Hilal Asyraf's Blog, page 78

January 30, 2014

Corat-Coret Hati: Kembali Kepada Kesedaran Islam

i157


 


Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barokatuh.


Rakan-rakan pembaca yang saya kasihi. Dengan kasih sayang dan izin daripada Allah SWT, kita meneruskan lagi pelayaran kita dalam bab yang seterusnya. Kembali Kepada Kesedaran Islam.


Menyedari tujuan kita diciptakan, siapa diri kita dan apakah makna muslim yang sebenar membuatkan pancaindera kita mula terjaga. Di sana, terdapat satu tarikan kesedaran yang cuba memacu kita ke arah perubahan.


Semestinya, perubahan yang kita pilih ialah untuk kembali kepada Islam secara menyeluruh.


Allah SWT berfirman:


“Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) secara total; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.” Surah Al-Baqarah ayat 208.


 


Pendewaan Nilai Yang Melanggar Batasan Allah SWT


Hari ini adalah hari di mana dunia sudah terbuka. Sempadan negara tidak lagi memberikan makna kepada apa yang dinamakan sebagai maklumat. Maklumat menerobos kepada sesiapa sahaja yang bijak mengaksesnya. Internet adalah antara mediumnya.


Daripada situasi ini, penyebaran anasir bukan lagi disebabkan penjajahan atau ada orang luar negara datang ke negara kita melaksanakan dakyah. Ianya kini semudah membuka internet, dan anasir-anasir baru akan tersebar bermula dari rumah-rumah kita sendiri.


Jika anasir asing itu sesuatu yang baik, tidak mengapa.


Namun kita tahu bahawa dunia tanpa sempadan, bila namanya pun ‘tanpa sempadan’, jelas ianya tidak sekadar menyediakan anasir berunsurkan kebaikan. Tetapi juga kejahatan.


Gaya hidup yang jauh daripada nilai-nilai yang dianjurkan Islam, prinsip dan pegangan yang bercanggah dengan spirit yang dibawa oleh Islam, cara berpakaian yang mendedahkan aurat, pergaulan tanpa batas, kelucahan, pendapat-pendapat yang menyimpang dari nilai-nilai Islam yang sebenar, serta pelbagai lagi anasir-anasir buruk, mula tersebar meluas dan memerangkap masyarakat, sekaligus menjadikannya sebagai norma biasa dalam kehidupan kita hari ini.


Anasir-anasir buruk ini, kemudiannya diangkat dan didewa-dewakan. Mengenepikan nilai-nilai Islam yang membawa kepada rahmat. Sekaligus nilai-nilai yang melanggar batasan Allah SWT ini cuba dan terus berusaha memberikan cop-cop yang negatif kepada nilai-nilai Islam, seperti mundur, terkebelakang, terlalu mengongkong dan sebagainya.


Allah SWT berfirman:


“Mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (Mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan.” Surah At-Taubah ayat 31.


Mujahid Sa’id Hawwa telah memberikan penjelasan  dalam kitabnya, Jundu Allah Thaqafatan Wa Akhlaqan, bahawa Imam Tarmizi meri¬wayatkan bahawa ‘Adi Bin Hatim at-Ta’i datang berjumpa Rasulullah S.A.W. sedang baginda membaca ayat tersebut. ‘Adi berkata kepada Rasulullah S.A.W.: “Sesungguhnya Ahli-ahli kitab itu tidak pernah menyembah pendita-pendita mereka”. Maka Rasulullah S.A.W. berkata kepada ‘Adi: “Ya!, sesungguhnya mereka mengharamkan ke atas ahli Kitab sesuatu yang halal serta menghalalkan sesuatu yang haram dan mereka (Ahli Kitab) mematuhinya, maka itulah bentuk penyemba¬han kepada mereka (pendita-pendita) tersebut.”


Jelas menunjukkan bahawa pendewaan, penyembahan, itu tidak perlu berlaku kepada manusia dan entiti berbentuk ‘Tuhan’. Tetapi juga boleh berlaku dalam bentuk manusia kepada sukan, manusia kepada fesyen, manusia kepada pendapat-pendapat tertentu dan sebagainya. Menghambakan diri kita kepada unsur-unsur tersebut mengalahkan perhambaan diri kita kepada Allah SWT.


 


Mereka Yang Terang-Terangan Menentang, Dan Mereka Yang Sembunyi


Pembaca yang saya kasihi dan cintai,


Pendewaan kepada unsur-unsur yang menyimpang dari nilai Islam bukanlah berlaku dengan tiba-tiba. Ianya sebenarnya mempunyai pendukung-pendukungnya. Tinggalnya sama ada mereka ini menjelaskan diri mereka benar-benar menentang apa yang Allah SWT tetapkan, atau mereka ini berselindung di sebalik pelbagai nama yang menjadikan mereka ini tidak meragukan.


Bukanlah semua orang kafir merupakan pendukung kepada kerosakan ini. Hakikatnya wujud juga dari kalangan pendukung ini yang beragama Islam, kad pengenalannya ditulis ‘Islam’, tetapi mereka merupakan pendukung kepada pembawaan anasir-anasir buruk ini.


“Tidakkah Engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad) orang-orang (munafik) Yang mendakwa Bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran Yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) Yang telah diturunkan dahulu daripadamu? mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka Dengan kesesatan Yang amat jauh.” Surah An-Nisa’ ayat 60.


Kerana itu kita perlu melihat semula segenap tindak tanduk dan kefahaman kita, apakah kita sebenarnya sedang mendukung nilai-nilai Islam, atau sebenarnya kita menjadi penyebar kepada anasir-anasir yang menjauhkan manusia daripada Allah SWT?


Sepatutnya kita yang mengakui bahawa Allah adalah Tuhan kita, Rasulullah SAW ialah Rasul kita dan Islam adalah agama kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengangkat nilai-nilai Islam dalam segenap kehidupan kita.


Kerana itu bila kita lihat semula Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna di dalam Usul Pertama dari 20 Usul yang diketengahkannya, dia menyebut bahawa:


“Islam adalah agama yang syumul (menyeluruh), mencakupi semua bidang kehidupan. Islam adalah negara dan tanahair atau pemerintah dan umat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahun dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan (fikrah). Akidah yang benar dan ibadat yang sah.”


Jelas apabila kita meneliti, Al-Banna meletakkan Aqidah yang benar dan Ibadat yang sah itu di belakang sekali bukan kerana ianya benda yang tidak penting. Tetapi dek kerana stereotaip manusia hari ini yang memandang Islam hanya sebagai perkara tersebut. Lantas diletakkannya tanahair dan negara, pemerintah dan ummat, akhlak dan kekuatan, rahmat dan keadilan, pengetahuan dan undang-undang, ilmu dan kehakiman, kebendaan dan harta, usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan fikrah di hadapan. Bukan bermakna itu semua perlu mendahului aqidah dan ibadat yang sah, tetapi adalah untuk menyatakan bahawa Islam itu mencakupi semua perkara tersebut.


Islam ialah sebuah cara hidup, bukan semata-mata sebuah agama.


Kita hendaklah menterjemahkan Islam itu pada segenap juzu’ kehidupan kita, tanpa ada satu detik pun yang kita rasakan – “Ini tak mengapa kalau tak ikut Islam di sini.”


 


Nilai Barat VS Nilai Timur VS Nilai Islam


Rakan-rakan pembaca yang saya kasihi.


