Hilal Asyraf's Blog, page 55

July 19, 2014

30 Hari Mencari Tuhan: Kebesaran Allah SWT

1470152_579585532095721_935112250_n

Picture by UmarMita


 


Allah SWT itu Maha Besar. Kita tahu. Kita maklum akan maklumat itu. Bahkan di dalam solat kita, berulang kali kita melaungkan “Allahuakbar”, yang bermaksud Allah Maha Besar, mengakui bahawa fakta tersebut bukan sekadar fakta, tetapi juga sebuah realiti yang membawa tunduknya kita kepada segala perintahNya.


Namun kadangkala kita lupa besarnya Allah SWT, lantas kita larut dengan segala maksiat dan penderhakaan terhadapNya.


Kita pula yang menyangka kita lebih besar daripada Allah SWT, mungkin kerana itu kita rasa berani dan kuat untuk meninggalkan segala perintahNya, dan sesuka hati melaksanakan apa yang Dia larang.



Besarnya Allah SWT


Marilah sama-sama kita bertenang sejenak. Mengambil masa untuk bermuhasabah dan menilai diri. Sebenarnya kita dengan Allah SWT, bagaimanakah bandingannya? Jika kita nyatakan selama ini Allah SWT Maha Besar, sebesar manakah Allah SWT itu di dalam minda dan jiwa kita?


Saya ingin mengajak anda semua membayangkan Malaysia ini. Bagaimanakah bandingan saiz anda dan saiz Malaysia? Anda kelihatan kecil bukan. Bahkan dari atas, anda tidak dapat dilihat pun dengan mata kasar.


Bagaimana pula jika kita angkat lagi pandangan kita ke atas? Membandingkan Malaysia dengan seluruh bumi ini? Ya, Malaysia kelihatan sangat kecil bukan? Bagaimanakah dengan saiz anda ketika itu?


Sangat-sangat-sangat-sangatlah kecil.


Kita tidak berakhir di situ. Kita menerobos ke luar galaksi bima sakti, dan memerhatikan seluruh yang ada di dalamnya, Matahari, Jupiter, Marikh, Zuhal, Neptun dan lain-lain termasuk bumi. Bumi kelihatan kecil sahaja bukan?  Di manakah Malaysia ketika itu? Langsung tidak kelihatan. Bagaimana pula kita? Lagilah.


Tetapi alam ini tidak hanya seluas galaksi bima sakti. Kita faham bahawa alam ini mempunyai banyak galaksi yang lain. Maka kita keluar dari semuanya. Ke sempadan alam. Melihat galaksi-galaksi. Di manakah Galaksi Bima Sakti? Tidak kelihatan langsung!


Di manakah Bumi ketika ini? Tidak mampu mata kita melihatnya!


Bagaimana saiz kita ketika ini? Mungkin ibarat bakteria sahaja!


Dan tahukah Allah SWT itu lebih besar dari semua yang baru kita bicarakan tadi?


“Allah menciptakan segala sesuatu, dan Dialah yang berkuasa atas segala-galanya.” Surah Az-Zumar ayat 62.


“Segala puji bagi Allah, Pentadbir seluruh alam!” Surah Al-Fatihah ayat 2.


Ya, itulah bandingan Allah SWT dengan kita. Dan itu hanya apa yang mampu kita bayangkan dengan minda kita yang terbatas. Allah SWT nyata lebih dari itu lagi kebesaranNya. Maha Suci Dia dari apa yang mampu dibayangkan oleh makhluk-makhlukNya.


Namun cukuplah dengan apa yang dapat kita gambarkan tadi, untuk menyedarkan betapa kerdilnya kita pada hakikatnya.


 


Menjiwai Kekerdilan Ini


Menghayati kebesaran Allah SWT tadi, membuatkan kita dapat sedikit sebanyak memahami mengapa Allah SWT langsung tidak memerlukan kita. Mengapa segala penyembahan dan ketaatan kita sebenarnya tidak menyumbang sedikit pun kepada keagunganNya. Dia telah sedia besar dan agung walaupun tanpa kita.


Kita ini terlalu kerdil.


Bila menyedari kebesaran Allah SWT, kita sebenarnya rasa malu dengan keegoan kita selama ini. Dan Allah SWT Yang Maha Besar itu masih lagi sudi dari masa ke semasa memberikan kita ini peluang demi peluang! Allahuakbar, kasihNya Allah SWT!


Penghayatan tadi juga membuatkan kita merasa gerun dan ngeri, apabila menggambarkan yang neraka itu nanti diciptakan oleh Allah SWT Yang Maha Besar ini. Pastilah segala seksaan dan penderitaan yang wujud di dalam neraka nanti sangat dasyat dan tidak terbayang dek akal.


Di sinilah kita mula memahami, apalah sukarnya Allah SWT sebelum ini untuk membelah laut bagi melemaskan Firaun, juga menterbalikkan dan menghempas Kaum Lut yang derhaka, menurunkan hukuman kepada kaum Madyan, Thamud dan ‘Ad. Begitulah juga Allah SWT ini tidak sedikit pun sukar sebenarnya hendak mengazab dan menurunkan bencana terhadap kita!


Tetapi kita masih membaca buku ini. Kita masih tidak dihukum olehNya.


Apakah yang sepatutnya, kita hamba yang kerdil ini lakukan?


Bukankah menjiwai kekerdilan kita, dan sujud mengharapkan belas ihsan Allah SWT Yang Maha Besar ini?


Atau kita mahu untuk terus angkuh?


Allahuakbar! Moga kita dapat menyebat diri kita, melenturkan keegoan, dan melepaskan diri dari diperhambakan keangkuhan diri sendiri.


Kita tunduk kepada Allah SWT Yang Maha Besar.


 


Memadamkan Keangkuhan Dan Keegoan, Mula Membina Peribadi


Iblis ingkar kepada Allah SWT adalah kerana keangkuhan dan keegoan dirinya. Yang merasakan dirinya lebih mulia dan lebih bagus daripada Adam AS, hanya semata-mata kerana dia diciptakan dari api.


Itulah penderhakaan pertama di alam ini.


Dan Iblis, sebagai makhluk yang awal, yang dekat dengan Allah SWT sebelum ini, sudah pastilah lebih maklum akan kebesaran Allah SWT. Namun keegoan dan keangkuhan menyebabkan pengetahuannya tidak memberikan kepada dirinya apa-apa makna.


Begitulah kita jika selepas menyedari kebesaran Allah SWT, masih memilih untuk tidak merengkuh keegoan dan keangkuhan dari diri kita sendiri. Kita akan terus melakukan penderhakaan dan kemaksiatan, merasakan yang Allah SWT tidak berkuasa apa-apa ke atas kita.


Dan sesungguhnya ketika itu kita telah memilih jalan yang penuh dengan kerugian.


Hayatilah kebesaran Allah SWT tadi, dan jiwailah kekerdilan diri. Rengkuh keegoan dan keangkuhan, kemudian mulalah membina diri. Kalau kita rasa diri sudah bagus, diri sudah betul, diri sudah sempurna, memang kita tidak akan dapat membuka jalan ke arah perubahan.


Tetap jika kita merasakan yang diri kita kerdil, banyak kekurangan, banyak kelemahan, saya yakin kita akan dapat bergerak ke arah perubahan, ke arah peningkatan.


Sama-samalah kita muhasabah.


Sesungguhnya kita sama-sama bukan sesiapa di hadapan Allah SWT.


Ingat-ingatlah akan perbandingan yang kita lakukan sebentar tadi.


Jangan lupa yang kita ini tidaklah sebesar mana sebenarnya.


The post 30 Hari Mencari Tuhan: Kebesaran Allah SWT appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 19, 2014 08:08

30 Hari Mencari Tuhan: Allah SWT Tidak Akan Sesekali Zalim Dan Memungkiri JanjiNya.

Fly_by_Brvno


 


Manusia, serapat mana pun mereka dengan kita, mereka tidak akan mampu memberikan penialaian yang 100% benar berkait kita. Hatta ibu yang mengandungkan kita sekalipun. Ini kerana mereka adalah manusia, dan wujud antara mereka batasan-batasan di dalam hidup ini, yang menyebabkan mereka tidak akan mampu memberikan penilaian yang sebenar mengenai kita.


Manusia tidak bersama kita 24 jam, sepanjang kehidupan kita. Manusia tidak mampu menilai apa yang ada di dalam hati kita. Manusia punya emosi dalam membuat perhitungan, dan dia hanya mampu membuat satu-satu penilaian berdasarkan apa yang dia lihat, serta apa yang dia dengari.


Manusia juga takkan sentiasa dapat memenuhi janjinya. Walaupun dia tidak ingin memungkirinya, sebagai manusia, pastilah akan ada kelemahan-kelemahannya, seperti lupa, seperti tidak mampu, hingga dia tidak dapat memenuhi semua yang diperkatakannya kepada kita.


Namun Allah SWT bukan seperti itu.


Allah SWT adalah yang paling adil. Dia juga adalah yang tidak akan sesekali memungkiri janjiNya.



Pengharaman Allah SWT Terhadap Kezaliman


Allah SWT telah mengharamkan kezaliman bukan sahaja kepada hamba-hambaNya, tetapi kepada diriNya sendiri. Ini bermakna, zalim takkan sesekali wujud sebagai sifat atau tindakan Allah SWT. Dengan itu, Allah SWT memberikan peringatan bahawa zalim juga menjadi haram kepada kita.


“Wahai hamba-hamba-Ku sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku menjadikannya haram di antara kalian maka janganlah kalian saling menzalimi.” Hadith Qudsi Riwayat Muslim.


