Hilal Asyraf's Blog, page 61
June 9, 2014
Belia Naungan Al-Quran: Yusuf Dalam Bilik Nan Terkunci

Picture by http://machiavellicro.deviantart.com/
Hari ini sistem yang berjalan bukanlah sistem yang Islami. Ianya merupakan sebuah sistem yang memerangkap kita dengan pelbagai perkara, yang cuba menjauhkan kita daripada Allah SWT. Di sana dan di sini, ada perkara-perkara yang boleh menjerumuskan kita ke lembah maksiat dan dosa. Di sana dan di sini, ada perkara yang boleh menyebabkan kita menderhakaiNya.
Kadang kita pun jadi malas untuk melakukan penentangan kepada kemungkaran. Kerana kemungkaran sudah seakan menjadi terlalu biasa pada segenap penjuru hidup. Hingga kita menyatakan: “Ah, nak buat macam mana, aku sudah terperangkap. Bukan boleh buat apa pun.”
Kemudian kita pun menjerumuskan diri, dan tidak mengusahakan sesuatu agar kekal menjadi hambaNya yang baik dan soleh.
Kononnya kerana telah terperangkap.
Apakah benar tindakan sedemikian?
Nabi Yusuf AS dan Bilik Yang Terkunci
Allah SWT mengisahkan kepada kita sebuah sirah teladan, untuk kita ambil sebagai pengajaran dalam menempuh kehidupan ini.
Allah SWT berfirman:
“Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: Marilah ke mari, aku bersedia untukmu. Yusuf menjawab: Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya.” Surah Yusuf ayat 23.
Yusuf AS apabila dia meningkat dewasa, maka Allah mengurniakan buatnya wajah yang tersangat kacak. Hingga tergoda Imra’ah Aziz(atau lebih dikenali oleh masyarakat kita sebagai Zulaikha) dengan kacaknya Yusuf.
Imra’ah Aziz ini tidak tertahan lagi nafsunya, hingga dia memanggil Yusuf masuk ke biliknya, dalam keadaan dirinya berhias dengan hiasan yang menggoda, kemudian dikuncinya bilik itu, lantas cuba untuk menjerumuskan Yusuf AS ke kancah maksiat.
Dengan bilik yang telah terkunci, dan tiada tempat untuk Yusuf AS dapat melarikan dirinya, di hadapannya pula perempuan yang sudah berhias cantik lagi menggoda, apakah tindakan Yusuf AS?
Apakah dia berkata: “Nak buat macam mana, bilik pun sudah terkunci. Rezekilah ni.”
Tidak. Dia tidak berkata begitu.
Yusuf AS pantas menyebut: “Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya.”
Dan apakah Yusuf AS sekadar menyebut begitu sahaja?
Sebagaimana kadang ada antara remaja yang nakal, apabila melihat sesuatu yang tidak syara’, mulutnya menyebut astaghfirullah, tetapi matanya tetap terus melihat?
Yusuf AS bukan begitu.
Yusuf AS Berlari Walau Terkunci
Allah SWT berfirman lagi:
“Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu.” Surah Yusuf ayat 25.
Allah SWT mencatatkan bahawa, walaupun Yusuf AS tahu yang pintu di dalam bilik itu telah tertutup, Yusuf AS tetap berlari ke arah pintu tersebut untuk mengelakkan dirinya dari diterkam oleh Imra’ah Aziz. Yusuf AS mengelak terkaman itu agar dirinya tidak tewas dengan hawa nafsunya.
Dilawan hawa nafsu itu sekuat mungkin, sesungguh mungkin, dengan berlari menjauhi Imra’ah Aziz, walaupun dia tahu bahawa pintu telah tertutup dan terkunci.
Inilah tindakan seorang hamba yang takutkan Allah SWT, mengatasi keseronokan untuk mengisi hawa nafsunya sendiri.
Allah SWT menyatakan bahawa Yusuf AS sedar yang dirinya bernafsu juga kepada Imra’ah Aziz, dek kerana Imra’ah Aziz sudah berhias dengan perhiasan yang menggoda. Firman Allah SWT:
“Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa.” Surah Yusuf ayat 24.
Namun nafsunya itu dilawan, pertama dengan sebutannya pada ayat 23 tadi, dan kedua dengan tindakannya yang berlari ke arah pintu sebagaimana yang dinyatakan pada ayat 25 Surah Yusuf.
Ini benar-benar patut menjadi pengajaran buat kita dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba dan godaan untuk menderhakaiNya.
Refleksi Buat Diri Sendiri
Di dalam kehidupan kita, terutama sebagai belia, memang terlalu banyak godaan untuk kita melakukan perkara mungkar. Kadangkala, dek kerana banyaknya godaan tersebut, kita menjadi tidak betah melawannya lagi, lantas membiarkan diri kita terjerumus ke dalamnya.
Ini nyata bukan tindakan yang benar.
Yusuf AS lebih layak untuk berkata: “Nak buat macam mana, bilik dah terkunci. Lari pun tak guna. Rezekilah ni. Darurat. Allah faham keadaan aku.” Dan macam-macam lagi alasan yang mungkin kita hendak reka untuk menjustifikasikan tindakan kita melaksanakan perkara yang dimurkaiNya.
