Hilal Asyraf's Blog, page 73

February 27, 2014

YouthACE 2014 | Setiap Orang Berpotensi Menjadi Da’ie

DSC03174


Tanggungjawab kita bersama


Adakah cukup sekiranya kita bersolat, tetapi kita membiarkan orang lain tidak bersolat? Adakah cukup sekiranya kita melakukan kebaikan, tetapi kita membiarkan orang lain melakukan dosa?


Mungkin ramai dalam kalangan kita mempunyai fikiran seperti ini: “Kita tidak perlu menjaga tepi kain orang lain. Biarkan mereka. Cukup sekadar kita sahaja yang melakukan kebaikan.”


Benarkah tindakan kita? Saya tegaskan. Jawapannya, tidak!


Sejujurnya, saya pernah berada dalam situasi sedemikian. Contohnya, saya solat berjemaah di masjid, tetapi saya tidak mengajak orang lain untuk turut solat berjemaah.


Lama-kelamaan, saya sedar akan kesilapan saya.


Syurga bukan hak milik kita semata-mata, tetapi syurga hak milik semua orang yang beriman kepada Allah. Maka, penting untuk kita saling memberi peringatan antara satu sama lain.


Di sini saya ditarbiyah


Sebelum saya melanjutkan pelajaran di United Kingdom, saya perlu menjalani persediaan A-Level selama dua tahun di Kolej Yayasan UEM (KYUEM), Lembah Beringin, Selangor. Pada Julai 2009 sehingga Julai 2011.


Di sinilah bermulanya turning point saya. Berhjrah ke arah yang lebih baik untuk mendalami Islam. Saya mula kenal apa itu usrah. Saya mula kenal apa itu dakwah dan tarbiyah.


Allah berfirman: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Surah A-li’Imraan 3:104)


Di samping itu, melibatkan diri dalam persatuan juga penting supaya kita sentiasa terdorong untuk melakukan perkara-perkara yang bermanfaat. Saya dilantik sebagai ajk Musolla Committee (MUSCOM) dan memegang portfolio sebagai Syubah Ibadah (SyuIb) atau lebih mesra dipanggil ‘tok siak’ bagi menguruskan program-program di surau.


muscom


Sejak berada dalam MUSCOM, saya semakin terdorong untuk melakukan kerja-kerja dakwah. Persiapan demi persiapan harus dilakukan sebelum saya berangkat ke luar negara, terutamanya dari segi rohani. Saya tidak tahu apakah cabaran yang bakal dilalui ketika berada di United Kingdom kelak.


Menjadi muslim di negara barat itu susah?


gmbr kat uni


Suasana di United Kingdom tidak seperti di Malaysia. Saya tidak mampu menceritakan semuanya di sini. Tetapi, cukup sekadar saya mengatakan bahawa saya lebih menghargai Islam apabila berada di United Kingdom. Kenapa?


Jika di Malaysia, begitu banyak masjid yang dibina. Malangnya, tidak ramai yang solat berjemaah di masjid. Berbeza dengan United Kingdom yang tidak mempunyai banyak masjid. Bahkan, komuniti muslim di sini membeli bangunan seperti gereja atau kilang untuk diubah suai menjadi masjid.


Disebabkan tidak banyak masjid, saya pernah bersolat di tepi tangga, di dalam fitting room, di tepi padang, dan banyak lagi. Menghadapi sesuatu kepayahan untuk mempraktikkan Islam dalam kehidupan seharian menjadikan kita lebih menghargai Islam.


Di samping itu, makanan halal tidak sebanyak di Malaysia. Bergantung kepada komuniti muslim sesuatu tempat. Jika ramai, mudah untuk mendapatkan daging halal. Jika tidak ramai, sukar untuk mendapatkannya.


Tambahan pula, kami perlu mencari makanan yang dilabel suitable for vegetarian kerana ramai juga penduduk di United Kingdom tidak memakan daging. Di sini, tiada logo halal daripada Jakim seperti di Malaysia.


Namun, kami tetap harus berwaspada kerana kadangkala di dalam makanan vegetarian juga diletakkan wine atau arak. Sungguhpun ia masih lagi sesuai untuk golongan vegetarian tetapi haram bagi muslim memakan makanan yang mengandungi arak.


Sejujurnya, saya berasa kagum dengan muslimah yang berada di United Kingdom. Cuba kita bayangkan. Bagi lelaki, mungkin orang luar tidak akan tahu bahawa kita beragama Islam. Tetapi, bagi wanita, orang luar akan tahu bahawa kita beragama Islam berdasarkan pemakaian dan penampilan diri.


Jika di Malaysia, majoriti penduduk beragama Islam. Mungkin tidak timbul perasaan malu untuk memakai tudung. Namun, apabila berada di United Kingdom, majoriti penduduk bukan beragama Islam. Mungkin akan timbul perasaan malu untuk memakai tudung. Tetapi, mereka tetap sanggup dilihat sebagai ‘orang asing’ semata-mata untuk melaksanakan syariat Islam.


Dakwah kepada non-muslim


Islamic Society (ISoc) di universiti saya menganjurkan Charity Week pada setiap tahun. Bertemakan For Orphans And Needy Children. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan dalam masa seminggu antaranya gerai jualan, kutipan derma, dan charity dinner.


charity week


Program sebegini memberi banyak manfaat. Mampu menarik minat muslim dan non-muslim untuk turut sama membantu anak yatim dan orang yang memerlukan. Secara tidak langsung, program sebegini memberi persepsi yang baik kepada non-muslim mengenai Islam yang mementingkan kebajikan.