Allah SWT tidak akan sesekali meletakkan buat kita apa balasan terhadap apa yang tidak kita usahakan.


“Dan bahawasanya seorang manusia tidak mendapat selain apa yang telah diusahakannya.” Surah An-Najm ayat 39.


Tidak juga sesekali Dia tersalah atau terlupa. Dengan itu perkiraan dan penilaianNya adalah amat tepat sekali.


“(49) Firaun berkata: Jika demikian, siapakah Tuhan kamu berdua, hai Musa(dan  Harun)? (50) Nabi Musa menjawab: Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya, kemudian Ia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya. (51) Firaun bertanya lagi: Jika demikian, bagaimana pula keadaan kaum-kaum yang telah lalu? (52) Nabi Musa menjawab: Pengetahuan mengenainya ada di sisi Tuhanku, tertulis di dalam sebuah Kitab. Tuhanku tidak pernah keliru dan Ia juga tidak pernah lupa.” Surah Toha ayat 49-52.


Tidak akan ada apa pun yang bakal terlepas daripada penilaian Allah SWT.


                “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” Surah Al-Zalzalah ayat 7-8.


Untuk orang yang beriman, ini adalah motivasi untuk benar-benar menjadikan diri sebagai hamba Allah SWT setiap masa. Bukan semata-mata di hadapan manusia sahaja. Tetapi juga ketika mata-mata manusia tidak dapat melihat dirinya. Kerana dia mengetahui bahawa Allah SWT sedang memerhatikannya.


Ini juga membuatkan orang yang beriman kekal ikhlas dalam beramal. Dia tidak kisah membuat kebaikan-kebaikan walau tiada manusia yang menilai. Tidak pula dia terasa malas ketika mana tiada manusia mahu menonton kebaikannya. Tidak pula dia akan berputus asa jika kebaikannya tidak mendapat sambutan.


Kerana dia tahu Allah tidak akan sesekali menzalimi dirinya.


Dia meyakini bahawa Allah sahajalah penilai terbaik buat dirinya. Dan dia tidak memerlukan penilaian lain selain penilaian daripada Allah SWT.


Oleh kerana Allah tidak zalim, maka kita pun sebenarnya patut malu untuk menzalimi diri sendiri dengan tidak mengejar rahmat dan kasih sayang Allah SWT.


 


Janji Allah SWT Itu Pasti


Allah SWT juga tidak sesekali akan memungkiri janjiNya. Di dalam Al-Quran, hal ini ditegaskan beberapa kali di pelbagai tempat.


                “Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya dan (katakanlah kepada mereka): Sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.” Surah Al-Hajj ayat 47.


                “Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-RasulNya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya)” Surah Ibrahim ayat 47.


Ini membuatkan kita sebagai hambaNya patut rasa sensitif dengan segala ganjaran dan ancaman yang telah Allah SWT janjikan buat kita di dalam Al-Quran, atau di dalam hadith melalui Rasulullah SAW.


Jika pun kita melihat kebaikan dan kejahatan kita tidak mendapat apa-apa balasan yang selayaknya di duni, takutlah kita bahawa masih wujudnya akhirat, yang mana di akhirat itulah Allah SWT berjanji akan menyempurnakan semuanya urusan berkait kita. Di sana tidak akan ada yang terlepas. Sedang dunia pula, segala kesenangan, atau kesukaran yang kita perolehi, hakikatnya semua adalah sementara dan merupakan ujian semata-mata.


                “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” Surah Ali-Imran ayat 185.


Apabila kita yakin dan percaya bahawa Allah SWT tidak sesekali memungkiri janjiNya, kita menjadi yang bersangka baik dan positif. Sekaligus benar-benar menjadi yang luar biasa, kerana mampu kekal untuk positif, walaupun mungkin kelihatannya seperti apa yang Allah SWT janjikan itu lambat sampai, atau tidak sampai.


Kita tahu, sangka baik dan kesabaran kita dengan Allah SWT, ada ganjaran yang besar di sisiNya.


 


Allah Bukan Manusia


Kita memang kadangkala merasa malas dan berputus asa, bukan kerana kita mahu malas dan berputus asa. Tetapi kerana sikap manusia yang jelek di sekeliling kita. Yang mungkin mengkhianati kita, yang mungkin berbuat jahat kepada kita, yang mungkin merobek keyakinan kita dan menganiaya kita.


Tetapi Allah SWT tidak sedemikian rupa. Allah bukan manusia. Allah bukan makhluk. Allah itu suci dari segala kekurangan dan kecacatan. Dia suci dari segala pengkhianatan dan kezaliman.


Allah SWT akan sentiasa bersama kita.


Keyakinan ini membuatkan kita hidup.


Lantas walau apa pun manusia buat kepada kita, walau apa pun manusia telah pamerkan kepada kita, itu tidak akan sesekali mengubah diri kita.


Kerana kita tujuan hidup kita bukan manusia.


Kita mahu pulang kepada Allah SWT, dan Allah SWT yang sebenarnya bakal menilai kita.


Maka keredhaan Allah SWT sahaja kita cari. Dan tidak sesekali kita akan bazirkan kehidupan kita untuk mencari puas hati manusia lain.


Dengan ini, kita merdeka. Jiwa kita merdeka dari perhambaan sesama manusia. Jiwa kita bebas dan menjadi kuat. Lantas kita akan mampu menempa kejayaan, menempuh segala cabaran dan duga, seterusnya melakar kecemerlangan di dunia dan akhirat sana.


InsyaAllah!


The post 30 Hari Mencari Tuhan: Allah SWT Tidak Akan Sesekali Zalim Dan Memungkiri JanjiNya. appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 19, 2014 07:20

July 18, 2014

30 Hari Mencari Tuhan: Talian Hayat Daripada Allah Sepanjang Kehidupan

 


mainworkstress1_600x450


Kalau kita pernah melihat rancangan “Who Want To Be A Millionaire”, kita akan biasa dengan terma ‘talian hayat’. Terma itu digunakan jika peserta ingin meminta bantuan luar, sama ada dengan memadamkan dua daripada empat sediaan jawapan, meminta undian daripada penonton, atau menelefon rakan untuk bertanyakan jawapan.


Dalam kita memikul tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah di atas muka bumi ini, yang mana bumi ini pula penuh dengan dugaan dan cabarannya, Allah SWT tidak meninggalkan kita terkapai-kapai sendiri untuk menyempurnakan tanggungjawab itu.


Allah SWT hakikatnya telah menyediakan amat banyak talian hayat buat kita. Semuanya untuk membantu dan memudahkan urusan kita sepanjang kehidupa di atas muka bumi ini.


Apakah kita menyedarinya?



Janji Penggandaan Pahala


Allah SWT telah meberikan banyak keringan kepada kita sebenarnya, dalam membantu kita untuk memenangi ujian di atas muka bumi ini. Antaranya adalah gandaan pahala apabila kita mentaati perintahNya, gandaan ganjaran apabila kita melaksanakan kebaikan.


Perhatikan firman Allah SWT:


  “Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).” Surah Al-An’am ayat 160.


Begitu sekali Allah SWT membantu kita. Buat amal kebaikan, gandaannya adalah sepuluh. Manakala melaksanakan amal kejahatan, Allah SWT hanya kira berkadar dengan apa yang dilakukan. Ini bermakna, setiap kali kita melaksanakan satu amal kebaikan, Allah SWT membalas pahalanya 10 kali ganda buat kita. Allahuakbar! Maha Kasih Allah SWT kepada hamba-hambaNya.


Perhatikan pula bila kita membaca Al-Quran, apakah yang Allah SWT janjikan kepada kita di dalam sabda Rasulullah SAW:


“Siapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah (Alquran ), ia akan mendapatkan satu kebaikan yang nilainya sama dengan 10 kali ganjaran (pahala). Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf.” Hadith Riwayat Tirmidzi.


MasyaAllah. Ini bermakna, baru membaca ‘Alif Lam Mim’ sahaja, kita sudah mendapat 30 pahala di sisi Allah SWT. Bagaimana pula dengan membaca seluruh muka surat? Bagaimana pula bila kita membiasakan diri kita membaca satu juzu’ atau setengah juzu’ Al-Quran setiap hari?


Betapa pemurahnya Allah SWT! Apakah yang kita lakukan? Apakah kita mengejar ini semua?


Lihatlah pula apa ganjaran Allah SWT kepada mereka yang bersedekah, yang menyumbangkan harta mereka di jalan Allah SWT.


  “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” Surah Al-Baqarah ayat 261.


Setiap derma itu disamakan dengan sebiji(1) benih, yang tumbuh daripadanya tujuh(7) tangkai, dan pada setiap tangkai pula ada seratus(100) biji atau buah, yakni hasil. Apakah kita nampak perkiraan itu? Yakni 1x7x100 = 700!


Setiap derma yang kita berikan di jalan Allah SWT, untuk kebaikan, akan digandakan pahalanya dengan 700 gandaan! Allahuakbar. Banyaknya!


Apakah kita melihat pula pahala puasa di sisi Allah SWT?


Rasulullah SAW bersabda: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah SWT telah berfirman: Melainkan puasa, kerana ianya untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau Misk. (minyak wangi kasturi).” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.


Lebih lagi dari 700 kali ganda, lebihnya pula hingga Allah SWT nyatakan Dia sendiri yang akan membalasnya(bermakna perkiraannya adalah amat rahsia, kerana teramat mulia, hingga digambarkan Allah sendiri yang akan membalasnya).


Bagaimana kita boleh menyatakan yang Allah SWT membiarkan kita untuk mengharungi dunia yang penuh ujian ini? Sesungguhnya bila kita sendiri yang mengabaikan semua ini, kitalah hakikatnya yang menzalimi diri sendiri. Sedangkan Allah SWT sudah Maha Pemurah dalam memberikan ganjaran kepada hamba-hambaNya!


