Hilal Asyraf's Blog, page 82
January 4, 2014
Pemuda : 10 Tips Membina Harapan dan Impian
Credit to eugeniaclara @ deviantart
Bismillahirrahmanirrahim!
Saya mulakan coretan di awal 2014 ini dengan berkongsikan tips bagaimana mengajak diri kita membina sebuah harapan dan impian kemudian berusaha untuk mencapainya.
Sebagai pendahuluan, tanyakan diri sendiri, apakah kita punya harapan dan impian untuk masa depan kita? Percayalah manusia masih tetap mahu meneruskan kehidupan kerana mereka percaya bahawa mereka punya harapan dan impian untuk dicapai.
Seorang ayah akan rela bekerja keras untuk mencari nafkah, kerana masih adanya harapan untuk mampu membiayai keluarganya. Seorang Ibu akan sanggup bergolok gadai mencari wang untuk merawat anaknya, kerana masih percaya adanya harapan bahawa anaknya akan menjadi sihat kembali. Seorang anak juga akan tetap semangat menjalani hidup hanya kerana adanya harapan di depannya. Seorang pelajar dan mahasiswa akan setia menekuni pelajaran kerana percaya dia punya harapan cerah pasca pembelajarannya. Tanpa harapan, mustahil seseorang akan tetap berjuang. Sebuah pasukan, sekuat apapun, jika tanpa punya impian dan harapan untuk menang tidak akan mungkin bersemangat untuk bertanding.
Dalam tarbiyah Rasulullah SAW , Baginda SAW juga mendidik para sahabat dengan sebuah harapan yang pasti. Ironinya ketika Perang Khandaq ataupun Perang Ahzab berlaku pada tahun 5H telah diriwayatkan di dalam sebuah hadis Nabi SAW, ketika baginda SAW sedang menggali parit sebagai persiapan menghadapi perang tersebut, mereka terjumpa sebuah batu besar. Para sahabat cuba memecahkannya tetapi tidak berjaya.
Kemudian, Nabi SAW mengambil penukul, Baginda SAW berdoa lalu memukul batu itu. Pada pukulan pertama, kelihatan percikan api dan batu itu pecah separuh. Pada pukulan kedua, kelihatan lagi percikan api dan batu itu pecah semuanya.
Kemudian, Baginda SAW bersabda (yg bermaksud):
“Pada pukulan pertama, aku melihat gedung dan istana-istana kisra di Hirab (Parsi). Pada pukulan kedua, aku melihat istana-istana merah di Romawi (Rom). Sesungguhnya umatku pasti mengalahkan mereka.”
Situasi ini berlaku ketika Islam bakal menghadapi kehadiran gerombolan besar tentera Quraish dan pakatannya sedangkan tentera Islam dalam tekanan. Namun Rasulullah SAW memberikan satu harapan pasti bahawa Islam akan menumbangkan kerajaan besar jahiliah. Harapan ini bukan harapan palsu atau dongengan. Hadis itu terbukti kebenarannya apabila akhirnya dua kuasa besar itu dapat dikalahkan oleh tentera Islam. Parsi dikalahkan semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar dan Rom dikalahkan semasa pemerintahan Saidina Umar.
Sebuah lagi hadis Nabi SAW yang telah memberi kesan besar kepada impian dan harapan seorang anak muda; bersabdanya Nabi SAW
“…Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Sultan Al Fateh telah berangkat dengan penuh harapan dan keyakinan teguh menuju ke Kota Konstantinopel. Akhirnya, pada 20 Jamadil Awal, 857H bersamaan 29 Mei, 1435M barulah Kota Konstantinopel berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh.
Alhamdulillah, kini kita berkobar-kobar untuk memiliki harapan dan membina impian. Saatnya untuk kita mulai “bekerja” sekarang untuk mengejar segala harapan anda semua.
Bagaimana untuk kita sentiasa memiliki harapan, impian dan bekerja untuk mencapainya?
Tips 1 # Fikirkan tentang kehidupan anda dan mulalah membina harapan dan impian. Tanya diri anda, “Aku tidak punya tujuan hidup?”. “Aku tidak layak berjaya?”. “Aku tidak mahu masuk syurga Allah SWT?”. “Aku mahu berterusan lemah dan ketinggalan?”.
Jika anda menjawab “Ya,” bermakna anda sudah menghentikan kehidupan anda. Tidak perlu membaca tulisan saya yang seterusnya. Mengapa? Kerana anda tidak percaya dan yakin janji Allah SWT bahawasanya;
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)
Belajarlah menyelami jiwa dan terima hakikat yang kewujudan kita di dunia ada tujuannya dan disebalik tujuan itu adanya harapan dan impian.
Jika jawapan anda ialah “Tidak Benar,” bererti anda sudah yakin mempunyai harapan dan impian. Harapan untuk terus hidup. Harapan untuk memiliki kehidupan yang lebih baik, di dunia dan akhirat. Yakinlah, anda tidak diciptakan untuk menjadi orang kalah dan tidak punya harapan. Tetapi anda diciptakan Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi untuk memberikan kemakmuran dan kesejahteraan. Langkah kita adalah langkah mengejar harapan yang digalaskan di atas bahu kita. Sudah jelas sekarang bahawa kita harus dan sudah punya harapan? Tahniah. Sekarang kita sudah boleh memulakan”kerja”, menuju kepada harapan. InsyaAllah.
Tips 2 # Perhatikanlah orang di sekeliling anda. Anda boleh belajar banyak daripada mereka yang berjaya. Fikirkan tentang seseorang yang sentiasa berfikir dan berusaha untuk masa depannya, kemahuan dan cita-citanya, impian dan pengorbanan untuk merealisasikan harapannya.
Perhatikan individu yang sentiasa melakar kejayaan demi kejayaan ke arah matlamat mereka, keyakinan dan keutuhan kepada harapan yang mereka bina. Apakah mereka tidak sengaja berfikir dan bergerak ke hadapan kerana sekadar suka-suka? Bersahabat, berguru dan teladanilah mereka.