Selain itu, ISoc menganjurkan Islamic Awareness Week. Pelbagai program menarik yang dijalankan antaranya mengedar risalah berkaitan Islam, comparative religion talk, dan banyak lagi.


Antara risalah Islam yang menarik perhatian saya ialah Muslim Love Jesus. Diterangkan mengenai Nabi Isa ‘alaihi salam berdasarkan Al-Quran dan Hadith. Apa yang ingin saya tekankan ialah tajuk risalah.


Dengan cara ini, kita mampu menarik perhatian non-muslim untuk membacanya kerana mereka akan menyedari bahawa muslim juga sayangkan Nabi Isa tetapi sebagai nabi dan bukannya tuhan. Ia juga merupakan salah satu cara untuk kita berdakwah kepada non-muslim iaitu mencari titik persamaan dan membetulkan persepsi mereka.


Allah berfirman: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah Al-Nahl 16:125)


Apa itu Langitilahi?


Ketika saya pulang ke Malaysia pada cuti musim panas sekitar Ogos 2012, saya melibatkan diri dalam program Muslim Youth Camp (MYC). Program motivasi ini dijalankan setiap tahun kepada pelajar KYUEM dengan kerjasama bekas pelajar KYUEM.


Saya menjadi pengarah modul pada ketika itu. Kami menjemput saudara Hilal Asyraf sebagai salah seorang penceramah jemputan. Setelah daripada itu, persahabatan kami terjalin. Saya juga mengetahui LangitIlahi melalui beliau.


myc jmpa hilal


Saya jelas dengan matlamat LangitIlahi yang ingin mengajak manusia agar kembali menjadi hamba kepada Allah. Maka, apabila saya mengetahui LangitIlahi ingin mencari kolumnis baru bermula tahun 2014, saya mengambil peluang ini untuk bersama-sama LangitIlahi. Saya nampak peluang untuk berdakwah menjadi lebih besar disamping dapat meluaskan circle of influence saya.


Dalam usaha untuk kita berdakwah, memilih untuk berada dalam berkumpulan adalah lebih baik berbanding secara berseorangan.


Allah berfirman: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Surah As-Saff 61:4)


Apabila kita berada dalam kumpulan, sekurang-kurangnya kita mempunyai sahabat yang mempunyai visi dan misi yang sama seperti kita. Malah, secara tidak langsung dapat menampung kekurangan yang kita ada.


Contohnya, tidak semua mampu berbicara di hadapan umum. Tidak semua mampu memberikan arahan. Tidak semua mampu melakukan kerja-kerja teknikal. Maka, apabila kita berada dalam kumpulan, secara tidak langsung kita dapat menampung kekurangan yang ada supaya kerja-kerja dakwah dapat berjalan dengan lebih baik.


Setiap orang berpotensi menjadi da’ie


psmbhn nasyid


Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. Tetapi, terpulang kepada diri kita sama ada ingin menggunakan kelebihan tersebut untuk kebaikan Islam ataupun tidak. Saya sendiri menyertai LangitIlahi sebagai penasyid. Tetapi, saya tidak akan hadkan diri saya untuk menjadi penasyid semata-mata kerana uslub untuk berdakwah itu luas.


Bagi saya, nasyid hanya sebagai medium untuk masyarakat lebih mengenali diri saya supaya saya dapat meluaskan lagi potensi yang ada pada diri saya seperti menulis, memberikan ceramah, dan banyak lagi.


Sama juga seperti awak. Ya, awak yang sedang membaca artikel ini! Awak juga mempunyai kelebihan yang boleh dimanfaatkan untuk Islam. Cuma, mungkin awak tidak tahu bagaimana caranya. Mungkin juga disebabkan faktor merasakan diri ‘tidak layak’ membunuh potensi diri awak.


Tidak salah untuk kita merendah diri. Tetapi, perlu berpada-pada. Jangan sehingga kita tidak mahu melakukan kerja-kerja Islam kerana merasakan diri tidak layak. Adakah disebabkan kita tidak sempurna, menghalang kita daripada terus berdakwah? Tidak.


Kata-kata hikmah Imam Hasan Al-Basri: “Sesungguhnya saya sedang menasihati kamu, bukan bererti sayalah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana saya juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”


Jangan tunggu bila kita nak jadi ustaz, yang penting bila kita nak start? Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. Maka, maksimumkan potensi yang ada pada diri kita untuk kebaikan Islam.


Masanya sudah tiba!

org hebat


Jika kita ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah anak muda negara tersebut pada hari ini. Adakah masih ramai anak muda yang berpeleseran dan membuang masa; atau adakah semakin ramai anak muda yang mahu mendekati Islam? Pilihan di tangan kita.


Jika kita terfikir untuk melakukan sesuatu perkara yang baik, maka jangan ditangguhkan. Dikhuatiri kita tidak sempat melakukan kebaikan tersebut kerana ajal akan datang pada bila-bila masa sahaja. Maka, teruskan melangkah!


Peluang untuk mengubah dunia menjadi lebih baik sudah berada di hadapan mata, maka apa yang ditunggu lagi? Mulakan perubahan dengan diri kita terlebih dahulu.


