Bikash Nur Idris's Blog, page 16
September 12, 2012
.: tanpa tajuk :.
“Ah... Kau tak tau, kan? Sebenarnya memang ramai yang tak tau... aku dengan Qis ada hubungan...” Selamba tutur Erwann. Muka orang tak berdosa.
Dan itu dua kali mengejutkan Hafiy. Dia yang baru sedut minuman di depan, terus tersedak tanpa kawalan. Di luar kawal jugalah mulutnya menyembur air. Bukan ke muka Erwann, sebaliknya tepat ke wajah seorang lelaki yang ngam-ngam tiba dan ngam-ngam pula letak hidangan kek durian belanda kedua untuk tetamu tetap restoran itu.
“Oh God...” ujar Erwann terkejut dengan aksi ngeri tidak disangka itu. Terus dia berdiri sambil tengok lelaki di depannya yang jadi penghadang pada semburan mengejut daripada Hafiy itu. Ke kiri kanan dia tilik dan kelek muka boleh tahan tampan dengan perisa jus epal limau agak masam itu.
Sudahnya, Erwann berdiri tegak sambil capai kek durian belanda kedua, sudu ungu yang sama, disudu-sudu ke mulut sedikit, sedikit. Lagak orang tengok wayang bergambar di rumah sendiri!
Hafiy yang perasan sangat dengan aksi tak boleh blah daripada kawan sendiri hanya boleh besarkan mata, tidak percaya. Kemudian Hafiy lekas berdiri dan capai berhelai-helai tisu di atas meja, sentuh-sentuh pipi lelaki yang jadi bahannya. Sungguh dia tak sengaja.
“Sorry... I’m so sorry...” pinta Hafiy bersungguh, sangat.
“It’s okay...” Lelaki itu senyum sambil capai tisu dari tangan Hafiy lalu disentuh-sentuh pada paras putih bersihnya. Disapu sentuhan air di situ.
Hafiy terus berdiri, tengok saja. Masih ada rasa bersalah buat anak orang begitu.
Erwann berdiri juga, tengok juga. Masih makan kek durian belanda dengan selamba.

Published on September 12, 2012 09:41
September 6, 2012
.: apa sedang BNI buat sekarang? :.

Sebenarnya semenjak kebelakangan ni BNI asyik tak kena bila menulis. Masalah paling utama, sumpahan 200 muka yang BNI alami. Memang sakit sangat dan kecewa sangat dengan diri sendiri. Tak boleh nak luah apa pun rasa. Ada masa mengalah, ada masa bersemangat. BNI tak boleh kalau tak menulis. BNI NAK MENULIS! SANGAT-SANGAT!

Published on September 06, 2012 10:53
September 2, 2012
.: e-karya :.
Saya akan menghentikan kesemua E-Karya untuk masa ini. Saya perlukan masa untuk susun semula apa yang perlu dan lekat sempurna apa yang tanggal. Jadi, saya harap pengunjung yang sudi menjenguk blog BNI ini takkan bosan dalam menunggu sampai saya masukkan E-Karya terbaru ~ Princess, SR, SDSS, DSR atau yang lain, saya pun belum tahu.
Saya harap akan ada pengunjung yang terus sudi hendak membaca karya BNI kerana saya menulis untuk yang sudi membaca...
...terima kasih untuk yang sudi...MUAH!!!

Published on September 02, 2012 09:05
September 1, 2012
.: Drama Jepun :.
Agak lama saya tak layan drama Jepun. Drama Ataru ni, sebelum saya tak terlayan drama J, sempat saya tengok dalam 3 episod. Masa tu tengah on air... tunggulah setiap minggu. Dah berhenti, berhentilah semua. Ni ada mood melayan semula, saya sambung drama

Published on September 01, 2012 22:10
.: drama jepun :.
Agak lama saya tak layan drama Jepun. Drama Ataru ni, sebelum saya tak terlayan drama J, sempat saya tengok dalam 3 episod. Masa tu tengah on air... tunggulah setiap minggu. Dah berhenti, berhentilah semua. Ni ada mood melayan semula, saya sambung drama Ataru dan Asnwer < (^^,) >
Ataru ~ Drama mengenai Ataru @ Chokozai, pesakit autism yang mempunyai savant syndrome. Apa saja yang dia dengar atau lihat, dia boleh ingat. Kebolehan dia ni digunakan oleh dua polis dalam menyelesaikan kes-kes 'discarded'. Saya sangat suka kisah ini serta karakter Ataru. Pelakon dia memang pandai bawaklah!
Tengah melayan semula Answer yang dulunya terhenti pada episod 4. Satu lagi kisah penyiasatan yang menarik. Mengenai Evidence Verification Section. Sebelum kedatangan Shinkai Akira, depatment ni main luluskan aje kes mengikut siasatan yang dilakukan oleh pihak polis yang bertugas in-field. Duduk, baca, sain, lulus! Tapi Shinkai ajar department untuk turun padang dan lihat bukti serta saksi sebelum luluskan sesuatu kes, yang mana jadi kemarahan pegawai polis in-field. Percanggahan ni menarik dan yang lebih menarik, bukan semua kes lulus dengan duduk, baca dan sain.

Published on September 01, 2012 22:10
August 31, 2012
.: Hana Kimi :.

Tapi kalau ditanya drama... yang paling melekat di hati adalah Hana Kimi Jepun. Walaupun Hana Kimi Korea dah mula, maaf... tetap pilih Hana Kimi Jepun. Tapi Hana Kimi Korea musti layan sampai habis jugak for the cute characters ♥‿♥

Published on August 31, 2012 23:15
.: hana kimi :.

August 25, 2012
.: sayang dia suam-suam [10] :.
Sirin mengetuk pintu perlahan lalu terus membuka daun pintu bilik bacaan tersebut tanpa menunggu arahan daripada Azaim. Maklumlah, Azaim tahu akan kedatangannya. Bukannya dia sendiri yang merajinkan diri ke sini. Sebaliknya dia lebih rela menghabiskan masa di biliknya sendiri daripada berada di sini, barang 60 saat sekalipun. Tak teringin, tak terhegeh. Hidung memang memancung, pipi tak tersorong-sorong.
Namun untuk meyangkal, Sirin rasa tidak patut. Tambahan pula ini mungkin kali terakhir dia di Vila Fatih. Jadi, biarlah perpisahan kali ini, antaranya dengan Azaim, adalah secara baik. Dia tidak mahu ada sebarang perasaan benci dalam hati mereka lagi sesudah dia kembali ke UK untuk selama-lamanya. Kerana itu jugalah dia berada di sini, mengikut arahan Azaim yang disampaikan oleh Mak Tua seketika tadi.