Namun Yusuf AS, dalam bilik yang terkunci itu, mempersembahkan kebenaran imannya, lalu dia bukan sahaja berkata memohon pertolongan Allah SWT dari perbuatan keji, tetapi dia juga berusaha menjauhinya dengan berlari ke arah pintu yang terkunci.
Dia berusaha hingga ke akhir kudratnya.
Yusuf AS bukannya tahu yang pintu bakal dibuka oleh suami perempuan itu(yakni Aziz, pemerintah Mesir). Yusuf tidak tahu yang Allah bakal menyelamatkannya dari perbuatan keji Imra’ah Aziz pada ketika itu. Yusuf tidak tahu.
Tetapi Yusuf berusaha sehabis baik mengelak perbuatan keji tersebut. Tidak dia beralasan. Tidak dia sekadar berkata-kata. Tetapi dia berusaha sedaya upayanya.
Refleksi buat diri kita.
Kadang kita bukan berada dalam situasi bilik terkunci pun. Kita biasanya mempunyai pilihan, mempunyai alternatif, mempunyai jalan lain, namun dek kerana malas dan tidak punya keimanan yang kukuh, kita terjunkan diri kita ke lembah yang dimurkaiNya.
Lihatlah kepada Yusuf, dan muhasabahlah kembali keadaan diri.
Sejauh mana sebenarnya kecintaan kita kepada Allah, berbanding hawa nafsu sendiri.
The post Belia Naungan Al-Quran: Yusuf Dalam Bilik Nan Terkunci appeared first on Langit Ilahi.
June 8, 2014
Sudah-sudah Lah
photo source: healthmeup.com
Sekejap-sekejap handphone itu dibeleknya. Walaupun dia tahu tiada mesej baru yang masuk, tangannya tetap terasa gatal untuk membuka Whatsapp. Nama seseorang ditekan dari contact list.
“Last seen 12.05 pm.”
Dia melihat jam di tangan. 12.08 pm. Ini bermakna si fulan itu baru sahaja online beberapa minit yang lalu tetapi mengapa mesejnya tidak berbalas? Dia mengakses sekali lagi aplikasi Whatsapp itu. Tidak puas hati.
“Online”
Hah, online pula. Tetapi dengan siapa? Kenapa mesejnya tidak berbalas? Kenapa dia tidak dipedulikan? Kenapa itu? Kenapa ini? Berbagai-bagai sangkaan menerjah benak fikiran. Lalu berlakulah pergaduhan, perselisihan yang akhirnya meretakkan perhubungan.
Pelbagai aplikasi sosial yang ada dalam medan maya pada hari ini memudahkan hubungan dan komunikasi manusia. Namun tanpa kita sedari, ia memakan diri dari dalam seandainya tidak dikawal. Fungsi “last seen” yang terdapat pada kebanyakan aplikasi sama ada Facebook, Whatsapp, WeChat dan sebagainya sewajarnya menjadi penanda bahawa penerima pesanan telah selamat menerima dan membaca mesej yang disampaikan. Mungkin si application creator macam tahu-tahu saja masalah psikologi ini mesti akan timbul, maka pada bahagian setting atau tetapan, diberi pilihan sama ada pengguna mahu fungsi “last seen” itu dipaparkan atau tidak.
Apa yang harus difahami ialah, setiap daripada kita mempunyai hak dalam soal privasi. Tiada siapa suka dipaksa dan dikawal. Telah menjadi penyakit sebilangan besar dari kalangan kita, sering menghantar mesej bertalu-talu kepada temannya. Selagi tidak dibalas mesej itu selagi itu tidak aman dirinya. Sedangkan si penerima di sebelah sana merasa rimas dengan setiap tujahan mesej yang masuk. Dia juga punyai kerja lain untuk diselesaikan, dia juga perlukan masa untuk dirinya sendiri, dia juga mahu memberikan dirinya peluang untuk menikmati kehidupan sebenar tanpa ada sebarang gadget di depan mata dan mesej yang diterima itu tidaklah sepenting mana, pendek kata tidak melibatkan urusan-urusan mustahak, tidak juga melibatkan urusan hidup ataupun mati, sekadar mahu sentiasa dihubungi.
Penyakit ini harus segera dirawat. Bagaimana?
Pertama: Kembalilah ke alam nyata. Tinggalkan sebentar segala peranti canggih yang kita ada. Fikir.Berfikir menggunakan akal yang Tuhan beri, bukan menggunakan emosi. Betapa selama ini kita yang dianugerahi otak dan akal fikiran ini telah dikuasai dan dikawal sesuatu yang lebih kecil dan lemah dari kita, malah tidak berakal dan tidak berotak pula tu. Mana mungkin hal ini harus dibiarkan terjadi? Maka harus diatasi!
