Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 24
August 12, 2021
10 Gambar Macro Photography Di Halaman Rumah (Lensbong Nikon 35 mm & Samsung A52)
Semenjak bermain lensa makro (lensbong macro photography), alam terasa sangat-sangat luas jadinya. Siapa sangka, laman rumah yang sebesar 10 × 5 kaki mempunyai pelbagai subjek yang menarik untuk kita rakamkan.
Pagi tadi, sebelum memulakan kerja saya sempat ke laman merakam gambar alam yang mula kembang bersarapan dengan cahaya sang suria.
Asyik!











August 9, 2021
Doa Ketika Menghadapi Musibah (Lafaz Istirja') Dan Doa Untuk Orang Meninggal Dunia
Betul lah.
Hampir setiap hari, berita kematian ada saja di feed FB saya. Baik yang saya kenal, baik orang yang tidak saya kenal.
Kebanyakannya berpunca daripada Covid-19.
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Pagi tadi, berita Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia sedikit mengejutkan. Kesannya buat saya termenung sendiri. Kes Sarah (ibu mengandung dijangkiti Covid) bukan baru, malahan ramai yang menerima nasib sama.
Tapi kenapa saya terkesan?
Saya tak mengikuti perkembangan pasangan seleb...
August 8, 2021
Gout
Minggu lepas saya diserang gout. Nyut nyut nyut! Seperti biasa, ibu jari kaki sebelah kanan keradangan dan sakit kalau disentuh, apa lagi jika kaki memijak lantai.
Mulanya saya cuba bertahan, tapi selepas bangun pagi sakit di kaki semakin berdenyut. Tak tahan, saya ke klinik mendapatkan ubat.
Doktor bagi pilihan; suntikan atau ubat. Saya memilih untuk ambil ubat saja. Tak lalu pagi-pagi nak melondehkan seluar untuk disuntik.
Ya.
Kalau sudah teruk, sudah jalan berdengkot-dengkot me...
August 7, 2021
Shield Bug / Stinky Bug / Kesing
Saya tak tahu pun apa nama serangga ni. Oleh kerana hampir menyerupai belalang, maka belalanglah yang saya namakan. Saya tanyakan di instagram, ada kawan kata namanya Shield Bug aka Stinky Bug. Nama bahasa Melayunya, Kesing.
Wallahualam.
Bila dah melihat dengan lebih dekat, barulah saya perasan kepalanya tidaklah besar. Mungkin sama saiz seperti butir jagung rasanya. Sekali pandang, bentuk badannya seperti perisai mempunyai kepala yang besar.
Dengan Lensbong, semuanya semakin jelas. ...
August 6, 2021
Selamat Pagi Dari Gombak Yang Biru
Pagi ni seperti hujung minggu yang lepas-lepas, kami berdua laki bini brisk walk di sekitar taman. Ada laluan baru untuk dicuba, satu pusingan lengkap boleh dapat kira-kira 2.5 km.
Elok sangat laluan ni. Tak perlu tempuh jalan besar sangat. Laluan untuk kayuh basikal pun boleh.
Jam 8.00 pagi, kami sampai di rumah. Tak lama lepas tu matahari mula menyengat panas. Bila dongak ke langit, wahhh, cantiknya awan berkepul-kepul lembut. Segera saya keluarkan kamera dan merakamkan saat y...
August 1, 2021
Darah Muda, Darahnya Berapi-api!
Kata Pak Rhoma Irama;
Darah muda darahnya para remaja
Yang selalu merasa gagah
Tak pernah mau mengalah
Masa muda masa yang berapi-api
Yang maunya menang sendiri
Walau salah tak perduli
Darah muda
Dulu waktu zaman belum habis degree, sewaktu Siti Nurhaliza semakin popular dengan lagu Cindai, sewaktu filem-filem Hindustan semakin meningkat naik seperti Kuch Kuch Hota Hai; Malaysia dilanda zaman reformasi.
1998 permulaannya.
Waktu tu semua jadi celik politik, termasuklah kami mahasiswa t...
July 29, 2021
10 Idea Mobile Macro Photography Di Dapur Rumah (Samsung A52 & Lensbong Nikon 35mm)
"Ni apa, Syah?"
"Tu biji sawi."
"Biji sawi? Guna masa bila?"
Saya terkial-kial cuba memikirkan bila masa biji sawi ni digunakan dalam masakan? Maklumlah, saya ni pemakan yang tegar lagi semborono, manalah tahu sangat rempah ratus yang ada dalam masakan.
"Kalau kita pi kedai mamak, kita makan sayur kobis tu, kan ada biji-biji hitam dalam tu. Haa.. dia lah tu."
Saya terus terbayangkan kedai nasi kandar yang biasa saya kunjungi sewaktu makan tengah hari di pejabat. Memang sayur kobis men...
July 28, 2021
Satu Memori Tentang Pisang Goreng Sambal Kicap Pakcik Modat
"Kak Jun, pisang Nangka seringgit. Makan kat sini."
"Ok. Minum?"
"Teh ais."
Saya menarik kerusi yang kosong. Dari meja makan, saya memerhatikan Kak Jun lincah menggoreng pisang di dalam kuali yang panas. Pakcik Modat, empunya kafe sibuk melayan tetamu yang lain.
Waktu itu waktu minum petang. Saya malas nak ke Dewan Selera, barangkali menu hari itu Otak-otak. Saya yang ketika itu, ketika halkum masih timbul, ketika tulang selangka masih boleh dibuat penyangkut hanger; masih belum dapat ...
July 27, 2021
Bagaimana Fotografi Memberi Nilai Dalam Hidup Saya?
Kadang-kadang ada yang bertanya, gambar apa lah yang kau ambik ni. Urat daun lah, sesungut bunga lah, bunga tepi jalan lah.
Bagi dia, gambar tu tak bawa maksud apa-apa. Biasa.
Sentap lah jugak. Hahahah!
Tapi saya jawab mudah saja; kepuasan. Saya suka. Fotografi membolehkan saya dapat lihat sesuatu yang baru. Berkenalan dengan alam. Itu cara saya menghiburkan diri sendiri.
Dia macam ni lah. Sama konsep orang bermain golf. Sampai sekarang saya tak faham apa kepuasan yang diperoleh. Tana...
July 25, 2021
Salam Aidiladha 1442H
Sudah dua tahun, raya di tanah air hilang serinya. Raya, tapi tak raya. Malaysia masih berkurung atas perintah kerajaan disebabkan pandemik Covid-19 yang berleluasa.
Kalau ditanyakan pada saya, berkurung atau PKP ini tidak ada masalah pun. Setakat menghadkan pergerakan itu, boleh lagi kita terima.
Tapi apabila semua arahan kita patuh, ini tak boleh, itu tak boleh dan kemudian setiap hari berita jangkitan kes semakin tinggi, itu yang menimbulkan rasa marah. Kita akur dengan perintah, tapi keadaan...