Saya terfikirkan seseorang; Dr Abdullah Sudin Ab Rahman, boss saya, Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Darulnaim (KTD). Harapan beliau mahu melihat KTD menjadi sebuah universiti ulung seperti Al Azhar. Beliau berharap KTD akan menjadi pusat pendidikan antarabangsa dalam melahirkan graduan profesional yang bertaqwa dan menjadi pemimpin umat masa depan dengan meneladani akhlak Rasulullah SAW. Beliau bersemangat bekerja dan berfikir menzahirkan motto KTD “Mengaji Pandai (penguasaan ilmu), Perangai Jjuruh (berakhlak), Hidup biar bule tupe (bermanfaat). Harapannya kami warga KTD kongsi bersama dan bekerja kearah harapan tersebut, insyaAllah.
Saya juga terfikirkan adinda saya Akhi Hilal Asyraf. Mengapa? Tanyalah pada tim LangitIlahi. Beliau seorang yang sentiasa segar dengan harapan dan impian. Dan beliau bekerja dengan serius mengejar harapan dan impian itu. Kami turut bersama terkejar impian itu.
Percayalah, akan ada jurang berbezaan sikap, pemikiran, tindakan dan kesungguhan di antara manusia yang punya impian dan harapan yang jelas dengan mereka yang tidak percaya dan yakin pada harapan dan impiannya sendiri.
Bagaimana rasa hati anda? Mahu menjadi orang berimpian besar dan memiliki harapan besar? Maka bercita-citalah besar. Orang yang menetapkan harapan adalah orang yang berfikiran terkehadapan dan maju. Ingatlah bahawa Allah SWT menciptakan kita dengan sempurna dan sebaik-baik ciptaan (ahsanu taqwim).
Tips 3 # Sentiasa berpagi, bangun dengan kesegaran jiwa, doa dan mengharap pada Allah SWT dan yakin Allah SWT akan membuka peluang dan jalan yang terbaik mulai pagi itu untuk menuju kepada harapan dan impian.
Kenapa berpagi? Ini hujah saya; Di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa ketika Bilal hendak mengumandangkan azan subuh, beliau menjenguk dahulu Rasulullah SAW di tempat sujudnya.
Waktu itu, Bilal melihat Rasulullah SAW sedang menangis sampai janggutnya basah dengan air mata. Lalu Bilal bertanya “Ya Rasulullah, mengapa engkau menangis? Apakah yang membuat engkau menangis? Bukankah Allah SWT sudah mengampuni dosa-dosamu, baik yang dahulu mahupun yang akan datang?”
Rasulullah SAW menjawab, “Salahkah jika aku ini menjadi hambaNya yang pandai bersyukur?”
Luarbiasa! Nabi SAW sentiasa bangun awal dan memulakan pagi Baginda dengan tajahud dan menangis di dalam solatnya. Ini qudwah pimpinan mulia kita. Kuat di awal pagi membina HDA (hubungan dengan Allah ) dan membina harapan terbesar iaitu menyatakan kesyukurannya kepada Allah SWT. Apalah sangat impian dan harapan besar kita untuk mengejar kenikmatan dunia tetapi masih bermalas atau terlalai sentiasa dibandingkan dengan harapan dan impian beroleh keampunan Allah SWT. Saat ini saya mengajak anda semua, kita bina impian dan harapan yang luarbiasa. Iaitu harapan beroleh keredhaan dan keampunan Allah SWT , insyaAllah harapan dan impian kita di dunia akan terbina dengan bantuan Allah SWT. Percayalah! Berpaginya kita tidak sama dengan non muslim berpagi. Berpaginya kita kerana kita yakin yang memberi rezeki dan membuka pintu kebaikan sehingga insyaAllah kita berjaya mengejar impian dan harapan adalah kerana kasih sayang dan rahmat Allah SWT semata. Allah lah jua yang memberi kita ilham dan kekuatan untuk meraih impian dan harapan. Semoga berpagi kita bukan sekadar berjaya di dunia tetapi harapan kita ke syurga Allah jua cerah.
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu – pada hari akhirat – ditempat yang terpuji.” (al Israa’: 79)
Dan awali pagi kita dengan doa yang penuh pengharapan kepada Allah SWT. Kerana hanya Allah yang dapat membantu kita merealisasikan impian dan harapan berserta hidayah dan redha Nya.
Berkata Abdullah bin Umar ra. Ia mengatakan bahawa Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan untaian doa ini ketika pagi dan petang: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah aku memohon kepada-Mu ampunan dan keselamatan dalam agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutuplah auratku. Lindungilah ketakutanku. Ya Allah peliharalah aku dari hadapanku, dari belakangku, dari sisi kananku, dari sisi kiriku, dari atasku. Aku berlindung dengan keagunganMu diserang dari bawahku.” (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)
Hasbunallahu wa ni’mal wakiil, ni’mal maulaa wa ni’man nashiir. Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. Dia adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.
Pembaca Langitlahi.Com sekalian, percayalah, apa yang kta impikan dan harapkan, Allah SWT Maha Mengetahuinya. Apabila kita telah menyedari dan menerapkan keyakinan itu dalam hidup kita, percayalah, Allah SWT akan memberikan pertolongan dan perlindungan pada kita. Kekuatan Allah lah yang akan menolong kita, kerana Allah Maha Mengetahui, Maha Kuasa atas segala sesuatu. Hidup kita, pekerjaan kita, lingkungan di sekitar kita, semua berada dalam pantauan Allah, dan Allah tidak akan pernah mensia-siakan keyakinan hamba-Nya yang besandar pada-Nya.
InsyaAllah tips seterusnya akan bersambung nanti…
January 2, 2014
Himmah : Rehatkan Jiwa Dengan Tinggalkan Jalan Maksiat
~pic by presyprezl.wordpress.com
“Maksiat itu” kata Ibn Qoyyim Al-Jauziyah, “sekiranya semakin banyak dilakukan akan melekat di hati para pelakunya maka jadilah dia dari kalangan orang-orang yang lalai.”