Menyentuh berkenaan nilai, suka saya ingin menekankan betapa lama sudah di dalam pelbagai buku fikrah, kita meng’syaitan’kan apa yang kita namakan sebagai ‘nilai barat’. Nilai barat dianggap rosak, sumber jahiliyyah dan sebagainya.


Namun di dalam artikel ini, saya tidak menyatakan sedemikian. Saya meletakkan ‘Nilai Yang Melanggar Batasan Allah SWT’. Mengapa?


Kerana rakan-rakan pembaca, saya mahu kita berfikir, jika ‘Nilai Barat’ itu ialah rosak, sumber jahiliyyah, kemungkaran kepada Allah SWT dan sebagainya, maka apakah ‘Nilai Timur’ adalah sesuatu yang sinonim dengan Islam dan tiada yang bercanggahan dengan nilai Islam di dalamnya?


Ya. Akhirnya kita dapat melihat betapa tidak sepatutnya kita membuat ‘formula’ bahawa nilai barat ialah nilai yang rosak, dan nilai timur ialah nilai yang baik. Hakikatnnya, pada nilai barat dan nilai timur itu, kedua-duanya mempunyai nilai yang baik yang dianjurkan oleh Islam, dan wujud juga di dalamnya nilai yang bercanggah serta ditegah di dalam Islam.


Kita sepatutnya berhenti mengsyaitankan mana-mana nilai dengan mudah. Sepatutnya kita mula mengkaji pula nilai-nilai kemasyarakatan yang ada. Apa yang baik sepatutnya kita serapkan ke dalam kehidupan kita, apa yang buruk dan bercanggah dari nilai Islam, ialah apa yang akan kita tegah.


Dan kita sepatutnya menyedari saudara-saudari rakan pembaca yang saya kasihi, bahawa sikap sedemikian(tidak menghukum melulu, membakul sampahkan secara general sesuatu perkara dengan mudah) adalah sebahagian dari nilai murni yang Islam terapkan di dalam ajarannya.


“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – disebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” Surah Al-Hujurat ayat 6.


Indahnya firman Allah SWT. ‘maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingi disebabkan kejahilan kamu mengenainya.


Maka pada nilai barat itu, apa yang baiknya? Kita ambil. Perhalusi. Perkemaskan.


Maka pada nilai ketimuran itu, apa yang baiknya? Kita ambil. Perhalusi. Perkemaskan.


Islam datang sebagai rahmat kepada sekalian alam. Semestinya Islam tidak mendiskriminasikan nilai atas dasar tempat itu timur atau barat. Baik dan buruk di dalam Islam dikira berdasarkan apakah perkara itu selari dengan perintah Allah SWT atau bukan? Apakah perkara itu selari dengan nilai Islam atau bukan? Itu sahaja.


Ya, ‘barat’ memang menjadi konotasi negatif. Tidak dinafikan, banyak anasir mereka yang buruk. Namun kita juga tidak boleh menafikan bahawa pada ‘timur’ juga ada pelbagai anasir yang buruk. Tinggal hari ini yang menguasai sistem ialah Barat, dan menyebabkan kita melihat penentangan itu seakan kepada ‘Barat’. Bayangkan kalau China atau Jepun yang menggepalai sistem hari ini? Kita mungkin akan kata ‘Sistem Timur’ adalah sistem jahiliyyah. Mungkin kita akan mula menyebut ‘anasir timur’ sebagai anasir jahat.


Justeru kita lihat, sebenarnya baik dan buruk bukan ada kaitan dengan Barat atau Timur.


Sebenarnya ia berkait dengan apa yang diperintah dan apa yang dilarang oleh Allah SWT.


Kefahaman terhadap pandangan ini akan membawa kita kepada satu perspektif baru, yang akan membantu kita untuk banyak mengaut kebaikan, yang sudah bertaburan di atas muka bumi ini.


 


Penutup: Kembali Kepada Al-Quran dan Sunnah.


Pengakhirannya buat bab ini, sukalah saya mengajak kita kembali kepada apa yang dinamakan sebagai ‘petunjuk’ untuk orang-orang yang beriman, bertaqwa.


“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.” Surah Al-Baqarah ayat 2.


Itulah dia Al-Quran.


Daripada Abu Hurairah Abd al-Rahman ibn Sakhar radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata: “Aku mendengar Rasulullah bersabda: Apa yang aku larang kamu daripadanya, hendaklah engkau jauhkan diri daripadanya. Apa yang aku perintahkan kamu terhadapnya, maka hendaklah kamu lakukan ia dengan sepenuh kemampuan kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu, mereka menjadi binasa disebabkan oleh banyak persoalan mereka, serta khilaf perselisihan terhadap Nabi-nabi mereka Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.


Itulah dia As-Sunnah.


Selari dengan firman Allah SWT:


“Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa Yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa Sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) Dengan jelas nyata.” Surah Al-Maidah ayat 92.


Maka rakan-rakan pembaca yang saya kasihi. Mari renjatkan diri kita dengan kesedaran ini. Santunilah Al-Quran di rumah kita, bacalah terjemahannya, dan peganglah kitab-kitab hadith sohih, dan dalamilah tafsirannya.


Sedarkan diri kita. Jadikan diri kita tahu.


Bukankah Agama ini datang dengan ayat pertamanya ialah “Iqra’”


Bukan alasan buat kita untuk sekadar ‘tidak tahu’.


Dengan kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah, kembali kepada apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW, itulah dia maknanya kembali kepada kesedaran Islam.


Di tengah kecelaruan kita terhadap identiti kita, kelalaian kita dengan kesibukan dunia, kita kembali mengenal diri kita yang sebenar, dan memahami apakah maknanya tujuan kehidupan kita di atas muka bumi ini, sistem apakah yang hendak kita gunakana, kepada siapakah kita hendak memperhambakan diri, dan apa yang perlu kita buat di dunia ini.


Dengan kesedaran Islam, kita akan menjadi manusia yang berperibadi, jelas dan berwawasan, seterusnya mempunyai kekuatan untuk mencorak dunia.


 


The post Corat-Coret Hati: Kembali Kepada Kesedaran Islam appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 30, 2014 19:28

Peringkat Diet

image


Semua orang mahukan kesempurnaan.


Tetapi bila dikurniakan.


Kita sombong.


Kita lupa bahawa yang kurniakan itu adalah Allah.


Kesenangan juga adalah ujian dariNya.


 


 


The post Peringkat Diet appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 30, 2014 06:55

Jom Selawat! 2

“ Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi ” (Hadis Riwayat Ad-Dailami)

“ Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi ”    (Hadis Riwayat Ad-Dailami)


 


 


“ Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi ”    (Hadis Riwayat Ad-Dailami)

Betapa besarnya nilai selawat kepada Rasulullah sampaikan ianya berkaitan dengan doa. Tidak susah pun nak berselawat pada Rasulullah. Amalan yang ringkas, memberi ganjaran yang besar. Semoga kita istiqomah dalam beribadah.


Jom Selawat! \(^_^)/


~ Muhammad Syahir Kushariry


 


The post Jom Selawat! 2 appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 30, 2014 00:23

January 28, 2014

Corat-Coret Hati: Muslim Itu Siapa Sebenarnya?

IMG_8616


 


Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barokatuh.


