan gadis itu mendayu. Cukup hiba. Malah Rasyad mampu menangkap sesuatu yang sama sekali tidak terjangkau oleh fikirannya melalui bait kata gadis itu. Gadis ini sebetulnya mahu bunuh diri. Ya, bunuh diri! Sekiranya Rasyad lewat menekan pedal brek tadi, tentu niat gadis ini sudah termakbul. Mungkin dia telah membantu gadis ini dalam usahanya—membunuh diri.
Ya Allah, bunuh diri?
*****
SENTAK! Rasyad tersedar mendadak. Tubuhnya tegak, matanya terbuka luas terus. Kisah silam itu memberinya satu kejun yang mendinginkan tubuh. Kisah lalu itu menghantarnya satu beku yang mensejukkan badan. Sungguh, sudah terlalu lama memori itu dipendam dalam minda dan hati paling dalam, sudut paling sukar dia selongkar.
Jadi, mengapa malam ini ia datang menyapa?
“Fa… Fa kat mana, sayang?”

Published on June 20, 2012 03:33
June 13, 2012
.: dalam satu rasa [8] :.

“Mama Angah, are you truly busy? Atau saja-saja buat busy?” Umair berdiri tidak jauh dari muka pintu yang terkatup rapat sambil tangan mencekak pinggang dan kaki kanannya dihentak-hentakkan ke lantai. Siap menjongket sebelah kening lagi.
Zahirah sakan sembunyikan senyuman yang melebar dari mata Umair. Tidak mahu anak kecil yang nakal dan cukup menghiburkan itu menyedari betapa sukarnya dia berperang dengan rasa lucu yang hadir dengan gelagat Umair. Begitulah lagak Umair tiap kali dia berpura-pura tidak perasan akan kehadiran Umair, demi kerana mahu mengusik. Ketukan pintu yang perlahan dan bernada bak satu kod rahsia itu sudah memberitahunya akan kedatangan Umair. Dia dah hafal sangat ketukan Umair, kerana dia sendiri punya tabiat mengetuk pintu sedemikian.
Umair merengus. Cukup kuat kerana mahu Mama Angahnya yang nampak khusyuk dengan komputer riba sedar yang dia sudah habis sabar dengan perangai Mama Angahnya itu. Ingat dia tak ada kerja ke nak berdiri kat sini saja dan tunggu Mama Angah mengalih tumpuan kepadanya? Dia banyak kerja tau… Mana nak kacau Mama Angah lagi, nak ganggu Mama Adik lagi dan paling pasti, susahkan umi.
“Hah, mulalah tu…”
“Mair bosanlah, Mama Angah. Umi dengan Mama Adik tengah sibuk dengan perbincangan rahsia besar dia orang tu. Rahsia besar pun Mair masih tau dia orang tengah cakap pasal uncle nama Najmi. Siapa dia tu ek, Mama Angah?” ujar Umair sambil mengatur kaki mendapatkan Zahirah.
Sudah tiada rasa tidak puas hati kepada wanita itu hanya kerana ayat “Hah, mulalah tu…” tadi. Kerana bagi Umair, bila sudah ada balasan sedemikian maksudnya Mama Angah tidak sibuk atau buat-buat sibuk. Mama Angah acah mak labu saja tadi tu…
Umair yang bertubuh kurus dan kecil untuk budak lelaki 11 tahun terus selamba memanjat ke atas paha Zahirah lalu menyelesakan duduk di situ dan membawa kedua-dua tangan Zahirah ke atas bahunya lalu kedua-dua tangan itu digayut pada bahunya. Mata Umair melingas ke seluruh pelosok skrin komputer riba di hadapan. Cuba mencari apa yang menarik sangat di situ. Namun dia tidak dapat melihat sebarang tarikan di situ. Mungkin kerana dia tidak pernah punya minat dengan peribahasa Melayu seperti Mama Angah yang memang gemar menghimpun sendiri pelbagai peribahasa Melayu sebagai koleksi peribadi.