Maksiat jika dilihat zahirnya mungkin senang dan seronok dilakukan, tetapi ia saban hari hanya akan meletihkan kudrat jiwa kita.
Jiwa yang diciptakan Tuhan ini, kekuatan dan kebangkitannya hanyalah dengan meletakkan ia tetap kekal taat kepada Pemilik sebenarnya, yakni Allah. Bila kita mula menjauhkannya dari pemiliknya yang sebenar, maka seseronok apapun nafsu kita melayani kehendak-kehendak dunia tetap tidak akan dapat memuaskan dan menguatkan jiwa.
Bahkan, menjadi satu beban pula untuk jiwa kita bila saban hari ia diisi dengan maksiat yang semakin menjauhkan dirinya dari Tuhan.
Sang Murid Dan Dosa
Kisah masyhur, sang murid menghadap si gurunya lalu mengadu akan buruknya hafazannya pada hari itu. Bukan teknik hafazan yang ditegur gurunya walaupun boleh jadi ada kekurangan dari sudut itu, tetapi yang ditegur oleh gurunya adalah tentang dosa-dosanya.
“Aku mengadu kepada Waqi’ tentang buruknya hafalanku,
Maka dia membimbing aku agar meninggalkan maksiat.
Dan dia berkata : Ketahuilah bahawa ilmu itu adalah cahaya
Dan cahaya Allah itu tidaklah datang kepada para pemaksiat.”
Sang murid itu adalah yang sangat terkenal dengan kehebatan ilmunya serta merupakan seorang imam mazhab. Beliaulah Imam Syafie.
Sehingga ke tahap itu maksiat mengesani hidup seorang alim besar seperti Syafie.
Bukan calang-calang orang. Seorang imam yang kuat ingatannya. Bila dibaca satu muka, ditutup muka surat yang sebelah lagi agar tidak mengganggu fokusnya. Sekali baca sudah mampu diingat apa yang telah dibacanya.
Namun, begitulah dosa. Tanpa mengira siapa jua, ia akan tetap membebankan para pelakunya.
Kalaulah Imam Syafie yang hebat itu tidak mampu menghafal dengan baik hanya kerana tanpa sengaja telah melakukan kesilapan atau dosa, maka kita ini yang berhari-hari terjebak dalam dosa, bukan lagi tanpa sengaja, bagaimana pula keadaannya?
Beban-beban Maksiat
Ibn Qoyyim Al-Jauziyah telah menyenaraikan beberapa mudarat maksiat ke atas insan :
1) Diharamkan ilmu ke atasnya.
Ilmu itu adalah cahaya yang Allah campakkan ke dalam hati dan maksiat itu hanya akan menghalangi cahaya itu.
2) Diharamkan rezeki ke atasnya.
Taqwa kepada Allah itu adalah sumber memperoleh rezeki. Meninggalkan taqwa adalah sumber kepada kefaqiran.
3) Terasa susah menghadapi urusan-urusan dalam hidupnya.
Taqwa kepada Allah itu menjadikan urusan terasa mudah, hatta urusan yang susah dan berat sekalipun. Kerana taqwa itu menyucikan hati menyebabkan hati kita menjadi lebih tenang sedangkan maksiat adalah kotoran yang bertapak dalam jiwa menyebabkan jiwa kita menjadi lebih serabut.
Masalah yang berat bila dihadapi dengan hati yang bersih dan tenang, tidaklah terasa begitu membebankan. Tetapi bila hati yang kotor dan serabut menghadapi masalah, biar masalah ringan sekalipun, tetap akan terasa berat walaupun hanya masalah ringan sebenarnya.
4) Melemahkan hati dan tubuh
Seorang mukmin itu sumber kekuatannya berpunca dari hati. Jika baik hatinya, maka baiklah seluruh amal anggota tubuhnya. Jika buruk hatinya, maka begitulah juga keadaan amal anggota tubuhnya. Hati yang dijangkiti maksiat akan menyebabkan lemah dayanya untuk taat kepada Allah dan sangat cenderung untuk terjerumus ke lubang-lubang dosa.
5) Memendekkan umur dan menghilangkan berkat hidup
Kebaikan jika dilakukan akan memanjangkan manfaat usia seseorang tetapi maksiat adalah sebaliknya, hanya akan mengurangkan manfaat hidup. Bahkan, sebahagian besar dari umur orang yang bermaksiat telah hilang kerana perkara yang sia-sia.
Berkat adalah nilai besar dalam hidup mukmin. Dengan berkat, yang sedikit boleh menjadi banyak, yang kecil terasa besar. Begitu juga umur, dengan berkat, walaupun umur umat Nabi s.a.w. ini singkat tidak sepanjang umur ummat-ummat terdahulu, namun dengan berkat, ia tidak kurang tarafnya seperti ummat-ummat terdahulu juga.
Penutup : Kasihanlah Kepada Jiwa Kita, Rehatkanlah Ia Dengan Meninggalkan Maksiat
Cukuplah kita membebankan jiwa kita selama ini dengan maksiat dan dosa yang terus-menerus kita lakukan, tidak dikejar taubat, tidak disegerakan meminta ampun.
Banyak kebaikan-kebaikan yang boleh kita perolehi semakin hari semakin hilang dan menjauh dari kita kerana dosa dan maksiat kita.
Apakah rela kita mengorbankan kebahagiaan yang lebih besar di masa depan hanya keseronokan sementara di masa sekarang?
Apakah kenikmatan maksiat yang kita rasai sekarang ini akan menjanjikan kemanisan hidup untuk kita terus-menerus di masa depan?
Cukuplah cukup.
Sudah masanya untuk kita kembali.
Kembali membaiki diri kita.