Ini baru perkara-perkara yang saya boleh nyatakan dalam artikel serba pendek ini. Dan ini baru ganjaran berbentuk ‘pahala’, belum lagi ganjaran seperti syurga, pertolongan Allah, pengampunan dosa, yang banyak tercatat di dalam Al-Quran dan hadith, yang menanti untuk kita telaah dan teliti sendiri. Apakah kita menyelak Al-Quran dan hadith untuk menyedari janji-janji Allah SWT kepada kita?


 


Hari dan waktu-waktu yang istimewa


Tidak cukup dengan segala apa yang disediakan tadi, Allah SWT memberikan pula di dalam kehidupan kita ini hari dan waktu-waktu yang istimewa untuk diperhebatkan lagi ganjaranNya kepada kita. Betapa sayangnya Allah SWT kepada hamba-hambaNya.


 


a)      1/3 terakhir di waktu malam.


Perhatikanlah 1/3 terakhir malam. Yang mungkin saban hari kita lepaskannya, kita gantikannya dengan mimpi-mimpi, tetapi lihatlah apa yang Allah SWT sediakan pada waktu itu untuk kita.


Rasulullah SAW bersabda: “Tuhan kita Tabaaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia saat sepertiga malam terakhir. Lalu Dia berkata: Siapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan. Siapa yang memohon kepadaku, nescaya akan Aku berikan. Siapa yang meminta ampun kepada-Ku, nescaya akan Aku ampuni.” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.


Betapa istimewanya 1/3 terakhir pada waktu malam.  Hingga digambarkan Allah SWT turun ke langit dunia, menandakan amatlah dekatnya Dia dengan para hambaNya ketika itu, dan menawarkan pula keampuan kepada hamba-hambaNya yang berdosa. Kitalah itu. Apakah kita menghargai momen ini?


b)      Hari Jumaat


Hari Jumaat terkenal sebagai ‘penghulu hari’. Ianya adalah hari yang sangat mulia berbanding hari-hari lain dalam seminggu. Hari ini sangat istimewa hingga Allah SWT menamakan salah satu surah di dalam Al-Quran dengan namanya.


“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” Surah Al-Jumu’ah ayat 9.


“Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam AS diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.” Hadith Riwayat Muslim.


Pada hari ini Rasulullah SAW ada menyatakan bahawa wujudnya satu waktu di mana jika kita mengharapkan kebaikan, Allah SWT akan memakbulkan permintaan kita. Perkara ini juga seakan diberikan ‘hint’ sendiri oleh Allah SWT apabila Dia menyatakan: “yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” Surah Al-Jumu’ah ayat 9.


 


 


c)       10 Hari Pertama Dzulhijjah.


Allah SWT menyediakan pula kepada kita ruang beramal dengan janji ganjaran pahala yang tinggi semasa 10 hari pertama di bulan Dzulhijjah.


Perhatikan hadith Rasulullah SAW yang berikut:


“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini. Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah?Rasulullah bersabda: Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” Hadith Riwayat Ahmad dan Tirmidzi.


Besar sekali peluang ini, dan betapa banyak antara kita yang membiarkannya berlalu pergi begitu sahaja.


d)      Ramadhan.


Dalam setahun mengharungi pelbagai mehnah dan tribulasi kehidupan, Allah SWT mengurniakan kita sebulan yang penuh barakah. Yang setiap detik di dalamnya adalah rahmat. Yang pada seluruh waktu di dalamnya, wujud janji untuk pengampunan dan gandaan pahala. Itulah dia Ramadhan.


 “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)” Hadith Riwayat Bukhari.


Tidak cukup dengan tawaran itu, Allah SWT akan melemahkan pula ujian dan dugaan terhadap kita, memberikan peluang untuk kita ‘bernafas’ dan membina kekuatan.


Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tibanya Ramadan maka terbukalah pintu-pintu syurga serta tertutuplah pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan digari.” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.


Allah SWT pula memberikan kepada hamba-hambaNya satu kelebihan yang tidak terhingga di dalam Ramadhan ini, yakni dengan mengurniakan satu malam yang nilainya ibarat seribu bulan. Itulah dia Malam Al-Qadr. Lailatul Qadr.


Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” Surah Al-Qadr ayat 1-9.


 


Allah SWT Sentiasa Memberikan Peluang


Allah SWT pula tidak terus menghukum kita apabila kita melakukan dosa. Allah SWT memberikan peluang kepada kita, dengan memanjangkan umur kita, memberikan kita masa untuk bertaubat.


Hingga ke hari ini, umur kita masih diteruskan, walaupun kita sendiri sedar yang sebelum ini kita telah banyak melakukan penderhakaan kepadaNya.


Kita masih lagi diberikan peringatan, kita masih lagi diberikan pengajaran. Allah SWT masih lagi membuka pintu keampunan kepada kita. Ada antara kita bahkan dipanjangkan umurnya hingga melalui beberapa kali Ramadhan. Begitu sekali kasih Allah SWT kepada kita.


Apakah kita menghargainya?


Atau kita ingin mencabar Allah SWT hingga Dia menutup peluang ini daripada kita?


Terlalu Banyak Kasih Sayang Allah SWT Kepada Kita


Bila kita perhatikan semua ini, kita mula melihat betapa sebenarnya Allah SWT amat banyak memberikan kita kelebihan untuk memenangi ujian di atas muka bumi ini.


Tidak cukup dengan segala ganjaran dalam bentuk pahala ini, sebagaimana saya nyatakan sebelum ini, Allah SWT sendiri menawarkan pelbagai perkara lain seperti pengampunan, mustajab doa, pertolongan dan sebagainya. Bukan hanya gandaan pahala semata-mata.


Maka sepatutnya kita tidak merasakan yang Allah SWT sengaja menyusahkan kita dengan ujian di atas muka bumi ini. Ujian hakikatnya adalah untuk diri kita sendiri sedar, apakah kita layak untuk mendapat rahmat dan redha Allah SWT? Apakah kita layak untuk menghuni syurgaNya?


Allah SWT berfirman:


“(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu? (2) Dan Kami telah meringankan daripadamu bebananmu. (3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (5) Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6) Dan bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). (8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon.” Surah Al-Insyirah ayat 1-8.


Apa lagi kita mahukan sebenarnya?


Apa lagi sebenarnya alasan kita untuk tidak taat kepadaNya?


The post 30 Hari Mencari Tuhan: Talian Hayat Daripada Allah Sepanjang Kehidupan appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 18, 2014 23:56

30 Hari Mencari Tuhan: Neraka Allah SWT

Tree


 


Neraka adalah tempat pengakhiran yang buruk, yang telah Allah SWT janjikan kepada hamba-hambaNya yang memilih untuk derhaka. Neeraka bukanlah hak milik manusia. Justeru tiada antara kita sebenarnya yang layak menerakakan orang lain.


Apa yang kita sebagai hamba Allah SWT patut laksanakan ialah menyelamatkan diri kita dan orang lain daripada neraka Allah SWT. Bukan menjadi hakim tidak bertauliah untuk melemparkan orang lain ke nerakaNya, kerana sesungguhnya kita langsung tidak berhak, dan takut-takut dek kerana keangkuhan kita itu, kitalah yang dilemparkan Allah ke sana.


Neraka bukanlah perkara ilusi untuk menakut-nakutkan kita.


Neraka adalah sebuah destinasi, ianya adalah sebuah realiti. Neraka adalah hasil dari pilihan kita sendiri di atas muka bumi. Iaitu pilihan untuk menderhakaiNya.


Kadang-kadang kita hidup di atas muka bumi  ini dalam keadaan lupa bahawa wujudnya neraka, sebagai tempat untuk Allah membalas segala kejahatan dan keburukan kita.



Pilihan Ada Konsikuensinya


Kita sudah membicarakan sebelum ini bahawa Allah SWT memberikan kebebasan untuk memilih kepada kita. Namun apa yang kita perlu sedar bahawa, kebebasan untuk memilih itu datang bersamanya dengan kesediaan untuk menghadapi konsikuensi, yakni kesan, terhadap apa yang telah dipilihnya.


Bila seseorang atau sekumpulan manusia memilih untuk merompak bank, dia sudah pasti bersedia untuk berhadapan dengan konsikuensi ditangkap dan dipenjarakan, serta kemudian dijatuhkan hukuman. Perompak yang profesional mungkin akan menyediakan perancangan untuk melepaskan diri dari ditangkap.


Bezanya di sini, mereka yang memilih untuk derhaka dengan Allah SWT, tidak akan sesekali terlepas, kerana Allah SWT itu Tuhan dan tidak wujud padaNya kelemahan atau kesusahan untuk melaksanakan pengadilan kepada semua hambaNya.


Allah SWT telah mengwar-warkan perkara ini dengan menurunkan Al-Quran, dan mengutuskan Rasulullah SAW, agar realiti ini sampai kepada kita, dan kita tidak berkata bahawa Allah SWT tidak menyatakannya kepada kita.


Allah SWT berfirman:


  “Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).” Surah Al-Israa’ ayat 15.


 


Ngerinya Neraka Allah SWT


Bagi yang benar-benar tahu apa yang Allah sediakan buat mereka yang memilih untuk menderhakaiNya, pastilah sebenarnya tidak akan tergerak untuk sengaja memilih jalan tersebut.


Kerana realitinya neraka itu sangatlah mengerikan. Azab yang disediakan hakikatnya tidak tertanggung oleh sesiapa pun.