Sebaik Sirin melangkah masuk ke bilik bacaan, kakinya terhenti apabila sedar renungan mata Azaim tidak lari dari mukanya. Lembut sekali sepasang mata kecil itu menyentuh parasnya. Membuatkan debaran melantun-lantun dalam dada, tanpa dia mahu. Dengan tangan yang masih kejap pada tombol pintu, Sirin terkaku.
“Masuklah. Abang Im tak makan orang…” Azaim tersenyum nipis lihat gelagat Sirin. Matanya tidak berkalih. Melihat sahaja Sirin yang mengatup daun pintu lalu perlahan-lahan mengatur diri mendekatinya, yang sudah lama duduk di sofa coklat gelap di situ. Memang bertujuan menunggu kehadiran Sirin. Mahu tahu sama ada Sirin akan menurut kemahuannya ataupun tidak.
Azaim akui dia agak peranjat melihat Sirin di sini. Macam tak percaya. Masakan tidak, selama ini segala kehendaknya tidak pernah Sirin turuti. Ada sahaja alasan gadis itu demi menghampakan setiap keinginannya. Malah, melihat mukanya pun Sirin tidak pernah mahu. Nampaknya pemergian Sirin ke UK sedikit mengubah rentak permainan gadis itu. Mungkin kerana sudah lebih matang. Namun dia lebih yakin bahawa Sirin cuba bertolak ansur dengannya demi mahu mencapai niat hatinya. Walaupun Sirin tidak menyatakannya, Azaim sudah boleh menangkap. Sebuah beg pakaian yang datang bersama Sirin menjawab kemusykilannya sebelum Sirin sendiri membuka mulut memberi jawapan.
“Ya? Kenapa panggil saya?” Sirin bertanya sudahnya. Berdiri agak jauh dari sofa coklat gelap yang diduduki oleh Azaim ketika ini. Pemuda itu nampak selesa sekali.
“Duduklah. Ada ke pulak berdiri. Sini…” Azaim mengetuk-ngetuk tangan ke sofa, bersebelahan dengannya. Mahu Sirin duduk di situ.
Sirin menggeleng pantas. Nak cari pasal gamaknya! Ada ke nak duduk sebelah dia? Dari sini pun bila dia tengok, renung gitu, dah rasa macam kena kejutan elektrik. Inikan pula nak duduk sebelah. Mahu terkena kejutan sawan gamaknya. “Tak apa, saya berdiri aje.”
“Sirin, duduklah. Abang Im tak makan orang. Sungguh.” Azaim tersengih, angkat sebelah tangan seolah-olah bersumpah, nakal mengerdip mata. Walaupun tidak suka Sirin membahasakan diri saya dengannya, namun dia terima saja. Selepas dia menghantar Sirin ke asrama waktu itu, begitulah Sirin membahasakan diri. Bukan lagi Rin atau adik, kala hendak manja-manja.
Sirin mencemik bibir. Akhirnya dia meletak punggung di sofa. Namun dia masih waras. Belum hilang akal untuk duduk di samping pemuda itu. Sebaliknya memilih kerusi tunggal di situ, tidak mahu berkongsi dengan sesiapa pun. Kang tak pasal-pasal Azaim buat perangai tak siuman, duduk sebelahnya, payah pula. Tak pasal-pasal kena sawan. Tak boleh, tak boleh.
Azaim menjongket sebelah kening kepada Sirin. Tahu mengapa Sirin memilih kerusi tunggal itu. Dia menurut sahaja walaupun lebih sanggup berkongsi sofa dengan Sirin. Malahan berkongsi benda lain pun lebih daripada rela. Kongsi apa? Apa-apa sajalah…
“Ya?” Sirin mendesak lembut. Tidak mampu terus melawan renungan mata kecil itu. Malah senyuman nakal yang menggayuti bibir Azaim turut buat dia rasa lain macam. Seolah-olah ada benda saja di dalam perut.
“Saja aje, nak ajak Sirin bersembang. Tak boleh ke?”
“Saya ada kerja.” Harap-harap fahamlah.
“Hmm, kerja?”
“Ia, kerja!” Sirin duduk berpeluk tubuh. Tayang muka tak ada perasaan.
“Kerja apa tu? Sampaikan tak ada masa nak berbual dengan Abang Im?” Azaim tayang muka pelik.
“Kerja tu perlukan tumpuan sepenuhnya dan mengharapkan tak ada sebarang gangguan. Tak boleh kalau ada orang datang ketuk pintu dan sampaikan arahan seseorang. Tersasar nanti.”
Azaim ketawa perlahan. “Tak apalah kalau sesekali tersasar. Lagipun bukan selalu ada peluang nak tersasar, kan?”
Sirin hanya merengus halus. “Abang Im nak apa sebenarnya ni?”
“Berbual. Kan Abang Im dah kata…”
“Nak bualkan apa?” tanya Sirin acuh tak acuh. Tak ada mood nak berbual dengan Azaim, walau dia sendiri yang menurut kemahuan jejaka itu. Sangkanya Azaim mahu menemuinya sekejap sahaja, tapi lain pula halnya. Nak ajak beramah mesra pula. Banyak kacak!
“Pasal malam ni. Sirin pakai baju apa?”
“Baju sayalah. Takkan nak pakai baju orang lain kut.”
“Tapi, kan kebanyakan baju-baju Sirin warna hitam. Abang Im tak kisah kalau Sirin nak pakai jugak, tapi jangan marahkan sesiapa yang salah sangka. Macam semalam. Kesian Sal, tak tahu nak buat apa bila tengok Sirin rempuh keluar dari sini macam tu, walaupun mula-mula rempuh dinding.”
“Don’t worry about your dinding or your Sal. They will be save enough from my temper. Dan, tak perlu risau pasal ada yang salah sangka lagi malam ni. I have something other than black to wear.” Sirin menjeling. Hatinya tiba-tiba terasa hangat mendengar nama Salmiha. Kalau nama dinding tu, tak rasa apa-apa pula. Biasa aje. Tapi bila nama Salmiha yang meniti bibir Azaim, perasaannya disambar rasa marah.
Kenapa ni? Untuk apa pula dia rasa marah kepada Salmiha mahupun pada nama gadis itu sendiri? Suka hati Azaimlah nak sebut nama Salmiha berapa kali pun, malah kalau nak bercakap dalam bahasa baru yang diberi nama ‘bahasa Salmiha’—kalau Azaim mampulah—pun dia tiada hak untuk menghalang pemuda itu. Lagipun dia memang tak akan faham ‘bahasa’ itu.
