Hilal Asyraf's Blog, page 83

December 20, 2013

Fotografi: Syitak !


| Winter Disember 2013 | Ajloun, Jordan |

(Sony Alpha Nex-5N | f8 | 1/80 | ISO400)


الشّتاء ربيعُ المؤمن


“Musim sejuk adalah musim yang terbaik bagi orang-orang beriman.


Kata Saidina Umar R.A. : Musim sejuk ialah harta kekayaan bagi sekalian hamba


Kata Ibnu Mas’ud R.A. : Selamat datang wahai Syitak (musim sejuk) ! Diturunkan padanya keberkatan, dipanjangkan malamnya untuk berqiamulail padanya, dipendekkan siangnya untuk berpuasa padanya.”


Mari Menjadi Hamba !

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 20, 2013 21:35

Komik: Sabar

Disember 2


Adik-adikku,

pada yang berjaya meraih apa yg dicita,

tahniah akak ucapkan.

You deserve it!

Namun jangan kerna kecemerlangan dlm PMR ini,

kalian butakan mata dan pekakkan telinga dalam melihat dunia.

Result gempak dalam kertas bukan apa-apa,

yang lebih penting adalah action kita selepas itu,

mahu jadi apa dan mengapa.

dan bagaimana ia boleh tolong agama dan dunia.


Pada yang tidak mendapat apa yang dihajat,

jangan menangisi apa yang telah berlalu.

Kita tutup buku lama, kita buka buku baru.

Semalam adalah kenangan, mari rancang masa hadapan!


Adik-adikku,

usah berduka lara terlalu lama.

Mohon kalian bersabar,

dan kukuhkan hati untuk percaya;

setiap kejadian pasti ada hikmahnya.

Mana mungkin Dia yang Maha Kuasa mahu kalian berputus asa.

Bukankah Dia yang memegang tampuk rezeki semua hamba?


Adik-adikku,

mungkin ini masa terbaik untuk kembali muhasabah diri.

mungkin Allah sedang tangguh kejayaan kita.

mungkin Allah mahu kita lebih berusaha.

mungkin Dia tahu kecemerlangan akan mmbuat kita binasa.

mungkin.

Dan sentiasalah positif denganNya!


Adik-adikku,

satu yang harus disemat dalam kepala,

PMR bukan penamat segala.

Andai cemerlang, jangan berhenti.

Mari ‘berlari’ untuk tolong agama.

Andai kurang cemerlang, jangan menangis terlalu lama.

Kita pasti ada part kita untuk tolong agama.

Andai akademik bukan bidangnya, kita cari lagi hingga jumpa.

Yang penting adik-adikku, jangan mengalah!

Andai kita tak mampu berlari seperti mereka,

Kita kayuh perlahan2,

ya, kita.

kamu dan saya. ^^


Mari adik-adikku, kita istighfar barang sesaat dua.

InsyaAllah, istighfar boleh menenangkan hati kita.


Allah, kuatkan kami dengan Islam.

Allah, kuatkan Islam dengan kami.


Mari menjadi hamba!


p/s: maaf tukar2 stail lukisan. Sedang mencari identiti :)

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 20, 2013 16:33

Himmah : Maksiat Mewariskan Sikap Liar



penjarac2a9flickr-yiyo


Jalan maksiat itu walaupun menyeronokkan tetapi ia merosakkan.


Barangkali ramai orang yang terjebak di dalamnya merasa ketagih untuk melakukannya lagi, umpama dadah yang mengkhayalkan, begitulah dunia maksiat menenggelamkan para pelakunya dalam khayalan fatamorgana dunia.


Dadah lagi diambil, lagi seronok dan khayal rasanya, umpama berada di syurga. Namun dia tidaklah benar-benar berada di syurga, bahkan hanya sedang semakin merosakkan dirinya.


Begitulah orang yang membiarkan dirinya ketagihan dalam maksiat.


 


Sikap Liar Adalah Akar Kepada Melanggar Perintah Allah


Kata Ibn Qoyyim Al-Jauziyah :


“Maksiat itu menempatkan rasa liar dalam hati para pelakunya.” [Ad-Da’ Wa Dawa’]


Bila kita bermaksiat, kita telah mula melangkah menjauhi Allah s.w.t. Allah yang menjadi Pemelihara kita, yang menjaga kita dari keinginan-keinginan tidak baik, bila kita mula bermaksiat, kita sebenarnya telah menjauhkan diri kita dari jagaan Allah.


Jauh dari Allah s.w.t. adalah tanda kehinaan. Semakin jauh dari Allah, semakin terhina diri kita di dunia.


Firman Allah s.w.t. :


“Atau apakah belum jelas bagi orang-orang yang mewarisi suatu negeri setelah (lenyap) penduduknya? Bahawa kalau Kami menghendaki, pasti Kami seksa mereka kerana dosa-dosanya dan Kami kunci hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (pelajaran).” [Al-A’raf : 100]


Terhina kerana hati kita terkunci dari menerima hidayah Allah s.w.t.


Terhina kerana hati kita tidak dapat melihat lagi mana yang baik, mana yang buruk di saat kita sedang bermaksiat.


Terhina kerana hati kita terkunci dari mengambil pelajaran dan ibrah dari ummat-ummat terdahulu yang telah melakukan dosa dan bagaimana mereka itu telah diazab oleh Allah s.w.t.


Terhina kerana kita semakin berani dan liar untuk melanggar arahan dan perintah Allah s.w.t.


Hati yang liar adalah akar kepada timbulnya sikap berani untuk melanggar arahan-arahan Allah s.w.t. Maksiat adalah keinginan kepada kejahatan. Manusia diciptakan dengan fitrah cintakan segala yang baik untuk dirinya, sedangkan maksiat adalah perkara yang merosakkan dirinya.


Namun, bila di awal kali dirinya mencuba untuk bermaksiat atau melakukan dosa itu menimbulkan rasa seronok dalam dirinya, maka ia semakin ketagihan dan timbul pula perasaan berani untuk melakukannya lagi.


Itulah bahayanya menjebakkan diri ke dalam kancah maksiat. Sikap liar yang diwariskannya kepada kita akan menyebabkan manusia semakin berani untuk melanggar arahan-arahan dan perintah Allah s.w.t.


 


Jinakkan Sikap Liar


Sikap liar dalam hati hanya dapat dijinakkan dengan kembali bertaubat kepada Tuhan, dengan merasa diri kita ini sangat dan penuh dosa.


Insan yang tidak merasa berdosa memang tidak akan pernah sedar dirinya di hadapan Tuhan.


