Hilal Asyraf's Blog, page 92

September 30, 2013

Komik: Dup dap.. dup dap..

september 4


Jantung berdegup.

Dup dap dup dap..

Pantas.

Bukan kerana berlari dikejar hantu,

Bukan kerana mengalami mimpi buruk,

Bukan juga kerana takut dimarahi bonda;

asbabya pulang lewat ke teratak.


Degupan ini.

Rasa gelisah ini.

Rasa ingin bersembunyi ini.

Mungkin satu peringatan.

Mungkin jua teguran.

Koreksi diri.


Allah, kuatkan kami dengan Islam.

Allah, kuatkan Islam dengan kami.


Mari menjadi hamba!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 30, 2013 06:55

September 27, 2013

Poster: Bunyan Marsus

bunyanmarsus---modern


“Bunyan Marsus : Bangunan Yang Tersusun Kukuh”


“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan

yang teratur rapi seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” (61:4)

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 27, 2013 03:57

Fotografi: Ilmu itu Cahaya



| Gunung Mat Chinchang | Pulau Langkawi |

( Sony Alpha Nex-5N | f8 | 1/640 | ISO100 )




مـن طَلَبَ العِلمَ لِلمَــعـادِ  #   فـازَ بِفَضـلٍ مِـنَ الـرشـادِ

فنـالَ حُسنـاً لـطالِبـيـهِ  #   بِفَضـلِ نـيلٍ مِنَ الـعِبـادِ 


شَكَـوتُ إلى وَقيعٍ سُـوءَ حِفظي  #   فَـأرشدني إلى ترك المعاصي

وأخبرني بأن العلم نُور #  ونور الله لايهدى لعاصي



Barang siapa yang menuntut ilmu untuk kehidupan akhirat,

Berjayalah ia dengan kelebihan mendapat petunjuk;

Maka tercapailah keelokan pada apa yang dituntutnya,

Bersama kemuliaan tercapainya makna seorang hamba. 


Aku mengadu pada Waqi’ teruknya hafalanku,

Lantas dia memintaku meninggalkan maksiatku;

Dia memberitahuku akan sesungguhnya ilmu itu cahaya,

Dan pastinya cahaya Allah tidak akan memberi hidayah pada pelaku maksiat.


_________________________________________________________



Mari kita ambil ibrah dari kalam Al Imam As Shafie Rahimahullah.






 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 27, 2013 02:16

September 26, 2013

Kehidupan: Pemuda Aktivis

Processed with VSCOcam with s2 preset

Gambar oleh Fiqri Ramli.


Antara perkara yang paling saya kagumi tentang Kanada ialah keprihatinan rakyatnya tentang pelbagai isu dunia – local dan global. Mereka bukan setakat prihatin sahaja, mereka juga aktif dalam usaha-usaha untuk membawa perubahan kepada yang lebih baik.


Saya ambil universiti saya (University of Toronto) sebagai contoh.


Universiti (dan instituti pendidikan yang lain) sepatutnya menjadi mikrokosma kepada dunia sebenar (real world) di luar sana. Orang kata real world bermula selepas graduasi. Saya kurang bersetuju dengan pandangan ini. Bagi saya, real world sudah pun bermula sejak lahir lagi.


Setiap fasa kehidupan merupakan real world. Bagi mereka yang tidak berfikir begitu, maka mereka akan hidup bermain-main dan bersahaja. Sebabnya, mereka fikir mereka belum lagi menempuhi real world.


Jika mereka bukan dalam real world, maka apakah alternatifnya? Fake world? Fantasy world? Ini satu delusi. Setiap fasa kehidupan ada cabaran-cabarannya yang tersendiri. Cabaran-baran inilah yang menjadi pokok pangkal real world.


Jadi, tidak kiralah fasa kehidupan apa yang anda sedang lalui, ketahuilah bahawa anda sedang berada dalam real world.


Dalam komuniti universiti saya, para pelajar berpeluang untuk menubuhkan kelab-kelab mereka sendiri melalui prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Lebih menarik lagi, setiap kelab yang ditubuhkan akan dikelolai dan dijalankan oleh para pelajar sendiri.


Dalam mana-mana kelab, tidak ada penaung daripada golongan pensyarah. Penaung adalah para pelajar sendiri. Mereka berkuasa ke atas perjalanan kelab-kelab mereka. Mereka belajar bagaimana untuk menjadi independent dan berautonomi.


Mereka belajar tentang kerjasama dan tanggungjawab. Mereka belajar tentang bagaimana untuk memandu sesuatu organisasi dengan baik. Mereka belajar mengenai bagaimana untuk membangkitkan sesuatu isu kepada perhatian awam dan bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan berhemah.


Ini tidak bermakna para pelajar ini tidak memerlukan nasihat mereka yang lebih berpengalaman. Dalam situasi di mana mereka perlukan hikmah golongan yang lebih tua, mereka akan meminta nasihat daripada golongan tersebut.


Pihak universiti pula memastikan kelab-kelab tidak melanggar mana-mana polisi universiti. Selagi mana kelab-kelab tidak cross the line, pihak universiti tidak akan masuk campur. Ini memberikan kebebasan kepada para pelajar untuk kreatif dalam memandu kelab-kelab mereka.


Dalam masa yang sama, mereka faham bahawa kebebasan mereka itu tidak mutlak. Mereka belajar untuk mematuhi autoriti. Jika mereka tidak bersetuju dengan autoriti, mereka belajar bagaimana untuk berdepan dengan autoriti dan bagaimana untuk meluahkan pandangan mereka dengan cara yang baik.


Ada ketika, mereka akan berjaya mengubah fikiran autoriti dan membawa perubahan polisi. Ada ketika, mereka tidak berjaya.


Begitulah lumrah kehidupan bukan? Ada ketika kita Berjaya, ada ketika kita tidak Berjaya. Tidak Berjaya tidak semestinya kita gagal. Kegagalan itu datang daripada tidak mencuba dan tidak belajar daripada kesilapan. Itulah gagal.


