Hilal Asyraf's Blog, page 89

November 8, 2013

Kehidupan: Remaja, Kita Banyak Masa

time_by_thearne76-d4j1sjxGambar oleh Tim.


Rakan saya, Yasin, merupakan bekas pelajar di universiti saya di Kanada. Sekarang beliau sudah bergraduasi, bekerja, dan berumah tangga. Kadang kala, beliau akan melawat universiti lamanya dan kadang kala kami akan berjumpa untuk bersembang-sembang.


Beliau merupakan salah seorang alumni university yang saya hormati. Saya fikir, masa yang beliau habiskan di university tidak sia-sia. Beliau aktif dalam kampus dengan pelajaran dan aktiviti-aktiviti Islamik. Tetapi, beliau tetap rasakan bahawa masanya boleh dimanfaatkan lebih lagi.


Beliau pernah berkata kepada saya, “Selepas graduasi, masa akan rasa semakin sempit. Apabila diimbau kembali memori di universiti, kita sebagai pelajar universiti sebenarnya mempunyai banyak masa.”


Saya agak terkilan dengan kata-katanya. Saya mempunyai banyak masa? Benarkah?


Sebagai pelajar universiti, saya sedia maklum bahawa masa saya agak sempit dengan pelajaran dan aktiviti-aktiviti tambahan seperti aktiviti kelab. Tetapi beliau memberikan gambaran bahawa sebagai seorang pelajar, masa kita begitu luas dan lapang.


Saya mengambil kata-katanya sebagai juadah refleksi dan setelah itu, saya dapat merasakan kemanisan hikmah di sebalik kata-katanya. Beliau berbicara berdasarkan pengalaman, bukan angan-angan. Beliau sudah melalui penat lelah universiti dan sekarang beliau sedang meniti realiti kehidupan di sebalik dinding dewan kuliah.


Maka saya tunduk kepadanya (sebab darah muda cepat melenting) dan mengambil kata-katanya sebagai teladan.


Ada benar kata-katanya itu. Apabila difikirkan kembali, masa di universiti memang lapang walaupun dengan kesibukan pelajaran – menghadiri kelas, menyiapkan assignment, dan menduduki peperiksaan. Mungkin ada yang agak terkejut dengan kenyataan ini, tetapi jika dilihat dalam kerangka yang luas dan menyeluruh, memang benar – kita mempunyai masa lapang yang banyak.


Inginkan bukti? Cuba bandingkan masa kita dengan masa ibu bapa kita.


Ibu bapa saya bekerja sebagai pensyarah universiti – itu sahaja pun sudah cukup sibuk. Tambahan pula, mereka mempunyai enam orang anak yang menjadi tanggungan mereka – bertambah lagi kesibukannya. Tambahan pula lagi, mereka harus menguruskan hal kewangan rumah dan kenderaan dengan bil-bilnya – bertimbun lagi kesibukannya.


Saya pula? Kesibukan saya hanya kepada pelajaran sahaja. Kadang kala akan menolong dengan urusan rumah seperti mengemas, membasuh, memasak, dan sebagainya. Itu pun sudah cukup untuk membuatkan saya merungut, padahal saya tidak perlu risau tentang bekerja, bil-bil rumah, dan menjaga enam orang anak.


Bagi kebanyakan kita, kesibukan kita hanya tertakluk kepada pelajaran. Mungkin ada sesetengah kita yang mempunyai kesibukan dengan kelab-kelab di universiti. Mungkin ada segelintir yang mempunyai kesibukan rumah tangga dan pekerjaan, di samping pelajaran.


Tetapi bagi kebanyakan pelajar (dan remaja secara amnya), kesibukan kita tidak banyak.


Mereka yang tidak sibuk, akan rasa kelapangan. Tetapi, mana mungkin kita boleh selesa dengan kelapangan memandangkan masa yang berlalu tidak akan kembali dan masa yang akan datang belum pasti?


Masa ibarat duit. Kumpul banyak-banyak tiada faedah. Faedahnya hanya terasa apabila kita belanja, dan belanja dengan baik.


Aiman Azlan

8 November 2013

Mississauga, Canada

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 08, 2013 08:55

Komik: Prasangka

November 1


“Dari Abu Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong. Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama). Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara”


[HR Bukhari]


Hari ini.

kita pandang mereka sebelah mata

kita hujani persahabatan dengan prasangka

kita cemburu melihat kejayaan mereka

kita tidak senang dengan kebahagiaan mereka


Esok lusa.

Siapa tahu

mungkin hanya mereka;

yang akan menolong kita

yang menghulurkan ubat tika kita terluka

yang mengingatkan saat kita terleka

yang menegur saat kita alpa

yang memberi saat kita tiada apa-apa



dan mungkin mereka yang memimpin kita ke syurga


andai persahabatan sering dihiasi prasangka

bagaimana api permusuhan tidak menyala?


andai kaa berbaik sangka pun kita tidak mampu

bagaimana ingin bersama menuju syurga dgn langkah yg padu?


sahabat-sahabatku.

marilah k.i.t.a

aku, kamu dan ajaklah mereka

sentiasalah berbaik sangka

ia hak sahabatmu yang nyata


Salam ukhwah sahabat-sahabatku yang peka dan cakna ^^


Allah, kuatkan kami dengan Islam

Allah, kuatkan Islam dengan kami.


