Hilal Asyraf's Blog, page 63
May 22, 2014
Tamadun Bahasa Bisu: “I’m Gay Today!”

Gambar merupakan ihsan Google
“I’m gay today!”
Cuba bayangkan, sekiranya terdapat seseorang yang secara tiba-tiba sahaja berkata begini dengan lantangnya di khalayak umum, pasti ramai yang akan berasa terkejut. Atau mungkin juga terkedu sehingga kehilangan kosa kata buat seketika.
Namun begitu, tidak sewaktu beberapa kurun dahulu, bila mana ia dianggap normal sekiranya terdapat mana-mana manusia yang berkata sebegini di hadapan orang ramai. Malahan, manusia yang menjiwai maksud empati pasti akan turut sama terkena tempiasnya, dengan merasakan apa yang turut dirasakan oleh orang tersebut.
Ini kerana, biarpun asal perkataan ‘gay’ itu masih tidak diketahui secara jelas, sewaktu awal penggunaannya di dalam bahasa Inggeris kuno, ia membawa maksud gembira. Perkataan ‘gay’ pertama kali dicatat di dalam bahasa Inggeris pada tahun 1325 dalam sebuah sajak yang bertajuk “Blow, Northerne Wind” yang diterbitkan dalam salah satu manuskrip linguistik yang penting pada ketika itu, “British Library MS Harley 2253:”
Heo is dereworþe in day,
graciouse, stout, ant gay,
gentil, iolyf so þe iay.
(She is precious in day
gracious, stout, and gay,
gentle, jolly as the jay.)
Lingua Franca, Evolusi Bahasa Pra dan Pasca Kemodenan
Selang beberapa abad kemudian, iaitu pada masa kini, perkataan ‘gay’ di dalam bahasa Inggeris moden tidak lagi bersifat adjektif dengan membawa maksud gembira, tetapi berubah menjadi kata nama yang mendefinisikan secara literal terhadap segolongan manusia yang kembali bersifat seperti kaum Nabi Luth A.S. beribu-ribu tahun dahulu, iaitu mereka yang menyukai sesama jenis atau jantina. Dalam bahasa mudahnya, homoseksual.
Pasti menarik untuk mengkaji dengan lebih mendalam evolusi yang melingkari dunia bahasa dan linguistik bukan sahaja semenjak era pra sehingga pasca kemodenan, bahkan lebih lama daripada itu. Dalam dunia bahasa, sejarahnya dimulai dengan beberapa bahasa yang menjadi asal kepada bahasa baharu yang lain melalui kaedah pinjam-meminjam, sebagai contoh, Latin dan Sanskrit seperti yang dijumpai tercatat di dinding-dinding gua, teks-teks purba, kuno dan klasik, malah beberapa lagi. Bahasa-bahasa asal ini kemudian menjadi sumber rujukan perkataan-perkataan bahasa lain yang terus berkembang, misalnya Inggeris. Mugkin juga antara persoalan yang menghantui pemikiran para pejuang Islam ialah adakah pula kewujudan bahasa Arab merupakan bahasa pertama dunia semenjak zaman Nabi Adam A.S. lagi?
Bahasa Arab berasal daripada rumpun bahasa Samiyah yang dinisbahkan kepada keturunan Nabi Nuh A.S. sewaktu awal penggunaannya. Bahasa Arab juga merupakan antara bahasa utama yang menyaksikan sejarah peradaban dan ketamadunan manusia seuatu ketika dahulu. Dan pada era kini, bahasa Arab terus berkembang sesuai dengan peralihan zaman, mengambil kira kepentingan nilai kemodenan dengan membariskan panel-panel pengkaji dan pengeluar perkataan untuk mewakili perkara-perkara dan benda-benda baharu seperti yang dipraktis oleh Al-Azhar misalnya. Sebagai contoh, selama tempoh beberapa tahun telah diambil oleh barisan panel ini untuk mengeluarkan perkataan di dalam bahasa Arab yang mewakili komputer, yang mana akhirnya peminjaman perkataan daripada bahasa Inggeris sendiri dilaksanakan. Maka, wujudlah perkataan ‘kombyutar’ di dalam bahasa Arab.
Namun begitu, jangan pernah dilupakan kehebatan bahasa Melayu, di mana sewaktu awal perkembangannya di Tanah Melayu, ia digunakan dengan begitu meluas sekali. Bahasa Melayu, sewaktu zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka bukan sahaja menjadi bahasa pertuturan harian sesama penduduknya, bahkan juga membawa kepada hubungan perdagangan merentasi selat dan perairan di rantau Nusantara sewaktu itu. Kerana itulah bahasa Melayu pernah bergelar lingua franca, sama seperti bahasa-bahasa lain juga. Malah, Francois Valentijn, seorang ahli sejarah bangsa Belanda pada abad ke-16 pernah dipetik sebagai berkata;
“Bahasa mereka, iaitu bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di segala negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau bahasa Latin di Eropah, atau sebagai bahasa lingua franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan sahaja difahami di Parsi bahkan lebih jauh daripada negeri itu, di sebelah timurnya hingga Kepulauan Filipina.”