Saya kagum. Saya kagum dengan semangat para pemuda di universiti saya. Saya juga kagum dengan pihak universiti yang tidak mengongkong para pemuda daripada bersuara dan bergiat aktif dalam hal-hal dunia local dan global.


Semangat pemuda tidak patut dipadamkan. Semangat pemuda harus dididik dan dipandu supaya semanagat itu dapat disalurkan kepada perkara-perkara yang bermanfaat kepada komuniti secara keseluruhannya.


Pemuda sepatutnya dididik untuk ambil berat tentang pelajaran mereka dan dalam masa yang sama, mereka juga sepatutnya dididik untuk ambil berat tentang perkara-perkara lain. Apabila kita kotakkan minda para pemuda untuk hanya ambil berat tentang pelajaran, maka kita akan lahirkan generasi yang tidak prihatin tentang isu-isu di luar dinding kelas mereka.


Kita perlukan para pemuda yang ambil berat dalam segenap perkara, bukan hanya dalam satu isu sahaja. Dunia ini sarat dengan isu-isu dan masalah-masalah yang perlukan pencerahan dan penyelesaian. Dalam universiti saya, terdapat kelab-kelab yang aktif dalam pelbagai perkara, sama ada dalam isu berbangkit ataupun dalam isu jangka panjang.


Ada kelab yang aktif dalam hal-hal anak yatim, ada yang aktif tentang alam sekitar, ada yang aktif tentang politik, ada yang aktif tentang humanitarian aid di pelbagai tempat di dunia, ada yang aktif tentang pendidikan, ada yang aktif tentang komuniti homeless, ada yang aktif tentang meningkatkan kesedaran awam tentang budaya dan agama tersendiri, ada yang aktif tentang hak-hak pelbagai golongan (contoh: hak wanita, hak pelajar, dan hak OKU), ada yang aktif tentang derma darah, dan bermacam-macam lagi.


Begitulah budayanya di sini. Budaya ambil berat. Budaya aktivis.


Dunia perlukan pemuda yang ambil berat. Dunia perlukan pemuda aktivis.


Aiman Azlan

26 September 2013

Mississauga, Canada

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 26, 2013 20:21

September 25, 2013

Komik: Mahasiswa dan perubahan.

september 3


Perubahan itu.

takkan datang hanya dengan;

angan-angan tanpa tindakan,

azam tanpa perjuangan,

niat tanpa keikhlasan.


Perubahan itu.

Perlukan pengorbanan,

perlukan tindakan,

juga azam yang mapan.


Perubahan itu.

Zahirnya terlihat di luaran,

dan harus dipacu oleh keimanan.


Mahasiswa hari ini.

Takut membuat perubahan,

Gementar dengan kelainan.


Pentingkah perubahan?

Wajibkah berani bertanya soalan?

Haruskah memberi pandangan?

Wajarkan mencuba memberi jawapan?


Tepuk dada tanya iman.

Kita; kamu dan saya.

Mari menjadi hamba!


“Islam itu tinggi dan tidak ada yg lebih tinggi melainkan Islam”


ya Allah,

Kuatkan kami dengan Islam

Kuatkan Islam dengan kami.


Lets do Superman pose :)

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 25, 2013 21:13

Pemuda: Soal Jawab – Bertahanlah di Mihrab Taubat

sirna indah by Sergiy Trofimov


Picture by Sergiy Trofimov


Soalan: Saya pernah buat dosa satu masa dulu, masa tu mungkin kita tahu itu dosa tetapi tidak ada kekuatan untuk tinggalkannya. Dan bila saya mula belajar di Kolej Teknologi Darulnaim (KTD), hati saya mula sedar itu adalah dosa, dan saya mohon ampun kepada Allah SWT. Taubat bersungguh-sungguh. Bagaimana nak rasa Allah ampunkan dosa kita?


Alhamdulillah, kepada yang bertanya, semoga Allah SWT memberkahi kehidupanmu dengan kemuliaan dan kebaikan. Amat sukar untuk saya menjawab persoalan ini kerana diri saya sendiri sering terpalit dengan kesalahan dan dosa. Sudah tentu diri saya sendiri yang amat perlu kepada keampunan dari Allah SWT.


Segera Ingat Kepada Azab Allah SWT


Pertamanya, seseorang yang telah diberikan iman di dalam hatinya tidak akan membiarkan dirinya terpuruk terus menerus dalam gaung dosa. Jika hawa nafsunya bergolak dan api syahwatnya menyala-nyala, dia akan bersegera kembali kepada Rabb nya. Imannya berfungsi menjadi perisai untuk menahan dirinya agar tidak terjerumus kembali setelah ia pernah jatuh ke dalam dosa itu. Dirinya akan sentiasa menjadikan istigfar dan taubat sebagai lembah oasis yang diperlukannya dan mengharap Allah SWT mengampuni dosanya.


Firman Allah SWT:


“Bila mereka (orang-orang yang bertakwa) digoda oleh syaitan, mereka ingat akan Allah dan ketika itu mereka melihat kesalahan-kesalahannya.” (al-A’raf:201)


Alhamdulillah, tatkala kita kembali sedar akan kesalahan-kesalahannya kepada Allah SWT ia segera bertaubat dan menyesali perbuatannya itu. Penyesalannya yang bersungguh akan menghapuskan kotoran-kotoran pada hatinya dengan izin Allah SWT. Dalam masa yang sama dia merasa gentar dan takut kerana pada setiap dosanya akan mendapat akibat dan balasan dari Allah SWT samada cepat atau lambat. Peringatan Allah SWT yang bermaksud:


“Barangsiapa yang melakukan keburukan pasti ia akan diganjar.” (an-Nisa’: 123)


Sentiasalah berhati-hati walaupun kita sudah belajar bertaubat kerana pusaran arus besar dosa dari celahan maksiat akan terus menghujam menenggelamkan manusia dan janganlah kita tertipu dengan berhentinya arus petaka itu. Berusahalah mempersenjatakan diri kita dengan takwa, kerana siksaan Allah SWT sangat pahit dan getir. Barangsiapa yang diberikan petunjuk oleh Allah SWT dia akan benar-benar dapat merasakan bahawa tiada dosa yang berbuah kebaikan, maka akan timbullah rasa kejelekan dan jijik pada perbuatan maksiat dan dosa. Janganlah kita mencampuradukkan amal dengan keburukan kerana kematian datang secara tiba-tiba. Ingatlah pesanan Imam al-Jauzy, sebuah siksaan mungkin saja ditunda kemudian datang dengan tiba-tiba, atau mungkin saja siksaan itu akan didatangkan dengan segera. Bersegeralah memadamkan hal-hal yang membakar api dosa dan tidak tidak ada yang dapat memadamkan api dosa itu kecuali airmata penyesalan yang tulus. Semoga dengan demikian, kita beroleh ampunan sebelum kita dihakimi oleh Yang Maha Agong.


