Hilal Asyraf's Blog, page 69

April 4, 2014

Poster: Change

Change


Poster: Change


“Verily Allah does not change a people’s condition unless they change their inner selves.”


“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”


(13:11)


—–

Sertai kami di YouthACE 2014: Pemuda dan Perubahan!

Maklumat lanjut di http://youthace.langitilahi.com


The post Poster: Change appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 04, 2014 23:51

Mimpi bukan hujah dalam agama

sleep_tight_by_nasyu-d5bftvk


~devianart.com~


Dalam zaman yang penuh fitnah[i] ini, agak sukar buat umat khususnya dalam kalangan masyarakat awam untuk menilai sesuatu perkara yang berkaitan dengan soal keagamaan terutamanya. Hal ini terjadi kerana berbezanya pendapat antara golongan agamawan yang menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.


Tidak menafikan perbezaan pendapat itu boleh membawa kebaikan yang banyak terhadap umat jika dikawal dan dinilai menggunakan kaedah yang betul serta diamalkan dalam keadaan berlapang dada. Sebaliknya, kesan buruk kepada umat ini, adalah perbezaan ini tidak merungkai masalah-masalah yang dihadapi bahkan menambahkan kesalahfahaman dalam mempelajari agama.


Justeru itu, menyelidiki dengan baik akan pendapat sesiapapun berpandukan kekuatan hujahnya yang disandarkan kepada al-quran dan hadis adalah asas bagi semua lapisan masyarakat untuk memperoleh fakta yang selamat jauh daripada keta’asuban dan taqlid buta. Allah s.w.t berfirman:


Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. [Az-zukhruf:43]


Kata Imam Ibn A’shur[ii]:


Bagi memudahkan ke atas Rasulullah s.a.w keatas kesusahan baginda dan para sahabat untuk meneguhkan keimanan mereka di saat ditentang oleh banyak pihak, juga sebagai bentuk bantuan Allah kepada mereka, Allah s.w.t memerintahkan kepada baginda s.a.w untuk senantiasa berpegang teguh kepada wahyu dan agama-Nya supaya tidak kendur keazaman mereka dalam dakwah disebabkan penolakan golongan yang kufur ini terhadap perkara yang haq.


 


Begitu seharusnya kita di zaman ‘keterbukaan’ ini. Kita tidak ditentang melalui angkatan tentera dan senjata tetapi kita ditentang oleh kerosakan gaya fikir dan kesongsangan hujah yang menyesatkan manusia daripada kebenaran. Justeru, itu jalan yang terbaik adalah menilai setiap hujahan dan isu itu berdasarkan kekuatan dalil bukan silsilah kata.


 


Pendapat orang soleh dan mimpi


Umat islam wajib berpegang teguh kepada dua sumber utama dalam agama yakni al-quran dan sunnah serta sumber yang terbina atas keduanya iaitu ijma’ dan qiyas. Demikian, segala sumber yang datang dari selain empat sumber yang disepakati ini seperti pendapat sebahagian ulama’ tentang sesuatu perkara, boleh untuk dinilai semula (bukan menafikan keilmuan mereka) tetapi untuk diteliti yang mana lebih dekat dengan kebenaran berdasarkan hujah dalil daripada sumber-sumber di atas melalui pendapat sebahagian ulama’ yang lain.


Dalam mengambil penghujahan daripada orang yang soleh atau daripada mimpi dan ilham, Imam Hassan al-Banna ada meletakkan kaedah yang baik berdasarkan pendapat ulama’-ulama’ terdahulu bagi menilai ketepatan hujah yang diberikan. Kata beliau[iii]:


Iman yang benar, ibadah yang sahih dan kesungguhan (dalam amalan), menjadi penyebab Allah mencampakkan cahaya dan kemanisan di dalam hati hamba-Nya yang Dia kehendaki. Akan tetapi, Ilham, lintasan hati, kasyaf, mimpi bukanlah daripada sumber hukum syariat, dan ianya tertolak penerimaannya kecuali jika  ia tidak bertentangan dengan hukum agama dan teks-teksnya.


 


Berdasarkan kaedah ini, sumber yang terbina daripada ilham (seperti mimpi, lintasan hati dan lain-lain) merupakan sesuatu perkara yang tidak boleh dinafikan kewujudannya kerana ia merupakan anugerah dan saranan daripada Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya:


Maka insaflah dan ambilah pelajaran wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya. [al-Hasyr:2]


Secara umum, ayat ini menggesa manusia memerhatikan penciptaan-Nya dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku dalam kehidupan kita dunia atau apa yang bakal menanti kita di akhirat berdasarkan amalan kita. Upaya untuk bertafakkur ini adalah satu bentuk ilham yang sahih yang Allah s.w.t berikan kepada manusia.


Namun demikian, ilham ini ini perlulah menepati syarat-syarat yang tertentu yang telah ditentukan oleh ulama’.  Syarat ini terbahagi kepada dua. Syarat kepada penerima ilham dan juga syarat bentuk ilham itu sendiri. Adapun syarat yang melibatkan penerima ilham itu, antaranya ialah[iv]:


1)      Mestilah hati seseorang itu bersih dan terdiri dari mereka yang bertaqwa


Ianya penting supaya dapat dinilai bahawa mimpi itu adalah benar ataupun tidak kerana boleh jadi ia petunjuk daripada Allah s.w.t ataupun gangguan daripada syaitan. Ia dilihat berdasarkan peribadi seseorang itu. Bukan mesti berserban, berkopiah, berjubah ataupun yang memakai sut lengkap, belajar di bumi Syams atau Asia, mereka yang berpangkat atau orang kebanyakan menjadi ukuran utama. Tetapi nilaian itu berdasarkan ketaqwaannya melalui ilmunya, akhlaknya sebagai neraca.


Kata ibn Abi Izz dalam buku Syarah Attahawiyah[v]:


Tidak syak lagi sesungguhnya hati itu mempunyai kesan yang cukup besar bagi perlakuan dan jasad manusia, jika hati itu baik maka kesannya turut baik, jika ia buruk maka kesannya juga buruk.


2)      Mestilah tidak wujud dalil daripada sumber rujukan utama dalam masalah yang dikehendaki hukumnya itu.


Ini adalah syarat yang terpenting kerana hujah yang bertentangan dengan sumber syara’ maka ia tidak terpakai. Kata As-samarqandi dan An-nasafi:


Jika tiada perkara yang dikendaki itu dalam sumber rujukan yang empat itu[vi], maka ilham itu boleh dijadikan hujah kepada penerima ilham tersebut tetapi tidak kepada mereka yang lain.


3)      Mimpi itu menenangkan dada penerimanya, dan ia tidak bertembungan dengan lintasan-lintasan yang lain.


