Hilal Asyraf's Blog, page 68
April 15, 2014
Umum: Noah – Kita Keliru Mana Satu Bahteranya?
Saya sekadar memerhati sahaja apabila isu pengharaman filem Noah hangat diperkatakan di Malaysia. Bermula dengan beberapa negara timur tengah mengharamkannya, filem Noah yang dibarisi nama-nama besar Hollywood seperti Russell Crowe, Anthony Hopkins, Emma Watson dan lain-lain itu diharamkan pula akhirnya di Malaysia, negara kita ini.
Sebab pengharaman – takut filem tersebut memberikan gambaran yang salah terhadap Nabi Nuh, sekaligus menganggu aqidah/kefahaman Islam masyarakat di Malaysia.
Saya teringat isu kalimah Allah. Antara quote yang paling menarik pernah saya temui berkait isu kalimah Allah ialah – “Ramai orang panggil ayah dan ibu mereka dengan panggilan yang sama. ‘Ayah’, ‘Ibu’, ‘Abi’, ‘Ummi’ dan sebagainya, dan banyaknya panggilan itu berkongsi dengan orang lain. Namun semua tahu ayah dan ibu mereka yang mana satu, tidak pula mereka tersilap hanya kerana panggilan kepada keduanya sama dengan ratusan ribu orang lain.”
Ya. Kenapa isu ‘keliru’ boleh timbul apabila menonton filem Noah? Adakah kita keliru mana satu nanti ‘bahtera’ yang patut kita naiki? ‘Bahtera’ sebagaimana di dalam filem, atau ‘bahtera’ yang benar-benar Nuh AS bina?
Kekeliruan Yang Dibiarkan
Sebenarnya jika kita mahu berbicara berkait kekeliruan, kita sepatutnya sudah melihat bagaimana selama ini kita telah membiarkan kekeliruan berkeliaran dalam hidup masyarakat. Jika pawagam ditakuti menjadi ejen kepada kekeliruan ini kerana dilihat berpengaruh sebagai instrumen penyampaian, justeru ejen kekeliruan yang patut kita takuti ialah televisyen.
Makcik pakcik tua di kampung, atau anak-anak muda yang tidak dibesarkan di bandar, mereka tidak kenal dan mungkin lambat untuk memasuki pawagam. Juga mungkin tidak mempunyai kemewahan untuk sering ke pawagam. Namun zaman ini, televisyen sudah ada di kampung-kampung, bahkan siap dengan Astro lagi.
Apa yang selama ini, televisyen kita tayangkan?
Adakah selari rancangannya, dramanya, filem yang diletakkannya, dengan syariat, fahaman serta prinsip Islam? Saya berani kata, kebanyakannya tidak. Kita dapat lihat kekeliruan yang sangat celaru apabila artis-artis, selebriti-selebriti yang kelihatan ‘Islamik’ pada musim perayaan Islam – Aidilfitri atau AidilAdha – tiba-tiba bersikap yang sebaliknya pada bulan-bulan yang lain, pada drama-drama yang jelas tidak menjaga syara’, dengan aurat yang tidak ditutup, juga dengan pendedahan dan hebahan yang berlaku di rancangan-rancangan gosip seperti Melodi. Itu belum kita kira dengan rancangan-rancangan realiti bertemakan hiburan.
Kita sendiri dapat melihat terlalu banyak lambakan cerita hantu, khurafat, bersama-sama cerita bertemakan gengsterisme dan cinta yang tidak syar’ie di media kita. Yang bukan sahaja ada di pawagam, bahkan terlalu mudah untuk didapatkan melalui televisyen. Yang tak berkemampuan ke pawagam pun, akan dihidangkan dengan semua itu di rumah. Bukankah itu semua, kalau kita hitung dan teliti, akan menimbulkan kekeliruan terhadap Islam? Ya, masyarakat keliru. Itu ke Islam?
Belum kita kira lagi pelakon yang berlakon cerita-cerita keagamaan, tetapi kemudian hidupnya tidak menepati ciri manusia beragama Islam di luar lakonannya.
Bagaimana dengan itu semua?
Kemudian kita haramkan Filem Noah? Bukankah itu terlalu ironi sebenarnya. Pada masa yang sama, agak hipokrit. Seterusnya, menimbulkan kekeliruan sebenarnya.
Jika filem Noah diharamkan kerana menganggu aqidah, maka apakah cerita hantu, tahyul, khurafat, gengsterisme, cinta tak syara’, rancangan gosip, hiburan buka aurat yang dibenarkan tayang itu semua syara’?
Apa Kita Sudah Buat?
Memang mudah mengharamkan sesuatu dengan alasan hendak menyekatnya. Namun apa yang kita tidak sedar hari ini ialah, bukan semua perkara kita boleh sekat. Filem Noah ini sendiri contohnya, diharamkan di pawagam, namun orang ramai masih boleh mencari jalan untuk memuat turunnya secara online. Akhirnya, orang tetap menontonnya juga.
Langkah yang betul adalah bukan mengharamkan filem seperti Noah, tetapi memberikan insentif yang baik, peluang yang luas, liputan yang sepatutnya kepada pengkarya-pengkarya yang berusaha menulis karya-karya Islamik, sekaligus memperbanyak dan mempromosikan karya-karya islamik, patuh syariah tersebut di negara kita, kepada masyarakat kita. Kita lihat sekarang, karya-karya Islamik tidak diberikan liputan dan ruang yang sebaiknya. Bahkan bukan sedikit kita mendengar cerita bahawa selebriti yang sudah berhijrah, menutup aurat, sukar mencari makan sebagaimana kala mereka tidak menutup aurat, kerana banyak role sudah tidak boleh mereka lakonkan.
Mengapa sudah banyak role mereka tidak boleh lakonkan? Kerana kebanyakan role adalah tidak patuh syariah. Namun itu dibenarkan tayang bukan? Mengapa?
Saya lihat ramai artis yang berhijrah, berakhir dengan pentas ceramah motivasi. Bila ditanya, memang mereka sukar hendak mendapat tawaran berlakon lagi sebagaimana sebelum mereka berhijrah. Sedangkan, bila ramai artis berhijrah, sepatutnya itulah dia peluang untuk kita mengkayakan karya-karya yang islamik, patuh syariah, yang boleh menyampaikan kefahaman aqidah yang benar, di samping terus menerus menyemai nilai murni dalam kehidupan di Malaysia.
Tetapi apa yang telah ‘kita’ buat?