Lihatlah bagaimana keadaan di neraka itu digambarkan oleh Allah SWT:


“(40) Sesungguhnya hari pemutusan hukum untuk memberi balasan, ialah masa untuk mereka semua berhimpun. (41) Iaitu hari seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat memberikan sebarang perlindungan kepada seseorang kerabat atau sahabat karibnya, dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan – untuk menghapuskan azab itu – (42) Kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (43) (Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum. – (44) –Buahnya- menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka). (45) -Makanan ini pula panas- seperti tembaga cair, mendidih dalam perut. (46) Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya. (47) -Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka-: Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka. (48) Kemudian curahkanlah di atas kepalanya – azab seksa – dari air panas yang menggelegak. (49) -Serta dikatakan kepadanya secara mengejek-: Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat -dalam kalangan masyarakatmu- (50) -Kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya-: Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya!” Surah Ad-Dukhan ayat 40-50.


Diakhiri pula gambaran ini dengan tamparan bahawa orang-orang yang diseksa ini dahulunya meragui akan kewujudan neraka. Ragu bermakna telah sampai kepada mereka maklumat berkait kewujudan neraka ini, tetapi mereka masih lagi tidak mengendahkannya, dan hidup seakan-akan neraka itu hanya sebuah imiginasi serta tidak akan terjadi. Lantas dipenuhi kehidupan mereka dengan penderhakaan kepada Allah SWT. Akhirnya mereka akan tersedar bahawa ini adalah realiti, dan kesedaran itu tidak akan dapat menyelamatkan mereka jika mereka hanya tersedar selepas menyaksikannya.


Allah SWT berfirman:


  “Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.” Surah As-Sajdah ayat 12.


Ya, pada hari itu nanti memang kita akan yakin. Yalah, kerana itu semua berlaku di hadapan kita. Namun kesedaran pada ketika itu sudah tidak bermakna lagi. Allah SWT tidak akan memberikan lagi kita peluang, maka terseksalah kita dengan seksaan yang sangat menyakitkan lagi penuh penderitaan.


“(19) Maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian dari api neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak. (20) Yang dengannya dihancurkan apa yang ada dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka. (21) Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka. (22) Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: Rasalah kamu azab seksa yang membakar!” Surah Al-Hajj ayat 19-22.


   “Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah; muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup dengan beberapa bahagian (yang gelap-gelita) dari malam yang gelap-gelita. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” Surah Yunus ayat 27.


Apakah kita sanggup melalui semua itu?


Atau soalan yang sebenarnnya ialah, apakah selepas mengetahui inilah yang bakal disediakan untuk kita, jika kita memilih jalan penderhakaan kepadaNya, kita masih rasa untuk suka-suka untuk membelakangkan perintahNya?


Kesakitan di neraka pula tidak akan menghilang. Kita akan kekal terseksa selama-lamanya jika terlempar ke sana. Na’uzubillah. Firman Allah SWT:


  “Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah An-Nisa’ ayat 56.


Ayat ini antara ayat yang menggambarkan kebenaran Allah SWT, apabila ianya telah membincangkan berkait kulit sebagai reseptor untuk kita merasakan kesakitan. Sebelum manusia membincangkannya, Allah SWT telah menyatakan 1400 tahun yang lampau. MasyaAllah!


Bila kulit menjadi reseptor kesakitan, justeru apabila ianya terbakar, kita sudah tidak akan lagi terasa sakit – walaupun kerosakannya tetap berlaku. Namun di neraka kelak, Allah SWT akan menyeksa kita dengan seksaan yang dasyat, hingga digantikan kulit kita setiap kali ia terbakar, agar kita merasakan sakit yang berterusan. Begitu sekali seksaan Allah SWT di neraka nanti.


Apakah kita berani untuk menempahnya?


Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam neraka Jahannam -


“(104) Api neraka itu membakar muka mereka, dan tinggalah mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat. (105) -Sambil dikatakan kepada mereka- Bukankah ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu terus-menerus mendustakannya? (106) Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami, dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat. (107) Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim. (108) -Allah- berfirman: Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu!” Surah Al-Mu’minun ayat 104-108.


Sepatutnya ayat-ayat ini memberikan tamparan keras kepada diri kita. Apakah kita mahu nanti, di akhirat kelak, kita ditempelak oleh Allah SWT, disuruh diam kerana Allah SWT langsung tidak mahu mendengar apa-apa pun daripada kita. Sedangkan di akhirat kelak, hanya Allah SWT sahajalah yang boleh menyelamatkan kita. Tiada bantuan yang akan dapat membantu kita selain Allah SWT.


“Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya, dan kepada orang yang diredai perkataannya. Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (dari hal-hal dunia), dan apa yang di belakang mereka (dari perkara akhirat); sedang mereka tidak mengetahuinya secara meliputi. Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya; dan sesungguhnya telah rugi dan hampalah orang yang menanggung.” Surah Toha ayat 109-111.


Sungguh ruginya kita. Sungguh celakanya kita pada hari itu, jika kitalah yang dilempar ke neraka.


Apakah kita benar-benar risau?


Atau kita buat tidak endah sahaja?


“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Ia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat? Allah berfirman: Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan. Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya; dan demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.” Surah Toha ayat 124-127.


“Telah datang ayat-ayat keterangan daripada Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya. Dan Demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan!”


Na’uzubillah!


Ampuni kami Ya Rabb!


 


Destinasi Pilihan, Dan Kemenangan Yang Hakiki


Kita memilih yang mana?


Dunia ini memang penuh dengan duga dan cabarannya. Ada pelbagai tarikan yang boleh membuatkan kita lupa kepada Allah SWT dan akhirnya alpa dalam misi kita untuk menjadi hamba yang diredhaiNya. Memang dunia ini ada pelbagai kesenangan yang terpampang di hadapan mata, hingga membuatkan kita terasa seperti malas dan tidak bermaya untuk berkorban, menjadi hamba Allah SWT yang baik.


Namun itulah dia ujiannya. Itulah yang perlu kita perangi dan tewaskan.


Dan Allah SWT tidak meninggalkan kita sendirian dalam peperangan itu. Kita sudah mengupas betapa kasih Allah SWT kepada kita. Betapa banyaknya peluang dan ‘talian hayat’ yang Dia berikan kepada kita. Betapa Dia sebenarnya telah banyak membantu kita untuk melepasi ujian ini.


Persoalannya adalah sejauh mana kita betul-betul mahu melepasi ujian ini, mengelak dari nerakaNya, dan pergi ke syurgaNya?


Itu persoalan yang mesti kita jawab sendiri.


Kita yang memilih.


  “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” Surah Ali-Imran ayat 185.


Mahu kemenangan hakiki, atau masih merasakan dunia inilah yang kita mahu kejari.


Muhasabah!


The post 30 Hari Mencari Tuhan: Neraka Allah SWT appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 18, 2014 10:51

30 Hari Mencari Tuhan: Syurga Allah SWT

___good_morning_ramadhan____by_oddzoddy-d42asc6


 


Ada yang menyatakan bahawa jika kita beramal kerana hendak mendapatkan syurga Allah SWT, maka itu sebenarnya adalah sebuah kesyirikan. Ini kerana kita telah menduakan Allah. Mereka yang berpendapat sebegini menyatakan bahawa, amal kita mestilah semata-mata kerana Allah SWT, bukan kerana yang lainnya, walaupun kerana syurgaNya.


Ini pada saya fahaman yang silap.


Tidak salah sebenarnya mengharapkan syurga Allah SWT, kerana itulah yang Allah SWT tawarkan kepada kita. Dengan itulah Allah SWT memotivasikan hamba-hambaNya. Itulah dia harapan yang Allah SWT suntikkan kepada kita, untuk bersabar dengan segala ujian di atas muka bumi ini, untuk tabah dan kental dalam mentaati perintahNya.


Ya, memanglah kelihatan bagus jika kita benar-benar mengharapkan redha Allah SWT semata-mata. Tetapi tidak perlulah terlalu angkuh dan mahu kelihatan sempurna, sehingga menganggap orang yang berhajat mendapatkan syurga Allah SWT itu sebagai syirik. Tiada salahnya.


Pada bahagian ini, saya ingin mengajak diri saya dan rakan-rakan untuk cuba melihat apakah tawaran Allah SWT kepada kita, jika kita benar-benar beriman dan hidup dalam ketaatan kepadaNya.


Kadang-kadang kita terlupa ini semua, lantas kita rasa sia-sia dalam mentaatiNya.


Sebenarnya kita silap. Allah SWT telah menyediakan ganjaran yang tak berbelah bagi buat hamba-hambaNya yang sabar dan percaya.



Apa yang dijanjikan Allah SWT


Apabila Allah SWT memberikan kepada kita tanggungjawab, Dia tidak memberikannya sekadar untuk membebankan kita. Walaupun hakikatnya Allah SWT telah memberikan kepada kita banyak kenikmatan dan kemudahan di atas muka bumi ini, hingga kita sebenarnya terlalu kerdil untuk meminta apa-apa lagi, Allah SWT Maha Pemurah hingga Dia pula menawarkan kita untuk berniaga denganNya.


“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn . Itulah kemenangan yang besar.” Surah As-Saf ayat 10-12


Dan ganjaran kepada perniagaan itu ialah syurgaNya yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, menandakan damainya syurga yang bakal dihuni kita nanti, juga digambarkan di sana mempunyai rumah-rumah mewah, menunjukkan kepada kita betapa megahnya kita di sana nanti.


Di dalam Surah Ar-Rahman, Allah SWT menerangkan dengan panjang lebar akan isi syurgaNya, sebagai balasan buat orang-orang yang berusaha bersungguh-sungguh untuk kekal di atas jalan kebaikan semasa hidup di atas bumiNya.