Kata Imam Ibn Taimiyah [M 728H]:


Adapun ilmu ladunni[vii] tiada keraguan bahawa Allah s.w.t boleh berikannya kepada hati-hati hamba-Nya yang bertaqwa atau mereka-mereka yang soleh disebabkan kesucian hati mereka daripada perkara yang dibenci-Nya dan mengikut pula perintah-Nya yang mana ia tidak diberikan kepada mereka yang lain.


Manakala syarat-syarat bentuk ilham itu sendiri juga mempunyai tiga syarat[viii]:


1)      Ilham mestilah bertepatan dengan Al-Quran dan Sunnah


2)      Ilham itu mestilah untuk maslahah umum yang tidak mesti dituruti atau ditolak


3)      Ilham itu mestilah dalam sesuatu perkara yang menepati syara’


Syarat-syarat ini penting untuk kita bagi menilai ketulenan ilham tersebut agar kita tidak terkeliru antara ilham yang benar daripada Allah s.w.t ataupun gangguan dari syaitan kerana ilham (mimpi) itu mempunyai banyak jenis.


Imam Suyuti ada menyebutkan ada tiga jenis mimpi dalam kehidupan manusia berdasarkan hadis:


“Mimpi ada tiga macam : khabar gembira dari Allah, bisikan jiwa, dan gangguan syaitan” [Jami’ As-saghir. Hadis sahih]


 


Hujah yang lemah dari golongan yang lemah


Seperti yang dijelaskan di atas hujah mimpi ini tidak kukuh melainkan ianya menepati syarat-syarat yang telah digariskan. Meskipun ia memenuhi syarat-syarat ia tetap hanya boleh digunakan oleh peribadi mereka yang bermimpi itu sahaja bukan untuk kepentingan orang lain apatah lagi untuk menetapkan ia sebagai hujah atau menentukan hukum terhadap sesuatu permasalahan.


Kata Imam As-Syatibi [M 790 H] berkata[ix]:


“Selemah-lemah hujah mereka(golongan bidaah) ialah kaum yang mengambil amalan agama melalui mimpi-mimpi. Mereka ini menerima atau menolak sesuatu amalan berdasarkan mimpi-mimpi tersebut. Mereka ini berkata: “Kami bermimpi lelaki soleh tertentu berkata kepada kami: Tinggalkan ini!, Buatlah ini!”.Perkara ini kebanyakan berlaku kepada mereka yang berpegang pada aliran tasawuf (bukan semua).


Dalam kalangan mereka ada pula yang berkata: “Aku melihat Nabi s.a.w dalam mimpi, baginda berkata kepadaku begini dan memerintah aku melakukan begini”. Lalu dia pun mengamalkannya dan meninggalkan apa yang digariskan oleh syari`at. Ia adalah SALAH, kerana mimpi selain para nabi tidak boleh menjadi neraca nilaian syara’, dalam apa keadaan sekalipun. Melainkan setelah dikemukan(berdasarkan syarat-syarat) kepada hukum-hukum syariat yang telah sedia ada. Jika ianya benar, maka boleh diamalkan, jika tidak ianya perlu ditinggalkan. Dan sesungguhnya mimpi-mimpi ini adalah khabar gembira atau peringatan khusus (bagi pemimpi) manakala sebagai hukum syara’ pula adalah tidak benar.


Mungkin sebahagian orang akan berhujah bahawa dia ataupun sesiapa yang dia ketahui baik telah bermimpi berjumpa nabi s.a.w. Adapun mimpi bertemu nabi s.a.w merupakan mimpi yang benar kerana syaitan tidak akan menyerupai baginda s.a.w:


“ Barangsiapa melihatku ketika waktu tidur (mimpi) maka dia benar benar telah melihatku, karena syaitan tidak dapat menyerupai aku” (HR Bukhari 6994, Muslim 2266)


Kata ulama’ pakar penafsir mimpi Ibn Sirin berkenaan hadis ini: “ Mimpi (bertemu baginda s.a.w) itu benar jika dilihat oleh pemimpi dalam gambarannya yang sebenar (berdasarkan hadis-hadis yang menyebut sifat-sifat baginda)


Siapa yang bisa sangat yakin bahawa manusia yang dia jumpa di dalam mimpinya adalah nabi?


Jika benar yang ditemui itu adalah nabi s.a.w adakah ia menjadi hujah ke atas yang lainnya?


Bukan itu tidak menepati syarat ilham itu sendiri?


 


Kesimpulan: Melihat kepada isi bukan pengisi


Hujah di dalam islam itu amat dititikberat bahkan Al-Quran itu sendiri hujah bagi golongan musyrikin hatta untuk orang beriman yang ingkar. Ia bukan sekadar memastikan keaslian sumber ilmu itu sahaja terjaga bahkan menjadi pendiding untuk melawan mana-mana kelompok musuh yang ingin merosakkan islam. Bukan beerti mereka yang berhujah dengan sumber yang tidak tepat semestinya musuh islam, kemungkinan ada kesilapan tetapi ia perlu diperbaiki segera agar ia tidak mudah tersebar dalam masyarakat umum akan perkara yang salah.


Kata Imam Ibn Qayyim [M 751H] berkata[x]:


“Barangsiapa yang menyangka bahawa dia tidak memerlukan apa yang dibawa oleh rasul dengan  mengambil apa yang diilhamkan kepada hatinya dari bisikan, maka dia adalah antara manusia yang terbesar kekufurannya. Demikian itu adalah disebabkan dia menyangka bahawa cukup baginya untuk mengambil yang ini pada suatu masa atau yang itu pada ketika lainnya. Padahal apa yang berupa bisikan di dalam hati tiada nilainya jika ia tidak dirujuk semula kepada apa yang diajarkan oleh rasul dan yang pernah diterima atau dipersetujui olehnya, jika tiada persetujuan dan ditolak oleh rasul maka ia adalah dari hawa nafsu dan dari  bisikan syaitan.”


 






[i]  Fitnah yang dimaksudkan adalah kesukaran untuk membezakan antara perkara yang benar daripada perkara-perkara yag batil.




[ii] Tafsir Tahrir Wa Tanwir, Imam Tahir Ibn A’shur,  25/219 via MS




[iii] Al-Fikr Al-IslamiAl-Wasati, Dr Mustafa Muhammad Tahan,  1/23




[iv] Tahrir An-Nuqul fi Ilmi Usul, gabungan penulis, 1/471




[v] Ibid. 1/476




[vi] Ibid, Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas.




[vii] Ibid, Ilmu yang diperoleh atas kurniaan khusus daripada Allah bukan dari jalan usaha




[viii] Ibid, 1/477




[ix] Al-I’tisom, Imam Asy-Syatibi, 1/184 Dar Al Hadis




[x] Ighasah Al-lafhan Min Masoyid Asy-syaitan, Imam Ibn Qayyim 1/120 via MS




The post Mimpi bukan hujah dalam agama appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 04, 2014 06:43

Ibrah Al-Kahfi : Tidak Semestinya ‘Lebih’



wealth1f Ke mana engkau mahu pergi dengan banyaknya harta engkau?