Sebenarnya ‘kita’ sekadar menunjukkan taring pada beberapa perkara yang selektif, yang sebenarnya tidak menyelesaikan masalah, sekadar untuk membuktikan bahawa ‘kita’ masih bekerja. Namun hakikatnya apa yang ‘kita’ lakukan tak memberikan apa-apa impak positif pun, bahkan menambah lagi kecelaruan dan kekeliruan mereka yang memerhatikan tindakan kita, seterusnya menimbulkan fitnah pula kepada agama.
Bila Kita Kenal Bahtera Nuh…
Kisah Nuh AS dan bahteranya, dengan kisahnya terhadap anaknya, bagaimana dia dan kaumnya, sudah diterangkan di dalam Al-Quran.
“Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari kiamat). Ketua-ketua dari kaumnya berkata: Sesungguhnya kami nampakmu (wahai Nuh) berada dalam kesesatan yang nyata. Nabi Nuh menjawab: Wahai KaumKu! Tidak ada padaku sebarang kesesatan, tetapi aku adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam. (Tugasku) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah yang (diutuskan oleh) Tuhanku, serta aku memberi nasihat kepada kamu, sedang aku mengetahui (melalui wahyu) dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu, dan supaya kamu bertaqwa dan juga supaya kamu beroleh rahmat? Mereka terus mendustakannya, lalu Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami karamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (matahatinya daripada melihat kebenaran)” Surah Al-A’raf ayat 59-64.
“Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu, dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat ia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya. Nabi Nuh pun menjawab: Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu. Maka kamu akan mengetahui siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya di dunia, dan yang akan ditimpakan pula dengan azab yang kekal pada hari akhirat kelak. (Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman. Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir. Anaknya menjawab: Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air. Nabi Nuh berkata: Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya. Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan. Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu. Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung “Judiy” serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim. Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri, dan bahawa janjiMu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya. Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil. Nabi Nuh berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi. Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu. Dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya. (Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Surah Hud ayat 38-49.
Bagi manusia yang telah meladeni ayat-ayat di atas, dan pelbagai ayat lain berkait Nuh dan kaumnya, di dalam Al-Quran, sudah pasti akan kenal yang mana satu ‘bahtera Nuh’, dan ‘Nuh’ AS. Kita takkan mudah terkeliru dengan apa yang digembar-gemburkan media, atau apa sahaja sumber lain selain Al-Quran apabila menceritakan perihal para anbiya’ dan alam ghaib.
“Bolehlah, kau dah baca Al-Quran, yang tak baca?”
Itulah masalahnya. Al-Quran sebagai sumber utama kehidupan ummat Islam, bagaimana boleh tak baca? Dan bagaimanakah sepatutnya pihak-pihak bertanggungjawab di negara yang bergelar ‘Negara Islam’ ini bertindak untuk memasyhurkan Al-Quran, kisah-kisah di dalam Al-Quran, kepada masyarakat? Apakah cukup sekadar Al-Quran menjadi mata pelajaran semenjak tadika hingga sekolah sahaja? Pastinya tidak. Pastilah Al-Quran, dan segala isinya perlu dihidupkan dengan pelbagai wasilah, termasuklah media-media seperti drama dan filem.
Persoalannya, apakah kita usahakan?
Kemudian kita haramkan Noah yang kemudiannya tetap boleh dimuat turun di zaman internet ini?
Penutup: Cukuplah Kita Mempertuhankan Kelemahan
Pada saya, cukuplah kita mempertuhankan kelemahan. Contohnya, merasakan yang aqidah kita terganggu hanya dengan menonton sebuah filem, yang kita tahu bukan orang Islam buat, yang pelakonnya bukan muslim, yang menerangkan pula Noah dari kaca mata mereka. Sebagaimana kita amat takut, risau dan gusar kita akan tersilap ‘Allah’ kalau agama lain menggunakan ‘Allah’ sebagai nama Tuhan mereka.
Kita tak pernah pula bergaduh apabila orang lain memanggil Ayah mereka dengan ‘Ayah’ sebagaimana kita panggil Ayah kita. Kerana apa? Kerana kita kenal Ayah kita. Kita tahu ciri-ciri Ayah kita. Kita tahu Ayah kita yang bagaimana.
Mengapa kita takut?
Kerana kemungkinan besar, kita TIDAK TAHU akan Nuh yang sebenar, akan ceritanya yang betul, dan begitulah juga perihalnya dengan Allah, mungkin kerana kita TIDAK TAHU berkenaanNya.
“Yalah, bukan semua pelajar agama.” Cukuplah dengan jawapan-jawapan sedemikian. Sepatutnya Allah dan kisah para anbiya’, adalah antara perkara paling asas yang perlu dihadam oleh orang-orang Islam, orang-orang yang beriman. Memang bukan semua pelajar agama, sebagai pihak yang bertanggungjawab, perlu sedar akan realiti tersebut. Maka apa yang telah kita usahakan agar ummat kita mengenali Allah dan para utusanNya?
Justeru ummat ini perlu memperkasakan diri mereka. Muhasabah, segencar manakah usaha mereka selama ini dalam memperkenalkan ummat terhadap agamaNya. Atau apakah kita selama ini Islamnya hanya bermusim, hanya kala timbul isu Kalimah Allah, filem berkait Nabi, barulah kita kecoh, dan akhirnya solusi kita adalah pengharaman? Ini bukanlah perkara yang sihat untuk jangka masa panjang, bahkan ianya boleh ‘backfire’ kepada kita semula.
Semoga coretan ini ada maknanya.
Muhasabah buat kita semua.
==========================================================
YouthACE 2014 | Grand Ballroom, Flamingo Hotel, Ampang | 10th May 2014 | 7.30am – 10.45pm |
“Pemuda & Perubahan”
Tinggal 100 seat sahaja lagi.
The post Umum: Noah – Kita Keliru Mana Satu Bahteranya? appeared first on Langit Ilahi.
Islamkah Kita?
Islam kita hanya pada perkara yang terbuka. Yang menampakkan yang kita ini hebat dalam agama, sampaikan tersilap langkah menyebabkan kita lebih dipandang hina.
di manakah peranan kita yang sebenar. Kita memerlukan islam. Islam tidak jadi apa-apa tanpa kita.
The post Islamkah Kita? appeared first on Langit Ilahi.
April 13, 2014
Komik: Cap Rabbit vs. Barang Berjenama?
“Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)”
[Asy Syu'ara: 88-89]
The post Komik: Cap Rabbit vs. Barang Berjenama? appeared first on Langit Ilahi.
April 11, 2014
Komik: Mimpi
Mimpi.
Ramai org yg bermimpi,
ramai juga yg mengatakan mimpinya satu petunjuk.