Ayuh bersama-sama LangitIlahi dalam program YouthACE (Youth Awards, Convention and Exhibition) 2014 pada 10 Mei 2014 bertempat di Kuala Lumpur. Bertemakan Pemuda dan Perubahan, ia merupakan program besar yang menjadi tempat para pemuda-pemudi, belia, untuk berhimpun mendapatkan input bermakna, mencungkil potensi dan menambah jaringan untuk manfaat masa hadapan.


Untuk keterangan lanjut, layari http://langitilahi.com/consultancy/youthace/


1779294_638764999523407_1724270233_n


The post YouthACE 2014 | Setiap Orang Berpotensi Menjadi Da’ie appeared first on Langit Ilahi.

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 27, 2014 03:54

February 25, 2014

Fotografi: Langit Senja

| Senja di Umm Qais | Jordan |

( Sony Alpha Nex-5N | f13 | 1/60 | ISO160 )


 


 


“Dan mereka (orang-orang musyrik) tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya, padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha suci Allah dan Maha tinggi Dia dari apa yg mereka persekutukan.”


Az Zumar: 67


“(Ingatlah) Hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catatan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.”


“Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz: Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh.”


Al Anbiya’ : 104-105


Tunduklah pada kekuasaan Allah !


The post Fotografi: Langit Senja appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 25, 2014 22:29

Poster: Hamba atau penderhaka

Poster: Hamba atau penderhaka


Allah memberikan kita pilihan. Kita yang membuat pilihan sama ada mahu ke syurga, ataupun neraka-Nya. Mahu menjadi


hambanya yang sejati ataupun penderhaka kepada-Nya. Sama-sama kita bergerak ke arah-Nya.


The post Poster: Hamba atau penderhaka appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 25, 2014 16:48

February 24, 2014

Wang, Nyawa atau…

 


 


 


bulan_2_04_04


 


“ Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”


(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


The post Wang, Nyawa atau… appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 24, 2014 15:38

Wangian

image


“Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.”


 


YouthACE 14


 


The post Wangian appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 24, 2014 08:30

Celaan Terhadap Nafsu dan Akibat Mengikut Godaannya

 


come-back-home-1


Perlunya nafsu ditundukkan dalam perjalanan menuju tuhan


Nafsu adalah kecenderungan tabiat kepada sesuatu yang dirasa sesuai. Kecenderungan ini merupakan satu bentuk penciptaan yang ada dalam diri manusia sebagai satu urgensi kelansungan hidupnya. Hal ini kerana, jika manusia tidak memiliki kecenderungan untuk makan, minum dan sebagainya maka ia telah melanggari fitrah dan sunnatullah.


Nafsu mendorongnya kepada sesuatu yang dikehendakinya, sebagaimana  kebencian yang bisa membelanya dari sesuatu yang menganggu hidupnya. Jadi nafsu tidak boleh dicela secara mutlak. Tidak pula dipuji secara mutlak. Yang layak dicela adalah yang berlebihan mencela dan berlebihan memujinya. Adapun kebiasaanya orang yang banyak mengikut hawa nafsunya tidak konsisten pada batasan pertengahan antara celaan dan memuji. Justeru, banyak mereka yang gagal mengawal nafsu dengan baik.


Oleh kerana itu, Allah sering menyebutkan nafsu dalam al-Quran dalam keadaan mencelanya begitu juga dalam sunnah baginda kecuali jika perbatasan nafsu itu benar-benar dijaga dengan baik. Rasulullah s.a.w ada bersabda dalam sebuah hadis daripada


Tidaklah seseorang di antara kalian beriman sehingga nafsunya mengikut apa yang aku (Rasulullah s.a.w) bawakan kepadanya.


 


Asy-Sya’bi berkata: Disebutkan dngan istilah hawa nafsu karenan ia menyeret pelakunya. Orang yang membebaskannya akan diajak kepada kenikmatan yang ada tabpa memikirkan akibatnya di kemudian hari, menganjurkan kepada syahwat, sekalipun menjadi sebab penderitaan yang lebih berat baik di dunia mahupun di akhirat. Nafsu menyebabkan pelakunya menjadi buta untuk memeriksanya. Walhal agama dan akal melarang kenikmatan yang mengakibatkan penderitaan dan penurutan syahwat yang menimbulkan penyesalan.


 


Demikian bagaiamanakah jalan terbaik untuk seseorang mengawal dirinya dari ajakan hawa nafsu ke arah kerosakan ?


Sedangkan nafsu itu perlu ada dalam dirinya?


 


Akibat menurut telunjuk hawa nafsu[i]:



Allah menjadikan nafsu sebagai penetang apa yang diturunkan kepada Rasul-nya dan dan menjadikan para pengikut nafsu sebagai musuh para pengikut rasul karena manusia itu dibahagi pada dua bahagian pengikut wahyu dan pengikut nafsu.

 


Allah s.w.t berfirman:


sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah. [al-Qasas:50]


2.   Perumpamaan orang yang mengikut hawa nafsu itu adalah seperti haiwan


Allah s.w.t berfirman:


Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. [Al-A’raf:176]


 


3.   Nafsu adalah pagar yang mengitari neraka Jahanam. Barang siapa yang terseret dengan ikutan nafsu maka dia akan terseret ke dalam neraka sebagaimana sabda baginda s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan oleh


 


Surga itu dikeliling dengan hal-hal yang tidak disukai dan neraka itu dikeliling dengan berbagai syahwat. [HR Bukhari dan Muslim]


 


4.   Mengikut hawa nafsu termasuk tindakan yang merosakkan diri sendiri baik di dunia mahpun di akhirat. Nabi s.a.w bersabda:


 


Ada tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang merosakkan. Tiga perkara yang menyelamatkan adalah takwa kepada Allah di saat terang-terangan dan sembunyi-sembunyi, bersikap adil tatkala marah dan redha, kesederhanaan di saat miskin dan kaya. Tiga perkara yang merosakkan adalah kekikiran, hawa nafsu yang diikuti dan ketaajuban seseorang kepada dirinya sendiri.