~ Pic by youngadultfinances.com



Memiliki harta banyak, pangkat besar, kedudukan hebat, kereta besar dan pelbagai lagi kenikmatan dunia ini adalah kemuliaan yang sangat besar di mata sesetengah orang.  


Terkadang, ia menjadi punca orang merasa dirinya ‘lebih baik’ berbanding orang lain.


Hakikatnya, dia tidaklah semestinya lebih baik. Barangkali di matanya dia melihat dirinya lebih dari orang lain, tetapi realitinya tidaklah seperti itu.


Dia mungkin memiliki harta banyak, kemewahan, kereta besar, rumah besar dan pelbagai lagi harta dunia, namun ada banyak perkara mungkin yang hilang dari dirinya.


 


Demikian Allah Mendidik Kita Melalui Kisah Pemilik Dua Kebun


Di dalam Al-Kahfi, salah sebuah kisah yang masyhur iaitu tentang pemilik dua kebun, memberikan pengajaran besar kepada kita bahawa fitnah harta atau nikmat dunia ini perlu ditempuhi dengan keimanan.


Tanpa keimanan, kita akan jadi makhluk sombong yang perasan bahawa harta yang berada di tangan ini diperolehi hasil usaha kita semata-mata. Terlupa bahawa Allahlah yang memberikan dan menganugerahkannya. Tanpa keimanan, harta hanyalah akan menjadi penyebab kepada kerosakan diri kita. Bahkan, bukan kita lagi yang memiliki dan menjadi tuan ke atas harta itu, tetapi harta itulah yang nantinya memiliki diri kita dan menjadi tuan pula ke atas diri kita.


Kita tidak lagi dapat mengawalnya, bahkan harta itulah yang mengawal kita pula sehingga segala urusan kita, ditentukan kepentingannya mengikut kepentingan harta. Harta tidak lagi berada di tangan untuk dikawal, tetapi telah menjadi berhala dalam hati yang mengawal segala tindakan kita.


Demikian Allah mengingatkan di dalam Al-Kahfi melalui kisah pemilik kebun agar kita berhati-hati dengan fitnah harta.


Pemilik kebun yang diceritakan di dalam surah Al-Kahfi ini adalah manifestasi kisah fitnah harta yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat kita.


Dia diberikan harta bukan saja dari kualiti yang terbaik, tetapi juga dengan kuantiti yang terbaik.


Sepatutnya dia menyedari bahawa apa yang dia miliki itu sebenarnya hanyalah pinjaman Allah ke atas dirinya, namun dia bongkak menyatakan bahawa dialah yang memiliki kesemuanya itu, sedangkan tiadalah dia memiliki harta yang banyak itu melainkan dipinjamkan Allah untuk seketika sahaja.


 


Bila Mula Merasa ‘Ana Aksaru Minka’, ‘Aazzu Nafara’


Ketika dia mula menyandarkan apa yang dia miliki itu kepada dirinya, tidak lagi kepada Allah, maka mulalah timbul bibit kesombongan.


~Ana aksaru minka malan wa aazzu nafara~


“Hartaku lebih banyak darimu dan pengikut-pengikutku lebih ramai.” [Al-Kahfi : 34]


Kesombongan adalah penyakit yang mengeluarkan iblis dari syurga dan kekal di dalam api neraka. Kesombongan berlaku bila kita merasa diri kita ‘lebih’ dari orang lain.


Di saat kita merasa ‘lebih’ dari orang lain, kita mula memandang bahawa orang lain itu ‘kurang’ dan ‘bawah’ daripada kita.


Demikianlah orang sombong selalu mendakwa dirinya itu lebih baik dari orang lain, mendakwa dirinya itu lebih bagus dari orang lain.


Zahir di mata nampak dirinya lebih, tetapi pada hakikatnya mungkin banyak lagi kekurangan pada dirinya itu.


Hakikatnya, dakwaan bahawa dia lebih dari orang lain itu hanyalah prasangka dirinya semata-mata. Hanya kerana harta seseorang itu banyak, keretanya hebat, pangkat dan kedudukannya besar, tidaklah semestinya dia itu ‘lebih’ dari orang yang hidupnya biasa-biasa saja atau tidak memiliki sebagaimana yang dia miliki itu.


 


Menentukan Nilai ‘Lebih’ Dan ‘Kurang’ – Mengikut Neraca Iman Atau Pandangan Manusia?


Kadangkala, kita dapati orang yang hidupnya mewah, kaya, memiliki pelbagai kesenangan pula dalam hidupnya, kalau memiliki perasaan sombong dan merasa ‘lebih baik’ dari orang lain, ia selalu terdorong memandang rendah kepada orang lain sehingga dia merasa dia memiliki kekuasaan ke atas orang lain dengan harta yang dimilikinya.


Demikian juga, kebiasaannya orang yang tidak memiliki kekayaan sebagaimana yang dimiliki oleh orang lain, tidak menduduki jawatan atau posisi hebat sebagaimana yang dimiliki oleh orang lain, dia selalu terdorong merasa rendah diri kepada orang yang dilihatnya mempunyai kelebihan dari sudut harta dan kedudukan itu.


Bagaimana sepatutnya menentukan siapa yang ‘lebih’, siapa yang ‘kurang’?


 Al-Kahfi membetulkan cara pandang kita terhadap masalah nilai ‘lebih’ dan ‘kurang’ ini.


Orang yang punya kedudukan besar, harta banyak, kaya tidaklah semestinya dia itu ‘lebih’. Bukan itu yang menentukan seseorang itu lebih atau kurang, kerana akhirnya di dalam kisah pemilik dua kebun ini, Allah hancurkan kebunnya itu sehingga licin tidak tinggal apa dengan mudah sahaja.


Allah boleh ambil semula apa yang telah pernah dipinjamkannya dahulu kepada manusia pada bila-bila masa saja.


Namun, begitulah manusia yang telah meletakkan dunia di dalam hatinya, dengan kelebihan harta yang dimilikinya, maka dia seringkali menyangka orang lain itu kurang daripada dirinya.


Sebab itu, ketika kawannya si mukmin itu memberi respon semula kepada si kufur dalam kisah pemilik dua kebun itu, dia mengatakan, “Kalaulah engkau melihat aku kurang daripada engkau dari sudut harta dan keturunan…” [Al-Kahfi : 39]


Dengan maksud lain kita boleh faham di sini adalah, ‘engkau’ lihat, ‘engkau’ sangka ‘aku’ kurang. Tapi hakikatnya ‘aku’ tidaklah merasai sebagaimana yang ‘engkau’ sangkakan. Bahkan mungkin ‘engkau’ yang kurang sebenarnya. Kurang bahagia, kurang nikmat berTuhan, hidup jauh dari petunjuk, hidup tanpa makna, tidak tahu tujuan berada di dunia. ‘Aku’ walaupun tak punya harta sebanyak ‘engkau’, tak punya kedudukan hebat sebagaimana ‘engkau’, tak punya kereta besar seperti ‘engkau’, namun ‘aku’ kenal jalan pulang menuju Tuhan, tahu arah tuju hidup, ke mana ‘aku’ mahu pergi dengan apa yang ‘aku’ miliki ini.


