Hilal Asyraf's Blog, page 87
November 23, 2013
Agama: 6 Kaedah Mengimbangi antara Nikmat Dunia dan Kebahagiaan Akhirat
~Keseimbangan permusafiran dunia menuju destinasi akhirat~
Manusia tidak hanya hidup di atas dunia kerna kematian itu adalah pasti. Tambahan kehidupan akhirat juga adalah perjalanan yang kekal abadi. Namun, manusia itu sering alpa untuk berbekal walhal setiap daripada kita akan bermusafir menuju destinasi akhirat yang tiada pengakhirannya. Kita masih pada aras yang sama leka dengan nikmat dunia.
Dunia boleh jadi fitnah kepada insan atau tempat persinggahan untuk mendapatkan bekalan. Manusia yang menentukan arah pandu perjalanan kehidupan masing-masing. Adapun hakikatnya dunia itu tidak terpisah dengan akhirat. Cuma perlu wujud keseimbangan antara keduanya supaya manusia tidak sekadar berjaya di dunia bahkan lebih utama di akhirat sana.
Kaedah-kaedah
Mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram serta menjauhi syubhat
Dari Abu ‘Abdillah An-Nu’man bin Basyir r.a Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang (syubhat) samar-samar, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka barangsiapa menjaga dirinya dari yang samar-samar itu, bererti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya, dan barangsiapa terjerumus dalam lingkungan samar-samar maka ia telah terjerumus ke dalam lingkungan yang haram.” [HR Bukhari no.52, Muslim 1599]
Hadis ini disebutkan sebahagian ulama’ merangkumi satu pertiga daripada Islam disebabkan menjelaskan kepada kita akan perkara yang dibenarkan untuk dilakukan (halal) dan sesuatu yang dilarang untuk dilaksanakan (haram) mengikut acuan syara’. Juga mengajar kepada manusia supaya mengambil sikap berhati-hati dengan meninggalkan perbuatan yang tidak jelas (syubhat).
Perkara yang halal dan haram yang jelas tidak dinafikan lagi akan kemestian seseorang bergelar muslim untuk melakukannya atau meninggalkannya. Adapun dalam islam sebenarnya perkara yang halal itu lebih banyak berbanding haram bahkan ditegah melakukan yang haram itu pun disebabkan memudharatkan kembali pada diri pelaku. Contohnya diharamkan zina, dihalalkan berkahwin. Diharamkan meminum arak dan dadah kerana merosakkan akal.
Bagi perkara yang diragui (syubhat) pula digalakkan untuk manusia menjauhinya seperti yang disebut dalam hadis kerana ia boleh membawa kita terjerumus dalam lembah dosa. Hal ini disebabkan hukum bagi perkara yang syubhat adalah tidak jelas dan ulama’ –ulama’ lebih tahu mengenainya melalui nas al-quran atapun qias. Contohnya adalah bermuamalat dengan harta atau bank yang diragui sistemnya tidak berasaskan riba maka lebih baik ia ditinggalkan.
Bahkan ulama’-ulama’ terdahulu lebih suka mengambil sikap wara’ (meninggalkan perkara syubhat) kerana sesungguhnya ia melambangkan ketinggian taqwa dan kecintaan manusia kepada Allah seperti yang disebutkan oleh Abu Darda’, Hasan Basri dan juga Al-Sauri.
2. Kepentingan Ikhlas dalam penerimaan ibadah
Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khathab r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu Karena kesenangan dunia atau karena seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya”. [HR Bukhari no.1, Muslim no.1907]
Hadis ini disebutkan ulama’ sebagai separuh bagi agama disebabkan tidak dapat tidak sesuatu perbuatan itu perlu didahulukan dengan niat sama ada zahir pada lisan atau lintasan dalam hati manusia. Selain itu, niat mempunyai martabat yang tinggi dalam agama kerana dengan niat sesuatu perkara yang harus boleh diganjari pahala kerana niat. Contohnya adalah perbuatan makan yang asalnya harus boleh berubah kepada sesuatu yang diganjari jika diniatkan makanan itu adalah untuk mendapat tenaga seterusnya menyumbangkan keringat itu untuk kebaikan islam.
Tambahan lagi, niat juga merupakan antara elemen utama sesuatu amal itu diterima oleh Allah selain daripada menepati syara’. Niat yang benar membawa manusia melihat perkara yang dilakukannya bukan sahaja manfaat bagi dunia bahkan kebaikan di akhirat dengan menumbuhkan aqidah yang benar dek kerana dengan niat ia bahawa kita mempercayai Allah sahaja yang bisa memberi nikmat atau mudharat kepada kita bukan selainnya.
Amal yang didasarkan di atas niat yang baik dan ikhlas akan diterima Allah s.w.t dan diberikan ganjaran. Ikhlas ini boleh dibahagi kepada 3 bahagian yang berbeza setiapnya berdasarkan tingkatan keimanan seseorang.
i- Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah. Amal ini dinamakan ibadah hamba.
ii- Amal yang dikerjakan kerana mengharapkan syurga dan pahala. Amal ini dinamakan ibadah saudagar.
iii- Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah. Juga dilaksanakan kerana hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak. Amal ini dinamakan ibadah orang yang merdeka.
Hakikat keikhlasan merupakan amal hati yang sukar namun tidak mustahil. Bisa sahaja permulaan amal kita ikhlas. Namun dipertengahannya kitaa tersungkur. Boleh jadi permulaan dan pertengahan amal kita baik tetapi pengakhirannya menyebabkan amalan kita tidak diterima. Walaubagaimanapun usaha untuk ikhlas itu dituntut dan selebihnya berdoalah pada-Nya moga amal kita diterima.
3. Mengambil berat amalan fardu dan melazimi yang sunat
Dalam suatu hadis qudsi Nabi s.a.w bersabda: Allah s.w.t berkata:
“Tidaklah hambaKu mendekatiKu dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Ketika Aku mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, menjadi penglihatannya yang ia melihat dengannya, menjadi tangannya yang ia bergerak dengannya dan menjadi kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepadaKu, niscaya Aku berikan kepadanya; Dan sesungguhnya, jika ia memohon perlindungan kepadaKu niscaya Aku berikan perlindungan kepadanya.” (HR Bukhari no.6142)
Tidak dapat disangkal bahawa setiap perkara yang wajib sama ada dilakukan atau ditinggalkan menjadi tanggungjawab seseorang muslim untuk membumikannya. Amal wajib ini menyebabkan manusia itu dekat kepada Allah kerana berusaha merealisasikan perintah yang diberikan. Namun terkadang amal wajib yang dilakukan ini tidak sempurna kerana sifat kekurangan manusia. Justeru bagaimana mungkin melengkapkap kewajipan ini?
Amalan sunat. Ia bukan sekadar melengkap perkara wajib yang kita lakukan yang mendorong manusia dekat kepada-Nya bahkan timbul rasa cinta kepada Allah s.w.t begitu juga sebaliknya seperti yang disebutkan dalam hadis. Oleh kerana itu hakikat darjat sunat itu lebih tinggi kerana manusia boleh melakukan perkara yang ditaklifkan kerana ia berbentuk arahan, tetapi hanya mereka yang cinta kepada-Nya bisa beribadah secara pilihan (sunat).
Seterusnya bila kecintaan manusia kepada Tuhannya berbalas, maka banyak manfaat yang manusia boleh nikmati. Setiap pergerakan dan perbuatannya didasari dengan pertolongan Allah s.w.t hinggakan segala permintaan yang dihajati mudah dikabulkan selain menjadi perisai bagi insan daripada kejahatan sama ada yang datang dari dalam diri manusia atau manusia sekelilingnya.
4. Ingat pada Allah, Dia akan ingat kepada kita
Daripada Abu al-’Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a.beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi s.a.w pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku:
“Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang telah Allah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang sudah Allah tentukannya untukmu. Pena -pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya).” [HR Tirmidzi no.2785]
Manusia jika mengenang seseorang akan merasai perkara yang dirindui itu seolah-olah hadir bersamanya. Begitu juga insan dengan Allah s.w.t. Jika kita merasai atau mengingati bahawa Allah itu sentiasa bersama kita maka kita tidak berpaling kepada kuasa yang lain. Malangnya, ramai manusia yang meminta kepada manusia tetapi tidak mahu meminta kepada Allah s.w.t. Mereka juga pandai menjaga hubungan baik dengan manusia tetapi memutuskan hubungannya dengan Allah s.w.t.
