Bikash Nur Idris's Blog, page 21

May 20, 2012

.: secukup rasa [24] :.

FAIL berwarna hitam sederhana tebal dengan segala maklumat yang diminta Amar diselak-selak lagi. Malah, gambar-gambar yang terdapat di situ ikut dia tilik. Hubungan yang sudah menginjak ke tahun keempat. Namun bijaknya kedua-dua pelakon itu, baru setahun lebih Amar berjaya menghidunya.
Hebat betul ibunya itu! Di bawah hidungnya semua berlaku namun tiada dapat dia hidu!
Sudah terlalu lama Amar diamkan saja. Sudah terlalu lama Amar buat tak tahu saja. Tapi Amar sudah tidak tahan untuk buat bodoh apabila dia sudah agak bijak mengetahuinya. Hari ini, Amar akan bertindak. Keputusan diperlukan!
Mendengar bunyi tapak kaki berhampiran dengan bilik kerjanya, Amar yang sudah pun mandi dan menukar pakaian kasual—khakis dan tee berwarna putih, seperti kebiasaannya—terus angkat tubuh dari kerusi yang didudukinya. Kaki melaju saja hendak keluar dari ruang bilik kerja itu, sedang semenjak tadi tiada satu pun kerja dibuatnya, melainkan menilik dan menilik saja fail hitam sederhana tebal di tangan. Sejam lebih dia begitu saja. Dan malam juga kian menginjak.
Amar mengatur langkah lurus hendak dapatkan pintu bilik kerja yang rapat terkatup. Namun pintu itu tidak pernah berkunci. Kerana tertutupnya ia memberitahu semua di luar sana bahawasanya dia tidak mahu diganggu. Semua orang, kecuali bakal isterinya.
Kerana sebelum Amar sampai pada pintu yang rapat di tempatnya itu, ia terbuka lebih awal dari luar sana. Mujur Amar tak cukup rapat, kalau tak sah pintu cium Amar. Dah lebam mulut sebelum malam pertama—dengan si gadis yang hampir menghentam pintu ke bibirnya!
Sipi! Sipi aje lagi! marak hati Amar dengan sikap fikir selepas buat Zunah. Selalu begitu.
Amar yang terpaling muka hendak selamatkan wajahnya, akhirnya melihat ke hadapan. Zunah sudah berdiri di hadapannya, mengangkat muka merenung Amar. Niat hendak lepas marah jadi hilang terus apabila mata Amar memandang elok paras Zunah. Basah dengan air mata, malahan sepasang mata itu terus basah dengan air mata yang masih menitik-nitik.
Belum sempat Amar hendak menyoal kenapa begitu keadaan Zunah, yang masih dengan pajama tidur yang sama tadi, Zunah meluru laju ke arah Amar, memaut sakan baju Amar. Digenggam kuat sambil menggoncang-goncang sakan.
“Nak balik… Nak balik…” ujar Zunah antara esak.
Kaget sekejap Amar. Balik?
“Awak dengar tak, Amar? Saya nak balik…” Zunah mengesak terus sambil mengasak terus dada Amar yang terkuit sedikit saja. Macam tak ada benda saja.
“Dengar… dengar…” Amar longgarkan genggaman Zunah pada bajunya lalu genggam kedua-dua jemari tangan itu. Apabila Zunah masih mengesakkan “Nak balik” berulang-ulang, Amar mengangguk-angguk tanda faham. “Ya, ya… Tapi balik mana? Cuba bagi tau abang…”
“Balik kampung… Daus… Daus…” Zunah mengongoi sakan. Apabila Amar cuba hendak pujuk dengan menarik dia rapat pada tubuh itu, Zunah menolak-nolak tak memberi izin.
“Amar! Amar buat apa ni?”
Soalan kuat itu mengejutkan Amar yang bersemangat hendak memujuk dan Zunah yang penuh ia menangis. Mereka sama-sama melihat ke depan muka pintu yang ternganga luas kedua-duanya. Berdiri Wafiah dengan muka terkejut sangat, kemudian cepat-cepat melangkah masuk ke dalam bilik kerja Amar lalu menarik Zunah rapat kepadanya. Dipeluk erat tubuh genit yang masih menangis-nangis itu. Ubuh kepala si gadis dielus penuh sayang, memujuk, sambil beri pandangan kurang suka kepada anak sulungnya.
Amar renung paras Wafiah, tunak. “Mama ingat Amar ada buat benda salah?”
“Habis, dah sampai nangis gini… kenapa?”
“Kalaupun benda Amar buat tu salah, mama… mama tak ada hak menghukum. Sebab mama tak layak menghukum orang yang salahnya kurang sikit daripada mama.” Sinis sekali Amar membalas. Senyum jemput-jemput sinikal disua.
Wafiah besar mata seketika dengar cakap Amar. Sinis. Sinikal. Inilah Amar yang pernah berujar dengannya dulu. Ketika Amar meminta dia memilih antara lelaki luar dengan anak sendiri. Waktu Amar tahu akan hubungannya dengan Fuad bertahun yang sebelumnya. Wafiah menelan liur kesat, sekali gus menahan rasa-rasa yang menerpa.
“Sebelum tegur salah anak, tengok salah diri dulu. Menjadi orang tua bukan tiket untuk kata anak saja yang silap.” Berkata begitu, terus Amar tarik pergelangan tangan kiri Zunah yang masih dalam pelukan longgar Wafiah. Lalu terus dia mengatur kaki berlalu dari bilik itu.
Zunah pula, antara peranjat dan antara esak, menurut langkah laju Amar sambil berlari-lari sakan sebab nak saing luasnya kaki Amar, mencuri-curi tengok Wafiah yang masih berdiri bagai tadi. Membelakangkan mereka yang sudah meninggalkan bilik kerja. Walaupun Zunah sedih, walaupun masih nangis, dia jadi hairan sangat dengan keadaan wanita itu. Belum dapat buka mulut, tangannya disentak kuat tiba-tiba. Lalu Zunah berlari sakan lagi, mengikut Amar yang sudah mula memanjat anak-anak tangga.
Wafiah terus berdiri di tempat yang sama. Terus memikir. Dia tidak salah faham. Dia tidak salah tangkap. Amar sudah tahu! Tapi, bagaimana? Sekian lama boleh sembunyi, kenapa kini tiba-tiba sahaja…
Mata Wafiah terus ke meja Amar yang hanya diisi sebuah fail hitam. Entah mengapa Wafiah dapat rasakan dia takkan suka pandang isinya, namun hati hendak juga tahu. Perlahan-lahan, takut-takutkan sesuatu, Wafiah terus mengatur kaki dan akhirnya berdiri di hadapan meja kerja Amar. Tangan memanjang, perlahan-lahan menarik fail hitam di situ, ke arahnya. Sedar pada tangannya yang menggeletar, lebih awal takut sebelum melihat isinya, dia menyelak ia. Terus terlihat sekeping gambar, antara kepingan-kepingan gambar yang ada.
Gambar dia bersama Fuad, di rumah Fuad!
Wafiah jatuh menggelongsor, menarik sama gambar-gambar dan fail hitam tersebut. Jatuh semuanya, termasuk dia!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 20, 2012 07:15

May 18, 2012

.: secukup rasa [23] :.