Mari menjadi hamba!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 08, 2013 00:15

November 7, 2013

Agama: Hijrah Perjalanan Menyelusuri Ibrah

HIJRAH


 


Alhamdulilah.


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi kita menghidup udara tahun baru Islam yang sepatutnya lebih menarik umat Islam khususnya untuk cakna tentangnya. Walau bagaimanapun ia bukanlah berbentuk kewajipan yang perlu tetapi sekadar menzahirkan rasa izzah dalam diri dengan menyingkapi makna disebalik hijrah yang biasa dikaitkan dengan tahun  baru Islam ini.


Tahun yang baru bukan sahaja mempotretkan dunia ini semakin tua, bahkan manusia juga semakin berusia dan semakin hampir untuk bertemu dengan-Nya. Malangnya, dewasa ini suatu kegusaran melanda apabila kita mengalihkan pandangan pada sisi dunia untuk melihat penduduknya. Ramai dalam kalangan mereka seakan sudah hilang identiti muslim yang sebenar apabila mereka semakin menanggalkan  Islam sebagai pakaiannya. Yang ada, ramai yang berkiblat kerosakan yang disajikan oleh musuh umat ini sendiri!


Namun…..


Tidakkah manusia itu sedar kehidupan di dunia ini bersifat sementara?


Dalam kesementaraan itu pula manusia dituntut sepenuh mengabdikan diri pada yang Esa?


Bukan untuk menyesali kesilapan tanpa sebarang bentuk perubahan. Manusia itu lemah tetapi bukan bererti ia sentiasa terkalah. Manusia bisa bangun dari segala bentuk kepekatan jahilliyah dalam diri dengan syarat sanggup mengorbankan semua bentuk kesenangan daripada diri, harta bahkan mungkin nyawa. Oleh itu, hijrah ke suatu peribadi dan suasana yang lebih baik dituntut supaya manusia tidak kekal dipenjara minda rasa putus asa dengan dosa dengan beranggapan ia tidak bisa diampunkan.


 


Ibrah Hijrah mengajar erti berserah (penyerahan)


 


Hijrah pada dasarnya mengungkap ajaran penting yang terselit dalam pengalaman Nabi s.a.w iaitu sikap berserah diri pada tuhan yang menuntut lepas dari segala pergantungan lain terhadap manusia dan keseluruhan makhluk umumnya tanpa kesombongan mutlak kepada Allah s.w.t. Hijrah yang dilakukan oleh baginda s.a.w dahulu mungkin berbeza dengan situasi pada zaman kita hari ini iaitu berbbentuk penghijrahan diri. Ironinya, elemen kesabaran itu masih dituntut pada kedua-dua situasi yang akhirnya membuah rasa penyerahan sepenuhnya kepada Allah.


Namun, apa yang perlu dititikberatkan adalah  makna penyerahan atau tawakkal ini. Ia bukan penyerahan bulat semata-mata tanpa ada iringan usaha dan hanya mengharap natijah yang sempurna. Bahkan ia menuntut manusia supaya merancang bentuk kejayaan yang diingini di samping cuba merealisasikannya dalam bentuk usaha yang bersungguh seterusnya barulah menggapai tangga terakhir iaitu bertawakkal.


Lihat kebijaksanaan baginda s.a.w dan sahabatnya Abu Bakar r.a ketika perjalanan hijrah mereka ke Madinah. Abu Bakar r.a menanam rasa tabah dalam diri anak-anak beliau untuk sama-sama membantu dalam peristiwa ini tanpa mengira jantina seperti yang diajarkan nabi s.a.w. Abdullah bin Bakar bertugas untuk memerhati gerakan orang quraisy seterusnya menyampaikan berita tersebut kepada ayahnya. Manakala puteri-puterinya tiada rasa gentar untuk membantu menghantar hidangan ke Gua Thur.


Setelah perancangan yang  strategic disusun, juga perlaksanaan yang rapi diusahakan, baginda dan sahabatnya tetap harus melalui suatu lagi cubaan apabila sekelompok Quraisy hampir menemui mereka dalam Gua Thur. Ketika itu, terbit kerisauan dalam diri Abu Bakar r.a sekiranya kedudukan mereka berjaya dikesan. Namun, Rasulullah s.a.w bertindak menenangkan beliau dengan berbisik:


Jangan takut, Allah bersama kita.


Kemudian baginda menambah, “bagaimana fikiranmu jika ada dua orang dan yang ketiganya adalah Allah?


Sikit sebanyak ia mententeramkan Abu Bakar r.a selain dengan izin-Nya orang Quraisy tidak berjaya menemukan mereka atas kuasa Allah menutupi lubang gua tersebut dengan sarang lelabah. Inilah puncak tawakkal yang sebenar. Berserah setelah merancang dan berusaha dan menyerahkan jalan keluar daripada kesempitan yang masih diuji kepada pemilik keluasan yang hakikki.