 


5.   Tidak ada suatu haripun yang berlalu melainkan nafsu dan akal saling bergelut pada diri tuannya. Mana yang dapat mengalahkan lawannya, maka dia akan mengusirnya dan menguasainya.


 


Abu Darda’ berkata: Jika ada pada siri seseorang berkumpul nafsu dan amal lalu amalnya mengikut hawa nafsunya maka hari yang dilaluinya adalah hari yang rugi, jika nafsunya mengikut amalannya maka hari yang ditepuhi itu adalah hari yang baik.


 


6.   Memerangi nafsu lebih hebat dan lebih besar daripada memerangi orang-orang kafir.


Hasan al-Basri pernah ditanya apakah jihad yang paling utama? Beliau menjawab: “Jihadmu memerangi nafsumu. Saya pernah mendengar syaikh kami berkata; ‘ Jihad memerangi nafsu adalah dasar jihad memerangi orang-orang kafir dan munafik. Seseoran belum disebut mampu memerangi mereka sehingga dia sendiri memerangi nafsunya terlebih dahulu, baru kemudian siap memerangi mereka’.


 


7.   Mengikut hawa nafsu bisa menutup pintu taufiq bagi manusia dan membuka penyesalan.




Kata Fudhail bin Iyadh: “ barangsiapa mengikuti hawa nafsu dan menuruti syahwat, mak terputusluslah tali taufik darinya.


Sebahagian ulama’ ada menyebutkan: “Kufur itu ada dalm empat perkara: dalam kemarahan, syahwat, kebencian dan kesenangan. Pernah terjadi dari empat perkara itu orang yang marah hingga dia membunuh saudaranya, dan ada orang yang jatuh cinta hingga sanggup tukar agama (murtad).


 


8.   Barangsiapa yang melapangkan dirinya untuk mengikuti hawa nafsu, maka dia akan disempitkan di dalam kuburnya tika saat kembalinya. Barangsiapa yang meneympitkan hawa nafsu maka akan dilapangkan kuburnya dan tempat kembalinya.


Allah s.w.t mengisyaratkannya dalam firman-Nya:


Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. [al-Insan:12]


Oleh kerana bersabar itu sama menahan diri dari hawa nafsu, maka Allah memberikan balasan kepada mereka dengan kenikmatan syurga dan persalinan dari sutera. Kata Sulaiman Ad-Darany berkata tentang ayat ini: “Allah memberikan blasan kepada mereka kerana kesabaran mereka menahan diri dari syahwat.”


 


9.   Mengikut nafsu bisa mengendurkan semangat serta mengakibatkan kehidupan manusia tidak tenteram.


Yayha bin Muaz pernah menyebutkan orang yang paling bersemangat dan tenteram adalah orang yang menundukkan hawa nafsunya kerana sifat dosa itu melemahkan dan menyebabkan jiwa resah.


 


10.   Setiap manusia mempunyai permulaan dan kesudahan. Barangsiapa permulaannya ditandai dengan mengkiut hawa nafsu, maka kesudahannya adalah kehinaan, kemerosotan dan bencana bergantung sejauhmana dia mengikut nafsunya. Bahkan puncak kesiksaan  adalah  apa yang dia rasakan dalam hatinya.


Abu Ali Ad-Daqqaq berkata: Barangsiapa dapat menguasai syahwat pada masa mudanya, nescaya Allah akan memuliakannya pada masa tuanya.


Al-Muhallab bin abu Shafirah pernah ditanya: “ dengan cara apa engkau bisa mendapatkan apa yang sedang peroleh kini?”

Beliau menjawab: “Dengan menuruti hasrat tetapi menentang hawa nafsu. Ini mencakupi daripada permulaan dan kesudahan di dunia. Sedangkan di akhirat, maka Allah menjadikan syurga sebagai kesudahan orang yang menentang hawa nafsunya, neraka bagi sebaliknya.


 


Penutup: Bagaimana menundukkan hawa nafsu?


Imam ibn Qayyim [M 751H] menyebutkan[ii] ada beberapa perkara yang manusia boleh  lakukan untuk membebaskan diri daripada belenggu hawa nafsu. Antaranya adalah iltizam dengan amalan fardu dan menambahkan dengan amalan sunat. Selain itu, seseorang itu juga perlu banyakkan bersabar dengan bermunajat dan berdoa kepada Allah untuk diberikan kesabaran kerana takut akan akibat yang buruk yang telah dinyatakan baik di dunia mahupun di akhirat.


Justeru itu, perlunya bagi seorang mukmin itu berusaha menundukkan hawa nafsunya kerana ia merupakan suatu kebanggan apabila berjaya dapat mengalahkan musuh yang utama iaitu hawa nafsu di samping menjadi amal soleh yang dikira Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya:


dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh – melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. [at-Taubah:120]




[i]  Cinta dan Rindu Mtngikut Al-Quran dan Sunnah, Ibn Qayyim




[ii] Ibid.




