Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 21
October 12, 2021
Kongsi Pengetahuan Itu Sangat Bermanfaat (Ada Gambar Tambi Juga!)
Hari tu saya macam biasa, menjadi hamba kepada Ratu Kokak Negara si Tambirina ditugaskan untuk mengambil gambar beliau bagi tujuan tayangan media sosial. Sakan saya menyuruh beliau beraksi. Dua tiga hari tu, barulah saya teringat nak muat turun gambar-gambar makhluk berbulu tu. Telek punya telek, musykil juga bila tengok gambar-gambar makhluk ni kurang "tajam" berbanding gambar terdahulu.
Sharp, bahasa omputihnya.
Kemudian barulah saya teringat. Rupanya saya guna lens lama. Canon 18...
October 10, 2021
River Of Life Tarikan Pelancongan Di Kuala Lumpur
Saya tak pasti sejak bila kewujudan River of Life di Kuala Lumpur. Daripada pembacaan di internet, katanya usaha mencantikkan dua sungai utama iaitu Sungai Gombak dan Sungai Kelang bermula sejak tahun 2011. Sungai ini bertemu di tengah-tengah bandar dan sebuah masjid tersergam indah di situ, yakni Masjid Jamek.
Sabtu lepas (9 Okt 21) kami anak-beranak sekali lagi ke River of Live. Sebenarnya ini kali pertama untuk saya, tapi kali kedua untuk anak-anak dan isteri. Atas cadangan se...
October 7, 2021
Terkenang Semasa Dulu
Koleksi gambar digital saya bermula sejak tahun 2003. Jadi bila sesekali throwback melihat gambar-gambar lama, mulalah terasa nak bermelankolia. Terutamanya yang melibatkan gambar anak-anak.
Ini tahun 2008. Tepatnya 1 Disember 2008. Abang Haris 5 tahun, Hanim 3 tahun dan Hanis baru setahun. Waktu ni memang meriah rumah dengan suara budak-budak. Kami bersantai-santai di ruang tamu rumah yang kecil, tapi menjadi sangat lapang untuk kami berlima.
Pejam celik, dah 13 tahun berlalu.
Sekejap ...
October 6, 2021
Selamat Datang, Bangsa Pfizer!
Alhamdulillah, 5 daripada 6 ahli keluarga kecil saya sudah pun mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
Yang terbaru, dua anak dara kami mendapat dos pertama selepas kerajaan mula memfokuskan pada golongan remaja. Vaksin Pfizer, melengkapkan jenis vaksin utama dalam keluarga. Sudah ada AZ, ada juga Sinovac. Insya-allah, menjelang hujung bulan ni (Oktober), lengkaplah dua dos semuanya.
Tinggal sibongsu sajalah lagi. Masih belum dengar ura-ura suntikan untuk kanak-kanak di Malaysia. ...
October 5, 2021
Jalan-jalan Cari Buku Di NU Sentral (Makan Pun!)
Sabtu lepas (2 Okt) kami enam beranak jalan-jalan cuci mata di NU Sentral. Dalam banyak-banyak tempat, kenapa kami ke sana?
Tujuan utamanya, nak ke kedai buku. Dulu sewaktu pejabat saya di Menara CIMB, NU Sentral ni memang tempat melepak wajib. Lepas makan di foodcourt, saya akan pusing keliling terutamanya ke MPH. Seorang diri pun jadi.
Tak ada ke kedai buku lain?
Ada.
Sayangnya MPH di JJ Wangsa Maju dah tamat operasi. Sudah hampir 20 tahun kami anak-beranak berulang ke sana. Semenj...
October 4, 2021
Merenung Matahari Terbenam Di Pantai Kuala Muda, Langkawi
Langkawi pernah disumpah Mahsuri menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Lewat tahun 90-an, barulah sumpahan berakhir dan nama Langkawi mula meniti di mulut pelancong tempatan mahupun luar negara.
Begitulah kata orang.
Namun tahun 2020 dan paling ketara tahun 2021, Langkawi "disumpah" lagi. Tiada pelancong, Langkawi dilanda kemarau ekonomi yang nyata. Banyak perniagaan yang "bungkus" akibat kebergantungan pada industri pelancongan.
Kami pun turut merasa tempias. Rumah dan bilik ...
October 3, 2021
Merempit Keliling Pulau Tuba, Langkawi
Balik kampung bulan 12 (2020) yang lepas, kami sempat berpakat adik-beradik mahu ke Pulau Tuba. Dari tahun ke tahun merancang, tak menjadi juga. Akhirnya selepas hampir 20 tahun berulang-alik Gombak-Langkawi, saya menjejak kaki ke pulau kecil ini.
Kami seramai 9 orang ke sana dengan bot kecil dari jeti berhampiran Kuah. Cari saja Pekan Rabu, jeti untuk ke Pulau Tuba ada di situ. Harga per kepala sebanyak RM 5 untuk bot yang boleh memuatkan antara 15-20 orang. Bot agak selesa dan ...
Squid Game Parody
Minggu lepas layan siri Squid Game di Netflix. Cik Milah kata kecoh di media sosial (FB), jadi dua hari bercuti melekatlah kami di rumah mengadap tv.
Ganas juga. Adegan intim pun ada. Jadi sila berhati-hati kalau mahu menonton. Saya memang tak diberi amaran adanya babak tu.
Menarik pun ya juga. Korea Selatan memang agak maju dalam hal perfileman. Walaupun saya meluat menonton K-Drama yang melibatkan percintaan gedik-gedik antara hero dan heroin, tapi tak dapat saya nafikan hampir s...
October 1, 2021
18 Keping Gambar Titisan Embun (Macro Photography)Gambar Titisan Embun (Droplets Macro Photography)
Apa lagi yang mudah untuk dijadikan sebagai subjek macro photography ketika musim tengkujuh sudah memberi salam?
Sudah tentu hujan yang turun, lalu bergayutan di ranting daun membentuk butir-butir mutiara yang mempersona. Kadang-kadang, sinar matahari membuatkan titisan embun yang beratus-ribu itu berkilau-kilauan memanah mata.
Cantik nian.
Alam yang cantik, ada di laman rumahmu sendiri, kawan.
Perhatikanlah.



















September 30, 2021
[Ulasan Buku] 93 Hari Di Mesir (oleh Fadzil Abu Samah)
Mesir bukanlah negara yang pernah saya fikirkan sebagai satu destinasi pelancongan. Saya tahu banyak sejarah yang ada di sana, dan juga Mesir mempunyai universiti tertua di dunia. Tapi entah, tak terbuka pula hati memilih Mesir bila mencari negara-negara untuk dilawati.
Tapi tulisan Tuan Fadzil sedikit sebanyak membuka mata. Banyak yang boleh ditawarkan sebenarnya kalau mahu melancong ke Mesir. Kombinasi sejarah dan pemandangan yang menarik, memang pakej pelancongan yang saya suka....