Hilal Asyraf's Blog, page 65
May 5, 2014
Fotografi : Life
(f10 | 1/250 | ISO200)
Life. Nobody’s life is always smooth. There’s always ups and downs. And the decision that we’ve made sometimes full of uncertainty.
But we pray that may ALLAH guide and lead us to the right path. Amin.
The post Fotografi : Life appeared first on Langit Ilahi.
May 4, 2014
HATI DAN POKOK
NAMI ISLANDS, SOUTH KOREA
f10 | ISO-280 | 1/250s
HATI DAN POKOK
” Hati manusia bila tidak disemai dengan perkara yang baik umpama pokok yang tidak mampu memberi manfaat kepada manusia”
The post HATI DAN POKOK appeared first on Langit Ilahi.
May 3, 2014
Bukan Milik Siapa-Siapa
Photo Source: http://patrickschierer.tumblr.com
Gelak tawa ringan sekumpulan anak gadis memecah kesunyian petang. Kelas-kelas kuliah mulai kosong dek tamatnya sesi perkuliahan untuk hari ini. Saja-saja mengambil angin di wakaf yang terletak berhampiran kelas, kedengaran usik mengusik terjadi sesama mereka.
“Lepas ni engkau dah nak kahwin, engkau bukan milik kitorang dah, dah jadi milik orang lain..”
Si mangsa usikan menjadi segan dengan usikan nakal teman-temannya lalu berkata,
“Aku bukan milik siapa-siapa..” disertai sebuah senyuman penuh makna.
Ada tidak bermakna memiliki
“Kau jangan ganggu atau hubungi Minah lagi, dia HAK aku.”
“Baju yang kau pegang tu aku PUNYA, mahal kot aku beli.”
“Akhirnya, dapat jugak anugerah dekan.. kejayaan MILIK aku!”
Demikian adalah di antara banyak-banyak insiden dan situasi yang dapat kita lihat tiap hari baik secara “live” yang dapat kita lihat di hadapan mata, mahupun menerusi kaca televisyen, alam maya dan sebagainya , betapa manusia terlalu pantas mendakwa sesuatu itu miliknya. Tetiba terdetik satu persoalan, adakah hanya kerana sesuatu itu berada di dalam genggaman, ia terus menjadi milik kita dengan sebenar-benarnya? Saya ingin menjawab persoalan itu atas dengan persoalan yang baru pula iaitu, jika benar-benar kita yakin bahawa semua yang berada di dalam genggaman kita pada hari ini adalah hak milik kita selamanya, mengapakah di dalam diri kita masih ada perasaan khuatir dan takut kehilangan?
Kerana Kita Tahu Jawapannya.
Ya. Kerana kita sendiri tahu jawapannya. Kita tahu bahawa setiap segala yang ada pada kita dari sekecil zarah sehingga sebesar mana sekalipun, yang selama ini kita dakwa milik kita, hakikatnya tidak akan kekal selamanya. Tetapi kita merasa takut kerana hakikat bahawa lambat laun kita akan tetap kehilangan segala yang kita miliki, adalah kebenaran yang pahit untuk ditelan.
Realitinya, kita cuma peminjam dan penyewa bahkan berhutang pula.
Tuannya, adalah Allah. Pemilik segalanya. Hatta diri kita sendiri, bukan milik siapa-siapa. Pegang kata-kata ini. Kita bukan milik siapa-siapa, tetapi kita milik Allah. Hanya Allah semata-mata. Allah meminjamkan kita kepada ibu bapa kita, Allah meminjamkan kita kepada orang-orang yang menyayangi kita. Begitu pula ibu bapa, kekasih hati, saudara, sahabat handai, mereka juga bukan milik kita, bukan milik siapa-siapa. Kita semua hanya dipinjamkan Allah untuk satu sama lain. Bila tiba masanya, perlu dipulangkan kembali kepada Tuannya. Yang hidup, akan mati, yang terikat akan terputus, yang elok suatu hari nanti akan rosak, sesuatu yang ada boleh hilang sekelip mata jika Dia mengkehendakinya.