Dalam Al-Quran Allah mengaitkan hijrah itu dengan kesabaran dan tawakkal:


Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik; dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui.[41]

Mereka itu ialah) orang-orang yang bersabar (menanggung kezaliman) dan berserah diri kepada Tuhannya.[42]


An-Nahl: 41-42


 


Hijrah menetapkan pendirian dan ujian membezakan kebatilan (pengasingan)


 


Hijrah adalah suatu bentuk pengasingan. Semua nabi-nabi terdahulu tidak terkecuali Muhammad s.a.w juga pernah melaluinya malah sanggup menghadapinya. Di sini ujian bagi mereka yang berhijrah untuk menilai sejauhmana mereka bersiap sedia untuk menghadapinya? Justeru, hijrah ini salah satu jawapan kepada masyarakat muslim pada masa awal kehadiran mereka. Ertinya, pengasingan juga menuntut kaum muslim awal agar selalu belajar untuk tetap setia terhadap makna ajaran islam di tengah perubahan tempat, budaya, dan memori.


Madinah yang terkandung dalamnya pelbagai jenis suku kaum yang berbeza meskipun dalam kalangan arab ditambah wujudnya komuniti Yahudi dan Kristian merupakan suatu pengalaman baharu bagi umat Islam. Mereka perlu lebih belajar untuk bergaul bersama komuniti yang baru ini yang mana sudah tentu berbeza dari sudut pegangan dan corak kehidupan.


Oleh itu, hijrah juga merupakan ujian bagi kecerdasan manusia yang menuntut keperluan untuk membezakan prinsip-prinsip Islam dengan manifestasi budayanya, lebih jauh lagi ia memperlihatkan kertebukaan dan penerimaan atas kebiasaan-kebiasaan baharu, cara baharu dalam bertindak dan berfikir, dan cita rasa baharu dalam bertindak dan berfikir.


Menyelami realiti sebahagian besar manusia pada masa kini, sudah tentunya pernah mengalami bentuk pengasingan diri terutama ketika berada dalam dunia mahasiswa dan juga ketika alam rumahtangga. Pengasingan dari keluarga untuk membentuk rangka idea dan ilmu mahasiswa kadang-kadang menyebabkan mereka mudah terikut suasana yang kurang sihat.


Tetapi hakikatnya ia sebahagian daripada ujian kepada diri mereka sendiri untuk membentuk kematangan dalam membuat pilihan dalam suasana yang berbeza dengan cuba mengasingkan nilai-nilai kebatilan dan juga mutiara murni keimanan. Selain itu, ia juga mendidik kebijaksanaan dalam pemilihan teman seperjuangan untuk membantu mencapai hadaf mereka tersendiri.


Mereka yang berjaya akan menjadi seperti kaum Muhajirin yang berkorban dari pelbagai sudut di samping perlu membiasakan diri dengan tempat yang asing namun masih kukuh atas bantuan kaum Ansar  yang akhirnya diiktiraf Allah keimanan mereka dalam Al-Quran.


 


Hijrah dari tuhan-tuhan palsu dan dosa (pembebasan)


Hijrah juga merupakan pengalaman tentang pembebasan, baik secara sejarah ataupun spiritual. Nabi Muhammad s.a.w telah membawa pengikutnya yang beriman untuk berhijrah ke Madinah setelah berlaku penindasan terhadapa mereka samada berbentuk harta benda, disita dan dipulaukan lebih lagi berbentuk kepercayaan dihalangkan untuk menzahirkan keimanan.


Di sini menggambarkan hijrah itu juga membawa manusia kearah pembebasan yang baik dalam semua aspek terutamanya dalam hal keimanan yang merupakan pembebasan hakiki meskipun kelihatan seperti kehidupan mereka dalam suasana hijrah tidak begitu menyenangkan tetapi disebabkan pemikiran dan hati tidak lagi terkurung dalam kotak jahiliyah maka mereka sanggup untuk meneruskan langkah kepada perubahan.


Justeru itu, hijrah merupakan pengasingan kesedaran  hati manusia daripada tuhan-tuhan palsu daripada keterasingan segala sesuatu serta kejahatan dan dosa selain memalingkan diri daripada berhala zaman ini berbentuk kekuasan, wang, hiburan, dan sebagainya. Juga dalam aspek lain seperti kehidupan tidak bermoral, membebaskan diri melalui penggalaman keterpisahan daripada semua bentuk kebebasan ini secara mutlak .


 


Kesimpulan: Tiada lagi hijrah selepas pembukaan kota Makkah.


Tiada lagi penghijrahan yang dimaksudkan di sini adalah yang bersifat fizikal, suatu tindakan yang membentuk masyarakat muslim paling awal dan paksi keimanan pengalaman mereka, kini telah usai dan tidak akan terulang lagi, seperti yang dijelaskan oleh Aisyah r.a kepada orang-orang di Madinah yang hendak menghidupkan kembali pengalaman tersebut.


Umar Al-Khattab r.a kemudian menetapkan yang peristiwa unik ini menandai awal zaman Islam yang dimulai tahun 622 Masihi. yang tersisan dan terbuka bagi semua orang pada sepanjang masa dan untuk selamanya adalah pengalaman pengasingan spiritual yang membawa kembali setiap individu menuju diri mereka sendiri dan membebaskannya daripada ilusi diri dan dunia.


Pengasingan kerana Allah semata-mata pada hakikatnya adalah serangkaian pertanyaan yang diajukan   Yang Esa kepada setiap individu:


Siapa dirimu?