Kedua: Bersangka baiklah! Barangkali si penerima mesej sedang membuat suatu kerja yang penting, atau sedang melunaskan tanggungjawab-tanggungjawabnya yang lain, atau dia online sekadar untuk melihat mesej apa dan dari siapa dan dia akan membalasnya kemudian tetapi dia terlupa. Boleh jadi juga dia sengaja tidak membalas kerana tiada mood dan sebagainya. Teman mu itu juga punya kehidupannya sendiri. Berikan dia ruang untuk bernafas, berikan dia peluang untuk dirinya sendiri, untuk keluarganya, untuk sahabat-sahabatnya yang lain, dia bukan milik kita secara mutlaknya. Sekalipun kamu adalah best friend forever, seakrab mana sekalipun kamu, masing-masing juga perlukan masa untuk bersendirian. Tidak berhubung tak bermakna melupai. Jangan sampai temanmu itu merasa jemu dan hambar.
Ketiga: Lengahkan diri dengan melakukan perkara-perkara yang lebih penting dan berfaedah. Utamakan hubungan dan komunikasi dengan ahli keluarga sendiri, tanyakan khabar ayahnda dan bonda, adik-adik abang kakak semuanya. Itu lebih bermakna. Setiap kali rasa nak check handphone (padahal tak bunyi pon mesej masuk, sah-sah la tiada mesej) tahan tangan, cakap pada diri, tak perlu..tak penting pun. Rajin-rajinkan diri lihat di bilik ada baju ke tidak untuk dibasuh, pinggan di dapur sudah dicuci ke belum, nota kuliah dah diulangkaji ke tidak, assignment dah siap ke? hari ini Quran dah baca ke belum? Mathurat? Baca buku, tengok cerita, dan macam-macam lagi perkara lain boleh dilakukan. Tinggal kita saja mahu usaha atau tidak.
Yang penting dan segera
Adakala mesej yang mengetuk inbox adalah mesej yang penting. Bagi si penerima, belajarlah untuk membalas dengan kadar segera. Usah buatkan urusan orang lain menjadi sukar. Sekiranya tidak mampu kerana ada halangan, mohon maaf serta berikan sebab dan penerangan yang jelas akan keterlewatan anda itu, jangan dibiarkan mesej berlalu sedangkan orang di sana menunggu dengan penuh kesabaran. Anda pasti tidak mahu orang sekeliling melabel anda sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab, berlengah-lengah dan suka memberi alasan bukan?
Jika anda pula adalah orang yang sering terganggu dengan mesej-mesej yang tidak penting, khabarkan dengan cara yang baik pada teman anda bahawa anda kurang selesa dengan perbuatannya, beritahu padanya anda juga perlukan masa untuk diri anda sendiri, mohon maaf padanya dan pinta ruang privasi. Semoga dengan tindakan anda itu, dia berusaha untuk memahami. Kadang-kadang kita perlu memberitahu pendirian dan prinsip kita. Berdiam diri dan senyap semata-mata adakalanya hanya membuatkan situasi menjadi lebih buruk. Bawa berbincang dan berdiplomasilah dengan santun.
Penutup
Lihatlah betapa kita lebih banyak dikongkong dan dimanipulasi kecanggihan teknologi yang telah banyak merasuk dan mempengaruhi jiwa dan minda kita sehinggakan hanya kerana fungsi “last seen”, hubungan persahabatan yang hangat menjadi dingin, hubungan rumahtangga yang indah menjadi retak. Mengapa kita membiarkan objek kecil tak bernyawa tak berjiwa itu yang menguasai dan mengawal emosi dan pemikiran kita? Kita bukan lemah, kita kuat sebenarnya. Tapi kita yang enggan mengawal perasan yang dihasut nafsu sendiri. Alangkah indahnya andai sekerap mana kita memeriksa “last seen” itu, sekerap itu juga kita memeriksa kembali “last seen” hubungan kita dengan Allah. Sebagaimana kita resah apabila teman kita tidak membalas mesej-mesej kita, adakah begitu juga perasaannya apabila kita gagal menjalankan perintah-perintahNya? Allah menghantar mesej lima kali sehari, tapi berapa kali yang kita sahuti? Surat cinta yang termaktub dalam al-Quran berapa kali kita sentuhi? Nyata kita telah berjaya dilalaikan. Jangan mula kaitkan teori konspirasi kecerdikan Yahudi dan illuminati mencipta gadget-gadget ini untuk melalaikan kita, tetapi tanyalah diri sendiri mengapa dengan mudah tertipu begini.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Az-Zumar: 53
The post Sudah-sudah Lah appeared first on Langit Ilahi.
June 6, 2014
Komik: “Kerana Sebutir Bata..”
3 pengajaran yang dapat disimpulkan dari kisah ini:
1- Bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan
Sabda Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan bersungguh-sungguh.”(Riwayat Abu Daud)
2- Sentiasa merasa diawasi oleh Allah disetiap perlakuannya
“Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.” [Al Hadid: 4]
3- Meyakini bahawa setiap pekerjaan yang kita lakukan akan dihisab Allah walau sebesar zarah
“Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.” [Az Zalzalah: 7-8]
……………
Care to share your opinion with us?
May Allah SWT bless us all.
~ SisFaeez
The post Komik: “Kerana Sebutir Bata..” appeared first on Langit Ilahi.