“(46)Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga. (47)Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (48) -Dua Syurga- yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan. (49) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (50) Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir. (51) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.  (52) Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).  (53) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?  (54) Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya – dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.  (55) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?  (56) Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin. (57) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (58) Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.  (59) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?  (60) Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik – melainkan balasan yang baik juga? (61) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?” Surah Ar-Rahman ayat 46-61.


Sepatutnya kita teruja bukan?


“(60) Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik – melainkan balasan yang baik juga? (61) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?” Surah Ar-Rahman ayat 60-61. Sepatutnya ayat ini mengetuk kita. Apakah kita masih tidak mahu bersegera melaksanakan kebaikan?


“(133)Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. (134) Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (135) Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).  (136) Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.” Surah Ali-Imran ayat 133-136.


Maha Suci Allah SWT.Tidaklah Dia menjanjikan ganjaran syurga ini kepada hamba-hambaNya yang sempurna dan baik sahaja. Tetapi juga Dia serukan janji ini kepada mereka yang telah terlanjur dan tersungkur di lembah maksiat serta penderhakaan. Allah memanggil mereka(yakni kita yang banyak dosa ini), untuk segera menghentikan penderhakaan kita, dan Dia masih sudi untuk mengurniakan syurga kepada kita. Allahuakbar.


Apakah kita akan mengkhianati kebaikan ini?


“(12) Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. (13) Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk. (14) Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.  (15) Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) – (16) -Keadaannya laksana- kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya. (17) Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari ‘Zanjabil’ (18) Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai ‘Salsabil’. (19) Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan. (20) Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya). (21) Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci. (22)-Serta dikatakan kepada mereka-: Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah).” Surah Al-Insan ayat 12-22.


MasyaAllah. Sempurnanya syurga ciptaan Allah SWT dan indah gambarannya kepada kita. Barangsiapa yang yakin dan beriman bahawa segala penat lelahnya akan diganti dengan ini semua, nyata akan merasakan yang penat lelahnya itu langsung sebenarnya tiada harga. Apalah sangat hendak dibandingkan penat lelah kita dalam mentaatiNya, dengan apa yang bakal Dia berikan kepada kita ini?


Apakah kita masih membiarkan diri kita terlepas dari semua ganjaran ini?


 


Sedikit Untuk Kita Sedar


Artikel ini akan menjadi lewah jika saya sekadar menabur lagi ayat-ayat Al-Quran berkait Syurga Allah SWT. Cukuplah sedikit yang dikongsikan untuk kita sedar apa sebenarnya yang sedang ditawarkan oleh Allah SWT kepada kita.


Ganjaran yang sangatlah besar dan berkali-kali ganda sebenarnya hendak dibandingkan dengan amal kita di atas dunia.


Jika kita seorang hamba Allah SWT yang melazimi pembacaan Al-Quran, dan merajinkan diri merujuk terjemahannya, lebih baik lagi membaca tafsir-tafsirnya, kita akan dapat melihat lebih banyak lagi perkara yang Allah SWT janjikan kepada kita.


Bahkan hakikatnya, Allah SWT bukan hanya menjanjikan kita perkara-perkara akhirat seperti syurga, tetapi juga Allah SWT sebenarnya telah menjanjikan kemudahan urusan di atas dunia ini. Betapa baiknya Allah SWT, dan bagaimana pula kita kepadaNya?


 


Kejayaan Yang Sebenar


Islam adalah sebuah cara hidup yang menekankan bahawa kehidupan di atas muka bumi ini hakikatnya adalah kehidupan yang sementara. Selepas mati, kita tidak akan terus lolos dan hilang. Kita akan dibangkitkan semula, dipertanggungjawabkan dengan segala apa yang telah kita lakukan sepanjang kehidupan kita di atas muka bumi.


Islam mendidik kita untuk menjadi seorang manusia yang bertanggungjawab, juga seorang manusia yang berwawasan, dengan mendidik kita untuk menghayati kehidupan selepas kematian, yakni kehidupan di akhirat kelak.


Apakah kita bercita-cita hendak pulang dan menetap di syurga?


Maka dengan amal di dunialah kita membuktikan kehendak kita.


Firman Allah SWT:


  “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” Surah Ali-Imran ayat 185.


Muhasabah!


The post 30 Hari Mencari Tuhan: Syurga Allah SWT appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 18, 2014 09:42

Akhir Ramadhan: Final TaqwaCup 2014

 


10520888_813330532018717_7792136455170532266_n (1)


Telah berlalu pertandingan yang mendapat perhatian dunia beberapa hari yang lalu. Baik negara dalam suanan tenteram atau berperang tidak ketinggalan untuk mengikuti setiap perlawanan yang berlangsung. Begitu dahsyat penangan media dan pengaruh sukan bola itu sendiri dalam jiwa masyarakat. Bukan di sini, untuk membincangkan adakah baik atau tidak kita mengikuti perlawanan yang disebut sebagai Fifa WorldCup 2014 ini sedangkan saudara kita di Gaza terbunuh kerana ia telahpun berlalu. Lebih penting rasa kebersamaan dan ingin membantu saudara-saudara kita pada masa sekarang ini lebih utama.


Apa yang cuba dikaitkan adalah sudah tentunya setiap pasukan itu bertungkus lumus mengerah tenaga bagi memburu kejayaan merebut kejayaan untuk negara masing-masing dalam perlawanan tersebut. Ikut resmi pertandingan semakin dekat ke pengakhiran makin gigih pula para pemain memaksimakan kemampuan. Tidak kurang  juga penonton yang memberi sorakan bertambah semangat melaungkannya buat para pasukan pilihan.


Begitu juga halnya dengan Ramadhan bah sepatutnya lebih lagi.  Kini, nakhoda bulan mulia ini sudah berada di pinggiran yang tidak berapa hari lagi bakal melabuhkan sauh. Namun adakah kita terus meningkatkan amalan kita atau masih pada paras yang sama? Atau semakin berkurangan?


Al-Qadr, malam keagungan dan penentuan


Dari sudut bahasa al-Qadr disebutkan sebagai maksud bagi sesesuatu yang mulia atau penghormatan sepertimana firman Allah s.w.t:


Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah dengan penghormatan (Qadr) yang sewajibnya diberikan kepadaNya. [Az-Zumar: 67]

Al-qadr juga disebutkan sebagai sesuatu yang disempitkankan oleh Allah yakni membawa maksud sesuatu yang disembunyikan oleh Allah daripada pengetahuan manusia sebagai firman-Nya:


dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya. [At-Talaq:7]

Selain itu, ia juga membawa maksud penentuan Allah akan sesuatu sepert ayat yang telah disebutkan:


Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan [penentuan] Kami. [Ad-dukhan:5]

 Kelebihan Umat Rasulullah


Umur umat akhir zaman ini lebih pendek jika hendak dibandingkan dengan umat-umat yang terdahulu. Allah maha Adil. Walaupun umur majoriti kita dewasa ini pendek, tetapi dengan sifat rahmat Allah, Allah mengurniakan tawaran-Nya kepada hamba-hamba. Tambahan lagi dalam bulan ramadhan di mana dikurniakan keluasan medium beramal dengan menawarkan malam yang disebut Al-Qadr seperti firman-Nya yang menjelaskan kelebihan malam ini:


“Malam Al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Al-Qadr;3)


 


1000 bulan atau 83 tahun 4 bulan. Belum tentu lagi bagi umat ini untuk hidup selama tempoh ini. Namun, inilah kelebihan umat baginda. Ditentukan umur yang pendek, tetapi diganjarkan dengan kelebihan yang pelbagai dan berganda pula. Justeru itu, amat rugi mereka yang merugikan malam-malam akhir mereka ini dengan sekadar disibukkan persiapan berhari raya sedangkan amalan-amalan yang sering dilakukan di awal ramdhan itu ditinggalkan.


 


Penurunan Al-Quran


Berdasarkan ayat pertama surah Al-Qadr dikhabarkan kepada kita bahawa Al-Quran itu diturunkan pada malam yang agung itu secara terus dan sebab itu juga disebutkan bahawa ia mlam yang agung. Namun terdapat sedikit perbezaan kerana Al-Quran seperti mana yang kita ketahui turun secara beransur-ansur kepada nabi s.a.w.


Dalam perbahasan ini, sarjana ilmu Al-Quran menukilkan bahawa disebutkan turun secara terus pada satu malam itu adalah penurunan Al-Quran daripada Luh Mahfuz (tempat terkumpul ketentuan Allah) ke Baitul Izzah di langit dunia. Adapun turun beransur-ansur itu adalah pada dada rasulullah s.a.w. agar mudah difahami dan dilaksanakan oleh baginda dan para sahabatnya. Hal ini dikuatkan lagi dengan firman Allah:


“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat” (Ad-Dukhan:3)

Oleh itu, semarakkan juga malam-malam akhir ramdhan ini dengan bacaan Al-Quran, juga tadabbur akan ayat-ayatNya sebagai tanda menyambut ‘kelahiran’ Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada kita.


Penentuan Perjalanan Hidup


Dinamakan malam Al-Qadr juga kerana pada malam yang mulia ini juga segala ketentuan dalam kita menjalani kehidupan akan dicatatkan. Seperti yang disebutkan Allah dalam firman-Nya:


“Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)” (Al-Qadr:4)


Justeru itu, adalah lebih baik untuk kita sebagai hamba memohon doa agar Allah menetapkan apa yang terbaik untuk kita jalani baik untuk diri sendiri, mahupun orang lain dan juga agama kerana hakikat manusia itu bisa mengatur segala jalan kehidupan masing-masing, namun hakikatnya dia lebih mengetahui segala yang terbaik dalam kehidupan manusia.


Bila Malam Al-Qadr?


