Hilal Asyraf's Blog, page 59
June 28, 2014
Rejuvenasi Hati: Pendosa Yang Diberikan Peluang
[image error]
Saban hari kita bangun dari tidur, apakah yang pertama mengetuk minda kita?
Adakah kita memandangnya sekadar sebagai ‘satu hari lagi’. Atau kita melihatnya sebagai satu perkara yang sangat berharga?
Kita semua maklum yang mati boleh datang bila-bila masa sahaja, dan kita semua makruf bahawa kita ada banyak kesilapan dan dosa. Adakah kita pernah rasa lega dibangunkan oleh Allah SWT pada hari yang baru, kemudian berazam untuk melaksanakan yang terbaik pada hari yang baru itu, tanda syukur dan menghargai peluang yang dikurniakan oleh Allah SWT?
Atau kita sekadar ‘take it for granted’?
Peluang – Mahal
Pernahkah kita menyelak Al-Quran dan kemudian kita membaca ayat ini:
“Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.” Surah As-Sajdah ayat 12.
Mengapa mereka berteriak sedemikian rupa?
Kerana sudah tertutupnya peluang buat mereka. Telah tiadanya belas ihsan daripada Allah SWT buat mereka. Telah hilang segala kasih dan sayang daripada Allah SWT buat mereka. Tertutuplah segala pintu taubat dan keampunan. Kerana itu mereka berkeadaan sedemikian rupa.
Saat itu, barulah kita akan terasa mahalnya peluang. Bak kata orang, kita akan rasa besarnya nikmat sihat, hanya ketika sakit. Begitulah kita akan benar-benar merasakan besarnya nikmat peluang, hanya apabila Allah SWT telah menariknya daripada kita.
Peluang, mahal. Kita pastinya tidak mahu menjadi orang yang berteriak di akhirat kelak itu. Yang dipaparkan neraka kepadanya, sedang di dunia dia buat tidak tahu apabila ada yang menasihatinya. Yang akan berhadapan dengan kemurkaan Allah SWT pada hari para rasul pun memohon perlindungan daripada kemurkaanNya, kerana dasyatnya hari itu.
Maka bagaimana kita menghargai peluang yang Allah SWT sedang berikan pada kita sekarang?
Peluang-peluang yang kita buang
Setiap hari kita bangun dengan dosa-dosa semalam yang kita tidak pernah usahakan untuk meminta ampun, perbetulkan, atau bertaubat. Hari baru diberikan kepada kita, sebagai peluang, untuk melaksanakan yang lebih baik dari semalam, untuk melaksanakan perubahan dari buruk kepada baik, untuk membetulkan kesilapan, untuk meminta keampunan.
Tetapi kita buat tidak endah. Kita anggap biasa sahaja. Bahkan ada kalangan kita memulakan hari barunya dengan meninggalkan Solat Subuh. Hadiah daripada Allah, dibalas pertamanya dengan menderhakaiNya lagi. Astaghfirullah.
Namun Allah SWT Maha Pengasih dan Penyayang. Terus menerus Dia masih memberikan peluang. Membangkitkan kita lagi pada hari yang baru. Memanjangkan lagi umur kita. Sampai satu tahap, dibenarkan kita merasai Ramadhan, memasuki bulan mulia yang penuh dengan peluang keampunan dan gandaan pahala.
Tidak cukup dengan itu, sayangnya Allah SWT kepada kita, kadangkala Dia hantarkan kepada kita orang-orang yang menyampaikan teguran, nasihat, pengajaran.
Masih kita abaikannya. Masih kita tidak memohon ampun. Masih kita sambil lewa dengan kehidupan. Masih kita rasa ‘biasa’. Tidak sedikit pun kita rasa itu semua ialah peluang untuk berubah, panggilan Allah SWT untuk kita memulakan sebuah perjalanan untuk berubah menjadi yang lebih baik.
Hamba jenis apakah kita?
Seorang pendosa yang menghargai peluang
Kita sepatutnya perasan akan kasih Allah SWT ini. Bukan sahaja Dia memberikan kita nasihat dan pengajaran dari pelbagai arah, tetapi Allah SWT memanjangkan nyawa kita untuk kita mampu mengambilnya sebagai peluang berubah.
Kita tidak tahu bila kita akan mati. Bila peluang ini akan tertutup. Kita bahkan tak dapat menjamin apakah kita boleh membaca artikel ini sehingga tamat, sebelum nyawa kita ditarik oleh Allah SWT.
Maka kita patut menghargai peluang yang Allah SWT sedang berikan kepada kita sekarang. Yang telah Dia berikan kepada kita sebelum ini dan kita abaikannya. Hargailah.
Bagaimana hendak menghargai?
Mulalah dengan muhasabah diri. Mengakui dosa-dosa yang kita lakukan itu sebagai sebuah kesalahan dan kesilapan. Hendaklah berazam untuk mencucinya, memperbetulkannya, memohon ampun ke atasnya. Kemudian susunlah perancangan, strategi, jadual, target untuk meninggalkannya.
Mulalah, bergerak selangkah demi selangkah.
Tunjukkan kepada Allah betapa kita amat menghargai peluang demi peluang yang Dia berikan kepada kita.
“Sempat ke jadi sempurna? Kata mati tak tahu bila.” Mungkin ada suara sinis berkata sebegitu rupa.
Ya, kita memang takkan sempat menjadi sempurna. Tetapi apabila kita mengorak langkah, dan bergerak menghargai peluang yang Allah beri dengan melaksanakan perubahan, di sana akan mulalah terbukanya rahmat Allah SWT kepada kita. Kita mungkin takkan sempat dan takkan jadi sempurna, tetapi kita telah berusaha. Kalau kita mati pun, kita akan mati dalam keadaan kita berusaha.
Dan bukankah itu jauh lebih baik, dari terus menerus mengabaikan peluang dan menderhakai Allah SWT?
Keluar dari kebiasaan hari-hari baru
Kita berubah.
jIka sebelum ini hari baru sekadar ‘satu lagi hari’, kita ubah. Saban hari kita lihat sebagai satu lagi hadiah daripada Allah SWT. Kita mulakannya dengan berazam dan berdoa agar hari ini lebih baik dari semalam, dan apa sahaja kesilapan serta kekurangan semalam, akan kita usahakan untuk menampungnya hari ini. Dan sebelum tidur, kita akan bertaubat kepada Allah, memohon ampun kepadaNya, dan berharap agar kalau esok diteruskan hidup, kita mampu menjadi lebih baik. Jika kehidupan kita tamat pada malam itu, kita harapkan ia tamat dalam keadaan yang baik.
Hidup kita akan berubah insyaAllah.
Hari-hari akan kelihatan segar, kerana setiap hari kita bahagiab dengan pemberian hadiah daripada Allah SWT. Kita akan hargai hadiah tersebut, mengisi hari baru dengan perkara –perkara yang bermanfaat. Dan percayalah, apabila kita bersyukur dalam erti kata yang sebenar(yakni bukan syukur sekadar cakap Alhamdulillah, tetapi membuktikannya dengan amal), Allah akan menunaikan janjiNya untuk menambah nikmat dalam kehidupan kita.
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” Surah Ibrahim ayat 7.
Tetapi pastilah ini semua takkan terus berlaku.
Ia memerlukan kita untuk melakukan langkah mula. Berubah.
Menghargai peluang.