SEBAIK memarkir kereta di hadapan rumah teres dua tingkat itu, Fuad bingkas keluar dari perut kereta. Tanpa hiraukan pintu kereta Nissan X-Trail kelabu yang ternganga saja, Fuad laju lagi cepat meluru masuk ke pintu masuk ke ruang tamu rumahnya itu. Gusar yang melukisi wajahnya kian menggoncang hati apabila dilihat Wafiah yang ke hulu ke hilir ruang tamu, kegelisahan.
Cepat-cepat Fuad mendekati sambil bersuara, “Wafi, kenapa ni...?”
Mendengar suara Fuad, langkah kiri kanan mengukur ruang tamu rumah itu mati. Wafiah terus renung paras Fuad yang keresahan. Tanpa ditahan-tahan, melihat raut yang selalu tenang meresah begitu, mata Wafiah mula bergenang. Air hangat mula merembes keluar dan titik-titik menyentuh pipi.
Melihatkan Wafiah yang menangis mendadak begitu, Fuad terus menarik tubuh kurus tinggi itu ke dalam pelukannya. Erat dan hangat sentuhan Fuad, membiar saja Wafiah melepas sendu ke dadanya. Tangan kanan dan kiri Wafiah utuh memaut pinggangnya. Wafiah yang selalunya tidak merelakan sentuhan kalau mereka dinampak mata isi lain rumah itu, Wafiah yang biasanya takkan menyentuh dia jikalau tidak mereka berdua saja, kali ini melanggar semua kata janji yang sering diulang-ulang sebagai mantera.
Fuad tak boleh fikir jauh. Satu saja hal menyinggah benak. Hubungan terlarang mereka sekian lama, yang tidak diizinkan anak lelaki Wafiah, kini sudah ketahuan. Amar sudah tahu!
Walaupun hendak sangat bertanya lanjut akan hal itu, Fuad diamkan dulu. Dia berikan masa kepada Wafiah untuk melepas segala perasaan yang Wafiah usung sebelum ke rumah ini dan segala perasaan yang menginjak-injak Wafiah selama menunggunya lebih satu jam di sini.
Akhirnya, sesudah beberapa minit menjadikan dada Fuad tempat membuang toksik perasaan, tanpa melepas pautan pada pinggang Fuad atau menjauhkan diri daripada pelukan Fuad, Wafiah akhirnya angkat mata.
“Apa kita nak buat, Fuad...? Apa Wafi nak buat...?” tanya Wafiah antara sisa esak yang masih ada. Matanya yang masih basah merenung sepasang mata yang selalu jujur itu.
Mata yang sekian lama membicarakan perasaan Fuad kepadanya. Sampaikan dia yang awalnya berdegil, jadi kalah. Daripada berbohong bibir, bilang tidak suka atau cinta, akhirnya kelopak bibir jadi reti berkata jujur. Mata itu menumpaskan tembok degil yang Wafiah cuba bina. Jujurnya mata itu memberitahu, memungkinkan jujurnya bibir Wafiah dalam berbicara. Wafi sayang Fuad. Sayang sangat-sangat. Bicara telus itu akhirnya menyatukan hati mereka lalu hubungan mula dijalin, perasaan mula diseling. Setiap kali mencuri masa dan waktu bersama Fuad, tanpa pengetahuan siapa pun, hati Wafiah begitu uja dengan bahagia. Bahagia yang dia hanya rasa pada lewat usia. Atas tiket itulah dia rasakan hubungan dilarang itu bukan satu kesalahan. Namun tetap juga Wafiah tutup sebaik mungkin daripada dihidu orang.
Tapi kini... bagaimana mahu dia tutup lagi? Dia bakal mengusung satu bentuk bukti!
Fuad mengeluh perlahan apabila tubuh Wafiah menggigil kecil dalam pelukannya. Wafiah bukan saja risau. Wafiah sepertinya takut amat dengan apa yang sudah jadi. Sedang jadi!
Perlahan-lahan, penuh hati-hati, Fuad melangkah ke arah sofa lalu duduk bersama Wafiah yang terus dipeluk. Belakang tubuh itu dielus penuh kasih sayang. Sesungguhnya dia bukanlah lelaki yang menunjuk sayangnya melalui ucap kata. Dia tidak reti hendak begitu. Dia menyatakan cinta melalui renungan. Dia memberitahu sayang melalui sentuhan. Itulah dia dan Wafiah sangat kenal dia yang begitu. Kerana itulah Wafiah tidak pernah meminta apa yang Fuad tidak biasa. Wafiah sudah tahu betapa sayangnya dia kepada wanita itu.
“Wafi, apa dah jadi sebenarnya? Fuad tak faham. Jadi, Fuad tak boleh bagi tau apa yang perlu kita buat... untuk hilangkan takut Wafi ni...” Fuad berlagak bagai biasa, membetulkan tudung Wafiah yang sedikit senget. Wafiah sampai kini selesa dengan tudung bawal. Ada dia beli tudung fesyen kini yang jenis sarung saja itu, namun Wafiah buat muka. Sudahnya tudung itu hanya Wafiah simpan di dalam almari baju Fuad.
Wafiah sudahnya menolak dada Fuad, melepaskan pelukan pada pinggang Fuad, sekali gus melepaskan pelukan Fuad pada tubuhnya. Namun, dia tidak menjauh daripada Fuad. Untuk masa ini masih perlukan kedekatan Fuad. Demi memberi tenang pada jiwa yang masih gundah.
“Amar dah tau pasal hubungan kita ke?” soal Fuad lanjut apabila Wafiah diam bagai menimbang-nimbangkan sesuatu. Jemari tangan Wafiah yang duduk rapat dengannya dipaut lalu dielus-elus. Moga dengan begitu Wafiah mendapat sedikit tenang. Itu harapnya.
Wafiah kemam-kemam bibir sekejap sambil pandang jari-jari mereka yang saling bersulam. Sudahnya, perlahan-lahan dia menggeleng kepala.
“Tapi dia akan tau tak lama lagi…” ujar Wafiah mengangkat muka, merenung Fuad yang mengerut muka tidak begitu faham. Perlahan-lahan, tangan yang yang saling menyulam erat itu dilepas lalu dia bawa tangan Fuad yang sekali ganda besar daripada tangannya, dilekapkan pada perutnya.
Fuad masih keliru dalam hendak faham. Masih perlukan masa untuk dapat. Dan akhirnya ia sampai ke benak. Fuad terus tersengih suka.
“Sungguh?” tanyanya langsung tidak ada percaya. Malah tangan yang melekap pada perut Wafiah sudah reti mengelus lembut. Laksananya mengelus isi di dalamnya.
Wafiah mengangguk-angguk. Mata terkelip-kelip memandang Fuad.
Fuad terus peluk erat Wafiah yang masih terkaku, langsung tiada sedar bahawa itulah hal yang membangkitkan takut dan gerun Wafiah. Bimbang yang sangat. Dia semenjak tadi bagai hendak hilang akal dan waras memikir hal ini, masa ini Fuad pula ceria sakan dengan gelak tak sudah.
“Stop it, Fuad!” bentak Wafiah terus menolak kuat tubuh Fuad yang mengunci tubuhnya dengan pelukan sekejap tadi.
Terkebelakang sakan badan Fuad yang langsung tidak menjangka ia. Cukup kuat hinggakan belakang tubuh Fuad terhentak pada tangan sofa. Namun Fuad tidak mengaduh sakit. Tidak mampu apabila lukisan wajah Wafiah lebih menyakitkan rasa gembira yang tadinya mengacah-acah diri. “Wafi…?”
“Fuad tau tak apa akan jadi kalau perut Wafi makin besar? Semua orang akan nampak! Semua orang akan tau! Amar akan tau!” Melengking suara Wafiah tidak turah.
“Jadi, Wafi takut sangat… sebab ni?”
“Ya. Wafi takut! Takut Amar tau, takut keluarga Wafi tau! Wafi tak nak…” Wafiah mula teresak perlahan. Tangan mnyentuh bibir yang terketar-ketar menahan bunyi.
Fuad menarik nafas dalam. Cuba menahan hati, cuba mencabar diri dengan member lebih sabar. Dia perlu faham kesemuanya. Bukan beberapa peratus saja.
“Wafi tak nak apa…” Selembut yang mungkin, Fuad menanya.
“Wafi tak nak baby ni!” jerit Wafiah laksana hilang daya fikir. “Wafi tak nak!” Kali ini Wafiah tampar-tampar perut sendiri, seperti hendak melepas perasaan dan meminta apa yang ada di situ pergi.
“Wafi cakap apa ni!” Sedikit tinggi suara Fuad sambil paut pergelangan tangan kanan dan kiri Wafiah, sekali gus. Menghentikan tindakan Wafiah yang bukan saja menyakiti tubuh Wafiah sebaliknya hati Fuad sendiri. Tidak hendakkan darah daging mereka sendiri? Tuhan, sakitnya diri, lukanya rasa…
“Wafi cakap Wafi tak nak baby ni! Tak nak!” Tinggi lagi suara Wafiah sambil cuba lepaskan pautan Fuad pada tangannya, hendak terus hentam perut sendiri. “Kenapa dia tak pergi? Kenapa dia tak hilang macam sebelum ni?”
Tak pergi? Sebelum ni? Berkerut sakan dahi Fuad, masih tak hendak lepas pautannya. “Wafi… apa Wafi dah buat sebelum ni?”
“Dia patut gugur macam sebelum ni!” jerit Wafiah melepas perasaan. “Patut gugur!”
Terkejut. Terkasima. Yang terlalu. Terus saja pautan Fuad melonggar lalu melepas. Tidak langsung dia menyangka. Tidak pernah dia menjangka. Sungguh, sepanjang dalam hubungan bersama Wafiah, tak pernah sekali pun dia berharap akan ada tanda daripada hubungan itu. Tidak pernah pun dia terfikir mereka akan ada anak, penyambung warisnya. Dia sangat sayang kepada Wafiah. Dia terlalu kasih wanita itu. Tahukan usia Wafiah lebih tua daripadanya, dia rasakan mereka tidak perlu punya anak. Biarlah mereka hidup bersama, berdua saja selama hayat mereka yang ada. Dia sudah lebih daripada bersedia untuk itu. Hanya hendak bersama wanita yang dia cinta.
Fikirnya, sampai sudah mereka berdua saja. Cuma hari ini barulah dia tahu…
“Wafi pernah mengandung?” soal Fuad menahan rasa yang menekan-nekan.
Wafiah sepertinya baru tersedar. Terperasan akan apa yang dia sebut di luar rasa akibat terlalu mengikut perasaan. Dia kerling Fuad yang tunak melihatnya. Menunggu jawapan lanjutnya. Perlahan-lahan, gentar menjenguk, diangguk kepala.
“Wafi gugurkan…?” Fuad menyentuh dahi, menunduk kepala. Tuhan… Balasankah ini?
“Fuad, sebenarnya…”
“Sampai macam tu sekali ya Wafi tak nak orang tau pasal kita?” Masih menunduk muka, masih menyentuh dahi, tawa halus meletus.
Ketawa. Ya. Wafiah dengar. Tapi itu bukan ketawa yang datang daripada sukanya jiwa, sebaliknya sakitnya rasa. Fuad sangat luka dan tergores. Fuad sungguh tidak menyangka.
“Anak kita, Wafi… anak kita…” Fuad menggeleng-geleng. Sesal, kesal. Tiada atur kata, tiada susun bicara yang boleh dia guna dalam menyampaikan ia. “Wafi sanggup bunuh anak kita demi keluarga Wafi, demi Amar…”
Fuad akhirnya jauhkan tangan pada dahi, lalu kesat air hangat yang sekian lama menyentuh pipi. Mata yang merah itu akhirnya diangkat menentang Wafiah. Cinta yang menggebu masih ada, namun diwalangi marah yang kian menggebu-gebu.
Wafiah bawa telapak tangan ke bibir. Melihat si jantung hati ini menangis diam begini, luluh dan hancurnya hati, Wafiah sangat mengerti. Dia tahu dia sudah melukakan perasaan Fuad. Luka yang paling dalam. Luka ini, sesungguhnya takkan sembuh sampai bila-bila. Luka ini, sesungguhnya luka yang memakan sudut hati paling dalam. Fuad bukan sahaja bersedih sebaliknya Fuad sungguh kecewa. “Fuad… please understand…”
“Sampai bila, Wafi?” tanya Fuad dengan mata kembali basah. “Sampai bila hanya Fuad nak faham Wafi? Sampai bila hanya Fuad nak bersabar dengan keluarga Wafi? Sampai bila kita nak macam ni…? Huh?”
“Fuad… Wafi…” Wafiah mula menangis.
“Cukup, Wafi… cukup…” Fuad bangun, berdiri membelakangkan Wafiah yang kian teresak. “Perasaan Fuad sekarang ni… Tak ada satu ayat pun dapat Fuad dapat guna untuk gambarkan. Fuad dah penat sangatlah, Wafi… Penat faham Wafi, penat sokong Wafi, penat sayang Wafi… yang tak pernah hargai Fuad. Masa tu Wafi 18 tahun, jadi Wafi anggap budak 13 tahun tu hanya main-main, bohong, cakap kosong. Hari ni… lepas bertahun-tahun, Fuad rasa nak menangis macam budak 13 tahun tu, Wafi…”
Fuad mengalih tubuh, memandang Wafiah.
Esakan Wafiah kian kedengaran. Bukan sahaja kerana cakap Fuad, sebaliknya apa yang dia lihat. Fuad menangis hiba, tanpa suara. Fuad menangis bagai si kecil 13 tahun itu… dalam tubuh lelaki 45 tahun. Wafiah sentuh dada sendiri, menangis dan menangis lagi.
“Buatlah apa Wafi nak buat pasal baby tu… Buang, gugur, mati… buatlah! Sebab Wafi lebih perlukan keluarga Wafi, anak-anak Wafi… bukan Fuad atau anak Fuad. Pilih Amar, terus takutkan Amar… buang kami…” kata Fuad menangis terus, tanpa esak, tiada bunyi. Kalau tidak melihat, tiada siapa akan kata Fuad bercakap sambil menangis.
Ya Allah, yang kali ini dia sudah sangat melukakan Fuad. Dan dia tiada jalan untuk patah balik kembali. Wafiah menangis sampai jatuh terduduk dari sofa, melihat Fuad berlalu tinggalkannya dengan satu ayat saja.
“Jangan kembali ke rumah ni lagi kalau Wafi belum ada keputusan!”
Wafiah menangis dengan tangan kiri melekap pada perut dan tangan kanan pada dada kiri.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 18, 2012 15:27

May 16, 2012

.: dalam satu rasa [4] :.

“YOUR PA?” tanya Mahirah mahukan kepastian. Apabila Farina mengangguk, dia sama menggoncangkan kepala tanda faham.
Mahirah mengerling sekilas kepada along dan angah, yang turut duduk bersamanya dan Farina. Masih di dalam bilik Zafifah. Dilihat alongnya terus memandang setiap gerak gayanya sehinggakan dia merasa sedikit kekok. Mahirah tahu apa yang mahu dilihat oleh wanita dipanggil along itu. Dan dia mahu along melihat apa yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini—kemampuan dan kesungguhannya dalam merealisasikan impiannya. Dia mahukan peluang ini dan ia sudah kemas dalam genggaman. Dia perlu bijak menggenggamnya. Tidak boleh terlalu kejap, bimbang akan musnahkannya. Tidak juga boleh terlalu longgar, gusar bakal melepaskannya. Dia perlu bijak menggenggamnya, demi buktikan kepada along. Ya, dia akan lakukannya.
Mahirah menyelesakan letak duduk punggungnya lalu menghantar senyum kecil kepada Farina sebelum membuka mulut berkata, “Saya masih baru dalam bidang ni, Puan Farina. Jadi, dari semasa ke semasa saya akan tagih bantuan Puan Farina agar mudah untuk saya cari satu kata putus dalam kes Puan Farina ni.”
“Saya yakin dengan awak malahan saya punya kepercayaan pada agensi ini. Saya dengar daripada Dy, agensi ni dah banyak membantu janda-janda kat luar sana. Dan saya memberi sepenuh janji, akan tolong awak dari segala segi, insya-Allah. Tapi ada satu syarat yang saya letakkan.” Farina senyum penuh makna. Malah ia sekian luas apabila lihat Mahirah membawa tubuh ke hadapan sedikit, tidak lagi bersandar pada kerusi.
“Panggil saya Kak Rina aje. Agak kekok untuk kita saling membantu kalau awak terus dengan Puan Farina. Rasa tak selesa. Seems like I’m talking to my employee instead of an investigator, a young and lovely female investigator.”
“I am your employee. Sebab Kak Rina bayar kami untuk siasatan ini,” jawab Mahirah tenang, kembali membawa tubuh ke kerusi. Sudah terjawab rasa hairannya dengan syarat Farina tadi. Mujur ia sesuatu yang terjangkau dek akal. Kalau tak terjangkau dek akal, mahunya dia jemput Salmiha menyanyi di sini.
“Kak Rina bayar untuk servis awak. Kak Rina yakin agensi ni serta awak akan selesaikan masalah yang Kak Rina depani ini. Harap sangat Kak Rina akan dapat satu petunjuk, sebelum Kak Rina atur satu lagi langkah ke depan.”
“You are in love with him, right?”
Soalan daripada Zahirah menyentak Farina. Tidak disangka pertanyaan sebegitu akan meniti bibir Zahirah. Bukan dia hairan mendengar soalan itu diajukan. Dia yakin ia akan dibangkitkan juga. Dia sudah boleh mengagak itu kerana semenjak dia buat keputusan untuk datang ke sini lagi dia sudah sedar, dia takkan mampu berpatah balik lagi setelah berada di sini. Dia juga tahu dia mungkin perlu ‘telanjangkan’ dirinya, setiap rahsia peribadi, termasuk hati. Dan dia sudah buat keputusan, harus lakukannya. Yang menghairankan Farina ketika ini adalah soalan itu datang daripada Zahirah, yang paling pendiam antara tiga beradik ini. Malah ia bukan soalan bengkang-bengkong, lurus sahaja. Straight to the point.
“Ya…” Farina mengakui.
“Itulah sebetulnya masalah yang sering kami hadapi bila berdepan dengan klien-klien kami. They are always in love with the person they want to be investigated.”
Sampukan Zafifah membuatkan Farina pelik. “Adakah ia satu masalah?”
“Kak Rina, bila kita sayang seseorang, kita takkan nampak buruknya. Malah kadang jika nampak sekalipun, kita telan saja ia sebagai satu kelemahan yang kita rasakan mampu diperbaiki di hari kemudian.”
Kata-kata Mahirah membuatkan Farina diam sendiri. Berfikir.
“Tak semua kelemahan mampu diperbaiki, Kak Rina. Ada kelemahan yang takkan mampu dibetulkan, walau banyak mana pun kita usahakannya.” Zafifah senyum hambar apabila lihat keresahan pada raut Farina. Yakin wanita itu mampu tangkap makna yang cuba disampaikannya.
“Kak Rina perlu tau ni, kami cuba siasat sedaya mungkin. Kami bawa setiap bukti malah juga saksi, dalam sesetengah kes, tapi ada kalanya dalam menang kami masih kalah. Klien kami tak mampu terima hakikat, cinta mereka hanyalah satu jual beli, satu urus niaga. Pihak lelaki sebetulnya membida ‘cinta’ mereka kepada pelanggan yang meletakkan harga paling tinggi, dari segi RM, bukan kasih sayang.”
Penjelasan Zafifah akhirnya menjemput reaksi daripada Farina. Dia mengangguk perlahan. “Macam Dy…”
Zafifah angguk mengiakan apabila wanita itu bersoal perihal Nordiana atau panggilannya Dy, yang menjadi antara klien Agensi 3SAI. “Kak Dy masih bertuah, kerana cinta tidak mengaburi celik mata dia. Dia masih melihat, sedang sesetengah rela melihat dalam kabur dan samar. Demi cuba sesuatu yang entahkan jadi…”
“Dia kecewa sangat bila tau laki tu sebetulnya nakkan harta dia, bukan kasih sayang dia. Dia patah hati. Malah sebab lihat dialah Kak Rina ke sini. Biar hampa mendahului, sebelum hampas diberi. Kak Rina dah ajar diri, malah Dy pun dah bagi amaran pada Kak Rina. Seperti yang Kak Rina kata sebelum ni, Kak Rina harap sangat akan dapat satu petunjuk, sebelum Kak Rina atur satu lagi langkah ke depan. Walau apa pun langkahnya, Kak Rina akan susuri.” Farina cuba menegaskan. Dia tahu apa yang Zafifah cuba lakukan. Mahu dia buat keputusan terakhir sebelum dia meletak ‘masa depan’nya pada pundak mereka. Hancur luluh atau girang bahagia hatinya sedikit sebanyak di tangan mereka kini.
Zafifah tersenyum tipis. Zahirah hanya diam tanpa sebarang riak. Mahirah nampak bangga. Farina hanya mampu menghantar pandangan penuh harapan.
“Okay then, tell me more about this PA of yours. Najmi?” Mahirah akhirnya memecah keheningan suasana.
“Ya, Najmi. Apa yang awak nak tau pasal dia? Apa saja, Kak Rina akan jawab.”
“Yang paling penting, berapa umurnya?”
Zafifah dan Zahirah saling berkongsi pandangan. Sedikit lucu dengan soalan yang diajukan Mahirah. Namun mereka tidak berkata apa. Cuba menghormati pendekatan yang digunakan oleh Mahirah. Masing-masing punya cara tersendiri dan mungkin ini cara Mahirah. Siapa mereka untuk menentang?
“Umurnya?” Farina nampak blur seketika. Nyata dia juga terkejut dengan soalan Mahirah. Namun demi tidak membantah, walaupun dia tertanya adakah ia penting, dia tetap membalas. “Tahun ini dia akan genap 28 tahun.”
“Hmm… bukan seorang yang mentah, sebaliknya sudah mampu berfikir. Rasanya tanpa makan saya tak boleh syak…”