Rakan-rakan pembaca yang dikasihi, semoga kalian berada dalam rahmat dan payungan kasih Ilahi. Selalulah berdoa agar kita ditetapkan keimanan kita, bahkan diberikan rezeki untuk mempertingkatkannnya. Kerana kita hanyalah hambaNya yang lemah. Dialah juga yang memiliki kekuatan kita.


Siapakah Muslim?


Mengapa kita pergi kepada persoalan ini wahai pembaca yang dicintai?


Kerana orang yang tidak dapat membezakan antara haiwan dan manusia, tidak akan mengetahui apakah yang patut dilakukan oleh manusia. Begitulah manusia yang tidak mengetahui apakah bezanya Muslim dengan yang bukan, dia tidak akan memahami tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim/Muslimah.


Maka persoalan ini mahu saya ajak bersama untuk kita telaah, selami dan dalami, dalam artikel yang ringkas ini.



Apakah Itu Islam?


Sebelum pergi kepada pokok bernama ‘Muslim’, sebaiknya kita pergi kepada akarnya dahulu. Akar kepada pokok Muslim, namanya ‘Islam’.


Ya rakan-rakan pembaca. Jika anda seorang Muslim, adakah anda tahu apakah itu Islam?


Islam itu balik kepada perkataan asalnya, yakni ‘Salam’. Ianya berasal dari Bahasa Arab, bermaksud sejahtera. Maka ‘Islam’, secara ringkasnya ialah mensejahterakan diri dengan tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah SWT. Dengan kata lainnya, menyerahkan diri kita untuk terikat dengan apa yang Allah kata.


Islam ini tidak turun dengan semata-mata nama ‘Islam’ itu sahaja. Islam datang bersamanya Al-Quran, dan As-Sunnah. Kalam Allah SWT, dan kalam serta petunjuk Nubuwwah(Rasulullah SAW). Turunnya Al-Quran pertama sekali kepada Rasulullah SAW, dengan ayat ‘Iqra’ bermaksud ‘baca’. Bukan ‘berimanlah’, ini menunjukkan betapa Allah SWT menyusun agar agama ini, cara hidup yang bernama Islam ini, diikuti dengan kefahaman, bukan dengan perasaan yang membuta tuli.


 


Maka Seorang Muslim Itu Siapa?


Maka seorang Muslim ialah yang menundukkan dirinya kepada Al-Quran dan As-Sunnah ini, bersama-sama spiritnya sekali, yakni dengan kefahaman bukannya secara membuta tuli. Kadang manusia beragama dengan perasaan inilah yang membawa kepada sikap ekstrim. Beragama dengan kefahaman, akan membawa kepada modesti, yakni kesederhanaan.


Kerana itu muslim itu sederhana sahaja sebenarnya dia. Akhlaknya adalah akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Islam menyediakan pelbagai situasi, dalam bentuk para sahabat Nabi. Akhlak Si Kaya, ada sahabat-sahabat bernama Abdurrahman bin Auf RA, Uthman bin Affan RA, Suhaib Ar-Rumy RA. Akhlak Si Miskin, ada sahabat-sahabat seperti Bilal bin Rabah RA, Abu Hurairah RA dan sebagainya.


Semua ada. Teratur dan kemas. Islam meraikan semuanya.


 


Tanggungjawab Seorang Muslim.


Memegang sesuatu perkara, pasti ada tanggungjawabnya wahai rakan-rakan pembaca yang dikasihi.


Begitulah juga dengan memegang title sebagai seorang Muslim.


Selain memenuhi makna seorang Muslim itu sendiri – yakni tunduk dan patuh kepada Allah SWT, melalui apa yang diperintahkannya di dalam Al-Quran atau menerusi sunnah RasulNya – seorang Muslim itu juga mestilah yang peka dengan sekelilingnya. Dia tidak beragama sendiri-sendiri. Dia hidup dengan agamanya, maka agamanya adalah untuk orang sekelilingnya berkongsi kebaikannya bersama-sama.


Kerana Islam itu asasnya Rahmatan Lil Alamin.


“Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” Surah Al-Anbiya’ ayat 107.


Justeru seorang Muslim itu mestilah seorang yang berakhlak baik, membawa imej yang bersih, menjauhi perkara-perkara mazmumah, dan hendaklah dia berlaku baik serta adil kepada orang sekelilingnya.


Seorang Muslim juga tidak akan sesekali mengorbankan prinsip agamanya, untuk yang berlawanan dengannya. Kerana jelas kepadanya bahawa Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.


“Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan Yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.” Surah Ali Imran ayat 19


 


Tetapi dia menunjukkan ketinggian itu bukan dengan menghina agama lain, bukan dengan menzalimi agama lain, orang lain. Tetapi dengan dia mempamerkan keindahan Islam, melalui akhlak dan kehidupannya. Melalui ketegasannya menjaga prinsipnya dan membuktikan kebenaran prinsipnya berdasarkan hujah-hujah yang absah.


Seorang Muslim juga tidak boleh memaksa non-muslim untuk menjadi muslim. Kemasukan seseorang ke dalam Islam, menjadi seorang Muslim ini mestilah dengan keredhaan hatinya sendiri. Dengan sukarela.


Kerana itu jika diperhalusi, di dalam Islam ada istilah ‘kafir dzimmi’, yakni mereka yang bukan Islam, tetapi duduk di bawah pemerintahan kerajaan Islam, dan mempunyai hak mereka. Mereka wajib disantuni dan tidak dizalimi. Tidak pula dipaksa mereka ini memeluk agama Islam. Namun kesantunan dan penjagaan terhadap hak mereka itu jugalah merupakan salah satu dakwah kepada mereka.


Itulah dia seorang Muslim.


Indah.


 


Penutup: Apakah Kita Benar-benar Muslim?


Rakan-rakan pembaca yang saya cintai,


Perbahasan berkenaan ‘siapakah sebenarnya seorang Muslim itu?’ hakikatnya panjang. Tidak akan mampu ditampung dengan sekerat artikel ini. Bolehlah dirujuk dengan lebih mendalam pada Buku yang saya sarankan untuk anda semua membaca dan mendalaminya – Apa Ertinya Saya Menganut Islam – karangan almarhum Mujahid Dr Fathi Yakan.


Buku yang mengupas persoalan ini secara menyeluruh.


Apa yang saya coretkan ini sekerat cuma, sekadar untuk menjentik diri kita dengan persoalan:


“Apakah kita telah benar-benar Muslim?”


Ya. Marilah bersama kita melihat kehidupan kita dan menghitung dengan sedikit coretan yang saya usahakan di dalam artikel ini. Jika ya, apakah telah cukup? Jika tidak, maka apakah kita masih lagi mahu bertangguh. Lebih-lebih lagi pada kad pengenalan kita yang muslim di Malaysia ini, ada perkataan ‘Islam’ di sana. Apakah kita tidak akan bertanggungjawab dengan ‘Islam’ itu? Menutup mata dan merasakan kita akan hidup selama-lamanya tanpa dibangkitkan berdiri di hadapan Yang Esa nanti?


Saya akhiri artikel ini dengan firman Allah SWT:


“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang Yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) Yang diturunkan (kepada mereka)? dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang Yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa Yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang Yang fasik – derhaka.” Surah Al-Hadid ayat 16.


 


 


 


 


 


 


The post Corat-Coret Hati: Muslim Itu Siapa Sebenarnya? appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 28, 2014 18:09

January 27, 2014

I loved you. I love you. I’ll always love you forever

 


“Mama, can I be like you when I grow up?”

