Hilal Asyraf's Blog, page 74
February 21, 2014
Inilah Dakwah Cinta
Picture from http://best2travelwall.blogspot.com/
Kami di sini biasanya bergerak ke mana-mana menggunakan teksi. Teksi Madinah masyhur dengan panggilan ‘kambing’ oleh pelajar Malaysia. Menahan teksi tidaklah terlalu sukar di sekitar Madinah. Semua kereta adalah teksi.
Bagaimana?
Caranya mudah. Hanya perlu berdiri dipinggir jalan dan melambai-lambai tangan memberi isyarat menahan kereta. Mana-mana kereta yang berhenti dan sudi menumpangkan kita, itulah teksi.
Harganya terpulang kepada bagaimana kita tawar-menawar dengan pemandu. Biasanya jika memperkenalkan diri sebagai pelajar Universiti Madinah, harganya berpatutan. Misalnya tambang teksi daripada Masjid Nabawi dengan Universiti sepuluh rial. Atau paling mahal 15 rial.
Berbeza dengan jemaah haji dan umrah yang kurang pengalaman dan tidak biasa. Perjalanan yang hanya 5 minit dikenakan tambang 30 rial. Bahkan ada jemaah yang bersetuju membayar 100 rial untuk jarak yang tidak sampai 5 kilometer.
Begitulah serba sedikit tentang ‘kambing’ Madinah. Mengapa teksi di sini dipanggil kambing? Panjang ceritanya. Dan tidak perlu dipendekkkan.
Baru-baru ini ada peristiwa menaiki kambing yang agak terkesan dihati. Ianya menyentuh tentang sikap seorang daie. Pendakwah. Penyeru kebaikan.
Kisahnya tidak panjang. Hanya berkisar 15 minit perjalanan balik daripada Masjid Nabawi dalam jam hampir 11 malam.
Saya menumpang sebuah kereta. Bersendirian. Pemandunya masih muda. Sekitar lingkungan 30-an agak saya.
Beberapa minit menaiki kereta itu suasana sepi. Saya agak terganggu dengan bau rokok yang melekat kuat dalam kereta. Tingkap bahagian pemandu dibuka. Tangannya mengeluarkan sesuatu daripada poket jubah.
Suspen.
Oh, rupanya kotak rokok. Sepuntung rokok diletakkan dimulut. Lighter dipetik. Asap berkepul-kepul. Pemandu membuang asap yang telah memasuki rongganya ke luar tinggap yang baru dibuka.
Saya terbatuk kecil. Mahu sahaja saya memarahinya. Biarkan. Tenaga yang masih berbaki lewat malam tidak membenarkan. Letih dan mengantuk.
Seketika kemudian pemandu tersebut bersuara.
“Asap rokok saya memudharatkan awak?” Tanya pemamdu berbangsa Arab Saudi tersebut.
Saya menggeleng lalu memberi isyarat ‘sikit-sikit’.
Lantas rokoknya dicampakkan keluar. Saya sedikit terkejut.
“Maalesh… Samihni..” dia berulang-ulang meminta maaf. Kelakuannya pelik. Mata yang mengantuk segar tiba-tiba.
“Kenapa awak minta maaf?”
“Aku tidak sepatutnya merokok lagi. Aku tidak patut hisap depan kamu. Ah, kenapa aku berkelakuan begini.” Saya semakin hairan. Apa kena dengan lelaki ini.
“Aku seorang perokok tegar. Pernah aku berjanji pada diri sendiri. Jika ada manusia yang mampu menasihati aku dengan baik, aku akan tinggalkan rokok ini. Demi Allah. Aku akan berusaha.”
“Awak sudah pernah jumpa orang tersebut?”
“Ya, aku pernah tumpangkan seorang tua dalam kereta ini. Aku sengaja merokok dalam kereta untuk melihat reaksinya. Dia langsung tidak menegurku walaupun dengan satu kalimat. Hanya diam. Sikapnya membuatkan aku malu sendiri. Demi Allah aku bertanya, mengapa engkau tidak menegur sikapku seperti kebanyakan orang?”
Lalu jawab orang tua dengan jujur.
“Aku bersangka baik denganmu. Barangkali engkau sedang berusaha meninggalkan perbuatan tersebut. Aku tidak tahu bagaimana Allah menilai dirimu. Barangkali engkau jauh lebih mulia daripadaku. Mudah-mudahan Allah mengampunkanmu wahai anak muda. “
“Aku benar-benar tersentuh. Betapa tegurannya begitu berhimmah dan menyentap hati. Sungguh berbeza dengan orang-orang yang selalu menghentam keras kesalahanku. Memboikot aku. Menghujam aku dengan al-quran dan hadis yang aku sendiri sudah tahu dan menghafalnya. Sejak itu aku mula meninggalkan rokok demi sedikit. Sehingga hari ini. Maafkan aku. Aku tidak mampu mengawal diri. Rokok tadi adalah yang pertama selepas beberapa hari.”