Ego. Keras hati. Sombong. Rasa betul. Semua itu tidak akan membantu kita mencari jalan pulang kepada Tuhan.


Rendahkanlah diri kita di hadapan Tuhan dan istighfarlah memohon keampunan. Istighfar dan taubat yang ikhlas itu melembutkan hati, membuatkan insan terasa lebih dekat dengan Tuhan.


Dianjurkan kita di dalam solat agar sujud meletakkan dahi kita di atas lantai sebagai satu simbolik bahawa kita ini insan yang hina. Betapa kerdilnya diri kita, diperintahkan untuk meletakkan kepala kita yang mulia itu lebih rendah dari punggung dan sama dengan kaki kita. Betapalah kalau kita sedari bahawa sehebat apapun akal dan fikiran yang kita miliki, sehebat apapun kedudukan dan darjat kita dalam hidup, kita hanyalah tetap seorang hamba kepada Dia dan kita nanti akan pulang juga kepada Dia sama sahaja seperti manusia-manusia lain.


 Tidaklah kedudukan, harta, pangkat, ilmu dan sebagainya itu yang akan menentukan kemuliaan insan di depan Tuhan kelak.


Insan yang datang dalam keaaan suci jiwanya, bersih keinginannya dari kecenderungan untuk bermaksiat, pastilah lebih mulia di hadapan Tuhan walaupun dia cuma seorang insan biasa tiada bernama di dunia.


Hati-hati bila kita mula jauh dari Tuhan. Bila kita mula jauh dari Tuhan, hidup kita banyak dihabiskan dalam kelalaian, ibadah sudah tidak lagi terjaga, khusyuk semakin hilang dan doa pula saban hari semakin singkat.


Semakin cenderung kita untuk taat kepada Allah, semakin dekat kita dengan-Nya dan bertambah subur pula rasa kemanusiaan dalam diri kita.


Tetapi, bila kita cenderung kepada maksiat, maka semakin jauh diri kita dari-Nya dan bertambah subur pula rasa kebinatangan dan sikap liar dalam diri kita.


 


Penutup : Perisai Diri Dari Maksiat


Iman yang berfungsi adalah perisai utama kepada maksiat.


Seorang penzina tidak akan berzina saat dia masih merasa ada iman dalam dirinya.

Seorang pencuri tidak akan meneruskan projek rompakannya selama dia masih merasa iman ada dalam dirinya.


Imanlah yang akan menepis rasa-rasa liar dalam diri, yang akan menanam rasa takut dan harap kepada Tuhan, yang akan menjadi kayu ukur dalam menentu baik buruk untuk kehidupan kita, yang menjadi perisai diri kita dari terjebak dalam dosa dan maksiat.


Suburkanlah iman dalam jiwa kita dengan sentiasa memberikan siraman dan makanan yang secukupnya.


Jangan biarkan iman kita kering, tidak berfungsi walau sehari kerana nanti ia akan menyebabkan kita lemah untuk mendepani keinginan-keinginan kepada kemaksiatan. Bila jiwa kita mula lemah, maka mudah benarlah kita terjebak dalam kancah kemaksiatan itu.


Binalah perisai dan benteng dalam diri kita.

Jauhi maksiat agar kita dapat tetap terus kekal dalam rahmat.


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 20, 2013 10:56

December 17, 2013

Fotografi: Teman-teman Akrab


| Afdholul Rahman Che Ani & Muhammad Uzair Izham of Langit Ilahi | Snow 2013 | Yarmouk University, Irbid | Jordan |

(Sony Alpha Nex-5N | f5 | 1/80 | ISO125)




Antara kesilapan dalam berukhuwah adalah menghalalkan sikap-sikap buruk teman atas nama sayang, tanpa mahu ditegur atau diberitahu langsung agar diperbaiki sikap buruknya itu.


Kita jangan silap.


Ukhuwah bukan cerita tentang senyuman manis dan indah semata.


Prihatin dengan kekurangan teman, menegur kesilapannya adalah bahagian penting hubungan persaudaraan abadi ini.


Kita jangan cakap saja mahu ke syurga dengannya, tapi kita biar teman kita itu jalan ke neraka.


____________________________________________________________________________________________


Teman bergelak ketawa dan mengarut senang dicari hari ini.


Teman untuk bersedih dan sanggup bersusah payah dalam perjuangan bersama demi masa depan Islam itulah yang sukar dicari.


“Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang bertaqwa.”

[Az-Zukhruf : 67]


Quotes from Afdholul Rahman CA (Official)

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 17, 2013 14:20

December 16, 2013

Poster: Jalan Yang Lurus

sabili-web


Poster: Jalan Yang Lurus


“And, [moreover], this is My path, which is straight, so follow it; and do not follow [other] ways, for you will be separated from His way. This has He instructed you that you may become righteous.”


“Dan sesungguhnya ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah jalan tersebut dan janganlah kalian mengikuti jalan-jalan yang lain (kerana) ia akan membuat kalian terpisah dari jalan-Nya (jalan-Ku). Demikianlah Allah telah mewasiatkan kalian dengannya supaya kalian bertaqwa.”


(Al-An’am, 6: 153)

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 16, 2013 03:06

December 15, 2013

December 12, 2013

Kehidupan: Dakwah Tanggungjawab Semua

44596_1190478178019_1710312494_367382_3144089_n


 


Semoga pembaca artikel ini berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.


Dakwah. Satu perkataan yang sinonim dengan kerja penyeruan ke atas jalan Allah SWT. Biasanya kerja penyeruan ke atas jalan Allah SWT ini dilihat sebagai sebuah kerja yang hanya eksklusif untuk para ustaz, lepasan pelajar jurusan agama dan mereka yang pernah belajar di sekolah agama.


Namun hakikatnya, dakwah ke jalan Allah SWT adalah tanggungjawab semua orang yang beriman kepadaNya.


Ya. Semua. Tanpa ada  yang terkecuali.



Arahan Allah SWT


Allah SWT berfirman:


“Serulah ke jalan Tuhan kamu dengan kebijaksanaan, dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka menggunakan cara yang terbaik.” Surah An-Nahl ayat 125.


Allah SWT tidak mengklasifikasikan siapa yang perlu berdakwah. Maka di sini tanggungjawab menyeru manusia ke atas jalan Allah SWT ini jatuh kepada semua orang yang beriman kepada Allah SWT.


 


Saya Bukan Pelajar Agama!


