Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 17

February 24, 2022

Makan Scones Di Sabah Tea Garden, Ranau

Selepas bermain ikan di Tagal Sungai Moroli, Kg Luanti, kami memandu ke destinasi seterusnya yang hanya terletak bersebelahan; Sabah Tea Garden.

Sewaktu ke sini pertama kali dulu, memang Sabah Tea Garden ada dalam senarai 'mesti pergi'. Tapi apakan daya, itinerari yang agak padat menyebabkan kami terpaksa skip untuk segera ke destinasi yang lain.

Alhamdulillah, kali ini kami berpeluang menjejak kaki ke Sabah Tea Garden yang menjadi kebanggan rakyat Sabah.

Terletak berhampiran...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 24, 2022 23:00

February 23, 2022

Tagal Sungai Morali Kampung Luanti, Ranau

Tagal adalah bahasa KadazanDusun yang bermaksud "jangan". Dalam konteks "tagal sungai moroli", mengikut pemahaman saya ini merujuk kepada arahan "jangan menangkap ikan" di dalam sungai. Melalui pembacaan di Wikipedia;

Tagal atau bombon ialah sistem pengurusan sumber asli tradisional yang mapan terutamanya bagi sumber hidupan akuatik sungai di Sabah, Malaysia. Ikan di sungai yang ditagal atau dibombon tidak boleh ditangkap atas persetujuan masyarakat ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 23, 2022 16:00

February 21, 2022

Vaksin Kanak-kanak Untuk Sibongsu

Isnin, 21 Februari 2022.

Alhamdulillah, ahli keluarga terakhir dalam keluarga kami sudah pun dapat suntikan vaksin yang pertama. Hafiz dengan selamba disuntik Pfizer di bawah program PICKIDS kerajaan Malaysia.

Bertempat di WTC KL, saya menemankan sibongsu sementara umi menunggu di kereta. Proses berjalan lancar tanpa ada masalah. Kesan sampingan pun hampir tak ada kecuali dia rasa mengantuk selepas sejam disuntik. Sempatlah dia tidur dalam kereta sekejap.

Tak ada aral, 8 minggu lagi...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2022 16:00

February 17, 2022

Mendaki Sosodikon Hill Di Kundasang; Sesuai Untuk Semua

"Sudah tutup, bang."

"Belum pukul 6.00 lagi ni."

"Tak boleh bang. Waktu akhir untuk naik jam 5.30 pm. Pukul 6.00 memang sudah tutup."

"Kejap saja, boleh?"

"Maaf bang. Tak ada orang boleh jaga. Esok pagi saja kau datang, sunrise lagi cantik."

Ah! Kami terlambat dan kami terpaksa akur. Kami tak dapat mendaki ke Sosodikon Hill petang tu. Saya tak jumpa pula maklumat yang bukit ini ada waktu buka dan waktu tutup. Mungkin ada, saya yang terlepas pandang. Aduh! Hajat nak melihat sunset da...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 17, 2022 00:00

February 14, 2022

Maragang Hill Sunrise Attack; Pengalaman Melihat 1001 Bintang, Matahari Terbit Dan Gunung Kinabalu

"Lagi 5 minit je lagi nak sampai."

Saya bersuara dengan hidung kembang-kempis, disambut tawa rakan-rakan yang lain. Mungkin serangga-serangga kecil yang sedang lena tidur dalam kesejukan malam di hutan Maragang terganggu dengan hingar kami berlima; saya, Zafiran, Hambal, Shamrie dan Izal.

Sebenarnya saya cuba berlawak dengan lelucon yang difahami di kalangan pendaki, iaitu cubaan untuk menghiburkan diri sendiri. Ayat "5 minit lagi" memang mantra yang biasa digunakan untuk memujuk me...

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 14, 2022 23:30

February 12, 2022

Menginap Di Homestay Sakura Villa Di Kampung Mesilou, Kundasang (Unit Blossom)

Oleh kerana dalam itinerari kami ada aktiviti mendaki Bukit Maragang, kami perlu berkumpul di checkpoint di Kg Mesilou, Kundasang pada jam 3 pagi! Jadi untuk mengelakkan terlepas dan memandu dalam keadaan gelap, saya cari penginapan yang berdekatan dengan checkpoint. 
Cari punya cari, kami memilih Sakura Villa yang boleh memuatkan kami berempat (kemudiannya bertiga). Harga satu malam agak mahal, RM300, tapi amat berbaloi. 
Untuk ke sini (Kg Mesilou) memang mencabar. Tak jauh pun ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 12, 2022 16:00

February 11, 2022

Pengorbanan Solungkoi Untuk Jambatan Tamparuli

Jambatan Tamparuli, ada sejarah yang menyedihkan berlaku semasa pembinaannya. Nyawa dikorbankan atas kepercayaan yang boleh meredakan kemarahan roh jahat.

Wallahualam.

Mulanya saya mahu percaya ini sebuah mitos kisah silam, tapi melalui sumber yang dicatatkan di situ, ini terjadi pada tahun 1930-an. Silap-silap, orang yang menyaksikan kejadian ini masih hidup.

Saya catatkan semula apa yang saya baca di papan tanda berhampiran jambatan ini.

Jambatan Tamparuli.

Dibina pada tahu...


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 11, 2022 16:00

February 10, 2022

Selamat Hari Jadi, Sayang!

Ulang tahun kekasih hati hari ni. Yang tersayang, isteri yang baik, umi yang terbaik, anak menantu yang terbaik, dan semoga menjadi hamba-Nya yang paling solehah.
Tiada hadiah yang dapat menandingi segala jasa dan budi.
Semoga kita kekal bersama sehingga ke jannah.
Amin.
Selamat hari jadi, sayang


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 10, 2022 18:45

February 9, 2022

10 Perkara Tentang Penerbangan Air Asia Dari KLIA2 Ke Kota Kinabalu International Airport (Jan-Feb 2022)

Saya kongsikan secara ringkas 10 perkara berkaitan proses yang ditempuhi sepanjang penerbangan dari KLIA2 ke KKIA pada tarikh 29 Jan 2022 (pergi) dan 4 Feb 2022 (balik).
1/ Untuk penerbangan dari KLIA/2, kaunter bagasi dibuka 3 jam sebelum penerbangan. 
2/ Untuk bagasi, lebih mudah uruskan sendiri dan tak perlu beratur panjang. Untuk kali pertama, mungkin sedikit terkial. Tapi ikut saja arahan, Insya-allah mudah. Petugas AA pun sedia membantu. Cuma di KKIA berlaku sedikit masalah. ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 09, 2022 16:00

February 8, 2022

Mahu Bermalam Di KLIA2? Mungkin Capsule Transit Sesuai Untuk Pengembara Seperti Anda

Kemain tajuk buat promosi. Walhal tak berbayar. Kah kah kah!

Kisahnya dua minggu sudah saya ke Sabah, jalan-jalan meneroka alam. Penerbangan awal pagi, jam 7.30 dan perlu berada di sana sekurang-kurangnya jam 5.00 pagi untuk urusan luggage dan yang berkaitan.

Dari Gombak ke KLIA, ambil masa satu jam. Nak bertolak jam 4 pagi dari rumah, siapa nak hantar? Memanglah ada Grab, tapi memikirkan nak kena bangun lagi awal nak bersiap semua tu, jadi tak larat. Umur macam ni, rehat nak kena c...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 08, 2022 18:00