Kita ‘menyewa’ nikmat yang ada di dunia ini dengan bayaran ketaqwaan dan ketaatan namun, dosa-dosa dan kemaksiatan menyebabkan kita berhutang pada Pemiliknya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Oleh itu ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang-Ku), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku)”
Surah al-Baqarah:152
Boleh jadi lantaran terlalu banyaknya ‘hutang’ maka ditarik kembali satu persatu nikmat itu dan diberikan kepada orang lain yang lebih layak akannya. Boleh jadi juga nikmat-nikmat itu tidak ditarik malah semakin bertambah. Kerana apa? Kerana Pemiliknya sudah tidak peduli lagi, dibiarkan sahaja semakin bertambah agar ‘hutang-hutang’ tersebut menjadi racun yang memakan diri. Ibarat hutang bank yang bertimbun-timbun tidak berbayar, akhirnya diisytiharkan muflis. Inilah yang dinamakan istidraj, bermaksud Allah memberi kesenangan kepada hambaNya yang lalai dan ingkar bukan untuk memuliakannya tetapi supaya dia terus lalai dan akhirnya membinasakan dirinya sendiri di akhirat kelak.
Penutup
Imam al-Ghazali menukilkan di dalam penulisannya Mukasyafah al-Qulub, bahawa seorang bijak ditanya,
“Apa yang sangat membahagiakan orang beraqal dan apa yang sangat berkesan untuk menghilangkan kesedihan?”
Ia menjawab,“Yang sangat membahagiakan orang beraqal adalah amal soleh yang dilakukannya dan yang sangat berkesan menghilangkan kesedihan adalah keredhaan terhadap kepastian qadha’ ”
Bangunkanlah jiwa dari ketakutan, kebimbangan, dan kesedihan kerana kehilangan seseorang mahupun sesuatu. Segala ketakutan itu hanyalah bisikan daripada syaitan yang mahu membuatkan kita berasa putus asa pada janji-janji Allah. Kita bukan milik siapa-siapa melainkan Allah. Seandainya kita benar-benar memahami dan merasa redha akan hakikat ini, setiap kehilangan pasti akan terasa kurang sakitnya. Kerana kita yakin bahawasanya apa yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman semata, tiada apa yang kekal selamanya dan kita pada akhirnya akan pulang pada-Nya. Dan adakah kepulangan kita itu, apakah kelak akan membawa ‘hutang-hutang’ yang membebankan atau kepulangan kita nanti membawa “keuntungan”?
The post Bukan Milik Siapa-Siapa appeared first on Langit Ilahi.
April 30, 2014
Air mata taubat

Setiap insan tidak terlepas daripada melakukan dosa kepada Allah. Firman Allah dalam surah An-Nisa, ayat 28 yang bermaksud, manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah. Rasulullah S.A.W. juga bersabda dalam hadisnya; “Setiap anak adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat”. ( Ibn Majah ) Namun begitu janganlah kita menggunakan alasan ini untuk terus melakukan kesalahan. Ayuh, marilah kita bertaubat,menangislah kepada-Nya, kerana air mata taubat itu dapat menghindarkan diri dari api neraka.
The post Air mata taubat appeared first on Langit Ilahi.
Kenapa Batal?
The Most Noble
[image error]| Old man & Garbage | Toulouse-Matabiau Railway Station | Toulouse, France |
( Sony Alpha Nex-5N | f5 | 1/80 | ISO2500 )
“Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted.”
“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
( Al-Hujurat 49 : 13 )
The post The Most Noble appeared first on Langit Ilahi.
April 29, 2014
Poster: Benefits and virtues of Quran recitation
Poster: Have you read Quran today?
” I leave behind me two things, the Holy Qur’an and my example, the Sunnah, and if you follow these you will never go astray. ”
Taken from the Last Sermon of Prophet Muhammad S.A.W….
You have to know that reciting and pondering over the Book of Allah, devoting your time regularly to its study
and implementation has tremendous benefits in this life and the Next..so what are you waiting for? start now!
The post Poster: Benefits and virtues of Quran recitation appeared first on Langit Ilahi.
Kenapa Ummat Islam Pengotor?
Kalau anda datang ke negara Arab di Timur Tengah ini, pasti mata anda akan terasa sakit melihat kekotoran di merata-rata tempat. Di Jordan khususnya, walaupun terkenal sebagai negara Islam yang menjadi sasaran bagi sesiapa juga dari Malaysia yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang Syariah dan Bahasa Arab, namun suasana kebersihannya jauh sekali melambangkan apa yang ingin dikejari oleh para pelajar Malaysia sendiri.