“Something other than black? Well, this is interesting. And… what color is that?”
“Hmm, that is my business, I think.”
Azaim ketawa sekali lagi.
“Ingat saya baru buat lawak ke?” Sirin mula rasa geram. Sepatah dia cakap, sepuluh kali Azaim gelak. Ingat dia masih nak jadi badut amatur ke?
“No, of course not. Cuma… Your accent. I like it very much…”
“Yeah, I caught some. Dah lima tahun kat sana kan…”
“Yalah, yalah. Hmm, baju apa Sirin nak pakai malam ni? Tell me, I’m very curious right now. It’s eating me.”“Kenapa pulak nak tahu?”
“Come on, Sirin. Don’t be a killjoy. Tell me…”
Sirin menghempas keluhan kecil. “Fine. A chiffon tee. Kawan saya kat sana hadiahkan. To be precise, a blue chiffon tee. Dia teringin nak tengok saya pakai baju selain hitam, sebab tu dia kasik.”
“Kawan?”
“Hmm, Rob.”
“Rob?”
Perubahan wajah Azaim, yang berkerut serius tiba-tiba buat Sirin pelik. Apa hal mamat ni? Kena sembelit ke tetiba? “Yeah, Rob. Robert.”
“Hmm, dia hadiahkan baju yang warnanya selain warna hitam, warna kegemaran Sirin, terima pulak. Abang Im kasik satu almari punya baju, untuk Sirin, tak boleh terima. Kenapa tu?”
“Rob bagi hadiah birthday. Ada sebab untuk saya terima. Tapi Abang Im, saya tak nampak pun sebab untuk terimanya.” Selamba saja Sirin angkat-angkat bahu. “Lagipun, semua pakaian dalam almari tu, bukan selera saya. Rob bagi sesuatu yang saya suka. Dia tahu apa saya selesa pakai dan yang dia bagi tu cotton tee. Bukan kebaya, kurung bagai!”
“Fine! Lets go…” Azaim bangkit tiba-tiba.
Mata Sirin buntang memerhati Azaim yang sudah berdiri dan menghadiahkan pandangan tajam untuknya, bersama muka masam mencuka. Dia blur. Tidak faham dengan perubahan sikap Azaim. Sekejap tadi gelak bukan main. Gelakkan dia pula tu! Macamlah dia duk buat lawak antara benua. Sekarang ni, sua muka tenat macam kena sembelit. Eii, peliklah mamat ni. Tak tahu pun dia Azaim dah ada penyakit gini. Sejak bilalah agaknya?
“Jom!” Sekali lagi Azaim mendesak. Siap hentak kaki dua macam.
“Nak ke mana pulak?” Sirin garu hidung. Masih blur. Tapi lucu juga lihat acara hentak kaki daripada Azaim. Dah macam Alena pula, bila perempuan itu tergedik mahu ditemani ke tandas setiap malam.
“Keluar. Abang Im nak belikan cotton tee untuk Sirin.” Beria-ia Azaim tekan perkataan cotton tee.
“Belikan cotton tee?”
Azaim mengangguk.
“Oh, tak payah. Saya tak perlukannya. Kalau saya nak, saya boleh beli sendiri. Tak payahlah susah payah belikan apa-apa pun untuk saya. Saya dah tak perlukan apa-apa lagi. Terima kasih.” Sirin turut mengangkat buntut. Rasa tidak selesa untuk terus duduk dan membiarkan Azaim berdiri di hadapannya. Terasa seolah-olah Azaim mahu memonopoli suasana antara mereka, juga dirinya.
“Sirin, Abang Im nak…”
Kata-kata Azaim tidak mampu diteruskan apabila ketukan pintu bilik bacaan menagih perhatiannya. Membuatkan Azaim merengus kasar sebelum menjerit, “Masuk!”
Agak kuat, sehinggakan Sirin ternganga mendengar intonasi suara pemuda itu, yang jelas berang dengan sesuatu. Apa kenanyalah mamat ni? soal Sirin sendirian. Tambah-tambah tidak faham dengan sikap Azaim. Salji tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba Azaim beku. Ufh!
“Tuan Azaim, Encik Kasyah nak jumpa.” Leha muncul di balik pintu yang ternganga luas, melemparkan senyuman kecil untuk Sirin, yang turut membalas walau pandangan Sirin sesekali arahnya pada muka Azaim. Penuh rasa pelik.
Azaim turut membalas pandangan Sirin. Namun bukan pandangan hairan yang dihadiahkan oleh Sirin, sebaliknya renungan tajam yang mungkin mampu menelan gadis itu hidup-hidup. Jika mampu.
“Suruh dia masuk, Leha,” arah Azaim, masih tidak mengalih pandangan dari paras Sirin, yang berkerut-kerut dahi melihatnya.
“We’re not finish discussing this yet. Kita akan bincangkannya semula nanti.”
“Maaf, Tuan Azaim, tak ada apa yang perlu dibincangkan. This discussion is over. I’m getting back to my room.”
“Sekejap,” ucap Azaim sebelum Sirin mengorak kaki, apabila dilihat Ukasyah sedang melangkah masuk ke bilik tersebut.
“Apa lagi?” Sirin mengetap bibir geram. Kalau diikut hati, hendak sahaja melangkah tanpa pedulikan kehendak Azaim. Lantaklah Azaim nak tayang muka sembelit ke, muka senggugut ke. Namun, rasa hormat yang masih bersisa menghalang dia daripada bertindak sebegitu.
“Abang Im nak kenalkan dengan setiausaha Abang Im.” Azaim memaksa diri mengatur senyuman buat Ukasyah yang sudah hampir dengan mereka.
“Tuan Azaim.” Ukasyah mengangguk, sebagai tanda hormat, selain tambahan tuan pada pangkal nama lelaki itu.
“Kasyah, I kenalkan you dengan seseorang yang cukup istimewa untuk orang tua I dan I sendiri. Ini Sirin. Panggil dia Rin. Sirin, kenalkan setiausaha Abang Im, Ajmal Ukasyah.” Azaim memperkenalkan sambil mengerling saja Ukasyah bersama senyum penuh rahsia (yang difahaminya), bersalaman seketika dengan Sirin, yang menguntum senyum biasa (kerana tidak faham makna senyum rahsia Ukasyah).
“You’re his secretary?” Sirin menyoal tidak percaya.
“Sebernarnya saya sekretari Syamsul. Tapi secara tak rasmi jadi sekretari big boss sekali. On occasion. Tuan Azaim tak ada sekretari, tapi kalau perlukannya, I sentiasa ada…” Ukasyah masih tersenyum.