Malah, apa yang jauh lebih penting daripada ini adalah, bahasa Melayu sendiri pernah menjadi bukti penyebaran Islam di abad tersebut. Bahasa Melayu yang merumpunkan jati diri anak bangsanya sewaktu itu menjadi instrumen penyampaian dakwah kepada para sultan kesultanan Melayu Melaka yang sebelumnya berpegangan Hindu melalui para pedagang asing, terutamanya Arab yang berjual-beli di Tanah Melayu. Lalu, adalah menjadi sebuah ibrah bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bukti pembinaan tamadun dan peradaban bangsa suatu ketika dahulu. Itulah sejarah lampau, yang kalau tidak dipegang erat nilainya, akan semakin menghakislah ia.
Komunikasi dan Komuniti
Begitulah peri pentingnya peranan bahasa. Bukan sahaja mempunyai nilai seni dan estetika kesusasteraan, bahkan berperanan untuk menjadi pengantara penyebaran ilmu pengetahuan. Malah, apa yang jauh lebih penting adalah bahasa berperanan sebagai medium komunikasi di dalam masyarakat. Segala bentuk komunikasi, perbualan, penyampaian dan penerimaan sesama manusia dihubungkan melalui bahasa. Samada apa yang dihubungkan itu berbentuk analisis isi penyampaian, media massa, penonton/pendengar ataupun sebab dan akibat, kata kuncinya adalah bahasa membentuk komuniti. Sebagaimana seorang guru pernah dipetik sebagai berkata;
“When language dies, communication also will die.
When communication dies, there will be no community.”
Lalu, bagaimana ada sebahagian daripada kita yang berani-berani cuba untuk merosakkan bahasa? Dan juga berani untuk berkasar senantiasa dalam bahasa? Sudahlah apabila bercakap sudah pun dipasarkan, inikan pula sanggup juga dirosakkan dalam bentuk penulisan. Bukankah pernah menjadi suatu trend di kalangan anak muda beberapa ketika dahulu berbahasa dengan bahasa ‘W,’ ‘kew,’ ‘pew,’ ‘gittew,’ dan banyak lagi. Alahai. Bisulah komunikasi yang terus sampai ke hati sendainya tidak disulami dengan bahasa yang bersih sebagaimana asalnya ia. Kerana sekiranya kita mahu bercakap sampai ke dasar hati, kita haruslah bercakap dari hati juga. Dan ketahuilah, bahawa sesungguhnya hati komunikasi itu terletak pada bahasa. Dan ingatlah, bahasa juga menjadi rumpun yang akan mengenalkan kita kepada siapa kita.
Untuk akhirnya, saya tinggalkan nukilan yang pernah saya catatkan di hening pagi Ramadhan tahun lepas, di awal bulan Ogos. Semilir anginnya sewaktu itu, membawa tenang dalam hati yang berbahasa.
“Bahasa Inggeris.
Sukanya aku pada bahasa,
Sampai pernah ingin ku menggigit-gigit kamus,
Kerana cantiknya setiap kata yang tercetak,
Bila mata menatap.
Bahasa Melayu.
Sayangnya aku pada bahasa,
Melihatkan mereka menulis kisah,
Kurasakan tenang menutur indah,
Bila akal membaca.
Bahasa Arab.
Cintanya aku pada bahasa,
Lantaran bicara Tuhan yang terbias,
Pada indahnya susunan kalimah Quran,
Bila hati merenung.
Bahasa Jawa.
Fahamnya aku pada bahasa,
Mendarah pada jalur keturunan,
Walau masih gagap ku membalas,
Bila telinga mendengar.
Aku,
Manusia yang Tuhan jadikan,
Lahir dengan pelbagai bahasa,
Yang ditutur basah menjadi penghubung,
Yang ditulis penuh menjadi pengantara.
Ada mereka,
Yang tak peduli pada bahasa,
Kadang kesat,
Kadang kasar,
Bila ditutur sudah pun dipasarkan,
Bila menulis lagi mahu dirosakkan.
Biarkan,
Mungkin mereka masih belum temukan,
Indahnya pada menjaga bahasa.
Doaku pada Tuhan,
Semoga mereka tak lupa,
Pada apa maknanya bahasa.
Kalau tanpa bahasa,
Yang indah lagi tersusun,
Maka tak berhubunglah Rasul dengan Tuhannya,
Maka tak terkaitlah umat dengan Nabinya,
Melalui bahasa yang diturunkan,
Pada kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur dan Quran,
Kerana apa yang telah disampaikan,
Semuanya melalui cantiknya bahasa,
Yang menjadi Nur panduan kehidupan.
Tak ku bicara engkau yang tidak berbahasa,
Pada tertib dan jagaannya,
Menjadi jenayah yang kan Tuhan hukumkan,
Cuma aku sendiri,
Yang terseru untuk memanggil kalian,
Untuk sama-sama cintakan bahasa,
Kerana aku,
Kasihkan bahasa.