Hati Yang Cerdas, Merataplah di Hadapan Pintu Taubat


Alhamdulillah, jadilah hamba Allah yang cerdas spiritual hatinya. Orang yang cerdas adalah mereka yang tahu akibat-akibat dari apa yang ia lakukan. Bersabarlah menjalani ujian Allah SWT. Pemilik jiwa yang cerdas akan sentiasa berdiri di muka pintu Tuhannya dan terus mengharapkan curahan kasih sayang Allah SWT. Sampai bila?


Jiwa yang cergas tidak memerlukan jawapan itu kerana dia tahu bahawa Allah SWT adalah pemilik jiwanya dan Allah memang berhak membiarkan kita terus meratap di hadapan pintu-Nya agar kita tidak pernah leka dan lupa mengharap pada-Nya, samada ketika ia dalam keadaan kebaikan apatah lagi dalam keadaan berbuat dosa.


Jiwa yang cergas tatkala ia melihat dirinya condong kepada taklukan dunia yang melalaikan, dia segera menarik dirinya mencintai akhirat dan dia memohon taufik dan keampunan dari Tuhannya serta memenuhi agenda kehidupannya dengan amal-amal yang membawanya dekat kepada Rabb nya. Jika dia takut terperangkap dalam jerat kemaksiatan, maka dia segera meminta dan berdoa kepada Tuhannya agar hatinya  diperbaiki dan penyakit hatinya disembuhkan.


Bertahanlah di Mihrab Taubat


Begitulah pesanan Imam al-Jauzy. Jika kita sudah mula bertaubat, maka istiqamahlah dalam suasana dan amal kebaikan. Janganlah dirisaukan dengan bisikan-bisikan apakah Allah sudah mengampunkan dosaku kerana ia mungkin akan menyebabkan kemurnian taubat kita tidak sempurna. Sebaliknya, bersabarlah wahai orang-orang yang pernah berdosa sehingga air mata penyesalan anda telah mengalir deras di atas baju hati. Jiwa kita telah kita kotori, maka kata Imam al-Jauzy, tatkala kita merasakan air mata telah menghasilkan penyesalan, barulah hati anda dianggap telah disucikan.


Ketahuilah, Nabi Adam AS terperangkap dalam kesalahannya selama tiga ratus tahun. Namun Nabi Adam AS tidak pernah lelah memohon keampunan. Rasulullah SAW yang kita kasihi adalah penutup para Nabi dan Rasul dan terpelihara dari dosa, namun Baginda SAW tidak pernah lekang istigfar dan bangun malam meminta keampunan dari Allah SWT. Baginda SAW masih beristighfar kepada Allah, setiap harinya tujuh puluh kali, riwayat lainnya seratus kali. Ketika isteri Baginda, Aisyah RA pernah ‘mempertanyakan’ gencarnya ibadah dan istighfar Baginda itu, Nabi SAW bersabda, “Apakah tidak selayaknya aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?”.


Wahai hati yang pernah berdosa, wajib bagi kita untuk sentiasa dalam posisi menyembah-Nya. Sentiasalah berada dalam mihrab taubat. Duduklah termenung dalam posisi menyembah-Nya. Paksalah hati kita untuk merasa takut dan gelisah dengan dosa-dosa. Jadikanlah rasa risau sebagai makanan dan tangisan keinsafan sebagai minuman. Nabi pernah bersabda bahawa ada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari ketika tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, dan salah satu dari golongan tersebut adalah


“… seorang yang mengingat Allah di kala sendirian sehingga kedua matanya mengalirkan air mata (menangis).” (HR Bukhari dan Muslim)


Mungkin dengan usaha kerdil kita begini akan membawa berita akan dikabulkan Allah SWT pemintaan keampunan kita, laksana sembuhnya mata Nabi Yaakub dari kebutaan.


Penutup


Akhir kalam, berdoalah kepada Allah tanpa henti, sebagaimana firman Allah SWT;


“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam sorga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bresamanya, sedang cahaya mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan ‘Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu’”. ( At-Tahrim: 66)


Semoga Allah memberikan kita taufik dan sesungguhnya tidak ada kekuatan dan keupayaan kecuali dengan rahmat-Nya. Wallahu’alam.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 25, 2013 10:24

September 23, 2013

Bells of Morning


Al-Marhum Ustaz Dahlan Mohd Zain

(1934 – 2010)


Picture courtesy of brohamzah.blogspot.com


As I wake up every morning, there’ll be one specific ‘traumatic’ memory that’ll ‘haunt’ me. Each time I wake up, each time I’ll remember that incident again and again, time and again.


Not all ‘traumatic’ memories are upsetting, disturbing or harrowing. Memories can be inspiring even though they might look dreadful.


This memory, to me, is a memory beyond price and not everyone has the luxury of getting it. A memory with my late headmaster, murabbi, teacher, I still call, Ustaz Dahlan Mohd Zain.


Some memories are meant to be kept; some others are meant to be shared. For that, I would like to share a ‘traumatic’ memory of mine.



Ustaz Dahlan Mohd Zain


I don’t have many memories with Ustaz Dahlan. I mean, personal memories, the one-to-one memory with him.


