Bikash Nur Idris's Blog, page 20

June 6, 2012

.: dalam satu rasa [7]

“SEKRETARI aku?” Terkebil sekejap Rasyad dengar syarat yang diletak Vincent. Bunyi macam hilang akal pun ada. Ada wayar longgar gamaknya kawannya ini. Sudah! Hilang pula pengarah bahagian operasi Astana yang paling bagus dan diyakini dia akan tambah-tambah bagus.

“Yup!” Tenang Vincent menjawab sambil bersandar santai pada kerusi berhadapan dengan Rasyad, di bilik lelaki itu. Mata pula tetap memandang dada kertas pada fail di tangan. “Kalau kau nak aku ke Johor tu… aku nak peneman. Teman sepanjang jalan dan teman buat kerja.”

“But why mine? You do have yours, right? Muda belia lagi. Cantik dan seksi.” Rasyad sengaja jongket sebelah kening.

Bukan Rasyad tak kenal dengan setiausaha Vincent. Setiausaha paling muda di Astana. Dan setiausaha paling cantik lagi seksi juga glamor. Atas tiket itu, gadis itu rasa diri itu sepatutnya jadi setiausaha Rasyad dan setiausaha Rasyad layak dicanang sebagai andartu kerana Subashini setiausaha paling tua dan paling lama di Astana. Bukan gadis itu hendak nampak pengalaman yang seiring dengan semua itu pada Subashini. Dasar!

“I do like her works. Bersungguh, tak main-main. Tapi aku tak suka lain daripada tu…” Vincent buat biasa. Masih belek fail.

“Kau pergi sana untuk kerja, kan? Jadi, kalau perlu, bawak sekretari kau dan jangan kacau sekretari aku.”

“Apa salahnya…? Setiausaha aku tu nak sangat merasa jadi setiausaha kau. Untuk dua hari tu, apa salahnya…” Vincent letak fail di atas meja sudahnya, angkat muka dan pandang paras Rasyad yang semacam tengok dia. Faham sangat Vincent.

Masuk bab Subashini, gadis berketurunan India yang Rasyad selesa dan mesra panggil Suba itu, memanglah jangan buat main. Subashini adalah setiausaha pertama Rasyad dan satu-satunya sekretari selama Rasyad di Astana. Bermula dari tangga bawah sebagaimana Rasyad, Subashini terus ikut naik. Sampai akhirnya kini menjadi setiausaha kepada Pengarah Urusan Astana. Hubungan Rasyad dengan Subashini baik sebagai majikan dengan pekerja. Namun hal peribadi, hal luar ofis, itu hal Rasyad tak kongsi walaupun dengan setiausaha sendiri. Tapi sebagai majikan, Rasyad sangat menjaga kebajikan Subanya itu.

“I know your type, Vincent. And she’s not. She’s the marriageable type. The one you always try not to be involved with. So, please don’t…” pinta Rasyad lembut, ada mengharap, terselit mengugut.

Tahu sangat dan jelas sangat Rasyad pada setiap pandangan dan renungan Vincent apabila terpandang atau berpapasan dengan Subashini semenjak dulu. Kadang, tak segan-segan Vincent bilang geram dengan lenggok Subashini. Vincent memang sudah lama hendak mendekati Subashini, namun mengenangkan Subashini yang agak konservatif pemikirannya, walaupun dilihat gaya pakaiannya nampak moden dan gemar bergaya, Vincent matikan niat awal dulu. Niat awal hampir 10 tahun yang dulu.

Vincent senyum tipis. Tak pekak lagi untuk menangkap ayat makan saman yang Rasyad hendak dia telan walaupun ia nyata. Kenyataannya, Subashini bukan spesies dia suka nak dekat. Subashini dalam golongan wanita dia selalu elak daripada nak ada apa-apa hubungan. Too clingy. Itulah alasannya kepada Rasyad. Sedang Rasyad sedas kemukakan kenyataan kepadanya. Bahawa dia, Vincent Goh, seorang lelaki yang penakut. Sebab itulah Vincent mengelak daripada terlibat dengan perempuan seperti Subashini. Too clingy comes with commitment. Dan, memberi komitmenlah yang paling Vincent takut.

“Mungkin selera aku dah berubah. Wanna be commited with the too clingy type. The marriageable type.” Vincent bersuara, masih senyum.

Rasyad terus pandang Vincent yang tidak kalih mata daripadanya. Membalas, memberitahu. Berani menentang mata begitu maknanya Vincent tidak main kata. Vincent ada rasa-rasa. Vincent bukan omong biasa. “Apa yang Suba nak tolong kau kat sana?”

“Tolong…” Diam, angkat-angkat kening, sengih nakal, dalam makna.

Rasyad pandang semacam.

“Haisy… Jangan risaulah. Macam mana aku bawak pergi, macam tu aku bawak balik. Tak cacat mana pun. Janji.”

Memandang menilik sekejap, Rasyad tekan interkom. “Suba, come inside please.”

“Okey, Encik Rasyad.”

Rasyad jadi tersenyum pula lihat Vincent di depannya tiba-tiba sengih sampai ke telinga. Ada suka dan girang anak kecil pada senyum itu. Sesuatu yang dia atau Vincent semakin hilang semenjak tambah naik usia dan lihat pelbagai macam hal serta melalui macam-macam perkara. Naif yang mereka pernah ada pada usia muda belia telah hilang bersama naiknya angka usia. Namun kini, naif itu ada dalam senyum Vincent, selain nakal.

Namun senyum naif lagi nakal itu hilang dari bunga bibir Vincent, pemuda Cina yang entah bagaimana boleh menjadi rakan baiknya, sebaik sahaja pintu bilik itu dibuka dan Subashini melangkah masuk. Subashini mengatur kaki tenang, berdiri di belakang kerusi kosong di depan Rasyad. Rasyad pandang gelagat Subashini, jelas cuba hendak buat tak nampak Vincent. Sedang Vincent… amboi, serupa nak terkeluar mata tengok Subashini.

Walau rasa lucu, Rasyad simpan senyum dan pandang Subashini yang diam berdiri menunggu cakap-cakapnya. “Encik Vincent akan turun tapak projek kita di Johor dan awak ikut dia.”

Subashini terkejut sampai tersedu.

Rasydan senyum, masih hendak jaga hati setiausahanya itu. Tapi Vincent, selambak bantai gelak.

Subashini yang terkesan dengan ketawa kurang diajar Vincent, berdiri elok dan tegak saja pandang Rasyad. Sikit pun tak sudi hendak tengok Vincent. “Kenapa saya perlu ikut, Encik Rasyad?”

“I perlukan you. Sebab tu…” ujar Vincent sehabis ketawa. Kemudian dia sengih-sengih apabila Subashini kalih kepala sekejap ke arahnya, terkejut amat.

Subashini ketap bibir, pandang Rasyad. “Encik Rasyad, saya…” Subashini menelan air liur. Kesat.

“Ah, Rasyad, kau dah jumpa 007 kita?”

Pertanyaan tiba-tiba Vincent itu buat Rasyad keliru dan sentak. Tidak sangka akan dilanjutkan soal 007 yang kononnya jadi spy di dalam Astana, pemberi maklumat tulus lagi tidak telus kepada mamanya. Kononnya orientasinya bukan macam lelaki biasa. Bukan lelaki itu, tapi jenis lelaki ini.

Sebab sentak dan mata cepat ke muka Vincent yang sedang pandangnya, Rasyad terlepas apa yang melukisi dan melintasi wajah Subashini. Untuk seketika saja, secepat Subashini mengawal rautnya semula.

“Mmm… saya ikut apa Encik Rasyad nak. Saya keluar dulu,” kata Subashini tak sempat-sempat meluru keluar dari bilik tersebut.

Rasyad menganga kali kedua. Kemudian cepat-cepat pandang Vincent semula. “What’s going on?”

Vincent kerdip mata, terus bangun. “Jumpa lunch nanti. Bye.”

Vincent pula laju-laju tinggalkan Rasyad, yang menganga-nganga tak percaya, tengok saja pintu biliknya dibuka dan kembali ke tempatnya semula.

*****

SUBASHINI yang baru hendak letak punggung semula ke tempat duduknya, hampir terbalik ke belakang sebab terkejut apabila Vincent laju-laju menjengul keluar dari bilik Rasyad dan terus bergerak ke arahnya. Yakin jitu tanpa agak-agak. Berkat tangan cepat paut mejanya, yang letak duduknya di sebelah kanan bilik bosnya, Subashini berjaya selamatkan diri daripada aksi kuak lentang berskirt. Sahlah dia juara bertahan kalau jadi tadinya.

Subashini buat-buat tak ada apa apabila Vincent hampir ke mejanya, letak tangan kanan dan kiri di atas meja lalu menunduk tubuh dekat dengan wajahnya yang menunduk, pura-pura sibuk. Tidak mahu isi pejabat lain yang masih tidak perasankan apa-apa jadi perasan. Dia tidak suka jadi bahan cerita ofis itu, lagi!

“Why are you shying away from me now?” tanya Vincent menghampirkan bibir dekat dengan kuping Subashini yang jelas nampak. Telinga yang punya satu tindik di atasnya, sebelah kiri. Itu saja.

“Go away! Saya tak suka jadi bahan dalam Astana lagi. Saya bukan peran, Encik Vincent.”

“Peran? Apa tu?”

Subashini angkat muka sedikit. “Setiap cerita kena ada pelawak. Tulah gunanya peran. Bahan lawak, bahan kata. Kalau Encik Vincent kat sini… nanti apa pulak setiausaha Encik Vin…”

“I tak peduli dia. Apa hal you nak peduli?”

“Sebab saya tak suka jadi bahan peduli orang lain. Dan, jangan kacau saya!”

“Aaa… jangan, jangan. Ingat rahsia you tu… 007.” Vincent selamba kenyit mata. “Dahlah salah maklumat…” Kali ini matanya tunak saja ke mata bulat Subashini yang jadi lebih bulat.

Gamam Subashini membuatkan Vincent tangkas bergerak ke bahagian sana, di balik meja yang diduduki Subashini. Tak agak-agak, terus dia paut kedua-dua pergelangan tangan Subashini, menarik wajah itu ke wajahnya.

Mata bulat Subashini dua kali bulat dengan adegan tak malu Vincent, sekali lagi.

“Jumpa lagi…” ujar Vincent dan kali ini hidung mancung Subashini jadi tempat bibirnya mendarat. Terus diluruskan tubuh, berdiri elok, membetulkan kota pada tubuh lalu terus berjalan sambil bersiul kecil. Suka, ceria.

Sedang Subashini masih belum hilang kejut. Kalau tadi tubuhnya tertarik ke depan bahana sasa sentuhan Vincent, kali ini dengan sendirinya tubuhnya tergelongsor ke depan, terduduk di bawah meja dengan kedua-dua tangan pada pipi. Walaupun dia hitam manis, walaupun kulitnya tidak secerah Vincent, tapi mukanya tahu menghangat juga apabila ditimpa perasaan dalam keadaan penuh perasan begini.

Vincent sudah gila dan sedang berusaha gilakan diakah? Balas dendam atas maklumat salah 007 dia kepada Datin Suraiyah ke? Sebab dia gila sangka Vincent dan bosnya ada ‘hubungan’, maka Vincent sedang cuba buat dia gila dalam membuktikan? Ah… kalau terus kena proses dera begini, memang sahlah dia akan gila. Mentally challenged due to being harassed. Ah, akan gilalah dia! Tampoi satu!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 06, 2012 09:30

June 5, 2012

.: princess [2] :.

BERDIRI di depan bilik itu, Izam merenung tanda nama yang tertera. Dr. Mohd Fahmi Haji Abbas. Hmm, jadi inilah bilik Fahmi? Izam mengetuk pintu.

“Ya, masuk.” Terdengar suara dari dalam.

Izam pulas tombol lalu segera masuk.

Di balik dinding sana, jauh dua bilik dari bilik Doktor Fahmi, terbongkok-bongkok dua orang gadis. Nazira sudah stunt elok di atas lantai manakala Aiza sedap saja melepak di atas belakang tubuh Nazira. Ops hendap.

“Dia dah masuklah, Aiza,” ujar Nazira masih terbongkok separuh tubuh di balik dinding dengan kedua-dua lutut dan telapak tangan melekap elok ke atas lantai.

“La… tak dapatlah aku nak tengok dia.” Aiza terkilan. Terus dia menegakkan tubuh dan bersandar pada dinding. Lembik tubuh.

Hendak sangat Aiza melihat doktor baru yang diperkatakan oleh teman-temannya sejak tadi. Kalau tak sebab ramai mengacum-acumnya rugi dan Nazira penuh ia kata mamat itu kacak kalahkan Tom Cruise dan Leonardo DiCaprio, kedua-duanya pelakon dia sangat suka, tak adanyalah dia mahu terlibat dengan operasi menghendap ini. Ajaran Nazira. Ajaran sesat. Dah tahu sesat pun buat juga! Jadi, dialah yang sesat!

Nazira sudah malas hendak bangun sesudah terkelepek sejak tadi. Gara-gara hendak tunjuk betapa kacak dan tampannya jejaka yang baru melapor diri ke hospital mereka. Doktor baru yang buat dia bulat mata melihat sewaktu terhendap-hendap di bilik pentadbiran, apabila terdengar ayat, “Saya datang hendak lapor diri. Saya Doktor Izam, akan mula bertugas di sini mulai hari ini.”

Bila sudah terpagut rasa saya-hendak-tahu-siapa-anda, terus Nazira menempek di balik dinding di bahagian pentadbiran. Separuh tubuh balik dinding, satu mata balik dinding. Selebihnya luar dindinglah kan. Jadi, dia mulakan adegan sekodeng. Ternganga mulut tengok Doktor Izam sampai separuh mulut yang balik dinding tercium dinding. Tak pasal-pasal ada kesan merah jambu di situ. Yang dibersihkan selesai adegan saya-hendak-tahu-siapa-anda.