Kembali melihat bahawa masa kita sudah tidak ada lagi untuk kita membiarkan hati kita terus terpalit dalam najis dosa.
Kembali merendahkan diri dan bertaubat kepada Ilahi.
Kembalilah kembali.
English Column: You Getting a Good Night’s Sleep
Sleep tight
Picture by FireRai of deviantart.com (Click here for image source)
As much as we want to deny it, life is abundant with sadness, rife with melancholy and full with irony.
If we walk through the urban streets and we see people residing desperately there in their cardboard houses, we begin to question, are these streets meant for people to live in?
We want to help them but all we can do is grab the couple of pennies in our pockets and put it in the metal can in front.
And as we walk through the bazaars, we see physically impaired people yearning for us to help them buy the tissue they sell, we ask ourselves, aren’t there help for them?
Sometimes, we are prompted to buy, some other times we are not. All we can do is present them with a smile and prayer.
Witnessing the flood victims from afar, praying that their safety is assured while reflecting what will we go through if we were the victims defending our house from the colonization of muddy water? How breathing taking does it feels like to face the loss of everything you possess destroyed by the flood?
We wish to help but we are bound to go to work, to go to class. Time and mobility is what you don’t have.
We can’t get a good night’s sleep. Happiness is just a myth at times. We want to help, but the truth is, we have our own problems that need solving. Even majority of us earn a salary below RM2k a month under the poverty threshold.
At times, we feel that we just can’t go on. We can’t bear the gravity of the burden. We want to stand, but problems keep on pulling us down to the ground.
You have the outstanding bills you have pay, unresolved unreasonable speed tickets or traffic summons like driving 70 kph in a 60 kph’s zone or running the red light where there’s no traffic at all at 3am in the morning.
You go to work via a motorcycle to reduce the weekly cost. If you use a car, the daily oil consumption will incur more expenses. You have to limit your daily meal so that you can survive the little money that you have.
What would you do when you are bombarded with unbearable problems? Would you tuck yourself in bed, wrap yourself in the cozy blanket and cry? Would you lock yourself in your room for days? Would you cut your communication with the ‘outside world’ and just be friends with your imaginary friends?
You can do many things to take your mind off things.
You are allowed to cry
When difficulties bombard you, you are allowed to cry, to grieve, to shed tears,, to be sad, to do anything that is shariah compliant as long as you don’t kill yourself.
From the book As-Syamail Al-Muhammadiyah Imam Tirmidhi, a hadith signifies that even the prophet cried over death:
Aishah R.A said:
The Prophet (peace be upon him) kissed `Uthman ibn Mazh`un when he died; until I saw tears coming down his cheeks. (Related by Imam Ahmad in his Musnad (vol. 6, p. 56), Abu Dawud, Al-Tirmidhy, and Ibn Majah)
Even the prophet cries.
You are allowed to be human. To give in to emotions at times of need.
Lose yourself
Life can be hectic and helter-skelter, but breaking free from all that can make you right on track once more.
Wander off – Walking can be one way to bring you into gear. Choose shopping complex than you haven’t gone window shopping before or a park you’ve never jogged there. Just wander off. Stroll up and down the levels, play with the beautiful leaves in the park while feeling refreshed by the air.
Go offline – Switch of your phone, your computer, take a break from Facebook and Twitter, turn-off the TV and even the lights of your room. Escape from answering the phone, the door, the email. Retreat for a day, or an hour, depend on how much time you’ve got.
Drive away – Put the key in the ignition and drive away. Go away. Take off. Go to a place foreign to you. Don’t rely on your GPS. Follow the directions on the road. Let your heart decide which way to go. Just drive while listening to your favorite music or radio channel. Just drive until you feel hungry or you want to let of some steam from your legs. Get out. Take a deep breathe. Exhale all out. See your surroundings. Get back in your car and keep on driving.
Write yourself a haiku
Take a time off for your ‘alone time’ and do something you like. Maybe write a short story, record your daily notes in your life diary or in your blog or write a haiku.
Write some words that can motivate yourself. This is what I wrote down once when I was in a sinking feeling:
The pain, it’s torturous,
the blood, it’s cancerous,
but the gain from the pain,
it’s prosperous,
and the reward from the blood,
it’s advantageous.
Get a good night’s sleep!
It’s a phenomenon nowadays for people to live in Facebook. Their reality is Facebook. So whenever they have problems, they don’t face it but write it in a status.
Face your problems, not Facebook it. Having problems doesn’t mean you can’t own a good night’s sleep.
In your bed, every time you start thinking about the unpaid bills, work undone, children gone astray, debt, shift your mind to something less infuriating.
Getting a good night’s sleep won’t solve your problem but it’ll recharge your body in the quest of finding solutions every day.
Each day you wake up and start worrying about your problems again, jot down everything that has been bothering you, along with any strategies you’ve thought of that will solve the problems.
Kehidupan: Dakwah Tanggungjawab Semua
Semoga pembaca artikel ini berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Dakwah. Satu perkataan yang sinonim dengan kerja penyeruan ke atas jalan Allah SWT. Biasanya kerja penyeruan ke atas jalan Allah SWT ini dilihat sebagai sebuah kerja yang hanya eksklusif untuk para ustaz, lepasan pelajar jurusan agama dan mereka yang pernah belajar di sekolah agama.
Namun hakikatnya, dakwah ke jalan Allah SWT adalah tanggungjawab semua orang yang beriman kepadaNya.
Ya. Semua. Tanpa ada yang terkecuali.
Arahan Allah SWT
Allah SWT berfirman:
“Serulah ke jalan Tuhan kamu dengan kebijaksanaan, dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka menggunakan cara yang terbaik.” Surah An-Nahl ayat 125.
Allah SWT tidak mengklasifikasikan siapa yang perlu berdakwah. Maka di sini tanggungjawab menyeru manusia ke atas jalan Allah SWT ini jatuh kepada semua orang yang beriman kepada Allah SWT.