I’m just a student to him. Well, of course, he has many students, thousands. That doesn’t make me special to him. But having one memory is enough to ‘haunt’ me every time I remember it. And that makes him special to me.


“Amin, do you want to tag along? I’m going to Ustaz Dahlan’s house?” my friend, Ali Noor Atif asked me. It was night. Not sure whether after Maghrib or Isya’.


Over the years, I’ve visited his house numerous times before; helped his family move furniture, volunteered for functions and etc. Usually, I went collectively with a group of students. I’ve never been so close to this man I respect from afar, until this moment.


“Let’s go” without hesitation, I replied back to Ali while smiling. Didn’t care what the reason was. Packed my things and followed Ali Atif and Hilal Asyraf in the bluish-black Proton Iswara. It was Ummi’s car.


In the car, Ali Atif explained.


“Ummi Halimaton (his wife) is sick and is spending some nights at the hospital. He is alone at his house. We will go there, given the mandate as the most senior students of my school, MATRI, to accompany him and help what we can.”


This is my second time sleeping over at his house. The first time, Ummi was there. Didn’t have ample time to chat and ask questions. But this time, only the three of us and him. A new experience I tell you.


I was intrigued by the fact that I’ll be spending the night at his house. Not that I’ve never been there before. I mean, you’ll be staying at the house of the person whom you respect and spend time with him and ask questions and be with him and see how he treats those young people. How intriguing is that?


***


Arrived. Parked the car at the porch.  Got out of the car. Gave salam.


My hurt was pounding.


We didn’t wait long, Ustaz Dahlan opened the door.


Given his current sick state, I thought that he would be sleepy or tired but I was strong, his face was calming with the smile carved as if he is not sick.


He told us the place we’ll be staying that is on the second floor. We said to him that he doesn’t have to walk us there as we know the place.


Actually, we didn’t want to trouble him because the stairs to the second floor was very steep and Ustaz has gout. And climbing on steep stairs will be severely painful. But he insisted on showing so he walked us up stairs!


Only God knows how I felt that time. The combination of guilt and feeling inspired at the same time.


He not only showed us the place, he suggested us to switch on the air-cond if we wanted to, and he made sure we were comfortable by asking several other things.


It’s not that we don’t know how to take care of ourselves but it’s like it is in his nature to ease the people around him.


We all went downstairs. I offered to massage him. Well, it’s time to show of my reflexology skills.


Both Ali Atif and I massaged him while Hilal was busy at the kitchen.


After we massaged him for a certain while, Ustaz went to the kitchen. I can still hear the conversation between Ustaz and Hilal. He asked Hilal what he is planning to cook. Hilal replied depending on what raw materials available.


But it turns out Ustaz was the one who cooked. We had Ox liver for supper.


Ustaz joked that he’s a better cook that Ummi. All these years of marriage, he gave a chance to Ummi to cook.


We all laughed.


***


The next morning was embarrassing for me. It was my bells of morning. A memory that made me remember. The stairs are steep right. Ustaz Dahlan has gout. But I felt embarrassed and surprised and guilty and ashamed of myself:


“Muhaimin, bangun-bangun” (“Muhaimin, wake up- wake up”) his soft spoken voice vibrated my sleeping ear drums but trembled my heart making me wake up immediately.


Ustaz Dahlan was the one who woke me up, woke us three up! It was nearly 7am if I’m not mistaken and the worst of all we haven’t prayed Subuh!


Urghhh.


And to add to the embarrassment, the night before, the reason why I woke up late (not sure about the other two) is because of Friendster.com, the ancient social networking site before the advent of Facebook.com.


I borrowed Hilal’s Dell laptop just because I wanted to check updates on Friendster. Hilal and Ali Atif had dozed off earlier than me. I was still on vigil all night friendstering. Doing the usual, commenting, working on html to update the Friendster profile.


And you know, the internet connection was borrowed from Pak Usu’s wifi, Ustaz’s neighbor-cum-brother-in-law which we didn’t ask permission to use.


Maaaaaan! I woke up late because of Friendster on somebody’s wifi? And Ustaz woke me up because of I was busy on Friendster? Imagine what kind of trauma I was experiencing. Unexplainable feeling. Pheww.


Despite waking up late, Ustaz Dahlan offered breakfast. We didn’t want to accept as we have troubled him so much. But still, we noticed him suddenly vanished from the house for certain while then he came back with breakfast.


Huh. Who’s the one that’s sick? Are we here to take care of him or is he taking care of us instead?


All four of us were late to school because of us. Not exactly late. We arrived at MATRI when the usual morning roll-call was still ongoing.


But I will never forgive myself for what has happened.


Conclusion


This is not an indication of fanaticism, this is respect.


If you think that I dramatized exaggeratedly, well, you’re wrong because this really happened and this was what I felt during the visit.


This is my bells of morning.


Not many veterans like to hang out with us young people and understand our youthfulness. We need veterans like Ustaz more in our society. To bridge the gap between the young and old. To combine aspirations and produce a synergetic force so that the young may not repeat the same mistakes of the old.


I am blessed to have Ustaz as a veteran ‘teaching’ me through example. He doesn’t have to say much. Enough by waking me up for Subuh.


 


———————————————



Apakah anda telah mendapatkan buku ini?

Buku ini terhad dan tidak akan dicetak semula.

Tidak juga dijual di kedai-kedai.

Hanya boleh didapati daripada ejen-ejen kami sahaja!


Harga buku: RM50

Dapatkannya segera!


———————————————–

Dapatkan Buku ini daripada Ejen-ejen kami:


JOHOR

LangitIman Resources

Encik Hilmi bin Abd Razak

0194491170


KUALA LUMPUR/SELANGOR

LangitIman Resources

Encik Abdul Muhaimin bin Misran

0135041501


PERLIS

Koperasi Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Perkampungan Tunjong, Beseri, Perlis

Cikgu Azmi Bahari

019-4744343


PERAK

Kelab Belia HALUAN Ipoh.