Dia sangat kagum melihat doktor baru itu. Sebabnya hanya dua. Kacaknya lebih daripada Tom Cruise (termasuk tinggi). Tampannya lebih daripada Leonardo DiCaprio (tak termasuk tinggi).

Bila Nazira kagum begitu, sebab doktor muda itu melepasi dua manusia yang teman baiknya bangga dan gila sangat, terus dia mengikut langkah lelaki itu (sesudah kalut-kalut lap comot lipstik merah jambu pada dinding dengan tangan). Sebab waktu itu rasa hendak tahu Nazira sangat terpancing.

Lagipun, dia hendak jadi orang pertama yang tahu hal itu dan sebarkan kepada kawan-kawannya yang lain. Nak terus pegang title telinga lintah serta minah busybody kena tempat yang diletak ke atasnya. Maintain busybody, babe!

Nazira mengekor terus lelaki tinggi lampai itu. Melihat dan menilik terus. Dengan fail pesakit di tangan, dia buat-buat rajin melihat sambil berjalan. Kadang di belakang doktor tampan itu, ada waktu dia potong doktor itu, jalan di depan. Ada sekali dia brek tanpa bagi signal. Dah ada perlanggaran apabila doktor tersebut tidak perasan. Menjegil mata Kak Mima, salah seorang staf pentadbiran yang membawa doktor itu ke bilik dean dengan gelagatnya. Kak Mima tahu dia sengaja nak begitu. Dilanggar dan terlanggar. Supaya boleh bersua muka dengan doktor muda itu.

Memang berjaya!

Doktor itu terus pegang bahunya, tolong imbangkan tubuh Nazira yang genit dan kecil, daripada humban ke dinding. Mujurlah tak jatuh cinta masa itu. Dan dua kali mujur tak jual hati kepada doktor itu apabila bertentang mata dan bermain pandang. Gila handsome sangat!

Sudahnya, Nazira hanya terangguk-angguk tanda okey kepada doktor yang sah-sah berdarah kacukan itu. Malah, apabila Kak Mima berlalu bersama si dia dan Kak Mima sengaja menjegil garang kepadanya yang terlekat pada dinding, dia lupa hendak balas dengan sengih tak ingat. Dia terpukau sangat.

Tapi, apabila sedar daripada pukauan itu, laju Nazira lari di kaki lima itu ke bilik rehat jururawat. Nak menyampai punya hal. Kata nak maintain busybody!

Dan sebabkan itulah Nazira terduduk di atas lantai waktu ini selepas penat dengan operasi menghendap yang tidak berjaya. Hampa tiada dalam hati Nazira, tapi dia tahu di hati Aiza ada. Tengok muka sebek itu pun dia sudah tahu. Dan Nazira juga tahu Aiza bukan hendak tengok sangat pun doktor baru itu sebab dia tampan atau kacak. Sebaliknya Aiza hendak tengok betulkah doktor baru itu lebih tampan dan kacak daripada pelakon-pelakon kesukaannya itu. Hendak nilai dengan mata sendiri!

“Alah…” Aiza mengeluh lagi dengan adegan mulut juih-juih ke depan.

Nazira yang melihat dengan leher meninggi ke atas, memandangkan Aiza berdiri dan dia duduk, sembunyi sengih. Kemudian berkata, “Itulah… lambat lagi! Nasib baik aku sempat tengok dia tadi. Fuh, handsome gila! Kalah Tom Cruise. Muka dia… lagi cute daripada Leonardo DiCaprio. Alah, memang lebih hebatlah daripada dia orang!” Nazira makin seronok menyakat. Tahu Aiza terkilan kerana tidak sempat melihat wajah doktor baru itu. Dan dia sengaja api-apikan rasa itu.

Biar Aiza terbakar sampai sanggup buat apa saja untuk dapat lihat! Sebab dia baru dapat idea baru!

“Kau ni, Ira… aku sedih tau!” Aiza cubit geram bahu temannya yang selamba menyilang kaki, bersila di atas lantai. Menyenget sedikit dia cuba dapatkan bahu Nazira kerana gadis itu sengaja larikan bahu.

Hai, Ira… nampak dek staff nurse kau tengah buat kenduri duduk macam tu kat sini, mahunya dia denda kau cuci tandas. Kalau tandas staf okey lagi, ini tandas awam yang digunakan oleh pengunjung hospital tersebut. Staff nurse mereka memang suka buat denda kalau mereka pandai-pandai langgar peraturan. Memang wanita yang sama usia dengan ibunya itu garang. Tapi bertempat. Sebab walaupun kuota kena denda Nazira paling tinggi, namun kuota sayang kamu untuk gadis itu juga sama tinggi daripada wanita itu. Marah-marah sayang.

Nazira tak ambil kisah walaupun dicubit dengan penuh perasaan dek Aiza. Menggosok-gosok macam buang benda atas bahu, dia terus berdiri di samping Aiza. Menyengih-nyengih sambil angkat kening. “Aku tau… Sebab tulah aku nak bagi tau kau satu idea.”

“Apa ideanya?” Beria-ia pula Aiza menyoal. Siap tolong sapu-sapu bahu Nazira. Bahu yang dicubitnya tadi. Walaupun dia tak rasa dia ada sakitkan Nazira yang lebih tulang daripada isi. Kurus keding orangnya.

“Kau nak tengok dia, kan?”

“Ya. Tapi kan dia dah masuk? Nak tengok macam mana? Takkan nak ngendap balik bilik tu kut!”

“Betul. Tepat sekali! Tulah yang akan kita buat sekarang!” Itulah idea yang difikirkannya tadi. “Bernas tak?” Dia mengerdip mata suka.

“Gila kau! Tu dah bernas tahap nanas!” Aiza melopong.

“Alah… kata nak tengok! Kalau nak, jom!” Nazira buat muka tak kisah dan tak peduli. Terus dia tarik lengan temannya. Mahu Aiza mengikut saja tanpa mula memikir segala kemungkinan yang boleh atau mungkin berlaku.

Mereka berdua melangkah perlahan-lahan ke bilik Doktor Fahmi. Langkah Nazira penuh yakin. Langkah Aiza sarat agak-agak.

“Boleh percaya ke ni? Aku takutlah, Ira.” Aiza tiba-tiba genggam erat tangan Nazira apabila ia mahu pegang tombol pintu yang tertera nama Dr. Mohd Fahmi Haji Abbas. Dia telan liur. Gulp!

“Relaks… Jadi punya!” Nazira buat tak kisah dengan gemuruh Aiza. Gila gemuruh sampaikan tangannya yang dipaut oleh tangan Aiza ikut bergoyang.

Menolak tangan Aiza, akhirnya, perlahan-lahan pintu bilik Doktor Fahmi dibuka. Pastikan tiada bunyi terdengar.

“Nah, tengoklah…” bisik Nazira tahap di dalam kelambu malam pengantin.

“Macam mana?” soal Aiza seperti orang bodoh. Sama perlahan.

“Menghendaplah!”

“Tapi… nanti Doktor Fahmi…”

“Itu bisa diatur. Aku kan ada? Kau tengok, biar aku berjaga-jaga sebagai mak jaga.”

Aiza mengemam bibir. Takkan aku nak buat macam tu? Tapi, kalau aku tak buat, macam mana aku nak tengok muka dia, yang dikata lebih tampan daripada Leonardo Dicaprio, lebih kacak daripada Tom Cruise tu? Lantaklah! Apa nak jadi pun jadilah! Aiza tunduk membongkok, melihat di balik celahan pintu yang terbuka agak-agak.

“Nampak tak?” soal Nazira perlahan. Dia berdiri di hadapan pintu, tegak, sedikit depan daripada Aiza. Memeluk tubuh dengan muka saya-tak-buat-salah-pun, melihat sekelilingnya. Kalau-kalau ada yang lalu-lalang.

Aiza menutup pintu kembali. Hati-hati. Kemudian dia tegak di sebelah Nazira, yang terus menyerbu pandang kepadanya.

“Nampak tak?” Nazira mengulangi soalannya.

“Nampak… tapi belakang aje.”

“La… buat teruk aku aje tau.” Memuncung mulut Nazira tunjuk perasaan teruknya. Berdiri tegak dengan muka sedikit ke atas untuk tunjuk perasaan dia itu kepada Aiza yang lebih tinggi.

Aiza tayang muka kebajikan. Minta dihulur simpati.

Dan dalam aksi yang begitulah tiba-tiba pintu bilik itu dibuka.

Nazira dan Aiza kaku di muka pintu. Tak sempat hendak buat apa-apa. Sudahnya, perlahan-lahan kepala dipaling ke muka pintu. Daun pintu luas terkuak, tubuh agak lampai milik Doktor Fahmi di situ, berpeluk tubuh, menjongket kening. Tersenyum kepada mereka. Dan mereka pula, hanya boleh membalas senyum itu.

“Ha… Ira, Aiza, kamu berdua tak ada kerja ke?” soal Doktor Fahmi merenung kedua-dua gadis itu, terus dengan senyuman. Lucu tengok senyum kejung macam kena sepit pipi kiri dan kanan daripada kedua-duanya. Dah tahu buat salah dan kantoi punya pasal.

“Ada. Mmm… kami tengah buat kerjalah ni…:” ujar Nazira tersenyum. Ke atas ke bawah tangannya diayun. Aksi I tak ada buat salahlah…

Aiza tenung temannya. Biar betul budak ni. Takkan dia nak cakap kut? Mampus dia kalau Nazira cakap! Dengan Nazira sekali dua kali mampus sebab dia otai ops yang gagal ni!

“Sebenarnya…” Nazira kumam ayat. Sebenarnya apa, hah?

“Hah!” Penuh semangat tangan Nazira yang menggoyang tadinya melekap. Menepuk elok di depan muka Doktor Fahmi sampai lelaki itu sedikit terkebelakang mukanya. Terkejut atau nak jaga muka yang agak kacak, Nazira tak boleh tebak.

“Hah, kami tengah jaga-jaga kat sini. Manalah tau kalau ada pesakit yang pengsan. Ha… nanti glamorlah hospital kita… dapat masuk paper ke, TV ke. Itu kan dapat menaikkan nama baik hospital kita. Berkhidmat sebelum ada yang parah,” sambung Nazira menyengih tanpa kena sepit.

Fuh, selamat! Pandai jugak si Ira ni kelentong. Tak apalah… tipu sunat. Walaupun alasan tu agak… Mmm… kira bolehlah daripada tak ada.

Doktor Fahmi senyum. Kedua-dua gadis itu memang nakal dan banyak akal. Terutama sekali Nazira, gadis yang peramah dan sentiasa riang ke sana ke mari. Payah benar hendak lihat wajah ceria itu mencuka, kecuali kalau dia marah atau merajuk. Itu pun sekejap saja. Kata Nazira, merajuk atau marah dengan dia, sangatlah tidak sinonim. Dan Doktor Fahmi mengakuinya.

“Mmm… yang kat dalam tu doc yang baru ditukarkan ke sini ke, Doktor Fahmi?” soal Nazira mencuri pandang ke dalam bilik. Menjengket-jengket hendak lepasi ketinggian Doktor Fahmi yang masih berdiri di muka pintu biliknya.

Aiza ikut mencuri pandang. Manalah tahu kalau-kalau dapat lihat wajah doktor baru itu. Lagipun, dia lebih boleh curi tengok banding Nazira yang ketot. Dah dapat lihat, tidaklah dia dikata ketinggalan lagi. Malangnya, lebih sikit tinggi daripada Nazira pun tak ada gunanya. Dia hanya dapat melihat kelibat lelaki itu sahaja. Tapi, hmm… dari belakang pun nampak maco saja!

“Eh, mana Ira tau?” soal Doktor Fahmi agak hairan. Setahunya berita itu tidak disebarkan. Hanya bahagian pentadbiran saja yang tahu.

Namun seketika saja hairannya itu, kerana dia dapat mengagak bagaimana gadis itu tahu. Ini sah kes menghendap si Izam dari tadi. Kalau Nazira sudah tahu, teruslah dia akan ambil tahu sampai ke sudah. Busybody hospital ini kan. Tapi busybody spesies baik punya. Hal yang perlu dan dia mahu saja. Sah, Izam sejak awal tiba sudah jadi mangsa sekodeng gadis lincah ini. Ira, Ira…

“Biasalah…” Nazira menyeringai. Kemudian siap keluarkan bunyi hehehe lagi.

“Pantas sungguh Ira ni…” Doktor Fahmi ketawa kecil.

“Takkanlah tak nak kenalkan kami dengan dia?” Nazira masih tidak mengalah untuk bersemuka dengan doktor baru itu. Yalah, jengket asyik tak lepas. Kut dia rajin nak kerabat Doktor Fahmi, nampaklah. Tapi, kang heboh satu hospital pula. Tak pasallah!

“Yalah, yalah… Saya tahu Ira tak akan puas hati selagi tak jumpa dia sendiri.” Doktor Fahmi menembus tubuh melalui celahan pintu. Masukkan separuh tubuh lalu Izam digamit. “Mari aku kenalkan kau dengan dua orang gadis manis ni.”

Temannya itu menghampiri Doktor Fahmi. Dia tersenyum mesra kepada Nazira. Gadis genit ini! Dia ingat sebab orangnya rendah, hanya paras dadanya. Dan sebab mereka berlanggar tadi. Yang seorang lagi pula…
Eh, rasanya macam kenal saja awak tu! Matanya tertumpu terus ke wajah Aiza. Menilik dan mengkaji. Sah… memang dia! Kalau aku tahulah dia kerja kat sini, dah lama aku mintak tukar. Kut sekarang dah ada anak dua. Hisy, gatalnya aku. Baru aku tau aku ni pun ada gen ulat bulu naik daun macam Izat.