Saya terdiam. Hanya mampu mengangguk. Cerita pemandu benar-benar memberi kesan pada hati. Akal saya berfikir.
Golongan pendakwah hari ini pantas mengaku mereka adalah pewaris sunnah nabi. Hakikatnya mereka tidak begitu. Dakwah mereka kasar dan melukakan hati. Mereka tidak boleh diteguri. Merasa sentiasa benar. Orang lain semuanya masuk neraka. Hanya kelompok mereka yang dijamin syurga. Allah ya Allah.. Itu bukan akhlak nabi dalam berdakwah.
Nabi tidak membuang pesalah sebaliknya mendekati. Nabi kasihkan orsang yang ingin berubah bukan membenci. Nabi tidak melangkaui kerja tuhan. Menentukan siapa syurga siapa neraka.
Saya dan kita berlindung dengan Allah daripada bersikap begitu. Kita mahu mengajak manusia seperti yang dianjurkan Allah dalam firmanNya.
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” Terjemahan surah An-Nahl ayat 25.
Sampai didepan pintu masuk universiti pemandu tadi bersuara.
“Kalau engkau ingin tahu, orang tua tersebut adalah seorang guru besar yang terkenal mengajar di Madinah. Aku terserempak dengannya beberapa hari selepas pertemuan kami dalam kereta ini. Ketika itu dia sedang mengajar dalam sebuah masjid dengan muridnya yang ramai. Jadilah seperti beliau.” Pemandu itu berlalu.
Subhanallah.
Begitulah akhlak pendakwah yang berilmu.Semakin berilmu semakin tawadhuk.
Keperibadiannya membuatkan kemungkaran tertunduk. Inilah dakwah cinta. Dakwah yang diwariskan oleh rasul.
The post Inilah Dakwah Cinta appeared first on Langit Ilahi.
Cam Serupa
14 FEB sudah berlalu,
tetapi kte masih belum terlambat dalam menuntut ilmu dan mengambil iktibar.
“ Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka ”
(Hadis Riwayat Abdullah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik)
SAY NO TO VALENTINES DAY!!!
\(^_^)/
The post Cam Serupa appeared first on Langit Ilahi.
February 20, 2014
Corat-coret Hati: Angka-angka Kosong.

Picture by https://www.facebook.com/umarmita
Kebelakangan ini saya sering mengembara ke universiti-universiti di serata Malaysia. Dijemput untuk memberikan talk, ceramah dan tazkirah. Satu soalan wajib saya kepada peserta adalah:
“5 tahun lagi, anda adalah siapa?”
Rata-rata akan menjawab pekerjaan mereka. Engineer. Doktor. Pensyarah dan sebagainya. Ada juga yang menjawab “Masih belajar lagi,” sama ada jawapan itu kerana dia ingin menyambung Masters, ataupun dari diploma meningkat ke Ijazah.
Namun bukan itu jawapan yang saya kehendaki.
Maka saya akan bertanya lagi:
“Siapakah di sini cita-citanya adalah untuk menjadi yang bermanfaat buat Islam?”
Dan sunyi akan sentiasa mengekori.
Sebuah Kitaran Yang Dibiasakan Kepada Kita.
Bayi, membesar, masuk tadika, sekolah rendah, kemudian menaiki ke sekolah menengah, seterusnya menjejakkan kaki ke universiti. Ada dari kalangan kita mungkin tidak mendapat rezeki ini, namun dia akan membesar dididik suasananya sendiri. Seterusnya semua berimpian untuk mendapatkan kerja, dan menjadi pekerja. Ada yang berkahwin semasa belajar, ada yang berkahwin selepas bekerja, ada yang tidak berkahwin. Bagi yang berkahwin, mendapat anak, seterusnya naik pangkat demi pangkat, rumah makin besar, kereta makin banyak, hutang juga makin bertimbun. Anak kita mendapat anak, dan kita bergelar datuk dan nenek, seterusnya mereka pun membesar dan kita pun semakin tua, dan akhirnya mati.
.
.
Mati.
.
Ya. Mati. Itupun jika sempat melalui semuanya. Jika tidak sempat? Semasa usia muda sahaja kita sudah boleh dijemput pergi.
Ramai manusia terperangkap di dalam kitaran ini, dan akhirnya sekadar menjadi ‘manusia biasa’. Dia bekerja menjadi hamba kepada sebuah sistem yang tidak pun memberikan pulangan kepada agamanya. Dia menuruti sahaja segala apa yang telah sistem aturkan, dan dia pun mati sebagaimana sistem hajatkan. Mati sebagai hamba sistem, yang langsung tidak akan memberikan kesan kepada perjalanan sistem.
Maka di manakah makna hidup jika berada dalam kitaran ini?