Anda boleh berjalan di jalan-jalan depan universiti di sini, di dalam universiti dan sangat mudah sekali untuk anda menemui para lelaki yang sangat menjaga kekemasan dirinya, wanita yang menjaga keutuhan hiasan di muka dan badannya, tetapi pengotor terhadap alam di sekitarnya.
Ada sesuatu yang tidak ‘tally’ antara menjaga kekemasan diri sendiri dengan menjaga kekemasan alam di sekitarnya.
Ini sesuatu yang menakjubkan kerana sebagai sebuah negara yang saban minggu khutbah Jumaatnya berlangsung penuh semangat dari para ulama’ dan asatizahnya, peringatan sentiasa diberikan, solat di masjid universiti sentasa dipenuhi ramai orang setiap waktu, tetapi rupanya aspek kebersihan alam sekitar masih bermasalah besar.
Contoh Dari Negara Jepun
Baru-baru ini, di dalam salah satu kelas pengajian saya, pensyarah saya menayangkan kepada kami sebuah video siri Khawatir (rancangan yang kalau tak silap saya ditayangkan di TV Al-Hijrah) yang diadakan di Jepun.
Siri Khawatir itu menayangkan kepada kami dan kawan-kawan Arab lain di dalam kelas itu tentang bagaimana Jepun boleh mencapai tahap kebersihan yang sangat baik walaupun mereka dikenali sebagai negara bukan Islam, orang-orangnya majoriti bukan Islam, bahkan tidak dikenali pula sebagai sasaran tempat untuk mempelajari Syariah Islam di sana.
Ada sekumpulan pemuda berada di taman, kemudian terjatuh bungkusan makanan yang dibawa oleh mereka itu di atas tanah, lantas tanpa tunggu-tunggu lagi, mereka mengutip bungkusan itu serta cebisan-cebisan makanan yang terkeluar darinya. Bila ditanya, kenapa mereka melakukan hal sedemikian, kenapa tidak membiarkan saja bungkusan itu terbiar di situ?
Dijawabnya mudah, “ … kerana taman ini adalah tempat yang cantik dan kita mahu menikmati kecantikan taman itu. Ada juga orang selain kita ingin menikmatinya, maka pasti akan mengganggu mereka dengan sampah-sampah itu sekiranya dibiarkan. Lagipun sampah itu adalah sampah yang jatuh daripada saya maka sayalah yang bertanggungjawab ke atasnya.”
Perkara ini mungkin dirasakan biasa, tetapi sangat pelik kalau ia berlaku di sini dan mungkin juga negara Islam yang lain. Di sini, mata dan hati kami harus terpaksa menanggung kesakitan berdepan suasana kebersihan yang caca merba. Tak habis minum kopi, cawan kopi ditinggalkan begitu saja di atas lantai, di atas tangga, di bawah pokok-pokok di jalanan. Usai makan sesuatu, kadangkala dilemparkan saja tisu atau bungkusan plastik makanan itu ke jalan, ke luar keretanya. Puntung rokok lebih-lebih lagilah.
Bahkan, ditayangkan lagi dalam siri Khawatir itu tentang pendidikan kebersihan dalam kalangan kanak-kanak bermula sejak sekolah lagi. Masing-masing murid sekolah rendah akan mempunyai tugasan untuk membersihkan kelas dan sekolah mereka setiap kali kelas. Ternyata ini adalah latihan yang bagus untuk menanam keprihatinan dalam diri mereka terhadap aspek kebersihan.
Ini sungguh berbeza dengan negara Islam, yang walaupun terkenal dengan banyak dalil agama menunjukkan kepada diri kita kepentingan kebersihan, mengaitkan kebersihan dengan iman, juga ditambah lagi dengan Al-Quran yang banyak menceritakan tentang keindahan dan kekemasan alam, namun amal-amal kita jauh sekali membayangkan apa yang diajarkan oleh agama kita.
Kebersihan Jalan Menuju Tuhan
Ada pepatah menyebutkan :
“Cleanliness is next to godliness.”
Dalam kata lain, kebersihan adalah jalan terpenting dalam membangunkan kesedaran rohani dan hidup bertuhan.
Bagaimana mungkin kita berjumpa Tuhan di tempat yang kotor, semak dan tidak terurus?
Sebab itu, menjalani hidup sebagai muslim, kita juga belajar bahawa kebersihan itu adalah sebahagian dari iman.
Bahkan, Al-Quran banyak sekali berbicara tentang aspek keindahan dan kekemasan penciptaan alam.