Nazira melambai-lambai tangan di hadapan wajah Izam. “Helo… helo… Masih kat sini lagi?” Kemudian sengaja pula dia mengelip-ngelipkan mata di depan muka Izam. Siap parkir kedua-dua tangan berkepal bawah dagu.

“Ah… ya, ya... Kenapa?” Izam sedikit sentak. Baru sedar diri.

“Ops… Sorry kalau mengganggu doktor layan perasaan. Hmm, sebenarnya nak pesan… jangan pandang lama-lama, nanti saling jatuh cinta.” Nazira selamba nyanyi mengikut rentak lagu Sweet Charity. Terkenyit-kenyit mata menyakat.

Aiza mencubit halus lengan temannya. Geram. Malu. Kalau bukan doktor pujaan hati, satu hal. Ini doktor hati, berhal-hallah. Malu memuncak, geram memarak.

Nazira mengaduh. Menggosok-gosok lengannya yang terasa sengal. Nak bunuh orang ke minah ni? Tadi cubit, sekarang cubit. Asyik dia saja terbabit!

“Sakitlah!” Mencerun Nazira kepada Aiza. Siap buat bunyi menderam lagi.

“Tahu pun! Yang kau memandai tu pasal apa?” marah Aiza geram.

Nazira cebik bibir. “Eleh… orang cakap yang betul pun nak cubit. Aku bagi tau rahsia tadi baru tau,” ugutnya tersengih.

Sudah… jangan! Malu aku kang depan dia ni! Nanti mesti dia beritahu kat adik dia dengan Aunty Ina. Eii… tak sanggup aku!

“Aku tak marah…” Luas sengih Aiza sambil menggosok-gosok lengan Nazira yang tadi jadi mangsa ketam batunya.

Tersenyum Nazira dengan gelagat Aiza. Nak tutup lubang punya pasal.

“Tau takut.” Nazira berbisik kepada teman itu seraya mengenyit mata. Suka nak kenakan Aiza.

“Hei, tak baik berbisik tau. Apa pun… Hah, Izam, aku kenalkan pada kau gadis paling nakal dan bermulut becok kat hospital ni.”

“Ooo… aaa… Yang mana satu?” soal Izam. Namun dia dapat mengagak. Sekejapan bersama sudah boleh buat dia meneka.

“Itu… yang dari tadi bercakap tak henti tu!” Doktor Fahmi memuncungkan bibir ke arah Nazira. Selamba. Gadis itu jelir lidah kepadanya. Tak ambil hati. Memang begitulah Nazira yang dia kenal.

“Okeylah, aku nak buat rounds. Aku pergi dulu ya, Izam.” Doktor Fahmi menutup daun pintu biliknya seraya angkat tangan kepada Izam. Rakan satu universiti dulu. Berpisah sesudah masing-masing melapor diri di dua negeri berlainan. Dan kini mereka punya pertemuan semula.

Kemudian Doktor Fahmi melihat Nazira dan Aiza. Kedua-dua gadis yang elok dengan pakaian seragam hospital mereka. Sut skirt berwarna merah jambu lembut bawah lutut. Pada kepala masing-masing pula nurse cap elok terletak, juga warna merah jambu lembut. Aiza dengan rambut pendek paras telinga, disisir elok. Manakala rambut hitam berkilat Nazira disanggul kemas.

“Mmm… kamu berdua jangan nak curi tulang pulak,” ujar Doktor Fahmi menunjuk-nunjuk jari telunjuk ke arah kawan baik berdua itu.

“Yes, doc!” Nazira angguk dengan dua jari pada kening kanan. Saluting!

Doktor Fahmi sekadar senyum dengan telatah gadis itu. Nazira jika dilihat mata, tidaklah secantik Aiza. Antara teman berdua ini, menang rupa tentulah Aiza. Kalau ada lelaki yang melihat mereka jalan bersama, pasti mata akan menyerbu terus kepada Aiza. Namun, wajah biasa-biasa Nazira itu penuh kelembutan. Wajah itu wajah keibuan. Dan, takkan ada siapa sangka di balik wajah itu tersembunyi kenakalan yang begitu menghiburkan. Kelembutan wajah itu dan kenakalan gadis itu bisa menambat hati siapa saja. Nazira kalau dikenal, memang ramai lelaki beratur untuk jatuh suka.

Malah, diam-diam dia sendiri selalu jatuh suka kepada Nazira. Tidak boleh hendak tidakkan rasa itu. Namun dia tahu dia tidak jatuh cinta kerana cintanya sudah diraih gadis lain lebih awal. Dan kekasihnya sendiri tahu dia jatuh suka kepada Nazira berulang-ulang, kerana Ana ikut jatuh suka dengan keletah Nazira di balik pertemuan tak seberapa.

Perangai Nazira yang keanak-anakan dan happy go lucky menyebabkan Doktor Fahmi menyayangi gadis itu seperti adiknya sendiri. Nazira adalah peran yang menghiburkan isi hospital ini. Tersenyum, Doktor Fahmi berlalu.

“Jomlah, Aiza. Nanti merungut pulak member-member lain sebab kita tak ada kat nurse-station.” Nazira menarik lengan Aiza.

“Mmm… cik pergilah dulu. Saya ada sesuatu hendak dibicarakan dengan teman cik ni,” ujar Izam seperti menghalang Aiza daripada berlalu.

“Ada apa-apa ke?” usik Nazira melihat antara Aiza dengan Izam. Dia menyiku Aiza yang diam sedari tadi, malah Aiza ikut jadi terkejut dengan halangan Izam. Sudahnya Nazira menjongket kedua-dua bahu.

“Anyway… I’m Intan Nazira. Panggil aje Ira.” Nazira tegakkan kelima-lima jari tangan kanan, menggedik-gedikkan ia serupa lambaian salam kenal.

“Hai, Ira.” Izam senyum mesra.

Izam menanti gadis itu berlalu, namun si manis itu tidak berganjak dari tempatnya. Berdiri saja dengan kedua-dua tangan saling bersilang di belakang tubuh, merenungnya seolah-olah sedang menanti. Tunggu apa pulak ni?

“Mmm, ya…?” Izam soal terus.

“Takkanlah saya aje nak kenalkan diri. Macam mana dengan doktor?”

“Ooo… minta maaf. Saya Mohd Izam Effy, tapi panggil saya…”

“Doktor Izam,” potong Nazira mengerdip mata. “Okey… jangan sampai hilang kata bila berdepan dengan dia. Susah nanti. Bye.”

Melambai mesra, Nazira meninggalkan mereka berdua di situ. Berlari sambil menjingkit-jingkit dan menyanyi kecil suka hati. Tersenyum Izam dan Aiza memerhati. Kemudian, mata Izam dan Aiza bertembung. Spontan Izam mengeluarkan suara.

“Dia memang macam tu?”

Aiza angguk cuma. Terkulat-kulat melihat segala arah, tapi bukan hadapannya. Berdiri tubuh lampai yang mula buat hatinya tahu main dram semenjak kali pertama melihat paras itu. Terintai-intai dia curi tengok apabila Izam memunggah barang dari dalam kereta, ketika hari pertama berpindah kembali ke rumah keluarganya.

Bisu. Begitulah suasana antara mereka seketika. Akhirnya Izam mengalah. Tahu tanggungjawab buka mulut dan bersuara jatuh ke bahunya. Lagipun, sampai bila nak berdiam diri begini? Salah seorang perlu mengalah.

“Rasanya saya pernah tengok cik…” Sengaja Izam bungkam di situ.

“Aiza.”

Wajah yang sama, nama yang serupa. Tak mungkin pelanduk dua serupa. Kut ya pun pelanduk dua serupa, takkanlah dengan nama dan rupa sekali gus!

“Cik Aiza tinggal di Taman Cahaya Purnama?” Akhirnya Izam menanya soalan yang hendak sangat dia tanya sejak awal tadi.

Aiza angguk kemudian selamba berkata, “Di sebelah rumah doktorlah.”

Itu pun tak tahu ke? Yang hari-hari kau duk ushar tu akulah! Takkan anak katak kut?!

Bercahaya sakan mata Izam, kalah Taman Cahaya Purnama. Jadi dialah… Memang dia! Ada peluanglah ni!
Kalau tak nak cakap, jangan bazirkan masa aku! Apa punya lelakilah! Kat rumah pun dia tak berani nak tegur. Asyik buat kepala bangau aje. Hah, dah tumpang ada peluang ni, gunalah! Itu pun tak! Soal entah apa-apa punya soalan. Heh! Aiza masukkan kedua-dua tangan ke dalam poket baju seragam.

“Tak apalah ya. Saya ada kerja. Saya minta diri dulu.” Terus Aiza hendak berlalu. Namun terhenti dengan tegahan tegas daripada lelaki di hadapannya.

“Sekejap!”

“Ada apa, doktor?” Aiza kembali berhadapan dengan lelaki itu. Kedua-dua tangan masih di dalam poket kanan dan kiri. Malas-malas mahu.

“Izam. Panggil saya Izam aje. Boleh saya panggil awak Aiza?”

“Ikut suka Izamlah. Ada apa-apa lagi, dok… mmm, Izam?” Aiza cuba untuk tunjuk selamba. Sedang tangan di dalam poket sibuk tergenggam dan terbuka berulang untuk jauhkan gemuruh. Kasik siuh jauh-jauh!

“Mmm… bila kita boleh bertemu lagi?” Izam melurut-lurut belakang kepala.

Terkebil sekejap, Aiza sudahnya senyum. Rasa comel pula aksi serba tak kena Izam yang melurut-lurut rambut belakang begitu. Rambut yang keperangan sebagaimana adiknya. Cuma adik lelaki itu sudah tukar stail rambut sejek-sejak kebelakangan ini.

“Bila-bila saja. Okeylah, saya minta diri dulu…” Aiza terus berlalu tanpa menunggu balas kata. Malu…

Izam tutup mulut tapi bukan mata. Membesar tengok Aiza berlalu begitu saja. Bila-bila saja? Apa maksud dia? Ah, lantaklah! Asal aku dapat tengok muka dia setiap hari sudahlah…

Izam berlalu pergi dari situ, bersama sengih yang tak boleh hendak putus. Joker pun boleh kalah tau!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 05, 2012 09:10

June 4, 2012

.: princess [1] :.

“HOI!”

Izam yang sedang asyik membaca sejak tadi berpaling ke arah adiknya. Majalah yang hampir terpelanting dari tangan cepat sahaja ditangkap semula. Lalu diletak di atas paha sambil mengurut dada dan sesekali menampar kiri dadanya. Pujuk jantung supaya diam elok semula. Tak duk-dak, duk-dak terus.

“Izat… terkejut abang tau. Kalau ada heart-attack, sahih gol!” Dia terus mengurut dada seraya menggeleng-geleng tahan rasa peranjat. Mujur adik aku, kalau adik orang, dah lama kena sekeh!

Izat sengih. Terus saja dia melangkah masuk ke bilik abangnya itu walaupun tidak dipelawa. Sebab Izam memang jenis tak akan pelawa dia. Sebab Izam tahu dia reti nak pelawa diri sendiri.

Terus Izat mendekati Izam yang duduk di kerusi meja studi. Meja studi yang dulunya Izam guna waktu studi, kini masih menghuni bilik itu. Meja studi yang Izam tak hendak buang walaupun mummy tawarkan meja baru untuknya. Meja yang lebih up to-date kata mummy, malah mummy tawarkan nak keluarkan duit sendiri. Izam tak payah bayar satu sen pun. Abangnya itu tetap tak hendak. Sebaliknya lebih selesa dengan meja buatan kayu yang entah jenis apa itu. Sebab dia sudah lupa walaupun sudah sepuluh kali dia soal mummy dan sembilan kali mummy jawab. Sebab jawapan ke sepuluh mummy beri dia sehelai kertas untuk jadikan nota penting apabila dia terasa-rasa hendak tanya lagi!

Izam pula menyambung kembali pembacaannya yang terhenti seketika tadi. Tak layan adiknya yang sudah jemput diri, masuk ke bilik tidurnya dan duduk di birai katilnya.

“Amboi… asyik nampak? Apa yang abang baca?”

“Ini!” Izam menghulur artikel di dalam majalah yang dibacanya. Geram apabila diganggu terus. Mulut Izat dengan diam, tak pernah kamceng. Macam cas yang sama. Kalau nak didekatkan, paksa bagai nak rak pun, tak adanya hendak.

Izat bangun, kemudian capai majalah tersebut. Berdiri terus dekat meja studi sayang separuh mati Izam, dia mula membaca. Hanya tajuk. “Kahwin lari?”

“Yup…” Izam angguk.

“Hei, ada apa-apa ke…?” Izat tertilik-tilik. Setiap sudut muka kacak lagi tampan abangnya itu jadi bahan mata. Muka yang masih tak dapat tandingi dia. Ceh!

“Takkan baca pun salah?” Izam membetulkan letak punggung dengan aksi jongket kening The Rock. Bukan what the rock is cooking dah, tapi Izat kena masak! Stim hidup-hidup!

“Manalah tahu kalau abang nak…” Izat ketawa mengekek tanpa menyudahkan kata-katanya.

“Kepala otak engkau! Abang debik baru tau!” marah Izam. Pelik mamat ni. Tak pasal-pasal aku pulak kena. Takkanlah baca pun salah. Tapi otak adik aku, mana pernah berjaya diselam orang. Semua lemas dalam perjalanan. Berlambak tol!