Tuan Fadhli Bin Razali

012-5075677


TERENGGANU

Koperasi Mesra-Net Terengganu

Tuan Walid – 0199874332

Tuan Fazari Ghazali – 0129671271


KEDAH

Koperasi Pembangunan Insan Wilayah Utara Berhad (KOINSAN)

Tuan Yusof Hussin

019-4780895


PULAU PINANG

Koperasi Pulau Pinang

Tuan Razif

019-4700101


PAHANG

Koperasi Bimbingan Insan Berhad (KOBI)

Sr.Sabarudin-0199308111

Puan Zaharah 0199512111


KELANTAN

Hannah Bookstore

Facebook: https://www.facebook.com/hannahsbookstore

Tuan Muaz-0196651234

Puan Shah Aznie-0126443715

———————————————–

Mari Menjadi Hamba!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 23, 2013 20:40

Novel VT2: Avantgarde – Gelombang 5 – Sahabat?

11499_652725744762259_523300646_n




Alhamdulillah. Dengan izin Allah SWT, saya berjaya lagi meneruskan penulisan VT2: Avantgarde hingga ke hari ini.


InsyaAllah Novel VT2: Avantgarde nampaknya akan siap esok atau lusa.


Mohon doa rakan-rakan.


Buat masa ini, boleh enjoy dulu Gelombang 5 ini.


Enjoy!


:-)


 


Tinggal dua minggu lagi sebelum Kejohanan Pre-VNRC bermula. Tetapi Saiful Rahman tetap tidak membenarkan anak didiknya menyentuh bola tampar. Bahkan dia memberatkan lagi latihan stamina dengan memakaikan semua pemainnya pemberat 10 kg pada kaki masing-masing.


“Ah, ini dah betul-betul balik zaman Hitler ni.” Omar merungut.


“Kejohanan dah semakin hampir, tetapi coach masih tak bagi kita sentuh bola. Latihan apa kalau asyik stamina aja?” Abhiraj mula resah.


Yang lain tidak bersuara. Semua mahu membantah, tetapi malas kerana tidak mahu didenda dengan denda yang lebih berat dari sebelumnya. Lantas mereka memulakan latihan mereka hari ini dengan larian selama sejam, bersama pemberat 10 kg yang terikat pada kaki mereka.


Saiful memerhati dari tengah dewan dengan tangan bersilang di dada. Kejohanan Pre-VNRC akan tiba dua minggu lagi. Mereka memang perlu untuk mendapatkan tajaan kerana selain untuk memberi baju dan kasut yang lebih sesuai untuk kejohanan, duit yang lebih diperlukan untuk membangunkan Muslim’Sport. Ini bermakna Kejohanan Pre-VNRC ini sangat penting.


Namun di mata Saiful, apa yang lebih penting ialah kumpulannya dapat mempersembahkan permainan yang paling cantik sekali. Kerana itu dia memfokuskan latihan awalnya dengan latihan stamina. Kenapa stamina? Pemain-pemainnya akan mengetahui pada hari kejohanan.


Fatih berlari perlahan-lahan menjauhi kumpulannya, mendekati Malik dan Omar yang berada tidak jauh di hadapan mereka.


“Apa Fatih nak buat tu?” Dzakir mencuit Akram.


Akram menggeleng. Tidak tahu. Kemudian Akram menjeling ke belakang sebentar, memandang Leon. Leon angkat bahu. Kini kumpulannya semua fokus kepada Fatih yang semakin mendekati Malik dan Omar.


“Hei,” Fatih bersuara. Tak kuat, tetapi tidak juga perlahan.


Omar dan Malik agak terkejut, namun membuka ruang agar Fatih boleh berada di antara mereka. Sangka mereka bahawa Fatih ingin berlari lebih laju. Tetapi Fatih tidak, dia mengekalkan lariannya agar kedudukannya sejajar dengan Omar dan Malik.


“Aku syak coach tak sentuh-sentuh bola lagi adalah disebabkan empat orang kawan korang tu.”


“Huh?” Omar mengerutkan dahi. Kenapa pula begitu?


“Kau ni apa fasal hah?” Malik mula bengang. Sudahlah latihan hari ini bertambah berat, hendak diberatkan lagi dengan perangai Fatih ini? Wajah cerahnya mula memerah.


Fatih menggerakkan anak matanya ke atas. “Ya la, selagi empat pemain ‘penting’ korang tu tak ada, selagi itulah Coach tak nak mulakan latihan kita dengan bola.”


Omar sudah rimas. Ditambah dengan keringat yang mula membasahi tubuh, dia memang amat tidak senang dengan apa yang sedang Fatih usahakan.


“Kau jangan tuduh sembarang la.” Malik menekan suaranya. Geramnya meningkat.


Fatih tersengih. “Entah apa la bagus sangat empat orang itu.” Memperleceh.


“Kau ingat engkau lagi bagus?” Omar mula masuk campur.


“Aku dan sahabat-sahabat aku, semestinya.” Mata Fatih tajam memaku mata Omar. “Kami adalah johan yang menewaskan semua universiti di Amerika. Korang?”


Malik dan Omar diam.


“Baru kalahkan sekolah menengah di Negeri Perlis ceruk Malaysia ni, dah perasan hebat.”


Malik dan Omar berhenti serentak. Fatih terlajak beberapa langkah, kemudian turut berhenti memandang dua orang sahabat dari MATRI itu. Rakan-rakan Fatih pula hampir sahaja terlanggar Omar dan Malik, namun berjaya berhenti sebelum berlaku pertembungan.


Kini Omar dan Malik berada di antara Fatih dan kumpulannya.


Saiful Rahman perasan bahawa pemain-pemainnya sudah berhenti berlari, sebelum tamat masa yang diberikannya. Namun dia mengambil keputusan untuk melihat apa yang anak-anak didiknya mahu lakukan sesama mereka.


“Kadangkala, di saat diri diuji, barulah kita melihat bagaimana tarbiyah selama ini memberikan kesan di dalam hati.” Saiful membisikkan pada dirinya.