Ada yang akan merasakan bahawa tanggungjawab dakwah merupakan sebuah bebanan. Ini kerana mereka merasakan bahawa mereka bukan pelajar agama. Mereka tidak tahu selok belok dalil, terma-terma yang digunakan di dalam agama.


“Nanti tersalah cakap bagaimana?”


Saya sentiasa percaya bahawa, Allah SWT adalah Yang Maha Bijaksana. Kerana itu apabila arahan menyeru ke jalan Allah SWT ini diturunkan, Allah tidak menspesifikkan caranya. Allah SWT sekadar memberikan ‘spirit’ yang perlu dipatuhi dalam menyeru manusia kembali ke jalan Allah SWT itu.


Antara spirit yang Allah sematkan dalam seruan kembali ke jalan Tuhan ialah ‘kebijaksanaan’.  Kita kena bijak. Bijak menyampaikan dakwah agar tiada apa yang dapat menghalang kita dari melaksanakan tanggungjawab itu. Makanya jika kita tidak punya ilmu yang mendalam berkenaan agama, atau mungkin kita tidak mempunyai kelebihan tambahan seperti pandai mengarang, pandai menyanyi, pandai melukis, pandai berpidato dan sebagainya sekalipun, kita masih orang yang mempunyai kapabiliti untuk berakhlak mulia, berakhlak baik, berakhlak soleh.


Ya. Bijaksana. Dakwah melalui akhlak. Menyantuni orang ramai dengan sikap yang baik. Menunjukkan disiplin dalam tingkah laku. Bersih, amanah, jujur, kemas. Itu semua sebuah dakwah sebenarnya.


Paling kurang, itu yang kita kena lakukan.


Memberikan gambaran yang baik terhadap Islam kepada orang ramai.


Secara tidak langsung, kita telah melaksanakan kerja-kerja dakwah dengan berakhlak baik. Ini yang orang ramai terlepas pandang. Sedangkan akhlak adalah perkara paling asas, dan semua wajib mempunyai akhlak yang mulia, agar imej Islam terjaga.


Kerana segala kebaikan yang terwujud di dalam Islam, takkan ada maknanya jika kita tidak dapat mempersembahkannya melalui akhlak dan sikap kita.


 


Saya Ada Potensi


Jika kita mempunyai potensi tertentu. Ada skill tertentu. Pandai melukis, pandai menulis, pandai menyanyi, pandai berteater, pandai buat filem, pandai buat kem motivasi, pandai buat seminar dan sebagainya, maka kita kena usahakan agar semua potensi itu memberikan manfaat kepada penyeruan manusia agar kembali kepada Allah SWT.


Begitulah jika kita ada profession, seperti menjadi doktor, menjadi guru, menjadi pensyarah, menjadi jurutera dan apa sahaja, kita kena usahakan agar kerjaya kita itu memberikan manfaat kepada usaha dakwah ini.


Asasnya adalah akhlak tadi, seterusnya adalah bagaimana kita boleh menjadi ‘penarik’ orang untuk mendekati dan memahami Islam.


Dakwah tidak hanya tertumpu kepada non-muslim, namun juga boleh jadi kepada muslim. Baik dalam bentuk menariknya semula untuk komited dengan kemuslimanannya, juga bagi muslim yang komited dakwah kita akan menjadi peringatan yang baik buatnya untuk kekal istiqomah dengan kemuslimannya.


Pada masa yang sama, kita yang menyeru ini, hakikatnya menyeru diri kita sendiri.


“Perbaiki diri sambil menyeru orang lain.” Begitulah kalam almarhum Mustapha Masyhur.


 


Penutup: Semua Orang Wajib Berdakwah


Konklusi kepada artikel ringkas ini, semua orang wajib berdakwah.


Paling tidak, dengan akhlak yang baik.


Yang ada ilmu, sampaikan ilmu. Yang ada kebolehan, sampaikan menggunakan kebolehannya.


Yang penting, semua orang kena bergerak. Bekerja. Berdakwah.


Kadangkala tersengat jiwa ini dengan kehairanan, apabila sebuah negara Islam, yang raja/sultannya Islam, yang Perdana Menterinya Islam, yang di dalamnya ada banyak jabatan agama, ada mahkamah Syariah, masih lagi gempar dan risau dengan ancaman dakyah agama lain.


Kita risau agama lain melaksanakan dakyah mereka, kita rasa iman kita rapuh benar, seakan-akan agama lain boleh menembusinya dengan amat mudah.


Sebenarnya kita tak buat kerja. Itu aja sebenarnya.


Maka laksanakanlah. Bermula dengan menunjukkan akhlak yang baik.


Semua wajib berdakwah. Sebarkan kefahaman Islam. Berikan gambaran yang baik terhadap Islam kepada orang ramai.


Ini semua tanggungjawab kita.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 12, 2013 20:55

December 11, 2013

Novel VT2: Avantgarde – Gelombang 9 – Masa Lalu

VT3


 


Enjoy!


:-)


 



Dia masih begitu. Walau setelah sekian lama. Termenung kaku dan tidak berbuat apa-apa. Televisyen di hadapannya menyala tanpa dia menontonnya. Dia seakan tidak lagi mampu menggenggam apa ertinya hidup. Segalanya seperti sudah tidak bermakna. Ibadahnya pun entah ke mana.


Kadang dia terfikir, di manakah Tuhan sebenarnya? Dia mula mempersoalkannya. Mengapa dia diuji sedemikian beratnya. Apa salahnya dia?


Makan pakainya tidak terurus. Kalau bukan kerana ada jiran yang kasihan, dia pastinya tidak makan. Rambutnya mula memanjang tidak terurus. Pakaiannya mula membusuk. Kerjayanya pun entah ke mana. Dia benar-benar jatuh pada tahap yang amat rendah dalam kehidupannya.


Kematian yang tersayang benar-benar memberikan pukulan yang teramat hebat buat dirinya. Walau 1001 nasihat dan kata-kata semangat dilemparkan kepadanya, dia seakan tidak peduli akan itu semua.


Jiwanya sakit, dirinya terasa perit. Tawa dan ulah isterinya sentiasa bermain pada matanya. Seakan-akan masih ada, tetapi tidak pula dapat dia sentuh dan menggenggamnya. Sebentar dahulu dia gembira, kini dia dalam duka yang teramat sengsara. Dia seakan tidak percaya ini semua berlaku ke atasnnya.


Dia yang dahulunya seorang kuat beragama, mengikuti usrah, dan mempunyai cita-cita yang besar untuk mengembangkan dakwah ini melalui jalan sukan bola tampar.