“No you can’t, your a man”


A boy learned something new at school. He couldn’t wait to share it with his mom.


After the school has ended, since his house is a stone’s throw from school, he ran back home in a flash.


His mother is a housewife so practically is always at home. The mother was a student of English Language and Literature back in her undergraduate days but she decided to become a housewife while her husband works.


As the boy reached home, he gave salam. His mom opened the door. He shouted “Mom! I have a surprise for you!”


The mother was replied the salam and asked her boy to enter the house first. She has prepared tea and crumpets for their evening dine.


They both sat at the sofa at the living room.


“What was the surprise son?” the mother smiled while hugging her son.


“Do you still remember that last week you taught me about English tenses right?” the son asked.


The mother nodded.


“Finally, I got my English past, present & future tenses correct” said the son.


“Oh yeah. Give me three examples” asked the mom.


“Easy. I loved you. I love you. I’ll always love you forever.”


***


Grammar.


Many non-English speaking people or people whose first language isn’t English disavowed English because of the existence of this Grammar.


English Grammar is normally classified into the seven parts of speech nouns, determiners, pronouns, verbs, adjectives, adverbs, prepositions, and conjunctions. It is agreeable that English Grammar is a bit confusing.


Even the basic singular and plural under the parts of speech of nouns is already confusing.


The plural of box is boxes, but the plural of ox, is not oxes but oxen.

The plural of a man is the always men. But the plural of pan is never meant to be pen.


Speak is pronounced the same as bleak, but why it’s not the same as break?

you’ll never figure it out, your life will be at stake.


Like, heard eye-rhymes with beard,

but when spoken, we are mistaken,

it rhymes with bird and word.


But with frequent practice, persistence and consistency, English Grammar can be utterly beautiful once the learner have mastered it.


 


The post I loved you. I love you. I’ll always love you forever appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 27, 2014 21:47

January 26, 2014

Corat-Coret Hati: Siapakah Kita Yang Sebenarnya?

[image error]


Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barokatuh.


Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan ketabahan buat diri saya dan pembaca, untuk mengharungi kehidupan ini sebagai hambaNya, sebagai khalifah di atas muka bumi ini untuk menegakkan kalimahNya. InsyaAllah.


Siapakah kita yang sebenarnya?


Hidup penuh dengan persoalan, dan kita kadang bertanya soalan tersebut untuk mencari identiti diri kita. Ramai juga cuba menjawabnya dengan akal semata-mata. Tetapi kita telah melewati beberapa persoalan pada artikel sebelum ini.


Jelas dan nyata kita hendak bermula dari satu konlusi – Kita ialah hamba Allah SWT.


Namun apakah semudah itu jawapannya dalam mendefinasikan siapakah diri kita?



Keimanan Menjawab


Sebagai manusia yang menyatakan keimanan kepada Allah SWT, jelas kita akan kembalikan persoalan-persoalan kita kepada Tuan Punya Kehidupan – Allah SWT.


Kita melihat betapa manusia ialah makhluk yang diberikan kemuliaan besar oleh Allah SWT.  Kita bukan semata-mata seperti haiwan, kita dikurniakan akal dan diberikan pilihan. Malaikat pun disuruh sujud kepada kita. Langit dan bumi ini sekaliannya tercipta untuk kenikmatan buat manusia. Kita dimuliakan semulia-mulianya dengan diiktiraf sebagai sebaik-baik kejadian.


“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).” Surah At-Tin ayat 4.


Maka kita hakikatnya mulia. Adalah amat tidak pantas untuk kita membazirkan kemuliaan ini, merendahkan taraf kita  dengan perkara yang boleh merosakkan imej yang baik pada diri. Kemaksiatan, keingkaran kepada Allah SWT, akhlak yang buruk, yang semuanya merendahkan kemuliaan yang wujud pada diri kita.


Kita sebenarnya mulia, maka mengapa memilih merendahkan taraf diri kita?


“Wahai manusia! apakah Yang memperdayakanmu – (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu Yang Maha Pemurah? Tuhan Yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan Yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan Dengan kekuatannya. Dalam bentuk dan rupa apa sahaja Yang dikehendakiNya, ia menyusun kejadianmu.” Surah Al-Infitor ayat 6-8.


Allah SWT juga memuliakan kita dengan menurunkan Al-Quran sebagai panduan, diberikan kepada kita pilihan untuk melakukan kebaikan atau keburukan, sebagai tanda penghormatan kepada akal yang diciptakanNya.


Tidaklah ayat pertama Al-Quran kala diturunkan ialah “Wahai manusia, berimanlah!”


Tetapi Allah SWT menurunkan ayat pertama Al-Quran dengan arahan agar kita membaca, jelas untuk menjentik akal kita agar mencari ilmu, moga kita beriman dalam kefahaman bukannya beriman dengan semata-mata perasaan. Ini jelas sebuah kemuliaan. Kita tidak dilihat sebagai robot oleh Allah SWT. Kita dimuliakan, diyakini bahawa kita mampu membuat pilihan yang terbaik.


“Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk)” Surah Al-‘Alaq ayat 1.


Maka apakah respon kita, bila kita mengetahui akan kebenaran berkenaan diri kita?


 


Kita Yang Akan Dibangkitkan Semula


Rakan-rakan yang dikasihi,


Kita juga akan dibangkitkan semula. Kita akan berdiri di hadapan Allah SWT membawa setiap detik kehidupan kita untuk dipersembahkan kepadaNya. Ia juga sebahagian definisi akan siapakah sebenarnya kita. Yakni merupakan sepenuhnya milik Allah SWT. Datang daripada Allah, balik kepada Allah, dan hidupnya perlu di bawah petunjuk Allah SWT.


“dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi Segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan Dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan Sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan Yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari Akhirat)”  Surah Al-Ankabut ayat 64.


Sungguh di samping kemuliaan yang Allah berikan, kita juga mempunyai kelemahan-kelemahan, dan antara yang pasti ialah kematian. Kemudian kita akan dibangkitkan, mempersembahkan amalan. Jelas menjadikan dunia yang kita hidup hari ini sebagai sebuah peluang untuk menjadi yang diredhaiNya. Dunia ini hanyalah kesenangan yang menipu daya, yang cuba untuk mengabui kita dari destinasi sebenar kita, tujuan kita diciptakan.


Dan itulah ujian kita.


Menjadi tanggungjawab kita, untuk menyedari, dan menarik keluar diri kita dari kealpaan.  Perlulah  kita menyedari siapa diri kita yang sebenarnya. Manusia yang mulia pada asalnya. Terciptanya di syurga. Dikurniakan akal untuk membuat pilihan. Maka mengapa kita tidak menghargainya? Mengapa kita membiarkan diri kita terus tertipu wahai rakan-rakan pembaca?


Nanti kala dibangkitkan semula di hadapan Allah SWT, bagaimanakah kita akan menceritakan kepadaNya akan sikap kita terhadap kemuliaan yang telah diberikanNya?


 


Penutup: Menghargai Kejadian Kita


Mengapa ya wahai rakan-rakan pembaca, kita sering sahaja merasakan bahawa kita bukan sesiapa, lantas kita habiskan segenap hidup kita dengan perkara yang sia-sia?


Kita hakikatnya ialah makhluk Allah yang mulia, yang hebat, diberikan tanggungjawab besar untuk mentadbir bumi ini.