“Dan mungkin aku juga salah seorang yang sedang diuji sekarang ini.” Dia mengepal erat  penumbuknya. Menandakan bahawa kesabarannya juga ada limit. Namun dia bertahan. Dia ingin memerhatikan apa yang bakal berlaku.


“Kau ingat engkau orang ini hebat sangat ke hah?” Mata Malik bersinar dengan amarah. Tubuhnya kini berlaga dengan tubuh Fatih.


“Kalau kau nak bertumbuk sekarang, kami lebih hebat. Kalau kau nak lawan bola tampar sekarang, kami lebih hebat. Sekolah kampung, ada hati nak satu kumpulan dengan kami.” Fatih melagakan dahinya dengan dahi Malik.


“Bukan kami yang minta jadi satu kumpulan dengan korang la!” Omar meninggikan suara sambil memandang kepada Fatih, kemudian kepada kumpulannya. Penumbuknya sudah bersedia.


Mereka berlapan seakan terlupa bahawa Saiful Rahman sedang memerhatikan segala tindak tanduk mereka.


“Kau tak pernah tengok kami main, mana kau tahu kami hebat atau tidak.” Malik menolak Fatih perlahan, sekadar untuk menjauhkan tubuh mereka berdua.


“Sekurang-kurangnya empat sahabat korang tak muncul walaupun dah sebulan lebih kita bertanding. Mereka nampaknya bacul!” Fatih terus dengan provokasi.


“Ini ke tarbiyah yang korang dapat di Amerika sana?” Omar membalas.


Semua yang ada diam. Seakan tertampar dengan soalan Omar.


Tetapi bila amarah menguasai diri, rasa bersalah itu segera luput dari hati.


“Kami mahu mula latihan, tetapi kerana rakan-rakan engkau tiada, kumpulan kita ini akan kalah sebab kita masih belum mula berlatih apa-apa!” Fatih meninggikan suaranya pula.


“Tarbiyah apa yang mereka dapat sampai berani susahkan orang lain pula? Projek coach Saiful ini kan perjuangan?” Fei Hung mencelah.


Malik dan Omar bertambah geram. Mereka berdua bukannya boleh mewakili sahabat mereka yang tiada. Ridhwan, Farhan, Zulkarnain dan Ihsan, masing-masing teruji. Ada yang diuji dengan bencana, tragedi dan kesukaran hidup, ada yang diuji dengan harta dan kesenangan. Bagi yang tidak teruji, mudah hendak berbicara. Tetapi yang menanggung beban ujian di bahu, itulah yang benar-benar merasa.


“Kalau kau yang kena ujiannya, baru engkau tahu bagaimana mereka rasa bila ada orang macam engkau mempersoalkan keadaan mereka!” Malik menujah telunjuknya ke arah Fei Hung.


Pap, pap, pap.


Semua lapan pemain mengalihkan perhatian mereka serentak kepada bunyi tersebut. Saiful sedang menepuk tangannya beberapa kali.


“Sudah habis? Sama ada kalian teruskan lawan cakap ini dan ana akan denda kalian dengan denda yang paling dasyat sekali, atau kalian teruskan larian dan ana akan anggap ini tidak pernah berlaku. Pilih.” Saiful mengekalkan wajah bersahaja.


Malik mendengus, memandang sekali lagi kepada Fatih, kemudian mara dengan menolaknya perlahan ke tepi. Malik meneruskan lariannya. Diikuti Omar.


Akram bergerak ke hadapan mendekati Fatih.


“Kau kenapa ni? Terhantuk ke?” Mempersoalkan mengapa Fatih mencetuskan suasana tegang tadi.


“Bengang.” Pendek jawapannya.


“Dahlah. Jom sambung lari.” Dzakir menepuk-nepuk bahu Fatih, kemudian berlari mengikut Akram yang telah bermula. Leon, Abhiraj, dan Fei Hung turut sama menepuk bahu Fatih memberikan semangat, sebelum turut menyambung larian mereka. Fatih kemudian memandang Saiful Rahman di tengah dewan.


Jurulatihnya itu mengangkat kening sebelah, namun tidak bersuara.


Fatih menghela nafas. Kemudian terus bergerak.


Dia sebenarnya hendak menyampaikan sebuah ‘mesej’ kepada Jurulatihnya, namun Saiful Rahman kekal bersahaja.


“Rasa rugi datang.” Fatih menggeleng, sambil meneruskan lariannya.


 


******


 


Petang itu, sebelum maghrib, Saiful pulang ke biliknya.


Kelihatan Fatih telah menanti di sana.


“Assalamu’alaikumm Coach.”


“Waalaikumussalam Fatih.” Saiful Rahman mengukir senyuman, mengeluarkan kunci, dan membuka pintu biliknya.


“Ada apa?”


“Sampai bila coach nak tunggu empat budak MATRI itu?”


“Budak? Mereka sama umur dengan kamu la Fatih.” Saiful Rahman mempelawa Fatih masuk ke biliknya. Fatih mengikuti. Dia duduk di pinggir katil, kerana di dalam bilik itu tiada kerusi.


Matanya sempat merayap melihat sekeliling, dan tertarik dengan pelbagai alat riadhah yang wujud di dalam bilik tersebut.


“Yalah, tak kisahlah umur mereka berapa. Tetapi sampai bila coach tak nak mulakan latihan kita yang sebenarnya?”


Saiful tertawa kecil, walaupun kelihatan berat tawanya itu. Tawa bernada kecewa.


“Kamu sudah mula berlatih. Sudah sebulan lebih kita berlatih.”


“Iya, tanpa sentuh bola. Tanpa latihan strategi di gelanggang. Kita nak tewaskan pasukan hebat  macam Rurouni, tetapi kita sendiri belum berusaha bersungguh-sungguh!” Fatih menepuk katil.


Saiful yang masih berdiri diam sahaja.


“Coach tunggu empat orang itu kenapa?”


“Tiada siapa yang kata ana tengah menunggu mereka.” Saiful menatap wajah Fatih. Fatih terdiam seketika.