Apa makna hidupmu?


Ke mana engkau akan pergi?  


Mereka yang menerima risiko pengasingan semacam itu, meyakini Rabb mereka dengan menjawab:


“Kepada-Mu aku kembali dan aku terbebas!” 


 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 07, 2013 03:25

November 6, 2013

Himmah : Di Mana Kita Di Hadapan Tuhan?



e55817d4c90ed28e426d00a42dc25479



Hari berganti hari, kita menyaksikan perkembangan teknologi yang semakin signifikan fungsinya dengan gaya hidup orang muda.


Mungkin zaman Friendster, My Space dan yang sewaktu dengannya telah tinggal menjadi kenangan yang dilupakan.


Namun, dengan perkembangan teknologi yang ada ini, sungguh wajarlah kita bertanya pada diri, di manakah kita hari ini di hadapan Tuhan yang Maha Esa?


 


Zaman Yang Mencabar Keimanan


Hidup di zaman teknologi ini mendekatkan kita dengan pelbagai sumber ilmu dan kebenaran, tetapi manusia semakin hilang sensitiviti di hadapan Tuhan.


Di zaman video tazkirah dan peringatan sangat banyak di laman sesawang, video maksiat dan dosa juga sangat mudah diakses. Di zaman peringatan sangat banyak di’share’ di dinding MukaBuku, tak kurang juga ramai yang mempromosi dosa di dinding yang sama. Laman sesawang yang menghubungkan manusia seumpama Facebook dan Twitter seakan-akan telah menjadi pasaran lambak untuk promosi diri secara murahan melalui gambar bercouple, gambar dan video murahan maruah wanita.


Bagaimanakah kita melalui semua ini?


Dengan akaun Facebook serta laman sesawang semua ini, siapakah kita di hadapan Tuhan pada hari ini?


Apakah taqwa kita semakin bertambah dengan membaca peringatan-peringatan yang banyak melata di dinding-dinding kehidupan maya ini?


Apakah semakin tertingkat prestasi ibadah dan ilmu kita dengan menatap dinding yang penuh informasi ini?


Sungguh, ini zaman yang mencabar keimanan.


Peringatan dan tazkirah populis banyak melata, tetapi seakan tiada mengesani jiwa.


Di manakah kita dengan tazkirah yang telah kita hadam sebentar tadi selepas kita keluar meninggalkan akaun FB dan laman sesawang kita yang lain? Apakah ia telah diterjemah ke dalam kehidupan?


Atau ia hanya akan semata-mata tinggal sebagai pesanan populis untuk ditatap oleh ramai orang?


 


Menggerakkkan Kesedaran Bermula Dari Diri Sendiri


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.” [Ar-Ra’d : 11]


Inilah esensi kepada perubahan masyarakat yang lebih besar. Untuk mengubah ummat, ia bermula dari mengubah apa yang ada pada diri kita sendiri.


Slogan perubahan, jangan hanya dilaungkan kuat di medan-medan status FB sahaja ataupun program-program dalaman kumpulan kita. Perubahan bukan slogan untuk dilaungkan, ia adalah tindakan untuk direalisasikan.


Kita tidak akan dapat mengubah nasib ummat ini sekiranya kita tidak bermula dengan mengubah kelalaian yang menjangkiti diri kita. Kelalaian menghabiskan masa berjam lamanya di depan laman sesawang dan FB hanya untuk melayan update status orang dan chatting akan perkara-perkara yang kurang penting. Kelalaian menghabiskan masa dengan banyak tidur dan kurang serius dalam memperbaiki prestasi ilmu dalam diri.


Semuanya bermula dengan diri sendiri.


Revolusi ummat menuju jalan islah dan jalan iman bukan dengan hanya memperbanyakkan peringatan populis di dinding-dinding FB atau di Twitter saja, tetapi dengan mula turun ke medan memperbaiki diri, membumikan teori ke medan realiti.


Manusia mungkin semakin terhubung sesama mereka dengan adanya laman sesawang seperti FB dan Twitter, namun semakin renggang dengan Tuhan melayan kesibukan urusan 24 jam dengan manusia.


 


Penutup : Menjejak Semula Iman


Dunia semakin berkembang, namun jangan iman kita semakin mengecut. Di kala dunia mengalami perkembangannya, janganlah kita hanyut dibawa arusnya.


Benar, iman ada turun naiknya, tetapi ketika turun, janganlah merosot terus sehingga. Biarlah dikawal turun naik itu agar tetap dalam ketaatan kepada Allah.


Mari jejak semula iman kita.


Imanlah yang akan menyelamatkan kita di hadapan Allah.


Iman membuahkan sensitiviti dalam hati. Sensitiviti untuk menjaga hak bermasyarakat. Sensitiviti untuk memelihara maruah diri sendiri.


Semoga di zaman fitnah, ketika ramai yang terikut-ikut melondehkan maruah diri sendiri mengikuti trend perkembangan teknologi yang ada, kita tidak terikut-ikut menjadi mangsa fitnah juga.


Selamatkan imanmu !