Namun siapa yg mampu menjadi saksi mimpinya adalah mimpi yg sebenar-benarnya?
Sejujurnya saya tidak arif dlm hal ini.
Berikut merupakan huraian dari keluarga besar saya di Langit Ilahi;
Hilal Asyraf di facebook officialnya ada menulis:
Kebelakangan ni kecoh fasal mimpi jumpa Nabi. Sampai satu tahap, mimpi jumpa Nabi dijadikan dalil kemuliaan/kebenaran seseorang/sesebuah kumpulan. Pernah pula saya ternampak sebaran ‘teknik-teknik mimpi jumpa Nabi’ dan saya pernah terdengar di sebuah radio negara kita ini, penyampainya menggesa/menggalakkan pula orang ramai agar usaha mimpi jumpa Nabi, sampai dia kata: “Kalau tak dapat jumpa dalam mimpi malam ini, cuba lagi esok sampai dapat.”
Lama-lama saya perhati, perkara ini menjadi ekstrim dan aneh. Saya ada terbaca sekumpulan anak murid yang sibuk bercerita fasal gurunya jumpa Nabi. Sampai satu tahap, dikatakan gurunya jumpa Nabi setiap malam dan bukan lagi dalam mimpi tapi secara nyata. Pernah juga saya lihat perkara ini berleret hingga ada yang mula berani kata: “Nabi cakap dia sayang bangsa kami lebih, Nabi kata kumpulan kami terbaik, Nabi pesan suruh buat gini, Nabi cakap suruh buat gitu(kenyataan-kenyataan yang menguntungkan pihak tertentu)”
Saya tidak mahu berbahas panjang. Namun saya usahakan juga di sini mengetengahkan beberapa prinsip saya seputar isu ini.
1 – Mimpi tidak sesekali boleh menjadi hujah. Ini bukan menafikan kewujudan mimpi yang benar, namun mimpi yang benar hanyalah petunjuk/ilham, dan mahu tidak mahu kita kena buktikan petunjuk/ilham tersebut dengan realistik. Bukan sekadar kata: “Semalam ana mimpi sekian-sekian, itulah buktinya!” Tak boleh begitu.
Ada berhujah menyatakan Imam Bukhari pun mimpi jumpa Nabi. Namun Imam Bukhari bukan menggunakannya sebagai dalil untuk mensohihkan hadith-hadith yang dikumpulnya. Imam Bukhari tetap mengembara, mencari perawi, untuk mengumpul hadith-hadith, kemudian menyaring pula hadith-hadith tersebut mengikut taraf perawinya. Bukannya dia kata: “Hadith aku kumpul ni benar semuanya, sebab aku pernah mimpi jumpa nabi.” Tidak.
Ada yang kata Imam Syafi’ie menyelesaikan masalah Fiqh dengan bermimpi(saya tak pasti mana orang ni dapat cerita ni), namun katalah betul Imam Syafi’ie dapat petunjuk/ilham selesaikan masalah fiqh lalu mimpi, apakah dia selesaikan masalah dengan berkata: “Masalah ni selesainya begini sebab aku mimpi semalam.”
Pastilah tidak. Sudah pasti masalah akan diselesaikan dengan cara yang cermat, pembuktian berteraskan dalik sohih dan sebagainya. Bukan sebab mimpi jadi dalil, tetapi mimpi mungkin memberikan ilham/petunjuk sahaja.
Papan tanda membawa ke arah destinasi, papan tanda bukannya destinasi. Itu analoginya.
2 – Bab teknik-teknik mimpi jumpa Nabi, seterusnya isu mimpi jumpa Nabi dan Nabi kata sekian, begitu dan begini. Saya nak kata begini,
Pertama – semasa Aisyah RH difitnah, kalaulah benar ada teknik-teknik untuk munculkan mimpi yang boleh dijadikan dalil, sudah pasti Rasulullah SAW amalkan dan masalah Aisyah RH akan selesai lebih awal.
Namun tidak. Sebulan Rasulullah SAW kena tunggu kerana Allah menahan wahyu dek hendak menguji ummat Islam ketika itu.
Ini menunjukkan, tips-tips untuk bermimpikan apa yang boleh dijadikan hujah/dalil atas sesuatu perkara adalah tidak benar.
Bagi yang cuba berdalilkan mimpi Ibrahim AS dan Yusuf AS, ketahuilah bahawa Ibrahim AS tak berusaha untuk mimpikan anaknya disembelih, dan Yusuf tak bercadang untuk bermimpikan planet-planet sujud kepadanya. Ia terjadi tanpa kehendak mereka, menunjukkan ianya jelas aturan Allah SWT buat mereka, dan pastilah mereka tidak berbohong dengan kisah mimpi mereka kerana Allah SWT sendiri mengesahkan mimpi para NabiNya.
Kedua – Jika benarlah wujud/berkesan teknik untuk dapat mimpi bertemu Nabi, pastilah Muawiyah dan Ali, dua sahabat yang dikasihi Nabi Muhammad akan memggunakan teknik tersebut agar dapat menentukan siapakah antara mereka yang benar sebelum tercetusnya Perang Siffin.
Jika benarlah wujud/berkesan teknik untuk dapat mimpi bertemu Nabi, pastilah Aisyah RH ketika membuat keputusan hendak keluar dari Makkah menuju ke Kufah sebelum berlakunya peperangan Jamal akan buat teknik tersebut, mimpi jumpa suaminya, Rasulullah SAW, untuk minta nasihat/petunjuk. Beliau kan isteri Nabi dan antara manusia yang amat dicintai baginda?
Begitulah juga kisahnya Hussein, cucu kesayangan baginda. Jika benarlah wujud/berkesan teknik untuk dapat mimpi bertemu Nabi, pasti dia telah melakukannya sebelum keluar ke Karbala. Apakah Nabi suka melihat cucu dan keturunannya dibunuh beramai-ramai? Pastinya tidak.
Mereka ini orang-orang yang amat dekat dengan Nabi, amat dicintai Nabi, dan ahli keluarga terdekat Nabi(Muawiyah antara penulis wahyu, Ali menantunya, Aisyah isterinya, Hussein cucunya), namun mereka pun tak buat mimpi-mimpi jumpa Nabi, minta petunjuk Nabi.
Mereka hidup berteraskan apa yang ditinggalkan Nabi, yakni Al-Quran dan Sunnah baginda, seterusnya berijtihad berteraskan kefahaman masing-masing terhadap keduanya mengikut situasi yang dihadapi mereka masing-masing.