Hari ini dia mempersoalkan kehidupannya.


Mengapa Allah memperlakukan kepada dirinya sebegini rupa?


“Hari ini adalah hari yang bersejarah buat Malaysia. Pertama kali di negara ini, kita menganjurkan Volleyball National Royal Championship, bagi menaik taraf, mengangkat sukan bola tampar menjadi sukan yang berprestij di negara kita. Maka hari ini adalah hari perjalanan besar ini bermula! Kejohanan Pre-VNRC, yang bakal memberikan peluang kepada pasukan-pasukan yang bertanding di VNRC nanti untuk mendapatkan tajaan mereka!”


Ridhwan di tengah kesugulan, spontan mengangkat kepala memandang televisyen. Matanya membesar.


Hari ini Kejohanan Pre-VNRC. Televisyen memaparkan siaran langsung untuk majlis pembukaan.


Segera dia teringat Saiful Rahman. Jurulatihnya. Yang ditinggalkan, yang panggilannya tidak bersahut, yang dia telah mungkir akan janjinya kepada jurulatihnya itu. Bagaimana agaknya kumpulan yang dipimpin Saiful bakal mengharungi perjuangan mereka hari ini?


Apakah mereka mampu merealisasikan cita-cita mereka?


Cita-cita Saiful besar dan tinggi. Dia juga dahulu mempunyai cita-cita yang sama, sebelum ini semua berlaku kepada dirinya. Membawa obor perjuangan Islam ke tengah medan sukan, dengan memulakannya di arena bola tampar. Nampak tak logik, tetapi begitulah yang mereka percaya, bahawa Islam itu syumul, maka di medan sukan perlu ada wakilnya. Mereka yakin, jika mereka berjaya mencipta fenomena Islamik di arena sukan bola tampar, maka medan sukan-sukan yang lain akan turut mengikuti.


Dan dia meninggalkan mereka.


Terkenangkan itu semua, Ridhwan perlahan-lahan memandang ke arah televisyen dengan serius.


Dia tahu siaran ini hanya untuk majlis pembukaan sahaja. Pantas dia mencari-cari alat kawalan jauh di tengah timbunan pakaian dan makanan-makanan yang belum dikemas. Setelah bertemu, dia menukar siaran. Sebuah siaran yang memang dilanggannya selama setahun sebelum ini. Siaran khas untuk bola tampar, dan siaran ini nampaknya membuat tayangan khas sehari suntuk memaparkan suasana kejohanan Pre-VNRC.


Ridhwan mencari-cari di manakah Saiful dan kumpulannya.


Tiba-tiba segala kekecewaan dan resah gelisah, seakan berada di belakangnya. Menjarak.


Dia fokus kepada kejohanan pre-VNRC.


 


*****


 


 


“Aduh, kecut perut. Rasa macam nak termuntah.” Dzakir bersuara. Matanya ligat memandang sekeliling. Acara pembukaan baru selesai. Sangat meriah, dan bingit juga dengan segala sorakan bersama tiupan vuvuzela di Dewan Besar Bola Tampar Negara. Dewan ini juga kelihatan gah dengan segala hiasan, apatah lagi inilah kali pertama Dewan ini digunakan. Dibangunkan khas untuk projek menaikkan bola tampar di negara ini.


Bahu Dzakir diusap lembut oleh Ihsan yang berdiri di belakangnya. “Tenang.”


Dzakir tersengih seraya mengangguk.


“Dzakir memang macam itu Ihsan, kecoh.” Abhiraj memuncungkan bibir. Gaya meluat.


“Weh, kau apa hal. Cemburu pun agak-agak la.” Dzakir menolak bahu Abhiraj di hadapannya.


“Ceh, cemburu.” Abhiraj buat gaya tangan di bahu, mata pandang atas. Membuatkan Malik, Fatih, Akram, Leon dan Omar yang menoleh ke arah mereka tertawa.


“Dzakir dah ada ni, aku tak payah la buat lawak bodoh lagi.” Omar menambah kehangatan.


“Dulu Omar sebiji macam Dzakir. Lawak entah apa-apa.” Malik bercerita.


“Tapi aku la penceria kumpulan dulu. Tak ada aku, tak lengkap tau.” Omar kenyit mata. Semua tertawa lagi.


“Kita patut bergabung!” Dzakir buat teruja. Buat kesekian kalinya, menjemput tawa semua yang ada.


Fei Hung menggeleng melihat ulah rakan-rakan sepasukannya. Dalam keadaan masih tidak ada apa-apa strategi, berhadapan dengan kumpulan-kumpulan yang dijangka hebat, Fei Hung tahu mereka semua cuba menyembunyikan segala saki-baki gentar yang mungkin masih berbekas. Melihat sekeliling, memang mereka terasa kerdil. Nampak kumpulan lain sangat gah, dan ada pula yang tinggi lampai. Spontan Fei Hung berdoa di dalam hati agar mereka tidak bertemu dengan kumpulan yang menakutkan.


Kini mereka sedang sama-sama menanti Saiful untuk pulang dari meja urusetia. Semua jurulatih perlu mencabut undi bagi menentukan di kumpulan mana pasukan mereka berada.


“Agak-agak macam mana kita hari ini?” Fatih memandang Malik.


“InsyaAllah, semuanya baik. Menang kalah di tangan Allah, yang penting kita usahakan yang terbaik. Kita pulangkan segala pergantungan itu kepada Allah, maka nanti bila menang, menang itu akan menjadi baik buat kita. Jika kalah, kalah itu juga akan menjadi baik buat kita.” Malik memberikan nasihat, yang sebenarnya dia tujukan kepada dirinya sendiri juga.


Fatih tersenyum lebar.


“Benarlah apa yang kita perolehi di dalam usrah, sahabat yang baik itu ialah sahabat yang mengingatkan kita kepadaNya.”  Bahu Malik dirangkul, dan tubuh Malik dirapatkan ke sisi Fatih. Erat.


Malik membalas dengan senyuman yang indah.


“Coach dah nak datang tu.” Akram tiba-tiba bersuara, memecahkan penantian mereka. Lantas semua memandang Saiful Rahman yang sedang melangkah bersama sennyuman. Ada berita baik?


“Macam mana coach?” Dzakir tidak sabar.  Terus melaung.


Namun baru sahaja Saiful hendak membuka bicara, langkahannya terhenti, terhalang oleh sebatang tubuh yang tiba-tiba muncul di hadapannya.


“Coach Saiful.”