Saya Bukan Pelajar Agama!
Ada yang akan merasakan bahawa tanggungjawab dakwah merupakan sebuah bebanan. Ini kerana mereka merasakan bahawa mereka bukan pelajar agama. Mereka tidak tahu selok belok dalil, terma-terma yang digunakan di dalam agama.
“Nanti tersalah cakap bagaimana?”
Saya sentiasa percaya bahawa, Allah SWT adalah Yang Maha Bijaksana. Kerana itu apabila arahan menyeru ke jalan Allah SWT ini diturunkan, Allah tidak menspesifikkan caranya. Allah SWT sekadar memberikan ‘spirit’ yang perlu dipatuhi dalam menyeru manusia kembali ke jalan Allah SWT itu.
Antara spirit yang Allah sematkan dalam seruan kembali ke jalan Tuhan ialah ‘kebijaksanaan’. Kita kena bijak. Bijak menyampaikan dakwah agar tiada apa yang dapat menghalang kita dari melaksanakan tanggungjawab itu. Makanya jika kita tidak punya ilmu yang mendalam berkenaan agama, atau mungkin kita tidak mempunyai kelebihan tambahan seperti pandai mengarang, pandai menyanyi, pandai melukis, pandai berpidato dan sebagainya sekalipun, kita masih orang yang mempunyai kapabiliti untuk berakhlak mulia, berakhlak baik, berakhlak soleh.
Ya. Bijaksana. Dakwah melalui akhlak. Menyantuni orang ramai dengan sikap yang baik. Menunjukkan disiplin dalam tingkah laku. Bersih, amanah, jujur, kemas. Itu semua sebuah dakwah sebenarnya.
Paling kurang, itu yang kita kena lakukan.
Memberikan gambaran yang baik terhadap Islam kepada orang ramai.
Secara tidak langsung, kita telah melaksanakan kerja-kerja dakwah dengan berakhlak baik. Ini yang orang ramai terlepas pandang. Sedangkan akhlak adalah perkara paling asas, dan semua wajib mempunyai akhlak yang mulia, agar imej Islam terjaga.
Kerana segala kebaikan yang terwujud di dalam Islam, takkan ada maknanya jika kita tidak dapat mempersembahkannya melalui akhlak dan sikap kita.
Saya Ada Potensi
Jika kita mempunyai potensi tertentu. Ada skill tertentu. Pandai melukis, pandai menulis, pandai menyanyi, pandai berteater, pandai buat filem, pandai buat kem motivasi, pandai buat seminar dan sebagainya, maka kita kena usahakan agar semua potensi itu memberikan manfaat kepada penyeruan manusia agar kembali kepada Allah SWT.
Begitulah jika kita ada profession, seperti menjadi doktor, menjadi guru, menjadi pensyarah, menjadi jurutera dan apa sahaja, kita kena usahakan agar kerjaya kita itu memberikan manfaat kepada usaha dakwah ini.
Asasnya adalah akhlak tadi, seterusnya adalah bagaimana kita boleh menjadi ‘penarik’ orang untuk mendekati dan memahami Islam.
Dakwah tidak hanya tertumpu kepada non-muslim, namun juga boleh jadi kepada muslim. Baik dalam bentuk menariknya semula untuk komited dengan kemuslimanannya, juga bagi muslim yang komited dakwah kita akan menjadi peringatan yang baik buatnya untuk kekal istiqomah dengan kemuslimannya.
Pada masa yang sama, kita yang menyeru ini, hakikatnya menyeru diri kita sendiri.
“Perbaiki diri sambil menyeru orang lain.” Begitulah kalam almarhum Mustapha Masyhur.
Penutup: Semua Orang Wajib Berdakwah
Konklusi kepada artikel ringkas ini, semua orang wajib berdakwah.
Paling tidak, dengan akhlak yang baik.
Yang ada ilmu, sampaikan ilmu. Yang ada kebolehan, sampaikan menggunakan kebolehannya.
Yang penting, semua orang kena bergerak. Bekerja. Berdakwah.
Kadangkala tersengat jiwa ini dengan kehairanan, apabila sebuah negara Islam, yang raja/sultannya Islam, yang Perdana Menterinya Islam, yang di dalamnya ada banyak jabatan agama, ada mahkamah Syariah, masih lagi gempar dan risau dengan ancaman dakyah agama lain.
Kita risau agama lain melaksanakan dakyah mereka, kita rasa iman kita rapuh benar, seakan-akan agama lain boleh menembusinya dengan amat mudah.
Sebenarnya kita tak buat kerja. Itu aja sebenarnya.
Maka laksanakanlah. Bermula dengan menunjukkan akhlak yang baik.
Semua wajib berdakwah. Sebarkan kefahaman Islam. Berikan gambaran yang baik terhadap Islam kepada orang ramai.
Ini semua tanggungjawab kita.
December 29, 2013
Fotografi: 5 Perkara
| Cruise deck | Silja Serenade Cruise (Silja Line) | Stockholm to Helsinki |
(Sony Alpha Nex-5N | f16 | 1/60 | ISO100)
Masa terus berlalu dan penghujung tahun kian menghampiri kita.
Apakah jasa yang telah kita sumbangkan pada Ummah dan Agama ini?
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah ibnu Mas’ud, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda “Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada Hari Kiamat dari sisi Tuhannya sehinggalah ditanya tentang 5 perkara :
Umurnya kemana ia dihabiskan?
Masa mudanya kemana ia dihabiskan?
Hartanya diperoleh dari mana?
Hartanya kemana ia dibelanjakan?
Ilmunya apa yang diamalkan?
(Riwayat At Tirmizi)
Salam ambang 2014
December 28, 2013
Komik: Belum Sampaikah Masanya?
December 27, 2013
Komik: Positif
Carry Mark rendah?
Dia ada.
Exam susah?
Dia ada.
Sebagaimana Dia ada tika;
Carry Mark kita tinggi melangit
jua tika kita memenangi perlawanan yg sengit
Sahabatku,
Usah berputus asa dengan rahmatNya.