Jangan sampai tertutupnya pintu peluang
Orang kata, kalau dah tahu kita ni berdosa, kenalah sedar diri tu berdosa. Jangan buat dek sahaja.
Begitulah kita ini. Menyedari kita berdosa, dan masih lagi diberikan peluang demi peluang oleh Allah SWT, sepatutnya menjadikan kita malu sendiri.
Malu itulah yang kemudiannya akan membuatkan kita rasa kita perlu memperbaiki diri. Dari sanalah kita akan mula merancang, set target, menyusun strategi, untuk mencuci dosa kita dan menjadi yang lebih baik.
Sedarlah. Muhasabah diri. Kemudian mulakanlah langkahan.
Jangan sampai tertutupnya pintu peluang. Kita pun tidak tahu bila akan tertutupnya pintu itu. Jangan bongkak. Jangan rasa ianya lama dan lambat lagi.
Pintu itu akan tertutup, moga-moga kita sempat menghargai peluang sementara ianya masih terbuka buat kita, untuk melaksanakan perubahan yang sebenar-benarnya.
The post Rejuvenasi Hati: Pendosa Yang Diberikan Peluang appeared first on Langit Ilahi.
30 Hari Mencari Tuhan: Menyedari Kewujudan Allah SWT
Dalam kita bergerak mengharungi kehidupan ini, memang mudah untuk kita lalai dan alpa, hingga terlupa kepada perkara-perkara yang penting. Hanyut dan membuatkan kita larut, hingga kadang kita kira hidup ini sekadar hidup, dan selepas mati tidak akan ada apa-apa yang menanti kita.
Islam kita kadang hanya Islam warisan, yang diwarisi dari keturunan, datangnya bukan kerana kita bertemu dengan kebenaran, tetapi kerana ikut-ikutan. Akhirnya Islam kita adalah Islam yang rapuh, berdiri atas sentimen dan bukannya kefahaman. Kita mudah berfikir bahawa bila kita telah melaksanakan solat, puasa di bulan Ramadhan, berzakat dan bila ada kemampuan melaksanakan haji, maka lengkaplah Islam kita.
Sebenarnya Islam bukan itu sahaja. Islam adalah penyerahan diri kita secara total, kepada Allah SWT, sepanjang masa. Mengapa? Kerana Allah SWT itu wujudnya sentiasa. Dia tidak hanya muncul kala waktu-waktu ibadah ritual. Dia bukannya hanya menjadi Tuhan kala kita melaksanakan ibadah khusus.
Allah bukan satu mekanisme kepercayaan, yang kita cari hanya kala kita susah. Allah bukan semata-mata tempat mengadu dan bergantung harap. Namun disebabkan kita tidak terdidik untuk menyedari kewujudan Allah SWT dalam erti kata yang sebenar, kita rasa Dia itu seperti lip-lap-lip-lap sahaja dalam kehidupan kita, lantas kehidupan kita sendiri kadang seperti tidak berTuhan, walau Islam terpampang pada kad pengenalan.
Merenung sebentar pada kesempurnaan alam
Alam ini kompleks. Penuh dengan pelbagai sistem dan aturan. Yang semuanya berjalan dengan amat berseni sekali. Hamka dalam bukunya Studi Islam menyatakan bahawa jika alam ini tidak teratur, nescaya tidak akan wujud ilmu-ilmu yang bercambah darinya.
“Bertambah lanjut hasil penyelidikan manusia, yang hasilnya itu dinamai ‘ilmu pengetahuan’ atau Sains, bertambah banyak hasil dalil-dalil ilmiyah yang mengagumkan dalam alam ini, bertambahlah orang yang berilmu itu takjub dan kagum: Alangkah sempurnanya!
Oleh kerana di segala segi an sudutnya terdapat ilmu, itulah sebabnya dia bernama Alam. Kalau tidak teraturnya yang sempurna itu, tidaklah akan ada ilmu. Ilmu Falak tidaklah akan timbul kalau perjalanan matahari tidak teratur. Dan kalau ilmu tidak ada, kerana alam tidak teratur, nescaya filsafatpun tidak ada di dunia ini. Alam kelihatan bergerak terus menurutui undang-undang yang tentu dan pasti. Dan peraturan itu sesuai dengan jalan akal kita. Kalau tidak sesuai dengan akal, maka adanya akal pun menjadi suatu yang mustahil.
Yang paling mengkagumkan dalam gerak alam itu ialah adanya satu kekuatan yang menghubungkan satu bahagian alam dengan bahagian yang lain. Ini nampak pada yang sekecil-kecilnya, sampai kepada yang sebesar-besarnya.”
Dan kemudian Hamka memberikan contoh yang pada saya sangat dekat dengan kita, sekaligus menyentak jiwa akan betapa teraturnya alam ini.
“Anak baru lahir belum bergigi, sedia susu yang akan diminumnya. Baru beransur tumbuh giginya, ada pisang yang lunak, sesuai dengan gigi yang beransur tumbuh. Dan gigi yang lebih kuat sekarang, makanan yang lebih keras pun ada. Dalam peredaran matahari timbul giliran siang dan malam. Hidup dan perhitungan umur manusiapun adalah pergantian siang dan malam. Siang dia bekerja, malam dia istirihat. Dari peredaran bulan, timbul pasang naik dan pasang turun.”
Melihat kepada semua itu, bahkan saya yakin antara kita ada ilmu yang lebih lagi untuk menggambarkan kesempurnaan alam dan segala isinya ini, kita sepatutnya sedar itu semua takkan mampu bergerak sendiri dengan keteraturan yang begitu berseni. Pastilah ada satu kekuasaan terbesar, yang menguasai segalanya, yang telah mencipta dan mengaturkan segalanya.
Itulah dia Allah SWT.
“Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia) dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Dia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu.” Surah An-Nur ayat 64.
“Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dialah jua Yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.” Surah Luqman ayat 26.
“Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya.” Surah Ar-Rum ayat 26
“Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya; Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni (dosa hamba-hambaNya).” Surah Sad ayat 66.
“Dan Maha Tinggilah Kebesaran Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dan Dialah jua yang mengetahui tentang (masa datangnya) hari kiamat dan kepadanyalah kamu semua akan dikembalikan.” Surah Az-Zukhruf ayat 85.
Dia Bukan Tuhan Hanya Semasa Ibadah
Allah bukanlah Tuhan yang hanya wujudnya pada waktu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. Allah SWT bukan Tuhan hanya pada bulan Ramadhan. Allah SWT juga bukan hanya Tuhan di Makkah dan Madinah.
Dia adalah pemilik semesta alam, dan segala apa yang ada di dalamnya adalah berada di bawah kekuasaanNya. Dia tidak lalai dan leka, tidak mengantuk dan tidur, tidak penat dan letih. Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Melihat, Maha Berkuasa Atas Segala-galanya.
Adakah kita tahu hakikat sebenar kebesaran Allah SWT?
Bayangkan alam semesta yang luas ini, termasuklah kawasan-kawasan angkasa lepas yang masih tidak dapat dicapai oleh manusia. Bandingkan saiz itu semua berbanding kita manusia. Pastilah kita seperti kuman sahaja. Dan ketahuilah bahawasanya Allah SWT itu lebih besar dari semuanya!
“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” Surah Ali Imran ayat 29.