Apabila perasaan muraqabah (Allah melihat kita) terpahat dalam jiwa insan, kita akan malu untuk bermaksiat bahkan selalu ingin beribadat dek kerana banyaknya kurniaan nikmat Allah terhadap kita. Ia membawa kita untuk menjaga hak-hak Allah baik dalam bentuk suruhan untuk dilaksanakan atau tegahan dari melakukannya.
Demikian, bila hak-hak ini dipelihara, hubungan kita dengan Allah menjadi lebih dekat hinggakan kita merasakan segala yang ditaklifkan bukan sebagai bebanan tetapi jalan menuju kecintaan. Tambahan lagi, manusia itu akan meletakkan setinggi-tinggi pergantungan hanya pada-Nya dengan meyakini tiada yang dapat menghalang jika Allah berkehendakkan kebaikan kepada manusia dan tiada dapat memberi mudharat jika Allah menghalang.
5. Saling ingat memperingati
Dari Abu Ruqayyah Tamiim bin Aus Ad Daari r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Agama itu adalah nasihat , Kami bertanya : Untuk Siapa ?, Beliau bersabda : Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin umat Islam, dan bagi seluruh kaum muslim” [Muslim no. 55]
Sungguh agama Islam itu adalah praktikal untuk semua individu tidak kira pangkat atau martabat. Tetapi hanya mereka yang mempunyai hati yang terbuka yang berlapang dada untuk menerima peringatan. Mereka yang ego akan lemas tenggelam dalam sifat buruknya itu. Justeru itu, kadang-kadang nasihat itu telah diberikan kepada seseorang atau mungkin pada diri kita sendiri tetapi masih gagal untuk dijadikan sebagai agen perubahan kerana tiada penyediaan hati yang total.
Dalam al-Quran Allah s.w.t berfirman:
“dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. “ [al-Asr:3]
Allah menyifatkan mereka yang tidak tergolong dalam kalangan kelompok yang rugi adalah mereka yang sentiasa saling menasihati dalam perkara kebaikan. Hal ini disebabkan apabila seseorang itu memberi sesuatu peringatan ia tidak bererti dia lebih baik daripada orang yang mendengarnya tetapi ia sebagai suatu bentuk penyebaran rasa cinta kepada Allah yang ada pada dirinya ke dalam diri orang lain.
Selain itu, pesanan ke arah kebaikan ini juga penting bukan kepada pendengar semata-mata, malah lebih lagi mereka yang menyampaikannya kerana jika pesanan yang disampaikan itu boleh melaknat dirinya sendiri jika tiada amal yang menginringi. Tidak bermaksud menjauhkan diri daripada menyampaikan peringatan, tetapi berusaha melakukan apa yang telah disampaikan sekaligus menjaga diri kita dari terjerumus dalam maksiat sebenarnya bertepatan dengan kaedah dakwah yang masyhur;
Islah (ubah) diri kita, dan ajak orang lain (kepada kebaikan)
6. Bertaqwa pada Allah sentiasa dalam apa jua ketika (istiqamah)
Dari Abu Amr Sufyan bin Abdullah berkata: Wahai Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam, katakan kepada aku tentang Islam sebuah perkataan yang tidak aku tanyakan kepada seorangpun selainmu. Beliau bersabda: Katakanlah: Aku beriman kepada Allah, kemudian berpegang teguhlah(istiqamah) [HR Muslim no.38]
Dalam setiap amalan manusia keikhlasan merupakan paksi untuk ianya diterima. Namun istiqamah merupakan kemuncak sesuatu amalan kebaikan kerana ia merangkumi keperluan ikhlas yang berterusan. Ia bukan perkara yang mustahil tetapi bukan juga mudah untuk dibumikan. Bahkan kata ibn Abbas ketika ayat berkenaan istiqamah ini diturunkan beruban rambut baginda s.a. disebabkan beratnya perintah ini.
Berkata Kata Saidina ‘Umar bin al-Khattab: “Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang”
Namun, kemanisan ibadah itu bukan sekadar sempurnya ia dari segi zatnya tetapi berterusan ia dilaksanakan. Sesungguhnya istiqamah dalam ibadah itu dicintai Allah meskipun amalan itu sedikit berbanding amalan yang banyak tetapi hanya pada waktu dan ketika yang tertentu.
Kesimpulan: Tawazun
Dunia ini diciptakan untuk manusia mengambil kesempatan terhadapnya berbentuk ibadah kepada Allah mahupun berbentuk nikmat dan keseronokan. Tetapi dalam menyelusuri perjalanan hidup di atas dunia ini perlu ada neraca dalam diri manusia supaya keseimbangan antara kehidupan dunia dan akhirat itu dapat dijaga dengan baik berlandaskan kehendak Allah s.w.t.
Rujukan:
Al-Wafi Fi Syarahi Arbain Nawawiah, Dr Mustafa Bugha dan Dr Mahyuddin Mistu
Nuzhatul Muttaqin Syarah Riyadus Salihin, Dr Mustafa Bugha , Dr Mahyuddin Mistu dan lain-lain.
Li Syabab Khassah, Dr ‘Aid Abdullah Al-Qarni
Dirasat Hadisiyah Dakwiyah Nafsiyah, Prof Dr Faleh Bin Faleh Al-Shogir
Sahih Muslim Syarah Nawawi jilid 7
November 22, 2013
Komik: Pilihan
Ibu kita.
Kerap kali di ‘anaktiri’kan dengan pelbagai perkara
Kita ‘tinggal’kan dia
Jauh untuk perkara yg di benak kita utama;
peperiksaan kita,
kawan kita,
pekerjaan kita,
kisah cinta kita
dan pelbagai lagi
Kadang kita gunakan tradisi sebagai alasan;
“semua orang begitu. kenapa aku perlu menongkah arus?”
dalam kata lain
ibu pasti takkan meninggalkan aku.
Aku anaknya.
Ibu kejam sahaja yg tidak boleh memahami naluri anak
“Ibu pasti faham. Dia harus tahu..”
Dan
seorang ibu mengangguk lesu
Senyuman di bibirnya tampak sayu
Namun kita abaikan
dengan alasan “Aku tak punya pilihan”
Sedang
saat kita bisu dia menjadi suara
saat kita pekak dia pengganti telinga
saat kita sedih dia menangis
saat kita gembira dia tersenyum suka
saat kita resah dia pasti ada
saat kita kecewa dia pembakar semangat
Siapa lagi yg setabah dia?
Ibu
tak pernah berputus asa dengan kita
apa sahaja yg kita lakukan padanya;
walau kadang dia kecewa
walau kadang dia terseksa
hingga kadang dia merana
namun dalam doanya sentiasa ada nama kita
Adik-adikku,
hargai masa cuti yg kalian ada
jangan hanya memandang masa depan kita.
kerna ibu kita,
tak akan selamanya ada
tolong
bantu
bekerjasama
dan apa sahaja perkataan yg trlintas di fikiran
buat apa sahaja untuk meringankan beban ibu
namun jangan dilupa sang bapa perkasa
dia mungkin tampak masih gagah
kuat bekerja tak penah lelah
namun mereka sudah dimamah usia
pandang mereka barang seminit dua
kalian akan lihat betapa kehidupan membuat mereka derita dan bahagia
berbaktilah selagi mana mereka ada
gembirakan mereka, bahagiakan mereka
mereka mungkin tak punya apa-apa
namun Allah murka terhadap anak2 yg derhaka
Pilihan di tangan kita!
Moga Allah memberi kita syurga,
atas bersama kita ada keredhaan ibubapa
Ya Allah, kuatkanlah kami dengan Islam
Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan kami
Mari menjadi hamba!