“Alah… takkan itu pun nak marah?” ujar Izat bersuara lembut. Abangnya didekati. Tangan main sentuh dan raba bahu serta belakang tubuh lelaki yang dua sentimeter lebih tinggi daripadanya itu.

Isy, ini yang buat aku panik! Lembut sangat ni!

“Hai, sudah… sudah… Meremang bulu roma abang.” Izam terus bangun mendadak dari kerusi, yang memang sudah bertukar beberapa kali. Kemudian menggeliat kegelian.

Izat sengih lagi. Dia tahu abangnya tidak marahkannya. Saja gatal buat-buat marah. Dia letak majalah dengan topik kahwin lari itu di atas meja abangnya. Meja yang penuh tersusun dengan buku tebal berkaitan bidang kedoktoran, bersandar pada dinding.

“Jadi, bila abang nak mula kerja?” Izat menukar topik perbualan, terus kembali ke katil Izam dan melabuh punggung. Bukan di birai katil lagi, sebaliknya terus angkat kaki duduk bersila elok. Macam dijemput makan lagaknya.

“Esok… Ha, yang Izat tanya-tanya abang ni, hari ni tak kerja ke? Curi tulang yek!”

“Hei, cik abang, hari ni hari minggulah. Takkan nak pergi kerja jugak! Izat bukan doktorlah. Abang tu yang doktor. Izat ni kerja ofis. 9.00 am to 6.00 pm, Monday to Friday only.”

“Aaa… betul jugak. Abang terlupalah.” Izam melurut belakang rambut, sembunyi malu, tunjuk gigi. Kemudian capai kerusi meja studi lalu duduk semula.

“Teringatkan siapa sampai terlupa? Aiza ya…?”

“Jangan nak mengarutlah,” sangkal Izam. Mula kalut letak punggungnya pada kerusi. Tukar sini, ubah sana.

Izat tersenyum. “Abang ingat Izat tak tahu ke? Izat tahulah abang ada hati dengan si Aiza tu.” Dia masih terus mengusik. Sebab dia tak tahu kosong. Tahu ada isi. Dengan mata sendiri dia nampak adegan dalam hati ada taman abangnya itu. Siaran langsung lagi!

“Tak adalah… Izat aje yang perasan tak.” Izam masih menyangkal sedang dalam hati… ya, ya, ya!

“Baik abang bertindak cepat-cepat. Nanti disambar dek orang baru tahu.” Sengaja Izat menakut-nakutkan.

“Hah, ada orang tengah cuba nak sambar ke? Tapi, tapi… abang mana tau benda-benda ni semua,” ujar Izam mula gabra dalam takut. Siap buat pengakuan mengenai kurang kemampuan diri.

Hakikat. Memang kalau bab hendak memikat dia lemah sikit. Sikit? Tak, rasanya lebih daripada sikit. Banyak. Tapi kalau Izat… ha, dia memang expert. Susah nak terlepas daripada jeratnya. Sampaikan ketika mereka masih di sekolah menengah dulu ramai yang tidak percaya bahawa dia dan Izat adalah adik dan abang. Tapi kalau dah seorang nama Mohd Izat Effy dan seorang lagi Mohd Izam Effy, takkanlah tak percaya lagi. Angguklah terima dengan muka saya-macam-tak-percaya-jugalah.

“Ha… mengaku pun!” Bertenggek ke depan katil Izat dek seronok melampau. Terjerat juga akhirnya!

Izam senyum mengenangkan kebodohan sendiri. Sekarang kan Izat dah tau? Alamak, malunya! Kena sorok muka dalam peti ais ni!

“Abang taklah sekacak Izat. Izat lainlah… mat bunga, bukan abang. Kut bunga manggar adalah.”

Izat sengih merenung abangnya. Nak dikatakan tak kacak, kacak. Kalah jugalah Tom Cruise kalau letak sebelah. Cuma… mungkin sebab abang tak sepakar aku. Hehehe!

“Itulah… abang sepatutnya bersyukur sebab ada adik macam Izat. Tak susah nak cari orang bagi idea bernas untuk mengurat. Abang jangan risau… Izat akan tolong abang. Dia pasti milik abang!” Izat unjuk-unjuk ibu jari tangan yang menegak.

“Boys, turunlah. Kita makan sekali,” pekik Puan Zefrina dari bawah, dari dapur.

Mematikan terus mulut Izat yang baru dibuka untuk sesi menurunkan ilmu bunga-bungaan. Tak nak taman dalam hati abangnya rosak tanpa bunga yang segar. Sia-sia saja dalam hati ada taman kalau begitu!

“Jom, mummy dah buat adegan Panggilan Pulau.” Izam susun majalah elok di tempatnya. Tidak suka kalau meja studinya yang sudah naik pangkat ke meja kerja ada isi kalau dia tidak mengisi tempat itu. Selalu memang kosong dengan susunan buku tebal dan majalah rapat pada dinding.

“Alah, mummy ni kacaulah! Izat baru mula nak ajar abang cara-cara nak memikat. Baru nak perturun ilmu. Huh, ada saja yang nak kacau,” omel Izat mengherot-herotkan mulut.

“Tak apalah, Izat. Terima kasih sebab sudi nak tolong abang. Terima kasihlah sebab nak perturun ilmu-ilmu memikat Izat tu. Kali ni biar abang pikat dia dengan cara abang sendiri. Okey, kan?” Izam menolak dengan sengihan.

Dia pernah guna ilmu pikat Izat. Dan, memang Izam berjaya memikat gadis yang dia mahu itu. Malahan mereka pernah bersama, bercinta. Cumanya, dia tidak pernah rasa gadis itu mencintai dia yang sebenar. Sebaliknya mencintai pemuda yang dicipta Izat demi mendapatkannya. Akhirnya, Izam berlalu daripada hubungan itu apabila dia tidak pernah berjaya puaskan hati gadis tersebut sebagai diri sendiri. Izam yang betul dan bukan Izam ciptaan Izat.

Kali ini, Izam tidak mahu begitu. Dia mahu jadi Izam, dirinya sendiri, dalam mendekati Aiza. Bukan lagi Izam ciptaan Izat. Kerana, dia tidak mahu berlalu daripada hubungan yang bakal diciptanya bersama Aiza nanti. Dia mahu ia kekal. Seumur hayat. Kalau ada rezeki dan andai itulah jodoh.

“Abang pasti?” Izat masih tidak puas hati. Baru saja nak mula perturun ilmu, ada yang mengganggu. Dah tu, abangnya pula tak nak!

“Boys!”

“Ya, abang teramat pasti. Jomlah… Mummy tengah tunggu kita kat bawah tu. Karang lagi panjang bebelan dia,” ajak Izam seraya berlalu. Tak sanggup dia hendak dengar bebelan mummy itu. Boleh nipis kuping mendengar.

Izat angkat bahu sambil melihat abangnya yang berlalu itu. Lantak abanglah kalau tak nak. Jangan menyesal sudah. Setakat ni belum ada gadis yang menolak cinta aku. Ada juga yang separuh nyawa tergila-gilakan aku. Dia senyum mengingatkan zaman persekolahannya dahulu. Zaman penuh jiwa-jiwa.

*****

“APA nak jadi dengan kamu ni, Izat? Teruk mummy pujuk budak-budak perempuan tu, tau tak! Kalau ya pun, satu sudahlah. Ini, rembat sampai lima orang sekali gus tu buat apa? Muat pulak pinggang tak besar mana tu…” Puan Zefrina menggeleng-geleng. Kamu lebih hebat daripada papa kamu! Tapi… kerana kehebatan papa kamu jugalah mummy tertawan.

“Bukan salah Izat, mummy. Dia orang tu yang tergila-gilakan Izat. Izat nak buat apa?”

“Yalah… Tapi kenapa sampai ada yang menangis-nangis, meraung-raung macam orang kena histeria?”

“Entah… mana Izat tahu.” Izat cebik. Selamba itu motonya!

“Izat nak makan tak?” pekik Puan Zefrina.

Tapi yang pasti, aku masih hebat hingga kini. Kesian aku tengok perempuan-perempuan tu. Tapi salah dia orang jugak. Tuhan beri akal suruh fikir… tak nak guna. Bodoh. Mudah sangat percaya pada cinta yang baru diucap! Tambah yang diucap dengan tak seikhlas hati!

“Izat! Kamu dengar apa mummy cakap tak?!” pekik Puan Zefrina lantang. Tahap anak tekak boleh jatuh keluar dan terus lari. Tak tahan!

Izat yang sedang mengelamun tersentak. Terkejut gaban sekejap sampai nak pelanting jatuh dari katil. Mujur sebelah kaki sempat parkir. Aiseh… mummy marah tu! Nahas aku kalau tak turun.

“Mummy, Izat datanglah ni!” Izat pantas lompat turun dari katil dan berlari ke bawah. Terus ke ruang makan. Gerun punya pasal.

Di ruang makan, Izam dan Encik Shafei sudah siap menunggu dengan senyum. Lucu dengan gelagat Izat lari pegang kain pelekat gaya baru kena sunat.

“Ya Allah… kenapa dengan kamu ni, Izat? Berapa kali mummy kena panggil baru nak turun makan?” soal Puan Zefrina setelah terpandangkan anak terunanya.

“Sorry, mummy.” Izat sengih seraya capai kerusi di sebelah Izam, terus letak punggung.

“Hmm, yalah… Makan,” arah Puan Zefrina melihat anak terunanya itu yang tersengih seperti kerang busuk.

Izat menyenduk nasi ke dalam pinggan. Dia makan dengan lahap sekali. Begitu juga dengan Izam.

Puan Zefrina sekadar geleng kepala melihat telatah kedua-dua anak terunanya. Anak terunanya yang dua orang ini memang tidak boleh berenggang, walaupun sekali-sekala gemar bertekak. Adatlah tu… air dicincang tidak akan putus! Kalau bergaduh pun sekejap saja.

Sudah hampir dua tahun kedua beradik itu tidak bertemu kerana Izam bertugas sebagai seorang doktor di salah sebuah hospital di Pulau Pinang. Kini, Izam telah berjaya menempatkan diri di hospital di sini dan akan melapor diri esok. Syukurlah kedua-dua anaknya itu sudah bersama. Riuh-rendahlah nanti suasana rumah teres dua tingkat yang didiami mereka empat beranak.

Sempat Puan Zefrina mengerling suaminya, berkongsi senyum kemudian melihat semula dua anak bujangnya makan. Suka melihat. Lapang hati dan dada.

Dan Encik Shafei tidak menegur kerana sudah biasa dengan keadaan itu. Terpisah dengan anak, begitulah isterinya untuk lima hari. Kemudian, tahulah isterinya hendak makan dulu sebelum anak. Terus makan, sempat lagi Encik Shafei menyengih.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 04, 2012 13:30

June 3, 2012

.: princess [prolog] :.

“IZAT nak ke mana tu?” soal Puan Zefrina setelah terpandangkan anak terunanya yang baru turun dari anak-anak tangga.

“Keluar… nak ambil angin,” ujar Izat sepatah lalu segera mencapai kunci kereta sportnya.

Izat pantas masuk ke dalam perut kereta. Tidak endah akan si ibu yang terus melihat dari muka pintu apabila dia bergerak mengundur kereta, keluar dari pekarangan rumah teres dua tingkat itu. Apabila daya tiada, apa mampu dia untuk memujuk hati si ibu yang rawan itu. Sebab Izat juga begitu. Sama rawan.

Puan Zefrina sekadar menggeleng. Begitulah keadaan anak bongsunya itu semenjak kehilangan Nazira, insan yang paling disayanginya. Maafkan mummy, Izat, mummy tak berdaya nak buat apa-apa. Kasih kamu terlalu utuh buat gadis itu hinggakan tiada siapa dapat menggantinya. Kasihan anak mummy…

Satu keluhan panjang dilepaskan. Puan Zefrina berlalu dari muka pintu. Kerana dia tidak ada kuasa membantah tindakan anak itu. Tindakan yang lahir kerana hati sendiri tidak terurus, sebagaimana diri.

*****

KERETA sport merah yang dipandu Izat meluncur laju tanpa tahu destinasi hendak dituju. Dia hanya hendak keluar seketika tadi. Berada di dalam kotak yang dipanggil bilik tidur itu buat dia rasa sesak. Lemas menghimpit, membujuk perasaan untuk jadi hiba mengenang segala yang berlalu.

Walaupun ada pepatah menyatakan masa pengubat segalanya, namun yang sakit itu tetap ada rasanya. Kalau dipertonton hati yang satu ini, mungkin luka berdarah sudah tidak nampak dek mata kasar. Tapi, hakikat, ada parut luka yang boleh ditangkap mata kasar itu. Tambah apabila jahitannya tidak sempurna.

Hmm, nak ke mana ya? Isy, berkeroncong pulak perut aku ni! Itulah, tadi mummy panggil makan, tak hendak! Dia menggerutu dirinya sendiri. Baik aku pergi makan kat KFC dekat selekoh sana tu!

Sebab Izat sedar, dia masih perlu makan walaupun ikut hati tak hendak, ikut jiwa tak mahu. Dia perlu makan untuk keluarganya, terutama mummy. Itu dia perlu buat.

Terus kereta dilajukan ke Restoran KFC terdekat dengan jalan dilalui. Dia meletak kereta di tempat parkir lalu keluar dari perut kereta. Hendak tak hendak, dia menolak pintu restoran makanan segera tersebut. Ah, kenapa ramai sangat? Namun, memikirkan perut yang menagih isi, dia beratur saja, menanti giliran memesan makanan.

“Makan, encik?” Seorang gadis tersenyum manis apabila giliran Izat tiba.

Dia membalas, walaupun senyum itu dipaksa-paksa. “Zinger one, Coke regular and fries.”

“Makan sini, bawa balik?” soal gadis itu lagi.

“Makan sini.”