Jadi, siapa lebih, siapa kurang sebenarnya?


Siapa kaya, siapa miskin sebenarnya?


Ramai orang kaya di dunia mati bunuh diripun kerana akhirnya kekayaan hidup tidak menemukan dirinya kepada makna hidup, untuk apa hidupnya, sejauh mana dia mahu pergi. Ramai juga artis yang bunuh diri kerana akhirnya dalam kemasyhuran hidup, dia sesat tidak bertemu jalan pulang.


Maka, siapa yang lebih, siapa yang kurang sebenarnya sekarang?


 


Penutup : Akhirnya Iman Adalah Ukuran Sebenar Kita


Kaya, memiliki harta banyak tidaklah salah kalau kita tidak sombong.


Antara fitnah yang sering melanda ramai orang adalah bila dia memiliki harta, maka dia mula lupa diri, lupa Tuhan. Bila diri jauh dan renggang dari Allah s.w.t, maka banyak tindakan mulai melampaui batas dan melanggar hak Allah s.w.t.


Sebab itu akhirnya Allah menutup kisah pemilik dua kebun dalam AL-Kahfi ini dengan peringatan yang mengingatkan bahawa iman adalah ukuran sebenar dalam hidup kita.


“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” [Al-Kahfi : 46]


Jangan tersilap meletakkan nilai. Bila kita meletakkan harta sebagai neraca, kedudukan hebat sebagai neraca, maka nilai dalam hidup kita menjadi semakin kecil kerana kita meletakkan nilai hidup pada perkara-perkara yang tidak kekal dan tidak dapat dibawa pulang ke akhirat.


Harta dunia hanya setakat di dunia dan akan musnah juga. Tidaklah ada yang dapat kita bawa pulang kepada Allah melainkan iman dan amal yang soleh jua.


Maka merasa ‘lebih’ berbanding orang lain dengan apa-apa di dunia ini adalah tanda kita tertipu. Sebaliknya, kalau orang memandang rendah kepada kita kerana dia merasa ‘lebih’ dari kita, itu tidaklah membawa maksud kita juga menjadi rendah nilai di sisi Allah.


Kerana akhirnya iman kepada Allahlah yang menjadi ukuran sebenar dalam hidup kita, yang menentukan mulia atau tidak, yang menentukan lebih kurangnya nilai dalam diri seseorang.


The post Ibrah Al-Kahfi : Tidak Semestinya ‘Lebih’ appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 04, 2014 02:10

March 31, 2014

Khianat Dengan Masa – Tanda Iman Bermasalah



time_1080 ~Pic by www.themebin.com


“Program kita akan bermula pukul 8.03 pagi. Harap datang tepat pada masanya, ya !” begitu pesan seorang pengendali program motivasi.


Keesokan harinya. “Eh, dah 8.30 ni. Lambat dah kita ni.”


“Alah,” balas kawannya yang seorang lagi, “Tak mula lagi punya tu. Program macam ni, biasa setengah jam lewat baru mula. Kadang-kadang, sejam lewat baru mula. Tak payah kalut-kalut pergi awal.”


Dalam satu peristiwa lain pula, seorang anak muda berjanji dengan kawannya untuk bertemu pada satu tempat di satu masa yang ditetapkan.


“Jangan lupa na, kita jumpa di depan kedai Ah Chong ni pukul 7.30. Jangan lambat tau. Ingat, 7.30 !” pesan si A kepada si B. Bukan sekali. Berkali-kali.


Tepat pukul 7.30. “Mana si B ni?” Adui, dah 7.30 ni.” Tunggu lagi sehingga setengah jam, sejam masa berlalu. Si B masih belum datang.


8.45, barulah kelihatan kelibat si B. “Salam, bro. Sori, lambat sikit.”


Antara gelagat-gelagat kita dengan masa.


 


Silap Kita Menganggap Masa Itu Murah Harganya


Silap besar sekiranya kita menganggap masa itu sentiasa ada untuk kita.


Umpama air yang kita gunakan setiap hari. Kerana saban hari mengalir tak berhenti untuk kegunaan kita, maka barangkali kita pun sudah menganggap nilai air itu biasa-biasa saja.


Ya, kan? Kalau dibandingkan air dengan permata yang dijual, mana yang lebih mahal? Pasti permata lebih mahal sedangkan air yang lebih banyak digunakan.


Begitulah masa yang ada bersama kita sekarang ini. Kerana hidup di dalam lautan nikmat masa, begitu banyak masa lapang sehingga kita menanggapi nilai masa ini sebagai suatu yang murah.


Apalah sangat nilai terlambat buat kerja universiti dibandingkan dapat menonton bola secara langsung.


Apalah sangat nilai datang lambat ke program-program pembinaan iman dibandingkan dengan hadir awal ke program hiburan dan nyanyian.


Apalah sangat nilai menepati masa untuk bertemu seorang kawan pada masa yang dijanjikan dibandingkan dengan menepati masa untuk bertemu dengan boyafriend atau gelifriend yang belum ada apa-apa hubungan pernikahan yang sah?


Apa yang kita ukur murah dan mahal dengan nilai masa itu menentukan kadar mana iman kita.


 


Sebab Itu Allah Hubungkan Masa Dengan Iman


Kata Imam Syafie : “Jikalau Allah tidak menurunkan surah selain surah ini (Al-Asr), nescaya sudah mencukupi untuk manusia.” [Sofwatut Tafasir]


Betapa besarnya nilai masa itu sehinggakan seorang ulama’ besar seperti As-Syafie menyatakan demikian.


“Demi masa.” Itulah sumpah Allah terhadap makhluknya yang satu ini. Yang manusia selalu mengabaikannya. Yang manusia tahu tentangnya, tetapi selalu melalaikannya.


“Semua manusia di dalam kerugian.”


“Melainkan…” tegas Allah dalam hal masa ini “…mereka yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran.” [Al-Asr : 1-3]


Kalau hanya sekadar urusan dunia, tak dipesan Allah sebegini.


Tetapi dikaitkan masa itu dengan iman, menandakan betapa besarnya nilai masa itu. Bagaimana interaksi kita dengan masa itu adalah hasil daripada iman yang ada dalam diri kita.


Berlengah-lengahkah kita dengan masa dalam kehidupan kita.

Telitikah kita dalam menjaga masa kita.

Atau sambilewakah kita menguruskan masa.


Semua itu adalah cerminan kepada iman dalam diri kita.


Iman yang menjadi sumber kepada amal kebaikan dan penghindar dari kejahatan.


Iman yang akan menyelamatkan insan di depan Tuhan.


Ya, menguruskan masa dengan baik itu adalah satu kebaikan. Menepati masa untuk datang ke kuliah, untuk hadir ke program pembinaan diri, untuk memenuhi janji dengan kawan, semua itu adalah kebaikan.