Sedar tidak sedar, manusia didoktrin untuk mengikuti arus ini. Kerana itu, apabila disoal berkenaan cita-cita, maka apa yang dilihatnya hanyalah ‘kerjaya’. Dia tidak melihat lebih daripada itu, kerana dia telah duduk di dalam sebuah ‘sangkar’ yang menyekat potensi sebenar seorang manusia, sekaligus mematikan kekuatannya untuk menggapai apa yang patut digapainya.
Berapa Ramai Yang Telah Mati Di Dalam Kitaran Ini?
Bilangan ummat Islam telah mencapai billion. Tetapi di manakah ‘kekuatan’ billion itu?
Kita fikirkan semula akan kitaran tadi, dan kita fikirkan semula sekitar hampir 90 tahun selepas kehilangan dawlah Islamiyyah pada tahun 1924, berapa ramai yang telah mati di dalam kitaran tadi? Ya. Secara tidak sedar, kita telah membazirkan ‘nyawa-nyawa kekuatan’ Islam secara tidak sedar. Itu belum dikira mereka yang berjaya melepaskan diri dari kitaran ini, namun diburu, diperangi oleh pemegang sistem hari ini.
Kerana itu, saya tertarik dengan kata-kata seorang ulama’ di eropah yang berbunyi:
“Apakah kamu mengira mereka musuh-musuh Allah itu peduli kamu membaca Al-Quran setiap hari? Tidak. Mereka tidak akan peduli. Mereka hanya peduli apabila kamu mempraktikkan Al-Quran dan mula menganggu perjalanan sistem mereka.”
Maka walaupun bilangan kita billion, tetapi kita tidak hidup untuk menjadi ‘seseorang yang mampu memberikan sumbangan kepada Islam’, akhirnya kita hanya menjadi sebuah angka kosong yang tiada nilainya. Kita menjadi hamba kepada sistem, dan mati di dalamnya. Ibarat buih di lautan, yang langsung tidak menakutkan kita.
Teringat saya akan sabda Rasulullah SAW:
“Akan tiba ketikanya kamu akan dikeronyok oleh musuh-musuh sebagaimana orang-orang yang berebut untuk makan suatu hidangan.” Para Sahabat bertanya: “Apakah ketika itu jumlah kami sedikit, ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Tidak, bahkan jumlah kamu ketika itu ramai sekali tetapi seperti buih-buih ketika air bah…” Hadith Riwayat Abu Dawud.
Ya. Kita ramai hari ini. Tetapi seperti buih di lautan.
Angka-angka yang kosong.
Maka Bagaimana Kami Mahu Menjadi Yang Bermanfaat Buat Islam?
Di sinilah persoalan utamanya. Bagaimana hendak mengeluarkan diri dari ‘kitaran’ ini? Segelintir manusia pernah mempersoalkan saya:
“Habis, kau nak kami buat apa? Tak kerja?”
Bukan. Tetapi jika kamu ingin menjadi doktor, jadilah doktor yang bermanfaat buat Islam. Yang setiap kali orang datang kepada kamu untuk dirawat kesakitannya, kamu turut mampu merawat jiwanya. Tidak cukup dengan itu, kamu akan berusaha mengumpulkan rakan-rakan kamu yang doktor, yang pegawai kesihatan dan seberapa ramai pakar dalam alam medical ini, untuk seterusnya membina beberapa buah hosptal Islamic, yang kala orang masuk ke dalam hospital itu, keluar mereka mendapat sentuhan Islam.
Jika kamu ingin menjadi taukeh restoran, jadilah taukeh restoran yang bermanfaat buat Islam. Yang masakanmu adalah halalan toyyiba(bukan sahaja halal, bahkan terbaik), yang suasana restoranmu adalah syar’ie, menggambarkan akhlak muslim, waiter-waiter menutup aurat dan kemas, restoranmu bersih, servismu sopan, dan pada meja-meja disediakan keratan-keratan muhasabah dan tazkirah untuk tatapan kala pelanggan menunggu makanan. Biar kala manusia keluar dari restoranmu, mereka mendapat sentuhan Islam.
Jika kamu merupakan pelajar bidang komputer, teknologi dan sebagainya, jadilah yang amat bermanfaat buat Ummah. Ummah kini memerlukan apps-apps yang Islamik, game-game yang Islamik, search engine yang Islamik. Yang belajar dalam bidang perfileman, atau yang berbakat menjadi pelakon, ummah kini memerlukan kamu untuk menghasilkan filem-filem dan drama yang Islamik, yang pelakon-pelakonnya bukan sekadar menutup aurat di dalam drama tetapi juga di luarnya, yang bukan sekadar mengamalkan Islam di dalam filem, tetapi juga di luarnya.
Apa-apa sahaja bidang yang kamu ceburi, pastikan ianya bermanfaat buat Islam dan pembangunan ummah. Jika dirasakan tiada sesuatu pun yang boleh disumbangkan melalui kerjaya, maka sumbangkanlah melalui peribadi yang menawan. Jangan hidup sekadar untuk bernafas, bergelak ketawa, bercanda kosong. Tetapi hiduplah dengan menjadi duta-duta Islam di tengah-tengah pejabat dan tempat kerja, di tengah-tengah taman perumahan dan terhadap jiran-jiran.