Maka mengapa ya kita suka mengisi kehidupan kita dengan perkara yang sia-sia?


Mengapa tidak, selepas kita bermuhasabah sebentar ini, dan kemudian melihat kehidupan kita semula, seterusnya bertindak mula menyusun pengisiannya agar memenuhi kemuliaan yang ditakdirkan buat kita?


Tidakkah kita melihat bahawa Allah memuliakan kita semenjak kita mula diciptakan, kemudian Allah jualah yang sentiasa memotivasikan kita agar terus memuliakan diri kita dengan kebaikan-kebaikan?


Tidakkah kita membaca firman-firman Allah SWT:


“Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya) dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke Dalam taman-taman Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal Yang baik Dalam syurga ‘Adn. itulah kemenangan Yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia Yang kamu sukai, Iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan Yang cepat (Masa berlakunya). dan sampaikanlah berita Yang mengembirakan itu kepada orang-orang Yang beriman. Wahai orang-orang Yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (Keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!” (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang Yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang Yang menang.” Surah As-Sof ayat 10-14.


Marilah kita sahut seruan kemuliaan ini!


The post Corat-Coret Hati: Siapakah Kita Yang Sebenarnya? appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 26, 2014 17:11

Bumi Syam : Secangkir Ibrah Perjuangan

 


visit-jordan

                                                                                            Bumi Syam : Jordan ~picture from http://garagecp.com/


 


Perjalanan dari Amman, Jordan ke sempadan masuk Arab Saudi tidak terlalu lama. Sekitar dua jam setengah. Namun, urusan di Imigresen kedua-dua pihak nyata membosankan. Hampir lima jam masih tidak selesai.


Masing-masing bermasam muka. Kami rombongan pelajar Madinah mengutuk-mengutuk birokrasi arab. Teruk cara mereka bekerja. Zaman kian maju, tetapi mereka tetap mundur. Mundur pemikiran dan cara kerja.


Ah, Malaysia juga tidak jauh beza. Mungkin agak cemerlang jika hendak dibandingkan dengan arab.


Pemeriksaan imigresen Arab Saudi sangat ketat. Semua beg dibongkar. Tidak berpuas hati, dimasukkan pula ke mesin pengesan.


Menunggu semua penumpang selesai sangat meletihkan. Kami berperang dengan mengantuk dalam cuaca sejuk. Dinginnya tembus meskipun dibalut pakaian tebal. Tangan digosok-gosok. Langsung tidak mengurangkan kesejukan.


Pukul 2.30 pagi. Selesai pemeriksaan, kami bergegas menaiki bas. Perlahan-lahan kawasan sempadan ditinggalkan.


Lega.


Sudah 30 minit perjalanan. Bas sunyi sepi. Masing-masing sudah tenggelam dalam tidur yang nyenyak. Saya keseorangan masih termangu-mangu.


Mata berusaha dipejam. MP3 dimainkan. Earphone dipasang di telinga. Namun masih sukar melelapkan mata.


Akhirnya earphone dicabut dari telinga. MP3 dimatikan. Saya menyelak langsir tingkap. Pandangan dilontarkan jauh ke luar. Gelap.


Ada 10 jam perjalanan berbaki sebelum sampai ke Madinah. Sangat jauh.


Fikiran dibiarkan berterbangan. Kenangan-kenangan berharga selama dua minggu di Jordan diputarkan semula. Indah. Ia bukan sekadar pelancongan sekadar seronok-seronok. Ia juga pelancongan spiritual yang berkesan. Itu pun bagi sesiapa yang mencoraknya begitu.


Secangkir ibrah perjuangan.


Tiba-tiba hati terkenangkan kembali sahabat-sahabat baginda rasul yang meninggal di bumi Syam. Makam-makam mereka  sempat kami lawati tempoh hari. Tidaklah kami melakukan amalan yang tidak dilandaskan islam tetapi sekadar untuk mengutip bekalan perjuangan.


Muaz bin Jabal


Abu Ubaidah Al-Jarrah


Abdullah bin Rawahah.


Zaid bin Harithah


Jaafar bin Abu talib


Dhirar Al-Azwar


Jaafar Attoyyar dan ramai lagi.


Tidak sedikit sebenarnya para sahabat yang meninggal di Jordan. Subhanallah. Saya membayangkan bagaimana mereka bertebaran begitu jauh demi memperjuangkan islam yang tercinta.


10 jam perjalanan kami menaiki bas sudah terasa sangat menyesakkan. Lenguh, sejuk dan tidak selesa. Lalu bagaimana mereka para sahabat dahulu.


Hanya kuda dan unta menjadi tunggangan. Mereka mengharungi luas padang pasir siang dan malam berbulan-bulan. Tiada perhentian makan dan rehat seperti yang tersedia kini.


Mereka tidak pergi untuk bersenang-senang. Mereka pergi menggalas amanah perjuangan.


Apakah yang menyebabkan mereka begitu utuh memilih perjalanan jauh dari Madinah ke Syam?


Kerana mereka patuh kepada perintah rasul. Kerana mendambakan syahid dalam peperangan Yarmuk dan Mu’tah. Kerana mereka tahu ada syurga yang menanti mereka.


Bukan mudah meninggalkan Madinah tercinta. Bukan senang meninggalkan kekasih tercinta Rasulullah. Namun, kecintaan pada baginda itu bukan hanya sentiasa mendampinginya. Tetapi bersetuju untuk berpisah. Berpisah demi perjuangan menegakkan islam dalam kehidupan ummat.


Teringat saat rasulullah menghantar Muadz ke Yaman untuk mengajarkan Al-Quran. Kata nabi kepada Muadz penuh kasih. “Sungguh, aku mencintaimu”


Lalu baginda mewasiatkan kepada Muadz dengan bersabda : “Wahai Muadz, Kemungkinan kamu tidak akan dapat bertemu lagi dengan aku selepas tahun ini.” Sabda nabi itu membuatkan Muadz menangis teresak-esak.


Allahu Allah. Muadz bin Jabal menyedari hakikat peritnya perpisahan dengan kekasihnya. Namun, tanggungjawab dakwah di pundaknya. Dan bukti cinta dan kasihnya adalah dengan bersungguh-sungguh melaksanakan amanah dakwah itu.


Skrin perang Mu’tah pula berlegar-legar diminda. Peperangan dasyat itu menyaksikan bilangan muslimin yang hanya 3000 orang. Mereka terpaksa menentang  100 000 tentera Rom yang bergabung dengan 100 000 tentera daripada kabilah arab.


Jumlahnya nyata tidak masuk akal. Bagaimana tentera muslimin dengan jumlah sesedikit itu mahu menentang angkatan tentera besar yang lengkap dengan senjata?


Rasullullah telah melantik anak angkat baginda, Zaid bin Harithah mengetuai angkatan muslimin. Baginda berpesan Jaafar bin Abi Thalib menggantikan jika beliau syahid. Abdullah bin Rawahah pula akan menggantikan  jika Jaafar gugur syahid. Ada getaran pada pesan baginda.


Semangat jihad yang tinggi serta keinginan untuk syahid menjadi pembakar. Para sahabat berjuang bersungguh-sungguh. Medang perang Mu’tah berkecamuk.


Perperangan yang dasyat itu menumbangkan panglima islam satu persatu. Zaid bin Harithah terkena tikaman musuh semasa memegang panji. Jaafar menggantikan seperti yang dipesan Rasullulah.