Atas segala sesuatu. Ya. Besarnya Allah SWT, dan Allah SWT yang Maha Besar itulah yang kita perlu rasai kewujudannya sepanjang masa, setiap ketika.
Menyedari perkara ini, kita akan melihat mengapa menjadi seorang muslim itu bukan perkara bermusim dan bukan kerana keturunan. Muslim dalam erti kata sebenarnya ialah ‘orang yang menyerahkan dirinya’. Bila kita menjadi muslim, kita telah menyerahkan diri kita kepada kekuasaan Allah SWT. Mengapa kita menyerahkan diri kepada Allah SWT? Kerana Dia pemilik semesta alam ini.
Pemilik alam yang serba teratur ini, Dia yang sama jugalah menjanjikan syurga dan neraka, pembalasan di hari akhirat. PersembahanNya kepada kita akan kesempurnaan alam ini, telah membuatkan kita beriman bahawa Dia yang sama juga mampu merealitikan akhirat yang belum kita lihati.
Akhirnya kita tunduk. Bukan atas sebab lain, tetapi kerana telah menyedari kewujudanNya, dan merasa hanya akan selamat apabila tunduk mentaatiNya.
Muraqabatullah
Kefahaman dan kesedaran akan kewujudan Allah SWT inilah akan melahirkan sikap muraqabatullah, atau merapat dengan Allah SWT. Sekaligus membuatkan kita lebih komited dalam menjadi seorang muslim yang baik. Muslim yang baik adalah manusia yang baik, kerana Allah SWT tidak akan mengaturkan sesuatu yang tidak bermanfaat dan sia-sia.
Menghadirkan sikap muraqabatullah, akan membuatkan kita memastikan segala tindakan kita adalah sesuatu yang diredhaiNya. Kita tidak akan membazirkan masa dengan perkara yang merosakkan, apatah lagi terfikir untuk mengajak orang lain melaksanakan kerosakan.
Bila kita melihat seorang muslim atau muslimah yang soleh atau solehah, kita pasti tertanya-tanya apakah mekanisme yang boleh membuatkan mereka kekal sedemikian rupa. Tidak, mereka bukan malaikat, dan tidaklah mereka tidak jatuh langsung. Namun apa yang kita perhatikan itu adalah hasil dari istiqomah, yang mana bila mereka jatuh, mereka akan segera bangkit semula. Kalau mereka jatuh berkali-kali, mereka tidak akan putus asa untuk naik semula.
Kerana mereka sedar Allah itu wujud dan dekat dengan diri mereka. Mereka menyedari bahawa Allah SWT senantiasa memerhatikan mereka, dan mereka beriman bahawa nanti mereka akan berdiri di hadapan Allah SWT, mengharapkan redha dan rahmatNya.
Maka mereka berusaha menjaga diri mereka sebaik mungkin. Dan kalau mereka tergelincir, mereka akan segera naik semula.
Semuanya kerana mereka benar-benar merasai kewujudan Allah SWT.
Tetapi kalau Allah SWT itu kita rasakan hanya wujud di dalam solat, kala majlis bacaan Al-Quran, kala di Masjid atau tempat-tempat suci, atau pada bulan yang mulia seperti Ramadhan, semata-mata, memanglah kita akan terdorong untuk melaksanakan pelbagai onar dan angkara.
Yalah, Allah ‘tiada’ semasa kita bermaksiat.
Persoalannya, apakah benar Dia tiada?
Atau kita yang tidak benar-benar merasai kewujudanNya.
Pasti malu ya, berbuat maksiat dan ingkar saat pemilik alam semesta sedang memerhati dan menilai kita. Kemudian esoknya Dia menyambung lagi kehidupan kita, tidak pula menamatkannya, untuk memberikan kita peluang bertaubat, tetapi kita lemparkan peluang itu dan masih lagi melakukan dosa tanpa segan silu.
Ya. Kehidupan apakah itu?
Marilah sama-sama kita keluar daripadanya. Rasailah kewujudan Allah SWT. Lihatlah ke dalam diri kita, ke alam semesta, dan rasailah kerdilnya diri ini.
Moga Allah SWT mengampunkan kita.
The post 30 Hari Mencari Tuhan: Menyedari Kewujudan Allah SWT appeared first on Langit Ilahi.
June 27, 2014
Belia Naungan Al-Quran : Taqwa Membentuk Peribadi Sosial
Taqwa harus difahami dalam bentuknya yang praktikal. Banyak orang memahami taqwa terhenti hanya sekadar di atas kain sejadah, di rantai tasbih, di pintu-pintu masjid dan di ruang-ruang ibadah fardhu.
Mustahil taqwa itu sesuatu yang kecil jika dalam banyak perkara melibatkan kehidupan manusia, Allah menjadikannya sebagai tujuan untuk dicapai.
Apalagi bila Allah menyatakan, “…dan berbekallah maka sebaik-baik bekal itu adalah taqwa.” [1]
Bicara Al-Quran Tentangnya
Di dalam ibadah puasa, Allah s.w.t. menjadikan taqwa sebagai target utama untuk dicapai.
“Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” [2]
Di dalam sebuah ceramah di Jordan berkaitan Ramadhan disampaikan oleh Syeikh Mustofa As-Syaibani As-Syanqiti, salah seorang alim hebat dari Mauritania, katanya, taqwa yang dimaksudkan dalam ayat ini kesannya diceritakan pada ayat beberapa ayat yang seterusnya, iaitu :
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian harta benda orang lain itu dengan (jalan) dosa, padahal kamu mengetahui.” [3]
Kesan taqwa itu jika dilihat dari konteks ayat ini sepatutnya membawa kita kepada memelihara hak orang lain, menjaga hubungan kemasyarakatan dan sikap amanah dalam diri.
Taqwa juga disebutkan di dalam ayat Al-Quran yang sangat berkait rapat dengan hubungan kemanusiaan :
“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Maka damaikanlah di antara kedua-dua saudaramu itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.”
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan kerana sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”
“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari kalangan lelaki dan wanita, menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” [4]
Daripada konteks ayat ini, taqwa itu buahnya adalah hubungan baik di dalam masyarakat, menjaga hak orang lain walaupun dari berlainan bangsa, agama, jantina serta berakhlak baik kepada manusia.
Di dalam ayat lain pula, Allah berbicara tentang masalah talak dan rujuk melibatkan hubungan suami isteri di dalam rumah serta hal itu dikaitkan dengan ayat taqwa.
“Apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah. Demikianlah diberi pengajaran kepada orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.” [5]
Praktikal Taqwa
Saidina Umar al-khattab pernah bertanya kepada seorang sahabat, Ubai bin Kaab tentang apakah itu taqwa?
Dibalas kepada Umar : “Pernahkah kau melalui satu jalan yang berduri?”
Jawab Umar : “Ya.”
“Maka apa yang engkau lakukan?”
“Aku akan berhati-hati dan berwaspada.”
“Maka itulah taqwa !” [6]
Di dunia yang serba mencabar iman kita pada hari ini, mungkin itu kita boleh anggap ia sebagai duri dan sikap hati-hati dan waspada itulah yang diperlukan. Berhati-hati supaya tidak terjerumus ke dalam duri itu. Berwaspada agar tidak terpesona dan dilalaikan oleh keindahan sementara di duri itu.
Kata Syeikh Mustafa As-Sibaie’ pula ketika menyentuh kenapa Allah menjadikan lallakum tattaqun (agar kamu bertaqwa) sebagai tujuan dari puasa Ramadhan?