Pastikan, di dalam hidup anda, paling kurang anda berjaya mengajak seorang dua manusia kembali kepada Allah SWT dan menjadi muslim yang sebenar.
Pastikan anda mendidik keluarga anda, anak-anak anda, untuk menjadi Muslim Mukmin yang bermakna.
Pastikan, anda tidak mati begitu sahaja.
Penutup: Saham Buat Pulang Ke Akhirat Sana.
Apabila diangkat gambar Ka’bah di Facebook, ramai yang LIKE. Tetapi apabila diangkat gambar Hospital, mungkin tiada siapa yang peduli. Kerana ‘ibadah’ pada hari ini disempitkan di pagar-pagar masjid, manakala urusan dan keperluan Ummah tidak lagi dilihat sebagai sebahagian daripada ibadah. Sedangkan Hospital adalah keperluan Ummah yang amat penting.
Mentaliti sebegini perlu kita pecahkan. Jangan merasa selesa dengan Ka’bah dan Masjid Nabawi yang tersergam indah di Makkah dan Madinah, kala ummat Islam di tempat-tempat lain, negara-negara Islam yang lain, terkebelakang dari segi kemajuan dan peradaban.
Jangan merasa megah dengan qiyamullail berakaat-rakaat sepanjang malam, sedang pada kala siang kita membiarkan ribuan orang Islam hanyut dibawa kerosakan sistem.
Jangan merasa cukup dengan 30 juzu’ yang dikhatam setiap bulan, jubah dan serban yang dipakai, juga masjid yang berjaya kita ziarahi sehari-hari, sedang ummat Islam terus disembelih sehari-hari.
Allah menciptakan kita sebagai ‘khalifah’, pentadbir. Allah tidak menciptakan kita untuk menjadi ‘rahib’.
Maka bergeraklah. Pecahkan kitaran itu. Menjadilah Muslim Mukmin yang bermakna, yang kehadirannya di atas dunia memberikan impak, yang kewujudannya di atas muka bumi memberikan kebaikan, yang hadirnya dia di dalam kehidupan ini memberikan manfaat kepada masyarakat.
Ini adalah saham akhirat kita. Dunia tempat mengumpul saham itu, dan akhirat nanti tempat mendapatkan labanya.
The post Corat-coret Hati: Angka-angka Kosong. appeared first on Langit Ilahi.
Youth Ace

Youth Ace, sebuah program besar yang menjadi tempat para pemuda-pemudi dan belia untuk mendapatkan input bermakna, mencungkil potensi dan menambah jaringan untuk manfaat masa hadapan. Sebar-sebarkan kepada rakan-rakan, sanak-saudara, adik-beradik! Ayuh!! Mari menjadi hamba!!
The post Youth Ace appeared first on Langit Ilahi.
February 19, 2014
Komik: Selawat
Sahabatku,
Rasulullah tidak pernah melihat kita
namun kita sering meniti di bibir baginda
ya, kita: kamu dan saya
umat terakhir yg dicintainya
mari semua selak lembaran sirah
terdapat 1001 cerita dan kisah
bagaimana baginda memperjuangkan Islam
untuk masa kini bukan sekadar masa silam
Mari lihat kedua tapak tangan kita
curi sedikit masa untuk mengira
satu dua tiga hingga akhirnya
adakah cukup untuk membuktikan cinta?
Teman2 yg dikasihi fillah,
Mari koreksi diri bersama,
adakah kita layak mendapat syafaat baginda?
hanya dengan berselawat kiraan satu dua hingga lima
juga tanpa mengamalkan sunnahnya?
Selawat.
boleh dilakukan pada bila2 masa.
dimana jua tak kira bangsa
waktu pagi atau di penghujung hari
juga bukan hanya tatkala Maulid Nabi
Namun sahabatku,
menjadi ummat tidak hanya dengan berselawat.
Sebarkan cinta baginda dengan apa jua cara:
berdakwah, memperbaiki akhlak serta mengikut sunnahnya.
Hari ini.
Mari koreksi diri.
Semalam selawat berapa kali?
Bagaimana dgn akhlak hari ini?
Allah, kuatkan kami dengan Islam
Allah, kuatkan Islam dengan kami.
Mari menjadi hamba!
The post Komik: Selawat appeared first on Langit Ilahi.
February 18, 2014
Komik: Kunci Bahagia Yang Sering Dilupakan
“Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya”. (QS. Al-Kahfi: 110).
The post Komik: Kunci Bahagia Yang Sering Dilupakan appeared first on Langit Ilahi.