Kalaulah benar gesaan/galakan agar kita pergi usaha mimpi jumpa Nabi SAW saban malam, sampai tahap kalau tak jumpa malam ni esok kena cuba lagi, pastilah hari ini kita akan mendengar ratusan cerita berkait mimpi para sahabat terhadap baginda. Para sahabat yang berpeluh dan bertumpah darah bersama baginda, punya banyak kenangan menyentuh hati dengan baginda, pernah menatap wajah dan hidup bersama baginda pastilah orang yang paling rindu dan berhajat mahu bertemu dengan baginda. Namun kita tidak mendengar kisah-kisah mereka berusaha mimpikan Rasulullah SAW, atau mereka guna teknik tertentu agar dapat mimpi jumpa Nabi Muhammad SAW.
Tiba-tiba, kita di zaman ini, yang banyak dosa dan kekurangan, yang jauh dengan Nabi, banyak sungguh mimpi jumpa Nabi sampai claim Nabi kata begitu dan begini(claim yang menguntungkan pihak/kumpulan tertentu), dan hingga satu tahap cuba pula menjustifikasikan fatwa pembunuhan nyawa hanya kerana pemberi fatwa claim dia bermimpikan Nabi(atau orang yang sokong pemfatwa tersebut pernah dengar pemfatwa tersebut mimpi jumpa Nabi). Apa benda ini?
Isu-isu ini buat saya teringat kepada Al-Arqam. Ash’ari Mohamad pernah mempopularkan perihal Bani Tamim bahkan mengaku beliaulah Pemuda Bani Tamim yang dinanti-nantikan, seterusnya dia galak mengaku bahawa dia sering bertemu dengan Rasulullah SAW secara mimpi dan yaqzah(dalam keadaan jaga).
Isu-isu yang berlaku kebelakangan ini seakan sebuah ‘replay’ untuk itu. Semoga Allah selamatkan kita semua.
Sebagai penutup atas coretan panjang saya, saya tegaskan bahawa mimpi jumpa Rasulullah SAW bukan sesuatu yang mustahil. Namun tidaklah kita sampai digesa untuk bermimpikan baginda, dan tidaklah pernah pula baginda perturunkan teknik-teknik untuk mimpi bertemu baginda.
Jika mimpi, mimpilah. Jika tidak, bukanlah satu kekurangan. Janganlah kita berlebih-lebihan di dalam isu ini sehingga menimbulkan apa yang tidak patut berkait Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sudah memberikan amaran agar jangan sesekali kita mereka-reka cerita berkait baginda, berdusta atas nama baginda.
“Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka sesungguhnya dia telah menempah tempatnya di neraka.” Hadith sohih bertaraf mutawatir.
Agama kita adalah agama praktikal, ia membangkitkan kita dari lena dan menyibukkan kita dengan perjuangan menyah kegelapan serta usaha mentadbir bumi sebagai khalifah.
Bukan untuk kita memperbanyakkan mimpi.
Semoga Allah jaga kita semua.
Wallahu a’lam.
Jemput baca juga huraian menarik tentang mimpi drpd Uzair Izham.
*Tekan sini*
Allah, kuatkanlah kami dengan Islam.
Allah, kuatkanlah Islam dengan kami!
Mari menjadi hamba!
The post Komik: Mimpi appeared first on Langit Ilahi.
April 10, 2014
Poster: Masih nak parti?
“Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).”
(QS Al-Anbiya 1)
Masih nak parti? Fikir-fikirkan…..
The post Poster: Masih nak parti? appeared first on Langit Ilahi.
April 8, 2014
English Column: You ban, I download
“After Banning, what’s next?”
Picture courtesy of GFI.com
Malaysia has a long history of banning external artworks like Irshad Manji’s meet-the-fans session at IIUM in 2012 and the recent ban on Noah movie starring Superman’s dad, Russell Crowe.
With all the censorship in Malaysia, as of Worldwide Press Freedom Index 2013 by Reporters Without Borders, Malaysia ranked 145 over 179 countries. That means, the degree of democracy and political freedom in Malaysia is “partly free” as it scored 4 points since 2009.
But the question remains, in the world of unlimited internet connectivity, netizens can always autonomously download what is banned, summed in the title of this article “You ban, I download.”
Are movies sources of knowledge?
Never have I taught in school (despite Malaysia ranking bottom third over 74 countries according to the Education Blueprint) to consider movies as a credible source of knowledge. Movies are just a form of entertainment for you to watch with your families and friends.
The purpose of movies are not to indoctrinate it’s viewer, but what is seen on screen must be cross-referenced with facts and figures not to be blindly accepted as a biblical and authoritative knowledge.
Who taught us that?
Since young, many boys and girls like me have watched DreamWork’s the Prince of Egypt (1998) and that was when I was 9 years old (standard 3).
Even at that time, I knew that, the depiction of Moses being the pharaoh, how his miracles were portrayed and etc in the animated movie is inconsistent with what Islam has told in the Stories of the Prophets in story books told by parents before tucking you in bed.
The movie series “Lie To Me” featuring Tim Roth famous for being ‘Abomination’ in The Incredible Hulk has said to contain 90% facts and 10% drama verified by American Psychologist, Dr. Paul Ekman.
Still 90% of facts is not 100% and cannot all be counted as credible source of knowledge.
That is why, we have Discovery Channel’s Mythbusters to validate the scientific illustration of rumors, myths, movie scenes an etc.
If the scientific representation of movies can’t be accepted, what about the theological aspects of it?
Who on earth will take movies as a source of knowledge?
Isn’t this a common sense?
After banning, what else?
I attended a forum “Arkitek Dakwah: Kreatif Ada Motif” (in Malay of course) last 22nd March organized by PTS Media Group. The featured speakers were Ustazah Fatimah Syarha, Hilal Asyraf and Aiman Azlan.
The idea presented by Ustazah Fatimah Syarha really stuck into my mind. She was invited to the forum not as the love-novelist as she was originally known for, but she came as a script writer of the currently airing movie series “Aku Ada Wali” on TV Hijrah.
Ustazah Fatimah was asked why she ventured into writing drama scripts by the moderator. Her answer was the catch and I quote (after translating to English from Malay).
“It’s no use for us to criticize something if we can’t provide an alternative. I want to contribute a solution, that’s why I started writing a script, to provide the society and alternative.”
I have to say that, I am not a fan of Malay movie series.
But her answer in the context of what she is doing is an honorable act. At times we criticize the “7 Petala Cinta” as not portraying Islamic love, she gave an alternative of what is Islamic.