“Assalamu’alaikum Coach Mustofa.” Saiful mengekalkan riak ketenangan pada wajahnya. Lelaki di hadapannya kini, berpakaian sukan lengkap dan memakai jaket, merupakan jurulatih Pasukan Rurouni.


“Heh.” Coach Mustofa seperti terpukul, kerana dia tidak terlebih dahulu memberikan salam. Terasa seperti Saiful memerlinya. “Nampaknya kita tidak sekumpulan.”


Saiful segera menarik kertas  undinya, melihat dan kemudian memandang semula kepada Coach Mustofa. “Ah, benar. Rurouni di  Kumpulan A, manakala kami di Kumpulan C. Nampaknya kalau bertemu pun, hanya di Final.”


“Nampaknya tidak dapat kami nak menewaskan kamu dengan lebih awal. Dan kemungkinan, kita tidak bertemu pun, kerana kalian akan tewas dengan kumpulan yang lain.” Coach Mustofa telah memulakan serangan psikologi.


Saiful tertawa. “Tiada siapa tahu akan masa hadapan Coach Mustofa. Boleh jadi begitu, boleh jadi tidak. Apa-apa hal pun, saya mendoakan yang terbaik untuk kumpulan coach.” Tangan Saiful segera dihulur untuk berjabat dengan Coach Mustofa.


Coach Mustofa mendengus, bengang kerana kelihatan Saiful seperti kebal dengan hinaannya. Lantas dia berlalu pergi begitu sahaja.


“Kurang ajar betul!” Akram bengang dengan sikap Coach Mustofa. Walaupun tidak dapat berapa mendengari detail perbualan mereka, namun melihat gaya Coach Mustofa, jelas kelihatan kebiadapan jurulatih itu kepada Saiful.


“Tenang. Coach Saiful dah tunjukkan contoh yang baik buat kita semua. Kita tak datang sini untuk bergaduh dengan orang lain.” Ihsan menenangkan Akram.


Akram menahan kemarahannya. Ikut hati, ingin sahaja dia pergi mendapatkan Coach Mustofa dan mencekak kolar orang tua itu, sambil memberikan amaran.


“Okay semua. Dah bersedia?” Saiful mendekati pasukannya. Mereka berkumpul rapat.


“Kita berada di dalam Kumpulan C. Berita baik, kita tidak akan bertemu dengan Kumpulan Rurouni, kecuali di Final, jika kita dapat ke sana insyaAllah.”


“Kita pasti akan dapat ke final Coach!” Abhiraj bersemangat.


“Tiada yang dapat memastikannya, melainkan Allah.” Saiful mengingatkan.


“Ah, benar-benar. Pulangkan semuanya kepada Allah.” Abhiraj menepuk dahi.


“Baik. Enam pemain utama ialah: Malik, Fatih, Abhiraj, Leon, Dzakir, dan Omar. Akram sebagai ‘libero’. Ihsan bersedia bila-bila masa untuk menggantikan Fatih sebagai setter.  Fei Hung sebagai pemain simpanan. Bersedia juga untuk diturunkan.”


“Kami dengar, dan kami taat, coach.” Omar bersuara terlebih dahulu. Semua yang ada mengangguk tanda bersetuju.


“Main macam biasa sahaja. Tidak perlu terlalu ‘fancy’. Main dengan bijaksana. Itu sahaja strategi kita. Selebihnya, ana akan pandu antum sepanjang permainan mengikut bagaimana rentak lawan kita.”


“Macam biasa?” Fatih rasa kehairanan. Strategi yang sangat ‘simple’.


“Kadangkala yang menumbangkan pokok itu bukanlah kapak atau alat penebang, tetapi air dan angin. Dan kita tidak akan sesekali menyangkanya.” Saiful menenangkan mereka.


“Sudah, mari kita pergi ke tempat duduk kita.” Saiful memaut bahu Malik dan Fatih, kemudian membawa mereka bergerak. Yang lain membuntuti.


Pasukan mereka akan menentang Pasukan Lebah Berani selepas ini. Perlawanan pertama semenjak Avantgarde yang baru ini tertubuh.


 


*****


 


Jari jemari Faiz menari di atas meja pejabat. Dia perlu menguruskan beberapa urusan terlebih dahulu, sebelum dapat pergi ke Dewan Besar Bola Tampar Negara malam ini. Harapannya, agar pasukan Avantgarde berjaya ke final. Jika tidak, kehadirannya malam ini tidak bermakna apa-apa.


Walaupun sibuk, sekali-sekala ditatapnya telefon pintar, melihat perkembangan terkini Kejohanan pre-VNRC.


Hari ini dia bukan lagi pemain bola tampar, namun tetap sedkit sebanyak jiwanya rasa gelisah. Walaupun dia yakin dengan bantuan Allah, tetap sebagai manusia biasa, dia rasa kelemahan. Hati dan jiwanya tidak henti dengan berdoa. Semoga Allah tidak meninggalkan mereka, semoga Allah menurunkan bantuan kepada mereka.


Manusia kadangkala mudah tertipu dengan apa yang mereka ada. Baik harta, kepandaian, kelebihan dalam bentuk kemampuan. Hingga mereka lupa, bahawa Allah yang memberikan semua itu. Bila nikmat-nikmat itu ditarik, atau mereka ini diuji, mulalah mereka marah dan memaki, kecewa dan berputus asa terhadap Allah SWT, seakan-akan Allah telah ‘merampas’ hak milik mereka. Sedangkan hakikatnya, Allah sekadar mengambil semula, apa yang sebenarnya Allah punya.


Bagi manusia yang memahami perkara ini, maka sepenuh pergantungannya ialah Allah. Walau kala dia mempunyai kelebihan, walau ketika dia mempunyai kekuatan. Kerana dia tahu, Allah mampu menariknya bila-bila masa sahaja. Allah juga berhak menguji dan menduga. Maka hendaklah merasakan bahawa diri ini lemah, dan hanya kuat apabila dibantu olehNya.


Maka kepada Allahlah kita berserah, yang ada pada manusia hanyalah berusaha sebaiknya.


Faiz jadi teringat  dengan sirah peperangan Badar. Rasulullah SAW berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah pada malam sebelum bermulanya peperangan, hingga jatuh rida’ baginda, dan Abu Bakr RA terpaksa menenangkan baginda. Sedangkan Rasulullah SAW ialah Rasul yang sangat dicintai, dan merupakan kekasih Allah SWT. Namun masih baginda berdoa sedemikian rupa.