Prioriti Cinta: 7 Langkah Mengejar Cinta Allah
Devianart.com
Cinta adalah elemen penting dalam kehidupan manusia. Tanpanya hidup manusia tidak sempurna. Malangnya, mutakhir kini istilah-istilah cinta seringkali disalahguna hingga memaparkan imej negative padanya. Acapkali dikaitkan cinta dengan hubungan pacaran muda-mudi yang belum berkahwin hasil daripada momokan barat yang sebenarnya merosakkkan kesucian cinta tersebut.
Namun, bagaimana cinta yang benar itu?
Pada siapa seharusnya cinta dituju terlebih dahulu?
Adakah cinta ibubapa pada anak-anak mereka atau sebaliknya?
Adakah cinta antara dua sahabat yang ikhlas kerana-Nya?
Adakah cinta sang suami kepada si isteri yang setia?
Manusia kadang-kadang tersilap meletakkan priority dalam cinta. Meskipun yang halal atau yang wajib dicintai itu perlu ditunaikan tetapi hak keutamaan cinta itu perlu didahulukan yakni kecintaan kepada-Nya. Hal ini kerana Dia pemilik segala hati yang meletakkan rasa cinta manusia sesama manusia tidak kira bertaraf ibu bapa, suami isteri, sahabat handai atau kaum kerabat.
Justeru itu, kepentingan mengejar cinta-Nya mendahului segala jenis cinta yang ada. Contoh jelas apabila baginda s.a.w tiba di Madinah ketika hijrah. Sebelum mempersaudarakan antara kaum muhajirin dan ansar baginda menyuruh semua mereka bekerjasama mendirikan masjid sebagai lambang kecintaan terhadap-Nya. Begitu sepatutnya cinta dan maknanya yang sebenar yakni diikat atas keredhaan Allah s.w.t.
Langkah-langkah menuju cinta Allah
1. Membaca Al-Quran bersama tadabbur dan kefahaman akan maknanya untuk mengetahui kehendak Allah terhadap hamba-Nya
Allah s.w.t berfirman:
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢﴾
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang keraguan padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya) ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. [al-Baqarah: 2]
Al-Quran merangkumi kesempurnaan yang mutlak. Berdasarkan ayat yang pendek diatas, ia menjelaskan kepada manusia bahawa setiap sisi keagungan al-Quran. Bagaimana?
i- Al-Quran datangnya dari Allah bukan dari manusia (Rasulullah)
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ
Allah s.w.t menggunakan perkataan di atas yang membawa maksud (itulah kitab). Jika kita baca kebanyakan terjemahan, maka hasilnya seperti terjemahan di atas. Namun dalam bahasa Arab, boleh untuk digunakan isyarat bagi sesuatu perkara yang dekat pada diri manusia dengan menggantikan isyarat yang jauh yang ghaib.
Ia membawa maksud walaupun mushaf al-Quran itu ada dalam genggaman manusia sekarang ini, namun hakikatnya isinya datang dari alam ghaib (Allah). Oleh itu, isyarat kitab ini pada terjemahan adalah benar.
Selain itu, lafaz ‘itu’ digunakan dalam ayat di atas adalah untuk menunjukkan bahawa al-Quran itu satu perkara yang besar. Justeru perkara yang besar apabila digunakan isyarat yang jauh maka dari kejauhan dari segi logik akal dan pandangan mata manusia biasa dapat dilihat manakala perkara yang kecil tidak tercapai dek pandangan.
ii- Tiada sebarang keraguan
رَيْبَ
Dalam menggambarkan bahawa al-Quran itu tiada sebarang keraguan padanya, Allah tidak menggunakan perkataan syak (sama maksud dalam arab) untuk menyifatkan kesempurnaan al-Quran. Ulama’ tafsir menyebutkan bahawa perkataan syak itu hanyalah tidak merangkumi suatu yang tidak jelas tetapi raib (seperti di atas) membawa maksud yang lebih luas iaitu tidak boleh ditukar ganti dan tiada upaya manusia untuk menyelewengkannya.
iii- Petunjuk kekal hingga ke akhir zaman
هُدًى
Disini perkataan huda didatangkan dalam bentuk kata nama yang menjelaskan bahawa ia bersifat umum. Bahkan kata nama tidak berkaitan dengan sebarang masa berlainan dengan kata kerja. Ia menggambarkan bahawa al-Quran sebenarnya sangat bersesuaian menjadi panduan bagi manusia sepanjang masa tidak terhad pada waktu yang tertentu.
Adapun perkataan tersebut (huda) juga didefinisikan dalam pelbagai takrifan iaitu petunjuk, ilham, peringatan dan sebagainya. Hakikatnya, jelas pada kita, sememangnya Al-Quran itu adalah panduan dalam setiap perkara dalam kehidupan manusia terutama mereka yang bertaqwa. Penghibur ketika berduka, bersyukur ketika gembira.