Para ulama berbeza pendapat dalam menafsirkan pendapat bila berlakunya malam al-Qadr tersebut bahkan terdapat juga perbezaan dalam menyatakan sama ada malam tersebut sememangnya berlaku setiap tahun ataupun ia hanya berlaku sekali pada zaman nabi s.a.w dan ummat kini hanya memperingati malam tersebut.


Jumhur ulama’ menyatakan bahawa lailatul qadr itu berlaku hinggalah ke hari kiamat berdasarkan hadis baginda s.a.w:


Barangsiapa yang mendirikan malam al-qadr dengan penuh keimanan dan berkira-kira diampunkan dosanya yang telah lalu. [HR Bukhari]

Hadis ini menunjukkan galakan nabi s.a.w kepada ummatnya untuk mendirikan malam tersebut yang menunjukkan bahawa ia sememangnya berlaku pada setiap tahun. Adapun Imam Ibn Hajar berpendapat ia hanya berlaku sekali ketika zaman Nabi s.a.w. Manakala yang disebutkan malam al-Qadr pada zaman kemudia itu adalah tanda memperingati malam tersebut sepertimana ibadah-ibadah yang lain yang banyak ditaklifkan berdasarkan peristiwa-peristiwa yang lalu seperti korban, manasik haji dan lain-lain. Walaubagaimanapun fadhilat malam tersebut tidak dinafikan.


Menyebutkan tentang pendapat ulama’ dalam menentukan bila berlakunya malm tersebut. Disebutkan dalam dua hadis daripada Aisyah r.a:


“ carilah Lailatul qadr itu pada sepuluh hari terakhir Ramadhan. (Muttafaq ‘alaih)


“ carilah lailatul qadr itu pada hari ganjil dari sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadhan. (HR Bukhari)


Berdasarkan hadis-hadis dia atas jumhur ulama’ menyatakan ia berlaku di antara salah satu malam berkenaan dan lebih kuat menyatakan pada malam ganjil dari bulan ramadhan. Ibn Abbas dan kebanyakan daripada sahabat menyebutkan bahawa ia adalah malam ke 27 Ramadhan. Manakala sebahagian mazhab Syafie berpendapat bahawa ia adalah malam ke-21 atau 23.


Penentuan tarikh bukan yang utama dalam perihal malam al-Qadr malahan bagi siapa yang menghidupkan setiap malam daripada bulan ramadhan terutama di akhirnya dengan izin Allah akan diganjari dengan ganjaran yang telah dijanjikan.


‘Iktikaf + Qiamullail


Malam itu seperti yang dijanjikan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Justeru itu, seharusnya kita sebagai hamba pendosa yang mengharapkan rahmatNya, pengampunanNya dan pembebasan dariNya perlu merebut peluang ini dengan pelbagai amalan. Selain daripada bacaan Al-Quran dan berdoa, kita juga disunatkan untuk ber’iktikaf seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar:


“Rasulullah s.a.w selalu beri’tikaf pada sepuluh terakhir ramadhan. (Muttafaq ‘alaih)


‘Iktikaf atau mendampingi masjid ini amat digalakkan kerana Rasulullah sendiri melaksanakannya. Bahkan cara baginda beri’ktikaf disebutkan oleh para sarjana, baginda memasuki masjid pada sepuluh hari sebelum akhir ramadhan dan keluar setelah ramadhan berlalu.


Namun salah faham sering berlaku kerana ada yang berpendapat tidak boleh keluar langsung sewaktu masa i’ktikaf. Pandangan ini harus dinilai semula kerana saidina Umar r.a juga keluar dari masjid atas urusan pentadbiran negara. Maka, beri’ktikaf di masjid bukan bermakna mengetepikan langsung urusan dunia tetapi meminimakannya dengan fokus kepada ibadah pada Yang Esa.


Dalam beri’ktikaf pula kita digalakkan untuk berqiamullail (bangun malam) dengan menunaikan solat-solat sunat yang lain seperti tasbih, taubat, hajat dan sebagainya. Adapun kelebihan melakukan solat pada malam hari ini disebutkan dalam hadis baginda:


“Wahai manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makan dan solatlah pada waktu malam ketika umat manusia sedang tidur panjang maka kamu akan masuh syurga dengan aman”. (HR Tirmidzi, hasan sahih)


 


Perbaiki diri dan ajak orang lain


Dalam kita berusaha untuk mempertingkatkan amal ibadah khusus kita pada saat getir ini, jangan pula kita lupa untuk mengajak orang lain untuk turut serta. Lebih-lebih lagi ahli keluarga dan juga sanak saudara kerana Allah memerintahkan kepada kita untuk kita menjaga dan memelihara ahli keluarga kita daripada melakukan dosa. Allah berfirman:


Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala) (At-Tahrim:6)


Begitu juga dalam ibadah yang ingin dilakukan pada malam-malam akhir ramadhan seperti yang telah Rasulullah buat kepada ahli keluarga baginda. Aisyah r.a ada meriwayatkan hadis perihal perilaku rasulullah:


Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “apabila telah memasuki sepuluh hari terakhir Ramadhan, Rasulullah s.a.w akan menghidupkan malam dan membangunkan keluarganya, baginda bersungguh-sungguh dan menguatkan ikatan sarongnya. (Muttafaq ‘alaih)


 


Melihat kepada hadis ini selain baginda mengajak ahli keluarganya, tergambar juga kesungguhan baginda dalam melaksanakan ibadah dalam tempoh ini (akhir ramadhan) di mana baginda menguatkan ikatan sarongnya. Dalam menerangkan maksud ini ada ulama’ yang berpendapat bahawa Rasulullah tidak menggauli isterinya dan ada juga berpandangan baginda mengurangkan makanan. Adapun yang penting ia mempotretkan bahawa baginda mengerah keringatnya sehabis mungkin untuk tumpu beribadah kepada-Nya.


Manfaatkan Peluang Bertemu Al-Qadr


Jika kita berkunjung ke rumah sahabat handai yang sudah lama tidak ketemu nescaya kita datang bersama buah tangan atau perkara yang dapat dijadikan ingatan. Begitu juga Al-Qadr yang seperti  diketahui datang hanya sekali dalam setahun. Justeru ‘buah tangan’ yang paling sesuai untuk kita sertakan bersama kunjungan  pada malam itu disebutkan dalam hadis daripada Aisyah r.a:


“Aku bertanya Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah, beritahulah saya sekiranya saya mendapati malam lailatul qadr itu apakah yang harus saya ucapkan di dalamnya? Baginda bersada”: Katakanlah:


 


اللّهمّ إنّك عفوّ كريم تحبّ العفو فاعف عنّي


“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mulia dan Engkau suka mengampunkan, maka ampunkanlah aku.”


[HR Tirmidzi, hasan sahih]


Merujuk kepada hadis di atas Rasulullah s.a.w menggunakan perkataan عفوّ tetapi tidak menggunakan perkataan غفور. Apakah perbezaan bagi keduanya?


عفوّ: Allah menghapuskan dosa-dosa kita secara serta merta dan memelihara kita daripada melakukan dosa


غفور: Allah hanya menutupi dosa-dosa yang telah dilakukan tetapi tidak mendedahkannya dan tidak pula menghukum atas dosa tersebut dan akan diampunkan pada hari akhirat kelak.


Hadis sandaran atas hujah ini sebagaimana yang disebutkan oleh Abdullah Ibnu Umar dalam hadis Qudsi:


“Sesungguhnya Aku (Allah) merahsiakannya (dosa-dosa) ke atas kamu di dunia dan mengampunkannya pada hari ini (saat memberi kitab amalan)”. (HR Bukhari)


Hadis ini menggambarkan kepada kita bahawa kedua-dua sifat yang mulia ini sebenarnya membawa maksud pengampunan. Bezanya diampun secara langusung atau ditangguhkan keampunan dengan memberi ruang untuk manusia bertaubat. Selain itu, sambungan hadis ini juga menyatakan bahawa Allah tidak mengampunkan orang yang munafiq dan orang yang lari dari medan jihad kecuali dengan sebenar-benar taubat.


Namun dalam menerangkan kepada kita kaedah berdoa di malam Al-Qadr, rasulullah menyebutkan perkataan عفوّ yang memberi isyarat kepada kita bahawa pengampunan Allah senantiasa menanti buat hamba-Nya yang berusaha meminta. Justeru, relevankah malam-malam akhir ramadhan ini dibiar berlalu pergi tanpa ada sebarang pengisian iman?


Akhir sekali, dewasa ini kita melihat banyaknya ujian yang menimpa umat islam dan manusia keseluruhannya. Seperti peperangan yang berlaku di Gaza, juga isu di Malaysia, pesawat MH17 yang terhempas. Dari satu sudut pada mangsa kejadian kita tidak menafikan perlu ada rasa simpati. Namun bagi umat islam, kita seharusnya percaya bahawa ia adalah teguran Allah s.w.t kepada kita dengan tidak menjadikan kita leka dan lalai kerna hakikat kematian itu tiada manusia yang dapat menentukan. Oleh itu, dengan kesempatan peluang di akhir ramdhan bersama kelebihan-kelebihan yang ada, sepatutnya kita lebih berusaha untuk mengejar janji-janji ALlah kepada kita.


Wallahualam~


Rujukan


Mausu’ah Fiqhiyah Kuwaitiyah jilid 35, ms360-367


The post Akhir Ramadhan: Final TaqwaCup 2014 appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 18, 2014 08:15

30 Hari Mencari Tuhan: Allah Yang Membuatkan Kita Menangis

__Rise_of_the_Planets___by_7UR


 


Dalam kita maklum bahawa Allah SWT sahajalah pemilik kepada kebahagiaan dan ketenangan, pemilik kepada kegembiraan dan kesenangan, hendaklah kita juga menyedari bahawa realitinya Allah SWT itu juga merupakan pemilik kepada ujian dan tribulasi, kesedihan dan kerisauan, kegelisahan dan keserabutan.