November 21, 2013
Untuk Kita Pendosa – Perlu Bersegera Kembali Kepada Allah SWT
Semua manusia berdosa. Tiada yang akan terlepas daripada dosa, melainkan yang telah diberikan mandat maksum daripada Allah SWT seperti Rasulullah SAW.
Tetapi ada bezanya manusia yang beriman dengan manusia yang tidak beriman dalam melakukan dosa. Hendak melihat sejauh mana keimanan kita, maka kita sepatutnya boleh mengukurnya dari segi layanan kita terhadap dosa.
Orang yang beriman, dia akan bersegera dalam kembali kepada AllahSWT selepas menyedari bahawa dia telah menjauhiNya.
Sedang orang yang keimanannya lemah, sakit, atau tidak beriman langsung, maka mereka akan terus rasa berseronok bergomol di dalam dosa, mereka akan melambat-lambatkan urusan mereka untuk pulang kepada Allah SWT.
Kita berada dalam golongan mana?
Kefahaman asas: Jahiliyyah adalah musuh dalam kehidupan. Najis untuk mereka yang beriman.
Oleh kerana jahiliyyah adalah sesuatu yang Allah tidak redhai, dan apabila Allah tidak redha itu boleh membawa saya ke neraka, saya senang menganalogikan jahiliyyah itu dengan najis.
Dengan perasaan sedalam itu terhadap jahiliyyah, apabila kita melihatnya melekat pada tubuh kita, kita akan segera mencucinya. Bila kita nampak pada orang lain ada jahiliyyah, kita akan berfikir bagaimana untuk mencuci jahiliyyah agar bersih daripadanya.
Apa pandangan anda apabila anda melihat ada najis terlekat pada pakaian anda? Pada tubuh badan anda?
Anda bersegera mencucinya bukan?
Bagaimana dengan dosa?
Sepatutnya kita lebih bersegera dalam mengikis dosa bukan?
Sebab najis boleh dicuci dengan air. Mudah.
Dosa, hanya boleh dihilangkan dengan keampunan daripada Allah SWT.
Mudah juga sebenarnya. Persoalannya, siapakah yang bersegera pergi kepadaNya? Kepantasan kita dalam bertaubat, hakikatnya adalah kayu ukur hubungan kita kepadaNya, kayu ukur kebencian/kesukaan kita terhadap dosa, kayu ukur keimanan kita.
Dosa menjemput azab daripada Allah SWT. Siapa yang beriman, akan ketakutan apabila melakukan dosa, seakan-akan ada gunung yang hendak menghempapnya. Maka sekiranya kita benar beriman, tidakkah apabila kita sedar kita berdosa, kita akan berlari mendapatkanNya?
Atau kita berlenggang sahaja?
Inilah dia asasnya. Sekiranya benar kita hendak menjadi hamba kepada Allah SWT.
Bersegera kembali kepada Allah. Tanda kesihatan iman.
Khutbah Jumaat pada minggu lepas(031210), Dr Abdullah Juyushi sekali lagi menjadi khatib. Tajuk khutbahnya pada kali itu adalah “Anab” yang merupakan perkataan bahasa arab, yang kalau diterjemahkan secara biasanya membawa maksud “Kembali” yakni “Bertaubat”.
Namun Dr Abdullah Juyushi menerangkan bahawa, “Anab” bukanlah kembali yang biasa. “Anab” hakikatnya membawa maksud “Segera kembali”. Yakni, orang-orang yang mempunyai sifat “anab”, mereka segera kembali kepada Allah SWT.
Allah SWT telah memberikan isyarat yang banyak di dalam Al-Quran, berkenaan segera kembali kepadaNya.
Lihatlah firman-firman Allah SWT:
“(Setelah mereka mengejek-ejek dan membuat tuduhan-tuduhan itu) tidakkah mereka melihat apa yang ada di hadapan mereka dan yang ada di belakang mereka dari langit dan bumi (dapatkah mereka melarikan diri)? Jika Kami kehendaki nescaya Kami timbuskan mereka di bumi, atau Kami gugurkan atas mereka ketul-ketul dan serpihan-serpihan dari langit (yang akan membinasakan mereka). Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang memberi keinsafan) bagi tiap-tiap hamba Allah yang mahu segera kembali kepadaNya (dengan taat dan berbakti).“ Surah Saba’ ayat 9.
“Dia lah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda keesaanNya dan kekuasaanNya (untuk kehidupan rohani kamu), dan yang menurunkan (untuk jasmani kamu) sebab-sebab rezeki dari langit. Dan tiadalah yang ingat serta mengambil pelajaran (dari yang demikian) melainkan orang yang sentiasa bersegera kembali (kepada Allah).“ Surah Ghaafir ayat 13.
Bahkan para Nabi juga adalah yang bersegera kembali kepada Allah SWT:
“Sesungguhnya Nabi Ibrahim, penyabar, lembut hati (bertimbang rasa) lagi suka segera kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti.” Surah Hud ayat 75.
” Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar; ia adalah sebaik-baik hamba; sesungguhnya ia sentiasa segera rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya).” Surah Saad ayat 44.
Dan bersegera kembali kepada Allah SWT adalah arahan, tuntutan daripada Allah SWT kepada kita sebenarnya.
“Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa bersegera merujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik.” Surah Ar-Rum ayat 31.
Arahan itu jelas menunjukkan betapa orang yang beriman tidak akan sesekali menjadikan jahiliyyah sebagai kroni. Sesekali mereka tidak akan berkompromi dengan jahiliyyah. Sekiranya keimanan kita adalah benar, adalah mustahil untuk kita ‘menyenangi’ kewujudan jahiliyyah di dalam kehidupan kita.
Dan Allah menerangkan dengan jelas bahawa, ciri-ciri mereka yang berjaya di akhirat kelak, adalah mereka yang bersegera kembali kepada Allah SWT.
“Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka). (Serta dikatakan kepada mereka): Inilah yang dijanjikan kepada kamu, – kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa segera kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah); (Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat.” Surah Qaaf ayat 31-33.
Bagaimana kita dengan Allah SWT?
Suka saya hendak mengulang kata-kata guru saya, Dr Samirah Tohir, berkenaan bagaimana kita hendak mengetahui keadaan kita di sisi Allah SWT.
“Kamu ingin tahu bagaimana keadaan kamu di sisi Allah SWT? Lihatlah di mana kamu meletakkan Allah di hati kamu.”
Ya. Bersegera kembali kepada Allah SWT boleh menjadi kayu ukur dalam kita melihat, di manakah sebenarnya kita meletakkan Allah SWT.
Sekarang, di manakah Allah di sisi kita?
Soal, dan jawab.
Kekuatan, hadir daripada ini.
Manusia yang selalu menyatakan akan kelemahannya, sering berputus asanya dia, sering merasa tidak kuat, adalah manusia yang kehilangan sifat ‘anab’ ini.
Hakikatnya, dia tidak kembali kepada Allah SWT. Lihatlah, kalau kita merasakan diri kita lemah, cuba lihat apakah di dalam kehidupan amal soleh kita yang telah kita kurangkan? Lihatlah apa dosa yang telah kita tambah?
Kemudian lihatlah apakah kita bersegera memperbaiki keadaannya? Kalau amal soleh berkurang, apakah kita segera menambahnya? Kalau dosa bertambah adakah kita berusaha menyekatnya?
Terus berada dalam kelemahan bererti kita tidak bergerak untuk membaikinya.
Dengan sentiasa bersegera kembali kepadaNya, kita akan berjaya mengekalkan kekuatan yang ada. Hal ini kerana, lebih lama kita berada di dalam jahiliyyah, lebih reput jiwa raga kita. Di situlah sebabnya semakin lama kita semakin lemah.
Caranya hanyalah satu.
Pantas bergerak kembali kepadaNya. Jangan berlengah-lengah!
Penutup: Manusia, ada waktu di atas, ada waktu di bawah.
Kita amat arif bahawa manusia ada waktu di atas, ada waktu di bawah.
Tetapi sebaik-baik manusia adalah, apabila dia berada di bawah, dia akan bersegera untuk naik semula ke atas.