The post Celaan Terhadap Nafsu dan Akibat Mengikut Godaannya appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 24, 2014 07:14

February 23, 2014

Restu Awan

bulan_2_03_04


The post Restu Awan appeared first on Langit Ilahi.

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 23, 2014 06:50

February 22, 2014

Oh my iman!!

Iman kita adakalanya naik, adakalanya turun. Namun begitu, janganlah menjadikan ianya sebagai alasan untuk kita tidak memperbaharui iman. Ayuh!! Sentiasalah memperbaiki iman kita, semoga hidup kita memperoleh keredhaan-Nya.

Iman kita adakalanya naik, adakalanya turun. Namun begitu, janganlah menjadikan ianya sebagai alasan untuk kita tidak memperbaharui iman. Ayuh!! Sentiasalah memperbaiki iman kita, semoga hidup kita memperoleh keredhaan-Nya.


The post Oh my iman!! appeared first on Langit Ilahi.

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 22, 2014 18:10

Chanteknye Tarbiyah

995517_635663953152745_1225534960_n


Pengenalan


Nama diberi Siti Nilan Binti Harimi. Nilan yang dulu bukanlah yang sekarang. Eceh macam lagu pulak, eheh. Ok sambung.. Dulu Nilan explore macam-macam.


Apa aje yang nak dibuat, boleh saje~


keseronokan dan ibadah berada pada level yang sama.


Ikhtilat? Hmmm tak tau pun apa maksud tu.


Tujuan hidup? Erm mungkin untuk belajar, tolong keluarga, kerja, makan, kahwin?


Kehidupan yang dilalui hari demi hari, semuanya seakan sama, tiada henti lepas tu, mati.


Aurat pula dipandang enteng. Buat hanya terikut-ikut dengan orang sekeliling.


Siapa pernah alami pengalaman sebegini? Well that was my life~


Ilmu agama


Diri ini pernah melakukan kesilapan. Pernah terjerumus ke lembah jahiliah. Di mana, islam yang ada pada diri, yang dianugerahkan oleh ilahi hanya tinggal sekadar nama dan bukan tersemat rapi didada.


Nilan bukanlah seorang yang sempurna dan hanyalah seorang hamba Allah yang hina.74157_130529107002447_4024436_n 180934_130087577063347_2190008_n


22654_1305925162423_1489950_n


Sewaktu Nilan masih bersekolah di sekolah menengah, Nilan tahu Nilan merupakan hamba kepada Allah. Tapi sebenarnya Nilan tidak betul-betul faham tentang tugas sebenar sebagai hamba Allah. Nilan tidak kenal siapa itu ALLAH dan Nilan tidak betul-betul memahami Islam yang sebenarnya. Subjek Agama Islam dan Kelas Kemahiran Al-Quran Nilan hadiri hanya untuk melibatkan diri dan belajar semata-mata untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan.


Alhamdulillah, Allah masih melindungi diri ini.


Nilan dibesarkan oleh keluarga yang sangat penyayang dan sentiasa memberi dorongan. Dikurniakan sahabat sejati yang sanggup berkongsi masalah hati.


IMG_20130326_100350


Mereka jualah yang menyedarkan diri ini untuk berada di jalan ilahi.


Syukur kehadrat ilahi, nilan dapat menyambung pelajaran ke UITM Kuantan dalam bidang TESL. Di Kuantan, suasana amat berbeza. Di situ, Nilan mulai sedar yang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan merupakan perkara yang biasa. Pakaian pula kenalah up-to-date barulah dihormati. Suara merdu seorang perempuan pula digunakan bagi menghiburkan hati para juri di university.


251427_214639958559584_6275492_n


Alhamdulillah, Allah masih melindungi diri ini.


Nilan terbuka hati untuk join kelab islamik disini. Kawan-kawan pula masing-masing mengajak Nilan untuk merubah diri. Selain itu, masalah kewangan yang Nilan hadapi sedikit sebanyak melindungi diri daripada merayap ke sana ke mari. Syukur Alhamdulillah.


Allah knows best!


Kejutan istimewa


Keputusan bagi panggilan kedua untuk ke maktab perguruan bakal tiba. Nilan tak terlalu berharap sebab rasa sedih sewaktu gagal untuk melayakkan diri ke maktab perguruan panggilan pertama masih jelas terasa.


 Kemudian, Cik rumet yang baik hati (KIM) tolong check bagi diri ini. Tak sangka, Nilan dapat tawaran ni. Tapi, hati Nilan agak berbelah bagi sebab takut nanti Nilan tak dapat nak sesuaikan diri di tempat baru. Tambahan pula, pelajar maktab bagi panggilan kedua pada kali ini, ditempatkan di IPTS iaitu Kirkby International College.


Hmm, susah nak buat keputusan.


Alhamdulillah, pada kali ini Nilan banyak merujuk yang maha Esa untuk membuat keputusan dan Nilan memilih untuk ke Kirkby International College.


 


Indahnya usrah


Siapa tahu, Allah ada agenda tersembunyi dengan menghantar Nilan ke Kirkby.


IMG_20131123_080235


Di sinilah, Nilan mula join usrah. Pada mulanya, hanya ada 3 ahli sahaja bagi kumpulan usrah ni. Lama kelamaan, ahli usrah makin ramai sehinggakan kami perlukan lebih ramai kakak kakak usrah untuk membimbing kami.


Usrah banyak mengajar Nilan untuk mengenal Islam dan jatuh chenta kepada islam.


