Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 15
May 27, 2022
OOTD Di Pineyard Janda Baik, Pahang
Semasa bercuti di WadiAmna, kami sempat ke Pineyard Janda Baik. Hasrat hati nak makan tengah hari, puan isteri kata tempat ni dah viral. Saya ni bukanlah kisah sangat viral tak viral, cuma mujur saja tempat ni dekat dengan penginapan kami. Jadi, kami berenam pun semangat ke sana dengan perut kosong yang bergelora.
Kecewa.
Sewaktu kami sampai, orang sangat ramai di dalam kafe dan yang beratur menunggu giliran juga ramai. Saya tak rasa masa menunggu sekejap saja, pasti memakan masa ...
May 24, 2022
Percutian 2H1M Di Hotel Movenpick KLIA, Sepang
Hari tu, puan isteri dihantar berkursus di Hotel Movenpick KLIA, Sepang selama dua malam. Alang-alang sudah dapat satu bilik percuma untuk peserta, kami berpakat untuk pergi beramai-ramai satu keluarga dengan tambahan lagi bilik.
Hotel ni setinggi lapan tingkat, dan dibahagikan kepada tiga blok. Berbanding kebanyakkan hotel yang dibina tinggi, Movenpick dibina memanjang dan terasa amat luas. Susun atur bilik seperti dorm hostel, memanjang kiri kanan dan boleh nampak pintu 'jiran' d...
May 21, 2022
Colmar Tropicale Berjaya Hills, Pekan Kecil Ala Kota Perancis Di Bentong, Pahang.
Balik dari Wadi Amna, Janda Baik kami melencong dulu ke Bukit Tinggi, Bentong. Tujuan kami ialah Colmar Tropicale Berjaya Hills, sebuah lokasi peranginan yang mana tema binaan bangunannya menyerupai sebuah pekan di Perancis.
Saya ingat-ingat lupa kadar bayaran masuk yang dikenakan. Kalau tak silap, RM16 dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Ini harga untuk bulan Mac 2022. Akan datang, mungkin berubah. Oh ya, walaupun tiket dibeli di sana (seperti kaunter tol), bayaran tiket hanya secar...
May 19, 2022
Masjid Ubudiah Di Kuala Kangsar, Perak
Balik dari Kedah baru-baru ni, kami sempat singgah ke Kuala Kangsar untuk makan tengah hari. Dapatlah sepinggan laksa dan semangkuk cendol. Alang-alang dah menyinggah, terus saja kami ke Masjid Ubudiah di Bukit Chandan, tak jauh pun dari tempat kami makan tengah hari.
Ini bukan kali pertama kami ke masjid diraja ini. Ada beberapa entri saya tentang masjid yang berusia 105 tahun (2022) dalam blog. Boleh klik di sini untuk membaca catatan awal saya.
Hanya kami saja yang ada di situ ...
May 18, 2022
Pantai Sepat Di Kuantan, Pahang. Pantai Yang Cantik, Bersih Dan Luas.
Dua minggu selepas berpuasa hari tu, kami ke Pekan, Pahang melawat abang Haris di sana. Kesian juga, pertama kali duduk berpisah dengan kami tahu-tahu terus berpuasa sendiri di tempat orang. Alang-alang dah ke sana, kami pun mencari homestay untuk bermalam. Cari punya cari, kami pun menginap di Homestay Ziyad di Tanjung Sepat, Kuantan.
Allahuakhbar.
Berhadapan dengan kawasan perumahan ini, ada pantai yang sangat indah. Saya tak pernah tahu Kuantan ada pantai yang luas, bersih dan cantik seperti Pa...
May 17, 2022
Salam Adilfitri 1443H
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Sudah 17 Syawal hari ini, tapi masih semangat mahu meraikan. Maklumlah, sudah dua tahun beraya dalam musim PKP. Untuk tahun 2022, raya digasak disambut sakan.
Meriah macam mana pun, kami begitu-begitu juga 'format' raya. Sama saja semenjak tahun 2018. Sudah lima kali beraya di Gombak, tak ada lagi 'kampung' untuk kami pulang. Pagi selepas solat sunat di surau, kami berkumpul anak-beranak di rumah bersalam-salaman. Kemudian bergamba...
May 9, 2022
Kumbang Nan Seekor
Hari tu sebelum raya, sempatlah ke Low Yat cari lens raya. Hahaha! Kemain. Dah ada dalam angan-angan dua lens yang nak dibeli. Akhirnya, hak milik lens Olympus M. Zuiko 12-40 mm F2.8 bertukar daripada kedai kepada Sharulnizam.
Kah kah kah!
Tapi sampai hari ni masih belum sepenuhnya melenjan lens ni. Setakat ambil gambar anak dan hari raya, ada lah. Betul-betul ambil gambar untuk menguji kebolehannya, belum lagi.
Ini ada beberapa keping gambar yang saya ambil di depan rumah. Gambar k...
April 26, 2022
Puasa & Raya Dulu-dulu #3 | Moreh
"Assalamualaikum wbt."
"Wa'alaikumussalam. Eh, anak pak Usop. Nak ambik barang ya?"
"Ha'ah!"
"Jap eh. Mak! Ni ha orang surau dah sampai nak ambik makanan."
Dan kami pun beramai-ramai menjinjing barang sorang sedikit dari rumah penyumbang juadah moreh, menuju ke surau.
Begitulah rutin kami setiap malam di bulan Ramadan. Sebaik selesai solat Maghrib, kami beramai-ramai menuju ke rumah yang sudah ditetapkan dalam jadual. Ahli khariah surau belaka, cuma kena tahu rumah yang nama satu. Maklum...
April 25, 2022
Puasa & Raya Dulu-dulu #2 | Bersahur, Berbuka Dan Mercun
Bagaimana ya puasa saya pada tahun 80-an?
Mari saya kongsikan.
Dengung lampu kalimantang menjadi muzik yang paling kuat dinihari itu. Saya yang masih lagi dalam awangan lena, terkulat-kulat membuka mata duduk di meja dapur. Yang lain-lain sudah pun menyudahkan sahur, ada yang baru memulakan suap.
"Cepat makan tu, dah nak habis waktu dah ni!"
Mak memberi arahan, sambil menuangkan teh panas ke dalam cawan untuk abah. Saya membasuh tangan di sinki, langkah perlahan disebabkan sistem badan ...
April 23, 2022
Puasa & Raya Dulu-dulu #1 | Ramadan Tiba!
Suasana dalam rumah menjadi kecoh tiba-tiba. Kami adik-beradik berebut berkumpul di hadapan tv berjenama Singer yang bersaiz 14 inci itu. Kain cebek merah jambu yang emak kait sendiri untuk dijadikan alas tv, kami selak dan himpitkan dengan pasu bunga kecil agar skrin tv jelas tanpa gangguan.
Mak mengintai dari balik tirai, dengan sudip di tangan. Ada masakan yang terjerang di dapur, tak berani mak nak biarkan tanpa pengawasan.
Abah tersandar di kerusi, tenang memerhati. Asap rokok Rothman berkep...