In the context of Noah film, the banning was because it was “un-Islamic” said by the head of LPF reported by The Malaysia Today.
The banning is not the bigger issue here. You can ban anything you want. But what after that? What alternative do we have?
If we can’t provide a movie or at least an animated movie of the “Islamic” version, then the ban is just small talk.
We need more “Prophetic” animated versions like “Muhammad: The Last Prophet” produced by Badr International.
Well story books are still in need,
Noah movie banned, but sexy, violent and superstitious movies not
I choose to not favor Malaysian movies because the genres are expected to be comedy, comedy-horror, action (always gangster), horror and romance.
The titles of the movies are cheap like “Suamiku Ustaz”, “Hantu Gangster”, “KL Gangster” and other cheap titles.
When the cinemas are congested with people watching the “Captain America: The Winter Solidier”, the cinema airing “Zombi: Kilang Biskut” is vacant.
Horror movies are playing with the theological (aqidah) aspect in kids to fear ghost, to hope for believe in superstitions rather than to fear God and to hope for Him for help.
The genre of movie I hate most is horror as it makes us fear the unknown.
That comes to my argument, are those gangster-hantu-biskut movies Islamic? If Malaysia truly wants to be Islamic, featuring a woman actor not wearing a hijab is “un-Islamic.” But still the movies of such are available and not banned.
Abundance of horror movies are making young kids to growing up fearing something that they shouldn’t. At times when they should be busy figuring out who they want to be when they grow up, they are distracted by ghosts under their beds.
If not banned…
I refuse to believe that faith of Muslim Malaysians is so brittle that they can be shattered by a mere movie.
If the movie Noah is not banned, people can openly organize discourses without the fear being caught scooping what is “un-Islamic” in the movie.
Discourses like this can urge the young people to strengthen their faith while understanding what other people have to say in the same subject matter.
Young people will be aroused to write more commentaries of what they think of the movie.
Wake up
I am a Muslim Malaysian that is always depressed about my country’s quality in film production.
I have yet to see Malaysia producing a high quality Superhero action movie like the Christopher Nolan’s “Batman Trilogy.”
Like for Batman The Dark Knight Rises, it took them 7 months from May to November 2011 to complete their filming.
They filmed in 31 cross-country different locations. But Malaysia’s KL Gangster 2 was only completed in 3 months and shot only in Malaysia (Well it’s about the gangsterism in Malaysia, where else should they go?).
Maybe I’m expecting too much from Malaysia.
The post English Column: You ban, I download appeared first on Langit Ilahi.
“You ban, I download”
“After Banning, what’s next?”
Picture courtesy of GFI.com
Malaysia has a long history of banning external artworks like Irshad Manji’s meet-the-fans session at IIUM in 2012 and the recent ban on Noah movie starring Superman’s dad, Russell Crowe.
With all the censorship in Malaysia, as of Worldwide Press Freedom Index 2013 by Reporters Without Borders, Malaysia ranked 145 over 179 countries. That means, the degree of democracy and political freedom in Malaysia is “partly free” as it scored 4 points since 2009.
But the question remains, in the world of unlimited internet connectivity, netizens can always autonomously download what is banned, summed in the title of this article “You ban, I download.”
Are movies sources of knowledge?
Never have I taught in school (despite Malaysia ranking bottom third over 74 countries according to the Education Blueprint) to consider movies as a credible source of knowledge. Movies are just a form of entertainment for you to watch with your families and friends.
The purpose of movies are not to indoctrinate it’s viewer, but what is seen must be cross-referenced with facts and figures not to be blindly accepted as a biblical and authoritative knowledge.
Who taught us that?
Since young, many boys and girls like me have watched DreamWork’s the Prince of Egypt (1998) and that was when I was 9 years old (standard 3).
Even at that time, I knew that, the depiction of Moses in the animated movie is inconsistent with what Islam has told in the Stories of the Prophets told by parents before tucking you in bed.
The movie series “Lie To Me” featuring Tim Roth famous for being ‘Abomination’ in The Incredible Hulk has said to contain 90% facts and 10% drama verified by American Psychologist, Dr. Paul Ekman.
Still 90% of facts is not 100% and cannot all be counted as credible source of knowledge.
That is why, we have Discovery Channel’s Mythbusters to validate the scientific illustration of rumors, myths, movie scenes an etc.
If the scientific representation of movies can’t be accepted, what about the theological aspects of it?
Who on earth will take movies as a source of knowledge?
Isn’t this a common sense?
After banning, what else?
I attended a forum “Arkitek Dakwah: Kreatif Ada Motif” last 22nd March organized by PTS Media Group. The featured speakers were Ustazah Fatimah Syarha, Hilal Asyraf and Aiman Azlan.
The idea presented by Ustazah Fatimah Syarha really stuck into my mind. She was invited to the forum not as the love-novelist as she was originally known for, but she came as a script writer of the currently airing movie series “Aku Ada Wali” on TV Hijrah.
Ustazah Fatimah was asked why she ventured into writing drama scripts by the moderator. Her answer was the catch and I quote (after translating to English from Malay).
“It’s no use for us to criticize something if we can’t provide an alternative. I want to contribute a solution, that’s why I started writing a script, to provide the society and alternative.”
I have to say that, I am not a fan of Malay movie series.
But her answer in the context of what she is doing is an honorable act. At times we criticize the “7 Petala Cinta” as not portraying Islamic love, she gave an alternative of what is Islamic.
In the context of Noah film, the banning was because it was “un-Islamic” said by the head of LPF reported by The Malaysia Today.
The banning is not the bigger issue here. You can ban anything you want. But what after that? What alternative do we have?
If we can’t provide a movie or at least an animated movie of the “Islamic” version, then the ban is just small talk.
Noah movie banned, but sexy, violent and superstitious movies not
I choose to not favor Malaysian movies because the genres are expected to be comedy, comedy-horror, action (always gangster), horror and romance.
The titles of the movies are cheap like “Suamiku Ustaz”, “Hantu Gangster”, “KL Gangster” and other cheap titles.
When the cinemas are congested with people watching the “Captain America: The Winter Solidier”, the cinema airing “Zombi: Kilang Biskut” is vacant.
Horror movies are playing with the theological (aqidah) aspect in kids to fear ghost, to hope for believe in superstitions rather than to fear God and to hope for Him for help.
The genre of movie I hate most is horror as it makes us fear the unknown.
That comes to my argument, are those gangster-hantu-biskut movies Islamic? If Malaysia truly wants to be Islamic, featuring a woman actor not wearing a hijab is “un-Islamic.”
