.: sayang dia suam-suam [4] :.
Suasana di hadapan Vila Fatih yang luas itu hingar. Vila Fatih yang dari luar saja sudah dapat nampak bezanya. Dan sangat-sangat berbeza di halamannya pula. Dari muka hadapan pintu utama, kelihatan lima orang gadis dalam lingkungan usia 20 hingga 25 tahun berbaris. Kemas dengan pakaian berwarna hitam daripada kemeja yang tersarung sehinggalah seluar yang membaluti tubuh masing-masing. Apron hitam ikut melekat pada tubuh masing-masing. Rambut empat daripada lima gadis tersanggul rapi, tanpa anak-anak rambut mencacatkan kekemasannya. Manakala seorang lagi bertudung hitam, sama rapi letak duduknya.
Di sebelah kiri, bertentang dengan lima gadis tersebut, kelihatan empat orang lelaki berbaris. Tiga daripadanya mendekati usia 40-an manakala seorang lagi pertengahan 20-an. Seluar hitam serta kemeja hitam, berserta tali leher hitam pada tubuh masing-masing. Saling tak tumpah seperti Fahmi. Tampil kemas dan rapi.
Sirin yang baru mengatur langkah hendak memasuki Vila Fatih, terhenti di muka pintu. Kaku tengok tubuh-tubuh di kiri kanannya, berbaris bak kadet diberi arahan sedia. Sedikit kaget Sirin terima sambut sebegini. Nampaknya, memang banyak yang berubah pada Vila Fatih selama ketiadaannya. Semua jadi teratur, begitu formal. Walau sekejap tadi Syamsul sudah pun memaklumkan kepada dia secara ‘paksa’, betapa berubahnya Vila Fatih, namun tak pula Sirin jangka sebegini sekali. Tapi, rasa terperanjat serta rasa terkejut Sirin hilang apabila lihat dua wajah yang amat dikenalinya, sedang menghampiri. Bersama senyum mesra serta sepasang mata yang sarat dengan kasih sayang. Membuatkan Sirin tertewas dengan rindunya sendiri. Kalah kepada dirinya sendiri.
Nyata di sini, ada yang tidak berubah.
“Selamat pulang, Rin.” Senyum pada bibir Pak Tua melebar apabila kakinya terhenti di hadapan Sirin.
Benar kata Syamsul seketika tadi. Pak Tua di depannya kini bukan Pak Tua yang dulu. Kemas sekali dan nampak berkeyakinan. Malah, nampak segak, sekalipun usia lelaki itu sudah melebihi 60 tahun. Pak Tua masih nampak sihat dan kuat.
“Bukan macam tu, bang.” Mak Tua menyiku lembut perut Pak Tua. “Macam ni… Selamat pulang, anakku…” Dia mendepakan tangan. Berharap Sirin tak menghampakannya.
“MT…” Tanpa rasa teragak, Sirin menerpa ke dalam pelukan tubuh gempal Mak Tua. Pelukan inilah yang sering dirinduinya. Tapi selama ini dia perlu kuatkan hati atas apa yang telah dilakukan oleh Azaim.
Namun kali ini Sirin mengalah dengan hatinya kerana mungkin saja ini kali terakhir dia memeluk tubuh Mak Tua begini. Merasai hangat dakapan yang sarat dengan kasih sayang untuknya semenjak dulu. Selepas ini, dia tidak akan punya peluang sebegini.
“Selamat pulang, Rin, selamat pulang. Rindunya Mak Tua kat Rin. Rindu sangat.” Mak Tua memeluk kuat tubuh kurus Sirin. Mahu memuntahkan segala perasaan rindu yang terhimpun dalam hatinya selama berjauhan dengan gadis itu.
Mak Tua akan pastikan Sirin tak tinggalkan mereka lagi. Dia akan tentukan Sirin terus tinggal di Vila Fatih, menjadi salah seorang ahli keluarga arwah Tuan Azamuddin dan Puan Nurfatih. Secara rasmi.