Melalui usrahlah Nilan:



Kenal syahadatul haq
Kenal Mathurat
Faham Ikhtilat
Jaga aurat
Tadabbur al-quran dengan usrah mates
Belajar sirah nabi
Faham tugas Nilan sebagai hamba Allah dan khalifah dimuka bumi ini

 



Dan yang paling penting, faham, dan jatuh chenta kepada Allah dan agama islam itu sendiri.

 


Dan baaaanyaaaak lagi!


Kemudian, Nilan nampak usrah mates yang lain semua ada potensi masing-masing untuk sebarkan Islam. Ada yang pandai bercerita, pandai memberi hujah, penulis novel, penulis blog, dan banyak lagi. Nilan pula, seorang yang introvert, dan tak pandai sangat dalam bidang penulisan. So, memang tak layak nak jadi penulis novel mahupun blog. Uhuk. Jadi Nilan cuba buat video islamik dan post ke channel youtube(amlashabwah) . Memanglah tak dapat sambutan sangat. Tapi at least, Nilan cuba…


Di samping itu, Nilan juga turut menyertai pertandingan membuat video tajaan oleh universite.com.


Alhamdulillah Nilan mendapat tempat ke-3.


Sedikit sebanyak video pertama (s.m.i.l.e) yang Nilan buat memberi impak yang tersendiri kepada diri Nilan.


Kisah Hand socks


Semenjak ditarbiyah dan dan di peluk oleh encik hidayah, Nilan mula upgrade diri sedikit demi sedikit:



Mula baca bahan bacaan islamik (Aiman Azlan, Amen Misran, Fatimah syarha, Wardina Safiyyah, Angel Pakai Gucci, langit ilahi, Sebelum Aku Bernikah, Aku Pendosa, Cinta High Class )
Like page islamik dalam facebook
Mula tukar lagu kegemaran (Dido, Gun N Roses, Paramore, Hujan, Nevershoutnever, Scorpion, Nickelback, Meetunclehussein, Yuna, Gerhanaskacinta, Oag, Imagine Dragon Blablaaa) kepada lagu yang merawat hati ini (Talib Al Habib, Edcoustic, Zain Bikha, Irfan Makki, Maher Zain N Others)

 


Ada kisah yang sangat bermakna di sebalik semua ini. Kisah yang betul-betul merubah diri ini.


HSCX


Kisah Hand socks..


Aurat merupakan perkara penting bagi seorang individu muslim. Nilan tidak mengerti semua tu sebelum ni. Nilan hanya Islam sekadar nama, sekadar genetik.


Ditakdirkan Allah, seorang kawan menegur diri ini. Selama ini, bagi Nilan, memakai baju kurung dan tudung bidang 45 dah cukup muslimah dan  dah cukup islamik tanpa mengambil kira beberapa aspek yang lebih penting daripada itu:


tudung-standard-islam



Tak jarang
Tak ketat
Tak mengikut bentuk badan
Menutup seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka.
Memakai tudung yang menutup bahagian bahu
Memakai tudung yang menutup perhiasan diri ini

 


Okay, lepas je kena tegur, Nilan tak terus berubah.


It takes time.


Ia buat diri ini berfikir…


Nilan solat, join usrah, baca Al-Quran, baiki hati.. tapi apa yang Nilan buat untuk tunjukkan kepada Allah yang Nilan bukan sahaja beriman kepadanya secara rohani(baiki hati, baiki jiwa kerana Allah), tapi jua secara fizikal..


Melalui appearance.


Appearance Nilan sebagai individu muslim.


Dugaan untuk pakai handsocks dan stoking itu sendiri sangatlah susah.


Sampai termimpi-mimpi


Perasaan malu, hipokrit, perasan bagus dalam diri ni semakin membuak-buak. Eheh


Jihad di dalam hati selalu teruji.


Sangat susah. Sangat tertekan.


Step 1, Nilan beli stoking dan hand socks. Lepastu, Nilan letak dalam almari.


Agak lama jugak la dua item tu berhabuk dalam almari~


Dengan izin Allah, suatu malam, semasa Nilan nak pergi makan malam dengan cik rumet(Siti Hajar), Nilan minta izin dia nak pakai stoking (masa ni dh start pakai hand socks da yeay!).


Mula-mula rasa agak awkward juga untuk pakai. Tapi lama kelamaan Nilan rasa lagi awkward kalau tak pakai 2 item itu.


Langit ilahi


badge-LI-


Biiznillah, suatu hari, semasa Nilan tengah melawat website kegemaran diri ini(Langit Ilahi), Nilan terbaca yang mereka memerlukan ahli baru untuk beberapa jawatan dan jawatan yang menarik perhatian Nilan adalah


VLOGGER.


Yes!


Nilan sent 4 video kepada saudara Hilal.


Malangnya, tidak diberi kata putus, masih dalam senarai ‘hold’. Ditolak tidak, diterima pun masih belum sebab kualiti video agak kurang. Tapi beliau cakap beliau suka gaya vlog Nilan yang simple, bersahaja, tetapi bermesej. So, Nilan cuba buat 2 video lagi menggunakan Powtoon dan diterima untuk menjadi sebahagian dari tim Langit Ilahi.


Alhamdulillah seronok tak terkiraa


Yahooooo!!


Hadis logam


“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”


Ini link video Nilan yang pertama mengenai hadis logam:


http://www.youtube.com/watch?v=MwuOCQ...