Gadis itu segera menyediakan pesanan. Lincah jemarinya melaksanakan tugas. Mungkin sudah biasa. Izat memerhati sahaja, sampailah dulang berisi pesanan ditolak elok ke depannya sebaik dia membayar harga makanan. Izat mengambil dulang yang diserah lalu dibawa ke sebuah meja yang agak tersorok. Dia duduk, bersandar malas pada kerusi, melihat isi dulangnya.

Tanpa endahkan dulang yang masih menampung pesanan, terus seketul kentang goreng dicapai, makan. Perlahan. Mengunyah. Mata Izat melihat ke arah cermin luar. Melihat, melihat dan melihat. Namun entah apa yang dia nampak. Kerana melihat tanpa arah, tanpa tahu apa. Kosong.

*****

“LIA, pakwe kat sana tu cunlah. Tapi nampak lembik aje. Tengoklah cara dia makan… lemah aje, longlai. Macam tak bermaya nak pegang fries tu.” Atika menuding ke arah pemuda yang dimaksudkan.

Pakwe yang mungkin mengharapkan diri tersorok daripada pandangan orang, tapi bukan dari mata helang Atika. Soroklah kat mana pun. Kalau ada aura kacak lagi tampan, sampai saja kepadanya. Sama ada deria pandang atau bau!

Razliana sekadar mengerling. Walaupun perlu lawan bangau apabila mengerling kerana dia perlu juga menjenguk-jenguk. Dia tak ada aura pengesan si kacak lagi tampan sebagaimana Atika. Sudahnya, dia angguk. Mengakui kata-kata temannya.

“Ada problemlah tu,” sampuk Erin.

“Pandailah kau!” Razliana senyum mendengar pandangan temannya yang seorang lagi itu. Memang becok. Boleh saja tahu semua benda.

Agaknya kalau mata Atika boleh nampak pakwe kacak lagi tampan berbatu jauhnya, Erin pula ada mampu pengimbas guna mata untuk tahu makhluk itu ada masalah ataupun tak.

“Biasalah… I kan memang pakar pasal bab-bab macam ni. Macamlah you all tak tau!” Menggedik Erin dengan aksi patah tangan. Kemudian tayang sengih sakan.

Atika mencebik. “Pirah…!”

“Hei, jangan kutuk…” Erin membela diri, jari telunjuk tegak di depan Razliana dan Atika, kuit kiri kanan, kiri kanan. Sebelah tangan lagi siap cekak pinggang.

Razliana senyum kemudian terus tampar jari telunjuk Erin yang menggedik macam tuannya. Lucu melihat gelagat teman yang suka berkeletah itu. Tapi Erin bukan spesies boleh dilayan. Kian menjadi nanti. Kang kerja ke mana, Erin ke mana.

“Ha… sudah, sudah! Pergi ke kaunter tu, ada orang. Karang aku cakap kat Kak Chah, suruh potong gaji baru tau!” arah Razliana menggertak dengan mata sengaja dibesarkan.

“Baik, buyung…” Erin berlalu dengan sengih. Sempat kenyit mata.

Razliana geleng kepala. Nakal! Kemudian, dia sengetkan sedikit kepala dari tempat dia berdiri, untuk lebih mudah merenung pemuda di meja yang disebut Atika tadi. Kasihan… Memang seperti orang putus kasih. Lembik segala tulang dan sendi nampaknya. Kalau jadi pakwe akulah, aku tak tinggal punya. Bertuah gadis yang bertaktha di hati dia. Yang sampai kini masih ada di ruang yang itu.

Aik, aku ni apasal pulak fikir yang tak perlu? Ah, jiwang karat pulak kang.

Terus Razliana hilang daripada cegatnya. Kembali aktif dengan apa yang perlu. Masa ini masa bekerja buat diri, bukan berfalsafah soal hati!

*****

BARU separuh kentang goreng di dalam mulut, Izat letak kembali ia. Rasa pahit bila dikunyah, kesat pada kerongkong. Tak berdaya rasanya! Hilang segala mampu diri, sudah dibawa bersama!

Habis tu… macam mana aku nak hidup tanpa kau? Ira, kenapa begitu cepat tinggalkan aku? Kehadiran kau telah mengubah hidup aku… mengubah diri aku! Segala detik suka dan duka masih segar dalam ingatan. Segalanya seperti baru semalam berlalu. Seperti baru sebentar tadi kita bermesra. Aku… aku tak dapat lupakan kau, Ira…

Di ruang yang jauh daripada mata orang itu, Izat tunduk dengan sebelah tangan menutup muka. Hiba hati terlalu menjunam. Menginjak diri. Menyentuh perasaan. Ya Allah, kenapa hukuman seberat ini yang aku terima…? Kenapa, Tuhan-ku…?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 03, 2012 14:00

May 30, 2012

.: dalam satu rasa [6] :.

ZAHIRAH memerhati sekilas Mahirah yang duduk di kerusi berhadapannya. Sudah masuk hari keempat gadis itu berhempas pulas dengan tugasan pertamanya malah jelas bertungkus lumus untuk lakukan yang terbaik. Sudah masuk hari keempat juga Mahirah menjadikan bilik pejabatnya sebagai bilik tidak rasminya.

Bilik Zahirah yang selama ini kemas, mejanya yang sebelum ini rapi, kini mula dihiasi dengan kertas putih malahan ada juga buku-buku serta kepingan-kepingan foto. Mungkin dia rasa privasinya di bilik ini dikacau, namun Zahirah relakannya sahaja kerana yang mengganggunya bukan orang luar. Adik bongsunya yang memang dikenali dengan sikap aci campak saja setiap barangnya. Yang pelik, Mahirah masih mampu mencari apa yang dikehendaki, walau di ceruk mana pun ia dicampak. Tetap akan ditemui. Ada GPS dalam badan gamaknya adiknya ini. GPS cari barang!

“How was it?” tanya Zahirah sudahnya. Bukan mahukan jawapan sangat pun, kerana setakat ini dia sudah tahu hampir keseluruhan kes Farina.

Mahirah sering berkongsi dengannya dan Zafifah. Adiknya bukan jenis bodoh sombong. Jika tidak reti, jika tidak tahu, akan disoal sehingga punya jawapan yang memuaskan hati demi memastikan apa yang diletakkan di bahunya digalasi dengan baik hingga ke akhir masanya.

“Okey. Masih okey.” Mahirah mengangguk sendiri lalu membawa sehelai kertas di tangan lebih dekat ke muka. Dahinya sedikit berkerut.

Hmm, nampaknya aku tak akan dapat apa-apa sapaan mesra daripada minah ni. Semenjak mula bergelumang dengan bidang baru ini, walaupun baru empat hari, Mahirah benar-benar serius dengan tugasnya. Terlalu serius rasanya. Selama ini dia pernah berdepan dengan ramai penyiasat-penyiasat mereka. Rasanya mereka masih boleh bermuka ceria di balik setiap tugasan, walau diakui ada kalanya nampak stres. Namun masih boleh senyum dan menggiat mesra. Tapi bukan dialah mangsa mereka.

Dia, Zahirah, adik kepada pengurus Agensi 3SAI, dikenali oleh setiap staf di sini sebagai gadis yang pendiam dan penyepi. Sukar mengukir senyuman apatah lagi ketawa. Pendek kata, dia seorang gadis yang susah didekati, dimesrai. Unapproachable. Bukan seperti alongnya yang masih mengehadkan kemesraan namun bijak mengadaptasikan diri dengan keadaan dan suasana. Apbila perlu bermesra dengan orang ramai, Zafifah mampu lakukannya. Apabila perlu sama-sama rasai kesedihan, nyata Zafifah boleh membawa diri ke dalamnya.

Mahirah pula paling mesra antara mereka. Suka tersenyum, suka mengusik dan gemar sekali berkawan. Siapa sahaja yang ada di sekelilingnya, bersamanya, akan merasa gembira. Mahirah hanya tahu buat orang ketawa dan menceriakan apa sahaja suasana.

Sedang dia…

Dia bukan Zafifah, apatah lagi Mahirah. Dia Zahirah yang senang dan selesa dengan dirinya. Dia suka bersendirian sebegini. Kerana takkan ada yang mengganggu dia dan setiap kerja-kerjanya. Dia sering dibiarkan sendirian dengan semua itu. Jika perlu didepani pun oleh stafnya, selalunya hanya seorang wakil yang akan dihantar. Salmiha.

Hanya Salmiha yang tidak rasa gentar atau tidak selesa dengan wajah masam atau serius miliknya. Pembantu kakaknya itu nyata boleh melihat di balik permukaan—apa yang ditonjolkannya selama ini. Mungkin kerana baiknya hubungan Salmiha, yang muda setahun daripada Zafifah, malah merupakan antara staf terawal Agensi 3SAI, gadis itu boleh mengenali dasar dirinya, yang tidak pernah tertonjol selama ini. Kenal Zahirah di balik wajah tanpa segarit senyum atau roman serius yang ditampilkan.

Zahirah sendiri selesa dengan Salmiha, namun tidaklah sampai begitu mesra dan baik dengannya. Cukup syarat sahaja. Mungkin dia tidak bijak bergaul dengan orang luar, selain kakak dan adiknya, juga satu-satu anak kecil di rumahnya. Semenjak bersekolah dan sampai ke universiti, dia dikenali sebagai gadis yang pelik. Suka menyendiri dan gemar berdiam diri dalam apa keadaan pun. Tidak juga pernah menjadi perhatian kerana wajah yang tidak pernah menonjol.

Dia tidak cantik, namun bukan hodoh. Dia mampu jadi cantik jika dia mahu kerana dia mewarisi keindahan paras arwah ibu, yang turut ada pada Zafifah dan Mahirah. Namun dia tidak pernah lakukannya, kerana selesa dan senang dengan diri sekarang, yang tidak pernah jadi perhatian. Tiada yang akan memandangnya untuk kali kedua, itu yang dia mahu. Parasnya yang sering serius, lagak orang sombong dan kedekut senyum itu membolehkan inginnya jadi realisasi.

“Angah?”

Panggilan Mahirah meracik lamun Zahirah, kembali ke biliknya semula. Tidak terus tenggelam dibuai perasaan. Dia kembali menyusun kewarasan minda lalu tumpukan sepenuh perhatian kepada adiknya, yang sedang memandang dengan kerutan pada dahi.

“Kenapa?” ujar Zahirah memaniskan muka. Cuba mengorak senyum buat gadis itu. Namun dia bimbang ia sudah terlalu lewat. Mahirah sudah lebih dulu menangkap dia yang tiada dengan dirinya sekejap tadi.

“Ada apa-apa yang tak kena? Atau… angah marah kat adik?” Penuh hati-hati Mahirah mengatur kata.

Zahirah terus memasang senyum. Mahirah, walau setiap perkara hanya mainan dan usikan untuknya, namun masih tahu bila perlu serius dan ambil berat akan sesuatu hal.

“Tak ada apa, adik. Angah okey, cuma tenggelam dengan benda yang angah fikirkan dan… angah memang tak marahkan adik. Mungkin rasa geram sebab adik e-mel si Hanun tu tanpa pengetahuan angah. Tapi… nak marah pun tak guna. Satu aje harapan angah, takkan terima balasan dia.”

Paras serius Mahirah, yang berkerut tadi, langsung hilang. Diganti dengan senyuman yang mengangkat seri wajah itu mendadak. Cukup indah. “Sebab kalau dia balas, angah akan rasa satu tanggungjawab untuk membalasnya. Kan?”

“You do know me well. Sebab tulah adik hantar e-mel tu, kan? Actually, I was fighting over myself that day. Sama ada nak hantarkan semula e-mel tu dan bagi tau kat si Hanun ni yang dia tersalah hantar. Macam kena jugak bagi tau pulak, sebab rasa kesian dengan Hans.”

“Dan jugak Hanun! Mengakulah…”

“Nak mengaku apa? Cuba bagi tau dan angah akan cuba akuinya… Kalau perlulah.” Zahirah menjongket sebelah kening. Pen di tangan diketuk-ketuk ke atas fail di hadapannya, yang berisi akaun-akaun tertentu Agensi 3SAI.

Mahirah turut mengangkat sebelah kening, bersama bibir terjuih nakal. “Yang angah dah tau Hanun ni lelaki. Hanun bukan perempuan, macam yang angah asyik kata. Ngaku?”

Zahirah senyum tipis sambil menggeleng kecil. “Memanglah adik kenal angah. Ya, memang angah dah agak. Dan sekarang, di depan adik kesayangan angah yang bijak ni, angah akuinya. Puas hati?”

Mahirah menepuk tangan gembira. Bak anak kecil girang, seolah-olah kakaknya baru beritahu akan hadiahkan aiskrim coklat kegemarannya.

“Hmm, sekurang-kurangnya dengan pengakuan ni angah boleh tengok senyuman adik. Kalau tak… muka tu serius aje. Too absorb with your works.”

“Ya ke?” Apabila Zahirah mengangguk perlahan, Mahirah menghamburkan keluhan.

“Terpaksalah, angah. Adik baru sangat dengan semua ni. Nak tak nak adik kena usaha lebih. Kena sentiasa buat homework dan ambil tau hal-hal yang perlu. Kena ngadap soalan-soalan along, perlu yakinkan Kak Rina yang adik sedang cuba yang terbaik dan harus tebalkan muka hadapi semua senior adik kat luar sana.” Mahirah juih bibir ke ruang kubikel sana. “Nak belajar tak bolehlah rasa malu. Mujur jugak dia orang semua tak lokek nak menolong dan bagi tunjuk ajar.”

“Semua staf along memang gitu, adik. Along dah jampi serapah dia orang awal-awal lagi. Biar apa pun, dalam kalangan teman sekerja, kena ada sikap saling membantu dan ringan menolong. Itu rahsia agensi kita mendapat tempat dalam kalangan kilen.”