Jaafar bersungguh-sungguh menjaga panji. Akhirnya beliau juga syahid setelah putus kedua-dua tangannya. Ibnu Umar meriwayatkan bahawa terdapat lebih 90 tikaman pada tubuhnya.


Abdullah bin Rawahah  tampil mengambil alih. Beliau juga syahid.


Akhirnya, saifullah Khalid al-Walid telah dipilih untuk mengetuai angkatan perang. Strategi disusun semula dan akhirnya musuh berundur. Allah mencampakkan ketakutan kepada musuh-musuh islam.


FirmanNya dalam Al-Anfal. Ayat 12.


“Sesungguhnya aku bersama kamu, maka tegakkanlah pendirian orang-orang yang beriman. Kelak aku akan menjatuhkan perasaan takut ke hati orang-orang kafir.”


Perjuangan kita dan mereka


Hati saya diketuk-ketuk dengan soalan sendiri.


Para sahabat dan kita, bagaimana jaraknya? Iman kita. Amalan kita. Perjuangan kita.


Betapa kita mengaku kita seorang pejuang. Namun kita masih lagi seorang yang manja-manja. Dikutuk, dicaci dan direndahkan sudah terasa pedih sakitnya. Para sahabat dahulu ditetak tubuh mereka. Bersusah payah berlapar. Diseksa dan dibunuh.


Apalah sangat yang susah pada perjuangan kita berbanding mereka?


Subhanallah. Air mata dikesat perlahan. Hati benar-benar terkesan.


Panas dengan birokrasi arab tadi mula sejuk. Nabi dan para sahabat juga adalah arab. Dan Allah memilih bangsa arab untuk mengangkat islam ke seluruh dunia.


Jam sudah 3.47 pagi. Malam kian pekat. Mata semakin mengantuk. Saya tenggelam dalam tidur.


 


 


The post Bumi Syam : Secangkir Ibrah Perjuangan appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 26, 2014 01:23

January 25, 2014

Corat-Coret Hati: Tiga Persoalan Kepada Diri

Irbid Family


 


Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barokatuh.


Rakan-rakan yang saya hormati, sesungguhnya kadang apabila kita melalui kehidupan ini, kita dihujani dengan pelbagai pertanyaan kepada diri.


Siapakah aku?


Mengapa aku diciptakan sebegini?


Untuk apa aku diciptakan?


Persoalan-persoalan yang menjurus kepada mencari sebuah matlamat. Sebuah garisan tamat. Yang jawapannya akan membuatkan kita jelas bagaimana hendak mengisi kehidupan ini. Apabila persoalan-persoalan ini tidak selesai, jiwa ini terasa gundah, dan serba salah. Terasa kosong.


Ianya tidak akan disedari, sehinggalah sesuatu yang besar dan kuat menghentam kehidupan kita. Kala itu barulah kita mengetahui betapa rapuhnya kehidupan kita yang kosong, dan mula tertanya-tanya persoalan yang dibangkitkan tadi.



Tiga persoalan utama


Cuba untuk menenangkan keresahan, mari kita cuba kembali kepada tiga persoalan yang saya kira masyhur. Saya memandang bahawa tiga persoalan ini merupakan persoalan-persoalan paling asas dalam kehidupan kita.



Dari mana aku datang?
Mengapa aku didatangkan?
Ke mana aku akan pergi?

Secara ringkas, tiga soalan ini telah merangkumi awal, semasa, dan pengakhiran kita.


Ya, adakah kita pernah bertanya kepada diri kita akan tiga persoalan ini?


 


Persoalan pertama – Dari mana aku datang?


Sebagai seorang manusia, soalan ini semestinya kita ajukan kepada Tuhan. Kerana kita mestilah meyakini bahawa ada Tuhan yang menciptakan kita. Kerana jika hendak difikirkan, sungguh tidak logik dunia yang sebegini hebat lagi teratur sistemnya, tercipta sendiri secara  tiba-tiba tanpa tidak sengaja.


Maka Tuhan yang diyakini oleh orang Islam ialah Allah SWT. Walaupun kita tidak boleh berbicara secara dua hala dengan Allah SWT sekarang ini, tetapi telah Allah SWT menurunkan Al-Quran untuk menjawab persoalan-persoalan penting dalam kehidupan kita.  Lihatlah jawapan Allah SWT akan penciptaan kita:


“ Wahai sekelian manusia, jika kamu masih ragu-ragu terhadap hari kiamat, sesungguhnya Kami (Allah) telah jadikan kamu dari tanah, kemudian  daripada air mani, dari  air mani menjadi darah sampai ia menjadi sepotong daging yang telah sempurna kejadiannya dan yang belum sempurna, supaya Kami beri keterangan kepada kamu dan Kami tetapkan di dalam kandungan (rahim) ibu mengikut kehendak Kami, sampailah waktu tertentu maka Kami keluarkan kamu dari kandungan ibumu menjadi kanak-kanak sampai kamu menjadi  orang dewasa. Di antara kamu ada yang dimatikan dan ada yang dipanjangkan   hidupnya sampai terlalu tua hingga tidak mengetahui apa-apa sedangkan sebelumnya kamu mengetahui“  Surah Al Hajj ayat 5.


Begitu detail. Begitu teratur susunannya. Dan ayat  ini turun lebih 1400 tahun lampau, kala tiada teknologi X-ray, turunnya di tengah kaum Arab yang mundur dari segi ketamadunan dan teknologi, turunnya pula kepada Muhammad Rasulullah SAW yang ummi(buta huruf).


Maka persoalan pertama terjawab – sesungguhnya kita datang daripada Allah SWT.


Allah SWT  menciptakan kita!


 


Persoalan kedua – Mengapa aku didatangkan?


Baiklah, kita diciptakan oleh Allah SWT. Maka mengapa Dia menciptakan kita? Untuk apa?


Persoalan ini adalah kunci kepada pengisian hidup kita. Tanpa memahami dengan jelas persoalan ini, kita mungkin akan mengisi kehidupan kita dengan perkara yang tidak bermakna dan sia-sia.


“ Tidak  Aku (Allah) ciptakan jin  dan  manusia, melainkan untuk mereka mengabdikan diri(kepada Aku)” Surah Adz Dzariyaat ayat 56.


Ya, kita diciptakan ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Jawapan ini nampak ringkas. Dan kadangkala mendatangkan persoalan yang pelbagai lagi seperti – “Apakah hidup ini adalah untuk diri dipenjarakan di dalam Masjid?”


“Apakah orang Islam ini kena hanya baca Al-Quran, Solat dan Zikir?”


“Tak boleh kerja jadi jurutera atau pergi belajar sains kalau macam itu?”


Di sini adalah kesilapan ramai orang dalam melihat dalil-dalil Al-Quran. Kerana hendaklah Al-Quran itu dilihat secara menyeluruh sebenarnya. Maka jangan sesekali lupa bahawa antara tujuan kita diciptakan juga ialah untuk menjadi khalifah, pemimpin, pentadbir di atas muka bumi ini.


Perhatikan firman Allah SWT:


“Dan ingatlah ketika Tuhan kamu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku ingin menciptakan untuk bumi ini khalifah. Maka mereka berkata: Apakah Engkau ingin menciptakan untuk bumi itu mereka yang akan membuat kerosakan di atasnya dan menumpahkan darah, sedangkan kami ini bertasbih memujiMu dan mensucikanMu? (Allah menjawab:) Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang tidak kalian ketahui.” Surah Al-Baqarah ayat 30.