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 06, 2013 13:27

November 4, 2013

Poster: 1435H

HIJRAH


“Tidaklah engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah kecuali Allah akan mengganti bagimu sesuatu yang lebih baik daripada apa yang engkau tinggalkan.” (HR Abu Qatadah)


Dalam tulisannya “Renungan di Tahun Baru”, Imam Hasan al-Banna mengingatkan kita akan ayat Allah:


“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.” (3:135–136)


Beliau juga mengingatkan akan hadis Nabi SAW:


“Semua anak Adam pernah berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah yang bertaubat.” (HR Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah, Hakim & Darimi)


Semoga setiap hari kita lebih baik daripada yang semalamnya, dan esok lebih baik daripada hari ini.


“Inilah hembusan angin penerimaan taubat yang dengan lemah lembut menerpa wajah tahun baru yang molek dan indah. Inilah cahaya hidayah yang memancar bersamaan dengan terbitnya bulan sabit yang cerah dan indah.” – Hasan al-Banna


Selamat Tahun Baru 1435H.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 04, 2013 16:45

November 3, 2013

Pemuda: Berani Berubah, Hijrah Yang Membangkitkan Jiwa (4)

The_Traveler_by_nerdiesid Picture by nerdiesid


1435H bakal melabuhkan tirai, 1436H bakal mendepani kehidupan kita. Pelbagai ragam dan pengalaman kehidupan telah kita rakamkan. Semoga 1435H yang bakal kita tinggalkan memberikan kebaikan kepada kehidupan kita, dan alangkah malang kiranya berlalu dengan kerugian. Firman Allah SWT.:


“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya sentiasa bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya rugilah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) dengan kekotoran (dosa dan maksiat).” (As-Syam:8-9)


Memperingati Hijrah Rasul pasti tidak lengkap tanpa kita menelusuri pengorbanan Rasulullah SAW dan para sahabat RA dalam meneruskan misi rahmatan lil ‘alamin saat mereka melewati marhalah awal dakwah. Saban tahun tatkala kita melewati tahun hijrah, serah dan kisah mereka akan kita ulang dan hidangkan buat umat Islam hari ini. Apakah hidangan yang indah dan mulia itu telah membangkitkan selera iman kita atau hati kita masih hambar dan tidak terpanggil untuk menjadikan ibrah hijrah sebagai momentum perubahan dalam kehidupan kita?


Asas Hijrah Mentauhidkan Allah


Hijrah Rasulullah SAW sarat dengan pelajaran buat kita semua. Allah SWT mengutuskan Rasulullah SAW adalah untuk menyerukan tauhid untuk menghidupkan kembali agama nabi Ibrahim AS. Baginda diperintahkan menyerukan seluruh umat manusia agar membebaskan diri dari segala bentuk penyembahan terhadap selain Allah SWT baik berupa manusia, benda, makhluk, ideologi mahupun berhala. Justeru mereka tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu apa pun. Mereka tidak bertuhankan satu sama lain kecuali Allah SWT. Hijrah Rasulullah SAW sebelumnya bermula dengan siksaan dan penderitaan. Rasulullah SAW dan para sahabat RA yang bersama dengan Baginda pada saat sebelum hijrah disiksa dan ditindas selama 13 tahun. Namun selama itu juga Rasulullah SAW tetap tidak menghentikan dakwahnya. Baginda masih terus berdakwah, baik secara sembunyi-sembunyi mahupun terang-terangan, baik ketika siang mahupun malam, terhadap penduduk Mekah dan kabilah-kabilah yang datang ke sana di musim haji.


Walaupun menerima tekanan yang amat kuat, namun Rasulullah SAW tidak mengalah, buntu dan berdiam diri. Ada satu isyarat jelas dari Allah SWT bahawa perjuangan mempertahankan kebenaran akan tetap berserta pertolongan Allah. Firman Allah SWT yang bermaksud;


Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. (al-Anfaal : 30)


Ikhtibar Yang Membangkitkan Jiwa


Peristiwa hijrah antara peristiwa yang besar kesannya dalam lipatan sejarah Islam. Pada peristiwa itu, umat Islam di Makkah bersama Rasulullah SAW diperintahkan Allah berhijrah ke Madinah. Walaupun berat hati dan kecintaan menebal terhadap kota Makkah, Baginda SAW berserta umat Islam yang setia dengan Rasulullah SAW tetap menjunjung titah perintah Ilahi tanpa berbelah bagi untuk membuka lembaran baru diari kehidupan umat Islam.


Justeru antara pelajaran yang boleh kita pelajari untuk manfaat kita pada fasa ini adalah;


i. Miliki tujuan dan matlamat yang jelas dalam kehidupan kita. Hidup kita sebagai muslim tidak boleh terpisah daripada tujuan penciptaan kita iaitu sebagai hamba Allah SWT yang mutlak. Misi kehidupan kita adalah mentauhidkan Allah SWT pada setiap saat dan dalam setiap situasi. Samada ketika susah mahupun senang, ketika berseorangan atau di tengah kehadiran manusia.


“Katakanlah (Muhammad), ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam.” (QS. Al-An’am: 162).


ii. Sabda Nabi SAW “Tidak ada hijrah setelah pembebasan kota Makkah, tetapi jihad dan niat.” (Hadis riwayat Muslim) dan sabda Nabi SAW lagi; “Dan seorang yang hijrah adalah yang meninggalkan larangan Allah SWT. (HR. Bukhari)”.