Katanya, taqwa itu adalah kita melakukan semua akhlak baik yang dicintai oleh Allah s.w.t. dan terpuji di sisinya di dunia. Sementara dari taqwa itu juga, boleh datangnya perkataan al-itqa’ yang bermaksud cegah, iaitu kita mencegah diri dari semua akhlak buruk yang boleh melukakan dan menyakitkan individu lain dan masyarakat sekitar kita. [7]
Apa contoh akhlak buruk yang boleh melukakan dan menyusahkan orang lain?
Mudahnya kita ambil akhlak menjaga kebersihan.
Sikap pengotor adalah sikap yang tidak baik dan menyusahkan orang. Dengan menjaga kebersihan, kita dapat banyak kebaikan dalam hidup kita. Tetapi, sikap pengotor selalu akan menyebabkan orang rasa susah hati, hati tidak tenang, penyakit mudah datang, tidak senang mata memandang serta kadangkala membiakkan pula serangga seperti lalat dan lipas. Paling utama, sikap pengotor melahirkan orang yang tidak bertanggungjawab dan sambilewa dalam menguruskan keadaan dirinya di tengah-tengah masyarakat. Ia akan membebankan masyarakat dengan sikap negatifnya itu.
Begitulah antara sebahagian dari kesan taqwa, iaitu membentuk akhlak dan peribadi yang baik dalam diri kita sebagai salah seorang anggota masyarakat, bukan hanya sekadar terhenti pada bacaan Al-Quran yang banyak, solat banyak, menangis setiap malam di dalam qiamullail, tetapi akhlaknya menyebabkan orang tidak senang.
Jalan Menuju Taqwa
Abdullah Nasih Ulwan mencatatkan sekurang-kurangnya 5M dalam menuju taqwa. Apakah 5M itu?
1) Muahadah (Perjanjian) – Kita mengingati semula perjanjian kita dalam solat kita seharian melalui bacaan Al-Fatihah kita, bahawasanya hanya Allah yang kita sembah, hanya Allah tempat kita memohon pertolongan.
2) Muraqabah (Merasai Allah itu sedang mengawasi) – Muraqabah itu terkandung makna ihsan dalamnya, iaitu kita merasai Allah sedang mengawasi semua tindakan kita menyebabkan kita beramal hanya untuk mencari redha-Nya dan berusaha menjauhi kemaksiatan kepada-Nya.
3) Muhasabah (Evaluasi diri) – Menghitung diri setelah beramal melalui pertanyaan-pertanyaan kepada aku beramal? Sejauh mana amal aku ini memberi kebaikan kepada diri di depan Allah dan juga kepada masyarakat?
4) Muaqabah (Denda) – Meletakkan hukuman-hukuman tertentu untuk diri sendiri sebagai penghalang untuk dirinya dari melakukan dosa dan juga sebagai pemangkin untuk dia terus maju ke depan. Dengan syarat hukuman itu mestilah di bawah lingkungan syara’. Perlukan disiplin yang sangat tinggi untuk kita dapat memberikan komitmen terhadap denda yang kita kenakan untuk diri kita sendiri.
5) Mujahadah (Perjuangan) – Berjuang melawan keinginan hawa nafsu, melawan kemalasan dan sikap sambilewa, adalah kekuatan yang akan meneguhkan perjalanan kita menuju taqwa. Berjuang adalah sunnah para anbiya’ dan salafusolleh dalam menuju Allah s.w.t. Mustahil kemanisan di hujung jalan dapat dicapai dengan hanya kerehatan dan kemanjaan. [8]
Penutup : Meraih Potensi Taqwa Dalam Segenap Urusan
Sekiranya kita memaknakan potensi taqwa ini dalam segenap urusan hidup, pasti kita dapat mencapai lebih banyak kebaikan dalam urusan melibatkan kemanusiaan, hubungan kemasyarakatan.
Taqwa bukan saja membentuk perasaan takut kepada Tuhan, tetapi membangunkan lagi deria kemanusiaan dalam diri kita, memperbaiki hubungan insan dengan insan yang lain.
Mari kita garap taqwa ini dalam segenap urusan hidup kita.
Semoga ia menjadi bekal untuk kita pulang menuju Allah, bekal dalam kerja-kerja Islam juga bekal dalam membina sebuah masyarakat yang lebih baik.
[1] Al-Baqarah : 197
[2] Al-Baqarah : 183
[3] Al-Baqarah : 188
[4] Al-Hujurat : 10, 12-13
[5] At-Talaq : 2-3
[6] Sayyid Qub, Fi Zilalil Quran, Darul Syuruq, Kaherah, 1/40
[7] As-Sibaie’, Mustofa, Ahkam As-Siam, Darul Hazm,
[8] Abdullah Nasih Ulwan, Silsilah Madrasah Ad-Du’ah, Darus Salam, Kaherah, 1/168
The post Belia Naungan Al-Quran : Taqwa Membentuk Peribadi Sosial appeared first on Langit Ilahi.
June 25, 2014
Success!
Image from KSMLife Coaching
“Ah! I lost again!” Hairil grumbled. I ignored him. He was playing a game on his smartphone, and by his reaction I could tell that he was peeved. I looked to the streets deliberately, checking for any signs of a bus.
We were waiting for the 4.30 pm bus. It was a bright evening with low humidity. The heat seemed to take away all the water in the air. It has not been raining for months. Fortunately, we were waiting at a bus stop. That meant we could shield ourselves from the scorching heat of sunrays. We were the only ones at the bus stop.
I heard a deep intake of breath, and a long exhale following it. Hairil was trying to compose himself. It was a habit for him to do that after every game. It was as though he had just ran a kilometre and is trying to cool down.
“It’s only a quarter past four,” he said. The tone of his voice indicated that he expected something else.
“Relax man,” I tried to calm him. I looked at him. Maybe it was the heat, but Hairil seemed more agitated than usual. I thought of a topic to cool him down. “Hey, what was the game you just played?”
“Oh, that?” He looked to his phone. “It’s just a numbers game. The goal is to get a certain set of numbers by adding them up. At a glance, it might seem simple, but it gets increasingly hard as you try to get to the said number.”
I nodded, not really knowing what to say.
People’s Success
“So, you win when you get the number?” I asked.
Hairil nodded. “But it’s not that easy. I mean, it’s not actually math that’s in the play here, but your spatial skills. How you arrange something in a box.”
“So, that’s the game developers’ term for success, right?” I prodded him to think. He fell silent.
“Yeah, I guess…” he said after a while. “Where are you going with this?”
“Oh, nothing,” I replied airily. I turned to the streets, looking for the bus again. As usual, it was nowhere in sight. I sighed a little.
“No, really,” Hairil was not letting up. “What did you mean when you talked about the game developers’ success?” His attention was all on me now. I turned back to him.
“That’s what I meant. The developers determine what success and failure is. Not anybody else.” Hairil still look puzzled.
“Ok, look,” I explained. “Success comes in many forms, right? But mostly, it has something to do with fame and fortune. People will see you as successful if you have lots of money or famous, or maybe even both. That’s what I meant. I just used the game as an example, an analogy to life.”
Hairil silently nodded, agreeing with what I had just said.