“Tapi… lelaki?” tanya Sirin lagi, kali ini tunak pada dua anak mata berbeza warna milik si lelaki. Dia tidak pelik kerana yakin pasti Ukasyah bukannya tersalah lensa mata, sebaliknya semula jadi begitu. Penyakit mata. Lebih tepat, iridium.
“Tak ada undang-undang yang nyatakan hanya perempuan boleh jadi sekretari, Cik.. Rin.” Sempat Ukasyah pandang sekilas Azaim dan perasan senyum Azaim. Dia tahu Azaim perasan sangat apa dia hendak buat. Saja-saja hendak guna Sirin dan bukan Rin, sebagaimana ‘diarah’ Azaim. Hendak cuba try test, tapi dia tarik diri. Sebab Azaim sudah pun beri amaran apabila ‘mengarah’ dipanggil Rin tadi.
“Oh, save the cik, please. Panggil aje saya Rin atau Sirin.”
“Rin,” tekan Azaim tiba-tiba, masih melihat.
Sirin terus tengok Azaim, jelir lidah. Kemudian pandang Ukasyah semula, tayang gigi. Dan Ukasyah ketawa.
Sirin sudah buat keputusan, mahu sukakan Ukasyah. Pemuda ini, yang nampak beberapa tahun muda daripada Azaim jelas berbudi pekerti dan ramah orangnya. Walaupun baru beberapa minit bersamanya, dia sudah rasa selesa. Bukan macam bila berada dengan Azaim. Seram sejuk. Selain itu Ukasyah membuatkan ingatan Sirin tak putus singgah kepada Robert. Walau tidak dari segi fizikal, namun perasaan senang dan selesa itu sama. Ukasyah di mata Sirin kacaknya bukan kacak biasa. Ukasyah kacak cantik. Itulah kata matanya.
“Kalau macam tu Rin pun panggil saya Kasyah aje. Itulah panggilan kawan-kawan saya.”
“Okey, Kasyah. Sebab sekarang saya kawan Kasyah, kan?”
Kasyah mengangguk, mengerdip mata.
“Hmm, that’s quite enough I think.” Azaim bersuara keras tiba-tiba. Sudah puas jadi pemerhati dan pihak yang terkecuali atau lebih tepat pihak yang tidak dipeduli.
Sirin dan Ukasyah sama-sama menoleh muka, menentang wajah Azaim yang masih serius. Malah nampak tidak puas hati. Sirin mencerun Azaim sebelum menarik muka. Ukasyah pula tayang gigi melihat lagak Azaim dan Sirin ketika ini. Tak mampu bertikam lidah di hadapannya, saling bertingkah pandangan pula.
“Sirin boleh ke bilik sekarang. Tapi kita akan sambung apa yang kita bincangkan tadi. Abang Im belum habis bincangkannya. Okey?”
“Actually we don’t have anything to discuss. Like I said, we’re through.” Sirin menghadiahkan jelingan paling tajam untuk Azaim lalu mengalih batang leher ke arah Ukasyah, yang jelas tersenyum lawa.
“Kasyah, hope to meet you again and have a very long talk about our latest acquaintance. See you again, Kasyah.” Bersama lambaian tangan serta senyuman manis, Sirin mengorak kaki meninggalkan bilik bacaan tersebut. Tahu bos dan setiausaha ini perlukan ruang peribadi. Dia pun sama!
Azaim dan Ukasyah sama-sama menurut langkah Sirin sehinggalah gadis itu keluar dari bilik tersebut dan pintu terkatup rapat.
“Sirin Hassan, I guess?” Ukasyah menjongket kening.
“An accurate one. How come you can memorize everything by heart?”
“Untuk jadi sekretari yang baik, untuk dua orang bos, itu yang diperlukan.” Ukasyah mengenyit mata, tersengih. “She’s different than other girls I met.”
Azaim jongket kening saja.
“Dia komen kerja aku… tu aku dah biasa. Cuma tak pernah tak ada perempuan yang tak komen mata aku yang cantik ni. Tapi dia… buat macam biasa aje walaupun ni kali pertama kami jumpa muka.” Ukasyah kagum sungguh. Sebab ini hal baru untuknya.
Hal biasa-biasa, setiap gadis, malah lelaki yang jumpa dia kali pertama, takkan tak tanya soal matanya yang berbeza warna. Hal paling biasa yang satu itu, hampir dua tahun sudah, apabila dia menerima reaksi paling gah sebaik matanya menentang sepasang mata yang baru dia kenal. Mata bulat Salmiha bersama jerit sakan Salmiha. Terkejut sungguh lihat anak matanya. Terkejut tahap takut sangat!
Azaim mengeluh kecil. “Apa kau buat kat sini, Kasyah? Aku tengah bincangkan satu topik penting dengan Sirin tadi.”
Jelas rasa tidak puas hati Azaim dalam setiap patah kata itu. Walau Azaim sedar Ukasyah mampu menangkapnya, dia tak peduli. Geram dengan ketibaan Ukasyah yang tidak kena pada tempatnya.
“Tapi Sirin…” Pandangan keras dua macam Azaim buat Ukasyah betulkan ayat. “Rin. Tapi Rin tak rasa macam tu, rasanya.”
“Nothing’s changed. The topic is still damned important to me. And you, what do you want?”
Ukasyah mengeluh kecil. Rupanya beginilah perangai orang patah separuh hati. “Actually, big boss, you asked me to be here precisely at 5.30 p.m.”
Azaim ketuk kepala sendiri. Mula mengutuk diri. Azaim tekad, lain kali tak akan campurkan urusan pejabat dengan hal ‘rumah tangga’. Kalau tak, jadi macam nilah. Sendiri buat janji, sendiri lupa diri. Ah!
*****
/ kut zaman remaja... /

Published on August 25, 2012 02:23
August 11, 2012
.: sayang dia suam-suam [9 *2] :.
Ketukan pada pintu biliknya mengalih perhatian Salmiha dari skrin Apple. Dia menggosok perlahan matanya sebelum mengalih muka ke arah daun pintu yang sudah terkuak. Dia tahu siapa yang melangkah masuk ke biliknya, sekalipun tanpa menoleh batang leher. Tentu sahaja mama. Hanya mama akan ke biliknya begitu. Papa serta Badlee selalunya akan menunggu arahan masuk daripadanya. Namun ia adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku.
“Mama,” ucap Salmiha mengorak senyum tipis.
“Buat kerja apa ni?” Sarimah menghampiri anak gadisnya, yang amat rapat dengannya semenjak kecil lagi.