“Ana ada perancangan ana. Tinggal antum sabar atau tidak sahaja.” Saiful menghela nafas. Kemudian duduk di sebelah Fatih.


“Tetapi esok ana akan ajar kamu satu benda.” Saiful menepuk bahu Fatih.


Fatih kehairanan.


“Yang kamu ni tak adalah hebat sangat.” Saiful angkat kening dua kali. Kemudian bangun dan bergerak menggapai tualanya, seterusnya masuk ke bilik air.


Fatih menggeleng. Apa maksud coach? Dia tidak mengerti.


“Aku ni MVP di Amerika kut.” MVP, Most Valuable Player. Fatih kemudian bangkit, dan meninggalkan bilik Jurulatihnya.


Dia pun nak kena bersiap untuk Solat Maghrib, tadarus dan usrah. Latihan mereka akan bersambung lagi selepas solat isya’.


 


******


 


Malik dan Omar tiba awal di dewan hari ini. Sengaja. Mereka mahu menikmati udara pagi di penghadang hadapan dewan tempat mereka berlatih.


“Malik, kita ni nak ziarah mereka berempat pun tak sempat. Apa kita boleh buat?” Omar bersuara, tetapi matanya kekal pada  matahari yang naik.


“Doa aku hari-hari doa.” Omar menambah, sebelum Malik membuka mulut.


Malik memandang Omar, dan melepaskan simpulan keluh.


“Doalah yang kita mampu pun setakat ini. Telefon berkali-kali tak angkat. Facebook dan twitter mereka pun mula tak update apa-apa dah semenjak dua menjak ni.” Malik kembali memandang mentari.


“Memang tak ada harapan dah ke?” Omar berat menimbulkan persoalan.


Malik diam seketika. “Entahlah. Tetapi sebagai sahabat, kita kena yakin yang sahabat kita itu akan kembali kepada kita insyaAllah.”


“Nampaknya Kejohanan Pre-VNRC ini, mereka memang tidak dapat bersama kita la?”


“Nampaknya. Tetapi mungkin selepas kejohanan itu, kita ada masa nak ziarah mereka.”


Omar meletakkan dagunya di atas penghadang. Matahari mula membasahi seluruh sukma dengan kecerahannya.


“Kita kena sentiasa positif Omar.” Malik menepuk-nepuk belakang tubuh sahabatnya.


“Abang Malik!” Tiba-tiba satu suara yang nyaring mengejutkan Malik dan Omar. Malik menoleh ke arah tangga naik ke tempat mereka, manakala Omar terus berdiri tegak menghadap ke arah yang sama.


Seorang remaja meluru mendekati mereka dan terus mendakap Malik.


“Ah? Asri?” Malik membalas dakapan itu.


Terkejut dengan kehadiran juniornya. Bagaimana…


“Apa khabar Malik, Omar? Lama tak ziarah MATRI.” Satu suara menyapa, dan suara itu amat dikenali mereka.


Seorang lelaki bertubuh sedikit gempal, kelihatan sedikit berusia, sedang melangkah ke arah mereka. Di belakangnya terdapat sebelas orang remaja. Sebahagiannya dikenali oleh Malik dan Omar, dan sebahagian lagi tidak.


“Ustaz Mahadzir!” Omar terus pergi mendakap lelaki berusia tersebut.


Malik tersenyum lebar.


Ustaz Mahadzir ialah Ketua Warden asrama MATRI. Dia juga merupakan pengurus pasukan bola tampar di MATRI. Malik bersama Asri mendekati warden itu dan Malik terus mendakapnya juga. Erat.


“Macam mana Ustaz boleh ada di sini?”


“Naik bas la. Coach Saiful kamu sponsor.”


“Ah, untuk apa?” Omar kehairanan. Takkan datang nak bagi semangat mereka berlatih kut?


“Untuk lawan dengan pasukan kamu.” Ustaz Mahadzir menepuk dada Malik.


“Ha?” Omar dan Malik terkejut serentak.


 


*****


 


“Budak-budak?” Fatih macam tidak percaya, sambil matanya melihat ke gelanggang sebelah.


Semuanya masih belia remaja. Paling tua pun berumur 18 tahun, pelajar tingkatan enam.


“Coach, kami lawan dengan budak-budak?” Abhiraj mencekak pinggang.


Saiful yang sudah berdiri di podium pengadil yang terletak di tengah gelanggang bersebelahan net tersenyum sahaja.


“Ada masalah?” Saiful bertanya.


Dzakir tertawa. “Kami tak ada masalah. Tetapi takut mereka yang akan ada masalah.”


Saiful melebarkan senyuman. “Kita tengok nanti, siapa sebenarnya yang bermasalah.”


“Baiklah, sedia?” Saiful memandang kepada pasukan MATRI.


Enam orang di gelanggang, masing-masing memakai jersi bernombor 1, 4, 5, 8, 9, dan 11. Yang memakai jersi nombor 9 di tempat servis, manakala nombor 5 di tengah belakang, nombor 8 di kiri belakang, nombor 1 sebagai setter di kanan hadapan, nombor 4 di tempat fast, manakala nombor 11 ialah first spiker.


Nombor 11 mengangkat ibu jari tanda bersedia.


Saiful memandang ke gelanggang pemainnya. “Bersedia?”


“Semestinya.” Fatih angkat tangan. Gembira. Teruja untuk menunjukkan kehebatannya dan pasukan. Akhirnya bola berjaya disentuh hari ini.


Dia akan membuktikan kepada Saiful Rahman hari ini bahawa mereka memang hebat.


Fatih berada di posisi setter, dan untuk kumpulannya, setter berada di posisi tengah. Bersama dengannya ialah Dzakir, berada di posisi kanan depan gelanggang. Leon pula berada di posisi first spiker. Akram berada di tengah belakang, manakala Abhiraj berada di tempat ‘natural’, atau bahagian kanan belakang gelanggang. Fei Hung pula berada di posisi kiri belakang gelanggang.


“Siapa mereka?” Ustaz Mahadzir yang berada di tempat duduk penonton bersama dengan Malik dan Omar, menunjuk kepada kumpulan Fatih.