Dahulu,
Daun-daun kering dan kulit-kulit haiwan menjadi saksi,
Pada Muhammad dan sahabat yang mencatat,
Segala kalam yang Tuhan sampaikan,
Segala wahyu yang Tuhan ilhamkan.
Lalu, kita yang punya buku ini,
Untuk menulis supaya orang membaca,
Jagalah tertibnya,
Jagalah indahnya,
Lalu, kita yang punya lidah ini,
Untuk berkata supaya orang mendengar,
Jagalah adabnya,
Jagalah santunnya.
Pada indah bahasa.
p/s: Sayang bahasa ketat-ketat!
Aisyah Anasmosa,
25 Ramadhan 1434H,
3 Ogos 2013,
8.02 am.”
The post Tamadun Bahasa Bisu: “I’m Gay Today!” appeared first on Langit Ilahi.
May 19, 2014
Fotografi : Learning.
(f5.6 | 1/50 | ISO200)
As humans, we make mistakes.
Why?
Because nobody is perfect.
But what makes us different is when we learn.
We grow better when we take lessons from it.
Indeed, in doing mistakes, there is always something to be learnt from.
Keep on learning. Lower your ego. Know your fault. Do apologize.
And when tomorrow comes, never do the same mistake again.
Why?
Don’t you remember, you are a different person from yesterday?
The post Fotografi : Learning. appeared first on Langit Ilahi.
May 17, 2014
Perkara-perkara yang menjauhkan hubungan diri dengan Ilahi
Hati dan akal yang sihat membuatkan hubungan dengan-Nya lebih dekat
Hidup manusia tidak dapat lari daripada ujian dan cubaan daripada Allah s.w.t. Adapun ujian ini bukanlah untuk menjauhkan manusia dari rahmat-Nya bahkan sebaliknya mendekatkan diri insan pada tuhan jika dia berjaya melaluinya dengan penuh kesabaran. Justeru itu, penting buat seorang hamba mengetahui perkara-perkara yang dapat menjauhkan diri daripada restu Ilahi yang menjadi ujian kepada kepada manusia agar bisa menanganinya dengan baik.
Perkara-perkara ini boleh dibahagikan pada dua kategori:
i- Berkait dengan hati berupa nafsu
ii- Berkait dengan akal berupa keraguan
Oleh yang demikian, seorang mukmin yang baik itu dapat menjaga hatinya dan menguruskan akalnya dengan baik kerana hakikatnya keduanya salin berkaitan. Hati yang bersih membentuk corak pemikiran yang baik manakala kekuatan akal yang sihat dapat membimbing hati ke arah kebenaran.
Jauhnya hubungan dengan Allah disebabkan nafsu
Dalam al-Quran Allah s.w.t ada menyebutkan halangan-halangan kepada manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah yang menjadi ujian kepada manusia sendiri untuk menurut hawa nafsu atau perintah tuhan Yang Satu:
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga). [Ali Imran:14]
Demikian sebahagian bentuk kecintaan manusia terhadap nikmat di atas dunia. Jika ia tidak dikawal dengan baik maka ia akan menimbulkan pelbagai jenis penyakit hati atas dorongan nafsu:
1. Berterusan melakukan dosa (fasik)
Allah s.w.t berfirman:
Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. mereka itulah orang-orang yang fasik. [Al-Hasyr:19]
Fasik merupakan penyakit hati yang sangat bahaya kerana bukan sahaja ia terkesan pada hati seseorang itu bahkan pada amal zahirnya seperti tidak mudah diterima berita darinya kerana khuatir terdapat pembohongan dan pelbagai lagi jenis perkara keburukan. Bahkan kefasikan ini akan membawa manusia terus-menerus melakukan dosa-dosa yang lain jika tidak diubati dengan segera. Akhirnya, sukar untuk manusia melakukan perubahan kerana hati telah menjadi gelap.
2. Menolak kebenaran (sombong)
Allah s.w.t berfirman:
(Iaitu) orang-orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka, amat besar kemurkaan (bagi mereka) di sisi Allah dan di sisi orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenangnya. [Al-Mu’min, 40:35]
Kesombongan merupakan suatu sikap yang sangat dibenci oleh Allah. Syaitan dan iblis terdahulu juga diseksa bukan kerana mereka jahil terhadap Allah, tetapi disebabkan kesombongan mereka. Selain itu, lihat umat terdahulu seperti kaum Nuh a.s, atau bangsa silam seperti bani Israel, kesemuanya di azab disebabkan mereka berpaling daripada kebenaran yang disampaikan (sombong)
Sikap negatif ini bukan sahaja menyebabkan rosaknya hati bahkan masyarakat kerana ia boleh membawa kepada sifat buruk yang lain seperti dengki, hasad dan sebagainya. Bahkan jika sikap ini masih berterusan dalam diri insan boleh jadi Allah paling kebenaran itu dari jiwa hamba yang akhirnya membuatkan manusia buta. Bukan buta mata tapi buta hati.