Hari ini manusia sering kecundang
Mereka fikir apa yg mereka lakukan,
itulah penentu masa depan.
Usaha itu perlu jitu dan padu,
Namun ketahuilah ia bukan penentu.
Allah itu Maha Kuasa.
Dia boleh merobah segalanya dalam sekelip mata.
Allah itu punya segalanya.
Dunia bahkan hati manusia.
Allah yg memegang hati kita
Dia jugalah yg memegang hati penanda kertas kita
Dia bisa menggerakkan hatinya untuk memberi markah
walau jawapan kita salah
Kita pasti tidak tahu bagaimana
Tapi Allah pasti punya caranya
Seperti Allah menghadiahkan pelangi selepas hujan,
begitulah senyuman dipenghujung sebuah tangisan.
“Bilakah datangnya pertolongan ALLAH ?”
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada Agama Allah).
[al-Baqarah: 214]
Ayuh positif dengan rahmatNya!
Semoga berjaya sahabat2ku,
di dunia dan akhirat~
Mari, istighfar barang sesaat dua.
Mungkin ini masanya untuk kita koreksi diri.
Allah, kuatkan kami dengan Islam.
Allah, kuatkan Islam dengan kami.
Mari menjadi hamba!
December 24, 2013
Himmah : Rehatkan Jiwa Dengan Tinggalkan Jalan Maksiat
~pic by presyprezl.wordpress.com
“Maksiat itu” kata Ibn Qoyyim Al-Jauziyah, “sekiranya semakin banyak dilakukan akan melekat di hati para pelakunya maka jadilah dia dari kalangan orang-orang yang lalai.”
Maksiat jika dilihat zahirnya mungkin senang dan seronok dilakukan, tetapi ia saban hari hanya akan meletihkan kudrat jiwa kita.
Jiwa yang diciptakan Tuhan ini, kekuatan dan kebangkitannya hanyalah dengan meletakkan ia tetap kekal taat kepada Pemilik sebenarnya, yakni Allah. Bila kita mula menjauhkannya dari pemiliknya yang sebenar, maka seseronok apapun nafsu kita melayani kehendak-kehendak dunia tetap tidak akan dapat memuaskan dan menguatkan jiwa.
Bahkan, menjadi satu beban pula untuk jiwa kita bila saban hari ia diisi dengan maksiat yang semakin menjauhkan dirinya dari Tuhan.
Sang Murid Dan Dosa
Kisah masyhur, sang murid menghadap si gurunya lalu mengadu akan buruknya hafazannya pada hari itu. Bukan teknik hafazan yang ditegur gurunya walaupun boleh jadi ada kekurangan dari sudut itu, tetapi yang ditegur oleh gurunya adalah tentang dosa-dosanya.
“Aku mengadu kepada Waqi’ tentang buruknya hafalanku,
Maka dia membimbing aku agar meninggalkan maksiat.
Dan dia berkata : Ketahuilah bahawa ilmu itu adalah cahaya
Dan cahaya Allah itu tidaklah datang kepada para pemaksiat.”
Sang murid itu adalah yang sangat terkenal dengan kehebatan ilmunya serta merupakan seorang imam mazhab. Beliaulah Imam Syafie.
Sehingga ke tahap itu maksiat mengesani hidup seorang alim besar seperti Syafie.
Bukan calang-calang orang. Seorang imam yang kuat ingatannya. Bila dibaca satu muka, ditutup muka surat yang sebelah lagi agar tidak mengganggu fokusnya. Sekali baca sudah mampu diingat apa yang telah dibacanya.
Namun, begitulah dosa. Tanpa mengira siapa jua, ia akan tetap membebankan para pelakunya.
Kalaulah Imam Syafie yang hebat itu tidak mampu menghafal dengan baik hanya kerana tanpa sengaja telah melakukan kesilapan atau dosa, maka kita ini yang berhari-hari terjebak dalam dosa, bukan lagi tanpa sengaja, bagaimana pula keadaannya?
Beban-beban Maksiat
Ibn Qoyyim Al-Jauziyah telah menyenaraikan beberapa mudarat maksiat ke atas insan :
1) Diharamkan ilmu ke atasnya.
Ilmu itu adalah cahaya yang Allah campakkan ke dalam hati dan maksiat itu hanya akan menghalangi cahaya itu.
2) Diharamkan rezeki ke atasnya.
Taqwa kepada Allah itu adalah sumber memperoleh rezeki. Meninggalkan taqwa adalah sumber kepada kefaqiran.
3) Terasa susah menghadapi urusan-urusan dalam hidupnya.
Taqwa kepada Allah itu menjadikan urusan terasa mudah, hatta urusan yang susah dan berat sekalipun. Kerana taqwa itu menyucikan hati menyebabkan hati kita menjadi lebih tenang sedangkan maksiat adalah kotoran yang bertapak dalam jiwa menyebabkan jiwa kita menjadi lebih serabut.
Masalah yang berat bila dihadapi dengan hati yang bersih dan tenang, tidaklah terasa begitu membebankan. Tetapi bila hati yang kotor dan serabut menghadapi masalah, biar masalah ringan sekalipun, tetap akan terasa berat walaupun hanya masalah ringan sebenarnya.
4) Melemahkan hati dan tubuh
Seorang mukmin itu sumber kekuatannya berpunca dari hati. Jika baik hatinya, maka baiklah seluruh amal anggota tubuhnya. Jika buruk hatinya, maka begitulah juga keadaan amal anggota tubuhnya. Hati yang dijangkiti maksiat akan menyebabkan lemah dayanya untuk taat kepada Allah dan sangat cenderung untuk terjerumus ke lubang-lubang dosa.