“Buku kanak-kanak. Kisah bagaimana ular hilang kakinya. Dongengnya, ular pernah ada kaki dulu…” Ketawa kecil Salmiha dengan dongeng itu. Lucu dan menarik sekali kisahnya.
“Dah nak siap dah. Tapi takut jugak kalau-kalau belum kena. Sal dah buat ikut apa dia orang minta. Harap-harap okeylah. Sebab selalunya dia orang puas hati dengan kerja Sal.” Salmiha raih tangan mama di bahunya, dikucup lembut. Lalu jemari tangan kanan itu digenggam erat dengan tangan kirinya.
Sarimah memandang seketika skrin Apple. Tercuit bibirnya untuk senyum apabila terlihat seekor ular bermahkota dan mempunyai kaki. Nanti dia akan minta Salmiha ceritakan kisah dongeng itu. Bukan sekarang. Matanya menjengah wajah anggun itu, yang tidak berkelip memandangnya.
“Kenapa, mama? Ada apa?” soal Salmiha sudahnya, tersenyum nipis. Mula meramas lembut tangan mama.
“Tak patut papa buat macam tu pada Sal. Mama minta maaf, Sal, sebab tak mampu buat apa-apa. Mama tak mampu pertahan anak gadis mama sendiri. Maafkan mama, sayang.” Mata Sarimah mula berair. Sedih hati mengenangkan Salmiha. Perlu melakukan sesuatu yang tidak diingini hanya kerana ketaksuban suaminya untuk mendapatkan semula apa yang telah hilang.
Dia tidak akan salahkan suaminya jika lelaki itu sendiri yang berusaha untuk mendapatkan semua itu, kerana lelaki itulah yang menghilangkannya. Tapi suaminya menggunakan Salmiha, memaksa Salmiha secara lembut. Dengan sayang ditunjuk-tunjuk.
“Mama, janganlah macam ni. Bukan salah mama, tapi papa yang terlalu gilakan semua tu. Papa nakkan semula hak dia, tapi papa lupa papa dah lama hilang hak tu. Apa yang ada pada Im sekarang, itu milik dia sendiri. Papa sendiri yang buat silap sampaikan semua yang kita ada dulu hilang macam tu aje, sekelip mata. Im beli syarikat papa agar papa tak diiktiraf bankrap. Tu pun dah satu bentuk pertolongan. Tapi, papa…” Salmiha geleng-geleng.
“Im beli Dlee Transport. Tentulah Im ada hak ke atas syarikat tu. Takkanlah papa pulak pemiliknya! Papa cuma tak dapat terima hakikat yang kita dah hilang semua. Apa yang kita ada sekarang ni, nilah hak kita. Bad pun sama macam papa, harapkan bulan jatuh ke riba. Entahlah, mama. Sal pulak yang kena tanggung semuanya.” Salmiha mengeluh.
“Sal tak kisah semua tu, mama. Tapi… rasa sakit sangat bila papa, ayah Sal sendiri kata… Sal kena kurangkan kain yang ada kat badan Sal. Sal tak sangka papa akan cakap macam tu. Hanya sebab nak perangkap Im, papa sanggup sampai macam tu sekali. Papa yang sepatutnya nasihatkan Sal jaga maruah diri… minta tu semua daripada Sal?”
“Maafkan mama, Sal…” Sarimah menangis perlahan. Juraian air mata yang menyentuh lekuk pipi dibiarkan sahaja.
Biarlah dia menangis untuk Salmiha, yang tak akan menangis kerana mahu kuatkan semangat deminya. Salmiha tahu dia lemah melihat air mata anak-anak, kerana itulah Salmiha akan bekukan hati. Demi tidak menumpahkan air hangat itu di hadapan matanya. Sarimah menarik lembut kepala Salmiha, yang masih duduk di kerusi sedang dia berdiri di samping, dekat ke dadanya, lalu dipeluk rapat. Membelai rambut anak gadisnya itu dengan harapan usapannya mampu memujuk hati Salmiha yang diyakini amat terluka.
Permintaan untuk memikat Azaim, mampu Salmiha terima, tetapi kemahuan suaminya yang mahukan Salmiha berpakaian seksi demi meraih mata Azaim tidak mampu diterima oleh hati kecil Salmiha. Papanya sendiri menginginkan yang begitu? Ya Allah… Hatinya sendiri terusik memikirkan semua itu, apatah pula hati Salmiha.
“Sejak dulu, perhatian papa hanya pada Bad. Sebab Bad yang bakal mewarisi syarikat papa, Bad yang bakal terajui syarikat papa. Untuk Sal, tak ada apa-apa. Sekilas pandang cukuplah. Sal tak pernah terasa hati, mama. Sebab mama ada. Tapi sekarang, papa pandang Sal, dengan satu maksud. Dapatkan semula syarikat yang papa sendiri hilangkan, untuk diberi kepada anak kesayangannya dengan apa cara sekalipun. Itu tanggungjawab yang papa berikan kepada Sal dan Sal akan cuba untuk tak hampakan papa. Papa tak pernah minta apa-apa daripada Sal, jadi tak ada salahnya kalau Sal cuba kotakannya. Kan, mama?”
“Ya Allah, Sal…”
“Untuk lakukan pengorbanan, perlu ada yang dikorbankan. Sal yang perlu dikorbankan…” Salmiha peluk kuat pinggang Sarimah. Cuba mencari kekuatan di balik pelukan hangat yang sarat dengan kasih sayang daripada wanita itu.
Papa, Sal akan cuba. Sal janji tak akan hampakan papa. Sal akan kotakan janji Sal kepada papa. Percayalah, papa, Sal akan kotakan. Hati kecil Salmiha menabur janji, kerana dia seorang anak yang baru mendapat perhatian papa, sedang lewat 20 tahun dia menagih itu.

Published on August 11, 2012 11:04
August 10, 2012
.: sayang dia suam-suam [9 *1] :.
Ruang tamu rumah teres dua tingkat itu cukup menyelesakan. Namun untuk Burhan, ia amat menyesakkan. Dan kecil. Dia tidak pernah selesa tinggal di situ. Malahan, sebetulnya dia tidak pernah selesa dengan rumah ini. Rumah yang dihuni oleh dia, isterinya serta sepasang kembarnya sejak empat tahun yang lalu. Tiap kali mengenangkan rumah ini, hati Burhan pasti pedih dan sakit. Rumah ini akan mengingatkan dia pada kejatuhannya sendiri. Rumah ini akan menjelaskan kepadanya apakah kesilapan yang telah dilakukannya lebih empat tahun yang lalu. Kerana itu dia tidak pernah selesa di rumah ini.