Mahirah mengangguk setuju. Terima bulat-bulat kata Zahirah. Bukan demi menyokong kakak sulungnya, namun kerana tahu bagaimana kerasnya usaha Zafifah dalam memastikan agensi yang bermula dari satu tapak paling rendah ini terus berdiri sebagaimana yang diingini oleh arwah mak su. Zafifah yang paling banyak berjerih dalam menambat hati klien. Zafifah yang bijak mencari peluang dalam semua keadaan. Memang ini periuk nasi mereka, namun untuk Zafifah ini juga satu usaha secara tidak langsung mereka agar apa yang pernah mereka lalui tak akan dilalui oleh sesiapa pun di luar sana. Dan ia mendapat sokongan padu mereka adik-beradik.

“Hmm, adik pulak yang mengelamun. Dahlah… teruskan kerja adik tu. Bukan ke petang ini adik akan jumpa Kak Rina? Jadi kenalah studi apa yang perlu, kan?”

“Hmm, memang pun. Setakat ni adik dah dapat sedikit maklumat, tapi belum cukup untuk buat satu keputusan. Masih kena gali sedalamnya. Not enough to convince her, even myself.”

“Jumpa kat mana?”

“Definitely not her office. He’s there.”

“Pernah jumpa dia? Face to face?”

“Eh, pernahlah! Kan ke dia ada datang ke sini hari tu!”

“Not her, him! Najmi!”

Mahirah menggeleng. “Tak pernah dari dekat. Tapi dari jauh. Adik ekori dia beberapa hari ni. Dari situlah dapat foto-foto ni.” Mahirah yang duduk berhadapa Zahirah melayangkan beberapa kepingan gambar di hadapan muka kakaknya itu, yang hampir juling dek kerana terkejut. Mana taknya, hampir tertempek foto tersebut ke muka Zahirah. Mahirah hanya tayang gigi apabila Zahirah menerkamkan pandangan tajam.

“Jadi, adik tak taulah… sama ada dia handsome ke tak?”

“Adik rasa dia handsome. Daripada pemerhatian adik, foto ni, jugak cerita Kak Rina. He is definitely good looking with a stink heart!”

“Belum tau lagi dia bersalah, dik. You cannot judge him so cruely. Mungkin dia betul-betul sayangkan Kak Rina.”

Mahirah mengeluh kecil. “Itu jugaklah yang adik harapkan, angah. Amat-amat adik harapkan. Kak Rina tu baik, malah dia memang lonely. Bayangkan dalam usia yang muda dia dah jadi janda. Sebabkan kesepian dia mula bina syarikat arwah suaminya sampailah jadi satu syarikat yang disanjung namanya. Dia dah jadi janda yang kaya, tapi masih kesepian. Tak ada anak, apatah lagi saudara dekat. Sendirian aje.

“Bila tengok kawan baik dia, Kak Dy tu, mula rapat dengan laki muda yang kita siasat dulu, dia tambah rasa bosan. Dah tak ada kawan nak berbual. Jadi, dia mula baik dengan PA dia sampaikan betul-betul jatuh sayang, sebab pada pandangan Kak Rina, pada rasa hati Kak Rina, PA dia tu pun rasakannya. Tapi… entahlah. Segalanya terletak di tangan adik. Kadang rasa takut sangat nak kecewakan Kak Rina. Rasa nak biar aje dia dengan kebahagiaan dia sekarang. Tak sanggup nak rampasnya daripada Kak Rina. Entahlah…” Sekali lagi Mahirah menghempas keluhan. Sarat dengan rasa serba salah serta perasaan yang saling bertelingkah dalam hati.

Zahirah panjangkan tangannya, mencapai jemari Mahirah. Digenggam erat. “Jika kebahagiaan yang bakal diberi hanya seketika, tak ada salahnya ia dirampas. Biar sakit hati, asal nanti hati belajar daripada kesakitan tu. Ada kalanya, kenyataan yang pahit lebih elok daripada impian yang indah, adik.”

Mahirah mengangguk kepala. “Hmm, okay then. I better get back to my ‘studies’. Nanti tak ada apa pula nak dikongsi dengan Kak Rina. Ah, lupa nak tanya…”

“Apa?”

“Dah dapat e-mel daripada Hanun?”

“Harap-harap tak akan dapat… Tapi kalau dapat pun angah tak kisah, sebab adik yang akan membalasnya.” Zahirah talakan jari telunjuk ke arah Mahirah, seraya menyambung kata, “Adik yang hantar e-mel pertama tu, jadi adiklah yang akan balas, kan? Tak semestinya e-mel company, angah yang kena balas!” Zahirah mengenyit mata.

“My dear sister, it is not about the company’s e-mail address but your name. Adik tulis nama angah. Besar-besar, adik tulis Nur Zahirah Alya.” Mahirah kemudiannya saja-saja mengeja nama Zahirah satu demi satu lalu kembali mengenyit mata apabila Zahirah melongo tidak percaya.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 30, 2012 09:30

.: dalam satu rasa [6]

May 25, 2012

Ingin Hati Melukis Kata | Bab 5

16 Disember 2007 “AH…” Ainsya mengaduh panjang sambil tangan melekap di kepala. Terasa sangat menyakitkan malah sesekali diiring dengungan yang merimaskan. Seolah-olah kepalanya baru sahaja dijadikan guni tinju percuma.Perlahan-lahan kepala yang terletak di atas sesuatu yang keras diangkat. Mulut tidak lepas mengeluh menahan berat yang menekan. Dipaksa benak memikir, kenapa dia berada dalam keadaan sebegini. Mungkinkah bahana terlalu banyak menangis?KERLINGAN sekali lagi dialihkan ke arah gadis genit yang duduk menongkat lutut di atas katil bujang di dalam bilik tidur yang pintunya luas terbuka. Seperti beberapa minit tadi, gadis itu masih dalam posisi yang serupa, tetap juga merenung arah yang sama—dinding bilik tidur itu.Sudahnya, selepas penat menghantar kerlingan demi kerlingan kerana bimbangkan keadaan gadis bertubuh montok yang sama dijemput dengan anak teruna bongsunya lebih 50 minit tadi, Sujiah menghantar mata ke raut Raimi. Sepertinya, anak bujangnya itu juga nampak gelisah.            Sujiah menghambur keluhan. Sarat dengan pelbagai rasa yang menjalar.            “Macam mana boleh jadi macam ni, Imi? Apa Imi dah buat pada budak tu?” Akhirnya soalan yang ditelan-telan daripada terburai keluar, meniti belahan bibir Sujiah.            “Ibu… ibu kenal Imi, kan? Ibu tahu kan Imi tak akan buat buat macam tu?” Raimi meningkah renungan ibu. Bukan dengan kekerasan, sebaliknya penuh kelembutan. Sama mencari pengertian.             “Sebab itulah ibu cuba nak faham macam mana Imi dan budak tu boleh terlibat dengan hal ni. Macam mana ibu boleh berdepan dengan pegawai-pegawai tu dan macam mana ibu perlu ikat jamin Imi dan dia…” Sujiah seklias memandang gadis di balik pintu bilik tidur yang ternganga itu. Masih dengan lagak tenung dinding.            Renungan padunya tumpah pula kepada Raimi, yang duduk di atas sofa di hadapannya. “Fahamkan ibu, Imi…”            Raimi bersandar ke sofa. Kepalanya turut tertampung ke situ. Jadi lelah memikirkan jawapan apa yang harus diberi kepada ibu. Namun dia tidak boleh mula menipu wanita itu. Wanita yang terlalu agung di matanya, di hatinya. Keruh wajah itu selalu buat dia gundah. Hangat air mata itu sering buat dia gulana. Jadi, dia harus berterus terang, cuma bukan sepenuhnya. Belum lagi.            Menarik nafas dalam, Raimi mula mengatur kata. “Dia staf EANI juga. Nama dia Ainsya, Ainsya Najma. Sebelum Imi panjangkan cerita, Imi dah tetapkan hati, lepas apa yang jadi, dia yang akan jadi isteri Imi, menantu bongsu ibu.”            Mukadimah Raimi tidak mengejutkan Sujiah. Sungguh, dia terlalu faham dengan dilema moral Raimi. Malah dia lebih kenal anak bujangnya itu berbanding siapa saja dalam dunia ini. Bukan hanya kerana dia ibu Raimi, mengandungkan, melahirkan dan membesarkan Raimi, tetapi kerana antara mereka berdua ada hubungan lebih daripada itu, yang hanya boleh dimengerti oleh mereka bersama. Bukan orang luar mahupun kakak-kakak Raimi sendiri.            Selain itu, semenjak kecil sudah diterap erti tanggungjawab dan makna hormat dalam diri Raimi. Atas rasa hormat kepada maruah Ainsya yang telah dicalarinya dan rasa tanggungjawab atas diri Ainsya yang sudah dimainkan di luar mahulah Raimi membuat keputusan sebegitu. Dalam diri Raimi sarat dengan sifat gentleman. Sarat juga dengan makna berbuat baik dibalas baik.            “Ibu marah ke, sebab Imi akan palingkan harapan pak long?” Kebisuan ibu mencetuskan soalan itu. Hanya sebab itu yang berlegar di minda Raimi. Mungkin janji mereka kepada pak long memasung setuju ibu.            Sujiah menggeleng perlahan. “Ibu tahu atas dasar apa Imi buat keputusan untuk jadikan Ainsya menantu ibu. Cuma… macam mana dengan impian Imi? Sanggup Imi selusuri sebuah perkahwinan tanpa percintaan?”Sujiah tidak mahu Raimi korbankan impiannya hanya kerana mahu bertanggungjawab. Dia tahu dia jugalah yang mengajar Raimi agar tahu bertangungjawab ke atas setiap tindak-tanduknya. Salah atau betul, bertanggungjawablah atas pilihan yang dilakukan. Namun, dia tidak mahu ajarannya sendiri menolak impian yang mahu dilihat Raimi semenjak kecil. Mahu berkahwin demi cinta, sebagaimana perkahwinan kedua orang tuanya; dia dan arwah suaminya.“Perkahwinan dengan Sheeqa juga jalan yang sama, tapi ibu tak pula rasa impian Imi akan hilang?” Raimi senyum tipis. Sengaja mahu menguji apa sebenarnya yang beriak di hati ibu.Sekilas Raimi menghantar mata ke arah bilik tidur yang pernah dihuni kakak keduanya lewat tiga tahun dahulu, sebelum perkahwinannya. Ainsya masih galak dengan dinding bilik itu. Dia yakin tiada yang menarik mata pada dinding bilik tidur itu. Dia tahu kerana dia selalu juga menjenguk bilik itu semenjak kecil, walaupun dilarang Kak Mina atau nama sebenarnya Jasmina. Yang ada hanyalah gambar-gambar kakaknya itu dan ia bukanlah pemandangan yang menarik untuk dilihat siapa pun. Bagi dialah!Dia juga pasti, Ainsya tidak putus merenung dinding sejak tadi bukan kerana gambar-gambar kakaknya ada tarikan, sebaliknya kerana tarikan hati yang terlalu galau memikirkan situasi yang menimpa mereka. Juga kerana memikirkan penerimaan kedua orang tuanya serta tunang yang hanya dua minggu lagi bakal digelar suami. Memikirkan bagaimana penerimaan mereka sesudah mendengar berita yang mengaibkan bukan saja diri gadis itu, sebaliknya seluruh keluarga itu, termasuk pihak lelaki.Anak kepada Awwal dan Nuhaa, bakal isteri kepada Solehandin, ditangkap kerana dituduh berkhalwat dengan dia, Raimi Qahir Abdillah.Mereka ditangkap khalwat!“Sebab ibu kenal Sheeqa…”Bicara ibu membuatkan Raimi memaksa tumpuan jatuh kepada wanita yang sudah pun berusia 54 tahun itu. Tidak perlu dia pohon daripada ibu untuk menjaga kelantangan suara kerana sebagaimana dia, ibu juga tahu bertutur dalam nada paling perlahan. Hanya buat telinga mereka.“Sheeqa anak buah ibu, sepupu Imi. Ibu kenal Sheeqa sejak kecil, Imi pun kenal Sheeqa sejak kecil.”“Sebab itu impian Imi akan hilang?”Sujiah geleng kepala. “Sebab ibu tahu Sheeqa bakal jatuh cinta dengan Imi lepas kahwin. Imi ada kemampuan tu ke atas Sheeqa, begitu juga Sheeqa.”“Dan Imi tak ada kemampuan tu ke atas Ainsya atau Ainsya ke atas Imi…?” Akhirnya Raimi jadi faham.Sujiah mengerut dahi. “Imi yakin ada?”“Ibu sentiasa yakin dengan setiap keputusan Imi. Jadi, dalam hal ni pun Imi nak ibu ada yakin yang sama, sebagaimana Imi. Impian Imi akan makbul, ibu. Berkat doa ibu, usaha Imi… insya-Allah, hati akan jatuh cinta. Imi yakin, ibu…”Sujiah senyum lebar. “Begitu juga ibu. Insya-Allah, hati Imi, hati Ainsya… akan sama-sama jatuh cinta. Mmm, sekarang boleh ceritakan pada ibu… apa yang terjadi sebenarnya? Untuk berdepan dengan bakal besan ibu, ibu perlu tahu keseluruhan cerita.”Raimi menggoncang kepala, setuju. Dia tahu setakat mana ibu perlu tahu. Maka setakat itulah kisah ditutur. Tiada tokok tambah, hanya setakat yang mampu. Selebihnya, biar kocek hatinya menyimpan.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 25, 2012 11:38

.: Ingin Hati Melukis Kata [Bab 5] :.