Maka pastinya dia, seorang manusia biasa, yang berharapkan perjuangan ini dimenangkan oleh Allah SWT, perlu lebih bersungguh-sungguh meletakkan pergantungan kepada Allah SWT.


“Ya Allah, permudahkan urusan pasukan AvantGarde. Sesungguhnya kami berusaha membawa panji-panjiMu. Inilah usaha kami untuk memecahkan kepungan di dalam arena sukan negara ini, agar sinarMu terpancar kepada mereka yang berkecimpung di dalam medan ini. Berikanlah bantuanMu.” Mulut Faiz terkumat kamit. Memohon sepenuh hati.


Kemudian dia kembali fokus kepada urusan-urusan yang perlu dia selesaikan hari ini.


Dengan sangka baik dan keyakinan yang tinggi, dia yakin pasukan AvantGarde akan pergi ke final malam ini, dan dia akan dapat menonton mereka nanti.


 


******


 


“Sudah panaskan badan?” Saiful Rahman memandang pemain-pemainnya.


Semua mengangguk. Saiful Rahman angkat ibu jari. Kemudian dia bergerak mendapatkan satu beg di tempat duduk. Beg yang sentiasa dia gendong semenjak dari awal pagi tadi tadi.


“Teka apa ini?” Saiful angkat kening sebelah.


Omar angkat tangan. “Jersi.”


Saiful tertawa. “Benar.”


“Ala coach, kami dah besar la.” Dzakir mencebik. Yang lain tertawa kecil mendengarnya.


“Ambil jersi masing-masing. Tempoh hari semua dah sebut nombor yang dikehendaki kan?” Saiful meletakkan beg tersebut di hadapan pemain-pemainnya.


Malik segera bergerak terlebih dahulu, diikuti yang lainnya. Malik mengambil jersi nombor 8, manakala Fatih mengambil nombor 11. Akram pula menyambar jersi nombor 7, diikuti Abhiraj yang mengambil jersi bernombor 3. Fei Hung dan Omar mengambil jersi mereka serentak, Fei Hung dengan jersi bernombor 5 manakala Omar dengan jersi bernombor 10. Ihsan dan Leon pula masing-masing mengambil jersi bernombor 1 dan 4.


Malik menjeling sebentar ke dalam beg. Masih ada beberapa jersi yang berbaki. Segera dia pergi semula ke beg tersebut, dan mengangkat beberapa jersi yang lain. Terus jiwanya terasa sebak.


“Kenapa Malik?” Fatih perasan yang Malik terkaku di hadapan beg tersebut.


Tetapi Malik tidak menoleh kepada Fatih, dia mengangkat kepala memandang Saiful Rahman.


“Ana ada kepercayaan yang penuh kepada mereka.” Saiful mengenyit mata.


Malik tersenyum, bersama air mata yang mengalir. Terharu.


Fatih kini telah berada di sebelah Malik, diikuti rakan-rakan yang lain, melihat jersi-jersi yang diangkat oleh Malik tadi.


Jersi nombor 8 dengan nama Farhan terpampang di belakangnya, juga jersi nombor 2 dengan nama Zulkarnain  dan jersi nombor 12 dengan nama Ridhwan.


“Mereka akan kembali. InsyaAllah.” Saiful Rahman bersuara sambil mendekati pemain-pemainnya.


“Hari ini kamu semua kena buat mereka rasa cemburu, kerana tidak berada di sini bersama kita.” Tangan Saiful menepuk dada Malik.


“InsyaAllah Coach!” Omar bersemangat.


Semua bergegas menyarung jersi. Jersi berwarna hijau gelap, dengan lengan yang tersangat pendek, bersama nombor bersaiz sederhana kecil di tengah dan nama ‘AvantGarde’ wujud di bahagian dada kanan. Di bahagian belakang pula, terpapar nombor bersaiz besar bersama nama pendek pemain.


“Pasukan Avantgarde, Pasukan Lebah Berani, mohon masuk ke gelanggang. Perlawanan akan dimulakan sebentar lagi. Ketua kumpulan diminta laporkan diri!” Pengumuman dibuat dari gelanggang C.


Dewan Besar Bola Tampar Negara mempunyai 10 buah gelanggang bola tampar berkualiti tinggi. Hari ini, kejohanan akan berjalan tanpa henti untuk menamatkan pusingan kumpulan sebelum tengahari. Maka semua kumpulan akan berentap dengan stamina masing-masing, kerana usai sahaja sebuah perlawanan, mereka perlu menyambung sebuah perlawanan lagi dengan segera, hingga tamat peringkat kumpulan.


Johan di peringkat kumpulan akan naik berentap menentang johan di peringkat kumpulan yang lain, untuk menentukan siapa yang layak ke final.


Kumpulan Avantgarde melangkah hampir serentak dengan pasukan Lebah Berani, masuk ke gelanggang.  Saiful telah mengisyaratkan bahawa Fatih menjadi ketua kumpulan. Fatih bersama ketua kumpulan Lebah Berani, seorang yang tinggi lampai, berambut warna-warni, dengan jersi serba kuning, bergerak bertemu pengadil.


Mereka membuat undi siapa yang mendapat bola, siapa yang mendapat gelanggang. Penentuan ditentukan menggunakan duit syiling. Tidak lama kemudian, Fatih bergerak mendapatkan kumpulannya.


“Macam mana?” Fei Hung bertanya.


“Kita mula dulu.” Fatih memaut bahu sahabat berbangsa cina itu.


Semua yang lain mengangguk.


“Okay semua. Inilah masanya.” Fatih hulur tangan. Yang lain sama-sama menghulurkannya juga.


“Siapa kita?” Fatih bertanya.


“Avantgarde!” Semua menjawab lantang.


Seluruh dewan kini memerhatikan mereka.


“Kita datang sini mahu buat apa?”


“Bawa syiar Islam!”


“Jadi kita kena berusaha yang…?”


“Terbaik!”


“Kalau boleh kita nak…?”


“Menang!”


“Nak…?”


“Menang!”


“Nak…?”


“Menang!”


“Takbir!”


“Allahuakbar!”


“Avantgarde!”


“Muuumtaz!”


Disempurnakan dengan hentakan kaki serentak daripada semua ahli kumpulan. Seluruh dewan seakan terhenti, kerana semua memberikan perhatian kepada Avantgarde. Satu-satunya kumpulan yang melaung kalimah membesarkan Allah di dalam dewan ini, ditambah pula Avantgarde adalah satu-satunya pasukan yang memakai seluar panjang, dalam erti kata lain, menutup aurat.