Cumanya sebagai adab kita kepada Allah SWT, biasanya kita merendahkan diri kita dengan berkata bahawa segala yang buruk itu adalah disebabkan salah silap kita sendiri. Namun tetap hakikat yang tidak boleh kita tolak adalah, ianya hadir kepada kita juga dengan izin daripada Allah SWT.


Namun mengapakah kita perlu mengakui hakikat ini?


Adakah supaya kita dapat meletakkan segala keburukan itu kepada Allah SWT? Menyatakan Allah SWT lah penyebab kepada segala keburukan yang menimpa kita?


Bagaimana?



Pengakuan Allah SWT


Dalam hal ini, kita perlu pertamanya melihat terlebih dahulu apa yang Allah SWT sendiri nyatakan.


Firman Allah SWT:


“Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan.” Surah An-Najm ayat 43-44.


  “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).” Surah Al-Mulk ayat 2.


   “Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” Surah Al-Hadid ayat 22.


“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: Ini adalah dari sisi Allah, dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu. Katakanlah (wahai Muhammad): Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?” Surah An-Nisa’ ayat 78.


Justeru jelas dan maklumlah kepada kita akan hal kebenaran bahawa Allah SWT jugalah yang mengaturkan ujian, bala bencana, musibah, kemurungan dan kegelisahan kepada kita.


Semuanya daripada Allah SWT.


Mengapa perlu kita dalami hakikat ini?


 


Dia PemilikNya, PadaNya Jalan Keluar


Sebagaimana kita memahami bahawa ketenangan adalah milik Allah SWT, maka kepada Allah SWT sahajalah kita meminta ketenangan. Kerana Dialah pemiliknya yang sebenar, maka pastilah kepada Dia sahaja kita meminta ketenangan itu, kerana Dia sahaja yang boleh memberikannya.


Begitulah apabila kita memahami bahawa Allah SWT sahajalah yang mampu memberikan mudarat kepada kita. Dialah pemiliknya, daripada Dialah satu-satu musibah itu datang, dengan izinNya sahajalah satu-satu musibah itu boleh berlaku. Maka pastilah kepadaNya sahaja kita meminta agar dikeluarkan dari musibah tersebut.


Dengan kefahaman itu jugalah kita maklum untuk mengelak dari apa-apa sahaja yang boleh menjadi penyebab kepada tertimpanya musibah ke atas kita. Kita maklum bahawa Allah SWT menguji hamba-hambaNya atas beberapa sebab.


Pertama: Untuk kita dapat menilai keadaan keimanan kita.


“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3.


Kedua: Untuk mencuci kita daripada dosa.


“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” Riwayat Bukhari dan Muslim.


Ketiga: Sebagai azab kerana penderhakaan kita.


“Sesiapa yang melakukan kejahatan, ia akan dibalas dengan kejahatan itu, dan ia pula tidak akan mendapat – selain dari Allah – seorang pun yang akan melindunginya, dan tidak ada juga yang dapat menolongnya.” Surah An-Nisa’ ayat 123.


Memahami perkara ini, kita berusaha untuk mengelak dari menjemput kemurkaan Allah SWT, agar kita tidak diuji atas sebab nombor tiga tadi. Namun jika kita diuji juga, walaupun setelah berusaha untuk taat kepada Allah SWT, kita bersangka baik kepada Allah SWT bahawa Dia sedang mencuci dosa-dosa kita. Pada masa yang sama, kita menganggap ianya sebagai kayu ukur keimanan kita, yakni apakah kita percaya bahawa Allah SWT takkan menzalimi kita, lantas kita mampu bersabar dengan ujianNya?


Kefahaman inilah yang menjadikan kita muslim mukmin yang baik.


Bukan hanya bergembira saat Allah SWT memberikan kita anugerah. Tetapi kita juga akan kekal waras dan menjaga keimanan kita bila ditimpakan musibah.


Kerana kita tahu musibah itu datang daripada Allah, maka kita merasa tenang, kerana Allah SWT itu tidak akan menzalimi kita. Kita tahu, kalau Dia menguji kita, mestilah ada hikmahnya, dan Dia sendiri telah berjanji bahawa Dia tidak akan memberikan kita sesuatu yang tidak dapat kita tanggungi.


“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.” Surah Al-Baqarah ayat 286.


 


Menjadi Yang Bergantung Hanya KepadaNya.


Akhirnya dengan kefahaman inilah, kita menjadikan Allah SWT satu-satunya tempat pergantungan kita. Kita menjadi manusia yang kuat dalam mengharungi kehidupan.


Kehidupan ini sendiri realitinya adalah ujian. Pastilah kita memerlukan perlindungan dan kekuatan. Siapakah yang dapat menyelamatkan kita kalau bukan pemilik ujian itu sendiri? Siapakah yang dapat meringankan ujian itu selain pemilik ujian itu sendiri?


Dengan kefahaman inilah kita kembali kepada Allah. Hidup dengan rasa kerdil dan penuh bersangka baik kepadaNya. Menyebabkan akhirnya kita mempunyai hati dan jiwa yang lebih kental dan sejahtera. Akhirnya dengan keimanan sebeginilah yang menjadikan kita ajaib dan luar biasa.


“Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya.” Hadith riwayat Muslim.


Ya, memahami bahawa Allah adalah pemilik kepada ujian dan bencana bukanlah untuk kita meletakkan segala kesalahan itu kepadaNya. Bukanlah untuk kita mencaci dan memburukkanNya. Tetapi untuk kita mendalami realiti, siapakah sebenarnya kita, dan apa yang sebenarnya kita mesti lakukan.


Muhasabah.


 


—————————————


Jom sertai kami di Seminar Belia Merdeka: Belia Berwawasan!


Pendaftaran di: http://langitilahi.com/consultancy/events/seminar-belia-merdeka-belia-berwawasan/


tentatif bm


The post 30 Hari Mencari Tuhan: Allah Yang Membuatkan Kita Menangis appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 18, 2014 03:16

July 17, 2014

Admit it, we all have our dark secrets

chicken-shame


Picture from http://www.babble.com/


Admit it, we were all Kiki once


Public shaming is always an issue for netizens, not long ago was the infamous “Macam cantik je, macam comel je”, after that was the one-week relationship girl and now, the #CDM scoring the top 5 trends on twitter.


Admit it, we were all Kiki once. But our friction is not with Uncle Sim. Our conflict was not in a car-to-car accident. Our ‘crime’ might be vaster than of hers. Maybe our offense is too dark for the people to handle.


That is why God, has made it possible for our ‘dark secret’ to be kept as a secret, to not be taped on video and uploaded on social network.


So we are saved from being public shamed.


Why are you so entrenched with anger?


I am very disappointed with how the public reacted. The existence of Facebook has distorted your mind and made you share and share, comment and comment what isn’t heping? The fast widespread of twitter has driven you to snap a picture of her house and tell the world “this is the house of the #CDM owner”?


Why can’t you take a step back and be quiet?

Why can’t you refrain yourself from doing what isn’t necessary?

Why do you have to pour oil onto the burning inferno?

Why do you have to past remarks, spam her Facebook page?


Yes, she is wrong. She is wrong. She should not do what she did. Everybody knows that.


She has admitted that she is wrong.


But why the wrong doings of others, you tough-lash her like you are a saint free from bad deeds?


You judge her, you go to her house, you spread her car-registration form? What will gain from doing all this?


What if the same happens to you?

Do you want others to do the same as what you did?

Do you want others to hack into your private life and make it public?


Why can’t you let it go?


Why can’t we just let it pass?


We didn’t only lambast what she did, we reprimanded her personality.


For what?


“Because she deserves it”?


Because she is a disgrace to Muslims?


Because she is a disgrace to all Malays?


Because she is a disgrace to all humanity?


Lessons learned


I believe, she has learned her lesson to not act boorish to the poor old man, to keep calm in the most grueling of situations.


And this incident has thought us who we are judging from our comments we posted.


Let it go, keep calm and understand this hadith:


“If a servant, covers the shame of another servant on the Day of Judgement Allah will cover their shame.” [Muslim, Al-Birr (Virtue); 72]

Even God says He will cover the shame of a servant.


Who do you think you are?


The post Admit it, we all have our dark secrets appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 17, 2014 00:53

July 16, 2014

Semisal Pemuda Badar

130725093443oS2r


 


Perang Badar yang diriwayatkan berlaku dalam bulan Ramadhan memberikan banyak pelajaran penting kepada kita.


Disebabkan ia adalah perang yang pertama dalam sejarah Islam, maka ia merupakan titk penentu kepada jalan-jalan seterusnya yang akan dituju oleh ummat Islam. Pada perang Badar, teruji keimanan dan keyakinan terhadap Allah. Pada perang Badar juga, momentum keberanian jamaah muslim menjadi terlonjakkan melalui kesediaan mereka berdepan dengan pengalaman baru dalam siri perjuangan mereka.


Antara pelajaran penting yang tidak dapat kita tinggalkan juga dari perang Badar adalah peranan pemuda.


Sebagaimana para pemuda yang menjadi antara pendokong awal dakwah baginda s.a.w. menempati barisan para pejuang Islam dalam perang Badar yang merupakan perang pertama penentu hayat perjuangan Islam, pemisah antara haq dan batil, penentu apakah Allah bakal disembah atau tidak lagi selepas itu, pemutus apakah dakwah baginda akan mampu diteruskan lagi, sepenting itu jugalah peranan jujukan pemuda dalam kebangkitan Islam era baru ini.