“But there are those who are not tied to the perceptions of the people. These people define their own success. It may be something small, like joining a business. Or it may be big, such as starting up a company. To them, the goal that they set is what will make them feeling accomplished.”
Conclusion: Own Success
Hairil frowned at my words. He was digesting the points. “But what about those who don’t really feel successful when they achieved their goals? It’s like they are not satisfied with themselves.”
I smiled. ”Everybody wants success. And a lot of people get it. But few truly understand it. It’s natural for a person to think about how to be successful. It’s ‘programmed’ into our selves. Once you set your mind into something, you want to get the best result possible.”
“But like I said, few understand what success is,” I continued. Hairil, who was gazing away, turned his head at me.
“So, what is success to you? Do you understand it?” he asked me.
“I think I have the right idea, yes,” I said. ”To me, being successful is being in Allah’s grace. And the way to get that is by following whatever He commands to the best of our ability, through the Sunnah of the Rasulullah S.A.W. Of course, that does not mean that we should ignore what we like, and don’t. As long as we don’t cross Him, we are free to do whatever we want.”
Hairil remained silent. Slowly he nodded. “But what about the people’s definition of success? What do you think of it?” he asked.
I smiled. “Let’s put it this way. Using people’s definition of success is great. Defining your own success is awesome. But following what Allah says about success is the best. For who knows best than the All-Knowing?”
Hairil smiled at my question and slowly nodded. He turned his gaze to the streets. But I can tell that his mind was wandering the conversation we just had.
“Hey, look. There’s our bus,” he said after a glance to the streets. We stood up and prepared to board the bus. I noticed Hairil was still distracted. I smiled to myself. A conversation that has no topic turned out to be the one that change a person’s idea. Indeed, it is the little things that take up the most space in the hearts.
The post Success! appeared first on Langit Ilahi.
June 23, 2014
Ramadhan: Peduli Fadhilat, Perbaiki Kaifiyat
Kunjungan tetamu yang dirindui kian tiba. Jika seseorang terpisah dengan orang yang dicintai itu begitu rindu dan semestinya akan melayani sebaik mungkin apabila bertemu semula. Inikan pula tetamu yang terlalu istimewa buat sekalian manusia yang beriman yakni ramadhan. Ramadhan yang mana terdiri daripada lima huruf hijaiyah (jawi) yakni – رمضان – dihuraikan maksudnya oleh sebahagian ulama’ dalam menyatakan kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalamnya berdasarkan hadis-hadis yang sahih iaitu:
Huruf ر : Rahmat Allah yang lebih luas dibuka kepada sekalian makhluk
Huruf م : Maghfirah (pengampunan) yakni pintu taubat yang senantiasa terbuka
Hururf ض : Doman (Jaminan) untuk dimasukkan ke dalam syurga
Huruf ا : Aman (Dijauhi) oleh api neraka
Huruf ن : Nur (cahaya) yakni petunjuk Allah s.w.t kepada kebenaran
Terdapat kelebihan-kelebihan yang lain yang disebutkan dalam hadis seperti digandakan amalan dan sebagainya. Adapun fadhilat-fadhilat di atas adalah yang utama yang dijanjikan oleh Allah s.w.t kepada hambaNya yang prihatin dan bersungguh dalam beramal dalam bulan yang penuh keberkatan tersebut. Dalam pada kita berusaha sehabis mungkin untuk beribadah dalam bulan mulia ini, tambahan meyakini ganjaran-ganjaran yang akan kita perolehi berdasarkan amalan kita, terdapat sedikit kekeliruan dalam kalangan kita tentang Ramadhan. Sebilangan daripada kita lebih sibuk mentelaah perkara yang disebut sebagai fadhilat (kelebihan) melebihi kaifiyat (cara perlaksanaan).
Tidak dinafikan kebaikan kita mengetahui fadhilat sesuatu ibadah dalam Islam itu dapat memberikan manfaat dan menyuntik semangat dalam beribadah. Cuma melihat kepada sumber-sumber yang menceritakan tentang kelebihan tersebut banyak yang tidak tepat yang membawa manusia kepada tahap yang tidak baik iaitu berdusta ke atas baginda s.a.w. Sedangkan akibat dusta atas nama baginda merupakan suatu kesalahan yang besar sebagaimana hadis baginda s.a.w:
Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah persiapkan tempat duduknya di dalam neraka. (HR Bukhari)
Namun, sebahagian kita terlalu gopoh untuk dalam meniliti sesuatu kelebihan yang disandarkan kepada baginda s.a.w tambah-tambah apabila ia masyhur dan sering digunakan oleh penceramah-penceramah walhal sumber kepada hadis tersebut diragui. Hal ini merbahaya kerana boleh jadi kita termasuk dalam golongan yang diancam oleh baginda s.a.w. jika kita tidak berusaha belajar dan memperbaiki kesilapan. Sebagai contoh hadis yang amat masyhur dalam kalangan masyarakat:
“Awal bulan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya ialah pembebasan dari api neraka.”
Imam Az-Zahabi (sarjana hadis) menyatakan hadis ini adalah hadis mungkar yang membawa maksud diriwayatkan oleh perawi yang dhaif bertentangan dengan perawi yang thiqah.
Walaupun hadis ini seringkali digunakan oleh ulama’-ulama’ besar dalam kitab-kitab yang muktabar, tetapi jika sumbernya tidak diperakui maka ia tertolak. Namun demikian ia tidak mengurangkan kredebiliti ulama’ tersebut kerana kemungkinan disebutkan itu untuk waris seterusnya mengkaji semula akan periwayatan tersebut dan juga kesalahan sebagai manusia biasa. Walau bagaimanapun jika terdapat hadis dan pendapat mereka dalam kitab yang sama yang diperakui kesahihannya maka perlu kita terima dan harus dijadikan sebagai pegangan kita.
Sesuatu hadis itu mungkin tertolak adalah disebabkan perawinya (penyampai) atau matan (teks) itu tidak diperakui oleh sarjana hadis, namun terdapat hadis-hadis yang sahih membawa maksud yang sama. Sebagai contoh berkenaan bulan ramadhan seperti hadis di atas ada dua hadis sahih yang merangkumi makna hadis tersebut iaitu:
1. Jika datang bulan Ramadhan, maka terbukalah pintu-pintu rahmat, tertutup pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan dibelenggu. (HR Muslim)
2. barangsiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan kerana keimanan kepada Allah dan berkira-kira (mengharapkan pahala) hanya dari-Nya maka diampunkan dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari)
Melihat kepada kandungan kedua hadis ini, sememangnya terdapat rahmat Allah yang begitu luas, pengampunan daripada-Nya serta peluang pembebasan daripada api neraka. Cuma ia lebih selamat kerana datangnya daripada sumber yang sahih dan diperakui serta dijauhkan permasalahan khilaf yang tidak membuahkan hasil bahkan hadis-hadis yang sahih ini tidak pula membahagikan ramadhan itu dengan kelebihan-kelebihan tertentu pada tempoh waktu yang tertentu bahkan menunjukkan sepenuhnya bulan ramadhan itu adalah rahmat, pengampunan dan juga pembebesan daripada api neraka yang diganjarkan bagi mereka yang berusaha mendapatkannya.