“Amboi… selesanya sayang Mama Angah duduk. Mair tu dah berat tau. Bukan budak kecik lagi. Dah nak masuk 11 tahun dah pun.” Sengaja Zahirah mengomen sedang dia sedikit pun tidak kisah akan tindakan Umair itu. Tak berat mana pun Umair untuknya.
Malahan, Zahirah amat selesa kerana Umair memang gemar duduk begini. Hanya dengan dia sahaja kerana dengan umi dengan mama, Umair telah memilih cara duduk yang lain. Nak tahu, tunggu sajalah waktunya nanti. To be continued…
Umair menjuih bibir, selamba sahaja mengeratkan pautan ke tangan Zahirah yang tergantung di bahunya. Selesa. “Mama Angah tengah kumpulkan peribahasa lagi? Kan dah banyak dah Mama Angah kumpul…”
“Ini kan kegemaran Mama Angah? Mama Angah tengok aje… Mana tau ada koleksi baru yang boleh ibu himpunkan. Peribahasa ni ada macam-macam jenis, malahan terselit pelbagai nasihat di baliknya.”
“Hmm, entah apalah nasihat yang Mama Angah perlu lagi. Lainlah mama tu!”
Ucapan Umair yang bak lagak orang dewasa itu benar-benar mencuit Zahirah. Bercakap… mengalahkan orang tua. “Pandailah awak tu. Nak kata mama perlu nasihat, padahal awak lagi perlu…”
“No, I don’t!” bantah Umair dengan mulut muncung sedepa dan wajah tidak puas hati. Ada ke pulak dia perlukan nasihat! Apalah Mama Angah ni?! Tak sekolah agama gamaknya!
“Oh, really?” Zahirah melepaskan kedua-dua tangan yang tergantung lembik di atas bahu Umair seraya memaut kedua-dua bahu itu dan mengalih batang tubuh kecil itu. Menghadap mukanya.
Zahirah tertawa perlahan apabila lihat mimik muka anak kecil itu. Muka tidak puas hati cara orang dewasa! Argh, anak kecil ini benar-benar bijak mengajuk setiap gaya orang dewasa kerana Umair sendiri tinggal dalam kalangan tiga wanita dewasa. Walau seorang daripadanya hanya akan menjadi dewasa apabila keadaan mendesak—adik bongsunyalah tu!
“Aaa… ah…” Bak burung belatuk Umair menganggukkan kepala. Tayang muka slumberland lagi.
Zahirah cuba seriuskan muka, walaupun rasa mahu terus ketawa masih menggeletek ulu hati. Anak bujangnya ini, mana pernah tidak mengundang senyum atau tawanya? Dengan Umair sahajalah dia mampu tayang gigi dan gelak sekuat hati—selain along dan adiklah. Namun, apabila berdepan dengan orang luar, walau ada along dan adik, juga ungkapan bersahaja mereka yang mengundang tawanya, hanya senyum kecil yang akan tersua. Kerana dia masih mengawal diri jika ditempatkan dalam kalangan orang luar.
Namun dengan Umair, walau ada sepuluh makhluk yang tidak dia kenal mengelilinginya pun, dia boleh menjadi serpihan diri yang sering disembunyikan dari mata kasar lain. Tak boleh kawal diri lagi. Itulah kehebatan Umair, yang tiada pada insan lain. Hanya anak kecil rasa dewasa ini. Dan Umairlah seseorang yang mengata rambut pendeknya tak padan dengan gaya femininnya sedang si tomboi bertocang kuda bagai. Ada bakat jadi juri sungguh anak kecil ini.
“Kalau betul Mair tak perlukan nasihat, biarlah jadi telinga tempayan, jangan jadi telinga kuali. Maksudnya… lebih baik mendengar dan menurut ajaran yang membawa kebaikan daripada mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kesusahan. Faham apa yang Mama Angah cuba bagi tau tak?”