Menurut hadis logam ini Nilan faham yang setiap orang ada kelebihan dan potensi tersendiri tak kira semasa mereka jahil ataupun semasa mereka faham islam. Beruntunglah orang yang faham islam dan mereka menjumpai potensi diri mereka dan menggunakan potensi itu untuk menyebarkan ISLAM.


YouthAce 2014


YouthACE poster 2x


Di samping itu, Nilan menjemput kawan kawan terchenta untuk datang ke YouthAce 2014. Terdapat banyak aktiviti yang bakal dijalankan dan beberapa pertandingan yang boleh mencungkil potensi diri anda.


Siapa sangka, anda mempunyai potensi yang boleh meyumbang kepada ustaziatul alam suatu hari nanti?


Ishaa allah :mrgreen:  


 Maklumat berkenaan YouthACE boleh dirujuk di sini: http://langitilahi.com/consultancy/yo...


The post Chanteknye Tarbiyah appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 22, 2014 02:29

February 21, 2014

Kerana Cinta Ingin Kembali



come-back-home-1~ Pic by Sakshivahist.wordpress


Dunia ini adalah tempat berdirinya pelbagai fitnah. Tidak hidup manusia di atasnya melainkan pasti akan teruji setiap seorangnya dengan fitnah dunia.


Kita suatu ketika dahulu, mungkin pernah memandang dunia ini sebagai suatu yang berbahaya, jijik, menyakitkan, tidak adil, melelahkan, penuh kejahatan dan sebagainya. Namun, tidak lari dari fitnah yang ada itu, kadangkala akan menjerumuskan dan menarik juga tangan-tangan orang baik yang pernah dulu memandang dunia ini dengan penuh kewaspadaan.


Begitulah yang dirasai oleh Mitch, ketikamana bertemu semula dengan gurunya yang telah tua dan hanya menunggu ajalnya, iaitu Morrie. Kisah mencari makna hidup ini dinukilkan semula dalam novel Tuesdays With Morrie karya Mitch Albom.


Saat di bangku pelajar, begitulah gambaran dunia yang ada dalam kepala Mitch. Penuh ranjau dan merisaukan. Masing-masing manusia hidup hanya mahu memenuhi keinginan mereka sendiri sehingga mereka mengabaikan makna dan tujuan besar di sebalik hidup ini. Berkejaran mendapatkan harta, pangkat besar, kerja hebat memakai tuxedo kemas dengan tali leher serta memiliki pula khazanah kekayaan yang banyak.


Nampak seakan-akan hebat, tetapi rupanya jauh di sudut hati yang dalam, manusia-manusia itu telah hilang makna hidup, hilang makna bahagia.


Rupanya dia sendiri telah terjebak dalam fitnah dunia yang cuba dia hindari itu setelah lama berpisah dengan gurunya itu.


 


Lemas Dalam Titisan Air


Kenikmatan, keseronokan di dunia ini hanyalah umpama titisan air.


Begitulah yang dimaksudkan oleh baginda s.a.w. ketika memberikan perumpamaan tentang dunia ini.


“Apalah nilai dunia ini dibandingkan dengan akhirat melainkan salah seorang dari kamu celupkan jarinya ke dalam laut dan kemudian lihatlah apa yang tinggal pada jari tersebut.” [HR Tirmizi]


Namun, sungguh menghairankan, di balik titisan-titisan kecil yang tinggal di jari ini, masih ramai manusia yang senang benar terpengaruh dan tenggelam sehingga lemas di dalamnya.


Begitulah dunia diciptakan. Walaupun Rasul s.a.w. menggambarkan dunia itu hanyalah seumpama titisan air yang tinggal di jari kita setelah kita celupkannya ke dalam lautan yang luas, namun ia penuh dihiasi dengan fitnah yang menggoda dan mengghairahkan.


“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada syahwat, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah sebaik-baik tempat kembali.” [Al-Imran : 14]


Sebab itu, di sebalik semua kenikmatan yang mungkin sebahagian kita begitu tergila-gilakannya sehingga menjadikannya sebagai matlamat akhir hidupnya atau mungkin juga tujuan besar dalam hidupnya, kita perlu kembali bertanya, kenapa kita hidup di atas dunia ini?


Apa yang kita kejar dan cari sebenarnya di atas dunia ini?


Kenapa kita melakukan apa yang kita lakukan sekarang?


Setelah harta yang banyak terkumpul, pangkat besar pun telah kita raih, kerja yang hebat pun telah kita dapat, maka setelah itu, apa? Ke mana pula mahu kita pergi dan bawa semua itu?


Kerana akhirnya, kita masing-masing akan menemui hujung hayat kita juga, maka dengan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini, apakah kita sedang menuju kebahagiaan hakiki yang diinginkan oleh hati kita?


 


Mencari Makna Hidup


“Seakan-akan sebuah perlawanan tinju.” kata Mitch. Begitulah yang terfikir di kepala Mitch kala memberi gambaran semula kepada teori hidup yang dikhabarkan oleh gurunya.


Sang guru, Morrie bertanya kepada Mitch, anak didiknya yang telah mendewasa itu dan telah menerjah realiti dunia seketika mereka bertemu semula, “Pernahkah aku beritahu pada engkau tentang ketegangan dua perkara yang saling bertentangan (tension of opposite)?”


Pertemuan semula Mitch dengan gurunya itu telah menyebabkan dia kembali mengimbau zaman lampaunya sewaktu belajar. Jauh berbeza apa yang pernah difikirkannya dahulu dengan keadaan dirinya sekarang. Seakan-akan pertemuan dengan gurunya itu menjadi penawar semula kepada ‘penyakit’ yang sedang dia hidapi tanpa sedar selama ini.