Ramadhan bukan sekadar bulan puasa
Menjadi suatu kesilapan dalam fahaman masyarakat kita bahawa bulan ramadhan adalah semata bulan puasa. Bahkan lebih rosak apabila puasa ramadhan dikecilkan skop definisinya kepada menahan makan dan minum semata-mata. Oleh sebab itu, malangnya dalam masyarakat kita hari ini kita melihat ramai yang berpuasa tetapi tidak menutup aurat. ramai yang berpuasa tetapi tidak solat. Kewajipan ini apabila ditinggalkan biarpun tidak membatalkan puasa itu, tetapi ia sebenarnya menghilangkan ruh dalam ibadah puasa. Agak pelik tuhan yang sama kita takut dan berusaha untuk berpuasa kerana suruhannya tetapi tuhan itu juga kita ingkar dalam suruhan-Nya yang lain. Sebab itu menghidupkan ramadhan bukan semata dengan puasa yang terjaga keseluruhannya daripada pandangan, pendengaran, percakapan serta makan dan minum, tetapi dengan memperbaiki amalan-amalan wajib dan menggandakan amalan sunat.
Ramadhan juga dianggap tempang jika manusia beranggapan ia bulan bulan puasa. Bulan untuk memperbanyakkan doa. Bulan untuk tangisi dosa-dosa semata sedangkan kita berdiam diri dan sering menggunakan alasan letih untuk melakukan rutin harian kita. Bermalasan dalam belajar, tidak bersungguh melaksanakan tugasan kerja, maka sebenarnya ia merupakan suatu kekurangan yang perlu dibaiki segera. Hal ini kerana ramadhan bagi generasi para sahabat terdahulu merupakan bulan jihad! Perang badar, pembukaan kota Makkah, pembukaan kota-kota Islam, dan pelbagai peperangan yang berlaku dalam bulan ramadhan. Justeru itu, kita yang mengakui mencintai mereka yang telah pergi dahulu atas dasar keimanan, sebetulnya kita mengikuti langkah mereka. Mungkin tidak perlu angkat senjata, cukup gandaan perkara sunat bersama perbaiki yang wajib, dan bersungguh dalam tanggunjawab kita sama ada pelajar atau pekerja, moga-moga ia dikira jihad pada sisi-Nya.
Ramadhan bukan waktu siang
Sebahagian masyarakat juga mempunyai pandangan yang salah apabila menganggap ramadhan hanya ketika waktu siang hari. Siang harinya benar-benar dijaga agar tiada perkara yang boleh mencacatkan puasa. Tetapi selepas pada waktu berbuka, segala larangan atau penjagaan daripad perkara mungkar ini seolah terbuka hijabnya. Ada yang terus melakukan sesuatu yang haram seperti merokok, ada juga sudah tidak terkawal lidah mengumpat dan sebagainya. Walhal kemuliaan ramadhan itu bukan semata pada siang harinya bahkan seluruh ramadhan itu mempunyai kelebihannya.
Dalam sahihain (Bukhari dan Muslim) melalui riwayat yang berbeza dalam setiap satunya, baginda menyebutkan berulang kali hadis yang hampir sama iaitu:
barangsiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan kerana keimanan kepada Allah dan berkira-kira (mengharapkan pahala) hanya dari-Nya maka diampunkan dosanya yang telah lalu
barangsiapa yang mendirikan bulan ramadhan kerana keimanan kepada Allah dan berkira-kira (mengharapkan pahala) hanya dari-Nya maka diampunkan dosanya yang telah lalu
barangsiapa yangmendirikan malam al-Qadr kerana keimanan kepada Allah dan berkira-kira (mengharapkan pahala) hanya dari-Nya maka diampunkan dosanya yang telah lalu
Hadis-hadis ini membuktikan ramadhan bukan bukan sekadar puasa di dalamnya bahkan juga didirikan didalamnya amalan-amalan yang lainnya. Ramadhan juga bukan sekadar kelebihan tertumpu pada malam -al-qadr tetapi keseluruhan siang dan malam yang didirikan di dalamnya amalan-amalan maka diberikan kelebihan keampunan dan kelebihan-kelebihannya yang lain.
Keimanan berdasarkan sumber yang sahih
Keimanan menjadi tunjang utama sebagai tuntutan Allah daripada hamba-Nya sebelum Dia memberikan ganjaran yang setimpal. Namun untuk memperoleh kebaikan ini tidakkah cara-cara yang bertepatan dengan nas melalui mazhab-mazhab yang muktabar perlu dipraktikkan agar kita memperoleh kekhusyukan dalam ibadah dengan perlaksanaannya yang sempurna dan menepati kaedah yang tepat?
Sebab itu, di sini ditegaskan sekali lagi dengan menyeru kita untuk mempelajari (bagi yang belum tahu) dan memperbaiki (bagi yang ragu-ragu) ibadah-ibadah kita dalam bulan ramadhan agar bertepatan dengan nas agama dan pendapat ulama’.
Adapun fadhilat dalam bulan mulia ini bukanlah bermaksud tidak perlu kita ketahui. Bahkan elok untuk dipelajari kerana menambahkan keinginan kita untuk menggandakan ibadah. Namun sumber-sumber yang diperolehi haruslah diperakui oleh ilmuan agama atau yang jelas datang dari Al-Quran dan Sunnah yang sahih.
Kesimpulannya
Biarpun kita tidak mengetahui banyak tentang fadhilat yang Allah janjikan dalam bulan ramadhan disebabkan keterbatasan dalam menilai ketepatan sumber, yakinlah bahawa Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal atas usaha-usaha kita mempelajari dan memperbaiki amalan kita kerana boleh jadi fadhilat yang dinyatakan adalah begitu dan begini, tetapi dengan rahmat Allah dan keikhlasan kita beribadah, Allah gandakan lebih daripada apa yang kita ketahui.
Allah pernah berkata melalui lisan Rasul-Nya (hadis Qudsi):
‘Tiap-tiap perbuatan baik, pahalanya sepuluh kali hingga tujuh ratus kali ganda selain daripada puasa. Maka puasa itu adalah bagi-Ku dan Aku yang membalasinya’.(HR Bukhari)
“Setiap amalan bani adam adalah untuknya, kecuali puasa, sesungguhnya ia (puasa) untuk -Ku dan Aku yang akan memberikannya ganjaran. (HR Bukhari)
The post Ramadhan: Peduli Fadhilat, Perbaiki Kaifiyat appeared first on Langit Ilahi.
Pahala Kebaikan Percuma

Sentiasalah mengisi hati kita dengan niat dan keazaman untuk melakukan amal kebaikan kerana tiada apa yang dirugikan daripada niat dan keazaman tersebut melainkan ianya akan diganjari pahala oleh Allah S.W.T.
The post Pahala Kebaikan Percuma appeared first on Langit Ilahi.