3. Hilang pertimbangan (zalim)
Zalim yang dimaksudkan di sini adalah apabila manusia tidak meletakkan sesuatu pada tempat yang hak dan sepatutnya akibat hilangnya pertimbangan rasional dek kerana sering mengikut kehendak nafsu. Allah s.w.t berfirman:
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada Islam? dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim.[As-Saf, 61:7]
4. Banyak bermaksiat
Apabila manusia memiliki sifat-sifat ini maka mereka mudah terdorong untuk melakukan maksiat. Hal ini kerana hati manusia sudah gelap untuk menerima cahaya lebih lagi untuk membedakan antara kebaikan dan keburukan.
Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka. [Al-Mutoffifin:14]
5. Kelalaian
Kenikmatan dan keseronokan hidup di dunia sering membuat seseorang hamba itu lalai. Akhirnya, ia mengalami kebimbangan dalam hidupnya. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
Dan sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah), mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai. [Al-A’raf, 7:179]
Jauh Hubungan dengan Allah disebabkan kerosakan akal
1. Tidak berilmu (jahil)
Jahil bererti tidak faham disebabkan kurang usaha dan jauh daripada ilmu yang benar disebabkan tidak ikhlas dalam menuntut ilmu. Islam menyanjung ketinggian ilmu dan orang-orang yang berilmu. Firman Allah s.w.t:
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabkannya. [Al-Isra’, 17 : 36]
Manusia yang tiada ilmu tidak sukar untuk beramal kerana asas bagi sesuatu amalan itu adalah ilmu yang benar. Apabila kurangnya amal maka manusia akan jauh dengan Allah s.w.t. Tambahan lagi, wahyu pertama diturunkan juga adalah berkaitan dengan ilmu (membaca).
Namun perlu diingatkan tentang hadaf utama dalam menuntut ilmu itu bukanlah untuk manusia berdebat semata tetapi untuk mengajak manusia kembali kepada Allah Yang Esa. Adapun perbincangan yang baik dan diskusi untuk mencari kebenaran adalah amat digalakkan tetapi masih terhad kerana akal manusia tidak bisa menjangkaui semua perkara. Mungkin kerana itu juga manusia ini dicipta berbeza-beza untuk saling-melengkapi.
Ragu-ragu
Oleh kerana kekurangan ilmu maka timbullah keraguan. Dari keraguan inilah yang menyebabkan seseorang sukar untuk mebuat keputusan yang baik. Firman Allah s.w.t:
Dan sentiasalah orang-orang kafir itu berada dalam keragu- raguan terhadap Al-Quran, hingga datang kepada mereka saat (kematiannya) dengan tiba-tiba atau datang kepada mereka azab hari kiamat. [Al-Hajj, 22:55]
Bahkan dalam hadis baginda s.a.w menyarankan untuk kita meninggalkan dan menghapuskan keraguan dalam membuat keputusan:
“Tinggalkan yang meragukanmu menuju yang tidak meragukanmu, kerana sesungguhnya kebenaran itu memenangkan dan sesungguhnya kebohongan itu meragukan.” [HR Tirmidzi no.2791]
Penyelewengan (berpaling dari kebenaran)
Apabila sesuatu keputusan tidak didasari dengan kelimuan disebabkan timbul rasa syak dan ragu-ragu maka manusia itu boleh terdedah kepada penyelewengan. Penyelewengan ini akan menjauhkan seseorang daripada kebenaran. Allah s.w.t berfirman:
(Tetapi) kerana mereka melanggar janjinya, Kami kutuki mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu(berpaling), mereka suka merubah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) sentiasa akan melihat kekhianatan daripada mereka kecuali sedikit di antara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah mereka dan biarkan mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. [Al-Maidah, 5:13]
Kesimpulan: Segera mendidik hati dan mengasah akal!
Mungkin kita selalu tertanya mengapa seolah kita jauh dengan Allah?
Seakan doa dan rintihan tidak diendah?
Demikian kerna penyakit-penyakit hati dan akal ini yang akan menjauhkan hamba dengan Allah s.w.t. Proses rawatannya ialah setiap muslim hendaklah segera bangkit, bertaubat dan bermujahadah melawan nafsunya demi menjauhkan dirinya daripada penyakit-penyakit ini. Firman Allah s.w.t:
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. [Al-Ankabut, 29: 69]
Manusia tidak terlepas dari ternoda dengan arus dunia yang mengigit. Tetapi sebenarnya ia adalah ujian untuk menentukan siapa yang paling baik dalam kalangan kita bagi menuntukan darjat insan disisi tuhan. Adapun firman Allah ini sedikit sebanyak dapat membantu memotivasikan manusia untuk tidak sekadar memandang nikmat dunia yang sementara tetapi janji-Nya yang abadi di syurga sana.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;
Wallahualam~
The post Perkara-perkara yang menjauhkan hubungan diri dengan Ilahi appeared first on Langit Ilahi.
May 16, 2014
Asyik Kena ‘bahan’? Tersenyumlah.

photo source: www.warpandwoof.org
Bahan membahan. Istilah baru bagi tabiat menjadikan orang lain sebagai bahan jenaka. Sama ada menggunakan kelemahan yang ada pada orang tersebut, ataupun kesilapan-kesilapan yang dilakukannya baik secara sengaja mahupun tidak. Jika anda selalu kena bahan, jangan risau, anda tak keseorangan. Kerana saya juga sering menjadi mangsa. Mungkin kerana saya seorang yang selalu blur dan agak lurus (huhu).