“TANPA makan tak boleh syak? Apa bendanya tu, adik?” Akhirnya Zahirah mengalih kepala dari skrin komputer ribanya. Dipandang Mahirah yang selamba sahaja kuak lentang di atas katilnya. Dengan beberapa helaian kertas putih, yang ada antaranya ada kesan celoreng di sana sini, juga sebuah kamus dan sebuah buku tentang serial killer.
“Mmm, maksudnya… sebelum kita kenal seseorang, jangan kita menilai dia. Lebih kurang gitulah kalau tak salah.” Mahirah tidak mengangkat muka, sebaliknya terus-menerus menghadap kertas putih di hadapannya. Sudah diconteng itu ini pada dadanya. Dengan penutup pen pada gigi, yang digigit-gigit semenjak tadi.
“Siapa yang bagi ayat tu pada adik?”
“Azam, bila adik tolak dia sebagai teman istimewa dengan alasan hanya mampu terima dia sebagai teman biasa. Dengar macam menarik, kan? Itu pasal adik pinjam tadi. Nak nampak… sofiskated. Like we know what we are doing.”
“Walaupun tak tau. Gitu?”
“Tak tau, sebab masih cetek ilmu, pengalaman. Adik tak akan mengalah, angah!” Kali ini Mahirah tidak lagi menumpukan perhatian pada kertas di tangan, sebaliknya matanya kemas ke paras Zahirah. Seperti biasa kakaknya itu selesa dengan kaca matanya tiap kali menghadap komputer atau sebarang bahan bacaan. Dan kini, Zahirah sedang menghadap sesuatu pada skrin komputer.
“What are you doing?” Mahirah mengangkat tubuh dari katil Zahirah seraya melompat turun. Panjang mengatur kaki ke meja tulis kakaknya.
“Just checking our company’s e-mail. What is wrong with you?” Zahirah nampak pelik.
“Hanun ada hantar e-mel tak?” Tanpa pedulikan soalan Zahirah, dia berdiri di sisi kakaknya itu. Menyandar pinggul ke meja tulis agar dia bersemuka dengan Zahirah yang duduk memaut betis di atas kerusi.
Kurus keding sungguh kakaknya ini. Selera makan boleh menang dia, tapi Zahirah dulu sampai kini kurus sangat orangnya. Untuk ketinggian 171 sentimeter, kakaknya hanya 50 kilogram. Sedang dia, yang setinggi 165 sentimeter pun sudah 53 kilogram. Paling comel antara mereka tentulah along yang nampak tembam dan rendah banding mereka berdua. Ketinggian 160 sentimeter dan berat 52 kilogram.
“What. Have. You. Done?” Satu per satu perkataan itu keluar dari bibir Zahirah. Namun mampu difahami oleh Mahirah akan maksudnya, dia yakin. Dia bukan baru kenal Mahirah. Bukan juga baru hari ini melihat senyum jongket sebelah gadis itu. Dia kenal Mahirah, juga senyum jongket sebelahnya.
Mahirah telah lakukan sesuatu tanpa pengetahuannya. Tapi, apa?
“Adik ingatkan Hanun ada e-mel. Sebab tu adik tanya gitu…”
“Adik, apa adik dah buat sebenarnya? Dan, kenapa pula Hanun tu nak hantar e-mel? Tentu dia dah sedar e-mel yang dia salah hantar tu. Mungkin saja kawan dia, si Hans tu, dah terima e-mel yang sepatutnya.”
“Mungkin juga Hans dah terima e-mel tu malah mungkin juga dia akan hantar e-mel pada angah, melalui e-mel agensi kita.”
Dahi Zahirah berkerut kecil. Sudahnya, tidak lama kemudian, dia merengus kasar. “You did not!”
“But I did!” Mahirah tayang gigi. Dia amat yakin, Hanun akan menghantar e-mel kepada angahnya malahan dia juga yakin Hanun adalah lelaki. Bukan perempuan, sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh Zahirah kepadanya. Malahan dia tahu Zahirah juga jelas, cuma tidak mahu mengalah dengannya.
Bunyi pintu utama yang dikuak membuatkan Zahirah dan Mahirah sama-sama pasang telinga. Hilang sudah nama Hanun atau jantina Hanun daripada benak mereka. Yang hadir hanya satu nama, hanya satu wajah. Dan mereka tidak dihampakan apabila suara milik nama dan wajah itu nyaring mencuri ruang pelupuk telinga mereka.
“Dah balik!” ujar Mahirah girang. Mula berlari anak keluar dari bilik Zahirah. Dia juga sedar akan Zahirah yang mengekori, dengan langkah yang laju.
“Oho… Mair dah balik…!”
Bersama jeritan itu, sebatang tubuh kecil bingkas berlari mendapatkan dua batang tubuh yang baru keluar dari bilik tidur. Terus menerpa ke arah kedua-dua mereka dan rela menerima kucupan serta ciuman betubi ke pipinya.
Umair Rasyad memeluk kemas Zahirah dan Mahirah, yang sama-sama duduk mencangkung membalas dakapannya.
Dari jauh, Zafifah melihat bersama senyum tipis. Si kecil itu memang terlalu akrab dengan kedua-dua adiknya itu, sepertimana dengan dia. Jadi, tak hairanlah kalau sesudah tiga hari tidak jumpa muka, Zahirah dan Mahirah melepas rindu seperti itu. Umair nampak hampir lemas. Kalau tak kerana ketawa girang penuh suka Umair dengan reaksi Zahirah dan Mahirah, sudah lama Zafifah jadi penyelemat si kecil dalam darjah lima itu. Melihat apa di depan mata kini, Zafifah benar-benar rasa apa yang pernah mereka hadapi balasnya bahagia. Terima kasih, Allah… Dan kekalkanlah yang begini dalam hidup kami adik-beradik.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 16, 2012 09:30

May 14, 2012

Ingin Hati Melukis Kata | Bab 4

15 Disember 2007 KERETA diparkir di kawasan khas memarkir di Wisma EANI. Kawasan parkir yang boleh memuatkan beratus buah kenderaan itu dibina khas di sebelah kanan Wisma EANI, bangunan setinggi empat tingkat yang mungkin sahaja punya keluasan seperti bangunan Maju Junction di pusat bandar ini.Tingkat bawah atau lebih dikenali sebagai First Ball kerana terdapat ballroom khas untuk sebarang majlis rasmi EANI Holdings atau cawangannya. Tingkat dua dan tiga pula dikhaskan dengan bilik-bilik penginapan perseorangan buat staf-staf EANI Holdings dari negeri luar Kuala Lumpur. Dan tingkat empat, ruang pejabat untuk EANI Akomodasi, salah satu cawangan EANI Holdings yang menguruskan bahagian akomodasi untuk pekerja-pekerjanya dari dalam dan luar negeri, malah dari luar negara juga. Asal sahaja ada pas EANI.MATA Raimi sudah diulang-ulang arahnya, kembali juga ke sudut yang sama. Walaupun dia cuba memaksa untuk tidak kisah atau tidak peduli, hatinya tetap memberat dengan dua rasa itu. Ada sesuatu pada raut yang bermekap tebal itu, yang menarik minat matanya. Sedang dia tidak pernah ada selera melihat mana-mana muka berinci tempekan sebegitu. Dua kali pandang saja dia sudah boleh rasa mual. Tapi entah kenapa, bukan dengan wajah ini. Hanya sarat dengan rasa ambil berat. Satu rasa yang dia tidak pernah rasa kepada perempuan yang bukan daripada keluarganya.Sejak gadis itu sendirian mendekati meja yang memuatkan enam batang tubuh lain (termasuk dia) itu, matanya tidak sudah singgah pada si genit yang anggun berkebaya itu. Itulah yang pertama-tama menarik pandangannya, lalu mengikat ia. Kerana hanya gadis itu seorang sahaja memilih pakaian tradisi Baba Nyonya sedang staf-staf perempuan EANI yang lain memilih pakaian-pakaian serba moden, mengikut tema yang ditentukan untuk Annual Dinner EANI tahun ini, sesudah tema kostum tahun lepas.Pemilihan pakaian oleh si genit itu memang menggam matanya, tapi bukan solekan tebal pada wajah itu, walaupun sebetulnya setiap gadis yang hadir malam itu sama menyolek wajah sedemikian. Entah mengapa di mata Raimi, solekan sebegitu dirasakan tidak sesuai dengan penampilan si anggun itu. Janggal, canggung.Dan mata itu, sejak gadis tersebut duduk selang dua buah kerusi daripadanya, yang diisi pasangan bernama Ruzaiman dan Jazshira, ada sesuatu di dasarnya yang buatkan dia rasa bukan itu diri sebenar si anggun itu. Seolah si dia meminjam identiti seorang yang lain.Walau hakikat yang satu, dia tidak pernah kenal gadis itu, mahupun identiti sebenarnya. Luar biasa betul intuisinya malam ini. Kalah detektif gamaknya!Bersandar pada kerusi sambil tangan dipanjangkan, mencapai gelas air kosong di atas meja bulat yang dipenuhi tujuh orang itu, walau kini hanya tinggal empat orang, Raimi terus-terusan melihat si anggun yang masih cuba menolak minuman yang dihulur seorang jejaka. Minuman sama yang diberi oleh dua rakan baik lelaki itu sebentar tadi. Dan, sejak meneguk minuman itulah dia perasan akan perubahan pada si anggun itu.Suara yang susah hendak keluar lebih satu jam tadi mula menghias meja mereka. Ada waktu nyaring. Gelak yang sukar didengar lebih satu jam sebelum ini pula tidak sudah menyapa. Ada masa lantang. Perubahan yang terlalu mendadak sejak geng tiga budak botak yang terdiri daripada Zahir, Deva dan Rizal menghulur gelas minuman yang mereka sendiri bawakan untuk bos mereka itu, selepas seorang demi seorang, atas alasan mahu mesrakan hubungan tegang selama mereka di pejabat sebelum ini.Dan ketika itulah otak Raimi mengimbas semula dari mana dia pernah dengar permasalahan yang hampir serupa itu. Tiga orang staf lelaki yang selalu membuat masalah dan tidak berdisiplin hanya kerana mereka rasakan mereka tidak sepatutnya berada di bawah pimpinan seorang perempuan yang lebih muda daripada mereka dan masih setahun jagung berbanding mereka bertiga yang sudah senior. Kes EANI Travels cawangan Perak!Dan waktu itu jugalah Raimi jadi sedar. Dia salah mendengar nama si anggun berkebaya tadi, yang memperkenalkan dirinya kepada Ruzaiman apabila pemuda itu menyoal. Bukan Aisya, sebagaimana ditangkapnya lewat satu jam tadi, sebaliknya Ainsya. Ainsya Najma. Itulah nama peneraju EANI Travels Perak.Tumpuan Raimi dikembalikan kepada ballroom EANI, lebih tepat ke arah Ainsya, yang akhirnya mencapai minuman yang sejak tadi dihulur Zahir sedang Ainsya sudah penat menolak. Kerana tidak mahu Zahir sangka maafnya ditolak jika dia tidak menerima gelas itu, sudahnya Ainsya terima dan terus meneguk isi di dalamnya. Tanda tiada lagi balah antara mereka.Suara Ainsya mula langsing. Ketawa Ainsya jadi nyaring. Dan, apabila Ainsya bangun mendadak, menumpahkan minuman yang berbaki di dalam gelas di tangan ke arah Ruzaiman di sebelah, yang mula memerah muka dek rasa marah dan malu kerana gadis itu hanya melihat dengan mata membulat lalu menjauh tanpa sebarang kata maaf, Raimi tahu itulah masanya untuk dia campur tangan.Raimi bangun lalu menghampiri Ruzaiman, berdiri dekat dengan lelaki pertengahan 30-an yang sibuk mengesat pakaiannya yang basah dengan mulut kumat-kamit, tidak puas hati.“Saya minta maaf bagi pihak dia, Encik Ruzaiman,” ujar Raimi sambil mata masih melingas pada batang tubuh Ainsya yang terhuyung-hayang melangkah. Belum boleh dia kesan mana destinasi gadis itu.Ruzaiman angkat muka seketika. Mendengus seraya kembali tumpukan perhatian kepada bajunya. “Huh, mabuk apa entah dia tiba-tiba!”Mabuk? Dahi Raimi berkerut, mula boleh menangkap. Bibirnya diketap, menahan perasaan. Gelas yang dipegang Ainsya tadi diraih, sebelum Zahir sempat mencapainya semula, sebagaimana dua orang rakannya tadi. Mereka bawanya untuk Ainsya dan mereka mengusungnya semula sesudah Ainsya selesai menghirup sampai ke sisa akhir.“Mmm, saya boleh ambil… nak tambahkan air.” Zahir tersenyum manis ke arah Raimi. Cuba mengambil semula gelas yang sudah lama dalam raihan lelaki itu.Raimi menolak tangan Zahir tanpa melepaskan pegangan pada gelas yang dimahukan lelaki yang diyakininya sudah lewat 30-an. Memang sangatlah Zahir lebih senior daripada Ainsya dari segi usia, namun bukan dari segi kecerdikan. Zahir gunakan cara kotor dan singkat, yang boleh menjatuhkan maruah seorang gadis. Hanya kerana dendam, Zahir tidak kisah walaupun seorang gadis tidak berdosa bakal dimalukan. Dia harus pastikan Ainsya tidak jauh daripadanya. Kalau tadi Raimi rasa Ainsya bukan dirinya, kini dia yakin Ainsya memang bukan dirinya.Mata Raimi bergerak lagi. Mencari tubuh genit Ainsya. Matanya menangkap Ainsya duduk sendirian di sebuah meja. Keliru dan tidak kena. Aisnya berada dalam keadaan sedar dengan tidak. Masih cuba mencari diri, yang Raimi yakini kali ini sudah hilang. Sebelum Ainsya hilang maruah atau malu diri, dia perlu menjaga Ainsya. Ainsya tanggungjawabnya. Untuk apa dia rasa begitu, dia tidak mahu kisah.Raimi merejam pandangan ke arah Zahir. “Tak apa, bos you pun dah angkat kaki, tak nak tambah air. Agaknya air yang you dan dua orang kawan you bagi tu ada kesan sampingan ke atas dia.”Senyum Raimi yang sinis dan penuh dengan makna buat Zahir jadi tidak selesa. Bimbang juga kalau-kalau rahsia yang dianyam bersama dua sahabat baiknya bakal dihidu pemuda yang kacak dengan sut hitam berbutang dua dengan sentuhan fabrik kilat pada lapel. Kemeja putih jadi padanan, dengan dua butang atas terbuka. Sofiskated dan ranggi dalam masa yang sama!Walaupun tampak lebih muda daripadanya, ada keterampilan dan aura somebody pada jejaka ini, membuatkan Zahir mula berjaga-jaga tanpa disuruh. Buruk perbuatannya dan kawan-kawan tidak boleh dihidu siapa pun.Namun Raimi benar-benar menghidunya. Gelas di tangan dibawa ke bawah hidung. Senyum sinisnya mengembang. “Apa yang you buat ni tak betul, Encik Zahir.”Zahir jadi gamam apabila pemuda itu tanpa syak mengucap namanya.“Sebelum you dan dua orang kawan baik tu balik Perak, pastikan singgah dulu ke pejabat I. Soal masa depan karier you dan kawan-kawan you.” Meletak gelas di atas meja, tangan kanan dipanjangkan ke poket kemeja balik sut hitam. Kad perniagaan dikeluarkan.Teragak, Zahir mencapai juga. Matanya membuntang melihat patah ayat di dada kad itu.RAIMI QAHIR ABDILLAHHR DIRECTOR OF EANI HOLDINGS
Tersenyum, masih dengan pandangan merejam, akhirnya Raimi mengalih batang tubuh. Tumpuan kali ini adalah kepada tanggungjawabnya—Ainsya. Namun, apabila tubuh genit Ainsya tiada lagi di kerusi tadi, Raimi hilang senyum mahupun aura angkuh yang cuba ditonjolkan di hadapan Zahir tadi.Raimi kalut.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 14, 2012 07:24