“Bekas anak-anak murid Coach Saiful di Amerika.” Omar menjawab dengan gaya meluat.


“Antum tak baik ke dengan mereka?”


“Menyampah.” Malik mencebik.


Ustaz Mahadzir tertawa. “Sahabat tu.”


“Apa fasal pula Ustaz? Bukan kami berkawan pun.”


“Iya, tetapi mereka muslim. Dan keberadaan mereka di sini menandakan mereka satu perjuangan dengan antum, bukan?”


“Iya, tetapi akhlak mereka entah apa-apa.” Omar mendengus.


“Macam akhlak kamu sekarang?” Ustaz Mahadzir memberikan soalan pedas.


Omar dan Malik sedikit tersentak.


“Semua manusia ada kekurangannya. Sibuk melihat kekurangan orang lain, kita akan lupa dengan kekurangan diri kita sendiri.” Ustaz Mahadzir kembali melihat ke gelanggang.


“Prriiiit!” Saiful meniup wisel tanda bermula.


Servis dimulakan oleh Abhiraj.


“Akhirnya.” Abhiraj tersengih. Lama tidak menyentuh bola tampar. Rasa macam giannya diubati hari ini. Dia meluruskan tangan kanan yang mana bola tampar berada kemas pada telapak tangannya, kemudian dia melambung bola itu sederhana tinggi, seterusnya terus menampar bola tersebut.


Bola meluru laju ke gelanggang sebelah, melepasi net dan…


Pemain nombor 5 menyambutnya. Namun dek kerana servis itu terlalu kuat, membuatkan ianya terlantun semula tinggi ke arah gelanggang pasukan Fatih.


“Bola tanggung tu. Peluang.” Fatih memberikan isyarat kepada Leon.


Leon mengenyitkan matanya. Dia sudah bersedia untuk melompat dengan berundur beberapa langkah ke belakang, mematikan terus bola tersebut. Namun baru sahaja dia hendak bertindak, pemain nombor 11 sudah berada di udara, dan mencuit bola tersebut jatuh ke tempat yang baru Leon kosongkan.


Priit! Wisel Saiful berbunyi.


Semua yang ada agak terlopong, kecuali Saiful dan Ustaz Mahadzir.


“Feh, malu betul.” Malik berbicara spontan.


Mata pertama diperolehi oleh Pasukan dari MATRI. Budak.


Fatih menggigit bibir. Geram. “Leon, kau buat apa?” Dia marah.


“Hey, rilex man. Kita semua ingat mereka tak boleh buat apa-apa dengan bola itu.” Leon mengangkat kedua belah tangannya ke paras dada.


“Sabar, sabar.” Bahu Fatih digosok oleh Dzakir. Fei Hung dan Akram pula menepuk belakang tubuh Leon, memberikan semangat.


“Okay, okay. Fokus. Mereka ini budak aja!” Fatih menepuk-nepuk tangannya. Sebagai kapten kumpulan, dia perlu memandu kumpulannya.


“Beginners luck.” Perlahan dia membisikkan dirinya.


Priit! Saiful meniup wisel. Kini kumpulan dari MATRI pula memulakan servis. Posisi mereka telah bertukar kerana servis bertukar tangan. Servis dilakukan oleh pemain jersi nombor 1. Servis biasa sahaja.


“Easy ball, easy ball.” Fatih menganalisa bola tersebut, dan yakin ianya boleh diangkat dengan baik oleh rakannya di belakang.


Abhiraj mengangkatnya dengan dig yang sangat sempurna. Bola naik ke arah Fatih.


“Terbaik.” Terus dia menghalakan bola tersebut ke belakang. Dzakir sudah terapung di udara untuk melakukan ‘back fast’.


Namun ketika ini pemain nombor 8 dan nombor 11 turut berada di udara melakukan ‘block’. Pertahanan mereka pula condong hingga tangan mereka hampir memasuki gelanggang kumpulan Fatih.


Fatih sedar akan solidnya pertahan itu dan…


“Dzakir, jangan!”


Tetapi terlambat, Dzakir sudah mula menggerakkan tangannya melibas.


Bum!


Bola itu meluru kuat dan menghentam pertahanan pelajar MATRI. Bola tidak masuk ke gelanggang MATRI tetapi terpantul ke bahagian kiri gelanggang kumpulan Fatih. Dan oleh kerana serangan Dzakir tadi terlalu kuat dan pantas, bola meluru kembali dalam keadaan sangat laju ke arah Leon yang tidak bersedia.


Pang!


Muka Leon dijamu bola sebelum bola tersebut jatuh menghentam lantai tanpa sempat Fatih atau Fei Hung di belakang sempat menyelamatkannya.


Semua berlaku dalam keadaan teramat pantas.


“Satu hati, MATRI!” Kedengaran sorak pelajar MATRI menyambut kejayaan mereka mengutip mata yang seterusnya.


Leon terlutut sebentar. Sakit kerana bola tersebut menghentam hidung.


Fatih dengan mata membakar menoleh ke arah Dzakir.


“What? Bola fast tu. Aku bukan boleh buat apa-apa.”


“Mereka main mudah aja.” Fei Hung menghela nafas.


Agak terkejut sebenarnya. 2-0. MATRI dua, kumpulan Fatih, kosong.


Omar dan Malik terkejut.


“Ini boleh menang ni MATRI.” Malik memberikan komen.


Ustaz Mahadzir di sisinya menggeleng. “Tak, ana rasa kumpulan MATRI akan tewas. Tetapi kumpulan Fatih akan belajar sesuatu hari ini.” Realistik.


Ustaz Mahadzir tahu yang kumpulan Fatih takkan kekal lama sedemikian rupa, ditambah dengan pengalaman mereka yang banyak. Namun dia juga yakin anak-anak didiknya tidak akan tewas tanpa maruah.


“Ini semua agenda Coach Saiful ke Ustaz?” Malik bertanya.


Ustaz Mahadzir tersenyum sahaja.

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 23, 2013 19:12