Maka kita dituntut untuk hijrah melakukan pembaikan / pengislahan pada diri kita sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Hari ini sudah menjadi kebiasaan sebahagian umat Islam hidup dengan apa yang ditegah oleh Allah SWT. Malah menjadi satu kebanggaan jika maksiat itu diketahui umum.Apakah kita sudah menghampiri kiamat? Sabda Nabi SAW;


“Ketika dunia berada hampir di penghujungnya, kamu dapati maksiat dilakukan secara terang terangan. Zina dilakukan dengan sewenang-wenangnya persis seperti perilaku haiwan. Yang tinggal hanyalah manusia yang keji dan buruk perangainya. Ketika itulah berlakunya kiamat.” (Hadis riwayat Muslim)  


iii.Untuk kita menjadi soleh / solehah, pasti akan ada ujian, mehnah dan tribulasi. Dan pada setiap fasa kehidupan untuk kita tetap istiqamah sebagai muslim dan mukmin, akan semakin berat ujiannya. Hijrah kepada kebaikan tidak diraikan dengan sorakan ribuan penonton final bolasepak.Atau dibentang dengan siaran langsung karpet merah ala Academy Award. Tidak! Ianya penuh ranjau dan duri. Penuh derita dan tekanan. Dikelilingi jerangkap dan muslihat. Namun janganlah kita mudah mengalah, menyalahkan suasana yang ada, buntu, membiarkan kita tewas dan kecundang dengan ujian dan tidak sabar menanti pertolongan Allah SWT. Allah tidak akan mensia-siakan hamba-Nya yang ikhlas berhijrah meninggalkan larangan-Nya dan istiqamah dalam kebaikan, dengan syarat sentiasa sabar. Firman Allah SWT;


“Orang beriman yang sabar dengan ujian dan cubaan, hingga mampu melewatinya, maka Allah SWT tidak menyia-nyiakan kebaikannya itu. Dia berfirman, “Tidak! Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka, dan mereka tidak bersedih hati.” (Al-Baqarah: 112).


iv.Kejayaan tidaklah dicapai dengan mudah bahkan ia menagih 1001 pengorbanan. Siapkan mental, perasaan, hati dan jasadi untuk berkorban meraih kejayaan. Tanyakan kepada mereka yang sudah berjaya, kejayaan mereka bukan dengan angan-angan atau sambil lewa, tetapi kerja kuat, istiqamah, berjihad, dan terpenting berkorban. Ada yang korbankan masa bersantai, masa outing, masa tidur, masa melepak dan masa bermain demi mengejar kejayaan masa depan. Rasulullah SAW berkorban meninggalkan kampung halaman, ada sahabat yang tinggalkan isteri dan anak-anak, ada yang tinggalkan kekayaan dan kesenangan, semuanya dilakukan kerana Allah dan demi kesinambungan legasi Islam. Itulah harga yang perlu mereka ‘bayar’ saat itu. Hijrah adakah sebuah pengorbanan.


“Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya.” (Al Baqarah: 207)


Nantikan sambungan Episod Hijrah Yang Membangkitkan Jiwa yang seterusnya,,:-)

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 03, 2013 09:30

October 29, 2013

Komik: “Ihfazillah Yahfazka”

 


cover_colored_sisFaeez


Muka Depan


page1_sisFaeez


M/S 1


page2_sisFaeez


M/S 2


page3_sisFaeez


M/S 3


page4_sisFaeez


M/S 4


page5_sisFaeez


M/S 5page6_sisFaeez


M/S 6


page7_sisFaeezM/S 7


page8_sisFaeez


M/S 8


-THE END-

 •  1 comment  •  flag
Share on Twitter
Published on October 29, 2013 20:42

Komik: Pencinta Fajr

Oktober 4


Aisyah R.A.H berkata tidak ada satupun solat sunat yang dijaga (tidak ditinggalkan) oleh Rasulullah s.a.w selain solat sunat Fajr (Riwayat Muslim)


Manusia.


Dia.

Mereka.

Kita.


Kadang mahu kaya.

Kadang mahu dunia.

Kadang mahu segalanya.


Malamnya menjadi sang hero di muka buku,

peduli hal Muslim, cakna isu semasa.

Mahu as-Sisi tumbang, mahu Mursi dijulang.


Namun bangun subuhnya lambat.

Terkejar-kejar diburu sinaran mentari.


Lalu bagaimana musuh mahu ditewaskan?

Lalu bagaimana mahu kaya dunia dan seisinya?

Lalu bagaimana mahu menagih kasih Sang Pencipta manusia?

*Koreksi diri*


Mari isi hari ini.

Berdoa, istighfar, takbir, tasbih, tahmid dan tahlil.

Semoga kita bersih jiwa berada di dunia dan ketika bertemu di hadapan-Nya kelak.


Jangan lupa solat dhuha ya teman-teman :)


Allah, kuatkan kami dengan Islam.

Allah, kuatkan Islam dengan kami.


Mari menjadi hamba!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 29, 2013 16:19

Himmah : Apa Nilai Diri Kita?



helping-hand



Setiap orang hanya mampu menawarkan apa yang hanya dimiliki oleh dirinya. Tiadalah seseorang itu dapat memberi kepada orang lain apa yang tidak dimiliki oleh dirinya.