Empat tahun yang sudah, ini bukan rumahnya. Sebaliknya empat tahun yang lalu, dia tinggal di sebuah banglo besar dan mewah, di kawasan elit. Itu yang menyelesakannya malah itulah kebanggaannya. Tapi kini, rumah banglo yang menjadi teduh dia sekeluarga bukan miliknya lagi. Terpaksa dijual demi membayar segala hutang-hutangnya. Malah bukan itu saja, segala yang diusahakan selama ini, dengan penuh daya dan ketekunan akhirnya pergi begitu sahaja. Punah di hadapan matanya atas dungu dan bodoh sendiri.
Dari situlah dia tercampak masuk ke rumah teres dua tingkat ini. Membawa bersama keluarganya yang menerima kesakitan yang sama melihat kejatuhannya. Isterinya, yang biasa memakai pakaian berjenama serta barang kemas mahal-mahal, akur dengan kesederhanaan mereka. Anak gadis serta anak bujangnya, yang disogok segala harta ringgit semenjak kecil, terpaksa menerima kehidupan serba biasa yang mengambil tempat. Tiada lagi bercuti ke luar negara. Malah dalam negara pun Burhan tak sudi.
Dia bukan orang yang biasa bersederhana!
Memikirkan semua itulah keinginan dan kemahuan Burhan kian meronta-ronta. Dia tekad akan lakukan apa saja demi mendapat segala wang ringgit, harta benda serta kemewahan yang telah lahir bersamanya dahulu. Burhan mahukan semula kehebatan silamnya, bukan kesederhanaan hari ini. Dia perlu pastikan hidup akan datangnya hanya bakal dilimpah mewah yang dia ada dulu dan akan ada nanti. Untuk seumur hidup. Dia mahu memiliki apa sahaja yang dikehendaki dengan memetik jari, bukan mengangkat satu jari pun. Istilah banting tulang tiadalah lagi.
Itulah impian Burhan. Itulah mahu Burhan.
Namun, untuk mencapai setiap impian serta mahu itu, ada harganya. Salmiha, anak gadisnya, itulah harga yang dipertaruh olehnya. Dia akan pastikan mereka berjaya. Pastikan mereka tidak mencium bau kegagalan sekalipun.
“Macam mana, Sal?” soal Burhan akhirnya, kembali ke masa kini demi memastikan masa depan yang diinginnya ada dalam genggaman tangan. Tubir matanya menerjah wajah anggun Salmiha.
Siti Salmiha, anak sulungnya itu sudah berusia 23 tahun. Sesudah tamat pengajian dalam bidang seni grafik, Salmiha memilih untuk menjadi freelancer dalam bidang tersebut. Kecenderungan Salmiha lebih kepada rekaan kulit muka bahan bacaan kanak-kanak serta illustrasinya. Hasil idea serta kerja Salmiha kebanyakannya diterima baik malahan Salmiha pernah ditawarkan oleh beberapa syarikat untuk menjawat jawatan kekal, namun Salmiha menolak kerana lebih selesa bekerja dari rumah sahaja. Selain itu, Salmiha bukan jenis suka diikat dengan waktu pejabat atau protokol.
Salmiha seorang gadis yang cantik. Burhan tidak memuji kerana Salmiha adalah anak perempuannya, sebaliknya memang itu kenyataannya. Salmiha lebih mewarisi darah Indonesia-Perancis daripada ibunya. Salmiha cantiknya jadi perhatian mata dan bualan mulut. Buktinya, sudah banyak kali pihak-pihak tertentu datang membawa lamaran, hendak jadikan Salmiha menantu atau isteri. Semenjak Salmiha di zaman universiti lagi.
Namun Burhan tak pernah beri.
Satu, kerana Salmiha boleh dapat suami yang lebih baik daripada mereka-mereka yang mencuba. Dua, kerana dia sendiri sudah memilih calon suami untuk Salmiha, sekali gus bakal menjadikan impiannya satu kenyataan. Kerana itu dia amat menjaga Salmiha dan menasihati Salmiha agar tidak sekali-kali bermain cinta. Masa depan Salmiha sudah dia tetapkan dan Salmiha perlu menurut. Selaku ayah, dia mengarah dan selaku anak, Salmiha tiada pernah berkata tidak. Tiada membantah.
“Macam mana apa, papa?” Salmiha menyoal, mengejutkan Burhan daripada angan tak sudah.
Burhan tengok Salmiha. Masih dengan skirt putih dan blaus merah tadi. Sepertimana dia, Salmiha juga tidak sempat menukar pakaian kerana mereka baru sama-sama sampai ke rumah sesudah makan jam menghabiskan masa di Vila Fatih, bersama Azaim dan Syamsul. Juga Sirin.
Salmiha membalas pandangan Burhan yang tumpah ke mukanya.
Sarimah serta Badlee, adik kembar Salmiha, turut mengarahkan pandangan ke muka Burhan. Mereka sama-sama duduk di ruang tamu, menikmati hidangan minum petang ketika Burhan dan Salmiha pulang sekejap tadi. Apabila Sarimah menawarkan minum petang untuk suami serta anak perempuannya, mereka sama-sama menolak dengan alasan sudah minum petang bersama bubur kacang yang disediakan di Vila Fatih.
“Sal dengan Azaim. Macam mana usaha Sal? Dah ada tanda?” Suara Burhan kedengaran kurang sabar. Mungkin kerana merasakan Salmiha acuh tak acuh dengan pertanyaannya tadi.
Salmiha hempas keluhan kecil. Akhirnya dia menarik nafas panjang, lalu dihela. Seolah-olah memberanikan diri untuk berdepan dengan sesuatu yang amat menakutkan. Memang menakutkan. Baran serta marah papa adalah amat menggerunkan. Jadi, tak salah jika dia rasa begini dan cuba bersedia untuk menerima apa-apa juga kata kasar yang bakal meniti bibir papa apabila mendengar bicaranya.
“Papa,” ujar Salmiha memulakan. Walaupun terasa sedikit gentar, dia tetap teruskan kata. Perlu. “Sal rasa apa yang papa cuba buat ni sia-sia. Tak akan berlaku.”
“Apa maksud Sal?” soal Burhan sedikit keras. Namun dia cuba mengawal hati. Tidak mahu melenting kepada Salmiha, menyua marak yang dirasa.
Memang Salmiha anak yang mendengar kata. Turut saja dengan perintahnya. Namun Salmiha bukan anak kecil yang boleh dipaksa melakukan sesuatu yang tidak dikehendaki. Salmiha tidak boleh didesak, sebaliknya dipujuk lembut dalam rasional. Itu sahaja cara yang ada dalam memastikan Salmiha tidak berpaling tadah daripada perancangannya.