Dengan bibir yang masih mencebir, Umair mengangguk malas. Nampak seolah-olah dipaksa sahaja. Macamlah Mama Angah pegang kepalanya dan goyang atas bawah secara paksa. Tapi dia tahu dia harus akur mengangguk kerana Umair faham apa yang Mama Angah cuba sampaikan. Itu pun sesudah mendengar penjelasan Mama Angah akan makna peribahasa yang dipetik tadi. Kalau tak, dia tak akan mencebik mulut begini sebaliknya tayang muka tak faham benda.
“Ibu nasihatkan Mair jangan curi dengar perbualan umi dan Mama Adik, kan?”
Zahirah menyentuh hujung hidung Umair dengan jari telunjuk. Sambil mengangguk, mengiakan pertanyaan Umair, dia menghantar pandangan ke setiap inci wajah kecil itu. Umair Rasyad banyak mewarisi rupa mereka bertiga. Umair Rasyad selalu dianggap anak mereka. Dan mereka tidak pernah menidak ia. Umair Rasyad anak umi, Mama Angah dan Mama Adik. Umair Rasyad darah mereka!
“Tapi, bukan Mair nak dengar pun… terdengar. Bukan nak curi dengar pun… terdengar,” ucap Umair masih cuba menangkan diri. Memang itu pun kebenarannya.
“Tapi boleh ngelak, kan? Mama Angah tau sangat Mair tu. Kalau dah terdengar, mulalah terpasang telinga nak tau keseluruhan cerita. Sayang, you better keep your ears to yourself. Kami semua tak mau Mair kehilangannya. Understand, buddy?” nasihat Zahirah penuh kelembutan.
Ada kebaikan yang tidak disedari oleh Umair di balik kata nasihat itu. Belum cukup usia untuk faham penuh bahawa dia tidak mahu Umair turut terlibat dalam kemelut mereka. Umair terlalu kecil untuk merintanginya. Lainlah mereka. Zahirah tidak pernah menginginkan sebarang lumpur yang mereka tanggung terpalit kepada Umair. Kebimbangan itulah yang selalu mengejar dia serta kakak dan adiknya.
Pengajaran pertama dahulu membuatkan mereka benar-benar serik dan mula berjaga-jaga. Walaupun bukan Umair mangsanya, mereka tega mencari jalan mengelakkannya sebelum ia berlaku. Demi tidak mahu menegakkan juek-juek sesudah menyabit. Mereka tidak mahu sesudah segalanya selesai barulah teringat akan cara terbaik untuk menyelesaikannya. Jadi mereka bertiga sudah sama berpegang—mencegah sebelum merawat!
“Yeah… Yeah…” Dengan gerakan kepala ke kiri untuk ‘Yeah’ pertama dan kanan untuk ‘Yeah’ kedua, bersama lagak penuh kebosanan, Umair membalas teguran Mama Angah. Bukannya umi dan Mama Adik tahu pun dia pasang telinga. Lainlah kalau Mama Angah sendiri beritahu. Tapi dia yakin Mama Angah akan diamkannya, kerana Mama Angah selalu simpan setiap rahsianya dengan baik.
“My good boy!” Sekali lagi Zahirah mencuit hujung hidung Umair lalu memeluk tubuh itu seketika.
Sudahnya, Zahirah mengalihkan semula tubuh Umair ke arah komputer riba dan menyangkut semula kedua-dua tangannya pada bahu Umair, sebagaimana yang digemari oleh Umair. Nyata Umair suka. Yalah, tak perlu dengar nasihatnya di balik peribahasa Melayu kegemarannya. Kini anak kecil itu sedang menggenggam utuh kedua-dua jemari tangannya yang tergantung.