Kita amat tahu bahawa manusia semuanya berdosa.
Tetapi sebaik-baik pendosa adalah yang bersegera dalam taubatnya.
Maka siapakah kita?
Adakah kita berusaha untuk menjadi yang terbaik?
Menjadi hamba Allah SWT yang terbaik?
Atau kita merasakan ini semua tidak penting?
Sama-sama melihat kembali diri kita.
November 20, 2013
English Column: Street Dakwah – A New Leaf
“Why do we have to do dakwah at the streets? Because Dakwah in the masjid is too mainstream.”
Picture by http://tubbyz.wordpress.com
Street Dakwah – A New Leaf
As you walk through Jalan Bukit Bintang or Pasar Seni, if you are lucky, you will come across buskers (with a container in front) performing by the streets. What is your perception on them? Is it a public disturbance? A waste of time? They’re brave and bold?
Whatever the perception might be, one thing is for sure, they aren’t shy to showcase their talent. Buskers are famous with playing instrumentals or singing notable mainstream songs for charity or maybe for their own pocket money.
Looking at the potential of street performances/busking to be something viral on the World Wide Web, why can’t it become an alternative for dakwah?
Fear of “the people” and A Blind Person Selling Tissue
I was been inspired both by Boona Mohammed (a Muslim Canadian spoken word poet) and Joshua Bell (an American Grammy Award-winning violinist) in terms of their works in street performance.
With the inspiration I got for them, I said to myself, one day, I shall try the new genre of Dakwah that is “Street Dakwah” via Spoken Word Poetry in Malaysia but I didn’t know when to start.
I am neither a master of dakwah nor somebody knowledgeable in Quran and Sunnah but what I believe is that, whatever you have that can benefit Islam, just go for it.
But one thing was in my mind can obstructed me to proceed in the execution of street dakwah. What obstructed me? I was afraid what might “the people” think. What might “the people” say. What might “the people” this, what might “the people” that.
Fear of “the people” is repeatedly played in my mind for so long. But then one day, I had to go to Masjid India with my friends to find several things at the pasar there. As we were browsing the pasar to buy things, a blind person helped by his wife (she isn’t blind) asked us to buy their tissue.
I’ve come many blind-tissue sellers before, but this time the feeling was different. Previously, it never came to my mind that I would buy the tissue, but this time I did. I bought the tissue not because I wanted it, I bought the tissue because the blind tissue seller inspired me.
Why is the blind tissue seller brave and bold enough to sell tissue to people? Why can’t he just beg by the streets? I believe because “I blind person is better off selling tissues by the streets than begging for a living.”
And more importantly, blind people can’t see “the people.” If they can’t see “the people”, why should they be afraid off? Why should they care about what “the people” might be thinking or saying? The blind doesn’t care whether you buy the tissue or not, what they care is that they have tried to earn a living.
The same thing goes to blind people who perform wonderful rhythms using their keyboard. Nobody is obliged to put money in the container in front. Blind people don’t care whether or not there is money in the container, what they care is that they have played well.
Fear of “the people” is just a perception, it may not be true.
Street Dakwah – Why should we be afraid?
Why do we have to do dakwah at the streets? Because Dakwah in the masjid is too mainstream.
Dakwah should not be done by sheikhs with beards or by saints with kopiahs or Muslims with wide hijabs, dakwah is for all. Dakwah entertains all talents.
I’m just afraid that since Dakwah is abundant in the masjids, people will perceive that “this is dakwah” and “other than that is not dakwah.” Don’t get me wrong, I’m not saying the mainstream dakwah is overrated but I’m saying there are lots of dakwah opportunities to be explored.
I’m afraid that people might not go out from their comfort zone and innovate new ways of Dakwah.
Imagine you do busking by playing music and sing or do spoken word poetry with the lyrics that focuses on Islamism, humanity and truth about life, who knows some people might be given spiritual awakening from your performance.
LRT, KLCC and IIUM HS Cafe
My dream came true.
So some juniors of mine from the IIUM Psychology Department approached me and presented me their project to study the perception of the public on Street Dakwah.
Our plan was to perform at KLCC while my friends distribute survey questions while I performed my spoken word. The public shouldn’t know that the person distributing the survey knows the person performing.
On the way to the KLCC, my friends suggested me to perform poetry at the LRT. Boona Mohammed once performed his spoken word at a train. So I performed my “Youth of Dignity” there.
Despite performing in the noisy LRT, I managed to hear good feedbacks told by my friends afterwards. A Chinese old woman said “this guy is concerned about youth.” A guy almost forgot his stop. Some of them recorded my performance.
I did notice the LRT security guard was looking tensely to me as if he is going to take me down if I happen to do crazy things. The LRT workers were alarmed by my presence, a female worker radioed her male security (who watched intensely at me) “Ni ada orang buat show plak kat sini” taken verbatim from the female worker.
But after my performance was over, the LRT muted as if nothing happened. My friend texted me “I think you should leave” as the security guard watching fiercely like he was about to apprehend me. Luckily nothing happened.
A good experience to me. Well, we didn’t know that spoken word poetry about Youth and Islam could be a public disturbance.
After we reached KLCC, in order to avoid any ‘apprehension’ by the KLCC authorities, we approached the security KLCC office beforehand. But the reply was disappointing. The office said they would not allow such thing.
The last resort was performing at IIUM Gombak’s Human Sciences Café. I performed an extension of my “Youth of Dignity.”
Alhamdulillah. Everything went well, no one was there to stop me. I was surprised to see people applauding and welcoming my performance from the beginning. About five brothers to ten who were walking at the upper level above HS Café stopped to listen. Some of them shouted takbir once my performance was over. Very different compared to the people in the LRT.
Be Creative
Be creative and innovate in dakwah. Just because people haven’t done it before, doesn’t mean you can’t do it.
Talking about innovation, many people say that games are a waste of time, but imagine an addictive game like the “angry birds” style that depicts a Palestinian boy struggling his way to fight the occupation by Israel. Should that be a waste of time?
Many people say cartoons, animes, mangas are nothing but cartoons are very good instruments to instill in ideologies since kids. I’ve yet to see an alternative of Naruto Shippuden (maybe a fan-made-anime: Naruto Saifuddin – Naruto the Sword of Deen) that represents a boy as he understands Islam through his “Ninja Way.”
Well, there are lots of creative ways to innovate Islamic dakwah through media. It’s just that Muslims have to go the extra mile to produce innovative media.
Why Batman Arkham City received the Game of the Year? Why not an RPG game with the title Mehmed Fatih The Conqueror?
The point here is be creative and innovative. What talent you have, share with the world.
Himmah : Khianat Dengan Masa – Tanda Iman Bermasalah
“Program kita akan bermula pukul 8.03 pagi. Harap datang tepat pada masanya, ya !” begitu pesan seorang pengendali program motivasi.
Keesokan harinya. “Eh, dah 8.30 ni. Lambat dah kita ni.”
“Alah,” balas kawannya yang seorang lagi, “Tak mula lagi punya tu. Program macam ni, biasa setengah jam lewat baru mula. Kadang-kadang, sejam lewat baru mula. Tak payah kalut-kalut pergi awal.”
Dalam satu peristiwa lain pula, seorang anak muda berjanji dengan kawannya untuk bertemu pada satu tempat di satu masa yang ditetapkan.
“Jangan lupa na, kita jumpa di depan kedai Ah Chong ni pukul 7.30. Jangan lambat tau. Ingat, 7.30 !” pesan si A kepada si B. Bukan sekali. Berkali-kali.
Tepat pukul 7.30. “Mana si B ni?” Adui, dah 7.30 ni.” Tunggu lagi sehingga setengah jam, sejam masa berlalu. Si B masih belum datang.
8.45, barulah kelihatan kelibat si B. “Salam, bro. Sori, lambat sikit.”
Antara gelagat-gelagat kita dengan masa.
Silap Kita Menganggap Masa Itu Murah Harganya
Silap besar sekiranya kita menganggap masa itu sentiasa ada untuk kita.