Bertitik tolak dari ayat ini, kita akan berjaya menjawab mengapa kita diciptakan.


Ianya bukan permainan. Bukan juga sebuah kesia-siaan.


Ianya ialah tanggungjawab. Tanggungjawab untuk menjadi pemimpin berjiwa hamba. Maka menjadi pemimpin itu pastinya memerlukan ilmu-ilmunya juga. Maka tidaklah boleh kita nyatakan bahawa ilmu seperti Sains, atau perkara seperti politik, sukan, ekonomi dan sebagainya bukan sebahagian daripada Islam dan menceburinya bukan ibadah. Tidak boleh. Kerana jika kita buta ilmu-ilmu yang sebahagian konservatif gelarkan sebagai ‘keduniaan’ itu, kita tidak akan mampu memenuhi tuntutan menjadi pemimpin, yang Allah SWT nyatakan kala hendak mencipta kita.


Tetapi hendaklah juga wahai rakan-rakan, penting untuk kita sedari bahawa bukanlah pemimpin ini bermaksud kita mesti menjadi menteri, pegang jawatan dan sebagainya. Cukuplah kita melihat perkara ini bermula dengan memimpin diri sendiri dan keluarga.


Memimpin ke arah menjadi hamba, memenuhi tujuan yang dinyatakan di dalam Surah Adz-Dzariyyat ayat 56 tadi.


Nah, bukankah kini hidup kita sudah punya tujuan?


Ianya adalah untuk memimpin diri agar menjadi seorang hamba Ilahi sejati!


 


Persoalan ketiga – Ke mana aku akan pergi?


Maka akhir sekali, kita tiba kepada persoalan yang kadang membingungkan. Kerana kita bertanyakannya kala kita masih hidup. Kala masa masih ada buat kita. Kala nyawa masih melingkari jasad kita. Justeru sukar untuk kita cuba menyelami perkara yang masih belum terjadi. Yakni ke mana akhirnya kita ini? Ke mana kita akan pergi di dalam kehidupan ini? Apakah penghujung, destinasi, kehidupan kita ini?


Kepada Allah SWT jualah wahai rakan-rakan pembaca, kita pulangkan persoalan ini.


“ Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan  kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali.“ Surah An Najm ayat 42 – 44.


Kita akan pulang itu juga kepada Allah SWT. Dia yang menciptakan kita, kepadaNya kita kembali. Kembali pula bukan untuk sekadar menjadi debu, tetapi adalah untuk dihitung. Dinilai segala tindakan dan amalan kita di atas muka bumi.


Sesuai dengan firmanNya yang menjelaskan kepada kita akan realiti ini.


“Barangsiapa yang melakukan walau sebesar zarah perbuatan baik, maka dia akan dihitung. Dan barangsiapa yang melakukan walau sebesar zarah perbuatan jahat, dia juga akan dihitung.” Surah Al-Zalzalah ayat 7-8.


Pernah ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013, yang berlangsung di PWTC, seorang adik bertemu dengan saya dan bertanya: “Abang Hilal, apakah maknanya hidup?”


Saya menjawab: “Ianya adalah peluang untuk kita ke syurga Allah SWT.”


Justeru titik kematian adalah apa yang kita perlu berikan perhatian. Jangan dipandang sambil lewa wahai rakan-rakan. Telah berlalu sebelum kita orang-orang yang lain, tidak dapat kita hendak nafikan bahawa kematian akan berlaku untuk mengakhiri kehidupan kita.


Tinggal, selepas kematian itu belum lagi kita saksikan apa yang terjadi. Namun Allah SWT, Tuhan kita menyatakan bahawa kita akan kembali kepadaNya, akan dihitung dan dinilai.


Justeru apabila soalan ketiga ini telah terjawab, kita sedar tidak dapat tidak kita perlu memenuhi tanggungjawab kita dalam sub topik sebelum ini – Mengapa Aku Didatangkan? – agar kembalinya kita kepada Pencipta kita, kembali dalam keadaan yang baik dan dialu-alukan.


 


Penutup: Penyusunan Hidup Sebagai Permulaan Sedar


Rakan-rakan pembaca yang saya kasihi,


Sampai kita pada penutup bab ini. Tidak perlu rakan-rakan tergesa-gesa untuk membaca pula helaian-helaian yang lain yang terdapat di website ini. Cukup sekadar kita bersama-sama rehatkan diri dan melihat semula kehidupan kita.


Kita memeriksa semula, memperdalami tiga persoalan yang baru kita bincangkan tadi, dan melihat  kembali kepada diri.


Apa yang sedang kita lakukan sekarang ini?


Jikalah kita disengat sedar, bahawa kita perlu lakukan sesuatu, kehidupan kita ini perlu diisi, maka saya menyarankan kepada diri saya juga rakan-rakan pembaca agar mula menyusun kehidupan.


Kita telah diciptakan. Tetapi kita belum lagi dipanggil pergi. Jika tidak masakan anda berpeluang membaca coretan ini. Maka yang ada pada kita sekarang ialah peluang untuk memenuhi tujuan penciptaan kita. Menjadi pemimpin yang berjiwa hamba.


Maka susunlah kehidupan kita untuk memenuhi tujuan itu. Mula dengan pembinaan diri. Mula dengan membuang dosa-dosa yang mampu dibuang. Mula dengan menambah amal-amal kebaikan yang mampu ditambah. Kita mula melihat kehidupan kita ini bertujuan, berdestinasi, yang mana kita tidak boleh lagi membazirkan masa kita leka dan alpa sendiri.


Bergeraklah tanda sedar.


Sesungguhnya tidak cukup sekadar rasa menyesal akan kekosongan hidup kita, akan tidak bersemangatnya kita dalam menghadapi kehidupan ini.


Bangkitlah dengan tindakan, untuk menjadi yang lebih baik lagi.


Bersama-sama, saya dan anda, insyaAllah.


Sekian untuk bab ini. Semoga anda dirahmati Allah SWT.


 


 


The post Corat-Coret Hati: Tiga Persoalan Kepada Diri appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 25, 2014 22:27

Don’t Call Him That!

Past and Future


“Assalamualaikum warahmatullah…” I finished my prayer with salaam. I looked up from the carpeted floor. There were a few people still praying. Some were just sitting, talking to one another. They were all scattered in the praying hall. One man caught my attention. He was sitting alone with his head down. His eyebrows furrowed, as though he was thinking of something very serious.


“Assalamualaikum ustaz,” a voice pulled me away from the man. I looked to the source of the voice. It was Ustaz Hakim. He sat next to me. “Can you be imam for Subuh prayer tomorrow? Something’s come up with my family. I have to go back to hometown for a couple of days.” He looked grim.


I nodded. “Sure, it’s no problem,” I said. “What’s the emergency?”


“It’s my father-in-law, he’s had a stroke.” Ustaz Hakim said darkly.


“Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un,” I replied quietly. “May he be cured from this illness and not get sick till his time has come.”


“Thanks, ustaz,” he said gratefully. I smiled. “I have to go now, we’re leaving before dawn tomorrow. Assalamualaikum.” He held his hand in front of me.


I shook his hand and he left. I looked again to the surroundings. There were just two persons in the mosque now; me and the man earlier. I looked at the clock on the wall. It was 9.45 pm. Most of them must have gone back, I thought. It’s already late, after all.