Ceritera Bad Bulat
Biar saya bawakan kepada anda satu cerita, yang telah diinspirasikan oleh guru saya pada suatu ketika dahulu.
Azman (bukan nama sebenar) merupakan sahabat kepada Badrul (juga bukan nama sebenar). Badrul merupakan seorang yang berbadan besar, dirinya sering dibahan rakan-rakannya yang lain yang suka memanggilnya dengan gelaran Bad Bulat. Namun kerana sudah biasa dipanggil begitu semenjak kecil, maka dia hanya ketawa dan membiarkan sahaja rakannya memanggilnya dengan panggilan itu. Cuma Azman seorang saja yang masih memanggilnya dengan nama Badrul.
Pada suatu hari, seperti biasa Badrul menjadi bahan jenaka rakan-rakannya setiap kali tiba masa makan.
“Weh Bad, cukup ke tak makanan ko tuh, perut ko kan besar..” sapa seorang rakan. ”Kalau tak cukup, aku telan ko laa weh..” balas Badrul sambil memegang perutnya yang seperti ibu mengandung beberapa bulan itu. ”ko ni dah kenapa amik sikit je makanan ni.. ko diet eh..” sampuk rakan yang lain pula. Gelak tawa silih berganti. Di mana Badrul dan rakan-rakannya berkumpul, di situlah tempat yang menjadi tumpuan mata-mata yang memandang. Riuh dan gamat. Bagi rakan-rakannya, Badrul lah penyeri suasana. Azman yang turut serta dalam kumpulan itu mencuit sahabatnya itu lalu berkata, ”weh Bad Bulat, ko nak tambah tak? aku nak ambil kan..” Itu kali pertama Azman memanggilnya dengan panggilan itu. Niatnya hanya mahu bergurau dengan sangkaan Badrul tidak ambil hati kerana sudah biasa. Tetapi sangkaannya meleset apabila air muka Badrul berubah.
“Aku ingat ko lain Azman, rupanya ko pon sama jugak macam dorang Man..” lalu Badrul pon bangun berlalu meninggalkan tempat itu. Rakan-rakan lain terpinga-pinga melihatkan keadaan itu. Azman terkesima. Perbuatannya itu merupakan perbuatan yang paling dia sesali sepanjang persahabatannya dengan Badrul.
Suatu teguran dan ibrah buat jiwa dari kisah ini
Pertama:
Jika kita adalah seorang yang sering kena bahan, tetapi kita tak mampu untuk melawan atau tak cukup kreatif untuk membahan balik, maka bersyukurlah. Kerana sebenarnya kita adalah seorang yang cukup sabar dan mempunyai jiwa yang kuat. Kita tidak kisah atau sekurang-kurangnya berlagak tak kisah. Ini suatu nilai yang tak semua orang ada. Nilai ini yang membentuk diri kita menjadi seorang yang cekal dan tidak peduli apa kata-kata buruk manusia di sekeliling kita. Fokus kita cuma kejayaan di hadapan. Tiada siapa dapat halang kita tanpa izinNya. Malah kita sebenarnya sudah pun dipujuk Allah berdasarkan firman-Nya:
“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka..”
(Surah Ali-Imran: 159)
Kedua:
Jika kita orang yang suka membahan, ketahuilah bahawa manusia lain juga punyai hati dan perasaan. Mungkin pada awalnya mereka tidak kisah, atau pun mereka sudah tidak peduli untuk kisah kerana mereka tahu itu merupakan tabiat kita dan kita sekadar hanya mahu berjenaka, tetapi cuba kita berada di tempat mereka. Saya pasti lama kelamaan kita juga akan merasakan sesuatu yang tidak enak dalam hati jika asyik dibahan sahaja. Selama ini ramai yang sudah bersabar dengan kita, cuma kita yang tidak sedar. Tidak semua manusia punyai jiwa yang terbuka. Ada jiwa yang sensitif, ada jiwa yang suka memendam, ada juga jiwa yang berdendam. Tiada apa yang boleh dibanggakan pada sifat suka membahan ini melainkan menyebabkan orang lain lalai dan leka dalam lagha, malah menjadikan kelemahan dan kesilapan orang lain sebagai perkara yang menyeronokkan pula. Mungkin kita lupa pada teguran Allah Taala buat kita,
“….dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim….”
(Surah al-Hujurat: 11)
Sungguh lidah ini, diciptakan Allah untuk menuturkan perkara yang indah-indah, perkara yang baik-baik. Malangnya lisan juga bisa membunuh dan melukakan hati, dalam kita sedar atau tidak. Lidah senduk hati, ia melambangkan keadaan hati kita saat kita menuturkan suatu bicara. Andai yang keluar dari mulut itu kata-kata yang menyakitkan, maka kita sendiri boleh nilai bagaimana keadaan hati kita melainkan kita terlalu buta untuk melihat kelemahan diri kerana terlalu ego dan takabbur, memandang diri serba baik dan serba sempurna. Dan ingatlah, lisan ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat atas apa yang telah ia tuturkan. Pilihan di tangan kita sendiri.