“Sal dah kenal Im dekat dua tahun dah sekarang, papa, dan selama tu Im cuma kawan untuk Sal. Malah untuk Im pun macam tu. Sal hanya kawan. Susah untuk Sal buat Im pandang Sal dengan pandangan lain. Pandangan yang papa harap tu. Im tak mungkin lihat Sal sebagai kekasih. Im tak akan fikir untuk ada sebarang perasaan pada Sal. Sal tak rasa apa yang papa nak tu mudah untuk Sal capai.”
“Jangan risau, papa yakin Sal boleh.” Itu sahaja yang diucapkan oleh Burhan. Hanya itu yang boleh kerana tiada percaya untuk menyatakan sesuatu yang lebih daripada itu.
Perasaan marah yang tiba-tiba meluru dan cuba menguasai diri buat Burhan tidak mampu berkata lebih. Bimbang jika di baliknya ada nada marah turut berbaur. Dia tidak mahu Salmiha menyangka dia rasa marah. Dia tidak mahu Salmiha tahu dia sedang marah.
“Betul kata papa tu, Sal. Bad yakin dengan kemampuan Sal. Sal tak akan kalah. Percayalah kata Bad.” Badlee menyampuk tiba-tiba. Tidak sahaja diam mendengar. Kerana dia tidak mahu kakaknya hilang keyakinan kepada diri sendiri. Tidak mahu kakaknya hilang kepercayaan pada kekuatan sendiri.
Seperti Burhan, Badlee juga yakin dengan cadangan papanya—kakaknya menawan hati Azaim demi mendapatkan semula hak mereka, haknya. Badlee perlu pastikan Salmiha tidak mengalah sebelum berjuang. Dia tidak mahu Salmiha mengundur diri sebelum berada dalam medan pertempuran itu. Dia perlukan Salmiha untuk mendapatkan semula segala yang pernah menjadi milik mereka suatu ketika dahulu. Dia mahukan Salmiha dapatkan semula apa yang sepatutnya dia warisi daripada papa. Malah mereka semua mengharapkannya, jadi dia tak mahu Salmiha menarik diri. Tidak mahu dihampakan hanya kerana Salmiha hilang keyakinan serta kepercayaan dengan rancangan papa. Dia tak akan benarkannya!
Salmiha menggeleng-geleng perlahan. “Sal tak tahu kenapa papa dan Bad tak cuba lihat apa yang Sal lihat. Kenapa papa dan Bad berdegil kaburkan mata? Semua ni tak akan berjaya, papa. Im hanya anggap Sal sebagai kawan. Sal tak rasa Sal boleh buat Im nakkan Sal, sukakan Sal.”
“Sal cantik, tak ada kekurangan. Takkanlah dia tak akan suka Sal? Azaim lelaki, Sal, dia tak buta untuk lihat kecantikan Sal.” Badlee masih mempertahankan pendapatnya.
“Tu yang salah, Bad. Im memang lelaki, memang tak buta lihat kecantikan Sal. Sal bersyukur dengan kecantikan ni malah Sal berharap agar tak perlu gunakannya untuk umpan cinta seorang lelaki. Percayalah kata Sal, kalau ada lelaki yang wujud, yang tak tergoda dengan kecantikan Sal atau seorang perempuan, orang tu Im. Be sensible, Bad. Sal dah kenal dia dekat dua tahun, tapi dia tak pernah jatuh hati kat Sal selama ni. Well, he likes me… a lot, which is certain, but never loves.”
“Apa kena-mengena cinta dalam semua ni? Bad tak rasa ia sesuatu yang diperlukan.” Badlee masih belum puas hati. Mula melenting.
Salmiha senyum kecil. Itulah Badlee, adik kembarnya yang tidak melihat dia sebagai kakak kerana mereka dilahirkan dalam jarak masa beberapa minit sahaja. Baran Badlee pula, sama meningkat dengan usianya. Dan Badlee adalah lelaki kacak yang yakin bahawa kecantikan adalah satu keperluan kepada pasangan serta ketampanan adalah satu bonus yang harus digunakan untuk dapatkan yang cantik dan berharta. Badlee tidak percaya pada hubungan hati yang wujud daripada cinta dan adik kembarnya itu mahu dia juga bertanggapan sebegitu.
“Sal?”
Panggilan lembut daripada papa membuatkan Salmiha melontar mata ke wajah itu. Sudah berusia 61 tahun, namun masih sihat dan kuat. Tapi sayang, kesihatan serta kekuatan yang masih berbaki itu, kurniaan Ilahi untuk papa, tidak papa gunakan ke jalan yang betul sebaliknya papa lebih sibuk merancang untuk mendapatkan sesuatu yang sudah lama dia hilang. Papa masih menjadi hamba harta dunia, kerana itulah papa mahu dia melakukan semua ini. Mahu dia menawan Azaim dan memikat pemuda itu, yang selama ini menjadi salah seorang temannya.
“Ya, papa,” sahut Salmiha sudahnya. Mencampak apa yang bermain dalam fikirannnya.
“Sal cantik, Sal baik hati. Sal tak kurang apa-apa. Sal ada segala-galanya yang diingini oleh mana-mana lelaki. Masakan Azaim tak akan pandang Sal?”
Salmiha diam cuma. Perkataan yang sama, ayat yang serupa. Cara pemikiran papa saling tak ubah dengan Badlee. Mentah. Kecantikan bukan segalanya yang dicari oleh seorang lelaki dalam diri seorang perempuan, namun papa tidak pernah terima hakikat itu. Mungkin untuk bermain-main, lelaki mencari wanita cantik, namun untuk dijadikan isteri, bukan cantik saja yang perlu ada. Lebih daripada itu dipandang, dilihat.
Kenapa papa tak faham? Kenapa papa taksub dengan keinginan dan kemahuan papa sahaja? Kenapa tak fikirkan apa yang dia inginkan? Kenapa tak fahami apa yang dia mahukan? rintih Salmiha dalam dada. Senak. Sesak.