Yang tidak baiknya adalah mengkhianati amanah masa.


Bagaimana kita menguruskan masa dalam kehidupan kita, pukul berapa kita bangun di pagi hari memulakan hari kita di hadapan Allah, apa yang kita buat di waktu lapang, semuanya itu berkait rapat dengan isi keimanan yang ada dalam jiwa kita.


 “Iman itu..” kata As-Syahid Syed Qutb, “… adalah sebuah realiti yang positif dan berfungsi. Tidaklah ia hanya tertanam di dalam hati sehinggalah ia berusaha membuktikan iman itu dalam bentuk luaran melalui amal-amal soleh.  Inilah dia iman Islam. Tidak boleh kita biarkan ia diam tidak bergerak, tersembunyi tidak muncul dalam bentuk yang hidup di dalam peribadi seorang mukmin.


Sekiranya iman itu tidak berfungsi sebaiknya, maka ia adalah iman yang palsu atau mati !” [3967, Tafsir Fi Zilal, Dar Syuruk]


Dengan iman seorang yang selalu melengahkan masanya, di kalangan yang beruntungkah atau yang rugi kita ini?


 


Penutup : Profesionalisme Yang Telah Lama Diajar Oleh Allah S.W.T.


Kalau manusia menghubungkan masa dengan profesionalisme dalam bekerja dan hidup, maka Allah menghubungkannya dengan sesuatu yang lebih besar, iaitu iman yang menjadi penyelamat kita di akhirat kelak.


Allah telah lama mendidik kita perihal profesionalisme dalam menguruskan masa ini, tinggal lagi, kita yang selalu khianat terhadap amanah masa ini.


Semalam yang pergi tidak akan kembali lagi, tetapi akan ditanya di depan Ilahi nanti.


Hari ini yang masih bersama kita, apakah kita sudah mula membaiki sikap kita dengan masa atau kita masih menganggap buang masa itu perkara biasa?


Kalau buang masa adalah perkara biasa dalam hidup kita, barangkali kita perlukan proses penyucian iman dengan segera !


The post Khianat Dengan Masa – Tanda Iman Bermasalah appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 31, 2014 06:46

March 30, 2014

Luahan

image


 


image


 


Hebat muslim yang bergantung penuh kpd Allah. Meluahkan segala masalah kepada pemilik hati agar segala masalah besar dilihatnya kecil sahaja.  Dia yang maha mentakdirkan sesuatu.


The post Luahan appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2014 17:31

Corat-Coret Hati: Bangkit Dari Lena

i371


Hari ini, bila kita melihat dunia, kita perasan bahawa ianya telah didominasi oleh sistem yang jauh untuk berhajatkan mencari redha Allah SWT. Sistem yang dibina bukan untuk membawa manusia tunduk kepada Allah SWT, tetapi lebih ke arah menderhakaiNya, memerangiNya.


Kita baca dan memerhati situasi hari ini, ratusan satelit, bahkan wujud pengkalan angkasa lepas, di atmosfera bumi kita, milik mereka semuanya. Teknologi hari ini, pelbagai kemajuan, baik dalam teknologi maklumat atau ketenteraan, semuanya adalah ciptaan dan hasil tangan penggerak sistem yang rosak ini.


Dan tiba-tiba kita, muslim, mukmin, yang Allah SWT arahkan untuk menjadi hambaNya, khalifah di atas muka bumiNya, sibuk bergaduh dengan muslim, mukmin, yang lainnya. Membanding-banding pendapat antara kita siapa yang lebih benar, cela mencela, keji mengeji. Ada antara kita pula, mungkin tidak terlibat dengan sengketa itu, terlibat pula dengan sengketa dalaman diri, menjadi pemalas, tidak punya etika, tiada disiplin, tidak punya cita-cita dan wawasan. Ada antara kita juga, punya cita-cita dan wawasan, namun hanya untuk dirinya sahaja, hidup untuk kepuasan sendiri.


Rasulullah SAW pernah bersabda akan situasi ini.


“Akan datang satu zaman, musuh akan menghurungi kalian sebagaimana semut menghurungi makanan.” Sahabat bertanya: “Apakah ketika itu kami sedikit ya Rasulullah?” Rasulullah SAW menjawab: “Tidak, bahkan kamu ramai, seperti buih di lautan.” Hadith Riwayat Abu Dawud.


Ya, ramai, seperti buih di lautan. Tak bermakna apa-apa. Tak mempunyai kekuatan. Tanpa ditolak pun, buih di lautan akan tertarik semula ke dalam laut.



Pentingnya Kesedaran


Bila kita sedar kita ada masalah, barulah kita akan mampu untuk bergerak membaiki masalah. Tanpa kesedaran, kita takkan tahu wujudnya masalah dan seterusnya kita akan membiarkannya merebak. Kita akan biarkannya membarah.


Begitulah situasi hari ini. Tanpa kesedaran, kita tidak akan rasa kita perlu buat apa-apa. Tiada rasa tergesa untuk memecahkan diri dari kitaran yang ‘sistem’ hari ini ciptakan untuk kita. Tiada daya juang untuk memberikan cabaran kepada sistem yang telah memegang dunia hari ini.


Orang yang merasakan semuanya sedang ‘okay’, ‘baik-baik sahaja’, ‘tak ada apa-apa masalah’ tidak akan bergerak untuk melakukan apa-apa. Dia selesa, dan akan terus rasa hendak selesa. Bahkan ada kemungkinan, dia akan terlalu terperangkap dalam keselesaan itu, sehingga rasa terancam dengan orang yang cuba mengubah sistem tersebut, dan akhirnya dia menjadi tentera sistem, cuba menghapuskan orang yang berusaha mengubahnya.


Begitulah hari ini, di mana dunia telah dijadikan tujuan oleh sistem tadi. Membuatkan kita semua rasa selesa, dengan gaji, dengan teknologi, dengan hiburan dan pelbagai perkara lagi.


Namun Allah awal-awal lagi telah mengingatkan di dalam Al-Quran, berulang kali bahawa dunia ini hanya kesenangan yang menipu daya, hanya permainan.


“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” Surah Al-An’am ayat 32.


“Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).” Surah Al-Ankabut ayat 64.


“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” Surah Al-Hadid ayat 20.


“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” Surah Ali-Imran ayat 185.


Apakah kita tersedar?


 


Bangkit Dari Lena, Perjuangan Yang Mesti Diteruskan


Allah SWT telah memberikan kita tujuan yang jelas untuk kehidupan kita di atas muka bumi ini.


“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk mereka mengabdikan diri(kepada Aku).” Surah Adz-Dzariyat ayat 56.


  “Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan untuk bumi khalifah(pentadbir).” Surah Al-Baqarah ayat 30.