.: Ingin Hati Melukis Kata [Bab 4] :.

15 Disember 2007KERETA diparkir di kawasan khas memarkir di Wisma EANI. Kawasan parkir yang boleh memuatkan beratus buah kenderaan itu dibina khas di sebelah kanan Wisma EANI, bangunan setinggi empat tingkat yang mungkin sahaja punya keluasan seperti bangunan Maju Junction di pusat bandar ini.
Tingkat bawah atau lebih dikenali sebagai First Ball kerana terdapat ballroom khas untuk sebarang majlis rasmi EANI Holdings atau cawangannya. Tingkat dua dan tiga pula dikhaskan dengan bilik-bilik penginapan perseorangan buat staf-staf EANI Holdings dari negeri luar Kuala Lumpur. Dan tingkat empat, ruang pejabat untuk EANI Akomodasi, salah satu cawangan EANI Holdings yang menguruskan bahagian akomodasi untuk pekerja-pekerjanya dari dalam dan luar negeri, malah dari luar negara juga. Asal sahaja ada pas EANI.
Dia ada pas itu, malangnya terlewat menggunakannya. Bilik akomodasi banyak sudah penuh. Dia yakin. Kalaupun ada kosong, mungkin rezekinya. Namun dia tidak pula ringankan kaki atau mulut mencuba nasib petang kelmarin. Sebaliknya dia terus daftar masuk ke sebuah hotel tidak jauh dari Wisma EANI, demi kemudahannya sendiri.
Sengaja menolak kemudahan yang disediakan oleh syarikatnya kerana dia ada maksud lain yang lebih diperlukan untuk mencari tenang diri.
Sebaik memastikan kedudukan kereta MyVi putihnya dalam petak parkir, Ainsya keluar dari perut kereta. Mata terus terperosok ke ruang First Ball yang kelihatan bernyawa berbanding sebelum-sebelumnya. Sesudah satu tahun, dia kembali ke sini lagi. Dulu pun kerana Annual Dinner EANI. Kali ini pun sama.
Bezanya, tahun lepas dia datang sebagai Ainsya Najma biasa. Yang sentiasa ringkas, bergaya secukup rasa, selesa lebih penting. Dan, tahun lepas hatinya tidak kacau-balau seperti tahun ini. Dan tahun lepas juga, dia tidak membelanjakan lebih RM700 dalam satu hari hanya untuk majlis satu malam.
Namun tahun ini, semua yang ada dia lakukan tahun lepas tidak lagi dilakukan. Sebaliknya yang tidak dilakukan, dijadikan satu tapak mula.
Hari ini, malam ini, dia yang tidak pernah ada rasa mahu bergaya datang dengan melaram sakan. Malam ini dia menolak tradisi kod pemakaiannya sendiri. Kalau dulu dia mengelak berkebaya pendek kerana dirasakan pakaian sebegitu terlalu menonjolkan bentuk bandannya yang padat dan agak berisi serta kerendahan tingginya, namun kali ini dia buang segala rasa itu.
Pada tubuhnya tersarung kebaya pendek Baba Nyonya hitam kosong dengan padanan batik lepas berwarna merah hitam. Walaupun tema majlis malam ini kontemporari, dia sengaja memilih fesyen lewat 60-an itu. Kontemporari pada pemikirannya sendiri, yang tidak pernah berkebaya.
Sesuatu yang baru untuknya, jadi ia adalah kontemporari!
Rambut panjang melepasi bahu yang berombak hitam dan lebat pula, yang selalunya disanggul ringkas setiap kali keluar dari rumah, diubah dandanannya. Sanggup dia berhabis duit di salun, membuat sanggul kecil di sebelah kiri dan selebihnya dibiar lepas, terletak elok melepasi bahu kirinya.
Dan dia, Ainsya Najma yang tidak pernah gemar bermekap, kali ini benar-benar menghulurkan duit hanya untuk membenarkan seseorang yang tidak dikenali melakukan rawatan muka serta mengizinkan kulit wajahnya disolek. Siap rawatan kuku lagi. Pedicure, manicure! Tinggal tak mandi bunga saja!
Malahan di sepasang kakinya pula bukan kasut sarung tanpa tumit yang selalu jadi pilihan ke mana sahaja, sebaliknya sandal bertumit. Membuatkan ketinggiannya menginjak ke 155 sentimeter daripada 153 sentimeter. Nampaklah tinggi sikit kut…
Menarik nafas panjang, dihela berat, mengemaskan genggaman pada beg tangan kecil lagi comel di tangan kiri, Ainsya mengatur kaki sudahnya. Bergerak mendapatkan First Ball sebagai Ainsya Najma baru, hanya untuk malam ini. Kerana malam ini, dia tidak mahu jadi dia yang lama; ketua kepada lima staf lelaki dan dua orang perempuan untuk EANI Travels Perak, seorang superior yang hanya tahu bertegas dan serius dengan sub-ordinatnya atau seorang anak dara tua yang selalu dipuji kerana bakal menikahi lelaki lebih muda daripadanya.
Malam ini dia mahu jadi Ainsya Najma yang dia mahu; bukan yang diadun umi, didesak tanggungjawab atau dijatuhkan martabatnya.
*****
MATA Raimi sudah diulang-ulang arahnya, kembali juga ke sudut yang sama. Walaupun dia cuba memaksa untuk tidak kisah atau tidak peduli, hatinya tetap memberat dengan dua rasa itu.
Ada sesuatu pada raut yang bermekap tebal itu, yang menarik minat matanya. Sedang dia tidak pernah ada selera melihat mana-mana muka berinci tempekan sebegitu. Dua kali pandang saja dia sudah boleh rasa mual. Tapi entah kenapa, bukan dengan wajah ini. Hanya sarat dengan rasa ambil berat. Satu rasa yang dia tidak pernah rasa kepada perempuan yang bukan daripada keluarganya.
Sejak gadis itu sendirian mendekati meja yang memuatkan enam batang tubuh lain (termasuk dia) itu, matanya tidak sudah singgah pada si genit yang anggun berkebaya itu. Itulah yang pertama-tama menarik pandangannya, lalu mengikat ia. Kerana hanya gadis itu seorang sahaja memilih pakaian tradisi Baba Nyonya sedang staf-staf perempuan EANI yang lain memilih pakaian-pakaian serba moden, mengikut tema yang ditentukan untuk Annual Dinner EANI tahun ini, sesudah tema kostum tahun lepas.
Pemilihan pakaian oleh si genit itu memang menggam matanya, tapi bukan solekan tebal pada wajah itu, walaupun sebetulnya setiap gadis yang hadir malam itu sama menyolek wajah sedemikian. Entah mengapa di mata Raimi, solekan sebegitu dirasakan tidak sesuai dengan penampilan si anggun itu. Janggal, canggung.
Dan mata itu, sejak gadis tersebut duduk selang dua buah kerusi daripadanya, yang diisi pasangan bernama Ruzaiman dan Jazshira, ada sesuatu di dasarnya yang buatkan dia rasa bukan itu diri sebenar si anggun itu. Seolah si dia meminjam identiti seorang yang lain.
Walau hakikat yang satu, dia tidak pernah kenal gadis itu, mahupun identiti sebenarnya. Luar biasa betul intuisinya malam ini. Kalah detektif gamaknya!
Bersandar pada kerusi sambil tangan dipanjangkan, mencapai gelas air kosong di atas meja bulat yang dipenuhi tujuh orang itu, walau kini hanya tinggal empat orang, Raimi terus-terusan melihat si anggun yang masih cuba menolak minuman yang dihulur seorang jejaka. Minuman sama yang diberi oleh dua rakan baik lelaki itu sebentar tadi.
Dan, sejak meneguk minuman itulah dia perasan akan perubahan pada si anggun itu.
Suara yang susah hendak keluar lebih satu jam tadi mula menghias meja mereka. Ada waktu nyaring. Gelak yang sukar didengar lebih satu jam sebelum ini pula tidak sudah menyapa. Ada masa lantang.
Perubahan yang terlalu mendadak sejak geng tiga budak botak yang terdiri daripada Zahir, Deva dan Rizal menghulur gelas minuman yang mereka sendiri bawakan untuk bos mereka itu, selepas seorang demi seorang, atas alasan mahu mesrakan hubungan tegang selama mereka di pejabat sebelum ini.
Dan ketika itulah otak Raimi mengimbas semula dari mana dia pernah dengar permasalahan yang hampir serupa itu. Tiga orang staf lelaki yang selalu membuat masalah dan tidak berdisiplin hanya kerana mereka rasakan mereka tidak sepatutnya berada di bawah pimpinan seorang perempuan yang lebih muda daripada mereka dan masih setahun jagung berbanding mereka bertiga yang sudah senior.
Kes EANI Travels cawangan Perak!
Dan waktu itu jugalah Raimi jadi sedar. Dia salah mendengar nama si anggun berkebaya tadi, yang memperkenalkan dirinya kepada Ruzaiman apabila pemuda itu menyoal. Bukan Aisya, sebagaimana ditangkapnya lewat satu jam tadi, sebaliknya Ainsya.
Ainsya Najma. Itulah nama peneraju EANI Travels Perak.
Tumpuan Raimi dikembalikan kepada ballroom EANI, lebih tepat ke arah Ainsya, yang akhirnya mencapai minuman yang sejak tadi dihulur Zahir sedang Ainsya sudah penat menolak. Kerana tidak mahu Zahir sangka maafnya ditolak jika dia tidak menerima gelas itu, sudahnya Ainsya terima dan terus meneguk isi di dalamnya. Tanda tiada lagi balah antara mereka.
Suara Ainsya mula langsing. Ketawa Ainsya jadi nyaring. Dan, apabila Ainsya bangun mendadak, menumpahkan minuman yang berbaki di dalam gelas di tangan ke arah Ruzaiman di sebelah, yang mula memerah muka dek rasa marah dan malu kerana gadis itu hanya melihat dengan mata membulat lalu menjauh tanpa sebarang kata maaf, Raimi tahu itulah masanya untuk dia campur tangan.
Raimi bangun lalu menghampiri Ruzaiman, berdiri dekat dengan lelaki pertengahan 30-an yang sibuk mengesat pakaiannya yang basah dengan mulut kumat-kamit, tidak puas hati.
“Saya minta maaf bagi pihak dia, Encik Ruzaiman,” ujar Raimi sambil mata masih melingas pada batang tubuh Ainsya yang terhuyung-hayang melangkah. Belum boleh dia kesan mana destinasi gadis itu.
Ruzaiman angkat muka seketika. Mendengus seraya kembali tumpukan perhatian kepada bajunya. “Huh, mabuk apa entah dia tiba-tiba!”
Mabuk? Dahi Raimi berkerut, mula boleh menangkap. Bibirnya diketap, menahan perasaan. Gelas yang dipegang Ainsya tadi diraih, sebelum Zahir sempat mencapainya semula, sebagaimana dua orang rakannya tadi. Mereka bawanya untuk Ainsya dan mereka mengusungnya semula sesudah Ainsya selesai menghirup sampai ke sisa akhir.
“Mmm, saya boleh ambil… nak tambahkan air.” Zahir tersenyum manis ke arah Raimi. Cuba mengambil semula gelas yang sudah lama dalam raihan lelaki itu.
Raimi menolak tangan Zahir tanpa melepaskan pegangan pada gelas yang dimahukan lelaki yang diyakininya sudah lewat 30-an. Memang sangatlah Zahir lebih senior daripada Ainsya dari segi usia, namun bukan dari segi kecerdikan. Zahir gunakan cara kotor dan singkat, yang boleh menjatuhkan maruah seorang gadis. Hanya kerana dendam, Zahir tidak kisah walaupun seorang gadis tidak berdosa bakal dimalukan.
Dia harus pastikan Ainsya tidak jauh daripadanya. Kalau tadi Raimi rasa Ainsya bukan dirinya, kini dia yakin Ainsya memang bukan dirinya.
Mata Raimi bergerak lagi. Mencari tubuh genit Ainsya. Matanya menangkap Ainsya duduk sendirian di sebuah meja. Keliru dan tidak kena. Aisnya berada dalam keadaan sedar dengan tidak. Masih cuba mencari diri, yang Raimi yakini kali ini sudah hilang. Sebelum Ainsya hilang maruah atau malu diri, dia perlu menjaga Ainsya. Ainsya tanggungjawabnya.
Untuk apa dia rasa begitu, dia tidak mahu kisah.
Raimi merejam pandangan ke arah Zahir. “Tak apa, bos you pun dah angkat kaki, tak nak tambah air. Agaknya air yang you dan dua orang kawan you bagi tu ada kesan sampingan ke atas dia.”
Senyum Raimi yang sinis dan penuh dengan makna buat Zahir jadi tidak selesa. Bimbang juga kalau-kalau rahsia yang dianyam bersama dua sahabat baiknya bakal dihidu pemuda yang kacak dengan sut hitam berbutang dua dengan sentuhan fabrik kilat pada lapel. Kemeja putih jadi padanan, dengan dua butang atas terbuka. Sofiskated dan ranggi dalam masa yang sama!
Walaupun tampak lebih muda daripadanya, ada keterampilan dan aura somebody pada jejaka ini, membuatkan Zahir mula berjaga-jaga tanpa disuruh. Buruk perbuatannya dan kawan-kawan tidak boleh dihidu siapa pun.
Namun Raimi benar-benar menghidunya. Gelas di tangan dibawa ke bawah hidung. Senyum sinisnya mengembang. “Apa yang you buat ni tak betul, Encik Zahir.”
Zahir jadi gamam apabila pemuda itu tanpa syak mengucap namanya.
“Sebelum you dan dua orang kawan baik tu balik Perak, pastikan singgah dulu ke pejabat I. Soal masa depan karier you dan kawan-kawan you.” Meletak gelas di atas meja, tangan kanan dipanjangkan ke poket kemeja balik sut hitam. Kad perniagaan dikeluarkan.
Teragak, Zahir mencapai juga. Matanya membuntang melihat patah ayat di dada kad itu.
RAIMI QAHIR ABDILLAHHR DIRECTOR OF EANI HOLDINGS
Tersenyum, masih dengan pandangan merejam, akhirnya Raimi mengalih batang tubuh. Tumpuan kali ini adalah kepada tanggungjawabnya—Ainsya. Namun, apabila tubuh genit Ainsya tiada lagi di kerusi tadi, Raimi hilang senyum mahupun aura angkuh yang cuba ditonjolkan di hadapan Zahir tadi.