Tidak cukup dengan itu, kitab-kitab Fiqh sama ada turath (zaman dulu) atau yang terkemudian dalam peradaban kita, bab yang paling awal diletakkan selalunya adalah bab At-Thoharoh (kebersihan) menunjukkan betapa Islam sangat mengambil berat tentang aspek kebersihan dalam menuju Tuhan.
Tetapi kenapa ummat Islam masih menjadi ummat yang pengotor, tidak ambil endah terhadap kebersihan diri sendiri, kebersihan biliknya, kebersihan alam sekitarnya dan juga negaranya?
Melihat Diri Kita
Kita tidak perlu pergi jauh ketika berbicara tentang kebersihan. Mungkin kita perlu kembali melihat diri kita sendiri, apakah kita sendiri telah berusaha menjaganya dengan baik?
Tanya diri kita, bagaimanakah cara kita berpakaian setiap hari?
Bagaimana keadaan kebersihan bilik dan rumah kita?
Bagaimana keadaan kebersihan alam di sekitar kita?
Adakah kita ini jenis yang suka melemparkan sampah keluar dari kereta selepas makan?
Adakah kita ini jenis yang suka mengumpulkan sampah banyak-banyak kemudian kita malas membuangnya?
Berapa kali kita mencuci bilik kita dalam seminggu dan sebulan?
Kebersihan pakaian kita bagaimana?
Tempat belajar kita bagaimana?
Sejauh mana komitmen kita untuk membuang sampah yang kita sendiri telah hasilkan?
Kita tanyalah dan lihatlah semula diri kita. Banyak sekali kita berbicara tentang dalil, tentang kata-kata dari kitab fiqh itu, kitab fiqh ini, tetapi kita lebih tahu siapa kita di sisi Tuhan.
Di sesetengah negara muslim, kita sangat menjaga kebersihan di tempat-tempat ibadah kita seperti surau dan masjid, tetapi bila keluar dari surau dan masjid, seakan-akan kita bebas untuk buang di merata-rata tempat. Ini sikap yang sangat pelik dan tidak ‘tally’. Sepatutnya kesedaran rohani dari dalam masjid diterjemahkan ke dalam sikap di luar masjid. Jika kita sangat teliti menjaga kebersihan di dalam masjid, maka di luar masjid pun kita sepatutnya memiliki sikap yang sama. Bukankah bumi Allah itu dijadikan masjid keseluruhannya untuk ummat Islam?
Betapa pada aspek kebersihan yang mungkin dirasakan kecil dan tidak begitu penting bagi sesetengah orang ini pun masih gagal kita fahami dan maknai, maka barangkali masih jauh lagi menuju kebangkitan Islam yang diharapkan.
Penutup : Latih Disiplin Dari Perkara-perkara Yang Kecil
Jangan terbiasa hidup dalam kekotoran, kelak kekotoran itu tidak lagi dipandang sebagai kekotoran.
Habuk-habuk kecil di atas karpet bilik kita, bersihkanlah. Susunlah jadual untuk diri kita agar dibersihkan tempat belajar dan tinggal kita secara berkala dalam seminggu. Sungguh mengaibkan jika dalam seminggu kita tidak pernah membersihkan tempat kita tinggal, tempat kita tidur, apalagi jika dibiarkan sehingga bertahun-tahun lamanya !
Iman mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kebersihan.
Sebab itu, Rasul s.a.w mengaitkan kebersihan itu dengan iman. Bukan pakai serban, bukan pergi masjid semata-mata, bukan menjaga waktu solat semata-mata. Kalau solat itu dijaga waktu perlaksanaannya, maka kebersihan ini membantu kita menjaga pengisian dalam solat itu. Bagaimana mungkin hati yang terbiasa hidup dalam kekotoran mampu terkesan dengan bacaan-bacaan dalam solat?
Begitulah setiap individu kita perlu kembali melihat apakah pada perkara yang kecil ini, telah kita lakukan?
Kita sibuk berbincang perkara-perkara yang besar seperti rumah tangga, politik Islam, tetapi kita jangan lupa aspek terpenting ini dalam membawa kita menuju Tuhan.
The post Kenapa Ummat Islam Pengotor? appeared first on Langit Ilahi.