Bagi yang sedar akan tanggungjawab mereka ini, mereka akan memahami bahawa Islam itu bukan agama yang terpenjara di pagar-pagar masjid dan bukanlah ianya sekadar hal di sekitar sejadah. Tetapi Islam adalah cara hidup yang syaamil(menyeluruh) dan kaamil(sempurna), meliputi segenap aspek kehidupan.


Maka di dalam Islam ada penglibatan dalam pelbagai perkara ini. Kita dapat lihat kefahaman ini juga yang difahami oleh Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna, kerana itu di dalam Risalah Ta’lim, dia menulis usul 20 yang bermula dengan penyataan bahawa Islam sebagai sistem yang sempurna dan menyeluruh:


“Islam adalah sistem lengkap yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan. Islam adalah daulah dan tanahair atau kerajaan dan ummah. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Kebudayaan dan undang – undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah.”


Kita dapat melihat Asy-Syahid apabila membicarakan akan maksud ‘lengkap dan menyeluruh’ itu, dia menyentuh pelbagai aspek penting dalam kehidupan seperti daulah, tanahair, kerajaan, ummah, akhlak, keadilan, budaya, undang-undang, ilmu, kehakiman, harta benda, dakwah, ketenteraan dan sebagainya. Jelas Asy-Syahid cuba memberikan gambaran betapa menyeluruhnya Islam, yakni ia menyentuh segenap aspek hidup, bukan semata-mata perkara berkait ritual agama sahaja.


Bila menyebut perihal kebangkitan, ianya adalah permulaan kepada kesedaran diri ummat Islam, akan kondisi mereka sekarang, seterusnya pergerakan mereka ke arah perubahan yang lebih baik dalam pelbagai lapangan, yang membawa kepada akhirnya seluruh dunia ini kembali tunduk memperhambakan diri kepada Allah SWT. Dan pastinya perkara ini takkan dapat dicapai dalam masa sehari, jauh sekali seorang diri.


Sebab itu menariknya, Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna mengetengahkan konsep ‘maratib amal’ yang bermula dari pembinaan diri sendiri, seterusnya keluarga muslim, kemudian masyarakat muslim, hinggalah kepada Islam menjadi mahaguru alam(seluruh dunia ini tunduk dengan sistem Islam).


Sebab itu, manusia yang sedar, dia akan bermula dengan memperbaiki dirinya. Menjadikan dirinya seorang yang ada disiplin, berakhlak, kemas dan membuatkan orang hormat. Menjadikan dirinya lebih faham akan Islam, mempunyai wawasan dan cita-cita untuk memberikan sumbangan kepada Islam melalui apa yang dia pakar, apa yang dia mampu dan boleh.


Bagi yang berkemampuan di medan-medan penting seperti ekonomi, politik, ketenteraan dan sebagainya, melaksanakan kerja di medan masing-masing, dengan matlamat dan tujuan yang sama.


Inilah perjuangan yang Rasulullah SAW sendiri bawa dan lalui. Bermula dengan pembinaan para sahabat sepanjang 13 tahun pertama dakwah di fasa Makkah, berterusan ke pembinaan kerajaan di Madinah dan penyebarannya yang meluas ke seluruh dunia.


 


Tanggungjawab Yang Besar, Mustahil Berlenggang Kangkung


Bila kita mempunyai kesedaran sebegini, memahami tanggungjawab dan beban perjuangan yang perlu dilaksanakan, sudah pasti kita tidak akan menjalani kehidupan dengan sambil lewa dan berdiam diri.


Sudah pasti kehidupan kita akan sibuk dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan kita sendiri akan mula meletakkan target-target, mempunyai wawasan, ada cita-cita.


Namun pastinya kesungguhan itu akan dicabar. Dicabar oleh nafsu, oleh syaitan, dan manusia sendiri. Bahkan orang muslim dan mukmin sendiri, yang masih belum sedar dan faham, akan sebahagiannya menjadi penentang juga.


Tetapi apa yang penting dalam hal ini bukanlah kemenangan perjuangan. Yang penting adalah usaha yang bersungguh-sungguh dalam berjuang. Kemenangan boleh sahaja tidak terjadi pada umur kita, generasi kita. Tetapi dengan kita melaksanakan kerja-kerja ke arahnya, maka semakin ringanlah beban generasi mendatang untuk meneruskannya, semakin terbukalah pintu kemenangan buat agama kita.


Sebagaimana Muawiyah RA dan gergasi-gergasi selepasnya mempermudahkan perjalanan Muhammad Al-Fateh membuka Kota Konstantinopel.


Apa yang penting sebenarnya adalah, apabila kita melibatkan diri dalam perjuangan ini, apabila kita bangkit dari lena, kita sedang membawa diri kita ke arah yang lebih baik.


Masa hadapan yang cerah takkan terbina dengan impian dan harapan semata-mata.


Ia memerlukan manusia-manusia yang bekerja keras ke arahnya, yang berkorban untuknya.


Jangan tuding jari kepada orang lain dan menyatakan ini ialah tanggungjawabnya. Hakikatnya ia adalah tanggungjawab kita semua.


 


Penutup: Bangkitlah Raksasa Yang Tidur. Gemparkan Dunia Ini!


Kita hakikatnya mempunyai kekuatan yang besar. Konco-konco sistem hari ini gerun dengan kita, hingga terpaksa melaksanakan rancangan yang amat rapi untuk menghalang kemaraan kita.


Namun kadangkala, kita mempertuhankan kelemahan kita. Menyebabkan kita tidak ambil kisah akan arahan Tuhan yang kita sembah sebenarnya. Allah arahkan kita untuk berjuang, bangkit menjadi generasi yang baik, menjadi yang layak mentadbir bumi ini, di sampaing kekal menjadi hambaNya yang taat.


Maka bangunlah. Tidur kita sudah terlalu lama.


Bangkitlah dan mula laksanakan sesuatu.


Perubahan yang besar bermula dengan perubahan diri kita sendiri!


==========================================================


YouthACE 2014 | Grand Ballroom, Flamingo Hotel, Ampang | 10th May 2014 | 7.30am – 10.45pm |


“Pemuda & Perubahan”


Tinggal 200 seat sahaja lagi.


Main Leaderboard - YouthACE 2


The post Corat-Coret Hati: Bangkit Dari Lena appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2014 09:12

Poster: Lawan jahiliah !!!

LAWAN JAHILIAH


Firman Allah maksudnya: “Telah lahir kefasadan (kemusnahan) di laut dan juga di darat dengan kerana kerja-kerja dari tangan manusia (yang durjana)“.


(ar-Rum: 41)


Walau kau seorang, jahiliah wajib dilawan !!!


The post Poster: Lawan jahiliah !!! appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2014 04:20

March 28, 2014

YouthACE – Young, but not Youth


“Young, but not Youth”

Picture courtesy of by 6Artificial6 of deviantart.com

(Click image for image source)


My lecturer, Dr. Subramaniam, in Semantics (Linguistics) class frequents George Bernard Shaw’s quote “Youth is wasted on the young.”