Penutup
Andai kata ketika ini ada seseorang sedang bermasam muka dengan kita, barangkali inilah puncanya. Kita mungkin tidak sedar tapi saat ini, renunglah kembali sikap kita selama ini. Tidak salah berjenaka dan bergurau senda tetapi letaklah ia pada tempat dan had yang Allah redha. Usah terlampau-lampau dan melebih sehingga boleh menyebabkan suasana yang riang menjadi tegang, dari tawa menjadi duka, dari gurauan menjadi pergaduhan. Dan jadikanlah lidah yang Allah anugerahi ini, sebagai lidah yang sentiasa menyebut kebaikan, lidah yang mampu merubah wajah yang muram menjadi senyuman. Sekiranya kita tidak mampu berkata perkara yang tidak menyakitkan, nyata diam itu lebih baik dari terus mengucapkan perkataan yang sia-sia. Saya yakin, kita mampu berubah bukan? Selagi ada usaha dan kemahuan.
The post Asyik Kena ‘bahan’? Tersenyumlah. appeared first on Langit Ilahi.
May 14, 2014
YouthACE2014: [Tempahan Minat Baju YouthACE2014]
Semasa #YouthACE2014,
ramai yang request nak beli baju YouthACE2014 kala program sedang berlangsung. Malangnya, baju yang tersedia semasa program hanyalah untuk mereka yang telah menempahnya sebelum ini.
Setelah kami berbincang, insyaAllah kami akan cetak lagi baju ini. Namun, hanya jika ianya cukup 100 order bagi satu-satu jenis.
Contohnya, Baju Muslimah, kalau lebih 100 order baru kami akan cetak Baju Muslimah. Begitulah juga untuk Baju Muslimin Berkolar dan Baju Muslimin Round Neck. Setiap satu tu, kena cukup 100 order, baru kami akan print. Ini adalah permintaan daripada pengeluar baju ini - Brotherhood Arts.
Justeru untuk memudahkan urusan, kami hendak buat survey sahaja dahulu.
Berapa ramai yang mahu baju ini?
Jika serius, sila emailkan kepada kami di store@langitilahi.com order anda dengan skema seperti berikut:
1 – Nama Penuh
2 – Alamat penghantaran
3 – Nombor telefon
4 – Jenis baju, size(seperti yang dipaparkan pada gambar) dan bilangan yang nak dibeli.
Sila berbuat demikian sebelum 16hb Mei 2014, jika anda benar-benar berminat.
Jika jumlah order semua orang untuk satu-satu jenis baju itu berjaya melebihi 100 unit sebelum 16hb Mei ini, maka kami akan reply email anda pada 17hb Mei, menyatakan anda boleh bank in kepada pihak kami dan tunjukkan bukti pembayaran, untuk order anda menjadi sempurna.
Seterusnya kami akan proceed dengan urusan percetakan baju, dan dijangka siap pertengahan Jun 2014, seterusnya dipost akhir Jun 2014.
—————————
Jenis Baju & Harga
—————————
Baju Muslimin Berkolar
RM40
Harga untuk peserta YouthACE2014: RM35
Baju Muslimin Round Neck
RM35
Harga untuk peserta YouthACE2014: RM30
Baju Muslimah
RM45
Harga untuk peserta YouthACE2014: RM40
*Jika anda peserta YouthACE, sila gunakan email yang anda pakai untuk pendaftaran YouthACE2014, agar kami dapat sahkan anda adalah peserta. Jika anda mendaftar menggunakan email orang lain, sila gunakan email orang tersebut. Harap maklum.
**Ada caj tambahan bagi ukuran t-shirt 3XL(RM4.00) dan 4XL(RM6.00)
***Bagaimana nak bank in? Akan dinyatakan melalui reply kepada email yang anda hantarkan, jika jenis baju yang anda order itu berjaya melebihi 100 order jumlahnya.
———————————–
Maka jika anda berhajat hendak mendapatkan baju ini, kena pakat bantu promosi agar ordernya melebihi 100 unit bagi satu-satu jenis. Hanya jenis yang melebihi 100 order sahaja akan dicetak.
Harap maklum.
Berikut ialah bilangan terkini ‘tempahan minat’ Baju YouthACE2014.
Muslimin Berkolar: 47 helai
Muslimin Round Neck: 16 helai
Muslimah: 75 helai
The post YouthACE2014: [Tempahan Minat Baju YouthACE2014] appeared first on Langit Ilahi.
May 13, 2014
Ninja
[Pre-Order DVD YouthACE2014 Dibuka!]
#YouthACE2014 telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Youth Awards, Convention & Exhibition 2014 ini telah berjaya trending di Twitter Malaysia selama 2 hari, dengan pelbagai respon positif, perkongsian input, daripada peserta-pesertanya.
Kini kami di LangitIlahi membuka peluang untuk anda mendapatkan DVD YouthACE2014, sama ada kerana anda tidak pergi ke YouthACE2014, ataupun anda adalah peserta namun suka untuk menyimpan pengisiannya. Jangan lepaskan peluang ini.