June 21, 2014
Cinta Setelah Benci, Tiada Dendam Tiada Penyesalan
photo source: photobucket.com
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ
Katakanlah, wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Az-Zumar: 53
Bencinya begitu mendalam. Egonya terlalu tinggi, apatah lagi dia menjadi orang keyakinan Abu Lahab bapa saudara Nabi yang paling membenci baginda dan tidak pernah putus asa untuk menjatuhkan baginda dan agama langit ini. Pernah suatu hari ketika perang Badar sedang terjadi, dia datang membawa khabar. Katanya:
” Kami berhadapan dengan orang-orang serba putih mengenderai kuda hitam belang putih, menyerbu antara langit dan bumi, tidak serupa dan tidak ada suatu pun dan tidak terhalang oleh suatu pun.” [1]
Nyata apa yang dia lihat adalah laskar para malaikat yang ikut bertempur bersama Rasulullah S.A.W dan kaum muslimin! Tetapi mengapakah tidak dia beriman? Jawapannya adalah kerana, Allah telah menangguhkan keIslamannya pada masa yang terbaik buatnya. Sekian lama dia menghunus pedang untuk membunuh baginda dan memerangi Islam. Dari detik insan bernama Muhammad bin Abdullah dilantik menjadi utusan Allah sehinggalah menjelang hari pembebasan Kota Makkah, sesaat pun tidak dia bazirkan menjadi pengobar semangat Kaum Kafir Quraisy dan para sekutunya lewat syair-syair yang berisi hasutan agar bara di hati musuh Islam terus menyala untuk memusuhi dan memerangi Nabi. Tidak cukup dengan itu, setiap peperangan yang dilancarkan terhadap Islam pasti dia ikuti. Di tangannya mengalir darah-darah tentera Islam yang menjadi para syuhada’ dambaan syurga. Dialah Abu Sufyan bin Al-Harits, sepupu Rasulullah dari sebelah bapa baginda, anak kepada bapa saudara baginda Al-Harits bin Abdul Muthalib.
Selama hampir 20 tahun dia hidup sebagai musuh Allah, namun dengan kehendaknya-Nya pada suatu hari, takdir memanggilnya kembali kepada fitrah jalan hidup yang bahagia. Di sekitar hari-hari Fathu Makkah, dia lantas memanggil puteranya Ja’afar dan memberitahu keluarganya bahawa dia mahu keluar bepergian. Ditanya kepadanya ke manakah gerangan hala tujunya? Maka jawabnya,
“Kepada Rasulullah untuk menyerahkan diri bersama baginda kepada Allah Rabb Semesta Alam” [2]
Maka berangkatlah ia dengan hati penuh dengan cahaya keinsafan, hidayah Allah mengetuk hati manusia-manusia yang Dia kehendaki. Walau sekelam dan sehitam mana masa silam, jika hidayah-Nya datang menyapa, maka adakah ada cahaya yang lebih terang dari itu? Bermusafirlah Abu Sufyan dan puteranya menuju Abwa’, tempat Rasulullah S.A.W dan barisan tentera Islam berkumpul sebelum bergerak untuk membebaskan kota Makkah dari jahiliyah menuju cahaya, membersihkannya dari sembahan berhala. Setibanya Abu Sufyan di Abwa’, tiba-tiba hatinya dirundung resah, bagaimanakah harus dia menghampiri Rasulullah sedang darahnya sendiri dihalalkan baginda untuk dibunuh kerana kejahatan yang telah dia perlakukan. Andai dilihat oleh mana-mana mujahid, pasti jiwanya melayang terlebih dahulu sebelum sempat dia bertemu utusan Allah itu. Akhirnya Abu Sufyan menyamar sehingga tidak dikenali sesiapa pun. Sambil menggenggam erat tangan puteranya Ja’afar, ia mengambil jalan yang cukup jauh hingga akhirnya Rasulullah S.A.W kelihatan sedang berjalan bersama sekumpulan sahabat. Lalu dia pun bergerak menghampiri Nabi dan menjatuhkan dirinya di kaki baginda yang mulia seraya membuka penutup wajahnya.
Melihatkan bahawa yang berada di hadapannya itu adalah Abu Sufyan, Rasulullah S.A.W memalingkan wajahnya. Lalu Abu Sufyan mendatanginya dari arah lain, tetap Rasulullah menghindarkan diri daripadanya. Tanpa keraguan lagi, dengan sepenuh hati Abu Sufyan dan puteranya secara serentak lalu berseru,
“Kami bersaksi bahawa tiada ilah yang disembah melainkan Allah, dan kami bersaksi bahawa Muhammad utusan Allah”.
Abu Sufyan lantas mendekati Nabi S.A.W seraya berkata,
“Janganlah ada dendam dan penyesalan, wahai Rasulullah…” Rasulullah S.A.W pun menjawab,” Tidak ada dendam dan penyesalan wahai Abu Sufyan.” [3]
Rasulullah S.A.W bersabda,
“Umumkanlah kepada orang-orang bahawa Rasulullah S.A.W telah redha kepada Abu Sufyan dan mereka pun hendaknya redha kepadanya”.
Selepas itu, hiduplah Abu Sufyan sebagai seorang yang sangat dekat dengan Nabi S.A.W, sentiasa bersama baginda dalam setiap peperangan yang baginda sertai. Waktu-waktunya dihabiskan dengan beribadah dan berjihad demi menebus dosa nodanya selama ini. Setelah kewafatan Nabi, sering sahaja dia menangis kerana terlalu rindu untuk bertemu baginda dan sentiasa mendambakan kematian agar dapat bertemu dengan baginda di alam sana. Sehinggalah tiba saat sebelum rohnya dijemput kembali oleh yang Maha Pencipta, ia membuka mata dengan dengan penuh ketenangan dan berkata kepada ahli keluarganya,
” Janganlah kalian menangisiku kerana aku tidak pernah berlumur dosa sejak memeluk Islam.” [4]
Mencari Cahaya di Hujung Kegelapan
Ini kisah tentang cinta setelah benci, inilah juga kisah bahagia setelah derita, ini kisah tentang rahmat Allah yang Maha Luas, lebih luas dari terbentangnya langit dan bumi buat hamba-Nya yang sentiasa mencari cahaya di hujung kegelapan. Alangkah indahnya apabila hidayah itu datang mengetuk pintu hati manusia. Siapa sangka betapa manusia yang paling jahat, yang zalim, yang menghina dan memusuhi Islam akhirnya adalah orang yang dipilih Allah untuk menjadi penegak panji Islam itu sendiri. Dia yang sering mencari kecacatan dan kelemahan pada deen yang suci ini langsung tidak menemui apa yang dia cari sebaliknya yang dia temui hanyalah kebenaran demi kebenaran. Dan keikhlasan dalam pencarian itu akhirnya Allah membuka hijab di hatinya untuk menerima cahaya petunjuk, merubah sebuah kehidupan yang penuh derita jahiliyah menjadi kehidupan yang dilimpahi kebahagiaan iman.
Saya mengajak diri saya dan para pembaca membawa kembali jejak-jejak cinta Abu Sufyan kepada Allah dan Rasul-Nya ke dalam hidup kita, sebagai suatu refleksi bahawa kita sebenarnya masih punya harapan. Harapan yang menghidupkan kembali jiwa yang resah dan mati, harapan yang membangunkan diri dari lena dan putus asa yang panjang. Suatu harapan yang tidak mungkin perolehi dari manusia tetapi dari Allah S.W.T, Rabb yang memegang hati-hati kita dengan penuh cinta yang tak terduga oleh pandangan mata. Hanya hati yang merasai tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
Sungguh sirah adalah kisah cinta terindah. Kisah Abu Sufyan bin Al-Harith memberi suatu keyakinan bahawa seteruk dan segelap mana masa silam seorang hamba, dengan kuasa Allah tidak mustahil dia mampu berubah. Lantas saya bertanya kepada diri saya dan saudara-saudara saya ini, apakah segala dosa dan noda yang kita lakukan lebih besar dari dosa membunuh ribuan jasad beriman? Adakah dosa dan noda yang telah kita lakukan itu lebih dahsyat dari perbuatan menghina dan mencaci Nabi, malah cuba membunuh baginda? Apakah ada dosa yang lebih besar dari dosa seseorang yang memusuhi Islam? Jawapannya ada di dalam diri kita sendiri. Lantas layakkah kita untuk menuduh diri kita sendiri sebagai seorang manusia yang tidak akan terampun dosanya sekalipun berkali-kali dosa diulangi?