Mak Tua sudahnya meleraikan pelukan lalu memegang kedua-dua pipi Sirin, perlu menjingkit sedikit dek ketinggian gadis itu, kemudian menarik wajah itu dekat ke mukanya. Dikucup semahu-mahunya setiap inci paras yang dinantikan sekian waktu.
“MT!” Sirin menjerit kecil, namun tak pula tolak kucupan-kucupan yang singgah. Ciuman bertubi-tubi itu juga masih belum berhenti. Hilang rasa sedih Sirin mengenang perpisahan yang bakal ditempuh tidak lama lagi.
Tawa Sirin meletus tanpa dia mahu. Galak dan kuat. Berdekah-dekah sehinggakan beberapa senyuman yang semenjak tadi cuba disembunyikan, akhirnya tersungging tanpa waswas. Kiri dan kanan tunjuk gigi.
“Ya Allah… MT, lemas budak tu kang. Hei, awak ni!” Pak Tua akhirnya menarik tubuh isterinya jauh daripada Sirin. Menyelamatkan gadis itu sebelum digomol lebih-lebih lagi oleh isterinya. Kerana Pak Tua faham betapa dalamnya rindu wanita itu, yang tersimpan lima tahun lamanya untuk Sirin. Dia menanggung harga rindu yang serupa, namun bukan caranya meluahkan perasaan itu sebagaimana yang dilakukan oleh isterinya—walaupun dia mahu!
Kata-kata Pak Tua membuatkan tawa Sirin berderai lagi. Lanjut. Sehinggakan tawa kecil lain, dari kanan dan kiri, ikut meletus.
“Apa abang ni! Saya rindukan Rinlah! Biarlah saya peluk cium dia!” Mak Tua melarikan diri daripada suaminya lalu cuba meraih semula tubuh Sirin.
Namun Pak Tua lebih pantas menyambar lengan Mak Tua. Membawa tubuh si isteri dekat dengannya kembali. Masih mahu jadi penyelamat Sirin.
“Saya tak nak awak lemaskan Rin. Tak bernafas budak tu bila awak peluk dia sekuat tu. Awak bukan saiz S, tapi XXL. Budak tu baru baliklah. Bagilah dia bernafas. Kang dia lari balik UK sana, baru awak tahu!” Pak Tua mencerun.
“Saya nak peluk dia, cium dia, suka hatilah!” Mak Tua belum mengalah. Membalas dengan pandangan tajam, sengit. Mulut pun dah muncung ke depan. Kalah cencorot.
“Ya Allah… MT, PT, Rin rindu sangat dekat MT dengan PT. Rindu nak dengar MT dengan PT tikam lidah macam ni, panggil PT, MT macam ni.” Kali ini Sirin melontar tubuh kepada kedua-dua orang tua di hadapannya. Tangan kanan peluk Pak Tua dan tangan kiri rangkul Mak Tua.
Merekalah yang sering menjaganya, tidak ubah bak anak sendiri, sebagaimana arwah Tuan Azamuddin dan Puan Nurfatih. Pelukannya pada tubuh kedua-duanya dieratkan. Mahu menjelaskan kepada mereka, dia turut merasai perasaan yang sama. Rindu yang serupa selama tidak bertemu. Malah mungkin saja di masa akan datang nanti.
MT, PT… maafkan Rin. Rin tak boleh terus kat sini. Rin tak kembali untuk bersama MT dan PT, sebaliknya untuk tinggalkan semua yang pernah Rin ada kat sini—walau ada untuk seketika saja. Ini bukan tempat Rin. Rin tak punya ruang kat sini. Tuan Azaim telah pastikannya. MT, PT, maafkan Rin…

Published on July 20, 2012 10:23
No comments have been added yet.
Bikash Nur Idris's Blog
- Bikash Nur Idris's profile
- 78 followers
Bikash Nur Idris isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.