16 Disember 2007“AH…” Ainsya mengaduh panjang sambil tangan melekap di kepala. Terasa sangat menyakitkan malah sesekali diiring dengungan yang merimaskan. Seolah-olah kepalanya baru sahaja dijadikan guni tinju percuma.
Perlahan-lahan kepala yang terletak di atas sesuatu yang keras diangkat. Mulut tidak lepas mengeluh menahan berat yang menekan. Dipaksa benak memikir, kenapa dia berada dalam keadaan sebegini. Mungkinkah bahana terlalu banyak menangis?
Tak mungkin. Kerana semenjak dia selamat tiba ke KL dan mendaftar masuk ke hotel terdekat dengan Wisma EANI, dia tidak menitiskan air mata langsung. Yang ada hanyalah air hangat yang hampir jatuh saat mendengar bicara lembut babah. Jadi, tak mungkinlah kepalanya terasa begini hanya kerana air mata yang tidak sempat menitik itu. Sangat tidak mungkin!
Jadi, kenapa kepalanya rasa sebegini?
Kepala sudah terangkat, mata yang masih layu tidak mahu terbuka luas dipaksa membuntang bulat. Kotak fikiran diarahkan sama, mengingat semula apa yang berlaku di Annual Dinner EANI semalam. Tidak langsung ada dalam simpanan memorinya apa yang berlaku selepas perbualannya dengan Deva dan Rizal. Yang ada hanyalah bayangan Zahir memujuknya minum minuman yang dibawa sebagai tanda maaf, sebagaimana Deva dan Rizal.
Selain daripada itu ada potongan ingatan kepada seorang lelaki, yang duduk di sampingnya bersama seorang gadis yang berulang kali dipanggil Jazshira oleh lelaki itu. Pasangan kekasih, itu dia pasti. Dan yang paling penting, dalam mindanya adalah sepasang mata kuyu, bulu mata hitam lebat. Sepasang mata yang tidak mengejarnya di luar sedar. Sebetulnya ia tergam kemas.
Dan, apabila mata itu sekali lagi tergam kemas di hadapan matanya, dia hampir menjerit kecil. Mendadak tubuh diangkat sepenuhnya. Baru dia sedar semenjak tadi, benda keras yang menampung kepalanya adalah dada lelaki itu, yang bogel tanpa pakaian. Juga sedar, dia sendiri sudah berganti kain pada tubuh.
Bukan lagi kebaya Baba Nyonya dengan batik lepas yang dilaramnya semalam, sebaliknya sehelai baju-T yang besar dan longgar untuknya.
Dia memandang pemuda yang masih berbaring di atas katil, baru dia perasan mereka berada di situ, yang terus melekapkan pandangan kuyu ke arahnya, kemudian kepada dirinya yang dibalut dengan baju-T yang bukan miliknya. Dia masih belum sedar sepenuhnya, tidak tahu keputusan apa harus dibuat. Tapi sudahnya dia tahu apa harus dibuat.
Ainsya buka ngangaan mulut, menjemput jeritan paling dalam untuk keluar dari kotak suaranya.
Jejaka itu menerpa ke hadapan. Tangan kanan mengepung suara Ainsya daripada mengisi. Kali ini Ainsya tidak lagi fikir keputusan apa harus dibuat, sebaliknya dia terus mengalih kedudukan wajah, membuatkan gigi kacip kemas pada isi telapak tangan kanan itu. Digigit kuat!
Tangan kanan itu beralih laju, seolah terkena panas api. Dan kaki Ainsya sama laju, berlari, tanpa peduli di mana kakinya jatuh—dia yakin dia ada terpijak bahagian tubuh pemuda itu kerana suara lelaki itu mengaduh boleh didengar dan dia amat berharap pijakannya boleh melumpuhkan bahagian itu. Kedua-dua kakinya pantas dilarikan, meninggalkan ruang bilik tidur itu.
Baru sahaja kakinya menginjak ke ruang hadapan yang memisahkan bilik tidur dengan ruang tamu, ada ketukan kedengaran. Bertalu, tanpa henti, diiring suara keras.
Ainsya tergam di tempatnya. Di sampingnya berdiri lelaki itu. Sama-sama merenung pintu yang sama.
*****
KERLINGAN sekali lagi dialihkan ke arah gadis genit yang duduk menongkat lutut di atas katil bujang di dalam bilik tidur yang pintunya luas terbuka. Seperti beberapa minit tadi, gadis itu masih dalam posisi yang serupa, tetap juga merenung arah yang sama—dinding bilik tidur itu.
Sudahnya, selepas penat menghantar kerlingan demi kerlingan kerana bimbangkan keadaan gadis bertubuh montok yang sama dijemput dengan anak teruna bongsunya lebih 50 minit tadi, Sujiah menghantar mata ke raut Raimi. Sepertinya, anak bujangnya itu juga nampak gelisah.
Sujiah menghambur keluhan. Sarat dengan pelbagai rasa yang menjalar.
“Macam mana boleh jadi macam ni, Imi? Apa Imi dah buat pada budak tu?” Akhirnya soalan yang ditelan-telan daripada terburai keluar, meniti belahan bibir Sujiah.
“Ibu… ibu kenal Imi, kan? Ibu tahu kan Imi tak akan buat buat macam tu?” Raimi meningkah renungan ibu. Bukan dengan kekerasan, sebaliknya penuh kelembutan. Sama mencari pengertian.
“Sebab itulah ibu cuba nak faham macam mana Imi dan budak tu boleh terlibat dengan hal ni. Macam mana ibu boleh berdepan dengan pegawai-pegawai tu dan macam mana ibu perlu ikat jamin Imi dan dia…” Sujiah seklias memandang gadis di balik pintu bilik tidur yang ternganga itu. Masih dengan lagak tenung dinding.
Renungan padunya tumpah pula kepada Raimi, yang duduk di atas sofa di hadapannya. “Fahamkan ibu, Imi…”
Raimi bersandar ke sofa. Kepalanya turut tertampung ke situ. Jadi lelah memikirkan jawapan apa yang harus diberi kepada ibu. Namun dia tidak boleh mula menipu wanita itu. Wanita yang terlalu agung di matanya, di hatinya. Keruh wajah itu selalu buat dia gundah. Hangat air mata itu sering buat dia gulana. Jadi, dia harus berterus terang, cuma bukan sepenuhnya. Belum lagi.
Menarik nafas dalam, Raimi mula mengatur kata. “Dia staf EANI juga. Nama dia Ainsya, Ainsya Najma. Sebelum Imi panjangkan cerita, Imi dah tetapkan hati, lepas apa yang jadi, dia yang akan jadi isteri Imi, menantu bongsu ibu.”
Mukadimah Raimi tidak mengejutkan Sujiah. Sungguh, dia terlalu faham dengan dilema moral Raimi. Malah dia lebih kenal anak bujangnya itu berbanding siapa saja dalam dunia ini. Bukan hanya kerana dia ibu Raimi, mengandungkan, melahirkan dan membesarkan Raimi, tetapi kerana antara mereka berdua ada hubungan lebih daripada itu, yang hanya boleh dimengerti oleh mereka bersama. Bukan orang luar mahupun kakak-kakak Raimi sendiri.
Selain itu, semenjak kecil sudah diterap erti tanggungjawab dan makna hormat dalam diri Raimi. Atas rasa hormat kepada maruah Ainsya yang telah dicalarinya dan rasa tanggungjawab atas diri Ainsya yang sudah dimainkan di luar mahulah Raimi membuat keputusan sebegitu. Dalam diri Raimi sarat dengan sifat gentleman. Sarat juga dengan makna berbuat baik dibalas baik.
“Ibu marah ke, sebab Imi akan palingkan harapan pak long?” Kebisuan ibu mencetuskan soalan itu. Hanya sebab itu yang berlegar di minda Raimi. Mungkin janji mereka kepada pak long memasung setuju ibu.
Sujiah menggeleng perlahan. “Ibu tahu atas dasar apa Imi buat keputusan untuk jadikan Ainsya menantu ibu. Cuma… macam mana dengan impian Imi? Sanggup Imi selusuri sebuah perkahwinan tanpa percintaan?”
Sujiah tidak mahu Raimi korbankan impiannya hanya kerana mahu bertanggungjawab. Dia tahu dia jugalah yang mengajar Raimi agar tahu bertangungjawab ke atas setiap tindak-tanduknya. Salah atau betul, bertanggungjawablah atas pilihan yang dilakukan. Namun, dia tidak mahu ajarannya sendiri menolak impian yang mahu dilihat Raimi semenjak kecil. Mahu berkahwin demi cinta, sebagaimana perkahwinan kedua orang tuanya; dia dan arwah suaminya.
“Perkahwinan dengan Sheeqa juga jalan yang sama, tapi ibu tak pula rasa impian Imi akan hilang?” Raimi senyum tipis. Sengaja mahu menguji apa sebenarnya yang beriak di hati ibu.
Sekilas Raimi menghantar mata ke arah bilik tidur yang pernah dihuni kakak keduanya lewat tiga tahun dahulu, sebelum perkahwinannya. Ainsya masih galak dengan dinding bilik itu.
Dia yakin tiada yang menarik mata pada dinding bilik tidur itu. Dia tahu kerana dia selalu juga menjenguk bilik itu semenjak kecil, walaupun dilarang Kak Mina atau nama sebenarnya Jasmina. Yang ada hanyalah gambar-gambar kakaknya itu dan ia bukanlah pemandangan yang menarik untuk dilihat siapa pun. Bagi dialah!
Dia juga pasti, Ainsya tidak putus merenung dinding sejak tadi bukan kerana gambar-gambar kakaknya ada tarikan, sebaliknya kerana tarikan hati yang terlalu galau memikirkan situasi yang menimpa mereka. Juga kerana memikirkan penerimaan kedua orang tuanya serta tunang yang hanya dua minggu lagi bakal digelar suami. Memikirkan bagaimana penerimaan mereka sesudah mendengar berita yang mengaibkan bukan saja diri gadis itu, sebaliknya seluruh keluarga itu, termasuk pihak lelaki.
Anak kepada Awwal dan Nuhaa, bakal isteri kepada Solehandin, ditangkap kerana dituduh berkhalwat dengan dia, Raimi Qahir Abdillah.
Mereka ditangkap khalwat!
“Sebab ibu kenal Sheeqa…”
Bicara ibu membuatkan Raimi memaksa tumpuan jatuh kepada wanita yang sudah pun berusia 54 tahun itu. Tidak perlu dia pohon daripada ibu untuk menjaga kelantangan suara kerana sebagaimana dia, ibu juga tahu bertutur dalam nada paling perlahan. Hanya buat telinga mereka.
“Sheeqa anak buah ibu, sepupu Imi. Ibu kenal Sheeqa sejak kecil, Imi pun kenal Sheeqa sejak kecil.”
“Sebab itu impian Imi akan hilang?”
Sujiah geleng kepala. “Sebab ibu tahu Sheeqa bakal jatuh cinta dengan Imi lepas kahwin. Imi ada kemampuan tu ke atas Sheeqa, begitu juga Sheeqa.”
“Dan Imi tak ada kemampuan tu ke atas Ainsya atau Ainsya ke atas Imi…?” Akhirnya Raimi jadi faham.
Sujiah mengerut dahi. “Imi yakin ada?”
“Ibu sentiasa yakin dengan setiap keputusan Imi. Jadi, dalam hal ni pun Imi nak ibu ada yakin yang sama, sebagaimana Imi. Impian Imi akan makbul, ibu. Berkat doa ibu, usaha Imi… insya-Allah, hati akan jatuh cinta. Imi yakin, ibu…”
Sujiah senyum lebar. “Begitu juga ibu. Insya-Allah, hati Imi, hati Ainsya… akan sama-sama jatuh cinta. Mmm, sekarang boleh ceritakan pada ibu… apa yang terjadi sebenarnya? Untuk berdepan dengan bakal besan ibu, ibu perlu tahu keseluruhan cerita.”

Raimi menggoncang kepala, setuju. Dia tahu setakat mana ibu perlu tahu. Maka setakat itulah kisah ditutur. Tiada tokok tambah, hanya setakat yang mampu. Selebihnya, biar kocek hatinya menyimpan.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 25, 2012 11:38

.: ingin hati melukis kata [5] :.

16 Disember 2007
“AH…” Ainsya mengaduh panjang sambil tangan melekap di kepala. Terasa sangat menyakitkan malah sesekali diiring dengungan yang merimaskan. Seolah-olah kepalanya baru sahaja dijadikan guni tinju percuma.

May 23, 2012

.: dalam satu rasa [5] :.