June 3, 2014
Fotografi : Journey
JORDAN
( f10 | 1/250 | ISO200 )
” And they say, “We hear and we obey. [We seek] Your forgiveness, our Lord, and to You is the [final] destination.”
[2:285]
This life of this world is just a journey for us, preparing for the Day of Judgement, and this world is not our final destination.
Are we prepared for the meeting with Allah s.w.t?
It’s not too late! Begin now!
__________
May Allah make us amongst those He is pleased with. Ameen.
The post Fotografi : Journey appeared first on Langit Ilahi.
June 2, 2014
Tips Menghadapi Ramadhan dan Beberapa Perkara Berkaitan Syaa’ban
~Persiapan merupakan lambang kesungguhan untuk mencapai kejayaan~
Persiapan dan perancangan merupakan antara asas penting dalam melaksanakan sesuatu tugasan kerana padanya akan lahir keseriusan. Sebagaimana manusia berlumba-lumba bersiap siaga dalam apa jua bentuk kehidupan di dunia dari sudut peperiksaan, pekerjaan dan lain-lain, begitu juga manusia sepatutnya bersedia untuk kehidupan di akhirat. Bahkan persediaan hidup di akhirat lebih mustahak kerana manusia kekal selamanya di alam sana.
Bertepatan dengan ‘tetamu kehormat’ yang bakal kunjung tiba tidak berapa lama lagi iaitu Ramadhan, seharusnya kita sebagai ‘tuan rumah’ perlu menyediakan bekalan agar Ramadhan yang kita lalui pada kali ini tidak mengecewakan bahkan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya kerana bukankah sifat orang mukmin itu sentiasa baik dalam urusannya dari hari ke hari?
Syaa’ban dan pengertiannya
Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan pergi ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya juga untuk berperang. Namun, ada pendapat lain yang mengatakan, maksudnya sedemikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan seperti riwayat hadis yang baik dari sudut sanadnya:
“Itulah bulan yang manusia sering lalai tentangnya yang berada antara Rajab dan Ramadhan. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (an-Nasai, no: 2316)
Ada sebahagian ulama’ mengertikan syaa’ban mengikut binaan hurufnya dalam bahasa arab:
الشرف ؛ ش : Kemuliaan
العلو ؛ ع : Ketinggian
البر ؛ ب : Kebaikan
الالفة ؛ ا : Kebiasaan/kelembutan
النور ؛ ن : Cahaya
Berdasarkan susunan huruf ini (شعبان) maka ia menjadikan bulan syaa’ban antara bulan yang agung selain bulan-bulan haram atau bulan ramadhan. Sebetulnya ia tidak disebutkan di dalam hadis. Cuma, ada ulama’ yang memberi pengertian ini sekadar memberi suntikan kepada manusia untuk menggambarkan bahawa dalam bulan ini terdapat fadhilat tertentu seperti berpuasa agar manusia terbiasa untuk menempuhi ramadhan seterusnya mendapat nur hidayah dari Allah.
Puasa Syaa’ban dan Keistimewaannya
Seperti yang disebutkan dalam hadis sebelum ini, Rasulullah berpuasa pada bulan syaa’ban kerana pada bulan itu amal diangkat. Dalam hadis yang lain melalui Aisyah r.a:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Muttafaq ‘Alaih)
Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa baginda berpuasa sebahagian besar daripada bulan syaa’ban. Ini merujuk kepada keutamaanya. Dari sudut lain, pada bulan ini juga amalan seseorang itu akan diangakat kepada Allah sedangkan manusia seringkali masih lalai dengan urusan dunia. Oleh itu, antara hikmah puasa dalam bulan ini bukan sahaja sebagai persiapan kita yang bakal menempuhi ramadhan bahkan sebagai peringatan untuk beramal.
Dari sisi yang lain, ada ulama’ yang mengibaratkan puasa syaa’ban seperti solat sunat rawatib iaitu sebagai persediaan dan perhatian bahawa ramadhan yang hanya datang sekali dalam setahun bakal tiba yang mana terdapat pelbagai ganjaran yang boleh kita peroleh jika kita berusaha.
Namun, perlu diambil perhatian kerana terdapat beberapa hadis palsu yang menyatakan keutamaan berpuasa dalam bulan syaa’ban seperti hadis:
“Dan jika ia bangun pagi itu (bulan syaa’ban) dalam keadaan berpuasa maka baginya pahala seperti puasa dua tahun. Setahun sebelumnya dan setahun akan datang.”
*Berkata Ibnu Jauzi hadis ini adalah palsu.
Malam nisfu(pertengahan) syaa’ban)
Hangat di bibir masyarakat tentang keutamaan malam nisfu Syaa’ban. Hadits-hadits terkait dalam masalah ini sebahagian dikategorikan dha’if (lemah), bahkan sebahagian yang lain dikategorikan maudhu’ (palsu) oleh para ulama hadis. Khususnya hadis-hadis yang mengkhususkan ibadah tertentu pada malam tersebut atau hadis-hadis yang menjanjikan jumlah dan bilangan pahala atau balasan tertentu bagi yang beribadah di dalamnya.