Raimi kalut.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 14, 2012 07:24

.: ingin hati melukis kata [4] :.

15 Disember 2007

KERETA diparkir di kawasan khas memarkir di Wisma EANI. Kawasan parkir yang boleh memuatkan beratus buah kenderaan itu dibina khas di sebelah kanan Wisma EANI, bangunan setinggi empat tingkat yang mungkin sahaja punya keluasan seperti bangunan Maju Junction di pusat bandar ini.

RAIMI QAHIR ABDILLAH
HR DIRECTOR OF EANI HOLDINGS

.: ingin hati melukis kata [bab 4] :.

May 11, 2012

.: secukup rasa [22] :.

SEMAKIN tajam Amar tenung Zunah, semakin sakan pula Zunah renung depan, tilik dinding. Bagailah dinding ada mulut untuk berkata. Macamlah Amar patung cendana tiada bijak berkata. Amar kasik pandangan nak makan Zunah untuk beritahu Zunah bahawa apa yang Zunah lakukan adalah tak betul. Namun Zunah awal-awal tayang bahagian degil yang memang selalu khas untuk Amar. For you and only!
Amar mengeluh perlahan. Mengaku kalah. Campak tuala ke gelanggang. Mengerling Zunah, Amar perasan sangat pada senyum curi yang jongkang-jongket pada bibir itu. Alahai, bakal isteri... Kalau tak, lu fikirlah sendiri!
“Zunah tak rasa apa Zunah buat tu salah, kan?” tanya Amar masih menjaga pernafasan. Kawal perasaan. Saat ini, Zunah dalam senarai atas jadi bahan makan atau bahan ‘makan’. Jadi, dia perlu kawan hati dan diri. Sampai waktu Zunah jadi isteri. Masa tu memanglah Zunah bahan ‘makan’.
Adoyai, Amar... sejak bila kau jadi gatal kalah Hadi ni?
“Tak salah...” Zunah geleng-geleng kepala, kemudian badan yang tegak pada sofa di perpustakaan mini yang dia tak tahu pun wujud di situ, diiringkan supaya menghadap Amar betul-betul. Selamba pula kedua-dua kaki diangkat tinggi dan dia bersila senget di atas sofa.
Amar yang melihat rasa hendak terkam. Sebab bakal isterinya itu sangat comel. Selepas mandi dan hilangkan comot watercolor pada tangan dan muka, wajah Zunah jadi bersinar satu macam. Atau dia nampak begitu sebab dia kenan gatal Hadi. Malah, Zunah juga tampak terlebih-lebih comel dengan pijama tidur anak ayam kecil bertaburan pada baju berwarna merah jambu itu. So damn cute. Rasa nak picit-picit satu makna dan dua makna.
“Kenapa awak tengok saya macam tu?” soal Zunah curiga. Kerut sekejap dahi sebelum pandang baju pijamanya yang berleher bulat. Mana tahu terseksi-meksi di depan Amar. Tak cukup itu dia periksa pula setiap butang baju. Risau kalau-kalau ada yang tengah buat tayangan percuma. Tapi... semua okey.
Zunah angkat kepala, pandang Amar. “Awak tengok apa? Awak jangan nak macam-macam yek dengan saya. Saya korek biji mata tu nanti. Hah, jadi Amar Selamat! Pak M ada depan pintu tu... Jangan nak kotorkan otak!”
Amar mengeluh. Pak M. Mokhtar, ketua isi rumahnya itu sudah jadi Pak M untuk Zunah. Untuk Pak M pula, kalau Amar tak bertegas, mahunya dah lama Cik Zunah jadi Zunah, sebagaimana Firhal jadi adik. Rumahnya yang selama ini berpandu tegas dan berikut undang-undang tidak bertulis, mula jadi goyah. Pembantu rumah sudah pandai menyanyi kecil sambil bekerja, tukang kebun pula bijak pandai tiba-tiba dalam main mata dengan pelayan tamu, malah yang paling Amar tidak percaya, Mokhtar sudah iktiraf diri Pak M Zunah dengan tidak membenarkan dia berdua-duaan dengan Zunah di dalam bilik perpustakaan mini itu. Ketika ini Mokhtar sudah bertukar seperti superhero bernama Pak M, berdiri sebagai sentri tak bergaji di depan pintu bilik itu yang kini separuh nganga. Tinggal tak pakai seluar dalam kat luar saja.
Tuhan... baru hendak masuk dua hari di sini, Mokhtar sudah dibeli jiwanya dengan nama manja manakala pengasuh Iron Lady sudah jadi agar-agar di tangan Zunah. Bahana ubi!
“Permainan apa yang Zunah ajar Aisy, hah? Habis comot dia. Dah pukul 9.00, takkan Zunah tak dimaklumkan pengasuh dah masa Aisy tidur?” Amar kembali pada topik perlu. Bahana ubi. Itu sebab utama dia dan Zunah di dalam perpustakaan mini ini.
Ubi hiasan kertas putih yang melayang lalu jadi hiasan muka pengasuh Iron Lady. Dah meraung jadinya…
“Pukul 9.00 tu awal sangatlah untuk Aisy tidur.” Zunah cebik mulut. “Budak-budak ni kalau dia nak aktif, biar dia aktif… Jangan nak kekang-kekang. Aisy tak mengantuk lagi, biarlah dia. Mata yang tak dapat lelap, buat apa awak nak paksa tidur dengan staple, huh!”
Berkerut sekejap dahi Amar hendak faham. Apabila dapat tangkap, belum dia buka mulut, Zunah sudah sambung ujaran.
“Ibu dulu… kalau adik-adik tak hendak tidur, dia tak ada pun paksa-paksa tau. Sebab kata ibu, budak ni aktif… main sana, kejar sini, malam tu tahulah dia nak penat, tahulah nak lelap. Macam tu jugaklah dengan Aisy. Tidur bukan benda yang boleh masuk jaduallah, Encik Amar. Tambah pulak jadual pengasuh awak yang macam-macam tu… Penuh dengan belajar, belajar, belajar. Aisy tu baru lima tahun kut. Biarlah dia nak buat apa dia nak sekarang. Dah makin dewasa nanti dia akan lebih terikat sebagai pewaris awak, kan?” panah Zunah terang-terang.
“Sebab dia pewaris abang dan Setia Pertiwilah semua persediaan ni dijalankan dari sekarang. Dari awal. Membentuk buluh biar daripada rebungnya, kan?”
Terkukik-kukik Zunah ketawa sambil tangan tekap perut dan tubuh kian menyenget sampai ke tangan sofa dua rangkai reka bentuk Inggeris itu. Lucu. Dan lebih lucu apabila pandang raut Amar yang kehairanan. Kasihankan cik abang yang meningkat usia tapi kurang didikan dalam bab peribahasa Melayu, Zunah bantu beri penjelasan. “Melenturlah. Melentur buluh biar daripada rebungnya…”
Zunah terus gelak sakan, sampai nak ke lantai apabila lebih separuh daripada tubuh kecilnya sudah memanjat tangan sofa. Langsung tidak kisah pada geram yang mula meriak pada roman Amar dengan gelagatnya.
Amar baru angkat punggung sedikit, hendak cubit geram Zunah yang sudah hampir ke lantai itu. Cara lepas geram paling sempurna. Namun, tiba-tiba, Pak M aka Mokhtar, yang masih jadi sentri di hadapan pintu masuk ke perpustakaan mini itu, membelakangkan mereka berdua yang menjadi isinya, tiba-tiba paling kepala. Ngam-ngam toleh kepala, terus renungan mata itu sampai kepada Amar yang dari tempat duduknya, sofa tunggal rekaan Inggeris, arahkan kepala secukup rasa ke kiri dan kanan. Kemudian, serupa tak buat apa, Pak M Zunah it uterus pandang depan, membelakangkan Amar, penuh hemah superhero meneruskan tugas sentri.
Punggung sedikit terangkat, tak lepas. Terus teduduk jadinya. Dia baru diberi arahan oleh orang yang dia sendiri bayar gaji? Punah! Amar hanya boleh letak siku pada tangan sofa tunggal itu, memangku wajah dan terus mengeluh. Namun keluh itu tidak lama mana apabila Amar jadi ralit memandang Zunah. Zunah yang ketawa begini bukan selalu dia dapat tengok. Zunah yang tahu ceria seperti ini bukan boleh dia nampak apabila bersama begini. Di hadapannya, Zunah selalu sembunyi senyum, apatah pula ketawa. Zunah sangat kedekut menunjukkan bahagian bahagia itu kepada Amar. Dan Amar tahu mengapa. Apabila yang diberi hanyalah derita, manakan ada senyum ketawa.
Senyap dan sunyi yang hanya mengiring gelak sukanya membuatkan Zunah mula sedar diri. Terus dia angkat tubuh dari tangan sofa, menyelesakan duduk yang masih bersila. Zunah lihat Amar. Amar yang sedang pandang dia. Amar yang bukan tengok saja, sebaliknya asyik tilik dia. Sungguh, tenung yang begini, renung serupa ini… sangat-sangat menggugah satu rasa dalam hati.
Rasa yang Zunah bawa semenjak kali pertama kenali Amar sebagai abang sepupu sesudah dia kembali ke Malaysia bertahun lama yang dulu. Rasa yang Zunah terus rasa-rasa selama Amar di samping Zunah dan arwah mama. Malahan, sesudah adanya perpisahan antara mereka, rasa itu tetap ada saja. Cuma Zunah sendiri memaksa rasa itu untuk sembunyi dalam hati, ditutup tekap supaya tiada keluar-keluar lagi.
Namun… aduhai, hati… renung tenung yang begini… bagaimanalah kau tak tahu hendak goyah sendiri…
Tangan yang tadinya tahan senak pada perut, mula ke dada kiri. Hati yang melompat-lompat dengan rasa yang dipendam cuba ditenangkan. Hati yang tiba-tiba hendak jadi taman bunga penuh laman, ditarik dan dicabut bunga-bunga yang pandai sendiri hendak memekar tanpa siraman air.
Masih biar tangan kiri memangku muka, raut yang tadinya mengunjuk terbuai dengan tertawa Zunah mula jadi serius, gusar. “Kenapa, Zunah? Sakit dada ke?”
“Taklah,” ujar Zunah cepat-cepat malah cepat juga tangan pada dada dialih dari situ. Dia mula kemam-kemam bibir, mata melingas ke arah perpustakaan mini itu tapi tidak langsung ke raut Amar.
Muka Amar berubah roman lagi. Serius dan gusar nyah pergi. Datang menjenguk senyum tipis sarat nakal dan suka. “Nak jaga hati ya? Takut tergadai dekat abang?”
“Perasan!” Zunah buat muka sesudah mencebik ia-ia.
Amar mula bangun perlahan-lahan, dengan kedua-dua tangan pada tangan sofa kiri dan kanan. Sepanjang itu mata Amar tidak terkalih dari wajah Zunah yang hilang cebik-cebik, mula berjaga-jaga. Lagi tubuhnya menegak, lagi Zunah mengengsot jauh ke kiri sofa dua tempat duduk itu. Dan apabila tubuh lampai Amar berdiri tegak, Amar sakan ukir senyum sarat makna, Zunah jelas gelabah. Besar mata, Zunah tak lagi menengsot, malah tanpa kisah sama ada Amar bakal mengusik dan mengata dia yang jelas takut, Zunah hampir hendak meluru ke arah daun pintu yang menganga itu. Namun tidak berjaya. Sekali lagi dia jumpa dinding ada nama. Amar cekap lagi tangkas sudah berdiri di hadapannya.
Terkejut sangat, bahana tak sempat brek, Zunah terpeluk tubuh tegap itu. Terperanjat sangat, bahana terpeluk seorang lelaki bernama Amar, Zunah cepat-cepat atur kaki ke belakang, sampai terlompat naik ke atas sofa dan hampir saja jadi stuntwoman amatur apabila belakang kakinya terkena tempat sandar sofa dan hampir terjatuh ke belakang. Kalau tidak sebab Amar punya tindakan refleks yang tangkas, sah Zunah sudah terkelepek di atas lantai di sebelah sana sofa.
Tangan kanan Amar lekas paut pergelangan tangan kiri Zunah sebelum gadis itu tersadung ke belakang. Terus ditarik tubuh Zunah ke hadapan, terus ke arahnya. Sepatutnya ke arah Amar, sepatutnya mungkin saja memeluk Amar dan sepatutnya juga Amar yang jadi tempat Zunah ‘bergantung’.
Bukan Pak M!
Tidak dan tidak-tidak Pak M berdiri di antara Amar dengan Zunah. Pak M datang entah bila, tiba-tiba sua tubuh dari bawah dan sudah terdiri elok depan Amar. Berdiri elok sampaikan Zunah yang sepatutnya jatuh ke tubuh Amar terkelepek kemas pada belakang badan lelaki 50-an itu. Dah jadi anak koalo yang tergantung pada belakang tubuh lelaki itu.
Zunah yang mulanya menyangka akan terpeluk Amar, jadi lega. Namun lega itu jadi gelak tak ingat apabila perasankan perubahan muka Amar. Nampak sangat hendak lepas marah kepada Pak M dia. Nampak jelas juga lelaki itu sedang menahan marah dengan urat muka timbul sakan. Lalu, dengan tangan kanan di atas bahu Pak M dia dan tangan kiri masih dipaut lembut Amar, Zunah kawal peranjat serta diri, akhirnya elok berdiri di atas sofa. Sisa tawa menghilang, senyum nakal memagut bibir. Suka tengok muka masam telan cuka Amar.
“Mokhtar,” ujar Amar dengan suara terteran.
Mokhtar tahu sangat dia baru buat salah. Dia berani-berani bangkang apa yang hampir dilakukan Amar. Namun Mokhtar tidak peduli. Dia harus tegar dan tegas dalam hal ini, sekalipun dimarah Amar. Pasal dipecat, memanglah dia berani-berani takut. Tapi, Puan Wafiah sudah member janji. Seminit Amar pecat dia kerana dia menjaga kebajikan bakal isteri Amar, daripada diapa-apakan atau ‘diapa-apakan’ Amar, minit kedua dia akan dapat balik kerja. Puan Wafiah sendiri akan lantik semula Mokhtar.
“Ya, Tuan Amar,” jawab Mokhtar masih tenang sambil telan-telan liur kesat. Amar cukup menakutkan dia. Kecut perut kepada arwah bapa lelaki itu tidak boleh gerun kepada Amar. Arwah bapa lelaki itu suaranya meninggi selalu sedang Amar, pandangannya beradu selalu. Melalui pandangan saja Amar boleh ajak orang bergaduh.
“Saya rasa awak lupa yang awak bekerja dengan saya,” tekan Amar memeluk tubuh. Baju kerjanya masih tidak berganti. Masih yang sama tadi.
“Tak, Tuan Amar.” Mokhtar menjawab kemudian telan liur lagi. “Saya memang bekerja dengan tuan. Tapi setahu saya tuan dengan cik masuk sini untuk bincang ubi yang melayang kena muka cik pengasuh, bukan adegan…” Dia selamba berdeham sambil kepal tangan di depan mulut, curi-curi pandang Amar yang ketat muka.
Zunah gelak kecil. Apabila tajam mata Amar singgah kepada dia yang berdiri di belakang Mokhtar, di atas sofa, dia kemam bibir, simpan gelak itu.
“You, young girl, behave! Soalan abang masih tak berjawab. Tapi… jangan kacau-kacau jadual yang pengasuh dah siapkan untuk Aisy. Tu untuk masa depan Aisy, untuk Aisy yang bakal bertanggungjawab ke atas Setia Pertiwi. Jangan main-main dengan masa depan anak abang…”
Zunah mula ketap bibir. “Don’t call me young girl and don’t ever say he’s your son!”
Amar sedikit terkejut dengan lentingan penuh perasaan Zunah yang sudah melompat turun dari sofa. Berdiri di sebelah Mokhtar, sengit pandang Amar dengan wajah mendongak sedikit. Kalau tak, tak akan nampaklah Amar muka nak telan dia itu. Telan satu makna, bukan dua makna.
“He’s my son too! Kalau saya kahwin dengan awaklah…” kata Zunah sengit. Sangat-sangat nak cari gaduh.
Amar spontan tersenyum dengar cakap begitu. Walaupun ayat bermula kalau selepas itu dia tak gemar. Namun ayat di depan lebih menyentuh jiwa, perasaan. Tangan yang memeluk tubuh dilepas lalu kaki dibawa selangkah ke depan, berdiri dengan kepala menunduk pandang Zunah yang besarkan mata unik itu sakan, terus hendak tunjuk baran.
Mokhtar berdeham-deham. Isyarat.
“Berhenti, Mokhtar. Saya masih nak cerita pasal ubi.” Amar berkata tanpa alih mata daripada tautan unik mata Zunah. Senyum Amar jadi melebar. “Zunah akan kahwin dengan abang dalam masa empat hari lagi. Abang tak boleh tahan lagi…”
Mata yang besar itu jadi lebih besar. Kalau tak kerana dia sendiri melihat, Amar pasti tidak percaya.
Dan tiba-tiba Zunah menunduk muka, memejam mata dan kedua-dua tangan katup telinga, menjerit, “Eii, tak malulah awak ni!”
Ketawa seketika Amar. Kemudian dia dekatkan wajah dengan telinga kiri Zunah, tanpa kisah Mokhtar yang terus berdeham seperti sakit tekak, membisik kepada Zunah. “Lepas ni… nak main ubi ajak abang sekali...”
Sebaik habis berkata begitu, sengaja Amar tiup lembut ke telinga Zunah yang menggeliat geli dan terus menjerit kecil dengan “Tak malu…!” lalu tak agak-agak hentak kaki dengan lenggok tubuh geli penuh marah, berlalu.
Amar merenung saja. Namun ketawanya hilang apabila dilihat Mokhtar laju-laju hendak kejar atur kaki bakal isterinya. Walaupun lelaki itu pekerjanya, walaupun lelaki itu baya bapa untuk Zunah dan apa saja walaupun yang muncul dalam benak, tidak satu pun menghalang rasa cemburu buta yang mencuit jiwa. Dia tidak suka! Tititk!
“Mokhtar!” seru Amar, menghentikan kaki Mokhtar, yang mengalih tubuh pandangnya. “Saya tak suka awak rapat dengan bakal isteri saya.”
Amaran. Pekak dan butalah Mokhtar kalau tak dapat. Suara dah kata, muka dah tunjuk.
“Saya hanya jaga Cik Zunah atas permintaan Puan Wafiah. Kalau dipecat pun tak apa…” Berani-berani pula Mokhtar menjawab sambil tenung sofa tunggal di belakang Amar. Nampak saja macam tengah tengok Amar. Acah mak labu, dia saja tertipu!
“Sebab Puan Wafiah dah janji akan ambil awak kerja balik, kan?” Amar sembunyi senyum. Mamanya itu memang lebih awal nampak bahagian kenan gatalnya apabila Zunah dekat dengan dia, banding Amar sendiri. Dia memang tak boleh kalau Zunah hampir dengannya semenjak-semenjak dia pasang niat hendak jadi suami gadis itu.
Sesungguhnya, perkahwinan yang kali ini, walaupun adalah satu bentuk kontrak urus niaga, ia adalah urus niaga yang dia hendak masuk sangat-sangat. Sejujurnya, dia sudah tidak sabar. Kerana itulah dia memilih tarikh tercepat dan terdekat malah tega berpenat satu hari ini dalam menyiapkan kerja satu minggu. Begitulah tidak sabarnya dia dalam hendak dapat status suami. Suami kepada Zunah Alisia!
Amar pandang Mokhtar yang masih tengok sofa tunggal belakangnya. “Sebut pasal puan awak… Mana mama saya? Dah tidur ke?”
Mokhtar nampak serba salah.
“Mokhtar, jawab soalan saya,” tegas Amar. Tahu ada benda tidak sedap dia bakal dengar.
“Puan Wafiah belum pulang selepas keluar lepas isyak tadi.” Mokhtar menurut, walaupun tergagak-agak.
“Dengan driver yang sama?” Serius paras Amar. Ada sama lukisan tegang.
Mokhtar angguk perlahan-lahan.
“Ke tempat yang sama!” ujar Amar perlahan.
Walaupun Mokhtar dengar, dia diam saja tanpa mengulas. Tidak perlu kerana majikannya itu sudah membungkus kata. Itulah kesimpulan yang sudah dibuat lelaki itu dan sebarang bantahan takkan diterima.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 11, 2012 08:23