It makes the kids to grow up fearing something that they shouldn’t. When they should be busy figuring out who they want to be when they grow up, they are distracted by ghosts under their beds.
If not banned…
I refuse to believe that faith of Muslim Malaysians is so brittle that they can be shattered by a mere movie.
If the movie Noah is not banned, people can openly organize discourses without the fear being caught scooping what is “un-Islamic” in the movie.
Discourses like this can urge the young people to strengthen their faith while understanding what other people have to say in the same subject matter.
Young people will be aroused to write more commentaries of what they think of the movie.
Wake up
I am a Muslim Malaysian that is always depressed about my country’s quality in film production.
I have yet to see Malaysia producing a high quality Superhero action movie like the Christopher Nolan’s “Batman Trilogy.”
Like for Batman The Dark Knight Rises, it took them 7 months from May to November 2011 to complete their filming.
They filmed in 31 cross-country different locations. But Malaysia’s KL Gangster 2 was only completed in 3 months and shot only in Malaysia (Well it’s about the gangsterism in Malaysia, where else should they go?).
Maybe I’m expecting too much from Malaysia.
The post “You ban, I download” appeared first on Langit Ilahi.
Pray for MH370
| Ma’arad Thaqofi Jamiah Al Yarmouk | Irbid, Jordan |
( Sony Alpha Nex-5N | f6.3 | 1/50 | ISO 200 )
Sebulan sudah berlalu dan usaha mencari masih lagi diteruskan.
Kita berdoa kepada Allah SWT agar mengurniakan natijah yang terbaik serta dikurniakan ketabahan buat semua ahli keluarga mangsa.
Kita berdoa pada Allah SWT agar tragedi ini menjadi iktibar kepada diri kita agar sentiasa meningkatkan muhasabah iman, mengambil iktibar atas kejadian dan mensabatkan kita dengan amal ibadah yang tidak putus-putus dalam mencari redha-Nya.
Firman Allah SWT :
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
( Al-Baqarah : 156 )
Mengenang tragedi MH370, coretan doa-doa daripada mahasiswa-mahasiswi Yarmouk yang berkunjung ke booth negara Malaysia sempena Pameran Kebudayaan Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan, 30 Mac hingga 1 April 2014.
_______________
Jemput sertai YouthACE 2014 di sini :
http://youthace.langitilahi.com/
Pemuda dan Perubahan !
The post Pray for MH370 appeared first on Langit Ilahi.
April 7, 2014
Ibrah Al-Kahfi : Bila Mulut Lebih Laju Dari Akal
Al-Kahfi selain turun sebagai jawapan kepada beberapa persoalan orang musyrik yang ditanyakan kepada Rasul s.a.w., ia juga adalah satu bentuk peneguhan terhadap keimanan kepada Allah yang diserukan oleh baginda s.a.w.
Peneguhan terhadap keimanan ini tidak dapat tidak mestilah ilmu yang menjadi tiang asasnya, begitulah antara apa yang diajarkan oleh Allah s.w.t. di dalam muqaddimah Al-Kahfi
Bahawa tanpa ilmu, meskipun kita mengaku beriman, kita terdedah kepada risiko tinggi untuk sesat dalam lautan kehidupan.
Menjadi abid belumlah menandakan seseorang itu kuat imannya.
Begitu juga, berserban, berjubah, selalu berada di atas tikar sejadah belumlah tentu menyelamatkan seseorang itu dari fitnah jika ilmu hanya menjadi suatu yang sampingan dalam hidupnya !
Ingatan Allah S.W.T. Terhadap Pendustaan Para Musyrik
Di awal-awal surah Al-Kahfi, Allah s.w.t. tidak menjawab terus persoalan para musyrik yang dicetuskan oleh para uskup Yahudi di Madinah iaitu berkaitan :
1) Sekumpulan pemuda yang lari menyelamatkan diri mereka
2) Lelaki yang mengelilingi (tawaf) antara timur dan Barat
3) Persoalan roh
Namun, ia turun dengan membuat penegasan dahulu terhadap kehebatan Allah s.w.t. yang menurunkan ajaran Al-Quran ini sebagai panduan yang meluruskan manusia. Bahkan, ia datang dengan memberi inzar (peringatan) kepada orang-orang musyrik yang berdusta dan bercakap apa yang mereka tidak tahu tentang Allah s.w.t.
Lalu mereka ini dicela mulut-mulut mereka kerana kata-kata pendustaan yang keluar dari mulut mereka itu.
Apa kata-kata dusta mereka itu? Mereka mendakwa Allah itu mengambil anak. Mereka mengatakan sesuatu yang mereka tidak tahu tentang Allah, bahkan tidak benar pula.
Maka, jawapan Allah kepada mereka itu keras sekali :
“Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka, mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali yang dusta.” [Al-Kahfi : 5]
Pengajaran Untuk Mereka Yang Bercakap Tentang Islam, Tentang Allah, Tentang Nabi
Ayat ini jika difahami dari konteks susunan nahu (mudah diterjemahkan sebagai tatabahasa) dalam Bahasa Arab, nadanya itu keras dan ada penggunaan perkataan taakid (kata penguat) yang menandakan bahawa mereka itu yang telah berdusta tentang Allah bukan sekadar tidak ada ilmu, bahkan memang benar-benar tidak ada ilmu.
Ini adalah peringatan untuk kita terutamanya para pekerja dakwah, para ustaz, para agamawan agar berhati-hati dan tidak bercakap secara semberono apa yang kita tidak tahu melibatkan Allah, melibatkan Rasul-Nya dan juga Islam sekaligus.
Jangan bercakap perkara yang kita tidak tahu kerana kelak akan menimbulkan lebih banyak kerosakan berbanding kebaikan.
Ibn Asyur menjelaskan bahawa maksud dari ayat itu sebagai menjelaskan keberanian dan kebiadapan mereka yang menuturkan kata-kata dusta itu. Bahawasanya tidak ada apa yang keluar dari mulut mereka melainkan dusta belaka.
Bahkan, Syeikh Yasir Qadhi pernah memberi komentar ketika menyebut berkaitan ayat ini iaitu, antara komentarnya :
“Siapa saja yang berkata tanpa pengetahuan tentang Allah, tentang Rasul-Nya, tentang Al-Quran dan Islam, ini bermakna dia mendapat maklumat daripada syaitan. Berbohong tentang Allah s.w.t. adalah jenayah yang paling besar.”
Pengetahuan itu adalah ilmu yang ada asasnya dan diperolehi di alam sedar, bukanlah alam mimpi apalagi khayalan.