Dr Yusuf al-Qardawi menyanggah terdapat hadis tertentu yang berkait keutamaan malam tersebut secara khusus dengan melakukan ibadah-ibadah tertentu. Antara contoh maksud dari hadis palsu berkenaan malam ini adalah:
“Barangsiapa yang melakukan solat empat belas rakaat, membaca al-fatihah empat belas kali, seterusnya diikuti an-nas dalam bilangan yang sama seterusnya membaca ayat kursi dan lain-lain maka baginya dua puluh haji mabrur dan seperti puasa dua puluh tahun yang diterima.”
*Berkata Ibn Hibban terdapat salah seorang perawinya adalah pereka hadis.
Nota kaki: secara umum hadis-hadis palsu boleh dikenali melalui teks hadis seperti mendapat ganjaran yang melampau bagi amalan yang kecil dan terlalu berlebihan daripada ibadah wajib sebagaimana hadis di atas.
Adapun bukanlah bermaksud malam itu perlu sepi dari segala ibadah. Kita masih bisa terus beribadah seperti malam-malam biasa dan menyerahkan ganjaran hanya pada Allah taala. Yang menjadi salah adalah menyatakan atau melakukan sesuatu ibadat itu mendapat ganjaran atau keutamaan tertentu tetapi tidak berdasarkan hadis-hadis yang sahih.
Menyentuh persoalan membaca surah yassin pada malam tersebut sebanyak tiga kali, ia merupakan suatu bentuk pengkhususan ibadah tidak berdalil. Namun, pembacaan al-Quran hatta membaca surah yassin sekalipun tidak menjadi masalah kerana membaca al-Quran itu ibadah tetapi tidak boleh beranggapan ia adalah suatu surah yang mesti dibaca pada malam berkenaan. Adapun lebih baik kita membaca al-Quran tanpa ada pengkhususan ayat atau surah.
Oleh itu, lebih utama ia tidak dilakukan bukan disebabkan pilihan surah tetapi bilangan bacaan itu menjadi masalah. Hal ini kerana tiga kali bacaan adalah suatu bentuk proses yang lama. Ia boleh membawa pembaca membaca dalam keadaan tergesa-gesa hingga mengabaikan hukum tajwid di dalamnya. Justeru, cukup sekadar sekali dan lebih baik bersama tadabbur ayat-ayat berkenaan.
Qadha’ Puasa dalam bulan syaa’ban
Daripada Aisyah r.a.:
“Aku dahulu memliki baki berpuasa daripada Ramadan, aku tidak dapat mengqada’nya kecuali di bulan Sya’ban, kerana sibuk melayani Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam.”
Berdasarkan hadis di atas ada beberapa permasalahan dapat dirungkaikan:
1. melewatkan qadha’ puasa ramadhan disebabkan uzur
Lebih baik qadha’ bagi lelaki yang berbuka puasa atas sebab-sebab yang dibolehkan atau perempuan disebabkan haid dan nifas dilakukan seawal mungkin dan dalam keadaan berturut-turut, tetapi masih boleh dipisah-pisahkan. Atas sebab keuzuran seperti sakit berterusan maka dibolehkan untuk qadha’ puasa yang berbaki walaupun selepas ramadhan berikutnya tanpa dikenakan fidyah.
2. melewatkan qadha’ puasa ramadhan tanpa keuzuran
Bagi mereka yang mengqadha’kan puasa sebelum bulan ramadhan yakni akhirnya pada bulan syaa’ban maka ia dibenarkan namun tidaklah digalakkan. Adapun bagi mereka yang mengqadha’kan setelah sampai ramadhan berikutnya, jumhur ulama’ mengatakan perlu ia puasa ramadhan terlebih dahulu kemudian diqadha’kan puasa ramadhan ganti yang berbaki beserta fidyah secupak dari makanan mengikut hari berdasarkan ijtihad para sahabat.
Justeru itu, janganlah melewatkan-lewatkan qadha’ puasa jika tiada sebarang keuzuran kerana ia dikira sebagai hutang kita kepada Allah. Lagipun kita tidak pasti adakah kita akan sempat menggantikannya walau di bulan syaa’ban kerana ajal itu lebih dekat darinya.
Puasa separuh akhir bulan Syaa’ban
Daripada Abu Hurairah r.a
Nabi s.a.w bersabda: ” Apabila berbaki seperdua daripada Syaa’ban maka janganlah kamu berpuasa.(Tirmidzi, Hasan Sahih)
Berdasarkan hadis ini ulama’ berbeza pendapat ada sebahagian membenarkan jika seseorang itu melazimi puasa pada seperdua sebelumnya atau melazimi puasa sunat Isnin dan Khamis atau puasa nabi Daud a.s (puasa berselang hari).
Adapun pendapat daripada mazhab Syafie seperti disebutkan Imam An-Nawawi bahawa tidak harus berpuasa bahkan ada pendapat dari mazhab ini mengharamkannya.
Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga, pada kesempatan syaa’ban yang baru sahaja membuka tabir, ayuh kita berlatih untuk berpuasa di samping boleh berlepas daripada hukum ini sekiranya kita ingin berpuasa pada seperdua akhir syaa’ban nanti.