And I find it very intriguing to see many people unable to comprehend the difference of being young and being youth.


When I propagate the idea “Being young doesn’t qualify being youth”, to my interlocutors, they tend to disagree as the explicit definition of youth is being young.


Now if ever there was an oxymoron, this is it. However, if we were to look at this quote by George Bernard Shaw from another angle, we may see begin to see the light in this statement.


“Youth” and “Young”


For a start then, let us suppose that youth is not defined by rosy cheeks, supple skin, red lips and jet black hair. Nor is it a stage in life. But instead let is look at youth at the state of the mind and heart, the will, the thinking and the energetic flow of spiritual, physical and mental energies.


Youth would then transcend to mean the thirst for adventure and the abhorrence for stagnancy and complacency. For then the body may age physically, as all bodies must, but the state of “youthfulness” would abide. And time may wrinkle the skin and whiten the hair, but time would not then erode the energy of the soul.


Youth is very often compared to “spring” hence the phrase “the spring of youth”, and Semanticists define “Spring” as “an accelerated movement” Spring is a time when new life begins, rising from the coldness and stillness of winter.


Was the Prophet not a youth?


Flowers blossom, animals awake from hibernation, gardens turn green and birds start to sing. Conventionally, a youth is a person aged between 18 -40 years old, or maybe we should say young. If this definition is applied to Prophet Muhammad, he attained prophet hood at 40, which means, he was a youth for only about a year. However, according to Ibn Kathir (2001) the prophet, during his lifetime undertook 19 battles and fought in 8 battles.


The “List of battles of Muhammad” on “Wikipedia,” says the prophet had the luxury to participate in 100 fights comprises of battles, expeditions and missions. And he did all these between the age of 40 and 63!


So, was the prophet not considered a youth? Was he not seen as energetic even past the age of being a youth? There is a perennial battle between the old generation and the young generation. The younger sets are always emphasizing on speed and haste in everything they do, and we have the older ones encouraging a slower pace. Then we have the digital arena.


“Digital Natives” vs “Digital Immigrants”


There is an interesting article by Prensky, M. (2001) called “Digital Natives vs Digital Immigrants” which discusses the clash of interest in terms of technology usage between the Digital Natives (the younger generation) and Digital Immigrants (the older generation).


Looking further, one would realize that it actually also paints a picture of the 21st century way of thinking. In a nutshell, it is not about the older generation learning new things, or the younger generation adhering to traditional values and principles; rather it is about leaning new ways to uphold traditional aspects and values.


We have the older generation refusing to give in to new advancements in technology as it is alien to them. But everyone knows that technology has brought with it many advantages and benefits. Then we have the young, often scoffing at the older, slower way of doing things and their traditional values and principles. We must understand here that that both the young and the not so young have their place and bring something to the table.


There must be a give and- take in all areas as there is value on both the old and the new. This concept is not new. It has been said by Almarhum Umar Tilmisani in a paraphrased way “Hikmah Asy-Syuyukh, fi hamasati As-Syabab” which means “the wisdom of old people is embedded in the driving force of the young.”


The strength and quick wits and energy of the young, and their new ideas should be tempered by the wisdom of the older folk with their experience and many lessons learned from past successes and failures.


The ideal would be a collaborative unity and not a leader-slave relationship. The young and the old should mix and match so that new ideas, old wisdom, fresh energy and maturity all mesh together to produce a synergistic workforce.


Being the older does not translate to being “the boss” and being the younger does not mean one knows it all. Undoubtedly, there will be a difference in physical strength and capacity.


So we need the young to understand the slower pace and we need the old to be more trusting of youthful energy and enthusiasm.


It effectively is a symbiotic cooperation. So youth then, is not a function of age, but is the state of the heart and mind. It is the energy, the willingness to learn and to adapt to new things, the energy applied to work, the fire to progress and to be better, it is the creation of new things and endless possibilities.


A 20 year old can be an old man, and a 60 year old can be a free spirited young man at heart. We all have the choice to remain youthful or to grow old before our time.


Youth and YouthACE 2014: What is your choice?


I was a boy. I was a teenager. I’ve been through school. I’ve been through university.


Life in three words is: “Life goes on”.


Yes. Life keeps going on without us knowing.


But what should be the greater deal is “How much life have we lived as it progresses?”


How should we spend our young time?


How should we spend our spring of youth?


By wasting it?


YouthACE 2014 | Grand Ballroom, Flamingo Hotel, Ampang | 10th May 2014 | 7.30am – 10.45pm |


“Youth & Change”


Main Leaderboard - YouthACE 2


The post YouthACE – Young, but not Youth appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 28, 2014 20:05

YouthACE – “Tidak Mengapa. Aku Muda Lagi.”

Photo by splitreason.com

Photo by splitreason.com


Ramai pemuda sekarang sedang dibuai mimpi yang cukup indah: memikirkan mereka masih lagi muda seperti kanak-kanak. Dengan itu, mereka cuba menjustifikasikan keadaan lalai mereka dengan berkata, “Tidak mengapa. Aku muda lagi.”


DAHULU


Berbeza dengan cara pemikiran para pemuda zaman Rasulullah, hatta para pemuda 100-200 tahun yang lalu. Kita tidak perlu kaji sejauh 1400 tahun untuk melihat para pemuda yang jauh lebih matang daripada para pemuda sekarang walaupun pada angkanya mereka berkongsi umur yang sama.

Thomas Jefferson, sebagai contoh, pada umur seawal 12 tahun sudah diberikan kepercayaan untuk menguruskan sebuah lading besar yang mempunyai lebih kurang 250 orang pekerja. David Farragut, juga pada umur 12 tahun, sudah cukup matang untuk mengepalai sebuah kapal tentera British yang berkaya ditawan oleh tentera Amerika.


Ini merupakan contoh-contoh yang bukan daripada dunia Islam. Pun begitu, kita dapat melihat betapa berbezanya didikan dan pemikiran mereka yang mana didikan dan pemikiran tersebut telah berjaya menghasilkan para pemuda yang hebat. Walaupun mereka bukan Islam, kita boleh mengambil iktibar daripada mereka dan muhasabah keadaan diri kita sekarang.


Jika dibandingkan pula dengan para pemuda yang mendampingi Rasulullah, mereka jauh lebih hebat daripada Thomas Jefferson mahupun David Farragut.


Contohnya, dua pemuda yang berjaya membunuh Abu Jahal di medan perang, Muaz dan Muawwiz, umur mereka hanya sekitar 13-14 tahun sahaja (riwayat lain mengatakan sekitar 15-16 tahun). Tetapi, mereka berjaya menewaskan seorang pahlawan gagah yang jauh lebih tua dan berpengalaman daripada mereka. Usamah bin Zaid, telah diamanahkan oleh Rasulullah untuk mengetuai bala tentera Islam ke Rom, pada mana umur beliau pada ketika itu hanyalah 19 tahun.