Pastinya ia bukanlah sebarangan pemuda. Tetapi ia adalah pemuda yang memenuhi syarat sebagaimana pemuda dalam angkatan Badar bersama Rasul s.a.w. telah memenuhinya.


 


Beberapa Contoh Peranan Pemuda Badar


Dr Raghib As-Sirjani mencatatkan beberapa susuk pemuda Badar yang menjadi inspirasi zaman, buruan syurga idaman kerana kekuatan iman dan amal yang mempesonakan.


Di antara mereka adalah SAIDINA ALI BIN ABI TALIB R.A. Pemuda bijak dan berwawasan, peribadi hebat dan tak kenal keputus asaan, meski kita mengenal zaman akhir pemerintahannya dipenuhi fitnah.


Merupakan anak panah dari anak-anak panah Islam, pedang di antara pedang-pedangnya, yang berjuang mempertahankan Islam, mengelirukan dan menyebabkan tercampak rasa takut dalam hati musuh, serta orang yang menguasai medannya.


Rasul s.a.w. pernah mengutuskan beliau bersama Zubair bin Awwam dan Saad bin Abi Waqas ke telaga Badar untuk mencari berita, mereka kemudiannya datang dengan membawa 2 orang tawanan bertemu Rasul s.a.w., yang daripada situ, maklumat tentang musuh dapat dirisik.


Bahkan, di dalam perang Badar juga, kalau diingat-ingat semula, perang Badar tidaklah bermula langsung dengan pertempuran melibatkan kesemua anggota tentera sekaligus, tetapi ia bermula dengan tampilnya 3 orang dari sebelah musyrikin, 3 orang juga di sebelah muslimin.


Di sebelah musyrikin, yang tampil ke hadapan adalah Utbah bin Rabiah, salah seorang yang mengetahui kebenaran Nabi tetapi tidak mengimaninya, juga Syaibah bin Rabiah, saudaranya dan juga anaknya Al-Walid bin Utbah.


Keluar pula 3 orang dari kalangan mukmin, iaitu dari kalangan Ansar, tetapi mereka menolak. Mereka meminta dari kalangan keluarga mereka sendiri, yakni orang-orang tanah mereka untuk keluar bertarung dengan mereka. Maka dimintalah Hamzah bin Abd Mutalib, Ubaidillah Al-Harih dan Ali bin Abi Talib.


Dan kemenangan ternyata berpihak di sebelah mukmin.


Susuk pemuda yang seterusnya dikisahkan oleh Dr Raghib melalui catatan Ibn Hajar dalam Al-Asobah Fi Tamyiz As-Sohabah adalah UMAIR BIN ABI WAQAS, saudara kepada Saad bin Abi Waqas. Masih kecil, namun jiwanya besar, imannya memuliakan dirinya, diuji dengan kehidupan dunia namun lebih rela memilih kematian di jalan Allah.


Saad bin Abi Waqas menceritakan : “Aku melihat saudaraku Umair menyusup di kalangan manusia. Aku pun berkata :


“Kenapa dengan engkau ini, wahai saudaraku?”


“Aku risau Rasul s.a.w. akan melihatku, menganggap aku masih kecil lalu menolak (penyertaan) diriku sedangkan aku cinta amat untuk keluar (berperang). Semoga Allah rezekikan aku dengan syahid !”


Apabila baginda s.a.w. melihatnya, memang ternyata Rasul s.a.w. menganggapnya masih kecil lalu menolak (penyertaan)nya. Dia menangis dan terus memohon daripada Rasul s.a.w. sehinggalah baginda membenarkannya.”


Kata Saad lagi, “Aku ikatkan untuknya tali pinggang pedangnya kerana umurnya yang masih kecil. Dia berperang dan terbunuh sedangkan umurnya ketika itu 16 tahun !”


badr-battle-map


Peribadi pemuda seterusnya yang pasti tidak asing lagi bagi kita, seorang pemuda yang pernah hidup mewah sebelum Islamnya dia, diriwayatkan antara manusia terwangi di Makkah, orang paling kemas penampilannya, lahir dari keluarga kaya, dialah MUS’AB BIN UMAIR.


Seakan-akan Islam telah mengubah pendirian hidupnya secara total. Kemewahan tidak lagi menjadi keprihatinan terpenting hidupnya, bahkan akhir hayatnya pun tidak cukup kain untuk ditutup tubuhnya. Pemuda bersemangat, dengan harapan yang luas serta impian yang besar. Menjadi duta pertama ke Madinah mengajarkan dan menyebarkan Islam di sana.


Tercatat dalam Ibn Hisham dan At-Tobari, Dr Raghib menyebut : Saudaranya, Abu Aziz bin Umair tertangkap di dalam perang Badar.


Kata Abu Aziz : Saudaraku Mus’ab bin Umair lalu di sisiku dan bersamanya seorang lelaki Ansar. Ini menggembirakan aku.


Dia memandang Abu Aziz kemudian berkata kepada orang yang menawan saudaranya itu : “Berkeras sikit dengan orang ini, ibunya memiliki harta yang banyak, boleh jadi ibunya akan membayar untuknya kepada engkau.”


Yang seterusnya adalah 2 MUAZ.


“Aku berdiri dalam barisan ketika perang Badar,” kata Abd Rahman bin Auf, “aku melihat kanan dan kiriku, bahawa aku berada di antara 2 pemuda dari Ansar, masih teramat muda umur kedua-duanya.


Salah seorang di antara menyentuh aku dan bertanya :                                                       


“ Wahai pak cik, kenalkah engkau dengan Abu Jahal?”


“Ya. Dan apa hajat kau kepadanya?”


Dia berkata : “Aku dikhabarkan dia mencela Rasul s.a.w., demi yang nyawaku di tangan-Nya, jika aku menemuinya, tak akan aku pisahkan baju perangku ini dengan baju perangnya (membunuhnya) sehinggalah dia mati lebih cepat dari kami.”


Aku kagum dengan hal itu. Kemudian, seorang lagi daripada mereka menyentuh aku dan berkata perkara yang sama.


Tidak aku lepas peluang apabila aku melihat Abu Jahal dan dia sedang berpusing-pusing dalam kalangan manusia ketika itu.


“Tidakkah kalian lihat itu? Inilah orang yang kalian tanyakan itu.”


Mereka pun mengangkat pedang masing-masing sehingga membunuhnya, kemudian pergi melaporkannya kepada Nabi s.a.w. Masing-masing di antara keduanya mengaku, merekalah yang terdahulu membunuhnya.


Nah, sehebat itu para pemuda yang lahir dari madrasah tarbiyah Rasul s.a.w. Sudahlah bercita-cita tinggi, memilih ketua musuh untuk dibunuh, bukan setakat memilih berperang dengan prebet biasa-biasa saja, bahkan setelah itu saling berkeinginan agar merekalah yang terpilih sebagai orang termulia kerana telah membunuh musuh nombor satu Islam.


“Sudahkah kamu mencuci pedang-pedang kamu?” kata Nabi kepada mereka berdua.


“Belum.”


Nabi melihat dan berkata kepada mereka, “Kedua-dua kamu telah membunuhnya.”


Mereka adalah Muaz bin Amr bin Jamuh dan Muaz bin Afra’.


 


Penutup : Mempersiapkan Kekuatan Menjadi Semisal Pemuda Badar


Pelajarilah sejarah pemuda dan kepemudaan di dalam Badar, di dalam Islam, nescaya kita menemui harga diri dan ummat penuh ketinggian, nilai penuh kemuliaan buat sebuah kehidupan yang begitu singkat tempohnya di dunia nan penuh fitnah dan kepalsuan.


Sebagaimana Badar telah menjadi garis pemula yang menyebabkan jamaah muslim semakin bertambah keyakinan mereka untuk bekerja untuk Islam serta menyebarluaskan lagi kerja dakwah, maka berharap kepada sebuah kebangkitan Islam semula era ini, ia perlu bermula dengan mendidik iman seterusnya membangunkan kesedaran para pemuda agar kekuatan mereka disalurkan untuk kepentingan Islam.


Kita belajar mempersiapkan kekuatan menjadi semisal pemuda Badar, agar kita pun bisa punya keberanian dan momentum yang hampir semisal itu untuk memenangkan iman atas batil, memenangkan Islam atas jahiliah.


Persiapan yang tidak dapat tidak mencakupi seluruh aspek kehidupan.


Persiapan iman sebagai persiapan asas, dilengkapkan dengan persiapan ilmu, persiapan fizikal, persiapan ibadah, persiapan akhlak, persiapan aspek usaha, persiapan disiplin dan sistem hidup, persiapan neraca dan timbangan hidup.


Ia tidak dapat tidak perlu kembali kepada proses didikan sebagaimana dilakukan oleh Rasul s.a.w. Kembali kepada madrasah tarbiyah imaniyah. Mendidik seterusnya membentuk generasi baru yang kuat rohaninya, penuh spirit Islam dalam jiwanya, tinggi kesediaannya untuk berkorban serta luas pengetahuannya.


The post Semisal Pemuda Badar appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 16, 2014 04:21

Ramadhan: “Inni Soim”

Ramadhan_SisFaeez


Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. [Fussilat 41: 34]


Imam al-Ghazali di dalam bukunya mauizatul mukminin min ihya’ ulumuddin berkata: “sebagaimana haram anda mengucapkan perihal keburukan-keburukan orang dengan lidahmu, maka begitu jugalah dilarang anda mengucapkan keburukan-keburukannya di dalam hati ataupun menyangka buruk terhadapnya”


The post Ramadhan: “Inni Soim” appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 16, 2014 02:45