Puasa hari syak
Hari syak adalah sehari atau dua hari pada akhir bulan syaa’ban sebelum ramadhan datang. Larangan berpuasa pada hari syak disebabkan pada hari tersebut tidak jelas apakah sudah masuk bulan Ramadan atau belum malah ditegah jika niatnya hanya ingin berhati-hati untuk tidak tertinggal ramdhan. Adapun bulan ramadhan diperintah untuk melaksanakannya selepas tampak anak bulan. Walaubagaimanapun era moden ini hal ini tidak menjadi masalah kerana terdapat pengumuman rasmi dikaca televisyen atau radio.
Namun demikian, seseorang itu masih boleh berpuasa jika hari berkenaan bertepatan dengan hari yang disunatkan untuk berpuas seperti hari Isnin dan Khamis. Jika tidak bertepatan dengan mana-mana hari yakni tiada asbab yang lain maka ia tidak dibenarkan.
Kesimpulan
Dalam apa jua perkara yang kita lakukan tidak lepas daripada persediaan kerana dengan ia bukan sahaja kejayaan bisa dikecapi bahkan ia menunjukkan keseriusan dalam diri untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih bersungguh.
Saya nukilkan tips yang pernah dikongsikan dalam artikel dan poster-poster LangitIlahi yang terdahulu berkenaan persediaan kita dibulan syaa’ban dalam rangka perjalanan menuju ramadhan.
Lakukan pembacaan buku daripada kitab-kitab, buku-buku dan artikel-artikel berkaitan dengan Ramadhan.
Lakukan warming-up dengan berpuasa setiap Isnin dan Khamis
Latihan dan intensif tidur awal dan membiasakan diri untuk bangun awal.
Mulakanlah membaca Al-Quran setiap hari dengan penuh tadabur, khusyuk dan terancang.
Luangkan masa mendengar lantunan bacaan Al-Quran daripada pasangan anda, qari-qari yang terkenal dan kaset-kaset radio.
Biasakan diri untuk sentiasa memelihara wudhuk.
Dekati, hampiri dan bergaul dengan orang-orang yang alim, warak dan soleh.
Setiap malam sebelum tidur, bermuhasabahlah diri kita.
Perbanyakanlah mendirikan solat sunat setiap hari, terutamanya di saat sepertiga malam.
Dalam sehari, berikanlah masa untuk bersendirian untuk berzikir kepada Allah SWT.
Mulakanlah amalan bersedekah, sedikit demi sedikit.
Bantulah orang lain yang sangat-sangat memerlukan sama ada dalam bentuk keilmuan, bantuan kewangan, pertolongan kudrat dan kemahiran yang kita miliki.
Luangkan masa bersama ahli keluarga, rakan dan sesiapa sahaja disekitar anda dan berbincangkanlah tentang Ramadhan yang bakal tiba, persediaan, harapan, perlaksanaan dan sebagainya.
Bagi yang berkemampuan untuk mengerjakan umrah, maka rancanglah ia dengan sebaiknya.
Hebah-hebahkan, war-warkan dan maklumkan tentang ketibaan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi kepada kenalan, sahabat handai dan sesiapa sahaja melalui SMS, emel, FB, twitter dan blog-blog anda.
Rujukan
1. Bahru al-mazi syarah mukhtasar sunan tirmidzi oleh Muhammad Idris Al-Marbawi
2. Himpunan hadis dhaif dan maudhu’ oleh Dr Abdul Ghani Azmi
3. Kelebihan bulan rejab, syaa’ban dan ramadhan
The post Tips Menghadapi Ramadhan dan Beberapa Perkara Berkaitan Syaa’ban appeared first on Langit Ilahi.
Fotografi : Knowledge
BELFAST, IRELAND
(f8 | 1/200 | ISO400)
Knowledge without action is like a tree without fruits. And may the knowledge we get benefit us and others in the dunya and akhirah.
“The more knowledge (of Deen) you have the more humble you should be. Instead you are becoming more judgmental.”
-Nouman Ali Khan
The post Fotografi : Knowledge appeared first on Langit Ilahi.
June 1, 2014
Tips Menghadapi Ramadhan dan Beberapa Perkara Berkaitan Syaa’ban.

The post Tips Menghadapi Ramadhan dan Beberapa Perkara Berkaitan Syaa’ban. appeared first on Langit Ilahi.
Bangun Subuh!
May 31, 2014
Komik: Sumber Kekuatan
“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan bersedih hati.”
[Yunus: 62]
The post Komik: Sumber Kekuatan appeared first on Langit Ilahi.
May 29, 2014
Hancurkan Berhala Di Hatimu !
Setiap kali Allah s.w.t. melantik seorang utusan di kalangan manusia untuk menyampaikan ajarannya, maka pastilah seruannya adalah untuk mengajak manusia kembali kepada Allah. Tetapi, ia bukan sekadar itu saja.
Utusan-utusan Allah s.w.t. ini didatangkan untuk membanteras dan memusnahkan berhala-berhala yang telah dijadikan sekutu terhadap Allah s.w.t.