May 10, 2012

Cinta Datang Lagi | Bab 3

Raisya dan Dona sama-sama berdiri di belakang barisan orang ramai yang sedang beratur di kaunter tiket. Mereka belum bersedia untuk membeli tiket sebaliknya sama sibuk melihat skrin yang memaparkan filem-filem tayangan hari itu berserta waktu tayangannya. “Macam tak ada aje!” Raisya menggigit bibir dengan mata yang terus tunak pada skrin.Dona tayang muka tak puas hati. Tak sudah-sudah matanya menujah skrin yang jauh di hadapan walaupun sudah tiga kali dia mengulang aksi yang serupa. Sudah habis dilihat kesemua tayangan filem hari itu! Namun perkataan F.A.N.A.A tidak langsung ditangkap matanya.Tak cukup dengan itu, dia panjangkan pula leher ke setiap ruang pekarangan GSC Mid Valley itu, menilik poster yang terpampang satu demi satu. Namun tetap tidak bertemu perkataan yang dicari, mahupun wajah Kajol dan Aamir Khan.Raisya pandang Dona akhirnya. Dia yakin Dona sedang berang kala ini. Walau tak nampak asap di atas kepalanya atau asap keluar dari telinga dan lubang hidungnya, dia amat yakin akan hal itu. Marah Dona sudah memuncak dan harus dibendung.“Kita sepatutnya tengok kat website dulu sebelum datang. Aku rasa tak adalah...”Dona mendengus garang. Percaya ataupun tidak, pipi Raisya terasa bahang panas nafas gadis itu. Kalau pasal Kajol, jangan nak buat main dengan Dona. Boleh ditelan hidup-hidup pihak yang bersalah kepadanya itu.Raisya ingat lagi ketika ada ura-ura yang mengatakan Kajol sudah meninggal dunia, bukan main lagi kawannya itu menangis dan berkurung di dalam bilik. Televisyen di rumah pula tidak sudah-sudah tayang filem-filem lakonan Kajol daripada koleksi VCD dan DVD simpanan Dona. Memperingati kononnya!Dan, bila keluar kenyataan akhbar menafikan khabar angin kematian Kajol, Donalah yang paling gembira—kalau ada orang lain boleh tandingi Dona tika itu, dia benar-benar kagum.Berminggu duk tayang gigi sampaikan dia perlu ingatkan Dona agar berhenti tersengih kambing bak orang hilang akal. Dia mungkin faham mengapa Dona begitu, namun bukan orang lain! Dia tak mahu dianggap berjalan dengan orang gila tiap kali mereka keluar.“Don, kita tengok cerita lain aje ya? Dah alang datang ni. Fanaa tu kita tengok nanti, kat tempat lain.” Raisya bersuara lembut. Mahu memujuk hati yang hangat dek kecewa itu.Dia tidak mampu selami perasaan sebenar Dona kerana dia tidak pernah meminati mana-mana pelakon atau selebriti sefanatik itu. Jadi, dia hanya boleh cuba faham—walau tidak sepenuhnya.“Kejap! Aku nak tahu kenapa Fanaa tak ditayangkan di sini. Dah lebih berapa hari dah ni, takkanlah tak ditayangkan! Aku nak tahu jugak. Jugak-jugak!” ujar Dona terus memanjangkan langkah.Raisya cepat-cepat memaut lengan Dona. Mahu menghalang ayunan kaki temannya itu. Bimbang Dona takkan jadi dirinya dan melepas geram kepada mana-mana pekerja di situ sedang mereka, baginya, adalah pihak yang tidak berdosa.Oleh kerana tubuh Dona lebih tinggi dan agak berisi berbandingnya, usahanya menghalang tidak berjaya sepenuhnya apabila dia turut terdorong ke hadapan. Mengikut langkah berang Dona. Namun dia tidak mengalah. Tetap cuba menarik lengan Dona sekuatnya, sedaya kudratnya. Kedua-dua kaki diperkemas ke lantai, menginjak kuat.Dia berjaya… dan dia termengah.“Apa halnya ni?!”“Don, memang tak ada. Sabarlah. Kita tengok kat tempat lain nanti. Esok pun tak apa,” ucap Raisya, lembut memujuk.Dona melihat Raisya seketika. Lalu menarik nafas sedalamnya, beberapa kali. Menenteramkan diri.Apabila Raisya lihat wajah yang memerah itu beransur tenang, hilang kerut marah dan geram, dia melepaskan pautannya di lengan Dona. Turut sama bernafas lega.“Okey. Kita tengok kat tempat lain.” Dona bersetuju dengan Raisya. Mengangguk kecil.“That’s a good girl. Jadi, malam ni kita nak tengok cerita apa?” Raisya talakan mata ke skrin.“Tak kisahlah,” ujar Dona acuh tak acuh. Tak bersemangat. “Aku tak kisah dah. Cuma…”Wajah Dona kembali berkerut. Matanya terarah ke kaunter tiket Gold Class di kiri mereka, paling hujung. Tiada batang tubuh berbaris di situ. Malahan dua orang staf yang menghuni kaunter tersebut tampak girang berkongsi cerita dan ketawa. Dia mula nampak Kajol di dalam Kabhi Kushi Kabhi Gham sedang menangis!“Cuma apa?” soal Raisya tanpa memandang Dona, lebih galak mendongak kepala mencari filem menarik yang lain untuk menggantikan filem Fanaa. Niatnya hanya satu; cepat pilih, cepat beratur! Bolehlah nak jauhkan Dona daripada memulakan ‘pemberontakan’.“Cuma sebagai pengguna yang mempunyai hak, aku perlu tahu jugak!” Dengan kata itu Dona lesap dari sisi Raisya, menonong ke kaunter Gold Class.Sekarang tangisan Kajol di dalam Kuch Kuch Hota Hai ketika frust dengan Shah Rukh terlayang di ruang mata! Langkahnya kian laju.Raisya cuba bertindak sepantas mungkin. Mengaut tubuh Dona sekali lagi. Namun yang ditangkap hanya angin. Dona sudah bersemangat mengorak kaki, menjauhinya. Dia hanya boleh menyentuh dahi dengan keluhan kecil. Pemberontakan sudah dimulakan!Ya Allah, Kau berilah kekuatan jitu kepada dua makhluk-Mu yang bakal menjadi mangsa amukan Dona. Mereka perlukannya jika mahu mendepani Dona dalam keadaan begini. Mampus disayat dengan soalan demi soalanlah budak-budak tu!Dia sempat menggeleng sendirian sebelum melihat ke arah barisan orang ramai yang sudah mula panjang berbanding tadi. Daripada dia tercangak di sini menanti Dona kembali—kerana dia yakin dia perlu tercangak lama jika perlu menanti temannya itu—ada baiknya dia beratur dulu dan dapatkan tiket untuk mana-mana filem yang kena dengan seleranya dan Dona.Raisya meliarkan pandangan ke arah barisan-barisan yang telah dibuka. Mahu mencari satu baris yang paling pendek berbanding yang lain. Dan, ketika inilah dia rasakan sesuatu. Ada debar, ada gusar. Resah menggulung perasaan. Dah kembali jadi roti jala berjala-jalalah. Dia tahu perasaan ini. Dia sedar resah rasa ini. Dia pasti laluinya tiap kali ada pertemuan antaranya dengan Fariz.Sebelum mata mereka menyapa, perasaan ini akan lebih dulu menjenguk. Dan, dia tidak salah menduga.Matanya menerpa ke raut kacak yang putih bersih itu. Matanya tunak di situ, terlalu tergamam untuk dialihkan. Malahan kalau dia mahu pun belum tentu dia boleh larikan mata daripada sepasang mata sepet dengan anak mata hitam yang sedang kemas memauti matanya.Mereka terus-terusan saling merenung.Raisya rasa mahu lari. Namun kakinya mati. Terkaku di tempatnya. Debar itu kembali mengusung. Resah itu tambah memasung. Setiap helai bulu roma tegak berdiri. Dia tidak takut, dia bukan pengecut. Namun ada sesuatu pada renungan bersahaja itu yang buat dia jadi takut lalu berubah jadi pengecut.Fariz, di dalam barisan, berpeluk tubuh dengan raut tenang, tidak lepas menjamah paras manis yang sering mengekori ingatannya selama dekat dua bulan ini. Gadis ini tidak mengharapkan adanya pertemuan kedua di antara mereka. Tapi bagaimana untuk jelaskan pertemuan takdir yang diatur di antara mereka selama ini?Malam ini, antara mereka berdua sudah ada lapan pertemuan!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 10, 2012 09:15