Umpama air yang kita gunakan setiap hari. Kerana saban hari mengalir tak berhenti untuk kegunaan kita, maka barangkali kita pun sudah menganggap nilai air itu biasa-biasa saja.
Ya, kan? Kalau dibandingkan air dengan permata yang dijual, mana yang lebih mahal? Pasti permata lebih mahal sedangkan air yang lebih banyak digunakan.
Begitulah masa yang ada bersama kita sekarang ini. Kerana hidup di dalam lautan nikmat masa, begitu banyak masa lapang sehingga kita menanggapi nilai masa ini sebagai suatu yang murah.
Apalah sangat nilai terlambat buat kerja universiti dibandingkan dapat menonton bola secara langsung.
Apalah sangat nilai datang lambat ke program-program pembinaan iman dibandingkan dengan hadir awal ke program hiburan dan nyanyian.
Apalah sangat nilai menepati masa untuk bertemu seorang kawan pada masa yang dijanjikan dibandingkan dengan menepati masa untuk bertemu dengan boyafriend atau gelifriend yang belum ada apa-apa hubungan pernikahan yang sah?
Apa yang kita ukur murah dan mahal dengan nilai masa itu menentukan kadar mana iman kita.
Sebab Itu Allah Hubungkan Masa Dengan Iman
Kata Imam Syafie : “Jikalau Allah tidak menurunkan surah selain surah ini (Al-Asr), nescaya sudah mencukupi untuk manusia.” [Sofwatut Tafasir]
Betapa besarnya nilai masa itu sehinggakan seorang ulama’ besar seperti As-Syafie menyatakan demikian.
“Demi masa.” Itulah sumpah Allah terhadap makhluknya yang satu ini. Yang manusia selalu mengabaikannya. Yang manusia tahu tentangnya, tetapi selalu melalaikannya.
“Semua manusia di dalam kerugian.”
“Melainkan…” tegas Allah dalam hal masa ini “…mereka yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran.” [Al-Asr : 1-3]
Kalau hanya sekadar urusan dunia, tak dipesan Allah sebegini.
Tetapi dikaitkan masa itu dengan iman, menandakan betapa besarnya nilai masa itu. Bagaimana interaksi kita dengan masa itu adalah hasil daripada iman yang ada dalam diri kita.
Berlengah-lengahkah kita dengan masa dalam kehidupan kita.
Telitikah kita dalam menjaga masa kita.
Atau sambilewakah kita menguruskan masa.
Semua itu adalah cerminan kepada iman dalam diri kita.
Iman yang menjadi sumber kepada amal kebaikan dan penghindar dari kejahatan.
Iman yang akan menyelamatkan insan di depan Tuhan.
Ya, menguruskan masa dengan baik itu adalah satu kebaikan. Menepati masa untuk datang ke kuliah, untuk hadir ke program pembinaan diri, untuk memenuhi janji dengan kawan, semua itu adalah kebaikan.
Yang tidak baiknya adalah mengkhianati amanah masa.
Bagaimana kita menguruskan masa dalam kehidupan kita, pukul berapa kita bangun di pagi hari memulakan hari kita di hadapan Allah, apa yang kita buat di waktu lapang, semuanya itu berkait rapat dengan isi keimanan yang ada dalam jiwa kita.
“Iman itu..” kata As-Syahid Syed Qutb, “… adalah sebuah realiti yang positif dan berfungsi. Tidaklah ia hanya tertanam di dalam hati sehinggalah ia berusaha membuktikan iman itu dalam bentuk luaran melalui amal-amal soleh. Inilah dia iman Islam. Tidak boleh kita biarkan ia diam tidak bergerak, tersembunyi tidak muncul dalam bentuk yang hidup di dalam peribadi seorang mukmin.
Sekiranya iman itu tidak berfungsi sebaiknya, maka ia adalah iman yang palsu atau mati !” [3967, Tafsir Fi Zilal, Dar Syuruk]
Dengan iman seorang yang selalu melengahkan masanya, di kalangan yang beruntungkah atau yang rugi kita ini?
Penutup : Profesionalisme Yang Telah Lama Diajar Oleh Allah S.W.T.
Kalau manusia menghubungkan masa dengan profesionalisme dalam bekerja dan hidup, maka Allah menghubungkannya dengan sesuatu yang lebih besar, iaitu iman yang menjadi penyelamat kita di akhirat kelak.
Allah telah lama mendidik kita perihal profesionalisme dalam menguruskan masa ini, tinggal lagi, kita yang selalu khianat terhadap amanah masa ini.
Semalam yang pergi tidak akan kembali lagi, tetapi akan ditanya di depan Ilahi nanti.
Hari ini yang masih bersama kita, apakah kita sudah mula membaiki sikap kita dengan masa atau kita masih menganggap buang masa itu perkara biasa?
Kalau buang masa adalah perkara biasa dalam hidup kita, barangkali kita perlukan proses penyucian iman dengan segera !
Untuk Kita Pendosa – Kerana Kita Jauh.
Ramai orang suka bertanya dengan saya akan kegundahan masalah mereka, rasa resah meraka akan perjalanan kehidupan mereka, dan rasa risau mereka berkenaan masa hadapan mereka. Kadangkala saya melihat seakan ada sekelompok manusia ini tersekat dalam satu penjara ghaib yang mengikat ketenangan hidup mereka.
Saya berfikir-fikir, saya kira saya juga pernah menjadi seperti mereka. Saya kira, anda yang sedang membaca juga mungkin sama. Kalau kita tak pernah hadapai, maka saya jangka kita akan hadapinya. Sebab saya melihat, perkara ini lumrah dalam hidup manusia.
Dan yang selamat hanyalah yang mencari penyelesaian. Maka, hendak mencari penyelesaian, perlulah mengenali punca terlebih dahulu. Adakah kita akan melihat semua masalah dan mencari semua puncanya? Bukankah ada ramai orang, berlainan situasi, bermacam jenis masalah? Mustahil hendak mencari semua bukan?
Tak. Yang saya maksudkan adalah satu punca yang kita kongsi bersama.
Yakni, punca utamanya adalah kita jauh daripada Allah SWT.
Ya. Sebab kamu jauh.
Keseimbangan jiwa
Saya percaya bahawa, ketenangan jiwa hanya akan mampu didapati dengan merapati sumbernya. Yakni pencipta kepada ketenangan itu sendiri, dan pencipta kepada jiwa itu sendiri. Mujur untuk kita, pencipta kepada kedua-dua elemen itu adalah sama. Iaitu Allah SWT.
“Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.” Surah At-Taubah ayat 26.
“Katakanlah: Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa” Surah Ar-Ra’d ayat 16.
Kunci kelapangan dalam kehidupan, ketabahan dalam menghadapi musibah, ketenangan dalam menyelesaikan masalah, tidak lain tidak bukan adalah dengan mendekati Allah SWT.
Walaupun jawapan ini nampak remeh, bahkan ada sebahagian orang akan menyindir: “Ala, sikit-sikit balik pada Allah. Macam apa ntah”
Pada saya, bagi orang yang melihat ke dalam perkara Mendekati Allah ini, dia akan mengubah pandangannya dan merasakan bahawa sememangnya inilah dia jalan penyelesaian yang sebenar untuk menjadikan kehidupannya satu kehidupan yang tenteram dan bermakna.
Khasiat mendekati Allah
Kenapa bagi orang yang mendekati Allah SWT, maka musibah yang melanda, masalah yang datang, kesukaran yang menduga, semuanya tidak membuatkan dirinya tenggelam dalam kegelapan?
Pertama: Orang yang beriman percaya bahawa Allah SWT itu menurunkan musibah sebagai ujian. Justeri, mereka tidak melihat musibah sebagai satu perkara yang buruk, bahkan pada mereka, mereka melihat musibah sebagai satu peluang meningkatkan darjat di sisi Allah. Mudahnya saya ceritakan, kalau kita tak ambil ujian SPM, tak masuklah Universiti kan? Kalau tak lepas ijazah di universiti, jangan haraplah nak naik master atau PhD. Betul?
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” Surah Al-Baqarah ayat 214.