Masyarakat Arab jahiliah umpamanya, mereka beriman adanya Allah. Tetapi, dalam masa yang sama, mereka mensyirikkan Allah s.w.t. dengan berhala-berhala yang mereka bina di sekeliling Kaabah dan di dalamnya.
Berhala-hala yang mereka sembah ini telah menafikan keagungan dan keesaan Allah s.w.t. Sedangkan Allah s.w.t. itu dapat berdiri dengan sendirinya tanpa pertolongan makhluknya dan tanpa pertolongan sesiapa jua, Dia tidak perlu kepada makhluk untuk jadi perantara antara Dia dan hamba-Nya.
Berhala Yang Wujud Pada Kita Sekarang
Berhala suatu ketika dahulu dibangunkan dalam bentuk fizikal seperti patung-patung yang dibina melalui batu, melalui kurma dan sebagainya. Dalam kisah Nabi Ibrahim a.s. ada dinyatakan tentang berhala yang disembah oleh kaumnya, tetapi diruntuh dan dirosakkan oleh baginda ketika semua kaumnya keluar menyambut perayaan.
Kisah ini diceritakan oleh Allah s.w.t. dalam surah Al-Anbiya’ ayat 58-63 yang bermaksud :
“Maka dia (Ibrahim) menghancurkan (berhala-berhala itu) berkeping-keping kecuali yang terbesar (induknya) agar mereka kembali (untuk bertanya) kepadanya. Mereka berkata, “Siapakah yang melakukan (perbuatan) ini terhadap tuhan-tuhan kami? Sungguh dia termasuk orang yang zalim.” Mereka (yang lain) pula berkata, “Kami mendengar ada seorang pemuda yang mencela (berhala-berhala ini), namanya Ibrahim” Mereka berkata, “(Kalau demikian) bawalah dia dengan diperlihatkan kepada orang ramai agar mereka menyaksikan.” Mereka bertanya, “Apakah engkau yang melakukan (perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, wahai Ibrahim?” Dia (Ibrahim) menjawab, “Sebenarnya (patung) besar itulah yang melakukannya, maka tanyakanlah kepada mereka, jika mereka dapat berbicara.”
Begitu juga di zaman Nabi s.a.w. ketika peristiwa pembukaan Fathul Makkah. Terdapat banyak berhala di sekitar dan di dalam Kaabah. Maka, Nabi memerintahkan supaya umat Islam memusnahkan semua berhala-berhala yang ada termasuklah di dalam Kaabah. Tidak ada satu pun yang dibiarkan tinggal untuk disembah.
Itulah berhala suatu ketika dulu. Sekarang, masih wujudkan lagi berhala sebegitu?
Ya, masih wujud lagi berhala sebegitu di kalangan orang bukan Islam. Tetapi, pada hari ini bukan itu saja yang wujud, bahkan wujud juga berhala yang disembah dan dipertuhankan oleh orang Islam sendiri.
Berhala ini telah bersarang di hati dan jiwa ramai umat Islam menyebabkan mereka tidak dapat bangun dari kelemahan dan terus tunduk di bawah payung-payung kehinaan.
Berhala yang dimaksudkan ini bukanlah berhala yang nampak zahirnya seperti disembah oleh kaum Nabi Ibrahim a.s. dan orang kafir Quraisy. Tetapi, berhala ini adalah yang sesuatu yang diangkat-angkat dan diagung-agungkan di dalam jiwa umat Islam sehingga meletakkan Allah di tepi.
Berhala Yang Telah Merosakkan Dunia Dan Akhirat Kita
Berhala sebeginilah yang ternyata lebih berbahaya dan lebih merisaukan. Kalau berhala fizikal itu masih jelas kelihatan dan boleh dirosak-rosakkan. Tetapi, berhala yang wujudnya di dalam jiwa manusia ini hanya manusia itu sendirilah yang mampu berusaha membuang dan meruntuhkannya.
Manusia lain tidak mampu mengambil kapak dan meruntuhkannya, kerana ia bukan bersifat fizikal dan dapat disentuh.
Ada manusia yang di dalam kehidupannya mengagungkan nafsu. Dia tidak menyebutkan hal itu di mulutnya, tetapi dalam kehidupannya terlihat sebegitu. Banyak perintah-perintah dan larangan Allah yang dilanggar dan diderhakainya. Bukan kerana tidak tahu, tetapi kerana terlalu menuruti berhala nafsu yang wujud di dalam jiwanya.
Berbanding menghadapi sedikit kesusahan dan kepayahan dalam ketaatan kepada Allah, dia lebih suka untuk tunduk kepada nafsu yang sememangnya menjanjikan kesenangan dan keselesaan setiap masa.
Maka, hidupnya tidak lain hanya untuk menuruti kepuasan nafsunya. Selagi tidak dicapai apa yang diingini oleh nafsunya, maka selagi itu dia tidak berpuas hati. Biarpun apa yang diingini nafsunya itu becanggahan dengan apa yang dikehendaki oleh Allah s.w.t., dia tetap tidak peduli.
Yang penting dia dapat apa yang dia mahu.