April 28, 2014
Tiada Yang Boleh Harap
Usai solat isya’ di masjid kampung, saya dipelawa oleh seorang ‘Datuk’ ajak singgah ke rumah. Tiada yang terlalu menarik. Sengaja mahu berborak mesra. Hampir lapan bulan kami tidak berjumpa. Saya di Madinah. Dia pula tidak lekat di rumah. Sekejab-sekejab ke luar negara. Mensyurat sini sana.
Bukan setahun dua kenal dengan datuk ini. Sudah lama. Hingga satu tahap, saya tidak lagi janggal bersembang dengannya walaupun saya kenal status beliau yang bukan calang-calang. Bagusnya, dia lekas mesra dengan semua orang. Tidak sombong.
Sedang kami asyik bersembang di ruang tamu, pembantu rumah datang daripada dapur. Dua cawan kecil beralaskan dulang berwarna emas diletakkan perlahan di meja empat segi sederhana besar. Aroma kopi menyelinap masuk ke hidung. Harum.
“Datin mana datuk?” Saya bertanya.
“Datin? Kemana lagi? Dia dengan kawan-kawan dialah. Pergi shoping. Biasalah orang perempuan.” Saya tergelak kecil.
Perbualan terhenti seketika. Mencari modal untuk dibuat bersembang.
Saya leka membelek gambar-gambar yang ada di dalam rumah. Kesemuanya berbingkai cantik dan tertampal kemas di dinding .
Lima bingkai gambar digantung sebaris. Tampak menarik. Semuanya berwajah muda, kemas dan bergaya. Masing-masing menggenggam segulung sijil di tangan. Tanpa saya sedar datuk pun ikut membelek.
“Semua ini gambar anak-anak saya. Yang sulung kakak tu sekarang kerja di Australia. Lecturer.” Saya mengangguk. Terselit rasa kagum.
“Yang sebelah itu anak yang nombor dua, kerja dengan petronas. Dia sekarang ini pengurus besar di pelantar gali minyak di Sabah.
Saya mengangguk lagi. Tangan kanan mengangkat cawan kopi untuk dihirup. Tangan kiri mengikuti dengan piring.
“Yang ketiga pulak datuk?”
“Oh, yang ketiga kerja di Malaysia sahaja. Dia pegawai kanan di CIMB Bank Kuala Lumpur. Adik dia yang ke empat tu arkitek. Baru sambung master di Ireland.”
Kali ini datuk pula yang mengangkat cawan kopi. Selesai menghirup dia menyambung.
“Yang bongsu pula dia ambil medic di Canada. Lagi setahun baliklah dia.”
“Subhanallah… Hebat belaka anak-anak datuk ya! Macam ayah mereka juga!” Datuk senyum meleret.
Bersungguh-sunggguh datuk bercerita. Airmukanya menggambarkan rasa hati. Bangga dan puas dengan prestasi anak-anak. Mana tidaknya. Semua hebat-hebat. Ikut hebat seperti ayah mereka.
Saya terasa ingin menduga. Namun akal dua tiga mempertimbangkan. Soalan yang mahu ditanya agak berisiko.
Tidak mengapa. Apa salahnya mencuba. Barangkali ada memberi guna.
Dalam keadaan separuh berani saya cuba bersuara.
“Datuk, hmm.. Dalam kelima-lima orang anak datuk ini, agaknya anak yang mana satu yang akan doakan datuk nanti bila datuk dalam kubur? Yang tolong selamatkan akhirat datuk? Yang berterusan menyambung saham akhirat datuk?”
Satu soalan maut dilepaskan. Walaupun dengan nada teragak-agak, soalan saya itu seakan sebuah bom yang mampu meledakkan jiwa, perasaan dan ego seorang datuk.
Datuk terdiam. Benar-benar diam! Airmukanya berubah. Dia tunduk tidak termaya. Pandangannya rapat ke lantai.
Barangkali soalan saya menghentam keras ke hatinya. Saya pula jadi bersalah. Mengapalah saya begitu berani bertanya sedemikian rupa.
Setelah agak lama berdiam, dengan muka yang sayu dia menggeleng.
”Saya sebagai ayah, saya kenal sungguh kesemua anak saya. Dan ustaz… Saya akui, tiada seorang pun daripada mereka yang boleh saya harapkan. Mungkinkah mereka yang saban waktu sibuk dengan urusan kerja mereka akan mengingati saya dalam doa mereka? Itupun kalau mereka berdoa…”
Kesal. Seakan datuk itu tersedar sesuatu yang selama ini dia langsung tidak pernah terfikir tentangnya.