Malik pergi ke tempat ‘first spiker’, manakala Abhiraj di sebelah kanannya dengan posisi ‘fast spiker’, Fatih sebagai setter utama berdiri di posisi ‘sub’, yakni di hujung kanan hadapan gelanggang. Omar berada di tempat ‘neutral’ dan bersedia hendak melaksanakan servis, manakala Leon berada di sebelah kirinya, posisi tengah belakang dan akhir sekali Dzakir yang berada di belakang Malik.


Ihsan, Fei Hung dan Akram duduk di kerusi pemain simpanan yang terletak di tepi gelanggang. Saiful Rahman pula berdiri tidak jauh dari situ.


Walaupun tidak pernah dibentangkan kepada mereka strategi atau taktik khusus, mereka masuk ke gelanggang dengan keyakinan. Mereka bukan bermain bola tampar sehari dua. Mereka telah bermain bola tampar bertahun-tahun. Mereka tidak patut gelabah. Mereka patut berusaha untuk mengadaptasi suasana baru, walaupun mungkin agak sukar.


“Priit!” Wisel pengadil berbunyi deras.


Omar terus melambung bola dengan ketinggian sederhana, seterusnya menamparnya kuat. Bola melayang ke gelanggang lawan, sambil Omar bergerak ke posisinya. Fatih terus ke hadapan melangkau garisan serangan, bertugas menjadi setter.


“Bola mudah, bola mudah.”  Kumpulan Lebah Berani menyambut servis Omar dengan bersahaja. Bola naik dengan cantik kepada setter mereka. Terus bola di’set’ ke posisi ‘open’ atau ‘first spiker’. Pemain berjersi nombor 7 Lebah Berani telah berada di udara. Terus dia menampar bola tersebut sekuat hati.


Pang!


“Prit!!!” Wisel berbunyi.


1-0.


Semua terpana, melihat bola berguling di gelanggang Lebah Berani. Pemain nombor 7 yang baru sahaja mendarat agak terpinga-pinga. Kemudian menoleh ke gelanggang AvantGarde, dan melihat Fatih yang baru bangkit dari tunduk. Fatih juga baru mendarat, dari menjadi penghadang ampuh rejaman pemain nombor 7 itu  tadi.


“Grrrr.” Geram. Dia tidak menyangka rejamannya dihadang dengan begitu kemas sekali, hingga terlantun semula ke gelanggangnya.


“Takbir!” Malik melaung.


“Allahuakbar!” Semua pemain, baik di dalam gelanggang atau di atas bangku simpanan, menyahut.


Ihsan, Akram dan Fei Hung kemudian menyambung dengan mengulang nama Avantgarde berkali-kali.


Omar melakukan servis sekali lagi. Bola masuk ke gelanggang lawan. Kali ini kelihatan pasukan Lebah Berani menukar strategi untuk bermain dengan lebih pantas bagi mengelirukan pasukan AvantGarde. Bola disambut dengan baik, namun dihantar pantas ke arah setter. Setter Lebah Berani berjersi nombor 1 itu terus menghantar bola ke hujung kanan gelanggang mereka. Perejam di posisi tersebut sudah melayang ke udara, bukan untuk melakukan rejaman ‘open’, tetapi hendak melakukan rejaman ‘fast’.


“Hadang, hadang!” Fatih pantas memberikan isyarat.


Malik dan Abhiraj tergocoh-gocoh mengejar kepantasan serangan Lebah Berani. Pantas mereka naik menjadi penghadang rejaman tersebut.


Libas!


Namun rejaman itu hanya memakan angin. Setter Lebah Berani tersengih. Perejam di posisi ‘sub’ tadi sudah mendarat. Bola itu rupa-rupanya memang dihantar untuk terus masuk ke gelanggang AvantGarde. Perejam tadi hanyalah pancingan.


Tetapi wisel tidak berbunyi lagi. Tiba-tiba bola sudah kembali ke udara, tinggi. Ketika inilah kelihatan Leon melayang dari belakang, dengan tangan sudah tersedia untuk merejam, bergerak mendekati bola.


“Block, block!” Setter Lebah Berani melaung.


Leon melibas kencang. Lebah Berani tidak sempat untuk menghalang, kerana sedikit alpa dek menyangka pemainan telah tamat tadi.


Berdentum bunyi kedengaran apabila bola mencium lantai gelanggang. Bola melantun naik ke udara tinggi, tanda rejaman tadi benar-benar kuat.


“Priiiit!”


2-0.


Lebah Berani terkejut. Rupa-rupanya Dzakir telah berjaya memintas taktik setter Lebah Berani sebentar tadi, dan bersedia di sebelik Malik. Apabila bola tersebut memasuki gelanggang Avantgarde dan Malik bersama Abhiraj sibuk menjadi penghadang, Dzakir telah bergerak pantas menyambut bola tersebut, mengangkatnya terus tanpa menghantarnya kepada Fatih dek kerana sukar. Leon pula memang sentiasa dalam keadaan bersedia, bila melihat bola naik sedemikian rupa, dia pantas mengambil peluang.


“Takbir!” Ihsan melaung dari tepi gelanggang.


“Allahuakbar!” Semua pemain Avantgarde menyahutnya.


Malik menggeleng kepala, tersenyum sendiri. Kemudian bergerak mendapatkan Dzakir.


“Fuh, tak sangka. Ingat mati dah tadi.” Malik menepuk-nepuk belakang Dzakir.


Dzakir tertawa. “Aku pun bergerak ikut ‘instinct’ aja tadi. Tapi Leon, dia memang ‘osem’ la.” Mereka berdua memandang kepada Leon.


Leon tersengih. “Nothing to brag about. Alhamdulillah.”


Avantgarde sendiri terkejut dengan permainan mereka, kerana mereka masuk tanpa strategi apa-apa. Apatah lagi Lebah Berani yang melihat 2 mata pergi begitu sahaja. Mereka menyangka Avantgarde mempunyai strategi yang tersangat mantap. Seakan-akan kebal.


Kegerunan mula menyelinap sanubari mereka.


Saiful di sisi gelanggang menjeling ke arah jurulatih lawan. Nampak jurulatih lawan juga menjeling ke arahnya. Saiful kemudian memandang kumpulannya dengan senyuman. Namun matanya masih tidak terhenti di situ, dia sempat menjeling ke satu arah lain. Di tempat penonton, dia telah memerhatikan individu itu lama fokus kepada Kumpulan Avantgarde.


Coach Mustofa.