Kami membuka pre-order bermula 13hb Mei – 26hb Mei. Kemudian 27hb Mei kami akan mulakan proses percetakan DVD. Seterusnya penghantaran akan dilakukan pada minggu 23 Jun menggunakan khidmat Pos Laju.
———————
Harga
———————
Peserta YouthACE2014
RM35
Bukan Peserta YouthACE2014
RM45
*Jika anda peserta YouthACE, sila gunakan email yang anda pakai untuk pendaftaran YouthACE2014, agar kami dapat sahkan anda adalah peserta. Jika anda mendaftar menggunakan email orang lain, sila gunakan email orang tersebut. Harap maklum.
**Caj Penghantaran? Penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia – Semenanjung, Sabah & Sarawak.
———————-
Cara Order
———————-
Sila ikut langkah mudah berikut:
1 – Bank In wang mengikut jumlah harga pembelian anda ke:
514226415860
‘Abdul Muhaimin Misran
MAYBANK
2 – Emailkan ke store@langitilahi.com perkara berikut:
a) Bukti pembayaran(attach kepada email)
b) Nama penuh
c) Alamat penghantaran
d) Nombor telefon
e) Berapa unit DVD yang nak dibeli
3 – Kami akan memberikan reply tanda order anda telah sempurna. Sekiranya selepas dua hari anda tidak menerima reply daripada kami, sila email semula.
————————
Isi
————————
DVD YouthACE2014 akan diisi dengan perkara berikut:
1 – Ucaptama Pemuda & Perubahan oleh Hilal Asyraf.
2 – Slot 1: Semangat Al-Fateh oleh Ustaz Syaari Rahman.
3 – Slot 2: Pemuda & Aktivisme oleh Dr Baharuddin Suri.
4 – Slot 3: Forum Pemuda Intelek – Taruhan Masa Hadapan – panel: Dr Maszlee Malik(UIA), Dr Azizan Ahmad(UKM) dan moderatornya, Ameen Misran(LangitIlahi)
5 – Slot 4: Bual Bicara Aku Pernah Muda – Panel: Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman, Ustaz Azlan Shah Nabees Khan, Sis Rusni Tajari dan moderatornya, Aiman Azlan.
6 – Persembahan Nasyid oleh Mirwana & Mr Bie(9 nasyid ke semuanya)
7 – Deklemasi Spoken Words Poetry oleh Ameen Misran(2 persembahan)
8 – Pidato daripada penasihat LangitIlahi, Abu Ridhwan.
9 – Vlog khas YouthACE2014 daripada vlogger-vlogger anak muda – Qawiem Khairi, Anwar Hadi, Ulwan Mokhtar, Aishah Syakirah dan Aiman Azlan.
10 – Gambar-gambar sepanjang YouthACE2014
————————
Kemusykilan
————————
Sebarang masalah dan kemusykilan berkait hal ini, sila hubungi PA LangitIlahi – En Muhaimin Misran – pada nombor 0135041501
The post [Pre-Order DVD YouthACE2014 Dibuka!] appeared first on Langit Ilahi.
May 12, 2014
YouthACE2014: Komik Terbaik – Sarah Husna.
YouthACE2014: Foto Terbaik – Muzakkir Mazelan.
The post YouthACE2014: Foto Terbaik – Muzakkir Mazelan. appeared first on Langit Ilahi.
YouthACE2014: The Best Essay – Nur Naelah: Waking up in Wonderland
Waking up in Wonderland
Today she is frowning.
She wasn’t always like this. she used to be happy, she used to have creases next to her eyes, with a wide beautiful smile. She used to have all these excitement in her voice and an enthusiasm that is so intense that it could potentially light up a metaphorical light bulb . But now she’s different. Now there is perpetual worry etched on her face and a significant frown that never seem to go away.
She used to be so happy.
That is a phrase that I often use now. An iteration of “she used to”, because her now is not how I remember her to be. I don’t recall precisely when it started but along the way of staying at one place for so long that there was a variable change, the universe shifted and her smile faded away.
I believe that people have these packages tied up around their bodies and each package contains something- a trait, a thought, a perspective, or anything that is unique off anyone else. Some packages are small, that you can’t help and often not realize, drop off along the way in exchange of a new and hopefully better than the previous one. Some boxes are so big and overwhelming that you keep hold on for so long and you let it define you. You sometime think of throwing it away, but even thought of it scares you.
Once upon a time I know of all of her packages, at least I thought I did, and now I don’t even have an idea. What happened? I want to ask, but even I know that’s an absurd question. As curious as I am to know the answer, I know very well that there isn’t one.
Life happened.
It’s amazing how you think that people can never change and then one day they just morph into a whole different person and you have no idea how to react to it. This might have been the real her but I was too invested in my own idea of her that I did not realize that there is more to her than what I see and came to know of.
We were having a conversation but she seemed so dazed and out of place, like her mind is a constellation of thoughts and she lost her way in one of them.
“Is there something bothering you?”