.: Cinta Datang Lagi [Bab 4] :.

DERAP kaki menghampiri halaman luar rumah dua tingkat itu membuatkan Fariz menoleh muka, walau dia tahu batang tubuh adik iparnya yang akan muncul. Seketika menunggu, tubuh sasa milik Zairy muncul bersama dua biji mug di tangan. Pemuda yang berpangkat adik ipar untuknya, walau tiga tahun lebih tua daripadanya, senang menayang gigi padanya.
Fariz turut tersengih.
“Dah tidur?” soal Fariz kepada Zairy yang sudah hampir dengannya. Dia turut mengambil mug berisi Nescafe O panas yang diunjuk lelaki itu.
Zairy mengangguk sambil duduk di lounge chair daripada rotan yang selesa itu. Dia menyelesakan letak tubuh lalu membawa kaki ke situ, dipangku kerusi rotan tersebut.
“Akhirnya tidur jugak!”
Fariz gelak kecil. “Nak buat macam mana, adik aku tu dah kenan sangat bedtime story dalam usia macam ni. Mengidam tak ada pulak!”
“Feel masing-masing...”
“Hmm. Dah sampai mana? Masih tentang Nabi Musa a.s.?”
“A’ah. Mengenai Nabi Allah merentasi Laut Merah. Dia banyak tanya soalan. Katanya untuk baby. Agar baby pun tahu kisah-kisah Nabi Allah kita. Lagipun waktu tidur dia, waktu tidur baby jugak.”
“Dia dah tak marah ke sebab kita tinggalkan dia dan pergi menonton? Tadi bukan main lagi on fire. Boleh buat barbeku atas kepala.” Fariz meneguk minuman.
Zairy turut meneguk Nescafe O sebelum menjawab, “She’s not talking to me!” Dia senyum lucu.
“Macam mana tu? Kan dia banyak tanya soalan…?”
“Ya. Tapi dia tak anggap itu talking to me!” terang Zairy mula menyengih bak kerang busuk.
Dia sendiri rasa lawak dengan pandangan peribadi Neesa itu. Namun dia hanya boleh mendiamkan diri dan mengangguk setuju dengan pandangan isteri kesayangannya. Kalau Neesa kata matahari terbit waktu malam dan bulan muncul kala siang pun dia akan tetap mengangguk setuju.
Tapi dia akan pastikan Neesa tidak war-warkan pandangannya itu pada khalayak umum. Kerana orang lain tidak menyayangi Neesa sebagaimana dia untuk mengiakan segala pernyataan tidak masuk akalnya.
“Aku tak dapat bayangkan bagaimana dia berfikir. Tapi aku tahu kau boleh.”
Zairy mengangkat sebelah kening pada Fariz. Lagak mahu tahu.
“You’re married to her!” jawab Fariz selamba. Seolah sebaris ayat itu boleh menerangkan segalanya.
Zairy tersenyum cuma.
Kedua mereka kembali menghirup minuman. Membiarkan sunyi menghuni untuk dihayati.
“Tadi kali ke berapa kau jumpa dia semula?” Pertanyaan Zairy mengisi ruang. Mug yang sudah kosong diletakkan ke atas meja kopi yang berada di tengah-tengah dua lounge chair itu.
Fariz meneguk baki Nescafe di dalam mug. Mugnya turut mengambil tempat di meja kopi. “Yang tadi, kali kelapan. Sekali di majlis tu dan selebihnya di GSC aje!”
“Kebetulan yang sudah bertukar menjadi destiny bagi aku!”
“Aku pun rasa begitu. Kalau setakat sekali, dua kali… aku akan anggap ia sebagai kebetulan. Tapi lapan kali? No way!” Fariz menarik nafas.
“Aku tahu di mana dia kerja, malahan secara tak langsung turut elakkan diri ke sana. Selain daripada mengelak berjumpa Shereen. Aku memang sangka tak akan jumpa dia lagi. Dia betul-betul elakkan diri daripada aku. I would say with vengeance!”
“Sebab nak jumpa Neesa? Neesa menyeramkan dia?”
Fariz ketawa galak dengan soalan selamba Zairy. Ditambah pula bila melihat raut tak bersalah jejaka itu. Dia tidak akan rasa marah kepada Zairy kerana berkata sedemikian. Dia faham kerana dia tahu betapa sayangnya Zairy kepada Neesa. Entahkan sayangnya kepada Shereen setanding itu ataupun tidak.
Dia tidak tahu mengukurnya namun dia yakin sayangnya untuk Shereen masih dalam walau gadis kesayangannya itu telah hampir dua bulan menjadi isteri kepada Jaspal, yang juga teman keluarga dan rakan sekerja Shereen.
“Kau rasa dia masih bersedih kerana Jaspal?” Fariz mengerling Zairy.
“Kau macam mana? Masih tak boleh lupakan Shereen, kan?” Tanpa menunggu jawapan daripada Fariz, Zairy menyambung bicara.
“Cinta dalam hati bukan macam fail dalam CPU, yang boleh dibuang bila kita rasa tak perlukannya lagi. Tak semudah tu. Nothing about love is ever easy. Cuma… aku selalu terfikir tentang kau dan budak perempuan tu. Apa nama dia?”
“Raisya. Apa yang kau fikir?” ujar Fariz sekali gus menyoal.
“Kau tak rasa pelik ke? Kau ke Ipoh untuk hadiri wedding bekas kekasih kau. Dan, di majlis tu kau jumpa dengan seorang gadis asing sedang menangis kerana bekas kekasihnya berkahwin dengan bekas kekasih kau. Macam ada… I don’t know, a connection maybe! Two broken hearts met!”
Fariz diam. Seolah memikirkan kata Zairy sedalamnya. Akhirnya dia menjongket kedua-dua bahu.
“Aku tak tahu tentang itu semua. Connection ke hapeh ke, aku tak tahu dan tak nak ambil tahu. Tapi aku sedar satu benda. Yang aku sangka kebetulan telah pun menjadi takdir aku. My destiny. Aku tak akan menolaknya lagi!”
“Kau nak buat apa?”
“Jika antara kami ada satu lagi pertemuan, aku akan tuntut janji daripada dia. Dia kena jumpa Neesa!”
Ucapan Fariz kedengaran bak satu sumpah di telinga Zairy. Dalam diam Zairy melepas keluhan lega. Sebolehnya dia tidak mahu Fariz terus diekori kisah silam. Tambahan pula bila kisah silam itu tidak mahu melepaskan abang iparnya itu.
Shereen masih belum berputus asa pada cinta lalu. Malahan Shereen turut mengajak Fariz menyusuri jalan itu bersamanya. Shereen sanggup ‘menjual’ masa depan demi kerana mahu terus hidup di zaman lalu.
Zairy bangkit dari perbaringan. Berdiri seraya mencapai kedua-dua mug tadi.
“Aku masuk dululah. Nanti kalau Neesa cari ‘bantal peluk’ yang tiba-tiba tak ada di sisi, mahunya merajuk panjang lagi. Kang tak nak tengok aku langsung!” selorohnya tersengih suka.
Dia sedang membayangkan persepsi tersendiri Neesa mengenai kes tak nak melihatnya. Kes tak mahu bercakap dengannya sama dengan bercakap dengannya, jadi tak mahu melihatnya sama dengan melihatnya—selalu! Best tu!
Fariz mengangguk sambil tayang gigi. Faham dengan gurauan Zairy.
Sebelum berlalu masuk ke rumah teres dua tingkat milik keluarga isterinya, Zairy sempat berpesan kepada Fariz.
“Cepat masuk tidur, Riz. Nanti Neesa risaukan kau lagi!”
“Hmm…” ucap Fariz. Faham apa yang dimaksudkan oleh Zairy.
Dia tahu Neesa amat bimbangkannya semenjak hubungannya dengan Shereen mula terganggu. Neesa selalu menghadiahkannya satu renungan lembut penuh rasa kasih dan sayang. Sarat. Neesa turut risaukannya sebagaimana ahli keluarganya yang lain; papa, mama dan Zairy.
Fariz memandang sekilas ke muka pintu. Pintu gelangsar masih terbuka luas dan tubuh Zairy sudah pun menghilang. Dia menyelesakan kedudukan tubuhnya di lounge chair tersebut. Kedua-dua tangan dibawa ke belakang, memangku kepalanya. Pengganti bantal.
Keluhan kecil terluah.
Dia sedar betapa gusarnya orang di sekelilingnya melihat keadaannya. Tidak perlu mengagak kerana mama dan Neesa selalu meluahkan rasa hati mereka kepadanya. Selalu memberitahunya mereka risau, mereka takut dan mereka sedih melihat perubahannya yang jauh ketara berbanding satu tahun yang lalu.
Satu tahun yang lalu?
Senyum hambar menggayuti bibirnya. Sebelum satu tahun itu memang bahagia sahaja yang mengulitnya. Amat bahagia. Semuanya kerana seorang insan yang hadir dalam hidupnya. Satu nama yang seiring dengan namanya.
Shereen, nama yang senada dengannya. Malahan setiap yang melihat mereka, sama ada orang luar atau keluarganya sendiri, menganggap mereka pasangan paling serasi. Padan, bak cincin dan permata. Mereka dikatakan jelas saling mencintai, saling menyayangi dan saling mengasihi. Sebutlah cinta, sayang, kasih… sesuai sekali buat mereka berdua.
Dia sendiri amat setuju dengan semua kata mereka kerana dia dan Shereen bukan sekadar tampak bahagia di mata orang, bukan sekadar berlakon, sebaliknya bahagia yang dilihat orang dinikmati mereka berdua. Bahagia itu ada dalam dirinya sehingga sekelilingnya terasa membahagiakan. Datanglah seribu masalah, cukup dengan melihat senyum manja Shereen, semuanya bertempiaran lari.
Hampir empat tahun menjalin hubungan dengan Shereen, hanya bahagia bersama dengannya—dengan mereka.
Sayang yang pernah tidak kesampaian di zaman persekolahan dahulu benar-benar mengajar dia untuk menghormati dan menghargai wanita. Kedua ajaran inilah yang dipegang olehnya kala menjalinkan hubungan dengan Shereen. Dan, ianya cukup berbaloi.
Hubungannya dengan Shereen turut mendapat restu keluarganya. Walaupun Shereen berlainan agama daripada mereka, kedua orang tuanya tidak menghalang hubungan mereka. Mungkin kerana dalam keluarga mereka sudah terlalu ramai yang berkahwin campur sampaikan ianya menjadi perkara biasa. Norma keluarga mereka.
Bukankah mama sendiri menikahi lelaki berlainan agama? Dengan papalah—pada mereka yang blur!
Mama dan papa menggalakkan hubungan itu namun diam-diam papa selalu memberi nasihat kepadanya.
Kata papa, cinta mempunyai satu kuasa sakti. Boleh mendekatkan dua orang asing yang paling berbeza. Walau salah seorang berada di penghujung dunia, ajaibnya cinta dua insan yang saling menyayangi, pertemuan akan tetap ada. Asal jodoh dan takdir bersama keduanya.
Nasihat papa lagi, cinta sahaja tidak cukup untuk menjamin kesenangan tambahan pula bila libatkan dua insan daripada agama yang berlainan. Cinta sahaja mungkin cukup, tapi mungkin tidak cukup!
Berbantalkan lengan, Fariz memejam mata.
“MUNGKIN cukup, mungkin tak? Maksud papa?” Fariz bertanya, kehairanan. Sebetulnya tidak faham akan maksud sebenar papa.
Aziz bersandar ke sofa. Sempat menjeling ke ruang makan di mana Hiraz, Shereen dan Neesa sedang duduk berbual di meja makan.
Senyum kecil menerpa sepasang bibir apabila melihat tiga wanita itu saling berbalas kata, diiringi gelak perlahan. Gelak Hiraz terkawal, dengan tangan kemas ke mulut, cuba menahannya. Gelak Neesa lepas, sesuka hati dan galak. Gelak Shereen, seperti gadis itu, manja bersahaja.
Hmm, kita suruh hidang air, dia orang hidang gosip pulak! Perempuan, perempuan…
Fariz turut menjeling ke ruang makan. Matanya lekas menangkap tiga wajah yang dilukisi riak ceria. Rasa gembira tampak pada ketiga-tiga paras itu.
Dia pandang lembut raut mama.