5) Memendekkan umur dan menghilangkan berkat hidup
Kebaikan jika dilakukan akan memanjangkan manfaat usia seseorang tetapi maksiat adalah sebaliknya, hanya akan mengurangkan manfaat hidup. Bahkan, sebahagian besar dari umur orang yang bermaksiat telah hilang kerana perkara yang sia-sia.
Berkat adalah nilai besar dalam hidup mukmin. Dengan berkat, yang sedikit boleh menjadi banyak, yang kecil terasa besar. Begitu juga umur, dengan berkat, walaupun umur umat Nabi s.a.w. ini singkat tidak sepanjang umur ummat-ummat terdahulu, namun dengan berkat, ia tidak kurang tarafnya seperti ummat-ummat terdahulu juga.
Penutup : Kasihanlah Kepada Jiwa Kita, Rehatkanlah Ia Dengan Meninggalkan Maksiat
Cukuplah kita membebankan jiwa kita selama ini dengan maksiat dan dosa yang terus-menerus kita lakukan, tidak dikejar taubat, tidak disegerakan meminta ampun.
Banyak kebaikan-kebaikan yang boleh kita perolehi semakin hari semakin hilang dan menjauh dari kita kerana dosa dan maksiat kita.
Apakah rela kita mengorbankan kebahagiaan yang lebih besar di masa depan hanya keseronokan sementara di masa sekarang?
Apakah kenikmatan maksiat yang kita rasai sekarang ini akan menjanjikan kemanisan hidup untuk kita terus-menerus di masa depan?
Cukuplah cukup.
Sudah masanya untuk kita kembali.
Kembali membaiki diri kita.
Kembali melihat bahawa masa kita sudah tidak ada lagi untuk kita membiarkan hati kita terus terpalit dalam najis dosa.
Kembali merendahkan diri dan bertaubat kepada Ilahi.
Kembalilah kembali.
December 23, 2013
Komik: Medan Cakap VS Medan Amal
December 22, 2013
Agama: Hadis -Taubat membuka pintu rezeki yang berkat
Baginda s.a.w bersabda:
Daripada Al-Aghari bin Yassar AL-Muzani r.a berkata; Rasulullah s.a.w bersabda: “Wahai sekalian manusia bertaubatlah kepada Allah s.w.t dan mohonlah keampunan (istighfar) kepadanya, sesungguhnya aku bertaubat seratus kali dalam masa sehari” (Muslim no.2702/43)
Manfaat Hadis[i]
Hadis ini adalah dorongan buat umat manusia sekaliannya supaya bertaubat kepada Allah dan memohon keampunan kepada-Nya. Sedangkan baginda s.a.w yang maksum dan juga sebaik-baik penciptaan pun memohon keampunan atas dosanya yang telah lalu dan yang akan datang sebanyak seratus kali sebagai contoh buat ummatnya, inikan pula manusia yang sentiasa berlumuran dosa yang lebih perlu untuk berbuat demikian.
Taubat dan memohon keampunan yang berterusan ini bukan sahaja boleh menghapuskan dosa yang tampak zahir pada mata bahkan dosa-dosa yang tidak disedari kewujudannya seperti rasa hasad,riya’ dan sebagainya. Oleh itu insan yang mengharapkan kurniaan nikmat daripada Allah sepatutnya rasa malu dengan dosanya terlebih dahulu kemudian bertaubat, seterusnya barulah memohon kepada Allah ditunaikan hajat. Adapun bilangan istigfar yang disebutkan dalam hadis tidak menggambarkan bilangan secara khusus untuk diikuti oleh ummat ini tetapi menunjukkan kepada insan untuk sentiasa melaziminya.
Taubat bermakna manusia kembali kepada Allah s.w.t, peraturan-Nya dan hukum-Nya. Ia adalah perbuatan membuang dan mengosongkan diri daripada segala bentuk campuran yang buruk atau campuran yang boleh merosakkan jiwa. Taubat juga menjaga diri daripada percampuran nilai-nilai lain dan kembali kepada nilai-nilai Allahs.w.t sahaja dalam setiap aspek kehidupan. Sekiranya seseorang itu termasuk ke dalam golongan orang-orang bertaubat kepada Allah s.w.t maka campuran itu tidak wujud lagi pada dirinya. Inilah sifat orang bertaubat.
Taubat akan menutup segala pintu kejahatan dan membuka pintu kebahagiaan serta kebaikan. Ini boleh dilakukan dengan cara beristigfar kepada Allah dan mentauhidkan-Nya. Sesiapa yang ingin menyihatkan badan hendaklah dia menjaga makan minum daripada makanan yang memudharatkan. Sesiapa yang ingin menyihatkan jiwa dan hati maka hendaklah dia meninggalkan segala dosa.
Selain itu hadis ini juga menyarankan kita untuk senantiasa berusaha bertaubat walaupun dengan istighfar kerna manusia hakikatnya tidak tahu bila kematian datang menjemput. Justeru, wajar bagi seorang mukmin yang mengharapkan pengakhiran yang baik iaitu memperoleh syurga daripada Allah melazimi taubat.
Cara- cara bertaubat
Ulama’ bersepakat bahawa taubat adalah wajib bagi setiap dosa tidak terkecuali dosa kecil apatah lagi besar. Manakala cara pembersihan dosa manusia dibahagikan kepada dua iaitu:
Dosa antara hamba dan Allah
i- Berusaha bersungguh tinggalkan maksiat yang dilakukan
ii- Rasa penuh penyesalan atas dosa yang dilakukan
iii- Menanam keazaman tidak akan mengulanginya lagi
Dosa antara insan dengan insan
i- Berusaha bersungguh tinggalkan maksiat yang dilakukan
ii- Rasa penuh penyesalan atas dosa yang dilakukan
iii- Menanam keazaman tidak akan mengulanginya lagi
iv- Memohon maaf terhadap orang berkaitan atas kesalahan
Kelebihan istighfar
Manusia mungkin hanya melihat istighfar ia merupakan lafaz yang mengandungi elemen memohon keampunan semata-mata, walhal kelebihan istighfar menjangkaui apa yang manusia sangka. Allah s.w.t berfirman menggambarkan kelebihannya:
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ﴿١٠﴾
“Sehingga aku(Nuh a.s) berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.