RASYAD duduk bersandar tenang pada kerusi empuk di bilik yang pintu hadapannya tertera Pengarah Urusan Astana, membelakangkan daun pintu bilik besarnya yang ketika ini rapat bertutup. Dia pula sedang memerhati ke cermin telus di depannya, yang menghamparkan pemandangan terus ke persekitaran KLCC. Dari tingkat setinggi ini, semuanya saujana mata memandang. Dan nampak indah untuk mata yang letih dan penat apabila seharian dikerjakan, dipaksa menengok fail syarikat itu ini.
Masih lihat ke depan, seketika Rasyad memejam mata. Waktu untuk memanjakan mata sementara dia masih ada ruang. Ia sudah bekerja lebih masa, jadi waktu rehat perlu diguna pakai untuk merehatkan ia. Dengan mata terpejam, Rasyad sandarkan kepala pada kerusi empuk yang membengkok dengan berat badannya yang dilepas sama. Tubuh badannya yang lampai itu juga perlukan rehat yang cukup. Tubuhnya itu juga sudah reti minta rehat. Mana tidaknya kalau dia guna serupa dia boleh ganti yang baru bila-bila. Macamlah kat rumah ada tiga untuk simpanan kemudian hari, rosak boleh ganti! Ingat Iron Man ke!
Mungkin kerana terlalu lelah dengan hal sekeliling, Rasyad langsung tidak sedar bila dia terlelap. Yang dia sedar, dia terjaga apabila pintu biliknya diketuk dari luar. Terus sebelah tangan ke mata, menutup seketika. Kemudian mata dibuka dan dikelip-kelipkan. Mata itu masih letih, tubuh ini masih penat. Entah bila bakal hilang…
Sambil memusing kerusi, kembali menghadap arah pintu yang masih ada ketuk-ketuk, Rasyad bersuara, “Masuk.”
Daun pintu terbuka lalu terjengul muka pengarah bahagian operasi Astana, merangkap kawan paling baik Rasyad pernah ada dan sampai sekarang masih berkongsi rahsia. Semuanya kerana lelaki sebayanya itu dikenali sudah terlalu lama. Vincent Goh atau Vince untuk kawan dan kenalan rapat dia kenal semenjak zaman berseluar biru lagi.
“Hello, my friend. You’re not eating?” Vincent akhirnya membawa sepenuh tubuh ke dalam bilik Rasyad, bos yang sampai sekarang melayannya sebagai kawan banding sub-ordinate.
“Aku tak rasa nak makan…” ujar Rasyad bangun dari kerusi, membuka kot pada tubuhnya lalu diletak pada kerusi. Tali leher bercorak abstrak yang jadi kegemarannya dilonggarkan malah tiga butang atas turut ditanggalkan. Santai. Itulah tema dia kalau di depannya Vincent. Tak ada maknanya nak tunjuk persona Pengarah Urusan Astana.
“Kau tak rasa nak makan, tapi perut kau…” ujar Vincent senyum kecil sambil angkat bungkusan kertas di tangan sedikit tinggi. Mendekati meja kopi di ruang besar bilik itu, dia letak bungkusan itu di situ lalu duduk di atas sofa kulit berwarna hitam di situ. Kemudian, Vincent ketuk-ketuk sampingnya, pandang Rasyad.
Rasyad senyum dengan aksi Vincent itu. Manalah tak ada yang salah tanggap dengan hubungan mereka yang lebih baik daripada isi dengan kuku itu. Mendengar ‘kata’ aksi Vincent, dia mengatur kaki ke ruang itu lalu terus melabuh tubuh di sebelah Vincent. Sekali letak macam lepas segala.
Vincent menggeleng-geleng sekejap kemudian terus membuka beg kertas berisi sandwic telur dan minuman panas, untuk Rasyad. Selalunya dialah yang belikan makan tengah hari untuk Rasyad kalau teman itu tidak keluar makan. Beli yang tidak terlalu berat, hanya untuk mengalas perut agar tidak berbunyi nanti. Sebab, kalau Rasyad tidak keluar makan tengah hari, itu maknanya Rasyad tiada selera untuk makan. Namun, demi dia yang membeli dan sebagai tanda menghargai, Rasyad akan kunyah perlahan-lahan makanannya. Kalau lapar sangat dan selera makannya ada, Rasyad biasanya meminta Subashini memesan makanan untuk mereka berdua. Waktu itu, bilik Vincent yang jadi gelanggang makan penuh rakus. Rasyad akan datang mencari. Jadi, kalau Rasyad tidak melakukan ia, tahulah Vincent Rasyad dalam mood yang bagaimana.
Vincent pandang sekilas Rasyad yang sudah mula mengunyah perlahan-lahan. Serupa anak dara segan nak makan depan bakal suami pun ada. Alahai… sebab itulah ramai yang salah faham.
Perasankan mata Vincent kepadanya, Rasyad melihat teman itu lalu jongket muka sedikit. Bertanya dengan aksi sebegitu.
“Sampai bila nak macam ni?”
Rasyad angkat bahu. “It’s not like I want to be like this, Vince…” cakapnya sesudah menelan sandwic di dalam mulut.
“Ya, aku tau. Tapi sampai bila? Kau dah cuba cari, guna setiap pengetahuan kau pasal dia… kau dah usaha cari. Tapi… nampak sangat dia nak menyorok. Dia tak nak kau jumpa dia. Jadi, kenapa…? Dah 12 tahun. Entahkan kau jumpa dia kau masih cam ke tak…”
“Aku akan cam!” tegas Rasyad meletak semula sandwic yang sudah separuh dimakan ke dalam bekasnya.
Vincent mengangguk. “Baik. Tapi dia akan cam kau? Dia akan ingat kau… sebagaimana kau masih ingat dia? Kau tau kan apa yang dia dah buat kat kau… Apa dah jadi kat kau…”
“Bukan sebab dia semua ni jadi, Vince. Sebab aku… Sebab aku tak boleh lupa dia. Sebab aku masih ingat dia. Sampai sekarang…” Rasyad bersandar longlai pada sofa, separuh tubuh menyenget macam bakal menggelongsor jatuh.
Vincent bangun, mendapatkan meja kerja Rasyad yang bersih. Hanya ada sebuah komputer riba dan sebuah bingkai gambar Rasyad bersama orang tuanya. Berdiri hampir dengan kerusi Rasyad yang rapat masuk ke meja, dia buka laci paling atas di meja itu. Laci yang selalu Rasyad kunci selepas keluar dari situ, walau ke mana pun dia pergi, walau seketika mana pun dia pergi. Kerana di dalam laci itu ada tersimpan hatinya. Hati yang Rasyad takut akan hilang.
Menarik laci tersebut, yang ketika ini tidak berkunci, Vincent capai sebuah bingkai gambar. Gambar seorang gadis 18 tahun, hitam manis, indah tersenyum, di samping Rasyad yang muda 12 tahun.
“Aku tak nampak apa yang kau tak boleh nak lupa kat dia…” Vincent masih tatap tak lepas wajah yang memang dia akui manisnya itu. Tapi kalau dikira mata yang memandang, terutama sekali dia yang melihat gambar tersebut sejak dulu, gadis ini biasa saja. Dalam kategori okeylah.
Jadi, sampai kini Vincent tak faham mengapa Rasyad yang kacak selalu itu, jadi idaman dan kegilaan wanita itu, masih tak boleh lupa perempuan kategori okeylah ini.
“Sebab kau tak tinggal hati kau kat dia…” jawab Rasyad selamba, mula senyum.
Vincent angkat bahu, simpan elok gambar ke tempatnya lalu kembali duduk di sebelah Rasyad. “Jadi… mama kau macam mana?”
“Dah diam…”
“Eh, macam mana boleh jadi gitu? Kan sebelum ni bukan main lagi suruh kau kahwin, siap paksa bagai…” Berkerut dahi Vincent. Macam tak boleh nak terima hakikat pun ada.
Bukan Vincent tak kenal dan tak nampak bagaimana tegarnya mama Rasyad, yang dia panggil bonda semenjak dulu. Datin Suraiyah yang berdarah bangsawan itu memang ada karisman bonda yang selalu dia lihat dalam cerita Melayu klasik.
“Dia dah tau sebab aku berpisah dengan Zety.”
“Tahu? Macam mana…?”
“Aku mintak Zety terus terang dengan mama. Sebab aku rasa bersalah kat Zety. Setiap kali dia nak aku jumpa anak Datuk tu, anak Tan Sri ni… mesti ada benda tak elok dan tak sedap pasal Zety dia akan kaitkan. Mama aku tuduh Zety curang dan perkahwinan kami tu sekerat jalan sebab Zety ada laki lain. Yalah, tak lama lepas edah kan Zety terus kahwin. Tapi…” Rasyad mengeluh. “Zety tak pernah buat salah untuk dapat tuduhan isteri curang atau simpan lelaki macam tu. Jadi, dua minggu lepas aku ajak Zety dengan mama, berjumpa dan berterus terang…”
Vincent mengangguk-angguk seketika, kemudian berkerut dahi semula. “Jadi, mama kau tak kisah? Setuju dengan niat kau nak cari sampai jumpa pencuri tu…?”
“Pencuri?” Rasyad senyum apabila dapat faham. “Entah… Kurang bunyi, kurang kata sekarang mama aku tu. Cuma…” Rasyad sungguh-sungguh sengih tayang gigi.
“Apa?” gesa Vincent nak tahu sangat.
“Angin bertiup kat ofis dah sampai ke telinga mama aku rasanya. Kita ada 007 dalam ofis ni…” Rasyad gelak-gelak.
Vincent ikut ketawa kecil sekejap. “Bonda percaya ke?”
“Kata abah, ada satu malam dia tak tidur fikir hal orientasi songsang aku. Dia siap cadang berhentikan kau dari sini kat abah, untuk elak hal orientasi songsang kita… berpanjangan.” Ketawa.
Vincent juga ketawa. Tergeleng-geleng kepala kemudian. “Hai… siapalah 007 kita ni yek…”
Rasyad buat selamba, angkat bahu. Kemudian terus sambung makan sandwic. Manakala Vincent hanya diam sambil sesekali kerling Rasyad. Ada lega melihat rakan baiknya mula ada selera hendak makan. Tak macam segan makan depan bakal suami dah. Gaya makan depan suami sungguh.
Bunyi yang terdengar-dengar buat Vincent alih muka ke bidai yang menutup ruang bilik itu, membuatkan pihak dalam tak nampak apa jadi di luar dan pihak luar tak lihat apa kes di dalam. Selalunya, waku rehat, memang Rasyad akan menutup bidai itu. Tak mahu jadi bahan pandang. Tepat jam 2.00 petang, bidai langsung dibuka. Kerana mata Rasyad juga perlu pandang ke luar sana. Untuk lihat kualiti kerja staf Astana yang dimulakan oleh Datuk Radhi dan kini di bawah pengurusan Rasyad, sepenuhnya. Datuk Radhi hanya bertindak sebagai pengerusi.
Tanpa kisahkan Rasyad, Vincent bangkit lalu hampiri bidai, disebak sedikit. Matanya terus ke arah meja Subashini, gadis berketurunan India yang sudah hampir lima tahun menjadi setiausaha kepada Rasyad. Gadis hitam manis yang bertubuh sedap itu gemar sangat memakai pencil skirt dan blaus lengan panjang. Menyebabkan langkah Subashini jadi kecil dan kalau gadis 30-an itu hendak bergerak laju… alahai, gugur jantung dia yang melihat lenggok pinggulnya. Seksi!
Tapi, Vince, sekarang abaikan seksi-meksi anak dara tua itu sebaliknya beri tumpuan pada apa dia sedang lakukan, arah Vincent kepada diri, terus perhati. Perasan Subashini mencapai telefon bimbit dari beg tangan Carlo Rino berwarna merah yang agak besar. Sambil lihat sekitar, Subashini buka langkah kecil laju-laju, terus ke pantri di tingkat itu. Tingkat yang dikhaskan untuk pihak berjawatan paling tinggi sahaja. Memerhati lenggok pinggul Subashini, hampir tergoda lalu kembali sedar diri, Vincent akhirnya senyum tipis. Kemudian dia pandang Rasyad yang sedang mengemaskan sisa makanannya.
“Aku ambik jus kat pantri. Sekejap lagi aku datang balik.” Berkata begitu, terus Vincent berlalu mendapatkan pintu dan melangkah selaju mungkin namun sesenyap boleh. Dia hendak sekodeng. Jadi, tak bolehlah beritahu pihak bakal kena sekodeng.
Tiba di pantri, Vincent berdiri di samping pintu masuknya. Di dalamnya dia dengar suara lunak Subashini yang sepertinya, fasih berbahasa Melayu. Bercakap dengan seseorang, yang butir cakapnya dia tak berapa hendak boleh tangkap. Tapi satu patah perkataan itu cukup jelas di telinganya. Datin. Vincent menjeguk muka, melihat Subashini yang besar mata nampak dia.
“Mmm…” Subashini tak turah. “Mmm… nanti saya telefon balik ya.” Tak dan-dan, dia matikan telefon bimbit.
Vincent atur kaki, masuk ke pantri dan berdiri betul-betul di hadapan pintu masuk ke pantri. Juga satu-satunya pintu keluar. “You terus matikan call macam tu, tak marah ke Datin kat you?” Menyakat, sinis.
Subashini telan liur kesat. Tangan menggenggam telefon bimbit ke dada manakala sebelah lagi membetulkan sanggul rambutnya yang diikat bulat, sedikit tinggi lalu rambut hadapan dicekak kemas supaya tidak terganggu pandangan. Walaupun itu hanya stail cincai, dengan getah hitam biasa, namun ramai yang kata nampak comel untuk dia. Tapi sekarang bukan itu halnya.
“Mmm…” Subashini cuba-cuba hendak bersuara.
“Youlah 007 ya?” perli Vincent melangkah ke hadapan, menghampiri dan Subashini yang mula menggelisah bergerak ke belakang. Satu langkah dia ke depan, dua langkah Subashini ke belakang bahana skirtnya.
“Mmm… saya boleh terang…”
“Jadi you syak I dengan bos you…” Akhirnya Vincent berhenti di depan Subashini yang tidak boleh berganjak lagi. Belakang tubuh itu bagai hendak melekat pada kabinet di situ. Hendak terus menggentarkan Subashini, Vincent letak tangan kiri dan kanan di atas kabinet, mengunci Subashini di situ.
“I boleh buktikan, I bukan…” Vincent tundukkan sedikit muka, dekat ke muka Subashini yang kian besar mata bulatnya dan makin ke belakang dan ke belakang wajah itu.
“007 I… ini buktinya…” Bersama senyum, Vincent mula menggatal. Asyik tergoda, apa salahnya dia mula menggoda!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 23, 2012 09:30

Bikash Nur Idris's Blog

Bikash Nur Idris
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Bikash Nur Idris's blog with rss.