SEKARANG


Berbeza pula dengan para pemuda sekarang; mereka yang belasan tahun masih lagi berkelakuan seperti kanak-kanak dek memikirkan bahawa mereka masih lagi “muda”.


Saya pernah bersembang dengan seorang rakan. Beliau tanya saya berapa umur saya ketika saya berkahwin – saya menjawab: 23 tahun. Beliau terkejut kerana beliau fikir umur saya ketika itu amat muda. Saya memandangnya dan menjawab kembali, “Saya sebenarnya sudah tua pada ketika itu.”


Saya pula bertanya kepadanya tentang umurnya. Beliau menjawab, “19 tahun.” Saya berkata, “Awak pun sebenarnya sudah tua.” Dia berkerut dahi dengan kata-kata saya, memikirkan dirinya yang masih muda lagi.


Usamah bin Zaid sudah mengetuai bala tentera sekitar umur yang sama, kita masih garu-garu kepala sama ada sudah patut atau tidak untuk berumahtangga.


Ini bukan soal umur. Ini soal kematangan.


MENGIKIS BUANG SEBUAH KRISIS


Saya tidak salahkan diri beliau. Ini merupakan krisis pemikiran yang tidak lahir dengan sendirinya. Ia telah ditanam, disiram, dan telah berbuah dalam minda para pemuda hari ini. Maka, kita harus tebang pokok tersebut dan tarik ia buang dari akar umbinya.


Tetapi, ia tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata. Tarbiyah jahiliyah yang bertahun-tahun lamanya perlu dilawan dengan tarbiyah Islamiyah yang juga bertahun-tahun lamanya. Tiada pil ajaib yang boleh menghilangkan masalah kita begitu sahaja.


Krisis pemikiran harus ditangani dengan pembentukan pemikiran baru yang sama frekuensi dengan cara pemikiran para pemuda terdahulu. Benar, mereka muda. Tetapi mereka sudah matang. Mereka tidak berfikir, “Oh, aku masih muda. Masa masih panjang.” Mereka berfikir, “Aku sudah matang. Masa semakin menyempit.”


Maka, para pemuda sekarang harus sedar dan menyedarkan. Mereka harus sedar bahawasanya walaupun pada angkanya, mereka muda, tetapi itu tidak bermakna mereka masih lagi kanak-kanak. Berbeza dengan zaman kanak-kanak, permainan tidak lagi memenuhi jadual hidup mereka. Sekarang, permainan hanyalah sekadar kudapan di tepian apabila ia diperlukan.


Para pemuda juga harus menyedarkan. Mereka harus menyedarkan masyarakat sekeliling, khusunya keluarga mereka, bahawasanya mereka bukan lagi kanak-kanak. Jangan dibuai dengan belaian manja ala kebudak-budakkan yang kerap kali diberikan oleh masyarakat. Buktikan kedewasaanmu, agar mereka melayanmu seperti orang dewasa!


Masa untuk bermain sudah lama tamat; ia tamat di saat Allah meletakkan tanggungjawab dan amanah di atas bahu kita – di saat kita baligh. Apabila kita baligh, Allah sudah mula mengira dosa pahala kita. Maka, kita sudah mula bertanggungjawab ke atas iman masing-masing. Ini bukan satu perkara kebudak-budakkan lagi.


Apabila kita mula memikul tanggungjawab ini, mana mungkin kedua-dua belah tangan kita masih sibuk bermain dengan anak-anak patung? Bab itu sudah berakhir. Sekarang, tiba masanya untuk bab seterusnya: Kematangan.


———-


Saya menjemput anda untuk menyertai YouthACE – program terbesar anjuran Langit Ilahi.


Tema tahun ini: Pemuda dan Perubahan.


Sudikah anda akan menyertai gelombang perubahan ini?


Main Leaderboard - YouthACE


The post YouthACE – “Tidak Mengapa. Aku Muda Lagi.” appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 28, 2014 04:38

March 27, 2014

YouthACE – Pre-Order Baju YouthACE2014 Dibuka!

Promosi Baju YouthACE


Assalamu’alaikum.

Dengan ini kami membuka pre-order Baju YouthACE2014!

Pre-Order dibuka dari hari ini hingga 14hb April 2014 sahaja.


Baju ini dikeluarkan oleh Brotherhood Arts yang memang terkenal sebagai pengeluar baju yang berkualiti.


Bukan peserta YouthACE2014 pun boleh order.


———–

Harga:

———–

Baju Muslimin Berkolar

RM40

Harga untuk peserta YouthACE: RM35


Baju Muslimin Round Neck

RM35

Harga untuk peserta YouthACE: RM30


Baju Muslimah

RM45

Harga untuk peserta YouthACE: RM40


————

Saiz dan Ukurannya

————

Sila rujuk poster.


————

Cara Order & Bayar

————

Step 1 – Bank in jumlah wang mengikut unit pembelian ke account berikut:


‘Abdul Muhaimin Misran.

514226415860

MAYBANK


Step 2 – Emailkan [1]bukti pembayaran(sama ada printscreen atau tangkap gambar) pada email store@langitilahi.com, bersama [2] Nama penuh, [3] Alamat Penghantaran(jika bukan peserta YouthACE), peserta YouthACE tidak perlu letak alamat, [4] Nombor telefon, [5] Senarai Barangan Yang Anda Beli dan saiznya


Kelima-lima(atau keempat-empat) item tersebut WAJIB ada di email tersebut.


Bagi peserta YouthACE, anda WAJIB menggunakan email pendaftar anda supaya kami dapat pastikan anda adalah peserta YouthACE2014.


Step 3 – Anda akan mendapat reply selewat-lewatnya sehari selepas anda email, sebagai tanda order anda diterima oleh kami. Jika selepas sehari anda tidak mendapat apa-apa email balas, sila hubungi Encik Muhaimin Misran – 0135041501 – untuk periksa status order anda.


————

Penghantaran

————

Untuk Peserta YouthACE, kami akan berikan pada hari program, yakni di YouthACE2014, 10hb Mei. Anda boleh terus mendapatkan baju tersebut di meja pendaftaran.


Bagi yang bukan peserta YouthACE, kami akan menghantarkan baju yang anda order ini ke alamat yang anda sertakan pada 14hb Mei 2014 menggunakan khidmat pos laju. Tiada kos penghantaran, kerana penghantaran adalah PERCUMA bagi Semenanjung, Sabah & Sarawak.


—————

Pertanyaan

—————


Jika wujud sebarang kemusykilan, sila hubungi En Muhaimin Misran pada nombor 0135041501 pada waktu pejabat: 9.00am-5.00pm.


Terima kasih.


#YouthACE2014


==============================

Bagi anda yang belum mendaftar YouthACE2014, bolehlah berbuat demikian di http://youthace.langitilahi.com


Tinggal 300 seat sahaja lagi.


The post YouthACE – Pre-Order Baju YouthACE2014 Dibuka! appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 27, 2014 22:21