My off-topic question seemed to make her flustered finally focused on the conversation.
“Sorry it’s nothing, I just— we had a discussion earlier today about Umar al-Khattab, and it’s making me think about my life choices.”
Of course. She was always one to be bothered by a thought, being haunted with questions that her brain produces but can never come up with an answer.
“Which story of his?”
“Tamannau.” Aah that one. Make a wish. When other people were wishing for money to spend on charity, Umar al-Khattab wished for people of the likes of Abu ‘Ubaydah Ibn Al-Jarraah, Mu’aadh bin Jabal and Saleem(who worked with Abu Huzaifah) so he could send them in the path of Allah.
“Why is it bothering you?”
“Because I feel an overwhelming desire to do something for the ummah, and a much overwhelming feeling that I am not doing anything. I’m wondering if the career path I’m pursuing is the right choice, or am I wasting my time, because I used to think that I like it, but now I’m not so sure anymore. It feels as if I’m doing these things for the sake of just doing something and I feel a void that is creeping inside of me trying to emphasize that my whole existence seem to be in vain.”
She sighed so heavily I could practically hear the frustration. Obviously she had had these thoughts for a while.
“Are you saying this because things are getting hard for you now?” There was a small nod and a subtle pout.
“You know, every path you take will have its obstacle. Even if you dwell on the road not taken, I am sure even that road has its sticks and stones. Life isn’t about avoiding those obstacles, but it’s about embracing it and becoming stronger, braver and wiser because of it.”
“I know that, but it’s so hard.” she breathes out.
“The prophets faced worse challenges, and they could endure it.”
“Of course they could, they’re prophets.”
“Prophets are still humans. Of course, their iman is of a higher level than us but they are humans with feelings and weaknesses as well. Their struggles are real, and their strengths are real. The whole point of having prophets from the human species was to prove to humankind that nothing is impossible and to nullify excuses claiming that it is.”
“You’re right but I don’t think I can handle this amount of pressure, it’s too much.”
” Allah won’t give you these hardships unless you would be able to overcome it. He knows you more than anyone else including yourself, so you should trust Him and also trust your own capabilities!”
She fell silent, but she’s still frowning. There’s something else that’s bothering her that she’s not telling. “Am I making the right choice? I mean, is this really what I’m supposed to be doing?”
“You want to change paths? Change your current life direction?”
“I don’t know. I want to, but I don’t know if it’s worth sacrificing all these time I’ve invested on my current pursuit.”
“Do you know how old was Abu Bakar when he decided to convert into Islam?”
“I don’t know, 25?”
“37, and if he thought that he was too old to make a change in his life, that he invested so much of his youth towards something that it was too late to change directions, then we wouldn’t have such a prominent figure in Islamic history.”
“That’s different, he’s Abu Bakar as-Siddiq, he’s meant for great things.”
“And you’re not?”
She fell silent again. A disdain look on her face, almost as if she was disappointed with herself.
“I’m nobody. I’m not even good what I’m doing, everything I do are so mediocre I don’t know if it’s worth—”
“Stop doing this to yourself, you deserve more than this.”
“more than—?” He lets her sentence go loose, utterly confused with what I was referring to.
“Degrading yourself. Look, you are brilliant. Don’t you ever let anyone tell you that you are a nobody, not even yourself because you are somebody and you are meant for great things. One day you will be doing great things and it will all be because of your mediocrity today. There’s nothing wrong with slow steps, as long as there are efforts to make them.”
There was a hint of relief on her face. “Thanks.”
“Make a wish!”
The edge of her lips curled into an amused smile, her eyes wandering into the distance.
“I wish I could realize Umar al-Khattab’s wish. I wish for a better me, a me that is more concern of my surroundings, a me that is more productive and beneficial, a me that could change the world.”
“Well what are you waiting for?”
“I don’t know. There’s no opportunity. I have no idea how to start.”
“I have this friend who bought a car. A really nice car with all the sliders and all these accessories, it has such a great engine, such an aerodynamic architecture, but he refuses to use the car unless all the traffic lights are green at the same time.”
Her eyebrows furrowed with disbelief, “Why would he do that? How could he even imagine all the traffic lights to be green at the same time, that’s ridiculous. Such a waste of money and time.”
“Exactly. Go drive your car. Don’t think about the traffic lights, and under the right circumstances even you might change the world.” she looked confused for a moment before realizing that the friend I was talking about was actually her, and the green lights were a metaphor of the constant excuses she was giving.
—
Today she is smiling.
“You seem chirpy today. What are you up to?”
She just giggled and shrugged her shoulders and surprisingly I could understand that gesture. Having too much to say that you have now words to express it.
“So the traffic light turned green?”
” If it’s green, then I’ll keep on driving. If it’s red, I’ll just wait til it’s green. For every hardship, there is ease. Am I right?”
it wasn’t much about what she said, but more of the joy in her voice, the new found confidence in her stance that I just can’t help but to smile back and feel happy for her.
“Sure.”
The post YouthACE2014: The Best Essay – Nur Naelah: Waking up in Wonderland appeared first on Langit Ilahi.