I stood up and walked towards the light switches. The man, realising that I was moving about, quickly stood up as well and approached me from the side.


“Emm, emm… Assalamualaikum ustaz,” he meekly greeted me.


“Wa’alaikumussalam,” I said while turning my body to face him. He was holding his head down. His hands were slightly shaking. I could see his shoulders shivering as well. “Are you okay?” I asked him.


He shook his head. “No, ustaz. I’m not. I need…” He took a deep breath to calm himself and swallowed hard. “I need help, ustaz.” I looked at the man in front of me with serious eyes. Help? What kind of help? I thought silently.


“What sort of help do you need?” I asked him politely. He seemed nervous for some reason.


“I… I have a problem, ustaz,” he spoke up after a while, “and I want to fix it.” I nodded.


“Okay. What sort of problem?” I encouraged him to go on.


“Drinking problem,” he said shortly. I looked at him upon hearing his words, but said nothing. He hung his head in shame. “If you…” he started.


“I’m sorry. I’ll be honest,” I cut him off. “I don’t really know what I’m supposed to do here. I think you should go and see a counselor. It’s better for you.”


He raised his head to look at me. His eyes were serious, as if he was determined that I had said something wrong. “No, ustaz. I don’t want to go to counselor. If anyone finds out…” he trailed off.


I nodded understandingly. The stigma of going to a counselor must be too much for him, I thought. It’s not his fault though. The perception of the society shapes it. To them, if you’re seeing a counselor, that means you have a problem.


“Okay then. How do you want to fix your problem?” I asked him. “I’m not sure what I can do, though. If what you ask is too much, I’m afraid I have to turn you down.”


“It’s not much, ustaz,” he continued. “I just wanted to sit down and learn some things about Islam from you.” I fell silent. Here is a guy who wants to better himself. I shouldn’t push him away from the opportunity


“Emm…” I mumbled. “Okay, I can do that, Insya-Allah.” His face lit up at my words. “But we have to think of a time that suits the both of us.”


“We’ll follow your time, ustaz,” he said quickly. “I’m sure you’re quite busy.”


“Hahaha…” I laughed. “How about this time? 9 to 10, every Friday night? Is that okay with you?”


“Yes, ustaz, it’s good with me,” he agreed. “When do we start?” I smiled. He was eager.


“Next week,” I decided. He smiled again. I held out my hand and he took it. We shook hands.


“Oh, before I forgot,” I started. “What’s your name? I’m Arif.”


“My name is Hussin, ustaz,” he replied happily.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


“Hussin, I have something to tell you,” I said to him. We had just finished our class. It was a month after our first lesson.


“What is it, ustaz?” He looked at me with curiosity.


“I have to go to a conference for next week, which means I can’t have class with you then.” Hussin was quiet. “But, don’t worry,” I continued. “Ustaz Hakim will cover for me next week. That way the class is still as usual.” I smiled reassuringly.


Hussin nodded. “Okay, ustaz. Emm, do you mind telling me how Ustaz Hakim looks like? I want to meet him before our class.”


“There’s no need,” I said with a smile. “That’s him, right there.” I pointed to a spot at the first row. Ustaz Hakim was reading al-Quran in a soft voice. Hussin turned to look at him. Instantly his face turned sour.


“Oh, him,” he simply said.


I was shocked at his reaction. “Why? What’s wrong?” I asked Hussin.


“Nothing, ustaz.” He smiled at me. “I’ll talk to him later. Thanks for today’s lesson. Assalamualaikum.” He got up and left. I was puzzled by his actions, but said nothing.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


“Ustaz Hakim, assalamualaikum!” I called out to him one evening. I had just returned from the conference. We were at the same mosque as last time. He was standing in front of the notice board, reading the notices.


“Oh, ustaz Arif. Wa’alaikumussalam,” he responded curtly. His demeanour changed as soon as he noticed me. I walked to him and shook his hand.


“How was Hussin yesterday night? Did you teach him something?” I asked.


Ustaz Hakim turned faced the board again. “Yeah, I did. But I don’t know if he understood it or not,” he said nonchalantly.


“Why? What happened?” I pressed him to explain.


“He asked too many questions, that man. It’s like he didn’t even know the basics!” He said in an annoyed tone. “Even children didn’t ask as much as him. ‘Ustaz, why this? Ustaz, why not that?’ Ergh, it’s a wonder how you put up with him!”


I fell silent. True, Hussin liked to ask many irrelevant matters, but I always managed to get him back on track by making him answer his own questions. I would only tell him the facts, and then asked him to figure it out.


“And one more thing,” Ustaz Hakim added. “Did you know he’s a drunkard? I bet he mugs people too. Who knows what else he does to get rid of his drinking problem.” His face twisted into disgust.


I began to feel angry at the words Ustaz Hakim had uttered. “Stop it.” I said sternly. “How do you know he’s a drinker? And what proof do you have to say he’s a mugger as well?”


“He himself confessed to me.” Ustaz Hakim explained. “He came to me one day, after Zuhur prayer. He said that he wanted to ask for my help. He said he has a drinking problem, and that he wanted to quit.”


I fell silent. So, it wasn’t the first time he approached an ustaz. And judging by his reaction, it’s no wonder that Hussin was hesitant in approaching me. And then I realised. Hussin did not like it when I told him that Ustaz Hakim would be replacing me. This was the reason.


“And the mugging? How do you know about that?” I asked him to clarify.


It was Ustaz Hakim’s turn to fell silent. I looked at him with inquiring eyes. He avoided my gaze. After a few moments, I said, “Well?”


“Alright, I didn’t know. I just assumed. But it’s bound to happen, sooner or later.” Ustaz Hakim finally confessed.


I shook my head. “That’s wrong, Ustaz. You don’t assume on a person just because he made a mistake. Yes, he drinks. But that’s all. There’s nothing to prove that he has done something else that is bad.”


“Remember a hadith by Abu Hurairah about a drunkard who went and confessed his sins to the Prophet S.A.W.?” I continued on, not letting him speak. “In that hadith, the man gets the punishment for drinking, but when the people punishing him began to insult him, what did Prophet Muhammad S.A.W. do? He stopped those people from saying such things!”


“We can punish him for drinking, but that’s all. We can’t simply accuse him doing some other crime. We would be helping the devils that way.” Ustaz Hakim was still silent. His head dropped a bit.


“Sorry,” he finally said.


“It’s not me you should be apologising to.” I said. “Hussin’s the one you want.” He nodded.


“Yeah, you are right. Next time I see him, I’ll apologise.”


“Great,” I said. “Well, I haven’t prayed ‘Asar yet, so excuse me.”


“Thanks for the reminder,” Ustaz Hakim said. “I forgot about that.”


“It’s no problem. Assalamualaikum.”


“Wa’alaikumussalam.” We shook hands, and I walked towards the ablution area.


The post Don’t Call Him That! appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 25, 2014 07:21

Jom Selawat!

Tidak susah pun kan. Amalan yang ringkas, memberi ganjaran yang besar. Semoga kita istiqomah dalam beribadah. Jom Selawat!

Tidak susah pun kan. Amalan yang ringkas, memberi ganjaran yang besar.
Semoga kita istiqomah dalam beribadah.
Jom Selawat!


 


 


The post Jom Selawat! appeared first on Langit Ilahi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 25, 2014 06:43