Kalau seseorang itu memiliki pengalaman dan ilmu luas dalam bidang penulisan, maka ia akan dapat mencurahkan apa yang dimilikinya itu kepada orang lain.


Tetapi seseorang yang tiada pernah ada pengalaman dan ilmu di bidang itu, apa yang mahu diceritakan atau diberikannya kepada orang sekiranya diminta berkongsi tentang penulisan?


Begitu jugalah dengan diri kita.


“Sebaik-baik manusia adalah yang dapat memberi manfaat kepada manusia.” [HR Thabrani]


Hendak memberi manfaat kepada orang lain, pastilah diri kita sendiri telah memiliki apa yang ingin diberikan itu dalam diri kita. 


Memberi manfaat itu tidak semestinya dalam bentuk material atau harta. Ada orang tidak memiliki harta, tetapi kehadirannya di dalam masyarakat dirasakan terlalu besar manfaat dirinya. Jauh lebih bernilai dari harta adalah ilmu dan akhlak baik kita.


Pada kadar mana akhlak yang kita miliki, ilmu yang kita ada, pada kadar itulah kita mampu tawarkan kepada masyarakat.


Apa maksudnya?


 


Kisah Seorang Bijak Pandai


Dalam buku kumpulan cerpen Paulo Coelho bertajuk Like The Flowing River, beliau menceritakan satu kisah menarik berkaitan nilai yang ada pada diri kita dan apa yang kita dapat tawarkan kepada orang.


Dikisahkan ada seorang bijak pandai yang baru berpindah ke suatu kawasan, tetapi beliau si bijak pandai ini tidaklah begitu dipedulikan orang di situ. Apa yang diajarnya pun tak diendahkan sangat oleh orang-orang di situ.


Setelah beberapa ketika menetap di kawasan itu, dia menjadi bahan caci maki dan penghinaan orang.


Sehinggalah pada suatu hari, semasa dia berjalan di satu jalan, ada sekumpulan lelaki dan perempuan mencaci maki dia. Selain berpura-pura tidak mendengar caci maki mereka, dia malah membalas caci maki mereka itu dengan senyuman, bahkan siap menyapa mereka dengan nada penuh sopan.


Salah seorang lelaki dalam kumpulan yang mencaci makinya itu pun berkata, “Kamu ni pekak ke? Kami sedang mengejek kamu, memanggil kamu dengan semua gelaran yang buruk tetapi kamu hanya merespon kami dengan perkataan yang manis-manis sahaja?”


Apa jawabnya?


“Kita ni hanya mampu menawarkan (beri) pada orang apa yang diri kita miliki sahaja.” Pendek jawapannya tetapi mendalam maksudnya.


Mudahnya, kalau kita ini memang sudah berakhlak buruk, maka itu sahajalah yang kita dapat pamerkan kepada orang lain. Kalau kita ini memang orang yang berakhlak baik, maka itulah yang kita dapat pamerkan kepada manusia.


Itulah yang membuktikan nilai yang ada pada diri kita.


 


Bagaimana Nabi Menawarkan Apa Yang Ada Pada Dirinya?


Nabi s.a.w. adalah teladan unggul dalam perihal akhlak.


Dakwahnya ke Thaif dilempar dengan batu sehingga berdarah-darah tubuhnya, namun bila malaikat menawarkan mahu menghempap gunung ke atas penduduk Thaif, Nabi tidak membenarkan malah mendoakan lagi semoga ada di kalangan anak cucu mereka yang akan menerima Islam.


Begitu juga dengan seruan dakwahnya di Makkah. Dilempar dengan perut unta, dicaci maki, disusahkan, namun bagaimana baginda membalasnya ketika itu? Adakah dibalas semisal apa yang dilakukan oleh kafir Quraisy kepadanya? Adakah dibalas dengan caci maki juga? Pastilah tidak. Sabar dan meneruskan usaha dakwah menjadi pilihan baginda.


Saat sinar dakwah mula menampakkan kemenangan dan Allah memberikan izin untuk umat Islam kembali masuk ke Kota Makkah dan melakukan pembukaan semula, apakah hukuman yang dikenakan oleh baginda s.a.w. ke atas orang-orang musyrikin Quraisy yang suatu ketika dahulu pernah menghina, menyusahkan baginda dan ummat Islam?


Ditahan mereka? Diseksa? Ditindas dan dibalas semula apa yang mereka lakukan?


Tidak. Sekali-kali tidak.


Bahkan Nabi dengan lembut hatinya mengatakan, “Pergilah. Kamu semua bebas !” [Sirah Ibn Hisham & Mauqi’ Dr Raghib As-Sirjani]


Dengan senang hati dan mudahnya.


Setelah berbelas tahun baginda ditindas, dianiaya, diperlakukan dengan pelbagai perbuatan jahat, tiba-tiba pada hari Pembukaan Kota Makkah, dengan mudahnya tanpa ada dendam di hati baginda, baginda memaafkan mereka.


Betapalah mulianya nilai diri yang ada pada baginda s.a.w. sehingga menyebabkan ramai tertawan hati dan terpikat dengan dakwah baginda s.a.w.