Nabi Nuh a.s merupakan antara tokoh yang terkenal dalam bidang dakwah selain nabi Muhammad s.a.w disebabkan usaha baginda yang begitu gigih menyampaikan risalah Allah dalam tempoh yang begitu lama iaitu Sembilan ratus lima puluh tahun. Demikian pengikut baginda begitu sedikit. Bukanlah bilangan itu menjadi ukuran berjaya sesuatu dakwah tetapi kerana natijah manusia menerima hidayah hanya dengan kehendak Allah, tetapi bahtera dakwah yang baginda kelola telah mencapai tahap yang Allah perintahkan.
Adapun kaum nabi Nuh a.s terkenal dengan sifat keras hatinya. Siang malam. Secara terbuka, secara tertutup dan secara terbuka dan tertutup diseru supaya menyembah Allah yang Esa, tetapi masih berdegil dengan kepercayaan mereka. Berbagai cara dan pelbagai waktu diajak, mereka bukan sahaja tidak mahu menerima bahkan mengguris hati Nuh a.s dengan memekakkan telinga mereka dari mendengar ajakan dan melitupi pandangan mereka daripada baginda untuk menunjukkan perasaan benci mereka terhadap peringatan yang dibawa.
Tetapi kesabaran Nuh a.s tidak dapat disangkal. Baginda masih tetap menyeru kaumnya untuk memohon ampun kepada Allah s.w.t dan pada-Nya sahaja layak disembah. Tidak cukup sekadar itu, bersama keampunan yang diseru itu, ada janji-janji Allah yang boleh diambil iktibar pada insan terkemudian sebagai galakan untuk berbuat demikian.
Dr. Wahbah Zuhaili ada menyebutkan dalam tafsirnya, Al-Munir dalam menerangkan ayat-ayat berkaitan janji-janji Allah ini terhadap mereka yang memohon keampunan kepada lima perkara yang utama:
1. Nikmat rezeki berupa bekalan makanan dan zuriat
يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا ﴿١١﴾ وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا ﴿١٢﴾
“(Sekiranya kamu berbuat demikian yakni memohon keampunan), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu.[11]
“Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).[12]
2. Nikmat kehidupan dan penciptaan yang sempurna
مَّا لَكُمْ لَا تَرْجُونَ لِلَّـهِ وَقَارًا ﴿١٣﴾ وَقَدْ خَلَقَكُمْ أَطْوَارًا ﴿١٤﴾
“Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya)[13]
“Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?[14]
3. Nikmat cahaya dan masa
أَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّـهُ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا ﴿١٥﴾ وَجَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا وَجَعَلَ الشَّمْسَ سِرَاجًا ﴿١٦﴾
“Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat.[15]
“Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang) [16]
4. Nikmat tanaman yang subur
وَاللَّـهُ أَنبَتَكُم مِّنَ الْأَرْضِ نَبَاتًا ﴿١٧﴾ ثُمَّ يُعِيدُكُمْ فِيهَا وَيُخْرِجُكُمْ إِخْرَاجًا ﴿١٨﴾
“Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna. [17]
“Kemudian Ia mengembalikan kamu ke dalam bumi (sesudah mati), dan mengeluarkan kamu daripadanya (sesudah dihidupkan semula untuk dihitung amal kamu dan diberi balasan), dengan pengeluaran yang sesungguh-sungguhnya.[18]
5. Nikmat dipermudahkan urusan dunia
وَاللَّـهُ جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ بِسَاطًا ﴿١٩﴾ لِّتَسْلُكُوا مِنْهَا سُبُلًا فِجَاجًا﴿٢٠﴾
“Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan”[19]
“Supaya kamu melalui jalan-jalan yang luas padanya”[20]
Jika kaum Nuh a.s memohon keampunan dan bertaubat atas dosa-dosa mereka maka Allah akan berikan rezeki berupa hujan yang berterusan yang akan menghidupkan dan menyuburkan tanaman seterusnya menjadi bekalan kepada mereka dalam meneruskan kehidupan yang mana sebelumnya disekat disebabkan kekufuran mereka.
Tidak cukup sekadar itu, Allah juga menjanjikan kepada mereka akan memperoleh zuriat dari kalangan mereka yang mana ia merupakan satu kurniaan yang besar kerana pada hakikatnya anak-anak merupakan rezeki yang amat dibanggakan oleh sekalian manusia secara fitrahnya kerana ia melambangkan penerusan generasi bagi sesuatu kaum.
Manusia era kini, kadang-kadang mencari-cari cara untuk memperoleh rezeki hinggakan ada yang terdesak sampai ke tahap melakukan maksiat kepada Allah. Tetapi jika insan memerhatikan janji-janji Allah nescaya akan menyedari bahawa ada jalan keluar yang disediakan tanpa dinafikan perlunya berusaha untuk mencari rezeki.
Ia sebenarnya sebagai nilai tambah kerana secara logiknya apabila manusia senantiasa memohon keampunan kepada Allah, maka dia akan lebih dekat hubungannya kepada Penciptanya. Dengan itu, lebih mudah untuk manusia memohon diperkenankan permintaan kerana sesungguhnya Allah yang bersifat Pemurah sangat menyukai hamba yang memohon kepada-Nya.
Pun begitu, perlu diingatkan bahawa ia bukan perkara yang mudah kerana kebendaan dan zuriat seperti yang dijanjikan merupakan fitnah yang besar dalam kehidupan insan terutama setelah memperolehnya. Oleh sebab itu, manusia digalakkan untuk melazimi taubat. Allah s.w.t berfirman:
إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ ۚ وَاللَّـهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ ﴿١٥﴾
Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. [At-Taghabun:15]
[i] Nuzhatul Muttaqin syarah Riyadhussalihin