Kedua: Orang yang beriman percaya bahawa, apa pun musibah yang Allah SWT itu turunkan, semuanya dalam batas kemampuan manusia. Hal ini kerana, Allah sendiri telah berjanji sedemikian rupa. Tinggal manusia itu yang memilih untuk bertahan atau tidak bertahan. Tiada manusia tahu akan limit dirinya. Justeru, orang beriman akan bertahan semampu-mampunya, kerana dia percaya bahawa Allah mengujinya dalam kemampuannya, jadi dia tidak mahu tergugur menjadi yang gagal.
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.” Surah Al-Baqarah ayat 286.
Ketiga: Orang yang beriman percaya bahawa, Allah tidak akan memungkiri janji-Nya. Pertolongan akan tiba. Kejayaan akan datang jua. Tidak di dunia, di akhirat sana. Keyakinan ini yang menyuntik semangat seorang mukmin untuk kekal tenang dalam menghadapi masalahnya, kekal sabar dalam menghadapi dugaannya.
“Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam Syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya.” Surah Az-Zumar ayat 20.
Tiga perkara ini hanya mampu dicapai dengan mendekati Allah SWT.
Pernahkah anda mendekati Allah SWT?
Mendekati dalam erti kata yang sebenar
Ada orang berkata: “Saya solat, saya baca Al-Quran, tapi kenapa hati tetap tidak tenang?”
Memang solat dan baca Al-Quran adalah antara jalan hendak mendekati Allah SWT. Tetapi, apakah kita mengenali Allah SWT? Kalau tidak kenal, agaknya mampukah kita mencari Allah SWT walaupun kita mengambil jalan yang mendekati-Nya?
Di sini persoalannya. Sebab itu saya pernah timbulkan berkenaan solat, baca Al-Quran hanya sebagai adat. Jika kita melakukannya hanya kerana orang lain pun buat, maka ia tidak bermakna. Ini berlainan dengan kita melakukan semua itu dalam keadaan kita memang kenal Allah SWT dan ingin mencari redha-Nya.
Maka, perkara pertama sekali yang perlu kita sedari adalah apakah hubungan kita dengan Allah SWT? Kita siapa, dan Allah itu siapa? Soalan ini perlu kita jelaskan terlebih dahulu dalam diri kita. Jawapan mudahnya adalah kita merupakan hamba-Nya. Kita perlu tunduk kepada-Nya. Kita akan dikembalikan kepada-Nya, justeru apakah ada tujuan lain dalam kehidupan ini selain mengabdikan diri kepada-Nya?
Selepas mengetahui kekerdilan kita, kebesaran Allah, dan merasai keperluan bahawa kita perlu tunduk, taat dan mengabdikan diri kepada-Nya, kita perlu perhatikan pula apakah tuntutan Allah SWT kepada kita? Apakah yang Dia mahu kita lakukan? Bagaimana Dia mahu kita lakukan? Apakah yang Dia larang dan benci? Apakah yang Dia minta kita jauhkan. Bila kita sudah mengetahui semua itu, maka kita laksanakan. Yang Dia arahkan kita langsaikan. Yang Dia suka kita perbanyakkan. Yang Dia benci dan murka kita tinggalkan, yang Dia tidak suka kita kurangkan.
Itulah dia makna mendekati Allah SWT.
Tapi jangan salah sangka. Ada orang ingat, selagi tak kenal Allah, selagi tu tak payah beramal. Salah. Salah satu cara hendak mengenal Allah adalah dengan memenuhi perintah-Nya. Cuma dalam perjalanan kita melaksanakan perintah-perintah-Nya, kita akan sedar kita perlukan lagi ilmu tambahan untuk mengenalinya.
Allah tidak akan mampu kita rapati dengan ikut-ikutan. Kita sendiri perlu mengenali Allah dan merasai kebesaran-Nya sekaligus mengkerdilkan diri dan siap mengerjakan segala apa yang diarahkan-Nya. Barulah kita merasakan bahawa solat itu menghidupkan, membaca Al-Quran itu satu nikmat, berzikir itu satu kerehatan, dan dosa itu satu benda yang menjijikkan.
Kalau sekadar ruku’, sujud, bertakbir tanpa kefahaman, membaca Al-Quran berjuz-juz tanpa kejelasan, berzikir beribu-ribu tanpa perhubungan dengan Allah, hanya mengikuti pergerakan manusia lain sahaja, maka ianya tiada makna langsung. Ibarat tin kosong, bunyinya berdenting-denting tetapi kosong sahaja isinya tidak membawa manfaat.
Penutup: Kamu hanya akan faham kalau kamu mendekat
Benda ini, tak akan difahami oleh orang yang tidak mencuba. Tetapi saya amat yakin bahawa, orang yang telah menjalani proses ini, mendekati Allah dengan sebenarnya ini, memahami apa yang saya bicarakan.
Inilah dia ubat hakiki. Masalah apa pun yang menimpa, inilah dia ubat yang utama sebelum ubat-ubat yang lain. Kenapa tiada sahabat Rasulullah SAW yang bunuh diri kerana tertekan dengan seksaan yang berat? Sebab mereka ada yang ini. Kenapa Nabi Nuh sanggup berdakwah sampai 950 tahun? Sebab Nabi Nuh memahami yang ini. Kenapa Nabi Musa kekal tenang dan tidak menggelabah walau tersepit antara laut dan Firaun? Kerana Nabi Musa mempunyai yang ini. Kenapa Rib’i bin Amir berani berdiri di hadapan Rustum dan mencabar pegangan Rustum walaupun dia berseorangan di singgahsana raja itu? Kerana dia mempunyai yang ini.
Kita?
Kita kena cari ini. Mendekati Allah ini. Kita kena usahakan.
Percayalah. Saya tidak berbohong yang ini. Kalau kamu dapat ini, percayalah yang segala masalah akan menjadi sangat-sangatlah kecil.
Percayalah, dan kamu tak akan rugi.
“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” Surah Ali-Imran ayat 139.
Kamu adalah yang tertinggi. Sekiranya kamu beriman.
Jadi, masalah terperusuk dalam kerendahan, kehinaan, dicengkam kegelisaan, keresahan, rasa tenggelam dalam kegelapan dan sebagainya, semua itu kerana apa? Kerana kita jauh, tak kenal Allah, tak rapati Allah, tak rasa hidup dengan Allah.
Nampak?
November 18, 2013
Poster: Read!
Read! In the name of your Lord who has created–
has created man from a clot.
Read! And your Lord is Most Generous;
Who has taught by the pen–
has taught man what he knew not.
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan,
Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah;
Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah,
Yang mengajar dengan pena,
Dia mengajar manusia apa yang tak diketahuinya.
(Surah al-Alaq, 96: 1–5)
Bacalah untuk membebaskan diri daripada ideologi yang membelenggu,
Bacalah untuk memberi kerana yang tiada sesuatu tidak dapat memberi sesuatu.
Bacalah, biar tampak perbezaan antara minda Muslim yang berhubung dengan Rabbnya,
dengan minda jumud yang terikat dengan doktrin ciptaan manusia.
Bacalah, sebagai tanda kau mengabdi kepada Tuhan,
Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.
Untuk Kita Pendosa – Aku Berdosa, Tetapi Aku Berjaya?
Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap. Tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha.
Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada Allah akan dipermudahkan jalan kehidupannya. Tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, namun bisnesnya menjadi. Sedangkan kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga.
Kita juga tahu bahawa, Islam ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan Islam itu lebih berjaya, dan ummat Islam tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.
Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?
Maka saya hendak bertanya kepada anda.
Adakah anda tahu apa itu istidraj?
Makna Istidraj.
Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering merujuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba Allah yang taat. Malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila Allah memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah, untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan Islam dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali Allah SWT.
Contoh Qarun.
Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Baru kunci. Belum gedungnya lagi. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia. Dia hidup di zaman Nabi Musa AS.
Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada Allah SWT, Qarun menjawab:
“Qarun menjawab (dengan sombongnya): Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku.” Surah Al-Qasas ayat 78.