Kelebihan membaca al-Quran dalam hadis daripada Ibn Mas’ud ada menyebutkan Rasullullah s.a.w bersabda:
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya adalah satu kebaikan, sedangkan kebaikan itu dilipatkan menjadi sepuluh kali. Aku tidak mengatakan alif, lam, mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf”. (HR Tirmidzi, hadis hasan sahih)
2. Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengamalkan amalan sunat selepas daripada amal fardu boleh membawa insan pada darjat cinta yang lebih tinggi kerana ia menjadi bukti kecintaan seorang hamba kepada tuhan-Nya.
Daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya Allah berfirman, sesiapa yang memusuhi wali-Ku, aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Tiada amalan yang mendekatkan dirinya kepada-Ku yang lebih Aku sukai daripada amalan yang Aku fardukan. Hamba-Ku yang mendekatkan diri kepada-Ku dengan sentiasa melakukan amalan sunat Aku akan mengasihinya. Apabila Aku mengasihinya, pendengarannya, penglihatan-nya, tangannya yang digunakan untuk memegang dan kaki yang digunakan untuk berjalan, semuanya berdasarkan keredaan dan kawalan-Ku. Jika dia meminta kepada-Ku, Aku akan memperkenankannya dan jika dia memohon perlindungan-Ku, Aku akan melindunginya. [HR Bukhari: 6502]
Banyak perkara sunat yang dapat dijadikan rutin harian. Antaranya solat sunat yang pelbagai terutama solat sunat qiam, solat sunat witir, solat sunat dhuha, solat sunat rawatib dan pelbagai lagi. Pilihlah waktu yang sesuai meskipun hakikatnya kita boleh berdoa kepada Allah s.w.t pada bila-bila masa, peruntukkan juga satu waktu khas bersama-Nya. Dan waktu yang terbaik itu disebutkan dalam hadis adalah pada dua pertiga malam.
Selain itu boleh juga cuba melazimi berpuasa sunat, sedekah dan banyak lagi. Manfaatnya pula berdasarkan hadis adalah dikasihi oleh Allah s.w.t, dikasihi Nabi s.a.w dan menjadi asbab mudahnya mendapat rahmat dan bantuan-Nya dalam setiap perbuatan dalam kehidupan harian manusia di samping tidak mengabaikan kefarduan yang telah diperintahkan.
3. Berusaha melawan hawa nafsu ketika mana teruji dan berusaha memperbaiki amalan
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh (mujahadah) kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. [Al-Ankabut:69]
Nafsu mungkin lebih mudah ditandingi tatkala manusia hidup tanpa ujian. Tetapi yang membuktikan kecintaan kita kepada Allah s.w.t di saat kita mendapat cubaan. Ketika ini kita boleh menilai diri kita adakah wujud sangka baik kita dengan apa yang Allah s.w.t turunkan dengan berusaha membaiki lagi amalan-amalan kita ataupun sebaliknya menyalahkan takdir?
Adapun beruntunglah orang-orang yang sabar dan sentiasa koreksi diri serta bersungguh-sungguh mengejar cinta-Nya.
4. Membasahkan hati dengan menyebut nama-nama Allah dan sifat-sifatNya dengan bersaksikan kesannya pada penciptaan alam ini dan setiap nikmat yang diberikan
Demikian Allah menerangkan ayat-ayat (tanda-tanda) hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa. [al-Baqarah: 187]
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir. [al-Baqarah: 219]
Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya). [al-Baqarah: 221]
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu hukum-hukumnya supaya kamu memahaminya. [al-Baqarah: [al-Baqarah: 242]
Dalam al-Quran banyak ayat disebutkan atas sebab yang pelbagai berkenaan kepentingan manusia itu meneliti setiap petunjuk, nikmat dan penciptaan serta perlaksaan suatu hukum itu ditetapkan supaya manusia itu dapat berfkir dan lebih memahami akan kehendak Allah s.w.t yang terdapat di dalamnya seterusnya membawa manusia ke arah ketaqwaan yang hakiki kepada-Nya.
Justeru, hubungan manusia dengan Allah bisa menjadi lebih dekat kerana manusia itu tidak hanya mengikut segala perintah yang telah ditaklifkan kepadanya bahkan mengetahui hikmah disebalik daripada perbuatannya itu yang akan membawa manusia membesarkan Allah s.w.t.