Walau sudah melebihi usia 50 tahun, wajah itu masih anggun padanya. Dia tahu kedutan halus yang kian kelihatan di bahagian mata wanita itu tidak dirasakan satu cela oleh papa. Kerana dia tahu kedutan itu bukan sahaja menunjukkan injakan usia, sebaliknya memberitahu papa akan setiap bahagia yang dirasai jiwa itu. Papa banyak menghadiahkan senyuman dan tawa girang dalam hidup mama—itulah tandanya. Rasa senang menerpa diri melihat bahagia papa dan mama. Dan, bahagia itulah diharapkan untuknya dan Shereen.
Sepasang mata sepet dengan anak mata hitam itu beralih pula kepada adik perempuannya.
Neesa Hani, semenjak kecil lagi seorang gadis yang periang dan lincah. Selalu bertindak, baru berfikir. Sering menyebabkan papa dan mama tidak senang duduk dengan sikap yang satu itu. Neesa degil dalam mendapatkan apa yang dia mahu. Akan diusahakan dengan apa cara sekalipun selagi takdir mengizinkan. Jika takdir tidak berpihak kepada usahanya, Neesa akan terima dengan hati yang lapang kerana dia bukan mengalah sebelum berjuang. Sebaliknya tersungkur dalam perjuangan. Untuknya itu satu sikap pejuang!
Namun di balik semua itu, dia tahu Neesa gadis yang bijak. Selain bijak dalam pelajaran, Neesa juga punya hati yang baik. Neesa bijak menilai diri seseorang. Tahu mana layak dipanggil kawan dan siapa yang harus dibuat lawan.
Sekali lagi Neesa membuktikan apabila gadis itu terang-terang mengakui perasaan sayangnya yang telah tumpah untuk Ruzairy Abd Rahman, yang selama beberapa bulan ini menggantikan tempat Ustaz Rahman, memberi tunjuk ajar kepada Shereen.
Neesa mengakui perasaannya kepada papa dan mama, bukan kepada Zairy. Kata Neesa hanya dengan restu mereka berdua barulah dia akan berterus terang kepada Zairy perihal perasaannya itu. Hari ini menerima kata setuju, esok dia sampaikan kepada Zairy.
Seminggu Zairy ke rumah mereka dengan muka merah padam kerana malu. Tapi sudahnya Zairy sendiri menerima perasaan Neesa untuknya, kerana hatinya sendiri sudah jadi milik Neesa. Dan, dia harap bahagia bersama kedua mereka.
Akhir sekali anak mata hitamnya tertancap pada wajah Shereen.
Gadis hitam manis itu sedang tertawakan sesuatu sebaik sahaja Neesa habis berceloteh. Entah apa yang lawak sangat, dia tak tahu tapi Neesa memang kaki lawak. Aksinya bercakap dan memek mukanya pun sudah cukup.
Shereen mula dikenali oleh keluarganya beberapa bulan selepas dia mula berkawan dengan gadis itu. Kali pertama dia membawa seorang gadis ke rumah mereka, memperkenalkannya kepada papa dan mama. Turut menyampaikan secara tidak langsung, Shereen bukan gadis biasa di hatinya, sebaliknya Shereen telah mendapat tempat istimewa di dalam hati anak bujang mereka. Dia turut meminta restu mereka dengan cara itu. Lalu mereka memberi restu yang diharapkan itu kepada dia dan Shereen.
Semenjak itu Shereen menjadi sebahagian daripada mereka.
Tapi dia masih sedar, belum sepenuhnya! Dan, itulah yang papa maksudkan pada dialog awal papa tadi.
“Papa?” Dia yakin papa juga dalam lamunan, sebagaimana dia.
Panggilan Fariz yang entah kali ke berapa membuatkan Aziz mengalihkan mata ke arahnya. Bila anak lelakinya menjongket sebelah kening sambil berpeluk tubuh, memandangnya, dia menyeringai nakal.
“I got carried away!” akui Aziz jujur.
“Mmm, dah berapa kali panggil papa tadi?” sambung Aziz, menyoal. Lebih kepada mahu tahu.
“Papa hanya bagi perhatian pada Riz lepas panggilan keempat. Apa maksud papa tadi?”
“Mungkin cukup, mungkin tak cukup?”
Fariz mengangguk.
“Papa jatuh cinta dengan mama Riz dulu, sebelum jatuh cinta kepada Islam. Riz sendiri tahu atuk Riz, ayah mama, seorang pendakwah.”
Fariz mengangguk. Itu dia tahu. Malahan daripada atuk jugalah dia banyak belajar, demi melakukan satu perubahan terhadap diri sendiri. Daripada Fariz seorang Romeo atau Jimmy The Crocodile—gelaran Four Musketeers kepadanya—dia menjana perubahan dalam diri.
Dia bosan dengan bidang modeling yang pernah buat dia terkenal, juga lemas dengan gadis-gadis yang mengelilingi. Hanya kerana dia sedar pada satu perkara; peribadi seseorang tidak terletak pada penampilan sahaja, sebaliknya lebih daripada itu. Dan, atuk adalah guru terbaik untuk mendapatkan peribadi yang indah—sebagai manusia biasa. Walau dia belum layak dikata memperolehinya lagi. Paling tidak, atuk telah berjaya mengelokkannya. Syukur untuk itu!
“Riz…” panggil Aziz lembut, mahu kembalikan Fariz yang nampak khayal ke ruang tamu teres dua tingkat yang dihuni keluarga mereka semenjak Neesa berusia 10 tahun dan Fariz 13 tahun.
Fariz menumpukan perhatiannya semula. Menjauhkan arwah atuk daripada benaknya.
“Papa jatuh cinta pada mama sejak pertemuan pertama…”
“Riz boleh agak kenapa!” potong Fariz menjeling ruang makan.
Mama sedang tayang gigi, kepala pula terteleng-teleng. Dia pasti ini bukan keadaan mama waktu kali pertama bersua papa. Sebab kalau beginilah gayanya, papa mungkin akan hantar mama ke wad orang gila!
Ops, terkutuk mak sendiri secara langsung! Ampun, mama!
Aziz turut mengerling ke arah yang sama.
“Oh, definitely not like that!” kata Aziz mengekek. “Hmm, berbalik pada cerita asal. My love was love at first sight, but not your mama. Mama…”
“Mama tak begitu?” Sekali lagi Fariz memintas. Tidak boleh menahan diri. Baru kini dia tahu hal ini! Terlalu terkejut untuk diam mendengar tanpa menyoal.
Aziz melihat Fariz. Tajam, penuh amaran.
“Sorry! Okey, sambung… sambung!” Fariz sengaja menggaru kepala. Nak isi masa.
Aziz masih merenung tajam seketika, sebelum membuka mulut kembali.
“Okey! Mama tak begitu. Mama langsung tak sukakan papa. Yalah, papa pantang jumpa perempuan, nak ngurat aje. I was hitting on every girl I met. Jadi mama Riz tak suka papa. Papa seorang Romeo dan mama tak layan papa langsung. Papa cuba dekati mama Riz, tak henti-henti, berulang kali. Kali pertama papa benar-benar ikhlas dengan seorang perempuan tapi tak diendahkan. It hurts like hell, you know! Then, I kidnapped her.”
Aziz diam seketika. Menjangka akan ada sampukan daripada Fariz, namun pemuda itu cuma membungkam bahasa. Terus perhatikannya penuh minat. Menunggu.
Mata Fariz tunak ke mata papa. Sepasang mata yang turut dimilikinya. Dia menyeringai lalu mengangkat kedua-dua kening serentak, beberapa kali. Tahu apa yang papa sangka akan berlaku. Dia sengaja hampakan papa—dengan menggunakan pertahanan diri yang utuh tau!
Bersama senyum tipis, Aziz kembali menyambung cerita.
“Papa culik mama Riz. Papa bawak ke rumah grandma tapi mama Riz tak tahu ada orang lain dalam rumah tu selain kami. Kami berdua aje dalam sebuah bilik. Mama Riz takut sangat, kemudian dia mula jerit-jerit. Macam kena histeria aje. Papa hanya duduk atas katil, terus pandang. Masa tu hilang gadis pendiam yang papa kenal. Papa lihat bahagian lain gadis tu dan papa suka apa yang papa tengok!”
Aziz senyum lebar. Romannya menunjukkan dia kembali ke dalam bilik itu semula, menentang wajah anggun Hiraz yang begitu garang.
“Papa biar aje mama Riz marah, melenting, malah ada jugalah dua, tiga perkataan tak enak yang perlu papa dengar—yang papa tak sangka mama Riz tahu maksudnya! Lepas mama Riz dah selesai sembur ‘api’, dia diam dan mula menangis. Papa tak pujuk. Tengok aje. Sekali lagi papa suka apa yang papa lihat.
“Bila mama Riz dah tenang, papa luahkan perasaan papa. Papa bagi tahu dia papa ikhlas sayangkan dia. Dia mula menangis lagi. Kata mama Riz, antara kami tak mungkin ada apa-apa. Tak mungkin terjadi! Tak mungkin bersama! Papa tanya, sebab agama ke. Mama Riz angguk. Papa bagi tahu yang papa sanggup tukar agama demi mama. Lagipun dalam keluarga papa itu bukan perkara baru. You know that!”
Fariz goncangkan kepala. Dia tahu kerana dalam keluarganya, sama ada belah papa atau mama, memang sudah ada sejarah sebegitu.
“Papa, Riz perlu sampuk! Kenapa papa bagi tahu Riz semua ni?”
Aziz tidak memberi jawapan kepada soalan anak terunanya itu. Hanya menyambung kata.
“Bila papa jawab macam tu, mama Riz menangis semula. Mama Riz kata dia tahu papa sanggup tukar agama untuk kahwininya, tapi itu yang dia tak nak berlaku. Katanya dia mahu papa ikhlas sebagai seorang Muslim. Sebagaimana papa ikhlas dengannya. Mula tu… papa tak faham dan papa sangka itu cara dia menolak sayang papa. Papa tak puas hati, jadi papa ambil inisiatif sendiri. Papa jumpa arwah atuk dan mintak arwah atuk jelaskannya.
“Bila papa faham dengan apa yang mama Riz maksudkan, papa ambil keputusan untuk berguru dengan arwah. Papa berhenti kerja dan tinggalkan semua. Papa tinggal dengan arwah atuk di kampung. Berbulan-bulan. Mama Riz tak pernah tahu.”
“Pa, what are you trying to tell me?” Fariz kian keliru.
Aziz senyum manis. “Maksud mungkin cukup, mungkin tak cukup!”
MASIH beralaskan lengan, Fariz membuka mata, terus menyambar bintang-bintang yang berkerlipan. Membawa sinar pada malam yang gelita itu. Keluhan panjang terhempas dengan sendirinya.
Waktu itu, dua tahun yang lalu, dia langsung tidak mengerti makna yang cuba papa sampaikan melalui kisah silam papa dengan mama. Namun semenjak hubungannya dengan Shereen mula dilanda badai, dia selalu fikirkan cerita itu. Terngiang-ngiang di telinganya. Dan, hari demi hari, dia mula faham.
Dua bulan lalu dia menghadiri majlis perkahwinan Shereen dengan Jaspal. Dua bulan lalu dia bertemu wajah dengan gadis bernama Raisya itu. Dua bulan lalu dua individu yang tidak pernah mengenal dan sama patah hati—dia dan Raisya—ditemukan dengan dua individu yang bersahabat baik dan terpaksa berkahwin atas pilihan keluarga—Jaspal dan Shereen.
Dan, dua hari lalu Shereen menemuinya; terang-terang mengaku masih sayang kepadanya dan mahu kembali padanya.
Malam ini dia benar-benar faham dengan maksud ‘Mungkin cukup, mungkin tak cukup’ papa! Dia akan gunakan kebetulan yang menyapa berulang-ulang, mengubahnya menjadi satu takdir.
Dia akan pastikan Raisya menepati katanya. Dia akan perkenalkan gadis kecil molek itu kepada Neesa!
Fariz kembali memejam mata bersama senyum penuh makna.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 10, 2012 09:15

Bikash Nur Idris's Blog

Bikash Nur Idris
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Bikash Nur Idris's blog with rss.