Itulah baginda s.a.w., menawarkan apa yang ada pada dirinya. Kerana memang itulah nilai yang benar-benar ada pada dirinya, maka itulah yang dapat diberi dan terpamer di mata manusia.


Kita pula, apakah yang dapat kita tawarkan?


 


Penutup : Apa Nilai Diri Kita?


Apa yang kita dapat beri kepada manusia, itulah gambaran nilai yang ada pada diri kita. Apa yang kita tawarkan kepada manusia adalah biasan dari apa yang kita miliki di dalam diri.


Kalau memang pada diri kita itu mencintai dan memiliki nilai-nilai yang baik, itulah juga refleksi diri kita yang terbias kepada orang di sekitar kita.


Kalau memang pada diri kita itu ada nilai-nilai yang buruk, itu jugalah yang akan dirasai orang bila bergaul dengan kita.


As-Syafie menggambarkan dalam syairnya yang indah berkaitan dengan hal ini dengan katanya :


“Telah mati satu kaum tetapi kemuliaannya tidak mati,


Dan hidupnya satu kaum tetapi di kalangan manusia mereka itu umpama mayat.” [Diwan Imam As-Syafie]


Maka, apa yang ada pada kita?

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 29, 2013 13:54

October 25, 2013

English Column: Youth and Being Young

Look beyond Pokemon: If you can’t handle my Magikarp,

You don’t deserve  my Gyarados

Picture courtesy of failblog.cheezburger.com/


“YOUTH is wasted on the young”.


Now if ever there was an oxymoron, this is it. However, if we were to look at this quote by George Bernard Shaw from another angle, we may see begin to see the light in this statement.


For a start then, let us suppose that youth is not defined by rosy cheeks, supple skin, red lips and jet black hair. Nor is it a stage in life. But instead let is look at youth at the state of the mind and heart, the will, the thinking and the energetic flow of spiritual, physical and mental energies.


Youth would then transcend to mean the thirst for adventure and the abhorrence for stagnancy and complacency. For then the body may age physically, as all bodies must, but the state of “youthfulness” would abide. And time may wrinkle the skin and whiten the hair, but time would not then erode the energy of the soul.


Youth is very often compared to “spring” hence the phrase “the spring of youth”, and Semanticists define “Spring” as “an accelerated movement” Spring is a time when new life begins, rising from the coldness and stillness of winter.


Flowers blossom, animals awake from hibernation, gardens turn green and birds start to sing. Conventionally, a youth is a person aged between 18 -40 years old, or maybe we should say young. If this definition is applied to Prophet Muhammad, he attained prophet hood at 40, which means, he was a youth for only about a year. However, according to Ibn Kathir (2001) the prophet, during his lifetime undertook 19 battles and fought in 8 battles.


The “List of battles of Muhammad” on “Wikipedia,” says the prophet had the luxury to participate in 100 fights comprises of battles, expeditions and missions. And he did all these between the age of 40 and 63!


So, was the prophet not considered a youth? Was he not seen as energetic even past the age of being a youth? There is a perennial battle between the old generation and the young generation. The younger sets are always emphasizing on speed and haste in everything they do, and we have the older ones encouraging a slower pace. Then we have the digital arena.


There is an interesting article by Prensky, M. (2001) called“Digital Natives vs Digital Immigrants” which discusses the clash of interest in terms of technology usage between the Digital Natives (the younger generation) and Digital Immigrants (the older generation).


Looking further, one would realise that it actually also paints a picture of the 21st century way of thinking. In a nutshell, it is not about the older generation learning new things, or the younger generation adhering to traditional values and principles; rather it is about leaning new ways to uphold traditional aspects and values.


We have the older generation refusing to give in to new advancements in technology as it is alien to them. But everyone knows that technology has brought with it many advantages and benefits. Then we have the young, often scoffing at the older, slower way of doing things and their traditional values and principles. We must understand here that that both the young and the not so young have their place and bring something to the table.


There must be a give and- take in all areas as there is value on both the old and the new. This concept is not new. It has been said by Almarhum Umar Tilmisani in a paraphrased way “Hikmah Asy-Syuyukh, fi hamasati As-Syabab” which means “the wisdom of old people is embedded in the driving force of the young.”


The strength and quick wits and energy of the young, and their new ideas should be tempered by the wisdom of the older folk with their experience and many lessons learned from past successes and failures.


The ideal would be a collaborative unity and not a leader-slave relationship. The young and the old should mix and match so that new ideas, old wisdom, fresh energy and maturity all mesh together to produce a synergistic workforce.


Being the older does not translate to being “the boss” and being the younger does not mean one knows it all. Undoubtedly, there will be a difference in physical strength and capacity.


So we need the young to understand the slower pace and we need the old to be more trusting of youthful energy and enthusiasm.


It effectively is a symbiotic cooperation. So youth then, is not a function of age, but is the state of the heart and mind. It is the energy, the willingness to learn and to adapt to new things, the energy applied to work, the fire to progress and to be better, it is the creation of new things and endless possibilities.


A 20 year old can be an old man, and a 60 year old can be a free spirited young man at heart. We all have the choice to remain youthful or to grow old before our time.


What is your choice?

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 25, 2013 16:33