5. Duduk dan bergaul bersama orang-orang yang soleh
Daripada Abi Musa r.a. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Perumpamaan teman yang soleh dan teman yang buruk adalah ibarat penjual minyak wangi dan peniup tungku. Penjual minyak wangi bisa memberimu tanpa kita harus membeli, atau (paling tidak) engkau akan mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan peniup tungku bisa membakar pakaianmu atau engkau akan mencium bau busuk darinya.” (HR. Bukhari no.5229)
Duduk bersama orang yang soleh ini amat penting kerana manusia tidak selamanya kuat dalam menempuhi ujian. Demikian bergaul dengan orang yang Allah cinta ini, mudah-mudahan mengingatkan kita akan kekuasaan-Nya. Dalam sebuah syair Imam syafie menyebutkan:
“aku mencintai orang soleh tetapi aku bukan sebahagian daripada mereka, mudah-mudahan (dengan pergaulanku bersama mereka) maka aku mendapat syafaat (kebaikan) daripada mereka”
6. Melazimi kebaikan untuk menjauhkan maksiat
Dari Mu’az bin Jabal r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda :
Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada, iringilah keburukan dengan kebaikan nescaya ia (kebaikan) menghapuskannya (keburukan) dan pergauilah manusia dengan akhlak yang baik “ [HR Timidzi, Hasan, no.1988]
Tidak setiap masa juga manusia boleh bergaul dengan orang soleh, pergi ke tempat-tempat yang mempunyai suasana yang mendidik jiwa dan berada dalam system yang membentuk peribadi manusia. Justeru itu, untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan Allah s.w.t dan menjauhi maksiat kepada-Nya pada setiap masa, maka adalah baik untuk manusia itu melazimi kebaikan meskipun ia dianggap kecil seperti beristighfar, berbuat baik kepada orang lain dan sebagainya.
7. Mencari rezeki dari sumber yang halal
Dari Abu Hurairah r.a dia berkata :
Rasulullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya Allah s.w.t itu baik, tidak menerima kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan orang beriman sebagaimana dia memerintahkan para rasul-Nya dengan firmannya :
Wahai Para Rasul makanlah yang baik-baik dan beramal solehlah.[al-Mu’minum: 51]
Dan Dia berfirman :
Wahai orang-orang yang beriman makanlah yang baik-baik dari apa yang Kami rezekikan kepada kalian. [al-Baqarah: 172]
Kemudian baginda menyebutkan ada seseorang yang melalui perjalan yang jauh dalam keadaan tidak terurus dan berdebu. Dia memanjatkan kedua tangannya ke langit seraya berkata : “Wahai Tuhanku, Wahai Tuhanku”, padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan kebutuhannya dipenuhi dari sesuatu yang haram, maka (jika begitu keadaannya) bagaimana doanya akan dikabulkan.(HR Muslim no.1015).
Hal ini perlu diambil teliti oleh setiap lapisan manusia terutama yang bergelar bapa. Rezeki yang halal tidak hanya zat rezeki itu tidak mengandungi perkara yang haram seperti arak, khinzir dan lain-lain. Tetapi rezeki yang halal itu juga meski merangkumi dengan mendapatkan dengan cara yang halal. Ia sangat penting kerana setiap perkara yang haram itu menyebabkan manusia itu terhijab daripada mendapat nikmat dan kebaikan daripada Allah s.w.t.
Penutup: meletakkan priority dalam cinta
Sudah pasti lebih banyak langkah yang boleh manusia ikuti untuk menggapai cinta-Nya. Pada pandangan saya, inilah yang utama. Justeru itu, seharusnya mereka yang mengaku beriman perlu meletakkan priority yang sebenar dalam cinta iaitu kecintaan kepada-Nya, mudah-mudahan Dia meletakkan segala bentuk nilai cinta yang suci dalam diri insan yang kita berhubungan dengan mereka.
The post Prioriti Cinta: 7 Langkah Mengejar Cinta Allah appeared first on Langit Ilahi.
February 17, 2014
Tanggapan
Apabila kita membuat sesuatu keputusan, akan ada beberapa tanggapan sama ada positif atau negatif. kekadang mugkin juga tanggapan yang tidak dijangka. Apapun, terus kehadapan bersama penggalaman silam.
YouthACE(Youth Awards, Convention and Exhibition) 2014, adalah program tahunan anjuran LangitIlahi. Ia merupakan program besar yang menjadi tempat para pemuda-pemudi, belia, untuk berhimpun mendapatkan input bermakna, mencungkil potensi dan menambah jaringan untuk manfaat masa hadapan.
Tema tahun ini: Pemuda dan Perubahan.
Tempat: masih belum dipastikan, tetapi di area KL/Selangor.
Masa: 07.00am-10.45pm
Tarikh: 10hb Mei 2014
Yuran asal: RM80 seorang, RM75(seorang) jika mendaftar tiga orang atau lebih bersama-sama.
Yuran Promosi:
Valid hingga 15hb Mac 2014 – RM55 seorang, RM50(seorang) jika mendaftar tiga orang atau lebih bersama-sama.
Pendaftaran telah dibuka.
Daftar segera di: http://youthace.langitilahi.com/
Detail Program:
YouthACE terbahagi kepada tiga komponen – Awards(anugerah), Convention(konvensyen) dan Exhibition(pameran).
Berikut ialah apa yang mengisi YouthACE 2014
==========
Convention:
==========
“Pemuda dan Perubahan”
oleh Hilal Asyraf.
“Semangat Al-Fatih: Membuka Kemenangan Hari Ini”
oleh Ustaz Syaari Rahman.
“Pemuda dan Aktivisme”
oleh Dr Baharuddin Suri.