“Selama ni, betul kata Sal, Azaim hanya anggap Sal sebagai kawan. Papa terima tu. Tapi, Sal, kalau Sal cuba dekati dan rapati Azaim lagi, papa yakin dia akan anggap Sal lebih daripada tu. Mungkin juga dia akan senang dan selesa dengan Sal. Masa tu, mesti dia jatuh sayang dengan kecantikan dan kelembutan Sal. Papa yakin Azaim akan sayangkan Sal. Tapi Sal pun kena berusaha sikit. Sal tak boleh macam ni aje. Sal kena tingkatkan usaha, kena cuba sedaya upaya untuk dapatkan Azaim. Lebih agresif. Pastikan dia dalam genggaman tangan Sal. Itu saja yang akan jamin masa depan kita, Sal. Papa amat harapkan Sal, malah mama dan Bad pun sama. Jangan hampakan kami, Sal. Sal aje harapan kami untuk dapatkan semula hak kita, masa depan kita.”
“Betul kata papa tu, Sal. Sal ni… tak usahakan apa-apa, terus mengalah. Terus kata tak boleh. Sal ada kecantikan, gunalah. Goda dia dengan kecantikan tu kalau perlu. Apa aje cara, asal kita dapat balik syarikat kita.” Beria-ia Badlee meyokong Burhan, sekali gus memberi cadangan. Dalam bentuk desakan.
“Hmm, betul jugak kata Bad tu. Sal… mmm, boleh ubah cara pakaian tu, bergaya seksi sikit macam budak-budak muda sekarang. Ni tak, skirt dengan baju tangan panjang gini. Tutup segalanya. Sal perempuan. Gunalah apa yang Sal ada untuk tawan hati Azaim, untuk goda kelakian Azaim, supaya Azaim nampak Sal aje. Boleh?”
“Betul tu. You’re too conservative, orthodox!” Lekas Badlee menyokong.
Mengangguk, Burhan tidak lepas merenung paras Salmiha yang masih tidak berubah. Kaku memandang jauh ke hadapan. Nampak hanyut. Tapi dia yakin Salmiha masih bersama mereka di ruang tamu ini. Salmiha mendengar setiap butir katanya, juga cadangan Badlee. Burhan mengerling isterinya seketika. Sejak tadi hanya diam mendengar. Begitulah isterinya. Lebih senang menjadi pendengar daripada bersuara. Tidak begitu menonjol semenjak muda lagi. Malah Salmiha, ada mewarisi setiap sikap isterinya itu. Sebagaimana Salmiha mewarisi kecantikan Sarimah yang terus kekal sampai kini.
Akhirnya Burhan kembali talakan mata kepada Salmiha semula. Masih dengan dirinya sendiri. Entah apalah yang difikirkan oleh anak gadisnya itu. Hatinya sedikit tidak betah melihatkan keadaan Salmiha yang begitu. Tapi tidak lama. Kelegaan mengambil tempat apabila dilihat Salmiha mula mengangguk perlahan. Senyum Burhan terlukis luas.
“Papa nak Sal mantapkan usaha. Papa yakin Sal tak akan hampakan keluarga kita. Papa tahu papa boleh percayakan Sal. Sal kena buat sesuatu. Papa tak nak budak perempuan tadi tu cuba jadi pesaing Sal.”
Kerutan halus terlukis pada dahi Salmiha. “Rin?”
“Ya, budak tu. Papa tak percayakan dia. Papa takut dia ambil peluang, goda Azaim. Dahlah duduk serumah… Bahaya!” Tidak senang, itulah lukisan wajahnya kini.
“Papa, Rin tu adik Im. Takkanlah…” Salmiha menggeleng kecil. Dan entah mengapa tercetus soalan yang ada dalam benaknya sebelumnya, kembali semula. Mengapa Azaim tidak benarkan sangat dia panggil Sirin dengan nama itu? Bukan sekali dia tersasul memanggil Rin Sirin. Dan bukan sekali juga Azaim membetulkan panggilan itu.
Rin, Rin, Rin! Tidak Sirin, tapi Rin.
“Adik angkat,” tekan Burhan. “Papa tak percaya dia. Buat sesuatu, Sal. Jangan hampakan kami.”
Dengan lembut, ada arahan di baliknya. Yang mana mampu ditangkap oleh Salmiha. Sekali lagi Salmiha mengangguk lalu bangun dari tempatnya. Walau sofa itu empuk dan selesa, tiba-tiba saja dia rasa rimas dan sesak. Seolah-olah tidak mampu bernafas jika terus di situ.
“Sal nak naik ke bilik, penat. Lagipun Sal ada kerja nak disiapkan. Sal naik dulu…” Salmiha berlalu tanpa menanti balasan daripada papa, mama mahupun Badlee. Terus memanjat anak tangga dan mengatur kaki sepantas mungkin ke biliknya. Satu-satunya tempat yang mampu buat dia jadi dirinya sendiri.
Burhan lama mengekor langkah teratur Salmiha. Sebaik anak sulungnya hilang di anak tangga ke tingkat dua, matanya dialih, bertemu pandang dengan anak lelakinya. Dia faham makna renungan Badlee.
“Ma, ambilkan pa kopi. Rasa nak minum pulak…” pinta Burhan merenung Sarimah, bersama senyuman. Membalas ia, isterinya menurut. Berlalu ke dapur.
“Kita kena buat sesuatu, papa!” tekan Badlee dalam bisikan sebaik tubuh mamanya menghilang dari ruang tamu.
Burhan anggguk. “Bagi masa dulu pada Sal. Papa tahu dia boleh. Cumanya… yang papa bimbangkan sekarang budak perempuan tu. Dah dua tahun kita usahakan supaya Azaim akan suka Sal, tapi budak perempuan tu mungkin akan rosakkannya.”
“Maksud papa, adik angkat Azaim tu?”
“Dia bukan sekadar adik angkat Azaim. Papa tak pernah dengar Tuan Azamuddin ada anak angkat…”
“Papa rasa dia ada hubungan lain dengan Azaim?” Badlee keresahan. Hanya kakaknya layak jadi isteri pemilik Fatih Sdn Bhd itu. Bukan gadis lain! Tidak boleh perempuan lain!
“Papa tak pasti…” Burhan berfikir seketika sebelum menyambung, “Tapi kita memang kena buat sesuatu…”
“Apa papa nak buat?” Hilang resah, diganti ceria. Badlee percaya kepada papa. Papa adalah lelaki yang akan kotakan janjinya, sebagaimana sejak dia kecil dulu. Janji papa kali ini, dia akan mewarisi Dlee Transport, syarikat mereka yang telah dibeli dan dimiliki Fatih Sdn Bhd sejak empat tahun lalu.
“Papa akan dekatkan lagi Sal dengan Azaim, lebih rapat.” Senyum berbunga, luas.
*****
/ Nama saya Salmiha. /

Published on August 10, 2012 10:19
Bikash Nur Idris's Blog
- Bikash Nur Idris's profile
- 78 followers
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.