Berhati-hati Bercakap Di Zaman Ruwaibidhoh
Di zaman keterbukaan dan kebebasan media ini, ditambah lagi dengan banyaknya pertandingan dan galakan yang menjurus kepada populariti berwajah agama, maka wajar kita ingatkan sama-sama diri kita tentang pesan Rasul s.a.w. tentang Ar-ruwaibidhoh :
سيأتي على الناس سنوات خدعات ، يصدق فيها الكاذب ويكذب فيها الصادق ويؤتمن فيها الخائن ويخون فيها الأمين، و ينطق فيها الرويبضة. قيل وما الرويبضة يا رسول الله؟ … قال : الرجل التافه يتكلم في أمر العامة.
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun penipuan, dibenarkan para pendusta dan didustakan orang yang benar, dipercayai orang-orang yang khianat dan dikhianati orang-orang yang jujur dan akan berkata-kata di tahun-tahun itu ar-ruwaibidhoh. Sahabat bertanya : Apakah ar-ruwaibidhoh, wahai Rasulullah s.a.w? Orang yang bodoh bercakap tentang urusan awam. [HR Ibn Majah]
Ada banyak perkara mungkin yang kita tidak tahu, maka tawaqquf (berhenti) pada sempadan yang kita tidak tahu lebih selamat berbanding meriwayatkan semua perkara yang hanya sekadar bermain dalam sangkaan dan ketidakpastian.
Belajarlah untuk berkata ‘tidak tahu’ pada perkara yang kita benar-benar tidak tahu. Pada perkara yang tidak tahu, jika kita menjawab seakan-akan kita tahu, ia hanya mengundang kedustaan dan kecelakaan terhadap ummat ini. Tidak hina mengaku tidak tahu, yang lebih hina adalah bila kita merosakkan kefahaman orang lain terhadap Islam melalui jawapan kita yang bukan-bukan.
Adab dan akhlak kita terhadap ilmu tambah-tambah dalam bab melibatkan ilmu agama adalah menghormati kewibawaannya dengan berhenti pada apa yang kita tahu dan belajar serta mengkaji lagi apa yang kita tidak tahu. Adab dan akhlak bukanlah sekadar pada tutur kata yang baik, tetapi menghormati apa yang datang dari Nabi s.a.w. melalui sumber rujukan yang sohih seperti Al-Quran dan hadis juga adalah akhlak penting sebagai ummat yang mengaku cintakan Nabi.
Kalau bercakap dengan lemah-lembut sekalipun tetapi merosakkan pengambilan ummat dari sumber rujukan penting iaitu Al-Quran dan hadis, maka apakah itu masih dikira beradab dengan Allah, dengan Nabi s.a.w.?
Penutup : Agar Dakwah Tidak Hilang Hikmah
Hikmah dalam dakwah pastilah bukan pada kata-kata yang sedap atau lembut semata-mata. Pandai bercakap belumlah menjamin adanya hikmah dalam dakwah seseorang.
Lewat zaman kebelakangan ini memang melahirkan ramai jurucakap terutamanya melalui media terbuka seperti Youtube dan juga pertandingan-pertandingan berwajah agama di siaran televisyen. Ia mungkin tidak salah, namun perlu lebih berhati-hati kelak ketika muncul di medan-medan dakwah dalam masyarakat.
Dia mungkin dikenali tetapi tidak semua ilmu diketahui.
Memang biasa seorang alim lazimnya (di zaman ini) menguasai hanya bidang-bidang tertentu sahaja. Tidaklah ada apa yang perlu dimalukan kalau pada perkara-perkara yang bukan bidang atau belum sempat didalami, maka dia berhenti untuk mengatakan tidak tahu.
Tidak semua juga orang yang mendalami agama mahir dalam fiqh, dalam masalah akidah, dalam masalah tafsir, dalam isu-isu politik. Ada orang yang hebat dalam bidang akidah, tetapi dia mungkin naïf dalam bidang politik. Maka, berhati-hati dan teliti kerana pada hakikatnya, pendapat-pendapat para alim dan ustaz-ustaz, hatta pelajar syariah sekalipun mungkin diperlukan dalam bidang-bidang berkaitan, tetapi boleh jadi juga tidak diperlukan dalam bidang-bidang lain yang dia sendiri belum sempat mendalaminya.
Semoga kita sama-sama berhati-hati agar tak lebih laju mulut dari akal, tak hilang hikmah dalam dakwah, tak hilang malu untuk terus belajar !
Tafsir At-Tahrir Wa At-Tanwir, Ibn Asyur, library.islamweb.net
Tafseer Surah Al-Kahf, part 3 – Speaking False About Allah, http://www.youtube.com/watch?v=rRwfuN...
The post Ibrah Al-Kahfi : Bila Mulut Lebih Laju Dari Akal appeared first on Langit Ilahi.
Ustaz Selebriti Sebuah Fenomena

picture from http://intimelayu.blogspot.com/
Ustaz. Ia sebuah panggilan yang asing suatu ketika dulu. Puluhan tahun sebelum hari ini, golongan agama atau ustaz-ustaz kelihatan tidak memiliki masa depan yang baik. Barangkali kita pernah mendengar telahan seperti ini.
“Buat apa jadi ustaz. Tak ada masa depan”
“Awak nak kahwin dengan ustaz? Dia nak bagi awak makan pasir?”
Itu dulu. Situasi kini seakan terbalik 360 darjah. Golongan ustaz begitu mendapat sambutan. Kita boleh lihat sendiri agamawan tampil mengisi banyak rancangan-rancangan media. Mereka dijemput bercakap dalam pelbagai majlis.
Ustaz hari ini ada masa depan yang cerah. Tidak lagi seperti dahulu. Ironinya, ramai bercita-cita menjadi ustaz. Tidak susah sebenarnya. Berapa ramai ustaz yang ada di negara kita? Ratus ribu? Juta? Boleh jadi lebih.
Tersiratnya, kita melihat fenomena ini sebagai sebuah petanda baik. Masyarakat mula berminat mendekati agama. Majlis-majlis ilmu yang dahulunya sepi kini begitu mendapat sambutan. Bahkan manusia yang membanjirinya mengalahkan konsert. Alhamdulillah.
Salahkah jadi ustaz?
Tidak. Sama sekali tidak salah. Bahkan ia sangat baik. Namun perlu jelas matlamat dan jalan kerjanya. Jangan jadi ustaz yang hanya tahu mencari habuan dunia semata. Jangan jadi ustaz pada panggilan sahaja.