Kelihatan jurulatih Rurouni itu sedang memandang dengan penuh fokus, bersama pen dan kertas.


Senyuman Saiful melebar.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 11, 2013 20:15

December 10, 2013

English Column: You Getting a Good Night’s Sleep


Sleep tight


Picture by FireRai of deviantart.com (Click here for image source)


As much as we want to deny it, life is abundant with sadness, rife with melancholy and full with irony.


If we walk through the urban streets and we see people residing desperately there in their cardboard houses, we begin to question, are these streets meant for people to live in?


We want to help them but all we can do is grab the couple of pennies in our pockets and put it in the metal can in front.


And as we walk through the bazaars, we see physically impaired people yearning for us to help them buy the tissue they sell, we ask ourselves, aren’t there help for them?


Sometimes, we are prompted to buy, some other times we are not. All we can do is present them with a smile and prayer.


Witnessing the flood victims from afar, praying that their safety is assured while reflecting what will we go through if we were the victims defending our house from the colonization of muddy water? How breathing taking does it feels like to face the loss of everything you possess destroyed by the flood?


We wish to help but we are bound to go to work, to go to class. Time and mobility is what you don’t have.


We can’t get a good night’s sleep. Happiness is just a myth at times. We want to help, but the truth is, we have our own problems that need solving. Even majority of us earn a salary below RM2k a month under the poverty threshold.


At times, we feel that we just can’t go on. We can’t bear the gravity of the burden. We want to stand, but problems keep on pulling us down to the ground.


You have the outstanding bills you have pay, unresolved unreasonable speed tickets or traffic summons like driving 70 kph in a 60 kph’s zone or running the red light where there’s no traffic at all at 3am in the morning.


You go to work via a motorcycle to reduce the weekly cost. If you use a car, the daily oil consumption will incur more expenses. You have to limit your daily meal so that you can survive the little money that you have.


What would you do when you are bombarded with unbearable problems? Would you tuck yourself in bed, wrap yourself in the cozy blanket and cry? Would you lock yourself in your room for days? Would you cut your communication with the ‘outside world’ and just be friends with your imaginary friends?


You can do many things to take your mind off things.



You are allowed to cry


When difficulties bombard you, you are allowed to cry, to grieve, to shed tears,, to be sad, to do anything that is shariah compliant as long as you don’t kill yourself.


From the book As-Syamail Al-Muhammadiyah Imam Tirmidhi, a hadith signifies that even the prophet cried over death:


Aishah R.A said:


The Prophet (peace be upon him) kissed `Uthman ibn Mazh`un when he died; until I saw tears coming down his cheeks. (Related by Imam Ahmad in his Musnad (vol. 6, p. 56), Abu Dawud, Al-Tirmidhy, and Ibn Majah)


Even the prophet cries.


You are allowed to be human. To give in to emotions at times of need.


Lose yourself


Life can be hectic and helter-skelter, but breaking free from all that can make you right on track once more.


Wander off – Walking can be one way to bring you into gear. Choose shopping complex than you haven’t gone window shopping before or a park you’ve never jogged there. Just wander off. Stroll up and down the levels, play with the beautiful leaves in the park while feeling refreshed by the air.


Go offline – Switch of your phone, your computer, take a break from Facebook and Twitter, turn-off the TV and even the lights of your room. Escape from answering the phone, the door, the email. Retreat for a day, or an hour, depend on how much time you’ve got.


Drive away – Put the key in the ignition and drive away. Go away. Take off. Go to a place foreign to you. Don’t rely on your GPS. Follow the directions on the road. Let your heart decide which way to go. Just drive while listening to your favorite music or radio channel. Just drive until you feel hungry or you want to let of some steam from your legs. Get out. Take a deep breathe. Exhale all out. See your surroundings. Get back in your car and keep on driving.


Write yourself a haiku


Take a time off for your ‘alone time’ and do something you like.  Maybe write a short story, record your daily notes in your life diary or in your blog or write a haiku.


Write some words that can motivate yourself. This is what I wrote down once when I was in a sinking feeling:


The pain, it’s torturous,

the blood, it’s cancerous,

but the gain from the pain,

it’s prosperous,

and the reward from the blood,

it’s advantageous.


Get a good night’s sleep!


It’s a phenomenon nowadays for people to live in Facebook. Their reality is Facebook. So whenever they have problems, they don’t face it but write it in a status.


Face your problems, not Facebook it. Having problems doesn’t mean you can’t own a good night’s sleep.


In your bed, every time you start thinking about the unpaid bills, work undone, children gone astray, debt, shift your mind to something less infuriating.


Getting a good night’s sleep won’t solve your problem but it’ll recharge your body in the quest of finding solutions every day.


Each day you wake up and start worrying about your problems again, jot down everything that has been bothering you, along with any strategies you’ve thought of that will solve the problems.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 10, 2013 20:43

Komik: Bantuan

bantuan


“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas (karuniaNya) lagi Maha Mengetahui. Orang-orang yang menafkahkan hartaNya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”


(Al-Baqarah: 261-262)


Dimana salahnya manusia hari ini?

Selalu mengelak dari memberi.

Sangat kedekut, pentingkan diri!


Dimana salahnya manusia hari ini?

Menangis tersedu- sedan bila menonton drama Korea dan Taiwan.

Namun tak merasa apa-apa bila melihat insan kebuluran.


Dimana salahnya manusia hari ini?

Cintakan pujian, bencikan kritikan.

Dahagakan hiburan, jauhi pengorbanan.


Dimana salahnya manusia hari ini?

Dunia lebih dicintai dari sahabat seagama.

Wang ringgit lebih mulia dari keluarga.

Kebendaan lebih difikirkan dari keperikemanusiaan.


Kasih sayang.

Melangkaui negara dan bangsa.


Persaudaraan.

Melangkaui jarak dan masa.


Kecintaan.

Melangkaui usia dan rupa.


Ayuh bersama,

Saya, kamu, kita.

Menggembeling tenaga membantu mereka.


Tak punya harta?

Mari kerahkan tenaga.

Tak punya tenaga?

Mari korbankan masa.

Tak punya masa?

Mari tembakkan doa!


Moga saudara2 di Palestin, Mesir, Syria dll dihadiahkan kemenangan.

Moga saudara2 bencara alam dihadiahkan ketenangan dan perkara yg lebih baik.

Jika bukan di dunia, ganjaran menanti di sana.


ya Allah, kuatkan kami dengan Islam.

ya Allah, kuatkan Islam dengan kami.


Mari menjadi hamba!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 10, 2013 17:10