Saya tidak mahu duduk lebih lama. Biarkan datuk bersendiri dengan apa yang baru sahaja berlalu sebentar tadi.
“Terima kasih ustaz. Saya baru tersedar. Benar-benar tersedar.”
“Ia belum terlambat datuk. Belum terlambat…” Ayat itu mengahiri pertemuan kami di banglo mewah tersebut.
Begitulah. Ia kisah seorang datuk. Saya pasti, ia kisah ramai orang.
Betapa ramai yang terlupa akan masa depan akhirat yang bakal setiap pemilik nyawa akan tempuhi. Terlupa mempersiapkan bekal. Tidak ingat mencipta saham akhirat yang berterusan. Sayangnya bila kekesalan itu tiba, kita sudah berada di penghujung usia.
“Apa yang boleh kita tuai pada musim menuai andai tiada benih yang kita semai.”
Andai yang membaca adalah seorang anak, pastikan kita menjadi pembela masa depan akhirat kedua orang tua kita!
Saya mohon keampunan Allah.
The post Tiada Yang Boleh Harap appeared first on Langit Ilahi.
April 27, 2014
Santai : Kalau Aku Kaya
Keinginan untuk menjadi kaya tidak salah. Saya juga ingin jadi kaya. Kita semua ingin kaya. Saya ingin punya wang yang banyak. Tidak perlu berfikir panjang dan membanding-bandingkan harga barang. Apa yang ingin dibeli cuma ambil dan terus bayar.
Jika saya kaya, saya boleh memiliki rumah besar. Setidak-tidaknya saya tidak bimbang menjemput siapapun datang ke rumah. Orang ingin menumpang semalam dua tidak ada masalah. Saya boleh sahaja menghias halaman dan dalaman rumah sesuka hati saya. Tanpa ada orang-orang bising dengan apa yang saya lakukan.
Saya juga boleh membeli kereta idaman saya. Tidak perlu pinjam sana sini. Tebal muka berhutang dengan orang. Serabut kepala berfikir membayar setiap bulan.
Sebab saya kaya.
Saya juga penggemar teknologi. Suka rasanya kalau setiap kali gadjet-gadjet canggih yang baru keluar saya berkemampuan memiliknya. Tidaklah nanti nampak ketinggalan dan tak uptodate.
Oh, banyaknya keinginan sekiranya saya seorang yang kaya.
Saya menghembuskan nafas. Bersungguh-sungguh hati bertanya pada diri.
Bilakah agaknya aku akan kaya? Zaman belajar seperti sekarang tentulah tidak. Bekerja? Belum tahu bagaimana. Berniaga? Saya tidak pandai!
Lalu bagaimana saya mahu jadi kaya kalau begini?
Tiba-tiba hadis nabi yang pernah saya dengar dahulu berlegar di minda.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya;
Rasulullah saw bersabda : “Kaya itu bukan kerana banyak harta melainkan kaya (yang sebenarnya) ialah kaya hati (cukup dengan apa yang ada). Hadis sahih riwayat Muslim.
Allah Allah Allah. Kata nabi , orang yang kaya bukan kerana dia banyak harta. Banyak wang. Tetapi orang yang benar-benar kaya adalah orang yang kaya hati.
Bagaimana orang yang kaya hati? Kata nabi orang yang kaya hati itu ialah orang yang merasa cukup dengan apa yang ada.
Benar. Ia sangat tepat. Orang yang banyak harta, tetapi jika tidak kaya hati, jiwanya jadi miskin. Hatinya tamak. Tidak pernah cukup dengan apa yang dimiliki. Sedikit yang ada tidak disyukuri, sudah banyak masih tidak berpuas hati.
Harta dunia. Sampai manakah akan terus dikejar. Setinggi gunung? Seluas laut? Tidak. Sampai masanya, kita akan dipanggil pulang menemui Allah. Sempatkah mengumpul harta sebanyak itu?
Berbeza dengan orang kaya hati. Mungkin apa yang ada hanya cukup-cukup sahaja. Tetapi tawakkalnya terhadap rezki Allah itu tinggi. Allah menghadiahkan padanya kekayaan hati.
Sedikit disyukuri, banyak boleh dikongsi-kongsi. Begitulah kaya hati. Ia anugerah Allah!
Lantas kita bertanya pada diri. Sudahkah kita menjadi orang yang kaya hati?
The post Santai : Kalau Aku Kaya appeared first on Langit Ilahi.