Hakikatnya para ustaz mengalas amanah. Amanah menyampai agama yang benar kepada masyarakat. Mengajak kembali mentauhidkan Allah. Ajak manusia tinggal maksiat.
Barulah segala perkataan ustaz itu menjadi baik disisi Allah.
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?. Terjemahan Surah Fushilat . Ayat 33.
Begitulah. Ustaz itu dikenali bukan hanya kerana mengajar subjek agama. Subjek Pendidikan Islam. Pendidikan Al-quran dan Sunnah. Pendidikan Syariah Islamiyah. Ustaz itu mesti memahami agama secara betul kemudian menyeru manusia kepada islam. Pada masa yang sama, mengamalkannya dalam kehidupan.
Cabaran Pak Ustaz
Saya pernah bersembang dengan seorang ustaz yang namanya sedang meningkat naik. Katanya,
“Cabaran dakwah hari ini sangat berbeza dengan dakwah rasul. Nabi dahulu dakwah orang baling batu, kita dakwah hari ini orang tabur bunga.”
MasyaAllah. Saya benar-benar terpaku dan berfikir. Benar. Betapa nabi dan para sahabat susah payah sampaikan dakwah dalam keadaan mereka diseksa. Kena berkorban harta, keluarga dan nyawa.
Ustaz-ustaz hari ini dakwah subhanallah, mewah. Orang sambut. Orang panggil sini sana. Pulang berceramah tidak kosong. Pasti ada sampul berisi wang.
Ada seorang ustaz berkongsi. Keikhlasannya pernah benar-benat teruji. Sebuah masjid sudah sebulan ‘booking’ ceramah dengan bayaran RM 300. Tiba-tiba bila hampir dengan tarikh ceramah tersebut, datang satu pihak mahu menjemput beliau pada tarikh yang sama. Tetapi bayarannya RM 3000.
Allahu Allah. Ketika situasi beginilah, jika tidak benar-benar ikhlas pasti habuan dunia menggelapkan mata. Boleh jadi sanggup meninggalkan masjid yang bayaran sedikit hanya untuk mendapatkan bayaran yang lebih. Inilah dunia yang sedang dihadapi para ustaz. Cabaran keikhlasan.
Ustaz hari ini ramai peminat. Hendak kahwin tidak susah. Ini zaman ustaz masa depan cerah. Tidak lagi beri isteri makan pasir. Orang berebut-rebut nak jadikan menantu.
Ceramahlah dimana sahaja. Orang penuh. Ada ketika pula sampai satu tahap, pengikut jadi ta’sub. Ustaz cakaplah apa sahaja, kami terima. Semua yang ustaz cakap betul. Akhirnya, pak ustaz ambil kesempatan.
Allahu akbar. Hebat cabaran menjadi ustaz sebenarnya.
Sukarnya berkata pahit
Ujian besar bagi para ustaz adalah untuk berkata benar meskipun pahit. Lebih-lebih lagi berhadapan dengan situasi ramainya peminat. Ustaz-ustaz ini jadi takut kalau-kalau apa yang disebutkan nanti akan menyebabkan peminat meninggallkannya.
Ustaz itu bukan malaikat atau nabi yang tidak berdosa. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada silap. Namun, mereka tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat agama yang sebenar.
Kebatilan yang ada disembunyikan. Apa yang disebutkan kepada masyarakat hanya perkara yang digemari sahaja. Akhirnya dakwah bukan lagi bermatlamatkan Allah. Tetapi tentang apa orang kata. Allah melaknat golongan ini dalam firmanNya.
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (penyelewengan mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. Terjemahan Surah al-Baqarah. Ayat 159-160.
Lebih parah, hanya kerana nak gembirakan pengikut, terpaksa berdusta atas nama nabi. Sedangkan nabi sudah memberi amaran keras dalam sabdanya.
“Siapa yang berdusta atas namaku, maka disediakan tempat duduknya daripada api neraka. ”
Ini bukan perkara main-main. Ini soal masa depan akhirat. Kita tidak mahu hanya kerana ingin mengambil hati manusia sanggup menempah neraka Allah. Ianya tidak berbaloi. Biarlah berkata benar meskipun bercanggah dengan kesukaan manusia. Pahit itu perlu diluahkan, bukan ditelan.
Penutup : Dahulukan Allah
Menjadi ustaz yang popular adalah satu kelebihan. Mudah-mudahan, jalan menyampaikan agama kepada masyarakat menjadi lebih efisyen dan produktif. Kita ingin media-media yang sekian lama tercemar diisi dengan rancangan-rancangan ilmiah yang baik. Yang mengajak manusia kembali kepada Allah dan rasulNya.
Mempunyai peminat dan pengikut yang banyak juga sangat baik. Ianya peluang untuk menceritakan kebenaran. Jika digunakan peluang itu dengan sebaiknnya, insyaAllah masyarakat mampu berubah menjadi baik.
Tentulah yang utama dan terutamanya mesti mendahulukan Allah dalam semua perkara. Perlukan keikhlasan yang jitu. Bukan mencari dunia tetapi mengejar habuan akhirat. Biarpun tidak ramai yang mendengar, tidak ada wang yang dihulurkan, dakwah tetap dilaksanakan. Ada saham yang tercatat disisi Allah. Nabi s.a.w mengingatkan:
“Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dicari keredhaan Allah Azza wa Jalla dengannya, tetapi dia tidak mempelarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah. Al-Nawawi mensahihkannya dalam Riyadh al-Salihin).
Ilmu mesti benar. Mesti ada kesanggupan untuk berkata tidak tahu. Mesti rela untuk tidak bersetuju. Agama ini agama ciptaan Allah. Maka menyampaikannya tidak boleh direka-reka. Tidak boleh hurai ikut suka. Jangan lupa ianya akan disoal Allah.
Jadilah seperti Imam Ahmad ibnu Hambal. Hidup diseksa dalam penjara kerana berpijak diatas kebenaran. Beliau tidak menyertai kebanyakan ulama yang menjadi tikus pemerintah yang hanya tahu menjaga periuk nasi. Lihatlah kesannya dan perbezaanya. Kita langsung tidak kenal golongan agama yang takut berkata benar zaman itu. Imam Ahmad? Beliau diingati sehingga hari ini.
Begitulah. Siapa yang mengejar kemuliaan disisi Allah, Allah akan memuliakannya. Sebaliknya yang mengejar kemuliaan di sisi manusia, kemuliaan itu dia perolehi. Namun disisi ilahi, dia langsung tidak punya apa-apa.
Wallahualam…
The post Ustaz Selebriti Sebuah Fenomena appeared first on Langit Ilahi.