“Forum Pemuda Intelek – Taruhan Masa Hadapan.”
Moderator: Aiman Azlan.
Panel: Dr Maszlee Malik, Ustaz Zaharuddin dan Prof Agus Yusoff.
“Bual Bicara: Aku Pernah Muda”
oleh Ustaz Azlan Shah Nabees Khan dan Sister Rusni Tajari.
“Pidato Pemuda dan Masa Hadapannya.”
oleh Tuan Razali Maarof.
“Pidato YouthACE”
oleh Aiman Azlan.
Kemunculan Khas di YouthACE 2014
Ulwan Mokhtar
Aisyah Syakirah.
Qawiem Khairi.
Anwar Hadi.
The post Tanggapan appeared first on Langit Ilahi.
Cinta ke?

Hormatilah perasaan orang lain, sama ada dalam perbuatan mahupun percakapan. Mungkin ia tidak memberi perasaan kepada kita, tetapi ianya mungkin memberikan 1001 makna kepada orang lain.
The post Cinta ke? appeared first on Langit Ilahi.
February 16, 2014
Ubat Cinta?
ada ke UBAT CINTA? Mesti la ada. Islam telah memberikannya garis panduan untuk kita semua. Selamat beramal \(^_^)/
[Pendaftaran untuk YouthACE 2014 dibuka!]
YouthACE(Youth Awards, Convention and Exhibition) 2014, adalah program tahunan anjuran LangitIlahi. Ia merupakan program besar yang menjadi tempat para pemuda-pemudi, belia, untuk berhimpun mendapatkan input bermakna, mencungkil potensi dan menambah jaringan untuk manfaat masa hadapan.
Tema tahun ini: Pemuda dan Perubahan.
Tempat: masih belum dipastikan, tetapi di area KL/Selangor.
Masa: 07.00am-10.45pm
Tarikh: 10hb Mei 2014
Yuran asal: RM80 seorang, RM75(seorang) jika mendaftar tiga orang atau lebih bersama-sama.
Yuran Promosi:
Valid hingga 15hb Mac 2014 – RM55 seorang, RM50(seorang) jika mendaftar tiga orang atau lebih bersama-sama.
Pendaftaran telah dibuka.
Daftar segera di: http://youthace.langitilahi.com
Detail Program:
YouthACE terbahagi kepada tiga komponen – Awards(anugerah), Convention(konvensyen) dan Exhibition(pameran).
Berikut ialah apa yang mengisi YouthACE 2014
==========
Convention:
==========
“Pemuda dan Perubahan”
oleh Hilal Asyraf.
“Semangat Al-Fatih: Membuka Kemenangan Hari Ini”
oleh Ustaz Syaari Rahman.
“Pemuda dan Aktivisme”
oleh Dr Baharuddin Suri.
“Forum Pemuda Intelek – Taruhan Masa Hadapan.”
Moderator: Aiman Azlan.
Panel: Dr Maszlee Malik, Ustaz Zaharuddin dan Prof Agus Yusoff.
“Bual Bicara: Aku Pernah Muda”
oleh Ustaz Azlan Shah Nabees Khan dan Sister Rusni Tajari.
“Pidato Pemuda dan Masa Hadapannya.”
oleh Tuan Razali Maarof.
“Pidato YouthACE”
oleh Aiman Azlan.
Kemunculan Khas di YouthACE 2014
Ulwan Mokhtar
Aisyah Syakirah.
Qawiem Khairi.
Anwar Hadi.
============
Awards yang dipertandingkan:
============
- Vlogger Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala
- Penasyid Terbaik – Hadiah: RM1000 + Piala
- Short Filem Terbaik – Hadiah: RM1500 + Piala
- Penulisan Artikel Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala
- Penulisan Cerpen Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala
- Rekaan Poster Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala
- Fotografer Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala
- Komik Terbaik – Hadiah: RM700 + Piala
- The Best Essay – Hadiah: RM700 + Piala
- The Best Poetry – Hadiah: RM1000 + Piala
*Peserta YouthACE 2014 tidak wajib menyertai pertandingan-pertandingan ini, namun peserta pertandingan-pertandingan ini wajib menjadi peserta YouthACE 2014.
*pertandingan-pertandingan ini akan bermula selepas 15hb Februari 2014. Syarat-syarat pertandingan boleh dirujuk di bahagian ‘pertandingan’ pada link http://youthace.langitilahi.com
==============
Exhibition:
==============
Pameran pendidikan.
Pameran Misi Kemanusiaan.
Pameran Pemuda Dalam Lipatan Sejarah.
Bonus: Persembahan Nasyid daripada Mr Bie dan Kumpulan Mirwana!
———————–
Jika berminat, daftarlah segera.
Sebar-sebarkan juga kepada rakan-rakan, sanak-saudara, adik-beradik!
Pemuda dan Perubahan.
Mari Menjadi Hamba!
The post Ubat Cinta? appeared first on Langit Ilahi.