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Dia nyata semakin jauh dari Allah, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan Allah ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
“Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.” Surah Al-Qasas ayat 81.
Nah, apakah itu yang kita mahu?
Mari Kita Berfikir Sejenak.
Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kita apabila kita ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kita berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?
Saya yakin, 99% akan merasa begini, “Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari Allah. Itulah istidraj.
Jangan rasa gundah bila anda menjaga hubungan dengan Allah, tetapi anda masih tidak berjaya di dalam pelajaran mengikut neraca manusia lain. Contoh macam seorang kawan saya. Dia mendapat 2A, sedangkan pada pandangan manusia biasa, cemerlang itu dikira dengan A yang banyak. Tetapi apa kata kawan saya?
“ Ana dapat hidup tenang, bahagia, boleh lagi beribadah kepada Allah, kemudian ana masih boleh hidup dalam ketaatan kepadaNya. Maka itupun ana dah puas hati la Hilal. Mungkin ana tak ada rezeki dalam SPM, ana ada rezeki dalam benda lain.”
Nampak? Dia tidak jauh dari Allah, malah bersangka baik kepadaNya, menerima dengan redha, ditambah pula dengan azam untuk berusaha di lapangan lain pula. Pada saya, itulah kecemerlangan yang sebenarnya.
Saya masih ingat kata-kata guru Al-Quran saya, Ustaz Abdul Hadi bin Othman, apabila saya pertama kali menjejakkan kaki ke MATRI, sekolah menengah saya. Kata beliau,
“Antum datang sini, kami nak bagi antum menjadi manusia yang soleh, yang cemerlang akhlak, yang terjaga syahsiah, yang bersih pemikiran. Bukan untuk kaut A bertimbun. Kalau antum dapat banyak A dalam peperiksaan, maka itu adalah bonus.”
Maka Jangan Gusar.
Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan kita dengan Allah itulah yang pertama sekali perlu kita perhatikan. Jika kita berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaAllah, datanglah badai apa sekalipun, kita akan mampu melaluinya.
Sebenarnya Allah suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada Allah. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada Allah.
“Ya Allah, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, Engkau berikan dia rezeki yang banyak. Sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, Engkau tidak memberikan dia apa-apa?”
Allah SWT menjawab:
“Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti Neraka. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, Aku hendak mmemberikan kepadanya syurga, maka Aku suka mengujinya kebenaran imanNya.”
Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian Allah. Allah menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah Allah SWT ada berfirman:
“ Apakah manusia itu mengira Kami akan membiarkan mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka itu belum diuji?” Surah Al-Ankabut ayat 2.
Gagal Di Dalam Sesuatu Perkara, Bukan Gagal Di Dalam Kehidupan.
Jika gagal dalam satu-satu perkara, itu adalah perkara itu. Kita masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaAllah Allah akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada kita. Bersangka baiklah kita kepada Pencipta kita.
Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, Allah masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Tanda Dia tidak membiarkan kita.
Mustahil kita suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti kita merana. Adakah kita mahukan istidraj?
Saya yakin tidak.
Penutup: Wajib Untuk Tidak Merasa Tenang.
Kita wajib untuk tidak berasa tenang jika kita berbuat dosa kemudian kita berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan Allah SWT.
Aku berdosa, tetapi aku berjaya. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.
Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.
Mencuci dosa-dosa kita.
Memperbetulkan kesilapan-kesilapan kita.
November 17, 2013
Untuk Kita Pendosa – Berikanlah Alasanmu Itu Kepada Allah.
Alasan. Kita suka memberikan alasan. Atas kelalaian kita, atas kecuaian kita, atas kesilapan kita, atas kesalahan kita, atas segala apa yang berlaku dan menghasilkan ketidak senangan, maka kita akan memberikan alasan.
Kenapa fail exam? Sebab soalan doktor yang susah. Saya dah studi rajin-rajin dah.
Kenapa solat lewat? Tadi air sejuk sangat. Badan tak tahan.
Kenapa couple? Nak rapatkan ukhuwwah. Saling kenal mengenal. Tak kenal maka tak cinta.
Kenapa hantar kerja lambat? Semalam ada urusan penting.
Ya. Banyak alasan kita. Dan dalam banyak perkara, semua ada alasannya yang tersendiri. Manusia yang kita berikan kepadanya alasan, mungkin hanya mampu menarik nafas dan sekadar berpuas hati dengan alasan yang diberikan. Sebab, dia tidak tahu sama ada alasan itu betul atau tidak.
Tetapi, bagaimana dengan Allah?
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.
Setiap alasan yang hendak kita keluarkan, berikannya dahulu kepada Allah
Kenapa buat berzina? Sebab si fulanah tu goda aku dulu. Kalau tak, aku tak buat dosa.
Tujukan alasan itu kepada Allah. Kemudian kamu fikirkan, apakah Allah akan menerimanya?
Kenapa meniru dalam peperiksaan? Tak sempat studi sebab kerja banyak sangat.
Tujukan alasan itu kepada Allah. Kemudian kamu fikirkan, apakah Allah akan menerimanya?
Kenapa qada’ Solat Subuh pagi tadi? Terlajak tidur.
Tujukan alasan itu kepada Allah. Kemudian kamu fikirkan, apakah Allah akan menerimanya?
Apa pandangan anda? Kalau semua alasan-alasan yang kita rekakan itu, kita bentangkan di hadapan Allah, apakah Allah akan menerimanya?
Ya. Zahir alasan, mungkin menunjukkan kita tidak bersalah. Bagaimana yang tersmebunyi di sebalik alasan itu?
Benarkah terlajak tidur, atau dah bangun kemudian tidur semula? Benarkah tak sempat studi sebab kerja banyak sangat atau selama ini kita yang lewat-lewatkan kerja yang banyak tu sampai tak sempat studi? Benarkah kita berzina sebab digoda, atau selama ini kita yang tak berusaha untuk menahan godaan?
Allah, Maha Mengetahui Segala-galanya, Maha Halus Pemerhatian-Nya.
Allah, takkan terlepas perkara yang kecil-kecil itu, walau tersembunyi jauh di dalam lubuk hati kita.
Melatih diri hidup tanpa alasan jika ingin berjaya
Seseorang itu, hanya akan mampu berdisiplin, berusaha bermati-matian mencapai apa yang dikehendaki, adalah apabila dia meninggalkan alasan dan bergerak mengambil usaha sebagai tangga kejayaaan.
Alasan, hanya melemahkan semangat, jiwa dan hati. Sekali alasan kita diterima, kita akan tergerak untuk memberikan alasan lagi di lain kali.
“Kenapa tak pergi usrah tadi?”
“Ana ada kerja sikit la. Sori la ya”
Sedangkan dia sengaja matikan alarmnya, silentkan hensetnya, dan tidur seakan-akan tiada janji temu untuk usrahnya. Selepas itu, dia akan rasa hendak memberikan alasan lagi. Dia akan tidak hadir usrah lagi. Alasan, menghalang kebaikan.
Alasan juga, mencambahkan kejahatan.
“Ala, takpe kut, sikit je ni. Chatting sekejap aja.” Ya. Chatting sekejap. Tanya khabar saje. Hantar smileys sikit tunjuk mesra. Disokong pula alasan menjaga ukhuwwah.
Akhirnya meleret entah ke mana-mana. Alasan tadi, menghadang kebenaran dosa, lantas menarik diri untuk terus melakukannya. Kali seterusnya tambah lagi sedikit. Kali seterusnya, tambah lagi sedikit. Sampai nanti:
“Ala, dating tak pegang tangan tak apa. Jangan la sentuh-sentuh. Makan sama-sama, studi sama-sama , apa salahnya kalau selagi tak bersentuhan. Kan? Kan? Kan?”
Ya. Sampai ke tahap itu, hati kita tak akan rasa itu satu dosa, apabila alasan melindunginya.
Dan pesanan saya. Berikan alasan itu kepada Allah SWT. Berikan.
Bagaimana agaknya?