Tanpa merosakkan makna yang ingin disampaikan oleh gurunya itu yang dipetik dalam novel Tuesdays With Morrie karya Mitch Albom itu, maka saya catatkan semula kata-kata asalnya tanpa diterjemahkan.


 “Life is a series of pulls back and forth. You want to do one thing, but you are bound to do something else. Something hurts you, yet you know it shouldn’t. You take certain things for granted, even when you know you should never take anything for granted.” gumam seorang guru tua yang telah mula hilang kudratnya itu.


Hidup bagaikan spring. Ada tolak tariknya, ada pantulan dari satu keinginan kepada keinginan lain. Terkadang menyakitkan kita. Terkadang kita mengambil mudah dengannya.


Sambungnya lagi, “A tension of opposites, like a pull on rubber band. And most of us live somewhere in the middle.”


“Seakan-akan sebuah perlawanan tinju.” balas Mitch usai gurunya itu bertutur.


“Ya, kamu boleh gambarkan kehidupan seperti itu.”


“Jadi, pihak sebelah mana yang akan menang?”


“Pihak mana yang akan menang?” sambil tersenyum dengan giginya yang sudah tidak kelihatan itu serta matanya yang kelam-kelam dapat melihat dunia, si guru tua itumengulang semula soalan Mitch itu.


“Love wins. Love always wins.” jawabnya ringkas.


Cinta akan menang. Ya, cinta selalu menang.


 


Jalan Cinta Kita


Hidup ini menjadi kaku sekiranya kita terus-menerus bergerak dan bersaing hanya untuk kepentingan diri kita masing-masing di atas dunia ini, sambil melupakan makna sebenar dan tujuan besar di sebalik hidup ini.


Bergerak dan bersaing mencari habuan dunia semata-mata hanya akan membuatkan kita lupa diri, lupa juga makna di sebalik keberadaan kita di atas dunia ini. Bahkan, bersaing hanya untuk semata-mata kepentingan diri sendiri itu jauh sekali dari makna cinta.


Tetapi, dunia yang penuh fitnah ini akan menjadi tempat bermanfaat bagi seorang muslim sekiranya dia menyedari bahawa tujuan utama di sebalik keberadaan dirinya di dunia adalah untuk tunduk dan taat kepada Allah.


“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun kepada mereka?” [Al-Hadid : 16]


Begitulah Allah memperingatkan semula para mukmin tentang jalan kembali mereka agar tidak terjebak dengan sikap orang munafik dan ahli kitab yang telah terjerumus dalam fitnah dunia ini.


Inilah jalan cinta yang utama dan pertama bagi seorang mukmin.


Yang menjadi perisai bagi dirinya dari ketamakan terhadap dunia ini serta pendorong untuk dia menjadi seorang yang bermanfaat untuk masyarakatnya.


Begitulah jalan cinta kita mengajar kita. Jalan cinta kita tidak separuh-separuh, tidak juzu’-juzu’. Ketundukan kepada Allah tidak mengajar kita untuk memisahkan diri dari masyarakat dan terus-menerus mengejar kepentingan diri kita semata-mata, tetapi ketundukan kita kepada Allah mendidik kita untuk memperbaiki diri kita sendiri dalam masa yang sama membantu memperbaiki orang lain juga.


Atas sebab itulah, walaupun dunia ini seringkali melantunkan kita pada banyak keinginan-keinginan syahwat sehingga rambang mata kita, namun kita tahu bahawa jalan cinta kita ini adalah prinsip utama kita.


Bahawa di jalan cinta ini, nikmat dunia hanyalah sebagai satu jalan menuju akhirat. Ia sekali-kali tidak akan menjadi matlamat atau tujuan akhir kita, apalagi menjadi makna besar yang akan mengisi hidup kita.


Bahawa di jalan cinta ini, iman kepada Allah adalah titik tolak yang menggerakkan diri kita untuk sentiasa memberi dan menyumbang penuh ikhlas dalam masyarakat ini.


 


Penutup : Kerana Cinta Ingin Kembali


Dunia ini adalah medan penuh ujian dan dugaan.


Kadangkala, ada yang sesat di atasnya mencari makna dan tujuan hidup. Dicarinya pada harta yang banyak, kedudukan yang hebat, rumah yang besar, namun tidak juga ditemuinya. Hatinya kosong, Jiwanya tak terisi.


Ada pula orang yang rumahnya sederhana cuma, kerja tidaklah sehebat mana, makan pun cukup apa adanya, namun hatinya tenang, jiwanya bahagia, dia kenal jalan pulang, tahu halatujunya menuju Tuhan.


Sebab itu, mencari makna dan tujuan hidup di atas dunia ini tidak dapat tidak adalah dengan kembali kepada Allah s.w.t. yang telah menciptakan kita, yang telah memanjangkan nafas kita untuk terus hidup dan bergerak pada saat ini.


Kembali kepada Allah, kerana itulah jalan cinta para manusia agung. Jalan cinta yang telah menemukan manusia dengan erti di sebalik kehidupan yang singkat ini.


Jalan cinta yang bila kita menjauh dari-Nya, maka jadilah kita bagai layang-layang yang terputus talinya. Melencong dihanyut angin tanpa arah, dipukul taufan menjunam terus ke bawah.


 


The post Kerana Cinta Ingin Kembali appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2014 21:57