Umair. Nama yang mula hadir dalam kehidupannya sejak 11 tahun dulu. Bukanlah satu misteri lagi. Rasyad. Nama itu adalah misteri sehingga waktu ini. Siapa empunya nama itu? Zahirah tidak tahu malahan tidak pernah cuba tahu. Hanya kerana satu sebab. Sebaris nama yang pelik namun unik itu—Rasyad—mampu membawa satu perubahan yang maha ketara pada raut kakaknya. Kerana itulah nama itu tidak pernah dibangkitkan semenjak 11 tahun sudah.
“Hey, Mama Angah, you got mail!”
Suara lantang Umair mengembalikan Zahirah ke biliknya semula. Sepasang mata yang tadinya memang pada skrin komputer, namun tidak benar-benar di situ, kali ini memaut apa yang tertera di situ. Benar kata Umair, ada satu e-mel yang memenuhi inbox e-melnya. Tidak sedar bila Umair membesarkan ruangan e-melnya yang dikecilkan tadi kerana asyik dengan peribahasa Melayu yang tidak pernah dibacanya sebelum ini. Hah, tulah! Khayal sangat!
“Hanun? Siapa dia ni, Mama Angah?” soal Umair mendekatkan muka ke skrin komputer riba seraya mengalihkan tubuh bersama batang leher ke arah Zahirah. Menanti jawapan daripada wanita yang nampak terkesima itu.
“Mama Angah!” pekik Umair lantang. Mujur tidak terhumban tubuhnya dari paha Zahirah apabila wanita itu terenjat tiba-tiba. Terkejut gamaknya. Sambil memeluk leher Zahirah, Umair tayang gigi apabila wanita itu membulatkan mata melihatnya.
“Apa Mair cakap? Hanun?” soal Zahirah seolah-olah tidak percaya.
Namun anggukan tak ingat daripada Umair serta nama yang kemas tertera pada inbox e-melnya membuatkan Zahirah menelan sahaja rasa tidak percaya itu. Sebaris nama itu meyakinkan dia yang dia tidak tersalah dengar apabila Umair menyebut nama yang pernah jadi topik perdebatan antara dia dan Mahirah, dalam menentukan jantinanya. Walaupun dia dan Mahirah sama-sama meleraikannya dengan kata setuju jantina makhluk bernama Hanun itu adalah lelaki, tapi apa yang sedang menerpa matanya lebih mengesahkannya sehinggakan tiada ruang untuk berkompromi lagi.
Hanun Haiman bin Hazmir!
Memang sah dan pasti… Hanun adalah seorang lelaki!
Published on June 13, 2012 09:30
June 11, 2012
.: dalam satu rasa :.

Saya ingat lagi waktu saya nak memulakan DSR, saya berniat hendak tulis kisah tiga beradik: Nur Zafifah Asma, Nur Zahirah Alya & Nur Mahirah Aisy. Ya, saya akan terus menulis kisah tiga beradik ini. Tapi kemungkinan besar saya agak susah nak balancekan kisah mereka. Jadi, saya telah membuat pilihan.
Heroin utama DSR adalah Nur Zafifah Asma.Heroin kedua DSR adalah Nur Zahirah Alya & Nur Mahirah Aisy.
DSR masih bercerita tentang kasih sayang... juga cinta. Semoga pembaca e-karya ini, yang mengikutnya dari awal akan terus menyokong saya dalam menyiapkan DSR, dalam belajar untuk setia ;)
Published on June 11, 2012 03:27
June 10, 2012
.: mood :.
BNI dengan mood memang selalu ada tarik-menarik. Ada waktu mood tu nak bagi kerjasama & ada masa tak. Dan ada masa, kalau ia nak bagi kerjasama, ia sangat bekerjasama--sampai BNI pandai-pandai nak curang. Centa sini sikit, centa sana sikit.
Jadi, BNI dah buat keputusan nak setiap pada satu--bukan Secukup Rasa, bukan Princess.
Jadi, jangan harapkan entri kedua-duanya sampai BNI belajar untuk setia pada satu.
Sekian, terima kasih.

Published on June 10, 2012 05:51
Bikash Nur Idris's Blog
- Bikash Nur Idris's profile
- 78 followers
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.