Percaya dan yakinlah bahawa sesungguhnya rahmat Allah itu terlalu luas melangkaui luasnya alam raya. Sebanyak mana pun dosa, Dia tetap memanggil-manggil hamba-Nya dengan penuh cinta dan kasih agar hamba-Nya bertaubat dan kembali pada-Nya. Sudah pun begitu, mengapa kita yang berputus asa dan berpaling dari rahmat-Nya? Allahu.
Penutup: Cahaya Harapan Bersama Ruh Ramadhan
Mengambil peluang dan kesempatan yang ada, semoga kita dipanjangkan usia bertemu Ramadhan, bulan cinta dan harapan, bulan keampunan dan pembebasan dari api neraka. Jadikan bulan ini sebagai bulan penghijrahan yang abadi. Bulan tarbiyah, ibrah dan pengajaran. Tundukkan nafsu yang selama ini dihasut syaitan supaya melakukan dosa, maksiat dan kejahatan. Lawan diri sendiri, bangkitkan tekad dan semangat bahawa akan kita usaha sehabis mungkin untuk kuburkan dosa silam yang selama ini menghitamkan hati dan menjahanamkan diri. Jadikan malam-malam yang tenang sebagai saksi air mata mata, munajat hamba merayu kepadanya. Jangan risau, tiada siapa yang akan melihat air matamu, tiada siapa yang akan mendengar suaramu kecuali Dia.
Hari-hari yang berbaki ini, kuatkan hati dan langkah, percaya bahawa walau manusia meninggalkan dan menjauhi kita kerana dosa dan kesilapan yang kita lakukan, Allah tak pernah pergi dan tidak akan pergi. Dia akan tetap di situ menanti kita datang dengan harapan dan keyakinan bahawa kita pasti akan diampunkan. Dengan syarat, kita benar-benar menyesali kesilapan lalu, ikhlas dalam mujahadah menuju maghfirah dan keampunan dari-Nya. Semoga Ramadhan kali ini membawa sinar baru dalam hidup kita. Dan ya, saya benar-benar mendoakan anda.
وَلَمَّا تَوَجَّهَ تِلْقَاءَ مَدْيَنَ قَالَ عَسَىٰ رَبِّي أَنْ يَهْدِيَنِي سَوَاءَ السَّبِيلِ
Dan setelah ia (meninggalkan Mesir dalam perjalanan) menuju ke negeri Madyan, berdoalah ia dengan berkata: “Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku”.
al-Qasas: 22
Notakaki:
[1][2][3][4] Khalid Muhammad Khalid, Rijal Haula al-Rasul/Kisah 60 Sahabat Nabi (ter. Agus Suwandi), Jakarta: Ummul Qura, 2012.
The post Cinta Setelah Benci, Tiada Dendam Tiada Penyesalan appeared first on Langit Ilahi.
June 19, 2014
[Harga Runtuh LangitIlahi Store!]
Diumumkan harga runtuh LangitIlahi Store, untuk semua order bermula 20hb Jun – 30hb Jun 2014. Dapatkan segera!
Baca sampai habis untuk cara order, kos postage dan senarai buku serta harga runtuh setiapnya.
—————–
Cara order:
—————–
1 – Baca Bismillah.
2 – Bank in jumlah duit(mengikut barang yang nak dibeli dan jumlah kos penghantarannya) ke:
MAYBANK
514226415860
‘Abdul Muhaimin Misran
3 – kemudian email ke – store@langitilahi.com – dengan skema berikut:
a) Bukti pembayaran – Jumlah harga buku + Caj postage – (attach gambar/printrscreen anda di email)
b) Nama penuh
c) Alamat penghantaran
d) Nombor telefon
e) Jenis barang yang nak dibeli dan berapa unit.
Nyatakan dengan jelas semua ini, atau urusan pembelian akan berhadapan dengan masalah.
4 – Jika anda tidak mendapat apa-apa reply sehari selepas email, sila hubungi email tersebut semula kerana kemungkinan email anda tidak sampai.
5 – Kami akan post pembelian anda pada setiap hari Rabu dengan khidmat pos laju. Order yang sampai kepada kami selepas pukul 9.00pm hari Isnin akan dihantar pada Rabu minggu hadapannya. Harap maklum.
—————–
Kos postage:
—————–
1-2 buku – RM6.00(Semenanjung), RM10.00(Sabah&Sarawak)
3-5 buku – RM10.00(Semenanjung), RM15.00(Sabah&Sarawak)
——————————-
Senarai buku dan harga:
——————————-
1 – Buku Mengenang Murabbiku: Ustaz Dahlan Mohd Zain
Harga asal: RM50.00
Harga runtuh: RM30.00
2 – Buku Motivasi Sebelum Aku Bernikah
Harga asal: RM20.00
Harga runtuh: RM15.00
3 – Buku Motivasi Untuk Kita Pendosa
Harga asal: RM18.00
Harga runtuh: RM15.00
4 – Buku Motivasi Hidup Penuh Erti
Harga asal: RM23.00
Harga runtuh: RM18.00
5 – Buku Motivasi Bahtera Menuju Ke Syurga
Harga asal: RM20.00
Harga runtuh: RM15.00
6 – Buku Motivasi Keimanan Adalah Paksi
Harga asal: RM26.00
Harga runtuh: RM20.00
7 – Buku Motivasi LangitIlahi Edisi Istimewa
Harga asal: RM65.00
Harga runtuh: RM50.00
8 – Buku Motivasi Batu-Bata Kehidupan
Harga asal: RM25.00
Harga runtuh: RM20.00
9 – Novel Hero
Harga asal: RM20.00
Harga runtuh: RM16.00
10 – Novel Takdir: Cahaya Yang Tidak Terpadam
Harga asal: RM21.00
Harga runtuh: RM17.00
11 – Novel Takdir 2: Percaya Yang Tidak Sirna
Harga asal: RM21.00
Harga runtuh: RM17.00
12 – Novel VT
Harga asal: RM25.00
Harga runtuh: RM20.00
13 – Novel VT 2: Avantgarde
Harga asal: RM19.90
Harga runtuh: RM16.00
14 – Novel Sinergi
Harga asal: RM23.00
Harga runtuh: RM18.00
15 – Novel Remaja Mulia
Harga asal: RM10.00
Harga runtuh: RM12.00
16 – Novel Remaja Harapan
Harga asal: RM14.00
Harga runtuh: RM12.00
17 – Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta(edisi kemas kini)
Harga asal: RM23.00
Harga runtuh: RM18.00
18 – Kumpulan Cerpen Matahari
Harga asal: RM19.00
Harga runtuh: RM16.00
19 – Novel Relasi
Harga asal: RM15.00
Harga runtuh: RM12.00
20 – Buku Motivasi Pimpin Aku Ke Syurga
Harga asal: RM19.90
Harga runtuh: RM16.00
The post [Harga Runtuh LangitIlahi Store!] appeared first on Langit Ilahi.