Ada saja manusia yang di dalam kehidupannya menjadikan harta sebagai berhalanya. Tidaklah bermaksud dia mempertuhankan harta itu, dia menyembah dan sujud kepada harta itu. Tidak. Bukanlah seperti itu.
Orang yang mempertuhankan hartanya, kehidupannya semuanya adalah untuk mendapatkan wang. Apa-apapun, semuanya wang. Kalau tidak ada wang, dia tidak mahu. Contohnya solat. Solat dapat wang tak? Tak dapat, maka dia tidak mahu buat.
Dia tidak kisah orang lain susah atau miskin, asalkan dia kaya. Semakin hari, dia semakin berasa tidak cukup dan ingin mendapatkan lebih banyak lagi harta. Bahkan, dengan harta yang dimilikinya, dia menzalimi pula orang-orang yang lebih susah dan miskin daripadanya.
Inilah orang yang telah menjadikan harta sebagai berhala di dalam hatinya.
Orang yang meletakkan selain Allah dan mendahulukannya di dalam jiwanya, dia telah menduakan dan mensyirikkan Allah di dalam kehidupannya.
Apakah Tidak Cukup Allah Yang Maha Esa?
Nafsu yang kita pertuhankan itu sebenarnya diciptakan oleh Allah s.w.t. juga. Harta yang kita agung-agungkan itu sebenarnya adalah pemberian Allah juga.
Allah ciptakan nafsu itu sebagai alat. Bukan sebagai matlamat untuk kita angkat-angkat.
Allah berikan harta itu juga sebagai alat. Bukan matlamat.
Alat untuk apa? Alat untuk kita menyembah dan tunduk kepada Allah s.w.t. Bukan alat untuk kita angkatnya sebagai tuhan dalam kehidupan.
Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 17 yang bermaksud :
“Kamu hanyalah menyembah berhala-berhala yang diperbuat oleh orang, tidak menyembah Allah yang mencipta segala-galanya, dan kamu hanya mengadakan penyembahan yang dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah selain dari Allah, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu, oleh itu, carilah rezeki di sisi Allah dan sembahlah akan Dia serta bersyukurlah kepada-Nya, kepada Allah jualah kamu dikembalikan.”
Nafsu lagi dipenuhi kehendaknya, semakin tidak puas pula yang kita rasa.
Harta pun begitu. Kalau semata-mata untuk kepentingan dunia, lagi dikorek, lagi kita rasa tidak mencukup harta yang ada itu.
Begitulah juga berhala-berhala lain yang wujud di hati kita. Mereka tidak sekali-kali dapat memberikan rezeki kepada kita. Mereka tidak sekali-kali dapat memberi ketenangan dan kebahagiaan kepada jiwa kita.
Lalu, adakah salah memiliknya?
Sudah tentulah tidak. Tetapi janganlah sampai kita mempertuhankan mereka di dalam kehidupan kita. Bilamana kita mula mengabaikan hak-hak Allah dalam kehidupan kita, maka itu tandanya kita telah mula mempertuhankan mereka dan menduakan Allah s.w.t.
Bila kita sibukkan diri kita lebih kepada selain Allah dalam kehidupan kita, itu adalah bibit-bibit kita mula mengangkat selain Dia dalam jiwa kita.
Penutup : Runtuhkan Berhala Di Hatimu !
Allah tidak mungkin berkongsi tempat dengan makhluk yang diciptakan-Nya. Tidak mungkin kita katakan kita beriman dan taat kepada Allah, tetapi kemudian kita mengutamakan kehendak-kehendak selain Dia dalam kehidupan kita.
Kita penuhi kemahuan-kemahuan nafsu, tetapi kita abaikan suruhan-suruhan Dia.
Kita cari harta sebanyak-banyaknya untuk dunia, tetapi kita lupa untuk mencari bahagian kita di sisi Dia sebanyak-banyaknya.
Kita angkat –angkat cinta dalam kehidupan kita sehingga hati kita menjadi buta kerana cinta, sedangkan kita sendiri lupa mengangkat-angkat cinta kita kepada-Nya dalam jiwa kita.
Berhati-hatilah menangani berhala yang wujud di dalam jiwa kita ini.
Berhala yang tidak terlihat wujudnya dalam bentuk zahir ini lebih berbahaya dan lebih sukar untuk diruntuhkan berbanding berhala yang terlihat dalam bentuk yang zahir. Ia terlalu halus sehingga kadang-kadang kita sendiri tidak perasan kita telah mengangkat selain Allah dalam kehidupan kita.
Kalau benar kita mengutamakan Allah di dalam kehidupan kita, maka runtuhkanlah berhala-berhala yang wujud di dalam jiwa kita sehingga kita mengenepikan dan mengabaikan perintah-perintahNya di dalm kehidupan kita.
Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.
Runtuhkanlah berhala di hati agar kita merasai kelazatan beriman kepada Ilahi.
Kala jiwa kita ini bersih daripada selain Dia, maka Allah angkatkan martabat kita di sisi-Nya dan di kalangan manusia.
The post Hancurkan Berhala Di Hatimu ! appeared first on Langit Ilahi.