Penutup: Syurga bukan untuk orang mengelat
Ka’ab bin Malik RA tidak menghadiri perang Tabuk. Dia menghadap Rasulullah SAW dan langsung tidak mengemukakan alasan. Lihatlah apa yang dia katakan:
“Ya Rasulullah, jika aku mahu, aku boleh mencipta alasan. Tetapi aku tahu, walau aku terlepas di hadapan kau hari ini, aku tetap tidak akan terlepas di hadapan Allah nanti.”
Lihatlah Ka’ab bin Malik RA ini. Dia telah mempersembahkan alasannya terlebih dahulu kepada Allah, dan dia mengetahui bahawa alasan-alasannya takkan diterima. Lantas dia bergerak jujur dan mengaku akan ketidak hadirannya ke medan perang adalah tanpa sebab yang munasabah.
Lantas Allah mengarahkannya untuk dipulau sebagai denda. Tetapi selepas dia mengharungi dendaan itu dengan tabah, maka Allah menurunkan ayat Al-Quran mengampunkannya. Termasuklah Ka’ab dari kalangan yang termulia antara sahabat Rasulullah.
Tetapi lihatlah pula para munafiq yang tidak pergi juga pada Perang Tabuk itu. Mereka memberikan alasan kepada Rasulullah SAW dengan pelbagai alasan. Cuaca panas, ladang sedang masak ranum dan tiada penjaga, anak isteri tiada pelindung dan sebagainya. Rasulullah diam sahaja tanpa menghukum mereka.
Adakah mereka berjaya mendapat syurga?
Tidak. Bahkan Allah SWT berfirman mengherdik mereka.
“Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: “Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).” Surah At-Taubah ayat 42.
Dan kemudian Allah campakkan mereka ke tahap yang hina. Lebih hina dari orang kafir di dalam neraka.
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.” Surah An-Nisa’ ayat 145.
Untuk Kita Pendosa – Kekosongan Di Dalam Hati.
Di dalam hati kita, ada satu lompong. Kosong. Tidak terisi.
Semua kita merasakan kekosongannya. Ruang itu sunyi. Dan kita takut dengan kesunyian yang ada di dalam ruang itu.
Akhirnya kita mula mencari sesuatu untuk mengisinya. Ada yang mencari harta, ada yang mencari pasangan, ada yang mencarinya dengan memanjat gunung dan menyelam ke dasar laut, ada yang berusaha mengisinya dengan menganiaya orang lain, dan ada juga yang mengisinya dengan cara menggembirakan orang lain.
Tetapi akhirnya semua itu ibarat berpusing di dalam bulatan.
Rasa kosong itu tetap tidak terisi. Kita rasa takut dengan kekosongan itu.
Maka apakah kekosongan itu? Dengan apakah kita patut mengisinya?
Itulah dia ruang khas untuk Ilahi. Kosong, kerana kita tidak mengisinya dengan perkara yang patut kita isikan padanya. Itulah dia ketundukan dan ketaatan, serta pergantungan kita kepadaNya.
Kesedaran bahawa pergantungan kita adalah rapuh
Kita isi hidup kita dengan pelbagai pengisian. Kita bergantung dengan pelbagai pergantungan. Kita harap kasih sayang insan itu akan berkekalan. Kita damba kebahagiaan kita akan berterusan.
Tetapi sebagai manusia yang berfikir, kita akan terfikir, sejauh manakah kesenangan kita akan berkekalan? Selama manakah keamanan yang ada pada kita akan berterusan?
Apakah selepas kematian orang yang memberikan kasih sayang kepada kita, kita akan dapat meneruskan kebahagiaan ini seperti biasa? Apakah harta ini akan dapat memuaskan kita selama-lama?
Akhirnya kita akan melihat, ada 1001 kemungkinan di dalam perjalanan hidup kita di atas dunia ini, yang mampu membawa kita kepada kesengsaraan.
Kemalangan, tragedi, musibah, dugaan, kematian, semuanya adalah boleh terjadi, dan lantas kita sedar bahawa kita adalah sangat lemah. Tidak berkuasa. Tidak mampu berbuat apa-apa sebenarnya.
Di sinilah kita melihat kerapuhan.
Dan takut pun muncul.
Gerun dengan hari esok tanpa pergantungan yang utuh.
Allah adalah yang terampuh
Di sinilah akhirnya kita melihat, kekosongan itu hanya akan terisi apabila kita mendekat dengan Ilahi. Apabila kita mengadu kepadaNya. Apabila kita berharap kepadaNya. Apabila kita meminta kepadaNya. Apabila kita bernaung di bawahNya. Apabila kita melaksanakan perintah-perintahNya dan meninggalkan laranganNya.
Sebab kita yakin bahawa, Allah adalah yang terampuh.
Dia yang menciptakan kita. Dia yang memberikan kita bahagia dan sengsara. Dia yang menyusun atur seluruh alam ini. Dia yang menciptakan semuanya. Dia yang Maha Tahu, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Berkuasa Atas Segala-gala.
Tiada yang mampu menandingiNya.
Hatta kehebatan mentari juga dalam kekuasaanNya.
Hatta keindahan bulan juga dalam genggamanNya.
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata. Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin. Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: Inikah Tuhanku? Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang. Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: Inikah Tuhanku? Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat. Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: Inikah Tuhanku? Ini lebih besar. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya). Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). Dan ia dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?” Surah Al-An’am ayat 74-80.
Dengan Allah, kekosongan itu terisi
Dengan mendekati Ilahi, kekosongan di dalam hati yang amat misteri itu terisi. Rasa takut hilang. Rasa gundah sirna. Rasa gelisah musnah. Rasa resah punah.
Yang ada hanyalah ketenangan.
Ketenangan yang ditunjukkan Bilal bin Rabah RA saat batu menghempap atas dadanya.
Ketenangan yang ditunjukkan Suhaib Ar-Rumy RA saat mengorbankan seluruh hartanya.
Ketenangan yang ditunjukkan Bara’ bin Malik RA saat dia melemparkan dirinya ke kubu musuh.
Ketenangan yang ditunjukkan oleh Sa’ad bin Abi Waqqas RA saat dia ingin merentas sungai yang besar dan dalam.
Ketenangan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, saat dia hanya berdua bersama Abu Bakr di dalam Gua Tsur.
Hingga ke tahap nyawa di hujung tanduk, ketenangan itu tetap wujud sebagai mana yang ditunjukkan oleh Khubaib ibn ‘Adi RA, saat tubuhnya dilapah hidup-hidup oleh Abu Jahal, dan juga apa yang ditunjukkan oleh Ali ibn Abi Talib RA saat dia menggantikan tempat tidur Rasulullah SAW.
Apatah lagi sekadar kehidupan kita.
Ketenangan, rasa selamat, rasa bahagia, rasa aman yang abadi ini, yang terwujud walau saat kesukaran dan kegelisahan yang tinggi ini, hanya akan didapati apabila merapat dengan Ilahi. Inilah hakikatnya yang kita cari-cari.
Dan pada Ilahi adalah tempat untuk kita menuntutnya kini.
Penutup: Kembalilah kepada Allah dengan sebenar-benar pengembalian
Maka dekatilah Allah. Bukan semata-mata di dalam solat dan ibadah kita di masjid, bukan semata-mata di dalam qiam kita di tengah malam. Tetapi juga di tengah pejabat kita, di meja makan kita, di rumah kita, di tengah tempat belajar kita, di tengah padang permainan kita, di taman-taman rekreasi kita.
Mendekati Allah, tunduk kepadaNya, sepanjang masa. Ketika.
Kehidupan kita sendiri, kita bina atas apa yang diredhaiNya.
Dan kita telah lihat manusia-manusia yang telah berlalu sebelum kita, yang melakukan perkara yang sama(yakni mendekati Allah, tunduk kepadaNya sepanjang masa), apa yang mereka perolehi di dunia, dan apa yang mereka akan perolehi di akhirat.
“Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! – Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia – Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! “ Surah Al-Fajr ayat 27-30
Tidakkah kita melihat, ini jawapan kepada ‘kekosongan’ itu?
Maka apakah yang patut kita lakukan sekarang?